1 00:00:18,478 --> 00:00:22,107 Wanita yang Terpengaruh dengan Itik 2 00:00:27,028 --> 00:00:28,613 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 3 00:00:29,531 --> 00:00:30,532 Tomato keju krim. 4 00:00:31,366 --> 00:00:34,035 Kalaulah rumah tangga awak dengan empat anak tak bahagia, Mario. 5 00:00:36,454 --> 00:00:37,455 Baiklah. 6 00:00:37,998 --> 00:00:39,082 Terima kasih. 7 00:00:39,165 --> 00:00:40,250 Jumpa esok. 8 00:00:40,333 --> 00:00:41,334 Jumpa lagi. 9 00:00:46,381 --> 00:00:49,801 UJIAN KEMASUKAN KOLEJ PERUBATAN 10 00:00:49,885 --> 00:00:50,886 Masih mengandung? 11 00:00:51,595 --> 00:00:52,721 Apa rancangan awak? 12 00:00:52,804 --> 00:00:54,097 Macam biasa. 13 00:00:54,180 --> 00:00:57,017 Lalui hari yang sunyi di taman sambil belajar. 14 00:00:57,100 --> 00:00:58,727 Bagaimana awak nak beri anak-anak saya sepupu 15 00:00:58,810 --> 00:01:00,145 jika awak selalu duduk di bangku sendirian? 16 00:01:00,228 --> 00:01:01,897 Saya tak sendirian. 17 00:01:02,480 --> 00:01:06,151 Lihatlah semua prospek kacak ini. 18 00:01:07,193 --> 00:01:10,405 Lihatlah yang berkepala hijau. 19 00:01:11,406 --> 00:01:15,452 Pasti kemaluannya besar. Panjang dan bergulung. 20 00:01:15,535 --> 00:01:16,536 Teruknya. 21 00:01:17,621 --> 00:01:18,622 Awak masih gunakan aplikasi itu? 22 00:01:18,705 --> 00:01:20,874 Ya. 23 00:01:22,000 --> 00:01:23,001 Jadi? 24 00:01:23,793 --> 00:01:25,295 Ada beberapa pilihan yang bagus. 25 00:01:27,255 --> 00:01:34,012 Lelaki terakhir bawa saya ke kelab komedi untuk tonton dia buat komediri. 26 00:01:34,095 --> 00:01:35,096 Itulah janji temu kami. 27 00:01:35,180 --> 00:01:38,016 Pindah balik ke sini. Saya yakin ramai yang bujang di sini. 28 00:01:38,725 --> 00:01:42,437 Saya rasa ia realiti menyedihkan tentang bercinta di usia 30-an. 29 00:01:42,520 --> 00:01:44,231 Jika seseorang lelaki masih bujang, 30 00:01:44,314 --> 00:01:48,193 pasti sikapnya pelik atau ada masalah emosi. Entahlah… 31 00:01:48,276 --> 00:01:49,444 Kenapa kita berbual tentang bercinta? 32 00:01:49,527 --> 00:01:51,196 Siapa peduli? Saya nak dengar tentang awak dan anak-anak. 33 00:01:52,447 --> 00:01:53,573 Anak-anak sihat. Mereka… 34 00:01:55,575 --> 00:01:56,993 Itulah jawapan untuk awak. 35 00:01:57,077 --> 00:01:58,745 Selamat tinggal. Mod masalah. Perlu letak telefon. Selamat tinggal. 36 00:02:08,546 --> 00:02:09,548 Apa yang awak pandang? 37 00:02:24,145 --> 00:02:25,313 Awak nak apa? Filet mignon? 38 00:02:25,397 --> 00:02:26,523 Ya. Awak ada sedikit? 39 00:02:27,649 --> 00:02:29,818 - Apa? - Saya nak sederhana mentah. 40 00:02:32,362 --> 00:02:34,030 Apa yang berlaku? 41 00:02:34,114 --> 00:02:35,615 Melawak saja. Itik tak makan stik. 42 00:02:35,699 --> 00:02:39,077 Untuk pengetahuan awak, kami juga tak suka bagel berkerak. 43 00:02:41,454 --> 00:02:42,914 Apa yang awak baca? 44 00:02:44,165 --> 00:02:46,710 Buku panduan Ujian Kemasukan Kolej Perubatan. 45 00:02:48,044 --> 00:02:49,045 Ia… 46 00:02:52,048 --> 00:02:55,010 untuk buat persediaan untuk ujian yang awak perlu ambil jika awak… 47 00:02:55,093 --> 00:02:58,889 Saya tahu maksud Ujian Kemasukan Kolej Perubatan. Saya itik, bukan dungu. 48 00:02:59,723 --> 00:03:01,349 Awak nak jadi doktor apa? 49 00:03:02,142 --> 00:03:06,396 Mungkin pakar kardiologi. Ayah saya mati sebab penyakit jantung. 50 00:03:06,479 --> 00:03:08,315 Kenapa saya ceritakan kepada awak? 51 00:03:08,398 --> 00:03:11,401 Simpati atas kehilangan awak. Ia pasti sukar. 52 00:03:12,652 --> 00:03:14,446 Apa pun, kemaluan saya besar. 53 00:03:15,739 --> 00:03:16,990 Serta tajam. 54 00:03:18,491 --> 00:03:19,743 Apa? 55 00:03:19,826 --> 00:03:20,911 Hanya untuk menjawab soalan awak. 56 00:03:22,537 --> 00:03:23,955 Awak dengar apa saya cakap? 57 00:03:24,039 --> 00:03:26,499 Awak datang setiap hari dan FaceTime dengan kakak awak secara terbuka. 58 00:03:26,583 --> 00:03:28,376 Sukar untuk tak buat begitu. 59 00:03:30,086 --> 00:03:31,546 Saya Larry. 60 00:03:32,339 --> 00:03:33,340 Elisa. 61 00:03:33,423 --> 00:03:35,884 Awak rasa kenapa kakak awak sangat taasub dengan kehidupan cinta awak? 62 00:03:39,554 --> 00:03:41,223 Rasanya dia kesunyian. 63 00:03:42,098 --> 00:03:44,768 Dia nak kami berkongsi pengalaman. 64 00:03:44,851 --> 00:03:47,646 Atau dia terlalu menghayati pembakaan 65 00:03:47,729 --> 00:03:51,233 sehingga dia percaya satu-satunya nilai awak adalah hubungan dengan lelaki. 66 00:03:54,569 --> 00:03:56,738 Awak itik feminis? 67 00:03:56,821 --> 00:03:59,699 Seekor itik jantan di kolam penuh itik betina. 68 00:03:59,783 --> 00:04:01,368 Awak rasa saya ada pilihan? 69 00:04:01,451 --> 00:04:02,827 Alamak! 70 00:04:02,911 --> 00:04:05,664 Pakaikan tali cawak pada anjing awak, tak guna. Bacalah papan tanda. 71 00:04:06,790 --> 00:04:07,791 Masa yang sama esok? 72 00:04:28,436 --> 00:04:31,106 ITIK YANG BERCAKAP 73 00:04:37,988 --> 00:04:42,242 ITIK TAK SUKA BAGEL? 74 00:05:04,264 --> 00:05:08,894 ITIK SUKA MAKAN APA? 75 00:05:12,898 --> 00:05:15,859 Gary! 76 00:05:16,902 --> 00:05:19,279 Maaf. Hai. Maaf mengganggu. 77 00:05:19,362 --> 00:05:20,780 Saya dari Kawalan Haiwan. 78 00:05:20,864 --> 00:05:24,576 Awak ada nampak anjing Cattle Dog yang terlepas dari tali cawak? 79 00:05:24,659 --> 00:05:26,202 Menyalak apabila dipanggil Gary? 80 00:05:26,286 --> 00:05:30,749 Sebenarnya, ada. Semalam. Saya tak nampak ia hari ini. 81 00:05:30,832 --> 00:05:32,584 Aduhai! 82 00:05:33,335 --> 00:05:34,336 Malangnya. 83 00:05:35,545 --> 00:05:37,422 Tapi, apa pun, terima kasih. 84 00:05:39,382 --> 00:05:43,511 Ribut akan melanda tak lama lagi, 85 00:05:43,595 --> 00:05:47,057 saya sangat berharap dapat temuinya dan lindunginya sebelum ribut melanda. 86 00:05:47,766 --> 00:05:49,059 Saya pun sama. 87 00:05:49,142 --> 00:05:51,144 Saya harap awak kekal selamat dan kering. 88 00:05:51,228 --> 00:05:52,562 Baiklah. 89 00:05:53,355 --> 00:05:54,689 Jika saya dalam rumah. 90 00:05:55,607 --> 00:05:56,733 Jaga diri. 91 00:05:57,984 --> 00:05:59,027 Berkelas. 92 00:05:59,110 --> 00:06:01,154 Gunakan anjing sebagai alasan untuk bercakap dengan wanita. 93 00:06:02,656 --> 00:06:03,657 Hai, sekali lagi. 94 00:06:03,740 --> 00:06:04,991 Awak datang semula. 95 00:06:05,075 --> 00:06:06,159 Ya. 96 00:06:06,243 --> 00:06:08,203 Saya datang ke sini setiap hari, 97 00:06:08,286 --> 00:06:12,916 jadi… saya datang lagi. 98 00:06:14,793 --> 00:06:16,002 Saya belikan awak sesuatu. 99 00:06:19,214 --> 00:06:22,133 Jagung dan anggur. 100 00:06:22,217 --> 00:06:23,593 Awak Google tentang saya? 101 00:06:24,678 --> 00:06:27,472 Tak. Ia akan jadi sangat pelik. 102 00:06:33,395 --> 00:06:34,563 Bagaimana kakak awak? 103 00:06:35,063 --> 00:06:37,607 Okey. Sukar untuk tahu. 104 00:06:38,191 --> 00:06:40,026 Saya hubungi dia malam semalam, 105 00:06:40,110 --> 00:06:42,279 dan saya dengar cercaan tentang prasekolah selama 30 minit. 106 00:06:43,446 --> 00:06:46,658 Kadangkala saya rasa jadi ibu cuma narsisisme yang dibenarkan secara sosial, 107 00:06:46,741 --> 00:06:48,451 tapi jelas sekali tak boleh katakannya dengan kuat. 108 00:06:48,535 --> 00:06:49,619 Awak baru katakannya. 109 00:06:50,912 --> 00:06:54,082 Ya. Saya tak tahu kenapa saya buat begitu. Saya sayang kakak saya. 110 00:06:54,165 --> 00:06:55,208 Dia hebat. 111 00:06:55,709 --> 00:06:58,044 Sebab awak beri saya makan, ia perlu dipertimbangkan secara serius. 112 00:06:58,128 --> 00:06:59,129 Okey. 113 00:06:59,212 --> 00:07:01,840 Awak nampak sangat bimbang tentang bersopan. 114 00:07:01,923 --> 00:07:03,967 - Tak. - Mungkin awak patut percaya gerak hati. 115 00:07:04,050 --> 00:07:05,969 Mungkin kakak awak narsisime. 116 00:07:06,052 --> 00:07:09,639 Dia bercakap tentang dirinya dan anak-anak. Tak pernah tanya tentang awak. 117 00:07:09,723 --> 00:07:13,059 Bukan begitu. Dia tanya banyak soalan. 118 00:07:13,143 --> 00:07:14,603 Tentang kehidupan bercinta awak yang teruk 119 00:07:14,686 --> 00:07:17,898 supaya dia boleh rasa bagus tentang dirinya apabila buat perbandingan. 120 00:07:17,981 --> 00:07:19,608 Dia ada tanya soalan lain? 121 00:07:21,109 --> 00:07:22,110 Dia sibuk. 122 00:07:22,193 --> 00:07:25,614 Suruh dia berhenti ambil tahu tentang hidup awak untuk hiburan sendiri. 123 00:07:28,241 --> 00:07:29,618 Ada pemerhatian lain? 124 00:07:29,701 --> 00:07:33,622 Ya. Awak baca bab sama dalam buku Ujian Kemasukan Kolej Perubatan 20 kali, 125 00:07:33,705 --> 00:07:36,917 jadi nampaknya sama ada perhatian awak terganggu 126 00:07:37,000 --> 00:07:39,878 atau awak tak rasa nak belajar sekarang. 127 00:07:44,966 --> 00:07:46,509 Awak ada dengar tentang ribut yang bakal melanda? 128 00:07:47,552 --> 00:07:49,346 Awak baru gunakan semula kata pikat lelaki itu? 129 00:07:52,098 --> 00:07:53,183 Menjijikkan. 130 00:07:53,266 --> 00:07:55,143 - Maaf. - Tak. Ia comel. 131 00:07:59,189 --> 00:08:01,149 Boleh saya tanya awak soalan peribadi? 132 00:08:01,650 --> 00:08:04,903 Apa itik buat dalam hujan? 133 00:08:04,986 --> 00:08:07,614 Kumpulan dungu di sana sukakan hujan. 134 00:08:07,697 --> 00:08:10,992 Biasanya saya sembunyi bawah bangku supaya tak mati kesejukan. 135 00:08:11,076 --> 00:08:12,077 Saya bukannya nak merungut. 136 00:08:30,011 --> 00:08:31,096 Awak nak jemput saya masuk? 137 00:08:37,936 --> 00:08:40,020 Maaf. 138 00:08:40,105 --> 00:08:41,273 UNDIAN ANDA PENTING 139 00:08:41,356 --> 00:08:44,776 Tak ramai orang pernah datang. 140 00:08:44,859 --> 00:08:46,653 Tak, saya suka suasana di sini. 141 00:08:46,736 --> 00:08:49,489 Tindanan kecil surat, tindanan kecil pakaian, 142 00:08:49,573 --> 00:08:52,659 sedikit tindanan kasut, wayar. 143 00:08:52,742 --> 00:08:59,291 Estetika saya adalah bilik asrama digabungkan dengan rumah tumpangan murah. 144 00:08:59,374 --> 00:09:00,667 Tolonglah. Ia menawan. 145 00:09:00,750 --> 00:09:03,587 Saya tak dijemput ke banyak pangsapuri. 146 00:09:03,670 --> 00:09:06,464 Cuma saya tak buat apa-apa untuk jadikannya lebih cantik. 147 00:09:06,548 --> 00:09:08,967 Saya habiskan sebulan berfikir tentang nak buat dinding warna berlawanan, 148 00:09:09,050 --> 00:09:11,344 tapi apabila saya melawat laman web Benjamin Moore 149 00:09:12,429 --> 00:09:14,347 saya jadi sangat kagum. 150 00:09:14,431 --> 00:09:18,435 Tolonglah. Lakukannya. Jalani hidup awak dalam Technicolor, sayang. 151 00:09:19,936 --> 00:09:23,523 Mungkin awak adik-beradik ketiga Property Brother yang dah lama hilang. 152 00:09:23,607 --> 00:09:25,317 Siapa Property Brothers? 153 00:09:25,901 --> 00:09:27,861 Saya sangat sukakan mereka. 154 00:09:27,944 --> 00:09:28,945 Saya tahu! 155 00:09:29,529 --> 00:09:32,908 Lihatlah, mereka ubah suai dapur yang menyedihkan. Saya puji mereka. 156 00:09:33,491 --> 00:09:36,995 Saya bertaruh 10 dolar suaminya menangis. 157 00:09:37,078 --> 00:09:39,331 Saya tiada duit, tapi saya terima pertaruhan itu. 158 00:09:41,833 --> 00:09:43,418 Alamak! 159 00:09:43,501 --> 00:09:45,337 Tak, ia formula. 160 00:09:45,420 --> 00:09:48,965 Suami maco yang skeptikal itu jadi emosional 161 00:09:49,049 --> 00:09:50,592 apabila mereka buang kerusi panjang kulit mereka 162 00:09:50,675 --> 00:09:54,763 dan gantikannya dengan gambar keluarga dan kerusi berasingan. 163 00:09:54,846 --> 00:09:57,641 Awak tahu semuanya. 164 00:09:58,850 --> 00:10:01,144 Saya ada pengetahuan khusus. 165 00:10:04,522 --> 00:10:05,857 Awak nak pencuci mulut? 166 00:10:05,941 --> 00:10:10,487 Saya tak menolak. Ia sangat hebat. 167 00:10:12,072 --> 00:10:14,866 Maksud saya, awak sangat hebat. 168 00:10:18,328 --> 00:10:22,457 Awak cakap begitu pada semua wanita yang culik awak masuk bakul basikal mereka. 169 00:10:27,212 --> 00:10:29,839 Awak pasti nak tidur dalam bilik mandi? 170 00:10:29,923 --> 00:10:32,384 Kenapa? Awak jemput saya tidur atas katil? 171 00:10:33,176 --> 00:10:35,595 Saya tak guna, bukan penyumbangleweng. 172 00:10:38,723 --> 00:10:39,891 Awak nak suhu bagaimana? 173 00:10:40,850 --> 00:10:41,851 Suhu bilik. 174 00:10:42,519 --> 00:10:44,646 Banyak yang saya tahu tentang awak, 175 00:10:44,729 --> 00:10:47,691 tapi kenapa ada banyak poster di merata-rata tempat? 176 00:10:49,526 --> 00:10:53,029 Saya bekerja dengan kempen politik. 177 00:10:53,113 --> 00:10:56,366 Saya berpindah ke sini, dan… 178 00:10:57,867 --> 00:10:59,661 Saya tak tahu jika awak tahu tentang politik. 179 00:10:59,744 --> 00:11:02,956 Sukar untuk ambil tahu tentang politik apabila tak boleh mengundi. 180 00:11:03,039 --> 00:11:06,668 Itulah yang kami usahakan. Jumlah yang keluar mengundi. 181 00:11:08,086 --> 00:11:12,257 Apa pun. Calon saya kalah 182 00:11:12,340 --> 00:11:17,137 dan saya terkandas di Denver cuba atur semula kehidupan saya. 183 00:11:18,096 --> 00:11:19,723 - Ia berhasil? - Apa? 184 00:11:19,806 --> 00:11:21,266 Mengisi kekosongan itu. 185 00:11:23,393 --> 00:11:27,147 Tak. Tapi ia berjaya alihkan sedikit perhatian saya. 186 00:11:28,440 --> 00:11:29,858 Seperti sertai kultus. 187 00:11:29,941 --> 00:11:33,445 Tapi awak fikir, "Abaikan politik, saya nak jadi doktor." 188 00:11:34,195 --> 00:11:36,948 Bunyinya seperti skizofrenia? 189 00:11:37,032 --> 00:11:39,534 Tak. Bunyinya seperti awak sedang dalam pengembaraan. 190 00:11:39,618 --> 00:11:41,828 Rasanya saya boleh bantu lebih ramai orang dengan jadi doktor 191 00:11:41,912 --> 00:11:44,748 berbanding bekerja sebagai pembuat polisi. 192 00:11:44,831 --> 00:11:47,417 Itu sisi awak yang sangat berbeza. 193 00:11:48,585 --> 00:11:49,586 Apa itu? 194 00:11:49,669 --> 00:11:52,255 Maksudnya awak banyak berfikir tentang orang lain, 195 00:11:52,339 --> 00:11:54,633 walaupun jejaskan kebahagiaan sendiri, 196 00:11:54,716 --> 00:11:56,134 itulah yang saya nampak. 197 00:11:58,762 --> 00:12:00,222 Awak selalu ada perspektif sendiri? 198 00:12:00,305 --> 00:12:02,849 Sebenarnya, ia kelebihan dan sumpahan. 199 00:12:04,768 --> 00:12:06,228 Tak, ia sangat menyegarkan. 200 00:12:07,854 --> 00:12:10,023 Saya pergi semua janji temu. 201 00:12:10,106 --> 00:12:16,905 Saya tak bergurau, mereka selalu tanya sama ada soalan bosan atau sepintas lalu 202 00:12:16,988 --> 00:12:18,823 atau bercakap tentang diri sendiri. 203 00:12:18,907 --> 00:12:20,909 Tiada komunikasi. 204 00:12:20,992 --> 00:12:22,410 Saya tak iri hati. 205 00:12:24,996 --> 00:12:28,416 Awak pernah rasa seperti… 206 00:12:30,710 --> 00:12:31,962 saya yang bermasalah? 207 00:12:33,129 --> 00:12:35,507 Sebab semua lelaki yang keluar dengan saya, 208 00:12:35,590 --> 00:12:39,344 mereka seperti buah rosak di pasar raya, 209 00:12:39,427 --> 00:12:40,971 mereka memang tak berguna. 210 00:12:43,515 --> 00:12:44,891 Tapi saya fikir… 211 00:12:47,310 --> 00:12:52,816 "Sekejap, adakah saya pun tak beguna dan saya cuma tak nampak?" 212 00:12:53,400 --> 00:12:56,361 Daripada yang saya nampak, awak tiada masalah. 213 00:12:58,530 --> 00:12:59,573 Awak tak kenal saya. 214 00:13:00,365 --> 00:13:04,244 Saya tahu awak gadis hebat yang layak dapat lebih daripada yang awak fikir. 215 00:13:10,959 --> 00:13:12,794 Saya rasa ia dah sedia. 216 00:13:16,923 --> 00:13:19,175 Bagus, sebab saya kesejukan di sini. 217 00:13:25,181 --> 00:13:27,350 Bagaimana jika awak bantu saya? 218 00:13:56,087 --> 00:13:58,215 Teruknya! 219 00:13:59,382 --> 00:14:00,842 Terkena. 220 00:14:02,844 --> 00:14:03,845 Hei, awak nak masuk? 221 00:14:05,305 --> 00:14:06,431 Hangatkan badan. 222 00:14:09,059 --> 00:14:12,812 - Saya akan berbogel. - Saya pun sama. Itu pilih kasih. 223 00:15:36,438 --> 00:15:37,647 Awak pasti saya tak boleh tolong? 224 00:15:38,356 --> 00:15:40,984 Tak, saya dah cakap, ia kejutan! 225 00:15:56,207 --> 00:15:57,375 Ia semua yang kita makan 226 00:15:57,459 --> 00:16:01,338 semasa janji temu pertama yang kita tak sedar ia janji temu sebenarnya. 227 00:16:02,172 --> 00:16:03,423 Melainkan ia versi lebih mewah. 228 00:16:03,506 --> 00:16:05,091 Contohnya, berbanding bagel… 229 00:16:07,093 --> 00:16:09,221 …saya buat doh masam ini. 230 00:16:09,304 --> 00:16:10,388 Kenapa saya nak memakannya? 231 00:16:13,683 --> 00:16:14,684 Ha! Saya serius. 232 00:16:16,686 --> 00:16:17,771 Sekejap, apa? 233 00:16:17,854 --> 00:16:20,774 Berapa kali saya perlu beritahu awak yang saya tak suka roti? 234 00:16:20,857 --> 00:16:23,109 Saya fikir cuma bagel. 235 00:16:23,193 --> 00:16:25,779 Tak, semua roti. Itik tak suka roti. 236 00:16:25,862 --> 00:16:28,323 Awak tak patut beri itik makan roti. 237 00:16:28,406 --> 00:16:31,493 Malah, ia boleh mengembangkan perut kami dan membunuh kami. 238 00:16:31,576 --> 00:16:34,788 Rasanya ia tak muncul dalam carian Google awak, bukan? 239 00:16:35,580 --> 00:16:36,581 - Larry. - Apa? 240 00:16:38,708 --> 00:16:40,043 - Kenapa? - Tiada apa-apa. 241 00:16:40,126 --> 00:16:41,127 Jujur saja. 242 00:16:42,796 --> 00:16:47,050 Satu lagi, awak boleh lupakan karbohidrat itu. Cuma cakap saja. 243 00:17:00,647 --> 00:17:01,648 Hei. 244 00:17:02,649 --> 00:17:03,650 Hei. 245 00:17:05,944 --> 00:17:06,945 Saya memang teruk. 246 00:17:08,112 --> 00:17:09,113 Betul. 247 00:17:10,323 --> 00:17:11,324 Boleh saya… 248 00:17:16,997 --> 00:17:19,748 Awak perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya. 249 00:17:20,958 --> 00:17:23,460 Jelas sekali saya takut kehilangan awak. 250 00:17:24,337 --> 00:17:28,925 Jelas sekali saya rosakkan diri sendiri. Saya benci diri saya kerananya. 251 00:17:32,637 --> 00:17:33,805 Tapi saya sayang awak. 252 00:17:37,392 --> 00:17:38,768 - Betulkah? - Sudah tentu. 253 00:17:38,852 --> 00:17:40,729 Bahagian itu yang buat saya sangat gila. 254 00:17:45,233 --> 00:17:46,484 Awak memang panas baran. 255 00:17:46,568 --> 00:17:48,153 Awak patut jumpa ayah saya. 256 00:17:49,696 --> 00:17:50,697 Saya tak suka. 257 00:17:50,780 --> 00:17:51,781 Saya tak sempurna. 258 00:17:52,782 --> 00:17:56,620 Saya ada dorongan yang saya tak boleh kawal, 259 00:17:56,703 --> 00:17:59,372 mungkin pada tahap biologi tertentu, 260 00:17:59,456 --> 00:18:02,709 tapi saya akan usahakannya, okey? Untuk awak. 261 00:18:05,629 --> 00:18:10,050 Boleh duduk dengan awak? Saya suka dekat dengan awak. 262 00:18:19,226 --> 00:18:20,227 Selesanya. 263 00:18:24,648 --> 00:18:27,275 - Maaf. Lili telefon. - Awak boleh jawab. 264 00:18:33,281 --> 00:18:34,282 Kita okey? 265 00:18:35,408 --> 00:18:37,494 Sebab laman belakang ini istana saya. 266 00:18:37,577 --> 00:18:38,662 Awak pula ratu saya. 267 00:18:40,580 --> 00:18:42,040 Apa yang awak fikirkan? Tak guna! 268 00:18:42,123 --> 00:18:43,792 Awak nak hantar saya ke taman semula. Saya dah agak. 269 00:18:44,376 --> 00:18:46,086 Rasanya kita perlukan kolam. 270 00:18:47,003 --> 00:18:51,591 Seperti air pancut. Seperti penggelembung. Sesuatu yang menenangkan. 271 00:18:52,467 --> 00:18:53,593 Betul. 272 00:19:12,362 --> 00:19:13,655 Awak pergi mana? 273 00:19:13,738 --> 00:19:15,282 Hai pada awak juga. 274 00:19:15,991 --> 00:19:19,035 Awak tolak panggilan saya sepanjang minggu lepas. Jika saya dah bersalin? 275 00:19:19,703 --> 00:19:22,706 - Oh Tuhan. Saya tak terfikir tentangnya. - Awak okey? 276 00:19:22,789 --> 00:19:24,332 Saya okey. Saya… 277 00:19:27,752 --> 00:19:28,753 Saya bertemu seseorang. 278 00:19:28,837 --> 00:19:31,298 Oh Tuhan. Baguslah. 279 00:19:32,132 --> 00:19:33,133 Ia bagus? 280 00:19:33,216 --> 00:19:35,719 Ya, dan dia bagus. 281 00:19:35,802 --> 00:19:37,220 Cuma… 282 00:19:38,722 --> 00:19:40,140 Ia masih awal, 283 00:19:40,223 --> 00:19:41,224 dan… 284 00:19:43,310 --> 00:19:44,311 …dia rumit. 285 00:19:44,394 --> 00:19:46,563 - Dia dah berkahwin? - Tak. 286 00:19:46,646 --> 00:19:47,647 Oh Tuhan. 287 00:19:49,983 --> 00:19:51,443 Saya tak tahu jika saya memang nak… 288 00:19:51,526 --> 00:19:54,487 Tak. Okey. Ia awal. Baru. Saya faham. 289 00:19:54,571 --> 00:19:56,323 Awak cuma perlu tahu saya gembira untuk awak. 290 00:19:56,406 --> 00:19:58,783 Dia patut tahu dia sangat bertuah atau saya akan belasah dia. 291 00:19:58,867 --> 00:19:59,868 Terima kasih, Lil. 292 00:19:59,951 --> 00:20:02,621 Akan periksa serviks awak sekarang. 293 00:20:02,704 --> 00:20:04,539 - Siapa itu? Awak di mana? - Saya di klinik ginekologi, 294 00:20:04,623 --> 00:20:07,083 periksa jika bayi terlebih berat ini muat melalui vagina saya. 295 00:20:07,167 --> 00:20:08,835 Pergilah. Kita berbual nanti. 296 00:20:18,637 --> 00:20:19,930 Larry? 297 00:20:28,855 --> 00:20:30,023 Hai. 298 00:20:30,106 --> 00:20:31,233 Apa itu? 299 00:20:31,316 --> 00:20:32,692 Awak cakap akan balik nanti. 300 00:20:32,776 --> 00:20:34,527 Saya cuma pergi beberapa jam. 301 00:20:34,611 --> 00:20:36,738 Rasanya kita ada definisi "nanti" yang berbeza. 302 00:20:36,821 --> 00:20:41,243 Awak buang air besar di seluruh pangsapuri. 303 00:20:41,326 --> 00:20:43,411 Awak kunci pintu belakang, jadi saya tak boleh keluar. 304 00:20:43,495 --> 00:20:44,496 Apa saya nak buat? 305 00:20:44,579 --> 00:20:47,582 Apa? Tak, sekejap. Jangan salahkan saya. 306 00:20:47,666 --> 00:20:49,251 Saya tak salahkan. Cuma beritahu. 307 00:20:50,752 --> 00:20:52,420 Awak memang teruk. 308 00:20:53,004 --> 00:20:54,464 Itu yang awak suka tentang saya. 309 00:20:55,048 --> 00:20:57,968 Awak buang air besar di buku Ujian Kemasukan Koleh Perubatan saya. 310 00:20:58,051 --> 00:21:01,137 Saya buang air besar atas semuanya. Saya takkan fikir tentangnya. 311 00:21:01,221 --> 00:21:04,724 Saya terlalu fikir tentangnya? Saya dah gila? 312 00:21:05,559 --> 00:21:07,060 Ia tak bermaksud apa-apa? 313 00:21:07,143 --> 00:21:09,479 Hei, awak yang cakap, bukan saya. 314 00:21:13,525 --> 00:21:14,568 Hei. 315 00:21:17,362 --> 00:21:18,572 Apa yang kita buat? 316 00:21:18,655 --> 00:21:19,656 Apa maksud awak? 317 00:21:19,739 --> 00:21:21,366 Ia tak sihat. 318 00:21:21,449 --> 00:21:24,536 Ah, siapa peduli tentang kesihatan? Kesihatan membosankan. 319 00:21:24,619 --> 00:21:26,288 Kesihatan tak memenatkan. 320 00:21:27,789 --> 00:21:28,790 Ini memenatkan. 321 00:21:29,749 --> 00:21:30,750 Awak percaya saya? 322 00:21:32,878 --> 00:21:37,048 - Sejujurnya saya tak percaya sekarang. - Baiklah. 323 00:21:39,467 --> 00:21:40,510 Kenapa? 324 00:21:41,011 --> 00:21:42,846 Saya nak cuba sesuatu, dan jika ia gagal, 325 00:21:42,929 --> 00:21:44,180 awak tak perlu bercakap dengan saya lagi. 326 00:21:44,264 --> 00:21:45,265 Okey? 327 00:21:45,348 --> 00:21:48,560 Tapi saya nak awak percayakan saya selama beberapa jam lagi. 328 00:21:51,688 --> 00:21:52,981 - Baiklah. - Bagus. 329 00:21:53,064 --> 00:21:54,858 Tanggalkan seluar dan baring. 330 00:21:57,277 --> 00:21:58,278 Sekarang? 331 00:21:59,654 --> 00:22:01,489 - Di lantai? - Ia bersih. 332 00:22:02,365 --> 00:22:03,491 Bersih, bukan? 333 00:22:04,117 --> 00:22:05,827 Banyak yang awak dah buat untuk orang lain. 334 00:22:05,911 --> 00:22:07,203 Banyak yang awak dah buat untuk saya. 335 00:22:07,287 --> 00:22:10,206 Jadi saya cuma nak buat sesuatu untuk awak. 336 00:22:38,276 --> 00:22:39,277 Apa? 337 00:22:47,535 --> 00:22:48,620 Oh Tuhan. 338 00:23:03,051 --> 00:23:04,636 Oh Tuhan! 339 00:23:04,719 --> 00:23:05,971 Oh Tuhan! 340 00:23:24,114 --> 00:23:25,949 Alamak! 341 00:23:35,041 --> 00:23:36,042 Alamak! 342 00:23:38,044 --> 00:23:39,045 Tak guna! 343 00:23:41,339 --> 00:23:43,592 Alamak! 344 00:23:51,725 --> 00:23:53,226 - Saya terlalu lambat? - Ia soalan serius? 345 00:23:53,310 --> 00:23:55,979 Tolonglah! Saya buat kesilapan dungu. 346 00:23:56,062 --> 00:23:58,565 Ya. Saya… Maaf. Awak perlu daftar semula pada November. 347 00:23:58,648 --> 00:24:00,609 Sekejap. Ia tiga bulan lagi. 348 00:24:01,234 --> 00:24:02,819 Siapa tahu jika saya… 349 00:24:05,655 --> 00:24:06,698 Awak okey? 350 00:24:14,998 --> 00:24:17,417 Hei. Bukankah hari ini hari penting? 351 00:24:18,627 --> 00:24:19,628 Bagaimana? 352 00:24:21,796 --> 00:24:23,381 - Ia tak berlaku. - Apa yang berlaku? 353 00:24:28,178 --> 00:24:29,429 Saya terlupa. 354 00:24:32,098 --> 00:24:33,350 Saya terlupa Ujian Kemasukan Kolej Perubatan. 355 00:24:33,433 --> 00:24:34,434 Awak… Apa? 356 00:24:36,144 --> 00:24:37,896 Selepas berbulan-bulan belajar… 357 00:24:40,148 --> 00:24:41,983 saya rosakkannya. 358 00:24:42,067 --> 00:24:44,110 Saya bersimpati, sayang. 359 00:24:44,194 --> 00:24:45,195 Aduhai! 360 00:24:45,820 --> 00:24:47,113 Mungkin ia nasib malang yang ada kelebihannya. 361 00:24:47,197 --> 00:24:48,240 Bagaimana? 362 00:24:48,323 --> 00:24:51,201 Sekarang awak ada masa 363 00:24:51,284 --> 00:24:53,954 untuk fikir perkara yang awak memang nak buat. 364 00:24:55,497 --> 00:24:56,706 Saya nak jadi doktor. 365 00:24:56,790 --> 00:24:59,501 Awak juga nak libatkan diri dalam politik. 366 00:24:59,584 --> 00:25:02,879 Awak banyak ubah fikiran. Tiada salahnya tentang itu. 367 00:25:03,547 --> 00:25:05,382 Saya rasa nak merangkak dalam lubang. 368 00:25:05,465 --> 00:25:09,177 Saya akan merangkak dalam lubang itu bersama awak, okey? 369 00:25:12,222 --> 00:25:13,974 Awak dah pesan makanan bawa pulang? 370 00:25:19,771 --> 00:25:20,814 Helo? 371 00:25:21,982 --> 00:25:25,193 Oh Tuhan. Dah sebulan awak tak telefon atau mesej saya! 372 00:25:25,277 --> 00:25:26,278 Saya fikir awak dah mati! 373 00:25:26,361 --> 00:25:27,571 Apa awak buat di sini? 374 00:25:27,654 --> 00:25:29,447 Saya mengandung 375 00:25:29,531 --> 00:25:32,325 dan memandu ke sini dalam keadaan gelombang haba 376 00:25:32,409 --> 00:25:34,411 untuk periksa keadaan awak. 377 00:25:34,911 --> 00:25:36,580 Benarkan saya masuk dan… 378 00:25:36,663 --> 00:25:38,039 dan beri saya segelas air. 379 00:25:38,123 --> 00:25:40,542 Sekejap, tunggu sekejap. Saya akan turun. 380 00:25:40,625 --> 00:25:41,960 - Sekejap. - Dia ada di dalam? 381 00:25:42,043 --> 00:25:43,712 Tak. Saya akan turun. Sekejap. 382 00:25:48,383 --> 00:25:49,759 Saya nak keluar selama beberapa jam. 383 00:25:49,843 --> 00:25:52,929 Awak tahu saya cemas apabila awak keluar terlalu lama. 384 00:25:53,847 --> 00:25:55,557 Kakak saya di bawah, 385 00:25:56,850 --> 00:25:58,268 dan saya tak boleh benarkan dia masuk, jadi, saya... 386 00:25:58,351 --> 00:25:59,352 Kenapa? 387 00:26:00,979 --> 00:26:03,440 Hei! Kenapa? 388 00:26:11,865 --> 00:26:13,909 Awak tak suka kakak awak. 389 00:26:14,534 --> 00:26:15,535 Tidak. 390 00:26:15,619 --> 00:26:17,954 Jangan tipu diri sendiri. Sebab itu awak pindah ke sini. 391 00:26:18,038 --> 00:26:20,624 Untuk larikan diri daripada dia dan penilaiannya. 392 00:26:30,550 --> 00:26:32,469 Saya cuma cuba keluar dari rumah itu. 393 00:26:34,971 --> 00:26:37,265 Awak nak abaikan saya sekarang. 394 00:26:37,349 --> 00:26:39,142 Saya akan panaskan makanan untuk awak. 395 00:26:39,226 --> 00:26:41,102 - Jangan pura-pura tak faham. - Tak. 396 00:26:41,186 --> 00:26:42,604 Perempuan tak guna dungu! 397 00:26:46,149 --> 00:26:47,901 - Ia tak kelakar. - Saya tak bergurau. 398 00:26:48,485 --> 00:26:50,737 - Jangan panggil saya begitu. - Jangan bersikap begitu. 399 00:26:53,281 --> 00:26:54,866 Saya nak keluar sekejap. 400 00:26:56,201 --> 00:26:58,328 Jangan buang air besar atas apa-apa sementara saya keluar. 401 00:26:58,411 --> 00:26:59,746 Apa ini? 402 00:27:04,918 --> 00:27:05,919 Saya berdarah. 403 00:27:06,002 --> 00:27:07,379 Saya simpati awak cedera. 404 00:27:07,963 --> 00:27:08,964 Awak buat saya cedera. 405 00:27:09,047 --> 00:27:10,674 Saya simpati awak anggap ia begitu. 406 00:27:14,678 --> 00:27:16,429 Penkek daun bawang nampak enak. 407 00:27:18,265 --> 00:27:19,266 Kenapa dengan muka awak? 408 00:27:21,226 --> 00:27:22,227 Apa? 409 00:27:25,188 --> 00:27:26,690 Saya terluka. 410 00:27:27,524 --> 00:27:29,901 Sayang, boleh kita fikir apa kita nak pesan nanti? 411 00:27:30,569 --> 00:27:31,861 Saya sangat risau tentang awak. 412 00:27:31,945 --> 00:27:34,447 Saya dah cakap saya okey. Tak perlu risaukan saya. 413 00:27:35,073 --> 00:27:36,908 Dengar, saya gembira awak jumpa seseorang. 414 00:27:36,992 --> 00:27:38,952 Tapi kekasih yang bagus tak halang awak buat apa awak nak. 415 00:27:39,035 --> 00:27:40,787 Dia tak buat begitu, Lili. 416 00:27:42,872 --> 00:27:46,793 Dia jauhkan saya daripada awak, dan itu lebih bagus untuk saya. 417 00:27:47,919 --> 00:27:50,547 Awak selalu beri saya tekanan supaya bercinta. 418 00:27:51,715 --> 00:27:53,258 Serta tanya tentang masa depan. 419 00:27:53,341 --> 00:27:55,719 Saya cuma nak awak tahu apa yang buat awak gembira. 420 00:27:55,802 --> 00:27:57,846 Tapi, lihatlah, cara awak cakap tentangnya. 421 00:27:58,346 --> 00:27:59,764 Mungkin saya gembira. 422 00:27:59,848 --> 00:28:02,017 Baguslah. Seseorang patut gembira. 423 00:28:02,934 --> 00:28:04,144 Awak tak gembira? 424 00:28:04,227 --> 00:28:06,146 Sudah tentu tidak. 425 00:28:06,730 --> 00:28:09,274 Anak ini tak disengajakan. 426 00:28:09,357 --> 00:28:11,985 Saya dan Andrew jarang berasmara, jadi ini sangat mengejutkan. 427 00:28:12,068 --> 00:28:15,113 Apa pun, dia akan dilahirkan dan saya akan sayang dia. 428 00:28:15,196 --> 00:28:17,407 Tapi saya berharap dapat tubuh saya semula. 429 00:28:17,490 --> 00:28:18,617 Serta hidup saya semula. 430 00:28:22,579 --> 00:28:23,788 Saya terlepas Ujian Kemasukan Kolej Perubatan. 431 00:28:23,872 --> 00:28:24,956 Apa? Kenapa? 432 00:28:25,540 --> 00:28:27,792 Saya tak rasa saya sesuai untuk jadi doktor. 433 00:28:27,876 --> 00:28:29,127 Apa maksud awak? 434 00:28:29,211 --> 00:28:31,922 Saya selalu ubah fikiran. 435 00:28:32,964 --> 00:28:35,508 Saya selalu persoalkan pilihan saya. 436 00:28:36,259 --> 00:28:37,594 Saya tak boleh jaga diri sendiri. 437 00:28:37,677 --> 00:28:40,096 Apa yang buat saya fikir saya layak jaga orang lain? 438 00:28:40,180 --> 00:28:41,806 Apa? Tak, itu mengarut. 439 00:28:42,307 --> 00:28:44,392 Awak antara orang yang paling bijak. dan paling penyayang saya kenal. 440 00:28:44,476 --> 00:28:47,270 Semasa ayah sakit, awak sentiasa ada, 441 00:28:47,354 --> 00:28:49,814 tanya soalan yang betul, lebih bagus daripada saya. 442 00:28:49,898 --> 00:28:52,317 Sebab saya masih bujang dan sangat bergantung dengan dia. 443 00:28:52,400 --> 00:28:55,028 Tak. Sebab awak orang baik. 444 00:28:56,154 --> 00:28:58,073 Awak orang baik. 445 00:28:58,698 --> 00:28:59,950 Dia buat awak fikir begitu? 446 00:29:04,746 --> 00:29:06,539 Dengar, jika lelaki itu buat awak rasa teruk, 447 00:29:06,623 --> 00:29:09,542 saya sumpah, saya akan ke sana dan bunuh dia, 448 00:29:09,626 --> 00:29:12,295 dan mereka boleh penjarakan saya. Saya serius. 449 00:29:20,387 --> 00:29:21,805 Jangan. Mari pesan makanan. 450 00:29:29,813 --> 00:29:32,482 Tolong jangan bersalin semasa memandu pulang. 451 00:29:32,566 --> 00:29:34,484 Jika saya bersalin, ia salah awak. 452 00:29:36,528 --> 00:29:37,529 Saya sayang awak. 453 00:29:38,655 --> 00:29:39,739 Jawab telefon. 454 00:29:43,326 --> 00:29:45,328 RESTORAN THE GREAT WALL 455 00:30:06,766 --> 00:30:07,934 Terima kasih kerana datang… 456 00:30:08,018 --> 00:30:10,061 - Elisa? - …saya tak tahu nak telefon siapa lagi. 457 00:30:16,651 --> 00:30:18,737 Hei, kawan. 458 00:30:19,279 --> 00:30:22,490 Kenapa naga berjambang itu ada di sini? Siapa benarkan awak masuk? 459 00:30:23,825 --> 00:30:25,994 Seseorang agak marah. 460 00:30:26,077 --> 00:30:28,163 Jangan risau. Saya takkan apa-apakan awak. 461 00:30:28,246 --> 00:30:32,125 Jika si dungu itu fikir dia boleh perdayakan saya… 462 00:30:32,208 --> 00:30:35,879 Elisa? Sayang? Elisa. Perempuan tak guna hodoh yang dungu. 463 00:30:35,962 --> 00:30:38,381 Ia idea awak? Perempuan murah pengkhianat! 464 00:30:38,465 --> 00:30:40,008 Ia memang banyak bercakap, bukan? 465 00:30:40,091 --> 00:30:41,551 Okey, tak guna, jauhkan diri daripada saya. 466 00:30:41,635 --> 00:30:42,636 - Okey. - Elisa? 467 00:30:42,719 --> 00:30:44,888 Di sini. Oh! Ya! 468 00:30:45,388 --> 00:30:46,598 Okey. 469 00:30:47,974 --> 00:30:51,811 Semuanya dah selesai. Masa untuk pergi. 470 00:30:51,895 --> 00:30:54,231 Saya takkan pergi. Ini pangsapuri saya. 471 00:30:54,314 --> 00:30:56,733 Elisa, saya akan bunuh awak! 472 00:31:02,113 --> 00:31:04,658 KAWALAN HAIWAN 473 00:31:04,741 --> 00:31:06,743 - Hei. - Hei. 474 00:31:07,702 --> 00:31:09,162 Terima kasih sekali lagi. 475 00:31:09,246 --> 00:31:11,498 Ya. Ia tugas saya. 476 00:31:13,208 --> 00:31:16,545 Oh Tuhan. Maaf. Saya perlu bayar awak? 477 00:31:16,628 --> 00:31:19,339 Tak. Saya perkhidmatan perbandaran. Bandar ini bayar saya. 478 00:31:20,507 --> 00:31:23,969 Saya nak pastikan awak okey. 479 00:31:24,052 --> 00:31:26,471 Awak nampak takut tadi. 480 00:31:28,181 --> 00:31:29,182 Ya. 481 00:31:33,937 --> 00:31:36,189 Agak sukar dengan itik itu. 482 00:31:36,273 --> 00:31:38,567 Ya. 483 00:31:38,650 --> 00:31:42,862 Ia haiwan agresif yang aneh. 484 00:31:42,946 --> 00:31:45,240 Awak fikir ia comel dan mudah dipeluk, 485 00:31:45,323 --> 00:31:48,243 tapi sebenarnya ia sangat kejam. 486 00:31:48,326 --> 00:31:50,370 Khususnya itik jantan. 487 00:31:50,912 --> 00:31:52,998 Saya terkejut awak berjaya bertahan selama ini. 488 00:31:53,915 --> 00:31:55,917 Mengejutkan awak mampu bertahan. 489 00:31:57,210 --> 00:32:00,422 Awak ada baca artikel dalam The New Yorker, rasanya? 490 00:32:00,505 --> 00:32:04,259 Ia tentang seks itik dan sistem baka. 491 00:32:04,342 --> 00:32:07,762 Ia memang mengejutkan. 492 00:32:09,598 --> 00:32:12,017 Maaf. Saya bukan orang aneh. Sumpah. 493 00:32:12,100 --> 00:32:15,645 Saya cuma nerda sains. 494 00:32:17,147 --> 00:32:18,231 - Awak pun sama? - Ya. 495 00:32:18,315 --> 00:32:19,316 Apa? 496 00:32:19,399 --> 00:32:20,859 - Saya… Ya. - Okey! Lihatlah, ya. 497 00:32:20,942 --> 00:32:22,110 Bila awak akan ambil Ujian Kemasukan Kolej Perubatan? 498 00:32:22,193 --> 00:32:24,404 Sebenarnya, dalam beberapa bulan lagi, 499 00:32:24,487 --> 00:32:27,657 dan saya cuba fokus semula. 500 00:32:28,950 --> 00:32:30,869 Awak nak tumpang ke taman? 501 00:32:30,952 --> 00:32:32,162 Saya perlu hantar si tak guna ini 502 00:32:32,245 --> 00:32:33,622 - ke kolam semula, jadi… - Tak. 503 00:32:35,123 --> 00:32:37,083 Lihatlah si kecil itu, bukan? 504 00:32:37,167 --> 00:32:40,921 Ya, saya rasa saya perlu bersama manusia. 505 00:32:41,838 --> 00:32:43,381 Jadi saya akan cari kafe. 506 00:32:43,465 --> 00:32:46,551 Jika nak haiwan peliharaan selepas ini, pelihara anjing. 507 00:32:46,635 --> 00:32:48,011 Saya ada dua anjing yang diselamatkan. 508 00:32:48,094 --> 00:32:51,264 Governor… Sebenarnya sebutannya "Guv'nor,"… 509 00:32:51,348 --> 00:32:53,850 dan Axel Foley di rumah dan ia memang terbaik. 510 00:32:56,728 --> 00:32:57,771 Saya tak rasa 511 00:32:58,438 --> 00:33:01,233 nak pelihara makluk hidup lain sekarang. 512 00:33:03,652 --> 00:33:05,070 Kecuali diri sendiri. 513 00:33:06,780 --> 00:33:11,743 Rasanya jika awak terlibat dalam situasi haiwan liar lain, 514 00:33:11,826 --> 00:33:13,662 awak tahu mana nak cari saya. 515 00:33:16,039 --> 00:33:19,834 Atau sebenarnya, jika awak nak pergi minum. 516 00:33:23,588 --> 00:33:25,674 Saya baru berpisah 517 00:33:27,092 --> 00:33:28,760 lima saat lalu. 518 00:33:28,843 --> 00:33:30,554 Tak, saya faham. Terlalu cepat. 519 00:33:31,471 --> 00:33:33,807 Tiada masalah. Baiklah, jadi… 520 00:33:38,520 --> 00:33:40,605 Hei, mungkin, 521 00:33:40,689 --> 00:33:43,817 boleh saya hubungi awak dalam beberapa bulan? 522 00:33:44,484 --> 00:33:46,778 Selepas Ujian Kemasukan Kolej Perubatan? 523 00:33:47,320 --> 00:33:50,240 Melainkan mungkin awak dah jumpa doktor yang baik waktu itu. 524 00:33:52,576 --> 00:33:54,995 Saya tak perlu bertemu doktor baik. 525 00:33:55,996 --> 00:33:58,582 Sebab saya doktor baik. 526 00:34:25,358 --> 00:34:27,277 BERDASARKAN BUKU OLEH CECELIA AHERN 527 00:35:31,341 --> 00:35:33,343 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid