1 00:00:06,005 --> 00:00:08,925 Siri berikut mengandungi gambaran bunuh diri 2 00:00:09,005 --> 00:00:11,885 yang boleh mengganggu sesetengah penonton. 3 00:00:11,965 --> 00:00:13,365 Jika ada yang bermasalah, 4 00:00:13,445 --> 00:00:15,925 sumber maklumat ada di www.wannatalkaboutit.com 5 00:00:16,725 --> 00:00:21,045 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 6 00:00:26,685 --> 00:00:28,325 {\an8}ANUGERAH TERBAIK, JADI SAUDARAMU 7 00:00:28,405 --> 00:00:29,525 {\an8}ISTIMEWA JADI SAUDARAMU 8 00:00:29,605 --> 00:00:33,645 {\an8}Rasanya saya tak pernah jumpa keluarga sehebat ini. 9 00:00:34,405 --> 00:00:37,124 {\an8}Kasih sayang yang mereka beri tiada tandingan. 10 00:00:37,205 --> 00:00:38,685 {\an8}Abang sentiasa ada adik 11 00:00:39,245 --> 00:00:41,685 Dia kakak saya. Namanya Sunita Mehta. 12 00:00:41,765 --> 00:00:43,245 KAWAN LALIT 13 00:00:43,325 --> 00:00:45,565 KAKAK IPAR PARVEEN 14 00:00:45,645 --> 00:00:47,565 Dia kakak ipar saya. 15 00:00:49,045 --> 00:00:51,565 Suami saya bersahabat dengan Lalit. 16 00:00:51,645 --> 00:00:56,165 Lama-kelamaan kami sudah jadi seperti satu keluarga besar. 17 00:00:57,365 --> 00:01:01,245 Anak-anak kami sayang anak-anak mereka. Mereka sangat rapat. 18 00:01:01,325 --> 00:01:03,885 Anak saya Karan dan anaknya Vishwa… 19 00:01:06,125 --> 00:01:08,965 Ini hadiah daripada "Monu" Menaka kepada Karan. 20 00:01:09,685 --> 00:01:12,485 Dia amat sayang anak saya. 21 00:01:12,565 --> 00:01:15,365 Bagaimana seorang adik begitu menyayangi abangnya? 22 00:01:19,845 --> 00:01:22,885 {\an8}Setiap hadiah ini dia buat sendiri. 23 00:01:22,965 --> 00:01:27,365 Apabila dibuka, kita nampak keunikannya. 24 00:01:28,125 --> 00:01:30,085 "Selamat Hari Jadi Abang." 25 00:01:31,725 --> 00:01:34,765 Semua ini kreativiti Menaka. 26 00:01:37,125 --> 00:01:39,165 Menaka gadis yang baik, 27 00:01:40,045 --> 00:01:41,485 dan sangat bijak. 28 00:01:45,445 --> 00:01:47,565 Dia mahu kehidupannya bererti. 29 00:01:48,725 --> 00:01:52,405 Dia tak sangka perkara begini akan berlaku kepadanya. 30 00:01:53,685 --> 00:01:55,405 ABANG KESAYANGAN SELAMANYA 31 00:01:55,485 --> 00:01:57,525 PEMBIMBING DAN PENYOKONG TERBAIK 32 00:01:57,605 --> 00:01:58,885 PENYEMBUH TERBAIK 33 00:01:58,965 --> 00:02:01,245 Dia tak hantar satu demi satu, 34 00:02:01,325 --> 00:02:03,365 dia beri semua pada hari jadi saya. 35 00:02:04,005 --> 00:02:05,125 KAWAN MENAKA 36 00:02:05,205 --> 00:02:08,045 Dia amat rapat dengan saya dan mahu beri kejutan. 37 00:02:08,125 --> 00:02:12,005 Dia buat sendiri semua kad ini untuk hari jadi saya. 38 00:02:12,085 --> 00:02:13,445 HUBUNGAN KITA BAK MENTARI 39 00:02:13,525 --> 00:02:15,325 TAK DILIHAT, SENTIASA MENYINARI 40 00:02:15,405 --> 00:02:19,445 Hubungan kami lebih erat daripada adik-beradik biasa. 41 00:02:23,525 --> 00:02:25,205 Kadangkala saya tersedar, 42 00:02:26,205 --> 00:02:28,125 dia sudah tiada lagi. 43 00:02:34,365 --> 00:02:37,925 Namun, saya perlu menerimanya. 44 00:02:45,125 --> 00:02:47,805 Saya rasa anak saya dah berubah. 45 00:02:48,805 --> 00:02:51,205 Berhari-hari saya tidur di biliknya. 46 00:02:51,285 --> 00:02:52,765 Saya tak biar dia sendirian. 47 00:02:52,845 --> 00:02:56,525 Dia asyik kata, "Tak mungkin ini berlaku kepada Monu." 48 00:02:57,645 --> 00:03:01,925 "Mak, kenapa mereka buat begini? Kenapa Pak Cik Lalit buat begitu?" 49 00:03:03,525 --> 00:03:05,405 Hanya Tuhan tahu jawapannya. 50 00:03:05,485 --> 00:03:09,005 Apa, mengapa dan bagaimana semua ini berlaku? 51 00:03:23,285 --> 00:03:28,325 Semuanya tak masuk akal. Tolong jangan menangis, Parveen. 52 00:03:28,405 --> 00:03:32,325 Legasi kami ialah kenangan indah yang keluarga itu tinggalkan. 53 00:03:32,405 --> 00:03:34,605 {\an8}TIADA ANUGERAH SETANDING ABANG SEPERTIMU 54 00:03:34,685 --> 00:03:37,085 {\an8}KAMULAH HADIAH TERBAIK BAGI SAYA 55 00:03:37,165 --> 00:03:38,165 SAYA SENTIASA ADA 56 00:03:38,245 --> 00:03:43,645 Sebenarnya saya terkejut tak banyak perbualan yang berlaku 57 00:03:43,725 --> 00:03:47,445 {\an8}tentang kejadian sebenar di Burari. 58 00:03:47,525 --> 00:03:48,445 {\an8}AHLI PSIKIATRI 59 00:03:49,885 --> 00:03:53,805 Membincangkannya dengan cara yang merenung kembali diri, 60 00:03:53,885 --> 00:03:55,965 dan bukan mendiamkannya, 61 00:03:56,045 --> 00:04:01,925 dapat membantu memupuk perbualan pada masa depan. 62 00:04:03,005 --> 00:04:08,405 Jelas sekali ada sesuatu yang sangat teruk berlaku di sini. 63 00:04:32,925 --> 00:04:35,445 Semuanya ciptaan minda Lalit. 64 00:04:36,965 --> 00:04:41,285 {\an8}Pasti ada sesuatu yang difikirkannya sejak bertahun dulu, 65 00:04:41,365 --> 00:04:43,165 {\an8}hingga terperangkap dalam ciptaannya. 66 00:04:44,365 --> 00:04:46,685 Dia mempermainkan minda secara psikologi, 67 00:04:46,765 --> 00:04:47,845 sejak awal lagi. 68 00:04:47,925 --> 00:04:50,885 Saya rasa bencana yang menimpa keluarga itu tak adil. 69 00:04:53,085 --> 00:04:56,125 Jangan anggap pemujaan waktu senja satu gurauan. 70 00:04:57,045 --> 00:05:02,645 Jauhi orang yang dilarang bercakap dengan kamu. 71 00:05:02,725 --> 00:05:08,125 Setiap kali kamu bersalah, Lalit, Tina dan Shivam yang akan dihukum. 72 00:05:08,205 --> 00:05:12,125 Namun, kamu sentiasa lupa tentang itu. 73 00:05:12,205 --> 00:05:16,245 {\an8}Jika sesiapa ingkar, tak ikut arahannya, 74 00:05:16,325 --> 00:05:19,125 {\an8}atau tak ikut arahan dalam diari, mereka akan dihukum. 75 00:05:19,925 --> 00:05:24,725 Bersyukurlah sebab Tuhan buat kamu sedar akan kesilapan kamu. 76 00:05:24,805 --> 00:05:28,325 Sepanjang tahun, mulai Disember, kamu akan dihukum. 77 00:05:30,325 --> 00:05:33,285 Tahun ini ialah tahun terakhir. 78 00:05:35,285 --> 00:05:37,485 Situasinya semakin teruk. 79 00:05:38,525 --> 00:05:41,045 Bagi saya, perubahan ini bermaksud 80 00:05:41,125 --> 00:05:44,325 dia merasakan dirinya gagal mengawal keadaan, 81 00:05:44,405 --> 00:05:47,405 dan dia tak mampu meneruskannya lagi. 82 00:05:48,245 --> 00:05:51,965 Jadi, sebenarnya dia sudah menemui jalan buntu. 83 00:05:56,005 --> 00:05:58,605 Lalit amat penting dalam kejadian ini. 84 00:05:59,605 --> 00:06:01,725 Dia berjaya sebab 85 00:06:01,805 --> 00:06:05,405 dia berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua keluarga. 86 00:06:05,485 --> 00:06:07,725 Jadi, semua orang perlu patuh. 87 00:06:07,805 --> 00:06:10,365 Mereka jadi begini hanya disebabkan seorang. 88 00:06:10,445 --> 00:06:12,085 SUBINSPEKTOR 89 00:06:12,165 --> 00:06:13,885 Lalit. 90 00:06:13,965 --> 00:06:15,845 {\an8}Hanya sebab awak, semua orang mati. 91 00:06:15,925 --> 00:06:17,285 {\an8}PEGAWAI BALAI POLIS 92 00:06:18,485 --> 00:06:22,045 Menurut pendedahan siasatan polis, 93 00:06:22,125 --> 00:06:27,005 anak bongsu mereka, Lalit menghasut keluarga itu membunuh diri beramai-ramai. 94 00:06:27,085 --> 00:06:28,645 LALIT, DALANG? RUMAH NGERI DELHI 95 00:06:28,725 --> 00:06:30,245 PERISIK SIASAT PERANAN LALIT 96 00:06:30,325 --> 00:06:34,845 Perkara ini tragik sebab ia hanya dipaparkan sebagai kejadian dahsyat. 97 00:06:36,005 --> 00:06:38,885 Sebenarnya ada perkara lain berlaku dalam insiden ini, 98 00:06:38,965 --> 00:06:41,925 namun ia cuma dipaparkan sebagai kejadian sensasi, 99 00:06:42,005 --> 00:06:45,365 dan seronok untuk diketahui oleh orang ramai. 100 00:06:45,445 --> 00:06:47,925 Kita asyik melihatnya sebab ia amat dahsyat. 101 00:06:48,005 --> 00:06:49,165 {\an8}BERITA 102 00:06:49,245 --> 00:06:50,445 {\an8}CCTV Dedahkan Kisah 103 00:06:50,525 --> 00:06:53,285 {\an8}Kami bawakan berita sensasi ini. 104 00:06:53,365 --> 00:06:54,685 Apakah misteri 11 kematian? 105 00:06:57,725 --> 00:07:01,765 Kebenaran dibongkar dari Rumah Burari! 106 00:07:01,965 --> 00:07:06,565 Media ada pendekatan berbeza-beza dalam membuat liputan bagi kes begini. 107 00:07:06,645 --> 00:07:09,925 Perkara ini pernah berlaku, dan akan terus berlaku. 108 00:07:11,285 --> 00:07:14,725 Awak bersetuju dengan cara kes ini dilaporkan? 109 00:07:18,005 --> 00:07:19,445 Awak buat saya serba salah. 110 00:07:24,005 --> 00:07:24,845 Okey. 111 00:07:26,525 --> 00:07:30,205 Saya tak setuju dengan laporan yang disensasikan. 112 00:07:30,285 --> 00:07:32,765 Ada wartawan guna pendekatan begini, 113 00:07:32,845 --> 00:07:36,685 dan menggembar-gemburkan liputan mereka. 114 00:07:36,765 --> 00:07:40,565 {\an8}Adakah polis tidak melihat pembunuhan ini? 115 00:07:40,645 --> 00:07:43,605 {\an8}Bagaimana dengan "Baba" yang mungkin terlibat? 116 00:07:43,685 --> 00:07:47,805 {\an8}Adakah paip ini dipasang bagi membantu 11 roh melepaskan diri? 117 00:07:47,885 --> 00:07:50,565 Ada perkara yang jelas berlaku dalam kes ini, 118 00:07:50,645 --> 00:07:52,565 hingga kita tak tahu banyak. 119 00:07:52,645 --> 00:07:56,085 Kes ini dilaporkan seperti drama jenayah. 120 00:07:56,165 --> 00:07:57,005 WARTAWAN 121 00:07:57,685 --> 00:08:01,245 Kes ini dilaporkan sebagai kisah tilikan nombor. 122 00:08:01,325 --> 00:08:04,085 Seperti ada satu dunia tantra di sebaliknya. 123 00:08:05,245 --> 00:08:07,645 Saya rasa laporan peringkat awal 124 00:08:07,725 --> 00:08:10,885 tentang perkara mengarut 125 00:08:10,965 --> 00:08:14,165 yang memaparkan kewartawanan dalam TV arus perdana 126 00:08:14,245 --> 00:08:15,445 sudah tiba di India. 127 00:08:21,525 --> 00:08:23,845 Media melaporkan ada jeritan didengar 128 00:08:23,925 --> 00:08:25,565 seperti ada yang nampak hantu. 129 00:08:25,645 --> 00:08:30,725 Orang ramai seronok mendengar berita palsu yang dibesar-besarkan. 130 00:08:30,805 --> 00:08:32,405 Media memuaskan keinginan itu. 131 00:08:32,485 --> 00:08:37,885 {\an8}Mereka tambah perisa dan penipuan dalam berita. 132 00:08:37,965 --> 00:08:39,044 {\an8}JIRAN 133 00:08:40,005 --> 00:08:43,845 {\an8}Seorang wartawan mesti bersifat objektif dan wajar dalam laporan. 134 00:08:43,924 --> 00:08:46,564 {\an8}Bagi kes Burari, ia lebih penting sebab 135 00:08:46,645 --> 00:08:50,005 {\an8}kita menangani kes dahsyat yang tak masuk akal. 136 00:08:50,085 --> 00:08:51,005 {\an8}WARTAWAN JENAYAH 137 00:08:51,085 --> 00:08:54,445 Semuanya perlu ditangani dengan sensitiviti. 138 00:08:54,525 --> 00:08:55,565 Mangsa mati digantung 139 00:08:55,645 --> 00:08:58,965 Nafsu untuk skandal secara kolektifnya 140 00:08:59,045 --> 00:09:03,765 datang daripada masalah menganggap orang lain "asing". 141 00:09:04,565 --> 00:09:06,285 Lebih mudah untuk beranggapan 142 00:09:06,365 --> 00:09:09,245 perkara ini berlaku kepada orang lain, bukan kita. 143 00:09:10,845 --> 00:09:14,925 Di sini seluruh ahli keluarga menggantung diri sendiri, 144 00:09:15,005 --> 00:09:19,645 atau setidaknya itu yang diberitahu, dan kita tak tahu apa-apa tentangnya? 145 00:09:20,405 --> 00:09:24,805 Tiada siapa beritahu kita punca dan cara ia berlaku. 146 00:09:24,885 --> 00:09:29,325 Tiada siapa juga yang kembali untuk mencuba dan buat susulan? 147 00:09:29,405 --> 00:09:31,645 Mereka terlupa tentang itu. 148 00:09:42,005 --> 00:09:44,085 {\an8}Nama ayah mereka Bhopal Singh. 149 00:09:46,605 --> 00:09:50,805 {\an8}Dia orang yang ringkas. Tak merokok dan tiada tabiat buruk. 150 00:09:52,325 --> 00:09:56,725 Kami orang tua. Kami akan duduk dan berbual. 151 00:09:56,805 --> 00:09:58,045 JIRAN 152 00:09:58,125 --> 00:10:00,085 Dia sering kongsi kenangannya di Tohana. 153 00:10:08,645 --> 00:10:12,125 Semasa dia masih bertani, dengan perniagaan susunya yang maju. 154 00:10:14,765 --> 00:10:17,845 Mereka juga pelihara lembu dan kerbau di ladang mereka. 155 00:10:20,245 --> 00:10:22,885 Tanah seluas lapan ekar di keliling kita ini, 156 00:10:23,765 --> 00:10:26,685 semuanya milik Bhopal Singh. 157 00:10:26,765 --> 00:10:32,445 Dia jual kepada kami antara tahun 1988 dan 1989. 158 00:10:34,685 --> 00:10:36,405 Nama saya Gurdayal Singh. 159 00:10:36,485 --> 00:10:37,525 KAWAN KELUARGA 160 00:10:37,605 --> 00:10:39,445 Ini adik-beradik saya. 161 00:10:40,165 --> 00:10:42,285 Abang saya, Karam Singh. 162 00:10:42,365 --> 00:10:44,725 Adik saya pula, Gurcharan Singh. 163 00:10:44,805 --> 00:10:47,245 {\an8}Nama gelarannya, Tari. 164 00:10:49,405 --> 00:10:56,045 Semasa dia jumpa ayah saya, mereka terus serasi. 165 00:10:56,685 --> 00:11:01,805 Mereka anggap diri mereka saudara dan juga saling menyayangi. 166 00:11:03,525 --> 00:11:06,325 Dia menghasilkan susu di ladangnya juga. 167 00:11:06,405 --> 00:11:09,405 Kemudian dia bekerja sebagai buruh untuk besarkan anak. 168 00:11:09,485 --> 00:11:11,285 Selepas itu dia beli traktor. 169 00:11:11,365 --> 00:11:13,005 Mereka mula bertani. 170 00:11:13,085 --> 00:11:17,245 Namun semua pendapatannya dihabiskan untuk perkahwinan anak-anaknya. 171 00:11:17,925 --> 00:11:22,405 Dia beritahu ayah saya, mereka banyak berhutang selepas majlis perkahwinan. 172 00:11:24,965 --> 00:11:28,405 Sampai satu tahap, mereka terpaksa jual tanah kepada kami. 173 00:11:29,405 --> 00:11:33,565 Selepas jual tanah, dia kata, "Tiada cara lagi untuk saya sara hidup." 174 00:11:34,365 --> 00:11:38,165 Katanya, "Anak-anak saya hidup senang di sini, 175 00:11:38,245 --> 00:11:41,485 tapi dalam komuniti ini, status saya tak boleh jatuh." 176 00:11:43,805 --> 00:11:47,725 Sebab mereka ada saudara di Delhi, mereka juga berpindah ke sana. 177 00:11:51,045 --> 00:11:55,125 Bhopal Singh lelaki yang amat baik. 178 00:11:55,205 --> 00:11:57,205 Kami memanggilnya "pak cik". 179 00:11:58,445 --> 00:12:00,125 Dia selalu berterus terang. 180 00:12:00,885 --> 00:12:05,205 Fikirannya tak sempit, malah, dia orang yang berfikiran terbuka. 181 00:12:05,285 --> 00:12:06,565 KAWAN KELUARGA 182 00:12:06,645 --> 00:12:08,445 Dia langsung tak tegas. 183 00:12:10,365 --> 00:12:13,565 Pada masa itu, keluarganya hidup bahagia di sini. 184 00:12:14,685 --> 00:12:18,165 Lalit budak yang naif dan banyak helah. 185 00:12:18,845 --> 00:12:20,765 Dia sangat nakal. 186 00:12:22,205 --> 00:12:24,205 Anak bongsu sentiasa dimanjakan. 187 00:12:24,285 --> 00:12:27,245 Sebab Lalit anak bongsu, dia kegemaran semua. 188 00:12:27,685 --> 00:12:29,645 2 NOVEMBER 1970 KELAHIRAN LALIT 189 00:12:29,725 --> 00:12:32,365 Saya, Lalit dan Chander… 190 00:12:32,445 --> 00:12:34,285 {\an8}LALIT MASUK KOLEJ DN, HISAR 191 00:12:34,365 --> 00:12:37,885 {\an8}…dalam gred 12 dan kami minum bir bersama. 192 00:12:37,965 --> 00:12:41,565 {\an8}Kami tak pernah terlepas peluang untuk melepak dan minum bir. 193 00:12:44,005 --> 00:12:47,605 {\an8}Kami akan berbual hingga larut malam. 194 00:12:47,685 --> 00:12:50,565 Lalit sentiasa buka topik perbualan. 195 00:12:50,645 --> 00:12:53,845 Dia akan bercerita tentang masa silam atau masa depan. 196 00:12:53,925 --> 00:12:55,005 KAWAN LALIT 197 00:12:55,085 --> 00:12:59,125 Dia akan bercakap dan menghiburkan kami. 198 00:12:59,845 --> 00:13:02,725 Kami tiada pertalian darah. Hubungan kami lebih hebat. 199 00:13:02,805 --> 00:13:03,885 KAWAN LALIT 200 00:13:03,965 --> 00:13:05,845 Dia sahabat sejati saya. 201 00:13:06,805 --> 00:13:11,125 Semasa kali pertama kami bertemu, dia sudah mendapat kemalangan. 202 00:13:12,165 --> 00:13:14,325 {\an8}KEMALANGAN MOTOSIKAL LALIT 203 00:13:14,405 --> 00:13:16,285 {\an8}Saya tak begitu ingat, tapi rasanya 204 00:13:16,365 --> 00:13:18,525 {\an8}kemalangan pertamanya kemalangan motosikal. 205 00:13:19,245 --> 00:13:21,165 Dia masuk hospital beberapa hari. 206 00:13:22,445 --> 00:13:23,965 Dia ada peperiksaan, 207 00:13:24,045 --> 00:13:27,805 tapi dia di hospital dan tak boleh mengambilnya. 208 00:13:29,285 --> 00:13:32,765 Saya bercakap dengan ibu bapanya dan dapat tahu 209 00:13:32,845 --> 00:13:36,485 Lalit mengalami kecederaan kepala yang serius pada masa itu. 210 00:13:37,325 --> 00:13:39,725 Saya masih ingat, dia sentiasa tertidur. 211 00:13:39,805 --> 00:13:43,805 Semasa sedang berbual, dia boleh tertidur. 212 00:13:46,245 --> 00:13:48,325 Itulah kemalangan pertamanya. 213 00:13:48,925 --> 00:13:51,325 Dia masuk hospital beberapa hari. 214 00:13:51,405 --> 00:13:56,245 Selepas berpindah ke Delhi, dia kemalangan lagi. 215 00:13:56,325 --> 00:13:59,885 Sebenarnya bukan kemalangan, tapi dia diserang teruk. 216 00:14:00,565 --> 00:14:06,085 Orang yang menyerangnya berniat untuk membunuhnya. 217 00:14:06,165 --> 00:14:07,405 Masa itu suaranya hilang. 218 00:14:08,605 --> 00:14:14,045 Lalit bekerja di kedai papan lapis di pinggir bandar, seberang Sungai Yamuna. 219 00:14:14,645 --> 00:14:17,285 Dia bergaduh dengan majikannya tentang gaji. 220 00:14:17,365 --> 00:14:18,885 PEGAWAI SIASATAN JENAYAH 221 00:14:18,965 --> 00:14:20,805 Mereka bergaduh. 222 00:14:21,365 --> 00:14:27,565 Kami dengar Lalit dikurung di dalam kedai dan tempat itu dibakar. 223 00:14:28,885 --> 00:14:32,885 {\an8}SERANGAN MEMBAKAR LALIT 26 MAC 2004 224 00:14:38,365 --> 00:14:42,325 {\an8}Tiada siapa tahu niat sebenar penyerangnya. 225 00:14:42,405 --> 00:14:46,845 {\an8}Dia dipukul hingga teruk dan dikurung di dalam kedai papan lapis. 226 00:14:46,925 --> 00:14:52,165 Mereka bakar kotak papan lapis yang disimpan di situ. 227 00:14:53,805 --> 00:14:56,725 Apabila dia sedar, 228 00:14:56,805 --> 00:14:59,245 papan lapis sudah menimpa badannya. 229 00:15:00,165 --> 00:15:01,685 Kayu melekat pada bahunya. 230 00:15:01,765 --> 00:15:05,925 Dia keluarkan telefon dari poket dan telefon abangnya. 231 00:15:06,005 --> 00:15:08,165 "Saya diserang!" 232 00:15:08,885 --> 00:15:11,525 "Saya dipukul dan dikurung di dalam kedai." 233 00:15:11,605 --> 00:15:14,445 "Datang cepat. Mereka dah bakar kedai." 234 00:15:14,525 --> 00:15:18,685 Ada orang merancang serangan itu. Pasti mereka benci dia. 235 00:15:18,765 --> 00:15:20,965 Ia dianggap percubaan membunuh. 236 00:15:21,045 --> 00:15:26,405 Hampir membawa maut dan kami fikir dia dah mati. 237 00:15:28,525 --> 00:15:32,445 Dia sudah pun menderita kecederaan kepala, 238 00:15:32,525 --> 00:15:35,005 namun selepas insiden kedua, 239 00:15:35,765 --> 00:15:38,045 asap masuk ke dalam paru-parunya. 240 00:15:38,925 --> 00:15:41,045 Jadi, suaranya hilang. 241 00:15:43,645 --> 00:15:47,365 Apabila saya melawatnya pada masa itu, 242 00:15:47,445 --> 00:15:49,965 tiada lagi orang yang bijak dan ceria. 243 00:15:50,045 --> 00:15:52,725 Dia perlu tulis pendapatnya untuk berkomunikasi. 244 00:15:52,805 --> 00:15:54,565 Dia berhenti kerja. 245 00:15:54,645 --> 00:15:57,125 Seluruh keluarganya patah harapan, 246 00:15:57,205 --> 00:15:59,165 sebab hanya dia penyara keluarga. 247 00:16:01,285 --> 00:16:04,765 Anak lelaki Lalit lahir semasa dia tak boleh bercakap, 248 00:16:04,845 --> 00:16:06,325 dan saya selalu fikir 249 00:16:06,405 --> 00:16:12,045 pasti sukar untuk Lalit sebab dia tak boleh panggil nama anaknya. 250 00:16:14,125 --> 00:16:17,205 Saya percaya suaranya memang sudah hilang. 251 00:16:17,285 --> 00:16:19,765 Saya tak pernah meraguinya. 252 00:16:22,805 --> 00:16:24,085 Hal itu takkan berlaku 253 00:16:24,165 --> 00:16:28,085 melainkan orang itu mengalami strok atau pendarahan otak, 254 00:16:28,165 --> 00:16:31,125 yang menjejaskan pertuturannya. 255 00:16:31,205 --> 00:16:35,005 Atau jika ada kerosakan fizikal akibat trauma atau penyakit 256 00:16:35,725 --> 00:16:37,765 pada larinks dan peti suara. 257 00:16:37,845 --> 00:16:39,165 PAKAR BEDAH VASKULAR 258 00:16:39,245 --> 00:16:41,525 Tiada bukti dia mengalami masalah itu. 259 00:16:42,125 --> 00:16:46,525 Adakah suaranya memang sudah tiada, atau dia cuma berlakon? 260 00:16:46,605 --> 00:16:48,925 Saya tak pasti. 261 00:16:49,005 --> 00:16:52,885 Keluarganya mahu lupakan kisah itu. 262 00:16:52,965 --> 00:16:55,645 Ibunya juga pesan, jangan bincangkan hal itu. 263 00:16:55,725 --> 00:16:58,285 "Lebih baik kita lupakan dan jangan sebut langsung." 264 00:16:58,965 --> 00:17:03,645 Lama-kelamaan, kami melupakan kejadian itu. 265 00:17:08,085 --> 00:17:14,124 Untuk sembuh, dia perlukan banyak pemulihan. 266 00:17:14,205 --> 00:17:16,805 Pemulihan secara fizikal dan emosional. 267 00:17:18,565 --> 00:17:22,725 Sebab selepas kemalangan itu dia tak bercakap, 268 00:17:22,805 --> 00:17:25,285 dia seperti sudah hilang suara. 269 00:17:25,364 --> 00:17:28,725 Benarkah suaranya dah hilang? Kita tak tahu. 270 00:17:29,364 --> 00:17:33,845 Atau pada tahap psikologi yang mendalam, traumanya amat dahsyat 271 00:17:35,085 --> 00:17:38,405 hingga dia memutuskan untuk tak bercakap lagi. 272 00:17:38,485 --> 00:17:40,605 Sebab ia amat memeritkan. 273 00:17:41,205 --> 00:17:44,005 Masalah PTSD dia selepas kebakaran itu tak dirawat. 274 00:17:44,085 --> 00:17:45,125 AHLI PSIKOLOGI 275 00:17:45,205 --> 00:17:46,485 Tiada siapa merawatnya. 276 00:17:48,605 --> 00:17:50,805 Selepas insiden itu, doktor menyarankan 277 00:17:50,885 --> 00:17:53,165 agar Lalit dibawa jumpa ahli psikiatri. 278 00:17:53,245 --> 00:17:54,765 Keluarganya beritahu kami, 279 00:17:54,845 --> 00:17:57,285 Lalit dinasihatkan untuk jumpa ahli psikiatri. 280 00:17:59,245 --> 00:18:02,885 Namun, ramai percaya hanya orang gila jumpa ahli psikiatri. 281 00:18:02,965 --> 00:18:06,285 Namun, mental dia bermasalah. Mereka patut ambil serius. 282 00:18:09,725 --> 00:18:12,045 Kajian psikologi mencadangkan 283 00:18:12,125 --> 00:18:16,005 jika seseorang pernah melalui trauma yang agak banyak, 284 00:18:16,765 --> 00:18:19,125 dan tak dirawat daripada trauma itu, 285 00:18:19,205 --> 00:18:22,285 psikosis boleh bertapak. 286 00:18:24,205 --> 00:18:27,445 Psikosis ialah ketidakupayaan minda 287 00:18:27,525 --> 00:18:31,325 untuk menangani sesuatu dengan cara yang rasional 288 00:18:31,405 --> 00:18:33,685 berkenaan kejadian dalam hidup. 289 00:18:35,165 --> 00:18:40,845 Salah satu akibat langsung psikosis ialah mendengar suara. 290 00:18:40,925 --> 00:18:43,445 {\an8}BISU SELEPAS TRAUMA KEBAKARAN 2004 291 00:18:43,525 --> 00:18:45,845 {\an8}Kemudian bapanya meninggal dunia. 292 00:18:45,925 --> 00:18:47,685 {\an8}KEMATIAN BHOPAL SINGH 2006 293 00:18:47,765 --> 00:18:49,685 {\an8}Selepas ayahnya meninggal dunia, 294 00:18:49,765 --> 00:18:51,965 {\an8}Lalit dengar suara ayahnya menyuruhnya 295 00:18:52,045 --> 00:18:55,725 {\an8}membaca Hanuman Chalisa setiap hari pada 10,00 malam. 296 00:18:55,805 --> 00:18:57,365 "Suara Lalit akan kembali." 297 00:19:01,565 --> 00:19:04,525 Mereka jadikannya rutin. Memuja pada 7,00 pagi, 298 00:19:04,605 --> 00:19:07,685 pada 12,00 tengah hari, dan juga pada 10,00 malam. 299 00:19:07,765 --> 00:19:11,805 Namun, suara Lalit tak terus kembali, ia mengambil masa setahun. 300 00:19:15,005 --> 00:19:20,405 Mereka sedang membaca Hanuman Chalisa dan tiba-tiba Lalit mula menyanyi. 301 00:19:21,125 --> 00:19:24,205 Apabila mendengar suaranya, orang lain berhenti menyanyi 302 00:19:24,285 --> 00:19:26,205 dan Lalit menghabiskan lagu itu. 303 00:19:26,285 --> 00:19:31,485 Sebab khayal, Lalit tak sedar cuma dia yang masih menyanyi. 304 00:19:36,645 --> 00:19:39,885 Mereka telefon kami dan teruja sebab suara Lalit dah kembali. 305 00:19:39,965 --> 00:19:43,765 "Pada masa kami buat pemujaan. Betul kata ayah!" 306 00:19:45,725 --> 00:19:48,405 Lalit ada beritahu saya 307 00:19:48,485 --> 00:19:55,405 semua ini berlaku sebab restu daripada ayahnya. 308 00:19:55,485 --> 00:19:58,325 {\an8}Namun, dia tak pernah cakap tentang roh ayahnya. 309 00:19:58,405 --> 00:19:59,965 {\an8}KAWAN LALIT 310 00:20:00,045 --> 00:20:02,805 {\an8}Tentang roh ayahnya yang bercakap melalui dirinya. 311 00:20:02,885 --> 00:20:07,405 Dulu dia kongsi semuanya dengan saya, tapi dia tak pernah cakap tentang ini. 312 00:20:12,045 --> 00:20:16,405 Selepas ayahnya meninggal, tiada sesiapa yang mengetuai keluarga. 313 00:20:16,485 --> 00:20:18,765 Mak mereka terlantar di katil. 314 00:20:18,845 --> 00:20:21,165 Abangnya enggan ambil inisiatif. 315 00:20:21,245 --> 00:20:23,645 Jadi, Lalit yang perlu menjaga keluarganya. 316 00:20:23,725 --> 00:20:25,165 Dia lakukannya dengan baik. 317 00:20:25,245 --> 00:20:28,205 Dalam 11 tahun lalu, tiada siapa pernah cedera. 318 00:20:28,285 --> 00:20:29,725 TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS 319 00:20:29,805 --> 00:20:31,485 Melainkan dalam kes ini. 320 00:20:34,925 --> 00:20:39,525 Apabila kewangan mereka semakin baik, sistem kepercayaan mereka menjadi utuh. 321 00:20:40,685 --> 00:20:47,445 Hasilnya, mereka mula meyakini Lalit secara melulu. 322 00:20:50,685 --> 00:20:52,765 Sejak suaranya kembali, 323 00:20:52,845 --> 00:20:55,845 hingga masa dia menulis dalam diarinya, 324 00:20:55,925 --> 00:20:59,005 perlahan-lahan dia meyakinkan mereka, "Ini pesanan ayah." 325 00:20:59,085 --> 00:21:00,485 "Ini yang kita perlu buat." 326 00:21:01,245 --> 00:21:03,485 Menetapkan tingkah laku semua orang 327 00:21:03,565 --> 00:21:05,965 dan tegas dalam hal itu. 328 00:21:06,685 --> 00:21:08,685 Semua orang mempercayainya. 329 00:21:13,205 --> 00:21:18,205 Mereka mula memuja, dan Tuhan mula mengabulkan permintaan mereka. 330 00:21:20,485 --> 00:21:24,805 Apa jua yang Lalit cakap atau minta mereka buat, 331 00:21:24,885 --> 00:21:29,285 mereka percaya itulah hajat ayah mereka yang perlu ditunaikan. 332 00:21:29,365 --> 00:21:33,125 Hasilnya, Lalit rasa lebih yakin. 333 00:21:36,805 --> 00:21:40,565 Sebenarnya ada satu formula 334 00:21:40,645 --> 00:21:42,965 sehingga dia jadi tokoh terunggul… 335 00:21:43,045 --> 00:21:44,485 AHLI PSIKOLOGI 336 00:21:44,565 --> 00:21:46,645 …yang agak menakutkan dan berkuasa. 337 00:21:46,725 --> 00:21:50,005 Jadi, semua orang patuh sahaja pada permintaannya. 338 00:21:50,085 --> 00:21:54,725 Keadaannya seperti satu kultus kecil dalam keluarga itu. 339 00:21:57,485 --> 00:22:01,005 Jika kita lihat permulaan mana-mana kultus, 340 00:22:02,005 --> 00:22:04,645 orang yang kononnya ketua kultus itu, 341 00:22:04,725 --> 00:22:09,325 perlu menunjukkan satu ciri luar biasa 342 00:22:09,405 --> 00:22:11,405 yang biasanya menentang logik. 343 00:22:12,365 --> 00:22:18,205 Dia memiliki kuasa ghaib atau kuasa luar biasa. 344 00:22:21,245 --> 00:22:23,565 Suaranya yang diperoleh semula 345 00:22:23,645 --> 00:22:26,325 menunjukkan ciri luar biasa itu. 346 00:22:28,925 --> 00:22:34,485 {\an8}Kultus tak boleh dibentuk melainkan pengikut menyerah diri sepenuhnya. 347 00:22:37,125 --> 00:22:42,165 Pemencilan sosial ini terhasil dengan mereka tak patut rasa seronok. 348 00:22:42,245 --> 00:22:45,485 Mereka cuma patut rasa seronok 349 00:22:45,565 --> 00:22:48,565 dengan hal-hal agama yang berlaku di rumah. 350 00:22:51,645 --> 00:22:55,685 Bahan bertulis yang kami peroleh, 351 00:22:55,765 --> 00:22:59,965 berulang-ulang menyatakan, "Tiada siapa boleh mengingkari nota ini." 352 00:23:00,765 --> 00:23:04,045 Hal itu memanfaatkan mereka. Kualiti hidup meningkat. 353 00:23:04,125 --> 00:23:07,205 Mereka berkembang daripada satu kepada dua kedai. 354 00:23:07,285 --> 00:23:10,045 Nota ini suruh mereka melabur di tempat tertentu, 355 00:23:10,125 --> 00:23:11,365 yang membuahkan hasil. 356 00:23:11,445 --> 00:23:14,685 {\an8}Mengatur perkahwinan untuk anaknya juga berjaya. 357 00:23:14,765 --> 00:23:19,765 Apabila mereka mematuhi arahan, keluarga semakin maju dengan ketara. 358 00:23:20,685 --> 00:23:23,125 Jadi, kepercayaan mereka meningkat sehinggalah 359 00:23:23,205 --> 00:23:27,805 apa jua kuasa yang memandu mereka perlu dipatuhi. 360 00:23:33,285 --> 00:23:38,325 Secara perlahan-lahan dia mempengaruhi semua orang. 361 00:23:38,405 --> 00:23:40,725 Semua orang mempercayainya. 362 00:23:40,805 --> 00:23:43,165 Mereka fikir itulah cara hidup terbaik. 363 00:23:44,725 --> 00:23:45,845 Pasti dia cakap, 364 00:23:45,925 --> 00:23:47,965 "Ini rahsia keluarga kita." 365 00:23:48,605 --> 00:23:51,965 Kami selalu membesarkan anak dengan cara begitu. 366 00:23:52,045 --> 00:23:56,405 Kami berpesan, jangan bincangkan hal keluarga dengan dunia luar. 367 00:23:56,485 --> 00:23:58,765 "Apa kata orang", itu yang penting. 368 00:23:58,845 --> 00:24:00,125 Jadi, mereka percaya. 369 00:24:00,205 --> 00:24:02,685 Sebenarnya ramai antara kami masih percaya 370 00:24:02,765 --> 00:24:04,925 rahsia rumah tangga tak boleh didedahkan. 371 00:24:09,125 --> 00:24:12,445 Selalunya ada beberapa peristiwa dalam hidup, 372 00:24:12,525 --> 00:24:17,045 namun perlu ada satu pencetus yang akhirnya menyebabkan mereka jadi psikosis. 373 00:24:17,125 --> 00:24:18,205 RITUAL AKHIR 374 00:24:23,685 --> 00:24:26,365 {\an8}17 JUN 2018 PERTUNANGAN PRIYANKA 375 00:24:26,445 --> 00:24:28,405 {\an8}Adakah dia rasa akan berlaku 376 00:24:28,485 --> 00:24:30,005 {\an8}masalah dengan pertunangan ini? 377 00:24:30,085 --> 00:24:30,925 {\an8}13 HARI 378 00:24:31,005 --> 00:24:34,405 Jika Priyanka pergi ke tempat lain, adakah dunia akan tahu 379 00:24:34,485 --> 00:24:36,285 rahsia keluarga ini? 380 00:24:36,365 --> 00:24:38,525 Maksudnya, "Mungkin kita dalam bahaya." 381 00:24:38,605 --> 00:24:41,565 Tiba-tiba dia sedar Priyanka akan pergi 382 00:24:41,645 --> 00:24:44,125 dan dunianya akan terhenti. 383 00:24:45,445 --> 00:24:50,845 Jika kita gelar keadaan ini kerajaan peribadi Lalit, 384 00:24:50,925 --> 00:24:54,085 seorang ahli penting dalam kerajaan itu 385 00:24:54,165 --> 00:24:57,405 akan meninggalkan keluarga. 386 00:24:58,125 --> 00:25:01,085 Jadi, perkara itu terlarang dalam kerajaannya. 387 00:25:04,845 --> 00:25:06,605 Tiada siapa dibenarkan pergi. 388 00:25:10,325 --> 00:25:15,045 Saya perasan beberapa hari sebelum pertunangan Priyanka, 389 00:25:15,125 --> 00:25:19,765 tingkah lalu Lalit agak berbeza. 390 00:25:21,205 --> 00:25:24,845 Dia lebih banyak berdiam daripada biasa. 391 00:25:25,885 --> 00:25:28,965 Lalit akan berpaling untuk mengelak daripada berbual. 392 00:25:29,045 --> 00:25:34,365 Apabila anak-anak berlatih menari untuk pertunangan Priyanka, 393 00:25:34,445 --> 00:25:38,205 saya tanya Lalit tentang latihan itu. 394 00:25:38,285 --> 00:25:42,885 Lalit abaikan saya. Dia bangun dan pergi. 395 00:25:42,965 --> 00:25:45,885 Jadi, tingkah lakunya berubah dengan drastik. 396 00:25:47,605 --> 00:25:51,605 Semasa kami berjalan-jalan, saya tanya Priyanka 397 00:25:51,685 --> 00:25:54,845 adakah Lalit okey? 398 00:25:55,645 --> 00:25:59,165 Dia teragak-agak seketika dan kata, ya. 399 00:25:59,245 --> 00:26:01,925 Saya beritahu dia, Lalit tak banyak cakap. 400 00:26:02,005 --> 00:26:04,045 Dia kata Lalit sakit kerongkong. 401 00:26:04,125 --> 00:26:06,885 Saya tanya jika Lalit makan ubat, dia kata, ya. 402 00:26:08,845 --> 00:26:13,165 Bagi saya perkara ini amat aneh. Saya tak pernah lihat dia suram begini. 403 00:26:14,325 --> 00:26:17,765 Dia tidur sepanjang malam dan sepanjang hari. 404 00:26:17,845 --> 00:26:21,885 Selepas majlis pertunangan itu, dia asyik tidur selama berhari-hari. 405 00:26:22,525 --> 00:26:25,765 Saya juga tanya Tina, "Kenapa Lalit asyik tidur?" 406 00:26:25,845 --> 00:26:27,965 Katanya Lalit sakit saraf. 407 00:26:28,045 --> 00:26:31,125 "Dia makan ubat dan tidur." 408 00:26:31,205 --> 00:26:33,005 Selepas itu, saya tak tanya lagi. 409 00:26:33,085 --> 00:26:35,485 Namun, saya pelik sebab dia banyak tidur. 410 00:26:36,885 --> 00:26:39,885 Saya pernah telefon Lalit selepas itu. 411 00:26:40,565 --> 00:26:46,605 Tina angkat telefon dan kata Lalit masih tidur. 412 00:26:46,685 --> 00:26:49,485 Saya beritahu dia perkara yang nak dibincangkan. 413 00:26:49,565 --> 00:26:51,205 Kenapa dia asyik tidur? 414 00:26:51,965 --> 00:26:55,565 Tina kata jangan risau. 415 00:26:56,365 --> 00:26:58,565 Itulah kali terakhir kami berbual. 416 00:27:16,445 --> 00:27:20,605 Ini pengalaman pertama saya melihat kematian. 417 00:27:20,685 --> 00:27:21,965 {\an8}Seminggu saya ketakutan. 418 00:27:22,045 --> 00:27:23,525 {\an8}JIRAN 419 00:27:23,605 --> 00:27:26,405 {\an8}Saya tak mahu bersendirian di bilik dan keseorangan. 420 00:27:30,525 --> 00:27:34,765 Saya nampak mereka dalam mimpi. Kadangkala saya masih lagi nampak. 421 00:27:34,845 --> 00:27:38,285 Saya nampak mereka beberapa bulan lalu. 422 00:27:40,805 --> 00:27:43,365 Waktu itu hari sudah malam. 423 00:27:45,565 --> 00:27:48,725 Dalam mimpi itu, saya berdiri di atas bumbung. 424 00:27:49,885 --> 00:27:53,485 Saya bersama kakak saya. Kami bergurau dan memanggil nama. 425 00:27:54,405 --> 00:27:57,845 Saya nampak Dhruv berdiri di situ seperti semasa dia hidup. 426 00:28:01,725 --> 00:28:03,645 Dia berdiri di situ macam biasa. 427 00:28:03,725 --> 00:28:06,005 "Dhruv!" Kami menjerit beberapa kali. 428 00:28:06,725 --> 00:28:09,285 Dia menyahut, "Ya, Jatin. Ada apa?" 429 00:28:12,165 --> 00:28:14,285 Kemudian saya terjaga dan ketakutan. 430 00:28:17,005 --> 00:28:19,005 Saya sering teringat pada waktu malam. 431 00:28:19,085 --> 00:28:21,445 Sebab kami selalu bermain pada waktu malam. 432 00:28:31,365 --> 00:28:33,405 Bagaimana saya mentakrifkannya? 433 00:28:33,485 --> 00:28:34,765 Okey. 434 00:28:34,845 --> 00:28:36,645 Insiden ini bukan jenayah. 435 00:28:36,725 --> 00:28:39,005 {\an8}Mereka tiada niat mahu mati, 436 00:28:40,405 --> 00:28:42,205 {\an8}jadi ia bukan bunuh diri. 437 00:28:43,085 --> 00:28:47,485 Mereka juga buat secara rela, jadi ia bukan pembunuhan. 438 00:28:49,725 --> 00:28:51,445 Apa nama yang sesuai? 439 00:28:52,485 --> 00:28:54,885 Soalan itu bagus, apa nama yang sesuai? 440 00:28:58,765 --> 00:29:00,125 BALAI POLIS MAYAPURI 441 00:29:04,605 --> 00:29:06,645 Semua bukti menunjukkan bunuh diri. 442 00:29:06,725 --> 00:29:08,965 Namun, adakah kita yakin ini kes bunuh diri? 443 00:29:09,845 --> 00:29:12,285 - Ya. - Atau kematian secara kebetulan? 444 00:29:14,125 --> 00:29:18,085 Maksud saya, kematian tak disengajakan. Jika kita lihat halaman diari, 445 00:29:18,965 --> 00:29:22,525 katanya, "Semua akan membantu membuka ikatan satu sama lain." 446 00:29:22,605 --> 00:29:24,405 Namun, perkara itu tak berlaku. 447 00:29:25,125 --> 00:29:27,685 Mereka fikir akan selamat dalam ritual ini. 448 00:29:27,765 --> 00:29:31,285 Ramai percaya, kematian ini tak disengajakan. 449 00:29:32,645 --> 00:29:35,245 Bukan pembunuhan, mahupun bunuh diri. 450 00:29:35,325 --> 00:29:37,925 - Tak sengaja. - Kematian yang tak disengajakan. 451 00:29:39,045 --> 00:29:41,245 Apabila siasatan di lapangan selesai, 452 00:29:41,325 --> 00:29:43,925 kami memutuskan untuk melakukan sesuatu 453 00:29:44,005 --> 00:29:47,045 yang digelar autopsi psikologi. 454 00:29:47,125 --> 00:29:50,685 Sekumpulan saintis, termasuk ahli psikologi, 455 00:29:50,765 --> 00:29:55,685 akan cuba mendalami jiwa orang yang sudah mati 456 00:29:55,765 --> 00:29:59,205 untuk mengetahui cara dan punca kejadian itu. 457 00:29:59,845 --> 00:30:02,365 Semua ini diperiksa dalam autopsi psikologi. 458 00:30:03,205 --> 00:30:07,885 Pada asasnya, Lalit ada masalah psikosis. 459 00:30:07,965 --> 00:30:10,605 Lalit memindahkan masalah ini kepada keluarganya, 460 00:30:10,685 --> 00:30:13,165 dan menjadikannya psikosis kongsi. 461 00:30:13,245 --> 00:30:15,725 Mereka percaya semua kata-kata Lalit. 462 00:30:17,165 --> 00:30:18,765 Apabila semua ini diambil kira, 463 00:30:19,485 --> 00:30:20,765 autopsi psikologi itu 464 00:30:20,845 --> 00:30:23,445 menyimpulkan mereka tak merancang untuk bunuh diri. 465 00:30:24,805 --> 00:30:26,165 {\an8}Kes ini bukan bunuh diri. 466 00:30:26,245 --> 00:30:31,045 {\an8}Ini kes ritual yang tak menjadi hingga menyebabkan mereka terkorban. 467 00:30:33,565 --> 00:30:38,325 {\an8}Amat mudah untuk memberikan penjelasan ringkas, 468 00:30:38,405 --> 00:30:42,485 termasuklah penjelasan tentang psikosis kolektif, yang saya rasa… 469 00:30:42,565 --> 00:30:46,805 Mungkin juga benar, tetapi ia terlalu umum 470 00:30:46,885 --> 00:30:50,485 yang tidak dapat merangkumi semua perkara yang berlaku. 471 00:30:51,845 --> 00:30:54,645 Penjelasan itu dapat memuaskan hati orang ramai 472 00:30:54,725 --> 00:30:57,725 dalam dunia yang penghuninya perlukan kepastian. 473 00:30:57,805 --> 00:30:59,885 Hakikatnya, kita perlu sedar 474 00:30:59,965 --> 00:31:01,325 kita tak tahu jawapannya. 475 00:31:01,405 --> 00:31:03,765 Jadi, lebih baik jika kita kata, 476 00:31:03,885 --> 00:31:09,125 "Kami membayangkan, inilah kejadian yang berlaku." 477 00:31:09,205 --> 00:31:11,525 "Kami rasa, inilah perkara yang berlaku." 478 00:31:14,325 --> 00:31:15,605 Bukannya dengan cara… 479 00:31:15,685 --> 00:31:18,525 Apa namanya? Autopsi psikologi? 480 00:31:18,605 --> 00:31:21,605 Sebenarnya kita perlu buat autopsi sosiologi. 481 00:31:22,365 --> 00:31:25,005 Hakikatnya, berkemungkinan terdapat 482 00:31:25,085 --> 00:31:28,965 penentangan besar-besaran untuk membincangkan kesihatan mental. 483 00:31:29,085 --> 00:31:32,845 Sebab ada satu stigma tentang perbincangan begini. 484 00:31:32,925 --> 00:31:35,405 Saya rasa itulah puncanya, 485 00:31:35,485 --> 00:31:38,045 hingga kita jarang tahu hal sebenar. 486 00:31:40,845 --> 00:31:45,405 Saya rasa masyarakat perlu mengadakan perbincangan ini. 487 00:31:46,285 --> 00:31:49,045 Tak membincangkannya bukanlah satu penyelesaian. 488 00:31:49,725 --> 00:31:50,885 AHLI PSIKIATRI 489 00:31:50,965 --> 00:31:55,005 Masalahnya, jika kita tak melakukan perbincangan yang sukar ini, 490 00:31:55,925 --> 00:31:57,925 kejadian ini mungkin berlaku lagi. 491 00:32:05,285 --> 00:32:08,685 {\an8}RUMAH MAYAT KOLEJ PERUBATAN MAULANA AZAD 492 00:32:08,765 --> 00:32:12,605 {\an8}Mayat mereka diserahkan kepada kami pada petang esoknya. 493 00:32:12,685 --> 00:32:16,765 Waktu itu, Dinesh juga dah tiba. 494 00:32:16,845 --> 00:32:20,845 Saya dan Dinesh mengenal pasti dan mengambil mayat itu. 495 00:32:23,285 --> 00:32:27,805 Semasa melihat dan membawa mayat… 496 00:32:31,125 --> 00:32:34,765 Kami takkan dapat lupakannya. 497 00:32:39,085 --> 00:32:42,685 Detik itu amat sukar dan dahsyat 498 00:32:43,685 --> 00:32:47,645 apabila perlu mengenal pasti setiap mayat dengan melihat muka mereka. 499 00:32:52,885 --> 00:32:58,285 Sebaik saya dapat kelulusan untuk membakar mayat, 500 00:32:58,365 --> 00:33:01,765 kami mengambilnya dari rumah mayat. 501 00:33:15,365 --> 00:33:17,245 Terima kasih, kami teruskan dari sini. 502 00:33:17,325 --> 00:33:24,285 Kami guna satu blok Nigambodh Ghat iaitu tapak pembakaran. 503 00:33:24,925 --> 00:33:28,085 Kawasan itu boleh memuatkan 12 hingga 15 pembakaran. 504 00:33:29,285 --> 00:33:34,485 Semua urusan, daripada sami kepada unggun api dah sedia. 505 00:33:34,565 --> 00:33:37,285 Kami buat lebih awal. 506 00:33:39,485 --> 00:33:41,125 Di pusat pembakaran mayat, 507 00:33:41,205 --> 00:33:43,925 ada sangat ramai orang. 508 00:33:45,005 --> 00:33:50,165 Rakan-rakan, ahli keluarga, saudara-mara dan jiran-jiran. 509 00:33:52,605 --> 00:33:54,765 Semua orang ada di situ. 510 00:33:55,685 --> 00:33:57,205 Namun, masih tak cukup orang. 511 00:33:58,805 --> 00:34:02,765 Masih tak cukup sami. 512 00:34:05,365 --> 00:34:10,125 Kami tak dapat sediakan satu sami untuk satu mayat. 513 00:34:11,605 --> 00:34:13,965 Kami mahu… 514 00:34:15,965 --> 00:34:18,805 setiap ritual dilakukan secara adil. 515 00:34:18,885 --> 00:34:20,365 Tiada yang tertinggal. 516 00:34:21,845 --> 00:34:25,164 {\an8}Kemudian seorang sami kanan ditugaskan untuk semua mayat. 517 00:34:25,244 --> 00:34:26,724 SAMI PENGEBUMIAN 518 00:34:26,805 --> 00:34:31,845 Beliau yang melaksanakan semua ritual. 519 00:34:33,085 --> 00:34:37,164 {\an8}Waktu itu, saya dan mak saya lihat Tina buat kali terakhir. 520 00:34:37,244 --> 00:34:38,805 {\an8}ABANG TINA 521 00:34:47,405 --> 00:34:48,925 Lalit. 522 00:34:49,845 --> 00:34:51,485 Shivam. 523 00:34:56,164 --> 00:34:57,925 Kami cakap, 524 00:34:58,005 --> 00:35:01,045 benarkanlah kami lihat muka mereka buat kali akhir. 525 00:35:03,845 --> 00:35:07,245 Jadi, mereka benarkan muka dibuka. 526 00:35:09,085 --> 00:35:11,885 Itulah kali akhir saya melihat dia. 527 00:35:15,365 --> 00:35:17,685 Tangisan mak saya tak dapat dipujuk. 528 00:35:22,045 --> 00:35:25,205 Biasanya upacara akhir tugas anak atau cucu lelaki. 529 00:35:25,285 --> 00:35:28,245 Hanya ahli keluarga terpilih boleh menjalankan upacara. 530 00:35:28,325 --> 00:35:31,765 Tiada 11 orang saudara yang hadir untuk pembakaran sekali gus. 531 00:35:33,045 --> 00:35:39,165 Dinesh membakar unggun untuk satu mayat dan beralih kepada yang seterusnya. 532 00:35:40,125 --> 00:35:42,845 Saya lihat Dinesh, abang mereka. 533 00:35:42,925 --> 00:35:49,645 Dia jalankan ritual, satu demi satu. Dia menangis, dan bakar mayat lain. 534 00:35:51,125 --> 00:35:53,565 Anaknya jalankan ritual untuk mayat lain. 535 00:35:55,125 --> 00:35:59,005 Saya rasa tiada sesiapa patut melalui pengalaman begini. 536 00:36:00,565 --> 00:36:02,165 Buat kali pertama dalam hidup, 537 00:36:03,405 --> 00:36:08,685 saya melihat upacara terakhir untuk 11 ahli keluarga bersama-sama. 538 00:36:13,285 --> 00:36:15,805 Dewa Krishna berkata kepada Arjun… 539 00:36:24,325 --> 00:36:28,245 "Hei, Arjun. Minda kita tak boleh dicemarkan." 540 00:36:29,045 --> 00:36:35,965 "Tak boleh dimusnahkan atau dibunuh. Ia takkan binasa dan abadi selamanya." 541 00:36:47,685 --> 00:36:51,805 Air mata kami sudah kering. 542 00:36:58,325 --> 00:37:03,845 Namun, kami semua memikirkan kenangan indah masa lalu. 543 00:37:12,245 --> 00:37:14,125 Namun, saya takkan… 544 00:37:17,085 --> 00:37:19,005 Saya takkan lupakan kenangan itu. 545 00:37:19,965 --> 00:37:22,245 Kenangan itu sentiasa mengingatkan saya… 546 00:37:24,405 --> 00:37:25,925 pada kehilangan mereka. 547 00:37:46,285 --> 00:37:50,725 Saya dapat tahu daripada awak, mata mereka didermakan. 548 00:37:50,805 --> 00:37:53,125 Akhirnya saya nampak cahaya. 549 00:37:55,205 --> 00:37:58,045 Setidak-tidaknya ada kesudahan dalam kisah ini. 550 00:37:58,125 --> 00:38:01,285 Satu keluhan lega. 551 00:38:03,245 --> 00:38:07,245 {\an8}ABANG YANG MASIH HIDUP 552 00:38:12,685 --> 00:38:15,285 Apabila kematian berlaku, 553 00:38:15,365 --> 00:38:17,245 keluarga yang tinggal perlu kaunseling 554 00:38:17,325 --> 00:38:20,165 dan mendorongnya untuk mendermakan mata si mati. 555 00:38:21,165 --> 00:38:26,445 Saya kagum dengan En. Dinesh sebab kekal tenang dalam situasi begini 556 00:38:26,525 --> 00:38:28,805 {\an8}dan membuat keputusan segera 557 00:38:28,885 --> 00:38:31,605 {\an8}walaupun tiga generasi keluarganya sudah tiada. 558 00:38:31,685 --> 00:38:34,045 Walaupun dalam keadaan begitu, dia fikir… 559 00:38:34,125 --> 00:38:35,525 KAUNSELOR 560 00:38:35,605 --> 00:38:42,005 …jika mata didermakan, keluarganya akan kekal hidup. 561 00:38:56,885 --> 00:39:01,485 Saya rasa marah dan sedih pada masa yang sama. 562 00:39:02,285 --> 00:39:05,485 Saya harap anak-anaknya beritahu saya walaupun sedikit. 563 00:39:08,125 --> 00:39:10,045 Mereka seperti dah berikrar 564 00:39:10,125 --> 00:39:12,645 takkan kongsi rahsia ini dengan sesiapa. 565 00:39:13,365 --> 00:39:17,645 Apa jua rahsia yang disembunyikan oleh 11 ahli keluarga ini, 566 00:39:17,725 --> 00:39:20,285 mereka membawanya hingga mati pada malam itu. 567 00:39:48,165 --> 00:39:51,285 Kami masih anggap mereka orang baik dan normal. 568 00:39:53,365 --> 00:39:55,285 Banyak perubahan sejak mereka mati. 569 00:39:56,365 --> 00:39:58,565 Kedai kami saling bertentangan. 570 00:39:58,645 --> 00:40:02,205 Kami akan nampak Bhuvnesh atau Neetu di kedai. 571 00:40:02,285 --> 00:40:03,685 Kami tak nampak mereka lagi. 572 00:40:04,525 --> 00:40:06,405 Cuba bayangkan hari terbaik kami. 573 00:40:06,485 --> 00:40:08,885 Anak-anak membesar. Kami raikan perkahwinan. 574 00:40:08,965 --> 00:40:10,285 Kami mungkin bersama-sama. 575 00:40:16,125 --> 00:40:20,005 Selepas kematian 11 orang ini, 576 00:40:21,365 --> 00:40:24,165 kami mengalami kerugian besar. 577 00:40:28,085 --> 00:40:30,405 Kawasan ini dianggap mengaibkan. 578 00:40:31,605 --> 00:40:33,645 Kedai kami ditutup hampir setahun. 579 00:40:33,725 --> 00:40:35,525 Tiada sesiapa mahu datang. 580 00:40:36,565 --> 00:40:39,885 Lama-kelamaan, semuanya dilupakan. 581 00:40:39,965 --> 00:40:43,725 Orang baru berpindah. Kami pula melupakannya. Begitulah adat dunia. 582 00:40:48,685 --> 00:40:51,405 Desakan untuk mendapatkan jawapan 583 00:40:51,485 --> 00:40:53,965 bagi menyimpulkan kejadian ini 584 00:40:54,045 --> 00:40:57,965 dan memahami punca kematian 11 orang, 585 00:40:58,045 --> 00:40:59,685 sangat kuat. 586 00:41:00,525 --> 00:41:03,165 Malangnya, hal itu mungkin tak wujud. 587 00:41:05,045 --> 00:41:07,525 Kesudahannya ada di tempat lain. 588 00:41:09,565 --> 00:41:11,285 Setiap kes ada penamatnya. 589 00:41:11,365 --> 00:41:14,245 Namun, masih banyak soalan yang belum terjawab, 590 00:41:14,325 --> 00:41:17,045 dan yang takkan dapat dijawab. 591 00:41:17,125 --> 00:41:21,525 Sebab tiada sesiapa yang masih hidup untuk menceritakan kejadian sebenar. 592 00:41:23,085 --> 00:41:27,365 Saya menghayati semula setiap detik semasa membuat liputan tentang kisah itu. 593 00:41:27,445 --> 00:41:28,525 Kesemuanya. 594 00:41:28,605 --> 00:41:31,525 Malam ini, apabila saya pulang, 595 00:41:32,685 --> 00:41:34,965 saya akan fikirkannya buat seketika. 596 00:41:35,765 --> 00:41:37,005 Perasaan itu akan kekal. 597 00:41:39,245 --> 00:41:41,725 Sudah setahun berlalu. 598 00:41:42,405 --> 00:41:47,405 Namun, perbualan ini membawa saya ke masa lalu, pada tahun lepas. 599 00:41:47,485 --> 00:41:54,125 Saya teringat semula semua emosi dan konflik pada masa itu. 600 00:41:57,725 --> 00:42:01,605 Hingga hari ini, masih ada yang tanya saya tentang kes ini. 601 00:42:03,125 --> 00:42:04,765 Masih misteri bagi mereka. 602 00:42:04,845 --> 00:42:07,045 Walaupun sudah dibaca dalam akhbar. 603 00:42:07,125 --> 00:42:09,845 Dah lihat dalam berita. Mereka tahu tentangnya. 604 00:42:12,765 --> 00:42:17,485 Namun, mereka nak tahu "kebenarannya". Saya kata, tiada kebenaran lain. 605 00:42:17,565 --> 00:42:20,205 "Apa yang awak nak tahu daripada saya?" 606 00:42:22,525 --> 00:42:27,325 Ada yang enggan menerima teori yang sudah dilaporkan. 607 00:42:33,965 --> 00:42:35,725 Setiap kes berbeza. 608 00:42:35,805 --> 00:42:39,605 Kami berusaha sedaya upaya untuk menangkap dalangnya. 609 00:42:40,525 --> 00:42:42,925 Saya amat gembira apabila satu kes selesai. 610 00:42:44,125 --> 00:42:46,325 Kami dah selesaikan kes ini. 611 00:42:47,085 --> 00:42:48,565 Setakat itu sahaja. 612 00:42:54,885 --> 00:42:57,765 Entah apa yang mereka fikirkan pada malam itu. 613 00:42:57,845 --> 00:43:00,165 Mengapa mereka patuh pada kegilaan itu? 614 00:43:01,605 --> 00:43:03,965 Pasti ada sesuatu berlaku pada fikiran mereka. 615 00:43:06,285 --> 00:43:08,925 Saya berhenti mempercayai Tuhan. 616 00:43:11,605 --> 00:43:16,485 Isteri saya, Parveen, beritahu saya, saya tak pernah percaya. 617 00:43:17,285 --> 00:43:19,045 Namun, kini saya ateis sepenuhnya. 618 00:43:19,125 --> 00:43:23,485 Kejadian ini memainkan peranan penting dalam kepercayaan saya. 619 00:43:26,405 --> 00:43:28,965 Jika hal begini boleh berlaku, di mana Tuhan? 620 00:43:29,045 --> 00:43:33,405 Jika Tuhan wujud, pasti mereka diberi akal 621 00:43:33,485 --> 00:43:37,125 untuk menjerit meminta tolong agar jiran dapat dengar. 622 00:43:38,405 --> 00:43:40,045 Jadi, di mana Tuhan? 623 00:43:44,405 --> 00:43:46,845 Kejadian yang berlaku secara rahsia ini, 624 00:43:48,005 --> 00:43:52,845 menyatakan kurangnya hubung kait 625 00:43:53,765 --> 00:43:55,045 dalam masyarakat. 626 00:43:56,045 --> 00:43:59,845 Sebenarnya masyarakat perlu membincangkan hal ini, 627 00:43:59,925 --> 00:44:05,605 walaupun ia tak menyenangkan. Sebab menceritakan kisah mereka 628 00:44:06,325 --> 00:44:08,045 dengan sendirinya… 629 00:44:10,165 --> 00:44:11,925 memberikan kesudahan… 630 00:44:14,165 --> 00:44:17,285 bagi mereka dan juga kita. 631 00:45:52,645 --> 00:45:57,645 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin