1 00:00:06,048 --> 00:00:07,925 Sebelum ini dalam Bosch: Legacy... 2 00:00:07,925 --> 00:00:12,263 Rogers juga melibatkan orang tak bermoral dalam urusan ini. 3 00:00:12,805 --> 00:00:14,140 Tak bermoral macam mana? 4 00:00:14,140 --> 00:00:15,850 Macam Bratva. 5 00:00:15,850 --> 00:00:17,685 Kawan Stoli kita nak jumpa. 6 00:00:17,685 --> 00:00:18,936 Boleh lengahkannya? 7 00:00:18,936 --> 00:00:20,563 Mereka macam tak sabar, Carl. 8 00:00:20,563 --> 00:00:21,480 Mereka? 9 00:00:21,564 --> 00:00:22,773 Orang tua hantar Lev. 10 00:00:22,857 --> 00:00:26,402 Rogers dihubungi oleh orang bernama Simon. Mereka akan berjumpa. 11 00:00:26,402 --> 00:00:28,654 Simon Wakefield, pengurus kewangannya. 12 00:00:28,738 --> 00:00:30,281 Urusannya bukan dengan bank. 13 00:00:30,281 --> 00:00:32,908 Bunyinya mustahak dan Rogers macam bimbang. 14 00:00:32,992 --> 00:00:35,619 - En. Datz, awak ditahan. - Hei. 15 00:00:35,703 --> 00:00:37,204 Apa yang saya boleh bantu? 16 00:00:37,288 --> 00:00:40,875 Saya harap awak boleh beri ketenangan dan tebus dosa orang tua ini. 17 00:00:40,875 --> 00:00:46,255 Jutaan dolar dipertaruhkan dan orang lain akan berusaha menggagalkan awak. 18 00:00:46,255 --> 00:00:48,674 Kenapa dia upah penyiasat persendirian? 19 00:00:48,758 --> 00:00:50,259 Usianya dah 88 tahun. 20 00:00:50,259 --> 00:00:51,677 Apabila si tua itu mati, 21 00:00:51,761 --> 00:00:54,597 anak yang Whitney Vance tinggalkan akan mula muncul. 22 00:00:54,597 --> 00:00:57,683 Sementara itu, orang saya memerhatikan Bosch. 23 00:00:57,767 --> 00:00:59,852 - Nak tanya tentang apa? - Saint Helen. 24 00:00:59,852 --> 00:01:01,729 Saya di sana selama 50 tahun. 25 00:01:02,313 --> 00:01:04,106 Ada ratusan bayi. 26 00:01:04,190 --> 00:01:06,150 Mungkin awak ingat nama ini. 27 00:01:06,776 --> 00:01:07,818 Vibiana. 28 00:01:07,902 --> 00:01:11,572 Dia dapat luangkan masa lama dengan anak itu, tak macam orang lain. 29 00:01:11,572 --> 00:01:12,823 Awak ingat namanya? 30 00:01:12,907 --> 00:01:14,617 Vibby panggil dia Dominick. 31 00:01:16,035 --> 00:01:17,620 Dominick Santanello. 32 00:01:58,577 --> 00:02:01,914 Aduhai, masa telah berubah 33 00:02:02,081 --> 00:02:04,792 Api mula muncul Hari baru menjelma 34 00:02:04,792 --> 00:02:07,169 Seperti hujan dingin membasahi 35 00:02:07,253 --> 00:02:11,423 Inilah rentak nyanyian lagu baru 36 00:02:11,507 --> 00:02:15,553 Aduhai, masa telah berubah 37 00:02:15,761 --> 00:02:19,223 Aduhai, masa telah berubah 38 00:02:20,599 --> 00:02:25,312 Seumur hidup aku menantikan detik ini 39 00:02:25,396 --> 00:02:27,231 Aduhai 40 00:02:27,231 --> 00:02:31,151 Aduhai, masa telah berubah 41 00:02:49,753 --> 00:02:52,131 BOSCH: LEGASI 42 00:02:53,090 --> 00:02:56,343 {\an8}Aduhai, masa telah berubah 43 00:03:04,643 --> 00:03:06,520 Tiada sebab untuk dia beritahu kita. 44 00:03:06,604 --> 00:03:09,356 Betul juga, tapi kita boleh cuba. 45 00:03:09,440 --> 00:03:12,776 Kita selesaikan saja. Tolong sokong saya, okey? 46 00:03:12,860 --> 00:03:13,694 Baiklah. 47 00:03:14,945 --> 00:03:16,947 Syabas tentang Herstadt. 48 00:03:17,364 --> 00:03:18,198 Terima kasih. 49 00:03:18,282 --> 00:03:21,452 Pemindahan DNA. Sangat bijak. 50 00:03:22,286 --> 00:03:23,162 Memang pun. 51 00:03:23,454 --> 00:03:26,415 Nampaknya ada kemungkinan dia memang tak bersalah. 52 00:03:27,333 --> 00:03:29,335 - Awak mohon maaf? - Untuk apa? 53 00:03:30,711 --> 00:03:32,296 Sudahlah, Bosch. 54 00:03:32,671 --> 00:03:33,756 Sama-sama. 55 00:03:34,465 --> 00:03:36,425 PENJARA PERSEKUTUAN JALAN KELUAR BERIKUTNYA 56 00:03:40,095 --> 00:03:42,264 Dua sekawan yang hebat. 57 00:03:42,348 --> 00:03:44,892 Wanita peguam dan anjingnya. 58 00:03:46,018 --> 00:03:47,895 Kenapa susah-susah jumpa saya? 59 00:03:47,895 --> 00:03:50,564 Willy Datz, awak bertuah hari ini. 60 00:03:53,567 --> 00:03:54,860 Awak tak nak tahu? 61 00:03:55,819 --> 00:03:59,031 Boleh juga. Ini lebih baik daripada melangut dalam sel. 62 00:04:00,157 --> 00:04:02,201 Okey, cakaplah. 63 00:04:02,576 --> 00:04:04,286 Kami tahu Rogers jumpa awak. 64 00:04:04,995 --> 00:04:06,580 Awak tak tahu apa-apa. 65 00:04:12,378 --> 00:04:13,754 Awak cam orang ini? 66 00:04:14,463 --> 00:04:15,881 Entahlah. 67 00:04:15,965 --> 00:04:18,008 Dia klien saya. Raul Arraya. 68 00:04:18,634 --> 00:04:19,843 Tak bererti bagi saya. 69 00:04:19,927 --> 00:04:21,929 Dia ahli berkuasa dalam geng Eme. 70 00:04:22,346 --> 00:04:24,431 Kita dapat agak daripada tatu. 71 00:04:25,224 --> 00:04:29,645 Peguam wanita bergaya macam awak mewakili orang tak guna macam dia? 72 00:04:30,270 --> 00:04:31,271 Awak patut malu. 73 00:04:32,690 --> 00:04:37,152 Kini En. Arraya dipenjarakan di sini, di Pulau Terminal. 74 00:04:37,236 --> 00:04:39,029 Dalam blok D. Sama macam awak. 75 00:04:39,113 --> 00:04:40,531 Kebetulan pula. 76 00:04:40,531 --> 00:04:43,784 Suatu hari nanti mereka akan lawat awak. 77 00:04:44,076 --> 00:04:45,452 Kenapa pula? 78 00:04:45,953 --> 00:04:47,579 Raul terhutang budi dengan saya. 79 00:04:54,420 --> 00:04:55,921 Awak tak boleh buat begitu. 80 00:04:56,839 --> 00:04:58,048 Awak tak boleh... 81 00:04:58,132 --> 00:04:59,508 Saya takkan buat begitu. 82 00:04:59,508 --> 00:05:03,512 Tapi Raul boleh fikir sendiri. 83 00:05:06,306 --> 00:05:09,101 Awak peguam. Ini melanggar undang-undang. 84 00:05:09,101 --> 00:05:10,602 Sama macam upah pembunuh. 85 00:05:11,395 --> 00:05:15,149 Saya boleh beritahu dan halang dia. 86 00:05:15,149 --> 00:05:17,359 Ataupun tidak. Terpulang pada awak. 87 00:05:18,152 --> 00:05:19,028 Siapa orangnya? 88 00:05:19,028 --> 00:05:20,487 Siapa hubungi awak? 89 00:05:27,036 --> 00:05:30,706 Jika saya cakap, sumpah demi Tuhan awak takkan beritahu sesiapa? 90 00:05:30,706 --> 00:05:32,791 - Sumpah demi Tuhan. - Boleh percaya? 91 00:05:32,875 --> 00:05:34,668 Awak tiada pilihan. 92 00:05:37,129 --> 00:05:38,839 Tak guna betul. 93 00:05:42,259 --> 00:05:44,678 Suatu hari, ada pelawat datang. 94 00:05:45,387 --> 00:05:46,680 Seorang peguam. 95 00:05:46,764 --> 00:05:48,223 Saya tak pernah lihat dia. 96 00:05:48,682 --> 00:05:50,350 Dia kata, "Ubah kisah awak, 97 00:05:50,434 --> 00:05:54,646 "lepaskan Rogers dan kami akan uruskan keluarga awak." 98 00:05:55,189 --> 00:05:57,107 Saya kata, "Jika saya tak mahu?" 99 00:05:58,233 --> 00:06:02,071 Dia kata, "Saya dah cakap, kami akan uruskan keluarga awak." 100 00:06:03,572 --> 00:06:04,865 Dia mewakili siapa? 101 00:06:05,699 --> 00:06:07,868 Orang Rusia. Orang jahat sebenar. 102 00:06:07,868 --> 00:06:08,786 Bratva? 103 00:06:08,786 --> 00:06:11,080 Taklah, Balet Bolshoi. 104 00:06:11,705 --> 00:06:13,082 Sudah tentu, Bratva. 105 00:06:13,082 --> 00:06:14,500 Namanya? 106 00:06:14,500 --> 00:06:15,709 Cuma satu. 107 00:06:15,793 --> 00:06:17,878 Alex Ivanovich. 108 00:06:17,878 --> 00:06:21,090 Dia ada cakap kenapa mereka nak Rogers bebas? 109 00:06:21,090 --> 00:06:24,510 Mereka tak cakap, saya tak tanya. 110 00:06:24,510 --> 00:06:26,804 Saya cuma kata, "Ya." 111 00:06:27,137 --> 00:06:30,891 Saya tak sangka awak peguam mafia Mexico. 112 00:06:30,891 --> 00:06:32,810 Semua orang perlu diwakili. 113 00:06:32,810 --> 00:06:35,187 - Pro-bono? - Bukan. 114 00:06:35,187 --> 00:06:37,481 Arraya dipenjara seumur hidup tanpa parol. 115 00:06:37,481 --> 00:06:40,901 Kenapa dia terhutang budi? Awak elakkan hukuman bunuh? 116 00:06:40,901 --> 00:06:43,487 Saya bukan anggota pasukan pembelaan jenayahnya. 117 00:06:43,487 --> 00:06:46,740 Saya mewakili dia dalam kes hak asasi yang berikutnya. 118 00:06:46,824 --> 00:06:49,284 Begitulah Honey Chandler yang saya kenal. 119 00:06:49,368 --> 00:06:51,912 Pejuang hak asasi penyangak kaya raya. 120 00:06:51,912 --> 00:06:53,872 Raul menghidap diabetes jenis satu 121 00:06:53,956 --> 00:06:57,543 yang tak dirawat oleh pihak berkuasa penjara di Victorville. 122 00:06:57,543 --> 00:06:59,920 Dia koma dan hampir mati. 123 00:06:59,920 --> 00:07:01,630 Pelanggaran pindaan kelapan. 124 00:07:01,630 --> 00:07:03,382 Awak pernah baca Perlembagaan? 125 00:07:03,382 --> 00:07:05,175 Sudah tentu. Dari kulit ke kulit. 126 00:07:05,259 --> 00:07:08,178 Kerajaan rela bayar pampasan daripada membicarakannya. 127 00:07:08,262 --> 00:07:11,890 Raul dipindahkan ke pusat yang penjagaan kesihatannya lebih baik. 128 00:07:11,974 --> 00:07:13,433 Pulau Terminal. 129 00:07:13,517 --> 00:07:16,478 Jadi saya dapat idea untuk menguasai Datz. 130 00:07:16,562 --> 00:07:18,772 Awak bersumpah demi Tuhan? 131 00:07:19,231 --> 00:07:21,108 Saya ateis tegar. 132 00:07:21,108 --> 00:07:24,862 Penipuan awak sangat hebat. 133 00:07:24,862 --> 00:07:26,864 Kenapa awak rasa saya tipu? 134 00:07:38,292 --> 00:07:40,002 - Hei, Bosch. - Perez. 135 00:07:40,002 --> 00:07:41,628 Baru mulakan syif? 136 00:07:41,712 --> 00:07:43,881 Ya, jelas sekali. Awak baru selesai? 137 00:07:43,881 --> 00:07:46,091 Jelas sekali. Esok saya cuti. 138 00:07:46,175 --> 00:07:47,801 Baguslah. Ada rancangan? 139 00:07:47,885 --> 00:07:51,096 Tiada apa-apa. Nak makan tengah hari bersama? 140 00:07:52,097 --> 00:07:55,475 - Saya tak berniat nak ajak... - Maaf, saya ingat awak ajak. 141 00:07:55,559 --> 00:07:58,562 ...berjanji temu. Saya cuma nak berbual kosong. 142 00:07:59,396 --> 00:08:00,439 Saya yang silap. 143 00:08:01,481 --> 00:08:03,984 - Saya kena pergi. Jurulatih menanti. - Okey. 144 00:08:06,069 --> 00:08:07,863 Kami nak keluar minum minggu ini. 145 00:08:07,863 --> 00:08:10,407 Pelatih saja, acara biasa. Nak ikut sama? 146 00:08:11,408 --> 00:08:13,702 - Kita lihat nanti. - Okey. Jumpa lagi. 147 00:08:21,919 --> 00:08:24,129 Maafkan saya. Macam mana keadaannya? 148 00:08:24,838 --> 00:08:26,256 Melebihi jangkaan. 149 00:08:26,340 --> 00:08:28,342 - Datz mengaku? - Ya. 150 00:08:28,342 --> 00:08:30,052 Mengejutkan. 151 00:08:30,385 --> 00:08:32,512 Dia berubah hati. 152 00:08:32,930 --> 00:08:34,306 Apa penyebabnya? 153 00:08:35,140 --> 00:08:36,683 Saya pujuk dia. 154 00:08:36,767 --> 00:08:38,060 Macam mana? 155 00:08:38,268 --> 00:08:42,564 Saya beri gambaran yang lebih luas serta nyatakan kebaikan dan keburukan. 156 00:08:43,190 --> 00:08:45,192 Awak tak jawab soalan saya. 157 00:08:46,568 --> 00:08:51,531 Saya beritahu dia rakan sepenjaranya klien lama saya. 158 00:08:51,907 --> 00:08:53,617 Siapa klien lama awak itu? 159 00:08:54,326 --> 00:08:56,662 - Raul Arraya. - Awak ugut dia? 160 00:08:56,662 --> 00:08:58,372 Taklah. 161 00:08:58,914 --> 00:09:02,584 Saya kata, lama-kelamaan mereka akan terserempak. 162 00:09:02,668 --> 00:09:06,380 Sebagai orang yang pernah mencederakan diri saya dengan teruk, 163 00:09:06,380 --> 00:09:11,635 mungkin dia rasa bertanggungjawab untuk bantu saya apabila saya sebut Raul. 164 00:09:11,635 --> 00:09:13,220 Bunyinya macam ancaman. 165 00:09:13,220 --> 00:09:15,430 Martin, saya beri dia pilihan. 166 00:09:15,514 --> 00:09:17,933 Saya boleh masuk campur 167 00:09:17,933 --> 00:09:23,146 untuk dapatkan maklumat rahsia yang berguna, ataupun tidak. 168 00:09:23,230 --> 00:09:26,024 Dia pula boleh ambil peluang. 169 00:09:26,775 --> 00:09:28,402 Saya rasa pilihannya tepat. 170 00:09:28,652 --> 00:09:30,570 Awak ambil laluan yang risiko. 171 00:09:30,654 --> 00:09:32,990 Rasanya saya di laluan yang benar. 172 00:09:33,240 --> 00:09:36,243 Adakah Arraya akan lepaskan Datz? 173 00:09:36,243 --> 00:09:39,997 Mungkin juga. Dia suka saya dan terhutang budi dengan saya. 174 00:09:41,081 --> 00:09:44,584 Namun kita takkan tahu perangai sosiopat. 175 00:09:47,421 --> 00:09:48,839 Saya bergurau saja. 176 00:09:50,048 --> 00:09:51,258 Itu cuma gurauan. 177 00:09:51,758 --> 00:09:53,218 Saya risau tentang awak. 178 00:10:14,156 --> 00:10:17,159 Dominick Santanello. 179 00:10:17,909 --> 00:10:19,244 Dominick dengan C-K. 180 00:10:19,328 --> 00:10:21,872 Menambahkan huruf K. Tarikh lahirnya? 181 00:10:21,872 --> 00:10:24,333 31 Januari, 1953. 182 00:10:24,333 --> 00:10:25,709 CARIAN REKOD JABATAN KENDERAAN BERMOTOR CALIFORNIA 183 00:10:25,709 --> 00:10:31,715 Baiklah, lesen memandu California dikeluarkan pada 31 Januari, 1969. 184 00:10:33,508 --> 00:10:35,218 Hari jadinya yang ke-16. 185 00:10:35,302 --> 00:10:37,095 Bila kali akhir lesen dibaharui? 186 00:10:37,679 --> 00:10:39,264 Nampaknya, tak pernah. 187 00:10:40,057 --> 00:10:41,308 Apa maksud awak? 188 00:10:41,308 --> 00:10:42,893 Tak pernah dibaharui. 189 00:10:44,519 --> 00:10:46,521 Mungkin dia pindah ke negeri lain. 190 00:10:51,318 --> 00:10:53,987 Ramai orang yang ejaannya sama tapi umur tak sepadan. 191 00:10:54,071 --> 00:10:58,367 Sekejap. Itu saja yang awak buat? Bertukar kepada enjin carian lain? 192 00:10:58,367 --> 00:11:00,077 Ya, namanya Google. 193 00:11:01,787 --> 00:11:03,622 Entah kenapa saya perlukan awak. 194 00:11:03,622 --> 00:11:05,957 Mungkin dia berhenti memandu. 195 00:11:07,501 --> 00:11:10,629 Mungkin dia mati muda. Tak sempat membaharui lesen. 196 00:11:10,629 --> 00:11:12,923 Ganasnya. Kenapa fikir begitu? 197 00:11:12,923 --> 00:11:16,760 - Tekaan bijak. - Seperti pemandu remaja yang kemalangan? 198 00:11:19,513 --> 00:11:21,014 Askar remaja. 199 00:11:21,973 --> 00:11:26,686 Dia 16 tahun pada 1969. Dua tahun selepas itu Vietnam masih berperang. 200 00:11:26,770 --> 00:11:29,523 Sudah cukup umur untuk diambil masuk tentera. 201 00:11:29,523 --> 00:11:31,942 Dia dihantar ke Vietnam. 202 00:11:31,942 --> 00:11:35,987 Cari "Wajah-wajah korban perang Vietnam, 203 00:11:36,071 --> 00:11:38,031 "Dominick Santanello." 204 00:11:41,743 --> 00:11:42,994 Itu orangnya. 205 00:11:43,078 --> 00:11:44,663 Dominick dengan C-K. 206 00:11:45,872 --> 00:11:49,376 Dominick Santanello. Kor Tentera Laut, bahagian perubatan. 207 00:11:49,918 --> 00:11:54,464 KIA, Wilayah Tay Ninh, 9 Disember, 1972. 208 00:11:54,548 --> 00:11:57,300 Cuma sebulan sebelum hari jadinya yang ke-20. 209 00:11:59,094 --> 00:12:00,470 Apa maksud KIA? 210 00:12:02,180 --> 00:12:03,640 Terbunuh dalam peperangan. 211 00:12:06,435 --> 00:12:09,771 Kenapa awak cari orang ini? Siapa dia sebenarnya? 212 00:12:09,855 --> 00:12:13,525 Seorang lagi askar remaja yang tak dapat pulang. 213 00:12:57,444 --> 00:12:59,196 Nick, kami rindu awak dan sentiasa fikir tentang awak. 214 00:12:59,196 --> 00:13:00,947 Sentiasa dalam hati kami. Salam sayang, Olivia. 215 00:13:04,659 --> 00:13:07,078 {\an8}TIDAK PERNAH DILUPAKAN 216 00:13:10,165 --> 00:13:12,918 {\an8}Sudah hampir 45 tahun awak pergi. Sayang awak, Olivia. 217 00:13:13,126 --> 00:13:15,879 {\an8}Merindui awak setiap hari dan meraikan awak hari ini. Salam sayang, Olivia. 218 00:13:26,973 --> 00:13:29,726 Olivia, saya ada maklumat tentang Nick. Hubungi saya. 219 00:13:34,773 --> 00:13:36,733 Macam mesej dalam botol. 220 00:13:38,860 --> 00:13:40,195 Sedapnya. 221 00:13:40,195 --> 00:13:42,948 Memang pun. Berlemak, bergoreng dan enak. 222 00:13:42,948 --> 00:13:44,324 Idea yang amat bagus. 223 00:13:44,324 --> 00:13:45,659 KOPI DAN DONAT TREJO 224 00:13:45,659 --> 00:13:47,702 Ini warna merah jambu apa? 225 00:13:47,786 --> 00:13:49,454 Entahlah. Fuchsia? 226 00:13:49,996 --> 00:13:51,957 - Gula getah. - Warna itu lebih merah. 227 00:13:52,749 --> 00:13:54,084 Pepto-Bismol. 228 00:13:54,751 --> 00:13:55,877 Awak suka filemnya? 229 00:13:57,087 --> 00:13:59,631 - Saya tak pernah tonton. - Biar betul. 230 00:14:00,632 --> 00:14:02,092 Rasanya tak pernah. 231 00:14:02,092 --> 00:14:05,512 Machete, Desperado, Dusk till Dawn? 232 00:14:05,512 --> 00:14:08,056 - Tak pernah. - Awak patut tonton. 233 00:14:11,476 --> 00:14:13,687 - Awak masuk kolej, bukan? - Chapman. 234 00:14:13,687 --> 00:14:15,564 - Di mana? - Daerah Orange. 235 00:14:16,565 --> 00:14:18,858 - Awak? - CSU Northridge. 236 00:14:18,942 --> 00:14:20,485 Adakah di Northridge? 237 00:14:22,279 --> 00:14:23,280 Kelakarnya. 238 00:14:25,907 --> 00:14:28,243 Kenapa awak nak jadi polis? 239 00:14:30,412 --> 00:14:31,746 Adakah ini ujian? 240 00:14:31,830 --> 00:14:34,457 Macam soalan, "Siapa polis sebenar?" 241 00:14:35,709 --> 00:14:38,253 Mula-mula donat, kemudian soalan peribadi? 242 00:14:38,253 --> 00:14:40,297 Awak tak nampak macam polis biasa. 243 00:14:40,297 --> 00:14:42,424 Macam mana rupa polis biasa? 244 00:14:42,424 --> 00:14:43,758 Macam saya. 245 00:14:44,384 --> 00:14:45,218 Jangan terasa. 246 00:14:45,302 --> 00:14:46,553 Tak, saya faham. 247 00:14:48,763 --> 00:14:50,390 Saya tahu ayah awak polis. 248 00:14:51,016 --> 00:14:52,392 Ayah dan mak saya. 249 00:14:52,392 --> 00:14:54,686 - Mak awak polis juga? - Ejen FBI. 250 00:14:55,270 --> 00:14:58,857 Biar betul. DNA awak hebat. 251 00:14:58,857 --> 00:15:00,275 Kerjaya turun-temurun. 252 00:15:01,735 --> 00:15:02,986 Mungkin juga. 253 00:15:02,986 --> 00:15:05,780 Awak nak jadi orang baik? Macam mak dan ayah awak? 254 00:15:05,864 --> 00:15:08,033 - Agak membosankan, bukan? - Tepat sekali. 255 00:15:09,200 --> 00:15:10,619 Awak patut dihormati. 256 00:15:12,704 --> 00:15:14,122 Kenapa awak jadi polis? 257 00:15:16,291 --> 00:15:17,667 Bayaran kerja lebih masa. 258 00:15:20,337 --> 00:15:23,048 Kerja penguat kuasa pembuka jalan ke kelas sederhana. 259 00:15:25,008 --> 00:15:26,426 Adakah awak bergurau? 260 00:15:26,426 --> 00:15:29,304 Unit Hollywood dan Unit Enam, Adam-79. 261 00:15:29,304 --> 00:15:33,350 Serangan baru berlaku di 929, Lebuh Oxford Utara. 262 00:15:33,350 --> 00:15:37,395 Tiada penjelasan suspek. Enam-A-79 uruskan Kod Tiga. 263 00:15:37,479 --> 00:15:40,273 Nombor Insiden 11-34. 264 00:15:40,357 --> 00:15:45,028 Enam-Adam-79 terima. Respons Kod Tiga dari Santa Monica dan Highland. 265 00:15:45,528 --> 00:15:46,946 Inilah sebabnya. 266 00:15:50,992 --> 00:15:51,826 RUMAH AGAM VANCE 267 00:15:51,910 --> 00:15:53,411 - En. Bosch? - Saya di sini. 268 00:15:53,495 --> 00:15:54,996 Bersedia untuk En. Vance. 269 00:15:59,000 --> 00:16:00,001 En. Bosch? 270 00:16:00,669 --> 00:16:03,171 En. Vance, saya ada maklumat untuk awak. 271 00:16:03,171 --> 00:16:05,799 Bukan melalui telefon. Takut ada yang dengar. 272 00:16:05,799 --> 00:16:08,301 - Awak tahu di mana Valhalla? - Burbank. 273 00:16:08,385 --> 00:16:11,763 Kita jumpa di sana sejam lagi. Jangan lewat. 274 00:16:15,725 --> 00:16:18,520 Saya keluar awal untuk selesaikan urusan. 275 00:16:18,520 --> 00:16:20,146 Saya pulang ke rumah. 276 00:16:20,772 --> 00:16:23,608 Dia menunggu saya di bilik tidur. 277 00:16:24,109 --> 00:16:25,527 Dia ada pisau. 278 00:16:27,070 --> 00:16:31,157 Dia kata, jangan menjerit. 279 00:16:32,450 --> 00:16:35,120 Tak mengapa. Tak perlu tergesa-gesa. 280 00:16:36,579 --> 00:16:38,832 Saya kata saya datang bulan. 281 00:16:40,333 --> 00:16:41,876 Dia tahu saya menipu. 282 00:16:42,210 --> 00:16:44,713 Macam mana rupanya? Boleh jelaskan? 283 00:16:45,171 --> 00:16:46,881 Dia pakai topeng. 284 00:16:47,549 --> 00:16:50,635 Kulit hitam atau putih? Bangsa Asia atau Latin? Boleh cam? 285 00:16:51,720 --> 00:16:54,264 Kulit putih. Saya nampak tangannya. 286 00:16:54,848 --> 00:16:56,641 Macam mana rupa topengnya? 287 00:16:57,517 --> 00:17:00,478 Macam topeng gusti Mexico. 288 00:17:00,562 --> 00:17:02,522 Seluruh kepala dan muka ditutup. 289 00:17:02,522 --> 00:17:06,735 - Warnanya? - Merah. Mungkin merah dan hitam. 290 00:17:07,527 --> 00:17:09,738 Orangnya tinggi atau rendah? 291 00:17:10,780 --> 00:17:12,073 Sederhana. 292 00:17:12,991 --> 00:17:15,535 Beratnya pula? Berat atau ringan? 293 00:17:16,035 --> 00:17:18,997 Maaf, sederhana juga. 294 00:17:20,665 --> 00:17:22,709 Apa lagi yang awak boleh ingat? 295 00:17:22,709 --> 00:17:24,586 Sebarang butiran boleh membantu. 296 00:17:26,546 --> 00:17:28,423 Bau nafasnya teruk. 297 00:17:28,423 --> 00:17:30,508 Dia juga berbau rokok. 298 00:17:38,349 --> 00:17:40,602 Awak nak ke mana dengan kereta baru ini? 299 00:17:40,602 --> 00:17:43,438 Rahsia. Alat itu boleh dipercayai? 300 00:17:43,438 --> 00:17:46,941 Alat ini canggih, berkualiti dan amat berbaloi dibeli. 301 00:17:47,025 --> 00:17:50,403 Boleh mengesan pemancaran digital dan analog. 302 00:17:50,487 --> 00:17:52,947 Saya biasa melarikan diri dengan cara lama. 303 00:17:53,031 --> 00:17:54,949 Pusing segera dan undur. 304 00:17:55,033 --> 00:17:56,493 Awak orang lama. 305 00:17:56,493 --> 00:17:58,870 Taklah lama sangat. Dah siap? 306 00:17:58,870 --> 00:18:00,246 Kereta ini bersih. 307 00:18:06,127 --> 00:18:09,214 Hei, Rogers sedang bergerak. 308 00:18:09,214 --> 00:18:12,091 Beritahu saya jika dia menuju ke Wall Street. 309 00:18:12,175 --> 00:18:13,843 - Jumpa nanti. - Ya. 310 00:18:23,561 --> 00:18:26,773 - Mana detektifnya? - Tersekat dalam trafik. 311 00:18:26,773 --> 00:18:28,358 Dah siasat sekeliling? 312 00:18:28,358 --> 00:18:30,527 Cuma seorang berada di rumah waktu itu. 313 00:18:30,527 --> 00:18:34,113 Wanita tua di tingkat dua. Dia tak nampak atau dengar apa-apa. 314 00:18:34,197 --> 00:18:37,659 Saya nak temankan mangsa hingga detektif tiba. 315 00:18:37,659 --> 00:18:40,995 Cari pintu masuk dan tandakan sebarang bukti. 316 00:19:54,110 --> 00:19:54,944 En. Vance. 317 00:19:55,612 --> 00:19:56,946 Tenang, bukan? 318 00:19:58,281 --> 00:20:00,491 Ayah saya dikebumi di sini, En. Bosch. 319 00:20:01,284 --> 00:20:02,952 Saya akan dikebumi di sini juga. 320 00:20:03,036 --> 00:20:04,370 Tak lama saja lagi. 321 00:20:06,581 --> 00:20:07,790 Nampak plak itu? 322 00:20:07,874 --> 00:20:09,834 Sempena menghormati ayah saya. 323 00:20:10,418 --> 00:20:14,005 Suka cakap perkara baik, berwawasan dan seorang perintis. 324 00:20:14,005 --> 00:20:17,717 Wangnya lebih daripada cukup untuk sepuluh generasi. 325 00:20:17,717 --> 00:20:20,136 Namun semua itu tak bererti. 326 00:20:20,136 --> 00:20:23,014 Kita tetap masuk liang lahad macam orang lain. 327 00:20:23,014 --> 00:20:24,474 Awak tak mempercayainya. 328 00:20:24,474 --> 00:20:25,516 Benarkah? 329 00:20:25,600 --> 00:20:28,937 Warisan penting. Begitulah cara awak menjalani hidup. 330 00:20:28,937 --> 00:20:30,605 Itulah peninggalan awak. 331 00:20:30,605 --> 00:20:32,982 Sebab itu awak upah saya untuk cari waris. 332 00:20:34,525 --> 00:20:36,486 Awak nak cakap sesuatu? 333 00:20:42,825 --> 00:20:43,952 Awak ada anak lelaki. 334 00:20:48,373 --> 00:20:50,291 Matanya macam ibunya. 335 00:20:50,959 --> 00:20:52,919 Namanya Dominick Santanello. 336 00:20:55,213 --> 00:20:56,965 Awak cakap macam dia dah mati. 337 00:20:58,591 --> 00:21:01,386 Dia askar bahagian perubatan. Mati di Vietnam. 338 00:21:01,928 --> 00:21:05,348 Tak lama sebelum hari jadinya yang ke-20 pada 9 Disember, 1972. 339 00:21:11,062 --> 00:21:13,022 Berakhirlah warisan saya. 340 00:21:15,274 --> 00:21:17,068 Apa lagi awak tahu tentang dia? 341 00:21:17,068 --> 00:21:18,778 Dia ditugaskan di Da Nang. 342 00:21:18,778 --> 00:21:21,489 Terbunuh semasa peperangan di Wilayah Tay Ninh. 343 00:21:22,031 --> 00:21:23,074 Selain itu? 344 00:21:24,075 --> 00:21:25,785 Maaf, cuma itu yang saya tahu. 345 00:21:26,494 --> 00:21:29,789 Awak dah jumpa anak saya. Terima kasih. 346 00:21:32,750 --> 00:21:34,335 Saya terfikir, 347 00:21:36,045 --> 00:21:39,298 jika saya melawan ayah saya bertahun-tahun dulu... 348 00:21:41,300 --> 00:21:43,428 Haluan hidup pasti berbeza. 349 00:21:44,637 --> 00:21:47,306 En. Bosch, awak rapat dengan ayah awak? 350 00:21:48,683 --> 00:21:50,059 Saya tak kenal ayah saya. 351 00:21:50,643 --> 00:21:53,438 - Jadi itulah yang awak maksudkan. - Apa? 352 00:21:53,438 --> 00:21:55,690 Awak kata awak tahu perasaannya. 353 00:21:58,109 --> 00:21:59,110 Betul. 354 00:21:59,694 --> 00:22:01,571 Terima kasih atas usaha awak. 355 00:22:02,739 --> 00:22:03,865 Sama-sama. 356 00:22:03,865 --> 00:22:05,950 Saya nak tahu lebih lanjut. 357 00:22:06,909 --> 00:22:10,246 - Maksud awak? - Apa jua yang awak dapat tahu tentang dia. 358 00:22:12,123 --> 00:22:13,291 Hiburkan saya. 359 00:23:44,632 --> 00:23:46,551 Pintu masuknya jelas. 360 00:23:46,551 --> 00:23:48,678 Potong skrin dan masuk ikut tingkap. 361 00:23:48,678 --> 00:23:49,971 Ya. 362 00:23:49,971 --> 00:23:52,807 - Mangsa kata dia ada pisau. - Tiada pisau ditemui. 363 00:23:52,807 --> 00:23:55,935 - Dah cari dengan teliti? - Ya, saya yang cari. 364 00:23:55,935 --> 00:23:59,856 Ada tisu terpakai juga dalam tong sampah di bilik tidur. 365 00:24:02,150 --> 00:24:05,820 Mangsa perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan SART. 366 00:24:05,820 --> 00:24:06,821 Saya panggil dia. 367 00:24:09,073 --> 00:24:11,159 - Jangan melebih-lebih? - Tepat sekali. 368 00:24:25,798 --> 00:24:28,509 - Apa cerita? - Rogers ke pusat bandar. 369 00:24:28,593 --> 00:24:29,886 Okey, terus berhubung. 370 00:25:13,137 --> 00:25:15,056 - Ya? - Awak nampak dia? 371 00:25:15,514 --> 00:25:17,141 Keretanya ada, tapi dia tiada. 372 00:25:20,102 --> 00:25:22,230 GUDANG/KILANG UNTUK DISEWA 373 00:25:57,932 --> 00:26:01,185 Saya ada wang awak. Setiap sen pelaburan asal awak. 374 00:26:01,269 --> 00:26:03,646 Awak jamin wang kami akan digandakan. 375 00:26:03,646 --> 00:26:06,565 Itu sebelum kejadian malang tahun lepas. 376 00:26:07,108 --> 00:26:08,901 Itu masalah awak, bukan kami. 377 00:26:08,985 --> 00:26:11,195 Kami melabur sepuluh juta. 378 00:26:11,279 --> 00:26:13,990 Kami perlukan masa untuk dapatkan sepuluh juta lagi. 379 00:26:13,990 --> 00:26:15,199 Dapatkan 30 juta lagi. 380 00:26:15,283 --> 00:26:16,909 Saya tak faham. 381 00:26:16,993 --> 00:26:18,160 Jumlahnya 40 juta. 382 00:26:18,244 --> 00:26:21,330 - Termasuk 10 juta yang asal. - Faedah. 383 00:26:21,914 --> 00:26:24,500 Ini bukan pinjaman tapi pembelian. 384 00:26:24,500 --> 00:26:27,253 Sepuluh juta termasuk faedah, jadi 40 juta. 385 00:26:27,253 --> 00:26:29,046 Suka hati awaklah. 386 00:26:29,130 --> 00:26:30,881 Portfolio awak luas. 387 00:26:30,965 --> 00:26:33,259 Macam-macam jenis aktiviti. 388 00:26:33,259 --> 00:26:35,136 Awak kena faham. 389 00:26:35,469 --> 00:26:38,389 Perniagaan saya terkesan semasa saya di penjara... 390 00:26:38,389 --> 00:26:41,559 Kami enggan tawar-menawar lagi. Faham? 391 00:26:42,310 --> 00:26:43,853 Masa berjalan. 392 00:26:43,853 --> 00:26:46,063 Semakin suntuk. 393 00:26:46,147 --> 00:26:50,609 Alex, tolonglah bertimbang rasa. Saya tiada wang tunai sebanyak itu. 394 00:26:51,027 --> 00:26:53,529 Saya simpati mendengarnya, Carl. 395 00:27:16,510 --> 00:27:17,470 Bangun. 396 00:27:18,054 --> 00:27:19,138 Mari kita jalan-jalan. 397 00:27:37,823 --> 00:27:39,283 Saya perlukan masa. 398 00:27:39,367 --> 00:27:40,868 Mereka pun cakap begitu. 399 00:27:40,868 --> 00:27:42,870 - Siapa? - Orang yang tak bayar hutang. 400 00:27:44,163 --> 00:27:46,916 Betul. Mereka pun cakap begitu. 401 00:27:46,916 --> 00:27:50,378 - Bagi meningkatkan pengeluaran... - Awak ada seminggu. 402 00:27:50,378 --> 00:27:53,214 Saya perlu lebih masa. Apa lagi saya nak cakap? 403 00:27:53,214 --> 00:27:55,925 Cakap, "Saya boleh." 404 00:28:00,596 --> 00:28:03,307 Sebenarnya, ia tak semudah itu. 405 00:28:04,558 --> 00:28:07,853 Jika pengeluaran meningkat terlalu pantas, operasi akan terdedah. 406 00:28:07,937 --> 00:28:11,148 Kami berjaya berselindung sebab kami tak tamak. 407 00:28:11,232 --> 00:28:15,403 Jika kami masuk pasaran baru, orang ramai akan sedar. 408 00:28:15,403 --> 00:28:19,323 Biar lambat asal selamat. 409 00:28:20,574 --> 00:28:21,534 Merepek. 410 00:28:22,576 --> 00:28:25,579 - Awak tak mampu tangani masalah ini? - Bukan begitu. 411 00:28:27,081 --> 00:28:28,999 - Kami akan cari jalan. - Carl. 412 00:28:29,083 --> 00:28:32,002 Saya perlu nasihatkan awak, idea ini buruk. 413 00:28:32,086 --> 00:28:33,003 Diamlah, Simon. 414 00:28:34,213 --> 00:28:35,423 Tutup mulut awak. 415 00:28:37,925 --> 00:28:39,468 Kami akan dapatkan wang awak. 416 00:29:05,995 --> 00:29:07,496 Ada tetamu tak diundang. 417 00:29:09,081 --> 00:29:10,166 Di mana dia sekarang? 418 00:29:10,666 --> 00:29:11,584 Di luar pintu awak. 419 00:29:13,294 --> 00:29:15,087 Pergi ke tingkat bawah. Kunci pintu keluar. 420 00:29:15,171 --> 00:29:17,173 - Jangan biar dia terlepas. - Baik. 421 00:30:13,145 --> 00:30:14,146 Dia di bumbung! 422 00:30:27,743 --> 00:30:28,577 Dia di tangga! 423 00:31:09,827 --> 00:31:10,661 Ikut sini! Lekas! 424 00:32:30,324 --> 00:32:32,159 - Siapa? - Saya. 425 00:32:32,159 --> 00:32:34,161 Hei, pintu tak berkunci. Masuklah. 426 00:32:38,290 --> 00:32:40,709 - Maaf, biar ayah bantu. - Tak apa. 427 00:32:45,381 --> 00:32:48,717 Hebatnya. Ayah memang terfikir nak singgah ke rumah. 428 00:32:48,801 --> 00:32:51,679 Saya tak boleh ambil semua tapi ini kegemaran ayah. 429 00:32:51,679 --> 00:32:54,890 Frank Morgan, Art Pepper, Ron Carter... 430 00:32:55,683 --> 00:32:59,978 Awak anak terbaik. Terima kasih. Kalaulah ada alat untuk mainkannya. 431 00:33:00,062 --> 00:33:01,480 Stereo ada dalam kereta. 432 00:33:01,480 --> 00:33:03,357 Itulah yang ayah harapkan. 433 00:33:03,732 --> 00:33:04,566 Awak cuti? 434 00:33:04,650 --> 00:33:06,694 Tak, dalam perjalanan ke tempat kerja. 435 00:33:07,277 --> 00:33:09,279 Cantik ayah hias tempat ini. 436 00:33:09,363 --> 00:33:10,322 Terima kasih. 437 00:33:11,281 --> 00:33:13,492 - Saya menyindir. - Ayah pun sama. 438 00:33:14,243 --> 00:33:17,121 Bila ayah nak beli katil sofa yang bagus? 439 00:33:17,121 --> 00:33:19,957 - Ayah tak lama di sini. - Tak elok untuk belakang. 440 00:33:21,625 --> 00:33:23,794 - Mana Coltrane? - Keluar dengan Sam. 441 00:33:23,794 --> 00:33:26,213 - Sebab itu pintu tak berkunci? - Ya. 442 00:33:26,213 --> 00:33:29,133 - Dia tiada kunci? - Ada, Cik Polis Peramah. 443 00:33:29,133 --> 00:33:32,845 Maaf, saya cuma risau tentang ayah. 444 00:33:32,845 --> 00:33:37,725 Selamat datang ke dunia ayah. Ayah risau sebab awak di Hollywood Timur yang ganas. 445 00:33:37,725 --> 00:33:40,352 Memang agak ganas. Apa kes ayah sekarang? 446 00:33:40,769 --> 00:33:43,230 Kes tak berbahaya. Menjejaki dokumen. 447 00:33:44,565 --> 00:33:45,482 Awak okey? 448 00:33:46,358 --> 00:33:47,484 Semua berjalan lancar. 449 00:33:50,112 --> 00:33:52,573 Kita bercerita semasa makan malam. Jumaat boleh? 450 00:33:52,573 --> 00:33:54,450 Biasanya boleh. 451 00:33:54,450 --> 00:33:56,785 Jadual ayah tabula rasa. 452 00:33:56,869 --> 00:33:57,745 Maksudnya... 453 00:33:57,745 --> 00:33:59,246 Saya tahu maksudnya. 454 00:34:00,164 --> 00:34:01,915 Sebutan ayah tak betul. 455 00:34:02,624 --> 00:34:03,500 Baik. 456 00:34:04,251 --> 00:34:06,295 - Ayah setuju? - Jumaat, makan malam. 457 00:34:08,380 --> 00:34:12,384 Saya nak sapa Coltrane, tapi saya kena pergi. 458 00:34:12,468 --> 00:34:15,137 Mereka balik sebentar lagi. Mari ambil stereo. 459 00:34:16,430 --> 00:34:19,767 - Dia amat baik hati. - Sam? Dia memang bagus. 460 00:34:19,767 --> 00:34:22,311 Coltrane sayang dia. 461 00:34:23,061 --> 00:34:24,229 Cemburunya saya. 462 00:34:24,605 --> 00:34:27,274 Datanglah lebih kerap agar dia tak lupa awak. 463 00:34:27,274 --> 00:34:28,358 Jangan harap. 464 00:34:31,320 --> 00:34:33,238 Mereka yang kejar awak? 465 00:34:33,322 --> 00:34:35,407 Serta nak belasah saya sampai hancur. 466 00:34:35,783 --> 00:34:38,452 Alexei dan Lev Ivanovich. Adik-beradik kandung. 467 00:34:39,036 --> 00:34:41,038 - Bratva? - Bangsawan Bratva. 468 00:34:41,038 --> 00:34:44,958 Mereka anak gengster. Ayahnya legenda. Orang berpengaruh. 469 00:34:45,751 --> 00:34:47,294 Ceritakan tentang yang ini. 470 00:34:48,712 --> 00:34:50,756 Dipenjarakan di Gulag sebab membunuh. 471 00:34:50,756 --> 00:34:55,344 Katanya dia tanam hidup-hidup penjenayah yang berhutang dengan ayahnya. 472 00:34:55,344 --> 00:34:58,722 - Benarkah? - Mungkin dibesar-besarkan. Mungkin tidak. 473 00:34:58,806 --> 00:35:00,974 Namun dia mampu melakukannya. 474 00:35:01,058 --> 00:35:03,477 Lev gagah dan menguruskan kerja berat. 475 00:35:04,520 --> 00:35:06,188 Ceritakan tentang Alexei. 476 00:35:06,188 --> 00:35:07,105 Bijak. 477 00:35:07,981 --> 00:35:10,067 Namun ganas apabila perlu. 478 00:35:10,067 --> 00:35:12,653 Pasti ayahnya bangga. Boleh saya simpan? 479 00:35:12,653 --> 00:35:14,488 Ya, ambillah. 480 00:35:15,280 --> 00:35:16,740 Terima kasih maklumkan saya. 481 00:35:16,824 --> 00:35:20,035 Kami tak tahu mereka dah kembali. Mereka tinggal di London. 482 00:35:20,035 --> 00:35:21,328 Mereka rancang sesuatu. 483 00:35:21,328 --> 00:35:24,248 Boleh bantu saya? Tolong perhatikan mereka. 484 00:35:24,915 --> 00:35:26,333 Di luar bidang kuasa kami. 485 00:35:27,668 --> 00:35:29,753 Tapi secara tak rasmi, tiada masalah. 486 00:35:31,380 --> 00:35:32,589 Terima kasih, Misha. 487 00:35:33,549 --> 00:35:36,301 Jangan main-main dan cari gaduh dengan mereka. 488 00:35:37,344 --> 00:35:38,178 Tak nak pun. 489 00:35:38,679 --> 00:35:40,597 Nanti saya hubungi lagi. 490 00:35:40,681 --> 00:35:41,974 Dari mana awak dapat? 491 00:35:41,974 --> 00:35:45,936 Detektif syerif di Hollywood Barat. Ahli unit Rusia, kawan lama saya. 492 00:35:45,936 --> 00:35:47,020 Hollywood Barat? 493 00:35:47,104 --> 00:35:49,523 Penipuan perubatan. Rusia bahasa ibundanya. 494 00:35:49,523 --> 00:35:53,235 Dia mengesahkan mereka orang atasan Bratva. 495 00:35:53,235 --> 00:35:55,362 Rogers berhutang dengan mereka? 496 00:35:55,362 --> 00:35:57,197 Setahu saya, berhutang banyak. 497 00:35:57,281 --> 00:36:00,826 Franzen kata Rogers merancang skim dengan harga belian tinggi. 498 00:36:00,826 --> 00:36:03,620 Dengan "orang yang tak bermoral". 499 00:36:04,288 --> 00:36:05,998 - Bratva. - Merekalah orangnya. 500 00:36:05,998 --> 00:36:09,418 Mungkin mereka cuma mahu pelaburan mereka semula. 501 00:36:09,418 --> 00:36:13,505 Alasan yang baik untuk pujuk Willy Datz ubah testimoni agar Rogers bebas. 502 00:36:14,131 --> 00:36:15,716 Keluar dari mulut harimau. 503 00:36:17,593 --> 00:36:20,554 Awak jumpa apa-apa dalam direktori yang saya kirim? 504 00:36:20,554 --> 00:36:22,180 Semuanya palsu. 505 00:36:22,264 --> 00:36:25,642 Peti surat dengan mel suara, bukan perniagaan sebenar. 506 00:36:27,519 --> 00:36:28,395 Tak guna. 507 00:36:29,688 --> 00:36:30,731 Sokol. 508 00:36:31,398 --> 00:36:34,735 Semasa di penjara, Rogers buat banyak panggilan ke satu nombor. 509 00:36:34,735 --> 00:36:39,197 Kami menjejakinya pada telefon pakai buang yang dibeli di stesen minyak Bakersfield. 510 00:36:39,865 --> 00:36:41,992 Sokol Gas and Go. 511 00:36:43,827 --> 00:36:47,289 Apa kaitan Rogers dengan stesen minyak di Bakersfield? 512 00:37:05,641 --> 00:37:07,059 Awak rasa dia akan okey? 513 00:37:07,684 --> 00:37:09,561 - Siapa? - Preeda Saetang. 514 00:37:12,064 --> 00:37:14,274 - Wanita Thai itu. - Mangsa rogol. 515 00:37:15,275 --> 00:37:17,027 Bergantung pada maksud okey awak. 516 00:37:17,486 --> 00:37:18,612 Apa maksud awak? 517 00:37:19,112 --> 00:37:22,532 Dia mungkin pulih, tapi keadaannya takkan sama. 518 00:37:24,326 --> 00:37:27,663 Saya terfikir adakah pelakunya pernah melakukannya sebelum ini? 519 00:37:27,663 --> 00:37:30,165 Mungkin pernah. 520 00:37:30,707 --> 00:37:32,834 Pasti detektif sedang sibuk menyiasat. 521 00:37:34,461 --> 00:37:35,587 Dia akan buat lagi? 522 00:37:35,671 --> 00:37:39,132 Entahlah. Lupakan saja. 523 00:37:39,216 --> 00:37:41,301 Sekarang ia tugas orang lain. 524 00:37:41,385 --> 00:37:42,970 Saya asyik terfikirkannya. 525 00:37:42,970 --> 00:37:46,306 Berhentilah. Bukan masalah awak lagi. 526 00:37:47,099 --> 00:37:49,518 Saya beri dia nombor peribadi saya. 527 00:37:51,103 --> 00:37:53,313 Kenapa awak buat begitu? 528 00:37:53,814 --> 00:37:55,357 Kalau dia nak bercerita. 529 00:37:55,357 --> 00:37:57,776 Dia boleh bercerita dengan Detektif Coleman. 530 00:38:00,320 --> 00:38:03,156 - Maaf, saya ingatkan... - Aduhai, Bosch. Beginilah. 531 00:38:03,240 --> 00:38:05,617 Jika dia telefon, jangan layan. 532 00:38:05,701 --> 00:38:07,661 Cakap dia perlu telefon Coleman. 533 00:38:07,661 --> 00:38:09,955 Awak tak boleh bercakap dengan dia. 534 00:38:09,955 --> 00:38:11,915 Awak boleh rosakkan siasatan. 535 00:38:17,462 --> 00:38:19,798 Lupakannya. Faham? 536 00:38:35,897 --> 00:38:37,816 Inilah kehidupan indah, bukan? 537 00:38:39,943 --> 00:38:41,611 Saya ambil bir lagi. 538 00:38:42,988 --> 00:38:44,740 Kamu anjing baik. 539 00:38:49,369 --> 00:38:50,454 Helo? 540 00:38:51,329 --> 00:38:52,497 Awak mesej saya. 541 00:38:55,000 --> 00:38:57,711 Ya, boleh tunggu sebentar? 542 00:39:08,472 --> 00:39:09,890 Awak Olivia MacDonald? 543 00:39:09,890 --> 00:39:11,725 Awak nak cakap dengan saya? 544 00:39:12,434 --> 00:39:14,061 Saya penyiasat persendirian. 545 00:39:14,061 --> 00:39:17,481 Boleh kita berbual secara bersemuka? 546 00:39:17,814 --> 00:39:19,149 Tentang apa? 547 00:39:19,524 --> 00:39:21,068 Dominick Santanello. 548 00:39:21,359 --> 00:39:22,778 Kenapa dengan Nick? 549 00:39:23,278 --> 00:39:25,614 - Awak kawan dia? - Keluarga dia. 550 00:39:26,531 --> 00:39:28,575 Nick tahu dia anak angkat, bukan? 551 00:39:28,575 --> 00:39:29,910 Ya. 552 00:39:30,702 --> 00:39:33,580 Dia tahu latar belakang ibu bapa kandungnya? 553 00:39:33,580 --> 00:39:36,833 - Nick tahu nama ibu kandungnya. - Vibiana. 554 00:39:36,917 --> 00:39:39,795 Vibiana. Saya pun tak tahu nama ibu saya. 555 00:39:40,962 --> 00:39:43,090 Saya nak tahu tentang Nick. 556 00:39:43,090 --> 00:39:45,383 Awak sudi jumpa saya? 557 00:39:46,218 --> 00:39:48,887 Bila awak nak jumpa? 558 00:39:49,096 --> 00:39:50,889 Awak di mana? 559 00:41:34,201 --> 00:41:35,994 Saya tiada. Tinggalkan pesanan. 560 00:41:36,661 --> 00:41:40,248 Hei, ini ayah. Ayah keluar bandar sebab kerja. 561 00:41:40,332 --> 00:41:42,792 Ayah balik esok. Sayang awak, jumpa nanti. 562 00:41:51,927 --> 00:41:53,929 LALUAN 101 UTARA 563 00:42:30,215 --> 00:42:32,008 Sasaran sudah kelihatan. 564 00:42:32,092 --> 00:42:34,010 Dia sedang bergerak, ke utara. 565 00:44:12,734 --> 00:44:14,736 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 566 00:44:14,736 --> 00:44:16,821 {\an8}Penyelia Kreatif Vincent Lim