1 00:00:18,478 --> 00:00:22,190 Wanita yang Pulangkan Suaminya 2 00:00:23,525 --> 00:00:26,319 Sudah tentu, tajuk adalah rujukan untuk tempat ini. 3 00:00:26,403 --> 00:00:28,280 Tapi lebih tepat lagi, 4 00:00:28,863 --> 00:00:32,033 ia merujuk kepada wanita imigran yang menjadikan Amerika, 5 00:00:32,116 --> 00:00:35,328 seperti yang ditunjukkan melalui tekstil dari negara asal mereka. 6 00:00:35,412 --> 00:00:38,748 Wanita seperti ibu saya ini. 7 00:00:42,460 --> 00:00:43,920 Boleh beritahu lebih lagi 8 00:00:44,004 --> 00:00:46,464 tentang sumber bahan untuk pameran ini secara khususnya? 9 00:00:46,548 --> 00:00:48,717 Ya. Kami tingkatkannya dari seluruh dunia. 10 00:00:48,800 --> 00:00:49,843 Ia mengelilingi… 11 00:00:49,926 --> 00:00:51,428 SAREENA MISHRA KARYA TERKINI 2021 12 00:01:00,687 --> 00:01:03,023 Awak habiskan lebih banyak masa berbual dengan pengawal keselamatan 13 00:01:03,106 --> 00:01:04,773 berbanding dengan Sareena dan kawan-kawannya. 14 00:01:04,858 --> 00:01:08,194 Maurice, dari Senegal. Lelaki yang baik. 15 00:01:08,278 --> 00:01:10,363 Saya sangat malu dengan kelakuan awak. 16 00:01:12,073 --> 00:01:15,035 - Berapa lama awak nak? 50 saat? - 45 saat saja. 17 00:01:18,330 --> 00:01:20,749 Kenapa awak jadikannya masalah? 18 00:01:21,333 --> 00:01:23,209 Bukan saya. Awak. 19 00:01:24,669 --> 00:01:28,006 Akhirnya saya dapat keluar dari rumah ini untuk buat sesuatu yang baru 20 00:01:28,089 --> 00:01:30,508 dan jumpa orang baru, tapi tak. 21 00:01:30,592 --> 00:01:33,845 Tak! Sebaliknya, kita balik apabila awak nak balik 22 00:01:33,929 --> 00:01:37,974 untuk buat perkara lama yang membosankan. 23 00:01:38,058 --> 00:01:40,644 Awak tak perlu beredar. Awak boleh naik teksi untuk balik. 24 00:01:43,688 --> 00:01:44,940 Ini dia. Ambillah. 25 00:01:47,192 --> 00:01:48,610 Beritahu saya jika tak cukup panas. 26 00:01:50,028 --> 00:01:55,700 Ia okey. Oh Tuhan. Saya tak tahu kenapa dengan awak. 27 00:01:55,784 --> 00:01:58,286 Ini lebih teruk daripada mengarut. 28 00:01:59,871 --> 00:02:01,706 Saya perlukan garpu, sayang. 29 00:02:06,294 --> 00:02:10,215 Selamat hari jadi 30 00:02:12,133 --> 00:02:14,344 Semoga awak panjang umur dan hidup gembira, Anu. 31 00:02:14,427 --> 00:02:16,388 Semoga Tuhan rahmati awak dan Vikas, 32 00:02:16,471 --> 00:02:18,848 dan beri bertahun-tahun lagi… 33 00:02:20,183 --> 00:02:21,351 Hei, Anu, awak menangis? 34 00:02:21,434 --> 00:02:22,435 Tak. 35 00:02:23,144 --> 00:02:26,231 Jangan sedih sebab awak semakin tua. Kita semua sama. 36 00:02:26,314 --> 00:02:28,108 - Ya! - Ya. Lihatlah Nalini. 37 00:02:28,191 --> 00:02:31,403 Pernah jadi sangat cantik, sekarang nampak sangat letih. 38 00:02:31,486 --> 00:02:33,238 Doktor cakap saya hidapi anemia. 39 00:02:33,321 --> 00:02:37,492 Tak, ia Vik. Saya dah tak tahan dengan dia. 40 00:02:39,327 --> 00:02:40,579 - Tolonglah. - Oh Tuhan. 41 00:02:40,662 --> 00:02:42,497 - Manu ada gunakan aplikasi. - Saya tak tahu apa… 42 00:02:42,581 --> 00:02:43,999 Dia mula buat bunyi. 43 00:02:44,082 --> 00:02:46,877 Tak. Saya serius kali ini. 44 00:02:49,880 --> 00:02:55,093 Di persembahan artisnya malam tadi, saya nampak Sareena jalani kehidupan bebas. 45 00:02:55,677 --> 00:02:58,305 Sudah tentu Vik buat kami pulang awal tanpa sebab. 46 00:02:58,388 --> 00:03:00,056 Saya hidangkan makan malam untuk dia, dan ia… 47 00:03:00,557 --> 00:03:06,271 ia cuma rutin setiap hari, dan saya rasa terperangkap. 48 00:03:06,354 --> 00:03:07,522 Ya, tapi apa itu perkahwinan 49 00:03:07,606 --> 00:03:10,609 jika bukan perjanjian untuk dua orang terperangkap bersama selamanya? 50 00:03:11,234 --> 00:03:12,694 Tapi adakah saya tahu tentangnya? 51 00:03:13,278 --> 00:03:16,239 Saya berkahwin tanpa tahu bagaimana keadaannya nanti. 52 00:03:16,323 --> 00:03:18,909 Saya sangat muda, dungu. 53 00:03:18,992 --> 00:03:21,703 Kita sama. Ia perkahwinan diaturkan. 54 00:03:22,871 --> 00:03:24,247 Apa kita boleh buat selain daripada bertahan? 55 00:03:25,498 --> 00:03:26,958 Boleh kita buat pesanan sekarang? 56 00:03:27,042 --> 00:03:29,544 Tapi, Pushpa, tak, saya tak nak bertahan. 57 00:03:29,628 --> 00:03:34,216 Saya nak gembira, dan Vik menghalang saya. 58 00:03:34,299 --> 00:03:35,675 Hei, daripada apa? 59 00:03:36,301 --> 00:03:38,470 Awak rasa apa perkara penting yang awak terlepas? 60 00:03:46,102 --> 00:03:51,066 Saya 60 tahun dan saya cuma lengkapkan keperluan dia, 61 00:03:51,733 --> 00:03:53,568 dan dia tak pernah lengkapkan keperluan saya. 62 00:03:54,945 --> 00:03:56,905 Saya tahu ia tak sepatutnya jadi begini. 63 00:03:58,490 --> 00:04:00,325 Awak boleh pulangkan dia. 64 00:04:02,118 --> 00:04:03,328 - Apa? - Udaya, 65 00:04:03,411 --> 00:04:05,163 apa yang awak mengarut? 66 00:04:05,247 --> 00:04:07,582 Di Amerika, jika awak tak suka suami awak, 67 00:04:07,666 --> 00:04:10,877 tukar saja dia dan dapatkan suami baru. 68 00:04:11,836 --> 00:04:13,588 Tak boleh. 69 00:04:13,672 --> 00:04:19,636 Maksud saya, jika awak tak gembira, buat diri awak gembira, Anu. 70 00:04:19,719 --> 00:04:21,096 Gembira? 71 00:04:21,596 --> 00:04:23,682 Orang terlalu pentingkan kegembiraan sekarang. 72 00:04:24,182 --> 00:04:26,476 Hidup bukan tentang gembira saja. 73 00:04:26,560 --> 00:04:28,603 Hidup adalah tentang bertahan dengan perkara sukar. 74 00:04:29,854 --> 00:04:32,023 Boleh kita pesan makanan sekarang 75 00:04:32,107 --> 00:04:33,650 sebelum saya pengsan sebab lapar? 76 00:04:34,150 --> 00:04:37,696 Perut saya dah menggeram. 77 00:04:37,779 --> 00:04:40,198 Maaf. Kami dah sedia nak pesan makanan. 78 00:04:40,282 --> 00:04:42,826 Boleh saya pesan untuk semua? Ia lebih cepat. 79 00:05:38,798 --> 00:05:40,383 WARANTI SUAMI 80 00:05:42,427 --> 00:05:44,512 Kenapa awak nak pulangkannya hari ini? 81 00:05:45,597 --> 00:05:46,598 Sebabnya? 82 00:05:46,681 --> 00:05:48,934 Ya, puan. Apa sebab awak nak pulangkan suami awak? 83 00:05:51,937 --> 00:05:53,188 Di mana saya nak mulakan? 84 00:05:55,607 --> 00:06:00,111 Ya, rasanya sebab utama adalah melihat 20 tahun akan datang, 85 00:06:00,195 --> 00:06:03,031 dengan keizinan Tuhan, dan saya nak perkara berbeza. 86 00:06:04,115 --> 00:06:09,829 Daripada saya. Cakap saja. Nak sesuatu yang berbeza daripada saya. 87 00:06:09,913 --> 00:06:13,959 Pilihan kami adalah: "tak sihat," "kerosakan pembuatan," "sampai lewat," 88 00:06:14,042 --> 00:06:15,460 "rosak semasa sampai," "tak sesuai." 89 00:06:15,544 --> 00:06:17,420 Pilih saja "tak sesuai"… 90 00:06:19,297 --> 00:06:20,298 lagi. 91 00:06:21,883 --> 00:06:23,718 Ya, saya juga ada… 92 00:06:24,636 --> 00:06:28,014 Tak tahu jika awak perlukannya… Ia waranti suami? 93 00:06:28,098 --> 00:06:29,808 Ya. Terima kasih. 94 00:06:30,976 --> 00:06:34,271 Wah! Perkahwinan selama 37 tahun. 95 00:06:34,771 --> 00:06:37,107 Saya tahu ia dah berakhir, tapi apa pun, ia pencapaian hebat, 96 00:06:37,190 --> 00:06:38,191 jadi, tahniah. 97 00:06:39,442 --> 00:06:40,485 Terima kasih. 98 00:06:44,155 --> 00:06:46,866 Jadi, apa pula sekarang? 99 00:06:47,450 --> 00:06:51,246 En. Vikas, kami akan bawa awak ke belakang, 100 00:06:51,329 --> 00:06:56,167 menilai harga berdasarkan usia, kualiti, sejarah, kemahiran relevan… 101 00:06:56,251 --> 00:06:57,294 Okey. 102 00:06:57,377 --> 00:07:01,339 Jangan dengar cakap isteri saya tentang kemahiran, sebab saya banyak kemahiran. 103 00:07:01,423 --> 00:07:03,800 Banyak yang saya tahu tentang geografi, saya… 104 00:07:03,884 --> 00:07:06,803 Jika begitu kami akan kemaskini awak dan buat penambah baikan yang perlu 105 00:07:06,887 --> 00:07:09,890 sebelum tempatkan awak semula untuk tujuan penjualan semula. 106 00:07:10,599 --> 00:07:11,892 Penjualan semua? 107 00:07:11,975 --> 00:07:14,436 Di sini, bahagian suami. 108 00:07:14,519 --> 00:07:17,022 SUAMI 109 00:07:18,023 --> 00:07:21,693 Okey, Anu. Jadi, rasanya sampai di sini saja. 110 00:07:23,361 --> 00:07:26,489 Okey. Terima kasih, Vik. 111 00:07:26,573 --> 00:07:27,699 Baiklah, jadi… 112 00:07:31,077 --> 00:07:33,288 DIPULANGKAN 113 00:07:33,371 --> 00:07:34,372 Baiklah. 114 00:07:38,209 --> 00:07:39,628 Saya Ibrahim. Selamat datang. 115 00:07:39,711 --> 00:07:41,087 Hei. Saya Sal. 116 00:07:41,171 --> 00:07:42,547 Saya Vikas. 117 00:07:46,760 --> 00:07:49,554 Akan ambil nombor terakhir untuk pertukaran awak, 118 00:07:49,638 --> 00:07:51,556 kemudian hubungan kamu akan berakhir secara rasmi. 119 00:07:51,640 --> 00:07:55,685 Pertukaran? Tak, saya tak nak suami lain. 120 00:07:56,436 --> 00:07:59,522 Malangnya saya cuma boleh tawarkan pertukaran suami di kedai 121 00:07:59,606 --> 00:08:01,441 atau isteri dengan nilai yang sama atau lebih rendah. 122 00:08:01,524 --> 00:08:03,401 Tapi saya dah periksa dan syarat perjanjian bertulis… 123 00:08:03,485 --> 00:08:04,861 Malangnya, 124 00:08:04,945 --> 00:08:08,406 ia tak dikuatkuasakan untuk belian luar negara sebelum 1986. 125 00:08:21,753 --> 00:08:22,879 Tisu? 126 00:08:23,922 --> 00:08:24,923 Terima kasih. 127 00:08:31,137 --> 00:08:32,931 Awak nak tonton TV? 128 00:08:33,431 --> 00:08:35,140 Ya. Apa saja yang awak nak buat. 129 00:08:36,433 --> 00:08:39,520 Okey. Bagaimana dengan berita? 130 00:08:40,272 --> 00:08:41,565 Berita memang sempurna. 131 00:08:44,067 --> 00:08:46,236 Mereka memahami jika kedua pihak tak kembali 132 00:08:46,319 --> 00:08:48,280 di meja rundingan menjelang awal minggu depan, 133 00:08:48,363 --> 00:08:50,448 peluang nampaknya tidak bagus untuk mencapai resolusi 134 00:08:50,532 --> 00:08:52,784 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan muncul. 135 00:08:52,867 --> 00:08:55,537 Jurucakap tunjuk perasaan di hotel akan datang hari ini. 136 00:08:56,037 --> 00:09:00,166 Kedudukan dan fail kekal optimis yang kontrak baru boleh dipersetujui… 137 00:09:15,390 --> 00:09:19,644 Sebelum bertemu Vik, saya nak jadi pelukis. 138 00:09:20,979 --> 00:09:22,564 Rasanya sebab itu saya pilih awak. 139 00:09:24,065 --> 00:09:28,612 Saya gembira. Awak tahu awak wanita hebat? 140 00:09:34,534 --> 00:09:37,996 Awak pernah nak jadi pelukis? 141 00:09:38,079 --> 00:09:40,081 Tak pernah. 142 00:09:40,165 --> 00:09:41,750 Mari lihat. 143 00:09:41,833 --> 00:09:45,295 Saya pernah jadi kaunselor kem harian dan pencedok aiskrim. 144 00:09:45,795 --> 00:09:48,590 Saya pernah bekerja di Sears di bilik stok. 145 00:09:49,466 --> 00:09:50,967 Saya suka Sears. 146 00:09:52,344 --> 00:09:54,221 Kemudian saya buat banyak kerja di kolej. 147 00:09:54,304 --> 00:09:58,475 Saya pemandu pelancong kampus. Saya uruskan terbang kelawar di Costa Rica. 148 00:09:58,558 --> 00:09:59,726 Kisah yang panjang. 149 00:10:01,895 --> 00:10:05,523 Habiskan musim panas baiki kerusi pejabat. Kisah yang lebih panjang. 150 00:10:05,607 --> 00:10:07,234 Saya pernah jadi model. 151 00:10:07,734 --> 00:10:08,944 Awak pernah jadi model? 152 00:10:09,611 --> 00:10:10,612 Sekejap. 153 00:10:11,529 --> 00:10:14,074 Model fesyen? 154 00:10:29,923 --> 00:10:31,424 Ayuh, Anu. Awak boleh buat. 155 00:10:31,508 --> 00:10:33,969 Tak boleh. Semuanya teruk. 156 00:10:34,052 --> 00:10:35,637 Bukan semuanya teruk. 157 00:10:36,555 --> 00:10:38,890 Sudahlah, saya akan lihat. 158 00:10:45,605 --> 00:10:50,443 Ia hebat. Sangat hebat. 159 00:10:50,527 --> 00:10:52,821 Ya. Lebih banyak awak cakap "hebat, sangat hebat," 160 00:10:52,904 --> 00:10:54,322 saya lebih tahu yang ia penipuan. 161 00:10:54,406 --> 00:10:58,535 Betul. Ia usaha pertama yang hebat. Ia dinamik. 162 00:10:59,578 --> 00:11:02,372 Ya, awak gunakan semua perspektif, bukan? 163 00:11:02,455 --> 00:11:04,916 Perkadaran awak sempurna. 164 00:11:06,418 --> 00:11:09,004 - Tak mengapa, awak boleh relaks. - Saya relaks. 165 00:11:09,087 --> 00:11:11,506 Betulkah? Sebab bahu awak mencecah telinga. 166 00:11:13,592 --> 00:11:15,844 Ia kelakar, ibu saya juga pernah buat begitu. 167 00:11:21,141 --> 00:11:22,809 Saya mengingatkan awak kepada ibu awak? 168 00:11:23,810 --> 00:11:26,354 Sedikit, tapi bukan dengan cara menakutkan. 169 00:11:31,735 --> 00:11:36,281 "Bagi saya, senaman lebih daripada fizikal. Ia terapeutik." 170 00:11:37,157 --> 00:11:38,825 Michelle Obama. 171 00:11:40,035 --> 00:11:42,579 Saya sentiasa nak sihat. 172 00:11:44,247 --> 00:11:48,752 "Awak perlu bersenam atau awak akan hadapi masalah nanti," 173 00:11:50,587 --> 00:11:53,590 Barack Obama, jelas sekali. Ayuh! 174 00:11:55,550 --> 00:11:56,968 Ayuh, awak boleh buat! 175 00:11:59,262 --> 00:12:01,389 Lima, enam, tujuh, lapan! 176 00:12:01,473 --> 00:12:05,060 Tumbuk dan lutut. 177 00:12:05,143 --> 00:12:07,938 Putuskan, lakukan, berjaya. 178 00:12:08,605 --> 00:12:11,399 Putuskan, lakukan, berjaya. 179 00:12:12,484 --> 00:12:16,863 Ingat, perkara bagus datang untuk mereka yang menunggu. 180 00:12:20,784 --> 00:12:22,744 - Ayuh! Bergerak! - Saya tahu. 181 00:12:22,827 --> 00:12:24,287 Tumbuk dan tumbuk! 182 00:12:24,371 --> 00:12:25,914 …ia bagus, 183 00:12:26,414 --> 00:12:30,335 sebab satu-satunya tempat Vik pernah pergi adalah dari dapur ke La-Z-Boy. 184 00:12:33,129 --> 00:12:34,673 Raoul, awak dengar? 185 00:12:35,715 --> 00:12:39,135 Anu, awak tak rasa capati awak terlalu banyak mentega? 186 00:12:48,395 --> 00:12:50,272 Awak patut tanya saya. 187 00:12:50,355 --> 00:12:54,025 Saya boleh beritahu awak lelaki mana yang tak buat apa-apa. 188 00:12:54,109 --> 00:12:57,153 Nampak lelaki malang di situ, Anu? 189 00:12:57,779 --> 00:12:58,989 Lelaki yang pakai topi besbol itu. 190 00:12:59,072 --> 00:13:03,952 Ya, Tak bagus. Harganya dikurangkan empat kali. 191 00:13:04,035 --> 00:13:05,328 Tidak. 192 00:13:06,955 --> 00:13:08,623 Masih tiada sesiapa pilih awak? 193 00:13:08,707 --> 00:13:11,960 Ramai yang melihat-lihat saja setakat ini. 194 00:13:13,253 --> 00:13:15,755 Tapi ia beri saya masa untuk lihat yang saya… 195 00:13:16,256 --> 00:13:19,426 Saya perlu buat beberapa perubahan. 196 00:13:21,219 --> 00:13:22,304 Betulkah? 197 00:13:23,513 --> 00:13:27,976 Ya. Saya banyak berbual dengan Sal dan Ibrahim. 198 00:13:28,560 --> 00:13:31,438 Ibrahim ahli terapi keluarga saya. 199 00:13:31,938 --> 00:13:34,608 Cuba fikirkan kesilapan saya dan… 200 00:13:35,400 --> 00:13:38,570 dan mungkin apa yang awak cakap semasa pulangkan saya memang betul. 201 00:13:38,653 --> 00:13:41,907 Mungkin kita tak sesuai untuk satu sama lain lagi. 202 00:13:42,407 --> 00:13:45,535 Saya perlu lihat sekarang yang saya perlu buat 203 00:13:46,620 --> 00:13:48,955 perubahan, dan saya tak buat. 204 00:13:49,039 --> 00:13:51,958 Saya juga banyak belajar tentang diri saya. 205 00:13:52,042 --> 00:13:56,087 Akhirnya saya sedar saya mencari di arah yang salah untuk kebahagiaan. 206 00:13:58,340 --> 00:14:00,926 - Betulkah? - Ya. Saya perlu lihat dari dalam. 207 00:14:01,009 --> 00:14:02,969 Saya perlu tahu siapa diri saya. 208 00:14:03,053 --> 00:14:06,056 Bersendirian, itu yang buat saya gembira. 209 00:14:07,891 --> 00:14:14,356 Betul. Mungkin itu yang terbaik. 210 00:14:16,233 --> 00:14:17,817 Semoga berjaya untuk itu. 211 00:14:19,110 --> 00:14:20,403 Terima kasih, Vik. 212 00:14:22,489 --> 00:14:26,618 Saya perlu pergi. Saya akan… 213 00:14:27,786 --> 00:14:30,205 - Mungkin saya singgah minggu depan. - Baiklah. 214 00:14:30,789 --> 00:14:32,249 - Okey. - Baiklah. 215 00:14:32,332 --> 00:14:34,125 - Jumpa lagi. - Okey, jumpa lagi. 216 00:14:51,643 --> 00:14:53,645 MENGEMBARA SOLO DI ITALI 217 00:14:56,273 --> 00:14:58,358 Vernazza. 218 00:15:01,611 --> 00:15:05,407 Bocca della Verità. 219 00:15:06,491 --> 00:15:07,701 Helo, si cantik. 220 00:15:09,411 --> 00:15:12,038 Spageti carbonara. 221 00:15:25,886 --> 00:15:29,514 Selamat datang ke rumah biru saya yang sederhana. 222 00:15:29,598 --> 00:15:33,685 Ini yang saya maksudkan, di taman depan. 223 00:15:33,768 --> 00:15:36,438 Saya pasti dah berjuta kali awak melihatnya. 224 00:15:36,521 --> 00:15:38,315 Lihatlah. 225 00:15:38,398 --> 00:15:39,608 Hai, Anu! 226 00:15:39,691 --> 00:15:41,484 Boleh awak tolong pegang sekejap? 227 00:15:41,568 --> 00:15:42,777 Anu, awak nak ke mana? 228 00:15:42,861 --> 00:15:45,572 - Hai. - Awak okey? 229 00:15:45,655 --> 00:15:48,241 Awak nampak seperti terjatuh. 230 00:15:48,325 --> 00:15:53,288 Hei, saya baru beli… Wah! Tawaran hebat di kedai. 231 00:15:53,914 --> 00:15:56,458 Sebenarnya, saya sukakan dia. 232 00:15:56,541 --> 00:16:00,837 Sebenarnya ia tawaran yang bagus dan saya tak boleh lepaskannya. 233 00:16:00,921 --> 00:16:02,005 Ia akan jadi kekok? 234 00:16:02,088 --> 00:16:04,925 Tak, tolonglah. Langsung tak kekok. 235 00:16:05,008 --> 00:16:07,385 Baguslah. 236 00:16:07,886 --> 00:16:10,847 Ya, saya tak rasa begitu sebab awak yang pulangkan dia. 237 00:16:11,348 --> 00:16:12,349 Ya. Cuma… 238 00:16:12,432 --> 00:16:14,476 - Ya. - Ya. 239 00:16:14,559 --> 00:16:15,977 Awak yang pulangkan dia. 240 00:16:17,103 --> 00:16:18,730 Saya ambil dia. 241 00:16:22,692 --> 00:16:25,278 Taman depan ini agak mengecewakan. 242 00:16:25,362 --> 00:16:27,155 Saya rasa kita patut lihat di belakang 243 00:16:27,239 --> 00:16:29,991 sebab ada perkara hebat sedang berlaku di belakang. 244 00:16:30,492 --> 00:16:31,618 Mari masuk. 245 00:16:41,795 --> 00:16:45,090 - Jadi, okey. - Hebat. 246 00:16:48,009 --> 00:16:49,928 Hai, Anu. 247 00:16:50,428 --> 00:16:52,430 Apa awak buat di sini? 248 00:16:52,514 --> 00:16:53,515 Hai, Barbara. 249 00:16:53,598 --> 00:16:56,268 Saya mengemas di rumah 250 00:16:56,351 --> 00:17:02,190 dan nak hantar kotak pakaian lama Vik jika dia perlukannya. 251 00:17:02,274 --> 00:17:04,776 Baiknya awak. 252 00:17:04,859 --> 00:17:07,195 Sebenarnya ia agak berat. 253 00:17:07,279 --> 00:17:08,862 Saya boleh masuk dan letak di dalam jika awak benarkan. 254 00:17:08,947 --> 00:17:11,408 Ya. Tak.Dia tak perlukannya. 255 00:17:12,158 --> 00:17:13,827 - Tak perlu? - Tak. 256 00:17:13,910 --> 00:17:16,121 Saya dah belikan Vikas baju baru. 257 00:17:16,705 --> 00:17:17,706 Vikas? 258 00:17:17,789 --> 00:17:18,915 - Barbie? - Ya? 259 00:17:18,998 --> 00:17:21,543 - Semuanya okey? - Nampak kacak. 260 00:17:24,087 --> 00:17:25,088 Helo, Anu. 261 00:17:25,671 --> 00:17:27,549 Dia nampak hebat, bukan? 262 00:17:30,051 --> 00:17:31,720 Ya, beginilah. 263 00:17:32,345 --> 00:17:37,142 Saya rasa kami belum bersedia untuk lawatan mengejut. 264 00:17:37,225 --> 00:17:38,226 Apa? 265 00:17:38,310 --> 00:17:40,270 Saya rasa kami perlukan lebih banyak masa 266 00:17:40,353 --> 00:17:43,732 untuk semua orang biasakan diri dengan perkara baru ini. 267 00:17:45,358 --> 00:17:47,569 Saya tahu awak akan setuju. Jumpa lagi. 268 00:18:01,750 --> 00:18:04,878 Bagaimana keadaan mak? Apa yang mak sedang buat? 269 00:18:04,961 --> 00:18:09,132 Banyak, Saru. 270 00:18:09,799 --> 00:18:11,718 Mari lihat. 271 00:18:11,801 --> 00:18:15,096 Mak berkebun… 272 00:18:15,180 --> 00:18:16,514 Okey, ayat seterusnya, 273 00:18:16,598 --> 00:18:19,226 "Saya nak bilik untuk dua orang." 274 00:18:19,309 --> 00:18:20,310 Baiklah. 275 00:18:20,393 --> 00:18:22,437 Saya nak bilik untuk dua orang. 276 00:18:22,520 --> 00:18:23,521 Boleh? 277 00:18:23,605 --> 00:18:29,861 Saya nak bilik untuk dua orang. 278 00:18:29,945 --> 00:18:32,948 Syabas. Dah selesai. 279 00:18:36,660 --> 00:18:39,204 …membaca… 280 00:18:48,421 --> 00:18:50,590 memerhati burung… 281 00:18:59,099 --> 00:19:01,059 Saya sangat bangga dengan mak. 282 00:19:01,142 --> 00:19:03,311 Mungkin kita boleh pergi berjanji temu berdua nanti. 283 00:19:03,395 --> 00:19:05,772 Mak sedang cuba. Perlahan-lahan. 284 00:19:06,439 --> 00:19:07,732 Bila-bila masa mak sedia. 285 00:19:08,233 --> 00:19:10,610 Ada restoran susyi baru di bandar yang saya rasa mak akan suka. 286 00:19:13,363 --> 00:19:16,116 - Oh Tuhan. Mak okey? - Mak akan telefon semula. 287 00:19:16,199 --> 00:19:20,453 Hei. Alamak! Barbara, awak okey? 288 00:19:20,537 --> 00:19:23,373 Maaf. Saya tak nampak awak. 289 00:19:23,456 --> 00:19:26,960 Kenapa awak tak nampak saya, Any? Awak tiada cermin pandang belakang? 290 00:19:27,043 --> 00:19:28,420 Saya tak fokus. 291 00:19:28,503 --> 00:19:31,214 Saya baru biasakan diri dengan memandu 292 00:19:31,298 --> 00:19:34,301 sebab biasanya Vik yang memandu semasa kami bersama. 293 00:19:34,384 --> 00:19:37,178 Okey. Baiklah. Ya. 294 00:19:37,262 --> 00:19:39,139 Benarkan saya bantu awak masuk rumah. 295 00:19:39,222 --> 00:19:42,767 Saya pasti awak memang nak buat begitu. Tak perlu, terima kasih. 296 00:19:43,476 --> 00:19:45,562 Jangan! Terima kasih. Saya okey. 297 00:19:46,521 --> 00:19:49,566 Tak guna! 298 00:19:50,150 --> 00:19:52,861 Vikas! Sayang, tolong. 299 00:20:45,622 --> 00:20:48,291 - Anu yang buat. - Sudahlah. Okey. 300 00:20:49,709 --> 00:20:50,710 Baiklah. 301 00:20:50,794 --> 00:20:53,421 - Boleh? Terima kasih. Baiklah. - Ya. Okey, marilah. 302 00:20:54,464 --> 00:20:55,674 Boleh? 303 00:20:55,757 --> 00:20:58,426 - Ya, bersandar pada saya. - Pasti awak bergurau. 304 00:21:06,309 --> 00:21:07,435 Tak guna! 305 00:21:41,511 --> 00:21:43,763 Terima kasih kepada semua tetamu hebat, 306 00:21:43,847 --> 00:21:45,640 dan terima kasih penonton di rumah. 307 00:21:55,275 --> 00:21:57,444 - Hei, Clark. - Ah, Anu. 308 00:21:57,944 --> 00:21:59,654 Tepat pada masa untuk Hari Kekasih. 309 00:21:59,738 --> 00:22:01,990 Jualan penghabisan di lorong suami. 310 00:22:02,073 --> 00:22:03,491 Tak mengapa, terima kasih. 311 00:22:07,495 --> 00:22:08,496 Vik? 312 00:22:10,707 --> 00:22:12,000 Kenapa? 313 00:22:12,083 --> 00:22:16,838 Barbara pulangkan saya. Dia cakap kehidupan berkahwin tak sesuai. 314 00:22:19,049 --> 00:22:22,260 Masih pakai jaket yang dia pakai, nampak seperti wira. 315 00:22:22,344 --> 00:22:25,847 Saya perlukan semua bantuan yang ada, jadi… 316 00:22:27,015 --> 00:22:29,517 Tak. Jangan lihat harga saya. 317 00:22:29,601 --> 00:22:31,978 Tak, Vik. Ia terlalu murah! 318 00:22:32,479 --> 00:22:37,150 Saya dipulangkan dua kali, jadi saya di "jualan penghabisan" sekarang. 319 00:22:39,986 --> 00:22:41,821 Marilah, duduk. Di sini. 320 00:22:45,075 --> 00:22:46,952 Hei, nak minum minuman sejuk? 321 00:22:56,753 --> 00:22:58,672 Kenapa awak berubah untuk dia? 322 00:23:00,590 --> 00:23:01,675 Apa? 323 00:23:01,758 --> 00:23:04,928 Saya buat semuanya untuk awak selama 37 tahun dan awak tak lagi buat… 324 00:23:05,679 --> 00:23:06,680 apa-apa. 325 00:23:07,764 --> 00:23:11,893 Tiba-tiba awak tinggal dengan Barbara, dan tiba-tiba jadi Johnny En. Membantu. 326 00:23:11,977 --> 00:23:15,897 "Lihatlah saya memasak dan membersih untuk Barbara, 327 00:23:15,981 --> 00:23:19,401 sikat rambut Barbara yang berubah, nipis." 328 00:23:19,484 --> 00:23:23,154 - Jadi, awak menghendap kami? - Diamlah. 329 00:23:23,238 --> 00:23:26,199 Saya bukan James Bond, perlu menari di paip salir. 330 00:23:26,825 --> 00:23:29,286 - James Bond tak menari. - Awak faham maksud saya. 331 00:23:34,833 --> 00:23:38,044 Semasa kita baru berkahwin, saya akan betulkan sesuatu, 332 00:23:38,128 --> 00:23:41,298 dan awak akan cakap, "Kenapa baiki begitu?" 333 00:23:41,923 --> 00:23:43,758 Semua yang saya buat salah 334 00:23:43,842 --> 00:23:46,428 hanya sebab ia dibuat tak seperti cara awak buat. 335 00:23:46,511 --> 00:23:49,598 Semua yang saya buat tak cukup bagus untuk awak, jadi, saya 336 00:23:50,807 --> 00:23:51,933 berhenti mencuba. 337 00:23:58,398 --> 00:24:03,361 Selama ini, saya fikir awak yang bermasalah… 338 00:24:05,155 --> 00:24:07,157 dan saya habiskan masa sendirian. 339 00:24:09,075 --> 00:24:12,871 Saya sedar saya juga bukan orang yang mudah. 340 00:24:14,956 --> 00:24:17,667 Tidak. 341 00:24:22,756 --> 00:24:25,217 Kita sia-siakan satu sama lain dengan pelbagai cara. 342 00:24:30,764 --> 00:24:31,932 Maaf. 343 00:24:46,529 --> 00:24:48,406 Jadi, apa seterusnya? Awak… 344 00:24:49,157 --> 00:24:51,159 Awak nak beli Ibrahim? 345 00:24:51,785 --> 00:24:53,495 Saya dah tak nak beli apa-apa. 346 00:24:54,371 --> 00:24:56,331 Jadi, awak nak terus hidup sendirian? 347 00:24:57,249 --> 00:24:58,333 Entahlah. 348 00:25:08,218 --> 00:25:09,511 Apa berlaku kepada kita? 349 00:25:12,180 --> 00:25:15,225 Bekerja keras untuk datang ke Amerika Syarikat. 350 00:25:15,308 --> 00:25:19,646 Sekarang kita ada semuanya 351 00:25:19,729 --> 00:25:22,315 dan pergi tanpa apa-apa. 352 00:25:22,399 --> 00:25:24,651 Tak, bukan tanpa apa-apa. 353 00:25:25,402 --> 00:25:27,904 Kita ada Sareena, anak yang belum berkahwin 354 00:25:27,988 --> 00:25:30,198 yang melawat kita beberapa jam setiap tahun. 355 00:25:41,293 --> 00:25:43,628 Jika saya boleh beli awak semula, ia perlu berbeza. 356 00:25:43,712 --> 00:25:46,047 Tak boleh seperti sebelum ini. 357 00:25:49,259 --> 00:25:50,260 Sudah tentu. 358 00:25:50,927 --> 00:25:52,637 Saya nak hidup yang mengujakan. 359 00:25:53,680 --> 00:25:55,140 Saya tak faham maksudnya 360 00:25:55,223 --> 00:25:58,727 dan tak tahu cara untuk dapatkannya, tapi saya tahu saya mahukannya. 361 00:25:59,227 --> 00:26:01,354 Saya tak nak awak halang saya. 362 00:26:01,438 --> 00:26:05,191 Saya pun sama. Saya tak nak duduk di kerusi tangan sepanjang hayat. 363 00:26:05,275 --> 00:26:09,112 Tak, saya maksudkannya, Vik. Bukan hanya tentang naik kapal layar. 364 00:26:09,195 --> 00:26:11,197 Bukan kapal layar. Ia teruk. 365 00:26:13,283 --> 00:26:15,952 Perkataan apa yang awak tiba-tiba gunakan? 366 00:26:18,413 --> 00:26:19,789 Saya lelaki baru. 367 00:26:29,507 --> 00:26:30,508 Tak. 368 00:26:34,387 --> 00:26:35,597 Awak tak boleh beli saya. 369 00:26:37,682 --> 00:26:40,352 Saya "jualan murah." Awak layak dapat lebih bagus. 370 00:26:56,284 --> 00:26:58,286 - Masuk dalam troli. - Kenapa? 371 00:26:58,370 --> 00:27:01,623 - Masuklah. - Tapi awak tak boleh beli saya. 372 00:27:01,706 --> 00:27:04,334 Ya, saya takkan beli awak. Saya akan curi awak. 373 00:27:04,876 --> 00:27:07,504 Nilai itu dan ini. Ia mengarut. 374 00:27:07,587 --> 00:27:09,631 Cepatlah. Masuk sebelum orang nampak. 375 00:27:10,674 --> 00:27:14,427 Okey, tapi apa yang awak buat? Awak tak pernah curi apa-apa. 376 00:27:14,511 --> 00:27:16,263 Betul. 377 00:27:16,346 --> 00:27:19,599 Tapi bagaimana jika awak nak pulangkan saya? Awak tiada resit. 378 00:27:20,976 --> 00:27:22,394 Saya takkan pulangkan awak. 379 00:27:26,064 --> 00:27:27,774 Baiklah, jalan. 380 00:27:29,067 --> 00:27:30,068 Jalan. 381 00:27:48,128 --> 00:27:49,421 Jalan. 382 00:28:02,309 --> 00:28:04,269 BERDASARKAN BUKU OLEH CECELIA AHERN 383 00:29:08,291 --> 00:29:10,293 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid