1 00:00:18,727 --> 00:00:22,648 Susah untuk makan krep begini. 2 00:00:23,982 --> 00:00:28,487 Namun, dapat pegang tangan lelaki kacak seperti awak sangat berbaloi. 3 00:00:30,155 --> 00:00:31,240 Saya ada hadiah untuk awak. 4 00:00:31,323 --> 00:00:33,951 - Apa? - Ia amat jarang ditemui. 5 00:00:34,493 --> 00:00:36,662 Saya perlu banyak berusaha untuk dapatkan. 6 00:00:37,913 --> 00:00:39,331 Saya harap ia tak melampau. 7 00:00:39,414 --> 00:00:42,209 - Apa? - Kit Kat strawberi. 8 00:00:42,793 --> 00:00:43,919 Hanya dibuat di Jepun. 9 00:00:44,503 --> 00:00:46,505 - Ini kegemaran awak, bukan? - Ya! 10 00:00:46,588 --> 00:00:48,757 Awak sangat menawan. 11 00:00:49,424 --> 00:00:53,512 Jika awak rindukan saya hujung minggu ini, pandang Kit Kat ini dan fikirkan saya. 12 00:00:53,595 --> 00:00:56,056 Romantik betul, tapi saya akan makan sebaik saja awak pergi. 13 00:00:56,139 --> 00:00:59,434 Saya akan fikirkan awak semasa di Paris untuk hari jadi ibu saya. 14 00:01:00,686 --> 00:01:02,688 Saya juga mahu jumpa keluarga awak suatu hari nanti. 15 00:01:03,355 --> 00:01:04,690 Keluarga sangat penting. 16 00:01:05,524 --> 00:01:07,943 - Awak selalu jumpa mereka? - Tidak. 17 00:01:08,026 --> 00:01:12,322 Saya membesar di San Bernardino. Kebanyakan keluarga saya masih di sana. 18 00:01:12,406 --> 00:01:14,992 Itu tak terlalu jauh. Awak pasti selalu jumpa mereka. 19 00:01:17,536 --> 00:01:18,704 Ya, saya cuba. 20 00:01:18,787 --> 00:01:20,581 Namun, biasalah. 21 00:01:21,081 --> 00:01:25,419 Trafik, jadual, waktu jimat siang. 22 00:01:26,295 --> 00:01:27,296 Jadi… 23 00:01:27,963 --> 00:01:31,925 Saya suka cara suara awak beransur hilang. Ia sangat menarik. 24 00:01:35,137 --> 00:01:36,180 Saya perlu pergi. 25 00:01:36,763 --> 00:01:38,807 Terima kasih sebab jumpa saya di sini. 26 00:01:38,891 --> 00:01:41,059 Sama-sama. Saya tak pernah ke Montreal. 27 00:01:41,143 --> 00:01:43,103 Saya tahu saya hanya di sini selama 80 minit, 28 00:01:43,187 --> 00:01:45,480 tapi ia kelihatan sangat cantik. 29 00:01:47,524 --> 00:01:48,525 Berseronoklah di Paris. 30 00:01:48,609 --> 00:01:49,610 Berseronoklah di LA. 31 00:02:16,345 --> 00:02:17,679 BAKI TIDAK MENCUKUPI 32 00:02:23,227 --> 00:02:24,102 BURSA SAHAM AMERIKA 33 00:02:31,109 --> 00:02:32,444 LAMPAU TEMPOH NOTIS AKHIR 34 00:02:47,417 --> 00:02:48,627 Awak nampak? 35 00:02:48,710 --> 00:02:50,462 Nampak seperti jerawat sebab tenusu. 36 00:02:50,546 --> 00:02:52,339 Awak makan aiskrim dengan bijirin lagi? 37 00:02:52,422 --> 00:02:54,591 Aiskrim yang cair sama seperti susu, sayang. 38 00:02:54,675 --> 00:02:56,051 Awak pun tahu. 39 00:02:57,553 --> 00:03:00,305 Boleh tunggu sebentar, Tanya? Saya mahu pindah kerusi. 40 00:03:00,389 --> 00:03:03,892 - Tak boleh duduk sebelah ular. - Apa-apa saja. 41 00:03:03,976 --> 00:03:05,686 Taylor Swift pun dipanggil ular, 42 00:03:05,769 --> 00:03:08,105 itu hanya buat dia lebih kuat. 43 00:03:08,188 --> 00:03:10,065 Okey, mari bermula. Saya sangat… 44 00:03:10,148 --> 00:03:11,608 Maaf, semua. 45 00:03:11,692 --> 00:03:13,652 Saya bawa snek sebab saya sangat lewat. 46 00:03:13,735 --> 00:03:15,696 "Lewat"? Awak tiada di sini selama empat hari. 47 00:03:15,779 --> 00:03:18,824 Ya, maaf. Saya tak perasan masa. 48 00:03:18,907 --> 00:03:21,410 Awak pun sama jika ada kekasih Perancis yang kacak. 49 00:03:22,160 --> 00:03:24,329 Molly dah ada kekasih. 50 00:03:24,413 --> 00:03:26,248 Betul, Howard. 51 00:03:26,331 --> 00:03:28,166 Rasanya saya ada kekasih. 52 00:03:28,250 --> 00:03:31,545 Cinta dah tersebar di sini. 53 00:03:31,628 --> 00:03:32,629 Arthur beritahu saya 54 00:03:32,713 --> 00:03:35,215 tentang hujung minggu romantik dia rancang bersama Chelsea. 55 00:03:35,299 --> 00:03:39,344 Saya mahu beritahu kamu sebelum ibu bapa saya… 56 00:03:40,470 --> 00:03:41,722 Saya bertunang. 57 00:03:42,431 --> 00:03:44,600 Arthur, beritahu kami tentang percutian itu. 58 00:03:45,184 --> 00:03:46,268 Biasa saja. 59 00:03:46,351 --> 00:03:48,353 Kami mahu rasa wain di Temecula. 60 00:03:49,730 --> 00:03:52,232 Tidak, tolong. Jangan buat bunyi begitu. 61 00:03:52,316 --> 00:03:54,067 Kami tinggal di La Quinta Inn. 62 00:03:54,151 --> 00:03:55,652 Bilik kami menghadap tempat letak kereta. 63 00:03:55,736 --> 00:03:57,571 Ia tak begitu hebat. 64 00:03:57,654 --> 00:04:01,867 Bagus sebab kita semua ada kehidupan peribadi yang bersemangat. 65 00:04:01,950 --> 00:04:03,118 Okey, saya pula. 66 00:04:03,202 --> 00:04:06,788 Malam semalam, saya putus haid. 67 00:04:08,999 --> 00:04:11,835 - Terima kasih. - Tahniah, Rhonda. 68 00:04:13,587 --> 00:04:16,548 - Awak mahu bercakap dengan saya? - Ya, sila masuk. 69 00:04:16,632 --> 00:04:18,926 Okey, jika ini sebab ruang peti ais, 70 00:04:19,009 --> 00:04:21,136 saya simpan topi keledar basikal di sana 71 00:04:21,220 --> 00:04:22,554 supaya ia sejuk semasa saya pakai. 72 00:04:22,638 --> 00:04:24,681 Bukan sebab itu. Sila masuk. 73 00:04:25,349 --> 00:04:29,353 Saya berfikir tentang keluarga kita. Semua sepupu kita. 74 00:04:29,436 --> 00:04:30,562 Apa khabar mereka? 75 00:04:30,646 --> 00:04:32,648 Biasa saja. 76 00:04:32,731 --> 00:04:35,317 Ya, saya rindukan mereka. 77 00:04:35,400 --> 00:04:38,278 Saya terperangkap dalam kehidupan John beberapa tahun sebelum ini 78 00:04:38,362 --> 00:04:41,490 dan saya tak hubungi sesiapa. 79 00:04:41,573 --> 00:04:43,200 Kami tahu awak sibuk. 80 00:04:43,283 --> 00:04:45,410 Semua orang masih bertanya tentang awak. 81 00:04:45,494 --> 00:04:46,912 Termasuk Renee? 82 00:04:46,995 --> 00:04:49,706 Awak kenal Renee. Dia keras kepala. 83 00:04:49,790 --> 00:04:51,333 Dia juga 84 00:04:51,416 --> 00:04:54,545 susah untuk dipujuk. 85 00:04:54,628 --> 00:04:57,130 Ya, kami rapat semasa kecil, 86 00:04:57,214 --> 00:05:00,133 kami tak berbual sejak saya tak hadir perkahwinannya. 87 00:05:02,886 --> 00:05:05,180 Dia masih adakan malam sped di rumahnya? 88 00:05:05,264 --> 00:05:07,724 Ya, tentulah. Malam ini pun ada. 89 00:05:08,767 --> 00:05:12,187 Awak rasa tak mengapa jika saya singgah dan bertanya khabar semua? 90 00:05:12,271 --> 00:05:15,190 Awak serius? Tentulah boleh. Ia pasti hebat. 91 00:05:15,274 --> 00:05:17,317 Awak pasti? Saya tak mahu menyusahkan. 92 00:05:17,401 --> 00:05:20,112 "Menyusahkan"? Mereka keluarga awak. 93 00:05:20,696 --> 00:05:23,407 Lagipun, saya ada untuk lindung awak daripada tohmahan. 94 00:05:23,490 --> 00:05:26,577 Awak akan jadi Bayi Yoda saya dan saya jadi Mandalorian awak. 95 00:05:26,660 --> 00:05:28,036 Itu pasti sangat seronok. 96 00:05:28,120 --> 00:05:29,580 Namun, saya tak kenal mereka. 97 00:05:29,663 --> 00:05:30,914 Awak tak kenal Grogu? 98 00:05:31,874 --> 00:05:33,166 - Din Djarin? - Tak. 99 00:05:33,250 --> 00:05:34,668 Okey, kita akan ubahnya. 100 00:05:34,751 --> 00:05:37,838 Saya boleh bawa awak ke sana, beritahu tentang keluarga kita, 101 00:05:37,921 --> 00:05:41,216 dan tengok kedua-dua musim The Mandalorian dengan kelajuan lapan kali ganda. 102 00:05:41,300 --> 00:05:43,427 Okey. Saya sangat hargainya, Howard. 103 00:05:43,510 --> 00:05:44,887 Sama-sama. 104 00:05:45,470 --> 00:05:47,931 Cuma saya pasti kereta saya takkan boleh 105 00:05:48,015 --> 00:05:49,600 naik bukit tinggi ke rumah awak, 106 00:05:49,683 --> 00:05:53,145 jadi awak perlu jumpa saya di El Pollo Loco. 107 00:05:53,228 --> 00:05:55,230 - Ya, baiklah. - Jumpa malam ini. 108 00:05:56,106 --> 00:05:57,357 Jumpa malam ini. 109 00:05:58,442 --> 00:06:00,360 Apa itu El Pollo Loco? 110 00:06:05,616 --> 00:06:06,992 EL POLLO LOCO PENGHANTARAN 111 00:06:08,035 --> 00:06:09,453 Terima kasih sebab ambilkan. 112 00:06:09,536 --> 00:06:12,122 Letak di belakang. Saya perlu bayar awak nanti. 113 00:06:12,206 --> 00:06:13,457 Okey. 114 00:06:14,958 --> 00:06:17,294 Aduhai. Itu cicak? 115 00:06:17,377 --> 00:06:20,005 Ya, itu Jessica. Saya pernah beritahu awak. 116 00:06:20,714 --> 00:06:21,965 Jessica cicak? 117 00:06:23,050 --> 00:06:27,387 Okey, sekarang saya lebih faham maksud cerita awak. 118 00:06:27,471 --> 00:06:29,973 - Biar saya beritahu tentang keluarga. - Okey. 119 00:06:30,057 --> 00:06:32,684 - Kelly homoseksual, tapi belum beritahu. - Okey. 120 00:06:32,768 --> 00:06:35,687 Dia selalu pergi ke Yosemite dengan "teman sebilik," Courtney. 121 00:06:35,771 --> 00:06:37,856 - Kami sangat gembira untuk mereka. - Okey. 122 00:06:37,940 --> 00:06:40,484 Akhirnya Pak Cik James guna Internet 123 00:06:40,567 --> 00:06:42,903 jadi sekarang dia fikir seltzer penyebab kanser. 124 00:06:45,239 --> 00:06:46,907 Ada maklumat tentang Renee? 125 00:06:48,116 --> 00:06:49,660 Saya ada idea untuk itu. 126 00:06:49,743 --> 00:06:51,078 Buka kotak sarung tangan. 127 00:06:54,831 --> 00:06:57,668 Ini gambar kami semasa pencarian telur Easter di rumah Mak Cik Mabel. 128 00:06:58,710 --> 00:07:00,420 Kami mesti masih di tadika. 129 00:07:00,504 --> 00:07:03,841 Dua budak comel berpegangan tangan. 130 00:07:03,924 --> 00:07:05,551 Itu akan cairkan hati Renee. 131 00:07:06,134 --> 00:07:08,846 Sekarang tutup kotak sarung tangan. Awak biarkan cengkerik Jessica keluar. 132 00:07:15,686 --> 00:07:18,355 Hei. Saya ada penghantaran untuk Sofia Salinas? 133 00:07:18,438 --> 00:07:19,773 Okey. 134 00:07:19,857 --> 00:07:21,942 - Ya, letak saja di sana. - Baik. 135 00:07:22,568 --> 00:07:23,694 Terima kasih. 136 00:07:25,571 --> 00:07:27,489 - Tak pernah ada begini. - Ya. 137 00:07:27,573 --> 00:07:30,200 - Kita patut baca kad kecil itu? - Entahlah. 138 00:07:30,284 --> 00:07:32,327 Sofia orang saya kenal yang paling berahsia. 139 00:07:32,411 --> 00:07:34,246 Saya tahu nama keluarganya Salinas 140 00:07:34,329 --> 00:07:36,248 selepas dua tahun kenal dia. 141 00:07:39,001 --> 00:07:41,295 Entahlah. Ini agak tak bermoral. 142 00:07:41,378 --> 00:07:44,506 Baiklah, bertenang, Pippi Longstocking. Tiada masalah. 143 00:07:45,632 --> 00:07:48,260 "Kepada Fi-fi tersayang. Saya rindu sentuhan awak." 144 00:07:48,343 --> 00:07:50,220 - Itu ucapan pada kad? - Ya. 145 00:07:50,304 --> 00:07:53,015 - Bunga itu untuk siapa? - Awak. Mungkin. Kami tak tengok. 146 00:07:58,604 --> 00:08:02,399 Bunga, Jalen? Betul? Awak kena buat lebih bagus daripada itu. 147 00:08:02,482 --> 00:08:04,484 Hari jadi saya tiga bulan lalu. 148 00:08:04,568 --> 00:08:06,111 Saya patut rasa bagaimana? 149 00:08:06,195 --> 00:08:09,615 Okey. Mungkin kita patut balik dan beri dia ruang. 150 00:08:09,698 --> 00:08:12,075 Ya. Saya di belakang awak. 151 00:08:12,159 --> 00:08:13,911 "Saya rindu sentuhan awak"? Itu saja… 152 00:08:13,994 --> 00:08:17,080 Ya, saya hilang sesuatu di meja saya, 153 00:08:17,164 --> 00:08:19,625 jadi saya mungkin akan duduk dan cari… 154 00:08:19,708 --> 00:08:21,919 - Ya, saya akan tolong awak. - …sekejap. 155 00:08:27,090 --> 00:08:29,801 - Okey, mari mula. - Awak pasti hebat. 156 00:08:29,885 --> 00:08:33,096 Awak berani, kuat dan disayangi. 157 00:08:33,179 --> 00:08:35,557 - Ini keluarga awak. - Betul. 158 00:08:36,725 --> 00:08:37,976 Awak berpakaian begitu? 159 00:08:38,477 --> 00:08:39,477 Apa? 160 00:08:41,230 --> 00:08:42,356 Howard. 161 00:08:42,438 --> 00:08:44,316 Molly. Lama tak jumpa. 162 00:08:44,399 --> 00:08:48,153 Hai, Renee. Terima kasih sebab benarkan saya datang. 163 00:08:50,155 --> 00:08:52,115 Sila masuk. Nanti kucing keluar. 164 00:08:52,199 --> 00:08:53,200 Ya. 165 00:08:54,576 --> 00:08:55,911 Seperti biasa. 166 00:08:58,080 --> 00:08:59,915 Hei, semua. Lihat orang saya bawa. 167 00:08:59,998 --> 00:09:01,124 - Hai! - Hei! 168 00:09:01,208 --> 00:09:03,544 Aduhai, Cheryl! 169 00:09:04,378 --> 00:09:05,921 Awak sangat cantik. 170 00:09:06,004 --> 00:09:07,798 Awak pun sama, Molly. 171 00:09:07,881 --> 00:09:10,801 Kulit awak bercahaya. Apa rahsia awak? 172 00:09:10,884 --> 00:09:13,887 Saya minum banyak air dan tidur sekejap lima kali sehari. 173 00:09:13,971 --> 00:09:17,057 - Pak Cik James. - Dia dah sampai. Hollywood. 174 00:09:17,140 --> 00:09:20,894 Pak cik tahu saya tiada kaitan dengan industri hiburan. 175 00:09:20,978 --> 00:09:25,148 Jadi kenapa pak cik nampak perceraian awak di Access Hollywood, Hollywood? 176 00:09:25,983 --> 00:09:27,317 Betul juga. 177 00:09:28,068 --> 00:09:29,111 Hei, Molly. 178 00:09:29,194 --> 00:09:30,737 - Hei. - Seronok dapat jumpa lagi. 179 00:09:30,821 --> 00:09:32,114 Ini teman sebilik saya, Courtney. 180 00:09:32,823 --> 00:09:34,992 Ya. Hai, Courtney. 181 00:09:35,576 --> 00:09:37,411 Kelly. 182 00:09:39,246 --> 00:09:40,497 Sokongan yang bagus. 183 00:09:40,581 --> 00:09:41,582 Terima kasih. 184 00:09:42,416 --> 00:09:43,959 Meja yang goyah. 185 00:09:47,963 --> 00:09:49,047 Renee. 186 00:09:49,548 --> 00:09:51,216 Saya mahu tunjuk sesuatu. 187 00:09:51,300 --> 00:09:54,887 Ini gambar kita semasa kecil. 188 00:09:54,970 --> 00:09:56,471 Kita sangat comel, bukan? 189 00:09:56,555 --> 00:09:58,891 Maksudnya, saya dah tak comel? 190 00:09:59,766 --> 00:10:00,767 Apa? Bukan. 191 00:10:00,851 --> 00:10:03,145 Bukan. Awak sangat comel. 192 00:10:03,228 --> 00:10:04,938 Bukan, saya… 193 00:10:06,231 --> 00:10:07,774 Saya cuma tunjuk 194 00:10:07,858 --> 00:10:10,861 sebab mahu tunjuk kita sangat rapat semasa kecil. 195 00:10:11,570 --> 00:10:13,280 Awak juga maksudkan saya tua? 196 00:10:13,363 --> 00:10:15,032 Saya tak… Bukan. 197 00:10:16,366 --> 00:10:18,785 Bukan. 198 00:10:20,162 --> 00:10:21,914 Gambar ini idea Howard. 199 00:10:23,040 --> 00:10:25,209 Betul, Howard? 200 00:10:26,335 --> 00:10:28,212 Saya tak pernah nampak gambar itu. 201 00:10:28,795 --> 00:10:30,339 Apa? Ia dalam kotak sarung tangan awak. 202 00:10:31,298 --> 00:10:33,926 Dengar. Renee tak mahu bercakap tentang ini lagi. 203 00:10:34,009 --> 00:10:36,136 Renee mahu main kad. 204 00:10:37,846 --> 00:10:39,723 Okey. Dia guna kata ganti diri ketiga. 205 00:10:39,806 --> 00:10:42,309 Itu bukan petanda yang bagus. Boleh saya cakap dengan awak sekejap? 206 00:10:42,392 --> 00:10:44,603 - Saya tak gembira dengan awak. - Kenapa marah saya? 207 00:10:44,686 --> 00:10:46,647 Apa jadi tadi? Awak khianati saya. 208 00:10:46,730 --> 00:10:48,357 Apa maksud awak? Awak khianati saya dulu. 209 00:10:48,440 --> 00:10:49,858 Saya tak boleh buat Renee marah. 210 00:10:49,942 --> 00:10:51,610 Dia penjaga cicak saya semasa saya tiada. 211 00:10:51,693 --> 00:10:53,362 Awak sepatutnya lindung saya. 212 00:10:53,445 --> 00:10:55,989 Awak patut jadi "Mungalorian" saya. 213 00:10:56,073 --> 00:10:58,992 Saya tak tahu sebab saya fikir gambar lama boleh membantu. Renee bukan Ken Burns. 214 00:10:59,076 --> 00:11:00,911 Dia pembantu pengurus di Food 4 Less. 215 00:11:00,994 --> 00:11:02,037 Dia berhati batu. 216 00:11:02,120 --> 00:11:04,081 Okey, mari teruskan. Okey? 217 00:11:04,164 --> 00:11:05,165 Bagaimana mahu baiki keadaan? 218 00:11:05,249 --> 00:11:06,583 - Okey, saya ada rancangan. - Ya? 219 00:11:06,667 --> 00:11:07,709 Rasanya ia boleh berjaya. 220 00:11:07,793 --> 00:11:09,837 - Saya akan pergi kedai dan beli ais… - Okey. 221 00:11:09,920 --> 00:11:11,171 …dan awak selesaikan sendiri. 222 00:11:11,839 --> 00:11:13,048 Apa? 223 00:11:13,131 --> 00:11:16,885 Kita perlu jaga diri sendiri dalam keadaan begini. Saya tak boleh terbabit sama. 224 00:11:16,969 --> 00:11:20,597 Hei, Renee. Saya akan pergi beli ais. Saya sayang kamu. 225 00:11:25,853 --> 00:11:27,896 Saya takkan berputus asa, Mak Cik Mabel. 226 00:11:36,655 --> 00:11:39,324 Kita tak patut perhatikan dia, tapi dia sangat menarik. 227 00:11:39,908 --> 00:11:40,909 Khususnya semasa dia marah. 228 00:11:40,993 --> 00:11:42,578 Betul. Lebih-lebih lagi semasa marah. 229 00:11:42,661 --> 00:11:45,038 Saya sanggup tonton siri terhad tentang dia. 230 00:11:47,082 --> 00:11:49,209 Saya belajar baca gerak bibir semasa kecil 231 00:11:49,293 --> 00:11:51,753 untuk tahu jika ibu bapa saya bercakap tentang seksualiti saya. 232 00:11:51,837 --> 00:11:52,921 Saya pasti saya boleh baca sekarang. 233 00:11:53,005 --> 00:11:54,840 Ya. 234 00:11:56,717 --> 00:12:01,638 Okey, sama ada dia cakap "hubungan" atau "hurung"? 235 00:12:01,722 --> 00:12:05,184 Mengikut keadaan ini, kemungkinan besar "hubungan." 236 00:12:05,267 --> 00:12:08,395 Okey, boleh awak sokong saja saya? Saya buat sesuatu hebat. 237 00:12:11,523 --> 00:12:13,525 Nampaknya pertunjukan sudah tamat. 238 00:12:13,609 --> 00:12:15,611 Mungkin saya patut ambil anak saya. 239 00:12:15,694 --> 00:12:17,863 Sudah lima jam dia di rumah kawannya. 240 00:12:18,488 --> 00:12:21,658 Maaf. Kamu tahu di mana saya boleh cari Sofia? 241 00:12:27,998 --> 00:12:30,918 - Okey, itu pasti Jalen, bukan? - Sudah tentu. 242 00:12:31,710 --> 00:12:33,337 Tony, apa awak buat di sini? 243 00:12:34,254 --> 00:12:35,464 "Tony"? 244 00:12:42,221 --> 00:12:43,305 Alex, sayang? 245 00:12:43,805 --> 00:12:46,308 Ya, awak perlu tidur di rumah kawan awak. 246 00:12:46,892 --> 00:12:47,893 Okey, pergi dulu. 247 00:12:55,609 --> 00:12:58,153 Jangan letak minuman atas meja ini. Ia akan jatuh. 248 00:12:58,237 --> 00:12:59,238 Tolonglah… Kasut itu? 249 00:13:06,620 --> 00:13:08,747 Lagu apa itu? 250 00:13:08,830 --> 00:13:10,374 Awak ingat lagu ini, Renee. 251 00:13:11,208 --> 00:13:12,543 Musim panas dulu? 252 00:13:12,626 --> 00:13:16,713 Kita dengarnya berulang kali dan suruh semua orang tengok kita menari tarian ini. 253 00:13:18,382 --> 00:13:19,508 Hollywood! 254 00:13:19,591 --> 00:13:21,093 Dia masih pandai menari. 255 00:13:21,760 --> 00:13:24,930 Ayuh, Renee. Ini tarian untuk dua orang. 256 00:13:25,013 --> 00:13:26,723 Saya tak boleh menari sendirian. 257 00:13:27,307 --> 00:13:28,934 Kecuali awak sudah lupa? 258 00:13:32,104 --> 00:13:33,730 Saya takkan lupa… 259 00:13:34,982 --> 00:13:36,233 cara menari begini. 260 00:13:53,917 --> 00:13:55,002 Ya! 261 00:14:00,591 --> 00:14:01,842 Ya! 262 00:14:01,925 --> 00:14:04,178 Mari berhenti mengarut dan main sped. 263 00:14:04,261 --> 00:14:06,471 Ya. Okey. 264 00:14:10,767 --> 00:14:13,604 - Apa yang mereka cakap? - Entah. Mereka meraban. 265 00:14:14,646 --> 00:14:19,026 "Onde baldu, Volvo." 266 00:14:19,860 --> 00:14:21,111 Apa? 267 00:14:21,195 --> 00:14:22,404 "Onde"? 268 00:14:23,238 --> 00:14:24,281 Donde. 269 00:14:24,364 --> 00:14:25,866 Ay, Dios mío, mereka bercakap bahasa Sepanyol. 270 00:14:25,949 --> 00:14:27,701 Teruk. Saya tak pandai bahasa Sepanyol. 271 00:14:27,784 --> 00:14:31,413 Saya pandai. Saya ada 30,000 mata pada aplikasi Duolingo saya. 272 00:14:31,496 --> 00:14:34,458 Okey, awak bunyikan gerak mulut mereka, saya akan alih bahasa. 273 00:14:34,541 --> 00:14:35,834 Okey. 274 00:14:36,627 --> 00:14:42,341 "Ron pea setem kola zon." 275 00:14:43,675 --> 00:14:46,845 - Siapa Ron? - Ron P. Kola… 276 00:14:47,763 --> 00:14:52,601 Me rompiste el corazón. Dia cakap, "Awak patahkan hati saya." 277 00:14:52,684 --> 00:14:54,353 Hebat. Kita berjaya. Ya. 278 00:14:54,853 --> 00:14:55,854 Dia patahkan hatinya. 279 00:14:55,938 --> 00:14:58,565 Aduhai, sedihnya, tapi kita berdua hebat. 280 00:14:58,649 --> 00:15:00,150 Ya, sangat menarik. 281 00:15:00,234 --> 00:15:01,735 - Diam. Mereka masih bercakap. - Okey. 282 00:15:02,236 --> 00:15:03,153 Apa itu? 283 00:15:03,237 --> 00:15:04,863 Sedia, ini dia. 284 00:15:08,575 --> 00:15:12,913 Sebentar. Ingat semasa Pak Cik Corey bawa wanita itu ke majlis perkahwinan 285 00:15:12,996 --> 00:15:14,831 dan cakap dia Salma Hayek? 286 00:15:14,915 --> 00:15:17,709 Ya. Aduhai, mereka langsung tak sama! 287 00:15:17,793 --> 00:15:19,378 Rambutnya perang kemerahan. 288 00:15:19,461 --> 00:15:21,839 Ingat pak cik suruh kita panggilnya Mak Cik Salma? 289 00:15:21,922 --> 00:15:22,965 Ya. 290 00:15:24,675 --> 00:15:25,592 Okey. 291 00:15:25,676 --> 00:15:28,428 Apa berlaku? Semua sudah berbaik? 292 00:15:28,512 --> 00:15:29,930 Renee, awak dah tak marah? 293 00:15:30,013 --> 00:15:32,182 Howard, saya hanya marah 294 00:15:32,266 --> 00:15:35,352 sebab lama tunggu ais sampai. 295 00:15:36,019 --> 00:15:38,105 Howard memang begitu, bukan? 296 00:15:38,188 --> 00:15:40,524 Sentiasa lambat. 297 00:15:42,985 --> 00:15:45,070 Ya, saya memang dungu. 298 00:15:45,153 --> 00:15:48,740 Namun, saya agak sedih apabila semua orang ketawakan saya. 299 00:15:48,824 --> 00:15:50,242 Kenapa begitu? 300 00:15:50,325 --> 00:15:52,286 Awak patut sudah terbiasa sekarang. 301 00:15:57,291 --> 00:16:01,837 Dengar sini. Sebab saya gembira, saya akan beri pencecah lima lapisan. 302 00:16:01,920 --> 00:16:03,797 Ya. Sayang, ini bukan untuk sesiapa saja. 303 00:16:03,881 --> 00:16:05,966 - Mereka tak boleh makan. - Ya! 304 00:16:17,769 --> 00:16:19,062 Selamat malam, semua. 305 00:16:19,646 --> 00:16:22,274 Tak, berhenti. Awak perlu beritahu kami kejadian tadi. 306 00:16:22,357 --> 00:16:23,984 Ya, siapa mereka? 307 00:16:24,067 --> 00:16:26,361 Okey, maaf. Saya tak berniat nak sebabkan kekecohan. 308 00:16:26,445 --> 00:16:27,279 "Maaf"? 309 00:16:27,362 --> 00:16:30,240 Ini perkara paling menarik yang berlaku di pejabat ini. 310 00:16:30,324 --> 00:16:32,117 Apa? Greta Thunberg datang sini minggu lepas. 311 00:16:32,201 --> 00:16:33,619 Siapa? Budak Sweden menakutkan itu? 312 00:16:33,702 --> 00:16:35,829 Saya tak peduli tentang dia, tapi tentang awak. 313 00:16:35,913 --> 00:16:37,289 Saya sangat menyokong awak sekarang. 314 00:16:37,372 --> 00:16:40,751 Ya, saya juga menyokong awak. 315 00:16:40,834 --> 00:16:43,837 Awak tak perlu beritahu semua sekali. Kami cuma mahu pastikan awak okey. 316 00:16:43,921 --> 00:16:45,714 Ya. Awak selamat? Apa-apa saja. 317 00:16:45,797 --> 00:16:47,549 Beritahu kami. 318 00:16:54,598 --> 00:16:57,184 Kejutan! Lihat benda baru sampai. 319 00:16:57,267 --> 00:16:59,520 - Apa itu? - Saya beri awak hadiah. 320 00:16:59,603 --> 00:17:02,856 Ini meja permainan, awak tak perlu letak kasut di bawahnya. 321 00:17:02,940 --> 00:17:04,441 Saya boleh letak air di sini. 322 00:17:04,525 --> 00:17:07,528 Ia dibuat daripada kayu oak dan ada kulit sebenar. 323 00:17:07,611 --> 00:17:08,612 Rasa, Renee. 324 00:17:08,694 --> 00:17:09,820 Saya takkan sentuh. 325 00:17:11,198 --> 00:17:13,742 Saya tak mahu meja itu dalam rumah saya. 326 00:17:14,826 --> 00:17:17,246 Awak merungut tentangnya sepanjang malam. 327 00:17:17,329 --> 00:17:18,704 Sudahlah. Dia cuba berbaik. 328 00:17:18,789 --> 00:17:20,040 Tidak. 329 00:17:20,123 --> 00:17:22,626 Dia berbelanja untuk beli kita 330 00:17:22,709 --> 00:17:25,002 sebab sudah lama dia tiada. 331 00:17:25,087 --> 00:17:26,922 Itu yang dia selalu buat. 332 00:17:27,005 --> 00:17:28,464 Okey, itu tak adil. 333 00:17:28,549 --> 00:17:31,134 - Ya, Renee, dia bukan begitu. - Betul? 334 00:17:31,218 --> 00:17:35,138 Jadi kenapa dia tak hadir perkahwinan saya untuk pergi ke percutian mewah 335 00:17:35,222 --> 00:17:40,352 dan kemudian hantar saya lampu berwarna yang mahal dan dungu untuk tebusnya? 336 00:17:40,435 --> 00:17:44,439 Lampu itu karya James Turrell. 337 00:17:44,523 --> 00:17:47,818 Beritahu kawan awak, James, lampu itu ada di luar, 338 00:17:47,901 --> 00:17:49,486 penuh dengan bangkai nyamuk. 339 00:17:51,238 --> 00:17:53,323 Duit tak boleh beli segalanya, Molly. 340 00:17:54,741 --> 00:17:56,493 Malam sped dah berakhir. 341 00:18:02,207 --> 00:18:03,375 Maaf, semua. 342 00:18:04,585 --> 00:18:06,003 Mungkin saya tak patut datang malam ini. 343 00:18:06,086 --> 00:18:08,088 Tak, dia tak patut cakap begitu tentang awak. 344 00:18:08,755 --> 00:18:09,965 Awak tahu apa saya akan buat? 345 00:18:10,048 --> 00:18:12,384 Saya akan ke sana dan beritahu dia pendapat saya. 346 00:18:12,467 --> 00:18:15,012 - Awak tak perlu buat begitu. - Perlu. 347 00:18:15,095 --> 00:18:17,097 Ini untuk awak, Bayi Yoda. 348 00:18:20,559 --> 00:18:21,894 Jika saya tak kembali, 349 00:18:21,977 --> 00:18:24,396 saya ada tulis buku komik bertajuk Kolej Ninja. 350 00:18:24,479 --> 00:18:27,566 Penceritaannya amat teruk. Tolong padam. 351 00:18:27,649 --> 00:18:28,650 Okey. 352 00:18:32,946 --> 00:18:34,948 Saya simpan ini untuk acara istimewa. 353 00:18:35,032 --> 00:18:38,493 Ini tequila lama berusia 18 tahun. 354 00:18:38,577 --> 00:18:41,538 Lapan belas tahun? Pasti sangat sedap. 355 00:18:50,464 --> 00:18:53,884 - Okey, saya ada dua kenalan lelaki. - Ya! Cinta tiga segi. Teruskan. 356 00:18:53,967 --> 00:18:56,553 Lelaki pertama Tony. Dia datang hari ini. Dia seorang peguam. 357 00:18:56,637 --> 00:18:59,097 Bertimbang rasa, boleh diharap, kehidupan yang kukuh. 358 00:18:59,181 --> 00:19:01,975 Dia pernah datang susun pantri dapur saya. 359 00:19:02,559 --> 00:19:04,186 Menarik. Mengikut fungsi atau warna? 360 00:19:04,269 --> 00:19:05,854 Abjad. 361 00:19:05,938 --> 00:19:07,981 Kemudian, ada Jalen yang hantar bunga itu. 362 00:19:08,065 --> 00:19:11,693 Dia seorang artis dan selalu beri saya kejutan. 363 00:19:11,777 --> 00:19:13,862 Kami faham. Dia pandai berasmara. Teruskan. 364 00:19:13,946 --> 00:19:16,198 Namun, dia sangat tak boleh diharap. 365 00:19:16,281 --> 00:19:18,784 Bunga itu untuk hari jadi saya tiga bulan lalu. 366 00:19:18,867 --> 00:19:20,327 Entah siapa saya patut pilih? 367 00:19:20,410 --> 00:19:22,246 Tolonglah. Berterus terang saja. 368 00:19:22,329 --> 00:19:24,456 Awak akan pilih Jalen, si artis itu. 369 00:19:24,540 --> 00:19:25,874 Kenapa awak cakap begitu? 370 00:19:25,958 --> 00:19:28,043 Sebab dia lebih menarik dan mengujakan. 371 00:19:28,126 --> 00:19:31,338 Setiap hari akan jadi satu pengembaraan. Lelaki begitu selalu menang. 372 00:19:31,421 --> 00:19:35,634 Orang selalu pilih pemberontak yang seksi, seperti gaya Jon Bon Jovi. 373 00:19:35,717 --> 00:19:37,928 Tiada orang akan pilih lelaki boleh diharap. 374 00:19:39,555 --> 00:19:41,014 Saya tak setuju. 375 00:19:41,098 --> 00:19:42,891 Saya pernah bercinta dengan ramai orang seperti Jalen, 376 00:19:42,975 --> 00:19:45,435 semuanya seronok sehinggalah mereka rompak kita 377 00:19:45,519 --> 00:19:47,479 dan gadai jam kita untuk beli Ketamine. 378 00:19:47,563 --> 00:19:49,439 Saya tak fikir dia akan buat begitu. 379 00:19:49,523 --> 00:19:51,483 Kita tak fikir begitu, tapi ia selalu berlaku. 380 00:19:51,567 --> 00:19:53,485 Dengar, Jalen hantarkan awak bunga, 381 00:19:53,569 --> 00:19:56,280 tapi Tony yang cukup peduli untuk datang. 382 00:19:56,363 --> 00:19:58,240 Siapa paling penting bagi awak nanti? 383 00:19:58,866 --> 00:20:02,119 Ya, kamu berdua betul. Bercinta memang amat rumit. 384 00:20:04,037 --> 00:20:06,748 Saya tak marah kita berbual begini. 385 00:20:07,457 --> 00:20:09,209 Sebentar. Siapa awak akan pilih? 386 00:20:09,293 --> 00:20:12,087 Awak fikir saya akan buat keputusan berdasarkan kata-kata kamu berdua? 387 00:20:12,171 --> 00:20:14,214 Tak, saya perlu berbual dengan kawan sebenar saya. 388 00:20:14,298 --> 00:20:16,258 Kejap. Mereka bagaimana? 389 00:20:16,341 --> 00:20:18,635 Bukan urusan awak. Cukuplah yang saya kongsi malam ini. 390 00:20:18,719 --> 00:20:21,972 Tolonglah beritahu sedikit lagi. Beritahu kami tentang keluarga awak. 391 00:20:22,055 --> 00:20:23,724 Awak ada anak saudara? 392 00:20:24,975 --> 00:20:25,976 Tolonglah. 393 00:20:30,522 --> 00:20:33,775 Renee, awak salah tentang dia. Saya kerja dengan Molly setiap hari. 394 00:20:33,859 --> 00:20:36,153 Ya, dia tak sempurna, tapi dia berusaha. 395 00:20:36,236 --> 00:20:37,446 Dia membantu orang ramai. 396 00:20:37,529 --> 00:20:39,239 Dia baik. 397 00:20:39,323 --> 00:20:40,866 Jika dia begitu baik, 398 00:20:40,949 --> 00:20:43,702 kenapa dia tak hadir perkahwinan saya dan tanpa beritahu saya? 399 00:20:44,286 --> 00:20:45,204 Yalah, 400 00:20:45,287 --> 00:20:48,248 bilik khas di Olive Garden bukan Majorca, 401 00:20:48,332 --> 00:20:50,334 tapi itu hari paling penting dalam hidup saya. 402 00:20:50,417 --> 00:20:52,336 Awak bercerai tiga hari kemudian. 403 00:20:52,419 --> 00:20:54,129 Itu tak penting. 404 00:20:54,213 --> 00:20:56,715 Cukup, Howard. Dia betul. 405 00:20:58,800 --> 00:21:00,636 Saya harap saya tak terlepas perkahwinan awak. 406 00:21:02,304 --> 00:21:03,805 Awak tahu? 407 00:21:05,265 --> 00:21:06,642 Saya cuba pujuk dengan duit. 408 00:21:08,435 --> 00:21:12,064 Namun, saya tak pergi ke Majorca untuk bercuti. 409 00:21:13,649 --> 00:21:16,068 Awak mungkin tak mahu dengar kata-kata saya, 410 00:21:16,151 --> 00:21:17,694 saya faham. 411 00:21:19,154 --> 00:21:20,155 Terima kasih. 412 00:21:22,491 --> 00:21:24,201 Saya mahu jujur dengan awak. 413 00:21:26,703 --> 00:21:28,038 Sebelum perkahwinan awak, 414 00:21:28,872 --> 00:21:30,541 saya guna iPad John, 415 00:21:31,166 --> 00:21:34,753 ada beberapa mesej daripada wanita lain. 416 00:21:36,505 --> 00:21:38,131 Saya tanya dia, 417 00:21:38,215 --> 00:21:42,177 kami ada pergaduhan besar dan saya ugut untuk tinggalkan dia. 418 00:21:43,554 --> 00:21:48,392 Dia pujuk saya ke Majorca untuk cuba baiki keadaan. 419 00:21:50,519 --> 00:21:52,604 Saya cakap tak mahu pergi, tapi… 420 00:21:54,439 --> 00:21:57,276 dia pandai dapatkan yang dia mahu. 421 00:21:58,819 --> 00:22:00,696 Kami pergi dan… 422 00:22:02,656 --> 00:22:04,449 dia tidak mengaku. 423 00:22:06,451 --> 00:22:07,703 Saya percayakan dia. 424 00:22:11,665 --> 00:22:13,542 Mungkin sebab saya mahu percaya. 425 00:22:17,171 --> 00:22:18,839 Itu satu kesilapan besar… 426 00:22:21,008 --> 00:22:26,180 sebab awak tahu kejadian seterusnya. 427 00:22:28,599 --> 00:22:31,476 - Saya harap awak beritahu saya. - Saya tahu. 428 00:22:32,769 --> 00:22:34,438 Saya malu. 429 00:22:37,107 --> 00:22:40,986 Semua orang fikir saya ada kehidupan sempurna. 430 00:22:41,069 --> 00:22:44,781 Saya tak fikir begitu. Saya sudah agak dia teruk. 431 00:22:44,865 --> 00:22:48,202 Jangan beri lelaki duit terlalu banyak, khususnya nerda. 432 00:22:48,285 --> 00:22:49,953 Itu senario paling teruk. 433 00:22:53,457 --> 00:22:55,292 Awak betul. 434 00:22:55,375 --> 00:22:58,003 Namun, awak di sini sekarang. 435 00:22:58,837 --> 00:23:00,923 Saya tahu mungkin sukar untuk awak ke sini. 436 00:23:02,216 --> 00:23:03,550 Saya gembira saya datang. 437 00:23:05,636 --> 00:23:07,763 Ini sangat mengharukan. Saya mungkin akan menangis. 438 00:23:07,846 --> 00:23:09,431 Howard, kenapa awak masih di sini? 439 00:23:09,515 --> 00:23:11,725 Saya boleh dengar air sedang mencair. Pergi ambil. 440 00:23:11,808 --> 00:23:13,018 Baik. 441 00:23:20,609 --> 00:23:22,152 Terima kasih sebab bawa saya malam ini. 442 00:23:23,153 --> 00:23:25,864 Serta untuk semua yang awak cakap tentang saya. Itu sangat baik. 443 00:23:25,948 --> 00:23:26,949 Saya ikhlas. 444 00:23:27,783 --> 00:23:31,078 Awak berusaha untuk buat perubahan, saya tahu ia tak mudah. 445 00:23:31,161 --> 00:23:33,872 Saya gembira lihat awak kembali bersama keluarga awak. 446 00:23:34,915 --> 00:23:37,626 - Terima kasih, Howard. - Sama-sama. 447 00:23:39,545 --> 00:23:41,463 Pangkat awak sudah naik. 448 00:23:42,256 --> 00:23:44,091 Awak sepupu kedua saya paling suka. 449 00:23:44,174 --> 00:23:45,175 Apa? 450 00:23:45,259 --> 00:23:46,969 - Siapa yang pertama? - Keith. 451 00:23:47,052 --> 00:23:48,053 Dia kelakar. 452 00:23:48,136 --> 00:23:51,515 Awak pernah nampak dia meniru sloth dari Zootopia? 453 00:23:52,015 --> 00:23:55,561 - Sangat perlahan. - Jangan buat sekarang. 454 00:23:55,644 --> 00:23:56,770 Maaf. 455 00:23:56,854 --> 00:23:57,896 Tak apa. 456 00:24:07,906 --> 00:24:09,157 Arthur? 457 00:24:14,371 --> 00:24:15,706 Terima kasih untuk nasihat tadi. 458 00:24:16,748 --> 00:24:19,751 Namun, saya perlu beritahu yang awak salah. 459 00:24:20,919 --> 00:24:24,006 Kadangkala lelaki boleh diharap boleh dapat wanita itu. 460 00:24:27,593 --> 00:24:29,261 Awak rasa begitu? 461 00:24:30,637 --> 00:24:32,389 Pada pendapat saya, 462 00:24:33,015 --> 00:24:35,559 awak ada lebih banyak peluang dengannya berbanding yang awak fikir. 463 00:25:00,375 --> 00:25:02,127 JEAN-PIERRE MOLLY, SAYA ADA SATU LAGI HADIAH. 464 00:25:02,211 --> 00:25:03,587 AGAK BERBEZA DARIPADA KIT-KAT. 465 00:25:03,670 --> 00:25:05,172 INI PERNAH DIMILIKI MARIE ANTOINETTE. 466 00:25:13,764 --> 00:25:15,098 Awak okey? 467 00:25:17,100 --> 00:25:18,101 Ya. 468 00:25:20,229 --> 00:25:23,732 Ya, semuanya hebat. 469 00:25:24,816 --> 00:25:25,817 Okey. 470 00:25:26,610 --> 00:25:29,821 Saya akan hantar awak ke El Pollo Loco dalam 30 minit. 471 00:26:26,545 --> 00:26:28,547 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman