1 00:00:42,001 --> 00:00:44,668 - Dah dapat, Zipp? - Sekejap lagi. 2 00:00:44,751 --> 00:00:46,043 Cepatlah! 3 00:00:46,126 --> 00:00:49,126 Baiklah. Misi menyelinap dimulakan. 4 00:01:03,959 --> 00:01:05,251 Hai, ibu. 5 00:01:17,043 --> 00:01:18,668 Misi berjaya. 6 00:01:18,751 --> 00:01:20,459 Bagus! Balik sekarang. 7 00:01:21,043 --> 00:01:22,876 Tiada masalah. 8 00:01:23,751 --> 00:01:25,251 Lepaskan perasaanmu 9 00:01:25,751 --> 00:01:27,334 Biarkan ia menyinar 10 00:01:28,293 --> 00:01:29,376 NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN 11 00:01:29,459 --> 00:01:31,751 Ayuh coret memori bersama 12 00:01:31,834 --> 00:01:33,834 Kenangnya sampai bila-bila 13 00:01:33,918 --> 00:01:37,543 Menuju puncak kejayaan 14 00:01:39,793 --> 00:01:41,668 Setiap kuda di mana-mana 15 00:01:41,751 --> 00:01:43,709 Rasakan semangatnya 16 00:01:43,793 --> 00:01:47,709 Cari rentakmu dan menyinar 17 00:01:47,793 --> 00:01:49,876 Coret memori untuk dikongsi 18 00:01:49,959 --> 00:01:51,668 Percayalah janji ini 19 00:01:51,751 --> 00:01:53,126 Ayuh, poni 20 00:01:53,209 --> 00:01:57,626 Ayuh kita bersatu 21 00:01:58,543 --> 00:01:59,376 Jaga-jaga! 22 00:02:05,168 --> 00:02:06,584 Hati-hati, semua! 23 00:02:07,918 --> 00:02:10,876 Maaf. Terima kasih, Puteri Zipp. 24 00:02:10,959 --> 00:02:12,501 Panggil saja Zipp. 25 00:02:12,584 --> 00:02:13,918 Sama-sama. 26 00:02:14,001 --> 00:02:18,084 Magik kristal perpaduan di Bright House masih baharu. 27 00:02:18,168 --> 00:02:19,501 Ia perlukan masa. 28 00:02:23,626 --> 00:02:25,334 Mula sekarang atau… 29 00:02:25,918 --> 00:02:28,793 Di mana dia? Saya tak sabar nak guna… 30 00:02:28,876 --> 00:02:30,459 Mikrofon bertuah? 31 00:02:30,543 --> 00:02:31,501 Akhirnya! 32 00:02:31,584 --> 00:02:33,584 Kenapa lambat sangat? 33 00:02:33,668 --> 00:02:36,584 Awak pecah masuk istana lagi? 34 00:02:37,501 --> 00:02:40,126 Awak boleh masuk ikut pintu utama. 35 00:02:40,209 --> 00:02:41,709 Itu rumah kita. 36 00:02:41,793 --> 00:02:46,709 Kalau ibu tahu saya datang, saya terpaksa ikut kelas puteri. 37 00:02:46,793 --> 00:02:48,501 - Betul juga. - Sunny. 38 00:02:48,584 --> 00:02:53,709 Awak pasti boleh buat kalau bayangkan awak cakap dengan kami! 39 00:02:53,793 --> 00:02:55,543 Mula sekarang! 40 00:02:55,626 --> 00:02:57,251 Sekarang? Biar betul? 41 00:02:58,751 --> 00:03:00,209 Hei, setiap kuda. 42 00:03:00,293 --> 00:03:04,209 Saya Sunny Starscout. Kami tinggal di Maretime Bay. 43 00:03:05,584 --> 00:03:08,084 Maretime Bay dah banyak berubah. 44 00:03:08,168 --> 00:03:11,293 Dahulunya, ia cuma didiami Poni Bumi. 45 00:03:11,376 --> 00:03:15,584 Unikorn di Bridlewood dan Pegasus di Zephyr Heights. 46 00:03:15,668 --> 00:03:19,293 Apabila ketiga-tiga kristal perpaduan disatukan, 47 00:03:19,376 --> 00:03:21,168 kita bersatu semula! 48 00:03:21,251 --> 00:03:24,084 Semua jenis poni boleh berkawan. 49 00:03:24,168 --> 00:03:27,793 Sekarang, kita boleh tinggal di mana-mana saja 50 00:03:27,876 --> 00:03:31,668 dan boleh guna magik semula! 51 00:03:34,001 --> 00:03:36,834 Unikorn dan Pegasus saja ada magik. 52 00:03:38,876 --> 00:03:40,293 Lihat! 53 00:03:40,793 --> 00:03:43,959 Sunny, tunjuklah magik awak pula. 54 00:03:44,043 --> 00:03:45,209 Ya! 55 00:03:45,293 --> 00:03:47,001 Bertukar jadi Alicorn. 56 00:03:47,751 --> 00:03:51,084 Ia gabungan Poni Bumi, Pegasus dan Unikorn. 57 00:03:54,293 --> 00:03:57,209 Saya tak boleh bertukar sesuka hati. 58 00:03:57,293 --> 00:03:58,876 Saya tak boleh… 59 00:03:58,959 --> 00:04:02,584 Apa-apa pun sebenarnya, ada magik atau tidak, 60 00:04:02,668 --> 00:04:07,209 hidup kita lebih bermakna selepas bersatu semula! 61 00:04:07,293 --> 00:04:08,959 Tepat sekali! 62 00:04:09,043 --> 00:04:11,251 Okey, Sunny. Cakaplah. 63 00:04:11,834 --> 00:04:13,001 Nak bergembira? 64 00:04:13,084 --> 00:04:17,168 Nak kenal tradisi Poni Bumi dan rasa sajian tempatan? 65 00:04:17,251 --> 00:04:19,584 Nak tonton konsert poni? 66 00:04:19,668 --> 00:04:20,876 Nak! 67 00:04:20,959 --> 00:04:22,168 Semestinya! 68 00:04:24,793 --> 00:04:30,459 Jom ke festival tahunan Hari Maretime Bay dan berseronok sepuas-puasnya! 69 00:04:30,543 --> 00:04:32,084 Ia pasti mengujakan! 70 00:04:32,168 --> 00:04:34,709 Bukan pertunjukan bunga api saja. 71 00:04:35,293 --> 00:04:37,334 Setiap kuda dialu-alukan! 72 00:04:37,834 --> 00:04:40,418 Saya suka Hari Maretime Bay! Jom! 73 00:04:40,501 --> 00:04:44,501 Konsert, pertandingan istana pasir dan bertih jagung! 74 00:04:45,168 --> 00:04:46,251 Sedapnya! 75 00:04:48,751 --> 00:04:49,668 Hei! 76 00:04:49,751 --> 00:04:50,793 Pulangkan! 77 00:04:51,376 --> 00:04:53,209 Itu telefon saya! 78 00:05:24,293 --> 00:05:25,376 Dah dapat! 79 00:05:28,709 --> 00:05:30,418 Wah, ia masih elok. 80 00:05:32,209 --> 00:05:33,626 Jumpa di festival. 81 00:05:33,709 --> 00:05:35,043 Awak okey, Izzy? 82 00:05:35,126 --> 00:05:39,543 Jangan risau. Saya tak apa-apa. 83 00:05:39,626 --> 00:05:42,084 Syukurlah ada magik. 84 00:05:42,168 --> 00:05:43,501 Ya. 85 00:05:43,584 --> 00:05:44,709 Betul itu. 86 00:05:44,793 --> 00:05:46,251 Tepat sekali. 87 00:05:46,334 --> 00:05:49,001 Saya tak setuju sama sekali! 88 00:05:50,418 --> 00:05:53,293 Kami tak sengaja rosakkan taman awak. 89 00:05:53,376 --> 00:05:55,501 - Kami kemas semula. - Tak. 90 00:05:55,584 --> 00:06:01,334 Saya harap magik lenyap selama-lamanya dan poni lain pun fikir macam itu. 91 00:06:02,209 --> 00:06:03,209 Maksud awak? 92 00:06:03,293 --> 00:06:08,751 Pegasus suka terbang terlalu laju, rendah atau tinggi! 93 00:06:08,834 --> 00:06:10,793 Salahkah terbang tinggi? 94 00:06:11,376 --> 00:06:12,959 Saya tak suka, okey? 95 00:06:13,043 --> 00:06:17,834 Di pasar, Unikorn suka guna magik ketika membeli-belah. 96 00:06:17,918 --> 00:06:21,501 Saya nyaris langgar beg epal terapung semalam! 97 00:06:21,584 --> 00:06:23,751 Magik berbahaya. 98 00:06:23,834 --> 00:06:27,084 Terutamanya untuk poni yang tiada magik. 99 00:06:27,168 --> 00:06:28,709 Betul, Syerif Hitch? 100 00:06:29,709 --> 00:06:31,793 Entahlah, saya tak tahu. 101 00:06:33,209 --> 00:06:36,334 Setiap kuda masih belajar guna magik. 102 00:06:36,418 --> 00:06:38,459 Magik perlukan latihan. 103 00:06:39,293 --> 00:06:42,959 Berlatihlah di tempat lain. Bukan di taman saya! 104 00:06:45,876 --> 00:06:49,251 Wah! Dia memang peramah, bukan? 105 00:06:56,459 --> 00:06:58,251 Jom, Sunny! Mari balik. 106 00:07:03,334 --> 00:07:04,876 Jangan risau, Posey. 107 00:07:04,959 --> 00:07:08,626 Saya akan buktikan kepada awak dan setiap kuda 108 00:07:08,709 --> 00:07:11,001 tentang keajaiban magik. 109 00:07:20,751 --> 00:07:23,376 Pipp! Saya nak tunjuk sesuatu. 110 00:07:29,543 --> 00:07:30,918 Jadi, apa dia? 111 00:07:31,001 --> 00:07:35,459 Mungkin awak dah perasan, tapi saya berbakat dalam seni. 112 00:07:35,543 --> 00:07:37,626 Saya tahu. 113 00:07:37,709 --> 00:07:42,209 Hasil kerja awak cantik belaka. Awak sangat kreatif, Izzy. 114 00:07:42,293 --> 00:07:45,459 Awak pandai ubah barang lama jadi baharu. 115 00:07:45,543 --> 00:07:48,668 - Apa namanya? - Kitar semula. 116 00:07:48,751 --> 00:07:50,376 Kitar semula! Betul! 117 00:07:50,459 --> 00:07:54,418 Kelmarin, semasa cari barang di bilik bawah tanah, 118 00:07:54,501 --> 00:07:56,126 saya terjumpa ini. 119 00:07:57,001 --> 00:07:59,251 Tanglung lama Sunny? 120 00:07:59,334 --> 00:08:03,334 Ayah dia buat tanglung ini untuk dia semasa kecil. 121 00:08:03,418 --> 00:08:05,376 Jadi, saya fikir… 122 00:08:06,209 --> 00:08:10,751 Awak nak baiki dan hadiahkannya pada Hari Maretime Bay? 123 00:08:10,834 --> 00:08:14,668 Ya, tapi ini kejutan untuk dia! 124 00:08:15,459 --> 00:08:17,584 Saya suka kejutan! 125 00:08:17,668 --> 00:08:19,459 Saya akan rahsiakannya. 126 00:08:19,543 --> 00:08:21,251 Janji. 127 00:08:27,584 --> 00:08:31,001 Zipp! 128 00:08:31,501 --> 00:08:36,126 Banyak kali saya tanya awak nak keju lebih atau tidak. 129 00:08:36,209 --> 00:08:38,626 - Awak ada masalahkah? - Maaf. 130 00:08:38,709 --> 00:08:41,501 Saya fikir tentang kejadian tadi. 131 00:08:41,584 --> 00:08:42,751 Pasal Posey? 132 00:08:44,251 --> 00:08:45,959 Ya, pasal itu. 133 00:08:46,043 --> 00:08:50,168 - Ya! Kenapa dia benci magik? - Poni Bumi tiada magik. 134 00:08:50,751 --> 00:08:52,501 Mungkin Posey cemburu. 135 00:08:52,584 --> 00:08:53,459 Cemburu? 136 00:08:53,543 --> 00:08:55,001 Saya cemburu. 137 00:08:55,084 --> 00:09:00,334 Magik agak menakutkan, tapi saya teringin mengapungkan benda. 138 00:09:00,418 --> 00:09:02,084 Macam ini? 139 00:09:11,959 --> 00:09:13,334 Berbaloi! 140 00:09:14,793 --> 00:09:18,251 Betul, Hitch. Magik memang menyeronokkan. 141 00:09:18,334 --> 00:09:23,501 Jadi, dah tahu kenapa sayap dan tanduk awak muncul tiba-tiba? 142 00:09:23,584 --> 00:09:26,126 Belum, malah ia semakin teruk. 143 00:09:48,751 --> 00:09:52,418 Mungkin betul cakap Posey. Magik sukar diramal. 144 00:09:56,793 --> 00:09:59,584 Mungkin, tapi ia tak berbahaya. 145 00:10:04,293 --> 00:10:08,376 Kita mesti buktikan yang magik tak berbahaya. 146 00:10:08,459 --> 00:10:13,459 Magik buat Equestria lebih meriah dan menyeronokkan! 147 00:10:14,293 --> 00:10:16,626 Kamu fikir apa saya fikir? 148 00:10:16,709 --> 00:10:17,959 Rasanya. 149 00:10:18,043 --> 00:10:20,668 Baiklah, semua. Dalam kiraan tiga. 150 00:10:20,751 --> 00:10:23,501 Satu, dua, tiga. 151 00:10:23,584 --> 00:10:26,168 Kita tarik undi! Betul? 152 00:10:26,751 --> 00:10:28,751 Bukan, tapi lebih kurang. 153 00:10:28,834 --> 00:10:31,668 Kita akan guna Hari Maretime Bay 154 00:10:31,751 --> 00:10:36,418 sebagai peluang untuk tunjuk keajaiban magik. 155 00:10:36,501 --> 00:10:42,418 Jadi, setiap kuda akan menghargai magik dan erti persahabatan sejati. 156 00:10:42,501 --> 00:10:43,751 Semua setuju? 157 00:10:43,834 --> 00:10:46,084 - Ya! - Semestinya. 158 00:10:46,168 --> 00:10:47,168 Saya setuju! 159 00:10:56,668 --> 00:10:58,543 Helo, Zephyrina? 160 00:10:58,626 --> 00:11:00,209 Helo? Di mana kamu? 161 00:11:01,084 --> 00:11:02,418 Hai, ibu. 162 00:11:03,209 --> 00:11:04,209 Itu pun kamu. 163 00:11:04,293 --> 00:11:07,459 Dah lama ibu tak jumpa anak-anak ibu. 164 00:11:07,543 --> 00:11:11,501 Mujur Pipp jawab panggilan ibu, bukan macam kamu. 165 00:11:11,584 --> 00:11:13,959 Dah lama kamu tak balik. 166 00:11:14,043 --> 00:11:15,001 Betul itu. 167 00:11:15,084 --> 00:11:17,459 Dah lama saya tak balik. 168 00:11:17,543 --> 00:11:20,626 Kamu boleh terbang balik bila-bila masa. 169 00:11:21,709 --> 00:11:23,584 Cloudpuff nak ucap helo. 170 00:11:23,668 --> 00:11:25,876 Siapa anak manja ibu? 171 00:11:25,959 --> 00:11:28,959 Kamulah! Apa kamu cakap tadi? 172 00:11:29,043 --> 00:11:31,043 - Saya… - Dengar, Zipp. 173 00:11:31,126 --> 00:11:34,251 Sebenarnya, ibu nak suruh kamu balik. 174 00:11:34,334 --> 00:11:36,084 Apa? Tidak! Tak nak! 175 00:11:36,168 --> 00:11:39,418 Ibu faham kamu seronok ada kawan baharu, 176 00:11:39,501 --> 00:11:41,501 tapi kamu puteri mahkota. 177 00:11:41,584 --> 00:11:43,834 Kelak, kamu akan jadi ratu. 178 00:11:43,918 --> 00:11:46,459 Ya, tapi macam mana dengan Pipp? 179 00:11:46,543 --> 00:11:49,543 Adik kamu sibuk urus salun dia. 180 00:11:49,626 --> 00:11:53,501 Walaupun ibu suka kamu teman dia di Equestria, 181 00:11:53,584 --> 00:11:58,459 tapi dia strim segala-galanya, jadi kamu tak perlu teman dia. 182 00:11:58,543 --> 00:12:03,418 Kamu mesti balik dan mempersiapkan diri untuk naik takhta. 183 00:12:03,501 --> 00:12:06,376 Masalahnya, saya tak nak balik lagi. 184 00:12:06,459 --> 00:12:07,626 Apa sebabnya? 185 00:12:09,334 --> 00:12:11,043 Ada festival nanti. 186 00:12:11,918 --> 00:12:17,543 Ibu setuju puteri mahkota mesti mahir mengatur majlis. 187 00:12:17,626 --> 00:12:21,418 Ratu bertanggungjawab atur jamuan makan malam, 188 00:12:21,501 --> 00:12:23,834 majlis minum teh dan parti. 189 00:12:27,084 --> 00:12:29,043 Putus-putus. 190 00:12:35,876 --> 00:12:37,543 Semua okey? 191 00:12:37,626 --> 00:12:38,459 Ya. 192 00:12:38,543 --> 00:12:43,626 Saya suka tinggal di Maretime Bay. Saya tak nak balik lagi. 193 00:12:43,709 --> 00:12:44,751 Balik? 194 00:12:44,834 --> 00:12:47,334 Balik ke Zephyr Heights. 195 00:12:47,418 --> 00:12:49,209 Tapi, awak baru sampai! 196 00:12:49,293 --> 00:12:50,126 Saya tahu. 197 00:12:50,209 --> 00:12:53,876 Saya belum bersedia untuk jadi puteri mahkota. 198 00:12:53,959 --> 00:12:56,668 Bukan macam yang ibu saya harapkan 199 00:12:56,751 --> 00:13:00,334 dan mungkin juga saya tak patut berada di sini. 200 00:13:00,418 --> 00:13:02,209 Jangan cakap macam itu! 201 00:13:02,293 --> 00:13:05,918 Walaupun saya cuma terbang dan buat aksi baharu? 202 00:13:06,001 --> 00:13:08,251 Itu minat awak! 203 00:13:08,334 --> 00:13:12,543 Bak kata Izzy, ia buat kilauan awak bersinar terang! 204 00:13:12,626 --> 00:13:15,001 Mungkin betul cakap ibu saya. 205 00:13:15,084 --> 00:13:21,168 Saya patut balik ke Zephyr Heights dan jadi puteri mahkota idaman semua. 206 00:13:22,543 --> 00:13:24,834 Apa-apa pun, itu takdir saya. 207 00:13:24,918 --> 00:13:28,376 Tunggulah sehingga Hari Maretime Bay. 208 00:13:28,459 --> 00:13:31,543 Okey, saya tak nak terlepas hari itu. 209 00:13:31,626 --> 00:13:33,293 Sekarang, jom! 210 00:13:33,376 --> 00:13:36,668 Magik awak diperlukan untuk buat persiapan. 211 00:13:41,709 --> 00:13:42,959 Alamak! 212 00:13:47,376 --> 00:13:48,209 Peliknya. 213 00:13:52,834 --> 00:13:56,251 Lingkaran reben hiasan tradisi Hari Maretime Bay. 214 00:13:56,334 --> 00:14:00,584 Digantung di pintu rumah, Jalan Utama dan semua tempat. 215 00:14:01,293 --> 00:14:03,084 Comel! 216 00:14:05,168 --> 00:14:07,668 Berhabuk sedikit, tapi comel. 217 00:14:08,751 --> 00:14:11,834 Dulu, saya buat lingkaran guna sudu teh. 218 00:14:11,918 --> 00:14:14,501 Menarik idea itu, Izzy. 219 00:14:14,584 --> 00:14:18,126 Kita boleh tambah sentuhan Unikorn dan Pegasus. 220 00:14:21,126 --> 00:14:25,126 Okey, di mana beg perada saya? 221 00:14:26,876 --> 00:14:29,793 - Siapa nampak Zipp? - Banyaknya sudu. 222 00:14:30,584 --> 00:14:32,668 Kami nak gubah hiasan lama. 223 00:14:34,168 --> 00:14:35,459 Awak nak cuba? 224 00:14:36,501 --> 00:14:38,959 Saya tak pandai menggubah. 225 00:14:39,043 --> 00:14:43,043 Kita boleh buat benda lain. Apa kata buat biskut? 226 00:14:43,126 --> 00:14:45,584 Saya tak pandai buat biskut. 227 00:14:45,668 --> 00:14:47,793 Tulis lagu untuk konsert? 228 00:14:48,334 --> 00:14:51,418 Zipp, awak suka tulis lirik dengan saya. 229 00:14:51,501 --> 00:14:53,251 Tak naklah. 230 00:14:53,334 --> 00:14:56,876 Tunggu! Kita boleh buat apa-apa yang awak suka. 231 00:14:56,959 --> 00:14:58,709 Nantilah. Jumpa lagi. 232 00:15:02,584 --> 00:15:04,501 Selamat pagi, semua! 233 00:15:04,584 --> 00:15:07,584 Syerif Hitch lapor diri untuk bertugas. 234 00:15:11,834 --> 00:15:14,293 Senang diri, timbalan sekalian. 235 00:15:14,376 --> 00:15:16,001 Apa cadangan kamu? 236 00:15:16,084 --> 00:15:20,668 Apa kita nak buat di Maretime Bay hari ini? 237 00:15:20,751 --> 00:15:22,084 Hei! 238 00:15:23,251 --> 00:15:25,126 Awak cuba berima? 239 00:15:25,209 --> 00:15:27,168 Zipp! Apa pendapat awak? 240 00:15:27,251 --> 00:15:28,709 - Melebih-lebih. - Okey. 241 00:15:28,793 --> 00:15:32,043 Terima kasih atas maklum balas membina itu. 242 00:15:32,584 --> 00:15:34,043 Boleh saya bantu? 243 00:15:34,126 --> 00:15:36,501 Saya datang kerana… 244 00:15:37,209 --> 00:15:40,709 Perasan apa-apa yang pelik kebelakangan ini? 245 00:15:41,293 --> 00:15:43,584 Pelik? Apa maksud awak? 246 00:15:43,668 --> 00:15:44,668 Sebenarnya… 247 00:15:44,751 --> 00:15:46,834 Di balkoni tadi, tiba-tiba… 248 00:15:46,918 --> 00:15:49,418 Mungkin tiada apa-apa berlaku. 249 00:15:49,501 --> 00:15:50,376 Lupakannya. 250 00:15:51,376 --> 00:15:53,293 Tunggu! Saya tahu. 251 00:15:53,376 --> 00:15:54,501 - Yakah? - Ya. 252 00:15:56,043 --> 00:15:59,376 Awak bosan, tapi jangan malu-malu. 253 00:15:59,459 --> 00:16:01,959 Kita kawan. Kita boleh melepak. 254 00:16:02,043 --> 00:16:03,001 Saya tahu! 255 00:16:03,084 --> 00:16:07,376 Pesan tiga kentang goreng dan pilih yang paling sedap. 256 00:16:07,459 --> 00:16:09,084 Susun suai gambar? 257 00:16:11,001 --> 00:16:12,126 Ada panggilan? 258 00:16:13,834 --> 00:16:15,001 Pejabat syerif. 259 00:16:16,001 --> 00:16:17,293 Baiklah. Yakah? 260 00:16:17,376 --> 00:16:20,251 Peliknya. Di pantai? Saya datang. 261 00:16:20,334 --> 00:16:23,043 Ada kod 8-18 di pantai sekarang. 262 00:16:23,126 --> 00:16:25,668 Awak nak ikut, Zipp? 263 00:16:26,751 --> 00:16:29,293 Dia dah pergi rupa-rupanya. 264 00:16:37,334 --> 00:16:38,501 Tenang saja. 265 00:16:38,584 --> 00:16:41,918 Apa maksud awak sesuatu yang pelik berlaku? 266 00:16:42,001 --> 00:16:44,543 - Awak memang sengaja! - Tak! 267 00:16:44,626 --> 00:16:50,334 Saya nampak awak guna magik untuk pacak payung ke istana pasir saya. 268 00:16:50,418 --> 00:16:52,334 Saya tak sengaja! 269 00:16:52,418 --> 00:16:55,334 Tiba-tiba saja magik saya hilang. 270 00:16:55,418 --> 00:16:56,751 Saya tak percaya! 271 00:16:58,918 --> 00:17:00,334 Saya tak tipu! 272 00:17:02,168 --> 00:17:03,834 Semua okey? 273 00:17:03,918 --> 00:17:07,043 Syerif, saya betul-betul tak sengaja. 274 00:17:07,126 --> 00:17:09,751 - Magik… - Rosak istana pasir saya! 275 00:17:19,501 --> 00:17:23,043 Khamis. Tengah hari. Pantai. Glic magik kedua. 276 00:17:23,126 --> 00:17:24,293 Glic keapungan. 277 00:17:24,376 --> 00:17:28,876 Unikorn terjatuhkan payung. Poni-poni marah. Pelik. 278 00:17:28,959 --> 00:17:31,334 Siasatan lanjut diperlukan. 279 00:17:35,418 --> 00:17:36,334 Aduhai. 280 00:17:36,418 --> 00:17:38,043 Tolonglah. 281 00:17:54,418 --> 00:17:56,584 Zipp, itu pun awak! 282 00:17:56,668 --> 00:18:02,376 Awak nak ikut kami beli barang untuk persiapan Hari Maretime Bay? 283 00:18:03,043 --> 00:18:04,168 Nak, tapi… 284 00:18:04,251 --> 00:18:06,043 Kenapa tak boleh ikut? 285 00:18:06,126 --> 00:18:10,418 Sebab saya ada kejutan sendiri untuk Hari Maretime Bay. 286 00:18:10,501 --> 00:18:11,584 Ya. 287 00:18:11,668 --> 00:18:12,751 Berseronoklah. 288 00:18:18,376 --> 00:18:20,793 Khamis, 12.15. Kristal normal. 289 00:18:20,876 --> 00:18:23,334 Tenaga pancaran prisma stabil. 290 00:18:29,876 --> 00:18:31,418 Okey. 291 00:18:31,501 --> 00:18:32,834 Apa dah jadi? 292 00:18:32,918 --> 00:18:34,543 Seekor demi seekor. 293 00:18:34,626 --> 00:18:37,668 Dia cuba sabotaj istana pasir saya! 294 00:18:37,751 --> 00:18:39,959 Tak! Magik saya hilang. 295 00:18:40,043 --> 00:18:41,918 Okey! Setiap kuda patut… 296 00:18:42,001 --> 00:18:44,543 Magik patut diharamkan di pantai! 297 00:18:44,626 --> 00:18:47,668 Bolehkah guna magik di pantai, syerif? 298 00:18:49,751 --> 00:18:52,334 Saya tak pasti. 299 00:18:53,418 --> 00:18:59,293 Mungkin saya patut balik ke balai, periksa buku rekod dan cari jawapannya. 300 00:18:59,376 --> 00:19:01,959 Tunggu, ya? Saya datang nanti. 301 00:19:08,501 --> 00:19:10,709 Awak tersesat, bukan? 302 00:19:11,793 --> 00:19:14,834 Saya tak pernah nampak telur ini. Kamu? 303 00:19:16,126 --> 00:19:18,626 Telur apa ini? 304 00:19:23,834 --> 00:19:25,376 Saya akan jaga awak. 305 00:19:25,459 --> 00:19:29,043 - Awak memang sengaja! - Saya tak sejahat itu! 306 00:19:29,876 --> 00:19:31,126 Macam inilah. 307 00:19:31,709 --> 00:19:33,584 Selesa dan hangat. 308 00:19:33,668 --> 00:19:37,001 Saya akan jaga awak sehingga awak menetas. 309 00:19:37,084 --> 00:19:38,501 - Okey? - Syerif! 310 00:19:40,668 --> 00:19:42,584 Awak cakap dengan siapa? 311 00:19:42,668 --> 00:19:46,626 Tiada sesiapa. Apa saya boleh bantu, Posey? 312 00:19:46,709 --> 00:19:51,334 Semasa di Jalan Utama, telapuk saya melekat di kaki lima. 313 00:19:51,418 --> 00:19:56,084 Puas saya cuba angkat kaki, tapi tetap tak boleh. 314 00:19:56,168 --> 00:20:00,126 Saya rasa ada poni usik saya. Mungkin Unikorn itu. 315 00:20:00,209 --> 00:20:01,834 Saya nak buat aduan. 316 00:20:01,918 --> 00:20:04,918 Okey, peti aduan di sebelah sana. 317 00:20:05,959 --> 00:20:09,001 Saya nak awak sendiri ambil aduan saya. 318 00:20:09,084 --> 00:20:13,043 Saya ada mesyuarat di Bright House. Panggilan tugas! 319 00:20:15,751 --> 00:20:18,459 Timbalan, jaga telur itu baik-baik. 320 00:20:27,876 --> 00:20:31,001 Biskut ini akan menyerikan suasana. 321 00:20:31,084 --> 00:20:32,876 Semestinya! 322 00:20:32,959 --> 00:20:35,543 Kita dah buat semua persiapan 323 00:20:35,626 --> 00:20:37,876 dan saya sedang tulis… 324 00:20:37,959 --> 00:20:41,918 Lagu tema baharu untuk Hari Maretime Bay! 325 00:20:42,668 --> 00:20:43,876 Nak dengar? 326 00:20:44,751 --> 00:20:47,584 Baiklah! Lima, enam, tujuh, lapan. 327 00:20:47,668 --> 00:20:52,459 Maretime Bay, ya! 328 00:20:52,543 --> 00:20:54,209 Hei! 329 00:20:54,293 --> 00:20:55,168 Kemudian… 330 00:20:55,251 --> 00:20:57,376 Mentari dan laut 331 00:20:57,459 --> 00:20:58,293 Kemudian… 332 00:20:58,376 --> 00:21:01,668 Sesuatu! 333 00:21:01,751 --> 00:21:02,584 Kemudian… 334 00:21:02,668 --> 00:21:06,084 Sesuatu! 335 00:21:07,376 --> 00:21:09,168 Hambar. 336 00:21:09,251 --> 00:21:11,043 Saya suka! Apa? 337 00:21:12,168 --> 00:21:13,209 Menarik. 338 00:21:13,709 --> 00:21:15,168 Sesuatu 339 00:21:15,251 --> 00:21:17,584 Menarik. Pandai awak tulis. 340 00:21:21,668 --> 00:21:25,251 Tart glimmerberi mini! Awak memang bijak, Izzy. 341 00:21:26,501 --> 00:21:27,334 Tengok! 342 00:21:27,418 --> 00:21:29,834 Ini barulah tart ajaib. 343 00:21:31,834 --> 00:21:34,543 Kenapa rasanya macam magik? 344 00:21:34,626 --> 00:21:36,918 Ada bahan rahsia. 345 00:21:37,418 --> 00:21:39,126 Magik. 346 00:21:39,626 --> 00:21:43,709 Seterusnya, gula-gula awan. Ia kegemaran Zipp. 347 00:21:44,876 --> 00:21:46,959 Di mana dia? 348 00:21:50,668 --> 00:21:52,043 Jam kelima. 349 00:21:52,126 --> 00:21:53,793 Masih tiada apa-apa. 350 00:21:57,876 --> 00:21:59,793 Lima jam satu minit. 351 00:21:59,876 --> 00:22:01,418 Masih tiada apa-apa. 352 00:22:04,918 --> 00:22:06,709 Mungkin saya silap. 353 00:22:06,793 --> 00:22:10,126 Mungkin tiada apa-apa pola. Ia cuma glic. 354 00:22:12,084 --> 00:22:13,918 Apa benda itu? 355 00:22:43,584 --> 00:22:45,251 Biar betul! 356 00:22:47,043 --> 00:22:48,334 Semua, cepat! 357 00:22:48,418 --> 00:22:50,876 Naik sekarang dan tengok ini! 358 00:22:50,959 --> 00:22:52,376 - Zipp! - Kenapa? 359 00:22:52,459 --> 00:22:53,543 Ikut sajalah! 360 00:22:56,918 --> 00:22:58,543 Wah! 361 00:22:59,709 --> 00:23:01,168 Apa semua ini? 362 00:23:01,251 --> 00:23:05,418 Dinding diliputi pokok menjalar yang bercahaya. 363 00:23:05,501 --> 00:23:07,459 Pokok menjalar bercahaya? 364 00:23:08,126 --> 00:23:10,293 Okey, saya ada pengakuan. 365 00:23:10,376 --> 00:23:14,668 Saya perhatikan kristal ini dan ada sesuatu tak kena. 366 00:23:14,751 --> 00:23:16,334 Apa? Mustahillah. 367 00:23:16,418 --> 00:23:20,001 Bukankah kebelakangan ini magik tak stabil? 368 00:23:20,084 --> 00:23:22,251 Ia asyik hilang tiba-tiba. 369 00:23:24,084 --> 00:23:25,043 - Tak. - Tak. 370 00:23:25,126 --> 00:23:26,001 Biar betul? 371 00:23:26,084 --> 00:23:27,126 Maaf. 372 00:23:28,751 --> 00:23:31,918 Hitch, saya nampak insiden di pantai itu. 373 00:23:32,001 --> 00:23:34,584 - Awak ambil… - Tiada apa-apalah! 374 00:23:35,168 --> 00:23:36,709 …laporan? 375 00:23:36,793 --> 00:23:38,501 Oh, betul. Laporan. 376 00:23:38,584 --> 00:23:39,959 Saya dah ingat. 377 00:23:40,043 --> 00:23:42,876 - Saya belum failkannya. - Tunggu! 378 00:23:42,959 --> 00:23:45,959 Awak belum ajar kami buat jeli arnab. 379 00:23:46,543 --> 00:23:50,793 Bunyinya memang pelik, tapi saya tak mereka-reka cerita. 380 00:23:50,876 --> 00:23:55,668 Semasa pulang dari Zephyr Heights, dua Pegasus bertembung dan… 381 00:23:55,751 --> 00:23:57,126 Maaf, Zipp. 382 00:23:57,209 --> 00:24:00,126 Saya terlalu sibuk buat persiapan. 383 00:24:00,209 --> 00:24:02,043 Ini semua salah saya. 384 00:24:02,126 --> 00:24:03,876 Magik glic sebab awak? 385 00:24:04,709 --> 00:24:06,668 Magik tak glic. 386 00:24:06,751 --> 00:24:08,584 Awak sendiri beritahu. 387 00:24:08,668 --> 00:24:11,001 Magik Alicorn awak tak stabil. 388 00:24:11,084 --> 00:24:13,043 Awak tak pelikkah? 389 00:24:13,626 --> 00:24:17,251 Ia tak stabil kerana saya masih belajar. 390 00:24:17,334 --> 00:24:18,626 Semua poni pun. 391 00:24:26,334 --> 00:24:27,293 Laporan. 392 00:24:27,376 --> 00:24:29,043 Tiada laporan baharu. 393 00:24:29,126 --> 00:24:33,626 Tiada lagi pokok menjalar yang bercahaya atau glic kristal. 394 00:24:40,293 --> 00:24:41,334 Hai, ibu. 395 00:24:41,418 --> 00:24:43,293 Zipp! Itu pun kamu! 396 00:24:43,376 --> 00:24:45,959 Kamu sengaja abai panggilan ibu? 397 00:24:46,043 --> 00:24:47,626 Tak, saya sibuk. 398 00:24:47,709 --> 00:24:51,168 Saya bantu Sunny buat hiasan. Sambung nanti! 399 00:24:51,251 --> 00:24:53,543 Tak sabar ibu nak tengok. 400 00:24:53,626 --> 00:24:54,501 Tengok apa? 401 00:24:54,584 --> 00:24:55,584 Hiasan itu. 402 00:24:56,543 --> 00:25:00,543 Pipp tak cakap? Ibu akan hadir ke Hari Maretime Bay! 403 00:25:00,626 --> 00:25:01,918 Yakah? Kenapa? 404 00:25:03,251 --> 00:25:05,418 Masa untuk makan snek! 405 00:25:05,501 --> 00:25:07,626 Ibu tahu. 406 00:25:07,709 --> 00:25:08,709 Jumpa nanti. 407 00:25:09,459 --> 00:25:12,876 Tolonglah! Apa yang tak kena? 408 00:25:16,001 --> 00:25:18,418 Situasi di Jalan Utama normal… 409 00:25:25,376 --> 00:25:27,793 kecuali itu. 410 00:25:29,709 --> 00:25:31,168 Nah, sayang. 411 00:25:31,251 --> 00:25:33,793 Pasir ini buat awak lebih selesa. 412 00:25:33,876 --> 00:25:35,334 Awak pasti suka. 413 00:25:37,418 --> 00:25:40,334 Nampak empuk dan selesa. 414 00:25:40,418 --> 00:25:42,501 Siapa nak dengar cerita? 415 00:25:42,584 --> 00:25:43,418 Saya! 416 00:25:43,501 --> 00:25:44,418 Zipp! 417 00:25:44,501 --> 00:25:47,876 Wah, terkejut saya! Apa awak buat di sini? 418 00:25:47,959 --> 00:25:50,418 Saya cuma ikut gerak hati. 419 00:25:50,501 --> 00:25:51,709 Saya tak silap. 420 00:25:51,793 --> 00:25:54,793 - Awak sorok sesuatu. - Hei! 421 00:25:56,834 --> 00:25:58,626 Jadi, apa itu? 422 00:25:58,709 --> 00:25:59,751 Entahlah. 423 00:25:59,834 --> 00:26:03,334 Saya jumpa ia di pantai dan selamatkannya. 424 00:26:03,418 --> 00:26:06,251 - Saya cuma… - Ikut gerak hati? 425 00:26:06,334 --> 00:26:07,418 Ya. 426 00:26:07,501 --> 00:26:10,834 Hei, boleh awak rahsiakan perkara ini? 427 00:26:10,918 --> 00:26:12,459 Okey, tiada masalah. 428 00:26:13,501 --> 00:26:14,334 Apa? 429 00:26:14,418 --> 00:26:17,376 Jadi, awak nak cerita atau tidak? 430 00:26:23,376 --> 00:26:24,334 Alamak. 431 00:26:26,584 --> 00:26:28,834 Kami dah sampai! Apa halnya? 432 00:26:28,918 --> 00:26:32,584 Kebelakangan ini, kita sangat tertekan. 433 00:26:32,668 --> 00:26:36,334 Kita perlu rehat. Saya tahu tempat yang sesuai. 434 00:26:37,126 --> 00:26:38,918 Saya ada kejutan! 435 00:26:39,001 --> 00:26:39,959 Sama-sama. 436 00:26:42,043 --> 00:26:44,834 Tolonglah jangan pergi salun. 437 00:26:46,293 --> 00:26:47,168 Dah agak. 438 00:26:47,251 --> 00:26:51,668 Aktiviti ini sangat menenangkan dan sarat dengan maklumat. 439 00:26:51,751 --> 00:26:55,126 Awak tahu ada lebih 1000 jenis ketam hermit? 440 00:26:55,209 --> 00:26:57,459 Saya baru tahu. 441 00:26:59,501 --> 00:27:00,501 Maaf. 442 00:27:01,126 --> 00:27:02,251 Gelinya! 443 00:27:04,334 --> 00:27:07,584 Mane Melody memang hebat, bukan? 444 00:27:09,293 --> 00:27:10,751 Kenapa, Zipp? 445 00:27:11,668 --> 00:27:15,168 - Awak tak suka Mane Melody? - Suka, ia hebat. 446 00:27:15,251 --> 00:27:17,084 Pipp usahawan berjaya. 447 00:27:17,168 --> 00:27:18,376 Betulkah? 448 00:27:18,459 --> 00:27:19,918 Ya, betul. 449 00:27:20,001 --> 00:27:23,376 Maafkan saya kalau jarang bantu awak. 450 00:27:23,459 --> 00:27:25,501 Saya sibuk fikir hal lain. 451 00:27:25,584 --> 00:27:26,543 Kristal itu? 452 00:27:26,626 --> 00:27:28,959 Ada sesuatu yang tak kena. 453 00:27:29,959 --> 00:27:33,126 Awak saja yang fikir bukan-bukan. 454 00:27:33,209 --> 00:27:37,084 Kalau kristal glic, magik boleh hilang selamanya. 455 00:27:37,168 --> 00:27:39,001 Kita tak boleh terbang… 456 00:27:39,084 --> 00:27:41,876 Hei! Bawa bertenang! 457 00:27:41,959 --> 00:27:44,043 Tiada apa-apa akan berlaku. 458 00:27:46,334 --> 00:27:48,584 Kawan-kawan kita dah balik. 459 00:27:48,668 --> 00:27:52,334 Magik dah pulih dan kita ada… 460 00:27:52,418 --> 00:27:56,459 Muzik! 461 00:27:56,543 --> 00:27:57,584 Di Mane Melody… 462 00:27:57,668 --> 00:27:59,001 Kami menyanyi 463 00:27:59,084 --> 00:28:00,626 …sambil menggayakan. 464 00:28:00,709 --> 00:28:02,501 Hore! 465 00:28:02,584 --> 00:28:06,126 Lagu ini untuk kakak saya yang paranoid, Zipp. 466 00:28:10,376 --> 00:28:12,793 Kutahu kau runsing akan sesuatu 467 00:28:13,543 --> 00:28:16,709 Jangan risau dan dengarkanlah laguku ini 468 00:28:17,918 --> 00:28:18,751 Kau 469 00:28:19,584 --> 00:28:22,626 Silakan duduk di kerusi empuk itu 470 00:28:22,709 --> 00:28:26,459 Lupakan seketika semua masalahmu 471 00:28:27,501 --> 00:28:29,418 Itulah yang seharusnya 472 00:28:29,501 --> 00:28:32,668 Fikiranmu kusut dan hatimu gundah-gulana 473 00:28:32,751 --> 00:28:35,876 Dengan kuasa cinta dan sentuhan magik 474 00:28:35,959 --> 00:28:38,584 Semangatmu akan pulih 475 00:28:38,668 --> 00:28:40,959 Kau akan lupa semua masalahmu 476 00:28:41,043 --> 00:28:44,376 Angkat telapukmu dan bergembiralah 477 00:28:44,459 --> 00:28:48,084 Hari-hari di Maretime Bay penuh keriangan 478 00:28:48,168 --> 00:28:50,709 Jom angkat telapukmu 479 00:28:50,793 --> 00:28:54,084 Semuanya akan baik-baik saja 480 00:28:54,626 --> 00:28:56,251 Awak tak faham! 481 00:28:56,334 --> 00:28:59,293 Setiap masalah mesti diselesaikan. 482 00:28:59,376 --> 00:29:03,751 Kalau magik hilang lagi, mungkin ia akan hilang selamanya 483 00:29:03,834 --> 00:29:05,793 dan semuanya salah kita. 484 00:29:05,876 --> 00:29:07,418 Apa dia merepek? 485 00:29:07,501 --> 00:29:08,834 Magik hilang? 486 00:29:08,918 --> 00:29:10,043 Salah siapa? 487 00:29:14,043 --> 00:29:15,251 Semua okey? 488 00:29:16,959 --> 00:29:18,293 Apa jadi, Windy? 489 00:29:18,376 --> 00:29:19,668 Entahlah. 490 00:29:19,751 --> 00:29:21,251 Tadi, saya terbang. 491 00:29:21,334 --> 00:29:23,834 Tiba-tiba, saya jatuh. 492 00:29:23,918 --> 00:29:25,001 Saya pun sama. 493 00:29:25,084 --> 00:29:26,876 Sebab awak timpa kami. 494 00:29:26,959 --> 00:29:29,043 Maafkan saya, semua. 495 00:29:29,126 --> 00:29:31,251 Saya tak pernah jatuh. 496 00:29:31,334 --> 00:29:32,959 Jangan tipu! 497 00:29:33,043 --> 00:29:36,126 Inilah maksud saya dan setiap kuda lain. 498 00:29:36,209 --> 00:29:38,793 Kalau Pegasus dan Unikorn biadab, 499 00:29:38,876 --> 00:29:42,043 magik patut diharamkan di Maretime Bay! 500 00:29:42,126 --> 00:29:43,376 Betul cakap dia. 501 00:29:43,459 --> 00:29:44,543 Entahlah. 502 00:29:44,626 --> 00:29:46,876 Ya! Haramkan magik! 503 00:29:46,959 --> 00:29:47,918 Tak adil! 504 00:29:48,001 --> 00:29:50,126 Poni Bumi tiada magik, 505 00:29:50,209 --> 00:29:55,459 tapi poni yang ada magik tak tahu guna atau menyalahgunakannya. 506 00:29:55,543 --> 00:29:58,084 - Betul itu, Posey! - Saya setuju. 507 00:29:58,168 --> 00:29:59,418 Sabar dulu! 508 00:29:59,501 --> 00:30:03,834 Sekarang, mereka nak rosakkan festival Poni Bumi pula. 509 00:30:03,918 --> 00:30:06,751 - Tidak! - Kami nak memeriahkannya. 510 00:30:06,834 --> 00:30:09,793 Haramkan magik pada Hari Maretime Bay. 511 00:30:09,876 --> 00:30:11,209 Macam dulu-dulu. 512 00:30:11,293 --> 00:30:12,584 Jangan terbang! 513 00:30:12,668 --> 00:30:14,709 Atau kami takkan datang. 514 00:30:22,751 --> 00:30:26,293 Akhirnya, saya dah tahu punca magik glic. 515 00:30:26,376 --> 00:30:27,376 Betulkah? 516 00:30:27,459 --> 00:30:28,709 Kristal itu. 517 00:30:28,793 --> 00:30:31,376 Mungkin ia dikuasakan oleh poni. 518 00:30:31,459 --> 00:30:32,876 Apa? 519 00:30:32,959 --> 00:30:34,751 Okey, tengok ini. 520 00:30:34,834 --> 00:30:39,001 Pipp, semasa kecil, saya curi ceri bersalut coklat ibu, 521 00:30:39,084 --> 00:30:40,709 tapi saya tuduh awak. 522 00:30:42,043 --> 00:30:43,626 Saya dah agak! 523 00:30:43,709 --> 00:30:46,251 Awak buat saya didenda 12 kali! 524 00:30:46,334 --> 00:30:47,334 Padan muka. 525 00:30:47,418 --> 00:30:50,209 Lagipun, saya benci karaoke. 526 00:30:50,293 --> 00:30:52,001 Ia sangat membosankan! 527 00:30:52,626 --> 00:30:54,084 Jaga mulut awak! 528 00:30:54,168 --> 00:30:58,334 Karaoke sesuai untuk setiap kuda tanpa mengira umur! 529 00:30:58,418 --> 00:31:02,709 Itu pendapat Zipp. Dia tak perlu suka semua minat kita. 530 00:31:02,793 --> 00:31:06,168 Sunny, jangan menyibuklah. 531 00:31:06,251 --> 00:31:08,168 Izzy cuma nak bela Pipp. 532 00:31:08,251 --> 00:31:09,793 Saya bukan penyibuk! 533 00:31:09,876 --> 00:31:12,334 Taklah! Saya cuma cakap awak… 534 00:31:12,834 --> 00:31:14,376 Ada beza antara… 535 00:31:18,751 --> 00:31:20,918 Betul cakap awak. 536 00:31:21,001 --> 00:31:24,501 Jadi, kalau poni saling bersengketa… 537 00:31:24,584 --> 00:31:26,626 Kalau kita berkelahi… 538 00:31:26,709 --> 00:31:30,293 Kristal jadi lemah dan magik tak stabil. 539 00:31:30,376 --> 00:31:34,876 Sebab itu Pegasus jatuh semasa terbang dan timpa poni lain. 540 00:31:34,959 --> 00:31:37,876 Unikorn pula terjatuhkan barang. 541 00:31:37,959 --> 00:31:39,709 Cuaca turut berubah. 542 00:31:40,209 --> 00:31:42,001 Ribut secara tiba-tiba? 543 00:31:42,084 --> 00:31:44,626 Betul, semuanya kacau-bilau. 544 00:31:44,709 --> 00:31:50,376 Mungkinkah sebab ini ketiga-tiga kristal ini dipisahkan dahulu 545 00:31:51,084 --> 00:31:53,959 dan magik Alicorn saya tak stabil? 546 00:31:54,043 --> 00:31:56,668 Entahlah, tapi saya akan siasat. 547 00:31:56,751 --> 00:32:01,626 Kalau kita nak terus guna magik, setiap kuda mesti bersatu! 548 00:32:01,709 --> 00:32:02,793 Betul itu. 549 00:32:02,876 --> 00:32:04,293 Jangan putus asa. 550 00:32:04,376 --> 00:32:08,001 Kita masih boleh sambut Hari Maretime Bay. 551 00:32:08,084 --> 00:32:09,501 Hari persahabatan! 552 00:32:09,584 --> 00:32:13,918 …dan keharmonian! 553 00:32:14,001 --> 00:32:15,334 - Ya! - Ya! 554 00:32:15,418 --> 00:32:16,501 Jom! 555 00:32:16,584 --> 00:32:17,918 Janji! 556 00:32:22,793 --> 00:32:23,959 Akhirnya! 557 00:32:25,418 --> 00:32:30,584 Hari ini dah tiba! 558 00:32:36,793 --> 00:32:37,876 Jangan risau. 559 00:32:37,959 --> 00:32:39,251 Saya ada. 560 00:32:41,209 --> 00:32:43,001 Sunny, tunggu! 561 00:32:44,709 --> 00:32:46,751 Selamat Hari Maretime Bay. 562 00:32:46,834 --> 00:32:48,876 Kita tak tukar hadiah. 563 00:32:48,959 --> 00:32:51,084 Saya tahu, tapi bukalah. 564 00:32:55,543 --> 00:32:59,876 Ini tanglung yang ayah buat untuk saya. 565 00:32:59,959 --> 00:33:02,501 Saya sangka ia tak boleh dibaiki. 566 00:33:02,584 --> 00:33:04,793 Terima kasih banyak, Izzy! 567 00:33:04,876 --> 00:33:09,584 Dengan sedikit sentuhan magik, semuanya boleh dibaiki. 568 00:33:09,668 --> 00:33:10,501 Betul itu. 569 00:33:10,584 --> 00:33:14,043 Dengan kuasa magik, jom selamatkan Equestria. 570 00:33:25,876 --> 00:33:28,501 Tengok! Banyak poni yang datang! 571 00:33:28,584 --> 00:33:30,709 Ratu pun datang! 572 00:33:32,834 --> 00:33:35,584 Helo, Tuanku! 573 00:33:36,709 --> 00:33:37,543 Ibu! 574 00:33:39,418 --> 00:33:41,668 Selamat Hari Maretime Bay! 575 00:33:41,751 --> 00:33:43,001 Selamat datang! 576 00:33:43,084 --> 00:33:44,251 Semua okey. 577 00:33:44,334 --> 00:33:45,709 Teruskan saja. 578 00:33:45,793 --> 00:33:47,376 Lingkaran bunga bersudu? 579 00:33:48,126 --> 00:33:51,084 - Buruk. - Saya lebih suka hiasan lama. 580 00:33:51,168 --> 00:33:52,793 Saya setuju. 581 00:34:03,459 --> 00:34:04,334 Wah! 582 00:34:12,709 --> 00:34:13,709 Hei! 583 00:34:13,793 --> 00:34:15,418 Pegasus main tipu! 584 00:34:31,543 --> 00:34:33,168 Aiskrim lumut? 585 00:34:41,459 --> 00:34:43,168 Rezeki jangan ditolak. 586 00:34:50,001 --> 00:34:50,959 Alamak! 587 00:34:53,793 --> 00:34:55,293 Saya tak boleh terbang! 588 00:34:56,459 --> 00:34:58,126 Telapuk saya melekat! 589 00:34:58,209 --> 00:34:59,168 Tolong! 590 00:34:59,251 --> 00:35:01,126 Telapuk kami melekat! 591 00:35:01,209 --> 00:35:02,376 Apa dah jadi? 592 00:35:02,459 --> 00:35:05,001 Glic kristal semakin teruk. 593 00:35:09,251 --> 00:35:12,793 Betul nak menyanyi? Semua rancangan kita rosak. 594 00:35:12,876 --> 00:35:15,376 Saya mesti buat yang terbaik. 595 00:35:15,459 --> 00:35:18,126 Kita mesti positif, bukan? 596 00:35:18,209 --> 00:35:19,459 Ini boleh bantu. 597 00:35:20,459 --> 00:35:22,459 Mikrofon bertuah saya! 598 00:35:22,959 --> 00:35:23,793 Okey. 599 00:35:23,876 --> 00:35:25,834 Oh, ya 600 00:35:26,543 --> 00:35:28,543 Okey, kita dah sedia. 601 00:35:28,626 --> 00:35:31,459 Masa untuk menyanyi! 602 00:35:31,543 --> 00:35:35,251 Semoga berjaya, Pipp! Hati-hati di pentas! 603 00:35:36,376 --> 00:35:40,334 Mempersilakan, Bintang Pop Princess Pipp Petals 604 00:35:40,418 --> 00:35:44,043 untuk menyanyikan lagu baharu Hari Maretime Bay! 605 00:35:44,543 --> 00:35:46,376 - Lagu baharu? - Apa? 606 00:35:46,459 --> 00:35:47,959 Itu anakanda beta! 607 00:35:48,459 --> 00:35:53,334 Kami nak lagu asal Hari Maretime Bay yang dinyanyikan Poni Bumi. 608 00:35:53,418 --> 00:35:55,376 - Ini salah! - Mainkannya! 609 00:36:09,668 --> 00:36:12,459 Jangan kecam! Ini arahan syerif! 610 00:36:12,543 --> 00:36:15,793 - Awak menyebelahi mereka? - Kita serumpun! 611 00:36:19,584 --> 00:36:22,918 Kami tahu ada poni yang benci magik 612 00:36:23,001 --> 00:36:25,043 dan Equestria dah berubah, 613 00:36:25,126 --> 00:36:26,959 tapi ia demi kebaikan. 614 00:36:27,043 --> 00:36:29,001 Baguslah sekarang kita… 615 00:36:30,251 --> 00:36:32,043 Tidak! 616 00:36:32,126 --> 00:36:34,751 Magik semakin hilang! 617 00:36:38,793 --> 00:36:39,751 Eggy! 618 00:36:45,626 --> 00:36:47,126 Apa benda itu? 619 00:36:47,209 --> 00:36:49,001 Ini lohong. 620 00:36:49,084 --> 00:36:51,001 Berundur, semua. 621 00:36:58,668 --> 00:37:01,001 Kami tersekat! Lepaskan kami! 622 00:37:01,084 --> 00:37:02,418 Bukan salah kami! 623 00:37:06,501 --> 00:37:08,709 Guna magik dan buat sesuatu! 624 00:37:08,793 --> 00:37:10,501 Magik kami dah hilang! 625 00:37:13,834 --> 00:37:15,834 Saya tak suka semua ini! 626 00:37:16,501 --> 00:37:17,584 Tidak! 627 00:37:21,709 --> 00:37:22,918 Posey! Windy! 628 00:37:23,001 --> 00:37:24,084 Tidak! 629 00:37:25,084 --> 00:37:27,751 Ayuh, magik Alicorn! Muncullah! 630 00:37:27,834 --> 00:37:30,168 Tapi, magik dah hilang! 631 00:37:30,251 --> 00:37:33,418 Terpaksalah saya masuk tanpa magik. 632 00:37:33,501 --> 00:37:34,668 Kami nak ikut! 633 00:37:35,918 --> 00:37:39,668 Itu jawapannya! Magik pulih kalau kita bersatu. 634 00:37:39,751 --> 00:37:42,084 Ayuh, Unikorn! Ayuh, Pegasus! 635 00:37:42,168 --> 00:37:43,876 Bantu Poni Bumi! 636 00:37:50,959 --> 00:37:52,084 Berjaya! 637 00:37:53,209 --> 00:37:55,043 Awak boleh, Sunny! 638 00:37:55,584 --> 00:37:58,126 Keadaan di bawah sana gelap! Nah. 639 00:38:53,251 --> 00:38:54,084 Sunny? 640 00:39:23,834 --> 00:39:24,918 Gelilah! 641 00:39:27,959 --> 00:39:29,084 Saya tahu! 642 00:39:29,168 --> 00:39:32,168 Saya setuju dengan kamu semua. 643 00:39:32,668 --> 00:39:34,376 Kamu semua bercakap? 644 00:39:34,459 --> 00:39:36,793 Saya boleh faham cakap kamu? 645 00:39:36,876 --> 00:39:38,418 Apa? 646 00:39:40,126 --> 00:39:42,501 Cakap satu per satu. 647 00:39:42,584 --> 00:39:45,251 Salam kenal, Kenneth. Saya Hitch. 648 00:39:52,751 --> 00:39:54,959 Kuasa bunga? 649 00:40:00,543 --> 00:40:02,168 Magik Poni Bumi? 650 00:40:02,251 --> 00:40:04,584 Tapi, ia tak pernah berlaku. 651 00:40:04,668 --> 00:40:08,209 Kalau kita bersatu, magik baharu akan tercipta. 652 00:40:08,293 --> 00:40:09,418 Betul, Zipp. 653 00:40:09,501 --> 00:40:12,084 Awak betul sejak awal lagi. 654 00:40:12,168 --> 00:40:16,293 Maafkan saya kerana tak percaya. Saya patut dengar. 655 00:40:16,376 --> 00:40:20,709 Saya terlalu berharap sehingga terlepas pandang hal lain. 656 00:40:21,376 --> 00:40:22,793 Awak maafkan saya? 657 00:40:23,751 --> 00:40:24,626 Mestilah! 658 00:40:25,876 --> 00:40:28,501 Zephyrina, itu pun kamu! 659 00:40:28,584 --> 00:40:32,876 Oh, Tuhan. Menakutkan betul. Kemas barang-barang kamu. 660 00:40:32,959 --> 00:40:36,834 Kita mesti terbang sekarang atau kita akan lewat. 661 00:40:36,918 --> 00:40:39,501 Ibu, saya tak nak ikut ibu balik. 662 00:40:40,418 --> 00:40:43,043 Kamu janji nak sambung belajar. 663 00:40:43,126 --> 00:40:46,209 Saya nak tinggal di sini bersama mereka. 664 00:40:46,293 --> 00:40:50,626 Saya perlu masa untuk diri sendiri, mendalami magik 665 00:40:50,709 --> 00:40:54,418 dan cari identiti saya sebelum pulang ke istana. 666 00:40:54,501 --> 00:40:56,793 Lagipun, ibu nak tahu? 667 00:40:56,876 --> 00:41:01,584 Mungkin saya seekor poni yang suka membongkar misteri. 668 00:41:01,668 --> 00:41:03,959 Ya, itulah kamu, 669 00:41:04,043 --> 00:41:06,459 penyiasat kecil kesayangan ibu. 670 00:41:06,543 --> 00:41:08,918 Boleh ibu tolong saya? 671 00:41:09,001 --> 00:41:10,418 Boleh, sayang. 672 00:41:10,501 --> 00:41:13,418 Boleh ibu panggil saya Zipp? 673 00:41:13,501 --> 00:41:15,751 Boleh, Zipp. 674 00:41:19,376 --> 00:41:20,751 Maaf, apa dia? 675 00:41:25,334 --> 00:41:27,459 Seekor naga. 676 00:41:27,543 --> 00:41:31,334 Dah berabad-abad lamanya naga tiada di Equestria! 677 00:41:33,709 --> 00:41:35,626 - Comelnya! - Comel! 678 00:41:43,251 --> 00:41:44,501 Hei, semua. 679 00:41:44,584 --> 00:41:48,501 Saya nak minta maaf kerana tingkah laku saya. 680 00:41:48,584 --> 00:41:50,084 Saya cuma rasa… 681 00:41:50,168 --> 00:41:51,376 Terpinggir? 682 00:41:51,459 --> 00:41:53,043 Ya, tepat sekali. 683 00:41:53,126 --> 00:41:56,209 Kami janji awak takkan rasa begitu lagi. 684 00:41:56,293 --> 00:41:58,001 - Ya! - Kami janji. 685 00:41:58,084 --> 00:42:02,959 Pipp, boleh nyanyikan lagu baharu Hari Maretime Bay awak? 686 00:42:03,043 --> 00:42:05,043 Boleh, tapi ada syarat. 687 00:42:05,126 --> 00:42:07,126 Kita nyanyi sama-sama. 688 00:42:07,209 --> 00:42:08,626 Saya nyanyi harmoni. 689 00:42:14,793 --> 00:42:20,043 Akhirnya, poni-poni itu jumpa cara untuk menstabilkan magik. 690 00:42:20,126 --> 00:42:21,668 Lembab betul! 691 00:42:21,751 --> 00:42:23,876 Sekarang mereka dah tahu, 692 00:42:23,959 --> 00:42:28,834 jadi dah tiba masa untuk tuntut semula hak saya! 693 00:42:37,918 --> 00:42:40,001 Awak nampak hebat! 694 00:42:40,084 --> 00:42:41,084 Yakah? 695 00:42:41,168 --> 00:42:45,584 Kami gembira awak masih di Maretime Bay, Detektif Zipp. 696 00:42:45,668 --> 00:42:46,751 Saya pun! 697 00:42:46,834 --> 00:42:49,751 Kita perlu lebih mendalami magik. 698 00:42:50,251 --> 00:42:54,043 Saya gembira dapat mendalaminya dengan kamu semua. 699 00:42:55,084 --> 00:42:59,168 Sebenarnya, saya masih ada banyak soalan. 700 00:42:59,251 --> 00:43:02,626 - Kenapa magik Alicorn saya hilang? - Ya. 701 00:43:02,709 --> 00:43:08,501 Kenapa saya faham bahasa semua binatang kecuali bayi naga comel ini? 702 00:43:10,459 --> 00:43:13,209 Atau dari mana asal usul magik? 703 00:43:13,293 --> 00:43:16,626 Siapa cipta kristal itu? Kenapa ia terpisah? 704 00:43:16,709 --> 00:43:19,084 Kenapa dulu Poni Bumi tiada magik? 705 00:43:19,168 --> 00:43:23,251 Sekurang-kurangnya, kita dah tahu satu jawapan. 706 00:43:23,751 --> 00:43:24,584 Apa dia? 707 00:43:24,668 --> 00:43:28,459 Walau apa pun berlaku, kita tempuh bersama-sama. 708 00:43:28,543 --> 00:43:30,209 Ya! 709 00:44:00,543 --> 00:44:03,251 Terjemahan sari kata oleh Saffura