1 00:00:49,967 --> 00:00:55,430 Okey. Ubat ini masuk melalui mulut Mary-Kate dan ubat ini di punggung Ashley. 2 00:00:55,931 --> 00:00:59,393 Jika awak tersalah, Marisol, dua ekor anjing ini akan mati. 3 00:01:18,871 --> 00:01:19,872 David Chang, 4 00:01:19,955 --> 00:01:23,458 kualiti masakan awak menurun sejak enam bulan lalu. 5 00:01:23,542 --> 00:01:24,543 Maafkan saya. 6 00:01:24,626 --> 00:01:27,963 Saya buka restoran di Macau malam ini dan saya agak gemuruh. 7 00:01:28,547 --> 00:01:31,341 Itu masalah saya atau masalah awak? 8 00:01:31,425 --> 00:01:33,302 Awak betul. Saya akan masak semula. 9 00:01:33,385 --> 00:01:34,428 Itu yang sepatutnya. 10 00:01:49,985 --> 00:01:52,613 Selamat pagi, Nicholas. Bila awak masuk? 11 00:01:53,197 --> 00:01:54,281 Baru saja beberapa minit. 12 00:01:54,781 --> 00:01:56,783 Saya jumpa bunga bakung Jepun untuk awak. 13 00:01:56,867 --> 00:01:59,620 Ia bunga Asia, cantik dan agak toksik. 14 00:01:59,703 --> 00:02:01,079 Sama seperti saya. 15 00:02:01,163 --> 00:02:03,373 Comel. Awak sangat baik. 16 00:02:04,541 --> 00:02:07,878 Lihatlah gaun biru yang cantik ini. 17 00:02:07,961 --> 00:02:11,006 Ya. Saya fikir gaun Alexander McQueen sesuai untuk ratu saya. 18 00:02:11,089 --> 00:02:13,759 Ini pasti sesuai untuk pertunjukan perdana awak malam ini. 19 00:02:13,842 --> 00:02:15,844 Aduhai! Ia bukan pertunjukan perdana. 20 00:02:15,928 --> 00:02:20,474 Ia watak kecil dalam pertunjukan kecil di teater kecil di North Hollywood. 21 00:02:20,557 --> 00:02:22,893 Seluruh North Hollywood terbakar semasa 70-an, bukan? 22 00:02:22,976 --> 00:02:25,646 Ya, saya juga sangka begitu, tapi ia masih ada. 23 00:02:25,729 --> 00:02:28,857 Saya akan pergi ke tempat dikatakan North Hollywood itu 24 00:02:28,941 --> 00:02:31,318 untuk lihat awak dalam Tasik Cahoga. 25 00:02:32,194 --> 00:02:34,738 Nama yang hebat untuk sebuah persembahan. 26 00:02:34,821 --> 00:02:37,991 Saya harap tajuk itu ada dalam dialog. Saya suka apabila ia disebut. 27 00:02:38,075 --> 00:02:39,785 Saya takkan beritahu sama ada kami sebut atau tidak. 28 00:02:40,577 --> 00:02:42,996 Saya juga akan bawa sebotol besar champagne 29 00:02:43,080 --> 00:02:44,081 untuk mabuk selepas itu. 30 00:02:44,164 --> 00:02:46,583 Aduhai! Louis Roederer Cristal tahun 2007? 31 00:02:47,584 --> 00:02:49,169 - 2006. - Tidak… 32 00:02:49,253 --> 00:02:51,880 Tidak. Awak simpan itu untuk apabila Brad dan Jennifer 33 00:02:51,964 --> 00:02:53,966 akhirnya sedar dan kembali bersama. 34 00:02:54,049 --> 00:02:55,175 Tak boleh. 35 00:02:57,010 --> 00:02:59,012 Ini lebih penting. 36 00:03:15,153 --> 00:03:16,488 BAKI TIDAK MENCUKUPI 37 00:03:22,035 --> 00:03:22,911 BURSA SAHAM AMERIKA 38 00:03:29,918 --> 00:03:31,253 LAMPAU TEMPOH NOTIS AKHIR 39 00:03:46,476 --> 00:03:50,564 Selamat pagi. Hari ini hari penting. Saya ada kejutan besar! 40 00:03:51,064 --> 00:03:53,984 Sebagai anak pasangan bercerai, saya tak suka kejutan. 41 00:03:54,067 --> 00:03:55,777 Saya tak boleh pindah sekolah lagi. 42 00:03:55,861 --> 00:03:57,571 Ini kejutan yang bagus, Howard. Sangat bagus. 43 00:03:58,405 --> 00:04:01,742 Lembaga penyelia sedang mengundi cadangan pengezonan kita. 44 00:04:06,872 --> 00:04:09,124 Okey. Bila awak mahu beritahu kejutan itu? 45 00:04:09,208 --> 00:04:12,878 Itulah kejutan. Mereka akan undi ya! 46 00:04:12,961 --> 00:04:15,506 Projek perumahan Jalan Alameda dibenarkan secara rasmi! 47 00:04:16,923 --> 00:04:17,966 Itu bagus. 48 00:04:18,050 --> 00:04:20,677 Mereka mahu kita datang ke pengundian itu 49 00:04:20,761 --> 00:04:22,053 untuk raikan usaha kita. 50 00:04:22,137 --> 00:04:23,931 - Aduhai! Ia seperti parti? - Lebih kurang. 51 00:04:24,640 --> 00:04:27,226 Tiada makanan atau minuman dan tak boleh bercakap. 52 00:04:27,309 --> 00:04:29,436 Namun, mereka akan tepuk tangan selama beberapa saat. 53 00:04:29,520 --> 00:04:32,814 Itu menakjubkan, Sofia. Tahniah. 54 00:04:32,898 --> 00:04:34,858 - Betul? Kepada awak. - Ya. 55 00:04:34,942 --> 00:04:36,944 - Serta kepada kita semua. - Ya. 56 00:04:37,027 --> 00:04:40,864 Saya juga ada kejutan. 57 00:04:41,823 --> 00:04:43,116 Jean-Pierre, sila masuk! 58 00:04:43,200 --> 00:04:44,451 Hei. 59 00:04:45,035 --> 00:04:46,245 Saya menyorok dalam dapur. 60 00:04:46,328 --> 00:04:49,706 Pendapat Amerika tentang rasa kroisan memang kelakar. 61 00:04:49,790 --> 00:04:50,791 Sangat berbeza. 62 00:04:51,708 --> 00:04:56,713 Saya minta Jean-Pierre datang untuk bantu buat pengumuman yang sangat istimewa. 63 00:04:59,591 --> 00:05:03,303 Kemiskinan. Kebuluran. Perubahan iklim. 64 00:05:03,804 --> 00:05:06,223 Masalah dunia semakin meningkat. 65 00:05:06,723 --> 00:05:11,728 Namun, sebagai manusia, kekuatan kita ialah kebolehan kita bekerjasama. 66 00:05:12,229 --> 00:05:14,815 Aset terbaik kita ialah satu sama lain. 67 00:05:15,315 --> 00:05:18,318 Di Persidangan Silver Moon, yang terletak di Corsica, Perancis, 68 00:05:18,402 --> 00:05:22,114 pakar perniagaan, politik dan pemikiran terbaik di dunia 69 00:05:22,197 --> 00:05:27,160 akan bersidang untuk mulakan polisi baharu dan mencabar andaian lama. 70 00:05:27,244 --> 00:05:30,581 Bersama-sama, kita boleh mengatasi semua halangan. 71 00:05:30,664 --> 00:05:33,417 Bersama-sama, kita boleh ubah dunia. 72 00:05:33,917 --> 00:05:34,918 SEBUAH FILEM SPIKE LEE / SPIKE JONZE 73 00:05:35,002 --> 00:05:37,254 Biar betul! Kita berjaya ke Persidangan Silver Moon? 74 00:05:37,337 --> 00:05:41,216 Tahun lepas Rihanna berduet bersama hologram John Lennon. 75 00:05:41,300 --> 00:05:43,385 Kita semua akan pergi. 76 00:05:43,468 --> 00:05:46,555 Semua ditanggung. Ia pasti menakjubkan. 77 00:05:46,638 --> 00:05:48,557 Ia pada hari perkahwinan saya. 78 00:05:49,057 --> 00:05:50,350 Tak mengapa. Saya boleh anjak tarikh. 79 00:05:50,851 --> 00:05:52,227 Kami cuma jemput 600 orang. 80 00:05:52,311 --> 00:05:56,481 Selain itu, saya dan Jean-Pierre akan bentang sesuatu sangat istimewa tahun ini. 81 00:05:56,565 --> 00:05:59,026 Saya belum beritahu kamu. 82 00:06:00,319 --> 00:06:03,238 Ia dipanggil mesin penapis air Arroyo. 83 00:06:03,322 --> 00:06:04,489 Jangan tanya saya cara ia berfungsi. 84 00:06:04,573 --> 00:06:07,409 Jean-Pierre dan saintisnya sangat teruja tentang alat ini. 85 00:06:07,492 --> 00:06:10,829 Secara asasnya, ia tukar air kotor menjadi selamat untuk diminum. 86 00:06:11,455 --> 00:06:13,457 Kita boleh buat perubahan besar. 87 00:06:13,540 --> 00:06:16,668 Saya suka cara awak cakap "perubahan." 88 00:06:16,752 --> 00:06:18,253 Okey. Terima kasih, Howard. 89 00:06:19,046 --> 00:06:21,256 Itu juga bagus. Sebut nama saya sekali lagi. 90 00:06:22,216 --> 00:06:23,258 Howard. 91 00:06:27,262 --> 00:06:30,599 Maksud saya… Ya. Itu satu peluang hebat. 92 00:06:30,682 --> 00:06:32,226 Saya mahu. 93 00:06:33,310 --> 00:06:35,103 Tidak. Terima kasih. 94 00:06:36,021 --> 00:06:37,773 Ya. Saya akan hubungi awak nanti. 95 00:06:42,778 --> 00:06:45,030 Siapa di talian? 96 00:06:45,113 --> 00:06:47,241 Kita sudah bercakap semula? Saya sangka kita bergaduh. 97 00:06:47,324 --> 00:06:49,785 Kita bergaduh. Lupakan saja. Saya tak mahu tahu. Jangan beritahu. 98 00:06:49,868 --> 00:06:53,288 Saya akan beritahu sebab awak tak mahu tahu. Tadi pengarah hubungi saya. 99 00:06:53,372 --> 00:06:58,168 Pelakon watak Dylan menarik diri sebab dia dapat watak dalam Young Sheldon. 100 00:06:58,252 --> 00:06:59,378 Young Sheldon? 101 00:06:59,461 --> 00:07:01,797 Rancangan itu penuh dengan komedi dan drama. 102 00:07:01,880 --> 00:07:04,132 Sekarang mereka mahu saya lakonkan watak Dylan. 103 00:07:04,216 --> 00:07:06,134 Dylan watak utama. 104 00:07:07,052 --> 00:07:08,470 Itu peluang besar. 105 00:07:08,554 --> 00:07:10,514 Ia mungkin boleh ubah kehidupan awak! 106 00:07:12,307 --> 00:07:13,392 Saya tak peduli. 107 00:07:15,185 --> 00:07:16,353 Semoga berjaya. 108 00:07:16,436 --> 00:07:17,437 Tanpa apa-apa. 109 00:07:23,861 --> 00:07:26,613 Hei. Saya cuma mahu cakap. 110 00:07:27,447 --> 00:07:30,242 Berita awak pagi ini sangat besar. 111 00:07:30,325 --> 00:07:32,870 Corsica. Mesin air magik. 112 00:07:32,953 --> 00:07:35,581 Kejutan tepukan awak juga menarik. 113 00:07:35,664 --> 00:07:37,082 Namun, tak perlu bandingkan. 114 00:07:37,165 --> 00:07:40,002 Saya harap kita sudah berbincang lebih awal. 115 00:07:40,085 --> 00:07:41,253 Kita sepatutnya jadi rakan. 116 00:07:41,336 --> 00:07:43,172 Jean-Pierre mahu rahsiakannya. 117 00:07:43,255 --> 00:07:45,757 - Jean-Pierre. - Saya tahu rahsia mungkin teruk. 118 00:07:45,841 --> 00:07:48,552 Namun, kadangkala rahsia seksi, bukan? 119 00:07:48,635 --> 00:07:50,512 Saya tak suka persidangan 120 00:07:50,596 --> 00:07:53,849 apabila sepuluh jutawan berkumpul untuk tentukan cara membaiki dunia. 121 00:07:53,932 --> 00:07:58,020 Sembilan. Elon tak datang. Dia terjatuh dari papan luncur. 122 00:07:58,103 --> 00:08:00,939 Awak tahu misi kita. Bantu penduduk tempatan. 123 00:08:01,440 --> 00:08:03,942 Beri peluang kerja kepada warga komuniti. 124 00:08:04,026 --> 00:08:06,945 Kita akan terus buat begitu. Kita juga boleh berfikir lebih jauh. 125 00:08:07,446 --> 00:08:10,991 Kita boleh buat segala-galanya. Tak salah jika tingkatkan cita-cita kita. 126 00:08:12,242 --> 00:08:13,452 Okey. 127 00:08:13,535 --> 00:08:16,538 Kita akan lihat hasilnya, jika awak percaya cara ini. 128 00:08:17,039 --> 00:08:19,416 Bagus. Jadi saya akan balik dulu. 129 00:08:19,499 --> 00:08:20,584 Jumpa awak esok. 130 00:08:20,667 --> 00:08:22,920 Kita ada mesyuarat pengezonan. Kita ada kejutan saya. 131 00:08:23,921 --> 00:08:25,964 Ya, tentulah. Duduk dan menunggu. 132 00:08:26,673 --> 00:08:27,883 Kedua-duanya hebat. 133 00:08:34,640 --> 00:08:35,682 Saya terlupa. 134 00:08:36,683 --> 00:08:38,101 Awak dengar cakap saya? 135 00:08:38,184 --> 00:08:39,645 Ya, sudah tentu saya dengar. 136 00:08:39,727 --> 00:08:41,438 Saya mahu awak pergi Rite Aid di Van Nuys. 137 00:08:41,522 --> 00:08:43,148 Kedai itu ada udang beku yang saya suka. 138 00:08:43,232 --> 00:08:44,775 Jangan berjalan-jalan di rak gula-gula. 139 00:08:44,858 --> 00:08:46,568 Ya, sayang, Van Nuys. Saya akan ke sana. 140 00:08:46,652 --> 00:08:49,738 Kemudian pergi lapangan terbang untuk jemput sepupu saya di Orange County. 141 00:08:49,821 --> 00:08:51,949 Kemudian balik, masakkan makan malam, buang sampah… 142 00:08:52,032 --> 00:08:54,952 Hei, sayang, boleh tunggu kejap? Ada kecemasan IT. 143 00:08:55,452 --> 00:08:58,080 Apa? Ada orang godam pangkalan data? 144 00:08:58,163 --> 00:09:01,542 Mungkin China lagi. Saya perlu hubungi awak semula. 145 00:09:04,837 --> 00:09:08,715 Saya mahu bertikam lidah dengan awak, tapi saya ada hal sekarang. 146 00:09:08,799 --> 00:09:10,259 Tak. Saya bukan datang untuk bergaduh. 147 00:09:10,342 --> 00:09:12,386 Saya sudah beli tiket persembahan itu, 148 00:09:12,469 --> 00:09:14,555 jadi saya mahu tahu jika lapan dolar itu berbaloi. 149 00:09:14,638 --> 00:09:16,181 Apa berlaku? 150 00:09:16,265 --> 00:09:18,225 Entahlah. Watak ini sangat sukar. 151 00:09:18,308 --> 00:09:19,393 Ada begitu banyak dialog. 152 00:09:19,476 --> 00:09:22,312 Kemudian ada babak fizikal semasa saya mengempelas kanu. 153 00:09:22,396 --> 00:09:24,773 Saya tahu awak boleh empelas. Bahu awak tegap. 154 00:09:25,440 --> 00:09:26,441 Masalahnya, 155 00:09:26,525 --> 00:09:29,111 Dylan menangis semasa penghujung babak, 156 00:09:29,194 --> 00:09:30,696 dan saya tak boleh menangis secara tiba-tiba. 157 00:09:30,779 --> 00:09:33,282 Saya dah cuba seumur hidup saya. Saya tak pernah berjaya. 158 00:09:33,365 --> 00:09:34,616 Itu sangat mengelirukan 159 00:09:34,700 --> 00:09:37,661 sebab saya pandai semua penipuan lain. 160 00:09:37,744 --> 00:09:41,290 Jangan risau. Kita boleh berusaha bersama-sama. 161 00:09:41,373 --> 00:09:45,002 Tak mengapa. Saya akan suruh mereka cari pelakon lain untuk watak itu. 162 00:09:45,085 --> 00:09:46,837 Tidak. Saya takkan benarkan. 163 00:09:47,462 --> 00:09:49,089 Vegeta dan Goku. 164 00:09:50,132 --> 00:09:51,258 Bersama buat kali terakhir. 165 00:09:51,341 --> 00:09:53,427 Kemudian kita kembali jadi musuh. 166 00:09:55,220 --> 00:09:58,682 Okey. Mahu mula bagaimana? 167 00:09:58,765 --> 00:10:02,519 Tanya Sharon jika boleh tempah bilik mesyuarat untuk sepanjang hari. 168 00:10:03,478 --> 00:10:06,690 Saya harap dia benarkan. 169 00:10:14,323 --> 00:10:18,493 Ukuran pengezonan 14B lulus 6-3. 170 00:10:18,577 --> 00:10:21,455 Inisiatif perumahan Jalan Alameda boleh diteruskan. 171 00:10:21,830 --> 00:10:25,334 Terima kasih kepada Molly Wells dan pasukannya untuk semua usaha mereka. 172 00:10:27,127 --> 00:10:29,880 Kita akan lakukan pecah tanah pada 2026. 173 00:10:29,963 --> 00:10:32,132 Betul? 2026? 174 00:10:32,216 --> 00:10:34,718 Ya. Pada mulanya 2028, tapi kita cepatkan. 175 00:10:34,801 --> 00:10:37,679 Okey. Sekarang kami beri peluang untuk komen awam. 176 00:10:40,933 --> 00:10:44,102 Hai. Saya ada soalan untuk Cik Wells. 177 00:10:44,186 --> 00:10:45,812 Ya, silakan. Tanya apa-apa saja. 178 00:10:45,896 --> 00:10:48,899 Kenapa awak yang tentukan arah kejiranan kami? 179 00:10:49,441 --> 00:10:51,193 Sebab awak ada lebih banyak duit? 180 00:10:52,319 --> 00:10:56,573 Kenapa tak robohkan salah satu rumah agam dan bina perumahan di sana? 181 00:10:57,366 --> 00:10:59,368 Ini menjijikkan. 182 00:11:00,160 --> 00:11:01,453 Awak juga sama. 183 00:11:03,372 --> 00:11:04,540 Terima kasih sebab luangkan masa. 184 00:11:07,292 --> 00:11:10,921 - Itu lebih daripada satu soalan. - Hei, jangan hiraukan dia. 185 00:11:11,004 --> 00:11:13,423 Ya. Sentiasa ada orang berfikiran negatif. 186 00:11:13,507 --> 00:11:17,636 Saya juga rasa Cik Wells menjijikkan. Ini senarai sebabnya. 187 00:11:18,136 --> 00:11:19,304 Apa? 188 00:11:19,388 --> 00:11:21,014 Awak menjatuhkan nilai rumah kami. 189 00:11:21,098 --> 00:11:24,351 Awak pernah fikirkan kesan bangunan bertingkat tinggi pada alam sekitar? 190 00:11:24,434 --> 00:11:28,355 Awak kata perumahan ini mampu milik? Awak tak faham maksud perkataan itu. 191 00:11:29,189 --> 00:11:31,275 Awak tiada jawapan bagi semua soalan ini? 192 00:11:31,358 --> 00:11:33,193 Awak rosakkan Los Angeles. 193 00:11:33,277 --> 00:11:34,945 Wanita ini penyebab saya botak. 194 00:11:35,028 --> 00:11:36,071 Awak fasis! 195 00:11:37,197 --> 00:11:39,074 Lihatlah dia memandang rendah kita dari sana. 196 00:11:39,783 --> 00:11:41,869 Saya faham sebab suami awak tinggalkan awak. 197 00:11:41,952 --> 00:11:44,162 Okey, awak boleh berhenti. 198 00:11:44,246 --> 00:11:46,415 Saya cuba bantu kamu semua… 199 00:11:47,124 --> 00:11:48,500 Molly. Sabar… 200 00:11:50,335 --> 00:11:51,920 Los Angeles. 201 00:11:54,298 --> 00:11:59,136 Los Angeles yang indah. Tempat kita. 202 00:12:00,095 --> 00:12:05,392 Tempat yang ada pantai dan Hollywood. 203 00:12:05,976 --> 00:12:10,314 Dipenuhi cahaya matahari dan muzik hebat… 204 00:12:10,397 --> 00:12:11,690 dalam radio. 205 00:12:13,984 --> 00:12:15,444 - Cukup? - Rasanya. Saya… 206 00:12:16,028 --> 00:12:17,070 Selamat tinggal. 207 00:12:22,075 --> 00:12:23,076 Baiklah. 208 00:12:23,160 --> 00:12:25,996 Jadi, komen awam dah berakhir. 209 00:12:27,247 --> 00:12:29,583 Sekarang kita akan beri kunci bandar 210 00:12:29,666 --> 00:12:32,294 kepada penghibur YouTube, JoJo Siwa. 211 00:12:40,802 --> 00:12:43,347 Pemiliknya mati, tapi Buster tak mahu tinggalkan dia. 212 00:12:43,430 --> 00:12:46,016 Buster mahu terus bersamanya. 213 00:12:46,892 --> 00:12:48,519 Kita tak layak dapat anjing. 214 00:12:48,602 --> 00:12:51,438 Kami tahu kamu rindu, sayang. Kamu anjing yang baik. Ayuh. 215 00:12:51,522 --> 00:12:53,106 Kenapa awak tak menangis? 216 00:12:53,690 --> 00:12:56,401 Maaf. Saya bukan peminat anjing. 217 00:12:56,485 --> 00:12:59,696 Anjing tak waras sebab jilat punggung sendiri. 218 00:12:59,780 --> 00:13:01,990 Okey. Bagaimana dengan video ini? 219 00:13:05,369 --> 00:13:07,496 Dia mendengar buat kali pertama. 220 00:13:09,164 --> 00:13:10,165 Tiada tangisan? 221 00:13:10,249 --> 00:13:12,668 Ya. Saya tak suka budak. 222 00:13:12,751 --> 00:13:14,753 Mereka ingatkan saya kepada anak saudara saya. 223 00:13:14,837 --> 00:13:16,088 Dia teruk. 224 00:13:16,755 --> 00:13:22,594 Okey. Tentera ini beri keluarganya kejutan selepas balik dari Afghanistan. 225 00:13:27,057 --> 00:13:28,058 Aduhai! 226 00:13:29,309 --> 00:13:31,520 Saya tahu… 227 00:13:31,603 --> 00:13:33,146 Rasanya saya pernah bersamanya. 228 00:13:34,648 --> 00:13:35,774 Ya. Aduhai! 229 00:13:35,858 --> 00:13:39,152 Saya sangka dia lupakan saya, tapi dia pergi Afghanistan? 230 00:13:39,862 --> 00:13:40,904 Membosankan. 231 00:13:42,447 --> 00:13:43,991 Boleh tengok video lain? 232 00:13:44,908 --> 00:13:48,453 Okey. Apa berlaku? Saya tak harap ada perarakan, 233 00:13:48,537 --> 00:13:51,415 tapi saya juga tak suka dipanggil "ahli sihir kaya yang dungu." 234 00:13:51,498 --> 00:13:53,750 Itu mainan kata bagi "sandwic"? Lupakan saja. 235 00:13:53,834 --> 00:13:55,002 Okey. Tadi agak kasar, 236 00:13:55,085 --> 00:13:57,462 tapi kita tahu kita takkan dapat penghargaan. 237 00:13:57,546 --> 00:14:00,090 Saya bukan mahu dihargai. Saya cuma tak mahu diserang. 238 00:14:00,174 --> 00:14:02,759 Ini bukan tentang awak. Ini tentang orang yang awak tolong. 239 00:14:02,843 --> 00:14:04,136 Semua orang ada masalah sendiri. 240 00:14:04,219 --> 00:14:06,221 Saya tahu. Semua orang ada masalah sendiri. 241 00:14:06,305 --> 00:14:08,265 Saya cuma harap masalah saya lebih mudah. 242 00:14:08,348 --> 00:14:10,017 Berambus, jutawan! 243 00:14:10,100 --> 00:14:11,018 Hei! 244 00:14:11,101 --> 00:14:13,770 - Berambus! - Baju panas saya! 245 00:14:14,438 --> 00:14:16,690 - Encik! - Awak okey? 246 00:14:18,150 --> 00:14:19,026 Encik! 247 00:14:19,109 --> 00:14:20,277 Apa berlaku? 248 00:14:23,322 --> 00:14:26,867 TANYA PANGGILAN FACETIME TIDAK DIJAWAB 249 00:14:30,037 --> 00:14:32,372 Dengar. Okey, saya tak mahu buat begini, 250 00:14:32,456 --> 00:14:34,208 tapi kita akan berbual tentang masa lampau awak. 251 00:14:34,291 --> 00:14:36,126 Buang masa saja. Tiada apa-apa untuk dibualkan. 252 00:14:36,210 --> 00:14:38,629 Tolonglah, semua orang ada trauma kanak-kanak. 253 00:14:38,712 --> 00:14:41,131 Bukan saya. Keluarga saya sangat normal. 254 00:14:41,215 --> 00:14:42,841 Baik. Saya mulakan dulu. 255 00:14:42,925 --> 00:14:43,926 Semasa lapan tahun, 256 00:14:44,009 --> 00:14:47,679 pak cik saya guna saya sebagai cagaran dalam permainan domino dan kalah. 257 00:14:47,763 --> 00:14:49,681 Ibu saya perlu memandu sampai ke Bakersfield 258 00:14:49,765 --> 00:14:51,600 untuk tebus kembali saya daripada lelaki bernama Tim, 259 00:14:51,683 --> 00:14:53,685 dan ibu marahkan saya! 260 00:14:54,269 --> 00:14:58,815 Okey. Ibu bapa saya orang Midwest yang sangat baik. 261 00:14:58,899 --> 00:15:03,111 Kami kerja di ladang seharian, makan malam pukul empat, tidur pukul tujuh. 262 00:15:03,195 --> 00:15:04,613 Ia sangat tenang. 263 00:15:04,696 --> 00:15:06,740 Tiada jeritan, pergaduhan, 264 00:15:06,823 --> 00:15:10,035 tangisan, pelukan, "Saya sayang awak," 265 00:15:10,118 --> 00:15:12,871 sentuhan, hari jadi, percutian. 266 00:15:12,955 --> 00:15:15,332 Ia kehidupan biasa yang bagus. 267 00:15:16,959 --> 00:15:20,087 Itu jauh lebih menakutkan daripada yang saya sangka awak akan cakap. 268 00:15:20,671 --> 00:15:22,089 Awak perlu terapi cepat. 269 00:15:22,172 --> 00:15:23,966 Tidak. Idea buruk. Saya pernah cuba sekali. 270 00:15:24,049 --> 00:15:26,927 Dia jatuh cinta dengan saya dan saya perlu dapatkan arahan sekatan. 271 00:15:27,010 --> 00:15:29,680 Okey. Kita tiada masa. 272 00:15:29,763 --> 00:15:32,724 Biar saya cari bahan kimia yang boleh buat awak menangis 273 00:15:32,808 --> 00:15:34,768 dan mungkin letak bawang pada lengan baju awak. 274 00:15:34,852 --> 00:15:35,894 Bawang tak buat saya menangis. 275 00:15:35,978 --> 00:15:38,939 Okey. Boleh beri kerjasama? Awak langsung tak cuba! 276 00:15:40,774 --> 00:15:42,442 JABATAN POLIS LOS ANGELES 277 00:15:42,526 --> 00:15:43,944 PERKHIDMATAN MENAKJUBKAN JABATAN POLIS 278 00:15:51,618 --> 00:15:53,579 Saya jumpa tisu di tandas. 279 00:15:54,246 --> 00:15:55,163 - Terima kasih. - Ya. 280 00:16:01,837 --> 00:16:03,088 Saya buat ia lebih okey? 281 00:16:04,673 --> 00:16:06,717 Awak buat ia tersebar sikit, 282 00:16:06,800 --> 00:16:08,719 tapi ia berhasil. 283 00:16:08,802 --> 00:16:11,305 Ya, awak seperti pengawal peribadi saya tadi. 284 00:16:12,347 --> 00:16:15,559 Saya selalu rasa saya ada gaya Kevin Costner. 285 00:16:16,226 --> 00:16:20,105 Ya. Ada sekali saya pernah pakai sepertinya semasa Halloween. 286 00:16:20,189 --> 00:16:21,607 Dari filem apa? 287 00:16:21,690 --> 00:16:24,151 Tiada filem. Berpakaian seperti dia saja. 288 00:16:24,234 --> 00:16:26,737 Ya. Saya pakai kemeja-T dan seluar panjang. 289 00:16:26,820 --> 00:16:29,865 Namun, saya tunjukkan gayanya. 290 00:16:29,948 --> 00:16:30,991 Ya. 291 00:16:31,700 --> 00:16:32,701 Jadi… 292 00:16:33,452 --> 00:16:35,329 Terima kasih sebab sangat berani. 293 00:16:36,496 --> 00:16:38,040 Ya. Saya tak tahu sebab buat begitu. 294 00:16:38,123 --> 00:16:41,543 Saya nampak pai kedua dan fikir perlu lindungi awak. 295 00:16:42,544 --> 00:16:43,921 Itu sangat baik. 296 00:16:44,004 --> 00:16:45,047 Ya. 297 00:16:45,964 --> 00:16:48,717 Molly. Saya risau. 298 00:16:48,800 --> 00:16:50,302 Terima kasih sebab datang. 299 00:16:50,385 --> 00:16:52,221 - Awak cedera? - Tak, saya okey. 300 00:16:52,304 --> 00:16:56,016 Saya cuma marah, kecewa dan melekit. 301 00:16:56,099 --> 00:16:57,309 Lihatlah awak. 302 00:16:57,392 --> 00:16:59,478 Awak perlu berehat. Mari. Helikopter saya sudah tunggu. 303 00:16:59,561 --> 00:17:01,688 - Okey. - Terima kasih, Arthur. 304 00:17:01,772 --> 00:17:02,648 Sama-sama. 305 00:17:03,315 --> 00:17:04,316 Ya. 306 00:17:04,398 --> 00:17:06,401 Awak boleh balik guna kereta saya. 307 00:17:06,484 --> 00:17:09,279 Ya. Awak patut bawa kereta. Kami tak perlukannya. 308 00:17:09,363 --> 00:17:10,948 Tak. Tak perlu. 309 00:17:11,031 --> 00:17:14,034 Rasanya ada banyak skuter Bird di luar saya boleh guna. 310 00:17:14,535 --> 00:17:15,953 Pergi ke basikal saya. 311 00:17:16,662 --> 00:17:17,829 - Okey. - Baiklah. 312 00:17:17,913 --> 00:17:19,748 - Terima kasih banyak sekali lagi. - Sama-sama. 313 00:17:33,345 --> 00:17:35,556 TASIK CAHOGA 314 00:17:45,107 --> 00:17:48,485 Okey. Saya tak jumpa jejari mentol untuk awak menangis, 315 00:17:48,569 --> 00:17:51,113 tapi ada pelembap bibir berperisa strawberi dan Fritos. 316 00:17:51,196 --> 00:17:52,614 Mungkin boleh jika dicampurkan. 317 00:17:52,698 --> 00:17:54,741 Lupakan saja. Saya tak tahu sebab saya sertai persembahan ini. 318 00:17:54,825 --> 00:17:56,493 Saya akan memalukan diri saya di atas pentas. 319 00:17:56,577 --> 00:17:57,578 Tidak. 320 00:17:57,661 --> 00:18:02,207 Boleh tinggalkan saya bersendirian? 321 00:18:06,295 --> 00:18:09,381 TANYA PANGGILAN FACETIME TIDAK DIJAWAB 322 00:18:11,633 --> 00:18:12,926 KELAB DRAMA 323 00:18:13,010 --> 00:18:14,219 Hei, Tanya. Saya… 324 00:18:14,303 --> 00:18:16,388 Mungkin saya bercakap dengan hantu sekarang, 325 00:18:16,471 --> 00:18:19,349 sebab awak cuma takkan jawab panggilan jika sudah mati. 326 00:18:19,433 --> 00:18:21,560 Tolong, sayang. Bertenang. 327 00:18:21,643 --> 00:18:24,104 Minum La Croix limau yang sedap. Buka kasut awak. 328 00:18:24,188 --> 00:18:25,189 Saya akan balik. 329 00:18:25,272 --> 00:18:27,357 Kenapa awak tak jawab panggilan saya? 330 00:18:27,441 --> 00:18:30,819 Saya sibuk tolong Nicholas. Dia amat perlukan saya hari ini. 331 00:18:30,903 --> 00:18:32,362 Nicholas? Bagaimana dengan saya? 332 00:18:32,446 --> 00:18:33,530 Saya minta awak buat sesuatu, 333 00:18:33,614 --> 00:18:35,240 awak bersama dengan pengkhianat. 334 00:18:35,324 --> 00:18:37,868 Howard, jika awak tak letak telefon, naik kereta 335 00:18:37,951 --> 00:18:40,287 - dan memandu ke Orange County… - Ini sangat penting bagi saya. 336 00:18:40,370 --> 00:18:42,164 Awak menyampuk semasa saya bercakap? 337 00:18:42,247 --> 00:18:43,665 Awak ada banyak masalah. 338 00:18:43,749 --> 00:18:45,918 - Kalau awak tak datang… - Tanya. Berhenti. 339 00:18:46,001 --> 00:18:47,252 Saya mahu berpisah. 340 00:18:48,045 --> 00:18:50,923 Hubungan kita berakhir. Selamat tinggal. 341 00:19:14,613 --> 00:19:17,991 Telur dadar yang sempurna. Terima kasih. 342 00:19:21,453 --> 00:19:24,331 Ini bagus. Sangat bagus. 343 00:19:24,998 --> 00:19:26,458 Awak perlu lebih berhati-hati. 344 00:19:26,542 --> 00:19:27,584 Saya tahu. 345 00:19:27,668 --> 00:19:29,586 Sofia cakap penting untuk ada di sana 346 00:19:29,670 --> 00:19:31,630 supaya komuniti boleh kenal kami. 347 00:19:32,381 --> 00:19:33,757 Dia cakap sudah tentu 348 00:19:33,841 --> 00:19:36,635 orang awam mengesyaki seseorang seperti saya. 349 00:19:36,718 --> 00:19:40,013 Namun, itu tak bermakna saya patut dipanggil dengan kata-kata kesat. 350 00:19:41,348 --> 00:19:42,766 Saya tahu niat Sofia baik. 351 00:19:44,560 --> 00:19:46,979 Namun, ada bahagian dalam kehidupan kita yang dia takkan faham. 352 00:19:47,062 --> 00:19:50,023 Ada orang akan benci yang kita miliki walau apa pun kita buat. 353 00:19:50,107 --> 00:19:53,986 Jadi apa saya buat setiap hari? Saya rasa seperti semuanya salah. 354 00:19:54,069 --> 00:19:56,822 Tak, ada cara kita boleh bantu tanpa diserang. 355 00:19:57,447 --> 00:19:58,699 Fikir tentang persidangan itu. 356 00:19:58,782 --> 00:20:01,243 Tiada pai di muka dan kita boleh buat perkara hebat di sana. 357 00:20:02,286 --> 00:20:05,330 Molly, ada banyak cara untuk jadi baik. 358 00:20:07,916 --> 00:20:09,168 Saya suka begitu. 359 00:20:09,251 --> 00:20:10,752 Mari pergi ke Corsica lebih awal. 360 00:20:11,336 --> 00:20:13,797 Awak pasti suka pulau itu. Ia sangat indah. 361 00:20:13,881 --> 00:20:18,385 Saya buntu fikirkannya, tapi matahari terbenam selama lima jam. 362 00:20:19,052 --> 00:20:20,053 Ia tak berhenti! 363 00:20:20,888 --> 00:20:22,347 Itu bagus. 364 00:20:23,015 --> 00:20:25,100 Boleh masak tiga lagi telur dadar burrito ini 365 00:20:25,184 --> 00:20:26,810 untuk dibawa naik kapal terbang? 366 00:20:27,311 --> 00:20:28,437 Apa-apa saja untuk awak. 367 00:20:29,188 --> 00:20:30,189 Terima kasih. 368 00:20:32,357 --> 00:20:35,068 "Apa mak buat di sini? Saya sudah cakap saya…" 369 00:20:35,152 --> 00:20:36,153 "Awak bersendirian?" 370 00:20:38,530 --> 00:20:41,450 TOLONG PASTIKAN PINTU INI SENTIASA DITUTUP 371 00:20:42,159 --> 00:20:43,160 "Saya sangka…" 372 00:20:44,661 --> 00:20:47,039 - Hei, awak okey? - Saya okey. 373 00:20:47,122 --> 00:20:50,167 Saya mahu beritahu sesuatu sebelum awak buat persembahan. 374 00:20:51,126 --> 00:20:52,127 Okey. 375 00:20:52,211 --> 00:20:55,005 Saya tahu keadaan pelik antara kita beberapa minggu ini. 376 00:20:55,088 --> 00:20:58,759 Sekarang saya tahu apa awak cuba beritahu saya tentang Tanya, awak… 377 00:20:59,259 --> 00:21:00,886 awak cuma cuba bantu saya. 378 00:21:02,137 --> 00:21:04,056 Maaf saya tak sokong awak. 379 00:21:04,139 --> 00:21:05,599 - Jangan risau. Kita okey. - Tidak! 380 00:21:05,682 --> 00:21:07,935 Sebelum awak ke pentas dan rosakkan semuanya, 381 00:21:08,018 --> 00:21:09,811 saya mahu awak tahu awak pandai berlakon. 382 00:21:10,771 --> 00:21:11,939 Saya bangga dengan awak. 383 00:21:12,439 --> 00:21:13,815 Saya sayang awak. 384 00:21:13,899 --> 00:21:16,401 Saya bukan cakap sebagai rakan sekerja atau peminat. 385 00:21:16,485 --> 00:21:18,070 Saya cakap sebagai kawan baik awak. 386 00:21:26,370 --> 00:21:28,914 Bersedia. Semoga berjaya! 387 00:21:31,917 --> 00:21:33,210 Awak boleh. 388 00:21:33,794 --> 00:21:35,128 - Terima kasih. - Berusaha. 389 00:21:43,387 --> 00:21:45,472 PERINGATAN PERSEMBAHAN NICHOLAS - 30 MINIT 390 00:21:47,724 --> 00:21:49,101 Awak okey? 391 00:22:04,700 --> 00:22:06,201 Apa mak buat di sini? 392 00:22:06,994 --> 00:22:08,620 Saya sudah cakap mahu bersendirian. 393 00:22:08,704 --> 00:22:10,706 Dia pasti sangat bangga. 394 00:22:10,789 --> 00:22:14,459 Bintang quarterback di sekolah tinggi. Jurujual terbaik syarikat awak. 395 00:22:14,543 --> 00:22:17,254 - Semua yang dia mahu awak capai. - Ya, jadi kenapa dia tiada? 396 00:22:17,337 --> 00:22:19,756 Dylan, awak fikir ayah pilih untuk alami kanser? 397 00:22:19,840 --> 00:22:22,134 Dia pilih untuk tak jalani kemoterapi. 398 00:22:22,217 --> 00:22:23,552 Keadaannya rumit! 399 00:22:23,635 --> 00:22:26,930 Saya bosan dengar alasan itu! 400 00:22:27,806 --> 00:22:31,310 Saya bosan hidup dalam bayang-bayangnya. 401 00:22:31,894 --> 00:22:34,313 Mak tak fikir saya nampak dia di semua tempat saya pergi? 402 00:22:35,439 --> 00:22:37,357 Saya tak dengar apa pekan ini cakap tentang dia? 403 00:22:37,441 --> 00:22:40,944 "Datuk Bandar Moretti, lelaki yang bina semula pekan ini selepas kebakaran! 404 00:22:41,028 --> 00:22:44,031 Semua itu tidak penting akhirnya. 405 00:22:45,699 --> 00:22:48,243 Perkara penting yang dia buat cuma mati. 406 00:22:50,120 --> 00:22:52,414 Saya tak berpeluang untuk ucap selamat tinggal. 407 00:22:53,540 --> 00:22:59,171 Mak, saya hanya mahu seminit saja lagi bersama ayah. 408 00:23:00,589 --> 00:23:04,343 Hanya kami berdua dalam kanu lama ini. 409 00:23:06,303 --> 00:23:10,807 Melihat angsa membuat corak di langit… 410 00:23:12,643 --> 00:23:16,563 rumah kita di Tasik Cahoga. 411 00:23:22,319 --> 00:23:23,320 Syabas! 412 00:23:32,496 --> 00:23:35,165 Syabas! 413 00:23:40,045 --> 00:23:42,923 DITEMPAH: MOLLY WELLS 414 00:23:43,006 --> 00:23:45,884 - Mari sini, bintang! - Hei! 415 00:23:45,968 --> 00:23:47,928 Aduhai! Terima kasih sebab datang. 416 00:23:48,011 --> 00:23:49,137 Awak menakjubkan! 417 00:23:49,221 --> 00:23:52,516 Aduhai! Apabila awak sebut tajuk semasa persembahan itu, 418 00:23:52,599 --> 00:23:56,019 - Saya tak tahu awak boleh buat begitu! - Ia sangat mengharukan. 419 00:23:56,103 --> 00:23:57,479 Cara awak empelas kanu itu, 420 00:23:57,563 --> 00:24:00,148 seolah-olah awak membuang semua ketakutan dan kebencian yang… 421 00:24:00,232 --> 00:24:02,067 Tidak. Bukan itu maksudnya, Ainsley. 422 00:24:02,150 --> 00:24:04,653 Okey. Saya juga suka kostum itu. 423 00:24:05,404 --> 00:24:09,825 Saya suka tarikan seksual antara watak awak dan Linda. 424 00:24:09,908 --> 00:24:11,243 Sangat mendebarkan. 425 00:24:11,326 --> 00:24:13,287 Rhonda, Linda watak ibunya. 426 00:24:13,370 --> 00:24:14,705 Saya tahu. 427 00:24:14,788 --> 00:24:17,374 Okey. Saya takkan ada di sini hari ini jika bukan sebab dia. 428 00:24:17,457 --> 00:24:18,834 Dia punca saya berada di sana. 429 00:24:18,917 --> 00:24:22,379 Tolonglah, saya dah menangis malam ini. Jangan buat saya menangis lagi. 430 00:24:22,462 --> 00:24:25,465 Hai. Saya ada penghantaran daripada Molly Wells. 431 00:24:25,549 --> 00:24:26,550 Terima kasih. 432 00:24:27,259 --> 00:24:28,468 Pelik. 433 00:24:29,803 --> 00:24:32,681 Katanya, "Maaf saya tak dapat hadir. 434 00:24:32,764 --> 00:24:35,309 Saya pasti awak hebat. Nikmati hadiah ini daripada saya." 435 00:24:38,353 --> 00:24:42,441 Louis Roederer Cristal 2006. Itu sangat bagus. 436 00:24:45,194 --> 00:24:47,863 Baiklah. Mari ke bar dan buka champagne ini. 437 00:24:47,946 --> 00:24:49,781 Saya belanja semua minuman lain. 438 00:24:49,865 --> 00:24:50,908 - Okey. - Terima kasih. 439 00:24:50,991 --> 00:24:53,076 - Sofia! - Baiklah. Mari pergi! 440 00:24:56,246 --> 00:24:57,539 Awak mahu pesan apa? 441 00:24:57,623 --> 00:24:59,541 Rasanya saya mahu gin dan tonik. 442 00:25:08,217 --> 00:25:10,719 MAAFKAN SAYA. KEADAAN JADI KELAM KABUT, SAYA TAK PERASAN MASA. 443 00:25:10,802 --> 00:25:12,221 JUMPA DI CORSICA. SAYANG AWAK. 444 00:25:15,182 --> 00:25:16,683 Kita akan mendarat sebentar lagi. 445 00:26:12,865 --> 00:26:14,867 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman