1 00:00:06,459 --> 00:00:10,334 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:06,043 --> 00:01:07,876 AUGUST: SAYA MINTA MAAF. 3 00:01:20,001 --> 00:01:22,168 Wilhelm, sebentar. 4 00:01:32,334 --> 00:01:34,043 Wilhelm, tolong… 5 00:01:42,293 --> 00:01:44,126 Kita perlu berbincang. 6 00:01:45,418 --> 00:01:47,376 Sekurang-kurangnya sebelum awak pergi. 7 00:02:18,376 --> 00:02:21,751 TAK KIRA APA YANG BERLAKU, KITA TETAP BERSAUDARA. 8 00:03:33,209 --> 00:03:34,584 WILHELM: JANGAN GANGGU! 9 00:03:34,668 --> 00:03:37,626 AWAK ROSAKKAN SEGALANYA. SAYA AKAN SUSAHKAN KEHIDUPAN AWAK. 10 00:03:37,709 --> 00:03:40,793 AUGUST: SAYA AKAN BUAT APA SAJA UNTUK AWAK MEMAAFKAN SAYA. 11 00:03:40,876 --> 00:03:42,209 WILLE, JAWAB PANGGILAN. 12 00:03:48,459 --> 00:03:49,459 Jadi… 13 00:03:49,543 --> 00:03:50,709 - Helo! - Hei! 14 00:03:52,376 --> 00:03:54,293 - Hai! - Hai, Marcus. 15 00:03:58,543 --> 00:04:01,001 - Apa khabar? - Sihat. Awak pula bagaimana? 16 00:04:01,084 --> 00:04:03,876 - Ya? Bagaimana keadaan di kandang kuda? - Bagus. 17 00:04:03,959 --> 00:04:06,584 - Marcus perlu ke tandas. - Baiklah. 18 00:04:06,668 --> 00:04:08,084 - Terima kasih. - Sama-sama. 19 00:04:09,584 --> 00:04:10,543 Jadi… 20 00:04:11,668 --> 00:04:13,293 Ada surat untuk awak. 21 00:04:21,793 --> 00:04:23,168 - Saya diterima. - Betulkah? 22 00:04:23,251 --> 00:04:25,626 Saya dapat Rumah Manor. Saya pelajar asrama. 23 00:04:25,709 --> 00:04:27,501 Sudah lama aku boleh mendengarnya 24 00:04:27,584 --> 00:04:30,293 Aku bersendirian, aku paling kuat 25 00:04:30,376 --> 00:04:32,418 Ia takkan berlaku lagi 26 00:04:33,376 --> 00:04:36,709 Aku tak mahu rasa begitu lagi 27 00:04:36,793 --> 00:04:39,334 Tak mahu rasa begitu lagi Siapa mahu rasa begitu? 28 00:04:39,418 --> 00:04:42,418 Tak mahu rasa begitu lagi Katakan, siapa mahu rasa begitu? 29 00:04:42,501 --> 00:04:44,251 Aku tak mahu rasa begitu 30 00:04:44,334 --> 00:04:48,459 Ia takkan berlaku lagi 31 00:04:54,626 --> 00:04:55,543 Cantik. 32 00:04:57,459 --> 00:04:58,626 Terima kasih. 33 00:04:58,709 --> 00:05:01,876 - Apa… - Saya bantu ayah di kandang kuda. 34 00:05:01,959 --> 00:05:05,751 Kakak awak terlepas bas. Jadi saya tumpangkan dia pulang. 35 00:05:06,543 --> 00:05:10,501 Saya baru sahaja dapat lesen memandu. Saya rasa seronok apabila memandu. 36 00:05:10,584 --> 00:05:13,293 Bagus. Awak bersekolah di Marieberg, bukan? 37 00:05:13,376 --> 00:05:15,751 Ya, saya pelajar senior. 38 00:05:15,834 --> 00:05:18,959 Saya rasa sekolah kita sama. Awak anak Lottie, bukan? 39 00:05:19,043 --> 00:05:21,084 Ya. Marcus. 40 00:05:21,668 --> 00:05:22,584 Simon. 41 00:05:22,668 --> 00:05:27,459 Saya hendak ke tandas dan saya dengar awak menyanyi. 42 00:05:27,543 --> 00:05:28,918 Saya nampak awak dan… 43 00:05:29,793 --> 00:05:31,126 Apa-apa pun… 44 00:05:34,293 --> 00:05:37,876 Adakah awak pernah ke malam karaoke di Tompas? 45 00:05:38,751 --> 00:05:43,668 Awak patut ikut saya. Jika awak menyanyi seperti itu, mereka pasti suka. 46 00:05:45,251 --> 00:05:46,793 Ikuti saya di Insta. 47 00:05:47,793 --> 00:05:48,834 Baiklah. 48 00:05:50,043 --> 00:05:51,001 Bagus. 49 00:05:59,876 --> 00:06:04,793 WILHELM: AUGUST CUBA UNTUK MINTA MAAF. DIA TAKKAN BERJAYA! 50 00:06:04,876 --> 00:06:07,668 FELICE: DIA MEMANG DUNGU! 51 00:06:07,751 --> 00:06:11,543 WILHELM: DIA AKAN TERIMA AKIBATNYA. 52 00:06:11,626 --> 00:06:13,293 FELICE: JUMPA DI SEKOLAH. 53 00:06:14,376 --> 00:06:15,293 Hai, mak. 54 00:06:15,376 --> 00:06:16,459 Ayah awak kata 55 00:06:16,543 --> 00:06:18,751 awak mahu berhenti tunggang kuda. 56 00:06:18,834 --> 00:06:20,959 Bila awak akan beritahu saya? 57 00:06:21,043 --> 00:06:23,834 - Saya cuba, tapi awak tak dengar. - Saya tak faham. 58 00:06:23,918 --> 00:06:27,626 Kami banyak habiskan masa mencari Rosseau dan sekarang awak mahu berhenti? 59 00:06:27,709 --> 00:06:28,834 Saya tahu. 60 00:06:28,918 --> 00:06:32,668 Kami tempah kursus tunggang kuda awak untuk musim panas dengan pelatih. 61 00:06:32,751 --> 00:06:35,418 - Hei, mak. Sara dapat Rumah Manor. - Hei, Felice… 62 00:06:35,501 --> 00:06:36,834 SARA: KITA TINGGAL BERSAMA 63 00:06:40,293 --> 00:06:41,459 Hai! 64 00:06:52,168 --> 00:06:54,793 - Siap. - Bagus. Terima kasih. 65 00:06:54,876 --> 00:06:56,084 - Betulkah? - Apakah itu? 66 00:06:56,168 --> 00:06:59,084 Ia sepatutnya lindungi awak daripada tenaga jahat. 67 00:06:59,834 --> 00:07:01,043 Saya ada ini. 68 00:07:01,126 --> 00:07:04,876 Ia akan bantu awak tidur berserta barang-barang lain. 69 00:07:04,959 --> 00:07:07,834 Saya tak pasti ini akan membantu dengan suasana bising. 70 00:07:07,918 --> 00:07:09,459 Senior akan pergi. 71 00:07:09,543 --> 00:07:12,084 Forest Ridge akan anjur parti semester baharu. 72 00:07:12,168 --> 00:07:15,209 Ini parti terakhir mereka. Jadi ia pasti huru-hara. 73 00:07:15,293 --> 00:07:18,376 Awak tak kisah saya ambil bilik awak? 74 00:07:18,459 --> 00:07:20,043 - Ya. - Saya tak mahu… 75 00:07:20,126 --> 00:07:23,334 Jangan risau tentangnya. Baiklah. Selamat malam. 76 00:07:23,418 --> 00:07:24,501 Selamat malam. 77 00:07:24,584 --> 00:07:27,584 Akhirnya, saya ada bilik sendiri. Saya boleh bakar sej. 78 00:07:33,001 --> 00:07:36,334 - Di mana saya nak letak barang? - Pilih sahaja mana-mana rak. 79 00:07:38,834 --> 00:07:42,584 Mana satu? Agak berserabut di sini. 80 00:07:43,251 --> 00:07:48,376 Gadis sopan yang kaya! Pujian kepada gadis yang cantik ini! 81 00:07:49,501 --> 00:07:51,334 - Dia! - Sekarang! 82 00:07:53,709 --> 00:07:57,168 Selamat datang ke sesi orientasi awak! 83 00:07:57,918 --> 00:08:00,668 Gadis sopan, orang kaya! 84 00:08:10,584 --> 00:08:11,709 Minum. 85 00:08:21,209 --> 00:08:24,209 Gadis sopan! 86 00:08:40,043 --> 00:08:41,001 Dengar sini. 87 00:08:41,501 --> 00:08:45,126 Ini ujian untuk awak jadi gadis Rumah Manor yang sebenar. 88 00:08:45,209 --> 00:08:47,584 Awak perlu curi-curi masuk parti senior 89 00:08:47,668 --> 00:08:50,459 dan lakukan sesuatu yang membuatkan parti itu terganggu. 90 00:08:50,543 --> 00:08:51,918 Awak tak perlu lakukannya. 91 00:08:52,001 --> 00:08:55,001 - Sudah tentu dia perlu lakukannya. - Ia satu tradisi. 92 00:08:55,084 --> 00:08:56,584 Dia bukan pengecut, bukan? 93 00:08:58,001 --> 00:09:01,334 Sebentar! Mahkota ini tak boleh rosak. Ini kerana ia… 94 00:09:01,418 --> 00:09:02,918 Biar saya yang menjaganya. 95 00:09:03,001 --> 00:09:05,043 Awak boleh pergi! 96 00:09:05,126 --> 00:09:08,084 Jangan awak kembali selagi awak tak hentikan parti itu. 97 00:09:09,334 --> 00:09:10,251 Sara, awak boleh! 98 00:09:11,918 --> 00:09:13,626 Saya rasa tak sedap hati. 99 00:09:13,709 --> 00:09:16,918 Sara belum balas mesej sejak kita pulang hantar dia. 100 00:09:17,001 --> 00:09:19,293 Dia memang jarang balas mesej, mak. 101 00:09:22,126 --> 00:09:23,209 Mak… 102 00:09:24,418 --> 00:09:29,084 Dia mungkin sibuk belajar cara untuk susun sudu dan garpu. 103 00:09:29,168 --> 00:09:31,293 Saya tak patut benarkan dia duduk asrama. 104 00:09:31,376 --> 00:09:33,334 Betul tapi segalanya dah terlambat. 105 00:09:35,501 --> 00:09:36,876 Saya akan cuba hubungi dia. 106 00:10:04,293 --> 00:10:07,751 Semester akhir! 107 00:10:07,834 --> 00:10:09,668 - Semester akhir! - August! 108 00:10:10,251 --> 00:10:13,043 - August! - Ya! 109 00:10:13,126 --> 00:10:14,293 Gadis Bond? 110 00:10:14,959 --> 00:10:17,543 Di manakah awak? Awak terlepas percutian Krismas. 111 00:10:17,626 --> 00:10:20,126 - Pulau Seychelles memang cantik. - Menakjubkan. 112 00:10:20,209 --> 00:10:23,501 "Qui a fait l'amour dans la piscine?" 113 00:10:23,584 --> 00:10:25,334 - "Dans la piscine." - Apakah itu? 114 00:10:25,418 --> 00:10:27,918 Pembantu rumah Francoise jumpa kondom di kolam. 115 00:10:28,001 --> 00:10:30,793 - Ia terapung. - Mereka ambil dengan pencakar. 116 00:10:30,876 --> 00:10:33,126 Awak perlu berada di sana untuk faham. 117 00:10:33,209 --> 00:10:37,126 Saya tak suka memiliki perut buncit untuk semester akhir saya. 118 00:10:37,209 --> 00:10:40,543 Betulkah? Jangan kata berat badan awak dah turun. 119 00:10:41,584 --> 00:10:43,126 Awak kenal saya, bukan? 120 00:10:51,793 --> 00:10:54,418 SIMON: MENGAPA AWAK TAK BALAS? MAK SANGAT RISAU. 121 00:10:56,668 --> 00:10:59,168 Semua kuasa kepada gadis sopan Rumah Manor! 122 00:11:03,168 --> 00:11:04,334 Api! 123 00:11:18,084 --> 00:11:19,876 - Simme, mengapa? - Boleh awak… 124 00:11:19,959 --> 00:11:23,293 - Boleh awak hantar saya ke istana? - Maaf. Saya di rumah mak cik. 125 00:11:23,376 --> 00:11:24,376 Tak guna! 126 00:11:29,418 --> 00:11:32,251 SIMON: ROSH, BOLEHKAH AWAK HANTAR SAYA KE ISTANA? 127 00:11:33,918 --> 00:11:36,043 ROSH: MAAF, SAYA TIADA DI RUMAH. 128 00:11:39,501 --> 00:11:41,668 MARCUS - IKUT 129 00:11:44,543 --> 00:11:46,459 AWAK PASTI TENGAH MEMANDU? 130 00:11:46,543 --> 00:11:50,001 MENAIP… 131 00:11:50,084 --> 00:11:53,251 HAI! TAK? AWAK NAK TUMPANG? 132 00:11:59,459 --> 00:12:00,876 MAK 133 00:12:06,334 --> 00:12:07,334 Terima kasih. 134 00:12:11,584 --> 00:12:12,751 Biar betul? 135 00:12:16,709 --> 00:12:19,918 - Hai. - Kami berjaya rosakkan parti senior. 136 00:12:20,001 --> 00:12:23,459 - Apa? - Memang tak masuk akal. Awak di rumah? 137 00:12:23,543 --> 00:12:25,001 Saya baru sampai Hillerska. 138 00:12:25,084 --> 00:12:28,876 Jika awak mahu kenakan August, sekarang masanya. Datang ke parti… 139 00:12:29,501 --> 00:12:30,584 Helo? 140 00:12:32,709 --> 00:12:33,959 Mari pergi. 141 00:12:42,251 --> 00:12:44,876 Terima kasih. Saya amat hargainya. 142 00:12:44,959 --> 00:12:47,043 Tak mengapa. Nampak seperti kecemasan. 143 00:12:47,126 --> 00:12:50,001 Namun boleh awak duduk di tempat duduk depan? 144 00:12:50,084 --> 00:12:51,626 Ini bukan teksi. 145 00:12:53,043 --> 00:12:54,376 Baiklah. 146 00:12:54,459 --> 00:12:55,709 Maaf. 147 00:13:00,334 --> 00:13:06,501 - Maaf. Sara telah hilangkannya. - Jangan risau. Saya faham. Mari pergi. 148 00:13:06,584 --> 00:13:10,293 Ia parti paling liar. Semua orang berada di sana! 149 00:13:10,376 --> 00:13:12,543 Letak beg saya di sana. Saya akan kembali. 150 00:13:12,626 --> 00:13:13,834 Memang tak masuk akal. 151 00:13:13,918 --> 00:13:16,334 - Tak mungkin. - Dengar sini. Pengawal itu… 152 00:13:16,418 --> 00:13:18,793 - Ya? - Dia pegang kami. Maksud saya… 153 00:13:18,876 --> 00:13:22,043 Biar betul. Putera Mahkota. Apa khabar? 154 00:13:22,126 --> 00:13:23,084 Saya baik. 155 00:13:23,168 --> 00:13:25,334 - Siapa mahu ke parti senior? - Kami mahu. 156 00:13:25,418 --> 00:13:28,876 Namun kita tak dijemput dan kita tiada kebenaran untuk keluar. 157 00:13:28,959 --> 00:13:31,959 Jika Malin tak perasan saya, kita akan ke sana. 158 00:13:32,043 --> 00:13:33,918 - Apa? - Biar betul? 159 00:13:34,001 --> 00:13:35,334 Selamat pulang. 160 00:13:35,418 --> 00:13:36,626 - Awak serius? - Ya. 161 00:13:36,709 --> 00:13:41,043 - Sara bakar bendera kita. - Dia sangat pelik. 162 00:13:41,126 --> 00:13:43,876 - Adakah kita akan pergi sekarang? - Mari kita pergi. 163 00:13:48,251 --> 00:13:50,626 Terima kasih kerana hantar saya. Saya hargainya. 164 00:13:50,709 --> 00:13:53,293 Tak mengapa. Awak mahu saya ikut? 165 00:13:54,959 --> 00:13:56,668 - Tak mengapa. - Awak pasti? 166 00:13:56,751 --> 00:13:58,293 - Ya. - Baiklah. 167 00:13:58,376 --> 00:14:00,126 - Apa pun terima kasih. - Baiklah. 168 00:14:16,251 --> 00:14:17,834 Mujur kita dapat padamkan api! 169 00:14:17,918 --> 00:14:21,709 - Dia seorang piromania! - Namun itu sebelumnya. Ia… 170 00:14:21,793 --> 00:14:23,293 - Hei! - Tidak boleh. 171 00:14:23,376 --> 00:14:25,668 Apakah ini? Apa awak buat di sini? 172 00:14:25,751 --> 00:14:27,334 - Kami nak masuk. - Tak boleh. 173 00:14:27,418 --> 00:14:29,334 Mana surat kebenaran keluar awak? 174 00:14:29,418 --> 00:14:32,334 - Adakah ia penting? Kami nak masuk. - Pulang. 175 00:14:32,418 --> 00:14:33,793 - Panggil August. - Tidak. 176 00:14:34,459 --> 00:14:36,084 Sebentar, itu idea yang bagus. 177 00:14:36,168 --> 00:14:38,584 Panggil August dan mari dengar apa kata pengawas. 178 00:14:39,293 --> 00:14:41,126 - Ya. - Panggil August. 179 00:14:41,751 --> 00:14:44,709 Apakah ini. Sarkas bergerak? Apa yang berlaku? 180 00:14:45,876 --> 00:14:48,084 Wille! Selamat pulang! 181 00:14:48,709 --> 00:14:50,126 Panggil saya Tuanku. 182 00:14:50,876 --> 00:14:51,834 Mengapa? 183 00:14:52,543 --> 00:14:54,751 Awak perlu panggil saya Yang Amat Mulia. 184 00:14:56,793 --> 00:14:57,709 Baiklah. 185 00:14:58,668 --> 00:15:01,209 Jika Yang Amat Mulia pulang dengan segera 186 00:15:01,293 --> 00:15:03,834 awak takkan ditahan. 187 00:15:05,793 --> 00:15:07,251 Saya rasa kami takkan balik. 188 00:15:09,209 --> 00:15:12,334 Yang Amat Mulia mesti faham… 189 00:15:12,418 --> 00:15:13,334 Cubalah. 190 00:15:14,043 --> 00:15:15,834 Beritahu saya apa perlu dibuat. 191 00:15:21,793 --> 00:15:25,501 Jika awak berkeras, saya rasa saya boleh berikan pengecualian. 192 00:15:25,584 --> 00:15:28,043 - Tak boleh. - Apa awak buat? 193 00:15:28,126 --> 00:15:31,168 Jangan. Hei, kembali ke sini! 194 00:15:31,834 --> 00:15:35,584 August, apa awak buat? Parti awal semester ini hanya untuk senior. 195 00:15:35,668 --> 00:15:36,918 Lagipun, Sara sudah… 196 00:15:37,001 --> 00:15:38,751 Ia hanya parti! Okey? 197 00:15:38,834 --> 00:15:40,001 Betul, tapi… 198 00:15:41,668 --> 00:15:42,584 Apa masalah dia? 199 00:15:52,001 --> 00:15:53,001 Sara? 200 00:15:54,459 --> 00:15:55,459 Sara? 201 00:16:20,584 --> 00:16:22,709 - Awak juga ada di sini? - Ada nampak Sara? 202 00:16:22,793 --> 00:16:27,126 Gadis gila itu? Dia mungkin sudah melarikan diri untuk menyorok. 203 00:16:27,209 --> 00:16:29,918 - Dia malukan kami. - Saya rasa saya tahu dia di mana. 204 00:16:33,751 --> 00:16:34,751 Hei. 205 00:16:34,834 --> 00:16:37,959 Adakah Sara berada di sana? 206 00:16:38,876 --> 00:16:40,418 Ya, Simon sedang mencari dia. 207 00:16:41,126 --> 00:16:42,918 Ya, dia berada di sini. 208 00:16:46,251 --> 00:16:47,168 Helo? 209 00:16:49,209 --> 00:16:52,459 Awak buat saya bimbang. Di manakah awak? 210 00:16:52,543 --> 00:16:54,626 Mengapa awak tak jawab panggilan saya? 211 00:16:55,626 --> 00:16:58,584 Mak sangat risau. Awak perlu hantar mesej kepada dia. 212 00:16:58,668 --> 00:16:59,668 Baiklah. 213 00:17:01,376 --> 00:17:03,543 Nampaknya, dia lepas sesi orientasinya. 214 00:17:03,626 --> 00:17:05,459 Seperti biasa, tradisi ini… 215 00:17:06,959 --> 00:17:07,918 Sebentar! 216 00:17:09,918 --> 00:17:11,043 Apa-apa pun, hai. 217 00:17:11,793 --> 00:17:12,793 Hai. 218 00:17:15,001 --> 00:17:16,418 Saya potong rambut. 219 00:17:21,209 --> 00:17:23,876 MARCUS: APA AWAK BUAT? TEKSI AKAN BERTOLAK. 220 00:17:25,626 --> 00:17:27,209 Minta maaf, saya perlu pergi. 221 00:17:52,376 --> 00:17:53,668 Nama dia Marcus. 222 00:17:54,668 --> 00:17:56,834 Pihak sekolah pajak tanah keluarganya. 223 00:17:56,918 --> 00:17:58,834 Dia urus lapang sasar, kandang kuda. 224 00:17:59,834 --> 00:18:01,418 Bagaimana awak tahu? 225 00:18:02,001 --> 00:18:03,626 Saya jumpa dia di Grindr… 226 00:18:04,418 --> 00:18:05,793 Ketika musim bunga lepas. 227 00:18:05,876 --> 00:18:08,668 Namun dia nampak tak minat dengan budak sekolah asrama. 228 00:18:08,751 --> 00:18:09,668 Namun… 229 00:18:10,709 --> 00:18:13,126 Grindr? Namun awak dan Madison… 230 00:18:13,209 --> 00:18:17,043 Biar betul, Wille. Saya tak sangka awak ketinggalan zaman. 231 00:18:17,126 --> 00:18:19,209 Saya rasa itu kepakaran awak. 232 00:18:20,793 --> 00:18:22,709 Selesai. Adakah awak tahu? 233 00:18:23,501 --> 00:18:25,043 Masalah antara awak dan Simon 234 00:18:25,668 --> 00:18:29,168 ialah dia tak faham situasi awak sekarang. 235 00:18:29,251 --> 00:18:31,126 Awak dan dia dari dua dunia berbeza. 236 00:18:31,209 --> 00:18:33,834 Awak perlu pilih seseorang yang sama taraf. 237 00:18:33,918 --> 00:18:35,959 Beritahu saya jika mahu bantuan. 238 00:18:36,043 --> 00:18:37,959 Hubungi saja saya. Kita akan uruskan. 239 00:18:39,084 --> 00:18:40,543 Awak perlu lebih hati-hati. 240 00:18:52,626 --> 00:18:56,709 Tradisi lama, bertahun-tahun telah berlalu 241 00:18:56,793 --> 00:19:00,834 Hillerska akan terus bertapak di sini 242 00:19:00,918 --> 00:19:06,126 Cahaya dan roh ialah panggilan kami 243 00:19:06,209 --> 00:19:11,876 Apabila kita bertemu di dewan keramat 244 00:19:19,459 --> 00:19:21,959 Pelajar Hillerska yang dikasihi. 245 00:19:22,043 --> 00:19:25,459 Biar saya mulakan dengan mengalu-alukan kedatangan anda 246 00:19:25,543 --> 00:19:27,084 ke tahun baharu. 247 00:19:28,126 --> 00:19:33,376 Senior kita akan memiliki keistimewaan untuk tamatkan pengajian 248 00:19:33,459 --> 00:19:38,376 tepat 120 tahun pembukaan sekolah ini. 249 00:19:39,126 --> 00:19:40,584 Anda semua maklum 250 00:19:40,668 --> 00:19:44,043 sambutan ulang tahun ini akan diraikan secara besar-besaran. 251 00:19:44,709 --> 00:19:48,834 Permaisuri Yang Teramat Mulia akan hadir 252 00:19:48,918 --> 00:19:52,126 dan Putera Mahkota Wilhelm akan berikan ucapan. 253 00:19:53,668 --> 00:19:55,793 Segalanya akan dirakam 254 00:19:55,876 --> 00:20:01,501 kerana ini kali pertama putera mahkota akan berikan ucapan di khalayak umum. 255 00:20:02,876 --> 00:20:03,876 Ini memang… 256 00:20:03,959 --> 00:20:06,376 WILHELM: MENGAPA PENGETUA KATA SAYA BERI UCAPAN? 257 00:20:07,418 --> 00:20:10,418 …namun lebih kepada sepanjang tahun persekolahan. 258 00:20:12,043 --> 00:20:14,834 FARIMA: JIKA AWAK TAK TOLAK BERCAKAP DENGAN PERMAISURI 259 00:20:14,918 --> 00:20:16,959 AWAK PASTI AKAN TAHU LEBIH AWAL. 260 00:20:25,709 --> 00:20:29,001 Saya sangat lambat. Saya tak dengar penggera saya dimatikan. 261 00:20:29,084 --> 00:20:31,543 Bagaimana dengan malam semalam? Awak dapat pulang? 262 00:20:32,626 --> 00:20:37,168 Marcus tumpangkan saya. Dia senior di Marieberg. 263 00:20:38,334 --> 00:20:39,626 Baiklah. 264 00:20:39,709 --> 00:20:40,918 - Apa? - Tiada apa-apa. 265 00:20:41,001 --> 00:20:43,293 Dia singgah di rumah kami tempoh hari. 266 00:20:43,376 --> 00:20:45,584 - Baiklah. - Sara kenal dia di kandang kuda. 267 00:20:45,668 --> 00:20:47,418 - Jangan pandang begitu. - Baiklah. 268 00:20:52,918 --> 00:20:56,543 - Saya jumpa Wille semalam. - Baiklah. 269 00:20:56,626 --> 00:21:00,543 Saya ingatkan lebih mudah untuk jumpa dia selepas cuti 270 00:21:00,626 --> 00:21:02,793 tapi ia semakin susah. 271 00:21:03,418 --> 00:21:05,793 Saya tak tahu cara untuk jumpa dia setiap hari. 272 00:21:06,543 --> 00:21:08,001 Lelaki itu toksik. 273 00:21:08,084 --> 00:21:10,126 Dia beritahu dia takkan beri kenyataan. 274 00:21:10,209 --> 00:21:11,168 Apa yang dia buat? 275 00:21:11,876 --> 00:21:15,459 - Dia tinggalkan awak bersendirian. - Apa yang patut saya buat? 276 00:21:15,543 --> 00:21:19,001 Buat apa sahaja yang perlu. Jangan cakap atau pandang dia. 277 00:21:19,084 --> 00:21:21,501 - Namun kami dalam kelas yang sama. - Jadi? 278 00:21:21,584 --> 00:21:24,001 Jangan duduk sebelah dia. Anggap dia tak wujud. 279 00:21:24,084 --> 00:21:26,251 - Namun… - Namun apa? 280 00:21:26,334 --> 00:21:29,751 Dia buat salah dan dia perlu berikan ruang secukupnya kepada awak. 281 00:21:30,584 --> 00:21:33,084 Jika saya di tempat awak, saya padam segalanya. 282 00:21:33,168 --> 00:21:36,043 Padam gambar, sekat nombor dia, cari pasangan baharu. 283 00:21:36,126 --> 00:21:37,876 Ia berkesan sebelum ini. 284 00:21:38,751 --> 00:21:41,668 - Dia patut berfoya-foya dengan Marcus? - Betul. 285 00:21:43,959 --> 00:21:46,209 Dia ajak saya ke malam karaoke. 286 00:21:48,334 --> 00:21:49,584 - Apa? - Betulkah? 287 00:21:49,668 --> 00:21:52,043 Kalau begitu, pergilah! 288 00:21:53,001 --> 00:21:55,376 - Ya, pergilah. - Masa untuk cemburukan dia. 289 00:21:55,459 --> 00:21:57,418 Balas dendam! 290 00:21:57,501 --> 00:22:00,834 - Balas dendam! - Balas dendam! 291 00:22:00,918 --> 00:22:01,918 Balas… 292 00:22:05,543 --> 00:22:07,418 - Selamat pulang. - Terima kasih. 293 00:22:08,001 --> 00:22:10,751 Hei, adakah awak perasan Alexander dah kembali? 294 00:22:10,834 --> 00:22:12,668 Ya, dalam cara yang pelik. 295 00:22:12,751 --> 00:22:16,543 Ayah kata tiada siapa mahu memulakan siasatan 296 00:22:16,626 --> 00:22:21,001 dan ayahnya beri sumbangan besar kepada pihak sekolah. 297 00:22:21,084 --> 00:22:23,126 Mungkin untuk biaya gelanggang padel. 298 00:22:23,209 --> 00:22:25,918 - Sukan orang kaya. - Sekolah dah tiada dana? 299 00:22:26,001 --> 00:22:28,501 Bukan, tapi bilangan pemohon berkurangan. 300 00:22:28,584 --> 00:22:33,751 Mereka fikir apabila ada seorang putera, masalah akan selesai, tapi isu video seks… 301 00:22:33,834 --> 00:22:35,168 Segalanya bagus. 302 00:22:35,793 --> 00:22:39,251 Alexander tak tahu siapa beritahu pihak berkuasa tentang dadah. 303 00:22:39,334 --> 00:22:42,626 Wille, dia tak tahu awak yang lakukan dan bukannya Simon. 304 00:22:43,293 --> 00:22:44,584 Jadi, bertenang. 305 00:22:44,668 --> 00:22:46,001 Dia datang. 306 00:22:46,084 --> 00:22:48,334 - Hai! - Hai. 307 00:22:48,418 --> 00:22:51,876 Segalanya okey? Gembira bertemu awak! Awak sihat? 308 00:22:51,959 --> 00:22:53,001 Hai, Alexander. 309 00:22:53,084 --> 00:22:54,959 - Hai! Gembira dapat bertemu. - Hai. 310 00:22:55,043 --> 00:22:57,501 - Saya juga gembira dapat bertemu awak. - Kami… 311 00:22:58,876 --> 00:23:01,001 - Hai, apa khabar? - Sihat. Awak bagaimana? 312 00:23:01,084 --> 00:23:02,084 Sihat. 313 00:23:02,168 --> 00:23:05,168 - Boleh bual sebentar sambil berjalan? - Baiklah. Jumpa lagi. 314 00:23:05,251 --> 00:23:07,626 - Potongan rambut baharu? - Ya. Awak pun sama. 315 00:23:07,709 --> 00:23:09,209 Betul. Nampak bagus. 316 00:23:09,293 --> 00:23:10,668 Terima kasih. Awak juga. 317 00:23:11,876 --> 00:23:14,626 Awak dah beritahu Simon yang August muat naik video itu? 318 00:23:15,293 --> 00:23:17,251 Belum. Betul kata mak. 319 00:23:17,334 --> 00:23:21,084 Jika saya beritahu Simon, dia akan jumpa polis dan fikir itu tindakan betul. 320 00:23:21,168 --> 00:23:24,751 Namun pihak sekolah dan keluarga diraja akan lindungi August. 321 00:23:24,834 --> 00:23:26,209 Untuk lindungi diri mereka. 322 00:23:26,293 --> 00:23:27,543 Apa yang awak akan buat? 323 00:23:28,168 --> 00:23:30,543 Saya akan rampas segala yang dia sayang. 324 00:23:30,626 --> 00:23:32,668 Bukankah dia hanya sayang diri sendiri? 325 00:23:32,751 --> 00:23:36,834 Sudah tentu. Dia suka jadi pengawas dan ketua pasukan untuk rasa berkuasa. 326 00:23:36,918 --> 00:23:39,501 Awak akan lihat cara saya menghukumnya. 327 00:23:40,209 --> 00:23:41,209 Baiklah. 328 00:23:42,876 --> 00:23:46,043 - Berikan saya kopi biasa. - Kopi biasa. 329 00:23:47,293 --> 00:23:51,293 Felice hantar mesej kepada saya, "Satu lagi, kopi hitam." 330 00:23:51,376 --> 00:23:53,293 - Tanpa susu? - Ya. 331 00:23:53,376 --> 00:23:55,626 - Ia untuk Wilhelm sebenarnya. - Apa? 332 00:23:55,709 --> 00:23:58,501 - Awak ada dengar apa-apa? - Tentang apa? 333 00:23:58,584 --> 00:24:00,168 Berkaitan dia dan Wille? 334 00:24:00,251 --> 00:24:02,918 Tidak. Mereka terus berhubung ketika cuti sekolah. 335 00:24:03,001 --> 00:24:05,209 Namun mereka hanya kawan. 336 00:24:05,293 --> 00:24:07,876 Mereka saling hantar simbol hati di Instagram. 337 00:24:07,959 --> 00:24:09,709 Ia agak mencurigakan. 338 00:24:09,793 --> 00:24:11,668 Maddie, berikan saya satu Tic Tac. 339 00:24:11,751 --> 00:24:14,334 - Simon ada kata apa-apa? - Terima kasih. 340 00:24:14,418 --> 00:24:17,084 Mengapa dia akan beritahu awak? Itu adik dia. 341 00:24:17,168 --> 00:24:18,418 Adakah ini saya punya? 342 00:24:18,501 --> 00:24:19,626 Saya… 343 00:24:19,709 --> 00:24:22,001 Saya hanya mahu tahu 344 00:24:22,084 --> 00:24:26,793 adakah mereka memang jalin hubungan atau dia seorang biseksual? 345 00:24:26,876 --> 00:24:29,418 Jika begitu, pasti pelik jika dia dan Felice… 346 00:24:29,501 --> 00:24:31,584 Baiklah, mari kita berhenti bergosip. 347 00:24:31,668 --> 00:24:35,709 Jangan berpura-pura jadi baik. Ketika Erik bersama gadis OnlyFans… 348 00:24:35,793 --> 00:24:40,001 Betul! Awak tahu apa saya dengar? Pihak istana paksa dia tandatangan NDA. 349 00:24:40,084 --> 00:24:42,168 Saya ambil ini. Terima kasih. 350 00:24:45,876 --> 00:24:47,376 Serta coklat? 351 00:24:49,459 --> 00:24:52,168 - Saya tak mahu. - Awak tolak. 352 00:24:52,251 --> 00:24:55,251 Semuanya 150 kronor. 353 00:24:57,418 --> 00:25:00,168 SIMPANAN - 500, PEMINDAHAN - 200 354 00:25:00,251 --> 00:25:03,251 PERIKSA AKAUN - 230.23, PEMINDAHAN BERJAYA! 355 00:25:06,626 --> 00:25:08,626 - Terima kasih. - Selamat tinggal. 356 00:25:12,834 --> 00:25:14,001 Awak tak beli apa-apa? 357 00:25:14,084 --> 00:25:15,751 - Tidak. - Awak pasti? 358 00:25:23,751 --> 00:25:24,876 Simon. 359 00:25:24,959 --> 00:25:28,709 - Maafkan saya. Saya terlepas bas. - Saya perlu lapor ketidakhadiran awak. 360 00:25:28,793 --> 00:25:32,459 Saya tak mahu awak lambat jika awak mahu menyanyi solo di sambutan jubli. 361 00:25:33,751 --> 00:25:35,168 Saya buat persembahan solo? 362 00:25:36,126 --> 00:25:40,043 Ramai orang yang berpengaruh akan hadir. 363 00:25:40,126 --> 00:25:43,043 Orang yang boleh bukakan pintu untuk awak di masa depan. 364 00:25:44,126 --> 00:25:45,126 Terima kasih. 365 00:25:45,209 --> 00:25:47,418 Fokus pada keutamaan awak untuk semester ini. 366 00:25:47,501 --> 00:25:48,626 Fokus dengan koir. 367 00:25:48,709 --> 00:25:50,251 - Terima kasih. - Jangan lewat. 368 00:25:53,168 --> 00:25:54,834 Namun apa akan kita nyanyikan? 369 00:25:54,918 --> 00:26:00,543 Saya mahu tunjukkan perubahan sekolah kita dalam tempoh 120 tahun. 370 00:26:00,626 --> 00:26:02,876 Bagaimana dengan lagu Hillerska versi baharu? 371 00:26:25,876 --> 00:26:27,626 - Hai. - Hai. 372 00:26:39,834 --> 00:26:40,751 Selamat pagi. 373 00:26:40,834 --> 00:26:44,209 - Selamat pagi, Cik Ramirez. - Sila duduk. 374 00:26:49,709 --> 00:26:53,793 Saya mahu awak keluarkan buku nota awak 375 00:26:53,876 --> 00:26:56,168 dan kita akan tulis tajuk utama. 376 00:26:57,959 --> 00:26:59,459 Boleh saya pinjam pensel? 377 00:27:10,543 --> 00:27:11,876 Boleh awak tolong bukakan? 378 00:27:42,376 --> 00:27:44,293 Selamat siang, semua. 379 00:27:44,376 --> 00:27:46,043 Selamat siang, warden asrama! 380 00:27:46,126 --> 00:27:48,001 Selamat pulang semua. 381 00:27:48,084 --> 00:27:52,043 Selamat datang ke sesi makan tengah hari pertama bagi tahun ini. Dipersilakan. 382 00:27:58,876 --> 00:28:02,584 - Saya lapar. Mengapa perlu tunggu? - Awak tetapkan peraturan ini, bukan? 383 00:28:02,668 --> 00:28:05,626 Senior, awak boleh makan. Dipersilakan. 384 00:28:14,251 --> 00:28:16,668 Tuanku, senior patut ambil makanan dahulu. 385 00:28:17,501 --> 00:28:18,751 Betulkah? 386 00:28:18,834 --> 00:28:20,293 Senior ambil makanan dahulu. 387 00:28:21,334 --> 00:28:22,751 Atas arahan siapa? 388 00:28:23,501 --> 00:28:24,751 Ia tradisi. 389 00:28:24,834 --> 00:28:28,501 Betul tapi ia perkara yang diputuskan oleh pelajar. 390 00:28:28,584 --> 00:28:32,293 Lembaga pemegang amanah atau staf tak boleh masuk campur. 391 00:28:32,376 --> 00:28:34,293 Betul. Kita buat keputusan itu. 392 00:28:36,043 --> 00:28:37,876 Jika begitu, mari kita undi. 393 00:28:39,126 --> 00:28:41,834 Ia sama untuk semua orang. Kita mendahulukan senior. 394 00:28:41,918 --> 00:28:45,376 Apabila berada di tahun akhir, awak akan nikmati keistimewaan sama. 395 00:28:46,126 --> 00:28:48,918 Kita boleh nikmatinya sekarang dan hapuskan tradisi. 396 00:28:49,959 --> 00:28:52,876 Soalan, "Siapa rasa kita patut henti mendahulukan senior 397 00:28:52,959 --> 00:28:54,876 dan ambil makan bila-bila masa?" 398 00:28:59,251 --> 00:29:01,376 Turunkan tangan kotor awak. 399 00:29:01,459 --> 00:29:03,543 Ini bukan berkaitan demokrasi. 400 00:29:04,376 --> 00:29:07,501 Biar pengawas yang tentukan. Faham? 401 00:29:13,834 --> 00:29:14,876 Buatlah sesuka hati. 402 00:29:15,501 --> 00:29:18,459 Bagus. Dipersilakan ambil makanan. 403 00:29:22,626 --> 00:29:23,543 August? 404 00:29:39,209 --> 00:29:40,126 Terima kasih. 405 00:29:41,001 --> 00:29:42,459 Tak perlu ucap terima kasih. 406 00:29:42,543 --> 00:29:47,084 Saya tahu August yang perangkap saya untuk kes dadah itu. 407 00:29:49,501 --> 00:29:51,001 Namun awak tak seperti mereka. 408 00:29:51,084 --> 00:29:54,709 Awak akan menyebelahi orang yang berbeza. 409 00:30:12,126 --> 00:30:13,376 Saya telah berfikir. 410 00:30:13,459 --> 00:30:16,043 Mak lakukan diet jus. 411 00:30:16,126 --> 00:30:18,251 Ia ambil masa tiga minggu. 412 00:30:23,501 --> 00:30:25,418 Saya lupa bawa buku teks kimia. 413 00:30:25,501 --> 00:30:26,793 - Jumpa nanti. - Baiklah. 414 00:30:34,251 --> 00:30:35,168 Hai. 415 00:30:38,334 --> 00:30:40,126 Hei? August. 416 00:30:40,209 --> 00:30:42,376 Saya mahu berterima kasih. Katakan sesuatu. 417 00:30:42,459 --> 00:30:44,126 - Saya tak tahu… - Janji kita. 418 00:30:44,209 --> 00:30:45,168 - Ya. - Ya. 419 00:30:45,834 --> 00:30:49,126 Saya bawa awak masuk Rumah Manor. Awak kunci mulut tentang video. 420 00:30:49,209 --> 00:30:50,126 Ya, saya tahu. 421 00:30:50,209 --> 00:30:54,043 Saya yakinkan lembaga pemegang amanah yang awak layak diberikan biasiswa itu. 422 00:30:54,126 --> 00:30:55,459 Apa yang awak buat? 423 00:30:56,293 --> 00:30:58,751 Awak terus beritahu Wille. 424 00:30:58,834 --> 00:31:01,084 Apa? Bukan saya yang beritahu Wille. 425 00:31:01,168 --> 00:31:03,834 Siapa lagi akan beritahu dia? Hanya awak yang nampak. 426 00:31:05,709 --> 00:31:08,418 - Bukan saya. - Bagaimana dia boleh tahu? 427 00:31:12,626 --> 00:31:17,168 Awak tak tahu saya sangat menyesal untuk apa yang telah saya lakukan. 428 00:31:17,251 --> 00:31:20,501 Namun ada sesuatu yang tak kena dengan kepala saya. Awak nampak? 429 00:31:21,751 --> 00:31:24,251 Saya cuba untuk minta maaf. 430 00:31:24,334 --> 00:31:30,209 Saya melutut tapi dia ambil kesempatan dengan memalukan saya. 431 00:31:30,293 --> 00:31:31,709 Saya hanya tunggu. 432 00:31:32,501 --> 00:31:37,251 Tunggu untuk kepala saya ditendang pada waktu yang tak dijangka! 433 00:31:37,334 --> 00:31:38,501 Dia pasti lakukannya. 434 00:31:39,251 --> 00:31:41,709 Pihak Istana takkan ambil mudah perkara ini. 435 00:31:41,793 --> 00:31:45,001 Mereka mesti tengah fikir… 436 00:31:45,084 --> 00:31:48,168 bagaimana mereka akan hukum saya dan saya… 437 00:31:48,251 --> 00:31:49,709 - Tarik nafas. - Jauhkan diri. 438 00:31:52,168 --> 00:31:53,876 Mari sini. Dengar cakap saya. 439 00:31:55,543 --> 00:31:57,459 - Rasa tangan saya? Rasakan. - Apa ini? 440 00:31:57,543 --> 00:31:59,001 - Ya, rasakannya. - Ya. 441 00:31:59,084 --> 00:32:00,751 Tolong dengar cakap saya. 442 00:32:01,959 --> 00:32:03,084 Tark nafas. 443 00:32:09,918 --> 00:32:11,626 Bernafas untuk gerak tangan saya. 444 00:32:15,209 --> 00:32:16,126 Bagus. 445 00:32:17,043 --> 00:32:18,126 Teruskan. 446 00:33:41,668 --> 00:33:47,418 AYUB: JUJUR SAHAJA DENGAN DIA. UTAMAKAN DIRI AWAK. 447 00:34:04,043 --> 00:34:04,959 Hai. 448 00:34:06,001 --> 00:34:07,626 - Hai. - Boleh kita bercakap? 449 00:34:14,251 --> 00:34:15,501 Sebenarnya… 450 00:34:16,876 --> 00:34:22,043 Ia tak berkesan apabila kita cuba anggap tiada apa-apa yang berlaku. 451 00:34:22,126 --> 00:34:23,126 Maafkan saya. 452 00:34:37,751 --> 00:34:38,876 Bolehkah kita… 453 00:34:40,834 --> 00:34:42,209 Wille. 454 00:34:49,168 --> 00:34:51,459 Saya hanya fikirkan awak ketika cuti sekolah. 455 00:34:54,584 --> 00:34:56,668 Namun saya juga rasa bagus… 456 00:34:58,501 --> 00:34:59,876 apabila diberikan ruang. 457 00:35:04,293 --> 00:35:06,584 Baiklah, jadi apa? 458 00:35:07,834 --> 00:35:09,959 Adakah kita tak patut saling bercakap? 459 00:35:10,751 --> 00:35:13,709 Tak perlu buat begitu selamanya, tapi buat masa sekarang… 460 00:35:19,043 --> 00:35:21,418 Simon, saya hanya boleh bercakap dengan awak. 461 00:35:21,501 --> 00:35:25,376 Wille, adakah awak tak sedar yang awak telah sakiti hati saya? 462 00:35:34,959 --> 00:35:37,043 Saya tak boleh mendekati awak sekarang. 463 00:35:38,918 --> 00:35:42,043 Beritahu saya apa yang perlu saya buat, Simon… 464 00:35:49,668 --> 00:35:52,543 SIMON: AYUB, MALAM KARAOKE? 465 00:36:09,251 --> 00:36:14,668 MAK 466 00:36:18,751 --> 00:36:22,751 - Apa yang tak kena dengan cuaca ini? - Tiba-tiba sahaja salji turun. 467 00:36:22,834 --> 00:36:25,126 - Ya, hanya di Sweden. - Tiba-tiba sahaja. 468 00:36:25,209 --> 00:36:27,459 - Sehingga terbit cahaya pagi - Wah. 469 00:36:27,543 --> 00:36:29,626 - Kita akan berpesta malam ini - Apa? 470 00:36:29,709 --> 00:36:32,043 - Saya sangat gementar. - Mengapa? 471 00:36:32,126 --> 00:36:35,168 - Saya tak tahu. - Apabila esok menjelma… 472 00:36:35,251 --> 00:36:38,209 - Kita boleh pergi. - Dia dah nampak. Kita perlu masuk. 473 00:36:39,876 --> 00:36:43,168 - Ini peluang awak untuk lupakan Wille. - Ya, bertenang. 474 00:36:44,251 --> 00:36:45,251 - Hai. - Beri Coke. 475 00:36:45,334 --> 00:36:47,084 Saya juga nak Coke. 476 00:36:47,168 --> 00:36:48,793 Begitulah Rosh lupakan Yasmine. 477 00:36:48,876 --> 00:36:51,376 - Yasmina. - Bukan, Yasimine. 478 00:36:51,459 --> 00:36:53,959 - Nama dia Yasmina. - Apa? Bukan. 479 00:36:54,043 --> 00:36:55,209 Yasmina. 480 00:36:57,918 --> 00:36:59,959 Simon, saya gembira awak datang. 481 00:37:00,459 --> 00:37:02,959 - Awak tak pernah ke sini, bukan? - Ya. 482 00:37:03,043 --> 00:37:04,459 - Hai! Marcus. - Hai. 483 00:37:05,126 --> 00:37:06,084 Kawan-kawan saya. 484 00:37:06,168 --> 00:37:08,334 - Hai, saya Ayub. - Perkenalkan diri. 485 00:37:08,418 --> 00:37:09,418 - Hai. - Hai, Simon. 486 00:37:09,501 --> 00:37:12,293 David, Sara. Apa awak akan lakukan? 487 00:37:14,251 --> 00:37:16,501 - Apa maksudnya? - Awak mesti menyanyi. 488 00:37:16,584 --> 00:37:18,084 - Kita menyanyi? Saya… - Ya. 489 00:37:18,168 --> 00:37:20,709 - Saya takkan menyanyi karaoke. - Awak takut? 490 00:37:20,793 --> 00:37:24,084 - Saya tak boleh menyanyi karaoke. - Kita menyanyi bersama, okey? 491 00:37:27,126 --> 00:37:28,084 Carola. 492 00:37:28,168 --> 00:37:29,959 - "Cinta bukan cinta"? - Ya. 493 00:37:30,043 --> 00:37:32,376 - Tak boleh. - Ya. 494 00:37:32,459 --> 00:37:33,793 Tak boleh. 495 00:37:33,876 --> 00:37:36,001 - Tak boleh. - Ya! 496 00:37:36,793 --> 00:37:38,376 Awak boleh, Simme! 497 00:37:41,834 --> 00:37:45,418 Tuan-tuan dan puan-puan, saya memperkenalkan kepada anda. 498 00:37:45,501 --> 00:37:49,501 Kebanggaan Bjärstad, Simon Eriksson! 499 00:37:54,626 --> 00:37:58,418 Orang asing Kau datang ke dalam kehidupanku 500 00:37:58,501 --> 00:38:01,834 Menyentuhku dengan sentuhan yang lembut 501 00:38:01,918 --> 00:38:04,959 Pada suatu malam bergemerlapan Kita lakukan dengan betul 502 00:38:06,168 --> 00:38:08,084 Selamanya 503 00:38:08,168 --> 00:38:11,418 Dan orang asing Kau potongku seperti pisau 504 00:38:11,501 --> 00:38:12,959 Kau tunjukkan kepadaku… 505 00:38:13,043 --> 00:38:15,459 Destinasiku 506 00:38:15,543 --> 00:38:16,876 Aku ingat aku tahu cinta 507 00:38:16,959 --> 00:38:22,876 Tetapi kemudian cinta sejati Datang kepadaku! 508 00:38:23,959 --> 00:38:26,751 Cinta bukan cinta tanpa perasaan ini… 509 00:38:52,834 --> 00:38:55,793 Sigge teruskan seperti biasa. 510 00:38:55,876 --> 00:38:59,543 - Ke tepi. Dia juga cakap tentang… - Apa kata awak duduk di tempat lain. 511 00:39:00,668 --> 00:39:01,834 Apa? 512 00:39:01,918 --> 00:39:03,959 Ada banyak tempat kosong. 513 00:39:04,043 --> 00:39:06,584 - Awak boleh duduk di tempat lain. - Ke tepi! 514 00:39:07,251 --> 00:39:10,918 Awak boleh lihat apa yang berlaku apabila awak ubah sistem. 515 00:39:11,001 --> 00:39:14,626 Sistem gagal. Huru-hara. Dengar sini. 516 00:39:14,709 --> 00:39:18,168 Apabila senior berada di sini, awak perlu dengar cakap dia. 517 00:39:18,251 --> 00:39:21,793 - Ini peraturan dan awak perlu ikut. - …sentuhan yang lembut 518 00:39:21,876 --> 00:39:25,959 Pada suatu malam bergemerlapan Kita lakukan dengan betul 519 00:39:26,043 --> 00:39:28,751 Selamanya 520 00:39:28,834 --> 00:39:32,126 Hai! Aku orang ketiga. Aku rosakkan janji temu mereka. 521 00:39:32,209 --> 00:39:36,543 Ini tak betul dan tak benar-benar berlaku 522 00:39:36,626 --> 00:39:40,959 Ia hanya ilusi Sebuah mimpi yang akan hancur… 523 00:39:41,043 --> 00:39:42,501 AYUB, 31 MINIT 524 00:39:44,376 --> 00:39:45,376 Wilhelm? 525 00:39:46,751 --> 00:39:48,459 - Wille? - Bagus. 526 00:39:48,959 --> 00:39:49,876 Mengemat. 527 00:39:49,959 --> 00:39:53,751 Barulah awak boleh dapat lebih. Faham? 528 00:39:58,376 --> 00:40:00,209 Awak tak boleh buka dan hanya… 529 00:40:29,501 --> 00:40:31,418 Ia mungkin berkesan. 530 00:40:31,501 --> 00:40:34,126 Maafkan saya. 531 00:40:35,418 --> 00:40:37,959 Wilhelm, saya gembira awak hubungi saya. 532 00:40:38,043 --> 00:40:39,501 Semua ini salah awak. 533 00:40:39,584 --> 00:40:41,334 Semua ini salah awak! 534 00:40:42,751 --> 00:40:44,001 Apa yang berlaku? 535 00:40:47,043 --> 00:40:48,834 Simon keluar dengan orang lain. 536 00:40:50,543 --> 00:40:51,584 Baiklah. 537 00:40:52,459 --> 00:40:55,751 Dengar sini. Saya bukan Erik. Saya juga tak mahu jadi dia. 538 00:40:55,834 --> 00:40:57,876 Saya tak mahukan semua ini. 539 00:40:57,959 --> 00:41:01,501 Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak tiga kali. 540 00:41:01,584 --> 00:41:04,334 Betul! Saya memang tak mahu jadi Putera Mahkota! 541 00:41:04,418 --> 00:41:05,918 Berhenti! 542 00:41:07,001 --> 00:41:09,918 Fikiran awak sedang bercelaru. 543 00:41:10,001 --> 00:41:12,709 Saya faham awak geram dan tertekan 544 00:41:12,793 --> 00:41:16,084 tapi saya mahu awak bertenang dan beritahu apa yang berlaku. 545 00:41:16,168 --> 00:41:17,584 Tukar ke mod pembesar suara. 546 00:41:18,293 --> 00:41:20,251 Tukar ke mod pembesar suara atau… 547 00:41:20,334 --> 00:41:23,668 Saya akan bersiaran di Instagram dan seluruh Sweden dengar. 548 00:41:25,251 --> 00:41:26,918 Semua orang dengar suara awak. 549 00:41:28,209 --> 00:41:29,126 Baiklah. 550 00:41:29,959 --> 00:41:32,293 Farima, Jan-Olof? Siapa di sana? 551 00:41:32,376 --> 00:41:36,209 Farima tiada di sini hari ini, tapi Minou dan patik ada di sini. 552 00:41:36,293 --> 00:41:38,126 Kami dengar, Tuanku. 553 00:41:38,209 --> 00:41:39,334 Baiklah, dengar sini. 554 00:41:39,418 --> 00:41:43,334 Saya takkan beri sebarang ucapan ketika sambutan jubli, faham? 555 00:41:43,418 --> 00:41:44,959 Tiada siapa beritahu saya! 556 00:41:45,043 --> 00:41:48,959 Saya benci apabila awak buat keputusan tanpa berbincang dengan saya! 557 00:41:49,043 --> 00:41:52,751 Saya takkan jadi Putera Mahkota lagi! Saya takkan jadi raja! 558 00:41:53,418 --> 00:41:55,168 Saya tak main-main kali ini. 559 00:41:55,251 --> 00:41:58,168 Jika awak tak dengar, saya akan beritahu semua orang. 560 00:43:01,084 --> 00:43:03,918 Terjemahan sari kata oleh Ismasyariff