1 00:00:05,875 --> 00:00:08,825 SEBUAH ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:10,958 --> 00:00:16,078 Pada asal kejadian alam, hanya ada Minda Primordium. 3 00:00:16,166 --> 00:00:21,126 Daripada Minda ini, terwujudlah segala ciptaan. 4 00:00:21,208 --> 00:00:26,208 Bintang, planet, kehidupan dan kematian. 5 00:00:26,791 --> 00:00:31,421 Tetapi lambat-laun, Minda itu sendiri telah berpecah. 6 00:00:31,916 --> 00:00:38,826 Dua serpihan, Radiant dan Dire, pemikiran dan tindakan, 7 00:00:38,916 --> 00:00:44,076 bertempur merebutkan ciptaan dengan kebuasan tiada tandingan. 8 00:00:44,166 --> 00:00:47,496 Lalu terjadilah Kebinasaan Tidak Terhingga. 9 00:00:53,875 --> 00:00:56,625 Para raja, para ratu. 10 00:00:56,708 --> 00:00:59,708 Dewa-dewi, raksasa dan jembalang. 11 00:00:59,791 --> 00:01:04,331 Kesemuanya mencari kebijaksanaan daripada Minda Primordium yang berkecai 12 00:01:04,416 --> 00:01:08,036 serta kuasa daripada kegilaannya yang tidak terperi. 13 00:01:08,958 --> 00:01:12,498 Namun di dalam penjaranya di Foulfell, 14 00:01:12,583 --> 00:01:19,583 iblis Terrorblade memerhati kebinasaan itu dan menemui Hakiki. 15 00:01:20,250 --> 00:01:24,130 Terrorblade menemui Ilham. 16 00:01:24,208 --> 00:01:26,248 Menyatukan pemikiran dan tindakan. 17 00:01:27,000 --> 00:01:33,170 Merombak semula kejadian alam mengikut kehendaknya yang keji. 18 00:01:48,458 --> 00:01:51,328 PESANAN GURUH 19 00:02:42,125 --> 00:02:43,575 Bram. 20 00:02:58,541 --> 00:03:00,171 Apa bendalah yang dia buat? 21 00:03:00,750 --> 00:03:02,960 Kenapa dia tak bunuh saja benda itu? 22 00:03:03,041 --> 00:03:05,291 Diam. Tengok sajalah. 23 00:03:35,208 --> 00:03:36,828 Ia takkan keluarlah. 24 00:03:38,208 --> 00:03:39,418 Ia mesti keluar. 25 00:03:41,333 --> 00:03:43,133 Kerja gila, bodoh… 26 00:03:44,041 --> 00:03:45,211 Nak buat macam mana? 27 00:04:45,625 --> 00:04:47,625 - Binatang tak guna. - Hei! 28 00:04:48,166 --> 00:04:52,826 - Awak hina buruan saya, saya bunuh awak. - Hina buruan awak? 29 00:04:52,916 --> 00:04:56,956 Benda ini bunuh empat orang saya dan mencederakan lima orang lagi. 30 00:04:57,041 --> 00:04:59,171 Oh, Tuhan! Ada lagi seekor! 31 00:05:02,625 --> 00:05:04,535 Baru menetas. Dah mati. 32 00:05:05,666 --> 00:05:10,956 - Baru menetas. Maknanya tak bahaya pun. - Jangan celopar sangat. 33 00:05:12,416 --> 00:05:15,626 Seluruh sarang ini dah musnah. 34 00:05:16,458 --> 00:05:19,998 Ia saling membunuh. Seolah-olah semuanya jadi gila serentak. 35 00:05:20,666 --> 00:05:25,036 Seolah-olah ia hilang akal lalu mengamuk pada masa yang sama. 36 00:05:25,625 --> 00:05:29,495 Anak naga baru menetas yang gila? Ya, masalah kecil saja. 37 00:05:31,500 --> 00:05:33,880 Ada ruang belakang sarang ini. 38 00:05:46,125 --> 00:05:47,325 Bram. 39 00:05:51,833 --> 00:05:55,423 - Ini digali Naga Eldwyrm. - Sedang tidur. 40 00:05:55,500 --> 00:05:56,830 Mana awak tahu? 41 00:05:56,916 --> 00:05:59,956 - Sebab kita tak mati lagi. - Baik, jadi ia tidur. 42 00:06:00,833 --> 00:06:02,173 Baguslah begitu. 43 00:06:02,958 --> 00:06:08,208 Ini peluang kita. Kita boleh bunuh binatang itu. 44 00:06:08,291 --> 00:06:11,961 Tidak. Sekarang kita hanya berdoa ia tak terjaga. 45 00:06:23,583 --> 00:06:27,583 Jadi bila kita akan datang balik untuk tuntut buruan besar kita? 46 00:06:28,250 --> 00:06:29,830 "Tuntut buruan besar"? 47 00:06:29,916 --> 00:06:31,826 Awak tahu tak berapa ramai Kesateria Naga 48 00:06:31,916 --> 00:06:35,036 pernah jumpa "buruan besar" yang masih ada api dalam perutnya? 49 00:06:35,125 --> 00:06:37,875 Atau benda lain selain api. Lain naga, lain jenisnya. 50 00:06:37,958 --> 00:06:41,328 - Bram. - Seorang. Seorang saja! 51 00:06:41,416 --> 00:06:43,326 Maknanya awak takut. 52 00:06:43,416 --> 00:06:47,326 Kita pergi Kubu Naga esok pagi. Minta nasihat dan dapatkan bantuan. 53 00:06:47,416 --> 00:06:51,416 Tapi malam ini, saya mahu berseronok sebab saya masih hidup lagi. 54 00:06:52,375 --> 00:06:55,285 Awak pun patut begitu. Lebih-lebih lagi awak. 55 00:06:58,583 --> 00:06:59,633 Pengecut. 56 00:07:08,333 --> 00:07:11,213 Semua orang ini meraikan awak. 57 00:07:12,625 --> 00:07:13,785 Meraikan itu sebenarnya. 58 00:07:14,458 --> 00:07:17,208 Pagi tadi mereka ketakutan, malam ini mereka rasa selamat. 59 00:07:18,041 --> 00:07:20,461 Saya hanya membawa hadiah kemenangan mereka saja. 60 00:07:23,166 --> 00:07:24,456 - Davion! - Davion! 61 00:07:24,541 --> 00:07:26,211 Bukan meraikan awak konon. 62 00:07:26,791 --> 00:07:29,251 Yalah, mungkin ada sedikit untuk saya. 63 00:07:39,000 --> 00:07:40,540 Ayah awak tentera awam di pekan. 64 00:07:41,666 --> 00:07:44,706 - Betul, tuan. - Dia memang sangat berani. 65 00:07:45,250 --> 00:07:47,460 Awak pun nampak tak kurang berani juga. 66 00:07:47,541 --> 00:07:48,671 Macam dia. 67 00:07:50,041 --> 00:07:54,001 Ambil ini. Awak simpan ini. Ini taring naga. 68 00:07:55,375 --> 00:07:56,915 Saya pun ada. Tengok? 69 00:07:58,041 --> 00:08:02,881 Apabila awak dah besar dan bersedia, bawa taring itu ke Kubu Naga. 70 00:08:03,708 --> 00:08:05,578 Mereka tahu apa yang perlu dibuat. 71 00:08:05,666 --> 00:08:10,126 Saya akan bunuh raksasa juga satu hari nanti. Macam ayah saya. 72 00:08:10,708 --> 00:08:11,878 Macam ayah awak. 73 00:08:13,458 --> 00:08:16,248 Davion meloncat ke kiri, dia meloncat ke kanan. 74 00:08:16,333 --> 00:08:20,833 Dia menunduk dan melompat sambil raksasa itu menerkam! 75 00:08:20,916 --> 00:08:26,246 Akhirnya ia mengakui kekalahannya dan terus lari masuk perut bumi! 76 00:08:26,333 --> 00:08:27,633 Davion mengekorinya. 77 00:08:27,708 --> 00:08:32,418 Di sana, dalam keadaan gelap-gelita, dia menyembelih naga itu seorang diri! 78 00:08:33,000 --> 00:08:37,670 Apabila kami menemui dia, dia berlumuran darah hitam yang hamis 79 00:08:37,750 --> 00:08:42,670 dan dia berkata, "Malam ini kita kenduri! Malam ini, kita minum sampai puas! 80 00:08:42,750 --> 00:08:45,500 Kampung ini sudah selamat!" 81 00:08:49,916 --> 00:08:51,576 Saya juga ada memainkan peranan. 82 00:08:51,666 --> 00:08:54,126 Dia tentu dah mati seratus kali kalau bukan sebab saya. 83 00:08:54,208 --> 00:08:57,788 - Seratus kali? - Seratus kali paling kurang. 84 00:08:57,875 --> 00:08:59,075 Paling kurang! 85 00:09:02,458 --> 00:09:05,418 Jangan risau. Saya mahu tambah minuman semua orang. 86 00:09:12,166 --> 00:09:15,416 - Pelayan, tambah minuman lagi. - Maaf. 87 00:09:17,083 --> 00:09:18,503 Saya yang datang dulu. 88 00:09:20,625 --> 00:09:23,875 Maaf, saya mabuk sikit. Saya tak nampak awak tadi. 89 00:09:23,958 --> 00:09:27,748 - Layan dia dulu. - Terima kasih. 90 00:09:28,291 --> 00:09:30,001 Beri Icewrack putih. 91 00:09:30,083 --> 00:09:33,043 Dua gelas, beri sejuk, jangan terlalu keras. 92 00:09:35,375 --> 00:09:37,075 Dua crown. 93 00:09:38,583 --> 00:09:43,383 - Busuknya! Ini suam saja. - Itu bir. Itu saja yang kami ada. 94 00:09:43,458 --> 00:09:47,168 Cukup lembap, masam dan keras sampai boleh potong kepala beruang. 95 00:09:47,250 --> 00:09:49,170 - Bau macam mak saya. - Tapi… 96 00:09:49,250 --> 00:09:51,630 - Dua crown. - Untuk ini? 97 00:09:51,708 --> 00:09:56,748 - Saya belanja Icewrack putih dia. - Kalau begitu, percuma sajalah. 98 00:09:56,833 --> 00:10:02,753 Kejap. Kalau saya pesan, harga dua crown. Tapi kalau dia pesan, tak payah bayar. 99 00:10:02,833 --> 00:10:05,713 Mestilah. Dia Davion, Kesateria Naga! 100 00:10:05,791 --> 00:10:07,211 Dia bunuh naga! 101 00:10:07,291 --> 00:10:10,671 - Dia yang bunuh naga ini! - Serta naga lain juga. 102 00:10:10,750 --> 00:10:12,880 Ya, mesti banyak naga lain. 103 00:10:12,958 --> 00:10:18,878 Tapi awak tinggalkan yang paling besar dalam perut bumi itu! 104 00:10:18,958 --> 00:10:21,708 - Awak tak sebut tentang itu pun. - Awak dah mabuk. 105 00:10:21,791 --> 00:10:23,881 Ceritalah kepada perempuan itu. 106 00:10:23,958 --> 00:10:27,458 Ceritalah bagaimana awak melarikan diri dengan penuh berani. 107 00:10:27,541 --> 00:10:30,041 Kalau awak bukan hanya cakap tak serupa bikin, 108 00:10:30,125 --> 00:10:33,165 - awak patut dah bunuh naga itu! - Dengar sini, bodoh. 109 00:10:33,250 --> 00:10:37,000 Seorang saja tak boleh bunuh Naga Eldwyrm, baik 10 orang mahupun 20 orang. 110 00:10:37,083 --> 00:10:38,923 Sesiapa yang cuba memang bodoh. 111 00:10:39,000 --> 00:10:43,330 Kalau raksasa itu dikejutkan, bala akan menimpa ribuan orang. 112 00:10:43,416 --> 00:10:46,036 Biar naga itu tidur. 113 00:10:46,125 --> 00:10:51,455 Sekarang baik awak pergi berambus, saya sedang cakap dengan cik… 114 00:10:52,375 --> 00:10:55,705 - Alamak. - Dia pun setuju awak memang pengecut. 115 00:11:03,333 --> 00:11:05,003 Icewrack putih. 116 00:11:10,541 --> 00:11:12,171 Ia memang suam macam itu. 117 00:11:14,041 --> 00:11:17,331 - Kedai minum manusia, ya? - Tak layak pun. 118 00:11:17,416 --> 00:11:19,416 Ini bukan tempat pertemuan neutral. 119 00:11:19,500 --> 00:11:23,170 Saya tahu awak lebih suka jumpa di lorong gelap atau lereng bukit. 120 00:11:23,958 --> 00:11:26,498 - Bolehlah awak rompak saya. - Rompak awak? 121 00:11:26,583 --> 00:11:31,333 Jejak benda berharga untuk orang kaya lebih untung daripada mencuri. 122 00:11:31,416 --> 00:11:32,996 Beri teratai saya. 123 00:11:33,916 --> 00:11:38,956 Itu teratai Selemene. Teratai si perampas takhta. 124 00:11:39,041 --> 00:11:40,501 Saya tak peduli. 125 00:11:40,583 --> 00:11:44,083 - Saya hanya mahukannya sekarang. - Teratai itu tak ada dengan saya. 126 00:11:44,166 --> 00:11:48,456 Yang ada hanya sepotong nama. Pergi Pasar Gelap di Haupstadt. 127 00:11:48,541 --> 00:11:50,921 Cari Nikdo. Dia akan uruskannya. 128 00:11:51,000 --> 00:11:54,960 - Awak janji mahu bawa teratai. - Saya janji mahu beritahu tempatnya. 129 00:11:55,041 --> 00:11:59,171 - Sekarang, upah saya. - Saya takkan bayar untuk nama saja. 130 00:12:00,041 --> 00:12:02,831 Jadi saya akan cari Nikdo dan larang dia jumpa awak. 131 00:12:02,916 --> 00:12:05,036 - Selamat jalan. - Tunggu. 132 00:12:05,583 --> 00:12:07,633 Saya tak ada duit. 133 00:12:07,708 --> 00:12:13,208 - Tapi saya ada barang berharga lain. - Maaf. Saya tak minat. 134 00:12:13,291 --> 00:12:17,461 Wanita manusia memang berkulit lembut, tapi terlalu mudah didapati. 135 00:12:18,541 --> 00:12:22,211 Saya bukan mahu tawarkan itu, tapi ini. 136 00:12:22,833 --> 00:12:25,503 Gelang ini. Mahkota awak. 137 00:12:25,583 --> 00:12:27,833 Saya tahu siapa awak sebenarnya. 138 00:12:29,958 --> 00:12:32,208 Bakal janda saya! 139 00:12:33,166 --> 00:12:36,206 Serta seorang lagi bakal janda saya. 140 00:12:36,833 --> 00:12:39,383 Enggang takkan sesekali turun terbang bersama pipit. 141 00:12:39,458 --> 00:12:43,458 Begitu, ya? Si kurus kering ini teman lelaki awak? 142 00:12:43,541 --> 00:12:48,041 Awak main kayu tiga? Awak pula menyantap bakal janda saya? 143 00:12:48,125 --> 00:12:51,375 Tolong sikit, saya takkan berani sentuh pun 144 00:12:51,458 --> 00:12:55,128 apa-apa benda yang awak santap. 145 00:12:57,666 --> 00:13:01,126 Awak ada hati mahu ejek saya? 146 00:13:06,125 --> 00:13:12,625 Bunian! Makhluk halus terkutuk! Celaka bertelinga tajam! 147 00:13:13,166 --> 00:13:17,286 Dulu ada seorang sepupu saya termasuk kawasan persembunyian awak. 148 00:13:17,375 --> 00:13:22,535 Apabila dia keluar, dia separuh gila, hilang tangan dan dua biji telurnya. 149 00:13:23,166 --> 00:13:28,286 Bunian kelar mulutnya dari telinga ke telinga sampai dia menyeringai. 150 00:13:30,791 --> 00:13:31,881 Tunggu sini. 151 00:13:33,000 --> 00:13:35,210 Saya jadi pemain simpanan dulu. 152 00:13:35,291 --> 00:13:38,251 Kita tengok kalau awak suka dikelar pula. 153 00:13:40,583 --> 00:13:42,383 Jangan cakap lagi! 154 00:13:44,000 --> 00:13:45,830 Biar saya uruskan binatang ini. 155 00:13:52,208 --> 00:13:54,828 Sampah macam awak memang patut dibuang di sini. 156 00:13:56,500 --> 00:13:57,540 Lari. 157 00:13:58,666 --> 00:14:00,166 Cepat, sementara boleh. 158 00:14:01,916 --> 00:14:05,246 Nikdo. Di Haupstadt, tuan puteri. 159 00:14:06,041 --> 00:14:07,131 Tuan puteri? 160 00:14:08,916 --> 00:14:10,666 Saya semakin tertarik mahu tahu. 161 00:14:10,750 --> 00:14:15,630 Orang lain akan biarkan dia dibelasah. Tak pun akan belasah dia sekali. 162 00:14:15,708 --> 00:14:18,418 Saya bukan macam orang lain. Pelayan! 163 00:14:18,500 --> 00:14:20,960 Tambah minuman untuk semua orang! 164 00:14:23,333 --> 00:14:24,423 "Tuan puteri." 165 00:14:36,666 --> 00:14:39,456 Saya tak takut naga! 166 00:14:40,833 --> 00:14:44,333 Dengar sini! Saya tak takutlah! 167 00:14:46,708 --> 00:14:48,288 Saya tak takut. 168 00:14:49,916 --> 00:14:51,626 Awak tak takut? 169 00:14:53,083 --> 00:14:55,963 Saya masih boleh bau hancing di kaki awak. 170 00:14:56,041 --> 00:14:57,541 Semua orang tahu. 171 00:14:58,625 --> 00:15:02,375 Semua orang mengetawakan awak, kapten. 172 00:15:02,458 --> 00:15:03,538 Diam. 173 00:15:06,333 --> 00:15:08,633 Awak diketawakan satu kampung. 174 00:15:09,375 --> 00:15:11,325 Hina dan menyedihkan. 175 00:15:12,333 --> 00:15:13,713 Pengecut. 176 00:15:13,791 --> 00:15:14,881 Diam! 177 00:15:14,958 --> 00:15:18,038 Amarah. Ya. 178 00:15:18,583 --> 00:15:20,173 Itu sangat berguna. 179 00:15:20,791 --> 00:15:22,791 Itu sangat, sangat berguna. 180 00:15:23,375 --> 00:15:27,875 Kita boleh bunuh raksasa itu. Kita berdua. 181 00:15:28,958 --> 00:15:33,288 Tiada siapa perlu tahu sebenarnya awak takut. 182 00:15:34,125 --> 00:15:37,455 Sebenarnya awak tak mampu. Biar saya lakukannya. 183 00:15:37,541 --> 00:15:42,211 Awak hanya perlu izinkan saya masuk. 184 00:16:08,083 --> 00:16:09,713 Nak main lagi? 185 00:16:10,666 --> 00:16:16,326 Tak, tak apa. Saya… Tak apalah. 186 00:16:16,416 --> 00:16:17,626 Tidurlah, si cantik. 187 00:16:17,708 --> 00:16:20,078 - Awak tak tahu nama saya, bukan? - Davion! 188 00:16:20,166 --> 00:16:25,126 - Tak apa. Saya tahu nama awak, Davion. - Davion! 189 00:16:25,708 --> 00:16:29,248 - Davion, bangun! - Aduhai, Bram. Tak payah jerit-jerit. 190 00:16:29,333 --> 00:16:31,133 - Masuk. - Jumpa pun! 191 00:16:31,208 --> 00:16:33,918 Saya cari awak merata-rata. Saya dah kejutkan satu bangunan… 192 00:16:34,000 --> 00:16:37,670 Hai, puan. Davion, Kapten Frühling. Dia pergi ke lereng bukit. 193 00:16:38,750 --> 00:16:43,500 Bodoh. Sudahlah angkuh, bangang pula. Ada hati mahu bunuh Naga Eldwyrm. 194 00:16:43,583 --> 00:16:48,133 Saya akan cari dia. Saya akan cuba halang dia, walau macam mana pun. 195 00:16:48,208 --> 00:16:51,748 - Saya akan ikut awak. - Tak perlu. Pergi Kubu Naga. 196 00:16:51,833 --> 00:16:55,253 Pucuk Pimpinan perlu tahu. Mereka mesti hantar semua orang. 197 00:17:02,500 --> 00:17:04,210 Tak suka betul buat begini. 198 00:17:04,916 --> 00:17:06,536 Aduh. 199 00:17:11,291 --> 00:17:13,291 Harap-harap saya tiba dengan kepala saya. 200 00:17:13,375 --> 00:17:16,705 Serta kedua-dua tangan. Maksud saya, tangan milik saya. 201 00:17:16,791 --> 00:17:18,631 Eridu. 202 00:17:26,791 --> 00:17:27,631 Macam mana… 203 00:17:54,000 --> 00:17:55,130 Frühling. 204 00:17:59,708 --> 00:18:03,958 Kesateria Naga. Kita berdua jalankan amanah dewa-dewi. 205 00:18:04,500 --> 00:18:08,500 Kita berdua patutnya berkawan. 206 00:18:08,583 --> 00:18:11,503 Kawan? Frühling, apa awak dah buat? 207 00:18:12,083 --> 00:18:14,083 Tak ada manusia yang mampu buat… 208 00:18:14,791 --> 00:18:18,581 - Ini. - Uldorak sudah tua. Sudah sakit. 209 00:18:19,166 --> 00:18:23,536 Namun, jika dia masih hebat sekalipun, dia takkan selamat daripada ini. 210 00:18:24,375 --> 00:18:28,665 - Takkan selamat daripada saya. - Apa semua ini? 211 00:18:29,333 --> 00:18:32,083 Suara awak. Mata awak… 212 00:18:34,333 --> 00:18:38,423 - Oh, Tuhan… - Jawab, wahai Kesateria Naga Davion. 213 00:18:39,875 --> 00:18:42,535 Jika awak mampu buat apa yang telah dilakukan, 214 00:18:42,625 --> 00:18:47,205 jika awak ada kuasa itu, bukankah awak akan rebut peluang itu? 215 00:18:47,291 --> 00:18:53,251 Si anak kecil yang terpaku melihat ayahnya dibakar hidup-hidup. 216 00:18:53,333 --> 00:18:55,463 Saya kecil lagi masa itu. Macam mana awak… 217 00:18:55,541 --> 00:18:59,831 Zaman kanak-kanak awak turut hangus bersama isi daging ayah awak. 218 00:18:59,916 --> 00:19:03,876 Terpaksa membesar sekelip mata kerana kepiluan hidup sendiri. 219 00:19:03,958 --> 00:19:07,958 Amarah awak. Saya kenal awak. 220 00:19:08,583 --> 00:19:13,423 Saya lihat awak, terperangkap dalam kekesalan yang membara. 221 00:19:13,500 --> 00:19:16,540 Sudah tentu awak mahu melepaskan diri, bukan? 222 00:19:16,625 --> 00:19:19,625 - Awak tak tahu apa-apa. - Yang saya tahu, 223 00:19:19,708 --> 00:19:23,208 kita berdua boleh membunuh naga bersama. 224 00:19:24,125 --> 00:19:26,035 Setiap ekor naga. 225 00:19:27,375 --> 00:19:33,955 Awak hanya perlu izinkan saya masuk. 226 00:19:35,958 --> 00:19:40,378 Awak mesti membebaskan roh Uldorak 227 00:19:40,458 --> 00:19:44,788 agar dia boleh kembali ke Halilintar dan mengambil bentuk yang baru. 228 00:19:49,791 --> 00:19:51,921 Slyrak. 229 00:19:52,000 --> 00:19:54,130 Tonggak Api. 230 00:19:54,208 --> 00:19:59,248 Halilintar telah memutuskan untuk memilih awak sebagai suaranya. 231 00:19:59,333 --> 00:20:03,963 Saya akan mengutip roh awak seperti mana saya mengutip roh Uldorak. 232 00:20:05,208 --> 00:20:10,918 Uldorak memang sudah nazak. Dia dah gila, dah pun lemah. 233 00:20:12,000 --> 00:20:14,710 Tetapi saya bukan selemah itu. 234 00:20:32,208 --> 00:20:35,248 Lari, si tikus kecil. 235 00:20:35,333 --> 00:20:41,963 Bersyukurlah saya tak ada selera untuk makan daging manusia hari ini. 236 00:20:44,750 --> 00:20:46,170 Naga. 237 00:20:47,375 --> 00:20:49,625 Tak faham langkah tersirat. 238 00:20:49,708 --> 00:20:51,378 Sekadar buas semata-mata. 239 00:20:52,458 --> 00:20:53,958 Tiada akal fikiran. 240 00:21:07,125 --> 00:21:09,245 Tiada daya muslihat. 241 00:21:10,458 --> 00:21:12,208 Lemah. 242 00:22:24,208 --> 00:22:25,578 Tak guna. 243 00:22:25,666 --> 00:22:29,786 Saya boleh hidu ketakutan awak. 244 00:22:31,166 --> 00:22:34,996 Itu kebencian saya! 245 00:23:03,083 --> 00:23:07,003 Si tikus yang berani. 246 00:23:28,375 --> 00:23:30,075 Iblis itu… 247 00:23:30,166 --> 00:23:33,076 Sudah lari ke neraka tempat kediamannya. 248 00:23:33,166 --> 00:23:38,666 Roh Uldorak hilang selamanya. 249 00:23:46,291 --> 00:23:48,251 Saya tak boleh biarkan dia… 250 00:23:49,208 --> 00:23:52,918 - Saya… - Awak sudah memilih kesetiaan awak. 251 00:23:58,583 --> 00:24:00,213 Tidurlah, naga. 252 00:24:00,833 --> 00:24:06,003 - Matilah dengan aman. - Saya tak mahu keamanan, si tikus. 253 00:24:06,708 --> 00:24:10,078 Awak tahu cara kematian yang saya mahukan. 254 00:24:11,208 --> 00:24:12,788 Awak dah puas bertarung. 255 00:24:15,583 --> 00:24:17,503 Awak beri penghormatan kepada saya. 256 00:24:19,916 --> 00:24:21,536 Sebagaimana awak menghormati saya. 257 00:24:36,250 --> 00:24:38,380 Maafkan saya, si tikus kecil. 258 00:24:43,708 --> 00:24:47,328 Untuk segala penderitaan yang awak akan harungi selepas ini. 259 00:24:52,083 --> 00:24:54,043 Sudahlah mabuk, bogel pula. 260 00:24:54,125 --> 00:24:56,325 Setidaknya saya hanya biarkan dia tidur 261 00:24:56,416 --> 00:25:00,376 dan apabila dia bangun, biar dia sedar dia mesti ubah hidup dia. 262 00:25:01,125 --> 00:25:04,035 Saya tak bertanggungjawab untuk jaga kebajikan orang lain pula 263 00:25:04,125 --> 00:25:07,665 walaupun mereka berhati mulia dan baik dengan orang lain. 264 00:25:10,375 --> 00:25:12,625 Jangan tengok saya macam itu, Marci. 265 00:25:12,708 --> 00:25:16,378 Kalau saya pula dalam kesusahan, entah-entah dia takkan bantu saya pun. 266 00:25:16,458 --> 00:25:21,208 Tapi saya takkan berada dalam kesusahan. Awak patut tahu itu. 267 00:25:25,083 --> 00:25:26,293 Yalah. 268 00:25:27,041 --> 00:25:30,831 Bangunkan dia, tapi beri dia pakai apa-apa. Tak malu betul. 269 00:25:31,875 --> 00:25:36,165 Awak tentu takkan gembira apabila bangun nanti, Kesateria Naga Davion. 270 00:25:37,333 --> 00:25:38,543 Tapi awak akan hidup. 271 00:25:41,166 --> 00:25:43,376 BERDASARKAN PERMAINAN VIDEO DOTA 2 KELUARAN VALVE 272 00:26:20,166 --> 00:26:25,166 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela Badrina