1 00:00:06,501 --> 00:00:10,293 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:10,793 --> 00:00:12,834 WILHELM: AWAK OKEY? 3 00:00:15,918 --> 00:00:18,959 SAYA TAK RASA HENRY AKAN BERITAHU SESIAPA. 4 00:00:21,834 --> 00:00:24,709 Henry nampak mereka di atas katil. Dia berbogel. 5 00:00:24,793 --> 00:00:27,751 Putera mahkota dan Felice? Namun dia bersama August. 6 00:00:27,834 --> 00:00:32,876 "Saya tak kata dia mata duitan," tapi dia hanya bergaul dengan golongan bangsawan. 7 00:00:42,501 --> 00:00:44,418 Beralih ke Simon. 8 00:00:44,501 --> 00:00:48,709 Tapi siapakah kita Tiada siapa boleh ulang 9 00:00:48,793 --> 00:00:50,626 Altos, bahagian awak. 10 00:00:51,293 --> 00:00:55,376 Akan aku ingat saat kita bersama 11 00:00:55,459 --> 00:01:00,084 Terima kasih. Pengetua akan dengar apabila awak buat persembahan di majlis Valentine 12 00:01:00,168 --> 00:01:04,918 dan akan putuskan kita akan menyanyi lagu ini atau lagu asal pada sambutan itu. 13 00:01:05,001 --> 00:01:06,584 Jadi ingat… 14 00:01:25,001 --> 00:01:28,376 AUGUST: GILIRAN AWAK PULA. 15 00:01:31,543 --> 00:01:33,209 SARA: GILIRAN SAYA UNTUK APA? 16 00:01:34,876 --> 00:01:37,334 HEI! APA YANG AWAK MAHU SAYA HANTAR? 17 00:01:37,418 --> 00:01:40,209 - Semua orang tahu! - Tidak, mereka tak tahu. 18 00:01:40,293 --> 00:01:43,293 Mereka tahu. Mereka asyik bercakap dan memandang saya! 19 00:01:43,376 --> 00:01:45,626 Orang dah bosan. Perkara lain akan berlaku. 20 00:01:45,709 --> 00:01:47,876 Mereka akan gosip perkara lain pula. 21 00:01:47,959 --> 00:01:50,709 Siapa kisah jika semua orang tahu? Adakah ia penting? 22 00:01:50,793 --> 00:01:53,876 Awak tak suka orang bergosip tentang awak, bukan? 23 00:01:53,959 --> 00:01:57,876 - Apa? - Stella dan saya berasmara di parti. 24 00:01:57,959 --> 00:02:01,334 Ada orang sebar khabar angin kata kami suka seks tiga serangkai. 25 00:02:01,418 --> 00:02:05,084 Awak sentiasa rasa gelisah. Saya berfikir, "Siapa yang ambil kisah?" 26 00:02:05,168 --> 00:02:07,293 - Adakah awak berdua kekasih? - Tidak. 27 00:02:07,376 --> 00:02:10,084 Gadis akan berasmara dengan kawan baik ketika mabuk. 28 00:02:11,334 --> 00:02:14,376 - Saya tak pernah. - Dah tiba masanya. 29 00:02:14,459 --> 00:02:17,209 Namun Felice hanya berasmara dengan kerabat raja. 30 00:02:17,293 --> 00:02:20,084 Apa? Awak memang tak guna. 31 00:02:20,168 --> 00:02:21,501 - Awak memalukan! - Maaf. 32 00:02:21,584 --> 00:02:22,959 Saya sangat sensitif. 33 00:02:24,293 --> 00:02:25,751 Apa yang berlaku di sini? 34 00:02:25,834 --> 00:02:28,126 - Ia untuk Saint Valentine. - Hari Kekasih? 35 00:02:28,209 --> 00:02:29,251 Sama sekali bukan. 36 00:02:29,334 --> 00:02:35,251 Hari kekasih ialah hari karut Amerika yang mula diraikan di Sweden pada tahun 50-an. 37 00:02:35,334 --> 00:02:36,668 - Ia tak sama. - Baiklah. 38 00:02:36,751 --> 00:02:39,293 Ini ialah salah satu tradisi Hillerska paling lama. 39 00:02:39,376 --> 00:02:42,751 Ia bermula dengan menulis surat cinta antara satu sama lain. 40 00:02:42,834 --> 00:02:47,334 Kemudian diganti dengan sajak pada kurun ke 18. Sangat bagus. 41 00:02:47,418 --> 00:02:50,626 Mak saya kata ia parti terbaik sepanjang tahun. 42 00:02:50,709 --> 00:02:53,709 - Parti? - Apa? Felice tak beritahu awak? 43 00:02:53,793 --> 00:02:55,293 Parti apa? 44 00:02:55,376 --> 00:02:59,668 Pada minggu itu, pelajar lelaki akan tulis surat cinta 45 00:02:59,751 --> 00:03:02,043 kepada gadis yang mereka minat. 46 00:03:02,126 --> 00:03:03,376 Selepas itu… 47 00:03:03,459 --> 00:03:06,084 Untunglah hanya lelaki yang dapat tulis surat. 48 00:03:06,168 --> 00:03:10,209 Maaf. Bukan salah kita yang mereka paling seksi pada kurun ke 18. 49 00:03:10,293 --> 00:03:15,209 Sekarang kita boleh hantar surat kepada seseorang dan identiti kita dirahsiakan. 50 00:03:15,293 --> 00:03:17,543 Ada lelaki yang hantar kepada semua orang. 51 00:03:18,751 --> 00:03:22,876 Kemudian, ia akan berakhir dengan majlis tari-menari. 52 00:03:22,959 --> 00:03:26,876 Jika awak jumpa peminat rahsia awak, awak akan ke majlis itu bersama-sama. 53 00:03:26,959 --> 00:03:29,501 Kita memakai pakaian dan rambut palsu kurun ke 18. 54 00:03:29,584 --> 00:03:32,126 Peliknya. Kita akan menyerupai Marie Antoinette. 55 00:03:32,209 --> 00:03:34,709 - Ia menyeronokkan. - Namun dia dipancung. 56 00:03:34,793 --> 00:03:37,418 Boleh awak semua berhenti bersikap negatif? 57 00:03:37,501 --> 00:03:40,668 - Saya tak faham. - Apa yang awak tulis? 58 00:03:40,751 --> 00:03:42,209 Awak akan tulis kepada siapa? 59 00:03:44,668 --> 00:03:47,126 Saya tidak memikirkan sesiapa. 60 00:03:47,209 --> 00:03:50,834 Baiklah, jika awak mahu tarik perhatian seseorang 61 00:03:50,918 --> 00:03:51,959 hantar gambar bogel. 62 00:03:54,418 --> 00:03:56,959 - Apa? Bagaimana caranya? - Bagaimana? 63 00:03:57,543 --> 00:04:00,793 - Tanggal semua pakaian awak… - Dia bergurau. Jangan dengar. 64 00:04:00,876 --> 00:04:03,918 Dia beri nasihat paling teruk? Jangan hantar gambar bogel. 65 00:04:06,293 --> 00:04:10,334 Jangan terlalu spesifik. Awak tak boleh hanya tertumpu pada seorang gadis. 66 00:04:10,418 --> 00:04:12,918 Jika dia tolak, awak tiada pelan sokongan. 67 00:04:13,001 --> 00:04:16,751 Gadis suka bersaing. Mereka akan lebih suka awak. 68 00:04:17,709 --> 00:04:21,543 - Ia berkesan ke atas awak. - Ya, ia memang berkesan. 69 00:04:25,251 --> 00:04:30,709 Ada sesiapa di sini yang mahu kongsikan sesuatu kepada kita? 70 00:04:35,459 --> 00:04:38,001 Tiada siapa mahu meluahkan sesuatu yang terbuku? 71 00:04:40,543 --> 00:04:42,001 Tiada? Baiklah. 72 00:04:42,084 --> 00:04:45,459 Jika orang itu tak bangun secara sukarela 73 00:04:45,543 --> 00:04:46,668 saya tiada pilihan. 74 00:04:48,626 --> 00:04:51,334 Wille di atas meja! 75 00:04:51,418 --> 00:04:57,418 - Wille, dipersilakan! - Wille, dipersilakan! 76 00:04:57,501 --> 00:04:58,668 Hentikannya. 77 00:04:58,751 --> 00:05:03,918 - Wille, dipersilakan! - Wille, dipersilakan! 78 00:05:04,001 --> 00:05:05,376 Hentikannya! 79 00:05:05,459 --> 00:05:06,501 Hentikannya! 80 00:05:07,543 --> 00:05:11,293 Tradisi yang memang mengarut. Tak mungkin hanya saya yang fikir begitu. 81 00:05:11,376 --> 00:05:15,876 - Kita boleh hormati privasi orang lain! - Jadi tiada siapa di bilik awak semalam? 82 00:05:20,918 --> 00:05:23,751 Itu maksud saya. Ia bukan urusan awak. 83 00:05:23,834 --> 00:05:25,543 Kita ada saksi. 84 00:05:32,209 --> 00:05:34,084 Felice menonton filem di bilik saya. 85 00:05:36,126 --> 00:05:37,043 Filem apa? 86 00:05:38,293 --> 00:05:41,168 - Memang selesa. - Bukan seperti apa yang awak bayangkan. 87 00:05:43,626 --> 00:05:44,709 Bukan? Baiklah. 88 00:05:44,793 --> 00:05:48,251 Kalau begitu, saya faham. 89 00:05:48,334 --> 00:05:53,668 Namun hanya untuk menjelaskannya, awak kata Henry… 90 00:05:54,626 --> 00:05:59,584 tiada di bilik awak malam semalam dan nampak awak dan Felice berasmara? 91 00:06:00,834 --> 00:06:02,084 Jadi ia fitnah? 92 00:06:04,126 --> 00:06:05,751 Salah seorang menipu kita. 93 00:06:06,668 --> 00:06:07,959 Wille. 94 00:06:09,084 --> 00:06:10,501 - Ayuh. - Jangan tipu. 95 00:06:10,584 --> 00:06:14,418 Semua orang ada nilai yang sama 96 00:06:14,501 --> 00:06:17,501 Namun bukan semua boleh main 97 00:06:18,334 --> 00:06:21,709 Kerana kita budak Forest Ridge 98 00:06:21,793 --> 00:06:25,793 Dan kita tiada bilik untuk sesiapa lagi 99 00:06:25,876 --> 00:06:29,293 Semua orang ada nilai yang sama 100 00:06:29,376 --> 00:06:31,751 - Namun bukan semua boleh main - Sudahlah! 101 00:06:31,834 --> 00:06:33,501 Sudahlah! Hentikan! 102 00:06:33,584 --> 00:06:36,626 Kerana kita budak Forest Ridge 103 00:06:36,709 --> 00:06:40,459 Dan kita tiada bilik untuk sesiapa lagi… 104 00:06:52,584 --> 00:06:55,376 SIMON: MAHU LUANG MASA BERSAMA? 105 00:07:05,793 --> 00:07:06,709 Sebentar. 106 00:07:21,126 --> 00:07:23,334 Awak buat apa pada malam Rabu nanti? 107 00:07:23,418 --> 00:07:24,668 Luang masa dengan awak. 108 00:07:26,626 --> 00:07:29,501 Pihak sekolah anjur majlis menari tapi ia pasti bosan. 109 00:07:29,584 --> 00:07:30,876 Majlis menari? 110 00:07:33,293 --> 00:07:35,376 Adakah awak sudi pergi dengan saya? 111 00:07:38,668 --> 00:07:41,043 Awak nak tunjukkan saya kepada semua orang? 112 00:07:45,084 --> 00:07:50,168 - Saya bukan pelajar sekolah itu. - Tak kisah. Ia parti kostum. 113 00:07:50,251 --> 00:07:54,168 Saya tak suka parti sekolah dan majlis menari di Hillerska. 114 00:07:57,668 --> 00:07:58,709 Tak mengapa. 115 00:08:01,376 --> 00:08:03,709 Sebaliknya kita boleh melepak di rumah saya. 116 00:08:05,126 --> 00:08:06,334 Hanya awak dan saya. 117 00:08:07,418 --> 00:08:10,418 Menonton filem atau buat sesuatu. Tak pergi ke majlis itu. 118 00:08:10,501 --> 00:08:12,001 - Tak boleh. - Mengapa? 119 00:08:12,084 --> 00:08:16,334 - Koir akan menyanyi. - Namun awak boleh datang selepas itu. 120 00:08:18,709 --> 00:08:20,626 - Mungkin. - Mungkin? 121 00:08:20,709 --> 00:08:22,918 - Ya. - Apa maksud awak, mungkin? 122 00:08:23,001 --> 00:08:24,459 Awak mahu pergi. 123 00:08:24,543 --> 00:08:25,709 - Apa? - Apa? 124 00:08:28,418 --> 00:08:31,418 Jadi, awak akan bawa semua pasangan awak ke sini? 125 00:08:33,501 --> 00:08:35,043 Jika saya sangat menyukai dia. 126 00:08:37,084 --> 00:08:38,834 Siapa kalah, dia memang teruk. 127 00:08:41,168 --> 00:08:42,084 Baiklah. 128 00:08:46,251 --> 00:08:47,209 Tidak boleh. 129 00:09:03,584 --> 00:09:06,543 - Apa yang awak buat? - Saya nak pergi mandi. 130 00:09:06,626 --> 00:09:07,709 Saya hanya perlu… 131 00:09:09,959 --> 00:09:12,751 Awak dah berbincang dengan mak awak tentang Rosseau? 132 00:09:12,834 --> 00:09:17,293 Belum lagi. Ada perkara lain yang perlu saya fikirkan. 133 00:09:17,376 --> 00:09:20,543 Katakan sahaja awak tak mahu jual kepada mereka. 134 00:09:20,626 --> 00:09:24,334 Awak tahu perangai dia. Saya mahu beritahu ketika dia dalam keadaan bagus. 135 00:09:24,418 --> 00:09:26,709 Namun saya boleh beritahu dia esok. 136 00:09:27,793 --> 00:09:30,251 Segalanya akan baik-baik sahaja. Saya janji. 137 00:09:45,709 --> 00:09:47,626 Baiklah! Bagus! 138 00:10:04,626 --> 00:10:06,293 Saya ingat semua orang dah pergi. 139 00:10:12,043 --> 00:10:15,334 Awak pasti suka diarak selepas bercerita tentang Felice. 140 00:10:16,001 --> 00:10:17,834 Satu berita yang menarik. 141 00:10:19,293 --> 00:10:22,876 Simon, saya tahu ia sukar. Namun ia juga hipokrit. 142 00:10:22,959 --> 00:10:25,418 Bukan saya yang ada teman lelaki rahsia. 143 00:10:27,376 --> 00:10:31,543 Awak kata awak berdua tak serius tapi awak cium dia di hadapan saya. 144 00:10:31,626 --> 00:10:33,001 Bagaimana perasaan awak? 145 00:10:40,751 --> 00:10:42,334 Awak kekasih dia sekarang? 146 00:10:46,251 --> 00:10:48,584 Sekurang-kurangnya dia mengaku dia suka saya. 147 00:10:50,459 --> 00:10:53,001 Dia bawa saya jumpa kawannya, suka nyanyian saya… 148 00:10:53,084 --> 00:10:54,209 Saya pun sama! 149 00:10:55,209 --> 00:10:57,834 - Dia terima saya seadanya. - Saya pula tak? 150 00:10:57,918 --> 00:11:00,959 Awak yang tak boleh terima kedudukan dan keluarga saya! 151 00:11:01,043 --> 00:11:03,418 Mungkin saya tak boleh terima. 152 00:11:25,834 --> 00:11:27,168 Biar betul. 153 00:11:30,126 --> 00:11:34,668 "Madison, Madison, kau buat jantungku Melantun-lantun seperti badminton" 154 00:11:35,293 --> 00:11:37,543 "Adakah ia satu jenayah Untuk memiliki kau? 155 00:11:37,626 --> 00:11:40,376 Kerana kau memang menawan" 156 00:11:41,126 --> 00:11:43,584 - Sajak ini sangat teruk. - Sangat teruk! 157 00:11:43,668 --> 00:11:45,918 "Aku akan merangkak, jadi tolonglah 158 00:11:46,001 --> 00:11:48,918 - Izinkanku membawamu ke majlis tari" - "Izinkanku membawamu ke majlis tari" 159 00:11:49,918 --> 00:11:51,668 - Ia Albin, 100 peratus. - Tidak! 160 00:11:51,751 --> 00:11:53,459 Hai. 161 00:11:53,543 --> 00:11:56,084 - Hai. - Awak ada masa untuk bercakap? 162 00:11:56,168 --> 00:11:57,959 - Sekarang? - Ya. 163 00:11:58,626 --> 00:11:59,959 Ya. 164 00:12:01,709 --> 00:12:05,001 Teori lain. Ini sukar untuk diselesaikan. 165 00:12:05,084 --> 00:12:07,376 - Mereka nak ke mana? - Apa yang berlaku? 166 00:12:10,251 --> 00:12:11,876 Saya tak tahu apa yang berlaku. 167 00:12:13,584 --> 00:12:14,668 Saya pun sama. 168 00:12:18,293 --> 00:12:19,251 Saya rasa… 169 00:12:20,709 --> 00:12:26,626 apabila lihat Simon dan Marcus selepas pertandingan, segalanya nyata. 170 00:12:26,709 --> 00:12:28,209 Dia memang dah beralih arah. 171 00:12:28,293 --> 00:12:32,043 - Dia dah mengaku mereka pasangan kekasih. - Biar betul. 172 00:12:32,918 --> 00:12:34,251 Ini yang awak risaukan? 173 00:12:35,126 --> 00:12:40,126 Semua orang mengumpat saya. Mereka kata saya nak kahwin keluarga raja. 174 00:12:40,209 --> 00:12:43,168 Awak lakukannya untuk buat Simon cemburu? 175 00:12:43,251 --> 00:12:47,251 - Awak memang pentingkan diri. - Felice, saya tak bermaksud begitu. 176 00:12:47,334 --> 00:12:50,501 Saya nak lihat adakah ia sama dengan Simon jika bersama awak. 177 00:12:51,334 --> 00:12:53,876 Itu lebih bagus. 178 00:12:53,959 --> 00:12:57,626 Sudah lama saya jatuh cinta dengan awak. 179 00:12:57,709 --> 00:12:59,001 Awak pun tahu. 180 00:13:06,126 --> 00:13:07,293 Tak guna, saya memang… 181 00:13:09,168 --> 00:13:11,334 teruk kerana lakukan itu. 182 00:13:12,751 --> 00:13:13,793 Ya. 183 00:13:13,876 --> 00:13:15,751 Saya sangat sukakan awak. 184 00:13:15,834 --> 00:13:19,043 Awak memang kawan yang bagus. 185 00:13:24,001 --> 00:13:25,334 Boleh awak maafkan saya? 186 00:13:29,293 --> 00:13:32,584 Saya juga tak halang awak. 187 00:13:34,543 --> 00:13:38,293 Saya juga sangat sukakan awak sebagai seorang kawan. 188 00:13:44,084 --> 00:13:46,709 - Boleh saya peluk? - Sudah tentu, mari sini. 189 00:13:56,501 --> 00:13:59,251 - Mari kita ke majlis menari bersama-sama? - Apa? 190 00:13:59,751 --> 00:14:05,501 Mereka mungkin akan kurang mengumpat awak jika kita pergi bersama. 191 00:14:06,334 --> 00:14:10,334 Tak, mereka pasti akan terus mengumpat. Mereka tahu saya sukakan awak. 192 00:14:11,251 --> 00:14:16,959 Sejujurnya, saya rasa antara sebab saya jatuh cinta dengan awak… 193 00:14:17,918 --> 00:14:19,126 kerana awak putera raja. 194 00:14:20,209 --> 00:14:21,876 Boleh beritahu itu kepada Simon? 195 00:14:23,251 --> 00:14:24,876 Ia mungkin sesuatu yang bagus. 196 00:14:25,501 --> 00:14:29,043 Awak tak bersama dengan dia lagi tak bermakna tiada peluang. 197 00:14:33,626 --> 00:14:35,376 Ya, saya rasa masih ada peluang. 198 00:14:39,543 --> 00:14:41,084 Saya tak berharap lagi. 199 00:14:43,459 --> 00:14:47,168 Ia begitu menyakitkan. Seolah-olah saya akan mati. 200 00:14:52,668 --> 00:14:54,251 Saya perlu lepaskan dia. 201 00:14:59,084 --> 00:15:03,251 Saya tak faham langsung. Berapa banyak baris ayat dalam soneta? 202 00:15:03,334 --> 00:15:07,959 Apa? Soneta? Awak tulis soneta? Awak akan memalukan diri sendiri. 203 00:15:08,043 --> 00:15:11,001 Hantar gambar kemaluan. Awak akan tahu kenapa awak ditolak. 204 00:15:16,293 --> 00:15:18,834 - Henry, awak beritahu semua orang, bukan? - Apa? 205 00:15:18,918 --> 00:15:22,584 Apa? Saya tak beritahu sesiapa. Saya hanya beritahu Valter. 206 00:15:22,668 --> 00:15:26,209 Dia yang beritahu orang lain. Saya tak kata apa-apa. 207 00:15:26,293 --> 00:15:28,168 Awak yang beritahu dia. 208 00:15:28,251 --> 00:15:30,459 Baiklah, saya rasa saya dah siap. 209 00:15:32,168 --> 00:15:34,209 Sajak ini dipanggil Emping Saljiku. 210 00:15:34,876 --> 00:15:36,751 "Kau berkilau dan bersinar…" 211 00:15:37,501 --> 00:15:38,626 Adakah awak okey? 212 00:15:39,543 --> 00:15:41,168 Mengapa saya tak okey? 213 00:15:41,251 --> 00:15:43,876 Saya tak tahu. Awak nampak tegang. 214 00:15:43,959 --> 00:15:47,626 Saya hanya mahu masuk ke sini tanpa jadi perhatian orang. 215 00:15:47,709 --> 00:15:50,876 Saya faham. Kalau begitu, awak tak sepatutnya datang ke sini. 216 00:15:56,126 --> 00:15:59,459 - Jika saya nak mula bercinta, kadangkala… - Apa? 217 00:16:01,584 --> 00:16:04,043 Bagaimana… 218 00:16:04,876 --> 00:16:08,876 Satu-satunya teman wanita Erik ialah anak kawan mak. 219 00:16:08,959 --> 00:16:11,668 Tak sukar untuk tak menonjol dalam golongan yang sama… 220 00:16:11,751 --> 00:16:14,876 Wille, awak terlalu banyak berfikir. Jangan merumitkan keadaan. 221 00:16:16,001 --> 00:16:18,334 - Apa awak buat ketika cuti Easter? - Mengapa? 222 00:16:18,418 --> 00:16:20,043 Awak datang ke Verbier. 223 00:16:20,126 --> 00:16:23,459 Kami ada rumah di sana. Kita boleh main luncur salji dan berparti. 224 00:16:23,543 --> 00:16:26,209 Apa yang awak suka? Lelaki remaja? Biseksual? 225 00:16:27,251 --> 00:16:28,376 Orang asia atau latin? 226 00:16:28,459 --> 00:16:31,584 Nisse, saya rasa mak takkan suka jika dia tahu. 227 00:16:31,668 --> 00:16:35,793 Kita akan lakukan secara rahsia. Awak pun tak tahu saya seorang gay. 228 00:16:36,876 --> 00:16:37,918 Ya. 229 00:16:39,418 --> 00:16:42,043 - Adakah Vincent dan August tahu? - Saya tak tahu. 230 00:16:42,126 --> 00:16:45,584 Saya rasa mereka tahu tapi kami tak cakap tentangnya. 231 00:16:45,668 --> 00:16:51,001 Jangan anggap ini perkara serius. Namakan seorang CEO yang mengaku gay. 232 00:16:52,209 --> 00:16:55,168 Tiada seorang pun. Saya takkan jadi yang pertama. 233 00:16:56,501 --> 00:16:57,543 Saya faham. 234 00:16:59,543 --> 00:17:02,251 Boleh saya tanya sesuatu berkaitan Simon? 235 00:17:04,209 --> 00:17:08,709 Adakah dia fikir awak akan mengaku awak yang berada dalam video itu? 236 00:17:15,668 --> 00:17:16,834 Sebenarnya… 237 00:17:18,709 --> 00:17:21,584 Saya kata saya takkan keluarkan kenyataan. 238 00:17:23,626 --> 00:17:25,501 Namun saya lakukannya juga. 239 00:17:26,501 --> 00:17:28,918 Saya rasa sebab itu dia tak percayakan saya. 240 00:17:29,001 --> 00:17:32,876 Dia takkan ada apa-apa masalah. Dia hanya orang awam bernama Simon. 241 00:17:32,959 --> 00:17:36,334 Namun bagi awak, ia akan menjadi tajuk berita antarabangsa. 242 00:17:37,209 --> 00:17:40,918 Ia perkara serius untuk tanya seseorang yang jalin hubungan selama sebulan. 243 00:17:42,251 --> 00:17:44,126 - Bukan begitu dia melihatnya. - Tak. 244 00:17:44,209 --> 00:17:48,334 Sebab itu awak perlu bergaul dengan seseorang yang sama taraf dengan awak. 245 00:17:49,084 --> 00:17:50,084 Seperti kami. 246 00:17:53,293 --> 00:17:55,418 Bagaimana? Verbier. 247 00:18:02,793 --> 00:18:05,334 - Saya sangat penat. - Ya, saya pun penat. 248 00:18:06,376 --> 00:18:09,543 Saya tak faham bagaimana perkara begini terus berlanjutan. 249 00:18:10,709 --> 00:18:13,043 Saya perlu kopi untuk belajar bahasa Inggeris. 250 00:18:13,126 --> 00:18:14,418 Baiklah. 251 00:18:14,501 --> 00:18:18,376 Biar betul! 252 00:18:18,459 --> 00:18:19,459 - Bagus! - Apa itu? 253 00:18:19,543 --> 00:18:24,251 - Saya harap ia lebih bagus. - Seperti satu sajak. Baiklah. 254 00:18:24,334 --> 00:18:29,001 "Aku berbisik namamu pada waktu malam Aku jerit namamu setiap hari 255 00:18:29,084 --> 00:18:32,793 Jeritan bergema ke seluruh bandar Dari jauh ia boleh didengari 256 00:18:32,876 --> 00:18:37,501 Tapi kau tidur lena pada waktu malam Dikaburi perkara lain setiap hari 257 00:18:37,584 --> 00:18:40,584 Namamu pada lidahku Tak pernah sampai kepadamu 258 00:18:40,668 --> 00:18:44,501 Dalam kesunyian antara kita Cinta yang tak boleh aku kata" 259 00:18:44,584 --> 00:18:46,251 - Wah! - Begitu indah, bukan? 260 00:18:46,334 --> 00:18:48,834 Felice dapat sepuluh mesej ajak berasmara… 261 00:18:48,918 --> 00:18:49,834 AUGUST: BELAKANG. 262 00:18:49,918 --> 00:18:50,918 …selepas Wilhelm. 263 00:18:51,001 --> 00:18:55,334 - Saya tak tahu siapa yang tulis itu. - Betul. Adakah ia Valter? 264 00:18:55,418 --> 00:18:57,001 AUGUST: BILA MASA REHAT AWAK? 265 00:18:57,084 --> 00:19:01,668 - Mungkin Henry? Saya tak tahu. - Bagaimana dengan lelaki dari Hultsgren? 266 00:19:01,751 --> 00:19:04,584 Bukan! Jika dia, matilah saya. 267 00:19:04,668 --> 00:19:07,126 Saya perlu cari dia dan kami akan ke majlis itu. 268 00:19:07,209 --> 00:19:08,126 AUGUST: SEKARANG. 269 00:19:08,959 --> 00:19:12,459 - Sejujurnya, semua lelaki tak guna. - Jangan fikir begitu. 270 00:19:12,543 --> 00:19:14,084 Ya. 271 00:19:14,168 --> 00:19:17,459 - Patriarki tak guna! - Wah, saya malu. 272 00:19:17,543 --> 00:19:20,043 - Kita tak boleh pergi bersama? - Ya. 273 00:19:20,126 --> 00:19:21,126 - Ya. - Saya setuju. 274 00:19:21,209 --> 00:19:25,168 Ya, kita boleh pergi bersama jika dia bukan seseorang yang saya suka. 275 00:19:30,251 --> 00:19:32,251 AUGUST: CEPAT. 276 00:19:49,209 --> 00:19:51,251 Kali ini awak tak berbau kuda. 277 00:19:53,418 --> 00:19:54,959 Saya perlu jawab. 278 00:19:58,543 --> 00:19:59,584 Helo, Jan-Olof. 279 00:19:59,668 --> 00:20:02,793 Helo, August. Kita perlu bercakap tentang masa depan awak. 280 00:20:02,876 --> 00:20:04,334 Baiklah. 281 00:20:04,418 --> 00:20:08,001 Awak perlu memulakan latihan ketenteraan awak pada musim luruh ini. 282 00:20:08,668 --> 00:20:13,876 Pihak istana akan hantar pelan sepuluh tahun mendatang kepada awak. 283 00:20:13,959 --> 00:20:16,293 - Kami memerlukan… - Sepuluh tahun. 284 00:20:16,376 --> 00:20:19,584 Ya, sepuluh tahun. Kami perlu lihat media sosial awak. 285 00:20:19,668 --> 00:20:23,834 Hantar kata laluan awak. Pasukan media akan buang perkara yang bermasalah. 286 00:20:23,918 --> 00:20:26,626 - Baiklah. Sekarang? - Ya, sekarang. 287 00:20:26,709 --> 00:20:28,918 Ada perkara spesifik yang perlu kami tahu? 288 00:20:29,001 --> 00:20:30,668 Contohnya? 289 00:20:30,751 --> 00:20:33,251 Terus terang, awak pernah mengandungkan sesiapa? 290 00:20:33,334 --> 00:20:35,876 Adakah awak menghidap penyakit kelamin? 291 00:20:35,959 --> 00:20:38,168 - Sesuatu yang kami perlu tahu? - Tiada. 292 00:20:38,251 --> 00:20:43,001 Awak merokok, minum arak, hisap dadah? Awak perlu jujur dengan saya. 293 00:20:45,084 --> 00:20:46,668 - August? - Tidak. 294 00:20:46,751 --> 00:20:50,793 Saya jaga kesihatan saya dengan bagus. Saya banyak berlatih. Jadi… 295 00:20:50,876 --> 00:20:56,168 Betul. Hanya untuk pengesahan, adakah awak heteroseksual? 296 00:20:56,251 --> 00:20:57,876 - Ya. - Baiklah. 297 00:20:57,959 --> 00:20:58,918 Hanya gadis. 298 00:20:59,501 --> 00:21:04,084 Baiklah. Hanya kata laluan awak kepada saya. Kami uruskan selebihnya. 299 00:21:04,168 --> 00:21:05,834 Kita bercakap lain kali. 300 00:21:10,376 --> 00:21:11,376 Siapakah itu? 301 00:21:14,959 --> 00:21:15,918 Awak okey? 302 00:21:32,959 --> 00:21:35,876 Mengapa awak ambil ubat ADHD walaupun awak tiada ADHD? 303 00:21:39,293 --> 00:21:40,793 Saya jarang ambil. 304 00:21:40,876 --> 00:21:45,334 Saya hanya makan ketika saya ada banyak kerja sekolah 305 00:21:45,418 --> 00:21:47,584 atau perlu melakukan yang terbaik. 306 00:21:49,126 --> 00:21:51,584 Seperti saya perlu lakukan sekarang. 307 00:21:53,209 --> 00:21:54,209 Mengapa? 308 00:21:59,168 --> 00:22:00,501 Ini rahsia antara kita. 309 00:22:01,918 --> 00:22:03,709 Saya menjadi… 310 00:22:03,793 --> 00:22:06,334 pelan sokongan kepada Wilhelm. 311 00:22:07,626 --> 00:22:12,126 Jika dia tak boleh pikul tanggungjawab sebagai putera mahkota, saya akan ganti. 312 00:22:13,001 --> 00:22:15,918 Kemudian menjadi raja Sweden yang seterusnya. 313 00:22:19,376 --> 00:22:20,418 Biar betul. 314 00:22:21,001 --> 00:22:22,584 Ya, mengejutkan. 315 00:22:23,459 --> 00:22:27,918 Namun hanya dengan cari ini saya akan berhenti makan pil ini. 316 00:22:43,834 --> 00:22:45,751 Awak nak pergi majlis itu dengan saya? 317 00:22:46,459 --> 00:22:48,584 - Apa? - Ya. 318 00:22:50,126 --> 00:22:52,668 Jika kita pergi bersama, semua orang akan tahu. 319 00:22:53,709 --> 00:22:54,834 Tahu apa? 320 00:22:56,959 --> 00:22:58,334 Saya suka awak. 321 00:23:01,959 --> 00:23:04,043 Siapa peduli apa orang lain fikir? 322 00:23:07,626 --> 00:23:09,876 - Baiklah. - Boleh? 323 00:23:10,751 --> 00:23:12,126 - Baiklah. - Baiklah. 324 00:23:22,793 --> 00:23:24,459 Biar betul! 325 00:23:27,043 --> 00:23:30,418 - Ya, tapi lihat sini. - Saya suka yang berwarna firus. 326 00:23:30,501 --> 00:23:33,376 Ada banyak warna yang berbeza. 327 00:23:33,459 --> 00:23:35,376 Ia pasti sangat cantik. 328 00:23:35,459 --> 00:23:37,376 - Betul. - Wah. 329 00:23:38,626 --> 00:23:40,001 Wah, cantiknya! 330 00:23:40,084 --> 00:23:42,876 - Adakah awak nampak rambut palsu Wille? - Tidak. 331 00:23:42,959 --> 00:23:45,626 - Sukar dipercayai. - Adakah awak dan Wille bercinta? 332 00:23:45,709 --> 00:23:47,918 Apa? Sudah tentu tidak. 333 00:23:48,001 --> 00:23:49,376 Kami hanya kawan. 334 00:23:49,459 --> 00:23:52,668 - Baiklah. - Mujurlah. 335 00:23:53,251 --> 00:23:56,168 Nampak memeritkan jika ada kekasih kerabat raja. 336 00:23:59,501 --> 00:24:00,543 Ya. 337 00:24:00,626 --> 00:24:03,376 Mujur saya tak jatuh cinta dengan Wille lagi. 338 00:24:04,084 --> 00:24:05,834 Saya dah meluat dengan lelaki. 339 00:24:05,918 --> 00:24:09,043 Hanya mengundang masalah dan suka berdrama. 340 00:24:10,293 --> 00:24:12,293 Jika awak jalin hubungan dengan mereka. 341 00:24:13,709 --> 00:24:14,668 Serta… 342 00:24:15,751 --> 00:24:18,418 Wille dan saya lebih serasi sebagai kawan. 343 00:24:19,251 --> 00:24:23,376 Jika dia kawan baik awak yang baharu, awak boleh beritahu saya agar saya tahu. 344 00:24:23,459 --> 00:24:27,376 Sudahlah Sara. Awak boleh memiliki beberapa kawan baik dan kawan. 345 00:24:30,293 --> 00:24:33,501 Namun dia ada ajak saya pergi ke majlis menari dengan dia. 346 00:24:33,584 --> 00:24:36,293 - Betulkah? - Namun saya nak pergi dengan awak. 347 00:24:37,084 --> 00:24:41,168 - Dengan saya? - Saya tahu saya kerap bersama Wille. 348 00:24:42,001 --> 00:24:44,126 Sebagai gadis, kita perlu sentiasa bersama. 349 00:24:45,043 --> 00:24:48,001 Lelaki akan datang dan pergi. 350 00:24:56,418 --> 00:24:59,043 Tuanku mahu minum dengan saya? 351 00:24:59,126 --> 00:25:01,543 - Sudahlah. - Saya ada! 352 00:25:41,501 --> 00:25:43,293 Bagus. Segalanya dah selesai. 353 00:25:46,834 --> 00:25:47,959 Siap. 354 00:25:49,501 --> 00:25:50,751 Awak sangat kecoh. 355 00:25:53,459 --> 00:25:56,209 Fredrika, ada sesiapa mengaku siapa penulis sajak itu? 356 00:25:56,293 --> 00:25:58,334 Belum! Saya tak faham. 357 00:25:58,918 --> 00:26:03,543 Itu tujuannya, bukan? Jika tak, saya tak faham kenapa awak lakukannya. 358 00:26:03,626 --> 00:26:05,001 - Baiklah. - Maaf. 359 00:26:05,084 --> 00:26:07,418 Saya rasa saya tak boleh pakai itu. 360 00:26:07,501 --> 00:26:10,168 - Mengapa? - Ia tak terasa seperti saya. 361 00:26:10,793 --> 00:26:13,834 - Bukankah itu tujuannya. - Saya rasa ia sangat cantik. 362 00:26:13,918 --> 00:26:17,418 Bukan kerana tak cantik. Bukan itu masalahnya. 363 00:26:17,501 --> 00:26:19,084 Rasa seperti ada yang tak kena. 364 00:26:19,168 --> 00:26:21,501 Namun ini sangat pelik. Semua orang akan pakai. 365 00:26:21,584 --> 00:26:24,084 Baiklah. Saya tahu jalan penyelesaian. Mari sini. 366 00:26:25,626 --> 00:26:28,543 - Awak memang bagus menyelesaikan masalah. - Terima kasih. 367 00:26:28,626 --> 00:26:30,668 Mujur kita pergi bersama-sama. 368 00:26:31,751 --> 00:26:36,251 AUGUST: BILA AWAK AKAN DATANG? 369 00:27:13,709 --> 00:27:17,793 SARA: KITA TAK BOLEH PERGI BERSAMA-SAMA. 370 00:27:17,876 --> 00:27:21,209 SAYA AKAN PERGI DENGAN KAWAN-KAWAN SAYA. MAAF. 371 00:27:28,043 --> 00:27:31,126 Mak, saya dah kata. Saya tak mahu pergi. 372 00:27:32,668 --> 00:27:34,251 Saya menyanyi pukul sepuluh. 373 00:27:38,293 --> 00:27:42,043 Jika ada yang bertanya, saya berpakaian sebagai pelayan. 374 00:27:44,834 --> 00:27:47,168 Awak kata awak tak suka majlis menari. 375 00:27:50,959 --> 00:27:52,543 Apa sahaja untuk awak. 376 00:27:59,834 --> 00:28:02,043 Bukankah awak patut pakai kostum? 377 00:28:03,709 --> 00:28:06,001 Ya atau tidak. 378 00:28:06,084 --> 00:28:08,793 Apabila koir buat persembahan, biasanya kami pakai sut. 379 00:28:10,334 --> 00:28:12,168 Saya gembira awak datang. 380 00:28:13,584 --> 00:28:14,501 Sudah tentu. 381 00:28:23,168 --> 00:28:26,834 Saya tak tahu awak ada haiwan peliharaan. Apakah namanya? 382 00:28:32,709 --> 00:28:34,084 Ia tiada nama. 383 00:29:19,918 --> 00:29:21,626 Wah, sangat hebat! 384 00:29:21,709 --> 00:29:23,626 Saya bergurau. Baiklah. 385 00:29:25,334 --> 00:29:27,918 - Biar betul! - Ia pasti kuat. 386 00:29:28,001 --> 00:29:30,084 Saya memang mahukannya kuat. 387 00:29:30,168 --> 00:29:32,001 - Minum! - Minum! 388 00:29:36,626 --> 00:29:38,668 - Awak nampak cantik. - Saya curi itu. 389 00:29:38,751 --> 00:29:40,293 - Wah, lagu ini! - Maaf. 390 00:29:40,376 --> 00:29:42,001 Saya menyukainya. 391 00:29:43,126 --> 00:29:44,584 - Stella. - Ya? 392 00:29:44,668 --> 00:29:47,293 Adakah awak yang tulis sajak kepada Fredrika? 393 00:29:48,209 --> 00:29:49,209 Apa? 394 00:29:49,293 --> 00:29:53,209 Saya dapat rasakannya selepas melihat cara awak pandang dan melayan dia. 395 00:29:55,418 --> 00:29:59,043 - Jangan beritahu sesiapa. - Saya takkan beritahu sesiapa. 396 00:29:59,126 --> 00:30:03,334 Saya tidak faham. Mengapa awak tak beritahu dia? 397 00:30:04,334 --> 00:30:07,293 Ini kerana kami telah bersahabat sejak kecil lagi. 398 00:30:07,376 --> 00:30:10,834 Dia seseorang yang penting dalam hidup saya. 399 00:30:10,918 --> 00:30:12,293 Dia mungkin begitu juga. 400 00:30:12,376 --> 00:30:13,793 Jika dia juga rasa begitu 401 00:30:13,876 --> 00:30:18,293 kami perlu kekal di sini dua tahun lagi dan kami kongsi katil dan bilik. 402 00:30:19,126 --> 00:30:22,084 Bagaimana jika kami berpisah? 403 00:30:22,834 --> 00:30:24,751 Mari sini! 404 00:30:25,334 --> 00:30:28,876 Saya mahu suka dia diam-diam daripada jadi bekas kekasih yang dibenci. 405 00:30:29,418 --> 00:30:32,168 - Helo! - Helo! 406 00:30:34,584 --> 00:30:35,501 Apa? 407 00:30:37,834 --> 00:30:39,959 - Kostum mereka sangat menonjol. - Apa? 408 00:30:40,043 --> 00:30:43,584 - Kostum mereka sangat menonjol. - Ya, tradisi Hillerska. 409 00:30:44,293 --> 00:30:45,209 Minum. 410 00:30:55,834 --> 00:30:58,376 - Mari kita menari. - Baiklah. 411 00:31:22,168 --> 00:31:23,126 Wille! 412 00:31:24,584 --> 00:31:26,043 - Awak okey? - Apa? 413 00:31:26,126 --> 00:31:27,168 Awak okey? 414 00:31:30,376 --> 00:31:31,543 Saya perlu okey. 415 00:32:33,209 --> 00:32:35,584 Saya perlu duduk. Ia sangat panas. 416 00:32:35,668 --> 00:32:38,418 - Tak boleh. - Awak menarilah. 417 00:32:51,293 --> 00:32:54,418 - Bila awak akan menyanyi? - Pukul sepuluh nanti. 418 00:32:55,459 --> 00:32:57,584 Selepas itu, kita akan pergi? 419 00:33:02,001 --> 00:33:03,043 Saya fikir… 420 00:33:03,793 --> 00:33:06,626 awak boleh tidur di rumah saya jika awak mahu. 421 00:33:06,709 --> 00:33:07,626 Baiklah. 422 00:33:09,043 --> 00:33:09,959 Okey? 423 00:33:49,293 --> 00:33:50,584 Felice dan Wille… 424 00:33:52,126 --> 00:33:53,209 agak liar, bukan? 425 00:33:55,001 --> 00:33:58,376 - Awak dan Wille dah berbaik? - Ya. 426 00:33:59,959 --> 00:34:03,876 Dia yang memutuskan agar awak patut dipersalahkan berkaitan kes dadah itu. 427 00:34:03,959 --> 00:34:07,668 - Apa? Mengapa dia buat begitu? - Saya rasa dia mahu lindungi Simon. 428 00:34:07,751 --> 00:34:11,918 Dia merasakan awak sasaran yang mudah. Hanya saya yang menentang dia. 429 00:34:13,751 --> 00:34:17,626 Jadi awak patut fikir semula siapa kawan sebenar awak, okey? 430 00:34:49,293 --> 00:34:50,418 Adakah awak suka itu? 431 00:34:51,626 --> 00:34:52,668 - Helo. - Hai. 432 00:34:53,709 --> 00:34:56,959 - Tuanku. - Panggil sahaja saya Wille. Tak mengapa. 433 00:35:01,043 --> 00:35:03,584 Tindakan bijak untuk berpakaian seperti pelayan. 434 00:35:03,668 --> 00:35:05,209 Rambut palsu ini menyakitkan. 435 00:35:05,293 --> 00:35:09,876 - Saya tak suka berpakaian begini. - Apa? Seluar kembang dan kravat? 436 00:35:09,959 --> 00:35:11,668 Bukan gaya awak? 437 00:35:12,459 --> 00:35:13,459 Bukan. 438 00:35:14,084 --> 00:35:18,584 - Bagaimana keadaan di lapang sasar? - Berjalan lancar. 439 00:35:18,668 --> 00:35:20,959 Tak ramai yang datang pada musim sejuk. 440 00:35:21,043 --> 00:35:23,126 Awak patut datang semula. 441 00:35:23,209 --> 00:35:25,418 Sudah tentu. Awak juga boleh sertai saya? 442 00:35:28,084 --> 00:35:29,001 Saya tak berminat. 443 00:35:33,918 --> 00:35:35,418 Boleh berikan sudu itu? 444 00:35:36,876 --> 00:35:39,751 Marilah sertai kami menari nanti. 445 00:35:41,501 --> 00:35:42,418 Baiklah. 446 00:35:43,959 --> 00:35:46,293 Bagus. Jumpa lagi. 447 00:35:46,376 --> 00:35:47,418 Baiklah. 448 00:35:51,043 --> 00:35:52,543 Dia nampak baik. 449 00:35:53,543 --> 00:35:57,001 Dia berbeza ketika dia pergi menembak dengan Felice. 450 00:35:58,251 --> 00:35:59,834 Saya hendak ke tandas. 451 00:36:37,959 --> 00:36:39,168 Apa yang awak cuba buat? 452 00:36:40,709 --> 00:36:41,793 Buat apa? 453 00:36:43,709 --> 00:36:46,668 Saya rasa agak pelik. 454 00:36:51,751 --> 00:36:52,918 Hanya menjadi baik. 455 00:36:57,168 --> 00:36:58,459 Baiklah. 456 00:36:59,543 --> 00:37:02,376 Awak tak perlu suka saya lagi. Saya takkan ganggu awak. 457 00:37:04,668 --> 00:37:06,501 Teman lelaki awak nampak baik. 458 00:37:21,626 --> 00:37:22,543 Terima kasih. 459 00:37:27,251 --> 00:37:28,251 Mengapa? 460 00:37:56,418 --> 00:37:58,084 - Sebentar, saya nak… - Baiklah. 461 00:38:09,126 --> 00:38:10,043 August. 462 00:38:10,959 --> 00:38:11,876 Apa? 463 00:38:14,418 --> 00:38:15,334 Saya minta maaf. 464 00:38:18,501 --> 00:38:19,834 Jadi ia hanya kerana seks? 465 00:38:19,918 --> 00:38:21,001 - Apa? - Itu sahaja? 466 00:38:22,001 --> 00:38:24,168 - Tidak. - Saya ingatkan awak… 467 00:38:24,251 --> 00:38:26,751 Saya ingatkan awak sangat suka saya. 468 00:38:26,834 --> 00:38:28,501 - Ia terasa… - Saya suka awak. 469 00:38:29,751 --> 00:38:30,834 - Baiklah. - Ya. 470 00:38:30,918 --> 00:38:32,626 Jadi apakah masalahnya? 471 00:38:32,709 --> 00:38:36,043 Jika Felice tahu, dia akan benci saya. 472 00:38:36,668 --> 00:38:40,168 Saya nampak apa berlaku antara Simon dan Wilhelm. Saya tak boleh… 473 00:38:40,251 --> 00:38:42,584 Saya bukan Wilhelm, okey? 474 00:38:42,668 --> 00:38:43,668 Saya bukan dia. 475 00:39:02,084 --> 00:39:04,001 - Adakah awak gementar? - Mengapa pula? 476 00:39:05,584 --> 00:39:06,876 Persembahan itu. 477 00:39:09,043 --> 00:39:09,959 Tidak. 478 00:39:10,709 --> 00:39:12,418 Mungkin sedikit gementar. 479 00:39:15,084 --> 00:39:17,959 - Saya perlu jumpa koir sebentar. - Baiklah. 480 00:39:40,793 --> 00:39:41,959 Di manakah Simon? 481 00:39:46,293 --> 00:39:47,543 Adakah awak nampak Simon? 482 00:40:02,334 --> 00:40:03,251 Wille! 483 00:40:17,043 --> 00:40:19,668 Saya hanya cuba lupakannya dan meneruskan kehidupan. 484 00:40:24,543 --> 00:40:25,626 Baiklah. 485 00:40:36,751 --> 00:40:38,959 Segalanya tak kena antara kita. 486 00:40:41,126 --> 00:40:42,084 Saya tahu. 487 00:41:43,918 --> 00:41:45,001 Simon! 488 00:41:46,751 --> 00:41:48,251 Koir. 489 00:41:48,334 --> 00:41:49,501 Simon! 490 00:42:10,668 --> 00:42:12,043 Mereka akan bermula. 491 00:42:13,418 --> 00:42:15,709 - Di manakah awak? - Hirup udara segar. 492 00:42:16,334 --> 00:42:17,334 Ayuh. 493 00:42:26,376 --> 00:42:27,459 Kita akan bermula. 494 00:42:34,668 --> 00:42:36,043 Satu, dua… 495 00:42:36,126 --> 00:42:39,751 Hari meninggalkan kita Tahun berlalu pergi 496 00:42:39,834 --> 00:42:44,209 Mereka kata masa akan sembuhkan luka 497 00:42:44,293 --> 00:42:48,959 Aku disakiti, aku sesat dalam diri sendiri 498 00:42:49,043 --> 00:42:53,418 Aku sesat sebelum aku jumpa jalanku 499 00:42:53,501 --> 00:42:57,668 Apa yang kita ada dan siapa diri kita 500 00:42:57,751 --> 00:43:02,918 Aku tak boleh lupa kenangan kita bersama 501 00:43:03,001 --> 00:43:07,543 Jika kau tanya aku tentang apa yang kekal 502 00:43:07,626 --> 00:43:12,709 Memori takkan pudar 503 00:43:14,293 --> 00:43:19,043 Kita telah diuji, kita perlu melawan 504 00:43:19,126 --> 00:43:23,626 Tapi siapa diri kita Tiada siapa boleh ulang 505 00:43:23,709 --> 00:43:27,876 Selepas ini kita akan ikut Haluan masing-masing 506 00:43:27,959 --> 00:43:32,918 Namun aku akan ingat kau setiap masa 507 00:43:33,001 --> 00:43:37,918 Apa yang kita ada dan siapa diri kita 508 00:43:38,001 --> 00:43:43,918 Aku tak boleh lupa kenangan kita bersama 509 00:43:44,001 --> 00:43:49,334 Jawapan kepada soalan yang sudah pasti 510 00:43:49,418 --> 00:43:56,251 Hillerska akan tetap bertahan 511 00:43:57,876 --> 00:43:59,626 Syabas! 512 00:44:01,584 --> 00:44:02,751 Syabas! 513 00:45:21,709 --> 00:45:24,668 Terjemahan sari kata oleh Ismasyariff