1 00:00:06,120 --> 00:00:09,120 NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:27,000 --> 00:00:27,880 Di sini! 3 00:00:35,360 --> 00:00:37,360 Dia antara yang terbaik, Colin. Nikmatilah! 4 00:00:38,960 --> 00:00:40,200 Cepatlah! 5 00:00:41,480 --> 00:00:42,960 Budak kacak, bukan? 6 00:00:43,760 --> 00:00:44,640 Tunggu! 7 00:00:44,720 --> 00:00:46,320 Awak bekerja. Cepat pergi! 8 00:00:46,400 --> 00:00:48,080 Saya ada duit. Teman saya. 9 00:00:48,160 --> 00:00:51,520 - Saya tak bekerja malam ini. Lepas! - Jangan begitu, sayang. 10 00:00:52,080 --> 00:00:53,080 Lepaskan dia! 11 00:00:53,880 --> 00:00:55,280 Colin, bertenang. Tak apa. 12 00:00:55,840 --> 00:00:56,760 Cukup! Sudah! 13 00:00:56,840 --> 00:00:59,000 Saya dah kata saya tak nak datang sini! 14 00:00:59,640 --> 00:01:01,400 - Tak apa. - Dia cuma pelacur! 15 00:01:01,480 --> 00:01:02,440 Colin, jaga-jaga! 16 00:01:17,560 --> 00:01:19,840 Mari kita mulakan parti! 17 00:01:35,880 --> 00:01:37,000 Boleh beri saya satu? 18 00:01:40,280 --> 00:01:41,120 Terima kasih. 19 00:01:52,800 --> 00:01:55,160 - Terima kasih kerana lindungi saya. - Perkara kecil. 20 00:01:58,200 --> 00:02:00,520 Mungkin awak patut berhenti. 21 00:02:03,960 --> 00:02:06,320 Jangan ambil hati, tapi tiada apa-apa akan jadi. 22 00:02:08,040 --> 00:02:09,880 Saya tak minat 23 00:02:10,760 --> 00:02:12,120 dengan gadis macam awak. 24 00:02:17,040 --> 00:02:19,160 Itu kejutan hari lahir saya daripada mereka. 25 00:02:23,200 --> 00:02:24,680 Selamat hari lahir, Colin. 26 00:02:25,840 --> 00:02:26,720 Terima kasih. 27 00:02:28,000 --> 00:02:29,280 Kenapa awak tahu nama saya? 28 00:02:32,000 --> 00:02:33,960 Saya dengar kawan awak sebut tadi. 29 00:02:38,040 --> 00:02:39,520 Ada sesiapa dahaga? 30 00:02:40,560 --> 00:02:41,640 Boleh kita pergi? 31 00:02:41,720 --> 00:02:42,560 Mari! 32 00:02:45,560 --> 00:02:46,480 Selamat tinggal. 33 00:02:46,560 --> 00:02:47,680 Jumpa lagi, mungkin. 34 00:02:48,400 --> 00:02:49,280 Jumpa lagi. 35 00:03:00,160 --> 00:03:01,800 Saint-Cyrien anak kepada pelacur… 36 00:03:03,720 --> 00:03:04,880 Saya dah lihat segalanya. 37 00:03:07,840 --> 00:03:09,000 Awak memang tak guna. 38 00:03:12,440 --> 00:03:15,160 Apa terjadi kepada anak awak? 39 00:03:16,120 --> 00:03:16,960 Apa? 40 00:03:17,440 --> 00:03:19,080 Dia tak tahu awak ibu dia. 41 00:03:23,720 --> 00:03:25,400 Ini akan jadi rahsia antara kita. 42 00:03:31,480 --> 00:03:36,080 EPISOD 3 43 00:05:27,520 --> 00:05:28,560 Itu dia. 44 00:05:31,560 --> 00:05:33,280 Kenapa trak masih di sini? 45 00:05:35,120 --> 00:05:36,360 Ada masalah? 46 00:05:36,440 --> 00:05:37,960 Ya. Ada masalah. 47 00:05:39,480 --> 00:05:41,040 En. Laveyre batalkan pesanannya. 48 00:05:42,640 --> 00:05:44,000 Apa maksudnya? 49 00:05:44,520 --> 00:05:46,360 Maksudnya saya perlu cari pembeli baru. 50 00:05:46,960 --> 00:05:48,680 Jadi, kami takkan dibayar. 51 00:05:50,560 --> 00:05:51,680 Betul? 52 00:05:52,600 --> 00:05:53,880 Itulah maksudnya? 53 00:06:08,880 --> 00:06:09,840 Ambil ini. 54 00:06:17,000 --> 00:06:19,320 Nilainya lebih tinggi berbanding hutang kepada kami. 55 00:06:20,120 --> 00:06:22,960 Bagaimana saya nak minta kamu berkorban jika saya tak nak buat? 56 00:06:24,080 --> 00:06:27,240 Anggap ini sebagai bayaran pendahuluan untuk bulan depan. 57 00:06:28,000 --> 00:06:31,560 Untuk kilang dan pesanan pula, percayalah. 58 00:06:32,960 --> 00:06:33,840 Terima kasih. 59 00:06:43,200 --> 00:06:44,360 Marcel nak jumpa awak. 60 00:07:14,840 --> 00:07:16,040 Apa awak nak? 61 00:07:16,120 --> 00:07:17,440 Tinggalkan kami, Juliette. 62 00:07:18,160 --> 00:07:19,080 Pergi. 63 00:07:20,560 --> 00:07:21,520 Tutup pintu. 64 00:07:28,760 --> 00:07:29,640 Ambil. 65 00:07:31,800 --> 00:07:34,240 Anak awak kehilangan lencananya semasa dia keluar. 66 00:07:35,880 --> 00:07:37,560 Dia mungkin mahukannya semula. 67 00:07:39,840 --> 00:07:41,760 Jika awak nak cari dia, 68 00:07:41,840 --> 00:07:44,800 batalion dia ditugaskan ke titik pemeriksaan di Tasik la Maix. 69 00:07:45,320 --> 00:07:47,000 Hati-hati… 70 00:07:49,800 --> 00:07:50,920 Kenapa awak buat begini? 71 00:07:52,120 --> 00:07:57,480 Anggap saja yang saya terharu dengan pertemuan semula ini. 72 00:08:05,520 --> 00:08:07,000 Jangan terlalu rapat dengan dia. 73 00:08:15,000 --> 00:08:19,320 PEGAWAI - DE RENIER - COLIN 1914 74 00:08:37,880 --> 00:08:39,360 Apa yang awak nak? 75 00:08:40,320 --> 00:08:42,920 Saya kegemaran Marcel, jadi berhenti melepak dengan dia. 76 00:08:43,720 --> 00:08:46,640 Saya tak pedulikan Marcel. Awak tak patut peduli juga. 77 00:08:47,320 --> 00:08:48,320 Dia cuma bapa ayam. 78 00:08:49,000 --> 00:08:50,480 Tanpa dia, saya tak bernilai. 79 00:08:51,000 --> 00:08:52,720 Tapi awak tak bernilai kepada dia! 80 00:08:53,560 --> 00:08:55,080 Awak cuma sumber keuntungan dia. 81 00:08:56,040 --> 00:08:58,680 Hidup awak lebih bermakna. Pergi saja! 82 00:09:00,000 --> 00:09:00,840 Pergi. 83 00:09:02,080 --> 00:09:04,000 Cari lelaki yang menghormati awak. 84 00:09:52,720 --> 00:09:54,080 Saya nak cakap dengan awak. 85 00:09:54,800 --> 00:09:56,720 - Saya tak ada banyak masa. - Saya juga. 86 00:10:02,320 --> 00:10:03,160 Awak masih simpan? 87 00:10:09,640 --> 00:10:10,480 Ya. 88 00:10:14,560 --> 00:10:15,720 Saya minta maaf. 89 00:10:17,000 --> 00:10:17,920 Awak minta maaf? 90 00:10:19,360 --> 00:10:22,360 Awak tinggalkan saya dan itu saja awak nak katakan? 91 00:10:24,560 --> 00:10:26,760 Awak tak tahu betapa sukarnya untuk mencari awak? 92 00:10:28,360 --> 00:10:31,600 Saya ingat awak dah mati. Saya pergi cari awak di rumah mayat! 93 00:10:31,680 --> 00:10:32,880 Saya tak tahan lagi. 94 00:10:34,880 --> 00:10:38,280 - Saya tak sanggup hidup sebagai pelacur. - Kita kata akan buat bersama! 95 00:10:38,360 --> 00:10:39,960 Kita berdua patut lakukannya! 96 00:10:41,040 --> 00:10:43,640 Awak berjanji, tapi awak tak pernah buat apa-apa. 97 00:10:46,760 --> 00:10:48,280 Awak tak mahu buat begitu juga. 98 00:10:55,040 --> 00:10:56,200 Saya ada pelanggan tetap. 99 00:10:57,040 --> 00:10:58,000 Victor. 100 00:10:59,720 --> 00:11:00,880 Dia memang kacak, 101 00:11:00,960 --> 00:11:03,200 penyayang dan menghormati saya. 102 00:11:05,280 --> 00:11:07,000 Walaupun kami tak berasmara. 103 00:11:09,640 --> 00:11:12,120 Dia jatuh cinta dan saya mengalah. 104 00:11:15,040 --> 00:11:17,240 Dia melamar saya dan saya terima. 105 00:11:18,080 --> 00:11:19,800 Tapi awak rahsiakannya daripada saya. 106 00:11:20,600 --> 00:11:22,480 Awak pergi tanpa khabar. 107 00:11:24,080 --> 00:11:25,920 Saya tak cukup berani. 108 00:11:34,440 --> 00:11:35,880 Saya sayang awak, Marguerite. 109 00:11:37,720 --> 00:11:39,160 Tapi saya buat pilihan. 110 00:11:44,880 --> 00:11:46,000 Saya pergi dulu. 111 00:12:42,120 --> 00:12:42,960 Bertenang! 112 00:12:43,040 --> 00:12:44,960 Bawa bertenang, anakku. Pandang saya. 113 00:12:45,800 --> 00:12:47,760 Lepaskan dia! 114 00:12:47,840 --> 00:12:49,120 Pandang saya! 115 00:12:52,080 --> 00:12:54,640 Kembali ke katil. Rahib Genevieve, tolong saya. 116 00:12:54,720 --> 00:12:56,200 Bantu saya letak dia atas katil. 117 00:12:57,320 --> 00:12:59,840 Rahib Clarence, hantar dia ke katil. 118 00:13:02,160 --> 00:13:03,320 Apa yang berlaku? 119 00:13:06,400 --> 00:13:07,240 Begitulah. 120 00:13:07,320 --> 00:13:09,000 Boleh beri saya selimut? 121 00:13:09,080 --> 00:13:11,440 - Awak okey. - Apa mereka buat di sini? 122 00:13:13,520 --> 00:13:15,720 Dr. Duvernet hantar mereka untuk bertempur. 123 00:13:19,120 --> 00:13:20,400 Saya hantar mereka ke sini. 124 00:13:21,080 --> 00:13:22,560 Peperangan buat mereka gila. 125 00:13:23,560 --> 00:13:25,280 - Dia tak tahu? - Tak. 126 00:13:26,640 --> 00:13:28,240 Saya akan bertanggungjawab. 127 00:13:29,280 --> 00:13:31,720 Seperti saya menerima awak ke biara saya. 128 00:13:53,640 --> 00:13:54,480 Tolong saya! 129 00:14:09,520 --> 00:14:12,400 Bagaimana awak nak uruskan kilang peluru? 130 00:14:13,040 --> 00:14:15,880 Nampaknya semua pekerja awak dihantar pergi berperang. 131 00:14:17,320 --> 00:14:18,560 Kami guna isteri mereka. 132 00:14:19,120 --> 00:14:21,520 Mungkin mereka tak kuat, tapi jari mereka halus. 133 00:14:21,600 --> 00:14:24,400 Itu berguna untuk melicinkan bahagian dalam katrij. 134 00:14:25,440 --> 00:14:27,240 Bagaimana dengan peralatan awak? 135 00:14:27,320 --> 00:14:29,960 Peralihan jenis operasi tak boleh dibuat semalaman. 136 00:14:30,040 --> 00:14:32,880 Saya dah hubungi jurutera. Dia akan berikan anggaran. 137 00:14:33,400 --> 00:14:35,760 Dia optimistik tentang kebolehlaksanaan. 138 00:14:37,200 --> 00:14:38,840 Kerajaan takkan bayar untuk itu. 139 00:14:38,920 --> 00:14:40,760 Saya dah dapat dana. Kami dah bersedia. 140 00:14:41,280 --> 00:14:45,000 Percayalah, peluru saya akan membantu Perancis mengalahkan Jerman. 141 00:14:49,320 --> 00:14:52,640 Saya beri jaminan, di Salpêtrière kami ada kes yang sama 142 00:14:52,720 --> 00:14:55,920 wanita yang trauma dan didera memilih untuk mengurung diri. 143 00:14:58,840 --> 00:15:00,440 Awak ingat saya takkan tahu? 144 00:15:01,800 --> 00:15:03,600 Puan Agnès buat perkara yang betul! 145 00:15:03,680 --> 00:15:05,400 Menjadikan mereka sebagai pembolos? 146 00:15:06,840 --> 00:15:09,600 Kerana awak, mereka akan dibicarakan. 147 00:15:09,680 --> 00:15:10,960 Awak akan kena juga! 148 00:15:13,080 --> 00:15:16,520 - Tugas kita untuk merawat mereka… - Agar mereka boleh mati bertempur. 149 00:15:18,640 --> 00:15:23,280 - Saya tak tahu itu motivasi awak. - Apa awak tahu tentang motivasi saya? 150 00:15:23,360 --> 00:15:24,960 Atau tekanan yang saya alami? 151 00:15:25,600 --> 00:15:26,440 Langsung tak tahu. 152 00:15:27,040 --> 00:15:29,800 Awak patuh arahan walaupun awak tak setuju? 153 00:15:33,640 --> 00:15:36,960 Askar ini akan kembali ke medan pertempuran hari ini. 154 00:15:42,760 --> 00:15:44,000 Maafkan saya, Puan Agnès. 155 00:15:45,440 --> 00:15:47,200 Saya tak tahu ini kesudahannya. 156 00:15:48,560 --> 00:15:50,520 Lain kali awak jangan masuk campur, 157 00:15:51,320 --> 00:15:53,200 kalau tak, saya masuk campur urusan awak. 158 00:16:14,280 --> 00:16:15,240 Jesus. 159 00:16:15,840 --> 00:16:17,960 Kenapa aku diuji begini? 160 00:16:19,240 --> 00:16:21,880 Kenapa hantar lelaki ini jika bukan untuk melindunginya? 161 00:16:22,960 --> 00:16:24,480 Kau dah ambil Lisette. 162 00:16:25,480 --> 00:16:27,840 Jangan ambil satu lagi nyawa. Aku merayu. 163 00:16:29,600 --> 00:16:30,440 Lindungi dia. 164 00:16:31,440 --> 00:16:33,120 Pastikan tiada apa-apa berlaku. 165 00:16:34,320 --> 00:16:36,520 Maafkan aku atas permintaan ini. 166 00:16:40,680 --> 00:16:41,520 Masa dah tiba. 167 00:16:42,040 --> 00:16:42,880 Saya pergi dulu. 168 00:16:48,560 --> 00:16:50,160 Bila kamu pulang? 169 00:16:50,680 --> 00:16:51,600 Dalam seminggu. 170 00:16:52,400 --> 00:16:53,520 Jumpa dalam seminggu. 171 00:16:55,480 --> 00:16:56,520 Selamat tinggal, ayah. 172 00:16:57,040 --> 00:16:58,040 Selamat tinggal, Léon. 173 00:17:14,680 --> 00:17:17,280 Siapa tahu? Mungkin suatu hari nanti saya perlu rawat dia. 174 00:17:19,920 --> 00:17:20,920 Kita sedang berperang. 175 00:17:24,440 --> 00:17:26,240 Kenapa hantar dia semula? 176 00:17:28,040 --> 00:17:28,880 Kenapa? 177 00:17:30,240 --> 00:17:32,280 Seorang jeneral ada pengaruh, bukan? 178 00:17:32,360 --> 00:17:35,720 Tugaskan dia di sini, di jabatan komunikasi. 179 00:17:35,800 --> 00:17:38,200 Tempat di mana dia takkan cedera! 180 00:17:42,560 --> 00:17:46,680 Kamu minta ayah kecualikan dia. Adik kamu seorang Saint-Cyrien. 181 00:17:49,040 --> 00:17:50,000 Dia ketakutan. 182 00:17:52,280 --> 00:17:54,000 Ayah tak nampak. 183 00:17:58,360 --> 00:17:59,920 Ayah tahu apa dia nak? 184 00:18:06,880 --> 00:18:08,440 Ayah langsung tak kenal kami. 185 00:18:09,200 --> 00:18:10,160 Langsung tak. 186 00:18:21,800 --> 00:18:22,640 Jeneral. 187 00:18:40,760 --> 00:18:42,000 Mari pergi, cepat. 188 00:18:52,600 --> 00:18:55,120 Saya akan siapkan dia dan jumpa awak di pintu masuk. 189 00:19:15,480 --> 00:19:16,360 Maafkan saya. 190 00:19:18,600 --> 00:19:19,960 Saya dah buat yang terbaik. 191 00:19:24,120 --> 00:19:26,160 Saya yakin awak orang yang baik. 192 00:19:36,720 --> 00:19:37,680 Nama saya Till. 193 00:19:39,800 --> 00:19:40,960 Till Von Shoffen. 194 00:19:42,600 --> 00:19:44,360 Saya datang dari Jerman Utara. 195 00:19:45,400 --> 00:19:46,400 Awak orang Jerman? 196 00:19:50,840 --> 00:19:53,560 Saya nak beritahu awak, tapi tak jumpa masa yang sesuai. 197 00:19:56,360 --> 00:19:57,280 Saya takut. 198 00:20:02,160 --> 00:20:04,200 Awak akan berada di pihak Perancis. 199 00:20:07,320 --> 00:20:09,320 Semua itu tak penting. 200 00:20:09,920 --> 00:20:10,920 Saya takkan bertempur. 201 00:20:12,640 --> 00:20:13,920 Peperangan ini mengarut. 202 00:20:15,560 --> 00:20:16,640 Tak ada makna. 203 00:20:20,760 --> 00:20:23,280 Tuhan akan tentukan nasib saya di medan pertempuran. 204 00:20:35,080 --> 00:20:36,120 Terima kasih, Agnès. 205 00:20:40,320 --> 00:20:42,640 Awak dah kembalikan kepercayaan saya kepada manusia. 206 00:20:51,680 --> 00:20:53,800 Nenek, kenapa kita bunuh orang Jerman? 207 00:20:55,920 --> 00:20:56,920 Sebab ini peperangan. 208 00:20:58,360 --> 00:21:00,320 Kenapa kita perlu berperang? 209 00:21:00,400 --> 00:21:01,240 Nenek tak tahu. 210 00:21:02,040 --> 00:21:03,040 Semua ini rumit. 211 00:21:04,480 --> 00:21:06,800 Orang Jerman bunuh orang Perancis juga? 212 00:21:07,960 --> 00:21:08,920 Ya, betul. 213 00:21:11,000 --> 00:21:14,520 Tapi, jangan risau tentang bapa kamu. Dia tak berada di medan pertempuran. 214 00:21:15,520 --> 00:21:16,560 Dia jurutera. 215 00:21:16,640 --> 00:21:18,360 Dia menguruskan infrastruktur. 216 00:21:18,880 --> 00:21:21,520 Maksud nenek, ayah membina jambatan. 217 00:21:21,600 --> 00:21:23,080 Serta jalan raya. Kamu tahu! 218 00:21:24,320 --> 00:21:25,680 Dia selamat, jangan risau. 219 00:21:27,000 --> 00:21:28,320 Mari sambung. 220 00:21:30,560 --> 00:21:31,520 Lapan darab satu? 221 00:21:32,560 --> 00:21:34,960 Nenek, kita berhenti di lapan darab empat. 222 00:21:38,360 --> 00:21:40,440 - Jadi, lapan darab empat. - Tiga puluh dua. 223 00:21:41,080 --> 00:21:42,880 - Lapan darab lima. - Empat puluh. 224 00:21:43,600 --> 00:21:44,560 Lapan darab enam. 225 00:21:45,480 --> 00:21:46,800 Empat puluh lapan. 226 00:21:46,880 --> 00:21:48,160 Lapan darab tujuh? 227 00:21:48,240 --> 00:21:49,320 Lima puluh enam. 228 00:21:50,840 --> 00:21:52,320 Boleh keluar sebentar? 229 00:21:54,680 --> 00:21:55,760 Cepat. 230 00:21:58,080 --> 00:21:59,280 Pergi main di taman. 231 00:22:08,840 --> 00:22:10,280 Kita dah selamat. 232 00:22:10,880 --> 00:22:13,280 Tentera berminat dengan usul kita. 233 00:22:13,360 --> 00:22:14,640 Usul apa? 234 00:22:14,720 --> 00:22:18,400 - Penukaran kilang. - Awak bincang dengan tentera tanpa saya? 235 00:22:18,480 --> 00:22:21,240 Berhenti hasilkan trak. Kita akan hasilkan peluru. 236 00:22:21,320 --> 00:22:23,000 Mereka mahukan rancangan cepat. 237 00:22:23,080 --> 00:22:25,080 Bukan syarikat kita saja yang terlibat. 238 00:22:26,280 --> 00:22:28,920 Setidaknya awak beritahu saya dulu. 239 00:22:30,240 --> 00:22:33,960 Jangan ambil hati, Caroline, tapi tentera tak berunding dengan wanita. 240 00:22:37,840 --> 00:22:39,600 Mari tanya Victor. 241 00:22:39,680 --> 00:22:42,120 Sehingga diberitahu kelak, dia masih pengurus kilang. 242 00:22:42,200 --> 00:22:44,880 Tiada masa untuk tunggu keputusan Victor. 243 00:22:47,680 --> 00:22:52,480 Awak tak boleh biar segalanya yang suami dan anak awak bina dimusnahkan! 244 00:22:56,280 --> 00:22:59,800 Jika tak buat apa-apa, bank akan rampas kilang dan rumah. 245 00:23:01,040 --> 00:23:02,160 Itu yang ibu nak? 246 00:23:04,880 --> 00:23:07,160 Berdiri tegak, lengan di sisi. 247 00:23:09,160 --> 00:23:10,720 Akhir sekali, jaket. Cepat. 248 00:23:13,760 --> 00:23:14,880 Butangkan jaket. 249 00:23:15,400 --> 00:23:16,840 Kepi atas kepala awak. 250 00:23:23,320 --> 00:23:24,160 Bertenang. 251 00:23:26,240 --> 00:23:27,880 - Berbaris! - Saya uruskan dia. 252 00:23:28,760 --> 00:23:30,400 Bertenang, tak guna! 253 00:23:32,280 --> 00:23:33,640 - Berbaris. - Pandang saya. 254 00:23:34,160 --> 00:23:35,080 Pandang saya! 255 00:23:38,680 --> 00:23:40,480 - Awak nampak mejar perubatan? - Tak. 256 00:23:40,560 --> 00:23:42,640 Ada askar muntah darah. 257 00:23:42,720 --> 00:23:44,560 - Apa kita nak buat? - Kita tak ada masa! 258 00:23:45,960 --> 00:23:49,400 Pegang dia. Awak nak hantar dia. Setidaknya awak pegang dia! 259 00:23:49,480 --> 00:23:50,320 Ke tepi. 260 00:23:50,400 --> 00:23:51,920 - Biar saya tengok. - Ke tepi! 261 00:23:52,000 --> 00:23:53,840 Apabila bertempur, berhenti buat begini. 262 00:23:54,440 --> 00:23:56,280 Awak di belakang sana, cepat! 263 00:23:56,800 --> 00:23:57,680 Mara ke depan. 264 00:23:58,360 --> 00:23:59,400 Mari pergi. 265 00:24:04,320 --> 00:24:05,360 Laju lagi. 266 00:24:05,440 --> 00:24:06,840 Jangan bergerak! 267 00:24:16,040 --> 00:24:17,560 - Di mana Bruand? - Saya tak tahu. 268 00:24:18,080 --> 00:24:19,400 Buka balutan lehernya! 269 00:24:22,400 --> 00:24:23,520 Ke tepi! 270 00:24:48,080 --> 00:24:50,840 - Kenapa dengan dia? - Gumpalan darah menyekat salur udara. 271 00:24:52,480 --> 00:24:53,840 Apa awak buat? 272 00:24:56,200 --> 00:24:58,640 Jeanne! Kita patut tunggu Dr. Duvernet. 273 00:25:21,400 --> 00:25:23,600 Bernafas. 274 00:25:25,520 --> 00:25:27,560 Dia dah selamatkan awak. 275 00:25:28,560 --> 00:25:30,080 Bernafas. 276 00:25:33,400 --> 00:25:37,680 Puan, ada panggilan untuk awak. Rahib Pélagie dari Salpêtrière. 277 00:25:38,440 --> 00:25:41,840 Dia ada maklumat yang awak minta, tentang seorang jururawat. 278 00:25:45,920 --> 00:25:48,880 Saya dah periksa. Tiada jururawat bernama Jeanne Charrier di sini. 279 00:25:50,840 --> 00:25:53,640 - Suzanne Faure pula? - Suzanne Faure? 280 00:25:54,240 --> 00:25:56,680 Ada. Dia jururawat yang hilangkan diri. 281 00:25:56,760 --> 00:25:59,800 - Hilangkan diri? - Dia melakukan pengguguran haram. 282 00:26:00,360 --> 00:26:02,880 Ada masalah pada pembedahan lalu dan pesakit mati. 283 00:26:03,440 --> 00:26:05,440 Pesakit itu isteri kepada inspektor polis. 284 00:26:07,640 --> 00:26:08,520 Helo? 285 00:26:09,760 --> 00:26:12,120 - Helo? - Maaf. Terima kasih atas bantuan awak. 286 00:26:12,680 --> 00:26:15,200 - Semoga Tuhan merahmati awak. - Awak juga. 287 00:26:29,560 --> 00:26:30,400 Boleh saya bantu? 288 00:26:30,480 --> 00:26:32,680 Sambungkan kepada balai polis Saint-Paulin. 289 00:26:32,760 --> 00:26:34,280 Baik. Sila tunggu. 290 00:26:39,040 --> 00:26:41,360 Awak belajar buat begitu di Salpêtrière? 291 00:26:42,840 --> 00:26:44,040 Saya tak diajar. 292 00:26:44,800 --> 00:26:46,880 Saya pernah tengok caranya dan saya belajar. 293 00:26:48,040 --> 00:26:51,400 Jadi, awak memang serius untuk belajar dalam pembedahan. 294 00:26:52,880 --> 00:26:54,280 Dah tentu. 295 00:26:55,080 --> 00:26:58,240 Awak rasa terperanjat ada wanita yang berkeupayaan? 296 00:26:58,320 --> 00:27:01,280 Tak. Saya tak patut cakap begitu dengan awak tadi. 297 00:27:05,080 --> 00:27:06,040 Maafkan saya. 298 00:27:08,720 --> 00:27:10,560 Ada beribu-ribu orang lagi. 299 00:27:12,680 --> 00:27:14,960 Lelaki yang nampak berkeupayaan, tapi sedang sakit. 300 00:27:17,520 --> 00:27:20,440 Penderitaan yang tiada orang akan faham, apatah lagi sembuhkan. 301 00:27:23,360 --> 00:27:25,400 Peperangan ini membuatkan mereka hilang akal. 302 00:27:27,960 --> 00:27:31,120 Mereka tak boleh kembali bertempur. Mereka tak cukup sihat, awak tahu. 303 00:27:36,960 --> 00:27:38,480 Balai polis Saint-Paulin. 304 00:27:38,560 --> 00:27:41,040 Helo, saya nak bercakap dengan Adjutan Bergeret. 305 00:27:41,760 --> 00:27:44,440 - Tunggu, saya panggil dia. - Terima kasih. 306 00:27:46,720 --> 00:27:47,600 Puan Agnès. 307 00:27:49,040 --> 00:27:51,600 Dr. Duvernet benarkan kita simpan tentera yang trauma. 308 00:27:51,680 --> 00:27:55,560 Mereka tanggungjawab saya. Mereka takkan kembali bertempur. 309 00:27:55,640 --> 00:27:57,400 Awak boleh terus menjaga mereka. 310 00:28:04,040 --> 00:28:04,960 Saya pergi dulu. 311 00:28:05,040 --> 00:28:07,400 Kami nak dapatkan mereka sebelum mereka dihantar. 312 00:28:10,440 --> 00:28:12,000 Adjutan Bergeret bercakap, helo? 313 00:28:13,560 --> 00:28:14,640 Helo? 314 00:28:15,720 --> 00:28:16,560 Helo? 315 00:28:20,240 --> 00:28:21,080 Helo? 316 00:29:21,080 --> 00:29:22,120 Kereta yang cantik. 317 00:29:22,880 --> 00:29:24,800 Ya, milik saya. 318 00:29:25,320 --> 00:29:26,920 Kereta saya disita. 319 00:29:28,280 --> 00:29:32,480 - Lelaki yang baik dari kem kamu. - Awak berharap nak ambil semula? 320 00:29:32,560 --> 00:29:36,120 Tak. Saya cuma nak hantar ini kepada kawan kamu. 321 00:29:37,720 --> 00:29:38,960 Saya akan beri kepada dia. 322 00:29:39,040 --> 00:29:41,960 Sebenarnya, saya nak berikannya sendiri. 323 00:29:42,960 --> 00:29:45,920 - Orang awam tak boleh masuk. - Saya tahu, tapi… 324 00:29:47,280 --> 00:29:50,320 Saya nak minta maaf tentang semalam. 325 00:29:51,440 --> 00:29:52,320 Faham? 326 00:29:53,200 --> 00:29:54,080 Tolonglah. 327 00:29:59,240 --> 00:30:01,760 - Ikut saya. Tapi jangan lama, okey? - Terima kasih. 328 00:30:12,240 --> 00:30:13,640 Jangan pedulikan mereka. 329 00:30:16,400 --> 00:30:18,000 Mereka tak biasa melihat… 330 00:30:18,680 --> 00:30:19,840 awak tahulah. 331 00:30:32,000 --> 00:30:33,640 Mainkan lebih kuat, Léon! 332 00:30:54,600 --> 00:30:56,240 Hei, tengoklah siapa datang? 333 00:30:57,520 --> 00:30:59,680 Pelacur dari rumah pelacuran! 334 00:31:00,600 --> 00:31:03,160 Leftenan, awak ubah fikiran? 335 00:31:04,120 --> 00:31:05,360 Liciknya! 336 00:31:06,120 --> 00:31:09,000 Jangan begitu, leftenan. Siapkan senapang awak! 337 00:31:09,080 --> 00:31:10,360 Demi Perancis! 338 00:31:10,440 --> 00:31:11,600 Perhatian! 339 00:31:11,680 --> 00:31:13,000 Perhatian! 340 00:31:16,800 --> 00:31:19,160 Helo, puan. Awak sihat? 341 00:31:21,040 --> 00:31:25,560 - Apa awak buat di sini? - Saya jumpa ini pagi tadi. 342 00:31:27,280 --> 00:31:28,160 Terima kasih. 343 00:31:30,480 --> 00:31:32,800 - Awak tahu ini apa? - Ya. 344 00:31:32,880 --> 00:31:34,080 Untuk mengenal pasti awak. 345 00:31:34,840 --> 00:31:36,640 Apabila dah mati. Betul, kawan-kawan? 346 00:31:36,720 --> 00:31:39,400 Ya! 347 00:31:40,200 --> 00:31:41,160 Kawan-kawan, 348 00:31:41,240 --> 00:31:43,160 sebelum saya mati, 349 00:31:43,240 --> 00:31:44,280 saya nak mandi. 350 00:31:44,800 --> 00:31:46,800 - Jaga-jaga. Air mungkin sejuk! - Tak kisah. 351 00:31:46,880 --> 00:31:48,240 Nanti kecut pula senapang dia. 352 00:31:57,120 --> 00:31:59,000 - Perlukan bantuan? - Boleh, terima kasih. 353 00:32:09,960 --> 00:32:12,080 Kawan-kawan, marilah! Selesa betul! 354 00:32:18,640 --> 00:32:19,840 Berlindung! 355 00:32:20,720 --> 00:32:21,920 Berlindung! 356 00:32:25,240 --> 00:32:27,160 Jules! 357 00:32:28,160 --> 00:32:30,400 Léon, jangan. Léon, datang sini! 358 00:32:34,520 --> 00:32:37,760 Jules! Okey. Bertahan. 359 00:32:57,840 --> 00:32:59,680 - Lindungi saya! - Berlindung! 360 00:32:59,760 --> 00:33:01,280 Lindungi saya! 361 00:33:01,360 --> 00:33:03,640 Lindungi dia! Lepaskan tembakan! 362 00:33:06,200 --> 00:33:08,000 Lindungi leftenan! 363 00:33:08,080 --> 00:33:09,640 Lindungi dia! Lepakan tembakan! 364 00:33:45,560 --> 00:33:49,760 Léon! Cakap dengan saya. 365 00:33:53,200 --> 00:33:54,600 - Biara! - Léon! 366 00:33:54,680 --> 00:33:58,440 Kita bawa dia ke biara! Mari! 367 00:34:03,840 --> 00:34:06,200 Jalan! 368 00:34:14,840 --> 00:34:18,240 Apabila sampai di sana, cari abang dia, Joseph Duvernet. 369 00:34:18,320 --> 00:34:19,360 Dia pakar bedah! 370 00:34:19,440 --> 00:34:21,960 - Awak nak ke mana? - Sertai anggota saya. 371 00:34:57,720 --> 00:35:00,040 Awak ingat saya takkan perasan? 372 00:35:02,200 --> 00:35:03,880 En. Morel telefon saya. 373 00:35:05,720 --> 00:35:07,280 Dia yang reka barang kemas ini. 374 00:35:08,720 --> 00:35:10,640 Denise kepada dia dengan murah. 375 00:35:10,720 --> 00:35:12,720 Saya tiada pilihan. Saya hutang pekerja. 376 00:35:15,520 --> 00:35:17,480 Perniagaan bukan kepakaran awak. 377 00:35:19,160 --> 00:35:20,640 Kita tak boleh tunggu. 378 00:35:22,000 --> 00:35:24,120 Charles akan ambil alih kilang. 379 00:35:24,680 --> 00:35:26,040 Jangan buat begitu, Éléonore. 380 00:35:26,640 --> 00:35:27,520 Puan. 381 00:35:27,600 --> 00:35:31,160 Madeleine pergi ke pekan seorang diri, 382 00:35:31,240 --> 00:35:34,160 ke biara untuk tengok jika bapanya ada di kalangan askar cedera. 383 00:35:35,720 --> 00:35:38,920 Jangan risau. Dia tak apa-apa. Rahib akan jaga dia. 384 00:35:54,760 --> 00:35:55,800 Tak terlalu kecewa? 385 00:35:57,120 --> 00:35:58,440 Saya bekerja untuk awak? 386 00:35:59,280 --> 00:36:00,520 Saya harap awak tak kisah. 387 00:36:01,280 --> 00:36:03,120 Ini untuk kebaikan kita. 388 00:36:03,200 --> 00:36:06,720 Awak boleh bantu ibu saya uruskan rumah. Dia cuma tinggal seorang pembantu. 389 00:36:07,440 --> 00:36:10,040 Mengemas rumah tugas untuk saya? 390 00:36:10,120 --> 00:36:11,680 Saya rasa awak boleh buat. 391 00:36:12,880 --> 00:36:14,680 Dia tak suka menguruskan dapur. 392 00:36:15,520 --> 00:36:18,160 Malam ini, saya teringin nak makan kambing panggang. 393 00:38:12,080 --> 00:38:12,920 Tolonglah. 394 00:38:13,960 --> 00:38:17,680 Saya nak jemput anak saya. Puan Agnès kata dia di sini. 395 00:38:17,760 --> 00:38:19,600 Ya, dia menyanyi dengan rahib. 396 00:38:19,680 --> 00:38:22,160 Dia risau tentang bapanya yang berada di barisan depan. 397 00:38:22,240 --> 00:38:23,160 Tolong! 398 00:38:26,120 --> 00:38:28,840 Ada serangan! Ada ramai yang cedera. 399 00:38:30,360 --> 00:38:33,040 Léon, kita dah sampai. Kita akan rawat awak. 400 00:38:33,120 --> 00:38:37,200 Kita perlu kembali ke kem! Ada ramai yang cedera! Ambil kereta saya! 401 00:38:37,280 --> 00:38:40,320 Ambil kereta saya. Ada di depan! Perlahan-lahan. 402 00:38:40,400 --> 00:38:43,360 Bertahan. Awak akan selamat. 403 00:38:43,440 --> 00:38:46,240 - Awak akan selamat. - Panggil pakar bedah! Ini adik dia! 404 00:38:46,320 --> 00:38:47,360 Léon Duvernet! 405 00:38:47,440 --> 00:38:49,960 Pembawa pengusung! 406 00:38:50,640 --> 00:38:51,960 Kita dah sampai, bertahan! 407 00:38:53,640 --> 00:38:54,640 Pembawa pengusung! 408 00:38:58,480 --> 00:38:59,480 Pembawa pengusung! 409 00:38:59,560 --> 00:39:00,840 Apa yang berlaku? 410 00:39:02,080 --> 00:39:03,880 Letak dia atas pengusung! 411 00:39:06,400 --> 00:39:07,520 Ini adik Joseph. 412 00:39:08,400 --> 00:39:10,520 Mari bawa dia. Satu, dua, tiga! 413 00:39:11,040 --> 00:39:11,880 Jalan! 414 00:39:20,560 --> 00:39:21,440 Jalan. 415 00:39:24,120 --> 00:39:25,120 Letak dia di sini! 416 00:39:28,600 --> 00:39:29,480 Pergi! 417 00:39:35,280 --> 00:39:36,120 Sebelah kiri! 418 00:39:50,320 --> 00:39:51,880 Pergi panggil Joseph. 419 00:39:52,800 --> 00:39:53,680 Pergi panggil dia! 420 00:39:55,040 --> 00:39:55,920 Tolong pegang dia. 421 00:39:57,160 --> 00:39:58,160 Awak akan selamat. 422 00:40:10,920 --> 00:40:12,480 Ini akan buat awak lebih tenang. 423 00:40:29,800 --> 00:40:30,680 Ibu! 424 00:40:30,760 --> 00:40:31,840 Jangan tinggalkan saya! 425 00:40:34,160 --> 00:40:35,440 Jangan pergi. 426 00:40:37,040 --> 00:40:38,120 Jangan tinggalkan saya. 427 00:40:39,160 --> 00:40:41,280 - Saya rindu ibu. - Saya di sini. 428 00:40:41,360 --> 00:40:42,480 Maafkan saya! 429 00:40:42,560 --> 00:40:43,600 - Saya di sini. - Maaf! 430 00:40:44,200 --> 00:40:46,960 Saya akan teman awak. Tak apa. 431 00:40:47,920 --> 00:40:48,880 Awak akan selamat. 432 00:40:49,400 --> 00:40:50,680 Abang sayang awak. 433 00:40:52,360 --> 00:40:53,480 Gunting. 434 00:40:54,440 --> 00:40:55,320 Saya sejuk. 435 00:40:56,880 --> 00:40:58,240 Tolonglah. 436 00:41:01,960 --> 00:41:03,120 Buka. 437 00:41:03,720 --> 00:41:04,600 Joseph. 438 00:41:13,960 --> 00:41:15,000 Iodin. 439 00:41:27,840 --> 00:41:28,720 Saya akan mati? 440 00:41:40,920 --> 00:41:41,800 Ibu. 441 00:41:42,480 --> 00:41:44,480 Boleh menyanyi dengan saya? Awak menyanyi… 442 00:41:44,560 --> 00:41:45,400 Boleh. 443 00:42:03,320 --> 00:42:04,400 Panggil bapa saya! 444 00:43:28,560 --> 00:43:31,160 Kenapa tak dengar cakap saya? Kenapa? 445 00:43:34,200 --> 00:43:35,880 Bapa mana tergamak buat begitu? 446 00:43:36,520 --> 00:43:37,760 Bapa mana? 447 00:44:29,560 --> 00:44:30,840 Apa yang berlaku? 448 00:44:40,400 --> 00:44:41,480 Semua kekejaman ini… 449 00:44:44,120 --> 00:44:45,120 Semua kematian ini… 450 00:44:47,360 --> 00:44:50,320 Saya tak tahan lagi. 451 00:46:21,880 --> 00:46:23,280 - Cepat! - Pembawa pengusung! 452 00:46:24,080 --> 00:46:25,080 Bawa dia! 453 00:46:25,160 --> 00:46:26,200 Saya datang! 454 00:46:26,840 --> 00:46:27,760 Tolong! 455 00:46:27,840 --> 00:46:28,720 Ke tepi! 456 00:46:29,600 --> 00:46:30,480 Ikut sini! 457 00:46:37,960 --> 00:46:39,160 Jangan bergerak! 458 00:46:41,920 --> 00:46:42,800 Cepat! 459 00:46:47,000 --> 00:46:48,320 Encik? 460 00:46:48,400 --> 00:46:49,640 Mari, kami akan bantu awak. 461 00:46:50,880 --> 00:46:53,160 Jeanne Charrier ada di sini? 462 00:46:54,120 --> 00:46:55,160 Ya, kenapa? 463 00:46:56,680 --> 00:46:57,640 Saya suami dia. 464 00:47:17,640 --> 00:47:19,880 Tunggu saya, okey? Saya akan panggil isteri awak. 465 00:47:24,160 --> 00:47:25,600 Jeanne? 466 00:47:28,240 --> 00:47:29,920 Suami awak di sini! 467 00:48:21,360 --> 00:48:23,920 Terjemahan sari kata oleh Fakhri