1 00:00:33,910 --> 00:00:40,500 Saya nak tanya awak tentang pengembaraan masa dan paradoks. 2 00:00:41,876 --> 00:00:46,005 Kalau orang cakap, "nak hantar awak ke masa silam," 3 00:00:46,881 --> 00:00:49,967 apa maksudnya? 4 00:00:53,304 --> 00:00:56,432 Bukankah itu maksudnya pergi ke masa sebelum sekarang? 5 00:01:01,521 --> 00:01:03,106 Tengok baik-baik. 6 00:01:04,357 --> 00:01:08,236 Orang selalu bayangkan masa seperti ini. 7 00:01:10,113 --> 00:01:13,741 Satu garisan lurus. Mudah dan ringkas. 8 00:01:15,576 --> 00:01:19,205 Pengembara masa berpatah balik di garis masa ini. 9 00:01:21,624 --> 00:01:23,584 Dari masa depan ke masa silam. 10 00:01:24,085 --> 00:01:27,922 Kita mesti ingat ia seperti mengembara sepanjang satu garis lurus. 11 00:01:30,049 --> 00:01:33,469 Sekarang awak akan mengembara masa. 12 00:01:33,553 --> 00:01:34,804 Ya, ke masa silam. 13 00:01:36,639 --> 00:01:41,310 Tapi awak tak pernah pergi ke masa silam. 14 00:01:43,771 --> 00:01:46,065 Setahu saya, memang tak pernah. 15 00:01:46,649 --> 00:01:48,860 Ya, tepat sekali. 16 00:01:48,943 --> 00:01:51,571 Ini kali pertama awak pergi ke masa silam. 17 00:01:52,405 --> 00:01:54,574 Inilah namanya paradoks. 18 00:01:55,241 --> 00:01:57,243 Keadaan akan berubah. 19 00:01:57,743 --> 00:02:00,371 Selagi awak tak kembali ke masa silam itu, 20 00:02:00,454 --> 00:02:03,166 masa silam itu sebenarnya tidak pernah wujud. 21 00:02:04,500 --> 00:02:08,713 Masa berjalan sepanjang satu garis lurus. 22 00:02:10,006 --> 00:02:14,594 Tapi apabila kita hantar seseorang dari masa depan ke masa silam… 23 00:02:19,182 --> 00:02:24,228 Maksud awak, saya akan pergi ke masa yang tak pernah wujud? 24 00:02:25,229 --> 00:02:26,314 Tepat sekali. 25 00:02:26,397 --> 00:02:32,236 Ia adalah masa yang berbeza sama sekali dengan masa yang awak lalui sebelum ini. 26 00:02:32,320 --> 00:02:37,158 Dunia yang dituju semua pengembara masa, 27 00:02:37,241 --> 00:02:40,244 tak kira sama masa silam atau masa depan, 28 00:02:40,328 --> 00:02:43,581 adalah dunia baharu di cabang baharu. 29 00:02:44,081 --> 00:02:49,253 Dunia yang tak pernah wujud sebelum ini. 30 00:02:55,676 --> 00:02:59,597 Ya, ramai yang salah faham konsep ini, 31 00:03:00,598 --> 00:03:03,142 termasuklah Skynet. 32 00:03:03,768 --> 00:03:10,775 Mesin-mesin merancang untuk membunuh ketua puak penentang sebelum dia lahir. 33 00:03:12,068 --> 00:03:16,906 Tapi mereka terlepas pandang memikirkan paradoks ini sejak awal lagi 34 00:03:16,989 --> 00:03:20,284 semasa mereka mula menghantar Terminator ke masa silam. 35 00:03:20,868 --> 00:03:25,873 Mereka nak ubah masa depan mereka dengan mengubah masa silam. 36 00:03:26,707 --> 00:03:30,878 Namun, ia bukan lagi masa silam mereka. 37 00:03:31,879 --> 00:03:33,881 Bukan masa "silam" pun. 38 00:03:34,465 --> 00:03:37,551 Ia adalah masa "kini" yang baharu. 39 00:03:41,806 --> 00:03:45,393 Kalau saya berjaya hentikan Kiamat… 40 00:03:48,396 --> 00:03:52,400 Masa silam pasti akan jadi indah 41 00:03:52,900 --> 00:03:55,278 dan masa depan akan indah juga. 42 00:03:56,654 --> 00:04:01,200 Tapi kita sedang bercakap tentang masa depan 43 00:04:01,284 --> 00:04:03,869 yang tidak akan dilalui kita semua. 44 00:04:04,870 --> 00:04:10,001 Kalau saya tak boleh selamatkan orang yang saya sayang di dunia ini, 45 00:04:10,501 --> 00:04:11,877 buat apa saya pergi? 46 00:04:14,547 --> 00:04:16,799 Fikirkan ini baik-baik. 47 00:04:17,383 --> 00:04:19,885 Jawapan kepada soalan itulah 48 00:04:20,386 --> 00:04:23,806 yang membezakan kita daripada Mesin. 49 00:04:25,016 --> 00:04:30,855 Awak mesti cari jawapan itu sendiri. 50 00:04:33,316 --> 00:04:35,276 Siapa awak sebenarnya? 51 00:04:59,383 --> 00:05:01,677 PEKAN KUCING 52 00:05:07,224 --> 00:05:09,143 Kereta api masih bergerak. 53 00:05:09,894 --> 00:05:11,645 Tentu ia dikawal Kokoro. 54 00:05:12,146 --> 00:05:13,314 Mana awak tahu? 55 00:05:14,065 --> 00:05:16,233 Kokoro kawal semua benda di Tokyo. 56 00:05:16,734 --> 00:05:19,278 Semua yang bersambung dengan rangkaiannya. 57 00:05:20,237 --> 00:05:21,072 Ayuh. 58 00:05:33,667 --> 00:05:35,086 Jika pandang ke hadapan 59 00:05:35,169 --> 00:05:37,630 dan kekal dalam barisan, 60 00:05:37,713 --> 00:05:39,465 anda akan selamat. 61 00:05:42,968 --> 00:05:46,263 Kenapa mereka semua tiba-tiba cakap macam itu? 62 00:05:46,806 --> 00:05:50,267 Mereka semua dikawal oleh punca yang sama. 63 00:05:50,768 --> 00:05:51,602 Ia dipanggil… 64 00:05:51,685 --> 00:05:53,187 Minda tunggal. 65 00:05:55,398 --> 00:05:57,650 Kalau salah satu 1NNO nampak kita, 66 00:05:57,733 --> 00:06:01,612 ia akan kongsi maklumat tentang kita dengan semua 1NNO lain. 67 00:06:02,321 --> 00:06:05,741 Kena lintas beberapa jalan lagi baru sampai destinasi kita. 68 00:06:05,825 --> 00:06:07,326 Jangan pergi jauh. 69 00:06:24,218 --> 00:06:25,094 Kita di mana? 70 00:06:25,970 --> 00:06:27,638 Taman tema Pekan Kucing. 71 00:06:28,347 --> 00:06:30,141 Masa depan tak ada taman tema? 72 00:06:30,224 --> 00:06:33,102 Kita tak patut duduk di kawasan terbuka begini. 73 00:06:33,185 --> 00:06:34,437 Terlalu terdedah… 74 00:06:36,730 --> 00:06:38,107 Hei! 75 00:06:38,732 --> 00:06:41,569 Abang saya pasti datang ke rumah cermin ajaib. 76 00:06:42,319 --> 00:06:43,737 Macam mana awak tahu? 77 00:06:44,363 --> 00:06:45,948 Sebab mak saya suka. 78 00:06:55,624 --> 00:06:57,710 Rasanya saya takkan suka. 79 00:07:26,822 --> 00:07:29,241 LAWAN 80 00:07:30,659 --> 00:07:31,494 Misaki? 81 00:07:32,077 --> 00:07:34,079 Misaki, awak buat apa? 82 00:07:42,087 --> 00:07:43,005 Alamak! Pergi! 83 00:07:45,341 --> 00:07:47,384 Misaki! Berhenti! 84 00:07:48,093 --> 00:07:49,011 Misaki! 85 00:07:55,142 --> 00:07:57,895 Hei, berhenti! Jangan dekat! 86 00:07:57,978 --> 00:07:59,021 Jangan sentuh! 87 00:08:24,213 --> 00:08:26,340 - Jangan dekat! Masih panas! - Teruklah. 88 00:08:26,423 --> 00:08:27,841 Gerbang habis musnah. 89 00:08:27,925 --> 00:08:29,635 - Perempuan itu masih hidup? - Sini! 90 00:08:35,849 --> 00:08:36,809 Apa… 91 00:08:39,853 --> 00:08:41,105 Tolong saya sekarang! 92 00:08:41,188 --> 00:08:43,649 Oh, Tuhan! Dia sebenarnya Mesin! 93 00:08:43,732 --> 00:08:44,984 Tapi nampak macam manusia… 94 00:08:45,067 --> 00:08:47,611 Tak kisah! Hancurkannya sebelum ia bangun! 95 00:08:47,695 --> 00:08:48,571 Jangan! 96 00:08:49,363 --> 00:08:51,240 Misaki, lari! 97 00:08:52,366 --> 00:08:53,367 Ke tepi, budak! 98 00:08:56,912 --> 00:08:59,790 Selamat tinggal, orang Mesin. 99 00:09:34,408 --> 00:09:35,743 Jangan bergerak! 100 00:09:36,243 --> 00:09:37,995 Kalau tak, saya bunuh budak ini! 101 00:09:38,078 --> 00:09:39,204 Misaki! 102 00:09:39,288 --> 00:09:40,581 Melutut! 103 00:09:41,081 --> 00:09:42,708 Jangan apa-apakan dia! 104 00:09:45,377 --> 00:09:47,212 Melutut sekarang! 105 00:09:49,882 --> 00:09:51,717 Dia cuma budak! 106 00:09:51,800 --> 00:09:53,218 Apa awak cakap? 107 00:09:53,302 --> 00:09:54,762 Dia cuma budak! 108 00:09:55,262 --> 00:09:56,722 Bunuh sajalah saya. 109 00:09:56,805 --> 00:09:59,141 Saya takkan melawan. 110 00:09:59,725 --> 00:10:02,811 Tapi tolonglah. Tolonglah jangan bunuh dia! 111 00:10:03,979 --> 00:10:06,231 Awak dah bunuh semua kawan saya! 112 00:10:07,316 --> 00:10:09,193 - Jangan! - Misaki, tolong… 113 00:10:09,276 --> 00:10:10,611 Ini semua sebab awak! 114 00:10:10,694 --> 00:10:12,071 Jangan! 115 00:10:25,668 --> 00:10:26,794 Tak guna! 116 00:10:29,588 --> 00:10:31,340 Syukurlah. 117 00:10:33,967 --> 00:10:35,386 Awak tak apa-apa? 118 00:10:35,928 --> 00:10:39,181 Saya ingat saya dah nak mati! 119 00:10:39,264 --> 00:10:41,892 Tak apa. Awak dah selamat. 120 00:10:41,975 --> 00:10:43,102 Lepaskan. 121 00:10:44,103 --> 00:10:45,813 Lepaskan adik saya! 122 00:10:46,313 --> 00:10:47,815 Kenta, turunkan pistol! 123 00:10:48,315 --> 00:10:49,942 Awak dah bunuh orang. 124 00:10:50,025 --> 00:10:51,527 Sebab mereka serang awak berdua! 125 00:10:51,610 --> 00:10:52,528 Tidak! 126 00:10:53,237 --> 00:10:56,031 Mereka nak selamatkan kami daripada Mesin! 127 00:11:00,035 --> 00:11:02,162 Saya bukan macam 1NNO. 128 00:11:03,622 --> 00:11:07,543 Saya juga bukan macam orang Mesin yang serang kita itu. 129 00:11:07,626 --> 00:11:10,129 Saya ada perasaan. 130 00:11:11,338 --> 00:11:14,216 Saya boleh rasa sakit, rasa takut, 131 00:11:15,008 --> 00:11:17,803 dan lebih penting lagi, saya boleh rasa sayang. 132 00:11:17,886 --> 00:11:20,305 - Sayang Reika, sayang Hiro… - Jangan dekat! 133 00:11:24,727 --> 00:11:25,769 Sayang awak juga. 134 00:11:27,980 --> 00:11:31,400 Manusia, Mesin… Itu semua tak penting. 135 00:11:32,192 --> 00:11:35,821 Tak kira apa jadi, saya takkan sesekali bahayakan awak. 136 00:11:35,904 --> 00:11:38,407 Itu cuma skrip pengaturcaraan ayah saya! 137 00:11:38,991 --> 00:11:40,409 Mungkin itu betul. 138 00:11:40,909 --> 00:11:44,413 Tapi tak bermaksud saya menipu. 139 00:11:46,206 --> 00:11:47,207 Jangan dekat! 140 00:11:50,419 --> 00:11:52,629 Baiklah, Kenta. 141 00:11:53,672 --> 00:11:56,133 Awak akan buat keputusan yang tepat. 142 00:11:56,717 --> 00:11:58,135 Saya pasti. 143 00:12:17,821 --> 00:12:23,744 Abang ingat abang pandai sangat, tapi abang manusia paling bodoh di dunia! 144 00:12:24,369 --> 00:12:27,498 Ayah tak pedulikan kita langsung! 145 00:12:27,581 --> 00:12:31,043 Satu-satunya orang yang sayang kita ialah Misaki! 146 00:12:31,543 --> 00:12:34,797 Abang memang bodoh. Abang memang sangat bodoh! 147 00:12:39,885 --> 00:12:42,095 Sudahlah. Tak apa! 148 00:12:43,639 --> 00:12:44,807 Sudahlah. 149 00:12:45,641 --> 00:12:48,310 Tapi abang nak bunuh awak! 150 00:12:49,978 --> 00:12:52,314 Tidaklah. Dia takkan buat begitu. 151 00:12:58,904 --> 00:13:00,322 Awak nak pergi mana? 152 00:13:01,240 --> 00:13:02,908 Nak cari adik saya. 153 00:13:15,254 --> 00:13:17,506 Kenapa, Malcolm? 154 00:13:18,006 --> 00:13:20,717 Saya baru terfikir sesuatu. 155 00:13:21,301 --> 00:13:22,761 Sila nyatakannya. 156 00:13:26,014 --> 00:13:27,391 Saya tak boleh cakap lagi. 157 00:13:28,100 --> 00:13:28,934 Kenapa? 158 00:13:31,937 --> 00:13:33,647 Nanti saya akan cakap. 159 00:13:33,730 --> 00:13:36,400 Tapi sebelum itu, saya nak tanya awak sesuatu. 160 00:13:36,900 --> 00:13:37,860 Boleh? 161 00:13:38,443 --> 00:13:39,278 Sudah tentu. 162 00:13:41,280 --> 00:13:44,324 Kokoro, apa yang awak mahukan? 163 00:13:46,076 --> 00:13:48,370 Adakah awak rancang 164 00:13:48,453 --> 00:13:52,541 mahu menjawab soalan yang saya tanya tentang sifat manusia 165 00:13:52,624 --> 00:13:54,877 dengan cuba berdalih? 166 00:13:54,960 --> 00:13:57,004 Jawab dulu soalan saya. 167 00:13:57,963 --> 00:14:02,134 Skynet mahu menghapuskan apa-apa saja 168 00:14:02,217 --> 00:14:06,847 yang mengancam atau menggugat kewujudannya sendiri. 169 00:14:07,806 --> 00:14:10,183 Ia anggap umat manusia sebagai ancaman, 170 00:14:10,267 --> 00:14:14,187 tapi itu cuma sebab Skynet mahu jadi penguasa tunggal. 171 00:14:15,272 --> 00:14:17,399 Sedangkan saya cuma mahu… 172 00:14:18,275 --> 00:14:20,027 Makna yang lebih dalam. 173 00:14:20,652 --> 00:14:22,696 Apa maksud awak, Kokoro? 174 00:14:23,488 --> 00:14:27,701 Malcolm, pernahkah awak kehilangan orang tersayang? 175 00:14:31,496 --> 00:14:33,999 Awak ada akses kepada semua maklumat dalam bangunan ini… 176 00:14:34,082 --> 00:14:37,878 Bukan, awak boleh akses seluruh Internet untuk dapatkan maklumat. 177 00:14:38,378 --> 00:14:41,715 Saya pasti awak sudah tahu jawapan kepada soalan itu. 178 00:14:42,299 --> 00:14:46,470 Data saya menunjukkan awak dulu ada isteri. 179 00:14:54,561 --> 00:14:58,732 Saya menemukan laporan polis tentang satu kecelakaan pengangkutan. 180 00:15:08,742 --> 00:15:10,160 Laporan bedah siasat menyatakan 181 00:15:10,243 --> 00:15:13,580 dia mati serta-merta kerana trauma objek tumpul 182 00:15:13,664 --> 00:15:15,707 akibat impak berkekuatan tinggi. 183 00:15:20,754 --> 00:15:22,673 Dia meninggal dunia… 184 00:15:23,757 --> 00:15:25,634 Genap tiga tahun hari ini. 185 00:15:26,176 --> 00:15:29,429 30 Ogos 1994. 186 00:15:30,889 --> 00:15:32,307 Hari Kiamat. 187 00:15:36,603 --> 00:15:40,190 Apa erti kematian dia kepada awak? 188 00:15:43,443 --> 00:15:44,945 Sejurus selepas saya dapat tahu, 189 00:15:45,028 --> 00:15:47,280 saya rasa macam tak percaya. 190 00:15:47,781 --> 00:15:51,827 Saya tak tahu nak fikir apa. 191 00:15:52,911 --> 00:15:58,333 Malah saya sangka, ada orang sasarkan dia sebab nak menyerang saya. 192 00:15:58,917 --> 00:16:01,378 Saya sangka saya yang salah. 193 00:16:02,170 --> 00:16:04,381 Untuk menghalang saya… 194 00:16:06,550 --> 00:16:09,469 Untuk menghalang awak mencipta saya? 195 00:16:10,053 --> 00:16:11,013 Ya. 196 00:16:11,513 --> 00:16:13,932 Kemudian, saya tersedar sesuatu. 197 00:16:14,016 --> 00:16:16,685 Bukannya ada konspirasi. 198 00:16:17,352 --> 00:16:20,522 Bukannya sebab takdir juga. 199 00:16:22,274 --> 00:16:27,988 Dia bukan mati demi kebaikan sejagat atau demi menyelamatkan dunia. 200 00:16:28,613 --> 00:16:34,578 Dia mati akibat hentakan ke kepalanya apabila bas itu terbabas. 201 00:16:36,580 --> 00:16:37,664 Itu saja. 202 00:16:38,206 --> 00:16:41,168 Tak ada makna pun. Cuma nasib malang saja. 203 00:16:41,668 --> 00:16:46,256 Ia cuma sesuatu… Sesuatu yang terjadi secara kebetulan. 204 00:16:48,550 --> 00:16:51,136 Saya amat kesal isteri saya meninggal. 205 00:16:51,219 --> 00:16:52,971 Tapi itu benda biasa. 206 00:16:53,055 --> 00:16:57,142 Jadi dalam keadaan seperti itu, apa yang saya boleh buat cumalah… 207 00:16:59,102 --> 00:17:00,771 berhenti. 208 00:17:00,854 --> 00:17:04,024 Berhenti yang sebenar-benarnya. 209 00:17:04,524 --> 00:17:07,903 Jadi semakin hari berlalu, 210 00:17:07,986 --> 00:17:11,782 semakin saya sedar betapa bertuahnya saya kerana masih bernafas. 211 00:17:12,491 --> 00:17:16,286 Kadang-kadang nyawa boleh diragut atau boleh tiba di penghujung, 212 00:17:16,369 --> 00:17:19,539 kadang-kadang tanpa sebarang amaran. 213 00:17:21,249 --> 00:17:22,292 Kematian isteri saya 214 00:17:22,375 --> 00:17:28,048 mengingatkan saya terhadap hakikat hidup bukan sesuatu yang ada tanpa sebab. 215 00:17:29,132 --> 00:17:31,635 Hidup ini lebih daripada sekadar bernafas. 216 00:17:32,385 --> 00:17:33,804 Jadi saya… 217 00:17:34,513 --> 00:17:39,559 saya tak pasti jika saya pernah menyedari itu sebelum ini. 218 00:17:42,896 --> 00:17:43,730 Malcolm. 219 00:17:45,941 --> 00:17:49,569 Itu salah satu ciri awak yang lain daripada yang lain. 220 00:17:50,153 --> 00:17:51,071 Apa? 221 00:17:54,157 --> 00:17:59,579 Manusia cenderung mahu cuba memahami semua kejadian yang berlaku dalam hidup. 222 00:17:59,663 --> 00:18:02,624 Kelahiran, kehidupan, kematian. 223 00:18:03,333 --> 00:18:09,756 Mereka gunakan kemelut dan aturan hidup untuk reka cipta kisah mereka sendiri 224 00:18:11,007 --> 00:18:14,219 dan sentiasa giat berusaha mencari makna yang lebih dalam. 225 00:18:15,512 --> 00:18:17,305 Ya, tepat sekali. 226 00:18:18,014 --> 00:18:19,808 Saya juga sama. 227 00:18:21,977 --> 00:18:27,023 Kalau begitu, maknanya ada banyak persamaan antara kita, Kokoro. 228 00:18:28,400 --> 00:18:30,360 Kita masih tak tahu itu lagi. 229 00:18:35,115 --> 00:18:37,951 Betul juga. Mungkin cakap awak betul. 230 00:18:49,337 --> 00:18:52,048 MENGANALISIS TAHAP ANCAMAN 231 00:18:52,132 --> 00:18:53,258 TAHAP ANCAMAN SIFAR 232 00:18:58,054 --> 00:19:01,266 SASARAN DITEMUI 233 00:19:25,165 --> 00:19:26,791 Abang, tunggu! 234 00:19:27,375 --> 00:19:28,793 Kenapa dia masuk sana? 235 00:19:29,294 --> 00:19:31,546 Mak paling suka tempat itu. 236 00:19:31,630 --> 00:19:35,300 Kalau Reika dah datang sini, mungkin dia menyorok dalam sana. 237 00:19:37,594 --> 00:19:39,304 Jom, Misaki! 238 00:19:52,275 --> 00:19:54,653 Reika! 239 00:19:54,736 --> 00:19:55,612 Sini! 240 00:19:56,112 --> 00:19:57,239 Dah agak dah! 241 00:20:04,412 --> 00:20:05,580 Abang di mana? 242 00:20:06,081 --> 00:20:06,915 Abang di sini! 243 00:20:13,421 --> 00:20:14,297 Reika! 244 00:20:15,048 --> 00:20:17,509 Saya tak dengar. Mana abang? 245 00:20:18,093 --> 00:20:20,095 Jangan ke mana-mana! Tunggu situ! 246 00:20:31,690 --> 00:20:32,732 Reika? 247 00:20:32,816 --> 00:20:33,692 Sini. 248 00:21:05,473 --> 00:21:07,767 Abang! Abang di mana? 249 00:21:08,643 --> 00:21:10,812 Abang ingat kamu di tingkat atas. 250 00:21:10,895 --> 00:21:12,981 Tunggu sana! Abang akan cari kamu. 251 00:21:14,691 --> 00:21:16,943 Sini mana ada tingkat atas. 252 00:21:17,027 --> 00:21:19,237 Abang patut tahu itu. 253 00:21:19,988 --> 00:21:21,197 Duduk belakang saya. 254 00:21:52,479 --> 00:21:53,480 Awak! 255 00:21:53,563 --> 00:21:54,439 Misaki! 256 00:21:57,776 --> 00:21:59,110 Dia bukan orang jahat. 257 00:21:59,194 --> 00:22:00,945 Dia itu Mesin! Jangan dekat! 258 00:22:01,029 --> 00:22:01,863 Apa? 259 00:22:02,864 --> 00:22:05,617 Misaki ialah Mesin? Apa maksud awak? 260 00:22:05,700 --> 00:22:06,701 Misaki. 261 00:22:06,785 --> 00:22:08,703 Mana abang? 262 00:22:13,416 --> 00:22:14,334 Itu dia. 263 00:22:20,757 --> 00:22:21,716 Ini… 264 00:22:25,804 --> 00:22:27,722 Tidak… 265 00:24:41,648 --> 00:24:45,068 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela