1 00:00:21,063 --> 00:00:23,482 Watak dan babak dalam siri ini adalah rekaan semata-mata. 2 00:00:23,566 --> 00:00:27,737 Penggambaran dijalankan di bawah pengawasan penjaga pelakon kanak-kanak. 3 00:01:23,709 --> 00:01:24,710 Van… 4 00:02:04,583 --> 00:02:07,002 Kita di mana? 5 00:02:07,086 --> 00:02:08,462 Entahlah. 6 00:02:26,897 --> 00:02:27,898 Oh, Tuhan! 7 00:02:28,274 --> 00:02:29,400 Ada benda bergerak! 8 00:02:49,628 --> 00:02:50,629 Apa itu? 9 00:02:51,380 --> 00:02:52,840 Aku akan balas dendam. 10 00:02:55,009 --> 00:02:56,510 Aku akan balas dendam. 11 00:03:00,639 --> 00:03:01,640 Su-ryeon… 12 00:03:02,558 --> 00:03:03,559 Su-ryeon! 13 00:03:04,143 --> 00:03:05,519 Aku akan balas dendam. 14 00:03:08,188 --> 00:03:09,189 Lee Su-ryeon. 15 00:03:09,773 --> 00:03:12,484 Kamu Lee Su-ryeon, bukan? 16 00:03:13,193 --> 00:03:14,820 Aku akan balas dendam. 17 00:03:17,948 --> 00:03:20,576 Benjulle tinggal di pohon suci Bonhyangdang. 18 00:03:20,868 --> 00:03:24,663 Benjulle dengar rintihan manusia yang teraniaya dan bantu mereka. 19 00:03:24,914 --> 00:03:26,457 Aku akan balas dendam. 20 00:03:30,461 --> 00:03:32,046 Aku akan balas dendam! 21 00:03:32,171 --> 00:03:33,172 Mi-ho! 22 00:03:35,966 --> 00:03:37,885 Mi-ho, awak okey? 23 00:03:40,387 --> 00:03:41,972 - Pergi berlindung. - Okey. 24 00:03:46,226 --> 00:03:47,227 Tak guna! 25 00:04:01,825 --> 00:04:02,868 Mi-ho! 26 00:04:28,268 --> 00:04:29,269 Van! 27 00:04:32,106 --> 00:04:34,274 Saya dah kata jangan pergi mana-mana. 28 00:04:36,860 --> 00:04:38,904 Kami pergi rumah Su-ryeon tadi, 29 00:04:38,988 --> 00:04:41,740 tapi entah kenapa tiba-tiba saja kami di sini. 30 00:04:42,282 --> 00:04:43,826 Ini hutan Benjulle. 31 00:04:44,034 --> 00:04:45,035 Hutan Benjulle? 32 00:04:47,579 --> 00:04:48,580 Su-ryeon! 33 00:04:48,956 --> 00:04:51,500 Kita mesti selamatkan dia! Tolong selamatkan dia. 34 00:04:51,583 --> 00:04:52,751 Hukum sebab-musabab. 35 00:04:53,252 --> 00:04:54,586 Apa maksudnya? 36 00:04:55,546 --> 00:04:56,630 Hei… 37 00:04:56,714 --> 00:04:58,090 Itu balasan untuk lunaskan dendam dia. 38 00:04:58,173 --> 00:05:00,134 Saya tak boleh langgar hukum itu. 39 00:05:00,843 --> 00:05:02,094 Dia masih budak. 40 00:05:02,720 --> 00:05:05,848 Dia tak boleh fikir dengan waras kerana terlalu takut. 41 00:05:06,598 --> 00:05:08,058 Dia yang pilih jalan ini. 42 00:05:08,142 --> 00:05:11,020 Lagipun, ini bukan perjanjian kita. 43 00:05:12,438 --> 00:05:13,439 Pengecut. 44 00:05:18,819 --> 00:05:20,446 Hei… 45 00:05:20,988 --> 00:05:22,448 - Apa? - Pengecut. 46 00:05:22,823 --> 00:05:24,950 - Apa? Ulang sekali lagi. - Pengecut! 47 00:05:25,034 --> 00:05:27,619 Sekarang bukan masa untuk bergaduh. Tolong saya… 48 00:05:27,703 --> 00:05:30,539 Betul, bukan? Awak lari sebab takut akan raksasa itu. 49 00:05:30,622 --> 00:05:32,875 Tiada sesiapa berani panggil saya pengecut. 50 00:05:32,958 --> 00:05:34,585 Awak ingat saya takut dengan Benjulle? 51 00:05:34,668 --> 00:05:36,003 Jangan tipulah. 52 00:05:36,086 --> 00:05:37,546 Saya tahu awak takut. 53 00:05:37,796 --> 00:05:39,548 Kenapa tak nak selamatkan dia? 54 00:05:41,258 --> 00:05:43,010 Saya dah cakap tadi. 55 00:05:43,093 --> 00:05:45,512 - Dia yang pilih jalan ini. - Alasan. 56 00:05:45,596 --> 00:05:47,056 Hei! 57 00:05:47,139 --> 00:05:49,725 Awak dah sain kontrak dan terima pendahuluan. 58 00:05:49,808 --> 00:05:51,769 Ikut cakap saya. Pergi selamatkan dia. 59 00:05:51,852 --> 00:05:52,978 Tak guna! Hei! 60 00:06:00,819 --> 00:06:02,613 Jangan mengarah-arahkan saya. 61 00:06:04,782 --> 00:06:05,783 Pengecut. 62 00:06:07,785 --> 00:06:08,786 Mi-ho! 63 00:06:11,997 --> 00:06:13,499 Mi-ho, awak… 64 00:06:14,833 --> 00:06:15,918 Mi-ho, awak okey? 65 00:06:16,001 --> 00:06:17,002 Ya. 66 00:06:53,997 --> 00:06:55,332 Apa benda itu? 67 00:07:34,371 --> 00:07:35,372 Mi-ho! 68 00:07:41,336 --> 00:07:42,629 Van! 69 00:07:48,385 --> 00:07:49,386 Van! 70 00:07:52,472 --> 00:07:54,725 Van! 71 00:08:04,318 --> 00:08:05,819 Kenapa cikgu menyibuk? 72 00:08:06,820 --> 00:08:08,739 Dendam saya hampir terbalas. 73 00:08:09,239 --> 00:08:10,407 Su-ryeon. 74 00:08:10,490 --> 00:08:13,493 Tinggalkan pokok ini dan ikut cikgu balik. 75 00:08:14,077 --> 00:08:15,078 Diam! 76 00:08:17,497 --> 00:08:18,916 Saya takkan balik! 77 00:08:20,500 --> 00:08:23,086 Cikgu tak tahu betapa jahatnya jantan itu. 78 00:08:23,170 --> 00:08:25,464 Ibu dan ayah saya pun tak boleh tolong. 79 00:08:25,756 --> 00:08:27,341 Tiada sesiapa boleh tolong… 80 00:08:27,925 --> 00:08:29,676 jadi saya mesti balasnya sendiri! 81 00:08:29,760 --> 00:08:31,678 Cikgu akan tolong kamu, okey? 82 00:08:32,012 --> 00:08:33,013 Percayalah. 83 00:08:33,680 --> 00:08:35,098 Cikgu janji. 84 00:08:35,390 --> 00:08:36,642 Jangan tipu! 85 00:08:37,226 --> 00:08:38,602 Saya akan balas dendam. 86 00:08:39,561 --> 00:08:42,481 Benjulle akan bunuh dan humban dia ke neraka. 87 00:08:44,149 --> 00:08:46,235 Benjulle akan lunaskan dendam saya! 88 00:08:46,902 --> 00:08:47,903 Lee Su-ryeon. 89 00:08:50,948 --> 00:08:52,699 Benjulle. 90 00:08:54,326 --> 00:08:57,412 Muncullah dan dengarkan rintihanku. 91 00:08:58,330 --> 00:09:00,958 Aku merayu kepadamu dengan sepenuh jiwa… 92 00:09:02,000 --> 00:09:04,002 dan ragaku. 93 00:09:04,795 --> 00:09:08,048 Balaslah segala penganiayaan yang dia buat terhadap aku. 94 00:09:08,674 --> 00:09:11,176 Sebagai balasan, terimalah jasad aku. 95 00:09:16,181 --> 00:09:17,182 Su-ryeon! 96 00:09:18,267 --> 00:09:19,268 Lee Su-ryeon! 97 00:09:20,644 --> 00:09:22,312 Lepaskan! 98 00:09:22,521 --> 00:09:23,563 Lee Su-ryeon! 99 00:10:10,277 --> 00:10:11,278 Su-ryeon… 100 00:10:13,488 --> 00:10:15,615 Su-ryeon. 101 00:10:16,825 --> 00:10:17,868 Lee Su-ryeon! 102 00:10:19,536 --> 00:10:20,537 Balas dendam? 103 00:10:23,081 --> 00:10:26,335 Raksasa ini bukan Tuhan yang boleh lunaskan dendam kamu. 104 00:10:27,085 --> 00:10:28,920 Yeom-ji dah beritahu, bukan? 105 00:10:29,004 --> 00:10:32,174 Benjulle ialah roh suci yang melunaskan dendam manusia… 106 00:10:32,382 --> 00:10:34,718 tapi apa Benjulle ini dah buat? 107 00:10:35,427 --> 00:10:38,805 Kerat badan atau robek jantung lelaki itu? 108 00:10:42,351 --> 00:10:43,352 Benjulle. 109 00:10:44,686 --> 00:10:46,438 Macam mana dengan dendam saya? 110 00:10:46,855 --> 00:10:47,856 Benjulle. 111 00:10:55,280 --> 00:10:56,490 Dengar sini. 112 00:10:58,533 --> 00:11:00,577 Cikgu akan tolong kamu balas dendam. 113 00:11:00,660 --> 00:11:01,912 Percayalah. 114 00:11:02,621 --> 00:11:05,082 Kamu jadi macam ini kerana cikgu terlambat, 115 00:11:05,207 --> 00:11:10,212 tapi cikgu akan buat apa-apa saja untuk pastikan dia dihukum. 116 00:11:12,631 --> 00:11:15,217 Cikgu janji akan tolong kamu. 117 00:11:21,556 --> 00:11:23,100 Tolong saya. 118 00:11:24,142 --> 00:11:27,979 Cikgu akan tolong dan selamatkan kamu. 119 00:11:30,273 --> 00:11:32,651 Ikut cikgu balik, okey? 120 00:11:43,203 --> 00:11:44,287 Su-ryeon! 121 00:11:50,710 --> 00:11:52,295 Tolong saya! 122 00:11:52,963 --> 00:11:53,964 Su-ryeon. 123 00:13:06,077 --> 00:13:07,078 Oh. 124 00:13:08,038 --> 00:13:09,039 Su-ryeon. 125 00:13:18,006 --> 00:13:19,007 Su-ryeon. 126 00:13:22,511 --> 00:13:23,512 Su-ryeon. 127 00:13:23,929 --> 00:13:24,930 Su-ryeon. 128 00:13:26,139 --> 00:13:27,182 Kamu okey? 129 00:13:29,726 --> 00:13:32,020 Jangan risau. Saya rasa dia cuma pengsan. 130 00:13:32,103 --> 00:13:33,104 Yakah? 131 00:13:34,898 --> 00:13:37,442 Macam mana kita nak keluar dari sini? 132 00:13:57,170 --> 00:13:58,171 Jom. 133 00:14:20,860 --> 00:14:21,903 Awak okey, Mi-ho? 134 00:14:22,529 --> 00:14:23,530 Tak. 135 00:14:24,906 --> 00:14:25,907 Saya tak okey. 136 00:14:56,062 --> 00:14:57,063 Su-ryeon okey? 137 00:14:58,481 --> 00:14:59,649 Dia di bilik sebelah. 138 00:14:59,733 --> 00:15:01,276 Benjulle dah mati? 139 00:15:03,111 --> 00:15:05,697 Benjulle ialah semangat hutan. Ia takkan mati. 140 00:15:05,780 --> 00:15:07,198 Ia dah balik ke hutan. 141 00:15:07,824 --> 00:15:08,908 Apa awak… 142 00:15:11,328 --> 00:15:15,123 Ia diseru untuk lunaskan dendam manusia, tapi ia tak sekejam ini. 143 00:15:17,250 --> 00:15:18,877 Jadi, apa benda itu? 144 00:15:20,086 --> 00:15:22,839 Saya rasa ia dah dirasuk Syaitan Nafsu. 145 00:15:23,131 --> 00:15:24,132 Syaitan Nafsu? 146 00:15:26,301 --> 00:15:27,302 Syaitan Nafsu. 147 00:15:30,513 --> 00:15:32,390 - Maksudnya… - Betul. 148 00:15:33,600 --> 00:15:36,770 Ia nakkan awak dan guna budak itu sebagai umpan. 149 00:15:37,395 --> 00:15:40,148 Tidak… 150 00:15:40,940 --> 00:15:43,777 Kenapa? Apa salah saya? Apa saya dah buat? 151 00:15:45,945 --> 00:15:47,280 Kesimpulannya… 152 00:15:47,989 --> 00:15:50,408 Su-ryeon jadi macam itu sebab saya? 153 00:15:59,334 --> 00:16:00,752 Tiada perasaan langsung. 154 00:16:03,588 --> 00:16:06,424 - Nak pergi mana? - Cari pasal. 155 00:16:07,634 --> 00:16:08,635 Okey? 156 00:16:13,640 --> 00:16:16,017 Tolong jaga dia baik-baik, doktor. 157 00:16:18,395 --> 00:16:19,396 Helo. 158 00:16:23,566 --> 00:16:24,818 Macam mana Su-ryeon? 159 00:16:25,568 --> 00:16:29,155 Kami tak jumpa apa-apa yang merisaukan, 160 00:16:29,739 --> 00:16:35,036 tapi dia mesti dipantau dengan rapi kerana dia masih koma. 161 00:16:36,162 --> 00:16:39,374 Dr. Yang, tolong jaga dia baik-baik. 162 00:16:39,457 --> 00:16:41,167 Baiklah, cik. 163 00:16:42,127 --> 00:16:43,128 Terima kasih. 164 00:16:50,385 --> 00:16:51,386 Cik Won. 165 00:16:53,388 --> 00:16:54,723 Terima kasih banyak. 166 00:16:56,558 --> 00:16:59,394 Su-ryeon akan selamat, bukan? 167 00:16:59,894 --> 00:17:02,522 Kami tak sedar pun yang keadaan dia seteruk ini. 168 00:17:02,605 --> 00:17:04,983 Kami takkan mampu balas jasa cikgu. 169 00:17:10,363 --> 00:17:13,700 Jangan risau. Su-ryeon akan selamat. 170 00:17:14,284 --> 00:17:15,285 Terima kasih. 171 00:17:25,420 --> 00:17:26,504 Betul. 172 00:17:26,588 --> 00:17:29,340 Ia nakkan awak dan guna budak itu sebagai umpan. 173 00:17:33,344 --> 00:17:34,512 Ini saya… 174 00:17:46,024 --> 00:17:47,025 Mi-ho. 175 00:17:48,359 --> 00:17:49,694 Apa awak buat di sini? 176 00:17:49,778 --> 00:17:50,779 Jangan. 177 00:17:55,116 --> 00:17:57,076 Tak boleh duduk? Okey. 178 00:17:58,244 --> 00:18:00,079 - Siapa awak? - Apa? 179 00:18:01,289 --> 00:18:02,582 Siapa awak sebenarnya? 180 00:18:03,416 --> 00:18:04,417 Mi-ho... 181 00:18:04,793 --> 00:18:06,002 Terus terang saja. 182 00:18:06,961 --> 00:18:08,254 Siapa awak sebenarnya? 183 00:18:09,839 --> 00:18:13,259 Saya datang untuk siasat semua kejadian mistik… 184 00:18:14,719 --> 00:18:16,221 yang menimpa awak. 185 00:18:17,013 --> 00:18:20,433 Maksudnya, sejak awal lagi awak dah tahu? 186 00:18:20,517 --> 00:18:22,560 Sebab itu awak dekati saya, bukan? 187 00:18:23,186 --> 00:18:27,357 Maksudnya Encik Chang pun tahu, tapi dia… 188 00:18:27,440 --> 00:18:29,692 Encik Chang tak tahu apa-apa. 189 00:18:35,281 --> 00:18:37,325 Jadi, apa yang awak tahu? 190 00:18:39,327 --> 00:18:40,328 Pasal apa? 191 00:18:40,954 --> 00:18:42,455 Awak kata nak siasat. 192 00:18:44,958 --> 00:18:48,670 Rasanya semua ini berlaku kerana saya 193 00:18:48,753 --> 00:18:50,797 dan ia akan terus berlaku. 194 00:18:50,880 --> 00:18:52,048 Betul, bukan? 195 00:18:52,966 --> 00:18:56,928 Walau apa pun yang awak dah lalui atau bakal lalui… 196 00:18:59,597 --> 00:19:01,474 bukan seteruk yang awak sangka. 197 00:19:03,351 --> 00:19:04,644 Macam mana awak tahu? 198 00:19:05,353 --> 00:19:06,479 Saya tahulah. 199 00:19:06,729 --> 00:19:09,816 Awak beranikan diri untuk selamatkan Su-ryeon. 200 00:19:13,653 --> 00:19:15,154 Nasib baik awak ada. 201 00:19:17,240 --> 00:19:18,950 Dia memang teruk. 202 00:19:19,033 --> 00:19:20,869 Dia langsung tiada perasaan. 203 00:19:22,579 --> 00:19:24,038 Boleh saya cakap sesuatu? 204 00:19:25,123 --> 00:19:28,042 Saya rasa awak patut jauhkan diri daripada dia. 205 00:19:30,336 --> 00:19:32,964 Tak sangka Benjulle pun jadi Syaitan Nafsu. 206 00:19:33,298 --> 00:19:35,133 Tuhan patut laknat syaitan itu. 207 00:19:35,758 --> 00:19:38,803 Berani ia rasuk roh suci Tamra? 208 00:19:38,887 --> 00:19:40,847 Ini bukan hal kecil. 209 00:19:41,598 --> 00:19:46,352 Syaitan Nafsu semakin melampau, tapi awak terpaksa lawannya sendirian. 210 00:19:46,436 --> 00:19:48,688 Risau saya dibuatnya. 211 00:19:48,771 --> 00:19:52,442 Saya takut awak dikuasai syaitan kalau guna kuasanya. 212 00:19:52,525 --> 00:19:53,568 Mustahillah. 213 00:19:55,904 --> 00:19:57,322 Apa jaminannya? 214 00:19:58,031 --> 00:20:00,116 Saya pernah tengok depan mata. 215 00:20:05,079 --> 00:20:06,581 Tiada apa-apalah. 216 00:20:07,790 --> 00:20:10,960 Saya tak boleh mati, jadi saya ingat semua benda. 217 00:20:11,252 --> 00:20:12,795 Nak saya padam ingatan awak? 218 00:20:12,879 --> 00:20:14,672 Budak bertuah ini! 219 00:20:16,591 --> 00:20:17,717 Apa-apa pun… 220 00:20:19,469 --> 00:20:23,014 saya boleh rasa aura dia walaupun sekejap. 221 00:20:24,182 --> 00:20:25,767 Saya tak silap, bukan? 222 00:20:26,601 --> 00:20:28,269 Awak dah jumpa dia. 223 00:20:31,439 --> 00:20:32,565 Ya, awak tak silap. 224 00:20:33,483 --> 00:20:34,734 Wah! 225 00:20:34,817 --> 00:20:37,487 Akhirnya, ada juga berita baik… 226 00:20:40,823 --> 00:20:43,993 tapi kenapa awak nampak resah? 227 00:20:47,997 --> 00:20:49,499 Benjulle dirasuk. 228 00:20:50,500 --> 00:20:53,336 Maksudnya, ini angkara seseorang? 229 00:20:55,755 --> 00:20:56,756 Saya tak pasti. 230 00:20:58,591 --> 00:21:00,093 Awak pun patut hati-hati. 231 00:21:00,385 --> 00:21:03,930 Kenapa suka cakap separuh jalan? Susah hati saya dibuatnya. 232 00:21:04,931 --> 00:21:07,809 Cakaplah habis-habis! 233 00:21:07,892 --> 00:21:08,893 Budak ini… 234 00:21:18,653 --> 00:21:19,654 Nenek! 235 00:21:19,737 --> 00:21:21,990 Ya, nenek bagi dia makan percuma. Apa kamu boleh buat? 236 00:21:22,073 --> 00:21:23,282 Jangan membebel. 237 00:21:23,992 --> 00:21:25,702 - Saya lapar. - Apa? 238 00:21:27,370 --> 00:21:28,496 Saya lapar. 239 00:21:29,330 --> 00:21:30,373 Nah, makan ini. 240 00:21:30,790 --> 00:21:32,458 Ini elok lagi. 241 00:22:23,259 --> 00:22:24,260 Masuk. 242 00:22:28,306 --> 00:22:29,307 Siasat budak ini. 243 00:22:29,599 --> 00:22:33,227 Saya nak tahu segala-galanya. Kerja, kelulusan, aset, ibu bapa, 244 00:22:33,311 --> 00:22:36,272 kawan, kekasih, malah hadiah hari jadi pertama dia. 245 00:22:36,355 --> 00:22:39,150 Cik, perlukah cik buat… 246 00:22:39,233 --> 00:22:43,279 Ya, sebab itu saya suruh awak supaya saya tak perlu buat sendiri. 247 00:22:43,362 --> 00:22:44,530 Cik! 248 00:22:44,614 --> 00:22:47,200 Saya tahu awak akan cakap, 249 00:22:47,784 --> 00:22:51,370 "Cik dicampak ke sini kerana buat hal. Cik nak buat hal lagi? 250 00:22:51,454 --> 00:22:52,705 Cik tak serikkah? 251 00:22:52,789 --> 00:22:54,707 - Sedarlah, cik." - Bila saya... 252 00:22:54,791 --> 00:22:56,584 "Kasihanilah saya, cik. 253 00:22:56,667 --> 00:22:58,961 Sampai bila saya nak selamatkan cik? 254 00:22:59,045 --> 00:23:01,089 Saya dah tua. 255 00:23:01,172 --> 00:23:03,591 - Kasihanilah saya." - Saya pergi sekarang. 256 00:23:03,674 --> 00:23:05,718 Saya nak siasatlah ini. 257 00:23:14,018 --> 00:23:15,812 Dia dah tunjuk kekuatannya. 258 00:23:17,105 --> 00:23:20,108 Tak lama lagi, dia akan bangkit. 259 00:23:20,191 --> 00:23:23,694 Maksudnya, ramalan itu dah dekat. 260 00:23:23,778 --> 00:23:25,530 Ada satu masalah. 261 00:23:26,072 --> 00:23:27,490 Lelaki bersut hitam itu. 262 00:23:28,574 --> 00:23:33,663 Dia ada kuasa Syaitan Nafsu, tapi dia lindungi Wonjeong. 263 00:23:33,746 --> 00:23:35,039 Lindung? 264 00:23:35,790 --> 00:23:37,083 Apa maksud awak? 265 00:23:37,166 --> 00:23:39,627 Macam yang tertulis dalam ramalan itu… 266 00:23:40,586 --> 00:23:42,296 dia memang berbahaya… 267 00:23:44,340 --> 00:23:45,341 tapi… 268 00:23:49,512 --> 00:23:54,225 saya dapat rasa yang dia takkan apa-apakan Wonjeong. 269 00:23:57,186 --> 00:24:01,774 Dah banyak kali dia selamatkan Wonjeong daripada ancaman Syaitan Nafsu. 270 00:24:01,858 --> 00:24:04,902 Hakikatnya dia yang bunuh Wonjeong, bukan? 271 00:24:06,028 --> 00:24:10,241 Ramalan itu suci dan takkan silap. 272 00:24:10,908 --> 00:24:13,161 Jangan lupa, Paderi Johan. 273 00:24:14,328 --> 00:24:18,332 Misi awak ialah membangkitkan dia 274 00:24:18,708 --> 00:24:21,169 supaya dia boleh bina Pagar itu. 275 00:24:21,919 --> 00:24:25,381 Walau apa pun berlaku, awak mesti lindungi dia. 276 00:24:25,923 --> 00:24:29,093 Nampaknya, tiada cara lain. 277 00:24:31,804 --> 00:24:33,681 Saya terpaksa buat dia marah. 278 00:24:51,073 --> 00:24:52,825 Mi-ho percaya awak. 279 00:24:53,367 --> 00:24:54,368 Awak tahu? 280 00:24:56,621 --> 00:24:58,247 Kenapa agaknya, ya? 281 00:25:00,249 --> 00:25:02,501 Daripada penampilan… 282 00:25:04,670 --> 00:25:05,671 dan personaliti… 283 00:25:08,674 --> 00:25:12,386 Awak rasa awak boleh dipercayai? 284 00:25:17,808 --> 00:25:18,976 Macam mana rasanya… 285 00:25:21,354 --> 00:25:22,688 dapat jumpa dia lagi? 286 00:25:25,983 --> 00:25:27,568 Awak tak faham soalan saya? 287 00:25:28,569 --> 00:25:31,822 Macam mana rasanya jumpa orang yang awak pernah bunuh? 288 00:25:35,451 --> 00:25:36,452 Jadi, betullah? 289 00:25:37,745 --> 00:25:38,829 Betullah! 290 00:25:38,913 --> 00:25:42,667 Wah! Sebenarnya, saya serkap jarang saja. 291 00:25:42,750 --> 00:25:45,962 Saya cuma nak tahu kesahihan ramalan itu. 292 00:25:46,462 --> 00:25:47,463 Oh, Tuhan. 293 00:25:48,047 --> 00:25:52,593 Saya boleh buat awak rasa apa yang orang rasa sebelum saya bunuh mereka. 294 00:26:02,103 --> 00:26:04,814 Lain kali sajalah. Saya sibuk sekarang. 295 00:26:04,981 --> 00:26:06,774 Saya nak pergi makan sedap-sedap. 296 00:26:06,857 --> 00:26:09,694 Anggaplah saya pergi berdakwah. 297 00:26:10,653 --> 00:26:12,697 Kenapa asyik pandang saya? 298 00:26:12,989 --> 00:26:14,865 Saya tahu saya kacak. 299 00:26:15,283 --> 00:26:18,744 Saya pergi dulu! Awak boleh jawab soalan saya lain kali. 300 00:26:27,712 --> 00:26:29,588 Yoon Gyeong-jun, 22 tahun. 301 00:26:29,672 --> 00:26:32,300 Dia tangguh pengajian di Sekolah Tinggi Tamra. 302 00:26:32,758 --> 00:26:37,555 Boleh saya tahu kenapa cik nak siasat dia? 303 00:26:37,638 --> 00:26:40,558 Tiada apa-apa. 304 00:26:42,518 --> 00:26:43,978 Saya bengang. 305 00:26:45,229 --> 00:26:48,107 Saya takkan puas selagi dia tak terima balasannya. 306 00:26:49,025 --> 00:26:50,318 Saya akan ajar dia. 307 00:26:54,905 --> 00:26:57,199 Selepas ini, bolehlah saya berlagak. 308 00:26:57,616 --> 00:27:02,163 Wartawan akan tulis artikel dan puji saya melambung-lambung. 309 00:27:02,788 --> 00:27:05,624 - Siapa nak buat? - Encik Chang kesayangan saya. 310 00:27:07,084 --> 00:27:11,172 Ada ramai mangsa yang senasib dengan Su-ryeon. 311 00:27:11,505 --> 00:27:16,010 Kebanyakannya dihendap dan dipukul, 312 00:27:16,302 --> 00:27:20,014 tapi dia tak pernah dihukum walaupun sekali. 313 00:27:22,058 --> 00:27:24,352 Sekali pun tak pernah? 314 00:27:33,486 --> 00:27:36,530 Ayah Yoon Gyeong-jun seorang pengarah berpengaruh 315 00:27:36,614 --> 00:27:39,533 dalam komuniti di Pulau Jeju. 316 00:27:40,743 --> 00:27:42,620 Polis tahu dialah pelakunya, 317 00:27:42,703 --> 00:27:48,084 tapi polis tak nak buka kes kerana tiada bukti kukuh. 318 00:27:48,959 --> 00:27:51,670 Samalah macam Su-ryeon. 319 00:27:53,756 --> 00:27:57,176 Saya dah beri telefon Su-ryeon. Dah buat analisis? 320 00:27:57,259 --> 00:28:00,971 - Ia tak semudah itu, cik. - Kenapa? 321 00:28:01,055 --> 00:28:04,392 Dia muat turun sebuah aplikasi bual, "Sembang Senyap". 322 00:28:04,475 --> 00:28:07,353 Pada dasarnya, kita perlukan kebenaran… 323 00:28:07,436 --> 00:28:09,480 Maksudnya, tiada bukti langsung? 324 00:28:13,442 --> 00:28:17,196 Apa kata pembangun aplikasi? Mereka tak simpan fail sandaran? 325 00:28:17,279 --> 00:28:21,617 Aplikasi itu terkenal kerana polisi kerahsiaannya, 326 00:28:21,867 --> 00:28:23,619 tapi menurut laporan, 327 00:28:23,702 --> 00:28:26,288 ramai pengguna menyalahgunakan polisi itu. 328 00:28:26,372 --> 00:28:30,876 Mereka tak pernah beri kerjasama kepada polis untuk buat siasatan 329 00:28:30,960 --> 00:28:33,629 dan memanipulasi polisi pembangun. 330 00:28:35,089 --> 00:28:38,008 Macam mana kalau kita upah penggodam? 331 00:28:38,092 --> 00:28:40,845 Kalau upah penggodam, kita pasti jumpa bukti, 332 00:28:40,928 --> 00:28:44,432 tapi polis takkan terima kerana ia diperoleh secara haram. 333 00:28:44,515 --> 00:28:48,102 Semua bukti yang kita jumpa akan dianggap tiada kredibiliti. 334 00:28:48,185 --> 00:28:51,439 - Maksudnya, tiada cara langsung? - Ada. 335 00:28:52,189 --> 00:28:55,025 Ini butiran syarikat yang bangunkan aplikasi itu. 336 00:28:55,151 --> 00:28:57,903 Ia masih baharu dan belum disenaraikan. 337 00:28:58,404 --> 00:29:01,449 Menurut laporan, mereka kekurangan modal. 338 00:29:02,491 --> 00:29:04,577 Saya masih ada duit untuk… 339 00:29:04,660 --> 00:29:05,661 Tiada. 340 00:29:09,248 --> 00:29:10,875 Kalau kita tiada duit… 341 00:29:12,376 --> 00:29:14,170 kita guna orang yang ada duit. 342 00:29:21,343 --> 00:29:25,014 PENGARAH HOTEL DAEHAN, WON BO-RAM, AMBIL ALIH "SEMBANG SENYAP" 343 00:29:25,181 --> 00:29:26,307 Apa syaratnya? 344 00:29:27,057 --> 00:29:31,604 Saya janji takkan masuk campur dalam urusan hotel dan yayasan kebudayaan. 345 00:29:32,104 --> 00:29:34,148 Awak mesti ingat saya gila, bukan? 346 00:29:34,940 --> 00:29:37,443 Sejujurnya, semua ini memang gila. 347 00:29:40,905 --> 00:29:41,906 Tiga tahun saja? 348 00:29:44,325 --> 00:29:46,994 Tuan dah tengok bukti itu? 349 00:29:47,077 --> 00:29:50,873 Dia ugut dan rakam gambar mangsa, tapi tiga tahun penjara saja? 350 00:29:51,290 --> 00:29:53,876 Yang penting sekarang, 351 00:29:53,959 --> 00:29:57,838 kita tak tahu ia dirakam dengan izin mangsa atau sebaliknya. 352 00:29:57,922 --> 00:30:03,260 Berdasarkan keterangan mangsa lain dan bukti yang terkumpul, 353 00:30:03,344 --> 00:30:05,554 ia tak cukup untuk buktikan kes prima facie. 354 00:30:05,638 --> 00:30:07,640 Mangsa akan menderita seumur hidup, 355 00:30:07,723 --> 00:30:10,392 tapi budak itu dipenjarakan tiga tahun saja? 356 00:30:10,476 --> 00:30:12,811 Apa boleh buat? Itulah undang-undang. 357 00:30:12,895 --> 00:30:14,855 Dia patut terima hukuman yang setimpal! 358 00:30:14,939 --> 00:30:17,608 Undang-undang apa yang bodoh sangat itu? 359 00:30:17,691 --> 00:30:18,692 Biar saya… 360 00:30:22,821 --> 00:30:23,822 Helo, tuan? 361 00:30:24,573 --> 00:30:26,075 Saya akan telefon semula. 362 00:30:27,159 --> 00:30:28,160 Apa? 363 00:30:37,253 --> 00:30:39,421 Apa semua ini? 364 00:30:39,505 --> 00:30:45,219 Cik, budak itu nak melawat mangsa hari ini untuk capai kata persetujuan. 365 00:30:46,303 --> 00:30:47,304 Apa awak cakap? 366 00:30:57,064 --> 00:31:00,401 Beritahu ayah awak semuanya okey. Jangan risau. 367 00:31:00,484 --> 00:31:01,485 Yoon Gyeong-jun. 368 00:31:02,444 --> 00:31:05,823 Apa kamu buat di sini? 369 00:31:05,906 --> 00:31:08,117 Nanti dulu. Apa cik buat ini? 370 00:31:08,200 --> 00:31:12,496 Encik Yoon Gyeong-jun datang untuk minta maaf kepada mangsa. 371 00:31:13,372 --> 00:31:14,456 Minta maaf? 372 00:31:15,708 --> 00:31:16,709 Oh, Tuhan. 373 00:31:17,543 --> 00:31:20,296 Saya akan pastikan kamu dihukum. 374 00:31:20,379 --> 00:31:21,380 Cik, dengar dulu! 375 00:31:21,463 --> 00:31:22,506 Tak apa. 376 00:31:22,590 --> 00:31:24,383 - Dia... - Tak apa. 377 00:31:27,678 --> 00:31:28,804 Cik Won Mi-ho? 378 00:31:30,806 --> 00:31:31,807 Helo. 379 00:31:32,433 --> 00:31:35,894 Rupa-rupanya, awaklah yang tolong Su-ryeon. 380 00:31:38,105 --> 00:31:39,106 Saya minta maaf. 381 00:31:40,482 --> 00:31:44,987 Saya tak patut buat macam itu walaupun dulu dia teman wanita saya. 382 00:31:45,446 --> 00:31:48,991 Saya tak patut rakam semua gambar dan video tak senonoh itu 383 00:31:49,199 --> 00:31:51,160 walaupun Su-ryeon sendiri rela. 384 00:31:52,911 --> 00:31:55,956 Maafkan saya. Saya betul-betul minta maaf. 385 00:31:56,332 --> 00:31:57,499 Maafkan saya. 386 00:32:07,217 --> 00:32:09,887 Sebenarnya, apa salah saya? 387 00:32:10,679 --> 00:32:11,680 Kurang ajar… 388 00:32:13,807 --> 00:32:14,808 Hei. 389 00:32:16,435 --> 00:32:18,020 Kau ingat kau siapa? 390 00:32:18,687 --> 00:32:20,606 Berani kau kacau aku, ya? 391 00:32:21,482 --> 00:32:22,566 Tak guna. 392 00:32:24,318 --> 00:32:27,863 Dia tak pernah melawan. Patutlah dia tiba-tiba berubah. 393 00:32:29,198 --> 00:32:30,199 Baru aku faham. 394 00:32:31,784 --> 00:32:36,830 Kau ingat orang berpengaruh macam kita mesti jadi baik dan pemurah? 395 00:32:38,874 --> 00:32:40,459 Hakikatnya, 396 00:32:40,542 --> 00:32:45,047 orang macam Su-ryeon terlalu hina dan tak layak untuk hidup pun. 397 00:32:45,589 --> 00:32:47,132 Tak payahlah buat baik… 398 00:32:48,676 --> 00:32:49,677 Cik Won Mi-ho. 399 00:32:52,971 --> 00:32:53,972 Gyeong-jun. 400 00:32:55,516 --> 00:32:57,935 Tengok betul-betul. Beg ini edisi terhad. 401 00:33:07,152 --> 00:33:08,237 Masuk. 402 00:33:21,750 --> 00:33:22,751 Ada apa? 403 00:33:24,503 --> 00:33:26,088 Cakaplah. 404 00:33:27,089 --> 00:33:28,090 Saya… 405 00:33:28,882 --> 00:33:30,175 Su-ryeon… 406 00:33:31,343 --> 00:33:33,053 Dia akan sedar tak lama lagi. 407 00:33:33,595 --> 00:33:36,306 Dia dipantau oleh sekumpulan doktor pakar, 408 00:33:36,765 --> 00:33:38,767 jadi dia akan sedar tak lama lagi. 409 00:33:41,186 --> 00:33:42,438 Kamu nak melawat dia? 410 00:33:43,313 --> 00:33:44,398 Tak. 411 00:33:45,232 --> 00:33:46,859 Apa jadi dengan lelaki itu? 412 00:33:50,112 --> 00:33:53,699 Bunyinya memang tak adil, tapi kita tak boleh buat apa-apa. 413 00:33:53,782 --> 00:33:55,117 Itulah undang-undang… 414 00:33:56,410 --> 00:33:57,411 tapi… 415 00:34:00,080 --> 00:34:01,498 dia pasti akan dihukum. 416 00:34:02,958 --> 00:34:06,754 Kalau dia tak dihukum, maksudnya Tuhan memang tak adil. 417 00:34:07,921 --> 00:34:10,090 Tak kisahlah Jesus, Buddha… 418 00:34:10,924 --> 00:34:11,925 mahupun Allah. 419 00:34:12,176 --> 00:34:14,762 Salah satu Tuhan itu mesti adil, bukan? 420 00:34:18,265 --> 00:34:19,349 Terima kasih. 421 00:34:37,743 --> 00:34:38,744 Benjulle. 422 00:34:43,540 --> 00:34:44,792 Ini kertas budak itu. 423 00:34:47,503 --> 00:34:49,671 Aku rasa ia dah cukup untuk kau. 424 00:35:13,278 --> 00:35:16,114 Ayah, dia tumbuk saya. 425 00:35:17,157 --> 00:35:18,867 Saya akan saman betina itu. 426 00:35:19,368 --> 00:35:21,286 Saya takkan biarkan saja. 427 00:35:22,996 --> 00:35:23,997 Tak apa. 428 00:35:25,415 --> 00:35:27,000 Tahulah saya ajar dia. 429 00:35:31,880 --> 00:35:33,048 Tak guna! 430 00:35:48,438 --> 00:35:49,439 Lee Su-ryeon… 431 00:35:51,316 --> 00:35:54,194 Baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah. 432 00:35:54,278 --> 00:35:56,154 Aku akan sebarkan gambar kau. 433 00:35:56,738 --> 00:35:57,906 Tunggulah nasib kau. 434 00:36:43,493 --> 00:36:44,494 Su-ryeon! 435 00:36:47,539 --> 00:36:48,582 Ibu… 436 00:36:48,665 --> 00:36:49,666 Kamu dah sedar? 437 00:36:52,502 --> 00:36:54,338 Syukurlah, nak. 438 00:36:56,506 --> 00:36:57,799 Syukurlah, nak. 439 00:37:01,678 --> 00:37:04,139 Kamu tahu betapa risaunya ibu? 440 00:37:13,523 --> 00:37:14,524 Betullah awak! 441 00:37:15,525 --> 00:37:16,526 Apa? 442 00:37:17,194 --> 00:37:20,072 Syukurlah awak dah balik. 443 00:37:20,781 --> 00:37:22,449 Apa maksud nenek? 444 00:37:22,908 --> 00:37:27,287 Oh, yalah. Nenek lupa awak tak kenal nenek. 445 00:37:27,704 --> 00:37:31,166 Oh, Nenek Geum Baek-ju! Bila nenek datang? 446 00:37:32,501 --> 00:37:35,337 - Su-jin, awak kenal nenek ini? - Mestilah! 447 00:37:35,420 --> 00:37:40,175 Nenek orang tua-tua yang paling tua di Tamra. 448 00:37:40,258 --> 00:37:43,762 Nenek ketua haenyeo dan buka restoran di kaki gunung. 449 00:37:44,638 --> 00:37:49,851 Nenek dermakan hasil mengutip tiram untuk kebajikan pelajar sekolah kita. 450 00:37:50,102 --> 00:37:54,356 Kadang-kadang, nenek bawa kek beras untuk cikgu. 451 00:37:54,439 --> 00:37:57,109 Nenek ini nenek Yeom-ji. 452 00:37:57,192 --> 00:37:58,944 Yeom-ji? Boo Yeom-ji? 453 00:37:59,027 --> 00:38:02,656 Kalau ada masa, singgahlah di restoran nenek. 454 00:38:03,073 --> 00:38:06,785 Datang, ya! Macam-macam nenek nak cerita. 455 00:38:07,661 --> 00:38:10,288 - Nenek jaga diri, ya? - Okey. 456 00:38:10,706 --> 00:38:11,915 Hati-hati. 457 00:38:32,894 --> 00:38:35,022 Tak menyempat langsung. 458 00:38:35,397 --> 00:38:38,483 Awak datang sebab tak sabar-sabar nak jumpa dia? 459 00:38:40,944 --> 00:38:42,988 Saya datang sebab nak tengok dia. 460 00:38:44,156 --> 00:38:46,658 Saya yang jaga dia sejak kecil. 461 00:38:48,285 --> 00:38:50,871 Saya rindu dia, jadi saya datanglah. 462 00:38:52,539 --> 00:38:55,042 Muka dia saling tak tumpah. 463 00:38:56,543 --> 00:39:00,005 Saya teringat kenangan bersama dia, jadi takkanlah saya… 464 00:39:01,548 --> 00:39:02,549 Oh, ya. 465 00:39:03,508 --> 00:39:05,802 Sebab itu jugalah awak ikut dia, bukan? 466 00:39:07,137 --> 00:39:08,472 Apa maksud awak? 467 00:39:09,347 --> 00:39:12,309 Sementara waktu saja. Sekarang, dia bukan Wonjeong. 468 00:39:13,310 --> 00:39:14,394 Betul cakap awak. 469 00:39:14,478 --> 00:39:18,982 Mungkin ingatan dia lebih cepat pulih kalau awak di sisi dia. 470 00:39:19,816 --> 00:39:21,276 Jaga dia baik-baik. 471 00:39:23,070 --> 00:39:24,780 Kenapa asyik suruh saya jaga… 472 00:39:26,823 --> 00:39:27,949 Baguslah itu. 473 00:39:28,033 --> 00:39:30,577 Orang dah puji, cakaplah terima kasih. 474 00:39:36,208 --> 00:39:37,209 Nenek. 475 00:39:41,213 --> 00:39:42,464 Van kenal nenek itu? 476 00:39:46,968 --> 00:39:49,054 Gandingan yang mencurigakan. 477 00:39:56,895 --> 00:39:58,313 Saya nak tanya sesuatu… 478 00:39:59,856 --> 00:40:01,108 tapi bukan di sini. 479 00:40:03,819 --> 00:40:04,861 Ikut saya. 480 00:40:08,657 --> 00:40:11,952 Ini hari pertama awak bekerja, jadi kita patut raikannya. 481 00:40:12,119 --> 00:40:13,745 Apa? Kenapa tak makan? 482 00:40:14,955 --> 00:40:16,623 Tiada selera nak makan ayam. 483 00:40:17,499 --> 00:40:18,500 Yakah? 484 00:40:19,000 --> 00:40:20,418 Saya sajalah yang makan. 485 00:40:26,675 --> 00:40:27,676 Cubalah. 486 00:40:30,178 --> 00:40:31,304 Awak kenal… 487 00:40:32,389 --> 00:40:33,390 nenek itu? 488 00:40:35,225 --> 00:40:36,226 Siapa? 489 00:40:36,852 --> 00:40:38,854 Nenek yang datang ke sekolah tadi. 490 00:40:39,396 --> 00:40:40,397 Nenek Yeom-ji. 491 00:40:41,898 --> 00:40:42,899 Awak ingat nenek? 492 00:40:43,525 --> 00:40:44,526 Apa maksud awak? 493 00:40:46,319 --> 00:40:47,571 Tak apa, makanlah. 494 00:40:47,654 --> 00:40:48,655 Cubalah. 495 00:40:49,531 --> 00:40:51,575 Nah, rasa sikit. Cepatlah. 496 00:40:52,742 --> 00:40:53,743 Keju sikit. 497 00:41:15,348 --> 00:41:16,349 Betulkah? 498 00:41:21,438 --> 00:41:22,606 Okey, baiklah. 499 00:41:25,233 --> 00:41:26,234 Van. 500 00:41:27,652 --> 00:41:28,653 Van! 501 00:41:33,200 --> 00:41:34,201 Mi-ho! 502 00:41:34,492 --> 00:41:36,203 - Oh, Tuhan! - Kenapa lari? 503 00:41:36,286 --> 00:41:37,454 - Awak dah balik. - Ya. 504 00:41:37,537 --> 00:41:38,788 - Saya mesti… - Nanti! 505 00:41:38,997 --> 00:41:42,542 Nak tahu saya pergi mana tadi? Saya beli kroket udang… 506 00:41:42,626 --> 00:41:44,419 Makanlah dulu. 507 00:41:44,502 --> 00:41:45,879 - Mi-ho. - Makanlah! 508 00:41:48,381 --> 00:41:49,382 Van! 509 00:41:56,473 --> 00:41:58,016 Yoon Gyeong-jun dah mati. 510 00:42:03,521 --> 00:42:05,065 Awak tak bunuh dia, bukan? 511 00:42:06,483 --> 00:42:07,817 Saya tak bunuh manusia. 512 00:42:08,902 --> 00:42:09,903 Yakah? 513 00:42:12,405 --> 00:42:13,865 Syukurlah. 514 00:42:16,660 --> 00:42:18,161 Saya berbelah bagi. 515 00:42:18,578 --> 00:42:20,538 Sepatutnya saya gembira… 516 00:42:21,831 --> 00:42:23,833 tapi saya rasa dia tak patut mati. 517 00:42:24,042 --> 00:42:25,919 Ia tak patut berakhir macam ini. 518 00:42:26,628 --> 00:42:27,921 Itulah yang saya rasa. 519 00:42:31,967 --> 00:42:34,344 Kita tak boleh puaskan hati semua orang. 520 00:42:35,929 --> 00:42:36,930 Awak… 521 00:42:37,973 --> 00:42:39,891 Awak sama macam ayah saya. 522 00:42:41,810 --> 00:42:44,604 Dia pun dingin macam awak. 523 00:42:45,230 --> 00:42:48,108 Kamu tak tahu memujuk dan langsung tiada perasaan. 524 00:42:51,861 --> 00:42:52,862 Nah. 525 00:42:58,743 --> 00:43:01,705 Ini telefon bimbit. 526 00:43:03,456 --> 00:43:05,083 Awak tahu telefon bimbit? 527 00:43:06,167 --> 00:43:07,168 Tahu. 528 00:43:07,585 --> 00:43:09,921 - Saya rasa awak tak tahu. - Tahulah. 529 00:43:12,424 --> 00:43:13,591 Awak tahu telefon? 530 00:43:14,259 --> 00:43:15,343 Komputer? 531 00:43:15,427 --> 00:43:17,178 Ini telefon pintar. 532 00:43:17,262 --> 00:43:21,474 Gabungan telefon, kamera dan komputer. Tiga dalam satu. 533 00:43:22,309 --> 00:43:23,310 Telefon bimbit. 534 00:43:24,644 --> 00:43:27,022 Awak ingat saya bodohkah? Saya tahulah. 535 00:43:27,981 --> 00:43:28,982 Yakah? 536 00:43:29,941 --> 00:43:31,234 Kenapa awak tiada telefon? 537 00:43:31,318 --> 00:43:32,569 Saya tak perlukannya. 538 00:43:34,487 --> 00:43:37,574 Kalau tak guna, macam mana nak tahu kepentingannya? 539 00:43:37,657 --> 00:43:41,286 Orang tak boleh hidup tanpa telefon kerana tak dapat berhubung. 540 00:43:44,039 --> 00:43:45,290 Jawab panggilan saja. 541 00:43:45,999 --> 00:43:47,042 Panggilan saya seorang. 542 00:43:47,125 --> 00:43:48,126 Setiap panggilan. 543 00:43:48,877 --> 00:43:50,003 Walau apa pun. 544 00:44:04,684 --> 00:44:05,643 BOS 545 00:44:07,979 --> 00:44:08,980 Kenapa awak… 546 00:44:09,439 --> 00:44:10,440 Apa? 547 00:44:10,982 --> 00:44:12,567 Saya bos awak, bukan? 548 00:44:12,942 --> 00:44:15,070 Kalau tak suka, tukarlah. 549 00:44:21,451 --> 00:44:24,204 Kenapa aku patut takut dengan dia? 550 00:44:24,662 --> 00:44:28,083 Berdasarkan pengaruh, kedudukan dan status sosial dia, 551 00:44:28,458 --> 00:44:31,836 dia yang patut dengar cakap aku. 552 00:44:36,800 --> 00:44:40,720 Mungkin sebab nyawa aku dalam tangan dia. 553 00:44:53,066 --> 00:44:54,067 Sedapnya. 554 00:45:02,534 --> 00:45:05,370 Aku rasa dia tak pernah makan benda ini. 555 00:45:14,587 --> 00:45:15,588 Apa aku buat ini? 556 00:45:15,672 --> 00:45:19,134 Kenapa aku patut kisah pasal dia? 557 00:45:20,176 --> 00:45:21,719 Lebih baik aku makan saja. 558 00:45:23,388 --> 00:45:24,389 Habiskan semua. 559 00:45:34,399 --> 00:45:37,694 BOS 560 00:45:44,033 --> 00:45:45,785 Sampai bila awak nak menyorok? 561 00:45:47,078 --> 00:45:48,079 Keluar. 562 00:45:52,083 --> 00:45:53,084 Saya? 563 00:45:53,626 --> 00:45:54,627 Awak tahu? 564 00:45:56,838 --> 00:45:58,256 Tak guna. 565 00:45:59,007 --> 00:46:00,550 Dia memang menakutkan. 566 00:46:03,928 --> 00:46:06,806 Saya dah padam semua jejak, tapi nampaknya… 567 00:46:07,974 --> 00:46:09,642 Bau awak terlalu kuat. 568 00:46:09,976 --> 00:46:10,977 Oh, Tuhan. 569 00:46:11,686 --> 00:46:13,563 Sensitifnya deria bau awak. 570 00:46:14,105 --> 00:46:15,106 Saya… 571 00:46:16,608 --> 00:46:19,944 Saya tahu hal yang berlaku antara awak dengan Wonjeong. 572 00:46:25,408 --> 00:46:28,203 Budak hingusan macam awak tak layak sebut nama dia. 573 00:46:28,286 --> 00:46:31,831 Awak mesti rasa bersalah apabila dengar nama dia, bukan? 574 00:46:31,915 --> 00:46:33,291 - Jangan… - Saya hairan. 575 00:46:34,417 --> 00:46:35,919 Kenapa awak dekati Mi-ho? 576 00:46:36,586 --> 00:46:38,213 Suatu hari nanti, Mi-ho… 577 00:46:38,296 --> 00:46:39,297 Eh, bukan. 578 00:46:40,965 --> 00:46:42,258 Maksud saya, Wonjeong. 579 00:46:43,218 --> 00:46:44,385 Awak akan bunuh dia. 580 00:46:46,179 --> 00:46:47,180 Nanti! 581 00:46:47,472 --> 00:46:48,473 Oh, Tuhan. 582 00:46:48,806 --> 00:46:52,018 Saya belum bersedia. Lagipun, malam ini sejuk sangat. 583 00:46:52,101 --> 00:46:55,438 Saya nak panaskan badan dan regangkan otot. 584 00:46:57,315 --> 00:46:58,399 Maaf. 585 00:47:05,281 --> 00:47:06,282 Okey. 586 00:47:09,118 --> 00:47:10,578 Boleh kita mula sekarang? 587 00:49:01,147 --> 00:49:02,857 Simpan saja semua helah awak. 588 00:49:03,107 --> 00:49:04,400 Saya dah cakap, bukan? 589 00:49:05,151 --> 00:49:06,819 Saya perlu uji awak. 590 00:49:07,737 --> 00:49:11,032 Anggaplah ini pemeriksaan keselamatan. 591 00:50:13,636 --> 00:50:14,637 Van! 592 00:50:22,520 --> 00:50:25,481 Mana nak jumpa bos yang baik macam aku? 593 00:50:26,190 --> 00:50:27,358 Bos yang penyayang… 594 00:50:28,693 --> 00:50:32,071 Ke mana dia pergi? Johan pun sama… 595 00:50:42,915 --> 00:50:43,916 Johan? 596 00:50:49,255 --> 00:50:51,507 Saya tak suka guna cara ini, 597 00:50:51,799 --> 00:50:53,801 tapi manusia bukan lawan syaitan. 598 00:50:54,677 --> 00:50:55,970 Betul, bukan? 599 00:50:57,930 --> 00:51:02,018 Awak taklah sekuat yang saya sangka. 600 00:51:03,561 --> 00:51:04,562 Yakah? 601 00:51:12,111 --> 00:51:14,447 Saya dah agak. Awak Syaitan Nafsu. 602 00:51:17,742 --> 00:51:18,743 Hati-hati. 603 00:51:21,120 --> 00:51:22,747 Putus tangan awak nanti. 604 00:51:32,048 --> 00:51:34,801 Wahai Santa Michael, penghulu tentera syurga. 605 00:51:35,468 --> 00:51:40,640 Dengan izin Tuhan, usirlah syaitan yang berkeliaran di Bumi ini ke neraka. 606 00:51:41,808 --> 00:51:43,267 Amin. 607 00:51:45,478 --> 00:51:46,479 Siapa… 608 00:51:49,315 --> 00:51:50,316 nama kau? 609 00:52:57,300 --> 00:52:58,301 Mi-ho. 610 00:53:00,678 --> 00:53:01,679 Van… 611 00:53:02,179 --> 00:53:03,180 Lari… 612 00:56:03,861 --> 00:56:06,864 Terjemahan sari kata oleh Saffura