1 00:01:05,442 --> 00:01:09,613 Tiada sesiapa dapat elakkan Besteel, pemburu terbaik Orbona. 2 00:01:09,696 --> 00:01:12,699 Khususnya manusia lemah. 3 00:01:12,782 --> 00:01:16,411 Tutup mulut awak depan penasihat Ratu Ojo 4 00:01:16,494 --> 00:01:18,538 atau saya yang tutupnya. 5 00:01:18,622 --> 00:01:19,623 Faham? 6 00:01:20,290 --> 00:01:23,335 Spesimen manusia yang masih hidup seperti diarahkan. 7 00:01:23,418 --> 00:01:25,795 Nampaknya Saudari Darius salah. 8 00:01:25,879 --> 00:01:28,173 Manusia belum pupus. 9 00:01:28,256 --> 00:01:30,133 Hantu tanah. 10 00:01:30,217 --> 00:01:31,426 Raksasa lubang. 11 00:01:31,509 --> 00:01:32,886 Awak jumpa dia di mana? 12 00:01:33,386 --> 00:01:35,347 Saya boleh jawabkan, Saudara Loroc. 13 00:01:35,430 --> 00:01:36,973 Lubang yang dalam dan luas. 14 00:01:37,057 --> 00:01:40,310 Ia mungkin gali lubang bawah tanah menggunakan kuku boleh sentut. 15 00:01:40,810 --> 00:01:42,270 - Betul? - Lebih kurang begitu. 16 00:01:42,354 --> 00:01:44,522 Saya jejak dia ke pedagang di Lacus. 17 00:01:44,606 --> 00:01:46,066 Ia hodoh. 18 00:01:46,149 --> 00:01:51,571 Ya. Hodoh. Kulit halus, mata bulat bercahaya. 19 00:01:52,739 --> 00:01:53,949 Serta bau itu. 20 00:01:54,699 --> 00:01:55,700 Busuk. 21 00:01:56,618 --> 00:01:57,953 Jangan dekatinya. 22 00:01:58,036 --> 00:02:01,414 Mereka bangsa merkurial berbahaya, 23 00:02:01,498 --> 00:02:04,459 tapi saya tak sabar mahu kajinya. 24 00:02:05,210 --> 00:02:07,295 Manusia sebenar. 25 00:02:07,379 --> 00:02:08,379 Tuanku. 26 00:02:08,462 --> 00:02:12,509 Jangan pandang. Nanti otak tuanku boleh mencair. 27 00:02:12,592 --> 00:02:14,261 Otak beta mencair? 28 00:02:14,344 --> 00:02:16,221 Bagaimana mahu lindungi diri kita, Zin? 29 00:02:16,304 --> 00:02:18,390 - Kejap, awak Zin? - Ia bercakap. 30 00:02:18,473 --> 00:02:20,392 Awak ada Omnipod itu? Mana? Omnipod yang awak dapat… 31 00:02:20,475 --> 00:02:21,309 Diam. 32 00:02:21,393 --> 00:02:22,394 Pengawal. 33 00:02:44,958 --> 00:02:46,167 Lepaskan saya! 34 00:02:49,212 --> 00:02:50,672 Lepaskan dia. 35 00:02:53,383 --> 00:02:55,802 Zin, alihkan makhluk berbau itu. 36 00:02:55,886 --> 00:02:59,514 Kehadirannya membahayakan ratu. 37 00:03:00,140 --> 00:03:02,017 Lepaskan saya! 38 00:03:07,647 --> 00:03:08,607 Awak mahu bawa saya ke mana? 39 00:03:08,690 --> 00:03:11,568 Saya kaji makhluk terancam di banyak galaksi. 40 00:03:11,651 --> 00:03:13,486 Saya tahu Caruncle beri awak Omni. Mana Omni itu? 41 00:03:13,570 --> 00:03:14,905 Apabila spesies pupus, 42 00:03:14,988 --> 00:03:18,325 ia sebab alam semula jadi memulihkan dirinya, kembalikan keseimbangan. 43 00:03:18,408 --> 00:03:20,201 Kami tak pupus. Saya di sini. 44 00:03:20,285 --> 00:03:21,953 Manusia kes khas. 45 00:03:22,037 --> 00:03:27,417 Kamu tak pupus begitu saja, tapi cuba hancurkan dunia bersama kamu. 46 00:03:27,500 --> 00:03:31,796 Sudah lama saya berfikir bagaimana sesuatu begitu lemah boleh buat kerosakan begitu. 47 00:03:31,880 --> 00:03:33,882 Maklumat. Itu yang awak mahu? 48 00:03:33,965 --> 00:03:38,845 Kalau beri Omni itu, saya akan beritahu semuanya tentang saya dan manusia. 49 00:03:38,929 --> 00:03:41,681 Saya akan beritahu awak semuanya. Saya takkan berahsia. 50 00:03:41,765 --> 00:03:44,476 Tidak. Awak dah salah faham, manusia. 51 00:03:44,559 --> 00:03:46,853 Saya mahu tahu dengan melihat dalam awak. 52 00:03:46,937 --> 00:03:50,857 Pertama sekali, saya akan bedah peti suara awak. 53 00:03:50,941 --> 00:03:52,859 Saya cadangkan supaya tak dibedah. 54 00:03:52,943 --> 00:03:54,194 Idea yang bagus. 55 00:03:56,196 --> 00:03:59,115 Tolong! Ia butakan saya! Saya tak nampak! 56 00:03:59,741 --> 00:04:00,825 Lepaskan saya daripada dia! 57 00:04:01,368 --> 00:04:02,827 Pengawal! 58 00:04:02,911 --> 00:04:04,955 Jauhkan makhluk hodoh ini daripada saya sekarang juga! 59 00:04:05,038 --> 00:04:07,040 Alihkannya! 60 00:04:10,502 --> 00:04:12,963 Mana ia? Mana… Kita kena cari ia. 61 00:04:13,046 --> 00:04:15,298 Loroc tak boleh tahu ia terlepas. 62 00:04:15,382 --> 00:04:17,841 Dia akan musnahkan saya. 63 00:04:35,360 --> 00:04:36,778 Beta harap ayah ada di sini. 64 00:04:36,861 --> 00:04:39,906 Ayah takkan percaya apa yang ada di istana hari ini. 65 00:04:39,990 --> 00:04:42,492 Manusia sebenar. 66 00:04:42,576 --> 00:04:44,160 Ia menakutkan. 67 00:04:44,244 --> 00:04:47,455 Beta sangat rindukan ayah. 68 00:04:57,090 --> 00:04:58,717 Pengawal! Sini! 69 00:04:58,800 --> 00:04:59,885 - Tolong cepat… - Hei! Tidak. 70 00:04:59,968 --> 00:05:02,053 - Hei. Jangan panggil pengawal. - Tolonglah. Tolong jangan… 71 00:05:02,137 --> 00:05:03,138 jangan cairkan otak beta. 72 00:05:03,221 --> 00:05:04,723 Awak akan cairkan otak beta? 73 00:05:04,806 --> 00:05:06,141 Apa? Tentulah saya takkan… 74 00:05:06,224 --> 00:05:08,476 Kamu berdua periksa di halaman. Kami akan cuba cari di sini. 75 00:05:08,560 --> 00:05:14,566 Maksud saya, ya, jangan bagi saya sebab untuk cairkannya. 76 00:05:14,649 --> 00:05:16,776 Otak tuanku. Faham? 77 00:05:16,860 --> 00:05:20,447 Jadi suruh pengawal itu berhenti cari. Kalau tidak… 78 00:05:20,530 --> 00:05:23,366 Manusia tak boleh cairkan otak makhluk lain. 79 00:05:23,450 --> 00:05:25,493 Diam, Omni. Ikut saja. 80 00:05:31,291 --> 00:05:32,459 Pengawal. Bagus. 81 00:05:32,542 --> 00:05:34,127 Awak cari manusia itu? 82 00:05:34,211 --> 00:05:36,671 Ia pergi ke sana. Cepat. 83 00:05:42,469 --> 00:05:43,553 Terima kasih. 84 00:05:43,637 --> 00:05:49,184 Atau… Maksud saya, terima kasih kepada diri sendiri sebab selamatkan otak. 85 00:05:49,267 --> 00:05:52,520 Saya tak mahu guna kuasa cair manusia kepada tuanku, 86 00:05:52,604 --> 00:05:56,024 tapi mungkin perlu kecuali tuanku tolong saya cari sesuatu. 87 00:05:56,107 --> 00:05:57,400 - Nampak ini? - Helo. 88 00:05:57,484 --> 00:05:59,694 Zin beli benda begini daripada pedagang di Lacus. 89 00:05:59,778 --> 00:06:01,571 Ia ada di sekitar istana ini. 90 00:06:01,655 --> 00:06:04,699 Saya mahu tunduk, tuanku, tapi tak boleh. 91 00:06:08,912 --> 00:06:10,580 Artifak manusia. 92 00:06:10,664 --> 00:06:15,001 Beta hanya boleh bayangkan ia ada dengan koleksi. 93 00:06:15,085 --> 00:06:18,380 - Koleksi? - Ya, koleksi ayah beta. 94 00:06:18,463 --> 00:06:21,550 Pintu itu hanya boleh dibuka dengan cogan alam diraja. 95 00:06:21,633 --> 00:06:23,468 - Ia di sana? - Ya. 96 00:06:23,552 --> 00:06:26,346 Jika kita ambilnya, penggera akan berbunyi? 97 00:06:26,429 --> 00:06:28,807 - Tidak. - Tak sangka. 98 00:06:28,890 --> 00:06:30,267 Ayuh. Mari pergi ambilnya. 99 00:06:35,438 --> 00:06:37,357 Kenapa cogan alam itu bukan dengan tuanku? 100 00:06:37,440 --> 00:06:39,234 Keadaannya rumit. 101 00:06:39,317 --> 00:06:40,777 Tuanku ratu. 102 00:06:40,860 --> 00:06:44,656 Awak biarkan manusia itu terlepas. Ini tak boleh dimaafkan, Zin. 103 00:06:44,739 --> 00:06:46,449 Tidak, pengawal tembok 104 00:06:46,533 --> 00:06:49,786 sedang mencari dalam istana ini, Saudara Loroc. 105 00:06:49,869 --> 00:06:53,707 Ia akan ditangkap nanti. Percayalah, tak perlu risau. 106 00:06:53,790 --> 00:06:56,209 Semuanya dalam kawalan saya. 107 00:06:56,751 --> 00:06:58,545 Jangan ampu saya. 108 00:06:58,628 --> 00:07:00,171 Awak tak baunya? 109 00:07:00,255 --> 00:07:03,550 Tak. Maksud saya, ya, Maksud awak, awak hidu baunya? 110 00:07:03,633 --> 00:07:06,803 Bau di sini seperti ia baru lalu kawasan sini. 111 00:07:06,887 --> 00:07:10,932 Jangan risau, ia akan ditemui dan dikurung dalam sangkarnya nanti. 112 00:07:11,016 --> 00:07:16,021 Saya harap itu betul, Saudara Zin, atau awak yang dalam sangkar itu. 113 00:07:27,908 --> 00:07:29,326 Ia sesuai dengan awak. 114 00:07:40,086 --> 00:07:42,339 Awak akan selamat di sini. 115 00:07:48,011 --> 00:07:51,139 Koleksi artifak manusia Raja Ojo. 116 00:07:51,223 --> 00:07:54,768 Okey. Dia sangat berminat dengan manusia. 117 00:07:54,851 --> 00:08:00,565 Loroc cakap artifak ini merosakkan fikiran ayah dan buat dia tak waras. 118 00:08:01,107 --> 00:08:03,235 Sebab itu dia simpan semua di sini. 119 00:08:03,318 --> 00:08:08,990 Mengarut, tapi dia bijak. 120 00:08:09,074 --> 00:08:11,409 Ia pasti boleh rosakkan fikiran awak. 121 00:08:11,493 --> 00:08:13,161 Sini. Contohnya ini. 122 00:08:16,248 --> 00:08:20,335 Omnipod dalam salah satu bekas ini? 123 00:08:20,418 --> 00:08:23,797 Ya. Zin mungkin simpannya di sini. 124 00:08:23,880 --> 00:08:26,132 - Omni? - Tiada isyarat dikesan. 125 00:08:26,216 --> 00:08:29,261 Okey. Mari mulakan dengan yang ini. 126 00:08:30,220 --> 00:08:32,556 Bola. Untuk dibaling, dilantun, digolek, 127 00:08:32,639 --> 00:08:34,683 dijugel, dielak, ditendang, ditangkap, digelecek. 128 00:08:36,476 --> 00:08:38,727 Basikal. Seperti yang kamu ada di Sanctuary. 129 00:08:38,812 --> 00:08:40,605 Tuba. Buat bunyi kelakar. 130 00:08:41,856 --> 00:08:44,150 Pemain rekod. Stereo. 131 00:08:45,235 --> 00:08:48,113 Kamera segera dengan denyar. 132 00:08:52,492 --> 00:08:53,952 Besarnya. 133 00:08:54,035 --> 00:08:56,079 Hei, boleh tuanku suruh dia pergi? 134 00:08:56,162 --> 00:08:58,123 Helo? Ingat? Cairkan otak? 135 00:08:58,873 --> 00:09:00,959 - Ratu? - Itu Chip. 136 00:09:01,042 --> 00:09:03,086 - Chip? - Ya. 137 00:09:03,169 --> 00:09:06,172 Dia kegemaran ayah beta. 138 00:09:07,591 --> 00:09:09,259 Dia hanya setia pada ayah. 139 00:09:17,309 --> 00:09:19,060 Dia lain daripada yang lain. 140 00:09:19,728 --> 00:09:20,770 Okey. 141 00:09:21,271 --> 00:09:22,272 Chip. 142 00:09:22,772 --> 00:09:25,734 Mungkin dia boleh tolong kita capai bekas yang lebih tinggi. 143 00:09:33,074 --> 00:09:34,492 Terima kasih, Chip. 144 00:09:34,576 --> 00:09:37,370 Hei, dengar. 145 00:09:38,914 --> 00:09:42,459 Saya takkan cairkan otak awak. 146 00:09:42,542 --> 00:09:44,794 - Tak? - Saya takkan buat begitu. 147 00:09:44,878 --> 00:09:46,504 Saya juga tak boleh. 148 00:09:46,588 --> 00:09:48,131 Saya tak cairkan otak. 149 00:09:50,050 --> 00:09:51,927 Baguslah begitu. 150 00:09:53,428 --> 00:09:54,346 TUAH 151 00:09:54,429 --> 00:09:55,847 Rasanya ia berfungsi. 152 00:09:55,931 --> 00:09:57,057 Lihatlah. 153 00:09:57,140 --> 00:09:58,808 Selamat datang ke dunia tuah. 154 00:09:58,892 --> 00:10:01,603 Awak tahu ini apa? Mungkin mazbah suci? 155 00:10:01,686 --> 00:10:03,730 Saya tak tahu. 156 00:10:04,439 --> 00:10:07,400 Ayah awak mungkin lebih tahu tentang manusia berbanding saya. 157 00:10:08,401 --> 00:10:10,487 - Okey. - Semoga berjaya. 158 00:10:12,197 --> 00:10:15,867 Aduhai. Malang betul awak. 159 00:10:15,951 --> 00:10:18,078 Rasanya ini permainan. 160 00:10:18,161 --> 00:10:20,956 Ayah selalu cakap manusia ada permainan menyeronokkan. 161 00:10:21,039 --> 00:10:23,416 Permainan? Ya. 162 00:10:23,500 --> 00:10:25,460 Betul. Ini mesin pinbal. 163 00:10:25,544 --> 00:10:26,795 Semoga berjaya. 164 00:10:28,338 --> 00:10:29,965 Tekan butang itu. Itu bagus! 165 00:10:31,883 --> 00:10:32,884 Ya. 166 00:10:34,636 --> 00:10:36,763 - Ya. - Bagus, Eva. 167 00:10:36,846 --> 00:10:37,806 Cepat. Teruskan. 168 00:10:40,517 --> 00:10:43,270 Ya! Bagus. 169 00:10:43,353 --> 00:10:45,438 Ya! 170 00:10:45,522 --> 00:10:47,357 Apa awak buat dengan tangan awak? 171 00:10:47,440 --> 00:10:50,902 Ini tepuk tangan. Cara manusia meraikan. 172 00:10:50,986 --> 00:10:54,322 Kita cuma sentuh tangan. 173 00:10:55,156 --> 00:10:56,658 Begini? 174 00:10:57,158 --> 00:10:59,786 Rasanya. Saya rasa kita berjaya. 175 00:10:59,869 --> 00:11:02,539 - Semoga berjaya. - Ini seronok. 176 00:11:03,248 --> 00:11:06,084 Sebenarnya beta tak pernah ada… 177 00:11:06,167 --> 00:11:07,210 Ada apa? 178 00:11:07,711 --> 00:11:08,962 Kawan. 179 00:11:09,713 --> 00:11:11,089 - Saya pun sama. - Apa? 180 00:11:12,924 --> 00:11:14,134 Beta tak percaya. 181 00:11:14,217 --> 00:11:16,887 Betul. Saya membesar dalam bunker. 182 00:11:16,970 --> 00:11:19,139 Saya bayangkan semua kawan saya. 183 00:11:19,222 --> 00:11:22,309 Ia kedengaran agak menyedihkan apabila cakapnya. 184 00:11:22,392 --> 00:11:24,519 Kadangkala beta menjerit di koridor 185 00:11:24,603 --> 00:11:27,564 dan bayangkan gema itu bunyi kawan memanggil beta. 186 00:11:27,647 --> 00:11:32,235 Saya cakap dengan satu-satunya kawan saya, patung bernama Meego, selama sedekad. 187 00:11:32,736 --> 00:11:34,529 Hentian seterusnya. Syiling Bertuah. 188 00:11:35,030 --> 00:11:36,031 Ya! 189 00:11:38,617 --> 00:11:44,331 Kita patut cari Omnipod itu supaya awak tak cairkan otak beta. 190 00:11:45,582 --> 00:11:47,292 Saya gembira tuanku ada di sini untuk tolong saya. 191 00:11:47,959 --> 00:11:50,879 Namun, bagaimana tuanku tiada kawan? Tuanku ratu. 192 00:11:50,962 --> 00:11:55,091 Belum lagi sebelum beta habiskan pelajaran sehingga Loroc puas hati. 193 00:11:55,175 --> 00:11:58,053 Saya berlatih seumur hidup untuk sesuatu 194 00:11:58,136 --> 00:12:00,096 yang saya tak tahu jika saya boleh buat. 195 00:12:00,180 --> 00:12:03,642 Awak lebih berpeluang daripada beta. Awak tak takutkan apa-apa. 196 00:12:04,226 --> 00:12:06,645 Saya sangat pandai berpura-pura. 197 00:12:06,728 --> 00:12:10,523 Ya, saya mungkin nampak yakin, tapi dalam fikiran saya, kucar-kacir. 198 00:12:11,274 --> 00:12:13,735 Awak tak begitu. 199 00:12:13,818 --> 00:12:16,821 Saya rasa tuanku berbakat jadi ratu. 200 00:12:16,905 --> 00:12:20,617 Tuanku beri arahan pada pengawal gergasi di tempat tugu itu tadi dengan mudah. 201 00:12:20,700 --> 00:12:23,828 Awak juga menentang Loroc dan Zin dengan mudah. 202 00:12:24,537 --> 00:12:27,082 Saya cuma berpura-pura seperti raksasa yang mereka sangka. 203 00:12:27,999 --> 00:12:29,668 Mungkin Darius betul. 204 00:12:31,169 --> 00:12:35,048 Ayah beta tak setuju dengan Darius atau Loroc. 205 00:12:35,757 --> 00:12:41,096 Apabila planet kami nazak, ayah beta pilih planet ini sebagai rumah baharu kami. 206 00:12:41,179 --> 00:12:44,933 Dia lancarkan benih yang jadikan Orbona seperti sekarang. 207 00:12:45,433 --> 00:12:48,937 Bayangkan kehairanannya apabila tahu 208 00:12:49,020 --> 00:12:52,524 dulu ada kehidupan lebih mahu di sini. 209 00:12:52,607 --> 00:12:56,486 Awak rasa kenapa dia kumpul semua ini? 210 00:12:56,570 --> 00:13:00,365 Dia tertarik dengan manusia. 211 00:13:00,448 --> 00:13:02,284 Dia tahu apa mereka pernah buat, 212 00:13:02,367 --> 00:13:06,538 tapi dia tetap percaya mereka baik. 213 00:13:06,621 --> 00:13:08,999 Sekarang beta tahu dia betul. 214 00:13:09,082 --> 00:13:11,126 Sebab itu saya perlukan Omni itu. 215 00:13:11,710 --> 00:13:13,044 Saya mahu cari orang saya. 216 00:13:13,128 --> 00:13:14,880 Mungkin saya boleh tolong. 217 00:13:18,592 --> 00:13:20,135 Ikan Emas. 218 00:13:20,218 --> 00:13:21,219 Ikan Emas? 219 00:13:21,303 --> 00:13:25,015 Ayah beta namakannya sempena pemangsa paling bahaya dalam dunia awak. 220 00:13:25,098 --> 00:13:29,060 Beta tak lihatnya sejak beta kecil. 221 00:13:29,144 --> 00:13:33,773 Beta selalu menaikinya dengan ayah sebelum beta boleh lihat melepasi papan pemuka. 222 00:13:33,857 --> 00:13:36,359 Ayah cakap suatu hari nanti ia akan jadi milik beta. 223 00:13:36,443 --> 00:13:37,903 Tuanku pasti sangat rindukan dia. 224 00:13:40,363 --> 00:13:41,448 Ya. 225 00:13:42,616 --> 00:13:44,409 Ayuh. Masuklah. 226 00:13:49,915 --> 00:13:51,416 Ini hebat. 227 00:13:52,375 --> 00:13:54,085 Teknologi Orbona. 228 00:13:55,212 --> 00:13:56,713 Dalam kenderaan manusia. 229 00:13:56,796 --> 00:13:59,174 Dia bayangkan dunia yang manusia dan penduduk Orbona 230 00:13:59,257 --> 00:14:03,094 berkongsi sumber dan planet. 231 00:14:05,680 --> 00:14:07,515 Ini milik awak. Ambillah. 232 00:14:07,599 --> 00:14:09,434 Gunanya untuk cari orang awak. 233 00:14:10,101 --> 00:14:13,313 - Tak boleh. - Ayah beta pasti mahu begitu. 234 00:14:14,439 --> 00:14:15,440 Terima kasih. 235 00:14:22,030 --> 00:14:23,114 Itu pun mereka! 236 00:14:24,324 --> 00:14:25,450 Tangkap manusia itu! 237 00:14:25,533 --> 00:14:28,870 - Jangan. - Jangan? Tuanku lindungi makhluk itu? 238 00:14:29,663 --> 00:14:32,415 Dia kawan beta. 239 00:14:32,499 --> 00:14:34,376 Kawan? Ia culik tuanku. 240 00:14:34,459 --> 00:14:36,753 Mujurlah otak tuanku tak cair. 241 00:14:37,671 --> 00:14:39,965 - Lepaskan saya! - Tunggu… 242 00:14:40,048 --> 00:14:42,509 Ratu tak patut bersikap begini. 243 00:14:42,592 --> 00:14:46,221 Ini memalukan takhta dan ayah tuanku. 244 00:14:46,304 --> 00:14:49,266 Tak, Loroc. Awak tak faham. Tolong dengar cakap beta. 245 00:15:00,777 --> 00:15:01,945 Lihatlah awak. 246 00:15:02,028 --> 00:15:06,199 Lembut, kurus, tiada cakar, gigi kecil. 247 00:15:06,700 --> 00:15:12,122 Deria awak lemah, kurang terbina, tak serasi dengan persekitaran awak. 248 00:15:12,205 --> 00:15:16,042 Namun, spesies awak mendominasi planet ini. 249 00:15:16,126 --> 00:15:18,003 Loroc mahu tahu caranya. 250 00:15:18,086 --> 00:15:19,546 Saya tak tahu apa-apa tentang itu. 251 00:15:19,629 --> 00:15:22,090 Saya cuma mahu cari Omnipod yang awak beli daripada Caruncle. 252 00:15:22,924 --> 00:15:26,094 Jadi awak cari benda begini. 253 00:15:29,431 --> 00:15:31,266 - Takkanlah sekali lagi. - Itu saya punya. 254 00:15:31,349 --> 00:15:33,560 Sekarang kedua-duanya milik saya. 255 00:15:33,643 --> 00:15:35,520 - Saya bukan milik awak. - Ya. 256 00:15:35,604 --> 00:15:39,524 Batu Omni ini akan jadi hiasan cantik dalam bekas pameran awak. 257 00:15:40,233 --> 00:15:43,737 Tolong. Mak, saya takut. 258 00:15:43,820 --> 00:15:46,489 Ada raksasa cuba tangkap saya. 259 00:15:46,573 --> 00:15:48,241 Sini. 260 00:15:48,992 --> 00:15:50,660 Tolong. Saya takut. 261 00:15:51,453 --> 00:15:56,666 Jangan dekati saya dengan itu. Saya akan cairkan organ dalaman awak. 262 00:15:56,750 --> 00:15:58,752 Organ dalaman? Bukan otak? 263 00:15:58,835 --> 00:16:00,879 Sama saja. Saya akan cairkan semuanya. 264 00:16:01,880 --> 00:16:03,840 Mungkin perlukan dos lebih tinggi untuk awak. 265 00:16:03,924 --> 00:16:06,760 - Saya tolong awak. - Tolong? 266 00:16:06,843 --> 00:16:08,887 Muka berlagak itu. 267 00:16:08,970 --> 00:16:12,432 Seolah-olah awak mahu musnah dengan kesakitan teramat sangat. 268 00:16:12,515 --> 00:16:13,725 Bekerjasama. 269 00:16:13,808 --> 00:16:14,935 Saya tolong. 270 00:16:15,018 --> 00:16:18,271 Saya hanya ke sini untuk dapatkan Omni yang awak beli daripada Caruncle. 271 00:16:18,355 --> 00:16:21,441 Sebab awak rasional, 272 00:16:21,524 --> 00:16:26,780 saya tahu lepas saya beri awak bukti kuasa saya, saya tak perlu cederakan awak. 273 00:16:26,863 --> 00:16:28,907 Bukti. Bukti apa? 274 00:16:28,990 --> 00:16:30,367 Sandsniper itu. 275 00:16:30,450 --> 00:16:33,453 Awak jerit. Tidur. 276 00:16:33,536 --> 00:16:36,122 Saya jerit. Tidur. 277 00:16:39,584 --> 00:16:44,422 Organ dalaman dan otaknya dah cair. 278 00:16:44,506 --> 00:16:45,924 Pergilah periksa. 279 00:16:46,007 --> 00:16:47,717 Lebih baik pakai sarung tangan. 280 00:16:50,679 --> 00:16:51,555 Ya Tuhan! 281 00:16:51,638 --> 00:16:54,474 - Tunggu. Potong ikatan. - Pengawal! 282 00:16:55,141 --> 00:16:57,686 Hei! Kembali ke sini dengan Omnipod itu! 283 00:16:57,769 --> 00:16:59,104 Pengawal! 284 00:16:59,187 --> 00:17:01,439 Kita ada masalah di makmal sekarang! 285 00:17:01,523 --> 00:17:03,358 Pengawal! 286 00:17:03,441 --> 00:17:04,985 Tolonglah! 287 00:17:05,068 --> 00:17:06,861 Kamu ada berapa banyak? 288 00:17:22,585 --> 00:17:25,213 Okey. Mari pergi ke Ikan Emas. 289 00:17:48,403 --> 00:17:49,946 Apa? 290 00:17:50,030 --> 00:17:51,239 Mana kereta itu? 291 00:18:00,832 --> 00:18:01,791 Chip! 292 00:18:05,712 --> 00:18:07,172 Terima kasih, Chip! 293 00:18:09,925 --> 00:18:11,801 Masuk. Cepat! 294 00:18:11,885 --> 00:18:13,553 Atau beta cairkan otak awak. 295 00:18:17,682 --> 00:18:20,352 - Saya sangka tuanku tak tahu memandu. - Beta tak tahu! 296 00:18:31,529 --> 00:18:32,739 Jaga-jaga! 297 00:18:35,825 --> 00:18:37,369 Mari bawa awak keluar dari sini. 298 00:18:37,452 --> 00:18:38,495 Kita tak boleh pergi dulu. 299 00:18:38,578 --> 00:18:41,206 Zin ada satu lagi Omnipod, dia juga ambil saya punya. 300 00:18:41,289 --> 00:18:42,666 Jadi kita akan dapatkan kembali. 301 00:18:44,376 --> 00:18:47,921 Bagaimana dengan Loroc? Saya tak mahu beri lebih banyak masalah kepada tuanku. 302 00:18:48,421 --> 00:18:50,173 Bukan beta yang ada masalah. 303 00:18:59,349 --> 00:19:00,809 Tuanku. 304 00:19:00,892 --> 00:19:03,436 - Pengawal! Tangkap manusia itu! - Jangan. 305 00:19:03,520 --> 00:19:06,606 - Tuanku. Manusia itu… - Beta cakap jangan. 306 00:19:06,690 --> 00:19:09,442 Sekarang ke tepi. Awak di takhta beta. 307 00:19:09,526 --> 00:19:14,155 Manusia ini rosakkan fikiran tuanku. Saya nampak kesan yang sama pada ayah tuanku. 308 00:19:14,239 --> 00:19:16,157 Jangan cakap tentang ayah beta. 309 00:19:16,241 --> 00:19:19,160 Awak bukan lagi wakil dia atau kerajaannya. 310 00:19:19,244 --> 00:19:22,122 Serahkan cogan alam beta. 311 00:19:22,205 --> 00:19:23,832 - Sekarang! - Pengawal. 312 00:19:23,915 --> 00:19:26,626 Ratu sudah terjejas. Tahan dia. 313 00:19:29,170 --> 00:19:32,382 Pengawal? Tangkap mereka berdua. Sekarang. 314 00:19:43,935 --> 00:19:48,273 - Apa… - Beta Ratu Ojo. Pemerintah Orbona. 315 00:19:48,356 --> 00:19:51,860 Sekarang serahkan cogan alam beta. 316 00:20:07,918 --> 00:20:09,252 Zin. 317 00:20:09,336 --> 00:20:11,296 Beri beta Omnipod itu. 318 00:20:11,880 --> 00:20:14,883 Baik, tuanku. 319 00:21:00,387 --> 00:21:03,682 Ayuh. Berfungsi. 320 00:21:03,765 --> 00:21:06,434 Memulakan semula Omni generasi lapan. 321 00:21:08,603 --> 00:21:10,730 Helo. Tanya apa-apa saja. 322 00:21:11,356 --> 00:21:14,859 Arah. Lokasi pemilik asal. 323 00:21:15,443 --> 00:21:21,783 Koordinat 40.7128 darjah utara, 74.0060 darjah barat. 324 00:21:21,866 --> 00:21:25,412 - Berapa jaraknya? - Dalam 256 kilometer. 325 00:21:25,495 --> 00:21:26,746 Memindahkan data. 326 00:21:29,207 --> 00:21:30,458 Awak pasti? 327 00:21:30,959 --> 00:21:34,337 Seperti beta cakap, ini pasti yang ayah beta mahukan. 328 00:21:36,423 --> 00:21:38,174 Selesai memindahkan data. 329 00:21:38,717 --> 00:21:41,386 Saya akan hubungi tuanku, kawan. 330 00:21:42,220 --> 00:21:44,848 Awak pasti berjaya, Eva. 331 00:21:44,931 --> 00:21:47,142 Beta tahu kita akan berjumpa lagi. 332 00:21:47,225 --> 00:21:49,561 Saya harap begitu, tuanku. 333 00:21:57,861 --> 00:21:59,237 Terima kasih, Chip! 334 00:22:13,251 --> 00:22:15,462 Hantu tanah. 335 00:22:21,801 --> 00:22:23,637 BERDASARKAN BUKU OLEH TONY DITERLIZZI 336 00:23:49,264 --> 00:23:51,266 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman