1 00:00:06,363 --> 00:00:09,603 Jika awak tak buka pintu ini, saya akan pecahkannya! 2 00:00:13,083 --> 00:00:15,363 Saya akan pecahkan cermin ini. 3 00:00:15,883 --> 00:00:17,003 Dia mabuk. 4 00:00:19,723 --> 00:00:20,723 Chloe, dengar sini. 5 00:00:20,803 --> 00:00:22,443 Selalunya tak teruk begini. 6 00:00:22,963 --> 00:00:26,203 Awak takut dengan dia. Jika tidak, awak takkan telefon. 7 00:00:28,003 --> 00:00:29,763 Dengar cakap saya, bedebah! 8 00:00:32,483 --> 00:00:33,403 Chloe. 9 00:00:35,803 --> 00:00:36,803 Saya cinta awak. 10 00:00:38,363 --> 00:00:39,443 Chloe? 11 00:00:40,283 --> 00:00:41,643 Buka pintu ini. 12 00:00:45,123 --> 00:00:46,363 Saya bertindak bodoh. 13 00:00:46,443 --> 00:00:47,563 Tidak, awak... 14 00:00:47,643 --> 00:00:49,443 -Saya tak patut telefon. -Chloe... 15 00:01:15,803 --> 00:01:16,723 Ibu. 16 00:01:20,603 --> 00:01:23,683 Tak apa, sayang. Pergi tidur semula. 17 00:01:25,323 --> 00:01:26,483 Ayah sudah pulang. 18 00:01:27,883 --> 00:01:29,963 Ibu dan ayah mahu bercakap saja. 19 00:01:31,643 --> 00:01:32,923 Okey? 20 00:01:34,563 --> 00:01:36,323 Pergi tidur semula, ya? 21 00:01:58,883 --> 00:02:00,123 Shane. 22 00:03:41,043 --> 00:03:47,043 Kala Syaitan Mengamuk: Musim 1 23 00:04:19,163 --> 00:04:23,243 Saya nampak awak malam itu, waktu mereka bawa Shane Fisher. 24 00:04:23,963 --> 00:04:26,403 Saya ada di sana. Di tengah orang ramai. 25 00:04:28,523 --> 00:04:32,363 Bertahun-tahun saya cari awak dan tiba-tiba awak ada di sana. 26 00:04:33,283 --> 00:04:34,603 Kembali kepada saya. 27 00:04:34,803 --> 00:04:38,283 Oleh keindahan suratan takdir. 28 00:04:39,563 --> 00:04:41,403 -Indah? -Awak mengenali dia. 29 00:04:42,203 --> 00:04:43,283 Shane. 30 00:04:46,083 --> 00:04:48,403 Awak tahu niat di hatinya. 31 00:04:49,283 --> 00:04:52,563 Tidak. Tidak, saya tak tahu. 32 00:04:52,723 --> 00:04:55,963 Adakah dia tidur dengan nyenyak? Tilly? 33 00:04:57,803 --> 00:05:00,843 Lucy, perkara yang saya akan beritahu awak malam ini 34 00:05:02,403 --> 00:05:04,123 mungkin agak mustahil bunyinya. 35 00:05:05,403 --> 00:05:08,483 Saya mahu awak dengar, kemudian awak perlu tipu saya. 36 00:05:08,603 --> 00:05:10,523 Saya mahu awak yakinkan saya, 37 00:05:10,603 --> 00:05:12,363 yang awak tak percayakan saya. 38 00:05:12,403 --> 00:05:13,683 Kenapa? 39 00:05:14,403 --> 00:05:17,283 Jika dia fikir awak percaya apa yang saya katakan, 40 00:05:17,363 --> 00:05:19,363 dia akan kata awak tak stabil. 41 00:05:20,163 --> 00:05:23,403 Jika awak kata tak percaya, dia tak boleh kata awak tipu. 42 00:05:23,483 --> 00:05:24,763 Pandang saya. 43 00:05:26,283 --> 00:05:28,283 Dia tak boleh buktikan yang awak gila. 44 00:05:29,643 --> 00:05:32,563 Bagaimana kalau saya memang gila? 45 00:06:04,403 --> 00:06:05,323 Mike? 46 00:06:12,323 --> 00:06:13,403 Jangan tidur. 47 00:06:15,923 --> 00:06:18,003 Tukarlah bantal kekabu semula. 48 00:06:18,603 --> 00:06:19,723 Mata saya akan gatal. 49 00:06:19,803 --> 00:06:22,523 Tidurlah di katil sendiri. Cepatlah, dah lewat. 50 00:06:24,603 --> 00:06:25,483 Awak okey? 51 00:06:26,203 --> 00:06:27,123 Saya okey. 52 00:06:27,203 --> 00:06:29,563 -Awak tak cakap sepatah pun. -Tentang apa? 53 00:06:31,083 --> 00:06:32,923 Tentang minggu lepas. 54 00:06:33,523 --> 00:06:35,883 -Shane Fisher. -Awak nak saya cakap apa? 55 00:06:36,963 --> 00:06:40,043 Saya tak suka awak berada dengan orang begitu. 56 00:06:40,123 --> 00:06:42,323 Itu kerja saya untuk bersama mereka. 57 00:06:42,403 --> 00:06:44,283 Saya tahu, dan saya tak suka. 58 00:06:44,843 --> 00:06:46,403 -Tak pernah. -Dia dah mati. 59 00:06:46,483 --> 00:06:48,403 Kurang satu kerisauan awak. 60 00:06:48,523 --> 00:06:50,123 Hei, saya serius. 61 00:06:51,403 --> 00:06:52,323 Saya tahu. 62 00:06:58,483 --> 00:07:00,123 Saya tak mahu jadi serius. 63 00:07:01,363 --> 00:07:02,523 Bukan sekarang. 64 00:07:02,603 --> 00:07:07,483 Saya cuma mahu minum wain, dengar lawak bodoh awak 65 00:07:07,563 --> 00:07:10,243 dan mungkin rasa sedikit inzal. 66 00:07:12,403 --> 00:07:13,283 Sedikit? 67 00:07:14,883 --> 00:07:15,723 Dua pertiga. 68 00:07:20,163 --> 00:07:21,083 Saya cinta awak. 69 00:07:24,003 --> 00:07:24,923 Saya tahu. 70 00:07:28,043 --> 00:07:29,003 Tapi? 71 00:07:29,923 --> 00:07:33,163 Saya tak perlu cinta awak. Saya mahu awak sayangkan dia. 72 00:07:34,043 --> 00:07:37,123 Saya dah cuba, tapi saya mahu dia sayang saya juga. 73 00:07:38,123 --> 00:07:39,123 Dia sayang awak. 74 00:07:43,763 --> 00:07:47,443 Awak fikir jika awak cukup sayangkan dia, dia akan rasainya. 75 00:07:47,683 --> 00:07:48,643 Tapi dia takkan. 76 00:07:49,963 --> 00:07:52,523 Awak tak boleh baiki dia, Luce. 77 00:07:58,403 --> 00:07:59,323 Hei... 78 00:08:02,243 --> 00:08:04,283 Hei. 79 00:08:10,363 --> 00:08:12,883 Kenapa Ratu tak lambai guna tangan ini? 80 00:08:14,843 --> 00:08:15,763 Saya tak tahu. 81 00:08:17,683 --> 00:08:18,923 Sebab ini tangan saya. 82 00:08:21,883 --> 00:08:22,883 Tak guna. 83 00:08:24,883 --> 00:08:26,603 Mike, saya serius. Keluar. 84 00:08:30,363 --> 00:08:31,443 Ya Tuhan! 85 00:08:34,083 --> 00:08:36,763 Isaac? Kenapa, sayang? 86 00:08:38,123 --> 00:08:39,803 Ada lelaki di taman. 87 00:09:15,883 --> 00:09:17,243 Awak nampak di mana? 88 00:09:24,803 --> 00:09:25,923 Dia buat apa? 89 00:09:27,123 --> 00:09:27,923 Mencari. 90 00:09:38,563 --> 00:09:39,523 Awak takut? 91 00:09:44,283 --> 00:09:45,643 Tak apa jika awak takut. 92 00:09:48,003 --> 00:09:49,803 Tak semua yang kita lihat wujud. 93 00:09:54,763 --> 00:09:55,683 Awak kesejukan. 94 00:09:58,363 --> 00:09:59,803 Pergi masuk, sayang. 95 00:10:23,123 --> 00:10:29,123 KEDAI MAINAN RIGBY 96 00:10:34,283 --> 00:10:36,123 Pilih apa-apa yang awak mahu. 97 00:10:36,563 --> 00:10:39,443 Tak kisahlah harganya. Apa-apa saja. 98 00:10:40,363 --> 00:10:42,683 Ya? Pergilah. Ibu di sini. 99 00:11:30,763 --> 00:11:33,323 Helo, apa semua ini? 100 00:11:33,523 --> 00:11:35,083 Awak buat masalah, ya? 101 00:11:35,243 --> 00:11:36,323 Siapa nama awak? 102 00:11:36,883 --> 00:11:37,963 Isaac Stephens. 103 00:11:39,243 --> 00:11:42,083 Isaac Stephens yang terkenal. 104 00:11:42,643 --> 00:11:46,483 Buat nakal lagi nampaknya. Biar saya cakap dengan ibu awak. 105 00:11:46,563 --> 00:11:47,603 Awaklah ibu saya. 106 00:11:48,043 --> 00:11:49,763 Saya bukan ibu awak. 107 00:11:50,163 --> 00:11:51,763 Saya pegawai polis. 108 00:11:51,883 --> 00:11:55,043 Teruskan berjalan. Jangan buang masa di sini. 109 00:11:56,363 --> 00:11:58,083 Isaac, mari sini, sayang. 110 00:11:58,883 --> 00:11:59,843 Ibu bergurau. 111 00:12:00,643 --> 00:12:02,003 Ibu cuba buat kelakar. 112 00:12:05,323 --> 00:12:07,923 Isaac, ibu akan beli apa-apa saja awak mahu. 113 00:12:08,803 --> 00:12:10,883 Apa-apa saja. Mari kita cari. 114 00:12:13,523 --> 00:12:15,483 Betul awak tak mahu topi polis? 115 00:12:18,803 --> 00:12:19,723 Okey. 116 00:12:46,363 --> 00:12:48,683 Ibu boleh jadi penyanyi, bukan? 117 00:12:49,923 --> 00:12:50,923 Sudah tentu. 118 00:13:13,483 --> 00:13:15,363 Isaac, tolong buka pintu. 119 00:13:17,443 --> 00:13:19,763 Cepat! Cepat! Tangan ibu nak tercabut. 120 00:13:24,483 --> 00:13:25,763 Isaac. 121 00:13:28,403 --> 00:13:30,723 Mahu ibu buka permainan baru awak? 122 00:13:32,403 --> 00:13:33,363 Ini dia. 123 00:13:39,883 --> 00:13:41,683 Awak tak mahu main dengannya? 124 00:13:45,203 --> 00:13:47,603 Awak minta ibu belikan, jadi mainlah. 125 00:13:48,243 --> 00:13:49,163 Tolonglah. 126 00:13:57,643 --> 00:13:58,563 Main dengannya. 127 00:14:10,203 --> 00:14:11,163 Pergi ke bilik. 128 00:14:30,683 --> 00:14:34,763 Ini semua bukti yang dirampas dari Brightside Lodges Khamis lalu. 129 00:14:35,683 --> 00:14:38,403 Tempahan tanpa nama, tapi kami yakin lelaki ini 130 00:14:38,483 --> 00:14:41,083 yang membunuh Harold Slade dan Shane Fisher. 131 00:14:43,203 --> 00:14:46,843 Kita tak tahu siapa dia. Tak tahu dari mana dia datang. 132 00:14:47,243 --> 00:14:49,363 Kita tak tahu tentang rupa dia. 133 00:14:49,443 --> 00:14:53,483 Apa yang kita tahu ialah dia mencari wanita bernama Lucy Chambers. 134 00:14:55,443 --> 00:14:59,683 Saya tahu kamu sibuk, tapi lelaki ini bunuh dua orang dalam dua minggu. 135 00:14:59,763 --> 00:15:03,203 Berhenti buat kerja kamu sekarang dan kosongkan kotak ini. 136 00:15:04,003 --> 00:15:06,123 Jangan lupa tandatangan pada label. 137 00:15:06,203 --> 00:15:08,523 Apa-apa yang merujuk kepada 138 00:15:08,603 --> 00:15:11,483 tarikh, masa, nama, masukkan dalam kotak merah. 139 00:15:12,723 --> 00:15:15,563 Gambar tentang pokok, puisi kehidupan, 140 00:15:15,643 --> 00:15:18,923 lukisan lebah, masuk ke dalam kotak hijau. 141 00:15:21,003 --> 00:15:22,203 Ada soalan? 142 00:15:23,483 --> 00:15:24,323 Ya. 143 00:15:24,403 --> 00:15:26,843 Bukankah barang berguna masuk kotak hijau? 144 00:15:27,643 --> 00:15:30,443 -Kenapa? -Hijau itu bagus, merah itu teruk. 145 00:15:30,523 --> 00:15:33,723 Tapi merah juga bermaksud penting, 146 00:15:34,563 --> 00:15:35,923 seperti bendera merah. 147 00:15:37,083 --> 00:15:40,043 Hijau maksudnya okey saja. Tak perlu dirisaukan. 148 00:15:40,163 --> 00:15:43,803 Tapi hijau tanda pergi, ambil tindakan. Merah tanda berhenti. 149 00:15:43,883 --> 00:15:45,603 Henti itu perbuatan, bukan? 150 00:15:45,683 --> 00:15:49,323 Jika sedang memandu dan nampak lampu merah, itu satu tindakan. 151 00:15:49,723 --> 00:15:50,923 Tidak. Kamu letak... 152 00:15:51,003 --> 00:15:53,843 Kami jumpa video kanak-kanak dalam komputer ribanya. 153 00:16:00,043 --> 00:16:03,003 Kami juga nampak nama "Hobson" ditulis di dinding. 154 00:16:04,803 --> 00:16:07,243 Itu nama patung beruang Jonah Taylor. 155 00:16:07,843 --> 00:16:08,723 Ini bukan lawak. 156 00:16:12,443 --> 00:16:13,363 Mulakan kerja. 157 00:16:28,963 --> 00:16:31,003 Isaac, awak sudah pakai kasut? 158 00:16:32,843 --> 00:16:33,763 Isaac? 159 00:16:40,603 --> 00:16:42,043 Awak buat apa, sayang? 160 00:16:42,363 --> 00:16:43,843 Awak buat apa, sayang? 161 00:16:47,523 --> 00:16:48,363 Hei. 162 00:16:49,643 --> 00:16:50,883 Apa yang awak tengok? 163 00:16:53,123 --> 00:16:55,203 Dia tak dibenarkan menyertai kita. 164 00:16:58,443 --> 00:16:59,363 Menyertai apa? 165 00:17:03,003 --> 00:17:06,003 Awak gunakan imaginasi seperti yang kita bincangkan? 166 00:17:11,083 --> 00:17:12,123 Awak nampak apa? 167 00:17:14,963 --> 00:17:17,283 Dia tahu dia tak patut buat begitu. 168 00:17:26,483 --> 00:17:29,603 Tidak, lupakan saja. Buang semuanya. 169 00:17:30,243 --> 00:17:32,683 -Awak pasti tak pernah jumpa orang ini? -Tak. 170 00:17:32,763 --> 00:17:34,283 Cuba lihat lebih dekat. 171 00:17:37,123 --> 00:17:38,603 Saya tak tahu ini siapa. 172 00:17:40,003 --> 00:17:40,923 Yang ini pula? 173 00:17:42,003 --> 00:17:44,363 Tak tahu. Siapa mereka? 174 00:17:45,043 --> 00:17:47,283 Harold dibunuh di rumahnya Isnin lalu. 175 00:17:47,363 --> 00:17:50,443 Shane dijumpai mati di rumah bekas isterinya Khamis lalu. 176 00:17:50,523 --> 00:17:52,843 -Orang tempatan. -Slade tinggal di Tanford. 177 00:17:53,083 --> 00:17:55,843 -Shane dari Gillington. -Tiada kenalan di sana. 178 00:17:55,963 --> 00:17:58,123 Bagaimana dengan pelanggan, rakan lama? 179 00:17:58,203 --> 00:18:00,923 Maaf. Apa kaitan semua ini dengan saya? 180 00:18:08,243 --> 00:18:09,123 Apakah ini? 181 00:18:09,203 --> 00:18:10,443 DI MANAKAH LUCY CHAMBERS 182 00:18:10,523 --> 00:18:12,923 Suspek tinggal di rumah tumpangan. 183 00:18:13,003 --> 00:18:14,603 Ini diambil dari biliknya. 184 00:18:16,243 --> 00:18:17,363 Ini tak masuk akal. 185 00:18:17,483 --> 00:18:19,363 Betul awak tak kenal mereka? 186 00:18:21,803 --> 00:18:24,923 Alamat awak ialah 33, Clinton Road. Betul, kan? 187 00:18:26,203 --> 00:18:28,723 Kami akan letakkan peronda di luar rumah. 188 00:18:29,803 --> 00:18:31,363 Sebagai langkah berwaspada. 189 00:18:31,443 --> 00:18:33,763 Awak bukan satu-satunya Lucy Chambers. 190 00:18:34,363 --> 00:18:37,843 Jangan risau. Kami akan hubungi awak jika ada apa-apa. 191 00:18:40,123 --> 00:18:41,563 Terima kasih. 192 00:18:54,123 --> 00:18:58,083 Dia pilih mainan yang sama setiap kali. 193 00:18:59,843 --> 00:19:02,243 Mesti koleksi awak besar, Isaac. 194 00:19:02,683 --> 00:19:04,203 Awak buat apa dengannya? 195 00:19:08,563 --> 00:19:09,483 Tiada apa-apa. 196 00:19:10,763 --> 00:19:12,723 Dia tak buat apa-apa dengannya. 197 00:19:15,443 --> 00:19:18,043 Biar saya cuba sesuatu. 198 00:19:18,123 --> 00:19:22,843 Ia mungkin sedikit mudah, tapi cuba bertahan. 199 00:19:30,443 --> 00:19:33,563 Isaac, saya mahu awak lihat gambar dengan saya. 200 00:19:34,323 --> 00:19:35,483 Awak okey? 201 00:19:35,763 --> 00:19:37,363 Baiklah. Jadi... 202 00:19:38,323 --> 00:19:42,283 Boleh awak beritahu sama ada orang ini gembira atau sedih? 203 00:19:44,843 --> 00:19:45,763 Sedih. 204 00:19:46,723 --> 00:19:49,723 -Bagaimana awak tahu? -Dia menangis. 205 00:19:52,843 --> 00:19:56,283 Baik. Bagaimana dengan orang ini? 206 00:19:56,923 --> 00:19:57,843 Takut. 207 00:19:57,923 --> 00:20:00,363 Ya. Mereka nampak takut, bukan? 208 00:20:00,443 --> 00:20:01,683 Ya. Bagus. 209 00:20:02,203 --> 00:20:03,843 -Yang ini? -Marah. 210 00:20:03,963 --> 00:20:06,683 Ya. Sangat marah. Bagus. 211 00:20:08,843 --> 00:20:11,043 Bagaimana dengan yang ini? 212 00:20:11,843 --> 00:20:13,443 -Gembira. -Betul. 213 00:20:13,523 --> 00:20:15,523 Bagus. Ini wajah gembira. 214 00:20:17,083 --> 00:20:19,563 Apa yang buat awak gembira, Isaac? 215 00:20:23,003 --> 00:20:25,123 Saya tak tahu. 216 00:20:26,043 --> 00:20:27,083 Ibu awak pula? 217 00:20:27,283 --> 00:20:29,483 Apa yang buat ibu awak gembira? 218 00:20:31,843 --> 00:20:32,803 Kentang goreng. 219 00:20:34,123 --> 00:20:36,363 Okey, kentang goreng. Lagi? 220 00:20:36,443 --> 00:20:38,123 Apa lagi yang Ibu gembira? 221 00:20:38,363 --> 00:20:40,843 -Muzik. -Muzik. Bagus. 222 00:20:42,003 --> 00:20:44,603 Apa pula yang buat Ibu sedih? 223 00:20:50,563 --> 00:20:51,483 Saya. 224 00:21:26,363 --> 00:21:27,763 Jahanam! 225 00:21:38,123 --> 00:21:41,123 Mereka datang ke sekolah lebam-lebam setiap minggu. 226 00:21:41,243 --> 00:21:45,523 Ibu dan teman lelakinya kaki botol. Tiada siapa yang jaga mereka. 227 00:21:45,603 --> 00:21:47,963 Apa lagi kalau bukan Seksyen 47? 228 00:21:48,043 --> 00:21:50,203 -Siapa yang uruskan kes MASH? -Karen. 229 00:21:50,963 --> 00:21:55,123 Ia dikelaskan sebagai anak yang terabai. Itu tak betul, ia Seksyen 47. 230 00:21:55,243 --> 00:21:57,123 Asalkan tak perlu buat kerja. 231 00:21:57,203 --> 00:21:59,523 -Sementara itu, anak ini... -Baik, Rob. 232 00:21:59,603 --> 00:22:01,403 Saya akan beritahu Karen. 233 00:22:01,523 --> 00:22:04,563 Saya akan cuba dapatkan sokongan polis. 234 00:22:05,323 --> 00:22:06,243 Terima kasih. 235 00:22:08,163 --> 00:22:09,003 Maaf. 236 00:22:10,683 --> 00:22:11,643 Awak apa khabar? 237 00:22:17,283 --> 00:22:20,123 Saya asyik terfikirkannya walaupun tiada di sana. 238 00:22:21,603 --> 00:22:23,203 Saya sangka dia bunuh mereka. 239 00:22:23,523 --> 00:22:26,323 Berada di tepi jalan itu, saya begitu yakin. 240 00:22:28,803 --> 00:22:31,123 Bila saya dapat tahu ia adalah Shane, 241 00:22:32,603 --> 00:22:34,203 saya rasa lega. 242 00:22:35,763 --> 00:22:37,643 Dia mati dan saya rasa lega. 243 00:22:37,883 --> 00:22:39,243 Tidak, anak itu selamat. 244 00:22:39,923 --> 00:22:41,323 Sebab itu awak rasa lega. 245 00:22:41,403 --> 00:22:43,483 Saya yakin Shane akan cederakan mereka. 246 00:22:46,643 --> 00:22:47,883 Saya tahu. 247 00:22:50,043 --> 00:22:51,483 Ya. Apapun... 248 00:22:53,363 --> 00:22:55,603 Awak mempunyai naluri yang kuat. 249 00:22:57,763 --> 00:23:00,363 Sebab itu awak duduk di kerusi cantik ini. 250 00:23:00,643 --> 00:23:03,963 Ini kerusi cantik? Kasihan punggung awak. 251 00:23:04,043 --> 00:23:06,163 Ada perkara lebih teruk dari itu. 252 00:23:06,243 --> 00:23:08,803 -Janji awak dapat tidur seharian. -Jangan begitu. 253 00:23:09,043 --> 00:23:10,803 -Apa? -Awak berdiri di sini 254 00:23:10,883 --> 00:23:13,123 di pejabat saya, memukul diri sendiri. 255 00:23:13,363 --> 00:23:14,843 Saya tak buat begitu pun. 256 00:23:14,923 --> 00:23:17,323 Itu yang saya akan letak dalam laporan. 257 00:23:20,043 --> 00:23:20,963 Awak okey? 258 00:23:21,683 --> 00:23:22,603 Ya, saya okey. 259 00:23:28,483 --> 00:23:31,243 Rob. Fiat Punto itu milik siapa? 260 00:23:32,283 --> 00:23:35,163 -Tina rasanya. Kenapa? -Saya terlanggar tadi. 261 00:23:36,123 --> 00:23:39,643 -Satu bampar tercabut. -Mahu saya beritahu dia? 262 00:23:39,883 --> 00:23:41,403 Tidak. Saya akan cakap. 263 00:23:42,603 --> 00:23:44,923 Awak pergilah duduk di kerusi... 264 00:23:45,523 --> 00:23:46,643 buruk awak itu. 265 00:24:33,003 --> 00:24:36,003 Betul itu yang awak mahu? Kami boleh cari rumah baru 266 00:24:36,083 --> 00:24:37,803 -dalam keadaan ini. -Tidak. 267 00:24:40,243 --> 00:24:42,243 Rumah awak masih disita. 268 00:24:43,323 --> 00:24:44,323 Sampai bila? 269 00:24:44,643 --> 00:24:45,563 Saya tak tahu. 270 00:24:45,843 --> 00:24:47,563 Saya perlu tanya pihak polis. 271 00:24:49,403 --> 00:24:50,883 Mereka dah jumpa pesalah? 272 00:24:50,963 --> 00:24:52,683 Maaf. Kami tak tahu apa-apa. 273 00:24:52,763 --> 00:24:55,203 Tugas saya memastikan kamu bertiga okey. 274 00:24:58,083 --> 00:24:59,203 Kami akan okey. 275 00:25:04,003 --> 00:25:05,483 Saya patut biar dia masuk. 276 00:25:06,123 --> 00:25:10,083 -Dia mengugut awak, Chloe. -Kerana saya pentingkan diri sendiri. 277 00:25:14,843 --> 00:25:17,963 Awak dah fikirkan cadangan saya untuk jumpa seseorang? 278 00:25:18,043 --> 00:25:21,243 Saya tak perlu jumpa seseorang. Okey? 279 00:25:21,843 --> 00:25:23,283 Saya cuma mahu pulang. 280 00:25:28,923 --> 00:25:29,803 Maaf. 281 00:25:32,723 --> 00:25:34,083 Kakak saya sangat baik. 282 00:25:36,563 --> 00:25:37,843 Tapi di sini sempit. 283 00:25:38,923 --> 00:25:40,363 Kami tak boleh tidur. 284 00:25:41,803 --> 00:25:45,683 Sebaik saja Seb tidur, saya terjaga kerana sakit dada. 285 00:25:47,363 --> 00:25:48,643 Sakit dada? 286 00:25:50,163 --> 00:25:54,043 Saya mula mendapat... Apa namanya? 287 00:25:54,163 --> 00:25:55,283 Refluks asid? 288 00:25:56,723 --> 00:26:00,763 Saya rasa seperti ada orang mencucuk dada saya. 289 00:26:02,363 --> 00:26:03,563 Bila ia berlaku? 290 00:26:05,643 --> 00:26:06,563 Saya tak tahu. 291 00:26:07,563 --> 00:26:10,843 Pukul 11:00-12:00? Apa bezanya? 292 00:26:12,043 --> 00:26:13,723 Tiada apa-apa. Maaf. 293 00:26:17,483 --> 00:26:19,363 Kami akan pastikan kamu pulang. 294 00:26:20,243 --> 00:26:21,803 Saya akan cakap dengan polis. 295 00:26:31,923 --> 00:26:33,083 Tak guna. 296 00:26:53,123 --> 00:26:54,123 Lucy Chambers? 297 00:26:54,203 --> 00:26:55,123 Ya. 298 00:26:55,363 --> 00:26:56,523 Saya D.I Ravi Dhillon. 299 00:26:56,603 --> 00:26:57,883 Ini D.S. Holness. 300 00:26:57,963 --> 00:27:00,963 Kami ingin tanya awak beberapa soalan. 301 00:27:01,043 --> 00:27:03,763 -Tiada apa yang perlu dirisaukan. -Sudah tentu. 302 00:27:04,443 --> 00:27:06,443 Boleh awak lihat gambar ini? 303 00:27:08,123 --> 00:27:09,763 Awak kenal lelaki ini? 304 00:27:11,723 --> 00:27:12,763 Rasanya tidak. 305 00:27:13,483 --> 00:27:15,003 Namanya Harold Slade. 306 00:27:15,083 --> 00:27:16,523 Adakah itu membantu? 307 00:27:18,843 --> 00:27:19,843 Yang ini pula? 308 00:27:22,163 --> 00:27:23,643 Tidak. Patutkah saya kenal? 309 00:27:28,643 --> 00:27:31,043 Awak pernah lihat kenderaan ini? 310 00:27:34,643 --> 00:27:35,763 Puan Chambers? 311 00:27:40,403 --> 00:27:42,163 Itu memang sudah pecah. 312 00:27:43,923 --> 00:27:46,283 Di mana awak lihat kereta ini, puan? 313 00:27:46,363 --> 00:27:47,803 Kami tinggal di Tambrook. 314 00:27:48,123 --> 00:27:49,483 Ia agak terasing. 315 00:27:50,163 --> 00:27:54,683 Dalam tiga tahun lepas, kami perasan ada kereta berwarna merah dalam hutan. 316 00:27:55,203 --> 00:27:56,443 Ada laluan di situ. 317 00:27:56,923 --> 00:27:59,323 Orang bawa anjing mereka berjalan di situ. 318 00:27:59,403 --> 00:28:03,243 Mereka datang dan pergi, tapi kereta ini tidak pergi. 319 00:28:06,923 --> 00:28:08,283 Ia komuniti kecil. 320 00:28:08,363 --> 00:28:11,563 Semua saling mengenali, tapi tiada sesiapa kenal pemiliknya. 321 00:28:12,403 --> 00:28:15,243 Jiran saya kata dia nampak ia meronda waktu malam. 322 00:28:15,323 --> 00:28:18,843 Ia muncul di tempat-tempat berlainan. 323 00:28:19,963 --> 00:28:24,243 Suatu hari, kami nampak ia muncul di lorong kami. 324 00:28:25,323 --> 00:28:27,323 Awak nampak siapa pemandunya? 325 00:28:28,123 --> 00:28:29,763 Tiada siapa nampak pemandunya. 326 00:28:30,443 --> 00:28:32,483 Itu salah satu perkara yang... 327 00:28:33,643 --> 00:28:34,643 Puan Chambers? 328 00:28:36,283 --> 00:28:37,323 Awak tahu... 329 00:28:37,403 --> 00:28:40,203 Imaginasi kita kadangkala melalut, bukan? 330 00:28:40,923 --> 00:28:43,483 Dan satu hari ia terus hilang. 331 00:28:44,163 --> 00:28:45,283 Tak kelihatan lagi. 332 00:28:47,803 --> 00:28:49,403 Tapi memang kereta ini? 333 00:28:51,523 --> 00:28:52,603 Ini tentang apa? 334 00:28:54,043 --> 00:28:57,603 Kereta ini dicuri. Kami cuma memastikan penampakannya. 335 00:28:57,883 --> 00:28:59,243 Itu tiga tahun lepas. 336 00:28:59,323 --> 00:29:01,683 Tiada apa yang perlu dirisaukan. 337 00:29:01,763 --> 00:29:04,523 Ribuan terima kasih, Puan Chambers. 338 00:29:10,123 --> 00:29:12,763 Awak patut beritahu, Dhillon. Dia dalam bahaya. 339 00:29:13,043 --> 00:29:16,043 Tidak. Dia dijumpai tiga tahun lalu dan dilepaskan. 340 00:29:16,123 --> 00:29:17,883 Apa? Saya tak faham. 341 00:29:18,643 --> 00:29:21,123 Ini bukan Lucy Chambers yang dia cari. 342 00:29:22,243 --> 00:29:25,163 Kita tak boleh biar semua wanita ini ketakutan. 343 00:29:25,243 --> 00:29:28,283 Kita perlu cari Lucy Chambers yang betul sebelum dia. 344 00:29:28,363 --> 00:29:30,403 -Ada duit kecil, encik? -Maaflah. 345 00:29:35,523 --> 00:29:36,483 Ambillah. 346 00:29:36,563 --> 00:29:38,123 -Terima kasih. -Sama-sama. 347 00:29:38,203 --> 00:29:39,123 Jaga diri. 348 00:29:39,843 --> 00:29:41,963 Awak tahu dia akan beli arak, bukan? 349 00:29:42,043 --> 00:29:44,683 Awak ingat saya akan guna untuk beli apa? 350 00:30:01,643 --> 00:30:03,323 Awak buat apa di sekolah? 351 00:30:03,403 --> 00:30:06,163 Mengira, mengeja, dan berlakon. 352 00:30:07,403 --> 00:30:10,003 -Berlakon bagaimana? -Saya jadi angkasawan. 353 00:30:10,643 --> 00:30:11,723 Angkasawan? 354 00:30:13,083 --> 00:30:14,003 Seronok? 355 00:30:15,443 --> 00:30:16,363 Saya tak tahu. 356 00:30:16,883 --> 00:30:18,323 Awak terbang ke bulan? 357 00:30:19,963 --> 00:30:21,283 Tidak. Olok-olok saja. 358 00:30:25,843 --> 00:30:29,763 Olok-olok seperti Meredith? 359 00:30:30,123 --> 00:30:31,243 Dia bukan olok-olok. 360 00:30:37,003 --> 00:30:40,243 Awak ingat gadis yang kita jumpa di jalan tempoh hari? 361 00:30:40,323 --> 00:30:41,563 Nama dia Meredith. 362 00:30:41,963 --> 00:30:42,963 Meredith Warren. 363 00:30:43,083 --> 00:30:44,643 Meredith Warren, mari sini. 364 00:30:48,523 --> 00:30:49,563 Apa awak cakap? 365 00:30:49,643 --> 00:30:53,003 Meredith Warren, naik ke atas dan muhasabah diri. 366 00:30:54,763 --> 00:30:56,283 Bukan, sayang. 367 00:30:56,363 --> 00:30:59,403 Ingat tak, ibu cakap tentang budak perempuan 368 00:30:59,483 --> 00:31:01,643 yang tinggal bersama ibu bapanya. 369 00:31:04,203 --> 00:31:05,403 Mereka ada di sini juga. 370 00:31:14,603 --> 00:31:16,043 Apa yang awak tengok? 371 00:31:23,523 --> 00:31:24,443 Hentikannya. 372 00:31:26,763 --> 00:31:27,763 Cepat makan. 373 00:31:35,043 --> 00:31:36,603 Awak mahu dengar muzik? 374 00:31:38,563 --> 00:31:39,763 Mari pasang lagu. 375 00:31:55,163 --> 00:31:59,123 JONAH TAYLOR: PANGGILAN MAKLUMAT BARU TENTANG KANAK-KANAK HILANG 376 00:32:11,883 --> 00:32:13,003 Sebentar. 377 00:32:19,483 --> 00:32:22,243 Maaflah. Saya mahu ambil pesanan sarapan awak. 378 00:32:22,883 --> 00:32:25,563 Saya tak makan di sini. Saya akan keluar awal. 379 00:32:25,643 --> 00:32:26,883 Terima kasih. 380 00:33:11,523 --> 00:33:15,963 "Mainan mekanikal itu lebih hebat dan memandang rendah semua orang lain. 381 00:33:16,483 --> 00:33:20,123 "Mereka ada banyak idea moden dan sangka mereka semua benar." 382 00:33:23,043 --> 00:33:24,323 Awak tengok apa? 383 00:33:26,403 --> 00:33:28,963 -Isaac? -Ada seorang lelaki. 384 00:33:30,723 --> 00:33:32,763 Tiada sesiapa di sana. Cuma kita. 385 00:33:37,883 --> 00:33:39,043 Isaac, pandang ibu. 386 00:33:40,403 --> 00:33:42,443 -Pandang ibu. -Hentikan. 387 00:33:42,603 --> 00:33:43,523 Hentikan. 388 00:33:54,843 --> 00:33:56,523 Awak tengok apa pula? 389 00:33:57,243 --> 00:33:58,163 Dia berjalan. 390 00:34:00,803 --> 00:34:03,923 Tak baik berlakon begitu, sayang. Ibu takut. 391 00:34:05,483 --> 00:34:08,163 -Dia bukan olok-olok. -Benarkah? 392 00:34:09,483 --> 00:34:11,963 Adakah ia lelaki yang awak nampak di taman? 393 00:34:17,123 --> 00:34:18,323 Dia buat apa sekarang? 394 00:34:20,403 --> 00:34:21,323 Melihat. 395 00:34:23,203 --> 00:34:25,003 Melihat kita? 396 00:34:28,363 --> 00:34:29,243 Saya tak tahu. 397 00:34:38,603 --> 00:34:39,643 Sekarang pula? 398 00:34:43,843 --> 00:34:45,203 Dia di sebelah ibu. 399 00:34:54,043 --> 00:34:57,163 Tiada siapa di sini. Nampak? Imaginasi awak saja. 400 00:35:01,683 --> 00:35:02,923 Tidurlah, sayang. 401 00:35:03,963 --> 00:35:05,203 Tidurlah, sayang. 402 00:35:14,643 --> 00:35:15,963 Selamat malam, sayang. 403 00:37:22,083 --> 00:37:23,523 -Hai. -Hai. 404 00:37:24,683 --> 00:37:27,083 -Saya mengganggu? -Tidak, tak apa. 405 00:37:27,163 --> 00:37:28,683 Saya sedang mengecat. 406 00:37:29,243 --> 00:37:30,523 -Awak... -Lucy. 407 00:37:31,083 --> 00:37:32,603 Lucy? Ya, nombor tujuh. 408 00:37:33,203 --> 00:37:36,363 Saya cuma mahu ucap "Helo" dan... 409 00:37:36,603 --> 00:37:38,643 "Selamat datang". Jadi... 410 00:37:39,683 --> 00:37:41,523 Helo, selamat datang. 411 00:37:42,683 --> 00:37:44,603 Terima kasih. Saya Debbie. 412 00:37:45,083 --> 00:37:46,963 Maaf. Sebenarnya kami... 413 00:37:47,523 --> 00:37:48,443 Kami tak minum. 414 00:37:50,443 --> 00:37:51,683 Oh. Maaf. 415 00:37:54,163 --> 00:37:55,483 Awak mahu secawan teh? 416 00:37:55,563 --> 00:37:57,843 Saya harus pergi. Saya cuma menyapa. 417 00:37:57,923 --> 00:38:02,043 Dan jika awak nak pinjam gula atau apa-apa pun... 418 00:38:02,163 --> 00:38:05,043 Bagus juga kerana gula kami habis. 419 00:38:05,203 --> 00:38:06,803 -Betulkah? -Tidak. 420 00:38:07,643 --> 00:38:10,563 -Siapa yang pinjam gula? -Entahlah. 421 00:38:10,643 --> 00:38:12,803 Tapi jika awak perlukan, saya ada. 422 00:38:12,883 --> 00:38:14,363 -Nombor tujuh. -Tujuh. 423 00:38:17,123 --> 00:38:20,523 Sebenarnya, boleh juga minum secawan teh. 424 00:38:20,683 --> 00:38:21,603 Ya. 425 00:38:24,483 --> 00:38:27,203 Lee sudah merancang untuk ubah suai loteng. 426 00:38:27,243 --> 00:38:29,043 Hari ketiga, dia ada di atas. 427 00:38:29,123 --> 00:38:31,683 Fikir tentang tempat nak meletak tangga baru. 428 00:38:31,803 --> 00:38:34,403 Dia tak tenang jika tak dapat pecahkan sesuatu. 429 00:38:35,123 --> 00:38:38,203 -Dia ada rancangan untuk rumah awak. -Rumah saya? 430 00:38:39,523 --> 00:38:40,403 Nombor tujuh. 431 00:38:42,203 --> 00:38:43,483 Kami letak harga rendah. 432 00:38:44,563 --> 00:38:46,163 Tapi harga awak lebih tinggi. 433 00:38:48,683 --> 00:38:49,603 Maaf. 434 00:38:50,243 --> 00:38:52,643 Tak perlulah. Saya percaya pada takdir. 435 00:38:52,683 --> 00:38:55,403 Jika ia ditakdirkan, kami akan tinggal di sana. 436 00:38:56,043 --> 00:38:57,683 Cuma kamu bertiga di sini? 437 00:38:58,043 --> 00:38:59,683 Ya. Syukurlah. 438 00:39:00,043 --> 00:39:01,123 Cukup seorang anak. 439 00:39:01,883 --> 00:39:05,923 Saya sayang dia, tapi saya tak larat jika ada dua, tiga seperti dia. 440 00:39:06,923 --> 00:39:09,163 -Berapa umur Meredith? -Tujuh tahun. 441 00:39:09,923 --> 00:39:11,483 Jangan tanya bagaimana. 442 00:39:11,563 --> 00:39:14,083 -Dia di Lyle Hill? -Rushgrow Primary. 443 00:39:16,003 --> 00:39:20,643 -Dia tak pernah pergi ke Lyle Hill? -Tidak. Anak awak di situ? 444 00:39:27,803 --> 00:39:29,523 Maaf. Boleh saya jawab? 445 00:39:30,523 --> 00:39:31,443 Helo? 446 00:39:32,643 --> 00:39:35,883 Helo? Tak, sedang mengecat. Ya, saya sangka hujan... 447 00:40:45,083 --> 00:40:46,083 Awak tak gila. 448 00:40:46,923 --> 00:40:48,243 Jangan fikir begitu. 449 00:40:48,883 --> 00:40:49,923 Saya tahu sukar. 450 00:40:52,003 --> 00:40:56,123 Saya tahu semuanya nampak tak masuk akal... 451 00:40:57,803 --> 00:40:59,043 mustahil. 452 00:41:01,003 --> 00:41:02,603 Tapi awak memang waras. 453 00:41:02,963 --> 00:41:05,083 Jangan biar sesiapa menyangkalnya. 454 00:41:06,883 --> 00:41:10,563 Saya tak waras, dan awak pun sama. 455 00:41:11,363 --> 00:41:12,243 Tidak, saya waras. 456 00:41:14,403 --> 00:41:15,203 Saya waras. 457 00:41:16,203 --> 00:41:19,043 Saya tahu apa yang saya dah buat. Saya tahu. 458 00:41:22,203 --> 00:41:23,643 Saya pernah di tempat awak. 459 00:41:27,883 --> 00:41:30,803 Awak sudah mula ingat, Lucy. Saya tahu. 460 00:41:31,723 --> 00:41:34,203 Tapi awak tak mahu percayakan memori itu. 461 00:41:35,203 --> 00:41:38,643 Kerana ia terbalik, berpusing, mengundur. 462 00:41:39,683 --> 00:41:43,683 Semua orang ingat masa lampau. Bagaimana awak ingat masa depan? 463 00:41:46,123 --> 00:41:47,843 Saya boleh bantu awak. 464 00:41:50,843 --> 00:41:52,403 Awak cuma bermain saja. 465 00:41:52,483 --> 00:41:54,003 Ini bukan permainan. 466 00:41:54,083 --> 00:41:56,843 Apa yang kita buat di sini sangat penting. 467 00:41:57,683 --> 00:42:00,563 Apa yang saya tahu ialah awak akan dipenjarakan, 468 00:42:00,723 --> 00:42:02,563 dan kita takkan berjumpa lagi. 469 00:42:02,643 --> 00:42:03,923 Jangan buat begini. 470 00:42:04,403 --> 00:42:05,603 Anak awak bagaimana? 471 00:42:07,723 --> 00:42:10,323 Isaac. Sebab itu awak ke sini. 472 00:42:12,483 --> 00:42:13,963 Awak masih ada persoalan. 473 00:42:16,483 --> 00:42:18,123 Saya boleh bantu cari jawapan. 474 00:42:27,003 --> 00:42:29,923 Itupun dia. Dia akan buat apa saja yang disuruh. 475 00:42:30,003 --> 00:42:32,043 Apa saja awak kata, dia akan buat. 476 00:42:33,243 --> 00:42:34,363 Hei, kawan. 477 00:42:36,523 --> 00:42:37,883 Berdiri satu kaki. 478 00:42:40,563 --> 00:42:41,643 Duduk atas lantai. 479 00:42:43,563 --> 00:42:44,483 Berdiri. 480 00:42:47,123 --> 00:42:48,843 Korek hidung awak. 481 00:42:50,723 --> 00:42:53,203 Apa yang awak buat? Jijiknya. 482 00:42:54,723 --> 00:42:56,603 Hei, pukul muka awak. 483 00:43:01,123 --> 00:43:02,083 Buat lagi. 484 00:43:04,563 --> 00:43:05,683 Lebih kuat lagi. 485 00:43:06,803 --> 00:43:07,923 Lebih kuat lagi. 486 00:43:10,523 --> 00:43:12,363 -Lebih kuat lagi. -Hei, Finn... 487 00:43:13,843 --> 00:43:15,083 Lagi. 488 00:43:16,163 --> 00:43:17,403 Lebih kuat lagi. 489 00:43:18,243 --> 00:43:19,683 Lebih kuat lagi. 490 00:43:20,683 --> 00:43:24,723 Lebih kuat lagi! Lebih kuat lagi! 491 00:43:30,563 --> 00:43:32,483 ISAAC TIDAK TERIKAT 492 00:43:37,123 --> 00:43:40,003 Tuan, ada wanita dari khidmat sosial di telefon. 493 00:43:40,083 --> 00:43:41,443 Pegawai kes Chloe Fisher. 494 00:43:41,523 --> 00:43:43,963 Ingin tanya tentang rumahnya. 495 00:43:44,043 --> 00:43:47,283 -Suruh Dorse tanya forensik. -Saya kata awak akan telefon. 496 00:43:47,363 --> 00:43:49,283 Awak tentu mahu uruskannya. 497 00:43:49,363 --> 00:43:52,563 -Kenapa pula? -Kerana namanya ialah Lucy Chambers. 498 00:44:13,603 --> 00:44:16,963 Saya harap awak tahu, kami ambil serius tentang kes buli. 499 00:44:17,043 --> 00:44:19,043 Ini bukan buli. Ini keganasan. 500 00:44:19,483 --> 00:44:21,803 Kami dah jumpa murid lelaki tahun enam. 501 00:44:21,883 --> 00:44:25,963 Tahun enam? Murid tahun enam yang buat begini pada dia? 502 00:44:26,123 --> 00:44:29,003 -Mereka kata dia yang buat sendiri. -Apa? 503 00:44:29,083 --> 00:44:30,843 Isaac mudah terpengaruh. 504 00:44:30,923 --> 00:44:33,643 Mereka cuba lihat sejauh mana dia boleh tahan. 505 00:44:34,323 --> 00:44:37,443 -Saya tak... -Mereka suruh dia pukul, dan dia buat. 506 00:44:38,403 --> 00:44:39,563 Siapa yang beritahu? 507 00:44:39,883 --> 00:44:40,803 Isaac. 508 00:44:46,083 --> 00:44:48,043 -Saya mahu mereka dibuang. -Puan. 509 00:44:48,123 --> 00:44:52,043 Jika mereka rasa menyuruh seorang budak pukul diri sendiri itu lucu... 510 00:44:52,123 --> 00:44:54,843 Saya jamin yang kami tak ambil ringan hal ini. 511 00:44:54,923 --> 00:44:57,043 Kami sedang siasat perkara sebenar. 512 00:44:57,163 --> 00:44:59,563 Awak tahu hal sebenar. Isaac tak bohong. 513 00:44:59,723 --> 00:45:02,523 Kami dah tanya murid itu, dia menafikannya. 514 00:45:02,603 --> 00:45:04,683 Awak tak faham. Isaac tak bohong. 515 00:45:04,763 --> 00:45:06,243 Dia tak pandai bohong. 516 00:45:06,363 --> 00:45:08,603 Dia ada imaginasi yang liar. 517 00:45:09,723 --> 00:45:11,243 Awak kata dia reka cerita? 518 00:45:11,323 --> 00:45:15,643 Kami cuma mahu kumpul semua fakta sebelum mengambil tindakan. 519 00:45:17,163 --> 00:45:19,243 Isaac pernah cederakan dirinya? 520 00:45:21,163 --> 00:45:22,003 Tidak. 521 00:45:22,243 --> 00:45:26,003 Ada langkah yang perlu diambil jika dia cederakan diri sendiri. 522 00:45:26,243 --> 00:45:27,603 Bukan ini isunya. 523 00:45:27,683 --> 00:45:29,723 Dia tak buat begini kerana dia mahu. 524 00:45:29,803 --> 00:45:30,723 Dia buat 525 00:45:30,963 --> 00:45:33,243 kerana ada orang suruh dia buat. 526 00:45:33,323 --> 00:45:35,323 Kerana ada sesuatu yang tak kena. 527 00:45:35,803 --> 00:45:38,603 -Pihak EA telah... -Apa kaitan ini dengan EA? 528 00:45:38,683 --> 00:45:40,523 Ini bukan tentang keperluan khas. 529 00:45:40,603 --> 00:45:43,723 Saya dah jumpa semua pakar psikiatri di daerah ini. 530 00:45:43,803 --> 00:45:46,283 Saya tahu dia tiada keperluan khas. 531 00:45:46,363 --> 00:45:50,243 Tapi tak seorang pun tahu kenapa dia tak ketawa atau menangis 532 00:45:50,323 --> 00:45:53,723 atau kenapa dia tak peluk saya melainkan disuruh. 533 00:45:54,043 --> 00:45:55,123 Orang... 534 00:46:02,963 --> 00:46:08,203 Orang cederakan diri sendiri kerana mereka marah, sedih, atau rasa bersalah. 535 00:46:08,283 --> 00:46:09,843 Dia tak rasa semua itu. 536 00:46:09,923 --> 00:46:12,843 Dia tak rasa kerana dia dah rosak. 537 00:46:12,923 --> 00:46:14,083 Ada sesuatu yang... 538 00:46:16,603 --> 00:46:19,083 rosak, dan saya tak boleh membaikinya. 539 00:46:30,683 --> 00:46:33,803 Jika kamu tak boleh menjaganya, saya cari tempat lain. 540 00:46:39,483 --> 00:46:41,683 -Maafkan saya. -Sebentar. 541 00:46:44,763 --> 00:46:47,003 Mark, kenapa ini ada di meja awak? 542 00:46:47,163 --> 00:46:48,403 Apa itu? 543 00:46:48,483 --> 00:46:51,083 Apa ini? Ini laporan Lin tentang kes Weber. 544 00:46:51,163 --> 00:46:54,443 Terbiar saja di bawah bekas makanan awak. 545 00:46:54,523 --> 00:46:55,443 Selesaikannya. 546 00:46:56,603 --> 00:46:57,483 Ya Tuhan! 547 00:46:58,243 --> 00:46:59,323 Boleh saya bantu? 548 00:46:59,483 --> 00:47:02,003 Ya. Saya D.I. Dhillon dan ini D.S. Holness. 549 00:47:02,083 --> 00:47:03,763 Kami mencari Lucy Chambers. 550 00:47:03,843 --> 00:47:04,763 Dia tiada. 551 00:47:04,843 --> 00:47:07,643 -Bila dia akan pulang? -Mungkin dia pergi melawat. 552 00:47:07,723 --> 00:47:10,163 -Awak perlu tanya Rob. -Siapa Rob? 553 00:47:10,243 --> 00:47:12,763 -Dia dalam mesyuarat. -Bila dia akan habis? 554 00:47:12,843 --> 00:47:14,243 Awak boleh tunggu. 555 00:47:15,043 --> 00:47:17,643 -Adakah ini dia? -Ya. Di tengah itu. 556 00:47:17,803 --> 00:47:19,963 -Tekaan yang baik. -Ini bukan tekaan. 557 00:47:20,643 --> 00:47:22,963 -Awak ingat lukisan dari Pondok 13? -Ya. 558 00:47:23,043 --> 00:47:26,723 Ini orangnya, Nick. Beri saya nombor telefon dia sekarang. 559 00:47:29,723 --> 00:47:30,643 Tolonglah. 560 00:47:50,963 --> 00:47:51,883 Sakitkah? 561 00:47:55,683 --> 00:47:56,843 Awak boleh menangis. 562 00:47:58,963 --> 00:48:01,643 Jika sakit, kadangkala menangis boleh membantu. 563 00:48:05,523 --> 00:48:06,363 Mari sini. 564 00:48:19,443 --> 00:48:21,123 Ibu takkan mengalah, okey? 565 00:48:22,083 --> 00:48:24,163 Ibu sangat sayang awak. 566 00:48:26,803 --> 00:48:28,843 Saya sangat sayang ibu. 567 00:48:38,603 --> 00:48:39,523 Marilah. 568 00:48:46,603 --> 00:48:49,403 NOMBOR TIDAK DIKENALI 569 00:48:52,683 --> 00:48:54,723 Okey. Awak mahu makan apa? 570 00:48:54,803 --> 00:48:57,643 Ibu rasa kita ada nuget ayam dalam peti sejuk... 571 00:49:00,123 --> 00:49:01,043 Tunggu di sini. 572 00:49:09,003 --> 00:49:10,723 Tunggu di sini. Faham? 573 00:50:23,563 --> 00:50:24,523 Lucy? 574 00:50:25,603 --> 00:50:27,723 Maaf. Saya pecahkan kaca. 575 00:50:27,963 --> 00:50:28,923 Mike. 576 00:50:29,203 --> 00:50:33,403 -Maaf, awak tiada, jadi saya... -Awak masuk dengan sendiri. 577 00:50:34,563 --> 00:50:35,683 Saya nak terkucil. 578 00:50:36,163 --> 00:50:39,763 -Tolonglah, Mike. -Lucy, saya nak beritahu awak sesuatu. 579 00:50:48,803 --> 00:50:51,123 Awak tak mahu sapa anak awak? 580 00:50:53,003 --> 00:50:55,963 Helo, Isaac. Ingat ayah lagi? 581 00:50:56,523 --> 00:50:58,323 Tentulah dia ingat, Mike. 582 00:50:58,403 --> 00:51:00,723 Baru beberapa bulan. Dia bukan lembam. 583 00:51:02,083 --> 00:51:03,643 Kenapa dengan muka dia? 584 00:51:05,203 --> 00:51:06,123 Hal di sekolah. 585 00:51:11,803 --> 00:51:13,163 Awak tak patut datang. 586 00:51:13,483 --> 00:51:17,843 Dengar dulu apa yang saya nak kata, kemudian saya pergi. 587 00:51:18,963 --> 00:51:20,043 Saya sedang cuba... 588 00:51:20,123 --> 00:51:22,923 Okey. Pergi main di bilik sebelah, sayang. 589 00:51:25,963 --> 00:51:29,723 -Dia dah bermain? -Awak buat saya terkejut, Mike. 590 00:51:32,523 --> 00:51:35,043 Awak hisap vape di sini? 591 00:51:36,123 --> 00:51:37,363 Apa? Saya dah berhenti. 592 00:51:41,723 --> 00:51:43,283 Kenapa awak datang? 593 00:51:51,123 --> 00:51:52,603 Saya ada jumpa seseorang. 594 00:52:00,483 --> 00:52:02,883 -Okey. -Dia tak tahu tentang awak. 595 00:52:03,843 --> 00:52:06,683 Dia tahu saya masih berkahwin, tapi... 596 00:52:06,763 --> 00:52:08,763 Dia tak tahu yang kita masih... 597 00:52:11,563 --> 00:52:14,923 Dia mahu lebih serius. 598 00:52:15,443 --> 00:52:16,363 Eksklusif. 599 00:52:22,363 --> 00:52:25,843 Maaf. Saya tahu saya patut beritahu awak sebelum ini. 600 00:52:26,603 --> 00:52:28,923 Sebab ini awak ceroboh rumah saya? 601 00:52:29,643 --> 00:52:30,723 Saya tak ceroboh. 602 00:52:34,123 --> 00:52:38,643 Siapa wanita yang serius ini? 603 00:52:38,723 --> 00:52:39,963 Siapa nama dia? 604 00:52:42,323 --> 00:52:45,803 Harriet. Harriet Badcock. 605 00:52:48,843 --> 00:52:52,603 -Kenapa? -Maaf. Itu bukan nama sebenar. 606 00:52:53,043 --> 00:52:55,683 Apa-apalah. Saya cuma ingat awak patut tahu. 607 00:52:55,803 --> 00:52:59,443 -Tak mahu awak jumpa di Facebook. -Bukan dari Facebook. 608 00:53:01,803 --> 00:53:03,803 Harriet Badcock. 609 00:53:06,843 --> 00:53:09,163 Dia cuma gunakan awak untuk nama awak. 610 00:53:09,243 --> 00:53:11,363 -Kami takkan berkahwin. -Belum lagi. 611 00:53:11,483 --> 00:53:12,403 Tak akan. 612 00:53:13,363 --> 00:53:16,123 Luce, saya tak mahu dia. 613 00:53:17,163 --> 00:53:19,403 -Dia okey, tapi dia bukan awak. -Mike. 614 00:53:19,483 --> 00:53:22,483 Dengar sini. Saya fikirkan apa yang awak cakap, 615 00:53:22,563 --> 00:53:24,523 dan saya akan lakukannya. 616 00:53:25,843 --> 00:53:28,243 -Lakukan apa? -Apa saja. 617 00:53:28,763 --> 00:53:32,203 Saya akan jadi ayah dia semula. Jika itu bermakna kita... 618 00:53:32,283 --> 00:53:33,403 Tidak, Mike. 619 00:53:33,603 --> 00:53:37,883 Kita patut bersama, Lucy. Kita saling mencintai. 620 00:53:38,643 --> 00:53:40,083 Itu yang penting. 621 00:53:40,163 --> 00:53:42,283 Ia tak sepatutnya begini. 622 00:53:49,243 --> 00:53:51,723 Saya sangka ini yang awak mahukan. 623 00:53:52,203 --> 00:53:55,123 Saya sangka awak mahukan saya. Saya sedang cuba... 624 00:53:55,203 --> 00:53:58,523 Saya mahu awak dalam hidup dia, Mike. Itu yang saya mahu. 625 00:53:59,003 --> 00:54:01,923 Saya mahu dia ada hubungan dengan ayahnya. 626 00:54:02,003 --> 00:54:03,883 Awak perlu luangkan masa dengannya. 627 00:54:03,963 --> 00:54:06,403 Saya mahu awak bawa dia bercuti. 628 00:54:06,603 --> 00:54:10,443 Ajar dia bahasa kesat dan manjakan dia semasa Krismas. 629 00:54:10,523 --> 00:54:13,323 Awak tak boleh manjakan dia, Lucy. Dia tiada perasaan. 630 00:54:13,403 --> 00:54:15,483 Awak tahu fikiran dia? 631 00:54:15,563 --> 00:54:18,483 Tidak, saya tak tahu apa yang awak fikirkan, Luce. 632 00:54:19,723 --> 00:54:21,403 Kenapa kita masih bersama? 633 00:54:22,043 --> 00:54:23,283 Cepatlah cakap. 634 00:54:23,403 --> 00:54:25,483 Mahu saya main dengan anak awak... 635 00:54:25,563 --> 00:54:26,443 Anak kita! 636 00:54:26,523 --> 00:54:28,003 Dia anak kita, Mike! 637 00:54:37,083 --> 00:54:39,043 Adakah awak masih cintakan saya? 638 00:54:39,123 --> 00:54:40,403 Bukan semudah itu. 639 00:54:40,883 --> 00:54:42,963 Jika begitu, cakaplah dengan saya. 640 00:54:43,843 --> 00:54:45,123 Bantu saya fahami. 641 00:54:49,483 --> 00:54:51,843 Saya bayangkan orang lain waktu kita bersama. 642 00:54:56,723 --> 00:54:59,723 Tiada yang spesifik. Tiada wajah. Saya cuma... 643 00:55:03,043 --> 00:55:04,523 Asalkan dia bukan awak. 644 00:55:16,843 --> 00:55:17,803 Okey. 645 00:55:20,763 --> 00:55:21,643 Mike. 646 00:55:26,603 --> 00:55:30,043 Mike. Tunggu, saya minta maaf. 647 00:55:31,043 --> 00:55:33,763 Itu agak kasar. Okey? Maaf. Saya tak berniat. 648 00:55:35,563 --> 00:55:36,483 Awak sengaja. 649 00:55:44,803 --> 00:55:47,123 -Boleh tutup tak? -Baiklah. 650 00:55:51,723 --> 00:55:52,923 Di mana kuncinya? 651 00:55:54,083 --> 00:55:56,483 -Apa? -Kunci pengganti? Di mana? 652 00:55:56,803 --> 00:55:58,563 Di bawah karpet macam biasa. 653 00:55:58,643 --> 00:56:00,963 Kunci pintu belakang. Awak letak di mana? 654 00:56:01,043 --> 00:56:03,003 Saya masuk ikut pintu depan. 655 00:56:04,923 --> 00:56:05,843 Apa? 656 00:56:05,923 --> 00:56:09,043 Saya masuk ikut pintu depan. Kenapa? 657 00:56:10,923 --> 00:56:12,163 Luce. 658 00:56:15,283 --> 00:56:18,003 Dia dah pulang. Dia pergi ambil Isaac. 659 00:56:18,163 --> 00:56:20,203 -Siapa Isaac? -Anak lelakinya. 660 00:56:21,563 --> 00:56:23,003 Nama anaknya Isaac? 661 00:56:23,443 --> 00:56:25,523 -Kenapa? -Beri saya alamatnya. 662 00:56:26,843 --> 00:56:28,083 Isaac. 663 00:56:31,923 --> 00:56:34,043 Nama itu disebut empat puluh tiga kali. 664 00:56:34,483 --> 00:56:36,283 Saya sangka ia tentang agama. 665 00:56:36,523 --> 00:56:38,763 -Saya tak tahu pula. -Tak tahu apa? 666 00:56:38,843 --> 00:56:40,283 Bukan Lucy yang dia mahu. 667 00:56:41,363 --> 00:56:42,803 DIa mahu budak itu. 668 00:56:47,003 --> 00:56:49,283 Saya tak boleh bayangkan perasaan awak. 669 00:56:51,283 --> 00:56:54,123 -Maaf awak terpaksa... -Berhenti bercakap. 670 00:56:54,203 --> 00:56:57,883 -Sila duduk dan... -Diam! 671 00:56:57,963 --> 00:56:58,803 Baiklah. 672 00:57:01,523 --> 00:57:02,803 Beritahu saya kenapa. 673 00:57:04,283 --> 00:57:05,603 Bukan yang awak sangka. 674 00:57:05,683 --> 00:57:07,443 Kami tak pernah ganggu awak. 675 00:57:07,603 --> 00:57:08,963 Kami tak kenal awak. 676 00:57:09,043 --> 00:57:10,483 Awak tiada sebab. 677 00:57:11,003 --> 00:57:12,883 Tiada sebab untuk sentuh dia. 678 00:57:12,963 --> 00:57:14,083 Awak tiada sebab. 679 00:57:14,603 --> 00:57:16,883 -Lucy... -Jawab soalan saya. 680 00:57:22,523 --> 00:57:24,603 Kenapa awak ambil anak saya? 681 00:58:16,763 --> 00:58:18,763 Terjemahan sari kata oleh: Nasbi Azmi 682 00:58:18,843 --> 00:58:20,843 Penyelia Kreatif Aireen Zainal