1 00:00:06,243 --> 00:00:10,003 Episod berunsur bunuh diri. Pertimbangkan. 2 00:00:14,323 --> 00:00:16,443 Saya pernah mati banyak kali. 3 00:00:20,403 --> 00:00:21,523 Dengan cepat. 4 00:00:23,243 --> 00:00:24,083 Perlahan. 5 00:00:26,643 --> 00:00:27,923 Sakit. Tenang. 6 00:00:28,003 --> 00:00:31,283 Namun akhirnya, perasaannya tetap sama. 7 00:00:34,723 --> 00:00:37,363 Jatuh ke lembah kekosongan. 8 00:00:39,123 --> 00:00:40,563 Saya tidak lagi wujud. 9 00:00:42,963 --> 00:00:43,883 Kemudian, 10 00:00:45,243 --> 00:00:47,083 secara berperingkat, 11 00:00:48,123 --> 00:00:49,363 saya lahir semula. 12 00:00:51,443 --> 00:00:53,723 Awak fikir awak mampu hidup semula? 13 00:00:53,803 --> 00:00:55,683 Tiada siapa boleh buat begitu. 14 00:00:57,083 --> 00:00:58,403 Tapi semua akan kembali. 15 00:01:00,003 --> 00:01:03,083 Awak kata nak beritahu kenapa awak bunuh ayah awak. 16 00:01:03,163 --> 00:01:04,323 Saya sedang lakukannya. 17 00:01:04,403 --> 00:01:06,323 Tidak, awak melengahkan masa. 18 00:01:07,483 --> 00:01:11,763 -Apa kata awak mulakan dari awal? -Tiada awal, tiada akhir. 19 00:01:11,843 --> 00:01:15,123 Hidup ini ibarat cakera hitam, bermain tanpa penghujung. 20 00:01:16,043 --> 00:01:19,323 Tapi awak tak ingat yang awak pernah dengarinya sebelum ini. 21 00:01:20,123 --> 00:01:21,563 Jadi awak terus menari. 22 00:01:22,963 --> 00:01:25,883 Menyanyi bersama. Tanpa sedar. 23 00:01:29,403 --> 00:01:30,323 Tapi bukan awak. 24 00:01:32,363 --> 00:01:33,763 Kerana awak istimewa. 25 00:01:35,883 --> 00:01:39,123 Apa yang membuat awak istimewa, Gideon? 26 00:01:42,043 --> 00:01:43,483 Saya ingat lagunya. 27 00:01:46,883 --> 00:01:48,443 Saya boleh hentikan jarumnya. 28 00:02:43,003 --> 00:02:49,003 KALA SYAITAN MENGAMUK: MUSIM 1 29 00:03:00,963 --> 00:03:04,123 Sedikit lagi. Begitulah. 30 00:03:05,603 --> 00:03:06,803 Sedikit lagi. 31 00:03:32,083 --> 00:03:33,323 Kita cipta keajaiban. 32 00:03:38,683 --> 00:03:40,243 Dengan nama Ayahanda, 33 00:03:42,163 --> 00:03:43,523 dan Zuriatnya, 34 00:03:44,763 --> 00:03:46,083 dan Roh Kudus. 35 00:03:46,843 --> 00:03:47,683 Amin. 36 00:03:54,603 --> 00:03:59,283 "Jonah berada di dalam perut ikan paus selama tiga hari dan tiga malam. 37 00:04:00,323 --> 00:04:04,923 "Dan sepanjang waktu itu, dia berdoa kepada Tuhan memohon keampunan. 38 00:04:05,803 --> 00:04:08,283 "Dia berjanji takkan bersembunyi lagi..." 39 00:04:11,363 --> 00:04:13,203 Gideon, dia menendang. 40 00:04:13,723 --> 00:04:14,683 Di sini. 41 00:04:31,803 --> 00:04:34,403 Mungkin Gideon boleh tiupkan lilin untuk awak. 42 00:04:34,483 --> 00:04:35,403 Jangan sentuh. 43 00:04:35,563 --> 00:04:36,483 Gideon! 44 00:04:38,083 --> 00:04:39,283 Lawrence, hentikan! 45 00:04:48,963 --> 00:04:50,203 Gideon, mari sini. 46 00:04:51,563 --> 00:04:52,483 Sekarang juga. 47 00:04:52,563 --> 00:04:57,283 "Dari rahim ibuku, dilahirkan telanjang, nescaya matiku juga dalam telanjang. 48 00:04:57,723 --> 00:05:00,803 "Dari Tuhan aku datang dan kepada Tuhan aku kembali; 49 00:05:01,563 --> 00:05:03,763 "segala puji diberikan kepada Tuhan." 50 00:05:04,483 --> 00:05:06,763 Ini ialah amanat daripada Tuhan. 51 00:05:07,843 --> 00:05:09,523 Syukur kepada Tuhan. 52 00:05:12,203 --> 00:05:13,523 Sewaktu di dalam gereja, 53 00:05:13,603 --> 00:05:16,363 awak harus duduk diam dan hormat. 54 00:05:18,643 --> 00:05:19,803 Letak tangan atas meja. 55 00:05:28,963 --> 00:05:30,363 Awak nampak bodoh. 56 00:05:31,883 --> 00:05:32,803 Saya yang bodoh? 57 00:05:32,883 --> 00:05:36,123 Awak yang duduk di situ dan berkhutbah sepanjang masa. 58 00:05:36,243 --> 00:05:40,283 -Awak tahu tak semua orang ketawakan awak? -Cuma awak dan dia saja. 59 00:05:40,363 --> 00:05:42,203 Saya tak boleh cakap dengan orang? 60 00:05:42,283 --> 00:05:44,203 Awak boleh cakap dengan sesiapa saja. 61 00:05:44,283 --> 00:05:47,243 Tapi tak perlulah goda mereka di depan kawan-kawan saya. 62 00:05:47,323 --> 00:05:50,043 Itu yang awak benci, bukan? Kawan-kawan awak. 63 00:05:50,443 --> 00:05:52,883 James kawan saya. Dia mahu cakap dengan saya. 64 00:05:52,963 --> 00:05:54,963 Dia bukannya mahu bercakap, Moira. 65 00:05:55,043 --> 00:05:57,283 -Dia cuma mahu goda awak. -Baguslah. 66 00:05:57,363 --> 00:06:00,883 Mungkin saya patut layan. Barulah dapat rasa nikmat sebenar. 67 00:06:00,963 --> 00:06:02,163 Teruskan. Pukullah. 68 00:06:03,123 --> 00:06:04,123 Pukul saya. 69 00:06:09,003 --> 00:06:11,643 Kamu berdua jaga ibu sewaktu ketiadaan ayah. 70 00:06:11,723 --> 00:06:14,123 Gideon, jaga Malcolm baik-baik. 71 00:06:14,203 --> 00:06:15,723 Pastikan dia tak nakal. 72 00:06:17,243 --> 00:06:18,363 Ayah mahu ke mana? 73 00:06:22,363 --> 00:06:24,203 Ibu kata ayah rugi semua wang. 74 00:06:25,043 --> 00:06:26,683 Ibu kamu tak faham. 75 00:06:26,763 --> 00:06:29,443 Tapi Ayah akan uruskannya, seperti biasa. 76 00:06:29,883 --> 00:06:30,803 Okey? 77 00:07:08,603 --> 00:07:10,803 "Ini untuk awak", kata anjing itu. 78 00:07:11,323 --> 00:07:12,803 "Terima kasih", ucap Thomas. 79 00:07:12,883 --> 00:07:15,043 "Kini saya tak perlu bersedih lagi. 80 00:07:15,523 --> 00:07:20,443 "Selagi saya ada ini, saya akan ingat awak dan saya takkan kesunyian lagi." 81 00:07:24,003 --> 00:07:25,003 Bacalah lagi. 82 00:07:53,803 --> 00:07:54,923 Kita nak pergi mana? 83 00:07:57,883 --> 00:07:58,763 Ayah? 84 00:08:35,243 --> 00:08:36,683 Kita perlu berdoa. 85 00:08:38,003 --> 00:08:38,803 Kenapa? 86 00:08:40,323 --> 00:08:42,483 Kita perlu berdoa untuk roh Ibu. 87 00:08:43,803 --> 00:08:45,083 Di atas perbuatannya. 88 00:08:47,363 --> 00:08:48,563 Apa yang Ibu buat? 89 00:08:52,683 --> 00:08:54,203 Dia buat sesuatu yang buruk. 90 00:08:55,763 --> 00:08:56,643 Terhadap Ayah. 91 00:08:59,203 --> 00:09:00,123 Terhadap Tuhan. 92 00:09:02,483 --> 00:09:03,683 Jadi kita perlu berdoa. 93 00:09:05,563 --> 00:09:06,563 Kita bertiga. 94 00:09:10,003 --> 00:09:11,043 Berdoa dengan Ayah. 95 00:09:20,763 --> 00:09:21,683 Anak yang baik. 96 00:10:11,523 --> 00:10:16,243 "Jonah berada di dalam perut ikan paus selama tiga hari dan tiga malam. 97 00:10:17,203 --> 00:10:21,803 "Dan sepanjang waktu itu, dia berdoa kepada Tuhan memohon keampunan." 98 00:10:22,763 --> 00:10:23,643 Jangan sentuh. 99 00:10:23,763 --> 00:10:24,683 Gideon! 100 00:10:28,883 --> 00:10:33,523 "Dari rahim ibuku, lahir dalam telanjang nescaya matiku juga dalam telanjang. 101 00:10:34,043 --> 00:10:36,923 "Dari Tuhan kami datang, kepada Tuhan kami kembali; 102 00:10:37,523 --> 00:10:39,563 "segala puji diberi kepada Tuhan." 103 00:10:41,283 --> 00:10:43,123 Saya tak boleh cakap dengan orang? 104 00:10:43,203 --> 00:10:45,163 Awak boleh cakap dengan sesiapa saja. 105 00:10:45,243 --> 00:10:48,083 Tapi janganlah goda mereka di depan kawan-kawan saya. 106 00:10:54,883 --> 00:10:57,083 "Kini saya tak perlu bersedih lagi. 107 00:10:57,483 --> 00:11:00,163 "Selagi saya ada benda ini, saya akan ingat awak, 108 00:11:02,563 --> 00:11:04,363 "dan saya takkan kesunyian lagi." 109 00:11:19,603 --> 00:11:20,843 Kita cipta keajaiban. 110 00:11:23,003 --> 00:11:24,123 Di sini. 111 00:11:24,803 --> 00:11:25,683 Jangan sentuh. 112 00:11:25,763 --> 00:11:26,683 Gideon! 113 00:11:39,083 --> 00:11:40,283 Lawrence, hentikan! 114 00:11:46,963 --> 00:11:48,443 Lawrence, hentikan! 115 00:12:09,563 --> 00:12:10,923 Gideon, mari sini. 116 00:12:12,883 --> 00:12:15,003 Dia bukannya mahu bercakap, Moira. 117 00:12:15,083 --> 00:12:17,163 -Dia mahu goda awak. -Baguslah. 118 00:12:17,243 --> 00:12:21,243 Mungkin saya patut layan dia. Barulah saya tahu rasa nikmat sebenar. 119 00:15:00,043 --> 00:15:02,163 Saya tahu ibu saya tak akan faham. 120 00:15:03,443 --> 00:15:04,483 Tiada siapa mampu. 121 00:15:07,003 --> 00:15:07,923 Jadi saya lari. 122 00:15:10,123 --> 00:15:11,243 Sejauh yang mungkin. 123 00:15:19,363 --> 00:15:23,363 Saya tiada tempat mengadu. Tiada siapa boleh jaga saya. 124 00:15:25,763 --> 00:15:26,803 Saya keseorangan. 125 00:15:32,283 --> 00:15:34,603 Saya tak faham apa yang berlaku. 126 00:15:35,083 --> 00:15:36,163 Atau mengapa. 127 00:15:36,723 --> 00:15:39,243 Tapi ada pengajaran dalam setiap kehidupan. 128 00:15:41,483 --> 00:15:43,563 Mereka jumpa saya tak lama kemudian. 129 00:15:43,643 --> 00:15:44,803 Kami nampak dia. 130 00:15:44,883 --> 00:15:46,803 Tapi setiap kali mereka jumpa... 131 00:15:46,923 --> 00:15:48,123 Tidak! 132 00:15:51,963 --> 00:15:52,923 Saya mula semula. 133 00:15:57,243 --> 00:15:58,123 Okey. 134 00:15:59,483 --> 00:16:03,243 Jadi, yang awak cuba katakan ialah pembelaan diri awak 135 00:16:03,523 --> 00:16:06,363 hanya berdasarkan kepercayaan awak terhadap apa? 136 00:16:07,243 --> 00:16:09,003 -Kelahiran semula? -Pengulangan. 137 00:16:10,163 --> 00:16:13,043 Jasad dan kehidupan yang sama. Ini bukan pembelaan. 138 00:16:13,123 --> 00:16:14,963 Ini ialah penjelasan. Kebenaran. 139 00:16:16,043 --> 00:16:18,803 Terima kasih untuk penjelasan itu. Sangat membantu. 140 00:16:18,923 --> 00:16:20,123 Tolonglah jangan. 141 00:16:20,403 --> 00:16:23,323 Awak mahu saya jalani penilaian psikologi. 142 00:16:23,403 --> 00:16:25,243 Itu satu kesilapan. 143 00:16:27,163 --> 00:16:31,163 Sewaktu awak datang malam ini, awak kata kita pernah berjumpa. 144 00:16:32,603 --> 00:16:35,683 Dalam hayat ini atau yang lain? 145 00:16:36,963 --> 00:16:39,883 Jika di hayat ini, awak pasti ingat tentang saya. 146 00:16:41,043 --> 00:16:43,483 Jadi ini pernah terjadi sebelum ini? 147 00:16:44,163 --> 00:16:46,123 -Bukan begitu. -Lucy. 148 00:16:46,203 --> 00:16:47,563 Awak mengubah sesuatu. 149 00:16:48,483 --> 00:16:51,963 Adakah itu cara awak bertahan selama ini? 150 00:16:53,283 --> 00:16:55,563 Kerana awak tahu apa yang bakal terjadi? 151 00:16:55,643 --> 00:16:57,643 Lebih kurang begitulah. 152 00:16:57,723 --> 00:16:59,883 Saya cuma sembunyi untuk tidak dijumpai. 153 00:17:00,523 --> 00:17:02,643 Saya cuma mencuri bila takkan ditangkap. 154 00:17:03,203 --> 00:17:05,763 Saya cuma berlawan bila tahu akan menang. 155 00:17:08,883 --> 00:17:11,123 Kami geledah rumah awak di landasan. 156 00:17:11,203 --> 00:17:12,123 Kami jumpa wang. 157 00:17:12,563 --> 00:17:14,323 Lebih kurang £13,000. 158 00:17:14,563 --> 00:17:16,803 -Adakah itu hasil curian? -Tidak. 159 00:17:17,243 --> 00:17:20,123 Setelah berusia 18 tahun, saya berhenti mencuri. 160 00:17:20,523 --> 00:17:21,483 Kenapa pula? 161 00:17:22,763 --> 00:17:24,763 Saya pandai memilih pemenang. 162 00:18:00,363 --> 00:18:01,323 Evelyn! 163 00:18:11,363 --> 00:18:16,843 Sukar untuk percaya! Dengan kemungkinan 50 berbalas 1, dia menang dengan bergaya. 164 00:18:27,603 --> 00:18:29,843 Salah satu tayar mereka meletup di selekoh. 165 00:18:34,283 --> 00:18:35,283 Mereka semua mati. 166 00:18:35,963 --> 00:18:37,363 Ibu bapa, dua anak. 167 00:18:37,443 --> 00:18:38,763 Saya tak dapat selamatkan. 168 00:18:40,363 --> 00:18:41,363 Bukan di hayat itu. 169 00:18:47,683 --> 00:18:48,923 Tapi tak mengapa. 170 00:18:51,203 --> 00:18:53,003 KEMALANGAN MAUT EMPAT SEKELUARGA 171 00:18:53,083 --> 00:18:55,123 Tak mengapa kerana saya tahu. 172 00:18:56,243 --> 00:18:58,963 Saya tahu sebab ia berlaku kepada saya. 173 00:18:59,563 --> 00:19:02,123 Saya tahu kenapa saya jumpa gadis itu di taman. 174 00:19:02,203 --> 00:19:04,563 Saya tahu kenapa saya saksikan kematiannya. 175 00:19:05,283 --> 00:19:08,483 Kenapa memori saya menghantui setiap hayat saya. 176 00:19:10,123 --> 00:19:14,043 Saya ingat keluarga tersebut. Saya ingat nama mereka sampai mati. 177 00:19:15,363 --> 00:19:19,123 Kini, di setiap hayat yang baru, saya akan cari mereka. 178 00:19:20,603 --> 00:19:23,443 Saya pergi rumah mereka pagi sebelum kemalangan itu, 179 00:19:23,523 --> 00:19:26,483 dan saya pastikan kereta mereka tak dapat bergerak. 180 00:19:35,483 --> 00:19:37,363 Awak sangka awak penyelamat? 181 00:19:37,443 --> 00:19:38,363 Saya memang tahu. 182 00:19:40,923 --> 00:19:44,363 Dan di setiap hayat baru, saya semakin mengenali 183 00:19:45,323 --> 00:19:46,923 erti sebenar penderitaan. 184 00:19:48,083 --> 00:19:51,323 Setiap kali terdengar tentang tragedi, saya akan catatkan. 185 00:19:52,843 --> 00:19:54,763 Di mana, bila, kepada siapa. 186 00:19:54,843 --> 00:19:57,243 Kebakaran berpunca dari kerosakan elektrik 187 00:19:57,323 --> 00:20:00,603 pada pengering baju baru, menyebabkan ia terlampau panas. 188 00:20:00,723 --> 00:20:02,963 Pengilang telah meyakinkan pelanggan... 189 00:20:03,043 --> 00:20:06,723 Di hayat seterusnya, saya akan betulkan. 190 00:20:11,723 --> 00:20:14,083 Apa yang pelik ialah, 191 00:20:14,123 --> 00:20:17,843 walaupun saya hentikan kebakaran, saya tetap boleh bau asap. 192 00:20:20,123 --> 00:20:22,603 Kebakaran rumah. Kemalangan kereta. 193 00:20:22,683 --> 00:20:25,843 Jika awak boleh lihat masa depan, kenapa tak halang 9/11? 194 00:20:26,603 --> 00:20:28,843 Bagaimana? Telefon mereka? 195 00:20:29,043 --> 00:20:30,083 Awak boleh cuba. 196 00:20:30,283 --> 00:20:33,803 Tak boleh, percayalah. Saya tak boleh hentikan 9/11. 197 00:20:35,723 --> 00:20:36,603 Belum lagi. 198 00:20:37,603 --> 00:20:39,003 Tapi saya dah hentikan 7/12. 199 00:20:39,803 --> 00:20:41,603 -7/12? -Tepat sekali. 200 00:20:43,723 --> 00:20:45,803 Jadi, awak seorang wira? 201 00:20:46,963 --> 00:20:48,043 Saya tak kata begitu. 202 00:20:48,523 --> 00:20:50,683 Komputer awak ada porno kanak-kanak. 203 00:20:50,763 --> 00:20:52,043 Itu bukan komputer saya. 204 00:20:52,123 --> 00:20:54,483 -Bukan? -Saya curi dari Harold Slade. 205 00:20:54,603 --> 00:20:58,203 Saya ingat jika saya beri kepada pihak berkuasa, dia akan diberkas. 206 00:20:58,283 --> 00:20:59,563 Dipenjarakan sebelum... 207 00:21:01,603 --> 00:21:03,283 Tapi awak tak buat begitu. 208 00:21:03,363 --> 00:21:05,843 Tidak. Kerana saya ubah fikiran. 209 00:21:05,923 --> 00:21:08,723 -Kenapa? -Kerana saya lihat isi kandungannya. 210 00:21:10,603 --> 00:21:14,443 Saya melihat jiwanya dan ia menjijikkan. 211 00:21:17,523 --> 00:21:20,203 Selepas itu, saya tahu bahawa dia patut mati. 212 00:21:20,283 --> 00:21:23,083 Awak pergi ke rumahnya dan bunuh dia. 213 00:21:23,563 --> 00:21:25,363 Awak padam dia dari senarai awak. 214 00:21:26,363 --> 00:21:28,243 Secara harfiah nampaknya. 215 00:21:33,123 --> 00:21:35,603 Ini ada di dalam jaket semasa awak ditahan. 216 00:21:35,723 --> 00:21:41,523 Kami dapat beberapa nama, tarikh lampau, semasa, dan masa depan. 217 00:21:42,803 --> 00:21:44,123 Ia sukar dibaca. 218 00:21:44,203 --> 00:21:46,243 Awak perlu perbaiki tulisan awak. 219 00:21:46,323 --> 00:21:48,283 Saya akan pertimbangkannya. 220 00:21:48,363 --> 00:21:49,363 Beginilah. 221 00:21:50,123 --> 00:21:52,923 Sewaktu awak beli buku ini, muka suratnya kosong. 222 00:21:53,163 --> 00:21:54,323 Betul. 223 00:21:54,403 --> 00:21:57,003 Apabila sesuatu berlaku, awak mencatatnya. 224 00:21:57,083 --> 00:22:01,403 Katakan awak benar-benar "mengulang." 225 00:22:02,603 --> 00:22:05,603 Dalam pengulangan seterusnya, muka surat tetap kosong. 226 00:22:06,883 --> 00:22:09,643 Nota awak takkan berada di hayat seterusnya. 227 00:22:09,843 --> 00:22:12,003 Jadi kenapa awak tetap mencatat? 228 00:22:13,123 --> 00:22:14,043 Ulang kaji. 229 00:22:16,963 --> 00:22:20,843 Apabila saya "mengulang", hanya memori saya yang tinggal. 230 00:22:23,603 --> 00:22:25,923 Jadi saya sentiasa mengingati perincian. 231 00:22:27,443 --> 00:22:30,883 Saya memahami kejahatan dunia ibarat lirik sebuah lagu. 232 00:22:35,723 --> 00:22:39,683 Apabila saya beli buku itu, saya isikan apa yang saya perlu ingat. 233 00:22:41,323 --> 00:22:43,123 Setelah saya dapat maklumat baru, 234 00:22:44,163 --> 00:22:45,203 saya tambah saja. 235 00:22:46,243 --> 00:22:47,643 Lihat muka surat terakhir. 236 00:22:54,123 --> 00:22:55,963 Saya kenal awak, Detektif Dhillon. 237 00:22:56,043 --> 00:22:57,763 Saya mahu awak faham. 238 00:22:58,683 --> 00:23:00,643 Saya tahu apa yang awak fikirkan. 239 00:23:00,803 --> 00:23:04,123 Saya tahu apa yang awak akan buat dan katakan. 240 00:23:04,203 --> 00:23:06,043 Apabila awak tunjuk buku itu, 241 00:23:06,123 --> 00:23:09,123 saya tahu awak akan kritik tulisan saya. 242 00:23:10,123 --> 00:23:11,043 Betulkah? 243 00:23:12,483 --> 00:23:13,483 Lihatlah sendiri. 244 00:23:30,043 --> 00:23:32,603 CUKUP BAGUS, DETEKTIF? 245 00:23:43,883 --> 00:23:44,923 Awak mahu satu? 246 00:23:45,923 --> 00:23:49,163 -Tidak, saya mahu masuk semula. -Dia sedang permainkan kita. 247 00:23:49,603 --> 00:23:50,803 Kita balas semula. 248 00:23:51,123 --> 00:23:54,603 Kita perlu layan dia. Itu saja cara untuk dapatkan kebenaran. 249 00:23:54,683 --> 00:23:56,123 Dia sedang bercakap benar? 250 00:23:56,203 --> 00:23:58,683 Saya rasa dia beritahu kebenaran dia. 251 00:23:58,763 --> 00:24:01,763 Dia bunuh ayahnya supaya ayahnya tak bunuh dia. 252 00:24:01,843 --> 00:24:05,243 Dia bunuh Slade supaya Slade tak bunuh semua gadis itu. 253 00:24:06,203 --> 00:24:09,403 Apabila dia culik anak saya, Ravi, adakah... 254 00:24:09,803 --> 00:24:10,843 Apa dia? 255 00:24:10,923 --> 00:24:13,443 Adakah dia fikir ada orang ingin sakiti Isaac? 256 00:24:16,203 --> 00:24:18,363 Gideon mungkin gila, tapi dia tak ganas. 257 00:24:18,803 --> 00:24:22,043 Dia fikir dia ambil tindakan yang betul. 258 00:24:23,523 --> 00:24:26,723 Sebab itu dia lakukannya. Dia fikir dia penyelamat mereka. 259 00:24:26,803 --> 00:24:31,163 Jika dia cuba untuk selamatkan Isaac, saya perlu tahu kenapa. 260 00:24:31,243 --> 00:24:33,083 Saya perlu tahu apa maksudnya. 261 00:24:34,043 --> 00:24:36,403 Maksudnya Jonah Taylor masih hidup. 262 00:24:44,123 --> 00:24:45,203 Awak tak takut? 263 00:24:49,603 --> 00:24:51,443 Awak pernah main sorok-sorok? 264 00:24:53,683 --> 00:24:57,203 Mereka akan cari awak. Jangan biar mereka jumpa awak. 265 00:24:57,283 --> 00:24:59,243 Saya akan bawa awak bersembunyi. 266 00:25:00,123 --> 00:25:01,043 Di tempat selamat. 267 00:25:02,883 --> 00:25:04,483 Tiada siapa akan sakiti awak. 268 00:25:07,203 --> 00:25:08,403 Percayalah, Jonah. 269 00:25:09,403 --> 00:25:12,203 Awak tak kenal saya, tapi saya orang baik. 270 00:25:16,763 --> 00:25:17,963 Saya orang baik. 271 00:25:29,763 --> 00:25:31,083 Awak takkan jumpa dia. 272 00:25:32,323 --> 00:25:33,883 Kuat sikit, En. Shepherd. 273 00:25:35,323 --> 00:25:36,723 Awak takkan jumpa dia. 274 00:25:41,443 --> 00:25:46,483 Hari Selasa, 3 Februari 2009, awak memandu ke sebuah rumah di Stevenport, 275 00:25:46,563 --> 00:25:51,043 di mana awak culik Jonah Edward Taylor sewaktu dia bermain di laman rumahnya. 276 00:25:51,163 --> 00:25:52,923 Awak kata awak penyelamat. 277 00:25:53,483 --> 00:25:55,083 Bagaimana awak selamatkan dia? 278 00:26:00,083 --> 00:26:03,763 Sukar untuk buat perkara baik apabila kita digelar orang jahat. 279 00:26:04,683 --> 00:26:08,803 Walaupun hanya kita yang faham bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. 280 00:26:10,963 --> 00:26:13,563 Cuma ia tidak seperti yang kita bayangkan. 281 00:26:14,803 --> 00:26:17,003 Ibu bapa Jonah mahu membunuh dia 282 00:26:17,083 --> 00:26:19,003 dan kebumikan dia dalam tanah. 283 00:26:20,563 --> 00:26:21,923 Ke mana awak bawa dia? 284 00:26:26,123 --> 00:26:28,043 Dengan seorang yang saya percayai. 285 00:26:28,963 --> 00:26:30,243 Dia melindunginya. 286 00:26:31,403 --> 00:26:32,483 Dia menjaganya. 287 00:26:32,603 --> 00:26:33,563 Kenapa? 288 00:26:33,643 --> 00:26:35,643 Kenapa dia menjaga budak yang diculik 289 00:26:35,723 --> 00:26:38,643 sedangkan dia tahu semua orang mencari budak itu? 290 00:26:38,723 --> 00:26:41,643 Saya jelaskan akibatnya jika dia pulang. 291 00:26:42,443 --> 00:26:43,723 Dia percayakan awak? 292 00:26:43,843 --> 00:26:45,243 -Ya. -Kenapa? 293 00:26:46,963 --> 00:26:48,283 Saya dah sedarkan dia. 294 00:26:51,363 --> 00:26:54,083 Kehidupan kita ibarat jejak di dalam salji. 295 00:26:54,563 --> 00:26:56,643 Apabila kita laluinya semula, 296 00:26:56,723 --> 00:26:59,283 kita lalui jejak yang kita tinggalkan dulu. 297 00:27:00,843 --> 00:27:03,563 Tapi jika laluan kita berubah, tiada lagi jejak. 298 00:27:04,443 --> 00:27:07,283 Hidup ini ibarat mengharungi kabus yang tebal. 299 00:27:07,363 --> 00:27:08,843 Ada yang anggap ia sukar. 300 00:27:10,363 --> 00:27:12,363 Evelyn sepatutnya mati 301 00:27:12,643 --> 00:27:16,603 dalam kemalangan kereta pada 5 September 1977, 302 00:27:16,683 --> 00:27:17,803 tapi dia hidup. 303 00:27:19,163 --> 00:27:20,563 Keluarganya baik saja, 304 00:27:21,843 --> 00:27:22,803 namun Evelyn... 305 00:27:23,683 --> 00:27:26,043 Dia dapat merasakan suatu kelainan. 306 00:27:27,443 --> 00:27:30,283 Sebahagian dirinya ingat tentang kemalangan itu. 307 00:27:31,883 --> 00:27:34,523 Dia mula melihat perkara yang tidak wujud. 308 00:27:35,443 --> 00:27:37,403 Corak berlainan pada dinding. 309 00:27:38,203 --> 00:27:41,083 Bayang tanpa jasad, berjalan melintasi bilik. 310 00:27:45,403 --> 00:27:46,883 Dan orang. 311 00:27:48,683 --> 00:27:49,563 Hantu. 312 00:27:52,523 --> 00:27:54,643 Datang dan pergi dalam hidupnya. 313 00:27:57,603 --> 00:28:00,883 Sekejap ada, sekejap tiada. 314 00:28:05,603 --> 00:28:08,683 Saya sedar bahawa dia melihat dunia dari masa lampau. 315 00:28:10,603 --> 00:28:12,723 Jejak yang ditinggal oleh orang lain. 316 00:28:14,563 --> 00:28:16,243 Setiap perubahan ada kesannya. 317 00:28:17,723 --> 00:28:20,163 Dan ia menghantuinya ke mana saja dia pergi. 318 00:28:22,283 --> 00:28:26,083 Sewaktu umur 19 tahun, dia masuk ke hospital gila dengan sendiri. 319 00:28:29,243 --> 00:28:30,163 Saya keluarkan. 320 00:28:31,363 --> 00:28:34,883 Saya bantu dia memahami gangguan dalam realitinya. 321 00:28:35,523 --> 00:28:39,123 Kami jumpa sebuah rumah lama di mana dia tak akan dihantui. 322 00:28:39,203 --> 00:28:42,523 Dan semakin lama, dia semakin memahami memorinya itu. 323 00:28:43,203 --> 00:28:44,323 Dia seperti awak? 324 00:28:46,043 --> 00:28:47,403 Kami banyak persamaan. 325 00:28:48,363 --> 00:28:51,283 Dalam setiap hayat baru, memorinya akan kembali. 326 00:28:52,643 --> 00:28:54,563 Jadi dia tahu apa yang perlu dibuat. 327 00:29:06,723 --> 00:29:08,963 Tapi dia tak mampu hadapi kesannya. 328 00:29:10,363 --> 00:29:13,163 Sebab itu dia sentiasa pergi ke rumah yang sama. 329 00:29:15,323 --> 00:29:16,923 Untuk asingkan diri. 330 00:29:18,243 --> 00:29:21,283 Untuk mencipta pola yang dikenali dan mengulanginya. 331 00:29:22,523 --> 00:29:25,283 Tanpa hantu, tanpa bayang-bayang. 332 00:29:27,203 --> 00:29:29,443 Hanya ditemani seorang budak kecil. 333 00:29:31,483 --> 00:29:32,723 Di manakah rumah itu. 334 00:29:34,203 --> 00:29:35,483 Awak takkan jumpa. 335 00:29:36,283 --> 00:29:37,203 Dan tak pernah. 336 00:29:38,283 --> 00:29:39,723 Awak suka, bukan? 337 00:29:41,083 --> 00:29:43,963 Memiliki kuasa dan pengetahuan ini. 338 00:29:46,923 --> 00:29:50,203 Saya suka tolong orang, buat dunia ini lebih baik. 339 00:29:51,443 --> 00:29:53,363 Tapi ia tidak semudah itu. 340 00:30:03,363 --> 00:30:09,363 IBU MENGANDUNG ANAK DUA DITIKAM HINGGA MATI AKIBAT HUTANG DADAH 341 00:30:17,163 --> 00:30:21,243 Perlahan sikit. Ini sepatutnya tempat yang sunyi dan tersembunyi. 342 00:30:32,443 --> 00:30:33,523 Ini siapa pula? 343 00:30:36,843 --> 00:30:39,003 Ini bukan pandu lalu. 344 00:30:59,843 --> 00:31:01,003 Hei, jangan dekat. 345 00:31:03,483 --> 00:31:04,403 Berundur! 346 00:31:19,923 --> 00:31:24,723 Aiden Stenner menikam seorang wanita mengandung di atas hutang teman lelakinya. 347 00:31:24,803 --> 00:31:26,883 Jika dia mati, wanita itu hidup. 348 00:31:28,723 --> 00:31:30,523 Itu pertukarannya. 349 00:31:30,603 --> 00:31:32,443 Saya tahu itu perkara yang betul. 350 00:31:34,883 --> 00:31:38,043 Tapi saya tetap tak mampu untuk berdepan dengannya. 351 00:31:56,963 --> 00:31:59,043 Jahanam! Jahanam! 352 00:32:00,803 --> 00:32:02,083 Jahanam! 353 00:32:21,923 --> 00:32:23,723 Awak tak bunuh Aiden Stenner. 354 00:32:24,883 --> 00:32:27,243 Dan mangsanya bukan wanita mengandung. 355 00:32:27,323 --> 00:32:31,883 Kerana sewaktu rakan awak cuba menentang pengedar itu, semuanya telah berubah. 356 00:32:31,963 --> 00:32:34,283 Saya tak dapat mengawal keadaan. Maaf. 357 00:32:34,363 --> 00:32:35,643 Betulkah? 358 00:32:37,403 --> 00:32:39,123 Awak akan jumpa rakan awak lagi. 359 00:32:40,163 --> 00:32:41,483 Suatu hari nanti. 360 00:32:43,043 --> 00:32:44,843 Ajal bukan pengakhiran cerita. 361 00:32:45,403 --> 00:32:46,723 Ia hanya tanda baca. 362 00:32:48,683 --> 00:32:51,043 Tanda baca? Itu perspektif awak? 363 00:32:51,123 --> 00:32:53,243 Itu cara awak wajarkan pembunuhan? 364 00:32:53,883 --> 00:32:55,963 Ia bukan pewajaran. 365 00:32:56,043 --> 00:32:59,523 Setiap kali mengambil nyawa, saya menyesali perbuatan itu. 366 00:32:59,603 --> 00:33:02,643 Saya akan beritahu keluarga mangsa. Tentu mereka terharu. 367 00:33:02,723 --> 00:33:05,003 -Saya bukan seperti disangka. -Tidak. 368 00:33:05,083 --> 00:33:07,083 Saya faham. Awak benci membunuh. 369 00:33:07,483 --> 00:33:08,403 Awak tak tahan. 370 00:33:09,123 --> 00:33:10,563 Tapi awak suka menyeksa. 371 00:33:12,923 --> 00:33:17,003 Saya nampak perbuatan kepada Connor Larson sebelum menembak dia. 372 00:33:17,163 --> 00:33:19,883 -Dia merogol lima gadis. -Larson tak rogol sesiapa. 373 00:33:19,963 --> 00:33:21,363 Kerana saya halang dia! 374 00:33:21,443 --> 00:33:22,923 Saya yang hentikan dia! 375 00:33:23,003 --> 00:33:24,843 Kenapa seksa? Kenapa tak bunuh saja? 376 00:33:24,923 --> 00:33:26,363 Itu bukan seksaan. 377 00:33:26,443 --> 00:33:27,443 Jadi apa? 378 00:33:27,563 --> 00:33:28,803 Ia sebuah eksperimen. 379 00:33:40,243 --> 00:33:42,243 Rasa takut mampu mengubah seseorang. 380 00:33:47,083 --> 00:33:49,123 Rasa takut melangkaui hayat. 381 00:33:52,483 --> 00:33:56,803 Bayangkan awak mampu buat pembunuh takut dengan darah 382 00:33:56,883 --> 00:33:59,203 atau seorang perogol jijik dengan seks. 383 00:34:16,403 --> 00:34:17,323 Apakah ini? 384 00:34:19,083 --> 00:34:20,043 Hei! 385 00:34:21,483 --> 00:34:22,403 Hei! 386 00:34:27,083 --> 00:34:28,003 Tiada penghujung. 387 00:34:28,923 --> 00:34:32,883 Pengulangan abadi ini, semua kematian, penderitaan... 388 00:34:32,963 --> 00:34:35,443 Apa saja yang saya buat, ia tetap kembali. 389 00:34:36,683 --> 00:34:40,483 Tapi jika saya mampu ubah seseorang dari dalam, mengubah sifat, 390 00:34:40,563 --> 00:34:41,683 mungkin ada harapan. 391 00:34:43,123 --> 00:34:44,483 Harapan untuk mangsa? 392 00:34:45,563 --> 00:34:46,443 Untuk saya. 393 00:34:48,843 --> 00:34:51,523 Masalahnya, saya sering kesuntukan masa. 394 00:34:53,363 --> 00:34:54,923 Saya sentiasa berakhir di sini. 395 00:34:56,443 --> 00:34:58,163 Bilik ini, gari ini. 396 00:34:59,683 --> 00:35:02,203 Apa saja yang saya buat, ke mana saya pergi, 397 00:35:03,083 --> 00:35:06,643 seseorang akan jumpai saya, detektif yang sama setiap kali. 398 00:35:06,683 --> 00:35:08,603 Mungkin saya patut minta naik gaji. 399 00:35:08,683 --> 00:35:10,083 Ya, mungkin juga. 400 00:35:11,643 --> 00:35:14,483 Jika kita sentiasa di sini, awak pernah beritahu saya. 401 00:35:14,603 --> 00:35:15,643 Ya, pernah. 402 00:35:15,683 --> 00:35:18,043 -Saya pernah percaya? -Tak pernah. 403 00:35:18,683 --> 00:35:20,643 Jadi kenapa awak tetap beritahu? 404 00:35:20,683 --> 00:35:24,323 Kerana bukan awak yang saya cuba yakinkan, Detektif Dhillon. 405 00:35:24,403 --> 00:35:25,323 Lucy, 406 00:35:26,723 --> 00:35:28,443 saya bercakap benar. 407 00:35:29,123 --> 00:35:30,723 Dan saya boleh buktikan. 408 00:35:31,923 --> 00:35:33,643 Awak sendiri boleh buktikan. 409 00:35:34,723 --> 00:35:36,603 Satu soalan. 410 00:35:36,683 --> 00:35:39,243 Fikir betul-betul, Lucy. 411 00:35:40,483 --> 00:35:43,203 Apa perkara paling buruk pernah awak lalui? 412 00:35:45,603 --> 00:35:47,203 Saya bertahan demi awak. 413 00:35:48,083 --> 00:35:52,203 Dipenjarakan sendirian selama 25 tahun. 414 00:35:52,243 --> 00:35:54,123 Menanti agar awak kembali. 415 00:35:54,843 --> 00:35:57,363 Itu 25 tahun paling lama dalam hidup saya. 416 00:36:03,643 --> 00:36:07,683 Mereka letakkan saya bersama binatang yang bunuh anak dan isterinya. 417 00:36:07,803 --> 00:36:11,003 Dia kata bukan salahnya. Dia memang baran bila mabuk. 418 00:36:12,123 --> 00:36:13,203 Baran! 419 00:36:15,043 --> 00:36:16,243 Awak tengok apa? 420 00:36:18,603 --> 00:36:20,323 Saya tambah nama dia. 421 00:36:21,403 --> 00:36:22,723 Saya tambah banyak nama. 422 00:36:24,883 --> 00:36:26,683 Tak susah untuk saya mengulang. 423 00:36:26,723 --> 00:36:29,203 Saya cuma perlukan kaca atau pisau cukur. 424 00:36:29,323 --> 00:36:31,883 Tapi saya bertahan. Saya dipenjara demi awak. 425 00:36:31,963 --> 00:36:34,403 Sekarang saya perlu pertolongan awak. 426 00:36:34,563 --> 00:36:35,883 Ingat, Lucy. 427 00:36:36,083 --> 00:36:38,643 Ingat, dan jawab soalan ini. 428 00:36:40,003 --> 00:36:42,723 Apakah perkara paling teruk pernah awak lalui? 429 00:37:09,963 --> 00:37:10,883 Ibu. 430 00:37:21,643 --> 00:37:22,883 Lucy, kenapa? 431 00:37:25,923 --> 00:37:28,443 Tidak, dia tidak... Dia... 432 00:37:28,523 --> 00:37:29,683 Saya mengubahnya. 433 00:37:30,483 --> 00:37:32,323 -Saya hentikannya. -Duduk. 434 00:37:32,443 --> 00:37:35,363 Awak beritahu perkara terburuk awak pernah lalui, 435 00:37:35,443 --> 00:37:38,123 dan 30 tahun dulu, saya hentikannya. 436 00:37:39,483 --> 00:37:41,323 Saya pecah masuk rumah awak, 437 00:37:41,403 --> 00:37:44,523 saya buang pin penembak dari senapang lama datuk awak. 438 00:37:45,203 --> 00:37:47,203 Ibu awak menarik picunya. 439 00:37:47,563 --> 00:37:49,203 Dia hampir putus asa... 440 00:37:51,603 --> 00:37:53,243 tapi dia dapat peluang kedua. 441 00:37:59,843 --> 00:38:02,083 Selepas itu, hidup awak tak sama lagi. 442 00:38:04,123 --> 00:38:05,363 Lucy, kita harus pergi. 443 00:38:05,443 --> 00:38:07,003 -Beri dia masa. -Diam! 444 00:38:07,803 --> 00:38:09,923 Lekas. Awak tak patut berada di sini. 445 00:38:10,003 --> 00:38:13,523 Banyak awak tak sepatutnya jadi. Ini bukan hidup awak. 446 00:38:16,963 --> 00:38:17,883 Maaf. 447 00:38:20,843 --> 00:38:21,683 Lucy! 448 00:38:22,683 --> 00:38:23,923 Buka pintu ini! 449 00:38:24,883 --> 00:38:26,123 Lucy, buka pintu ini! 450 00:38:36,683 --> 00:38:39,323 Awak kata hidup saya berbeza. Berbanding apa? 451 00:38:39,403 --> 00:38:42,643 Semua hayat awak sebelum ini. Awak dah buat jejak baru. 452 00:38:42,683 --> 00:38:44,683 -Bagaimana? -Saya boleh bantu awak. 453 00:38:44,723 --> 00:38:47,123 Awak cuma akan sedar jika lakukan sendiri. 454 00:38:47,203 --> 00:38:50,483 Dan saya perlu sedarkan awak kerana saya dah berjanji. 455 00:38:52,683 --> 00:38:55,403 Awak suruh saya buat begini sewaktu kita berjumpa. 456 00:38:56,843 --> 00:39:00,203 Kami tak jangka hidup awak akan berubah sebegini rupa. 457 00:39:00,323 --> 00:39:01,723 Ini bukan diri awak. 458 00:39:06,563 --> 00:39:07,523 Saya berkahwin... 459 00:39:10,043 --> 00:39:11,523 -Dengan Mike? -Bukan. 460 00:39:13,483 --> 00:39:17,603 -Jadi Isaac... -Dia tak sepatutnya berada di sini. 461 00:39:22,403 --> 00:39:24,683 -Sebab itu awak cuba culik dia. -Tidak! 462 00:39:24,883 --> 00:39:26,363 Saya tak culik dia. 463 00:39:26,643 --> 00:39:27,683 Tidak, Lucy. 464 00:39:27,843 --> 00:39:28,683 Saya tak buat. 465 00:39:29,603 --> 00:39:31,123 Berikan tali kasut awak. 466 00:39:31,203 --> 00:39:33,523 -Apa? -Tolonglah, beri tali kasut awak. 467 00:39:33,603 --> 00:39:34,883 -Tolonglah. -Lucy, jangan! 468 00:39:34,963 --> 00:39:37,083 Saya cuma nak tunjuk sesuatu. 469 00:39:37,163 --> 00:39:39,843 Saya takkan cekik awak. Tolonglah. 470 00:39:54,203 --> 00:39:56,803 Setiap simpulan ini ialah penghujung sebuah hayat, 471 00:39:59,163 --> 00:40:01,323 dan permulaan bagi hayat seterusnya. 472 00:40:02,563 --> 00:40:04,923 Dahulu saya fikir ia sebuah garis lurus. 473 00:40:05,923 --> 00:40:07,203 Kita hidup, kita mati. 474 00:40:07,723 --> 00:40:08,883 Hidup, mati. 475 00:40:09,803 --> 00:40:11,323 Itu pengalaman saya. 476 00:40:12,483 --> 00:40:14,683 Tapi saya tak lihat lebih mendalam. 477 00:40:18,683 --> 00:40:24,443 Bagaimana jika, sewaktu kita mengulang, ia sebenarnya sebuah kitaran? 478 00:40:25,403 --> 00:40:29,603 Hayat yang baru, tetapi kita melalui kitaran yang sama. 479 00:40:31,563 --> 00:40:33,323 Saya boleh ingat hayat sebelum ini. 480 00:40:34,003 --> 00:40:38,683 Ia berlaku di masa lampau, tapi ia juga berlaku di masa sekarang. 481 00:40:39,843 --> 00:40:41,883 Secara serentak. Dan selari. 482 00:40:41,963 --> 00:40:46,523 Dan kitaran ini terlalu rapat sehingga mereka hampir bersentuhan. 483 00:40:48,203 --> 00:40:51,083 Seolah-olah kita dapat lihat dunia sebelum ini. 484 00:40:51,683 --> 00:40:54,723 Awak terjaga akibat tembakan yang tak pernah terjadi. 485 00:40:55,803 --> 00:40:59,203 Awak nampak perkara yang wujud dan tidak wujud. 486 00:40:59,323 --> 00:41:02,243 Awak tak sepatutnya berada di rumah itu, Lucy. 487 00:41:02,883 --> 00:41:03,963 Isaac juga begitu. 488 00:41:04,683 --> 00:41:06,683 Tapi Isaac bukan seperti kita. 489 00:41:08,403 --> 00:41:10,403 Dia tidak terikat pada hayat ini. 490 00:41:12,203 --> 00:41:14,963 Awak mampu melihat bayangan dari kitaran lalu, 491 00:41:15,843 --> 00:41:18,003 tapi Isaac mampu menyentuhnya. 492 00:41:18,963 --> 00:41:19,883 Cakap dengannya. 493 00:41:20,643 --> 00:41:23,803 Kadangkala, dia hilang pertimbangan, 494 00:41:24,683 --> 00:41:28,203 dan dia merentas dari satu hayat ke hayat yang lain. 495 00:41:28,883 --> 00:41:31,323 Dan terus lesap dari dunia kita. 496 00:41:31,683 --> 00:41:33,203 Tapi kenapa Isaac? 497 00:41:34,123 --> 00:41:36,203 Kerana dia sebuah anomali, Lucy. 498 00:41:37,603 --> 00:41:39,723 Dia tak sepatutnya wujud. 499 00:42:02,723 --> 00:42:05,083 Awak mahu ayah pasangkan TV? 500 00:42:09,123 --> 00:42:13,323 Atau tidak. Teruskan mengelamun. 501 00:42:23,563 --> 00:42:24,443 Mari sini. 502 00:42:25,403 --> 00:42:29,203 Mari sini. Ayah mahu cerita sesuatu. Ibu kata awak suka cerita. 503 00:42:36,363 --> 00:42:40,083 Suatu masa dahulu, ayah pergi makan bersama gadis bernama Sonya. 504 00:42:41,243 --> 00:42:44,003 Orangnya cantik, tapi membosankan. 505 00:42:44,163 --> 00:42:45,403 Langsung tak kelakar. 506 00:42:45,803 --> 00:42:47,043 Tentu awak suka. 507 00:42:49,163 --> 00:42:52,163 Sewaktu kami sedang makan, 508 00:42:53,843 --> 00:42:55,443 Ayah dengar orang ketawa. 509 00:42:56,843 --> 00:42:58,963 Wanita ini sedang minum bersama kawannya 510 00:42:59,043 --> 00:43:00,723 dan dia tergelak besar 511 00:43:00,843 --> 00:43:04,363 sehingga Pina Colada tersembur dari hidungnya. 512 00:43:05,883 --> 00:43:07,883 Awak tahu apa itu Pina Colada? 513 00:43:10,483 --> 00:43:12,403 Ia minuman untuk hari cerah. 514 00:43:14,083 --> 00:43:17,603 Walaupun waktu itu sedang hujan, dia tak peduli. 515 00:43:17,683 --> 00:43:21,683 Dia cuma mahukan minuman dengan payung kecil di dalamnya. 516 00:43:24,563 --> 00:43:25,683 Kerana ia seronok. 517 00:43:30,043 --> 00:43:32,163 Sonya pulang dengan teksi. 518 00:43:32,243 --> 00:43:36,683 Tapi ayah tak balik, dan bercakap dengan wanita Pina Colada itu. 519 00:43:38,083 --> 00:43:40,883 Enam bulan kemudian, kami berkahwin. 520 00:43:42,363 --> 00:43:46,803 Dan kami ketawa bersama sepanjang tiga tahun berikutnya. 521 00:43:51,083 --> 00:43:53,323 Itu saat paling bahagia dalam hidup ayah. 522 00:43:56,323 --> 00:43:57,523 Kemudian... 523 00:43:59,203 --> 00:44:01,883 awak lahir, dan semuanya berakhir. 524 00:44:05,443 --> 00:44:09,363 Tiada lagi Pina Colada, tiada lagi gelak ketawa. 525 00:44:14,763 --> 00:44:17,563 Awak musnahkan hidup kami. 526 00:44:19,723 --> 00:44:21,003 Awak tahu tak? 527 00:44:26,083 --> 00:44:27,323 Awak ada perasaan? 528 00:44:34,523 --> 00:44:36,523 Nampak macam tiada orang di dalam. 529 00:45:01,363 --> 00:45:02,763 Pergi main di tempat lain. 530 00:45:20,923 --> 00:45:24,083 Ada sesuatu yang penting dalam setiap hayat manusia, 531 00:45:24,883 --> 00:45:27,603 yang mengekori mereka dalam setiap kitaran. 532 00:45:27,683 --> 00:45:29,843 Isaac tiada perkara itu. 533 00:45:31,163 --> 00:45:34,603 Awak tahu apa yang saya maksudkan. Kunci kemanusiaan, 534 00:45:34,683 --> 00:45:37,163 roh dan jiwa. 535 00:45:39,203 --> 00:45:42,003 Dia lahir dari kekosongan, dia akan mati begitu. 536 00:45:44,323 --> 00:45:46,003 Dia hanya sekam. 537 00:45:46,083 --> 00:45:49,603 Tiada jiwa, tiada rasa kasih. 538 00:45:51,443 --> 00:45:55,363 Saya tahu awak cuba menyayangi dia, tapi itu sesuatu yang mustahil. 539 00:45:58,363 --> 00:45:59,843 Ia takkan berhasil. 540 00:46:01,123 --> 00:46:02,843 Dia takkan menyayangi awak. 541 00:46:04,963 --> 00:46:06,723 Dia takkan rasa bahagia. 542 00:46:08,963 --> 00:46:10,683 Dia takkan boleh wujud. 543 00:46:18,283 --> 00:46:19,883 TIADA BATERI 544 00:46:21,803 --> 00:46:23,683 Saya tahu awak sayang anak awak, 545 00:46:25,443 --> 00:46:27,883 tapi itu bukan sebab awak berada di sini. 546 00:46:40,283 --> 00:46:42,083 Awak hampir berjaya tipu saya. 547 00:46:43,643 --> 00:46:45,323 Tapi awak tersilap. 548 00:46:48,203 --> 00:46:49,243 Kenapa pula? 549 00:46:51,723 --> 00:46:53,563 Anak saya sayang saya. 550 00:47:07,763 --> 00:47:09,123 Pernah dia kata begitu? 551 00:47:10,403 --> 00:47:11,483 Pernahkah awak? 552 00:47:12,043 --> 00:47:16,763 Dengan kebijaksanaan awak, semua hayat yang telah awak lalui, 553 00:47:16,843 --> 00:47:18,483 pernahkah awak disayangi? 554 00:47:20,643 --> 00:47:22,563 Awak pernah menyayangi orang lain? 555 00:47:27,163 --> 00:47:29,203 Awaklah sekam itu, Gideon. 556 00:47:30,243 --> 00:47:33,203 Anak saya lebih baik daripada awak. 557 00:47:38,083 --> 00:47:39,003 Selamat tinggal. 558 00:47:41,883 --> 00:47:42,963 Jumpa lagi nanti. 559 00:48:08,443 --> 00:48:09,363 Isaac? 560 00:50:12,123 --> 00:50:13,123 Mesej baru. 561 00:50:14,243 --> 00:50:15,163 Ibu. 562 00:50:16,923 --> 00:50:18,483 Ayah buat saya kesejukan. 563 00:50:20,283 --> 00:50:21,803 Saya mahu ibu pulang. 564 00:50:23,883 --> 00:50:25,723 Pulanglah, ibu. 565 00:50:27,083 --> 00:50:28,203 Saya sayang ibu. 566 00:53:05,923 --> 00:53:07,563 Mike? Mike? 567 00:53:08,883 --> 00:53:10,123 Mike, di mana Isaac? 568 00:53:12,283 --> 00:53:13,243 Mike? 569 00:53:14,803 --> 00:53:16,123 Mike, di mana Isaac? 570 00:53:16,403 --> 00:53:17,843 Mike, di mana Isaac? 571 00:53:17,923 --> 00:53:18,843 Hei. 572 00:53:18,963 --> 00:53:20,643 -Beritahu saya. -Maafkan saya. 573 00:53:20,723 --> 00:53:22,843 -Saya masuk semula cari dia. -Apa? 574 00:53:25,123 --> 00:53:26,363 Tapi saya tak jumpa. 575 00:53:27,803 --> 00:53:28,643 Maafkan saya. 576 00:53:34,163 --> 00:53:36,163 -Jangan. -Lucy! Lucy! 577 00:53:44,243 --> 00:53:45,363 Isaac? 578 00:53:50,923 --> 00:53:52,003 Isaac? 579 00:54:03,163 --> 00:54:04,243 Isaac! 580 00:54:21,443 --> 00:54:22,443 Isaac! 581 00:56:16,123 --> 00:56:17,363 Detektif Chambers? 582 00:56:19,363 --> 00:56:20,763 Semua orang dah keluar? 583 00:56:20,843 --> 00:56:21,763 Rasanya sudah. 584 00:56:22,243 --> 00:56:24,483 Si ibu sedang dirawat kerana melecur. 585 00:56:33,723 --> 00:56:35,603 Semuanya okey, puan? 586 00:56:40,603 --> 00:56:42,203 Okey, perasaan saya saja. 587 00:56:44,843 --> 00:56:46,003 Seperti déjà-vu. 588 00:57:40,563 --> 00:57:42,563 Terjemahan sari kata oleh Nasbi Azmi 589 00:57:42,643 --> 00:57:44,643 Penyelia Kreatif Aireen Zainal