1 00:00:36,997 --> 00:00:39,499 "Chlamyphorus truncatus." 2 00:00:45,130 --> 00:00:46,548 Greybeard, nampak apa-apa? 3 00:00:48,633 --> 00:00:51,469 Dah lama kita tunggu dan masih tiada apa-apa, Jane. 4 00:00:53,513 --> 00:00:54,723 Bukan tiada apa-apa. 5 00:00:55,307 --> 00:00:57,642 Itulah Chlamyphorus truncatus. 6 00:00:57,726 --> 00:01:00,478 Helo, Chlamyphorus "trun-cactusus." 7 00:01:01,271 --> 00:01:03,565 Atau helo, armadilo pink fairy. 8 00:01:03,648 --> 00:01:05,692 Lebih kepada, jumpa lagi armadilo pink fairy! 9 00:01:05,775 --> 00:01:07,485 Ada kereta menuju ke arahnya! 10 00:01:07,569 --> 00:01:08,737 Ke tepi! 11 00:01:14,284 --> 00:01:15,410 Mujurlah. 12 00:01:15,493 --> 00:01:16,494 Terlalu hampir. 13 00:01:17,329 --> 00:01:20,540 Lihat, armadilo pink fairy mula menggali di bawah tanah. 14 00:01:21,166 --> 00:01:22,876 Merancang laluan pintasan. 15 00:01:27,797 --> 00:01:30,008 Saya suka mesin menggali bawah tanah baru kita. 16 00:01:30,592 --> 00:01:31,801 Lihatlah semua butang ini. 17 00:01:32,302 --> 00:01:34,095 Beep, beep, boop, boop, boop. 18 00:01:34,179 --> 00:01:36,014 Beep, boop, bee-bee… Dail. 19 00:01:36,890 --> 00:01:38,225 Jangan sentuh dail, David. 20 00:01:38,308 --> 00:01:40,644 Kita mengecil untuk ikut Chlamyphorus truncatus. 21 00:01:40,727 --> 00:01:43,230 Kita tak mahu jadi besar secara tak sengaja semasa misi. 22 00:01:43,313 --> 00:01:47,859 Saya harap Chlamyphorus bersedia untuk kita. 23 00:01:47,943 --> 00:01:49,069 Awak faham? 24 00:01:49,152 --> 00:01:50,195 Ya. 25 00:01:55,867 --> 00:01:57,911 Armadilo pink fairy memang pantas. 26 00:01:57,994 --> 00:02:00,121 Ia tak nampak macam pari-pari. 27 00:02:00,205 --> 00:02:03,250 Lebih menyerupai hamster dengan susyi di belakangnya. 28 00:02:03,333 --> 00:02:07,128 Susyi itu cangkerangnya dan ia memang mirip hamster. 29 00:02:07,212 --> 00:02:10,382 Semua armadilo ada cangkerang tapi pink fairy yang paling kecil. 30 00:02:10,465 --> 00:02:11,758 Tak banyak kita tahu tentangnya. 31 00:02:11,841 --> 00:02:14,719 Ia sangat sukar ditemui dan habiskan banyak masa di bawah tanah. 32 00:02:14,803 --> 00:02:16,805 Jadi, kenapa armadilo itu di jalan? 33 00:02:17,639 --> 00:02:18,473 Soalan yang bagus. 34 00:02:18,557 --> 00:02:21,935 Mungkin ia tak boleh menggali menembusi konkrit atau mencari makanan? 35 00:02:22,018 --> 00:02:24,980 Awak tahu ia jantan sebab armadilo jantan lebih besar daripada betina? 36 00:02:25,063 --> 00:02:26,147 Satu lagi soalan yang bagus. 37 00:02:26,231 --> 00:02:28,984 Kita tak tahu. Memang tak banyak maklumat tentangnya. 38 00:02:29,067 --> 00:02:30,819 Pengimbas menunjukkan ia jantan. 39 00:02:30,902 --> 00:02:33,905 Soalan terakhir, apa sebenarnya misi kita hari ini? 40 00:02:33,989 --> 00:02:37,701 Misi kita adalah siasat jenis makanannya. 41 00:02:37,784 --> 00:02:39,411 Nampak mudah. 42 00:02:39,494 --> 00:02:41,538 Tiada apa yang mudah tentang rakan kecil ini. 43 00:02:41,621 --> 00:02:43,540 Tapi jika kita faham apa yang ia makan… 44 00:02:43,623 --> 00:02:45,709 - Kita boleh membantunya? - Betul. 45 00:02:46,918 --> 00:02:49,754 - Si kecil itu gali semua ini? - Entahlah. 46 00:02:49,838 --> 00:02:53,675 Banyak haiwan menggali tanah, membuat terowong, seperti serangga, katak, 47 00:02:53,758 --> 00:02:55,760 arnab, burung hantu, musang, penguin, wom… 48 00:02:55,844 --> 00:02:59,139 - Ada banyak? - Wombat. Betul. 49 00:02:59,222 --> 00:03:01,099 Ada dunia di bawah tanah 50 00:03:01,182 --> 00:03:03,518 yang kebanyakan orang tak pernah terfikir. 51 00:03:04,394 --> 00:03:06,062 Itu sebahagian daripada dunia itu. 52 00:03:06,646 --> 00:03:07,898 Ia datang. 53 00:03:09,149 --> 00:03:11,651 - Ia pergi. - Ia terlepas. 54 00:03:11,735 --> 00:03:13,987 David, kita perlu tambah kelajuan kita yang membosankan. 55 00:03:14,070 --> 00:03:17,449 Jane, saya tak rasa jadi lebih membosankan akan bantu kita menangkapnya. 56 00:03:17,532 --> 00:03:19,659 Boring adalah cara menarik untuk menyebut "menggali." 57 00:03:20,243 --> 00:03:22,162 Seperti guna nama saintifik haiwan… 58 00:03:22,245 --> 00:03:23,914 - Apa? - Tiada apa-apa. 59 00:03:23,997 --> 00:03:25,498 Tingkatkan kelajuan boring. 60 00:03:32,005 --> 00:03:33,215 Batu di depan! 61 00:03:34,507 --> 00:03:36,927 - Mulakan gerakan mengelak! - Apa? 62 00:03:37,010 --> 00:03:39,262 Cara menarik untuk cakap "mengelak!" 63 00:03:40,263 --> 00:03:41,473 Itu pun ia! 64 00:03:42,349 --> 00:03:43,600 Batu lagi! 65 00:03:43,683 --> 00:03:45,518 Mengelak dalam tiga, dua, satu! 66 00:03:48,063 --> 00:03:51,233 Ia terlalu pantas. Jika tak nampak ia, macam mana nak tahu apa ia makan? 67 00:03:54,903 --> 00:03:55,820 Jalan mati! 68 00:03:56,404 --> 00:03:58,114 Pilihan perkataan yang teruk, Jane! 69 00:03:58,198 --> 00:04:01,326 Pilihan perkataan yang teruk! 70 00:04:11,127 --> 00:04:12,587 Kita sangat hampir. 71 00:04:12,671 --> 00:04:15,715 Sangat hampir dilenyek macam penkek atau pai lumpur. 72 00:04:15,799 --> 00:04:17,675 Atau macam kartun yang dilenyek sangat nipis… 73 00:04:17,759 --> 00:04:18,593 Saya faham. 74 00:04:18,677 --> 00:04:20,679 Bagaimana kita nak ikut armadilo yang pantas itu? 75 00:04:20,762 --> 00:04:22,180 Atau mengelak semua batu itu? 76 00:04:22,264 --> 00:04:24,140 Mari naik dan fikir semula rancangan kita. 77 00:04:24,224 --> 00:04:27,143 Mungkin lain kali biar Greybeard yang hampir dilenyek? 78 00:04:29,437 --> 00:04:31,273 Sekejap, itu bunyi apa? 79 00:04:33,858 --> 00:04:34,859 Greybeard, panjat! 80 00:04:40,323 --> 00:04:41,575 Apa yang berlaku? 81 00:04:41,658 --> 00:04:42,784 Annisa. 82 00:04:43,910 --> 00:04:46,079 Hei, Jane. Hei, David. 83 00:04:46,162 --> 00:04:48,039 Kenapa semua pekerja ini ada di sini? 84 00:04:48,123 --> 00:04:52,836 Saya harap tak perlu beritahu kamu tapi pemilik bersama nak musnahkan taman, 85 00:04:52,919 --> 00:04:55,130 atau sekurang-kurangnya apa yang kita gelar sebagai taman. 86 00:04:55,213 --> 00:04:56,840 - Apa? - Saya tahu. 87 00:04:56,923 --> 00:05:00,302 Saya pun tak suka, tapi bangunan ini tiada peruntukan untuk bayar tukang kebun 88 00:05:00,385 --> 00:05:02,512 dan menjaganya. 89 00:05:05,098 --> 00:05:07,183 Mereka nak tebang pokok dan semuanya? 90 00:05:07,767 --> 00:05:08,935 Mereka perlu kosongkan semua 91 00:05:09,019 --> 00:05:11,438 jika nak turap tanah dengan batu-batu patio. 92 00:05:11,521 --> 00:05:13,690 Turap tanah? Tebang pokok? 93 00:05:13,773 --> 00:05:16,443 - Mereka tak boleh buat begitu. - Malangnya, boleh. 94 00:05:16,526 --> 00:05:19,988 Tapi bagaimana dengan semua tupai, burung dan rakun yang hidup di pokok? 95 00:05:20,071 --> 00:05:22,908 Bagaimana dengan serangga dan haiwan yang hidup di bawah tanah? 96 00:05:22,991 --> 00:05:24,618 Semua akan terperangkap di bawah batu. 97 00:05:24,701 --> 00:05:27,913 Taman patut dipulihkan semula, bukan dimusnahkan. 98 00:05:27,996 --> 00:05:31,333 Ia perlukan masa, duit dan orang yang nak lakukannya. 99 00:05:32,417 --> 00:05:33,960 Saya pun tak sukakannya. 100 00:05:34,044 --> 00:05:37,839 Tapi kebanyakan pemilik bersama mengundi untuk turap taman ini. 101 00:05:37,923 --> 00:05:39,132 Tiada apa kami boleh buat. 102 00:05:40,217 --> 00:05:41,301 Maaf. 103 00:05:41,968 --> 00:05:44,095 Tiada sesiapa dengar cakap kita, Jane. 104 00:05:44,179 --> 00:05:45,931 Jadi kita perlu buat mereka dengar. 105 00:05:55,232 --> 00:05:56,608 Tak sangka! 106 00:05:57,192 --> 00:05:58,443 Helo kepada kamu juga. 107 00:05:59,027 --> 00:06:01,029 Mak, saya ada berita buruk. 108 00:06:01,655 --> 00:06:02,948 Kamu buat salah? 109 00:06:03,573 --> 00:06:04,491 Belum lagi. 110 00:06:04,574 --> 00:06:07,077 Tapi kami baru dapat tahu yang bangunan nak musnahkan taman. 111 00:06:07,160 --> 00:06:10,080 Kami juga masih belum tahu jenis makanan armadilo pink fairy. 112 00:06:10,664 --> 00:06:12,082 Ia ada kaitan? 113 00:06:12,165 --> 00:06:13,833 Di alam semula jadi, semuanya berkaitan. 114 00:06:14,334 --> 00:06:16,920 Armadilo pink fairy menggali dan hidup di bawah tanah. 115 00:06:17,003 --> 00:06:19,047 Jadi, menurap taman akan mengancam serangga lain 116 00:06:19,130 --> 00:06:20,799 dan haiwan yang tinggal di bawah tanah. 117 00:06:20,882 --> 00:06:24,219 - Mak faham. Lebih kurang. - Saya tak faham. 118 00:06:24,302 --> 00:06:26,137 Siapa yang nak buat sesuatu seperti itu? 119 00:06:28,515 --> 00:06:29,349 Jane. 120 00:06:29,432 --> 00:06:31,059 Siapa nak musnahkan alam semula jadi? 121 00:06:31,142 --> 00:06:32,352 Jane. 122 00:06:32,435 --> 00:06:34,980 Saya tak dapat bayangkan sebab seseorang setuju nak tebang pokok 123 00:06:35,063 --> 00:06:36,147 dan bunuh tumbuhan. 124 00:06:36,231 --> 00:06:37,482 Ia juga hidupan. 125 00:06:37,566 --> 00:06:38,817 Jane. 126 00:06:40,360 --> 00:06:42,612 Ada sesuatu yang mak nak cakap? 127 00:06:45,824 --> 00:06:48,952 Perlukan duit untuk baiki dan menyelenggara taman lama itu, 128 00:06:49,035 --> 00:06:51,496 dan bangunan ini tak banyak peruntukan. 129 00:06:51,580 --> 00:06:53,582 Duit itu boleh digunakan untuk tujuan lain. 130 00:06:53,665 --> 00:06:56,042 Ia tanggungjawab kita untuk jaga alam sekitar. 131 00:06:56,126 --> 00:07:00,088 Ia juga tanggungjawab kita untuk jaga orang yang tinggal di bangunan ini. 132 00:07:00,171 --> 00:07:03,091 Bumbung bocor. Ada tandas yang tak dipam, 133 00:07:03,174 --> 00:07:05,927 dan pemanas asyik rosak di separuh kawasan bangunan. 134 00:07:06,011 --> 00:07:07,888 Mak undi untuk turap taman? 135 00:07:07,971 --> 00:07:10,932 Mak mengundi untuk pastikan kita masih ada pemanas musim sejuk ini. 136 00:07:11,016 --> 00:07:13,560 Mak, taman tak boleh pertahankan dirinya sendiri. 137 00:07:13,643 --> 00:07:17,147 Melainkan ia dipenuhi tumbuhan perangkap Venus yang makan serangga. 138 00:07:18,356 --> 00:07:21,776 Tapi rasanya ia tak tumbuh di kawasan ini, jadi… 139 00:07:22,944 --> 00:07:23,945 Terima kasih, David. 140 00:07:26,114 --> 00:07:28,450 Saya nak ke tandas. 141 00:07:32,579 --> 00:07:34,664 Mereka yang mengundi untuk musnahkan taman 142 00:07:34,748 --> 00:07:36,791 bukan sebab mereka tak suka alam sekitar. 143 00:07:36,875 --> 00:07:39,377 Mereka lakukannya sebab perlu buat pilihan yang sukar. 144 00:07:40,170 --> 00:07:43,423 Kita boleh ambil sedikit duit daripada semuanya 145 00:07:43,506 --> 00:07:45,592 atau buat satu pilihan utama. 146 00:07:47,427 --> 00:07:49,512 Kenapa mak rasa kamu dah tak dengar cakap mak? 147 00:07:49,596 --> 00:07:50,597 Kecil. 148 00:08:00,190 --> 00:08:03,193 David, armadilo pink fairy boleh mengelak batu di bawah tanah 149 00:08:03,276 --> 00:08:05,445 sebab ia lebih kecil daripada mesin menggali, bukan? 150 00:08:05,528 --> 00:08:06,363 Jadi? 151 00:08:06,947 --> 00:08:10,492 Jika kita nak kejar pink fairy dan mengelak semua batu itu, 152 00:08:10,575 --> 00:08:12,702 kita perlu jadi lebih kecil daripada sekarang. 153 00:08:12,786 --> 00:08:14,746 Tapi bagaimana dengan selamatkan taman? 154 00:08:16,122 --> 00:08:18,917 Saya masih tak tahu cara untuk lakukannya. 155 00:08:19,960 --> 00:08:22,254 Tapi jika kita boleh menyaingi armadilo pink fairy, 156 00:08:22,337 --> 00:08:23,380 kita boleh tahu apa yang ia makan. 157 00:08:23,463 --> 00:08:25,465 Mungkin ia akan bantu kita membantu haiwan 158 00:08:25,549 --> 00:08:26,967 yang tinggal di bawah tanah di taman. 159 00:08:28,593 --> 00:08:29,719 Apa bunyi itu? 160 00:08:32,429 --> 00:08:33,932 Kita tak boleh buang masa. 161 00:08:45,443 --> 00:08:47,279 Kita perlu mengelak batu besar itu. 162 00:08:47,362 --> 00:08:48,655 Baiklah. Sedia. 163 00:08:48,738 --> 00:08:51,324 Kita akan jadi lebih kecil daripada pink fairy. 164 00:08:57,872 --> 00:09:00,083 Lebih mudah untuk bergerak dalam tanah dengan saiz begini. 165 00:09:00,166 --> 00:09:02,627 Saya harap kita akan jumpa armadilo pink fairy segera. 166 00:09:11,011 --> 00:09:12,721 Kita baru kehilangan semua kuasa di enjin utama. 167 00:09:12,804 --> 00:09:15,140 Itu cara menarik untuk cakap "kita terkandas"? 168 00:09:16,016 --> 00:09:17,058 Kita terkandas. 169 00:09:18,351 --> 00:09:19,352 Awak dengar? 170 00:09:19,436 --> 00:09:21,771 Bunyi mencakar yang menakutkan itu? 171 00:09:21,855 --> 00:09:23,481 Ya, saya dengar. 172 00:09:23,565 --> 00:09:25,525 Awak rasa itu armadilo pink fairy? 173 00:09:26,276 --> 00:09:28,028 Masa untuk tekan butang. 174 00:09:28,111 --> 00:09:30,196 Beep, boop, beep, boop, beep… 175 00:09:31,531 --> 00:09:32,490 David, lihat. 176 00:09:34,576 --> 00:09:36,119 Ia cuma semut. 177 00:09:36,202 --> 00:09:38,413 Semut yang sangat besar. 178 00:09:38,496 --> 00:09:42,417 Tapi kita boleh uruskan seekor semut. Betul, Jane? 179 00:09:44,377 --> 00:09:46,338 Jika ada seekor semut, pasti ada banyak lagi. 180 00:09:51,051 --> 00:09:53,178 Mungkin saya buat kita jadi terlalu kecil? 181 00:10:02,020 --> 00:10:03,980 - Awak okey? - Tak sangka semut sangat kuat. 182 00:10:04,064 --> 00:10:05,857 Semut mungkin kecil, tapi ia sangat kuat. 183 00:10:05,941 --> 00:10:08,526 Ia boleh angkat lebih sepuluh kali ganda berat badan sendiri. 184 00:10:08,610 --> 00:10:11,154 Apabila ia bekerjasama, ia akan jadi lebih kuat. 185 00:10:11,238 --> 00:10:12,614 Sudah tentu. 186 00:10:12,697 --> 00:10:14,783 Memandangkan kita belum jumpa armadilo pink fairy, 187 00:10:14,866 --> 00:10:17,661 mungkin kita boleh selamatkan taman mengikut cara semut. 188 00:10:18,245 --> 00:10:19,371 Gigit pekerja? 189 00:10:19,454 --> 00:10:22,207 Tak. Ayuh. Kita perlu keluar. 190 00:10:27,337 --> 00:10:32,259 Hei, saya akan cuba tanam semula di pangsapuri saya. 191 00:10:32,342 --> 00:10:35,971 Terima kasih. Saya tahu awak cakap ramai orang nak musnahkan taman, 192 00:10:36,054 --> 00:10:37,973 tapi saya pasti ada ramai orang yang tak setuju. 193 00:10:38,056 --> 00:10:39,182 Ya, saya tak setuju. 194 00:10:39,266 --> 00:10:41,142 Jane tak setuju. Greybeard tak setuju. 195 00:10:42,018 --> 00:10:43,436 Saya harap itu mencukupi 196 00:10:43,520 --> 00:10:45,647 dan undian daripada semua patung sumbat dikira. 197 00:10:45,730 --> 00:10:48,233 Jika orang yang bersetuju tahu akibat tindakan mereka 198 00:10:48,316 --> 00:10:51,319 kepada haiwan yang tinggal di sini, saya tahu mereka akan ubah fikiran. 199 00:10:51,945 --> 00:10:52,946 Lihat. 200 00:10:53,905 --> 00:10:57,742 "Alam sekitar boleh menang jika kita beri ia peluang." 201 00:10:57,826 --> 00:10:59,077 Jane Goodall cakap begitu. 202 00:10:59,744 --> 00:11:02,497 Annisa, bagaimana kami nak beri peluang pada taman ini? 203 00:11:02,581 --> 00:11:04,583 Ya. Pasti ada sesuatu yang kami boleh buat. 204 00:11:05,625 --> 00:11:07,460 Rasanya kamu boleh cuba buat petisyen. 205 00:11:07,544 --> 00:11:10,130 Saya dah agak. Petisyen. Sudah tentu. 206 00:11:10,797 --> 00:11:11,798 Apa maksud petisyen? 207 00:11:12,757 --> 00:11:14,801 Ia permintaan untuk ubah sesuatu. 208 00:11:15,552 --> 00:11:18,305 Minta orang tandatanganinya dan lebih ramai orang tandatangan, 209 00:11:18,388 --> 00:11:19,931 lebih besar kuasanya. 210 00:11:20,515 --> 00:11:22,726 Jika kamu boleh dapatkan lebih daripada separuh tandatangan penghuni 211 00:11:22,809 --> 00:11:24,477 untuk petisyen menyelamatkan taman, 212 00:11:24,561 --> 00:11:26,438 - saya akan… - Hentikan semua ini? 213 00:11:27,355 --> 00:11:30,275 Ya, tapi bukan mudah untuk buat orang… 214 00:11:30,358 --> 00:11:31,693 Kami akan dapatkan tandatangan semua orang. 215 00:11:31,776 --> 00:11:33,236 …ubah fikiran. 216 00:11:33,320 --> 00:11:36,156 Kita juga perlukan orang yang sanggup bantu menjaga taman ini. 217 00:11:36,239 --> 00:11:39,117 - Kita masih tiada duit untuk itu. - Kita akan cari penyelesaiannya. 218 00:11:40,952 --> 00:11:41,953 Dengan cepat. 219 00:11:51,087 --> 00:11:52,297 Hai, En. Jin. 220 00:11:52,380 --> 00:11:54,466 Boleh kami beritahu tentang petisyen taman kami? 221 00:11:54,549 --> 00:11:55,884 SELAMATKAN TAMAN 222 00:11:56,676 --> 00:12:00,096 Jika kita bekerja keras sedikit, kita boleh selamatkan taman. 223 00:12:02,557 --> 00:12:04,392 Jangan buang air kecil di taman. 224 00:12:07,187 --> 00:12:10,482 Jadi, semua haiwan kecil yang malang itu terperangkap? 225 00:12:10,565 --> 00:12:11,399 Serangga juga. 226 00:12:11,483 --> 00:12:13,360 Saya tak begitu peduli tentang serangga. 227 00:12:13,443 --> 00:12:14,903 Kebanyakannya haiwan. 228 00:12:14,986 --> 00:12:18,073 Saya setuju jika ia untuk haiwan. Ya. 229 00:12:23,411 --> 00:12:25,080 Jangan risau. Kami tak minta awak menyanyi. 230 00:12:25,163 --> 00:12:28,416 Kami cuma nak awak tandatangan ini supaya kami boleh selamatkan taman. 231 00:12:28,500 --> 00:12:30,043 Serta armadilo pink fairy. 232 00:12:30,961 --> 00:12:32,837 Fikirkannya. Awak berada di bawah tanah, 233 00:12:32,921 --> 00:12:35,298 tak pedulikan hal orang lain dan tiba-tiba 234 00:12:35,382 --> 00:12:39,302 pasukan pembinaan mula menggali tempat awak dan rosakkan semuanya. 235 00:12:40,053 --> 00:12:42,013 "Tidak! Bantu kami!" 236 00:12:42,514 --> 00:12:44,516 Alam sekitar boleh menang jika diberi peluang. 237 00:12:44,599 --> 00:12:46,935 Wah! Saya harap saya tahu tentangnya lebih awal. 238 00:12:47,018 --> 00:12:49,354 Sudah tentu. Kami nak bantu selamatkan taman. 239 00:12:51,231 --> 00:12:53,567 - Awak suka berkebun? - Serta jadi sukarelawan? 240 00:12:56,027 --> 00:12:57,612 - Sudah tentu. Ya. - Saya… sukakannya. Ya. 241 00:13:00,574 --> 00:13:01,908 Helo, cik… 242 00:13:02,617 --> 00:13:04,619 - Garcia. - Cik Garcia. 243 00:13:04,703 --> 00:13:06,538 Nama saya Jane dan saya kumpulkan tandatangan 244 00:13:06,621 --> 00:13:08,623 untuk halang taman kita daripada dimusnahkan. 245 00:13:08,707 --> 00:13:12,168 Betulkah? Awak ada duit yang cukup untuk taman baru dan menyelenggaranya? 246 00:13:12,252 --> 00:13:14,462 Saya gembira awak tanya begitu. Kami akan bina taman semula jadi 247 00:13:14,546 --> 00:13:16,381 yang boleh diuruskan dengan mudah. 248 00:13:16,464 --> 00:13:19,593 Kita boleh biarkan rumput tumbuh dan tak perlu risau tentang rumpai. 249 00:13:19,676 --> 00:13:22,345 Kami juga ada senarai sukarelawan yang akan beri kerjasama. 250 00:13:23,263 --> 00:13:25,473 Jadi, boleh tandatangan petisyen kami? 251 00:13:27,058 --> 00:13:28,268 Sudah tentu. 252 00:13:30,145 --> 00:13:31,271 Jadi sukarelawan juga? 253 00:13:31,354 --> 00:13:32,689 Ya, tak nak. 254 00:13:34,065 --> 00:13:36,526 Tapi saya ada anak hebat yang nak membantu. 255 00:13:38,945 --> 00:13:40,530 Sekejap! Berhenti! 256 00:13:41,323 --> 00:13:42,782 Annisa, kami berjaya! 257 00:13:42,866 --> 00:13:44,200 Dapat apa? 258 00:13:44,284 --> 00:13:47,203 - Tandatangan untuk petisyen. - Kami nak kekalkan taman, 259 00:13:47,287 --> 00:13:49,039 dan sukarelawan taman akan menjaganya. 260 00:13:51,499 --> 00:13:53,543 Masih perlukan satu tandatangan. 261 00:13:58,548 --> 00:14:00,967 Selesai. Semua dah tandatangan. 262 00:14:02,135 --> 00:14:04,012 Taman ini takkan dimusnahkan. 263 00:14:05,347 --> 00:14:06,556 Biar betul. 264 00:14:07,057 --> 00:14:08,433 Kamu berjaya yakinkan En. Jin? 265 00:14:08,516 --> 00:14:10,685 Dia juga cakap dia akan bantu dengan jawatankuasa taman. 266 00:14:11,186 --> 00:14:13,772 Kami akan uruskannya, kami semua. 267 00:14:15,148 --> 00:14:16,149 Saya janji. 268 00:14:16,733 --> 00:14:17,859 Syabas. 269 00:14:19,319 --> 00:14:22,781 Saya asyik berfikir tentang semua yang hidup di bawah tanah. 270 00:14:23,448 --> 00:14:25,408 Rasanya ia perlukan rumah macam kita juga, bukan? 271 00:14:27,827 --> 00:14:30,413 Armadilo pink fairy perlukan rumah. 272 00:14:30,497 --> 00:14:32,916 Rumah yang jauh dari jalan dan pembinaan. 273 00:14:32,999 --> 00:14:35,585 Jika kita temuinya, mungkin kita boleh tahu apa yang ia makan. 274 00:14:35,669 --> 00:14:37,712 - Masa untuk sambung misi. - Ayuh. 275 00:14:47,180 --> 00:14:50,433 Jika kita nak selamat daripada semut dan cari armadilo pink fairy, 276 00:14:50,517 --> 00:14:52,477 kita perlu alirkan semula kuasa ke enjin utama. 277 00:14:52,561 --> 00:14:53,770 Baik, kapten. 278 00:14:53,853 --> 00:14:56,481 Kuasa ke enjin pada 75 peratus. 279 00:14:57,482 --> 00:15:00,652 Lapan puluh. Seratus peratus. Baiklah. 280 00:15:00,735 --> 00:15:02,362 Kita dah sedia. Mula memecut. 281 00:15:08,201 --> 00:15:09,786 Ada sesuatu di depan, Jane. 282 00:15:09,869 --> 00:15:11,204 Mara, kelajuan penuh. 283 00:15:21,840 --> 00:15:23,675 Berundur, kelajuan penuh. 284 00:15:23,758 --> 00:15:27,846 - Banyak semut. Lebih banyak semut. - Kita di tengah koloni semut. 285 00:15:30,015 --> 00:15:31,182 Berundur! 286 00:15:34,477 --> 00:15:35,979 Ada batu di belakang kita. 287 00:15:36,062 --> 00:15:37,397 Semut yang marah di depan kita. 288 00:15:40,191 --> 00:15:41,484 Kita terperangkap. 289 00:15:44,237 --> 00:15:46,072 Armadilo pink fairy. 290 00:15:50,493 --> 00:15:52,996 Ia selamatkan kita, ia pemakan semut. 291 00:15:53,997 --> 00:15:55,540 Misi tercapai. 292 00:15:55,624 --> 00:15:58,209 Awak tahu betapa sukarnya melihat sesuatu seperti ini? 293 00:15:58,293 --> 00:16:00,086 Sukar seperti melihat pari-pari sebenar? 294 00:16:01,087 --> 00:16:02,881 Mungkin tak sukar seperti itu. 295 00:16:04,466 --> 00:16:05,884 Kenapa ia berhenti? 296 00:16:05,967 --> 00:16:07,636 Sebab ia dah berada di rumahnya. 297 00:16:08,386 --> 00:16:09,554 Dengar, David. 298 00:16:09,638 --> 00:16:12,724 Tiada kereta. Tiada jalan. Tiada pembinaan. 299 00:16:12,807 --> 00:16:13,892 Tiada apa-apa. 300 00:16:13,975 --> 00:16:17,270 Tapi ia dekat dengan makanannya, semut. 301 00:16:17,354 --> 00:16:19,522 Kita dah tahu yang armadilo pink fairy 302 00:16:19,606 --> 00:16:21,858 tinggal dekat dengan makanannya. Kita boleh belajar lebih lagi tentangnya. 303 00:16:21,942 --> 00:16:24,194 - Serta lindunginya. - Betul. 304 00:16:29,366 --> 00:16:30,450 Kita patut biarkan ia tidur. 305 00:16:33,370 --> 00:16:34,579 Selamat malam. 306 00:16:43,505 --> 00:16:49,427 Saya perlu akui yang saya suka kita beri peluang kepada alam sekitar. 307 00:16:49,511 --> 00:16:51,513 Saya faham apa yang awak buat. 308 00:16:52,931 --> 00:16:54,057 Kenapa, Jane? 309 00:16:54,766 --> 00:16:56,101 Saya gembira kita selamatkan taman, 310 00:16:56,184 --> 00:16:58,270 tapi saya risau tentang armadilo pink fairy. 311 00:16:58,353 --> 00:17:02,107 Armadilo pink fairy? Saya tak pernah mendengarnya. 312 00:17:02,190 --> 00:17:03,608 Ramai yang tak pernah dengar. 313 00:17:03,692 --> 00:17:06,652 Ia armadilo hebat mirip hamster dengan susyi merah jambu di belakangnya. 314 00:17:06,736 --> 00:17:08,572 Ia makan semut dan menggali. 315 00:17:09,072 --> 00:17:10,407 Ia spesies terancam. 316 00:17:10,489 --> 00:17:12,409 Kita boleh buat perubahan dengan petisyen, 317 00:17:12,492 --> 00:17:14,494 tapi bercakap dengan orang juga membantu. 318 00:17:15,286 --> 00:17:17,997 Ia sama seperti serangga dan haiwan di bawah taman. 319 00:17:18,081 --> 00:17:21,083 Jika manusia tak bercakap tentangnya, orang takkan tahu ia perlu bantuan kita. 320 00:17:21,584 --> 00:17:22,878 Betul cakap awak, Annisa. 321 00:17:23,460 --> 00:17:25,881 David, misi armadilo pink fairy kita masih belum tamat. 322 00:17:25,964 --> 00:17:27,299 Belum tamat? 323 00:17:27,382 --> 00:17:29,342 Kami akan datang semula untuk membantu di taman, Annisa. 324 00:17:29,426 --> 00:17:30,635 Ayuh. 325 00:17:31,469 --> 00:17:32,470 Jumpa nanti. 326 00:17:32,554 --> 00:17:33,555 Jumpa nanti! 327 00:17:38,977 --> 00:17:40,020 Masuk. 328 00:17:43,148 --> 00:17:45,483 Awak tahu alam sekitar boleh menang jika diberi peluang? 329 00:17:46,443 --> 00:17:48,111 Begitu juga armadilo pink fairy. 330 00:17:49,321 --> 00:17:51,448 Ia spesies terancam yang perlukan bantuan kita. 331 00:17:52,032 --> 00:17:53,575 Bagaimana saya boleh membantu? 332 00:17:58,788 --> 00:18:00,707 Bantu selamatkan armadilo. 333 00:18:04,044 --> 00:18:07,005 Mak, boleh benarkan David masuk? Dia lewat. 334 00:18:07,088 --> 00:18:08,089 Untuk apa? 335 00:18:08,173 --> 00:18:11,092 - Panggilan kami dengan Mariella Superina. - Siapa itu? 336 00:18:11,176 --> 00:18:12,844 Pakar armadilo pink fairy. 337 00:18:12,928 --> 00:18:15,263 Dia tinggal di Argentina dan dia sedang menghubungi kami. 338 00:18:15,347 --> 00:18:17,515 Okey, mak pergi segera. 339 00:18:18,266 --> 00:18:19,351 Hai, Mariella. 340 00:18:19,434 --> 00:18:20,435 Hai, Jane. 341 00:18:21,353 --> 00:18:22,479 Di mana David? 342 00:18:22,562 --> 00:18:24,981 Kami baru selesai beritahu para jiran tentang armadilo pink fairy. 343 00:18:26,983 --> 00:18:29,778 Maaf saya lewat. Kami ada ramai jiran. 344 00:18:30,278 --> 00:18:33,156 Kami sedar masih ramai yang tak pernah dengar tentang armadilo pink fairy 345 00:18:33,240 --> 00:18:35,158 semasa kami menjejak armadilo di bawah tanah. 346 00:18:35,242 --> 00:18:38,036 Bunyinya macam pengembaraan hebat. Kamu jumpa armadilo pink fairy? 347 00:18:38,119 --> 00:18:39,913 Ada. Ia sangat comel. 348 00:18:39,996 --> 00:18:43,541 Semut yang ia makan tak fikir begitu, tapi saya dan David sependapat. 349 00:18:43,625 --> 00:18:45,835 - Sangat comel. - Rupanya begini? 350 00:18:45,919 --> 00:18:47,337 Memang sama. 351 00:18:47,420 --> 00:18:50,048 Kenapa tak ramai orang yang tahu tentang armadilo pink fairy? 352 00:18:50,131 --> 00:18:51,424 Biar saya tunjukkan peta. 353 00:18:51,508 --> 00:18:54,511 Ia hanya tinggal di Argentina dan ia tinggal di bawah tanah, 354 00:18:54,594 --> 00:18:57,556 jadi sangat sukar untuk mencari dan mengkajinya. 355 00:18:57,639 --> 00:18:59,933 Bagaimana armadilo pink fairy dapat namanya? 356 00:19:00,016 --> 00:19:02,894 Sebab sejujurnya, rupanya tak macam pari-pari. 357 00:19:03,436 --> 00:19:04,646 Tiada sayap. 358 00:19:04,729 --> 00:19:08,858 Pink fairy berasal daripada "sesuai," bermaksud kecil atau kerdil, 359 00:19:08,942 --> 00:19:11,236 dan "pink" disebabkan cangkerangnya. 360 00:19:11,319 --> 00:19:12,445 Kenapa ia merah jambu? 361 00:19:12,529 --> 00:19:15,448 Cangkerang itu merah jambu pucat sebab ia menyedut semua darah 362 00:19:15,532 --> 00:19:18,910 ke dalam badan untuk pastikan badannya kekal hangat dan apabila sangat panas, 363 00:19:18,994 --> 00:19:22,706 ia bebaskan darah ke dalam cangkerang dan ia menjadi merah jambu pekat. 364 00:19:22,789 --> 00:19:24,082 Hebatnya. 365 00:19:24,165 --> 00:19:25,375 Kadangkala menarik. 366 00:19:26,126 --> 00:19:27,544 Faham? 367 00:19:28,837 --> 00:19:30,171 Bagaimana ia boleh rasa panas? 368 00:19:30,255 --> 00:19:32,966 Apabila ia menggali, ia berdiri dengan kaki belakang, 369 00:19:33,049 --> 00:19:35,844 dan guna hujung ekor sebagai kaki kelima 370 00:19:35,927 --> 00:19:39,347 supaya ia boleh berdiri tegak dan menggali dengan lebih kuat. 371 00:19:39,431 --> 00:19:42,183 Hebat apabila sesuatu yang sangat kecil boleh buat begitu. 372 00:19:42,267 --> 00:19:46,104 Bahagian pelindung pinggulnya juga ada peranan penting semasa ia menggali. 373 00:19:46,730 --> 00:19:47,856 Biar saya tunjukkan. 374 00:19:47,939 --> 00:19:49,316 Nampak cara ia menggali? 375 00:19:49,399 --> 00:19:53,069 Ia tolak pasir ke belakang guna pelindung pinggulnya. 376 00:19:53,153 --> 00:19:55,322 Jadi ia kosongkan ruang di depannya. 377 00:19:55,405 --> 00:19:57,574 Wah! Rasanya pinggul saya tak boleh buat begitu. 378 00:19:58,783 --> 00:20:00,035 Awak memang suka armadilo? 379 00:20:00,118 --> 00:20:02,412 Saya 18 tahun semasa kali pertama melihat armadilo 380 00:20:02,495 --> 00:20:04,539 dan saya tak tahu ia wujud. 381 00:20:04,623 --> 00:20:08,418 Tiga puluh tahun kemudian, saya masih buat kajian tentang armadilo, 382 00:20:08,501 --> 00:20:10,420 dan dedikasikan hidup kepadanya. 383 00:20:10,503 --> 00:20:12,547 Besarnya. 384 00:20:12,631 --> 00:20:13,924 Armadilo sangat hebat. 385 00:20:14,007 --> 00:20:16,426 Haiwan paling kecil dan rupa paling aneh 386 00:20:16,509 --> 00:20:17,969 patut dikaji. 387 00:20:18,053 --> 00:20:20,180 Ia sama penting dan perlukan bantuan kita 388 00:20:20,263 --> 00:20:21,806 untuk menghadapi ancamannya. 389 00:20:21,890 --> 00:20:24,017 Apa yang mengancam armadilo pink fairy? 390 00:20:24,100 --> 00:20:27,103 Pertama sekalia ditangkap dan dijadikan haiwan peliharaan. 391 00:20:27,187 --> 00:20:32,108 Perubahan iklim juga antara punca ia kehilangan habitatnya. 392 00:20:32,192 --> 00:20:35,362 Jika hujan lebat, tempat ia menggali banjir. 393 00:20:35,445 --> 00:20:36,947 Apa kami boleh buat untuk membantunya? 394 00:20:37,030 --> 00:20:39,324 Pentingkan alam sekitar dalam kehidupan harian. 395 00:20:39,407 --> 00:20:42,911 Ada banyak makhluk kecil yang hidup di sekeliling kamu 396 00:20:42,994 --> 00:20:48,124 yang mungkin kamu tak tahu tentangnya, jadi keluar, nikmati alam sekitar, 397 00:20:48,208 --> 00:20:53,588 cari makhluk kecil, perhatikannya dan berseronok. 398 00:20:53,672 --> 00:20:54,923 Jangan bawa ia pulang. 399 00:20:55,006 --> 00:20:57,384 Haiwan liar tak sepatutnya dijadikan haiwan peliharaan. 400 00:20:57,467 --> 00:20:59,511 Kami akan lakukannya. 401 00:20:59,594 --> 00:21:02,180 Sudah tentu. Saya nak ia hidup selamanya. 402 00:21:02,264 --> 00:21:05,559 Terima kasih banyak sebab terangkan tentang armadilo pink fairy, Mariella. 403 00:21:05,642 --> 00:21:06,726 Terima kasih. 404 00:21:06,810 --> 00:21:11,189 Ingat, lindungi armadilo dan biarkan ia terus menjadi haiwan liar. 405 00:21:11,773 --> 00:21:14,734 - Selamat tinggal! - Selamat tinggal, Mariella! 406 00:21:29,541 --> 00:21:31,543 Sekejap, itu semut? 407 00:21:31,626 --> 00:21:33,003 Ia dah jumpa kita! 408 00:21:33,086 --> 00:21:34,379 Cepat. Ke mesin menggali. 409 00:22:15,503 --> 00:22:17,505 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid