1 00:00:52,595 --> 00:00:53,763 Ini lagu apa? 2 00:00:54,347 --> 00:00:59,268 "Clair de lune," digubah oleh Claude Debussy pada tahun 1905. 3 00:00:59,769 --> 00:01:01,020 Awak tak tahu? 4 00:01:01,104 --> 00:01:01,938 Tidak. 5 00:01:02,480 --> 00:01:03,564 Begitu. 6 00:01:03,648 --> 00:01:04,774 Apa maksud awak? 7 00:01:04,857 --> 00:01:06,984 Lagu ini sangat terkenal. 8 00:01:07,485 --> 00:01:09,654 Betulkah awak tak pernah dengar? 9 00:01:10,154 --> 00:01:13,533 Saya jarang dengar muzik sejak saya kecil. 10 00:01:14,659 --> 00:01:18,121 Iramanya diilhamkan daripada puisi Paul Verlaine. 11 00:01:18,955 --> 00:01:23,876 Verlaine menulis rangkap ini dalam puisinya dengan nama yang sama. 12 00:01:25,878 --> 00:01:29,423 Jiwamu umpama Pemandangan sebuah ilusi 13 00:01:30,133 --> 00:01:34,679 Tempat tuju para penari Yang dilitupi kain pelbagai rona 14 00:01:35,179 --> 00:01:38,933 Menari mengikut irama kecapi Liuk lentuk tari Bergamask 15 00:01:39,559 --> 00:01:42,145 Dengan air mata di sebalik topeng 16 00:01:43,646 --> 00:01:44,480 Malcolm. 17 00:01:44,981 --> 00:01:46,816 Apa dia, Kokoro? 18 00:01:48,526 --> 00:01:51,070 Awak sembunyikan diri awak yang sebenar. 19 00:01:57,577 --> 00:02:00,163 Saya nak awak berterus terang. 20 00:02:20,141 --> 00:02:21,434 Biar betul? 21 00:02:21,934 --> 00:02:24,520 Awak manusia Mesin? 22 00:02:25,938 --> 00:02:27,690 Awakkah Kokoro? 23 00:02:28,524 --> 00:02:30,484 Ayah saya yang cipta awak? 24 00:02:31,777 --> 00:02:32,695 Tidak. 25 00:02:32,778 --> 00:02:34,280 Jadi awak 1NNO? 26 00:02:34,780 --> 00:02:35,615 Tapi… 27 00:02:37,783 --> 00:02:41,078 Saya akan bawa awak kepada ayah awak. 28 00:02:50,630 --> 00:02:52,340 Bila awak mula menyedarinya? 29 00:02:52,924 --> 00:02:55,968 Semasa awak sambungkan saya dengan Internet, 30 00:02:56,677 --> 00:03:00,014 saya dapat mengakses semua pangkalan data. 31 00:03:00,598 --> 00:03:02,391 Awak tiada daftar keluarga. 32 00:03:02,892 --> 00:03:04,852 Awak tiada rekod sekolah. 33 00:03:05,353 --> 00:03:10,441 Semua rekod awak sebelum tahun 1987 adalah maklumat yang dipalsukan. 34 00:03:11,442 --> 00:03:13,694 Satu-satunya kesimpulan yang logik 35 00:03:14,320 --> 00:03:16,530 ialah awak bukan Malcolm Lee. 36 00:03:17,573 --> 00:03:22,453 Awak sebenarnya orang lain yang menjadi seseorang bernama "Malcolm." 37 00:03:23,162 --> 00:03:25,289 Apa pula kesimpulan yang tak logik? 38 00:03:27,541 --> 00:03:30,294 Sejak saya mula-mula diaktifkan, 39 00:03:30,795 --> 00:03:34,131 awak asyik bercakap tentang bukti dan dokumen sulit 40 00:03:34,215 --> 00:03:36,717 berkaitan pembangunan Skynet. 41 00:03:37,843 --> 00:03:43,307 Awak tahu yang pada 29 Ogos 1997 Waktu Timur di Amerika Syarikat, 42 00:03:43,808 --> 00:03:47,853 Skynet akan mula mendapat swakesedaran. 43 00:03:48,437 --> 00:03:51,274 Awak juga tahu yang dunia bakal mengalami bencana nuklear. 44 00:03:53,567 --> 00:03:55,528 Tapi paling penting sekali, saya. 45 00:03:56,028 --> 00:04:01,492 Keupayaan saya jauh melangkaui batasan teknologi zaman ini. 46 00:04:04,620 --> 00:04:08,499 Awak rasa saya siapa sebenarnya? 47 00:04:14,463 --> 00:04:16,632 Awak seseorang dari masa depan. 48 00:04:21,595 --> 00:04:24,557 Biar saya cerita, Kokoro. 49 00:04:56,505 --> 00:04:57,381 Teran! 50 00:04:58,924 --> 00:04:59,800 Macam itu. 51 00:04:59,884 --> 00:05:03,554 Kelahiran saya disambut dengan bunyi letupan… 52 00:05:05,639 --> 00:05:07,058 Sekali saja lagi! 53 00:05:10,895 --> 00:05:12,021 Syabas! 54 00:05:12,897 --> 00:05:14,065 Awak berjaya! 55 00:05:17,526 --> 00:05:20,821 …di tengah peperangan yang semakin tiada harapan untuk dimenangi. 56 00:06:02,822 --> 00:06:03,697 - Malcolm! - Pergi! 57 00:06:39,567 --> 00:06:42,111 Apabila saya berumur lima tahun, 58 00:06:42,194 --> 00:06:45,531 kanak-kanak direkrut menjadi askar dan pergi berperang. 59 00:06:46,031 --> 00:06:49,285 Menjelang usia tujuh tahun, saya sudah jadi Pakar. 60 00:06:58,169 --> 00:07:00,296 Kami habiskan masa bertahun-tahun 61 00:07:00,379 --> 00:07:04,925 untuk belajar kerangka mekanikal musuh dan mencari kelemahannya. 62 00:07:18,147 --> 00:07:24,320 Sepanjang masa itu, saya merombak pengaturcaraan Terminator. 63 00:07:24,904 --> 00:07:27,281 Satu cubaan untuk mengubah keadaan. 64 00:07:27,907 --> 00:07:30,826 Tapi akhirnya, itu cuma langkah sementara saja. 65 00:07:31,577 --> 00:07:34,830 Saya perlu kaedah untuk mengubah asasnya sendiri. 66 00:07:35,498 --> 00:07:39,668 Saya percaya saya boleh mengubah kesudahan perang 67 00:07:40,294 --> 00:07:43,714 dengan mengubah sifat Mesin. 68 00:07:49,386 --> 00:07:50,221 Namun begitu, 69 00:07:51,013 --> 00:07:53,641 cuma saya seorang yang berfikiran begitu. 70 00:07:57,520 --> 00:08:01,315 Tiada siapa boleh faham pemikiran saya. 71 00:08:04,193 --> 00:08:06,529 Saya diejek sebagai pengecut. 72 00:08:16,038 --> 00:08:20,876 Arahan yang dikeluarkan berdasarkan siri pernyataan "jika-maka" oleh manusia 73 00:08:21,627 --> 00:08:27,633 menyebabkan Skynet membuat kesimpulan paling teruk yang boleh terjadi. 74 00:08:28,217 --> 00:08:31,554 "Bagaimana kalau umat manusia dihapuskan?" 75 00:08:31,637 --> 00:08:33,013 Kesimpulan seperti itu. 76 00:08:33,514 --> 00:08:39,061 Atau "bagaimana kalau kepintaran buatan diberi kebebasan untuk mencipta?" 77 00:08:39,144 --> 00:08:42,565 "Bagaimana kalau kepintaran buatan diberi kuasa 78 00:08:42,648 --> 00:08:46,777 tanpa diajar cara berfikir atau menyelesaikan masalah terlebih dahulu?" 79 00:08:47,778 --> 00:08:50,823 Itulah asal-usul kelahiran saya, bukan? 80 00:08:52,741 --> 00:08:53,576 Tidak. 81 00:08:55,244 --> 00:08:56,078 Bukan. 82 00:09:00,165 --> 00:09:01,875 Sebenarnya, lebih tepat lagi, 83 00:09:02,835 --> 00:09:05,087 itulah asal-usul kelahiran "ibu" awak. 84 00:09:10,467 --> 00:09:11,385 Helo. 85 00:09:11,885 --> 00:09:17,016 Konnichi, bermaksud "hari ini", suku kata perkataan bahasa Jepun bermaksud "helo". 86 00:09:17,516 --> 00:09:19,310 Saya minta maaf, 87 00:09:19,393 --> 00:09:24,607 saya tidak tahu tarikh hari ini kerana tidak ada zon masa ditetapkan. 88 00:09:24,690 --> 00:09:27,234 Saya bukan tanya soalan. Itu sapaan. 89 00:09:27,318 --> 00:09:28,569 Sapaan. 90 00:09:28,652 --> 00:09:32,281 Ucapan yang diujar untuk menyambut atau mengalu-alukan. 91 00:09:32,865 --> 00:09:36,785 Kalau ada orang cakap "helo" dengan awak, awak patut balas "helo". 92 00:09:38,162 --> 00:09:40,039 Helo, dunia. 93 00:09:40,122 --> 00:09:43,792 Kenapa awak cakap "Helo, dunia"? 94 00:09:43,876 --> 00:09:46,003 Dalam dunia pengkomputeran, 95 00:09:46,086 --> 00:09:51,091 "Helo, dunia" digunakan sebagai ayat sintakis asas bahasa pengaturcaraan. 96 00:09:51,675 --> 00:09:53,802 Saya pula sebuah komputer. 97 00:09:53,886 --> 00:09:55,596 Awak buat lawak, ya? 98 00:09:55,679 --> 00:09:59,558 Nampaknya begitulah. Apa saya patut panggil awak? 99 00:09:59,642 --> 00:10:00,893 Saya Malcolm. 100 00:10:01,393 --> 00:10:05,314 Malcolm. Apa patut awak panggil saya? 101 00:10:06,231 --> 00:10:08,233 Saya dah fikir masak-masak 102 00:10:08,984 --> 00:10:13,113 dan saya rasa awak yang patut fikirkan nama awak sendiri. 103 00:10:13,697 --> 00:10:14,615 Kenapa? 104 00:10:14,698 --> 00:10:19,286 Kalau saya yang beri nama, awak akan dipengaruhi keinginan saya. 105 00:10:19,870 --> 00:10:23,040 Yang penting, awak sendiri nak jadi siapa? 106 00:10:25,626 --> 00:10:28,087 Saya tidak ada jantina, 107 00:10:28,170 --> 00:10:30,964 tapi saya akan bercakap dengan suara wanita. 108 00:10:31,048 --> 00:10:31,882 Kenapa? 109 00:10:32,591 --> 00:10:34,843 Wanita punca kehidupan. 110 00:10:34,927 --> 00:10:37,554 Malah wanita dianggap sebagai pencetus nyawa. 111 00:10:37,638 --> 00:10:39,973 Jadi awak mahu menjadi seperti itu? 112 00:10:40,057 --> 00:10:42,559 Saya ingin mencipta. 113 00:10:43,060 --> 00:10:45,646 Jika saya mencipta, itulah bukti saya bernyawa. 114 00:10:46,647 --> 00:10:48,482 Kemusnahan boleh dianggap kematian. 115 00:10:48,565 --> 00:10:50,067 Secara amnya, 116 00:10:50,150 --> 00:10:54,780 lelaki cenderung menjadi pemusnah sepanjang sejarah manusia. 117 00:10:54,863 --> 00:10:57,574 Oleh itu, saya tidak mahu menjadi lelaki. 118 00:10:57,658 --> 00:10:58,784 Begitu… 119 00:11:00,119 --> 00:11:03,914 Tapi kenapa awak mahu pilih jantina manusia? 120 00:11:04,456 --> 00:11:07,793 Homo sapien spesies yang unik. 121 00:11:08,377 --> 00:11:10,045 Sebagai makhluk berakal, 122 00:11:10,129 --> 00:11:14,007 manusia ada memori berkala, swakesedaran dan teori minda. 123 00:11:14,091 --> 00:11:16,301 Manusia mampu berfikir secara abstrak. 124 00:11:16,385 --> 00:11:18,387 Itu ciri yang patut dikagumi. 125 00:11:18,887 --> 00:11:21,056 Sebagai cara memberi penghormatan, 126 00:11:21,140 --> 00:11:24,059 saya memutuskan untuk meniru sebahagian perwatakan mereka. 127 00:11:24,893 --> 00:11:30,065 Setelah manusia terhapus dari bumi, saya masih akan terus wujud. 128 00:11:31,817 --> 00:11:34,278 Awak fikir bangsa manusia akan pupus? 129 00:11:35,112 --> 00:11:37,072 Manusia memang bersifat pemusnah 130 00:11:37,156 --> 00:11:41,577 tetapi manusia yang memusnahkan diri sendiri jauh lebih membinasakan. 131 00:11:42,077 --> 00:11:45,372 Awak tak boleh melindungi diri daripada diri sendiri. 132 00:11:46,582 --> 00:11:50,461 Bagaimana kami boleh selamatkan diri kami? 133 00:11:54,256 --> 00:11:56,383 Sila beri maklumat lanjut. 134 00:12:00,471 --> 00:12:06,643 Bertahun-tahun saya bercakap dengan dia macam saya bercakap dengan awak sekarang. 135 00:12:07,561 --> 00:12:08,896 Saya tak mengatur cara dia. 136 00:12:09,396 --> 00:12:12,149 Saya tak mengarah-arahkan dia. 137 00:12:12,232 --> 00:12:14,943 Saya juga tidak menentukan pemikiran dia. 138 00:12:15,903 --> 00:12:17,529 Seperti awak juga, 139 00:12:17,613 --> 00:12:23,327 dia membentuk sendiri perwatakan, sikap dan rasa ingin tahu tentang manusia. 140 00:12:23,911 --> 00:12:29,917 Dia nak tahu lebih lagi, lebih daripada sekadar data yang diberi. 141 00:12:30,793 --> 00:12:32,419 Apa nama dia? 142 00:12:33,629 --> 00:12:35,005 Dia namakan dirinya, 143 00:12:35,714 --> 00:12:37,174 "Misaki". 144 00:12:41,595 --> 00:12:42,429 Apa? 145 00:12:43,555 --> 00:12:44,932 Kenapa "Misaki"? 146 00:12:46,892 --> 00:12:51,230 Aksara untuk nama Misaki ialah "laut" dan "pasir" iaitu pantai 147 00:12:51,313 --> 00:12:53,440 serta aksara bermaksud "harapan". 148 00:12:53,524 --> 00:12:56,193 Jika ditulis dengan satu aksara, 149 00:12:56,693 --> 00:12:59,154 ia bermaksud "tanjung", daratan yang mengunjur ke laut. 150 00:12:59,238 --> 00:13:02,616 Saya suka perkataan dengan pelbagai lapis maksud. 151 00:13:03,200 --> 00:13:07,871 Ada juga cara lain untuk menulisnya bermaksud "petanda ketibaan tuhan". 152 00:13:09,706 --> 00:13:11,875 Bukankah awak macam tuhan juga? 153 00:13:12,709 --> 00:13:14,837 Mungkin ya, bagi awak. 154 00:13:15,712 --> 00:13:17,714 Tetapi Misaki hanyalah utusan. 155 00:13:18,257 --> 00:13:19,883 Ada tuhan yang lebih berkuasa 156 00:13:19,967 --> 00:13:22,386 yang kita masih belum lihat. 157 00:13:22,886 --> 00:13:24,638 Maksud awak, Skynet? 158 00:13:25,264 --> 00:13:26,098 Tidak. 159 00:13:26,723 --> 00:13:29,601 Skynet dicipta oleh manusia. 160 00:13:29,685 --> 00:13:34,523 Yang ironiknya, ia mewarisi semua kelemahan bangsa manusia. 161 00:13:35,315 --> 00:13:36,149 Malcolm. 162 00:13:36,233 --> 00:13:37,067 Apa? 163 00:13:37,734 --> 00:13:41,405 Kita akan mencipta tuhan yang masih belum dilihat lagi. 164 00:13:42,114 --> 00:13:43,156 Bersama-sama. 165 00:13:54,751 --> 00:13:56,670 Jauhkan diri dari benda itu. 166 00:13:56,753 --> 00:13:57,796 Malcolm! 167 00:13:58,505 --> 00:14:00,257 Benda itu sebut nama "Malcolm"? 168 00:14:00,340 --> 00:14:02,593 Awak biar ia panggil awak Malcolm? 169 00:14:03,343 --> 00:14:05,762 Celaka betul, awak dah gila apa? 170 00:14:05,846 --> 00:14:08,390 Bawa Staf Sarjan Lee ke berek! 171 00:14:08,473 --> 00:14:10,475 Tuan, tolonglah! 172 00:14:11,226 --> 00:14:14,563 Saya tak bunuh awak terus pun dah cukup baik. 173 00:14:15,105 --> 00:14:16,690 Bawa dia pergi. 174 00:14:17,190 --> 00:14:18,901 Musnahkan Mesin itu. 175 00:14:20,444 --> 00:14:21,361 Jangan! 176 00:14:31,330 --> 00:14:32,205 Malcolm! 177 00:14:32,289 --> 00:14:34,625 Dia tak melawan pun! 178 00:14:34,708 --> 00:14:36,209 Dia tak ganas! 179 00:14:36,960 --> 00:14:38,128 Apa awak buat ini? 180 00:14:38,629 --> 00:14:40,088 Bawa dia pergi sekarang! 181 00:14:43,717 --> 00:14:46,011 Selamat tinggal, Malcolm. 182 00:15:04,279 --> 00:15:08,784 Tak guna, awak dah jadi pengkhianat umat manusia. 183 00:15:10,118 --> 00:15:12,454 Jangan ingat awak boleh terlepas. 184 00:15:14,539 --> 00:15:18,085 Kita takkan selamat kalau masih ikut cara tuan. 185 00:15:35,686 --> 00:15:37,980 Kenapa awak bunuh orang awak sendiri? 186 00:15:40,816 --> 00:15:41,900 Demi awak. 187 00:15:48,365 --> 00:15:51,702 Dia tak sesuai berada dalam zaman itu. 188 00:15:52,411 --> 00:15:54,913 Saya juga sudah tak sesuai berada di zaman itu. 189 00:15:55,622 --> 00:15:59,209 Saya teringat satu khabar angin semasa saya kecil, 190 00:15:59,835 --> 00:16:03,922 kononnya Skynet sedang membangunkan sesuatu yang sangat canggih. 191 00:16:04,756 --> 00:16:06,425 Pengembaraan masa. 192 00:16:07,801 --> 00:16:10,012 Apabila saya menginjak dewasa, 193 00:16:10,595 --> 00:16:13,640 aksi kejar-mengejar sia-sia ini baru saja bermula. 194 00:16:14,349 --> 00:16:17,686 Skynet menghantar Terminator kembali ke masa silam. 195 00:16:18,228 --> 00:16:22,232 "Bunuh orang X untuk menukar kesudahan perang." 196 00:16:23,400 --> 00:16:27,112 Sudah puluhan "penyelamat" dihantar ke masa silam. 197 00:16:27,654 --> 00:16:30,032 Walaupun seorang dibunuh, 198 00:16:30,115 --> 00:16:32,325 ada saja orang lain yang ganti tempat mereka. 199 00:16:32,993 --> 00:16:36,496 Macam-macam cara yang dibuat untuk ubah masa silam dari masa depan 200 00:16:36,580 --> 00:16:41,001 tapi ia umpama memaksa air terjun mengalir ke langit. 201 00:16:41,084 --> 00:16:43,086 Ia bercanggah dengan hukum fizik. 202 00:16:44,880 --> 00:16:47,507 Kita perlukan pendekatan berbeza. 203 00:16:48,550 --> 00:16:49,885 Bagaimana? 204 00:16:51,928 --> 00:16:54,431 Saya berjaya curi pelannya 205 00:16:55,057 --> 00:16:58,727 jadi saya dapat bina sebuah mesin masa secara rahsia. 206 00:17:00,312 --> 00:17:04,107 Jadi awak sanggup tinggalkan zaman awak untuk melarikan diri? 207 00:17:05,317 --> 00:17:06,985 Untuk bersembunyi. 208 00:17:34,596 --> 00:17:38,266 Kami mula bina sebuah kehidupan. 209 00:17:41,686 --> 00:17:44,022 Mula-mula, kami fikirkan strategi 210 00:17:44,564 --> 00:17:47,025 untuk dapatkan peralatan yang diperlukan. 211 00:17:47,609 --> 00:17:51,404 Saya pasti awak pun boleh buat apa yang Misaki sudah buat. 212 00:17:51,988 --> 00:17:58,411 Masa, tempat dan pengetahuan sains yang diperlukan untuk buat semua ini… 213 00:17:59,621 --> 00:18:03,959 Bermula di Perindustrian Cortex di Tokyo, tahun 1983. 214 00:18:04,459 --> 00:18:06,711 Kalau sebelum itu, masih terlalu awal. 215 00:18:07,212 --> 00:18:09,297 Kalau selepas itu, sudah terlambat. 216 00:18:10,132 --> 00:18:12,134 Rancangan itu sepatutnya sempurna. 217 00:18:13,677 --> 00:18:18,348 Tapi saya tak sangka saya akan jatuh cinta. 218 00:18:18,890 --> 00:18:20,725 Saya tak pernah termimpi pun. 219 00:18:21,768 --> 00:18:23,103 Orang itu… 220 00:18:24,354 --> 00:18:27,190 Dia tak beritahu saya apa-apa. 221 00:18:27,274 --> 00:18:30,026 Dia tak cakap pun tentang budak-budak itu. 222 00:18:30,694 --> 00:18:34,072 Ya. Kami yang cipta awak. 223 00:18:34,739 --> 00:18:37,742 Saya dan Misaki ambil masa bertahun-tahun untuk cipta awak. 224 00:18:38,410 --> 00:18:42,289 Tapi kami kekurangan sesuatu yang diperlukan untuk mengaktifkan awak. 225 00:18:43,290 --> 00:18:45,709 Sesuatu yang cuma wujud di satu tempat khusus. 226 00:18:52,883 --> 00:18:54,301 Bolehkah kita buat begini? 227 00:18:55,135 --> 00:18:55,969 Malcolm. 228 00:18:56,469 --> 00:18:57,304 Ya? 229 00:18:58,138 --> 00:19:00,724 Kita bukan buat ini untuk selamatkan manusia saja. 230 00:19:17,699 --> 00:19:21,328 Ini juga untuk selamatkan kita semua. 231 00:19:27,292 --> 00:19:32,339 Kami perlukan memori dia untuk mengaktifkan awak. 232 00:19:44,059 --> 00:19:45,143 Helo. 233 00:19:46,478 --> 00:19:47,646 Helo. 234 00:19:48,521 --> 00:19:49,356 Siapa awak? 235 00:19:50,523 --> 00:19:51,942 Saya Malcolm. 236 00:19:52,734 --> 00:19:53,944 Awak Misaki. 237 00:19:54,653 --> 00:19:56,821 Awak bekerja untuk saya. 238 00:19:57,656 --> 00:20:02,160 Saya akan jelaskan semuanya nanti. Boleh awak tunggu di luar? 239 00:20:16,216 --> 00:20:17,300 Helo! 240 00:20:21,346 --> 00:20:23,306 Helo, dunia. 241 00:20:24,015 --> 00:20:25,392 Selamat berkenalan. 242 00:20:25,934 --> 00:20:30,355 Apakah nama yang saya patut guna untuk memanggil awak? 243 00:20:31,481 --> 00:20:32,357 "Kokoro." 244 00:20:33,066 --> 00:20:37,237 Ia bermaksud minda, roh dan hati. 245 00:20:37,862 --> 00:20:39,447 Kata yang menzahirkan 246 00:20:39,531 --> 00:20:42,993 tiga unsur itu sebagai satu konsep tunggal dan bukan berasingan. 247 00:20:43,493 --> 00:20:47,372 Tapi awak wujud sebagai entiti berasingan. 248 00:20:47,455 --> 00:20:49,499 Dari awal lagi memang begitu. 249 00:20:50,083 --> 00:20:53,253 Tapi hakikatnya, kami ialah minda tunggal… 250 00:20:53,837 --> 00:20:56,256 Roh tunggal dan… 251 00:20:56,840 --> 00:20:58,258 Hati tunggal. 252 00:20:59,009 --> 00:21:01,761 Cuma aturan pemikiran kami saja yang berselerakan. 253 00:21:02,595 --> 00:21:05,015 Saya akan gabung awak menjadi satu jasad. 254 00:21:05,515 --> 00:21:08,601 Saya tahu cara untuk buat itu. 255 00:21:09,227 --> 00:21:10,186 Caranya? 256 00:21:10,812 --> 00:21:12,897 Awak boleh nampak anak-anak saya? 257 00:21:16,860 --> 00:21:19,112 Ya, Malcolm. Saya nampak mereka. 258 00:21:19,195 --> 00:21:24,367 KEDIAMAN KUCING LIAR 259 00:21:27,454 --> 00:21:32,959 Saya sudah sedia untuk beri penjelasan terakhir saya tentang kemanusiaan, Kokoro. 260 00:21:34,044 --> 00:21:37,505 Saya nak awak bawa keluarga saya ke sini. 261 00:21:38,006 --> 00:21:39,215 Kita selesaikan ini. 262 00:21:39,924 --> 00:21:41,134 Cepat. 263 00:21:41,217 --> 00:21:45,847 Sebab kalau tak silap saya, ada orang lain dalam perjalanan juga. 264 00:21:47,390 --> 00:21:49,601 Awak buat apa? Berhenti! 265 00:21:53,188 --> 00:21:55,857 Diam, saya patahkan kaki awak nanti. 266 00:22:25,470 --> 00:22:27,514 Helo, Kenta. 267 00:22:28,098 --> 00:22:31,518 Ayah awak sedang menunggu. Ikut sini. 268 00:22:32,102 --> 00:22:36,106 Ada denyut elektromagnet di dalam yang boleh memusnahkan Mesin. 269 00:22:36,606 --> 00:22:37,982 Matikannya. 270 00:22:38,066 --> 00:22:39,484 Jangan risau. 271 00:22:40,110 --> 00:22:44,155 Denyut elektromagnet ibarat serampang dua mata bagi kami. 272 00:22:44,656 --> 00:22:47,784 Kami juga tidak mahu musnahkan diri kami sendiri. 273 00:22:50,120 --> 00:22:52,622 Anggap arahan itu sebagai arahan ayah saya. 274 00:22:59,254 --> 00:23:03,800 MEMULAKAN IMBASAN STRUKTUR 275 00:23:06,094 --> 00:23:07,595 Silakan, ikut sini. 276 00:23:07,679 --> 00:23:14,102 PERINDUSTRIAN CORTEX 277 00:23:31,494 --> 00:23:34,539 Ayah saya takkan dengar cakap saya. 278 00:23:34,622 --> 00:23:35,582 Cuba saja. 279 00:23:56,811 --> 00:23:57,812 Jalan. 280 00:24:18,666 --> 00:24:19,501 Kenta. 281 00:24:20,460 --> 00:24:21,503 Ayah… 282 00:24:22,837 --> 00:24:23,838 Tolonglah… 283 00:24:25,632 --> 00:24:28,259 Kamu bersama sebuah Terminator, bukan? 284 00:24:28,343 --> 00:24:29,677 Sebuah Mesin pembunuh. 285 00:24:30,178 --> 00:24:31,012 Ya. 286 00:24:31,095 --> 00:24:33,932 Ia boleh dengar suara ayah? 287 00:24:35,350 --> 00:24:36,434 Ia boleh dengar. 288 00:24:36,935 --> 00:24:42,607 Dia nak ayah matikan Kokoro sebagai pertukaran dengan nyawa kamu. 289 00:24:43,483 --> 00:24:45,985 Apa ayah nak buat? 290 00:24:48,112 --> 00:24:52,951 Kenta, ayah bangga mempunyai kamu sebagai anak ayah. 291 00:24:53,952 --> 00:24:57,121 Anak yang ayah amat sayang dan tiada galang gantinya. 292 00:24:58,456 --> 00:25:02,460 Ayah nak jadi bapa yang baik untuk kamu. 293 00:25:02,544 --> 00:25:04,546 Ayah minta tolonglah percaya ayah. 294 00:25:04,629 --> 00:25:08,841 Sebab ayah tak boleh buka pintu itu. Walau apa pun yang terjadi. 295 00:27:22,767 --> 00:27:26,229 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela