1 00:00:12,597 --> 00:00:15,559 Saya tak direka untuk merentasi permukaan rupa bumi. 2 00:00:15,642 --> 00:00:17,644 Ia berbonggol dan ada tanah. 3 00:00:17,727 --> 00:00:21,690 Kita juga tak menuju ke koordinasi Sanctuary 573. 4 00:00:21,773 --> 00:00:24,818 Eva, protokol mengarahkan kita untuk pulang dan tunggu, 5 00:00:24,901 --> 00:00:26,945 seperti diarahkan Cadmus Pryde, 6 00:00:27,028 --> 00:00:29,739 sehingga bumi sedia dan kamu boleh sertai manusia lain. 7 00:00:29,823 --> 00:00:33,076 Saya tak boleh sertai manusia lain kalau tak jumpa mereka. 8 00:00:33,159 --> 00:00:35,245 Sebab itu saya buat perjanjian dengan Rovee 9 00:00:35,328 --> 00:00:38,415 untuk bawa kita ke Lacus, tempat dia dapat tampalan Dynastes. 10 00:00:38,498 --> 00:00:40,834 Lihatlah. 11 00:00:41,418 --> 00:00:42,836 Kenapa? 12 00:00:42,919 --> 00:00:44,129 Jangan sentuh apa-apa. 13 00:00:44,212 --> 00:00:45,505 Jangan hidu apa-apa. 14 00:00:45,589 --> 00:00:48,049 Semestinya jangan rasa apa-apa. 15 00:00:48,133 --> 00:00:50,302 Rovee, saya bukan mahu makannya. 16 00:00:50,385 --> 00:00:51,845 Jangan panggil saya Rovee. 17 00:00:51,928 --> 00:00:53,346 Baiklah. 18 00:00:53,430 --> 00:00:56,266 - En. Kitt, nada awak tunjukkan awak… - Tolong! 19 00:00:56,349 --> 00:00:57,684 …kecewa dengan sikap remaja. 20 00:00:58,852 --> 00:01:00,186 - Tolong! - Kejap. 21 00:01:00,270 --> 00:01:01,688 - Awak dengar tadi? - Dengar apa? 22 00:01:01,771 --> 00:01:03,481 - Tolong! - Apa lagi? 23 00:01:03,565 --> 00:01:05,400 - Ada orang minta tolong. - Tolong! 24 00:01:05,483 --> 00:01:07,819 Awak mesti bayangkannya lagi. 25 00:01:07,903 --> 00:01:10,071 Omni, awak dengar suara orang bermasalah? 26 00:01:10,155 --> 00:01:11,907 Tiada stimulus pendengaran dikesan. 27 00:01:11,990 --> 00:01:14,701 - Tolong! - Saya dengar. 28 00:01:14,784 --> 00:01:18,121 - Eva. - Mana mak? 29 00:01:18,705 --> 00:01:19,873 Tolong! 30 00:01:20,540 --> 00:01:23,084 Mak, saya takut! 31 00:01:23,168 --> 00:01:24,628 - Tak apa. - Tolong! 32 00:01:24,711 --> 00:01:27,756 Apa awak buat? Itu anak sniper pasir. 33 00:01:27,839 --> 00:01:29,424 Jangan dekatinya. 34 00:01:29,507 --> 00:01:32,135 Ia ketakutan dan perlukan bantuan. Awak tak dengar? 35 00:01:32,219 --> 00:01:33,553 Saya cuma dengar bunyi klik. 36 00:01:33,637 --> 00:01:36,014 Awak dengar? Ia memanggil ibunya. 37 00:01:36,097 --> 00:01:38,350 Kita semua ada masalah kalau ibunya berdekatan. 38 00:01:38,433 --> 00:01:41,144 Ia akan tarik kita ke bawah tanah dan makan hati kita. 39 00:01:41,228 --> 00:01:43,021 Nampak itu? Di sana. 40 00:01:43,104 --> 00:01:44,856 Salah satu perangkap Besteel. 41 00:01:44,940 --> 00:01:47,567 Ada isyarat penjejak. Pasti untuk awak. 42 00:01:47,651 --> 00:01:49,236 Eva, jauhi makhluk itu. 43 00:01:49,319 --> 00:01:51,947 - Protokol saya ialah lindungi kamu. - Jangan dekat! 44 00:01:52,030 --> 00:01:54,866 - Mak! - Ia masih kecil. Saya akan tolongnya. 45 00:01:54,950 --> 00:01:57,702 Kalau awak mahu terbunuh, nampak gayanya begitu, 46 00:01:57,786 --> 00:01:59,120 bayar saya dulu. 47 00:01:59,204 --> 00:02:01,456 Dia tak dilatih untuk situasi begini. 48 00:02:01,539 --> 00:02:03,375 Mari lihat kalau dia cepat belajar. 49 00:02:03,458 --> 00:02:04,459 Nyawanya boleh berakhir. 50 00:02:04,542 --> 00:02:06,378 Itu cara terbaik untuk belajar. 51 00:02:07,587 --> 00:02:09,798 Saya tak setuju dengan cara mengajar awak. 52 00:02:09,881 --> 00:02:12,300 - Tolong. Saya takut. - Jangan takut. 53 00:02:12,384 --> 00:02:13,885 - Ada raksasa. - Saya tak berbahaya. 54 00:02:13,969 --> 00:02:14,970 Mak! 55 00:02:15,053 --> 00:02:17,264 - Saya takkan cederakan awak. - Takut! 56 00:02:17,347 --> 00:02:19,474 Alihkan penyepit awak. 57 00:02:22,561 --> 00:02:23,937 Biar saya tolong awak. 58 00:02:24,646 --> 00:02:26,064 Alihkan penyepit awak. 59 00:02:26,147 --> 00:02:28,066 Ya. Bagus. 60 00:02:28,149 --> 00:02:30,610 Okey. Mari lihat apa berlaku. 61 00:02:31,236 --> 00:02:33,905 Sedikit lagi. 62 00:02:33,989 --> 00:02:35,365 Besteel. Kita kena pergi. 63 00:02:35,448 --> 00:02:38,201 Tak! Saya boleh. 64 00:02:39,786 --> 00:02:40,829 Tidak! 65 00:02:41,538 --> 00:02:42,706 Kita kena menyorok. 66 00:02:42,789 --> 00:02:44,583 - Kita tak boleh… - Eva, sekarang! 67 00:02:47,127 --> 00:02:48,253 Eva? 68 00:02:48,336 --> 00:02:51,256 Tolong! Takut! 69 00:02:52,883 --> 00:02:56,344 Tolong! Mak! Tolong! 70 00:03:00,181 --> 00:03:02,183 Tolong! Selamatkan saya! 71 00:03:03,184 --> 00:03:05,270 Tolong! Selamatkan saya! 72 00:03:05,353 --> 00:03:07,939 - Tolong! - Tak patut begitu. 73 00:03:08,023 --> 00:03:09,608 Dia ambil anak kecil. 74 00:03:09,691 --> 00:03:12,694 Lebih baik anak sniper pasir berbanding awak. 75 00:03:39,054 --> 00:03:40,889 Sana. Lacus. 76 00:03:50,732 --> 00:03:52,859 Itu sangat mengagumkan. 77 00:03:52,943 --> 00:03:54,694 Cantik. 78 00:04:05,247 --> 00:04:06,665 Ini… 79 00:04:07,415 --> 00:04:09,542 Awak fikir yang lain mungkin ada di sini? 80 00:04:09,626 --> 00:04:12,337 Tak. Besteel buru awak. 81 00:04:12,420 --> 00:04:15,590 Awak dan mesin itu tak boleh menarik perhatian. 82 00:04:22,138 --> 00:04:24,558 Ini pakaian tradisional Lacus? 83 00:04:24,641 --> 00:04:26,768 Tak. Awak nampak teruk. 84 00:04:27,519 --> 00:04:29,854 Mujurlah kita di sini pada hari perlumbaan. 85 00:04:29,938 --> 00:04:32,899 - Perlumbaan apa? - Ikan labah-labah. 86 00:04:32,983 --> 00:04:36,861 Harapnya tiada sesiapa perasan orang luar yang pelik dan menjengkelkan. 87 00:04:36,945 --> 00:04:38,655 Kamu berdua. 88 00:04:38,738 --> 00:04:39,781 Ayuh. 89 00:05:27,412 --> 00:05:29,873 Baiklah. Beg air itu perlu tunggu sini. 90 00:05:29,956 --> 00:05:33,919 - Kawasan pasar sesak. - Ia beruang air. Saya akan mintanya. 91 00:05:34,002 --> 00:05:37,672 Ya, okey. Sementara kamu berbual melalui fikiran secara magik, 92 00:05:37,756 --> 00:05:41,718 pastikan ia jauhi air dan ikan. 93 00:05:41,801 --> 00:05:45,180 Otto, tunggu di tepi sini. 94 00:05:45,263 --> 00:05:47,390 Jangan makan ikan. 95 00:05:47,474 --> 00:05:49,392 Saya takkan makan ikan sedap. 96 00:05:49,476 --> 00:05:51,353 Namun, saya mahu berenang. 97 00:05:52,729 --> 00:05:54,272 Apa saya cakap tadi? 98 00:05:54,356 --> 00:05:56,942 Ia cakap takkan makan ikan. 99 00:05:57,609 --> 00:06:01,154 Ada ikan sedap, tapi saya tak makan. 100 00:06:01,821 --> 00:06:04,115 Ini tempat awak dapat tampalan itu? 101 00:06:05,450 --> 00:06:06,534 Lihatlah! 102 00:06:06,618 --> 00:06:08,203 Saya pernah nampak gambarnya! 103 00:06:08,286 --> 00:06:10,163 Ada basikal lama. Serta lampu! 104 00:06:10,247 --> 00:06:11,081 BERHENTI 105 00:06:11,164 --> 00:06:12,374 Salah satu tanda itu! 106 00:06:12,916 --> 00:06:15,168 Ini seperti dalam video latihan! Muthr! 107 00:06:15,252 --> 00:06:17,087 Ya. Caruncle dipenuhi sampah. 108 00:06:17,170 --> 00:06:18,296 MAAF KAMI TUTUP 109 00:06:18,380 --> 00:06:22,050 Sampah? Fitnah! Biar saya beritahu kamu. 110 00:06:22,133 --> 00:06:27,889 Barang di sini ialah barang aneh eksotik yang dikumpul dari seluruh Orbona. 111 00:06:27,973 --> 00:06:33,144 Perkenalkan Caruncle, dilantik oleh Ratu Ojo. 112 00:06:33,228 --> 00:06:35,689 - Penjual antik tulen… - Hentikannya. 113 00:06:35,772 --> 00:06:38,400 Gadis itu tak mahu beli apa-apa. Dia cuma mahu… 114 00:06:38,483 --> 00:06:39,901 Caruncle ucap selamat tinggal. 115 00:06:39,985 --> 00:06:41,945 Kejap! Saya mahu sesuatu. 116 00:06:42,028 --> 00:06:46,032 Betul? Silakan masuk. Jangan terburu-buru. Lihatlah sekeliling. 117 00:06:46,116 --> 00:06:47,492 Muzik! 118 00:06:49,286 --> 00:06:54,416 Caruncle ada banyak barang unik, untuk awak beli. 119 00:06:54,499 --> 00:06:56,084 Contohnya, ini. 120 00:06:56,167 --> 00:07:00,422 Cogan alam yang pernah dipegang oleh raja purba, Tuan Hamilton Beach. 121 00:07:00,505 --> 00:07:03,133 Ini pula garam dan lada. 122 00:07:03,216 --> 00:07:06,303 Dua makhluk kecil yang sudah tak wujud 123 00:07:06,386 --> 00:07:10,765 dan bernafas melalui lubang kecil di atas kepalanya. 124 00:07:10,849 --> 00:07:14,102 Barang apa dalam kedai Caruncle yang awak minat? 125 00:07:14,185 --> 00:07:16,980 Saya mahu tahu tempat awak dapat barang ini. 126 00:07:18,440 --> 00:07:20,525 Awak memang mahu sesuatu. 127 00:07:20,609 --> 00:07:21,943 Maklumat. 128 00:07:24,029 --> 00:07:27,324 Ya. Peninggalan dari dinasti Dynastes. 129 00:07:27,407 --> 00:07:30,577 Caruncle akan beritahu awak tempat asal tampalan dia. 130 00:07:30,660 --> 00:07:33,163 Mungkin dengan harga 500 shellack? 131 00:07:34,080 --> 00:07:35,790 - Lima ratus? - Itu banyak? 132 00:07:35,874 --> 00:07:37,334 - Tiga ratus. - Kita ada sebanyak itu? 133 00:07:37,417 --> 00:07:39,461 Dia tiada duit sebanyak itu. 134 00:07:42,172 --> 00:07:43,048 MASUK KAMI BUKA 135 00:07:43,131 --> 00:07:45,383 Itu tawaran terakhir Caruncle. 136 00:07:45,467 --> 00:07:48,762 Kalau awak bernasib baik, saya jumpa awak esok. 137 00:07:48,845 --> 00:07:51,139 Caruncle buka awal pagi, 138 00:07:51,223 --> 00:07:56,519 selepas dia pulang dari urusannya di Istana Ratu di Solas. 139 00:07:56,603 --> 00:08:00,440 Caruncle ucap selamat tinggal 140 00:08:01,900 --> 00:08:04,861 Baiklah. Saya dah bawa awak ke Lacus, jadi serahkan Omni itu. 141 00:08:04,945 --> 00:08:08,907 Awak perlu bawa saya ke Lacus untuk tahu tempat dia dapat tampalan itu. 142 00:08:08,990 --> 00:08:10,867 Apa? Bukan itu perjanjian kita. 143 00:08:10,951 --> 00:08:14,746 Awak boleh ambil Omni selepas saya dapat maklumat. 144 00:08:14,829 --> 00:08:16,706 Mana saya mahu dapat 300 shellack? 145 00:08:16,790 --> 00:08:18,750 Awak boleh bertaruh di perlumbaan. 146 00:08:18,833 --> 00:08:21,336 - Saya tak benarkan berjudi. - Saya juga. 147 00:08:21,419 --> 00:08:24,130 Boleh bertaruh dalam perlumbaan burung labah-labah? 148 00:08:24,214 --> 00:08:25,215 Ikan labah-labah. 149 00:08:25,298 --> 00:08:27,342 Pengunjung datang dari semua tempat untuk tonton. 150 00:08:27,425 --> 00:08:29,386 Datuk saudara saya, Boodoo Obeedo, 151 00:08:29,469 --> 00:08:32,889 dia pernah berjalan selama sepuluh hari untuk lihat perlumbaan itu. 152 00:08:32,972 --> 00:08:34,640 Dia cuma ada tiga kaki. 153 00:08:34,724 --> 00:08:37,018 Ya, dia suka berjudi. 154 00:08:37,101 --> 00:08:38,895 Sebab itu dia hilang satu kaki. 155 00:08:38,979 --> 00:08:42,231 - Saya boleh menang 300 shellack? - Ya. 156 00:08:42,315 --> 00:08:46,278 Datuk Saudara Obeedo pernah beritahu saya rahsia untuk menang. 157 00:08:49,489 --> 00:08:51,408 Sentiasa pilih pemenang. 158 00:08:53,118 --> 00:08:54,119 Baiklah. 159 00:08:55,745 --> 00:08:57,664 Bertaruh dalam pertandingan. 160 00:08:57,747 --> 00:08:58,957 Kawasan tak terkawal. 161 00:08:59,040 --> 00:09:00,792 Bukan ini cara saya besarkan kamu. 162 00:09:00,875 --> 00:09:03,086 - Jadi awak bukan ibu yang bagus. - En. Kitt. 163 00:09:03,169 --> 00:09:05,797 Percayalah, Muthr. Saya boleh. 164 00:09:05,881 --> 00:09:09,134 Selamat datang, semua, ke perlumbaan tahunan ikan labah-labah. 165 00:09:09,217 --> 00:09:13,221 Tradisi istimewa dan pertunjukan unik di Lacus. 166 00:09:13,305 --> 00:09:15,891 Ramai betul datang hari ini. 167 00:09:17,726 --> 00:09:19,436 - Perlumbaan akan mula. - Maaf. 168 00:09:19,519 --> 00:09:21,813 - Tunjukkan duit. Siapa seterusnya? - Maaf. 169 00:09:21,897 --> 00:09:23,064 - Perlumbaan akan bermula. - Hai! 170 00:09:23,148 --> 00:09:25,442 - Letak duit atas meja. - Saya mahu menang 300 shellack. 171 00:09:25,525 --> 00:09:27,944 Kita semua mahu menang. Sekejap. 172 00:09:28,028 --> 00:09:30,697 - Awak mahu bertaruh apa, cik? - Mesin kecil ini. 173 00:09:30,780 --> 00:09:33,658 - Hei, itu saya punya. - Ol' Crusty pun 174 00:09:33,742 --> 00:09:35,911 takkan beri lebih daripada 50 shellack kalau dengan itu. 175 00:09:35,994 --> 00:09:37,412 - Sila ke tepi. - Tapi… 176 00:09:37,495 --> 00:09:39,289 - Ini saja saya ada. - Perlumbaan akan bermula! 177 00:09:39,372 --> 00:09:40,624 Bagaimana dengan mesin itu? 178 00:09:40,707 --> 00:09:43,043 - Apa? - Maksud awak, bertaruh Muthr? 179 00:09:43,126 --> 00:09:44,544 Asalkan bukan saya. 180 00:09:44,628 --> 00:09:47,172 Kecuali awak ada benda lain untuk dipertaruhkan. 181 00:09:47,255 --> 00:09:49,090 Ya. 182 00:09:49,174 --> 00:09:51,968 Bagaimana dengan mesin besar ini? 183 00:09:52,052 --> 00:09:54,304 Eva, apa kamu buat? 184 00:09:54,387 --> 00:09:56,473 Terbaik. Paling bergaya. 185 00:09:56,556 --> 00:09:58,016 Ada semua ciri-ciri. 186 00:09:58,099 --> 00:09:59,976 Okey, awak boleh bertaruh. 187 00:10:00,060 --> 00:10:01,937 Jadi bertaruh semuanya pada Ol' Crusty? 188 00:10:02,020 --> 00:10:04,272 - Ol' Crusty akan menangi semuanya. - Apa kamu buat? 189 00:10:04,356 --> 00:10:05,815 Jangan risau, Muthr. 190 00:10:05,899 --> 00:10:07,150 - Tidak. - Percayalah saya. 191 00:10:07,234 --> 00:10:10,445 - Tak boleh… Kejap. Eva! - Saya tahu rahsia untuk menang. 192 00:10:10,528 --> 00:10:11,696 Apa-apa pun berlaku, 193 00:10:11,780 --> 00:10:14,658 - hilang mesin itu tetap satu kemenangan. - Jangan sentuh. 194 00:10:14,741 --> 00:10:15,742 Itu tak bagus… 195 00:10:15,825 --> 00:10:18,662 Mana satu pemenang awak? 196 00:10:20,038 --> 00:10:21,081 Soalan yang bagus. 197 00:10:21,164 --> 00:10:25,126 Bukan. 198 00:10:25,210 --> 00:10:27,295 - Itu! - Itu? Itu Ol' Crusty? 199 00:10:27,379 --> 00:10:31,675 Tak. Ia cuma perlu yakin sedikit. Saya pasti ia laju. 200 00:10:31,758 --> 00:10:34,553 - Yakin? Ia buta. - Apa? 201 00:10:34,636 --> 00:10:38,348 Lihatlah. Mata kabur, kerak pada kelopak mata. 202 00:10:38,431 --> 00:10:40,892 Ol' Crusty ialah rahsia untuk awak kalah. 203 00:10:42,227 --> 00:10:43,436 Crusty? 204 00:10:43,520 --> 00:10:45,063 Awak boleh lakukannya. 205 00:10:45,146 --> 00:10:47,899 Tak boleh menang. Tak pernah menang. 206 00:10:47,983 --> 00:10:50,026 Pastikan beri taruhan anda. 207 00:10:50,110 --> 00:10:51,987 Perlumbaan pertama akan bermula. 208 00:10:54,406 --> 00:10:57,450 Saya mahu cakap seronok dapat kenal mesin itu, 209 00:10:57,534 --> 00:10:58,535 tapi tak seronok. 210 00:10:58,618 --> 00:11:01,329 Objek perlumbaan ini, buah hop. 211 00:11:01,413 --> 00:11:04,874 Ikan pertama yang ambil snek sedap itu adalah pemenang. 212 00:11:10,130 --> 00:11:11,214 Lumba! 213 00:11:11,298 --> 00:11:14,718 Ombak kuat membawa ikan labah-labah ke pusingan pertama daripada tiga. 214 00:11:14,801 --> 00:11:17,637 Semuanya bergerak dengan susunan yang bagus kecuali satu. 215 00:11:17,721 --> 00:11:19,973 Ol' Crusty pasti tertidur sebelum ombak itu. 216 00:11:20,056 --> 00:11:21,474 Ia paling jauh di belakang. 217 00:11:21,558 --> 00:11:23,059 Tak apa. Kita boleh lakukannya. 218 00:11:23,143 --> 00:11:25,854 Loracco berada di depan, Lakefin sedang mengejarnya. 219 00:11:25,937 --> 00:11:28,023 Garway dan Sinj di belakang, sedang bersaing untuk kedudukan. 220 00:11:28,106 --> 00:11:30,984 Ol' Crusty perlu pinjam binokular saya untuk lihat pelumba di depan. 221 00:11:31,067 --> 00:11:33,236 Tak dapat bezakan arah. 222 00:11:33,320 --> 00:11:35,697 Saya harap awak dah ucap selamat tinggal pada mesin. 223 00:11:35,780 --> 00:11:37,365 Pergi! Awak boleh, Crusty! 224 00:11:37,449 --> 00:11:39,910 Lacus Loracco bergerak dengan cantik melalui Lekuk Berbonjol. 225 00:11:39,993 --> 00:11:42,078 Kita boleh nampak sebab ia ikan labah-labah yang terkenal. 226 00:11:42,162 --> 00:11:44,331 Lakefin di tempat kedua, diikuti oleh Sinj dan Garway. 227 00:11:44,414 --> 00:11:46,625 Ol' Crusty nampak sangat teruk. 228 00:11:46,708 --> 00:11:49,252 Awak masih fikir boleh cakap dengan Ol' Crusty? 229 00:11:49,336 --> 00:11:50,545 Lebih baik mula cakap 230 00:11:50,629 --> 00:11:53,340 sebab mesin awak akan jadi alat ganti. 231 00:11:53,423 --> 00:11:55,675 Garway meluncur melalui gelung itu 232 00:11:55,759 --> 00:11:57,177 dan semakin mara melalui zon percikan. 233 00:11:57,260 --> 00:12:00,263 Masih ada dua pusingan lagi di depan orang ramai yang terpesona. 234 00:12:00,347 --> 00:12:02,265 Namun, Ol' Crusty baru terlanggar tebing… 235 00:12:02,349 --> 00:12:03,892 Crusty, awak dengar? 236 00:12:03,975 --> 00:12:07,187 - Crusty dengar. - Bagus! Saya tolong Crusty menang. 237 00:12:07,270 --> 00:12:08,688 Crusty menang? 238 00:12:08,772 --> 00:12:10,357 Ya. Crusty menang. 239 00:12:10,440 --> 00:12:12,067 Ikut cakap saya. 240 00:12:12,150 --> 00:12:13,068 Okey, kiri. 241 00:12:13,777 --> 00:12:17,197 Maaf. Kanan awak, kiri saya. 242 00:12:17,864 --> 00:12:19,574 Pergi kanan. Kiri. 243 00:12:19,658 --> 00:12:22,118 Kanan lagi. Pergi kiri. Pergi terus. 244 00:12:22,202 --> 00:12:23,995 Awak boleh. Sekarang lompat. 245 00:12:24,079 --> 00:12:25,372 Lompat. Menyelam. 246 00:12:25,455 --> 00:12:27,749 Angkat kaki awak. Okey, sekarang berenang. 247 00:12:27,832 --> 00:12:31,294 Ol' Crusty akhirnya tunjukkan ketangkasan melalui gelung itu. 248 00:12:31,378 --> 00:12:34,464 Kadangkala pelumba yang buta juga boleh jumpa buah hop. 249 00:12:34,548 --> 00:12:35,882 Saya fokus. 250 00:12:35,966 --> 00:12:37,634 Saya perlukan binokular baharu? 251 00:12:37,717 --> 00:12:39,844 Ol' Crusty dah dapat kejar Skip Spitter Sinj. 252 00:12:39,928 --> 00:12:41,096 Dia bukan bersama saya. 253 00:12:41,179 --> 00:12:43,723 Lacus Loracco tetap sukar dikalahkan. 254 00:12:43,807 --> 00:12:45,600 Namun, mungkin Ol' Crusty ada sedikit harapan 255 00:12:45,684 --> 00:12:47,435 di tempat ketiga dengan satu pusingan lagi. 256 00:12:47,519 --> 00:12:50,146 Ya! Awak boleh, Crusty! 257 00:12:50,230 --> 00:12:53,358 Lacus Loracco di depan, masih berlumba laju. 258 00:12:59,823 --> 00:13:02,325 Lakefin terlanggar gelung dan seluruh perlumbaan ini 259 00:13:02,409 --> 00:13:04,536 - sudah berubah. - Pergi! Laju seperti angin! 260 00:13:04,619 --> 00:13:07,747 Jangan begitu cepat kira keuntungan dengan Loracco. Crusty semakin hampir. 261 00:13:07,831 --> 00:13:09,499 - Ini amat mendebarkan. - Pergi! 262 00:13:09,583 --> 00:13:12,377 Memasuki laluan terakhir. Loracco dan Ol' Crusty, begitu sengit. 263 00:13:12,460 --> 00:13:14,629 - Awak boleh, Crusty! - Ya, saya boleh. 264 00:13:14,713 --> 00:13:17,007 Boleh Crusty mencapai masa terbaiknya? 265 00:13:17,090 --> 00:13:18,633 Ia lompat untuk dapatkan buah hop. 266 00:13:22,596 --> 00:13:24,264 Ol' Crusty menang! 267 00:13:24,347 --> 00:13:27,434 Ini perlumbaan ikan labah-labah yang pasti diperkatakan selama bergenerasi. 268 00:13:27,517 --> 00:13:28,768 Saya menang! 269 00:13:28,852 --> 00:13:30,812 Tangisan Ol' Crusty menjadi sorakan! 270 00:13:30,896 --> 00:13:34,232 Ol' Crusty bernasib baik. 271 00:13:34,316 --> 00:13:36,735 Ikan labah-labah tua itu sangat bernasib baik. 272 00:13:36,818 --> 00:13:38,695 Siapa cakap ia sudah berakhir? 273 00:13:40,947 --> 00:13:43,325 Tiga ratus shellack, sayang. Tahniah. 274 00:13:43,408 --> 00:13:46,328 - Terima kasih. - Itu sangat cuai, Eva. 275 00:13:46,411 --> 00:13:48,413 Bertaruh saya untuk mata wang tempatan. 276 00:13:48,496 --> 00:13:51,082 Ya, cuai, Eva. Namun, seronok. 277 00:13:51,166 --> 00:13:54,044 Saya hanya selamat dari tempat besi buruk sebab nasib baik. 278 00:13:54,127 --> 00:13:55,420 Ia bukan sebab nasib baik. 279 00:13:55,503 --> 00:13:57,464 Saya cakap dengan Crusty. 280 00:13:57,547 --> 00:13:59,257 Sudahlah. Ia dah berjaya, bukan? 281 00:13:59,966 --> 00:14:01,885 Okey. 282 00:14:01,968 --> 00:14:04,429 Ambil, awak tolong simpan. 283 00:14:04,512 --> 00:14:08,308 Pagi esok kita akan cari tempat asal tampalan itu. 284 00:14:08,391 --> 00:14:11,102 Anak awak pandai pilih pemenang. 285 00:14:11,186 --> 00:14:15,106 Anak… Dia bukan anak saya. 286 00:14:17,442 --> 00:14:20,695 En. Kitt, tolong beritahu Eva, kita perlu cari tempat berlindung malam ini. 287 00:14:20,779 --> 00:14:21,780 Beritahu sendiri. 288 00:14:21,863 --> 00:14:24,366 Kita boleh berkhemah tepi tasik dekat kedai Caruncle. 289 00:14:24,449 --> 00:14:26,660 Kalau dia balik awal, saya boleh tanya mana dia… 290 00:14:26,743 --> 00:14:30,038 Raksasa Besteel itu mungkin dekat, betul, En. Kitt? 291 00:14:31,039 --> 00:14:33,250 Kita perlu cari tempat yang selamat. 292 00:14:51,977 --> 00:14:53,687 Rovender! 293 00:14:54,479 --> 00:14:57,774 - Fiscian, mari lihat siapa datang. - Sekejap, sayang. 294 00:14:57,857 --> 00:14:59,943 Hostia, dah… 295 00:15:00,026 --> 00:15:03,446 - Sangat lama. Masuklah. - Terima kasih. 296 00:15:03,530 --> 00:15:05,740 Saya tak percaya. 297 00:15:05,824 --> 00:15:08,994 Maaf sebab datang begini. 298 00:15:09,077 --> 00:15:10,078 Tolonglah. 299 00:15:10,161 --> 00:15:12,372 Lain kali datang sini dulu. 300 00:15:12,455 --> 00:15:14,791 - Apa khabar? - Saya cuba bertahan. 301 00:15:14,874 --> 00:15:16,918 Kami dengar Faunas mungkin bertindak lagi. 302 00:15:17,002 --> 00:15:19,212 Itulah Jantung Hutan. 303 00:15:19,296 --> 00:15:20,463 Saya dah tak peduli. 304 00:15:20,547 --> 00:15:22,007 Bagaimana keadaan awak dan Fiscian? 305 00:15:22,090 --> 00:15:24,759 Agak bagus. Memancing buat dia sibuk. 306 00:15:24,843 --> 00:15:27,387 Awak tahu di sini tak pernah membosankan. 307 00:15:27,470 --> 00:15:29,264 Pak Cik Rovender! 308 00:15:29,347 --> 00:15:30,557 Mereka dah datang. 309 00:15:31,308 --> 00:15:32,601 Cepat betul. 310 00:15:32,684 --> 00:15:35,312 - Kami rindu Pak Cik Rovender. - Saya bukan pak cik kamu. 311 00:15:35,395 --> 00:15:36,354 Pak cik pergi mana? 312 00:15:36,438 --> 00:15:38,523 - Ayah cakap pak cik dah lupakan kami. - Itu bau apa? 313 00:15:38,607 --> 00:15:39,900 Anak-anak. Sudahlah. 314 00:15:39,983 --> 00:15:41,902 Awak belum jual mereka? 315 00:15:41,985 --> 00:15:43,778 - Kami bukan untuk dijual. - Mana hadiah saya? 316 00:15:43,862 --> 00:15:46,239 - Maegdan. Cukup. - Baik, mak. 317 00:15:46,323 --> 00:15:48,950 Tak apa. Saya akan bayar tebusan mereka. 318 00:15:49,034 --> 00:15:50,994 - Pak cik bawa apa untuk kami? - Baiklah. 319 00:15:51,077 --> 00:15:53,997 Apa raksasa kecil suka? Ini dia. 320 00:15:54,080 --> 00:15:55,540 - Buah hop. - Buah hop. 321 00:15:55,624 --> 00:15:57,375 Saya lebih besar. Itu buah saya. 322 00:15:57,459 --> 00:15:59,044 Pak Cik Rovender beri kepada saya. 323 00:15:59,127 --> 00:16:00,462 Pastikan berkongsi. 324 00:16:00,545 --> 00:16:01,796 Terima kasih, Pak Cik Rovender. 325 00:16:02,881 --> 00:16:04,841 - Sama-sama, Maegdan. - Hei. Berhenti. Saya punya. 326 00:16:04,925 --> 00:16:08,678 Rovender, kawan lama, seronok jumpa awak. Awak nampak sama. 327 00:16:08,762 --> 00:16:10,472 Awak tahu awak menipu. 328 00:16:10,555 --> 00:16:11,932 Kenapa awak ke Lacus? 329 00:16:12,015 --> 00:16:14,017 - Pulangkannya! - Mereka berdua perlukan pemandu. 330 00:16:14,100 --> 00:16:16,228 Saya bawa mereka ke sini sebab ada urusan. 331 00:16:16,311 --> 00:16:18,980 Jadi siapa kawan awak? 332 00:16:19,064 --> 00:16:21,316 Kawan? Tak, mereka bukan kawan saya. 333 00:16:21,399 --> 00:16:24,653 Mereka cuma kutu rayau. Itu gelaran terbaik. 334 00:16:24,736 --> 00:16:27,155 - Kami baru jumpa semalam. - Saya dapat! 335 00:16:30,075 --> 00:16:33,328 Saya Eva dari Sanctuary 573. 336 00:16:33,411 --> 00:16:35,330 Manusia. 337 00:16:36,414 --> 00:16:37,832 Rovender, apa ini? 338 00:16:38,708 --> 00:16:40,669 Ini Muthr. 339 00:16:40,752 --> 00:16:42,671 Saya Muthr Unit 0-6. 340 00:16:42,754 --> 00:16:44,172 Cantik rumah kamu. 341 00:16:44,756 --> 00:16:46,925 Terima kasih, 0-6. 342 00:16:47,008 --> 00:16:49,261 Rovender, mana awak… 343 00:16:49,344 --> 00:16:52,973 Saya jumpa dia dalam pokok badak dan dia di kem Besteel. 344 00:16:53,056 --> 00:16:56,309 Panjang ceritanya, tapi… Mereka okey. 345 00:16:56,393 --> 00:16:58,311 Sudah tentu. Ya. 346 00:16:58,395 --> 00:16:59,563 Semua diterima di sini. 347 00:16:59,646 --> 00:17:00,939 Sudah tentu. 348 00:17:01,648 --> 00:17:03,316 Saya akan pergi siapkan tempat tidur. 349 00:17:03,400 --> 00:17:06,570 Terima kasih, Fiscian. Untuk mereka saja. Saya perlu pergi. 350 00:17:06,652 --> 00:17:07,654 - Pergi? - Jangan pergi. 351 00:17:07,737 --> 00:17:10,407 Pak cik takkan ke mana-mana. Pak cik kena tinggal sini. 352 00:17:10,489 --> 00:17:13,618 Itu kali pertama awak menolak pentaka saya. 353 00:17:13,702 --> 00:17:15,160 Awak masak pentaka? 354 00:17:15,245 --> 00:17:16,830 Pentaka! 355 00:17:17,581 --> 00:17:20,125 Ini. Segar dari pasar hari ini. 356 00:17:20,208 --> 00:17:22,502 Nasan sentiasa simpan yang terbaik untuk saya. 357 00:17:23,085 --> 00:17:24,629 Saya janji ia sedap. 358 00:17:25,839 --> 00:17:27,799 Muthr, mari sertai kami. 359 00:17:27,882 --> 00:17:30,927 Terima kasih. Tak perlu. Saya tak boleh makan. 360 00:17:31,011 --> 00:17:33,805 Tetap ada tempat untuk awak di meja ini. 361 00:17:33,889 --> 00:17:36,308 Awak sangat baik. 362 00:17:36,391 --> 00:17:39,102 Mungkin awak tak pernah bertaruh anak-anak awak di perlumbaan. 363 00:17:39,185 --> 00:17:41,521 - Bertaruh? Tentulah tak. - Muthr. 364 00:17:45,066 --> 00:17:47,944 Kita tak melopong tengok tetamu kita. 365 00:17:48,028 --> 00:17:49,487 Betul, Fiscian? 366 00:17:49,571 --> 00:17:52,657 - Fiscian. - Ya. Tak melopong. 367 00:17:52,741 --> 00:17:54,034 Awak ada sepuluh jari kaki? 368 00:17:55,076 --> 00:17:56,953 Kami dengar manusia ada sepuluh jari kaki. 369 00:17:57,037 --> 00:17:59,247 Boleh tunjukkan jari kaki awak? Saya nak lihat. 370 00:17:59,331 --> 00:18:00,957 Darius cakap manusia ada sepuluh… 371 00:18:01,041 --> 00:18:03,752 Okey. Berhenti bercakap dan makan. 372 00:18:03,835 --> 00:18:07,088 Sepuluh atau seribu jari kaki. Siapa peduli? 373 00:18:09,132 --> 00:18:10,342 Ya. 374 00:18:10,425 --> 00:18:11,885 Awak ada sepuluh jari kaki? 375 00:18:11,968 --> 00:18:14,137 Fiscian. Makan makanan awak. 376 00:18:14,221 --> 00:18:15,430 Awak juga, Eva. 377 00:18:17,098 --> 00:18:19,434 Bagaimana mahu makan ini? 378 00:18:21,978 --> 00:18:23,021 Maafkan saya. 379 00:18:23,104 --> 00:18:24,147 Tidak. 380 00:18:24,231 --> 00:18:26,858 Biar saya tunjukkan sebelum awak buat saya buta. 381 00:18:26,942 --> 00:18:29,402 Mudah saja. Ambil satu. Begitu. 382 00:18:29,486 --> 00:18:31,112 Kemudian pegang cangkerang keras di atas. 383 00:18:31,196 --> 00:18:33,073 - Begini? - Hampir-hampir. 384 00:18:33,156 --> 00:18:36,243 Sekarang pusing cepat. Jangan takut. 385 00:18:36,326 --> 00:18:39,621 - Pusing! Okey. - Bagus. Ini bahagian yang bagus. 386 00:18:39,704 --> 00:18:41,998 Angkat cangkerang dan rasanya. 387 00:18:46,920 --> 00:18:48,755 Ini sangat sedap! 388 00:18:48,838 --> 00:18:50,423 Tentulah. Ini pentaka. 389 00:18:50,507 --> 00:18:54,177 Pentaka. Kita makan pentaka. 390 00:19:05,021 --> 00:19:06,898 Rovender, awak tak tidur sini? 391 00:19:06,982 --> 00:19:10,193 Saya dah cakap tadi, Fiscian, saya kena pergi sekarang. 392 00:19:10,694 --> 00:19:12,237 Saya akan kembali pagi nanti. 393 00:19:12,320 --> 00:19:13,989 Saya gembira awak okey. 394 00:19:14,072 --> 00:19:18,243 Terima kasih untuk pentaka tadi. 395 00:19:20,829 --> 00:19:23,415 Kadangkala Rovender begitu. 396 00:19:23,498 --> 00:19:25,250 Dulu lebih teruk. 397 00:19:26,167 --> 00:19:27,586 Namun, melihat dia dengan awak, 398 00:19:27,669 --> 00:19:31,423 buat kali pertama selepas begitu lama, dia hampir nampak gembira. 399 00:19:31,506 --> 00:19:33,508 Dulu dia selalu gembira. 400 00:19:33,592 --> 00:19:37,220 Dulu Rovender pencari jalan terbaik di Orbona. 401 00:19:37,304 --> 00:19:39,598 Dia sayang kerja dan keluarganya. 402 00:19:39,681 --> 00:19:41,141 Apa berlaku? 403 00:19:42,601 --> 00:19:44,269 Dia kehilangan kedua-duanya. 404 00:19:48,982 --> 00:19:51,192 Sini. Kita hampir sampai. 405 00:19:53,111 --> 00:19:55,113 Ini tempat tidur saya. 406 00:19:55,196 --> 00:19:56,823 Manusia perlu tidur? 407 00:19:56,907 --> 00:19:58,700 Ya. Sudah tentu. 408 00:19:59,367 --> 00:20:02,662 Saya pasti Muthr saya akan cakap ia penting untuk bertahan. 409 00:20:02,746 --> 00:20:04,331 Bagaimana ia jadi ibu awak? 410 00:20:04,414 --> 00:20:06,625 Semua ibu manusia nampak begitu? 411 00:20:06,708 --> 00:20:08,919 Saya tak tahu. 412 00:20:09,002 --> 00:20:11,463 Awak akan buka pelindung jari kaki? 413 00:20:11,546 --> 00:20:13,965 - Apa? - Pelindung jari kaki. 414 00:20:14,549 --> 00:20:16,092 Saya nak tengok jari kaki awak. 415 00:20:16,927 --> 00:20:19,596 Okey, ya. Baiklah. 416 00:20:19,679 --> 00:20:22,098 Sepuluh jari kaki. 417 00:20:22,182 --> 00:20:25,727 - Sepuluh jari kaki? - Ia bergerak-gerak. 418 00:20:25,810 --> 00:20:26,978 Boleh saya kira? 419 00:20:27,062 --> 00:20:29,648 Sudah tentu. Ya. Pastikan semuanya ada. 420 00:20:29,731 --> 00:20:31,358 Okey. 421 00:20:31,441 --> 00:20:34,110 Satu, dua… 422 00:20:34,194 --> 00:20:36,863 Maegdan, mana awak belajar tentang manusia? 423 00:20:36,947 --> 00:20:38,281 Awak ada sebut nama tadi. 424 00:20:38,365 --> 00:20:39,616 Maksud awak, Darius? 425 00:20:39,699 --> 00:20:40,992 - Zoozi. - Ya. 426 00:20:41,076 --> 00:20:42,786 Kita tak boleh cakap tentang dia. 427 00:20:42,869 --> 00:20:45,747 Mak cakap dia terlalu banyak bercerita. 428 00:20:45,830 --> 00:20:50,210 - Enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. - Siapa dia? 429 00:20:50,293 --> 00:20:51,670 Semuanya ada. 430 00:20:53,338 --> 00:20:56,383 Pendeta Arsian. Dia tinggal di rumah sana. 431 00:20:56,466 --> 00:20:59,302 Dulu dia penyair dan tukang ramal diraja. 432 00:20:59,386 --> 00:21:00,720 Sudah lama dulu. 433 00:21:00,804 --> 00:21:03,098 Sekarang dia bercerita kepada kanak-kanak. 434 00:21:03,181 --> 00:21:08,061 Bermimpi manusia, benda menakutkan cederakan planet ini. 435 00:21:08,144 --> 00:21:10,272 Kami tak patut cakap tentang dia. 436 00:21:17,362 --> 00:21:19,948 Omni, nyahaktif penjejak lokasi. 437 00:21:20,031 --> 00:21:21,157 Menyahaktif. 438 00:22:08,538 --> 00:22:10,332 BERDASARKAN BUKU OLEH TONY DITERLIZZI 439 00:23:36,626 --> 00:23:38,628 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman