1 00:00:07,593 --> 00:00:11,805 MUSIM PANAS YANG AKU MENJADI CANTIK 2 00:00:22,858 --> 00:00:23,776 Pagi, Bells. 3 00:00:26,737 --> 00:00:27,654 Jeremiah? 4 00:00:28,030 --> 00:00:29,114 Apa awak… 5 00:00:37,289 --> 00:00:39,583 -Sekejap, Conrad, apa... -Tak apa. 6 00:00:43,212 --> 00:00:44,755 Kita ditakdirkan bersama. 7 00:00:46,799 --> 00:00:47,633 Belly, tunggu. 8 00:00:48,592 --> 00:00:49,802 Kita patut bersama. 9 00:00:50,677 --> 00:00:52,012 Awak tak nampakkah? 10 00:00:58,352 --> 00:01:00,521 Mimpi saya pun rumit. 11 00:01:07,444 --> 00:01:10,697 Sebenarnya, semuanya rumit semenjak ciuman itu. 12 00:01:11,907 --> 00:01:15,994 Ciuman yang saya asyik fikirkan. Ia telah menakluki mimpi saya! 13 00:01:16,078 --> 00:01:17,955 Ciuman itu menakluki semuanya! 14 00:01:24,920 --> 00:01:25,754 Selamat pagi. 15 00:01:26,880 --> 00:01:29,383 Selamat pagi, sayang. Ada masa sekejap? 16 00:01:29,466 --> 00:01:31,635 Cleveland baru telefon. Saya harus pergi. 17 00:01:33,052 --> 00:01:34,388 Ambil masa sekejap saja. 18 00:01:35,222 --> 00:01:38,266 Mak nak kamu ajak Belly sebagai temannya 19 00:01:39,226 --> 00:01:41,144 -ke majlis debutante. -Tak boleh. 20 00:01:41,812 --> 00:01:43,397 Kenapa tidak? 21 00:01:44,064 --> 00:01:45,314 Suruh Jeremiah ajak dia. 22 00:01:45,399 --> 00:01:48,485 Pasti amat bermakna jika kamu yang ajak dia. 23 00:01:48,569 --> 00:01:50,528 Kamu putera idamannya. Kami tahu. 24 00:01:50,612 --> 00:01:53,198 -Tidaklah. -Kamu layan dia dengan baik. 25 00:01:53,282 --> 00:01:56,534 Kamu sahaja yang benarkan dia ikut sekali dengan yang lain. 26 00:01:56,618 --> 00:01:58,871 Mak nak semua berjalan lancar untuk dia. 27 00:01:59,746 --> 00:02:01,415 Boleh? Untuk mak? 28 00:02:03,125 --> 00:02:04,334 Saya akan fikirkan. 29 00:02:04,418 --> 00:02:05,836 Bagus anak mak. 30 00:02:05,919 --> 00:02:07,087 Saya belum setuju lagi. 31 00:02:07,170 --> 00:02:10,257 Jangan lambat untuk pertandingan itu. Perlu bantuan kamu. 32 00:02:10,340 --> 00:02:11,174 Saya tahu. 33 00:02:11,758 --> 00:02:12,968 Ringankan beban! 34 00:02:13,468 --> 00:02:14,803 Ringankan beban. 35 00:02:14,887 --> 00:02:17,097 Masih belum terlambat untuk mendaftar. 36 00:02:17,472 --> 00:02:18,891 Mak, janganlah. 37 00:02:20,058 --> 00:02:20,976 Mungkin. 38 00:02:25,063 --> 00:02:26,648 -Maaf. -Selamat pagi. 39 00:02:27,149 --> 00:02:28,233 Hai! 40 00:02:28,317 --> 00:02:30,652 -Tidur nyenyak? -Okey. Bagus! 41 00:02:30,736 --> 00:02:31,904 Tiada mimpi. 42 00:02:32,279 --> 00:02:35,699 Tumpang lalu. 43 00:02:37,159 --> 00:02:40,287 Awak teruja tentang pertandingan bola tampar hari ini? 44 00:02:40,370 --> 00:02:41,580 Belly! 45 00:02:43,206 --> 00:02:45,626 Kenapa kamu tinggalkan rambut di dinding? 46 00:02:45,709 --> 00:02:47,836 -Bertenang! -Gelilah. 47 00:02:47,920 --> 00:02:50,631 Jika kamu buat lagi, abang akan letak di bantal kamu. 48 00:02:50,714 --> 00:02:51,632 Steven! 49 00:02:53,091 --> 00:02:55,344 Saya tak mahu memaksa, 50 00:02:55,427 --> 00:02:59,181 tapi saya ingin bercakap tentang perkara yang berlaku malam tadi. 51 00:02:59,264 --> 00:03:00,432 Ya. Cuma, 52 00:03:00,515 --> 00:03:04,436 saya agak sibuk dengan kedatangan Taylor dan pertandingan itu. 53 00:03:04,519 --> 00:03:06,730 Baiklah. Mungkin selepas... 54 00:03:06,813 --> 00:03:08,315 Ya. Boleh juga. 55 00:03:08,398 --> 00:03:09,858 -Okey. -Bagus. 56 00:03:12,069 --> 00:03:17,199 Okey. Saya nak pakai baju. Rasanya mak awak sedang tunggu saya. 57 00:03:17,282 --> 00:03:18,992 -Baiklah. Jumpa lagi. -Jumpa lagi. 58 00:03:24,790 --> 00:03:26,249 Ya, kayu ini reput. 59 00:03:26,792 --> 00:03:28,710 Lihat betapa rapuh di dalamnya? 60 00:03:28,794 --> 00:03:32,881 Ini teruk. Kita perlu cabut sedikit demi sedikit untuk cecah kayu bersih. 61 00:03:34,800 --> 00:03:36,009 Tak guna! 62 00:03:36,093 --> 00:03:37,761 Kamu nampak tertekan. 63 00:03:37,844 --> 00:03:39,304 Ini minggu yang teruk. 64 00:03:39,388 --> 00:03:41,932 -Ayah kamu dah kembali? -Sebab perkara lain. 65 00:03:42,348 --> 00:03:45,352 -Bagaimana kamu dengan gadis itu? -Tak bagus. 66 00:03:46,478 --> 00:03:50,315 Ini pun nampak teruk. Banyak sangat. 67 00:03:50,399 --> 00:03:52,818 Benda ini reput dan saya langsung tak perasan. 68 00:03:52,901 --> 00:03:55,779 -Ada di semua tempat dan saya tak perasan. -Conrad! 69 00:03:56,863 --> 00:03:58,323 Kenapa dengan kamu? 70 00:03:58,782 --> 00:04:00,701 Jantung saya berdegup laju dan... 71 00:04:03,620 --> 00:04:05,497 Sukar nak bernafas. 72 00:04:06,498 --> 00:04:07,416 Hei. 73 00:04:09,710 --> 00:04:12,212 Ini biasa. Kamu sedang alami serangan panik. 74 00:04:13,588 --> 00:04:15,507 Tak apa. Okey, pandang saya. 75 00:04:16,216 --> 00:04:18,093 Tarik nafas dalam-dalam. Okey? 76 00:04:18,969 --> 00:04:19,886 Tarik nafas. 77 00:04:20,846 --> 00:04:21,805 Hembus. 78 00:04:22,514 --> 00:04:23,473 Tarik nafas. 79 00:04:25,267 --> 00:04:26,184 Hembus. 80 00:04:26,893 --> 00:04:27,811 Tarik nafas. 81 00:04:29,312 --> 00:04:30,230 Hembus. 82 00:04:32,024 --> 00:04:32,983 Luahkannya. 83 00:04:35,569 --> 00:04:37,612 Conrad, apa yang sedang berlaku? 84 00:04:48,165 --> 00:04:49,750 Mak saya. Dia… 85 00:04:57,924 --> 00:04:59,134 Semuanya okey? 86 00:05:00,052 --> 00:05:01,595 Ya, cuma hari ini panas. 87 00:05:02,262 --> 00:05:03,513 Sedikit lagi. 88 00:05:06,558 --> 00:05:08,602 Kamu suka baju itu? 89 00:05:10,687 --> 00:05:11,980 Ya, saya suka. 90 00:05:13,607 --> 00:05:15,692 Teruja untuk pertandingan bola tampar? 91 00:05:16,610 --> 00:05:20,155 Ya, saya tak sabar. Saya nak kumpul wang paling banyak. 92 00:05:21,073 --> 00:05:22,866 Saya cuma risaukan Steven. 93 00:05:22,949 --> 00:05:24,910 Kamu akan mewakili badan amal mana? 94 00:05:25,577 --> 00:05:28,330 Badan amal awak. Tempat perlindungan gelandangan wanita. 95 00:05:29,748 --> 00:05:32,000 Baiknya. Terima kasih, Belly. 96 00:05:33,919 --> 00:05:37,839 Sekarang duduk diam. Saya cuma perlukan beberapa saat untuk ropol itu. 97 00:05:42,594 --> 00:05:45,639 Ada teknik pernafasan untuk serangan kebimbangan. 98 00:05:46,515 --> 00:05:50,936 Tarik nafas empat saat melalui hidung. Tahan tujuh saat. Hembus lapan saat. 99 00:05:52,646 --> 00:05:54,481 Bagaimana awak tahu? 100 00:05:54,564 --> 00:05:56,441 Ini sewaktu buku kedua saya keluar. 101 00:05:56,525 --> 00:05:59,361 Waktu itu saya mengalami serangan panik pertama. 102 00:05:59,444 --> 00:06:02,155 Masuk bilik kecemasan kerana sangka itu sakit jantung. 103 00:06:02,239 --> 00:06:04,241 Kemudian saya belajar cara mengatasinya. 104 00:06:09,871 --> 00:06:12,249 Patut beritahu ibu kamu yang kamu tahu. 105 00:06:12,624 --> 00:06:14,209 Ya, saya tahu. Saya mahu. 106 00:06:15,168 --> 00:06:17,963 Sumpah. Tapi tiap kali mencuba, saya tak tahu caranya. 107 00:06:19,464 --> 00:06:22,050 Mak tak mahu saya atau adik saya tahu. 108 00:06:22,134 --> 00:06:24,803 Mengetahuinya akan menyedihkan dia. Rosakkan semua. 109 00:06:28,306 --> 00:06:34,271 Saya fikir jika saya simpan sendiri rahsia ini... 110 00:06:39,234 --> 00:06:41,236 mungkin mak akan terus hidup. 111 00:06:44,781 --> 00:06:46,741 Kamu takut nak cakap sesuatu. 112 00:06:47,075 --> 00:06:49,827 Kamu takut yang kamu akan menjadikannya realiti. 113 00:06:52,622 --> 00:06:54,833 Ini bukan sesuatu yang kamu boleh kawal. 114 00:06:55,959 --> 00:06:59,045 Hal ini berlaku sama ada kamu menyebutnya atau tidak. 115 00:07:00,130 --> 00:07:03,800 Conrad, ini bukan tanggungjawab kamu. 116 00:07:05,302 --> 00:07:06,219 Okey? 117 00:07:14,769 --> 00:07:15,854 Memang bukan. 118 00:07:21,067 --> 00:07:23,111 RINGANKAN BEBAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 119 00:07:23,778 --> 00:07:24,779 PASUKAN BELLY 120 00:07:24,863 --> 00:07:25,739 Hei, Belly. 121 00:07:26,156 --> 00:07:27,073 Hei. 122 00:07:27,949 --> 00:07:28,783 Apakah itu? 123 00:07:29,576 --> 00:07:30,577 Senjata rahsia saya. 124 00:07:32,954 --> 00:07:35,832 -Semangat untuk pertandingan itu? -Ya, saya dah sedia. 125 00:07:35,916 --> 00:07:38,627 Jika awak kekal sedia, awak tak perlu bersedia. 126 00:07:42,547 --> 00:07:43,715 Gelinya. 127 00:07:43,798 --> 00:07:47,719 Ya. Awak cubalah fikirkan frasa motivasi tanpa ayat menggelikan. 128 00:07:49,221 --> 00:07:50,222 Saya fikir dulu. 129 00:07:52,807 --> 00:07:53,808 Fikir... 130 00:07:55,143 --> 00:07:56,019 Belly. 131 00:07:56,811 --> 00:07:57,771 Ya? 132 00:07:59,481 --> 00:08:00,315 Maafkan saya. 133 00:08:00,815 --> 00:08:02,067 Sebab cakap begitu? 134 00:08:04,194 --> 00:08:05,862 Sebab kurang ajar tempoh hari. 135 00:08:05,946 --> 00:08:09,658 Serta berpura-pura tak ingat walaupun saya ingat semuanya. 136 00:08:10,283 --> 00:08:13,286 Perkara itu asyik terngiang-ngiang dalam fikiran saya. 137 00:08:14,996 --> 00:08:16,498 Saya tak tahu nak cakap apa. 138 00:08:16,957 --> 00:08:19,625 Saya tahu. Dah terlewat. Saya faham. 139 00:08:25,674 --> 00:08:27,467 Boleh saya jadi teman awak? 140 00:08:30,428 --> 00:08:31,346 Apa? 141 00:08:31,805 --> 00:08:34,765 Saya dah tahu semua tariannya. Tiada masalah. 142 00:08:38,645 --> 00:08:41,022 -Saya akan fikirkan. -Fikirkan dulu. 143 00:08:44,192 --> 00:08:46,987 Apa dah jadi dengan awak, Cinderbelly? 144 00:08:47,404 --> 00:08:49,072 Saya gembira awak dah sampai. 145 00:08:49,489 --> 00:08:52,242 Di mana baju saya? Kita akan belasah mereka. 146 00:08:52,325 --> 00:08:54,035 Ya. Ayuh. 147 00:08:58,707 --> 00:09:00,125 -Apa khabar, Taylor? -Hei. 148 00:09:03,920 --> 00:09:05,797 Apa perkembangan terkini awak berdua? 149 00:09:06,423 --> 00:09:08,049 Banyak untuk dibincangkan. 150 00:09:09,718 --> 00:09:11,303 Biar betul! 151 00:09:11,803 --> 00:09:12,804 Serius. 152 00:09:12,887 --> 00:09:14,681 Dia relaks saja atau gementar? 153 00:09:14,764 --> 00:09:17,434 Atau adakah dia merayu? Tolonglah kata dia merayu. 154 00:09:17,517 --> 00:09:18,893 Dia tak merayu. 155 00:09:20,312 --> 00:09:22,022 Tapi dia agak gementar. 156 00:09:22,105 --> 00:09:26,192 Ini mengujakan kerana awak perlu menolaknya. 157 00:09:32,866 --> 00:09:35,160 Belly, awak akan tolak ajakan dia, okey? 158 00:09:35,243 --> 00:09:38,413 Saya tak perlu ingatkan perkara yang Conrad buat minggu lepas. 159 00:09:38,496 --> 00:09:39,456 Saya tahu. 160 00:09:39,539 --> 00:09:44,085 Saya juga tak perlukan ingatkan tentang adiknya yang stabil, menyeronokkan, 161 00:09:44,169 --> 00:09:48,214 dan lebih kacak yang sedang menantikan awak. 162 00:09:48,757 --> 00:09:50,633 Sedia? Mak akan bawa. 163 00:09:51,259 --> 00:09:53,219 -Boleh saya memandu? -Tidak. 164 00:09:56,389 --> 00:09:59,351 Kita tak perlu bercakap tentang perkara ini sekarang. 165 00:09:59,434 --> 00:10:01,770 -Ini bukan sebab awak datang. -Inilah sebabnya. 166 00:10:01,853 --> 00:10:04,481 Saya gembira awak datang agar kita boleh menang. 167 00:10:04,564 --> 00:10:08,026 Awak gembira kerana saya akan satukan awak dengan Jeremiah, 168 00:10:08,109 --> 00:10:10,445 dan saya amat teruja dengannya. 169 00:10:15,700 --> 00:10:17,077 Ya. Kita dah sedia. 170 00:10:25,418 --> 00:10:26,586 Saya suka visor awak. 171 00:10:26,669 --> 00:10:27,504 PASUKAN SHAYLA 172 00:10:27,587 --> 00:10:29,339 Terima kasih. Kami dapat pagi tadi. 173 00:10:29,422 --> 00:10:31,925 Steven pilih hijau. Dia kata mata kami menyerlah. 174 00:10:32,008 --> 00:10:34,135 Ya, amat menyerlah. 175 00:10:39,349 --> 00:10:41,768 Berapa lama awak datang melawat, Taylor? 176 00:10:42,519 --> 00:10:44,896 Entahlah. Tak pasti lagi. 177 00:10:48,817 --> 00:10:52,445 Gembira dapat bertemu awak. Akhirnya saya mengenali awak. 178 00:10:52,529 --> 00:10:53,446 Ya. 179 00:10:54,572 --> 00:10:57,075 -Saya nak pakai losyen pelindung matahari. -Ya. 180 00:11:02,831 --> 00:11:04,499 Kalian bagai pinang dibelah dua. 181 00:11:04,833 --> 00:11:05,750 Yakah? 182 00:11:06,126 --> 00:11:08,378 Comel. Okey. Jumpa di gelanggang. 183 00:11:12,298 --> 00:11:13,508 Selamat tengah hari. 184 00:11:13,591 --> 00:11:15,009 Saya Susannah Fisher, 185 00:11:15,093 --> 00:11:17,679 pengerusi kelab Lembaga Perkhidmatan Komuniti, 186 00:11:17,762 --> 00:11:21,307 dan saya gembira untuk mengalu-alukan anda ke Ringankan Beban. 187 00:11:23,268 --> 00:11:25,728 Seperti mak saya selalu kata, 188 00:11:25,937 --> 00:11:29,399 "Jika kamu dapat berada di pantai, kamu cukup bertuah." 189 00:11:29,482 --> 00:11:32,277 Kita semua amat bertuah. 190 00:11:32,360 --> 00:11:35,113 -Untuk semarakkan semangat keseronokan... -Pasti hebat. 191 00:11:35,196 --> 00:11:38,825 ...dan persaingan mesra, masa untuk membuka hati dan dompet 192 00:11:38,908 --> 00:11:41,661 dan berikan kepada mereka yang kurang bernasib baik. 193 00:11:41,744 --> 00:11:45,582 Kita ada pasukan yang mewakili gelandangan, tempat perlindungan wanita, 194 00:11:45,665 --> 00:11:48,126 badan amal persekitaran, dan banyak lagi. 195 00:11:48,208 --> 00:11:51,838 Ringankan Beban akan memadankan janji itu 196 00:11:51,921 --> 00:11:53,882 untuk pemenang pertandingan. 197 00:11:56,301 --> 00:11:59,596 Meja ikrar masih dibuka, jadi sila derma dengan murah hati. 198 00:12:00,305 --> 00:12:01,347 Dengan itu, 199 00:12:01,681 --> 00:12:03,516 mari mulakan permainan ini! 200 00:12:08,271 --> 00:12:10,190 Trofi itu akan jadi milik saya. 201 00:12:11,065 --> 00:12:12,859 Jaga-jaga dengan mereka. 202 00:12:12,942 --> 00:12:14,235 Pukulannya berbahaya. 203 00:12:15,778 --> 00:12:16,654 Mari lakukannya. 204 00:12:23,036 --> 00:12:23,870 Hai. 205 00:12:25,663 --> 00:12:28,082 -Nampak kacak, Jeremy. -Apa khabar, Taylor? 206 00:12:33,213 --> 00:12:36,257 Tolonglah. Jangan risau. Dia sudah dilupakan. 207 00:12:36,841 --> 00:12:38,092 Awak pasti? 208 00:12:39,677 --> 00:12:43,056 Ya, saya Pasukan Jelly. Saya akan tolong awak. Okey? 209 00:12:43,681 --> 00:12:44,766 Terima kasih. 210 00:12:53,149 --> 00:12:54,067 Hei. 211 00:12:54,192 --> 00:12:55,109 Hei! 212 00:12:57,028 --> 00:12:59,030 Cuma nak beritahu saja. 213 00:12:59,113 --> 00:13:03,368 Mak saya risau kerana Belly tiada teman ke majlis tarian itu. 214 00:13:03,576 --> 00:13:04,494 Betul kata dia. 215 00:13:04,911 --> 00:13:06,871 Belly perlu cepat buat keputusan. 216 00:13:06,955 --> 00:13:08,581 Sebenarnya... 217 00:13:09,415 --> 00:13:11,793 Mak saya suruh saya ajak Belly. 218 00:13:11,876 --> 00:13:13,628 Kenapa bukan Jeremiah? 219 00:13:14,587 --> 00:13:16,089 Ya. Maksud saya… 220 00:13:16,756 --> 00:13:19,342 awak kenal Jer, dia tak suka majlis begini. 221 00:13:20,552 --> 00:13:22,428 Lagipun, saya dah tahu tariannya. 222 00:13:22,512 --> 00:13:25,682 Ya. Saya ingat. Awak memang pandai menari. 223 00:13:26,975 --> 00:13:28,851 -Jangan lupa. -Takkan. 224 00:13:29,811 --> 00:13:31,271 -Nak minum? -Boleh. 225 00:13:31,354 --> 00:13:32,188 Baiklah. 226 00:13:37,235 --> 00:13:38,403 RINGANKAN BEBAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 227 00:13:39,487 --> 00:13:40,405 Okey, ayuh. 228 00:13:41,739 --> 00:13:42,949 Ayuh, Belly. 229 00:13:44,158 --> 00:13:44,993 Ya. 230 00:13:45,326 --> 00:13:47,120 Main dengan tangkas dan bijak. 231 00:13:50,081 --> 00:13:51,499 -Ayuh, Belly. -Sedia? 232 00:13:52,000 --> 00:13:54,252 -Awak boleh buat. Ya! -Bagus. 233 00:14:03,720 --> 00:14:04,637 Ayuh, Belly. 234 00:14:06,014 --> 00:14:08,182 Bagus. Kalian boleh buat. 235 00:14:10,685 --> 00:14:13,479 Bagus! Ayuh, Pasukan Belly. 236 00:14:18,276 --> 00:14:19,402 Awak boleh, Taylor. 237 00:14:20,945 --> 00:14:22,363 -Awak okey? -Awak okey? 238 00:14:23,615 --> 00:14:25,074 Tak, cuma... Buku lali saya. 239 00:14:25,867 --> 00:14:27,660 -Nak tolong? -Awak okey, Taylor? 240 00:14:27,744 --> 00:14:29,579 -Saya terseliuh. -Okey. 241 00:14:30,163 --> 00:14:30,997 Boleh jalan? 242 00:14:32,457 --> 00:14:34,876 -Awak boleh ganti saya? -Ya. 243 00:14:36,794 --> 00:14:39,130 -Perlu bantuan saya? -Awak okey? 244 00:14:39,213 --> 00:14:41,382 Tak apa. Awak main. 245 00:14:51,601 --> 00:14:53,144 Ayuh! 246 00:14:58,566 --> 00:14:59,901 -Bagus! -Okey, sedia? 247 00:15:01,319 --> 00:15:03,237 Atas. Bawah. Pinggul. 248 00:15:04,739 --> 00:15:06,407 Ya! 249 00:15:10,453 --> 00:15:11,871 -Ini dia. -Terima kasih. 250 00:15:11,954 --> 00:15:12,789 Sama-sama. 251 00:15:12,872 --> 00:15:13,790 Bagus. 252 00:15:18,586 --> 00:15:20,296 -Syabas! -Pukulan yang bagus! 253 00:15:20,380 --> 00:15:22,882 -Ya. -Kita berjaya! 254 00:15:22,965 --> 00:15:24,050 Hebat. 255 00:15:24,133 --> 00:15:25,218 PASUKAN BELLY 256 00:15:25,301 --> 00:15:26,552 Ayuh, Pasukan Belly. 257 00:15:48,825 --> 00:15:49,742 Cubaan yang bagus. 258 00:15:55,790 --> 00:15:57,958 Awak perlu melompat! Kita atas pasir. 259 00:15:58,042 --> 00:15:58,960 Baiklah. 260 00:16:04,966 --> 00:16:06,801 Perlu berlatih lompatan saya. 261 00:16:06,884 --> 00:16:08,886 Tumpukan perhatian. Mereka bagus. 262 00:16:15,893 --> 00:16:16,811 Okey. 263 00:16:17,353 --> 00:16:20,106 -Jangan pandang saya. Pandang bola. -Baiklah. 264 00:16:20,189 --> 00:16:21,232 Jer, fokus! 265 00:16:33,077 --> 00:16:34,704 Biar saya tangkap. 266 00:16:43,713 --> 00:16:44,881 Pengadil. Boleh kita… 267 00:16:52,930 --> 00:16:54,682 Maaf. Saya perlu menang. 268 00:16:54,766 --> 00:16:56,934 -Mereka akan padankan ikrar saya. -Faham. 269 00:16:57,018 --> 00:16:59,353 Conrad, saya perlu awak ganti dia. 270 00:16:59,437 --> 00:17:00,480 Sekarang. 271 00:17:08,946 --> 00:17:10,198 Bagus, Jer Bear. 272 00:17:11,741 --> 00:17:13,785 -Nak saya di mana? -Awak mula. 273 00:17:13,868 --> 00:17:15,077 Ayuh. 274 00:18:10,341 --> 00:18:11,300 -Ya! -Kita berjaya! 275 00:18:15,054 --> 00:18:17,014 PASUKAN BELLY - PASUKAN SWIFTIE 276 00:18:24,480 --> 00:18:26,440 PASUKAN BELLY - PASUKAN A-TEAM 277 00:18:46,377 --> 00:18:48,838 -Ya! -Ya! Ya Tuhan! 278 00:18:49,046 --> 00:18:50,965 PASUKAN BELLY LWN PASUKAN SHAYLA 279 00:19:05,521 --> 00:19:06,522 Bagus. 280 00:19:18,910 --> 00:19:19,869 Ya! 281 00:19:23,831 --> 00:19:25,458 Hebat! Ayuh! 282 00:19:40,598 --> 00:19:41,891 Ya! 283 00:19:44,810 --> 00:19:46,771 Itu dia. Awak boleh buat. 284 00:20:15,174 --> 00:20:17,385 -Syabas, Bells. -Pemenangnya Isabel Conklin 285 00:20:17,468 --> 00:20:18,844 dan Conrad Fisher! 286 00:20:21,263 --> 00:20:23,641 Ya Tuhan! Kalian memang hebat. 287 00:20:23,724 --> 00:20:25,476 Kamu pasukan yang bagus. 288 00:20:25,893 --> 00:20:27,186 Kamu dah ajak dia? 289 00:20:27,269 --> 00:20:29,397 -Ajak apa? -Jadi teman kamu. 290 00:20:29,814 --> 00:20:33,109 Saya suruh dia ajak kamu kerana kamu ambil terlalu lama. 291 00:20:33,484 --> 00:20:34,735 Tahniah! 292 00:20:37,154 --> 00:20:39,031 -Bangganya. -Gembira untuk kamu. 293 00:20:46,163 --> 00:20:48,040 -Bagaimana buku lali awak? -Baik. 294 00:20:48,124 --> 00:20:50,626 Belly. Hei, Belly. 295 00:20:51,293 --> 00:20:52,378 Hei, Nicole. 296 00:20:52,461 --> 00:20:54,714 -Ingat lagi kawan saya Taylor? -Ya. Hai. 297 00:20:55,256 --> 00:20:57,675 Bot ayah saya baru sampai dari Anguilla. 298 00:20:57,758 --> 00:21:00,553 Nak makan piza dan minum rosé dalam beberapa jam? 299 00:21:02,096 --> 00:21:05,766 Hanya untuk tamatkan hari ini. Awak boleh ikut bersama, Taylor. 300 00:21:05,850 --> 00:21:07,226 Kayla akan datang? 301 00:21:07,768 --> 00:21:11,564 Maksud awak, Shayla. Tidak, dia ada rancangan dengan Liam. 302 00:21:11,647 --> 00:21:13,691 -Ya, kami akan datang. -Okey. 303 00:21:15,192 --> 00:21:18,571 Itu nampak hebat. Boleh stim sekali lagi? 304 00:21:18,654 --> 00:21:20,031 Sudah semestinya. 305 00:21:20,489 --> 00:21:23,034 -Saya tak nak minta. -Jangan risau. 306 00:21:23,117 --> 00:21:24,118 -Beck! -Apa? 307 00:21:24,201 --> 00:21:26,203 Baju itu berkedut. Tak mungkin. 308 00:21:26,287 --> 00:21:27,371 Okey, apa-apa saja. 309 00:21:28,205 --> 00:21:30,833 -Kulit awak agak gelap. -Yakah? 310 00:21:30,916 --> 00:21:33,669 -Okey, ini dia. -Terima kasih banyak. 311 00:21:48,017 --> 00:21:50,644 Ini satu-satunya perkara yang saya mahu, 312 00:21:50,728 --> 00:21:54,648 iaitu Conrad ajak saya ke sesuatu tempat, dan ke majlis tari-menari. 313 00:21:55,107 --> 00:21:57,526 Semua ini kerana mak dia yang suruh. 314 00:21:57,610 --> 00:22:00,863 Hanya membuktikan bahawa Jelly akan bertahan dan bukan Bonrad. 315 00:22:01,238 --> 00:22:04,116 -Bonrad nama yang teruk. -Tepat sekali. 316 00:22:04,200 --> 00:22:07,828 Jelly nama comel dan menarik. Saya buat Pasukan Jelly untuk Insta. 317 00:22:10,873 --> 00:22:11,999 Ya Tuhan, Taylor. 318 00:22:12,083 --> 00:22:13,000 AYUH PASUKAN JELLY 319 00:22:14,210 --> 00:22:15,669 -Ya Tuhan! -Saya tahu. 320 00:22:18,005 --> 00:22:19,465 Apa patut saya lakukan? 321 00:22:19,548 --> 00:22:23,886 Bagaimana saya mahu menjalinkan hubungan dengan Jeremiah... 322 00:22:25,096 --> 00:22:28,099 jika hati saya masih inginkan abang dia? 323 00:22:28,974 --> 00:22:33,145 Hati saya akan sentiasa inginkan abang awak. 324 00:22:33,229 --> 00:22:38,025 Itu tak bermakna saya takkan jatuh hati pada seseorang yang lebih baik jika ada. 325 00:22:38,109 --> 00:22:39,235 -Taylor. -Apa? 326 00:22:41,862 --> 00:22:42,696 Belly! 327 00:22:43,948 --> 00:22:45,199 -Ya Tuhan. -Biar betul. 328 00:22:52,665 --> 00:22:55,334 Jer, awak perlu pergi ke parti ini. Pasti hebat. 329 00:22:55,417 --> 00:22:57,795 Shayla kata Liam pesan blok ais yang besar. 330 00:22:58,754 --> 00:22:59,797 Menariknya. 331 00:23:01,173 --> 00:23:02,383 Kenapa dengan awak? 332 00:23:03,467 --> 00:23:06,137 Tiada apa. Saya tak mahu keluar malam ini. 333 00:23:06,220 --> 00:23:09,348 Apa? Saya perlukan awak. 334 00:23:09,431 --> 00:23:10,850 Takkan seronok tanpa awak. 335 00:23:11,559 --> 00:23:15,271 Shayla akan berada di sana. Semua orang takut dia. 336 00:23:21,110 --> 00:23:24,280 Hore! Lihat apa berlaku jika tak tumpukan perhatian? 337 00:23:26,782 --> 00:23:28,993 Baiklah, saya ada hal. 338 00:23:29,326 --> 00:23:30,286 Berseronoklah. 339 00:23:30,703 --> 00:23:31,579 Sekejap. Apa? 340 00:23:36,834 --> 00:23:37,877 Kenapa dengan dia? 341 00:23:38,627 --> 00:23:40,337 Entahlah. Dia bersikap pelik. 342 00:23:40,963 --> 00:23:43,924 Dia tak datang malam ini, jadi cuma kita berdua. 343 00:23:44,008 --> 00:23:45,467 Ya, tentang itu. 344 00:23:46,427 --> 00:23:47,761 Saya pun mungkin tak ikut. 345 00:23:48,179 --> 00:23:51,348 -Awak tak lepak dengan saya musim ini. -Pasti takkan... 346 00:23:51,432 --> 00:23:55,811 Conrad, ayuh, saya akan marah awak jika awak tak datang ke parti itu. 347 00:23:56,812 --> 00:23:57,730 -Okey. -Yakah? 348 00:23:57,813 --> 00:23:58,647 Ya. Okey. 349 00:23:59,773 --> 00:24:00,983 Akhirnya! 350 00:24:01,317 --> 00:24:03,235 Awak benar-benar abaikan saya. 351 00:24:04,361 --> 00:24:05,821 Hore! 352 00:24:06,530 --> 00:24:09,742 Awak nampak itu? Ya! Hebat. 353 00:24:11,785 --> 00:24:13,579 Turunkan jari jika... 354 00:24:14,246 --> 00:24:17,708 awak pernah bercium dengan dua orang dalam masa 24 jam. 355 00:24:21,337 --> 00:24:22,171 Saya pun pernah. 356 00:24:22,630 --> 00:24:26,550 Okey, turunkan jari jika awak pernah gunakan patung untuk... 357 00:24:27,426 --> 00:24:28,344 tahulah. 358 00:24:28,969 --> 00:24:31,430 Nama dia Harry Bear Styles. 359 00:24:31,680 --> 00:24:33,098 Awak namakan awak punya? 360 00:24:33,682 --> 00:24:34,850 Apa! 361 00:24:36,435 --> 00:24:39,146 Okey, turunkan jari jika awak pernah buat seks. 362 00:24:45,486 --> 00:24:47,196 Jika awak pernah meraba. 363 00:24:51,200 --> 00:24:53,744 Turunkan jari jika kurang daripada itu? 364 00:24:55,871 --> 00:24:59,041 Turunkan jari jika pernah bercumbuan dengan Jeremiah Fisher! 365 00:25:02,544 --> 00:25:04,463 -Biar betul! -Wah! 366 00:25:04,546 --> 00:25:07,091 Sekejap, Belly, kami mahu tahu lebih lanjut. 367 00:25:08,717 --> 00:25:11,011 -Maaf, Gigi. -Tak apa. 368 00:25:11,762 --> 00:25:15,224 Tak banyak nak diberitahu. Dia seperti kawan baik saya. 369 00:25:15,307 --> 00:25:16,517 Bila ia bermula? 370 00:25:17,559 --> 00:25:21,772 Minggu lepas kami bercium di dalam kolam rumah kami. 371 00:25:23,023 --> 00:25:26,443 Saya dapat rasakan yang awak dan Conrad ada hubungan istimewa, 372 00:25:26,902 --> 00:25:29,446 tapi rupanya saya tersilap. 373 00:25:31,782 --> 00:25:33,158 Ya, itu... 374 00:25:33,701 --> 00:25:34,952 Saya... 375 00:25:36,036 --> 00:25:37,037 Entahlah. 376 00:25:37,121 --> 00:25:38,914 Cukuplah cerita tentang Jeremiah. 377 00:25:38,998 --> 00:25:41,875 Turunkan jari jika awak pernah berenang bogel? 378 00:25:42,334 --> 00:25:46,797 Turunkan jari jika awak pernah berenang bogel di Suak Hopper. 379 00:25:47,631 --> 00:25:48,799 Adakah itu cabaran? 380 00:25:49,425 --> 00:25:50,509 Semestinya. 381 00:25:52,886 --> 00:25:54,763 Tiada yang tak kena dengan awak. 382 00:25:54,847 --> 00:25:57,308 Bandar ini dalam genggaman awak. 383 00:25:59,143 --> 00:26:00,978 Tak juga, nampaknya. 384 00:26:04,064 --> 00:26:06,859 Mak sangka kamu ikut Connie dan Steven. 385 00:26:06,942 --> 00:26:09,445 Saya tak mahu berparti. 386 00:26:09,528 --> 00:26:11,322 Tak macam perangai kamu. 387 00:26:13,490 --> 00:26:15,451 Saya penat daripada pertandingan itu. 388 00:26:17,119 --> 00:26:18,787 -Mak okey? -Ya. Cuma... 389 00:26:19,788 --> 00:26:21,040 Mak pun penat juga. 390 00:26:22,249 --> 00:26:24,043 Nak tonton filem dengan mak? 391 00:26:25,377 --> 00:26:27,880 Atau kita boleh bunuh zombi? 392 00:26:31,383 --> 00:26:33,510 Okey. Bagaimana nak main? 393 00:26:34,053 --> 00:26:36,555 Tekan ini untuk lihat sekeliling. 394 00:26:37,264 --> 00:26:38,265 Ini untuk bergerak. 395 00:26:39,016 --> 00:26:40,309 Bidik. Tembak. 396 00:26:41,810 --> 00:26:42,770 Okey, sedia? 397 00:26:42,853 --> 00:26:44,605 WABAK KEMATIAN ZOMBI 398 00:26:45,397 --> 00:26:46,315 Itu pun mereka. 399 00:26:46,398 --> 00:26:48,525 -Di mana? -Di sana, di sebelah kiri. 400 00:26:48,609 --> 00:26:50,694 -Kiri mak atau kamu? -Di kiri saya. 401 00:26:55,407 --> 00:26:56,617 Cuma perlu berlatih. 402 00:26:57,993 --> 00:27:01,288 Tahu berapa banyak wang yang kalian kumpul hari ini? 403 00:27:01,372 --> 00:27:02,956 $5,000. 404 00:27:04,041 --> 00:27:06,752 Mak amat bangga dengan kamu. Kemudian Belly menang. 405 00:27:08,170 --> 00:27:10,589 Dia pasti akan menyerlah di majlis itu. 406 00:27:11,757 --> 00:27:13,467 Dia ada beritahu siapa temannya? 407 00:27:13,759 --> 00:27:15,677 Ya, mak suruh Connie ajak dia. 408 00:27:16,512 --> 00:27:19,765 Mak nak suruh kamu, tapi mak tahu kamu tak suka majlis formal. 409 00:27:20,224 --> 00:27:21,308 Ya. 410 00:27:22,851 --> 00:27:24,978 Mereka akan pergi? Conrad dan Belly? 411 00:27:25,062 --> 00:27:26,355 Mak berharap. 412 00:27:27,272 --> 00:27:31,360 Connie nampak macam dia yang dulu, bukan? Dia nampak sangat gembira. 413 00:27:32,319 --> 00:27:33,362 Ya, agaknya. 414 00:27:35,280 --> 00:27:38,909 Angin buruknya tak beralih kepada kamu, bukan? 415 00:27:40,244 --> 00:27:41,120 Tak. 416 00:27:42,538 --> 00:27:43,914 Mungkin. Entahlah. 417 00:27:45,040 --> 00:27:46,625 Ada apa-apa mak boleh bantu? 418 00:27:48,544 --> 00:27:50,295 Tak apa. Hari ini pelik. 419 00:27:50,379 --> 00:27:52,464 Kamu pasti? Mak ada di sini. 420 00:27:56,635 --> 00:27:59,471 Rasanya saya nak pergi ke parti itu. 421 00:27:59,930 --> 00:28:02,307 -Mak nak ikut? -Terima kasih. 422 00:28:04,810 --> 00:28:05,936 Mak nak pergi tidur. 423 00:28:06,937 --> 00:28:07,855 Okey. 424 00:28:17,072 --> 00:28:18,115 Tuhan. 425 00:29:08,457 --> 00:29:12,169 Nampak kereta di garaj itu? Saya rasa itu Dino 246. 426 00:29:12,252 --> 00:29:14,296 Keluarga Liam suka menunjuk-nunjuk. 427 00:29:14,379 --> 00:29:16,882 Saya tak boleh bayangkan membesar begini. 428 00:29:16,965 --> 00:29:18,467 Agak gila, bukan? 429 00:29:19,009 --> 00:29:20,969 Yalah. Awak pun kaya juga. 430 00:29:21,386 --> 00:29:25,432 Bukan begini. Mereka membesar di asrama. 431 00:29:25,516 --> 00:29:27,684 Mereka jumpa keluarga sekali setahun. 432 00:29:27,768 --> 00:29:30,354 Sebab itu mereka jahat. Mereka tak gembira. 433 00:29:30,437 --> 00:29:31,605 Teruklah awak. 434 00:29:36,109 --> 00:29:38,695 Ya Tuhan! Saya dah agak dia akan datang. Ya! 435 00:29:41,406 --> 00:29:42,533 Ya! 436 00:29:46,828 --> 00:29:49,623 -Jeremiah bersama siapa baru-baru ini? -Tiada. 437 00:29:49,915 --> 00:29:54,962 Sebenarnya, tak. Shayla ada teori gila. Dia fikir Jeremiah keluar dengan Belly. 438 00:29:55,921 --> 00:29:58,298 -Yakah? -Saya tahu. Saya menyampah. 439 00:29:58,382 --> 00:30:00,342 Itu... Wah. 440 00:30:00,425 --> 00:30:02,427 Shayla ada banyak teori gila. 441 00:30:02,511 --> 00:30:05,722 Jer tahu saya akan bunuh dia jika dia sentuh adik saya. 442 00:30:05,806 --> 00:30:08,267 Hei! Lihatlah. Ini blok ais. 443 00:30:08,350 --> 00:30:10,102 Cubalah! Steven, ayuh. 444 00:30:10,185 --> 00:30:11,645 Hei, saya harus pergi. 445 00:30:27,411 --> 00:30:28,996 -Baiklah. -Ya. 446 00:30:31,665 --> 00:30:34,793 Saya boleh dengar kegiatan tak bermoral dari jauh. 447 00:30:34,876 --> 00:30:36,503 Awak tahulah. 448 00:30:36,587 --> 00:30:37,546 Hei! 449 00:30:38,922 --> 00:30:43,468 Ada permainan kad di tingkat bawah. Jika awak boleh pergi. 450 00:30:45,178 --> 00:30:46,179 Awak tak ambil hati? 451 00:30:46,888 --> 00:30:47,764 Pergilah. 452 00:30:48,473 --> 00:30:49,808 Ya, baiklah. 453 00:30:50,058 --> 00:30:50,976 Bagus. 454 00:30:54,730 --> 00:30:55,606 Berseronoklah. 455 00:31:20,213 --> 00:31:22,007 Hei, jaga-jaga obor-obor! 456 00:31:22,090 --> 00:31:24,843 Saya tak mahu terpaksa kencing ke atas kamu. 457 00:31:24,926 --> 00:31:26,678 Mereka berdua rugi. 458 00:31:26,762 --> 00:31:28,930 Saya tahu Dara tak berani, tapi Marisa? 459 00:31:29,014 --> 00:31:31,350 -Ya. Saya pun fikir begitu! -Nicole. 460 00:31:31,558 --> 00:31:33,226 -Ya? -Conrad mesej awak! 461 00:31:33,310 --> 00:31:34,353 Okey, saya datang. 462 00:31:41,943 --> 00:31:43,070 Seronoknya. 463 00:31:44,321 --> 00:31:45,864 Saya suka kawan awak. 464 00:31:45,947 --> 00:31:49,493 -Saya dah agak. -Mereka suka jika awak bersama Jeremiah. 465 00:31:49,576 --> 00:31:53,413 Malah Gigi, walaupun uratnya hampir meletup apabila dia dengar. 466 00:31:53,830 --> 00:31:55,165 -Ya Tuhan! -Apa? 467 00:31:55,248 --> 00:31:59,628 Saya baru perasan sesuatu. Tanda pagar Pasukan Jellyfish-er. 468 00:32:00,087 --> 00:32:01,046 Jellyfisher. 469 00:32:01,713 --> 00:32:05,300 -Taylor, itu sangat bodoh. -Tak, saya serius. Nama itu comel. 470 00:32:08,470 --> 00:32:11,139 -Saya dah agak mereka kejam! -Apa yang berlaku? 471 00:32:12,182 --> 00:32:13,058 Tunggu... 472 00:32:17,229 --> 00:32:18,522 Taylor, apa yang berlaku? 473 00:32:18,605 --> 00:32:21,358 Mereka ambil semuanya. Kecuali telefon awak. 474 00:32:21,983 --> 00:32:24,903 Yang mempunyai mesej bersalah daripada Conrad. 475 00:32:25,445 --> 00:32:26,905 Sekejap, apa dia tulis? 476 00:32:27,322 --> 00:32:30,450 "Saya tak ajak awak ke majlis itu kerana mak suruh." 477 00:32:30,534 --> 00:32:32,452 "Saya ajak sebab saya mahu." 478 00:32:33,036 --> 00:32:34,079 Ya Tuhan! 479 00:32:35,205 --> 00:32:36,790 Belly, tumpukan perhatian. 480 00:32:38,333 --> 00:32:39,501 -Belly! -Apa? 481 00:32:40,043 --> 00:32:44,172 Okey, apa kita patut buat? Kita tak boleh balik dalam keadaan berbogel. 482 00:32:44,256 --> 00:32:46,049 Boleh jadi lebih teruk. 483 00:32:46,133 --> 00:32:49,302 -Kita harus pergi. -Taylor, apa lagi teruk daripada ini? 484 00:32:53,765 --> 00:32:55,267 Okey. 485 00:32:56,393 --> 00:32:57,936 Bagaimana dengan itu? 486 00:32:58,061 --> 00:32:58,937 Tidak! 487 00:33:11,742 --> 00:33:12,659 Hei. 488 00:33:14,161 --> 00:33:15,078 Ada apa? 489 00:33:16,580 --> 00:33:17,497 Tiada apa-apa. 490 00:33:20,500 --> 00:33:24,880 Abang perasan kelakuan mak agak pelik baru-baru ini? 491 00:33:26,214 --> 00:33:28,216 Apa? Apa maksud kamu? 492 00:33:28,759 --> 00:33:30,594 Mak banyak tidur. 493 00:33:31,386 --> 00:33:32,929 Ini musim panas, Jer. 494 00:33:33,013 --> 00:33:35,515 Mak kita tidur lebih banyak semasa bercuti. 495 00:33:35,599 --> 00:33:37,392 Okey, baiklah. 496 00:33:40,437 --> 00:33:42,272 Tahniah atas kemenangan abang. 497 00:33:42,647 --> 00:33:44,399 Saya tahu abang tak suka kalah. 498 00:33:44,483 --> 00:33:46,234 Bukan tentang kemenangan. 499 00:33:48,320 --> 00:33:50,572 Itu tentang bermain dengan betul. 500 00:33:52,741 --> 00:33:53,742 Okey. Baiklah. 501 00:34:00,999 --> 00:34:03,084 -Teruklah. -Saya dah agak mereka kejam. 502 00:34:03,168 --> 00:34:04,085 Cukup. 503 00:34:04,628 --> 00:34:06,129 Saya faham. Awak betul. 504 00:34:06,213 --> 00:34:08,715 Boleh telefon Jeremiah? Kita akan dibunuh. 505 00:34:08,798 --> 00:34:11,343 Tidak. Jeremiah akan kuat berdrama. 506 00:34:12,052 --> 00:34:14,054 Tak boleh jalan tiga kilometer lagi. 507 00:34:14,554 --> 00:34:17,057 -Awak terpaksa. -Ya Tuhan. 508 00:34:22,813 --> 00:34:23,688 Senyaplah. 509 00:34:24,523 --> 00:34:27,150 Sebab inilah Conrad tak sesuai. 510 00:34:27,233 --> 00:34:30,737 Dia kacak dan penuh misteri, saya faham. 511 00:34:31,488 --> 00:34:34,282 Tapi semua yang dia sentuh jadi teruk. 512 00:34:34,825 --> 00:34:37,911 Ya. Entah kenapa saya biarkan dia buat saya begini. 513 00:34:38,702 --> 00:34:42,123 Hari ini dia seperti Conrad yang lama. 514 00:34:42,207 --> 00:34:44,543 Terasa seperti waktu dulu. 515 00:34:44,626 --> 00:34:46,670 Dia buat awak tergoda semula. 516 00:34:46,961 --> 00:34:48,588 Kemudian sumpahan itu hilang 517 00:34:48,672 --> 00:34:52,634 dan saya sedar bahawa saya telah mengenepikan Jeremiah untuk dia. 518 00:34:52,717 --> 00:34:54,510 Ya, awak telah buat begitu. 519 00:34:55,762 --> 00:34:56,637 Awak tahu... 520 00:34:59,140 --> 00:35:01,393 Saya pernah bermimpi tentang Conrad 521 00:35:01,476 --> 00:35:04,479 dan berangan tentang kami, dan saya rasa selamat. 522 00:35:04,563 --> 00:35:06,314 Sebab hal itu takkan jadi nyata. 523 00:35:06,398 --> 00:35:09,150 Dia takkan menyukai saya seperti saya menyukai dia. 524 00:35:10,318 --> 00:35:12,028 Semasa saya dan Jeremiah bercium, 525 00:35:13,405 --> 00:35:14,364 terasa nyata. 526 00:35:16,616 --> 00:35:19,619 Perasaan nyata itu amat menakutkan. 527 00:35:23,206 --> 00:35:25,917 Tapi bukankah cinta sepatutnya menakutkan? 528 00:35:30,380 --> 00:35:31,548 Ya, awak betul. 529 00:35:31,965 --> 00:35:34,551 Saya selalu betul. Sekurang-kurangnya 98%. 530 00:35:37,178 --> 00:35:38,054 Senyaplah. 531 00:35:39,848 --> 00:35:40,765 Okey. 532 00:35:42,434 --> 00:35:43,435 Syukurlah. 533 00:35:45,562 --> 00:35:48,565 Conrad, saya perlu bercakap dengan awak seorang. 534 00:35:49,858 --> 00:35:51,610 Okey. Panggilan tugas. 535 00:35:59,868 --> 00:36:00,869 Hei, Belly. 536 00:36:04,497 --> 00:36:05,415 Apa? 537 00:36:09,127 --> 00:36:10,045 Ada apa? 538 00:36:10,128 --> 00:36:12,923 Saya di Suak Hopper dan nampak mesej awak kepada Belly. 539 00:36:13,465 --> 00:36:14,883 Awak tipu saya. 540 00:36:15,300 --> 00:36:17,928 Tipu saya secara aktif dan pasif. 541 00:36:18,011 --> 00:36:21,973 Menggunakan saya sebagai simpanan. Buat saya fikir awak suka saya. 542 00:36:22,057 --> 00:36:25,560 Membuat cerita tentang mak awak memaksa awak untuk ajak Belly. 543 00:36:25,644 --> 00:36:28,563 -Nicole, sumpah mak saya yang suruh... -Sudahlah! 544 00:36:28,647 --> 00:36:32,359 Seluruh musim panas ini saya cuba memikirkannya. Hubungan ini. 545 00:36:32,442 --> 00:36:35,487 Tapi awak memang suka Belly, bukan? 546 00:36:36,154 --> 00:36:41,201 Saya menyampah dengan diri sendiri kerana terlalu mengharap. 547 00:36:42,619 --> 00:36:44,162 Tiada niat nak lukakan awak. 548 00:36:44,245 --> 00:36:46,206 Tolonglah. Awak tak lukakan saya. 549 00:36:46,581 --> 00:36:48,291 Awak membazir masa saya. 550 00:36:48,375 --> 00:36:49,626 Ada perbezaan. 551 00:36:50,126 --> 00:36:52,253 Ramai lelaki yang mahu bersama saya. 552 00:36:52,337 --> 00:36:55,548 Ada lelaki dari Oxford yang ada obsesi dengan saya. 553 00:36:55,632 --> 00:36:57,550 Dia sedar kemahuannya. 554 00:36:58,718 --> 00:36:59,636 Okey. 555 00:37:00,595 --> 00:37:01,429 Okey? 556 00:37:02,013 --> 00:37:03,056 Saya faham. 557 00:37:03,807 --> 00:37:06,768 Saya mengelirukan awak. Saya buat salah. 558 00:37:07,936 --> 00:37:11,940 Ada banyak perkara yang saya sedang alami, dan... 559 00:37:12,023 --> 00:37:14,025 Tapi itu bukan alasan. Maafkan saya. 560 00:37:16,444 --> 00:37:17,779 Tak adil untuk awak. 561 00:37:21,032 --> 00:37:22,033 Maafkan saya. 562 00:37:31,292 --> 00:37:33,920 Teman wanita awak dan kawannya perlukan ini. 563 00:37:45,265 --> 00:37:46,391 Saya naikkan 20. 564 00:37:48,143 --> 00:37:50,603 Berapa lama kalian bermain bersama? 565 00:37:50,687 --> 00:37:54,190 Tahun pertama di Choate. Liam Presiden Persatuan Poker. 566 00:37:57,193 --> 00:37:58,820 Adakah awak akan bertaruh? 567 00:38:01,489 --> 00:38:03,825 Ya. Saya pertaruhkan semua. 568 00:38:08,455 --> 00:38:12,125 Mari lihat jika Steven dari PA dapat meneruskan kemenangannya. 569 00:38:21,217 --> 00:38:22,177 Alamak. 570 00:38:24,345 --> 00:38:25,180 Hore! 571 00:38:30,727 --> 00:38:33,188 Tak apa. Ada masa kita semua kalah. 572 00:38:33,271 --> 00:38:34,230 Ya. 573 00:38:35,315 --> 00:38:36,232 Rehat? 574 00:38:38,151 --> 00:38:41,946 Selepas itu, naikkan taruhan. 200 pula, ya? 575 00:39:11,017 --> 00:39:12,644 Ya Tuhan, Belly, awak okey? 576 00:39:15,355 --> 00:39:18,399 -Apa awak buat di sini? -Nicole beritahu saya... 577 00:39:20,527 --> 00:39:22,654 Saya harap awak suruh dia berjaga-jaga. 578 00:39:23,321 --> 00:39:24,322 Nah. 579 00:39:27,117 --> 00:39:28,743 Baiklah. Boleh tak awak… 580 00:39:29,619 --> 00:39:30,954 -Nak tolong? -Boleh. 581 00:39:34,958 --> 00:39:36,334 Boleh saya ikut Jeremiah? 582 00:39:36,417 --> 00:39:39,462 Ya Tuhan. Sudah tentu. 1,000% ya. 583 00:40:02,694 --> 00:40:04,195 Ini malam yang gila. 584 00:40:04,571 --> 00:40:05,905 Tak semestinya. 585 00:40:06,114 --> 00:40:08,575 Jika awak berhenti memainkan perasaannya, 586 00:40:08,658 --> 00:40:10,535 ini pasti malam yang indah. 587 00:40:25,717 --> 00:40:28,052 Maaf tentang tadi. Dengan pertandingan itu. 588 00:40:28,136 --> 00:40:30,889 Saya jadi kuat bersaing… 589 00:40:33,141 --> 00:40:34,100 Awak marah? 590 00:40:34,851 --> 00:40:36,019 Tak apa. 591 00:40:36,769 --> 00:40:38,855 Conrad pemain yang lebih baik. 592 00:40:42,192 --> 00:40:44,360 Saya dengar dia mungkin akan ajak awak. 593 00:40:44,444 --> 00:40:45,737 Siapa beritahu awak? 594 00:40:46,070 --> 00:40:47,030 Mak saya. 595 00:40:49,115 --> 00:40:50,074 Taklah. 596 00:40:51,451 --> 00:40:53,244 Saya masih tiada peneman. 597 00:41:02,837 --> 00:41:03,922 Boleh berhenti? 598 00:41:06,049 --> 00:41:06,966 Ya. 599 00:41:20,271 --> 00:41:22,106 Terima kasih kerana jemput saya. 600 00:41:25,735 --> 00:41:27,904 Belly, saya akan sentiasa jemput awak. 601 00:41:36,746 --> 00:41:37,872 Awak dengar tak? 602 00:41:40,625 --> 00:41:41,501 Dengar apa? 603 00:41:45,296 --> 00:41:46,506 Jantung saya berdegup. 604 00:41:54,347 --> 00:41:56,224 Ya, berdegup laju. 605 00:42:13,199 --> 00:42:14,117 Awak pasti? 606 00:42:24,043 --> 00:42:27,422 Saya sentiasa takut untuk detik ini, 607 00:42:27,505 --> 00:42:29,966 tapi anehnya, saya rasa okey. 608 00:42:30,049 --> 00:42:32,135 Sebab Jeremiah orangnya. 609 00:42:34,262 --> 00:42:35,179 Jadi... 610 00:42:37,724 --> 00:42:39,976 nak jadi teman saya ke majlis debutante? 611 00:43:06,002 --> 00:43:08,046 Conrad Awak masih berjaga? 612 00:43:25,271 --> 00:43:26,189 Hei. 613 00:43:27,357 --> 00:43:28,483 Berhenti mesej saya. 614 00:43:29,108 --> 00:43:31,486 Perkara buruk berlaku jika awak mesej saya. 615 00:43:31,569 --> 00:43:32,987 Saya tahu. 616 00:43:34,072 --> 00:43:35,073 Maafkan saya. 617 00:43:37,116 --> 00:43:40,328 Saya asyik buat perkara yang salah jika membabitkan awak. 618 00:43:44,290 --> 00:43:45,333 Ini untuk awak. 619 00:43:51,297 --> 00:43:54,634 Awak tak perlu simpan. 620 00:43:54,967 --> 00:43:58,054 Awak boleh buang saja atau bakar... 621 00:44:03,017 --> 00:44:04,018 Saya cuma... 622 00:44:05,520 --> 00:44:06,437 Apa? 623 00:44:11,526 --> 00:44:12,527 Saya cuma... 624 00:44:15,863 --> 00:44:17,156 tak mahu kehilangan awak. 625 00:44:36,551 --> 00:44:37,635 Sudah terlambat. 626 00:46:42,343 --> 00:46:44,345 Terjemahan sari kata oleh Tasha Shawal 627 00:46:44,428 --> 00:46:46,430 Penyelia Kreatif JuLeeDya