1 00:00:12,304 --> 00:00:16,225 BANK MAKANAN GRACE EPISCOPAL GARDENA, CALIFORNIA 2 00:00:16,308 --> 00:00:17,309 Keluar! 3 00:00:17,392 --> 00:00:19,728 SERAHAN - MAKANAN DAN BEKALAN UNTUK PANTRI MAKANAN DI SINI 4 00:00:19,811 --> 00:00:21,939 PANTRI MAKANAN - MENU HARI INI SUP SAYURAN - AYAM 5 00:00:22,022 --> 00:00:23,065 SALAD BUAH NASI DAN KACANG 6 00:00:23,148 --> 00:00:24,483 MENYAJIKAN KEPERLUAN CALIFORNIA SELATAN 7 00:00:24,566 --> 00:00:26,276 MENU HARI INI BUAH - SANDWIC MENTEGA KACANG DAN JELI 8 00:00:34,952 --> 00:00:36,036 Apa? 9 00:00:37,913 --> 00:00:40,999 PUSAT BELIA LGBTQ CALIFORNIA SELATAN EL SEGUNDO, CALIFORNIA 10 00:00:41,083 --> 00:00:42,501 Jangan cederakan mereka, Cik Liz. 11 00:00:42,584 --> 00:00:44,503 KASIH SAYANG - KUASA - PENERIMAAN 12 00:00:44,586 --> 00:00:46,380 Terima kasih! 13 00:00:48,090 --> 00:00:50,217 - Pembaiki penghawa dingin dah hubungi? - Belum. 14 00:00:50,300 --> 00:00:53,178 Tak sangka betul. Saya akan baiki sendiri jika mereka tak sampai sejam lagi. 15 00:00:53,262 --> 00:00:56,014 JADI MENTOR BELIA LGBTQ 16 00:00:56,098 --> 00:00:59,852 BANGGA 17 00:00:59,935 --> 00:01:01,353 Biar betul! 18 00:01:01,979 --> 00:01:04,690 BALLET MODERNO BOYLE HEIGHTS, CALIFORNIA 19 00:01:06,441 --> 00:01:07,943 Ayuh, semua. Bertenaga! 20 00:01:09,236 --> 00:01:12,906 Sangkar rusuk! Bahu ke bawah! 21 00:01:17,369 --> 00:01:18,412 Helo? 22 00:01:18,996 --> 00:01:19,997 Ya, saya. 23 00:01:21,123 --> 00:01:22,249 Awak serius? 24 00:01:24,251 --> 00:01:25,419 Ya! 25 00:01:30,257 --> 00:01:31,258 DERMA MENGEJUT 26 00:01:31,341 --> 00:01:34,469 Lebih daripada 150 organisasi tempatan terkejut pagi ini 27 00:01:34,553 --> 00:01:37,973 apabila mereka terima hadiah kewangan yang banyak daripada jutawan, Molly Wells. 28 00:01:38,056 --> 00:01:39,725 Wells menggunakan kekayaannya yang banyak 29 00:01:39,808 --> 00:01:42,436 untuk beri dana program bantuan California Selatan. 30 00:01:42,519 --> 00:01:45,898 Hadiah itu tidak diminta dan mengejutkan penerima. 31 00:01:45,981 --> 00:01:49,860 Duit ini akan meningkatkan kehidupan ramai belia LGTBQ. 32 00:01:49,943 --> 00:01:51,528 Saya tak sangka kami terimanya. 33 00:01:51,612 --> 00:01:52,696 Saya amat berterima kasih! 34 00:01:55,324 --> 00:01:58,660 Bekas isteri CEO John Novak berkata dalam kenyataan 35 00:01:58,744 --> 00:02:01,288 yang aktiviti pagi ini hanya permulaan 36 00:02:01,371 --> 00:02:03,665 dan lebih banyak bantuan kewangan akan diberikan. 37 00:02:03,749 --> 00:02:05,918 Hari yang menggembirakan bagi mereka yang layak menerima. 38 00:02:08,753 --> 00:02:12,007 Tahniah, semua. Molly, awak berjaya. 39 00:02:12,090 --> 00:02:14,301 Derma kejutan ini idea yang genius. 40 00:02:14,384 --> 00:02:15,594 Terima kasih. 41 00:02:15,677 --> 00:02:19,389 Rasa berbeza melihat diri saya dalam TV untuk sesuatu positif. 42 00:02:19,473 --> 00:02:22,726 Saya amat bangga dengan kita. Mari minum, semua! 43 00:02:23,727 --> 00:02:27,022 Berita seterusnya, 18 kaki dipotong ditemui di bilik bawah tanah di Ohio… 44 00:02:27,105 --> 00:02:30,234 Bukan. Jangan raikan itu. Raikan yang sebelumnya. 45 00:02:45,374 --> 00:02:46,708 BAKI TIDAK MENCUKUPI 46 00:02:52,256 --> 00:02:53,131 BURSA SAHAM AMERIKA 47 00:03:00,138 --> 00:03:01,473 LAMPAU TEMPOH NOTIS AKHIR 48 00:03:20,576 --> 00:03:23,370 Ya Tuhan. Molly… Ini penting. 49 00:03:23,453 --> 00:03:25,539 Saya ada berita baik dan buruk. 50 00:03:25,622 --> 00:03:28,125 Berita baik kita dijemput ke parti yang sangat hebat. 51 00:03:28,208 --> 00:03:31,211 - Apa berita buruk? - Semua orang di sini juga dijemput. 52 00:03:32,212 --> 00:03:33,046 GALA TAHUNAN KE-38 53 00:03:33,130 --> 00:03:37,092 Saya diiktiraf untuk "Anugerah Dermawan Kemanusiaan"? 54 00:03:37,176 --> 00:03:38,927 Anugerah Mannies? Betul? 55 00:03:39,011 --> 00:03:42,931 Ya. Katanya saya terima "Anugerah Marjorie Pendleton Foster." 56 00:03:43,015 --> 00:03:44,433 Siapa dia? 57 00:03:44,516 --> 00:03:46,310 Dia dermawan terkenal. 58 00:03:46,393 --> 00:03:49,229 Dia guna harta perusahaan minyak keluarga untuk bina banyak rumah anak yatim. 59 00:03:49,771 --> 00:03:51,607 Sebelum bunuh diri depan kereta api. 60 00:03:53,066 --> 00:03:54,693 Siapa peduli tentang itu? 61 00:03:54,776 --> 00:03:57,404 Ia acara rasmi di hotel mewah. 62 00:03:57,487 --> 00:03:59,156 Kita dah kembali jadi penting. 63 00:03:59,239 --> 00:04:01,408 Majlis ini ada katering. 64 00:04:01,491 --> 00:04:04,286 Pilihan pemakan sayuran. Mereka bertimbang rasa. 65 00:04:04,369 --> 00:04:07,497 Katanya ada udang karang dan rusuk terpilih. 66 00:04:07,581 --> 00:04:09,249 Saya suka hidangan makanan laut dan daging. 67 00:04:09,333 --> 00:04:11,877 Saya pernah pergi banyak majlis anugerah, 68 00:04:11,960 --> 00:04:14,546 tapi sebab John menang sesuatu. 69 00:04:14,630 --> 00:04:16,130 Saya gembira untuk awak. 70 00:04:16,214 --> 00:04:18,509 Namun, kita patut ke Anugerah Mannies? 71 00:04:18,591 --> 00:04:21,011 Apa? Kenapa awak begini? 72 00:04:21,094 --> 00:04:22,513 Agak tak sesuai 73 00:04:22,596 --> 00:04:26,099 melihat beberapa jutawan saling beri tugu emas. 74 00:04:29,353 --> 00:04:31,104 Namun, kita dah bekerja keras. 75 00:04:31,897 --> 00:04:33,899 Semua orang suka rusuk terpilih percuma. 76 00:04:33,982 --> 00:04:35,192 Jadi dah selesai. 77 00:04:35,275 --> 00:04:38,111 Kita akan berpakaian cantik dan makan udang karang. 78 00:04:38,195 --> 00:04:40,072 Kita akan pergi parti mewah 79 00:04:40,155 --> 00:04:42,449 untuk raikan saya melupakan masa teruk saya sebelum ini! 80 00:04:42,533 --> 00:04:45,577 - Okey, tapi ingat… - Tak! Awak tak boleh rosakkannya! 81 00:04:45,661 --> 00:04:48,664 Jangan risau. Kita akan pergi. 82 00:04:48,747 --> 00:04:49,873 Pergi. 83 00:04:49,957 --> 00:04:50,832 Saya tahu. Kita akan pergi. 84 00:04:51,875 --> 00:04:54,670 Jangan risau. Saya faham. 85 00:04:55,546 --> 00:04:57,589 Awak memang rasa ini sesuai dengan saya? 86 00:04:57,673 --> 00:05:00,634 Saya tak pernah rasa seyakin ini. 87 00:05:01,426 --> 00:05:03,262 Okey. Saya keluar. 88 00:05:07,975 --> 00:05:11,019 Ya Tuhan. Ini hebat. 89 00:05:11,103 --> 00:05:14,648 Awak seperti burung phoenix yang bangkit dari abu. 90 00:05:14,731 --> 00:05:16,066 Awak sangat cantik dalam gaun ini, 91 00:05:16,149 --> 00:05:18,277 awak hampir buat saya suka perempuan. 92 00:05:18,360 --> 00:05:19,611 Saya seronok 93 00:05:19,695 --> 00:05:22,698 dikenali sebagai sesuatu selain daripada janda. 94 00:05:22,781 --> 00:05:24,616 Ya. Awak berhak. 95 00:05:24,700 --> 00:05:26,660 - Bagaimana ucapan awak? - Bagus. 96 00:05:28,078 --> 00:05:31,248 "Seperti yang anda tahu, saya lalui banyak cabaran tahun ini. 97 00:05:31,915 --> 00:05:35,169 Saya temui cara membaiki kehidupan saya melalui pengalaman itu. 98 00:05:35,711 --> 00:05:39,882 Secara asasnya, kerja amal ialah tentang menyembuhkan orang lain. 99 00:05:40,757 --> 00:05:44,261 Namun, ia juga tentang menyembuhkan diri saya." 100 00:05:45,846 --> 00:05:48,140 Aduhai, amat berkesan! 101 00:05:48,223 --> 00:05:50,642 - Awak tulis ucapan ini? - Aduhai, tidak! Saya upah penulis ucapan. 102 00:05:50,726 --> 00:05:53,103 Lihat saya dalam gaun ini. Saya nampak seperti penulis? 103 00:05:53,187 --> 00:05:55,355 - Tidak. Mujurlah. - Betul? 104 00:05:55,439 --> 00:05:56,565 Boleh awak bayangkan? 105 00:05:57,316 --> 00:05:59,818 "Rasanya tanda koma itu di sana, bukan di sini." 106 00:05:59,902 --> 00:06:01,195 "Perkataan. 107 00:06:01,278 --> 00:06:03,238 Saya tak pandai berkomunikasi dengan orang." 108 00:06:03,322 --> 00:06:05,741 "Mari bincangkan artikel yang saya sedang tulis." 109 00:06:05,824 --> 00:06:06,950 Aduhai, terlalu sama! 110 00:06:07,034 --> 00:06:08,994 - Saya melampau. - Ya. 111 00:06:54,122 --> 00:06:55,874 ANUGERAH DERMAWAN KEMANUSIAAN - ADK 112 00:07:04,550 --> 00:07:06,718 Ini acara paling hebat saya pernah hadiri. 113 00:07:07,886 --> 00:07:09,930 Alex mahu bukti saya di sini. 114 00:07:12,349 --> 00:07:14,101 - Biar betul. - Apa? 115 00:07:14,810 --> 00:07:17,187 Itu Martin Streibler. 116 00:07:17,771 --> 00:07:19,147 Aduhai! 117 00:07:19,231 --> 00:07:20,649 Memang seronok 118 00:07:20,732 --> 00:07:23,110 bagi seseorang yang kenal Martin Streibler. 119 00:07:23,193 --> 00:07:25,112 Dia mengasas syarikat perisian 120 00:07:25,195 --> 00:07:27,698 yang merevolusikan akaun pada 1990-an. 121 00:07:27,781 --> 00:07:30,742 Dia seperti LeBron James bagi akauntan. 122 00:07:30,826 --> 00:07:33,412 Maaf, saya tak tahu jika awak minat sukan. LeBron James… 123 00:07:33,495 --> 00:07:35,706 Saya hargai awak tak buat andaian, 124 00:07:35,789 --> 00:07:37,457 tapi saya kenal LeBron James. 125 00:07:37,541 --> 00:07:38,542 Okey. 126 00:07:38,625 --> 00:07:39,918 Baiklah. 127 00:07:40,002 --> 00:07:41,253 Mari pergi tegur Martin. 128 00:07:41,753 --> 00:07:43,881 Apa? Tunggu. Awak bergurau? 129 00:07:43,964 --> 00:07:44,840 Tak. Kenapa? 130 00:07:44,923 --> 00:07:47,759 Dia jutawan. Kita tak boleh pergi saja padanya, bukan? 131 00:07:47,843 --> 00:07:50,971 Tentulah boleh. Ini peluang sekali seumur hidup. 132 00:07:51,638 --> 00:07:52,848 Ayuh. 133 00:08:01,315 --> 00:08:03,066 Maaf. Saya tak berniat mengganggu 134 00:08:03,150 --> 00:08:07,196 perbualan yang nampak rancak dan menghiburkan, tapi… 135 00:08:07,279 --> 00:08:08,614 Awak Martin Streibler? 136 00:08:08,697 --> 00:08:09,698 Ya, betul. 137 00:08:10,282 --> 00:08:14,745 Peminat awak ada dengan saya di sini. 138 00:08:19,166 --> 00:08:20,792 - Cakap helo. - Helo. 139 00:08:26,840 --> 00:08:30,385 - Mana penjaga bar? - Entah. Sudah lama. 140 00:08:33,013 --> 00:08:34,847 Saya sudah sampai. Maaf buat kamu tunggu. 141 00:08:34,932 --> 00:08:35,974 Apa pesanan kamu? 142 00:08:36,058 --> 00:08:38,894 Beri saya tequila dan Diet Sprite dengan lima ceri 143 00:08:38,977 --> 00:08:40,770 - dan sedikit… - Tidak. 144 00:08:40,854 --> 00:08:44,274 Kami mahu dua martini vodka, sedikit vermont, dan kulit lemon pintal. 145 00:08:45,442 --> 00:08:46,443 Pilihan hebat. 146 00:08:48,070 --> 00:08:49,655 Dia sangat kacak. 147 00:08:56,578 --> 00:08:57,913 - Terima kasih. - Terima kasih. 148 00:09:01,291 --> 00:09:04,169 Martini memang rasa begini? Vodka ini hebat. 149 00:09:04,253 --> 00:09:06,255 Betul? Itu jenama kegemaran saya. 150 00:09:07,172 --> 00:09:10,008 Sebentar. Awak Jean-Pierre Voland? 151 00:09:10,092 --> 00:09:11,093 Betul. 152 00:09:11,802 --> 00:09:14,763 Saya nampak kamu tunggu, jadi saya perlu buat sesuatu. 153 00:09:14,847 --> 00:09:18,517 Lelaki ini mungkin sekaya awak dan dia sangat pemurah. 154 00:09:18,600 --> 00:09:20,602 Keluarganya pemilik syarikat yang buat vodka ini. 155 00:09:21,687 --> 00:09:24,231 Kamu mungkin tak percaya, tapi bayi itu saya. 156 00:09:24,314 --> 00:09:25,148 VOLAND VODKA PREMIUM 157 00:09:25,232 --> 00:09:27,192 Saya tak tahu sebab datuk letak gambar saya pada botol. 158 00:09:27,276 --> 00:09:29,361 Mungkin sebab awak bayi yang comel? 159 00:09:30,237 --> 00:09:31,405 Saya Sofia. 160 00:09:31,488 --> 00:09:33,323 Yayasan keluarga awak memang bagus. 161 00:09:33,407 --> 00:09:34,741 Saya Molly. 162 00:09:34,825 --> 00:09:37,202 Vodka keluarga awak juga amat bagus. 163 00:09:37,286 --> 00:09:39,121 Untuk saya. Semasa menari. 164 00:09:43,584 --> 00:09:45,002 Parlez français? 165 00:09:46,795 --> 00:09:49,715 Saya tahu cakap "ucap selamat" dalam beberapa bahasa. 166 00:09:49,798 --> 00:09:51,341 Ini nasihat. 167 00:09:51,425 --> 00:09:55,179 Jangan sebut ochinchin dalam ruang penuh dengan ahli perniagaan Jepun. 168 00:09:55,262 --> 00:09:57,639 Maksudnya, "Ucap selamat untuk kemaluan kecil awak." 169 00:09:58,640 --> 00:09:59,683 Terima kasih beritahu. 170 00:10:01,810 --> 00:10:04,646 Saya pergi dulu. Nikmati malam ini. 171 00:10:05,272 --> 00:10:06,315 Awak juga. 172 00:10:08,108 --> 00:10:11,195 Saya tak sangka bayi comel itu dah besar. 173 00:10:13,947 --> 00:10:17,951 GUI yang awak tambah untuk jejak purata bergerak… 174 00:10:18,702 --> 00:10:19,786 Genius! 175 00:10:20,329 --> 00:10:23,582 - Awak memang sukakannya, bukan? - Ya. Sangat suka. 176 00:10:23,665 --> 00:10:26,376 Ambil kad saya. Awak patut datang ke pejabat kami. 177 00:10:27,252 --> 00:10:29,546 Ya! Saya pasti datang. Mari pergi. 178 00:10:29,630 --> 00:10:31,131 Saya akan habiskan Martinelli saya. 179 00:10:31,924 --> 00:10:34,801 Maksudnya lain kali apabila kita bukan di parti. 180 00:10:35,344 --> 00:10:38,138 Faham. Maaf. Saya agak teruja. 181 00:10:38,222 --> 00:10:39,306 Awak okey. 182 00:10:40,557 --> 00:10:41,850 TANDAS WANITA TANDAS LELAKI 183 00:10:41,934 --> 00:10:45,062 SELAMAT DATANG KE GALA ADK KE-38 184 00:10:45,145 --> 00:10:46,230 Maaf. 185 00:10:48,524 --> 00:10:49,691 Hailey? 186 00:10:49,775 --> 00:10:51,109 Molly. Hai. 187 00:10:51,944 --> 00:10:52,986 Hai. 188 00:10:54,112 --> 00:10:56,865 - Hei. Maaf. - Tak, saya… Maaf. 189 00:10:56,949 --> 00:10:58,825 Saya tak mahu terserempak awak begini. 190 00:10:58,909 --> 00:11:00,994 Jangan risau. Semuanya okey. 191 00:11:01,870 --> 00:11:03,413 - Bagus. - Bagus. 192 00:11:06,124 --> 00:11:06,959 Saya suka gaun awak. 193 00:11:07,960 --> 00:11:09,211 Betul? 194 00:11:09,294 --> 00:11:11,380 Awak mahu gaun ini seperti awak bersama suami saya? 195 00:11:11,463 --> 00:11:13,340 Okey. Nampaknya awak tak okey. 196 00:11:13,423 --> 00:11:17,094 Molly! Hei. Lama tak jumpa. 197 00:11:17,678 --> 00:11:19,763 Apa awak buat di sini? Saya sangka awak di Monaco. 198 00:11:19,847 --> 00:11:23,100 Betul, tapi Anugerah Mannies jemput kami. 199 00:11:23,183 --> 00:11:25,018 Saya banyak menderma, jadi mereka mahu saya di sini. 200 00:11:25,102 --> 00:11:26,603 Jadi kapal terbang kami berpatah balik. 201 00:11:26,687 --> 00:11:28,313 - Hebat. - Ya. 202 00:11:29,773 --> 00:11:33,610 Jadi dia boleh makan stik sendiri atau awak perlu potong untuk dia? 203 00:11:33,694 --> 00:11:35,404 Tak perlu. Saya pemakan ikan. 204 00:11:35,487 --> 00:11:37,281 Okey, tarik nafas. 205 00:11:37,364 --> 00:11:41,034 Saya bernafas dengan baik, terima kasih. Semuanya okey. 206 00:11:41,118 --> 00:11:43,412 Pernafasan saya normal. 207 00:11:43,495 --> 00:11:44,830 Saya bernafas dengan normal. 208 00:11:44,913 --> 00:11:46,957 Ia bukan tak normal. Terima kasih banyak. 209 00:11:47,040 --> 00:11:50,169 Kamu berdua bergembiralah. Jumpa lagi nanti. Selamat tinggal. 210 00:11:55,841 --> 00:11:56,967 - John di sini. - Apa? 211 00:11:57,050 --> 00:11:58,802 John di sini bersama Hailey. 212 00:11:58,886 --> 00:12:00,470 Aduhai, awak okey? 213 00:12:00,554 --> 00:12:03,348 Saya akan bunuh dia. Jika jumpa dia, saya akan… 214 00:12:03,432 --> 00:12:05,726 Aduhai, rambutnya nampak hebat! 215 00:12:06,310 --> 00:12:09,229 Dia buat rawatan rambut? Tak mungkin itu semula jadi. 216 00:12:10,564 --> 00:12:11,565 Saya tak boleh teruskan. 217 00:12:15,652 --> 00:12:16,820 Ayuh. 218 00:12:17,529 --> 00:12:19,198 Tunggu, Molly! 219 00:12:19,781 --> 00:12:22,910 Molly! Tunggu! Cakap dengan kami. 220 00:12:22,993 --> 00:12:25,412 Saya tak faham. Dia tak pernah peduli tentang kerja amal. 221 00:12:25,495 --> 00:12:28,332 - Kenapa dia di sini malam ini? - Sebab dia mahu begini. 222 00:12:28,415 --> 00:12:30,334 - Dia mahu ganggu fikiran awak. - Apa? 223 00:12:30,417 --> 00:12:32,920 Nicholas betul. Dia cemburu dengan pujian yang awak dapat. 224 00:12:33,003 --> 00:12:34,922 Dia datang untuk ganggu fikiran awak. 225 00:12:37,216 --> 00:12:38,967 Dia mahu nampak berjaya dalam perceraian ini. 226 00:12:39,051 --> 00:12:41,595 Tepat sekali. Okey? Awak perlu buat begini. 227 00:12:41,678 --> 00:12:44,681 Awak perlu bertenang, masuk ke sana semula, berjalan pada John 228 00:12:44,765 --> 00:12:48,644 dan ambil gambar dengan dia sambil tersenyum lebar. 229 00:12:48,727 --> 00:12:49,728 Mengawal semula. 230 00:12:49,811 --> 00:12:52,606 Itu memang seperti First Wives Club. 231 00:12:52,689 --> 00:12:55,651 - Tepat sekali. Awak Bette Midler. - Tak, saya mahu jadi Goldie Hawn. 232 00:12:55,734 --> 00:12:57,986 Kita sudah bincang. Saya Goldie Hawn. 233 00:12:58,070 --> 00:12:59,738 Saya tak peduli kamu mahu jadi wanita kulit putih yang mana. 234 00:12:59,821 --> 00:13:01,573 Jika mahu lakukannya, kita kena kembali ke sana. 235 00:13:03,742 --> 00:13:05,619 Jelas sekali dia Diane Keaton. 236 00:13:06,119 --> 00:13:07,829 - Siapa dia? - Saya akan beritahu nanti. 237 00:13:19,591 --> 00:13:21,343 - Helo, John. - Hai. 238 00:13:21,426 --> 00:13:22,553 Hailey. 239 00:13:23,303 --> 00:13:25,514 Saya cuma mahu bertegur sapa. 240 00:13:25,597 --> 00:13:28,141 - Saya suka gaun awak. - Terima kasih. 241 00:13:28,225 --> 00:13:30,769 - Rambut awak. Ia cantik. - Dia cantik, bukan? 242 00:13:30,853 --> 00:13:33,146 Bagaimana jika kita bertiga ambil gambar bersama-sama? 243 00:13:33,939 --> 00:13:36,191 - Ya. Okey. - Okey, ayuh. 244 00:13:39,236 --> 00:13:40,237 Ini bagus. 245 00:13:40,320 --> 00:13:41,572 Malam yang indah, bukan? 246 00:13:41,655 --> 00:13:43,782 - Saya suka malam ini. - Saya juga. 247 00:13:44,449 --> 00:13:47,578 Baiklah. Saya perlu kembali ke meja dan berlatih ucapan saya. 248 00:13:47,661 --> 00:13:49,621 - Baiklah. Gembira jumpa awak. - Malam yang indah. 249 00:13:49,705 --> 00:13:51,707 - Gembira jumpa kamu. - Okey. Ya. 250 00:13:59,423 --> 00:14:03,093 Kemudian Mak Cik Mabel cakap, "Awak sedang pegang aiskrim itu." 251 00:14:05,137 --> 00:14:08,348 Penamat yang kelakar. Howard, apa kerja awak? 252 00:14:08,432 --> 00:14:10,726 Saya kerja dalam teknologi maklumat, 253 00:14:10,809 --> 00:14:13,061 tapi untuk jimatkan masa, saya panggilnya "T maklumat." 254 00:14:13,145 --> 00:14:14,605 Saya sudah agak. IT. 255 00:14:14,688 --> 00:14:17,191 Syarikat awak satu idea baharu? 256 00:14:17,274 --> 00:14:20,611 Bukan. Saya cuma pekerja di Yayasan Wells. 257 00:14:20,694 --> 00:14:22,946 Ya, Howard penting dalam pasukan kami. 258 00:14:23,030 --> 00:14:24,823 Kami pasti bermasalah tanpa dia. 259 00:14:24,907 --> 00:14:27,201 Kerja yang mengagumkan. 260 00:14:27,284 --> 00:14:29,203 Ia mengagumkan, 261 00:14:29,286 --> 00:14:32,206 tapi tak bermakna saya tiada projek lain. 262 00:14:32,289 --> 00:14:35,667 Saya hampir mulakan audio siar gusti profesional beberapa kali. 263 00:14:35,751 --> 00:14:38,170 Saya amat cemburukan awak. 264 00:14:38,253 --> 00:14:39,963 Awak masih ada banyak peluang. 265 00:14:40,047 --> 00:14:42,216 Awak boleh meneroka minat awak. 266 00:14:42,799 --> 00:14:44,259 Saya sayang syarikat saya, 267 00:14:44,343 --> 00:14:46,637 tapi kadangkala saya panggilnya penjara enam bilion dolar. 268 00:14:55,312 --> 00:14:58,649 Aduhai! Awak cuba halang kami daripada nikmati makanan enak ini? 269 00:14:58,732 --> 00:15:00,943 Okey, awak betul. Udang karang ini sangat sedap. 270 00:15:01,026 --> 00:15:02,653 Saya tak perlu kunyah. Ia cair di mulut. 271 00:15:05,948 --> 00:15:08,033 Ada coklat dalam semua makanan. 272 00:15:09,326 --> 00:15:11,370 JOHN NOVAK - TAK BERNIAT UNTUK BUAT AWAK TERKEJUT TADI. 273 00:15:11,453 --> 00:15:13,205 BOLEH KITA BERBUAL? SAYA DI RUANG NANTI GILIRAN SAYA. 274 00:15:13,288 --> 00:15:15,249 Saya mahu bersedia untuk berucap. 275 00:15:21,713 --> 00:15:24,675 RUANG NANTI GILIRAN DITEMPAH UNTUK JOHN NOVAK 276 00:15:36,645 --> 00:15:38,438 Bagaimana dengan tawaran damai? 277 00:15:40,983 --> 00:15:42,192 Apa awak mahu? 278 00:15:46,572 --> 00:15:47,698 Okey, dengar. 279 00:15:50,868 --> 00:15:51,952 Silakan. 280 00:15:57,833 --> 00:15:58,834 Saya mahu… 281 00:16:01,128 --> 00:16:03,005 minta maaf. 282 00:16:07,593 --> 00:16:10,012 Ini dia. Saat yang kita semua tunggu. 283 00:16:10,095 --> 00:16:11,221 Saya ikhlas. 284 00:16:12,264 --> 00:16:14,808 Kita berdua tahu kita ada masalah. Tapi… 285 00:16:16,476 --> 00:16:19,354 Saya patut beritahu awak dan bukannya larikan diri. 286 00:16:21,148 --> 00:16:23,525 Saya tak hormati awak dan perkahwinan kita. 287 00:16:23,609 --> 00:16:27,529 Saya menyesal. 288 00:16:32,284 --> 00:16:33,285 Okey. 289 00:16:35,913 --> 00:16:37,456 Terima kasih sebab cakap begitu. 290 00:16:37,539 --> 00:16:39,541 Apa… Tunggu, Molly. Saya belum habis. 291 00:16:41,752 --> 00:16:44,213 Saya juga mahu cakap… 292 00:16:46,006 --> 00:16:48,842 usaha awak dengan kerja amal, 293 00:16:50,219 --> 00:16:51,386 ia menakjubkan. 294 00:16:52,262 --> 00:16:55,766 Selepas bertahan sebab tindakan saya dan berada di tahap ini? 295 00:16:58,352 --> 00:16:59,853 Ia amat mengagumkan. 296 00:17:01,772 --> 00:17:03,190 Saya mungkin tak patut kata begini, 297 00:17:03,273 --> 00:17:07,109 tapi rasanya Hailey agak cemburukan awak. 298 00:17:10,571 --> 00:17:12,907 Awak memang tak patut kata begitu. 299 00:17:15,243 --> 00:17:18,789 Saya juga tak patut kata saya suka mendengarnya. 300 00:17:25,253 --> 00:17:26,713 Jadi… 301 00:17:29,132 --> 00:17:30,717 bagaimana perasaan jadi bos? 302 00:17:31,760 --> 00:17:33,512 - Saya suka. - Ya. 303 00:17:33,595 --> 00:17:35,430 Kadangkala saya suka. Kadangkala ia sukar. 304 00:17:35,514 --> 00:17:36,807 Saya ada dengar. 305 00:17:38,308 --> 00:17:40,185 Awak sedang membuat perubahan, 306 00:17:40,269 --> 00:17:42,396 jadi itu sesuatu untuk dibanggakan. 307 00:17:44,815 --> 00:17:48,026 Jelas sekali, lebih mudah beri duit berbanding mendapatkannya, 308 00:17:48,110 --> 00:17:49,111 tapi tetap hebat. 309 00:17:52,281 --> 00:17:53,532 Itu jenaka. 310 00:17:54,116 --> 00:17:56,159 Awak memang begini, bukan? 311 00:17:56,827 --> 00:17:58,579 Okey. Bertenang. 312 00:17:58,662 --> 00:18:00,455 Jangan suruh saya bertenang. 313 00:18:01,164 --> 00:18:06,545 Awak begitu suka bersaing. Saya… 314 00:18:07,337 --> 00:18:09,798 Ini maksud seluruh malam ini bagi awak, bukan? 315 00:18:09,882 --> 00:18:12,467 Persaingan apa yang awak katakan ini? 316 00:18:12,551 --> 00:18:16,889 Awak faham ada perbezaan besar antara kerjaya yang saya bina 317 00:18:16,972 --> 00:18:19,600 dan hanya beri separuh berkat usaha saya. 318 00:18:19,683 --> 00:18:21,101 kepada pasukan tarian mengarut. 319 00:18:21,185 --> 00:18:22,728 - Berkat usaha awak? - Ya. 320 00:18:22,811 --> 00:18:25,063 Saya sentiasa bersama awak waktu itu. 321 00:18:25,147 --> 00:18:29,109 Saya menyokong awak semasa awak membuang masa di garaj kita, 322 00:18:29,193 --> 00:18:32,154 berasa sangsi dan berfikir jika awak akan berjaya. 323 00:18:32,237 --> 00:18:33,447 Namun, saya berjaya. 324 00:18:33,530 --> 00:18:38,744 Kemudian awak duduk di tepi kolam selama 20 tahun tanpa buat apa-apa. 325 00:18:38,827 --> 00:18:41,496 Itu satu pulangan yang bagus bagi pelaburan awak. 326 00:18:41,580 --> 00:18:43,332 Ini satu kesilapan. 327 00:18:43,415 --> 00:18:45,584 Saya akan dapatkan anugerah saya. 328 00:18:45,667 --> 00:18:48,212 Okey. Selain itu, sama-sama. 329 00:18:48,295 --> 00:18:50,631 Untuk apa? Apa maksud awak? 330 00:18:50,714 --> 00:18:52,007 Tolonglah, Molly. 331 00:18:52,090 --> 00:18:54,051 Awak fikir bagaimana mereka pilih siapa dapat anugerah? 332 00:18:54,134 --> 00:18:57,804 Awak fikir ada komputer yang ukur berapa banyak kebaikan awak buat? 333 00:18:57,888 --> 00:18:59,640 Saya tak tahu caranya. 334 00:18:59,723 --> 00:19:02,100 Saya berkawan dengan beberapa orang dalam jawatankuasa acara ini. 335 00:19:02,184 --> 00:19:05,938 Saya buat beberapa panggilan, memberi cadangan tegas supaya beri awak anugerah. 336 00:19:08,482 --> 00:19:10,234 Saya rasa awak perlukan kemenangan ini. 337 00:19:24,581 --> 00:19:27,000 Hei. Semua orang tertanya awak di mana. 338 00:19:29,169 --> 00:19:30,087 Ada masalah? 339 00:19:30,170 --> 00:19:33,006 Cornichon selalu tak cukup dalam charcuterie. 340 00:19:33,090 --> 00:19:36,885 Okey. Awak ada masalah yang tak berkaitan makanan? 341 00:19:37,553 --> 00:19:40,264 Martin cakap sesuatu yang buat saya berfikir. 342 00:19:41,014 --> 00:19:43,976 Saya tahu awak nampak saya sebagai kawan awak yang muda dan bergaya 343 00:19:44,059 --> 00:19:46,228 dalam usia 23, 24 tahun. 344 00:19:47,187 --> 00:19:48,814 Ya. Lebih kurang begitu. 345 00:19:48,897 --> 00:19:52,109 Saya bukan 23 tahun. Saya 38 tahun. 346 00:19:52,192 --> 00:19:54,194 Jadi saya dah tak ada banyak peluang. 347 00:19:54,278 --> 00:19:56,989 Saya juga tak gembira di kedudukan sekarang. 348 00:19:57,072 --> 00:19:58,782 Kadangkala saya berjaga lewat malam, 349 00:19:58,866 --> 00:20:00,909 berfikir jika saya bazirkan kehidupan saya. 350 00:20:02,160 --> 00:20:03,245 Saya bersimpati. 351 00:20:03,745 --> 00:20:07,040 Ya. Saya cuma sedari semuanya sekali gus. 352 00:20:07,124 --> 00:20:11,378 Saya sedang fikirkannya sebelum seseorang mengganggu saya. 353 00:20:12,379 --> 00:20:16,383 Faham. Maaf sebab mengganggu. 354 00:20:16,466 --> 00:20:19,303 Namun, Howard, 355 00:20:19,386 --> 00:20:23,056 awak ada anugerah yang hampir tiada orang lain ada. 356 00:20:23,140 --> 00:20:26,518 Orang suka awak. Mereka mahu bersama awak. 357 00:20:26,602 --> 00:20:29,271 Contohnya, malam ini. Jutawan itu suka semua kata-kata awak. 358 00:20:29,354 --> 00:20:30,480 Ya, itu mudah. 359 00:20:30,564 --> 00:20:33,317 Saya pandang mereka dan anggap semua orang Santa Claus. 360 00:20:33,400 --> 00:20:37,571 Maksud saya, seseorang berkarisma seperti awak akan jadi sangat berjaya. 361 00:20:37,654 --> 00:20:41,450 Saya yakin awak akan jadi seperti Martin Streibler bagi seseorang. 362 00:20:43,327 --> 00:20:45,704 Terima kasih. Baik awak kata begitu. 363 00:20:45,787 --> 00:20:47,289 Awak mahu kembali ke meja? 364 00:20:47,372 --> 00:20:48,832 - Ya. - Okey. 365 00:20:48,916 --> 00:20:50,459 Ambilkan charcuterie untuk saya. 366 00:20:51,210 --> 00:20:52,586 Okey. 367 00:20:52,669 --> 00:20:55,047 Rasanya ada pelayan di sini, tapi okey. 368 00:21:02,763 --> 00:21:05,224 Hei, awak tak masuk? 369 00:21:05,307 --> 00:21:06,767 Rasanya tak lama lagi anugerah awak. 370 00:21:07,518 --> 00:21:11,688 Maaf. Saya tak rasa mahu terima anugerah sekarang. 371 00:21:14,274 --> 00:21:17,903 Awak pasti? Sebab ucapan awak hebat dan awak nampak cantik. 372 00:21:18,737 --> 00:21:19,988 Terima kasih. 373 00:21:21,031 --> 00:21:24,243 Saya mula rasa semua amat tertekan. 374 00:21:24,785 --> 00:21:26,745 Kamu patut tunggu dan nikmatinya. 375 00:21:26,828 --> 00:21:30,457 Saya akan duduk sini sebentar dan kemudian balik. 376 00:21:32,084 --> 00:21:33,085 Okey. 377 00:21:33,710 --> 00:21:34,962 Ya, dia takkan kembali. 378 00:21:35,045 --> 00:21:37,172 Okey. Jadi kita ke mana? 379 00:21:39,758 --> 00:21:42,261 Kamu tinggalkan meja kamu? 380 00:21:42,344 --> 00:21:44,137 Kamu pasti tak mahu tunggu? 381 00:21:44,221 --> 00:21:47,599 Tak. Buat apa kami ada di sana tanpa awak? 382 00:21:47,683 --> 00:21:49,434 Ya, kami menyokong awak. 383 00:21:49,518 --> 00:21:51,937 Jika mahu pergi, apa kata kita ke Dave & Buster's? 384 00:21:52,020 --> 00:21:54,898 - Saya ada banyak tiket. - Tidak, Howard, tiket itu penipuan. 385 00:21:54,982 --> 00:21:58,151 Tidak. Saya perlukan 700,000 tiket saja lagi untuk PS3. 386 00:21:58,235 --> 00:21:59,069 Apa? 387 00:21:59,152 --> 00:22:01,905 Duit yang awak belanjakan di sana patut dimasukkan dalam Roth IRA. 388 00:22:01,989 --> 00:22:05,075 Itu tak penting. Saya takkan diserang sebab warna kulit saya di Dave & Buster's. 389 00:22:09,872 --> 00:22:12,332 MEMPERINGATI - PENDERMA PERKASA JESSE SHELVERN 390 00:22:12,416 --> 00:22:14,084 MEMPERINGATI - PENDERMA PERKASA JAMES WESTMERE 391 00:22:18,255 --> 00:22:22,259 ROBERT AXENBERG MEMPERINGATI - PENDERMA PERKASA 392 00:22:22,342 --> 00:22:25,804 Bersemadi dengan tenang, penderma perkasa. 393 00:22:25,888 --> 00:22:26,847 ADK KE-38 394 00:22:26,930 --> 00:22:28,265 Baiklah, seterusnya, 395 00:22:28,348 --> 00:22:31,560 bagi menerima Anugerah Marjorie Pendleton Foster, 396 00:22:31,643 --> 00:22:34,646 sila beri tepukan kepada Cik Molly Wells. 397 00:22:36,815 --> 00:22:41,069 ANUGERAH MARJORIE PENDLETON FOSTER 398 00:22:44,031 --> 00:22:45,949 Ada sesiapa nampak Molly Wells? 399 00:22:48,076 --> 00:22:49,411 Dia di sana tadi. 400 00:22:50,204 --> 00:22:51,955 Maaf, semua. 401 00:22:52,039 --> 00:22:54,291 Tuan-tuan dan puan-puan, Molly Wells. 402 00:22:54,374 --> 00:22:55,375 Terima kasih. 403 00:22:56,627 --> 00:22:59,338 Maaf, semua. 404 00:22:59,421 --> 00:23:02,883 Saya pasti ada yang fikir saya dilanggar kereta api seperti Marjorie. 405 00:23:04,510 --> 00:23:05,886 Saya takkan mati sepertinya. 406 00:23:07,596 --> 00:23:12,809 Saya rancang untuk beri ucapan panjang tentang saya malam ini. 407 00:23:14,061 --> 00:23:19,107 Namun, saya tak tahu jika saya layak terima anugerah ini. 408 00:23:20,484 --> 00:23:23,070 Jangan salah faham, saya agak hebat. 409 00:23:24,863 --> 00:23:28,951 Namun, saya masih baru dalam kerja amal. 410 00:23:30,702 --> 00:23:34,873 Anda tahu siapa yang sudah lama berusaha? 411 00:23:36,166 --> 00:23:37,167 Pasukan saya. 412 00:23:38,544 --> 00:23:42,923 Mereka bekerja keras tanpa pernah meminta pujian. 413 00:23:44,091 --> 00:23:49,179 Mereka sentiasa ada bersama saya. 414 00:23:50,973 --> 00:23:55,269 Jadi saya mahu minta mereka ke sini dan terima anugerah ini, 415 00:23:55,352 --> 00:23:57,813 sebab malam ini sepatutnya tentang mereka. 416 00:24:07,739 --> 00:24:10,492 Ya Tuhan. Ini hebat. 417 00:24:10,576 --> 00:24:12,494 Saya tak mahu datang malam ini, 418 00:24:12,578 --> 00:24:14,121 tapi saya suka martini 419 00:24:14,204 --> 00:24:16,582 dan kerepek kentang dengan tuna. 420 00:24:16,665 --> 00:24:18,083 Sekarang, ini! 421 00:24:18,166 --> 00:24:20,085 Ya Tuhan, ini berat. Terima kasih! 422 00:24:34,725 --> 00:24:37,853 Hei, malam masih awal. Dave & Buster's buka sampai pukul berapa? 423 00:24:37,936 --> 00:24:40,689 - Cawangan pasar raya tutup pukul 11:00. - Kita sempat. 424 00:24:40,772 --> 00:24:42,858 - Ya. - Okey, saya belanja pembuka selera. 425 00:24:43,817 --> 00:24:44,985 Cik Wells! 426 00:24:47,613 --> 00:24:48,614 Hai. 427 00:24:48,697 --> 00:24:49,698 Hai. 428 00:24:49,781 --> 00:24:51,116 Saya suka ucapan awak. 429 00:24:52,034 --> 00:24:52,910 Terima kasih. 430 00:24:54,328 --> 00:24:57,831 Jika awak setuju, saya mahu bekerjasama dalam satu projek. 431 00:24:59,666 --> 00:25:01,877 Ya. Itu pasti hebat. 432 00:25:01,960 --> 00:25:03,754 Baiklah. Hubungi saya. 433 00:25:05,130 --> 00:25:06,381 Saya akan tunggu. 434 00:25:06,965 --> 00:25:07,966 Okey. 435 00:25:10,761 --> 00:25:12,763 Aduhai! 436 00:25:12,846 --> 00:25:14,431 Lupakannya. 437 00:25:16,225 --> 00:25:18,477 Okey, bila saya sebut Dave, kamu sebut Buster's. 438 00:25:18,560 --> 00:25:19,645 - Dave. - Buster's! 439 00:25:19,728 --> 00:25:20,604 - Dave. - Buster's! 440 00:25:20,687 --> 00:25:21,605 - Dave. - Buster's! 441 00:25:21,688 --> 00:25:22,648 - Dave. - Buster's! 442 00:25:22,731 --> 00:25:23,565 - Dave. - Buster's! 443 00:25:23,649 --> 00:25:24,483 - Dave. - Buster's! 444 00:25:24,566 --> 00:25:25,859 - Dave. - Buster's! 445 00:26:19,288 --> 00:26:21,290 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman