1 00:00:29,530 --> 00:00:32,033 Jika tuanku mahu beradu, patik dan En. Reynolds... 2 00:00:32,033 --> 00:00:33,701 Tak bolehkah beta bersihkan raja? 3 00:00:34,744 --> 00:00:36,287 Ia cuma agak luar biasa. 4 00:00:36,287 --> 00:00:39,749 Ya, ada banyak protokol istana yang beta perlu belajar. 5 00:00:39,749 --> 00:00:43,544 Seperti heret raja keluar dari lubang di kebun sayur 6 00:00:43,544 --> 00:00:46,255 semasa dia berbual dengan langit. Itu perkara biasa? 7 00:00:50,134 --> 00:00:52,678 Tidak, tuanku cuma uzur kebelakangan ini. 8 00:00:54,889 --> 00:00:55,765 Apa ini? 9 00:00:55,765 --> 00:00:57,100 Apa yang berlaku? 10 00:00:59,185 --> 00:01:01,312 Apa dah berlaku kepada suami beta? 11 00:01:06,400 --> 00:01:07,860 Ia bersungguh-sungguh. 12 00:01:09,153 --> 00:01:10,279 Sukar dijinakkan, 13 00:01:10,279 --> 00:01:13,574 dan kadangkala, salah arah, tapi ia haiwan terbaik untuk membajak. 14 00:01:14,283 --> 00:01:18,955 - Dibiakkan untuk membajak di Richmond. - Cantik kuda ini, tuanku. 15 00:01:19,664 --> 00:01:20,706 Tapi patik rasa... 16 00:01:22,375 --> 00:01:23,334 Cakap sajalah. 17 00:01:23,334 --> 00:01:27,255 Patik cuma tahu cara tradisional. Kerbau lebih mudah diramal. 18 00:01:27,255 --> 00:01:29,048 - Tali dah dibuka? - Ya. 19 00:01:34,595 --> 00:01:37,849 Selepas kamu lihat dua ekor kuda ambil masa sehari untuk buat kerja 20 00:01:37,849 --> 00:01:41,394 yang sekawan kerbau buat dalam seminggu, kamu pasti tinggalkan cara lama. 21 00:01:41,394 --> 00:01:44,397 - Dengan pembajak yang Belanda... - Maaf, tuanku. 22 00:01:45,148 --> 00:01:47,775 Puteri Balu mahu berjumpa tuanku di istana. 23 00:01:47,775 --> 00:01:50,778 - Cakap yang beta sibuk. - Tuanku mendesak. 24 00:01:50,778 --> 00:01:51,821 Rasanya... 25 00:01:54,407 --> 00:01:56,409 Rasanya bakal isteri dah ada. 26 00:02:07,587 --> 00:02:08,504 George. 27 00:02:09,964 --> 00:02:13,885 - Mujurlah kamu bersihkan diri dulu. - Ramainya orang. 28 00:02:14,677 --> 00:02:17,305 Menyusahkan mereka saja. Saya pun tak lama. 29 00:02:19,182 --> 00:02:20,933 Mari kita mulakan urusan ini. 30 00:02:21,434 --> 00:02:22,643 Urusan? 31 00:02:23,227 --> 00:02:24,312 Ya, seperti biasa 32 00:02:24,312 --> 00:02:28,399 bonda senaraikan sifat terpuji wanita bangsawan yang bonda pilih, 33 00:02:28,399 --> 00:02:29,442 tapi jangan lupa 34 00:02:29,442 --> 00:02:32,069 yang saya tak suka langsung sifat mereka. 35 00:02:32,069 --> 00:02:33,779 Tuanku, minggu ini, 36 00:02:33,779 --> 00:02:38,075 Pitt dan Newcastle pindahkan hasil istana bawah kawalan Dewan... 37 00:02:38,075 --> 00:02:42,079 Bute, kamu menyampuk bonda yang mahu kata bahawa leluhur wanita itu 38 00:02:42,079 --> 00:02:45,291 bertempur di Hastings dan dia cekap bermain hapsikord. 39 00:02:45,291 --> 00:02:46,667 Beta pula akan kata 40 00:02:47,501 --> 00:02:50,004 yang beta tak peduli dan boleh buat kalian bertelagah. 41 00:02:50,004 --> 00:02:54,300 Tanpa waris, kedudukan keluarga kita makin terancam. 42 00:02:54,300 --> 00:02:57,803 Ya. Terima kasih atas permulaan itu, kemudian saya tanya, 43 00:02:57,803 --> 00:02:59,305 itu sajakah fungsi raja? 44 00:02:59,305 --> 00:03:02,308 Kuda bibit diraja untuk kuda betina yang terpilih? 45 00:03:02,308 --> 00:03:06,771 Atau bolehkah raja memerintah dengan kajian sains yang berkesan? 46 00:03:06,771 --> 00:03:08,022 Penambahbaikan cara tani? 47 00:03:08,022 --> 00:03:11,025 Apa yang rakyat suka? Anak raja atau roti murah? 48 00:03:11,025 --> 00:03:13,152 Sekarang, kedua-duanya pun tiada. 49 00:03:19,825 --> 00:03:21,994 Perang menyusutkan harta negara. 50 00:03:22,578 --> 00:03:25,122 Tanah jajahan di Amerika enggan bayar cukai 51 00:03:25,122 --> 00:03:26,707 dan parlimen memberontak. 52 00:03:27,500 --> 00:03:29,377 Rakyat perlukan raja. 53 00:03:30,044 --> 00:03:31,754 Raja sebenar. 54 00:03:32,797 --> 00:03:36,133 Kamu memang telah banyak diduga, 55 00:03:36,133 --> 00:03:39,929 tapi kita tak boleh lagi biar ia berterusan. 56 00:03:39,929 --> 00:03:43,224 Jadi, bonda carikan ratu untuk kamu. 57 00:03:44,308 --> 00:03:46,936 Sophia Charlotte dari Mecklenburg-Strelitz. 58 00:03:47,603 --> 00:03:48,521 Wanita Jerman? 59 00:03:49,480 --> 00:03:50,523 Eksotiknya. 60 00:03:50,523 --> 00:03:53,359 Bonda takkan senaraikan sifat-sifatnya, 61 00:03:54,151 --> 00:03:55,945 kecuali satu. 62 00:03:57,446 --> 00:03:58,447 Dia dalam kapal. 63 00:04:00,032 --> 00:04:00,908 Kapal? 64 00:04:01,575 --> 00:04:03,661 - Sekarang? - Yang menuju ke London. 65 00:04:03,661 --> 00:04:06,455 Kontrak pertunangan sudah dimeterai. 66 00:04:07,081 --> 00:04:08,749 - Ia dah selesai. - Melampau. 67 00:04:10,418 --> 00:04:14,171 Dia akan... Dia akan kehilangan bulan. 68 00:04:14,171 --> 00:04:16,590 Hilang bulan, tuanku? 69 00:04:16,590 --> 00:04:20,803 Laut Utara dilanda badai. Kapten atau sekstan pun tak berguna. 70 00:04:21,512 --> 00:04:24,557 Langit kelam, bulan hilang. Maka, tiada longitud. 71 00:04:25,599 --> 00:04:27,977 Jadi, tiada isteri. Tanpa bulan, dia sesat. 72 00:04:27,977 --> 00:04:29,395 Berundur! 73 00:04:29,395 --> 00:04:32,023 - Keluar! - Bukan saja bulan, malah Pollux. 74 00:04:32,023 --> 00:04:37,528 - Regulus hilang, Pollux hilang dan... - Sabar, George! 75 00:04:38,988 --> 00:04:39,822 George. 76 00:04:56,339 --> 00:05:00,051 Simptomnya sama dengan simptom radang serebelum. 77 00:05:00,634 --> 00:05:02,720 Kita patut cuba rawatan trepanasi. 78 00:05:02,720 --> 00:05:05,473 Mengarutlah. Pesakit saya di Chichester sama sepertinya. 79 00:05:05,473 --> 00:05:09,060 - Ada lebihan cecair di kakinya. - Kita dah cuba cara awak. 80 00:05:09,060 --> 00:05:12,146 Tapi akibatnya, cecair itu beralih ke perutnya. 81 00:05:12,146 --> 00:05:15,191 Tuanku, tolonglah. Dietlah jawapannya! 82 00:05:15,191 --> 00:05:16,108 Cukup. 83 00:05:16,650 --> 00:05:20,446 Kami dah dengar semua teori dan rawatannya yang menjelikkan. 84 00:05:21,155 --> 00:05:23,741 Raja akan berkahwin seminggu saja lagi, 85 00:05:24,283 --> 00:05:25,826 tapi tuanku... 86 00:05:30,790 --> 00:05:31,999 masih sama. 87 00:05:33,125 --> 00:05:35,086 Kita perlukan teori baru. 88 00:05:35,086 --> 00:05:36,170 Betul, tuanku. 89 00:05:36,170 --> 00:05:38,506 Mungkin kita patut pertimbangkan 90 00:05:38,506 --> 00:05:41,675 rawatan yang semua doktor tuanku tak berani buat. 91 00:05:43,260 --> 00:05:47,014 Masalah raja bukan hanya pada jasmaninya, 92 00:05:47,014 --> 00:05:48,224 tapi pada sarafnya. 93 00:05:48,224 --> 00:05:50,267 Awak sedarkah apa awak kata? 94 00:05:50,267 --> 00:05:51,685 Itu satu penderhakaan! 95 00:05:51,685 --> 00:05:54,480 Jika raja gila, takhtanya akan dilucutkan! 96 00:05:54,480 --> 00:05:55,689 Bukan gila. 97 00:05:56,315 --> 00:06:00,444 Tapi sistem saraf tuanku cuma tak teratur, 98 00:06:01,320 --> 00:06:04,657 dan patik mencari penawarnya sepanjang kerjaya patik. 99 00:06:07,201 --> 00:06:10,496 Dr. John Monro dari Rumah Sakit Bethlehem. 100 00:06:10,496 --> 00:06:13,457 Maksud awak, Rumah Sakit Jiwa Bedlam. 101 00:06:14,083 --> 00:06:17,711 Tuanku, penipu ini tak layak berada dalam kalangan doktor bertauliah. 102 00:06:17,711 --> 00:06:22,633 Doktor bertauliah telah mengecewakan beta. Jadi, beta terpaksa cuba cara lain. 103 00:06:26,887 --> 00:06:28,097 Sila teruskan. 104 00:06:29,890 --> 00:06:33,811 Tak seperti kaedah doktor-doktor lain, melalui kaedah patik, 105 00:06:33,811 --> 00:06:37,440 pesakit tak perlu dibekam, disuntik dengan racun kumbang 106 00:06:37,440 --> 00:06:40,067 atau diikat dengan tornikuet hingga lebam. 107 00:06:40,067 --> 00:06:41,152 Baiklah. 108 00:06:41,152 --> 00:06:42,862 Jadi, apa rawatannya? 109 00:06:44,405 --> 00:06:45,823 Cakap saja dengannya. 110 00:06:45,823 --> 00:06:46,949 Cakap? 111 00:06:47,533 --> 00:06:50,619 Bolehkah penyakit ini disembuhkan hanya dengan suara? 112 00:06:51,620 --> 00:06:53,330 Bergantung pada suara itu. 113 00:07:09,763 --> 00:07:10,806 Dengar sini. 114 00:07:13,225 --> 00:07:14,768 Ingat diri tuanku. 115 00:07:16,437 --> 00:07:18,564 Tuanku raja seluruh England. 116 00:07:19,773 --> 00:07:22,776 Ribuan orang sedia berkorban 117 00:07:23,277 --> 00:07:24,945 jika tuanku perintahkan. 118 00:07:25,946 --> 00:07:30,242 Tuanku berkuasa ke atas tentera laut dan darat. 119 00:07:32,161 --> 00:07:34,914 Tuanku berkuasa ke atas seluruh negara. 120 00:07:38,292 --> 00:07:41,128 Tuanku juga berkuasa ke atas diri sendiri. 121 00:07:53,474 --> 00:07:55,476 Perkahwinan tuanku seminggu lagi. 122 00:07:55,476 --> 00:07:57,436 Tuanku dah bersediakah? 123 00:08:04,652 --> 00:08:05,611 Ya. 124 00:08:29,760 --> 00:08:31,595 Jangan tenung macam orang hulu. 125 00:08:32,388 --> 00:08:34,890 Berlagaklah macam kita biasa datang. 126 00:09:21,437 --> 00:09:22,521 Ada masalah. 127 00:09:22,521 --> 00:09:25,024 - Apa awak dah buat? - Bakal ratu hilang. 128 00:09:31,864 --> 00:09:32,781 Saya dah buntu. 129 00:09:35,618 --> 00:09:37,703 Bagaimana? Bila ia berlaku? 130 00:09:39,997 --> 00:09:41,081 Saya dah buntu. 131 00:09:57,848 --> 00:09:58,849 Apa tuanku buat? 132 00:09:59,975 --> 00:10:02,645 Menghilangkan diri. Macam pengantin perempuan. 133 00:10:02,645 --> 00:10:03,771 Jadi, tak perlu kahwin. 134 00:10:03,771 --> 00:10:07,149 Kalau dia dah hilang, tuanku wajib buat sesuatu. 135 00:10:07,149 --> 00:10:11,278 Mungkin ada hikmahnya. Semua ini berlaku sebelum tiba waktunya. 136 00:10:11,278 --> 00:10:12,613 Beta belum bersedia. 137 00:10:12,613 --> 00:10:15,449 Patik dah periksa dan tuanku dah sembuh. 138 00:10:18,952 --> 00:10:20,496 Kamu rasa beta dah pulih? 139 00:10:31,382 --> 00:10:33,133 Tuanku dah pulih. 140 00:10:36,804 --> 00:10:38,722 - Tuanku! Patutkah... - Jangan! 141 00:10:38,722 --> 00:10:40,599 Tunggu. Betul cakapnya. 142 00:10:48,315 --> 00:10:49,233 Beta dah pulih. 143 00:10:50,109 --> 00:10:51,819 Beta lupa diri. Terima kasih. 144 00:11:22,057 --> 00:11:24,852 Helo. Cik perlukan bantuan? 145 00:12:13,358 --> 00:12:14,693 Apa kejutannya? 146 00:12:14,693 --> 00:12:17,613 - Awak nak bawa saya ke mana? - Tunggu dan lihat. 147 00:12:25,788 --> 00:12:29,625 Saya tak perlu buat apa-apa. Ini keputusan saya. Saya raja awak! 148 00:12:36,673 --> 00:12:39,551 Maafkan saya. Saya ingat awak cuma George. 149 00:12:39,551 --> 00:12:42,012 - Ampunkan saya, tuanku. - Charlotte. 150 00:13:00,322 --> 00:13:01,698 Marilah! 151 00:13:01,698 --> 00:13:02,908 Minum sikit saja! 152 00:13:03,450 --> 00:13:05,118 Apa kamu berdua buat? 153 00:13:05,118 --> 00:13:06,119 Bersuka ria! 154 00:13:06,119 --> 00:13:09,706 Baliklah, Reynolds! Tuanku di Rumah Buckingham. 155 00:13:09,706 --> 00:13:11,875 Tuanku dah kembali ke sini. 156 00:13:28,851 --> 00:13:30,102 Selamat pulang. 157 00:13:33,605 --> 00:13:35,732 Ke balai cerap. Kamu seorang saja. 158 00:13:42,614 --> 00:13:44,908 Tuanku tak rasa baginda ratu menarik? 159 00:13:47,911 --> 00:13:49,580 Dia cantik rupawan. 160 00:13:49,580 --> 00:13:52,958 - Mungkin dia membosankan? - Masalahnya dia sangat bijak. 161 00:13:52,958 --> 00:13:55,419 Jika dia hodoh atau membosankan, mudahlah kerja beta. 162 00:13:55,419 --> 00:13:58,630 Sebaliknya, kepintarannya menunjukkan yang... 163 00:14:00,424 --> 00:14:01,758 Beta jelik untuknya. 164 00:14:05,554 --> 00:14:08,932 Mungkin kepintarannya telah mengaburi pertimbangan tuanku. 165 00:14:08,932 --> 00:14:12,519 Beta pincang sedangkan dia sempurna. Kami patut dipisahkan. 166 00:14:12,519 --> 00:14:15,772 - Jadi, tuanku takkan kembali ke sana? - Beta akur dan dah kahwin. 167 00:14:15,772 --> 00:14:18,233 Beta perlu menjauhinya agar dia selamat. 168 00:14:19,234 --> 00:14:23,572 Beta akan kembali mengkaji cakerawala yang pasti selamat daripada beta. 169 00:14:23,572 --> 00:14:24,781 Selamat malam, Reynolds. 170 00:14:35,959 --> 00:14:36,793 Brimsley? 171 00:14:36,793 --> 00:14:38,045 Ya, tuanku. 172 00:14:38,837 --> 00:14:40,339 Sediakan kereta kuda. 173 00:14:40,339 --> 00:14:43,258 Baik, tuanku. Ke manakah destinasi kita? 174 00:14:44,051 --> 00:14:45,510 Kita akan jumpa suami beta. 175 00:14:46,219 --> 00:14:47,179 Tuanku. 176 00:14:48,597 --> 00:14:50,265 - Beta dah makan. - Ya. 177 00:14:50,265 --> 00:14:52,184 - Patik perlu... - Reynolds. 178 00:14:52,184 --> 00:14:55,145 Bukankah beta dah kata beta tak mahu diganggu? 179 00:14:55,145 --> 00:14:57,981 Ya, tuanku. Tapi keadaan memaksa patik... 180 00:14:59,942 --> 00:15:02,361 - Ratu dalam perjalanan. - Kenapa tak cakap awal-awal? 181 00:15:02,361 --> 00:15:05,614 - Kami tak tahu. Ratu tiba-tiba muncul. - Aduhai! 182 00:15:05,614 --> 00:15:07,658 Ratu di jambatan dan hampir tiba. 183 00:15:27,094 --> 00:15:28,011 Mana dia? 184 00:15:28,011 --> 00:15:30,555 - Kami tak tahu tuanku datang. - Mana dia? 185 00:15:32,182 --> 00:15:33,976 Di balai cerap, tuanku. 186 00:15:42,192 --> 00:15:44,152 - Ini bilik apa? - Charlotte. 187 00:15:45,028 --> 00:15:45,988 Helo. 188 00:15:46,697 --> 00:15:47,698 Awak datang pun. 189 00:15:48,865 --> 00:15:50,117 Adakah raja akan marah? 190 00:15:50,117 --> 00:15:52,869 Sudah tentu, tapi ratu berani lawan. 191 00:15:52,869 --> 00:15:54,579 Mungkin ada baiknya. 192 00:15:54,579 --> 00:15:57,082 Mungkin. Atau sebaliknya. 193 00:15:58,333 --> 00:16:00,085 Saya tak faham rungutan awak. 194 00:16:00,085 --> 00:16:02,295 Saya 17 tahun 195 00:16:02,295 --> 00:16:04,339 dan tiba-tiba menjadi ratu 196 00:16:04,339 --> 00:16:08,260 di negara asing dengan makanan dan budaya yang berbeza. 197 00:16:08,260 --> 00:16:12,055 Awak tak faham kerana awak dilahirkan begini. 198 00:16:12,055 --> 00:16:14,057 Saya tak boleh buat sesuka hati. 199 00:16:14,057 --> 00:16:16,601 Ratu tak boleh ke kedai tukang jahit, 200 00:16:16,601 --> 00:16:18,228 galeri atau kedai aiskrim. 201 00:16:18,228 --> 00:16:21,440 Saya tak boleh berkawan dan perlu jarakkan diri daripada orang. 202 00:16:22,441 --> 00:16:25,152 Saya tak kenal sesiapa di sini selain awak. 203 00:16:26,111 --> 00:16:27,195 Saya keseorangan, 204 00:16:27,195 --> 00:16:29,823 tapi awak lebih suka langit daripada saya. 205 00:16:31,742 --> 00:16:32,743 - George! - Apa? 206 00:16:32,743 --> 00:16:34,161 Katalah sesuatu! 207 00:16:36,371 --> 00:16:38,915 - Saya tak mahu bergaduh. - Saya mahu bergaduh! 208 00:16:38,915 --> 00:16:41,209 Bergaduhlah dengan saya! Buatlah untuk saya! 209 00:16:41,209 --> 00:16:43,170 Baliklah, Charlotte! 210 00:17:06,401 --> 00:17:10,113 - Doktor, terima kasih kerana datang. - Sudah tentu, tuanku. 211 00:17:11,114 --> 00:17:13,825 Ini koleksi alat sains yang mengagumkan. 212 00:17:14,409 --> 00:17:17,454 Tiada yang setanding dengannya. 213 00:17:17,454 --> 00:17:20,082 Ini antara kelebihan menjadi raja. 214 00:17:20,665 --> 00:17:22,084 Kami dapat alat terbaik. 215 00:17:23,251 --> 00:17:24,461 Monro, beta... 216 00:17:26,213 --> 00:17:27,047 Bantulah beta. 217 00:17:27,672 --> 00:17:30,342 Sudah tentu. Patik akan datang serta-merta 218 00:17:30,342 --> 00:17:33,553 sekiranya tuanku rasa penyakit tuanku bakal menyerang. 219 00:17:33,553 --> 00:17:35,514 Tapi itu tak mencukupi. 220 00:17:36,098 --> 00:17:39,017 Beta ada belajar serba sedikit tentang sains 221 00:17:39,017 --> 00:17:41,561 dan beta dapati 222 00:17:42,312 --> 00:17:45,023 bahawa ahli sains tak berkongsi segala-galanya. 223 00:17:45,023 --> 00:17:46,149 Bukan begitu? 224 00:17:47,359 --> 00:17:49,069 Patik kurang faham, tuanku. 225 00:17:49,069 --> 00:17:52,155 Orang ramai lambat dimaklumkan tentang penemuan baru 226 00:17:52,155 --> 00:17:53,448 dan baguslah begitu. 227 00:17:53,448 --> 00:17:57,911 Misalnya, apabila doktor dibawa untuk merawat raja. 228 00:17:57,911 --> 00:18:00,914 Mestilah dia takut gagal atau mengapa-apakan raja. 229 00:18:00,914 --> 00:18:04,417 Jadi, dia pilih rawatan paling selamat yang berkesan 230 00:18:04,417 --> 00:18:08,505 dan merahsiakan kaedah paling canggih sehingga ia disahkan selamat. 231 00:18:08,505 --> 00:18:09,798 Kamu faham sekarang? 232 00:18:10,590 --> 00:18:11,633 Mungkin. 233 00:18:11,633 --> 00:18:14,010 Rawatan selepas serangan bermula tak mencukupi. 234 00:18:15,011 --> 00:18:17,848 Jika ratu lihat beta begitu atau cuba 235 00:18:19,391 --> 00:18:21,643 lari atau beta mencederakannya... 236 00:18:22,894 --> 00:18:24,604 Kamu tentu boleh bantu. 237 00:18:26,189 --> 00:18:30,068 Bantuan yang boleh menamatkan serangan itu... selama-lamanya. 238 00:18:31,027 --> 00:18:34,573 Patik sedang kaji satu kaedah yang lebih proaktif. 239 00:18:34,573 --> 00:18:35,657 Bagus. 240 00:18:36,283 --> 00:18:37,367 Beta mahu sembuh. 241 00:18:40,704 --> 00:18:42,998 Patik perlukan bilik di istana, 242 00:18:43,582 --> 00:18:45,959 kebenaran berjumpa tuanku bila-bila masa 243 00:18:45,959 --> 00:18:49,421 dan kebenaran mencuba 244 00:18:50,005 --> 00:18:51,256 cara lebih ekstrem. 245 00:18:51,256 --> 00:18:52,966 Buatlah apa-apa yang perlu. 246 00:18:52,966 --> 00:18:54,676 Kita ada masa dan takkan diganggu. 247 00:19:01,808 --> 00:19:04,269 Masalah tuanku jelas. 248 00:19:05,353 --> 00:19:06,521 Tuanku raja. 249 00:19:11,234 --> 00:19:12,444 Maka, 250 00:19:12,444 --> 00:19:15,155 semua orang patuh terhadap tuanku. 251 00:19:23,163 --> 00:19:25,415 Tapi tuanku tak biasa patuh. 252 00:19:29,794 --> 00:19:32,214 Kami perlu bersendirian. Tolong keluar. 253 00:19:40,639 --> 00:19:43,892 Tuanku dah biasa dengan kesenangan dan kemewahan. 254 00:19:43,892 --> 00:19:45,268 Keselesaan. 255 00:19:48,021 --> 00:19:52,317 Tuanku tak tahu tentang kuasa kehidupan yang sederhana. 256 00:19:55,528 --> 00:19:56,529 Sekali lagi. 257 00:20:00,575 --> 00:20:01,993 Cara hidup orang biasa. 258 00:20:10,210 --> 00:20:13,546 Lebih-lebih lagi, belajar untuk akur. 259 00:20:19,803 --> 00:20:23,473 Minda tuanku tak kenal erti tertib. 260 00:20:26,601 --> 00:20:29,854 Tanpa dikawal, ia cuba melanggar batas akal. 261 00:20:37,153 --> 00:20:40,282 Itulah punca serangan penyakit tuanku. 262 00:20:42,784 --> 00:20:45,745 Inilah... penawarnya. 263 00:20:47,038 --> 00:20:48,123 Patuh. 264 00:21:00,719 --> 00:21:04,097 Jika tuanku gagal kawal diri, tuanku tak layak memerintah. 265 00:21:05,432 --> 00:21:06,641 Sementara itu, 266 00:21:06,641 --> 00:21:08,268 patik akan kawal tuanku. 267 00:21:09,144 --> 00:21:10,937 Kamu faham? 268 00:21:12,480 --> 00:21:15,150 Aku tak peduli status bapa kamu, gelaran kamu. 269 00:21:15,150 --> 00:21:17,610 Atau biarpun kamu wakil Tuhan di Bumi. 270 00:21:17,610 --> 00:21:19,821 Di sini, kamu hanya haiwan kurungan 271 00:21:19,821 --> 00:21:22,741 dan seperti haiwan, aku akan tundukkan kamu! 272 00:21:34,336 --> 00:21:35,337 Tidak! 273 00:21:40,425 --> 00:21:44,929 Doktor! 274 00:21:44,929 --> 00:21:46,639 - Doktor! - Apa? 275 00:21:48,016 --> 00:21:49,267 Biar dia bercakap. 276 00:21:57,275 --> 00:21:59,277 Dah berhari-hari kita buat begini. 277 00:21:59,277 --> 00:22:00,653 Berapa lama lagi? 278 00:22:01,529 --> 00:22:04,866 Sehingga matlamat tercapai seperti yang kita setujui. 279 00:22:05,450 --> 00:22:07,202 Beta cuma mahu pulih. 280 00:22:07,202 --> 00:22:10,580 Jika kita teruskan semua ini, beta langsung takkan pulih! 281 00:22:11,164 --> 00:22:13,958 Adakah raja yang patah semangat lebih baik daripada raja gila? 282 00:22:13,958 --> 00:22:17,921 Ada sebab patik menggelarnya "kaedah dahsyat". 283 00:22:17,921 --> 00:22:20,006 Kedahsyatan ialah asasnya! 284 00:22:22,133 --> 00:22:25,136 Dengan berbuat begitu, barulah kita dapat hasilnya. 285 00:22:25,136 --> 00:22:27,514 Serigala di Hutan Hitam Jerman 286 00:22:27,514 --> 00:22:31,351 terkenal sebagai haiwan terganas di dunia. 287 00:22:31,351 --> 00:22:34,312 Tak puas dengan hanya ayam dan lembu, 288 00:22:34,979 --> 00:22:38,149 ia tangkap kanak-kanak, malah orang tua. 289 00:22:40,610 --> 00:22:42,237 Di mana ia sekarang? 290 00:22:42,946 --> 00:22:46,199 Hanya dalam kisah legenda, kisah dongeng dan di sini. 291 00:22:46,699 --> 00:22:48,451 Dengan sains dan penuh tekad, 292 00:22:48,451 --> 00:22:52,997 orang Jerman tukar serigala kepada haiwan ini. 293 00:22:53,706 --> 00:22:56,835 Lihatlah. Fitrah haiwan lembut. 294 00:22:56,835 --> 00:22:59,754 Jika kita cukup tegas, ia boleh dilentur. 295 00:22:59,754 --> 00:23:02,382 Patik akan lenturkan tuanku seperti serigala 296 00:23:02,382 --> 00:23:06,511 hingga tuanku patuh dan tak berbahaya. 297 00:23:09,681 --> 00:23:10,723 Raja perlu bertindak. 298 00:23:10,723 --> 00:23:11,808 Saya tak boleh paksa. 299 00:23:11,808 --> 00:23:14,936 Suruh dia jalankan tugasnya di depan Puteri Balu. 300 00:23:14,936 --> 00:23:16,479 Awak mahu raja buat apa? 301 00:23:17,981 --> 00:23:20,483 - Luahkan isi hati. Ya. - Luahkan isi hati? 302 00:23:34,330 --> 00:23:35,165 Sekali lagi. 303 00:23:52,849 --> 00:23:55,477 - Tuanku tak apa-apa? - Ya. Kenapa tak pula? 304 00:23:57,562 --> 00:23:59,731 Ampun, tuanku. Patik tanya saja. 305 00:24:02,942 --> 00:24:06,779 Tapi banyak benar jumlah air batu 306 00:24:06,779 --> 00:24:09,699 yang mereka bawa dan makanan yang mereka minta 307 00:24:09,699 --> 00:24:12,035 amat hina walaupun bagi penjaga kuda. 308 00:24:12,035 --> 00:24:15,079 Kamu mempersoalkan kaedah doktor itu, Reynolds? 309 00:24:21,628 --> 00:24:24,172 Beta juga meraguinya, tapi beta perlu cuba. 310 00:24:26,216 --> 00:24:28,301 Ini saja peluang beta untuk bersama ratu. 311 00:24:33,264 --> 00:24:35,767 Dengan segala hormatnya, tuanku raja 312 00:24:35,767 --> 00:24:37,477 dan boleh buat sesuka hati. 313 00:24:37,477 --> 00:24:39,938 Tuanku boleh bersamanya sekarang. 314 00:24:39,938 --> 00:24:43,900 Beta tak berani, apatah lagi dengan sifatnya yang sukar dijangka. 315 00:24:43,900 --> 00:24:47,445 Cepat betul anginnya berubah. Tengoklah dia malam itu. 316 00:24:48,112 --> 00:24:51,366 Dia tinggalkan kamar bulan madu, langgar adat dan resam, 317 00:24:51,366 --> 00:24:54,118 bahkan, perintah beta. 318 00:24:55,119 --> 00:24:57,247 Menghadap raja secara mengejut. 319 00:24:58,289 --> 00:25:00,083 Gilanya dia sama seperti beta. 320 00:25:02,835 --> 00:25:05,463 Dia berbahaya bagi lelaki seperti beta. 321 00:25:06,506 --> 00:25:08,007 Atau teman yang sepadan. 322 00:25:13,680 --> 00:25:14,514 Yakah? 323 00:25:14,514 --> 00:25:17,267 Kita takkan tahu selagi tuanku tak bersamanya. 324 00:25:22,605 --> 00:25:23,982 Tak boleh. 325 00:25:25,441 --> 00:25:26,359 Tapi... 326 00:25:29,195 --> 00:25:30,530 beta boleh cuba mendekatinya. 327 00:25:36,119 --> 00:25:39,414 Sediakan kereta kuda. Kita akan ke Rumah Buckingham. 328 00:26:23,374 --> 00:26:24,500 Tengoklah dia. 329 00:26:25,335 --> 00:26:27,086 Lawan diri sendiri. 330 00:26:28,254 --> 00:26:29,589 Dia gila. 331 00:26:29,589 --> 00:26:32,258 Rasanya dia kesunyian, tuanku. 332 00:26:32,258 --> 00:26:33,176 Kesunyian? 333 00:26:34,135 --> 00:26:37,263 Sejak kecil, beta idamkan masa bersendirian. 334 00:26:38,097 --> 00:26:41,017 Ratu baru berkahwin. dan sekarang, bulan madunya. 335 00:26:41,017 --> 00:26:42,769 Ratu cuma rindukan suaminya. 336 00:26:44,228 --> 00:26:45,605 Beta juga merinduinya. 337 00:26:50,193 --> 00:26:53,655 Mungkin tuanku boleh cuba... luahkan isi hati. 338 00:26:54,447 --> 00:26:55,531 Luahkan isi hati? 339 00:26:55,531 --> 00:26:59,160 Hadiah untuk menunjukkan yang baginda ratu tak berseorangan 340 00:26:59,160 --> 00:27:00,495 dan kalian akan bersatu. 341 00:27:00,495 --> 00:27:02,622 Penemannya sementara itu. 342 00:27:02,622 --> 00:27:03,665 Tepat sekali. 343 00:27:05,667 --> 00:27:09,962 Pukul berapa doktor berada di makmalnya? 344 00:27:09,962 --> 00:27:11,964 Tuanku perlu berjumpa dengannya? 345 00:27:14,175 --> 00:27:15,426 Tidak, tapi sebaliknya. 346 00:27:29,565 --> 00:27:33,444 - Patik maksudkan bunga. - Beta masih raja, walaupun beta gila. 347 00:27:34,654 --> 00:27:37,323 Tak bolehkah raja bebas bergerak di istananya? 348 00:27:50,378 --> 00:27:51,754 Ini hadiah yang sesuai. 349 00:27:52,463 --> 00:27:54,132 Dari sangkar beta ke sangkarnya. 350 00:27:54,132 --> 00:27:56,884 Agar dia tahu yang kami takkan terkurung lagi. 351 00:28:27,874 --> 00:28:30,877 Tuanku yakin dengan kawalan keselamatan tuanku? 352 00:28:32,462 --> 00:28:34,505 Kawalan keselamatan beta? 353 00:28:34,505 --> 00:28:37,091 Pengawal, kundang, pembantu tuanku. 354 00:28:37,091 --> 00:28:39,427 Sekarang, kerajaan ada banyak musuh. 355 00:28:39,427 --> 00:28:43,431 Malang sekali kalau tuanku ada musuh dalam selimut. 356 00:28:44,056 --> 00:28:47,810 Macamlah masalah penyangak, penipu dan pencuri tak cukup teruk. 357 00:28:47,810 --> 00:28:49,562 Apa maksud doktor? 358 00:28:51,647 --> 00:28:54,025 Anjing patik hilang. 359 00:28:55,151 --> 00:28:59,363 Semasa patik tiba di makmal pagi tadi, selak sangkarnya terbuka 360 00:29:00,114 --> 00:29:03,117 dan haiwan bodoh itu dah hilang. 361 00:29:05,369 --> 00:29:07,455 Mungkin anjing itu tak bodoh. 362 00:29:08,581 --> 00:29:09,832 Anjing atau serigala, 363 00:29:10,625 --> 00:29:13,586 lama-kelamaan pun akan bosan dipenjara, bukan? 364 00:29:19,342 --> 00:29:23,387 Tuanku terlalu kerap berada di balai cerap. 365 00:29:23,387 --> 00:29:26,641 Patik tak suka warna kulit tuanku 366 00:29:26,641 --> 00:29:29,602 atau warna di sekeliling mata tuanku. 367 00:29:30,228 --> 00:29:33,356 Patik bimbang kalau penyakit tuanku menyerang lagi. 368 00:29:33,356 --> 00:29:36,108 Sekarang bukan masa yang sesuai 369 00:29:37,276 --> 00:29:41,572 kerana Puteri Balu minta patik sampaikan pesanan kepada tuanku. 370 00:29:45,576 --> 00:29:48,496 SANGGAMA 371 00:29:48,496 --> 00:29:53,292 Malangnya, kita dah lupa matlamat kita. 372 00:29:53,292 --> 00:29:56,796 Nampaknya kita dah semakin culas. 373 00:29:56,796 --> 00:29:59,257 Tapi tak apa, kita boleh kejar balik. 374 00:29:59,841 --> 00:30:02,385 Patik akan sediakan air batu untuk tuanku, 375 00:30:02,385 --> 00:30:04,804 diikuti dengan rawatan di kerusi. 376 00:30:08,140 --> 00:30:10,309 Tuanku, ada berita dari Rumah Buckingham. 377 00:30:10,893 --> 00:30:14,272 Baginda ratu dah terima luahan hati tuanku. 378 00:30:17,316 --> 00:30:19,235 Bagaimana sambutannya? 379 00:30:22,905 --> 00:30:23,739 Teruskan. 380 00:30:24,323 --> 00:30:26,158 Baginda fikir ia arnab cacat. 381 00:30:31,873 --> 00:30:32,748 Macam inilah. 382 00:30:34,041 --> 00:30:36,794 Hentikan rawatan air batu dan kerusi hari ini. 383 00:30:37,587 --> 00:30:40,214 Tuanku. Hoi! Duduk sini. 384 00:30:40,214 --> 00:30:43,593 Maaf, doktor. Beta lebih suka mengusahakan ladang. 385 00:31:14,790 --> 00:31:15,625 Tengoklah. 386 00:31:16,250 --> 00:31:18,711 Kuda boleh tarik pembajak secara lurus. 387 00:31:18,711 --> 00:31:19,921 Ya, tuanku. 388 00:31:19,921 --> 00:31:24,467 Ini bukti yang haiwan keracak di bangsal boleh jadi yang terkuat di ladang. 389 00:31:24,467 --> 00:31:27,261 Kalau kita tak cuba, kita takkan tahu. 390 00:31:28,721 --> 00:31:30,348 Tak cuba, tak tahu? Hei! 391 00:31:34,727 --> 00:31:35,561 Betul juga. 392 00:31:38,898 --> 00:31:40,232 Beta dah lapar. 393 00:31:40,232 --> 00:31:43,986 Bekalan makanan patik mungkin tak setanding santapan tuanku, 394 00:31:43,986 --> 00:31:47,323 tapi rasanya patik boleh pergi cari roti dan kuah cecah. 395 00:31:47,323 --> 00:31:48,866 Terima kasih saja. 396 00:31:50,576 --> 00:31:54,246 Rasanya, beta mahu bersantap dengan isteri beta. 397 00:32:13,057 --> 00:32:15,851 Baginda dah sedar kesilapannya. 398 00:32:15,851 --> 00:32:18,145 Hatinya terbuka bak bunga yang mekar. 399 00:32:18,145 --> 00:32:20,898 Nafsunya memuncak mengidamkan belaian isteri. 400 00:32:20,898 --> 00:32:24,276 - Awak patut bersyukur. - Tapi kenapa saya rasa sangsi? 401 00:32:24,860 --> 00:32:27,071 Raja akan datang ke Rumah Buckingham. 402 00:32:27,071 --> 00:32:29,365 - Itu berita baik. - Ya. 403 00:32:30,116 --> 00:32:31,617 Alat sulitnya dah sembuh? 404 00:32:32,576 --> 00:32:34,870 - Saya dah kata ia sempurna. - Ya. 405 00:32:35,579 --> 00:32:38,749 - Saya terlepas cakap. Maafkan saya. - Saya maafkan. 406 00:32:38,749 --> 00:32:40,918 Jadi, masalahnya dah pulih? 407 00:32:40,918 --> 00:32:41,836 Masalah apa? 408 00:32:41,836 --> 00:32:43,838 Masalah yang buat dia berkurung. 409 00:32:43,838 --> 00:32:45,256 Dia sihat sepenuhnya. 410 00:32:46,340 --> 00:32:47,425 Kita patut bekerjasama. 411 00:32:49,301 --> 00:32:52,013 Saya mungkin berguna. Saya setia kepada negara. 412 00:32:53,264 --> 00:32:54,932 Awak tak boleh buat sendiri. 413 00:32:54,932 --> 00:32:57,393 - Awak mahu naik pangkat. - Taklah. 414 00:32:57,393 --> 00:33:00,604 Dia milik saya. Berundur. 415 00:33:01,313 --> 00:33:03,774 - Raja tak makan ikan. - Baik, tuan. 416 00:35:00,975 --> 00:35:02,810 Warna wain ini bagus, Reynolds. 417 00:35:02,810 --> 00:35:04,854 Patik akan beritahu pihak dapur. 418 00:35:18,701 --> 00:35:19,660 Helo, Charlotte. 419 00:35:21,829 --> 00:35:22,663 Helo. 420 00:35:24,707 --> 00:35:26,709 Boleh kanda makan bersama dinda? 421 00:35:26,709 --> 00:35:27,960 Makan? 422 00:35:29,503 --> 00:35:30,796 Makan? Awak... 423 00:35:31,881 --> 00:35:32,798 Makan? 424 00:35:35,676 --> 00:35:36,760 Charlotte. 425 00:35:37,344 --> 00:35:39,138 Dinda nak ke mana? 426 00:35:39,138 --> 00:35:42,474 Entah, asalkan jauh daripada awak! 427 00:35:42,474 --> 00:35:44,059 Charlotte! 428 00:35:44,643 --> 00:35:46,187 Berikanlah kanda peluang... 429 00:35:46,187 --> 00:35:48,105 Berhenti sekarang juga! 430 00:35:55,404 --> 00:35:57,781 Dinda memang berhak membenci kanda 431 00:35:58,741 --> 00:35:59,700 dan mencurigai kanda. 432 00:35:59,700 --> 00:36:04,622 Selepas berkahwin, kanda berkurung dan tiba-tiba datang seolah-olah... 433 00:36:05,539 --> 00:36:08,459 Tapi jika dinda sudi meluangkan masa dengan kanda malam ini, 434 00:36:09,585 --> 00:36:11,587 bolehlah kanda kongsi minat kanda. 435 00:36:12,880 --> 00:36:16,550 Dinda mungkin tak maafkan kanda, tapi kebencian dinda mungkin akan pudar. 436 00:36:29,188 --> 00:36:32,107 Jadi, kanda akan pulang ke Rumah Buckingham? 437 00:36:33,442 --> 00:36:35,361 Ya, kanda akan pulang. 438 00:36:49,375 --> 00:36:50,292 Tuanku? 439 00:36:51,502 --> 00:36:52,962 Beta sibuk mengemas. 440 00:36:52,962 --> 00:36:54,546 - Berkemas? - Untuk ke Buckingham. 441 00:36:54,546 --> 00:36:56,090 Tanpa kebenaran patik? 442 00:36:58,384 --> 00:37:00,511 Biduanda akan cari bilik untuk kamu. 443 00:37:00,511 --> 00:37:04,723 Malangnya, waktu rawatan kita akan makin kurang. 444 00:37:04,723 --> 00:37:07,810 Perubahan ini mungkin menjejaskan kesihatan tuanku. 445 00:37:07,810 --> 00:37:09,103 Kesihatan beta. 446 00:37:09,687 --> 00:37:11,981 Doktor, dah lama beta tak sesihat ini. 447 00:37:27,788 --> 00:37:29,123 Dinda mempesonakan. 448 00:37:33,877 --> 00:37:37,589 Sudahkah kamu menidurinya dengan cara yang betul? Kerajaan... 449 00:37:37,589 --> 00:37:40,509 Bonda suruh saya berkahwin demi kerajaan. Saya dah buat. 450 00:37:40,509 --> 00:37:43,595 Tawan hatinya untuk memudahkan kita. Saya dah cuba. 451 00:37:43,595 --> 00:37:47,224 Bonda tak mahu dia kenal saya kerana saya perlu simpan rahsia kita. 452 00:37:47,224 --> 00:37:48,142 Ya, saya buat. 453 00:37:48,142 --> 00:37:50,269 Bonda suruh saya tiduri dia. Saya dah buat! 454 00:37:50,269 --> 00:37:52,938 Sejak nafas pertama saya, saya sedar 455 00:37:52,938 --> 00:37:55,899 yang kebahagiaan atau kesengsaraan negara bergantung pada saya. 456 00:37:55,899 --> 00:37:59,236 Oleh sebab itu, saya harus membelakangkan kehendak saya! 457 00:38:01,488 --> 00:38:02,656 Dia dah pergi? 458 00:38:02,656 --> 00:38:04,992 Ya, sudah. Patik yang mengiringinya. 459 00:38:04,992 --> 00:38:06,160 Charlotte bagaimana? 460 00:38:06,660 --> 00:38:09,496 Ratu sedang bersarapan. Kalau tuanku mahu, patik... 461 00:38:10,873 --> 00:38:12,666 Mahu patik panggilkan doktor? 462 00:38:12,666 --> 00:38:14,376 Ya. Suruh dia datang. 463 00:38:15,753 --> 00:38:16,754 Charlotte. 464 00:38:18,255 --> 00:38:19,631 Ratu takkan tahu. 465 00:38:38,859 --> 00:38:40,277 Kanda uzur? 466 00:38:41,362 --> 00:38:42,780 Layanan kanda tak bagus... 467 00:38:42,780 --> 00:38:45,491 Kanda jumpa doktor di tingkat bawah. 468 00:38:46,909 --> 00:38:50,454 Ia Hari Pertabalan. Raja perlu diperiksa pada hari itu. 469 00:38:54,917 --> 00:38:57,586 Jangan bezakan lagi hari ganjil atau genap. 470 00:38:58,796 --> 00:39:00,339 Semua hari sama saja. 471 00:39:11,767 --> 00:39:13,018 Hati-hati, doktor. 472 00:39:13,018 --> 00:39:16,980 Jangan lupa, ada pisau cukur gergasi di tangan doktor. 473 00:39:16,980 --> 00:39:21,443 Kalau tuanku duduk diam, pasti tuanku takkan terluka. 474 00:39:21,944 --> 00:39:24,446 Patik tak biasa dengan cahaya semalap ini. 475 00:39:25,072 --> 00:39:26,407 Betul juga. 476 00:39:26,407 --> 00:39:29,118 Maaf, kami tak dapat beri kamu bilik lebih baik. 477 00:39:29,118 --> 00:39:31,286 Bahaya jika ratu tahu tentang kamu. 478 00:39:31,912 --> 00:39:33,539 Patik cuma takut akan kesan 479 00:39:33,539 --> 00:39:37,626 kelembapan tingkat bawah ke atas resam badan tuanku. 480 00:39:37,626 --> 00:39:39,753 Badan beta sihat. 481 00:39:39,753 --> 00:39:42,214 Patik risau akan kesan tempat ini. 482 00:39:42,214 --> 00:39:45,843 Tuanku belum buat rawatan di kerusi sejak datang ke sini. 483 00:39:46,343 --> 00:39:48,929 Kalau kita tak sambung rawatan segera, 484 00:39:48,929 --> 00:39:52,516 sia-sia saja kejayaan kita selama ini. 485 00:39:52,516 --> 00:39:53,434 Kita? 486 00:39:54,351 --> 00:39:57,229 Kita tak pernah capai sebarang kejayaan. 487 00:39:57,229 --> 00:39:59,857 Beta pulih pun berkat bantuan isteri beta. 488 00:39:59,857 --> 00:40:02,860 Kaedahnya lebih berkesan daripada kaedah kamu. 489 00:40:03,777 --> 00:40:05,696 Tuanku lupa diri, 490 00:40:06,738 --> 00:40:07,906 makin cuai 491 00:40:10,617 --> 00:40:14,329 dan biar angin tuanku yang tak menentu menguasai diri tuanku. 492 00:40:19,251 --> 00:40:20,169 Ratu pun sama. 493 00:40:28,427 --> 00:40:29,803 Semasa beta baru lahir, 494 00:40:30,429 --> 00:40:35,767 masalah kembung perut beta sangat teruk. 495 00:40:36,768 --> 00:40:41,023 Ia petanda buruk dan boleh menjatuhkan kerajaan England. 496 00:40:41,815 --> 00:40:43,150 Semasa beta kecil, 497 00:40:44,401 --> 00:40:46,987 tak suka makan kacang pun boleh menjatuhkan England. 498 00:40:46,987 --> 00:40:50,782 Silap kira ilmu hisab, juga boleh menjatuhkan England. 499 00:40:51,533 --> 00:40:55,287 Sepanjang hidup, beta hidup dalam ketakutan 500 00:40:55,287 --> 00:40:59,541 kerana setiap tindakan yang salah mungkin boleh menjatuhkan England. 501 00:40:59,541 --> 00:41:02,127 Ketakutan itu hampir mematahkan jiwa beta. 502 00:41:03,670 --> 00:41:05,881 Maka, beta bersembunyi di ladang, di balai cerap, 503 00:41:07,132 --> 00:41:08,175 sebalik kegilaan beta. 504 00:41:09,635 --> 00:41:13,055 Beta ingat ketakutan itu pengorbanan seorang raja. 505 00:41:15,015 --> 00:41:19,228 Tapi beta dah jumpa seorang wanita yang tak kenal erti takut. 506 00:41:19,228 --> 00:41:21,605 Yang buat sesuka hati. 507 00:41:21,605 --> 00:41:24,650 Langgar tatacara, mulakan skandal di istana. 508 00:41:25,609 --> 00:41:29,154 Biadab yang tak terjangkau dek akal. 509 00:41:33,867 --> 00:41:36,995 Namun, dia orang paling mulia yang pernah beta kenal. 510 00:41:42,584 --> 00:41:45,128 Maaf, doktor. Beta perlu hadiri majlis. 511 00:41:46,505 --> 00:41:47,631 Doktor boleh pergi. 512 00:41:49,091 --> 00:41:53,387 Mengumumkan ketibaan Yang Amat Mulia Raja George III serta Ratu Charlotte. 513 00:42:03,855 --> 00:42:06,525 Dinda mungkin tak sedar kesan perbuatan dinda. 514 00:42:06,525 --> 00:42:12,864 Dengan hanya satu malam, satu majlis, kita buat banyak perubahan dan kemajuan 515 00:42:13,532 --> 00:42:16,326 lebih daripada yang Britain pernah buat, mahupun impian kanda. 516 00:42:16,326 --> 00:42:18,203 Segalanya tak mustahil. 517 00:42:18,203 --> 00:42:20,080 Ya, jika dinda di sisi kanda. 518 00:43:01,872 --> 00:43:03,498 Monro, kenapa kamu di sini? 519 00:43:04,791 --> 00:43:06,918 Tuanku sukar tidur? 520 00:43:07,419 --> 00:43:10,172 Malangnya, patik sibuk sekarang. 521 00:43:10,172 --> 00:43:12,174 Mungkin perintah beta tak jelas. 522 00:43:12,174 --> 00:43:15,802 Jangan rawat beta lagi. Kamu bukan lagi doktor beta. 523 00:43:16,386 --> 00:43:19,514 Sayang sekali. Tapi patik kini doktor ratu. 524 00:43:21,099 --> 00:43:22,184 Doktor ratu? 525 00:43:22,184 --> 00:43:25,479 Ya. Patik sedang buat tuam untuknya. 526 00:43:27,522 --> 00:43:28,649 Jangan dekati ratu. 527 00:43:28,649 --> 00:43:30,484 Tapi ratu yang cari patik. 528 00:43:31,068 --> 00:43:36,156 Baginda tahu yang doktor raja di sini, jadi tentulah baginda mahu 529 00:43:36,156 --> 00:43:37,783 patik merawatnya. 530 00:43:38,408 --> 00:43:39,576 Tapi untuk apa? 531 00:43:39,576 --> 00:43:41,411 Mestilah kerana 532 00:43:42,371 --> 00:43:43,872 baginda dah berbadan dua. 533 00:43:45,624 --> 00:43:48,001 Baginda tak pasti, tapi patik yakin. 534 00:43:49,127 --> 00:43:50,921 Tahniah, tuanku. 535 00:43:51,421 --> 00:43:53,507 Ini hari yang gembira untuk negara. 536 00:45:44,910 --> 00:45:47,579 Petani. Raja Petani. Si Petani. 537 00:45:49,372 --> 00:45:50,540 Itu tak betul. 538 00:45:51,958 --> 00:45:53,960 George? Kanda di situ? 539 00:45:53,960 --> 00:45:55,212 Kira semula. 540 00:46:00,342 --> 00:46:01,384 George? 541 00:46:08,099 --> 00:46:09,893 Kejora, dewiku, aku di sini. 542 00:46:11,686 --> 00:46:12,687 Berbicaralah denganku. 543 00:46:13,688 --> 00:46:14,940 Si Petani. 544 00:46:15,774 --> 00:46:16,733 Nah. 545 00:46:19,986 --> 00:46:20,821 Mari. 546 00:46:35,085 --> 00:46:35,961 Apa ini? 547 00:46:35,961 --> 00:46:37,295 Apa yang berlaku? 548 00:46:39,339 --> 00:46:41,508 Apa yang berlaku kepada suami beta? 549 00:47:19,462 --> 00:47:20,380 Reynolds! 550 00:47:21,464 --> 00:47:22,883 Sediakan kereta kuda! 551 00:47:34,519 --> 00:47:37,063 - Tuanku. - Brimsley, jangan ikut beta. 552 00:47:37,772 --> 00:47:40,108 - Tolonglah, tuan... - Brimsley, berhenti! 553 00:47:47,115 --> 00:47:50,952 Charlotte. Bonda tak tahu kamu datang. Majlis Danbury itu berjaya. 554 00:47:50,952 --> 00:47:53,622 Tuanku pernah potong daging dengan pisau yang tumpul? 555 00:47:53,622 --> 00:47:54,831 Apa? 556 00:47:54,831 --> 00:47:57,125 Dulu pisau di Rumah Buckingham tajam. 557 00:47:57,125 --> 00:47:58,960 Tiba-tiba, semuanya tumpul 558 00:47:59,628 --> 00:48:01,588 pada hari raja berpindah ke sana. 559 00:48:03,381 --> 00:48:07,594 Kita bersarapan pada hari lain sajalah, Lady Howe. 560 00:48:07,594 --> 00:48:08,511 Baik, tuanku. 561 00:48:12,891 --> 00:48:15,435 Pelik, tapi ia tentu satu kebetulan. 562 00:48:15,435 --> 00:48:17,979 Kebetulan juga pada hari yang sama, 563 00:48:17,979 --> 00:48:20,649 tingkap di tingkat atas ditutup rapat 564 00:48:20,649 --> 00:48:22,567 dan rumah penuh dengan kunci. 565 00:48:22,567 --> 00:48:24,653 Di gedung senjata, di dapur, 566 00:48:24,653 --> 00:48:27,280 di bangsal tempat gunting pangkas disimpan. 567 00:48:27,280 --> 00:48:29,157 Semuanya tentu kebetulan. 568 00:48:30,200 --> 00:48:32,786 Tapi saya mula berasa syak 569 00:48:32,786 --> 00:48:35,872 apabila salinan King Lear karya Shakespeare hilang. 570 00:48:35,872 --> 00:48:38,291 Maaf, bonda tak baca karya Shakespeare. 571 00:48:38,291 --> 00:48:39,501 Ia kisah raja gila 572 00:48:39,501 --> 00:48:41,962 kerana raja kita gila dan ini rumah sakit jiwa! 573 00:48:41,962 --> 00:48:44,839 - Kamu lupa diri. - Saya ingat saya bermasalah. 574 00:48:45,423 --> 00:48:47,676 Yang saya banyak kekurangan tapi dia... 575 00:48:47,676 --> 00:48:49,719 Raja tak gila! 576 00:48:50,470 --> 00:48:55,684 Dia cuma letih kerana memikul beban negara teragung di dunia! 577 00:48:57,769 --> 00:49:00,313 Sudah tentulah kamu takkan faham. 578 00:49:01,314 --> 00:49:03,608 Beban seberat itu bagi seorang pemuda. 579 00:49:04,442 --> 00:49:09,197 Beban yang ibunya tanggung apabila melihat anaknya patah jiwa. 580 00:49:10,657 --> 00:49:13,702 Kalau kamu dikurniakan cahaya mata, 581 00:49:13,702 --> 00:49:17,455 kamu mungkin faham dan ingatlah pengajaran pertama kamu ini. 582 00:49:17,998 --> 00:49:20,875 Kamu sanggup buat apa-apa saja untuk tamatkan penderitaannya. 583 00:49:22,127 --> 00:49:26,464 Kamu tentu sanggup cari doktor pelik dan ribuan rawatan dahsyat, 584 00:49:26,464 --> 00:49:29,843 cari isteri yang sudi membantunya di segenap Eropah 585 00:49:29,843 --> 00:49:32,846 dan ya, jika perlu, 586 00:49:33,638 --> 00:49:35,598 kamu akan rahsiakan kekurangannya 587 00:49:35,598 --> 00:49:38,059 dan biar isterinya tahu sendiri. 588 00:49:38,059 --> 00:49:40,437 Kekurangan? Dia berbual dengan langit! 589 00:49:40,437 --> 00:49:41,980 Jadi, apa? 590 00:49:41,980 --> 00:49:45,608 Kamu tiada apa-apa. Kamu orang bawahan. 591 00:49:45,608 --> 00:49:48,153 Kini, kamu menerajui dunia. 592 00:49:48,153 --> 00:49:50,488 Biarlah suami kamu pincang sekalipun. 593 00:49:50,488 --> 00:49:52,574 Saya tak minta kedudukan ini. 594 00:49:52,574 --> 00:49:54,284 Mahupun seorang suami! 595 00:49:54,284 --> 00:49:56,911 Tapi jika saya dipaksa bersuami, meninggalkan tanah air, 596 00:49:56,911 --> 00:50:01,291 keluarga, bahasa, kehidupan, takkanlah demi lelaki yang saya tak kenal? 597 00:50:01,291 --> 00:50:03,418 Lelaki yang saya tak boleh kenal. 598 00:50:03,418 --> 00:50:07,630 - Demi satu penipuan! - Biadabnya kamu. 599 00:50:07,630 --> 00:50:11,676 Kamu tak gembira berada di puncak negara paling berkuasa di dunia. 600 00:50:26,816 --> 00:50:27,776 Tuanku? 601 00:50:31,112 --> 00:50:32,489 Rawat beta semula. 602 00:52:24,267 --> 00:52:28,688 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin