1 00:01:17,703 --> 00:01:19,705 Saya tak percaya ini berlaku. 2 00:01:19,788 --> 00:01:23,292 Saya bangun setiap hari berharap ini hanyalah mimpi ngeri. 3 00:01:23,959 --> 00:01:27,129 Sekarang saya tahu dia sudah... 4 00:02:06,585 --> 00:02:09,922 Ibu saya ada untuk saya apabila saya sedih. 5 00:02:10,005 --> 00:02:11,006 HARI INI 6 00:02:11,089 --> 00:02:14,510 Semasa saya kecil dan kura-kura saya hilang di taman. 7 00:02:14,593 --> 00:02:17,971 Semasa saya 16 tahun dan patah hati untuk kali pertama. 8 00:02:19,765 --> 00:02:22,351 Tapi hari ini hari paling teruk dalam hidup saya. 9 00:02:22,434 --> 00:02:26,146 Ibu saya tiada di sini untuk pujuk saya. 10 00:02:28,273 --> 00:02:30,234 Saya tak tahu apa saya mahu buat tanpa ibu saya... 11 00:02:30,317 --> 00:02:32,569 Awak tahu yang Daniela ada anak lelaki? 12 00:02:33,529 --> 00:02:35,864 - Semoga tenang. - Berapa umurnya? 13 00:02:35,948 --> 00:02:38,742 Sembilan belas tahun? 20 tahun? 14 00:03:22,578 --> 00:03:24,162 Awak buat apa di rumah Daniela? 15 00:03:25,122 --> 00:03:28,166 Saya mahu tanya dia untuk memahami sebab dia ugut kita. 16 00:03:28,250 --> 00:03:29,501 Bagaimana dengan duit kita? 17 00:03:30,210 --> 00:03:32,087 Saya tak tahu. Duit itu tiada di dalam rumahnya. 18 00:03:32,171 --> 00:03:34,506 Maaf, sayang. Pejabat telefon. Saya terpaksa jawab. 19 00:03:35,591 --> 00:03:37,593 Pedro Cruz. Isabel, tunang saya. 20 00:03:37,676 --> 00:03:38,802 - Selamat berkenalan. - Saya juga. 21 00:03:38,886 --> 00:03:40,220 Isterinya, Ana Vargas. 22 00:03:40,304 --> 00:03:41,638 - Helo. - Selamat berkenalan. 23 00:03:41,722 --> 00:03:43,682 Saya amat bersimpati atas kehilangan awak, Hugo. 24 00:03:44,183 --> 00:03:45,184 Terima kasih. 25 00:03:46,435 --> 00:03:48,437 Awak sudah jumpa apa-apa? 26 00:03:50,564 --> 00:03:51,732 Saya sedang berusaha. 27 00:03:54,067 --> 00:03:59,448 Saya akan siasat siapa bunuh ibu awak. Saya janji. Okey? 28 00:04:02,451 --> 00:04:03,994 Sementara itu... 29 00:04:04,870 --> 00:04:07,664 awak ada ahli keluarga lain untuk awak tinggal bersama? 30 00:04:07,748 --> 00:04:08,749 Mungkin ayah awak? 31 00:04:10,042 --> 00:04:12,377 Tak, ayah saya sudah lama tinggalkan kami. 32 00:04:12,461 --> 00:04:13,754 Maafkan saya. 33 00:04:14,963 --> 00:04:16,964 Ya, dari dulu cuma saya dan ibu saya. 34 00:04:17,716 --> 00:04:18,926 Kamu pasti sangat rapat. 35 00:04:19,510 --> 00:04:21,512 Ya, dia ibu terbaik di dunia. 36 00:04:21,595 --> 00:04:22,721 Ya. 37 00:04:28,644 --> 00:04:30,687 Ini tragedi untuk kita semua. 38 00:04:30,771 --> 00:04:32,731 Ya, tragedi. Itu Sofia. 39 00:04:33,315 --> 00:04:36,276 Sofia, kenalkan tunang saya, Isabel. 40 00:04:36,360 --> 00:04:39,488 - Selamat berkenalan. - Selamat berkenalan juga dan tahniah. 41 00:04:40,364 --> 00:04:42,616 Kami tak tahu. Marcos tak beritahu apa-apa. 42 00:04:43,283 --> 00:04:45,285 Kita belum... Oleh kerana kita belum berjumpa 43 00:04:45,369 --> 00:04:47,496 selama lebih 20 tahun, kita belum dapat... 44 00:04:47,579 --> 00:04:51,375 Sayang, tolong bawa kereta ke sini. 45 00:04:54,127 --> 00:04:55,671 - Terima kasih. - Jumpa lagi. 46 00:04:55,754 --> 00:04:56,755 Jumpa lagi. 47 00:04:56,839 --> 00:04:57,840 Jumpa lagi. 48 00:05:01,635 --> 00:05:04,638 Mungkin sekarang bukan masa sesuai tapi kamu nampak sarjan? 49 00:05:04,721 --> 00:05:07,683 Bukan sekarang, Pedro. Kawan kita baru dikebumikan. 50 00:05:07,766 --> 00:05:10,561 Hei, kami juga sedih dengan kematiannya. 51 00:05:11,144 --> 00:05:13,897 Tapi selepas apa yang dia buat, saya tak pasti kalau dia kawan rapat. 52 00:05:13,981 --> 00:05:16,650 Mungkin boleh cakap dengan anaknya. Mungkin dia tahu sesuatu. 53 00:05:16,733 --> 00:05:19,695 Di majlis pengebumian ibunya dan di depan sarjan. Idea bijak. 54 00:05:19,778 --> 00:05:20,988 Saya mahu pergi dari sini. 55 00:05:21,488 --> 00:05:23,115 Polis ada video Daniela. 56 00:05:29,037 --> 00:05:30,372 Video apa? 57 00:05:31,832 --> 00:05:33,417 Video yang dia hasilkan di kolej. 58 00:05:33,500 --> 00:05:36,378 Video itu di rumahnya dan sekarang polis sudah mengambilnya. Semua video. 59 00:05:36,461 --> 00:05:38,839 Tapi kita sudah musnahkan video malam itu. 60 00:05:38,922 --> 00:05:43,051 Manalah kita tahu. Dia cakap begitu tapi kita tak nampak. 61 00:05:43,135 --> 00:05:45,179 Dia juga ugut dan tipu kita. 62 00:05:45,262 --> 00:05:46,972 - Pasti ada salinan. - Polis ada... 63 00:05:51,727 --> 00:05:54,813 Mungkin polis ada bukti perbuatan kita 20 tahun lalu? 64 00:05:56,315 --> 00:05:57,399 Betul. 65 00:06:01,862 --> 00:06:05,032 Saya akan hantar awak dan pergi sebab saya ada mesyuarat, sayang. 66 00:06:05,115 --> 00:06:06,783 Boleh. Tiada masalah. 67 00:06:08,577 --> 00:06:10,078 - Jadi, awak peguam. - Ya. 68 00:06:10,162 --> 00:06:11,371 Mimpi buruk saya. 69 00:06:11,955 --> 00:06:13,457 Saya bekerja di Figueroa. 70 00:06:13,540 --> 00:06:15,751 Setiap hari saya bertengkar dengan peguam. 71 00:06:15,834 --> 00:06:17,294 Jadi awak sudah tahu caranya. 72 00:06:18,378 --> 00:06:19,880 Terus-terang, saya sukakannya. 73 00:06:19,963 --> 00:06:22,674 Orang yang tidak suka peguam ialah Marcos. 74 00:06:22,758 --> 00:06:25,260 Bukan selalu. Ada pengecualian. 75 00:06:25,344 --> 00:06:26,386 Sayang... 76 00:06:26,929 --> 00:06:29,473 Apa pun, kita perlu siasat punca fobia awak. 77 00:06:30,432 --> 00:06:33,101 Nampak? Dia bukan berahsia dengan awak saja. 78 00:06:33,185 --> 00:06:34,186 Begitu rupanya. 79 00:06:34,937 --> 00:06:36,897 Sebab itu saya suka jumpa kawan-kawannya. 80 00:06:36,980 --> 00:06:39,858 Saya pasti ada banyak maklumat saya boleh guna untuk menentang dia. 81 00:06:39,942 --> 00:06:41,818 - Sudahlah. - Memang ada, ya. 82 00:06:42,569 --> 00:06:45,280 Setidaknya ada perkara positif daripada semua ini. 83 00:06:45,906 --> 00:06:47,699 Kamu kembali berhubung, bukan? 84 00:06:47,783 --> 00:06:48,784 Ya. 85 00:06:50,702 --> 00:06:54,164 Malang sekali. Dulu kami sangat rapat. 86 00:06:55,874 --> 00:06:57,251 Yakah? 87 00:06:57,334 --> 00:06:58,335 Jadi, apa yang berlaku? 88 00:06:59,044 --> 00:07:02,714 Dua puluh tahun berlalu. Itu saja yang berlaku. 89 00:07:04,299 --> 00:07:06,885 Sekarang kita macam orang asing, bukan? 90 00:07:06,969 --> 00:07:07,970 Peliknya. 91 00:07:08,053 --> 00:07:09,388 Betul. 92 00:07:09,972 --> 00:07:11,306 Beritahu saya. 93 00:07:12,015 --> 00:07:15,018 Beritahu saya sikap lelaki ini di kolej dulu. Saya mahu tahu. 94 00:07:15,769 --> 00:07:18,981 Percayalah, dulu dia tak serius seperti sekarang. 95 00:07:21,817 --> 00:07:26,613 Dia ada... Matanya masih buat gadis tergila-gila. 96 00:07:28,824 --> 00:07:30,033 - Tak. - Ya. 97 00:07:34,788 --> 00:07:36,790 - Dia buaya darat di kolej. - Tak. 98 00:07:36,874 --> 00:07:39,334 - Itu agak seksi. - Tak, saya bukan buaya darat. 99 00:07:41,044 --> 00:07:43,046 Dulu saya seorang idealis... 100 00:07:44,214 --> 00:07:45,215 Suka berangan-angan. 101 00:07:46,383 --> 00:07:48,010 Entahlah. Saya mahu ubah dunia, 102 00:07:48,886 --> 00:07:52,472 dan saya tak tahu tentang kehidupan. Kehidupan sebenar. 103 00:07:53,265 --> 00:07:54,600 Semua orang rasa begitu, bukan? 104 00:08:16,079 --> 00:08:18,123 Bagaimana keadaan awak? 105 00:08:19,082 --> 00:08:20,083 Kurang baik. 106 00:08:21,335 --> 00:08:22,920 Saya sangat bersimpati, Hugo. 107 00:08:26,381 --> 00:08:28,133 Awak rasa apa dia beritahu Hugo sekarang, hmm? 108 00:08:29,218 --> 00:08:31,720 Kita tak tahu apa-apa tentang dia dan dia kawan kita. 109 00:08:31,803 --> 00:08:33,263 Tak tahu pun dia ada anak. 110 00:08:34,306 --> 00:08:37,726 Tak dan memang nampak dia ada masalah kewangan. 111 00:08:39,686 --> 00:08:40,895 Apa? 112 00:08:42,356 --> 00:08:45,067 - Tiada apa-apa. - Sudah tentu dia tak tahu apa-apa. 113 00:08:45,150 --> 00:08:48,737 Saya tak mahu anak-anak saya tahu yang saya pengugut. 114 00:08:48,820 --> 00:08:51,240 Budak itu tak tahu. Tentang apa-apa. 115 00:08:51,823 --> 00:08:53,617 Tak tahu apa-apa tentang ugutan atau duit itu. 116 00:08:55,285 --> 00:08:56,286 Duit apa? 117 00:08:57,746 --> 00:08:59,873 - Saya dah agak awak takkan setuju. - Duit apa? 118 00:08:59,957 --> 00:09:01,542 - Bukan sekarang. - Awak bayar pengugut itu? 119 00:09:01,625 --> 00:09:02,960 - Itu tak penting. - Di mana... 120 00:09:03,043 --> 00:09:05,671 Sudahlah. Perkara penting ialah dapatkan semula duit itu 121 00:09:05,754 --> 00:09:09,049 - sebab ia tiada di sini sekarang. - Pembunuh Daniela ada duit itu, bukan? 122 00:09:10,092 --> 00:09:11,885 Kamu tak rasa itu motif sempurna? 123 00:09:11,969 --> 00:09:14,972 Dapatkan semula satu juta dolar dan dapat lagi empat juta dolar pada masa sama? 124 00:09:15,514 --> 00:09:19,226 Saya tak pernah terfikir salah seorang antara kita akan buat begitu. 125 00:09:19,309 --> 00:09:20,811 Kita semua mahu perkara sama, bukan? 126 00:09:20,894 --> 00:09:24,439 Persoalannya sekarang, dari mana Daniela dapat duit itu? 127 00:09:25,274 --> 00:09:28,986 Sudah tentu. Begitulah cara awak tahu dia pengugut. Kerana duit itu. 128 00:09:29,820 --> 00:09:31,530 Siapa yang bayar pengugut? 129 00:10:10,444 --> 00:10:11,361 JABATAN POLIS MIAMI-DADE 130 00:10:11,445 --> 00:10:13,906 Maksud awak cerita "keluar ke parti 131 00:10:13,989 --> 00:10:17,159 dan pulang dengan teksi" tidak betul? 132 00:10:17,659 --> 00:10:21,538 Ya, maksud saya, tiada syarikat teksi di Miami-Dade 133 00:10:21,622 --> 00:10:25,167 yang ada rekod kereta dari Key Largo. Jadi, ya. 134 00:10:25,834 --> 00:10:28,295 - Awak hubungi mereka semua? - Ya. 135 00:10:28,378 --> 00:10:30,255 Mungkin saya pandang rendah pada awak. 136 00:10:32,299 --> 00:10:37,930 Kita tahu Alejandro memandu semasa mabuk, 137 00:10:38,013 --> 00:10:41,058 dan alami serangan jantung sebelum kemalangan. 138 00:10:41,558 --> 00:10:45,979 Kalau mereka semua di dalam kereta bersama dia, kenapa mereka lari dari lokasi? 139 00:10:46,063 --> 00:10:47,397 Kenapa menipu? 140 00:10:49,650 --> 00:10:50,943 Hei, Sandoval. 141 00:10:52,027 --> 00:10:54,029 - Berapa tinggi awak? - Seratus lapan puluh enam sentimeter. 142 00:10:54,112 --> 00:10:57,157 Boleh tolong saya? Boleh awak duduk di kerusi pemandu? 143 00:11:07,417 --> 00:11:10,587 Tinggi Alejandro 192 sentimeter. Kalau dia memandu, 144 00:11:10,671 --> 00:11:12,756 kenapa dia tak tolak kerusi ke belakang? 145 00:11:12,840 --> 00:11:15,425 - Boleh awak memandu begitu? - Tak boleh. 146 00:11:20,973 --> 00:11:23,350 Kalau Alejandro tak memandu... 147 00:11:24,893 --> 00:11:26,228 - Okey. - Awak buat apa? 148 00:11:26,311 --> 00:11:27,980 Tunggu. Baringkan dia. 149 00:11:28,063 --> 00:11:29,982 - Angkat dia. - Okey. Mari. 150 00:11:37,531 --> 00:11:38,615 Angkat dia. 151 00:11:43,829 --> 00:11:45,581 Mana telefon bimbitnya? 152 00:11:45,664 --> 00:11:48,041 Tiada di dalam kereta. Kami sudah periksa. 153 00:11:48,125 --> 00:11:49,251 Pasti ada di sana. 154 00:11:49,960 --> 00:11:53,547 Ibunya cakap dia telefon Alejandro sepanjang malam, jadi... 155 00:11:55,674 --> 00:11:58,177 Kalau tiada di sana, maksudnya ada orang sembunyikan sesuatu. 156 00:12:01,054 --> 00:12:02,431 Cari lagi. 157 00:12:02,973 --> 00:12:04,725 Ceraikan kereta ini jika perlu. 158 00:12:12,274 --> 00:12:16,570 Ana. Tolonglah. Tolong dengar, okey? 159 00:12:17,112 --> 00:12:18,739 Ana, saya buntu, okey? 160 00:12:18,822 --> 00:12:21,783 Saya tak tahu cara... cara keluarkan kita daripada masalah ini. 161 00:12:21,867 --> 00:12:24,411 Awak fikir masalah kita dah selesai sekarang. 162 00:12:24,494 --> 00:12:26,163 Atau ia jadi lebih teruk. 163 00:12:30,417 --> 00:12:32,586 Beritahu saya. Dari mana awak dapat duit? 164 00:12:32,669 --> 00:12:34,213 Duit simpanan kita tak begitu banyak. 165 00:12:35,756 --> 00:12:39,760 Pedro, dari mana awak dapat duit itu? 166 00:12:39,843 --> 00:12:42,513 Saya ambil duit dari kempen, okey? 167 00:12:47,184 --> 00:12:48,227 Tak mungkin. 168 00:12:50,562 --> 00:12:51,980 Tak mungkin. 169 00:12:57,069 --> 00:13:00,364 Awak berkempen tentang membanteras rasuah. Tengoklah awak sekarang. 170 00:13:00,447 --> 00:13:01,698 Saya bingung. 171 00:13:01,782 --> 00:13:03,534 Bagaimana awak mahu bayar semula duit itu? 172 00:13:10,082 --> 00:13:11,583 Mereka akan hancurkan kita. 173 00:13:13,043 --> 00:13:14,586 Mereka akan hancurkan kita. 174 00:13:14,670 --> 00:13:16,964 Kalau hal ini diketahui, bukan saja kerjaya awak berakhir, 175 00:13:17,047 --> 00:13:18,715 awak juga akan dipenjarakan, bodoh! 176 00:13:18,799 --> 00:13:21,802 Tidak. Tiada sesiapa akan tahu. Mereka tak perlu tahu. 177 00:13:21,885 --> 00:13:23,846 Tidak? Apa rancangan utama awak? 178 00:13:25,430 --> 00:13:27,349 Okey. Apabila saya menang pilihan raya... 179 00:13:27,432 --> 00:13:29,309 Awak mahu mencuri lagi? Kalau awak tak menang? 180 00:13:29,393 --> 00:13:31,979 - Saya akan dapatkan semula duit itu. - Bagaimana? 181 00:13:32,855 --> 00:13:34,439 Bagaimana? Kita cuma ada rumah ini. 182 00:13:34,523 --> 00:13:36,316 Okey, cukup! 183 00:13:42,573 --> 00:13:43,699 Kenapa, sayang? 184 00:13:45,951 --> 00:13:47,077 Apa berlaku kepada awak? 185 00:13:48,787 --> 00:13:49,955 Apa berlaku kepada awak? 186 00:13:52,833 --> 00:13:55,252 Cakap sekarang siapa buat begini kepada awak. 187 00:13:56,461 --> 00:13:57,462 Luis? 188 00:14:01,758 --> 00:14:02,759 PAF KEJU 189 00:14:22,529 --> 00:14:25,115 Berhenti makan makanan ringan, Luis. 190 00:14:25,199 --> 00:14:27,743 Awak akan jadi gemuk dan berjerawat. Okey? 191 00:14:39,755 --> 00:14:42,549 Maafkan ayah. Okey? Maafkan ayah. 192 00:14:47,221 --> 00:14:51,433 Ayah tahu awak sedang membesar. 193 00:14:51,517 --> 00:14:52,601 Okey, Luis? 194 00:14:52,684 --> 00:14:55,354 Ayah sangat faham. Ayah juga pernah berumur 11 tahun. 195 00:14:56,313 --> 00:14:57,397 - Tapi... - Saya 12 tahun, ayah. 196 00:15:00,776 --> 00:15:05,614 Okey, apa ayah cuba cakap ialah, perkara ini akan berterusan. 197 00:15:06,823 --> 00:15:10,744 Nanti awak akan masuk sekolah tinggi, kemudian kolej. 198 00:15:10,827 --> 00:15:15,541 Di sana, orang lebih jahat berbanding sekarang. Okey? 199 00:15:15,624 --> 00:15:20,337 Mereka akan rasa gembira mengejek cermin mata dan jerawat awak. 200 00:15:20,420 --> 00:15:22,756 Mereka juga akan ejek awak kalau awak gemuk. 201 00:15:22,840 --> 00:15:25,259 Sebab itulah ayah tak mahu awak jadi begitu. 202 00:15:25,342 --> 00:15:26,635 Okey? Cuma... 203 00:15:27,511 --> 00:15:28,512 Mari pergi. 204 00:15:29,221 --> 00:15:31,682 Maaf kerana lambat. Sila masuk. 205 00:15:32,975 --> 00:15:37,104 Saya baru… bercakap dengan ibu bapa Zoe tentang insiden itu. 206 00:15:37,187 --> 00:15:38,438 Tunggu. 207 00:15:39,481 --> 00:15:41,358 Zoe? Perempuan? 208 00:15:42,442 --> 00:15:44,945 - Perempuan jahat itu. - Pn. Cruz. 209 00:15:45,028 --> 00:15:47,614 Saya tak peduli budak lelaki atau budak perempuan, 210 00:15:47,698 --> 00:15:49,992 asalkan mereka tak ejek anak saya. 211 00:15:50,492 --> 00:15:52,786 Ibu bapa Zoe sudah berjanji menasihati Zoe 212 00:15:52,870 --> 00:15:56,665 untuk pastikan dia tak mengejek Luis... 213 00:15:57,457 --> 00:15:59,376 atau mengejek awak. 214 00:16:03,297 --> 00:16:04,548 Mengejek saya? 215 00:16:05,883 --> 00:16:06,884 Luis. 216 00:16:07,634 --> 00:16:09,595 - Hei, Luis. - Sudahlah. 217 00:16:09,678 --> 00:16:11,930 Tak salah jika saya ingin tahu. Okey? Luis. 218 00:16:13,182 --> 00:16:14,641 Luis, apa Zoe cakap? 219 00:16:14,725 --> 00:16:16,768 Dia cakap ayah imigran celaka. 220 00:16:16,852 --> 00:16:19,229 Orang gagal yang tak layak dapat apa ayah dapat. 221 00:16:20,063 --> 00:16:23,567 Dia juga cakap Brady akan kalahkan ayah dalam pilihan raya. 222 00:16:27,571 --> 00:16:28,572 Gembira? 223 00:16:43,212 --> 00:16:46,215 UNTUK MASA DEPAN LEBIH BAIK PILIH BRADY SEBAGAI DATUK BANDAR 224 00:16:59,102 --> 00:17:03,273 Hey, budak! Jangan letak sampah ini di kereta orang. 225 00:17:03,357 --> 00:17:05,733 Bagusnya. Bagusnya, huh? 226 00:17:17,579 --> 00:17:19,039 Mari pergi! 227 00:17:22,960 --> 00:17:24,502 - Ya! - Ayuh! 228 00:17:24,586 --> 00:17:26,255 SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN NEGERI FLORIDA! 229 00:17:38,851 --> 00:17:42,020 Baldwin! 230 00:17:43,856 --> 00:17:45,858 Baldw... Salah satu pita hilang. 231 00:17:45,941 --> 00:17:47,776 Daripada 34 ke 36. Mana 35? 232 00:17:47,860 --> 00:17:50,320 Setiap pita kami jumpa di rumah itu ada di sana. 233 00:17:50,404 --> 00:17:54,116 Tiada. Pita 35 tiada. Tengok. Ia ada dalam gambar jenayah. 234 00:17:54,199 --> 00:17:56,660 Mungkin tertinggal di bilik bukti. Biar saya periksa. 235 00:17:56,743 --> 00:17:58,036 Baiklah. Terima kasih. 236 00:18:00,706 --> 00:18:04,418 Bersara bermaksud awak tak perlu datang ke pejabat lagi. 237 00:18:04,501 --> 00:18:07,671 Diam. Saya perlu rehat. Saya tak tahan dengan cucu-cucu saya. 238 00:18:07,754 --> 00:18:09,089 Mereka pun tak tahan dengan awak. 239 00:18:09,756 --> 00:18:12,301 Jadi, kebetulan awak berjalan-jalan di kawasan sekitar? 240 00:18:12,384 --> 00:18:13,844 Awak tak pergi kemoterapi hari ini? 241 00:18:14,678 --> 00:18:18,724 Hei, sudahlah. Bila awak mahu ambil cuti sakit? 242 00:18:18,807 --> 00:18:20,517 Banyak kerja saya perlu selesaikan. 243 00:18:20,601 --> 00:18:21,602 Tahu tak? 244 00:18:22,519 --> 00:18:24,062 Ingat kes pertama kita bersama-sama? 245 00:18:24,813 --> 00:18:27,107 Kes kemalangan kereta. Kes yang kita tak dapat selesaikan? 246 00:18:29,693 --> 00:18:33,322 Ada satu lagi mayat. Semua suspek yang sama. 247 00:18:33,405 --> 00:18:35,449 Tapi kali ini, Sully, saya akan selesaikan kes ini. 248 00:18:35,532 --> 00:18:37,910 Walaupun ia perkara terakhir saya buat di planet ini. 249 00:18:37,993 --> 00:18:40,954 Ia mungkin perkara terakhir awak buat kalau awak tak berehat. 250 00:18:41,038 --> 00:18:43,749 Saya bukan cacat. Saya perlu buat kerja. 251 00:18:43,832 --> 00:18:45,250 Untuk apa? 252 00:18:45,876 --> 00:18:48,253 Ia takkan buat abang awak hidup semula. 253 00:18:49,254 --> 00:18:51,089 Sarjan, ada maklumat baru. 254 00:18:51,173 --> 00:18:54,134 Perkenalkan rakan baru saya. Belinda, ini Sullivan, 255 00:18:54,218 --> 00:18:56,929 rakan saya yang sangat tua dan menjengkelkan. 256 00:18:57,721 --> 00:18:59,473 Saya harap awak bersedia, detektif. 257 00:18:59,556 --> 00:19:01,642 - Dia seorang yang sukar. - Beri laluan. 258 00:19:03,268 --> 00:19:05,145 Maafkan saya. Terima kasih, Bailey. 259 00:19:06,396 --> 00:19:08,023 Keputusan makmal sudah ada? 260 00:19:08,106 --> 00:19:10,526 Sepatutnya dapat tengah hari ini. Tapi ada maklumat baru tentang Marcos... 261 00:19:10,609 --> 00:19:14,071 - Saya mahu maklumat baru telefon bimbit. - Sedang diusahakan. Saya ada sesuatu... 262 00:19:14,154 --> 00:19:16,865 Tak, awak kena hubungi lelaki ini. Desak dia, okey? 263 00:19:16,949 --> 00:19:19,493 Dia tak berguna, okey? Hubungi dia setiap setengah jam kalau perlu. 264 00:19:19,576 --> 00:19:21,245 Ini sangat penting. 265 00:19:22,246 --> 00:19:25,832 Marcos Herrero masih berada di rumah itu selepas kita temui pita-pita itu, bukan? 266 00:19:25,916 --> 00:19:27,000 Biar saya sahkan. 267 00:19:27,584 --> 00:19:30,003 Saya cuba beritahu awak sesuatu tentang dia. Beri saya masa. 268 00:19:30,087 --> 00:19:31,296 Ada perkara yang tak berubah. 269 00:19:32,464 --> 00:19:34,925 Awak suruh saya periksa alibi Marcos Herrero. 270 00:19:35,008 --> 00:19:37,261 Awak takkan percaya. 271 00:19:44,518 --> 00:19:46,270 Saya akan tanya awak soalan. 272 00:19:46,353 --> 00:19:47,896 Fikir dengan teliti sebelum jawab. 273 00:19:47,980 --> 00:19:51,525 Ia akan menentukan di mana awak akan tidur untuk 30 tahun seterusnya. 274 00:19:51,608 --> 00:19:53,151 Ada sesuatu saya patut tahu? 275 00:19:56,405 --> 00:19:57,906 Tiada selain daripada perkara yang kita bincangkan. 276 00:19:57,990 --> 00:20:00,325 Tapi tahu tak? Setelah fikir tentangnya... 277 00:20:00,409 --> 00:20:01,535 Helo, tuan. 278 00:20:03,745 --> 00:20:06,415 Saya akan tanya soalan sama. Semasa awak ekori Daniela, 279 00:20:06,498 --> 00:20:08,083 ada sesuatu berlaku yang saya patut tahu? 280 00:20:09,418 --> 00:20:10,544 Awak cuba menuduh? 281 00:20:10,627 --> 00:20:12,546 Saya bukan menuduh. Saya tanya awak soalan. 282 00:20:12,629 --> 00:20:13,589 Sebab kita semua tahu, 283 00:20:14,423 --> 00:20:16,175 awak orang terakhir yang nampak Daniela hidup. 284 00:20:16,258 --> 00:20:17,259 Ya. 285 00:20:18,552 --> 00:20:21,221 Saya sanggup keluarkan awak daripada masalah yang awak hadapi 286 00:20:21,305 --> 00:20:23,098 sebab bapa awak arahkan saya. 287 00:20:24,892 --> 00:20:27,436 Tapi saya takkan buat jenayah untuk awak atau untuk sesiapa. 288 00:20:28,145 --> 00:20:30,731 Jadi diam dan biar saya buat kerja saya. 289 00:20:43,660 --> 00:20:45,537 Awak tipu kami, En. Herrero. 290 00:20:46,872 --> 00:20:50,334 Awak cakap pada malam Jumaat, malam Daniela Marini dibunuh, 291 00:20:50,417 --> 00:20:53,629 awak masih bekerja di klinik dan itu tak betul. 292 00:20:53,712 --> 00:20:56,173 Rekod kami menunjukkan awak keluar pada pukul... Berapa? 293 00:20:56,256 --> 00:20:58,300 - Itu. - Lima petang. 294 00:20:58,383 --> 00:21:00,385 Jadi kali ini awak mahu bercakap benar? 295 00:21:00,469 --> 00:21:02,262 Klien saya takkan jawab sebarang soalan. 296 00:21:02,346 --> 00:21:03,347 Baiklah. 297 00:21:04,389 --> 00:21:06,975 Kalau awak bekerjasama, saya sanggup 298 00:21:07,059 --> 00:21:10,270 abaikan oksikodon yang saya jumpa di rumah Daniela. 299 00:21:12,606 --> 00:21:14,733 Saya andaikan awak sendiri tulis preskripsi itu. 300 00:21:21,240 --> 00:21:22,241 Baiklah, kalau begitu. 301 00:21:25,577 --> 00:21:27,120 - Tunggu. - Ya? 302 00:21:27,204 --> 00:21:28,580 Marcos. 303 00:21:28,664 --> 00:21:29,665 Biarkan saya bercakap. 304 00:21:30,415 --> 00:21:31,959 Saya akan berkahwin dalam dua bulan. 305 00:21:32,042 --> 00:21:33,168 Tahniah. 306 00:21:33,252 --> 00:21:36,171 Kalau awak mahu nasihatkan saya, jangan berkahwin. Ia membunuh keserasian. 307 00:21:36,255 --> 00:21:38,715 Saya beritahu awak supaya awak tahu sebab saya menipu. 308 00:21:40,926 --> 00:21:42,845 Saya bukan di klinik. Awak betul. 309 00:21:43,595 --> 00:21:44,888 Saya di dalam kereta saya. 310 00:21:47,516 --> 00:21:48,517 Dan? 311 00:21:50,102 --> 00:21:53,021 Saya bersama bekas kekasih saya, Sofia. 312 00:21:53,105 --> 00:21:55,524 Saya hantar dia ke hotel, itu saja. 313 00:21:55,607 --> 00:21:58,443 - Sofia boleh sahkannya? - Ya. 314 00:22:06,326 --> 00:22:07,619 Awak buat apa di rumah Daniela? 315 00:22:07,703 --> 00:22:08,954 Bukan saya. 316 00:22:11,874 --> 00:22:12,958 Okey? 317 00:22:13,792 --> 00:22:14,793 Oh ya, 318 00:22:15,878 --> 00:22:18,297 awak ada ambil satu pita dari rumah Daniela 319 00:22:18,380 --> 00:22:19,381 semasa kami menggeledahnya? 320 00:22:20,924 --> 00:22:22,176 - Pita video? - Ya. 321 00:22:22,259 --> 00:22:24,219 Ada satu pita hilang. Awak tahu? 322 00:22:27,431 --> 00:22:28,432 Tak. 323 00:22:29,641 --> 00:22:32,853 Rumah itu dipenuhi polis waktu itu. Mustahil saya boleh lakukannya. 324 00:22:34,104 --> 00:22:35,105 Walaupun itu keinginan saya. 325 00:22:35,189 --> 00:22:36,940 Walaupun itu keinginan awak. 326 00:22:44,573 --> 00:22:46,658 Tunggu di sini sementara kami periksa alibi awak. 327 00:22:50,329 --> 00:22:51,455 Awak bodoh. 328 00:22:58,128 --> 00:22:59,296 Lepaskan dia? 329 00:23:02,049 --> 00:23:05,260 Belum lagi. Saya mahu tengok kalau dia menipu. 330 00:23:24,613 --> 00:23:28,325 Tiada rekod Sofia Mendieta menginap di sini. 331 00:23:29,201 --> 00:23:30,327 Awak pasti? 332 00:23:30,410 --> 00:23:33,747 Ya, puan. Tiada nama begitu pada tarikh itu. 333 00:23:34,456 --> 00:23:36,041 Boleh periksa beberapa hari sebelumnya? 334 00:23:36,792 --> 00:23:37,793 Baiklah. 335 00:23:42,631 --> 00:23:43,841 Tiada. 336 00:23:43,924 --> 00:23:45,133 Baiklah. Terima kasih. 337 00:23:55,602 --> 00:23:57,855 Maaf. Cik, sekejap. 338 00:24:01,358 --> 00:24:05,404 Boleh saya tengok rakaman kamera keselamatan selama tiga hari ini? 339 00:24:07,239 --> 00:24:09,533 Saya perlu tanya pengurus saya. 340 00:24:09,616 --> 00:24:11,451 Ya, silakan. Saya akan tunggu. 341 00:24:11,535 --> 00:24:12,828 - Okey. - Terima kasih. 342 00:24:15,289 --> 00:24:17,875 Mereka akan tuduh kita sebagai oportunis. 343 00:24:17,958 --> 00:24:20,419 - Mempolitikkan pandemik. - Mempolitikkan? Saya akan katakannya. 344 00:24:20,502 --> 00:24:22,880 Cara pentadbiran ini menguruskannya sangat teruk. 345 00:24:22,963 --> 00:24:25,007 Mereka tunjukkan yang mereka sangat tak cekap. 346 00:24:25,090 --> 00:24:26,133 Betul. 347 00:24:26,216 --> 00:24:29,511 Sekarang, jumlah kematian semakin meningkat. 348 00:24:29,595 --> 00:24:32,181 - Ya. - Betul? Krisis kewangan juga. 349 00:24:32,264 --> 00:24:34,391 Jadi mereka rancang semula sistem kesihatan? 350 00:24:34,474 --> 00:24:35,601 Tak. 351 00:24:35,684 --> 00:24:38,061 Tak. Adakah mereka bantu perniagaan kecil? 352 00:24:38,145 --> 00:24:39,146 Tentulah tidak. 353 00:24:39,229 --> 00:24:42,107 Itulah dia. Imigran pula bersendirian, tak dilindungi, seperti selalu. 354 00:24:42,191 --> 00:24:45,194 Itu tiga prinsip utama kempen kita, ya atau tak? 355 00:24:45,277 --> 00:24:46,278 - Ya. - Tak. 356 00:24:46,904 --> 00:24:49,656 Awak perlu fikirkan risikonya sebab ia isu kontroversi. 357 00:24:49,740 --> 00:24:51,408 Sekarang, banyak undi menyebelahi awak. 358 00:24:51,491 --> 00:24:54,453 Wanita berumur 30 hingga 60 tahun suka awak. 359 00:24:55,287 --> 00:24:57,873 Jangan sampai Ana tahu tentangnya. 360 00:24:57,956 --> 00:24:59,875 Tahu tentang apa? 361 00:25:02,085 --> 00:25:04,004 Yang suami awak ialah simbol seks. 362 00:25:06,590 --> 00:25:08,675 Saya rasa itu bukan masalah. Atau itu masalah? 363 00:25:08,759 --> 00:25:10,886 Sudah tentu ia bukan masalah. 364 00:25:11,887 --> 00:25:13,555 Jadi apa masalahnya? 365 00:25:18,685 --> 00:25:21,772 Bercakap tentang COVID boleh buat kita kehilangan undi. 366 00:25:21,855 --> 00:25:23,440 Saya rasa ia seperti mengambil kesempatan. 367 00:25:23,524 --> 00:25:26,985 Pedro kehilangan ibunya dalam pandemik. Saya rasa itu bukan mengambil kesempatan. 368 00:25:27,903 --> 00:25:30,030 Dia salah seorang yang terjejas. Mari pergi. 369 00:25:39,206 --> 00:25:40,499 Itu ideanya. 370 00:25:41,750 --> 00:25:42,835 Untuk perubahan. 371 00:25:55,222 --> 00:25:56,723 Keluarlah. 372 00:26:02,688 --> 00:26:04,231 Apa mereka cakap kepada awak? 373 00:26:04,731 --> 00:26:06,608 Ketiga-tiga bank minta perkara sama. 374 00:26:06,692 --> 00:26:08,986 Sekurang-kurangnya sebulan setengah untuk membiayai semula gadai janji. 375 00:26:09,069 --> 00:26:10,445 Kita perlu cari cara lain. 376 00:26:10,529 --> 00:26:11,780 Ana… 377 00:26:13,282 --> 00:26:14,408 - Ibu awak... - Tak. 378 00:26:14,950 --> 00:26:16,493 - Ibu awak boleh... - Tak. 379 00:26:16,577 --> 00:26:17,786 Tak mahu. Tak. 380 00:26:17,870 --> 00:26:19,788 - Ia cuma cadangan. - Saya cakap tak. 381 00:26:25,878 --> 00:26:28,547 Biar betul? Awak tinggal di sini? 382 00:26:29,131 --> 00:26:30,132 Ya. 383 00:26:32,259 --> 00:26:34,595 Awak yakin mereka tak kisah saya datang? 384 00:26:37,139 --> 00:26:38,682 Mereka tak peduli. 385 00:26:43,729 --> 00:26:44,730 Mari pergi. 386 00:26:48,483 --> 00:26:49,526 Ana? 387 00:27:07,127 --> 00:27:09,463 Dia mahu tengok awak jadi datuk bandar. 388 00:27:10,589 --> 00:27:14,468 Jangan teruja terlalu awal. Dia belum menang pilihan raya. 389 00:27:14,551 --> 00:27:18,055 Ayah, Nenek Marisa cakap kami boleh minum semua soda yang kami mahu. 390 00:27:18,138 --> 00:27:20,390 Nenek Marisa terlalu manjakan kamu. Tak boleh. 391 00:27:20,474 --> 00:27:25,395 Tak apalah. Di rumah saya, mereka boleh buat apa-apa saja mereka mahu. Betul? 392 00:27:25,479 --> 00:27:29,024 - Bawa dengan berhati-hati. - Jangan. 393 00:27:29,107 --> 00:27:32,736 Jangan berlari! Sayang, Oh Tuhan. 394 00:27:33,403 --> 00:27:35,113 Makan tengah hari akan siap sekejap lagi. 395 00:27:35,197 --> 00:27:37,574 Saya akan bantu awak dan biarkan mereka berbincang. 396 00:27:37,658 --> 00:27:38,742 Jadi, beritahu saya. 397 00:27:38,825 --> 00:27:40,452 Bagaimana kempen awak? 398 00:27:40,536 --> 00:27:42,788 Saya sudah nampak undi terkini, 399 00:27:42,871 --> 00:27:44,665 dan Brady kalahkan awak dengan undi daripada belia. 400 00:27:44,748 --> 00:27:49,795 Brady banyak luangkan masa di televisyen dan bersama media. 401 00:27:49,878 --> 00:27:52,005 Saya tak dapat bersaing dengan publisiti begitu. 402 00:27:52,089 --> 00:27:55,133 Kenapa pula tak dapat? Awak jauh lebih bersedia. 403 00:27:55,217 --> 00:27:58,136 Tapi itu... Itu tiada kaitan dengannya, awak tahu. 404 00:27:58,220 --> 00:28:01,807 Kebanyakan pengundi tak baca pun usul dalam manifesto saya. 405 00:28:01,890 --> 00:28:04,226 Kami masih tiada sumber yang Brady ada, 406 00:28:04,309 --> 00:28:06,061 jadi, kami tak boleh... Maksudnya undi. 407 00:28:06,144 --> 00:28:07,938 Mustahil untuk raih lebih undi. 408 00:28:08,730 --> 00:28:10,440 Mari ikut saya. 409 00:28:19,700 --> 00:28:23,453 Tak, Rodrigo, saya... Tak, saya tak berniat cakap begitu. 410 00:28:30,669 --> 00:28:32,713 Awak cakap tentang sumber. 411 00:28:33,380 --> 00:28:35,591 Sudahlah. Awak beri saya lebih daripada cukup. 412 00:28:36,175 --> 00:28:37,176 Tak perlulah. 413 00:28:37,718 --> 00:28:42,097 500,000 DOLAR 414 00:28:43,640 --> 00:28:45,100 Jangan jadi bodoh. 415 00:28:45,184 --> 00:28:48,270 Kalau saya boleh tolong awak untuk kalahkan undian si bodoh itu, 416 00:28:48,353 --> 00:28:49,479 saya akan lakukannya. 417 00:28:57,654 --> 00:28:58,655 Terima kasih. 418 00:29:04,703 --> 00:29:05,746 Alejandro! 419 00:29:07,456 --> 00:29:10,501 Ya, saya datang. 420 00:29:10,584 --> 00:29:12,544 Tunggu. 421 00:29:16,006 --> 00:29:18,467 Saya cuma lewat dua minit, ayah. Ia bukan masalah besar. 422 00:29:18,550 --> 00:29:19,593 Tapi, sayang... 423 00:29:20,219 --> 00:29:21,845 Hei, Pedrito. Awak mahu ikut? 424 00:29:21,929 --> 00:29:22,930 Saya tak boleh ikut. 425 00:29:23,847 --> 00:29:24,932 Apa? Kenapa? 426 00:29:25,015 --> 00:29:26,892 - Saya mahu bantu ibu saya. - Sekarang? 427 00:29:26,975 --> 00:29:29,228 - Ya, masalah kereta. - Tak mungkin. 428 00:29:29,311 --> 00:29:31,688 - Kita mesti cepat hari ini, ya? - Ya. 429 00:29:31,772 --> 00:29:33,482 Mari. Bersedia. 430 00:29:36,860 --> 00:29:37,945 Mula! 431 00:30:10,143 --> 00:30:11,144 Ayuh! 432 00:30:57,774 --> 00:30:59,026 SABTU 12 NOVEMBER 433 00:30:59,109 --> 00:31:00,110 Saya sudah cakap. 434 00:31:02,362 --> 00:31:03,488 Boleh saya pergi sekarang? 435 00:31:03,572 --> 00:31:04,948 Tunggu. 436 00:31:05,032 --> 00:31:06,700 Saya akan lajukan bahagian ini 437 00:31:06,783 --> 00:31:09,077 sebab kita semua tahu apa berlaku dalam Babak Satu. 438 00:31:15,375 --> 00:31:18,378 Detektif, sudah lama awak tahan kami di sini. Awak mahu apa? 439 00:31:21,507 --> 00:31:22,508 Ini. 440 00:31:27,471 --> 00:31:32,017 Ya. Awak pulang dan bersama tunang awak. Dia mengesahkannya. 441 00:31:32,601 --> 00:31:35,812 Tapi kawan awak, Sofia pula... 442 00:31:36,730 --> 00:31:40,317 Tiada sesiapa tahu dia di mana bermula pukul 1:45 pagi. 443 00:31:42,027 --> 00:31:44,363 Saya tak tahu. Pukul berapa dia pulang? 444 00:31:45,113 --> 00:31:46,114 Dia tak pulang. 445 00:31:47,074 --> 00:31:49,076 Dia tak pernah menginap di hotel itu. 446 00:31:50,869 --> 00:31:52,496 Awak tahu dia di mana? 447 00:32:18,480 --> 00:32:19,481 Alamak! 448 00:33:13,702 --> 00:33:15,996 Silvia beritahu ayah tentang oksikodon. 449 00:33:16,079 --> 00:33:17,789 Bila awak mula mengambilnya lagi? 450 00:33:17,873 --> 00:33:20,626 Saya tak ambil apa-apa, ayah. Percayalah saya. 451 00:33:20,709 --> 00:33:23,587 Bagaimana? Boleh beritahu cara untuk percaya awak? 452 00:33:23,670 --> 00:33:27,424 Awak ambil duit ayah untuk bayar pengugut. Awak ditahan polis. 453 00:33:27,508 --> 00:33:29,760 - Ayah tak mahu polis menyiasat. - Saya tahu. 454 00:33:29,843 --> 00:33:32,262 Awak memang bermasalah, Marcos! 455 00:33:32,346 --> 00:33:36,350 Kenapa pula saya bermasalah, ayah? Selama 20 tahun saya ikut telunjuk ayah! 456 00:33:36,433 --> 00:33:39,228 Ya! Dalam lima minit, semuanya musnah. 457 00:33:39,311 --> 00:33:40,395 Awak tahu apa harapan ayah? 458 00:33:40,479 --> 00:33:43,023 Ayah harap Isabel takkan tahu diri awak yang sebenar. 459 00:33:43,106 --> 00:33:44,858 Saya juga harap dia 460 00:33:44,942 --> 00:33:46,652 takkan tahu diri ayah yang sebenar. 461 00:33:48,153 --> 00:33:50,030 Apa yang awak fikirkan? 462 00:33:50,113 --> 00:33:52,366 - Boleh awak jelaskan ini? - Fikir. Okey? 463 00:33:52,449 --> 00:33:53,992 Okey. 464 00:33:54,076 --> 00:33:56,703 - Kami tak tahu mahu buat apa. - Siapa... 465 00:33:57,454 --> 00:34:01,917 Okey, mulai sekarang, semua orang jangan buat apa-apa kecuali saya arahkan. 466 00:34:02,000 --> 00:34:03,001 Faham? 467 00:34:03,585 --> 00:34:05,170 Buat apa yang saya suruh saja. 468 00:34:06,547 --> 00:34:10,801 Marcos, awak pula, awak takkan dihukum, faham? 469 00:34:11,301 --> 00:34:12,386 Setuju? 470 00:34:14,263 --> 00:34:15,681 Ya. 471 00:34:20,101 --> 00:34:21,603 Ikut saya. 472 00:34:21,687 --> 00:34:24,313 Mari saya tengok luka awak. 473 00:34:43,708 --> 00:34:44,793 Kenapa? 474 00:34:49,005 --> 00:34:50,007 Saya yang buat. 475 00:34:53,719 --> 00:34:55,387 Saya beri mereka dadah. 476 00:35:02,978 --> 00:35:05,314 - Saya telefon awak, sayang. Awak okey? - Ya. 477 00:35:05,397 --> 00:35:08,358 Hari ini sukar tapi saya mahu datang dan jumpa awak. 478 00:35:08,442 --> 00:35:10,152 - Bagaimana dengan awak? Semuanya okey? - Okey. 479 00:35:10,235 --> 00:35:12,654 Ada maklumat baru daripada polis? Ada suspek? 480 00:35:12,738 --> 00:35:13,864 Belum ada. 481 00:35:14,656 --> 00:35:16,325 Sofia buat apa di sini? 482 00:35:16,909 --> 00:35:20,329 Nampaknya kad kreditnya ditolak di hotelnya dan dia diminta pergi. 483 00:35:20,412 --> 00:35:22,456 - Yakah? - Teruknya. 484 00:35:24,875 --> 00:35:26,627 Terima kasih. 485 00:35:27,127 --> 00:35:29,046 Tunang awak baik. 486 00:35:29,129 --> 00:35:31,924 Saya beritahu dia yang dia boleh tinggal di sini selama yang perlu. 487 00:35:32,007 --> 00:35:34,635 Saya beritahu dia dua hari sudah cukup. Saya tak mahu menyusahkan. 488 00:35:34,718 --> 00:35:36,637 Jangan risau. Tak menyusahkan langsung. 489 00:35:36,720 --> 00:35:38,847 Saya akan sediakan bilik tetamu, okey? 490 00:35:38,931 --> 00:35:41,266 Ia bukan lima bintang tapi pemandangannya luar biasa. 491 00:35:41,350 --> 00:35:42,893 Terima kasih. Saya maksudkannya. 492 00:35:42,976 --> 00:35:44,561 Bertenang. Jangan segan-segan. 493 00:35:45,604 --> 00:35:46,605 Terima kasih, sayang. 494 00:35:49,483 --> 00:35:53,445 Awak cuba buat apa? Awak menyorok di mana? 495 00:35:53,529 --> 00:35:54,696 Sudah sejam saya telefon awak. 496 00:35:54,780 --> 00:35:56,573 Awak tahu polis cari awak, bukan? 497 00:35:56,657 --> 00:35:58,075 Itu bukan urusan awak. 498 00:35:59,493 --> 00:36:03,747 Sudah 20 tahun kita dalam masalah ini. Kita, bersama-sama. 499 00:36:03,830 --> 00:36:07,376 Awak pula cakap ia bukan urusan saya? Jangan mengarut. 500 00:36:07,459 --> 00:36:10,254 Tahu tak? Saya rasa awak ambil duit kami. 501 00:36:10,337 --> 00:36:12,089 - Apa? - Ya, duit itu ada pada awak. Awak ambil. 502 00:36:12,172 --> 00:36:13,966 Awak betul-betul fikir duit itu ada pada saya? 503 00:36:14,049 --> 00:36:15,342 - Awak fikir begitu? - Saya tak tahu. 504 00:36:15,425 --> 00:36:17,511 Duit itu hilang dan awak pun hilang. 505 00:36:17,594 --> 00:36:19,054 Rupanya saya hantar awak ke hotel 506 00:36:19,137 --> 00:36:21,348 dan awak tak menginap di sana. Saya nampak awak dalam video. 507 00:36:21,431 --> 00:36:24,685 - Saya fikir awak lebih kenal saya. - Saya tak kenal awak. 508 00:36:25,811 --> 00:36:28,272 Awak siapa? Kenapa awak selalu tipu saya? 509 00:36:28,355 --> 00:36:30,315 - Awak cakap... - Semuanya okey, sayang? 510 00:36:30,399 --> 00:36:33,652 Ya. Semuanya okey, sayang. Cuma mengalu-alukan kedatangannya. 511 00:36:37,823 --> 00:36:39,116 Kenapa tak beritahu saya hal sebenar? 512 00:36:39,867 --> 00:36:41,493 - Beritahu saya hal sebenar. - Awak mahu tahu? 513 00:36:41,577 --> 00:36:43,537 - Ya, saya mahu tahu. - Baiklah. 514 00:36:45,247 --> 00:36:46,832 Saya peguam yang gagal. 515 00:36:47,499 --> 00:36:50,502 Untuk bayar ugutan itu, saya terpaksa pinjam duit daripada orang yang salah. 516 00:36:51,211 --> 00:36:53,130 Pagi ini, mereka halau saya dari motel 517 00:36:53,213 --> 00:36:54,923 sebab tak boleh bayar dengan kad kredit saya. 518 00:36:55,007 --> 00:36:57,134 Saya tiada tempat untuk dituju. Gembira? 519 00:37:01,263 --> 00:37:03,682 Kalau itu betul, dan saya tak percaya ia betul, 520 00:37:04,391 --> 00:37:06,018 kenapa tak beritahu sebelum ini? 521 00:37:08,604 --> 00:37:10,981 Sebab hidup saya bukan seperti jangkaan saya, Marcos. 522 00:37:12,566 --> 00:37:15,235 Saya nampak awak dan ingat siapa saya semasa bersama awak dulu. 523 00:37:15,903 --> 00:37:19,239 Percayalah saya sangat suka diri saya dulu berbanding sekarang. 524 00:37:19,323 --> 00:37:20,324 Sebab itulah. 525 00:37:23,493 --> 00:37:24,703 Sudah terbukti. 526 00:37:24,786 --> 00:37:27,915 Pada satu tahap, orang tak gembira sebab mereka ada lebih banyak duit. 527 00:37:27,998 --> 00:37:29,791 Awak masih perlu lepasi tahap itu. 528 00:37:29,875 --> 00:37:31,126 Atau hidup secara sederhana, bukan? 529 00:37:31,210 --> 00:37:34,087 Ya, saya fikir mahu ke Colombia untuk buat kerja kemanusiaan 530 00:37:34,171 --> 00:37:35,839 apabila tamat sekolah perubatan. 531 00:37:37,424 --> 00:37:40,344 - Awak ejek saya? - Bukan. Saya serius. 532 00:37:41,094 --> 00:37:43,514 Disebabkan bapa awak ada klinik pembedahan plastik... 533 00:37:43,597 --> 00:37:46,558 Mungkin ayah lupa asal usul dia, tapi saya bukan begitu. 534 00:37:46,642 --> 00:37:50,729 Duit penting. Terutamanya kalau kita tidak berduit. 535 00:37:56,360 --> 00:38:00,822 Tahu tak? Saya suka bertekak dengan awak. 536 00:38:02,950 --> 00:38:05,077 Tak, Marcos. Oh Tuhan, teruknya. 537 00:38:05,702 --> 00:38:07,538 Jangan cakap awak buat begini dengan semua perempuan. 538 00:38:07,621 --> 00:38:08,455 Apa maksud awak? 539 00:38:08,539 --> 00:38:12,167 Wajah awak dengan pandangan naif awak. Begitu cara awak mahu berasmara? 540 00:38:12,251 --> 00:38:13,919 Gila. 541 00:38:14,002 --> 00:38:15,420 - Hei, kawan-kawan. - Apa? 542 00:38:16,588 --> 00:38:18,006 Apa? 543 00:38:18,090 --> 00:38:21,134 Tak. Betulkah? 544 00:38:22,344 --> 00:38:24,137 Awak fikir saya mahu berasmara dengan awak sekarang? 545 00:38:24,221 --> 00:38:25,222 - Awak sedang menggoda saya. - Ya. 546 00:38:25,305 --> 00:38:27,432 - Awak pun buat perkara sama. - Apa? 547 00:38:27,516 --> 00:38:30,394 Awak ejek orang supaya mereka tak sedar yang awak gementar. 548 00:38:30,477 --> 00:38:31,770 - Betul? - Saya tak gementar. 549 00:38:38,151 --> 00:38:41,071 - Tak guna. - Itu dia! 550 00:38:41,154 --> 00:38:43,574 Akhirnya! Lama awak tunggu! 551 00:38:43,657 --> 00:38:45,951 Sudah berbulan-bulan kamu bermain cinta. 552 00:38:46,034 --> 00:38:47,536 Awak perlu bercium dan bukan bercakap. 553 00:38:47,619 --> 00:38:49,997 Ya, sekaranglah masanya! Awak buat kami tertunggu-tunggu. 554 00:38:50,080 --> 00:38:51,915 Kamu tak boleh terima saya berjaya. 555 00:38:51,999 --> 00:38:53,750 Nampaknya awak ulang kaji dengan baik. 556 00:38:53,834 --> 00:38:55,586 Sekarang awak perlu selesaikannya di motel, bukan? 557 00:38:55,669 --> 00:38:58,547 - Hei! - Itu dia! 558 00:38:59,047 --> 00:39:01,592 Itu dia! 559 00:39:01,675 --> 00:39:04,553 Itu dia! Pergi ke tempat tiada orang! 560 00:39:17,441 --> 00:39:19,693 Okey, Luis, dengar. 561 00:39:19,776 --> 00:39:25,282 Ayah tahu ayah selalu marah awak. 562 00:39:25,365 --> 00:39:29,786 Boleh berhenti bermain semasa ayah bercakap? 563 00:39:29,870 --> 00:39:30,871 Sekejap saja. 564 00:39:47,262 --> 00:39:49,973 Ini ayah semasa 12 tahun. 565 00:39:52,476 --> 00:39:53,810 Orang yang pelik. 566 00:39:56,146 --> 00:39:59,816 Ya, ayah bukan lelaki paling popular di sekolah tapi... 567 00:40:01,109 --> 00:40:03,403 Dan rakan sekelas ayah, 568 00:40:03,487 --> 00:40:06,281 imaginasi mereka teruk. 569 00:40:06,365 --> 00:40:09,618 Mereka selalu gunakannya untuk ejek ayah. 570 00:40:10,160 --> 00:40:14,289 Panggil ayah dengan pelbagai nama. 571 00:40:15,499 --> 00:40:17,584 Luis, ia buat... 572 00:40:18,669 --> 00:40:20,462 ayah rasa sangat teruk. Okey? 573 00:40:20,546 --> 00:40:23,465 Ayah jadi kuat makan. 574 00:40:23,549 --> 00:40:25,759 Tapi ia tak hilangkan kebimbangan ayah. 575 00:40:25,843 --> 00:40:30,097 Ia buat ayah makan lebih lagi. Ayah makan lebih banyak, tapi ayah rasa lebih teruk. 576 00:40:30,180 --> 00:40:34,560 Ia berterusan. Ayah alami pengalaman teruk. 577 00:40:37,145 --> 00:40:39,189 Ayah tak mahu ia berlaku kepada awak. 578 00:40:41,525 --> 00:40:43,944 Okey? Sebab itulah ayah selalu marah awak. 579 00:40:45,988 --> 00:40:47,406 Ayah juga fikir ia salah ayah. 580 00:40:48,073 --> 00:40:51,159 Tak. Bukan salah ayah. 581 00:40:54,580 --> 00:40:56,707 Awak tahu awak boleh bercakap dengan ayah, bukan? 582 00:40:57,499 --> 00:41:00,002 Tentang apa-apa saja, bila-bila masa. 583 00:41:00,085 --> 00:41:01,086 Awak tahu, bukan? 584 00:41:06,133 --> 00:41:07,134 Okey. 585 00:41:13,640 --> 00:41:14,641 Ayah? 586 00:41:17,186 --> 00:41:18,520 Hubungan mak dan ayah okey? 587 00:41:20,147 --> 00:41:22,191 Semuanya okey. Okey? 588 00:41:22,274 --> 00:41:24,943 Jangan risau tentang perkara begitu, Luis. 589 00:41:25,527 --> 00:41:26,737 Okey? 590 00:41:26,820 --> 00:41:28,864 Ayah akan sentiasa lindungi awak. 591 00:41:28,947 --> 00:41:30,032 Faham? 592 00:41:30,824 --> 00:41:32,242 - Faham. - Baiklah. 593 00:41:51,553 --> 00:41:53,055 - Hei. - Pedro. 594 00:41:53,805 --> 00:41:55,432 Awak ada masa untuk bercakap? 595 00:41:55,516 --> 00:41:58,018 Ya. Sudah tentu. Kenapa? 596 00:41:58,644 --> 00:42:01,688 Kita ada masalah. Boleh awak ke pejabat? 597 00:42:01,772 --> 00:42:03,524 Okey. 598 00:42:05,067 --> 00:42:07,653 Dua juta dolar hilang. 599 00:42:08,362 --> 00:42:11,782 Bukan ralat akaun? 600 00:42:11,865 --> 00:42:13,158 Akaun dah diperiksa. 601 00:42:24,378 --> 00:42:26,296 Awak ada beritahu sesiapa? 602 00:42:27,172 --> 00:42:28,173 Cuma awak. 603 00:42:31,009 --> 00:42:32,469 Okey. 604 00:42:34,638 --> 00:42:36,306 Biarkan begini. 605 00:42:36,390 --> 00:42:37,391 Okey? 606 00:42:49,278 --> 00:42:52,573 Bukan sekarang. Ernesto, saya perlu jumpa Ana. 607 00:43:03,125 --> 00:43:05,419 Jangan risau, okey? 608 00:43:06,628 --> 00:43:08,046 Kita akan siasat apa berlaku. 609 00:43:19,266 --> 00:43:20,976 Saya rindu awak. 610 00:43:21,059 --> 00:43:22,144 Saya tahu. 611 00:43:24,021 --> 00:43:25,731 Keadaan sukar. 612 00:43:41,413 --> 00:43:42,414 Ambil ini. 613 00:43:51,256 --> 00:43:53,258 Ernesto tahu tentang duit itu. 614 00:44:04,561 --> 00:44:05,646 Maaf. 615 00:44:07,397 --> 00:44:11,443 Maaf. Saya cuma mahu lindungi awak. Saya tak mahu… 616 00:44:11,527 --> 00:44:12,528 Apa yang berlaku? 617 00:44:16,406 --> 00:44:17,658 Saya yang buat. 618 00:44:20,410 --> 00:44:22,120 Saya bunuh dia, Pedro. 619 00:44:22,204 --> 00:44:27,292 Saya masukkan dadah dalam minuman Alejandro. 620 00:44:37,594 --> 00:44:38,595 Pandang saya. 621 00:44:39,221 --> 00:44:40,222 Maafkan saya. 622 00:44:40,305 --> 00:44:41,640 Pandang saya. 623 00:44:44,351 --> 00:44:46,270 Kita akan hadapi masalah ini bersama-sama. 624 00:44:47,604 --> 00:44:49,022 Kita sudah sampai sejauh ini. 625 00:44:49,648 --> 00:44:50,691 Bersama-sama. 626 00:45:11,253 --> 00:45:14,047 Semuanya akan okey. Okey? 627 00:45:14,715 --> 00:45:16,091 Semuanya akan okey. 628 00:45:20,179 --> 00:45:22,097 Ada sesuatu tak kena. 629 00:45:22,181 --> 00:45:25,475 Seseorang beritahu kami Alejandro jarang minum. Dia tak ambil dadah. 630 00:45:26,059 --> 00:45:29,062 Dia hanya fokus untuk berenang. 631 00:45:29,563 --> 00:45:31,940 Tak. Tak betul. 632 00:45:33,108 --> 00:45:35,736 Alejandro tak suka berada dalam pasukan renang. 633 00:45:36,570 --> 00:45:38,697 Dia benci pertandingan itu. 634 00:45:38,780 --> 00:45:42,159 Ibu bapanya terlalu mendesak dia untuk menjadi yang terbaik. 635 00:45:43,368 --> 00:45:45,704 Dia tak dapat lakukannya. 636 00:45:48,582 --> 00:45:51,376 Kadangkala dia ambil dadah. 637 00:45:55,506 --> 00:45:57,925 Saya beritahu dia supaya berhenti. 638 00:45:58,592 --> 00:46:00,969 Saya cakap satu hari nanti dia akan ketagih dan... 639 00:46:03,639 --> 00:46:05,974 Ia menjadi masalah serius. 640 00:46:07,768 --> 00:46:10,354 Kalau tak percaya, awak boleh periksa rekod jenayahnya. 641 00:46:10,437 --> 00:46:12,648 Dia ditahan tiga bulan lalu kerana memiliki dadah. 642 00:46:18,612 --> 00:46:21,406 Betul cakap Pedro. Alejandro ditahan kerana ketamine. 643 00:46:26,370 --> 00:46:27,871 Aduhai! 644 00:46:30,082 --> 00:46:34,294 Semuanya padan dengan laporan pemeriksa perubatan. 645 00:46:34,920 --> 00:46:39,550 Alejandro khayal, menyebabkan serangan jantung lalu kemalangan. 646 00:46:40,050 --> 00:46:41,051 Atau tak. 647 00:46:43,804 --> 00:46:44,805 Apa? 648 00:46:47,182 --> 00:46:49,977 Awak nampak... anggun. 649 00:46:50,060 --> 00:46:51,311 Diam. 650 00:46:52,104 --> 00:46:54,356 Saya mahu keluar dengan teman lelaki saya. 651 00:46:54,439 --> 00:46:57,401 Dia mahu bawa saya makan udang kara walaupun saya vegetarian. 652 00:46:57,484 --> 00:46:58,986 Bagus. Kamu ada di sini. 653 00:46:59,570 --> 00:47:00,863 Telefon bimbit Alejandro Vilas. 654 00:47:00,946 --> 00:47:02,489 Apa? Ia sudah dijumpai? 655 00:47:02,573 --> 00:47:05,075 Kami temui isyarat. Pasti seseorang hidupkannya. 656 00:47:05,158 --> 00:47:06,660 Ia di Westlake. 657 00:47:06,743 --> 00:47:08,829 Bagus. Mari. 658 00:47:11,081 --> 00:47:12,082 Cepat. 659 00:47:12,165 --> 00:47:14,168 - Bagaimana dengan makan malam awak? - Abaikan. 660 00:48:19,024 --> 00:48:21,360 TIDAK DIKENALI SAYA TAHU AWAK DI MANA... 661 00:52:21,475 --> 00:52:23,477 Terjemahan sari kata oleh Nur Ezzati Karim