1 00:00:00,878 --> 00:00:03,589 Tuan-tuan dan puan-puan, keputusan dah keluar. 2 00:00:03,589 --> 00:00:05,382 Undi telah dikira, 3 00:00:05,382 --> 00:00:07,676 saya berbesar hati untuk berdiri di hadapan anda semua 4 00:00:07,676 --> 00:00:10,053 sebagai datuk bandar baharu Bandar Gotham. 5 00:00:16,727 --> 00:00:18,729 Ini lebih daripada sekadar kemenangan kempen. 6 00:00:18,896 --> 00:00:22,566 Ini langkah pertama ke arah membina Gotham baharu buat kita semua. 7 00:00:22,900 --> 00:00:26,195 {\an8}Kota yang tertib, tenteram dan adil. 8 00:00:28,030 --> 00:00:29,782 Ya. 9 00:00:29,782 --> 00:00:31,241 Keadaan akan berubah. 10 00:00:31,241 --> 00:00:32,701 Kenapa dengan wajahnya? 11 00:00:33,368 --> 00:00:34,203 Dan... 12 00:00:34,953 --> 00:00:37,873 Ia permulaan baharu untuk Gotham dan... 13 00:00:37,873 --> 00:00:38,832 Lihat dia. 14 00:00:39,416 --> 00:00:42,044 - Kerana bersama-sama kita boleh bina... - Jijik. 15 00:00:42,044 --> 00:00:44,338 Dia nampak macam raksasa. 16 00:00:44,338 --> 00:00:45,964 Kita boleh bina... 17 00:00:46,548 --> 00:00:47,758 Raksasa. 18 00:00:47,758 --> 00:00:49,802 {\an8}- Lebih baik... - Oh, Tuhan. Apa yang berlaku? 19 00:00:49,802 --> 00:00:50,719 {\an8}Raksasa. 20 00:00:51,261 --> 00:00:52,554 Rasanya saya akan jatuh sakit. 21 00:00:53,013 --> 00:00:53,847 Raksasa! 22 00:01:09,154 --> 00:01:11,490 Walaupun dia lawan saya baru-baru ini, 23 00:01:11,490 --> 00:01:16,078 saya anggap Harvey Dent salah seorang penjawat awam terbaik Gotham. 24 00:01:16,411 --> 00:01:19,164 Lelaki yang benar-benar hebat dan kawan yang baik. 25 00:01:19,414 --> 00:01:22,042 Saya harap dia cepat sembuh. 26 00:01:22,042 --> 00:01:25,587 Sebarang komen tentang peletakan jawatan secara mengejut Pendakwa Raya Dent? 27 00:01:25,587 --> 00:01:27,631 Cumanya saya sangat yakin 28 00:01:27,631 --> 00:01:30,634 dengan pemangku pendakwa raya baharu kita, Peter Mitchell. 29 00:01:31,468 --> 00:01:34,096 Jadi, Mitchell pendakwa raya baharu. Baguslah untuk Pete. 30 00:01:35,639 --> 00:01:39,226 Dia memang bijak, berdedikasi, rajin, 31 00:01:39,434 --> 00:01:42,479 ular tikam belakang. 32 00:01:44,731 --> 00:01:45,691 Dia akan dapat balasan. 33 00:01:46,441 --> 00:01:48,235 Mereka semua akan dapat balasan. 34 00:02:29,568 --> 00:02:31,320 POLIS 35 00:02:31,528 --> 00:02:34,990 Dua minggu. Dua minggu sejak pendakwa raya kita diserang, 36 00:02:34,990 --> 00:02:37,159 dan kita masih tiada maklumat? 37 00:02:37,159 --> 00:02:38,744 Begitulah keadaannya. 38 00:02:38,744 --> 00:02:40,996 Saya dan Flass dah tanya semua kenalan kami. 39 00:02:40,996 --> 00:02:42,456 Tiada sesiapa tahu tentangnya. 40 00:02:42,456 --> 00:02:44,791 Dent pula? Ada maklumat baharu? 41 00:02:44,791 --> 00:02:46,752 Saya bercakap dengannya lagi semalam. 42 00:02:46,752 --> 00:02:49,212 Dia masih tak ingat apa-apa daripada serangan itu. 43 00:02:50,172 --> 00:02:51,590 Ya, dia terlupa. 44 00:02:52,382 --> 00:02:54,885 Orang tak kena simbah asid di muka tanpa sebarang sebab. 45 00:02:55,010 --> 00:02:56,845 Dent selalu langgar peraturan, 46 00:02:56,845 --> 00:02:59,056 jadi siapa tahu apa lagi yang dia terlibat? 47 00:02:59,556 --> 00:03:01,642 Mungkin ini akibat daripada dia terima rasuah. 48 00:03:01,642 --> 00:03:02,976 Atau mungkin dia ada musuh 49 00:03:02,976 --> 00:03:05,062 sebab dia hantar ramai orang keji ke penjara. 50 00:03:05,062 --> 00:03:06,521 Bagaimana dengan itu, Montoya? 51 00:03:07,064 --> 00:03:09,232 Dent bukan malaikat, tapi dia tak jahat. 52 00:03:09,232 --> 00:03:10,609 Macamlah awak sedar itu. 53 00:03:11,068 --> 00:03:12,569 Jangan melampau. 54 00:03:12,569 --> 00:03:13,695 Cukup. 55 00:03:13,695 --> 00:03:16,323 Saya bukannya peminat Dent, tapi kita perlukan jawapan. 56 00:03:16,573 --> 00:03:18,575 Datuk bandar asyik mendesak saya. 57 00:03:18,951 --> 00:03:21,995 Awak fikir dia mahu beri bandar ini kepada sesiapa saja yang lakukan ini. 58 00:03:21,995 --> 00:03:25,207 Ternyata, lawannya hilang upaya begitu dekat dengan pilihanraya 59 00:03:25,207 --> 00:03:28,001 agak menyenangkan buat sesetengah orang. 60 00:03:28,001 --> 00:03:29,586 Terutamanya akhbar. 61 00:03:29,586 --> 00:03:31,797 Pokoknya, kes Dent adalah keutamaan. 62 00:03:31,797 --> 00:03:32,839 Jadi pergi siasat. 63 00:03:40,013 --> 00:03:42,015 Tak berminat. Berambus. 64 00:03:51,108 --> 00:03:51,942 Bruce? 65 00:03:52,609 --> 00:03:54,569 Pergi siap, kawan. Saya nak ajak awak keluar. 66 00:03:54,987 --> 00:03:56,488 Awak berkurung lama sangat. 67 00:03:57,823 --> 00:03:59,408 Ya, terlalu lama. 68 00:04:00,617 --> 00:04:03,286 Ayuh. Saya dah tempah meja di Utterson's untuk kita. 69 00:04:03,286 --> 00:04:04,496 Tak, saya... 70 00:04:05,414 --> 00:04:06,832 Tak, saya fikir itu... 71 00:04:06,832 --> 00:04:08,500 Awak perlukannya. 72 00:04:08,500 --> 00:04:10,919 Awak tak boleh bersembunyi di sini, 73 00:04:10,919 --> 00:04:12,546 macam putus asa dengan kehidupan. 74 00:04:13,171 --> 00:04:15,257 Ayuh. Awak Harvey Dent. 75 00:04:15,841 --> 00:04:17,259 Awak tak pernah menyerah. 76 00:04:17,634 --> 00:04:19,428 Itu bukan diri awak. 77 00:04:20,178 --> 00:04:23,056 Jadi, apa pendapat awak? Kita berdua pergi ke bandar. 78 00:04:23,598 --> 00:04:24,641 Macam dulu-dulu. 79 00:04:26,560 --> 00:04:28,311 Kemudian awak toleh dan bisik kepada saya, 80 00:04:28,854 --> 00:04:33,150 "Bruce? Ini adik-beradik yang salah." 81 00:04:33,775 --> 00:04:37,279 Itu kali terakhir saya benarkan awak aturkan janji temu buta untuk kita. 82 00:04:38,989 --> 00:04:41,825 Tolonglah, Harvey. Awak tak sentuh makanan awak. 83 00:04:41,825 --> 00:04:43,243 Ini satu kesilapan. 84 00:04:43,243 --> 00:04:44,786 Apa? Kenapa? 85 00:04:45,412 --> 00:04:47,414 Saya dapat rasa tenungan mereka. 86 00:04:47,414 --> 00:04:49,041 Mereka ini kawan-kawan awak. 87 00:04:49,249 --> 00:04:51,084 Saya paksa awak ke sini agar awak nampak itu. 88 00:04:51,585 --> 00:04:53,795 Kehidupan awak belum berakhir, Harvey. Cumanya... 89 00:04:53,795 --> 00:04:54,963 Harvey Dent. 90 00:04:54,963 --> 00:04:57,758 Seronok melihat awak keluar macam biasa. 91 00:04:58,717 --> 00:05:01,094 Terima kasih, Sam. Seronok bertemu awak juga. 92 00:05:03,013 --> 00:05:05,057 Saya pasti dia seronok dengan ini. 93 00:05:05,057 --> 00:05:07,142 Dia memang orang yang cemburu. 94 00:05:09,061 --> 00:05:09,895 Maafkan saya. 95 00:05:10,520 --> 00:05:11,855 Saya terlepas cakap. 96 00:05:12,105 --> 00:05:14,733 Tak apa. Awak dah lalui masa yang sukar. 97 00:05:15,067 --> 00:05:17,986 Malah, ada sebab lain saya bawa awak keluar. 98 00:05:18,403 --> 00:05:20,489 Saya fikir mungkin ia membantu untuk awak bercakap 99 00:05:21,531 --> 00:05:23,784 tentang kejadian itu dengan seorang kawan. 100 00:05:23,950 --> 00:05:26,787 Akhbar kata awak tak ingat apa-apa. 101 00:05:27,871 --> 00:05:30,207 Ya, itu benar. 102 00:05:30,999 --> 00:05:33,001 Awak masih belum ingat? 103 00:05:33,919 --> 00:05:37,339 - Apa maksud awak? - Awak tak ingat apa-apa langsung? 104 00:05:38,256 --> 00:05:39,633 Lihat siapa di sini. 105 00:05:39,633 --> 00:05:41,968 Harvey Dent. Selamat kembali, kawan lama. 106 00:05:41,968 --> 00:05:43,970 Tempat ini tak sama tanpa awak. 107 00:05:44,805 --> 00:05:46,306 Baik. Terima kasih. 108 00:05:47,682 --> 00:05:48,892 Si bedebah berlagak. 109 00:05:49,267 --> 00:05:52,521 Saya patut toreh senyuman palsu itu daripada wajahnya. 110 00:05:53,105 --> 00:05:53,939 Harvey. 111 00:05:55,148 --> 00:05:55,982 Maaf. 112 00:05:57,943 --> 00:05:58,777 Tak mengapa. 113 00:05:59,611 --> 00:06:02,030 Jadi, lelaki yang serang awak. 114 00:06:02,322 --> 00:06:03,490 Awak tak nampak dia? 115 00:06:03,740 --> 00:06:05,534 Dia ada cakap apa-apa kepada awak? Atau... 116 00:06:05,534 --> 00:06:07,202 Apa terjadi dengan wajahnya? 117 00:06:07,202 --> 00:06:10,205 Awak boleh fikir sesiapa yang mahu lakukan ini kepada awak? 118 00:06:10,205 --> 00:06:12,165 Oh, Tuhan. Lihatlah dia. 119 00:06:12,415 --> 00:06:15,168 - Mungkin banduan yang berdendam? - Aduhai. 120 00:06:15,168 --> 00:06:18,004 Harvey? Awak dengar? 121 00:06:18,588 --> 00:06:20,507 - Harvey? - Bagaimana keadaan di sini? 122 00:06:20,507 --> 00:06:21,758 Semuanya okey? 123 00:06:21,758 --> 00:06:24,261 Saya rasa kami dah sedia untuk bil. 124 00:06:24,261 --> 00:06:25,512 Adakah semuanya okey? 125 00:06:27,973 --> 00:06:30,892 - Adakah semuanya okey? - Hei. 126 00:06:30,892 --> 00:06:33,770 Awak fikir saya tak tahu apa yang awak sebenarnya minta? 127 00:06:33,770 --> 00:06:37,607 Apa yang awak nak tahu? Nah. Apa kata saya tunjukkan kepada awak? 128 00:06:38,692 --> 00:06:39,943 Harvey, berhenti. 129 00:06:40,777 --> 00:06:42,863 Ini apa yang kamu semua mahukan, bukan? 130 00:06:42,863 --> 00:06:46,116 Ini malam bertuah kamu. 131 00:06:46,116 --> 00:06:49,452 Kamu dapat tempat duduk hadapan untuk pertunjukan orang aneh! 132 00:06:49,452 --> 00:06:51,663 - Itu menjijikkan, bukan? - Oh, Tuhan. 133 00:06:52,372 --> 00:06:54,499 - Lihat wajahnya. - Benar. 134 00:06:54,499 --> 00:06:57,294 Lihat betul-betul, semua. 135 00:06:58,962 --> 00:07:00,547 Apa pendapat awak, sayang? 136 00:07:00,547 --> 00:07:02,382 Adakah rupa saya okey? 137 00:07:02,716 --> 00:07:05,677 Tidak? Jadi, cakaplah. 138 00:07:06,219 --> 00:07:07,554 - Cakaplah! - Harvey. 139 00:07:28,575 --> 00:07:31,077 Dent sembunyikan sesuatu. Saya dapat rasakan. 140 00:07:31,077 --> 00:07:33,288 Berbaloikah untuk tahu itu? 141 00:07:33,288 --> 00:07:34,372 Apa yang berbaloi? 142 00:07:34,748 --> 00:07:37,918 En. Dent lelaki yang telah berputus asa dalam keadaan lemah. 143 00:07:37,918 --> 00:07:40,420 Tuan pula menguji kesabaran dia. 144 00:07:40,420 --> 00:07:41,588 Jangan mengarut. 145 00:07:41,588 --> 00:07:43,632 Saya cuba menangkap pelakunya. 146 00:07:43,632 --> 00:07:44,799 Saya tahu itu. 147 00:07:44,966 --> 00:07:47,844 Saya rasakan taktik tuan malam ini... 148 00:07:47,844 --> 00:07:50,513 Dia selalu menekan lelaki yang telah berputus asa di mahkamah. 149 00:07:51,014 --> 00:07:53,683 Dia beri tekanan kepada orang bawahan untuk tangkap orang atasan. 150 00:07:53,892 --> 00:07:55,101 Itu yang saya lakukan. 151 00:07:55,101 --> 00:07:58,480 Tuan Bruce, fikirkan keadaan dia. 152 00:07:58,980 --> 00:08:02,692 Dia bukan seperti dirinya yang dulu lagi. 153 00:08:07,864 --> 00:08:09,157 Awak panggil saya raksasa? 154 00:08:09,866 --> 00:08:12,035 Raksasa yang sebenar adalah mereka yang lakukan ini. 155 00:08:12,035 --> 00:08:14,287 Saya tak patut tanggung semua ini. 156 00:08:16,039 --> 00:08:20,710 Tak. Itu tak betul. 157 00:08:21,336 --> 00:08:24,464 Saya pernah buat perkara keji. 158 00:08:25,423 --> 00:08:27,842 Tapi bukankah saya dah dihukum untuk dosa saya? 159 00:08:28,593 --> 00:08:33,890 Sementara Thorne dan konco-konconya hidup mewah, berseronok. 160 00:08:33,890 --> 00:08:37,894 Tidak lama. 161 00:08:37,894 --> 00:08:39,729 Tolong! 162 00:08:39,729 --> 00:08:41,064 Diamlah, si tua. 163 00:08:41,439 --> 00:08:42,941 Beri saya dompet itu dan... 164 00:08:51,324 --> 00:08:52,284 Encik tak apa-apa? 165 00:08:52,701 --> 00:08:55,829 - Ya, saya... - Bagus. 166 00:08:56,329 --> 00:09:00,208 Awak rasa apa kita patut buat tentang lelaki ini? 167 00:09:00,208 --> 00:09:03,253 Kita serahkan dia kepada polis, agar dia dapat hukuman ringan? 168 00:09:03,712 --> 00:09:05,422 Atau kita buat keadilan kita sendiri? 169 00:09:05,755 --> 00:09:08,425 Tunggu. Takkan maksud awak... 170 00:09:08,425 --> 00:09:10,468 Beginilah. Mari kita balikkan syiling. 171 00:09:10,468 --> 00:09:12,554 Kepala, kita hantar dia kepada polis. 172 00:09:12,554 --> 00:09:13,471 Ekor... 173 00:09:16,182 --> 00:09:17,058 kita tak hantar. 174 00:09:17,183 --> 00:09:20,687 Berhenti. Saya tak nak pertaruhkan hidup seseorang dengan syiling. 175 00:09:23,690 --> 00:09:25,400 Ya, mungkin awak betul. 176 00:09:26,192 --> 00:09:28,695 Tapi binatang ini perlu diajar. 177 00:09:28,695 --> 00:09:30,155 Tidak! 178 00:09:33,616 --> 00:09:36,036 Saya cakap benar, Montoya. Sumpah. 179 00:09:36,369 --> 00:09:39,539 Jadi, awak buat hal sendiri di lorong, 180 00:09:39,539 --> 00:09:42,292 bukannya merompak wang kebajikan pesara 181 00:09:42,292 --> 00:09:44,085 macam tiga kali lepas kami tangkap awak? 182 00:09:44,085 --> 00:09:46,588 Dan seorang lelaki saja-saja tembak lutut awak? 183 00:09:47,339 --> 00:09:48,590 Itu kisah sebenar awak, Benny? 184 00:09:48,590 --> 00:09:51,801 Ya, bukan orang biasa. Dia orang aneh. 185 00:09:51,801 --> 00:09:54,637 Wajah lelaki ini seperti 186 00:09:55,430 --> 00:09:57,307 cair. 187 00:09:57,932 --> 00:09:59,017 Ambil dia sekarang. 188 00:09:59,017 --> 00:10:01,311 Saya tak bohong, detektif. Sumpah. 189 00:10:02,854 --> 00:10:04,564 Adakah dia menuduh Dent? 190 00:10:04,564 --> 00:10:05,982 Saya tahu. Kedengaran gila. 191 00:10:06,483 --> 00:10:09,569 Tapi mungkin saya patut periksa dia. Kalau-kalau betul. 192 00:10:09,736 --> 00:10:11,404 Ya, tapi buat dengan senyap. 193 00:10:11,404 --> 00:10:14,491 Jika ini Harvey dan beritanya tersebar sebelum kita bersedia, 194 00:10:14,908 --> 00:10:16,618 keadaan boleh bertambah buruk. 195 00:10:26,086 --> 00:10:29,464 En. Dent? Harvey? Awak di rumah? 196 00:10:30,006 --> 00:10:31,508 Ini Detektif Montoya. 197 00:10:31,966 --> 00:10:33,885 Saya cuma nak lihat jika awak... 198 00:10:35,053 --> 00:10:36,221 okey. 199 00:10:54,114 --> 00:10:56,157 Emil Potter. 200 00:10:56,157 --> 00:10:57,158 Saya kenal awak? 201 00:10:57,909 --> 00:11:01,246 Saya mencari lelaki yang bekerja untuk Bos Thorne. Tony Zito. 202 00:11:06,126 --> 00:11:09,045 Saya tak kenal Zito atau Thorne, jadi... 203 00:11:09,712 --> 00:11:10,547 Pegang telefon ini. 204 00:11:11,589 --> 00:11:12,715 Saya kenal awak. 205 00:11:13,425 --> 00:11:15,009 Awak pendakwa raya dungu itu. 206 00:11:15,009 --> 00:11:16,511 Awak cuba hantar saya ke penjara. 207 00:11:16,511 --> 00:11:17,554 Benar. 208 00:11:17,554 --> 00:11:20,140 Tapi saya tak berjaya sabitkan awak, bukan? 209 00:11:20,807 --> 00:11:21,850 Kenapa, ya? 210 00:11:26,980 --> 00:11:31,192 Ya, sebab Rupert Thorne buat saksi utama saya lari dari bandar. 211 00:11:31,192 --> 00:11:32,610 Jadi mari kita cakap terus. 212 00:11:33,361 --> 00:11:34,571 Di mana Tony Zito? 213 00:11:34,571 --> 00:11:36,448 Saya tak tahu. Sumpah. 214 00:11:38,158 --> 00:11:40,535 Tunggu. Tak! Saya tahu! 215 00:11:40,535 --> 00:11:43,037 Saya kenal wanita yang rapat dengan Zito. 216 00:11:43,746 --> 00:11:45,498 Maggie. Maggie Cain. 217 00:11:46,791 --> 00:11:49,085 Lihat, Emil? Itu sangat mudah. 218 00:11:56,009 --> 00:11:56,968 Si pelik. 219 00:12:01,931 --> 00:12:04,267 Oh, Tuhan! Tidak! 220 00:12:08,855 --> 00:12:10,940 Dia gagal pukul kedua-duanya. Bola telah dipukul. 221 00:12:12,484 --> 00:12:13,735 Ya! 222 00:12:14,152 --> 00:12:16,863 Saya dah kata, ayah. Mereka akan menang tahun ini. 223 00:12:19,657 --> 00:12:21,576 En. Thorne? Maaf mengganggu. 224 00:12:23,703 --> 00:12:27,874 Beritahu kenapa ini berbaloi untuk ganggu masa kualiti saya bersama anak? 225 00:12:27,874 --> 00:12:29,709 Bos, katakan ia Dent. 226 00:12:29,709 --> 00:12:33,588 Tak boleh biarkan orang gila berdendam guna senjata sesuka hati bebas. 227 00:12:33,588 --> 00:12:35,673 Jerry, Harvey Dent tak boleh sentuh saya 228 00:12:35,673 --> 00:12:38,218 apabila dia dapat sokongan setiap polis di bandar. 229 00:12:38,218 --> 00:12:42,096 Lagipun, anggota bersenjata ada di sini setiap masa. 230 00:12:42,430 --> 00:12:43,556 Ini sebuah kubu. 231 00:12:44,182 --> 00:12:48,478 Sekarang, jika awak tak kisah, saya dan budak itu sedang bertaruh. 232 00:12:54,526 --> 00:12:55,735 Apa awak dapat, Pennyworth? 233 00:12:55,735 --> 00:12:57,403 Saya memantau radio polis, 234 00:12:57,403 --> 00:13:00,114 dan ada laporan seorang lelaki sepadan dengan penerangan Dent 235 00:13:00,114 --> 00:13:03,201 yang menyerang Emil Potter dengan ganas. 236 00:13:03,201 --> 00:13:06,538 Potter ialah orang bawahan Thorne. Seorang penguatkuasa di Narrows. 237 00:13:06,538 --> 00:13:09,874 Ya, dan jika Harvey Dent menyasarkan rakan sekutu Rupert Thorne, 238 00:13:09,874 --> 00:13:11,543 munasabah untuk andaikan... 239 00:13:11,543 --> 00:13:15,255 Thorne dalang serangannya. Sekarang Harvey mahu membalas dendam. 240 00:13:15,255 --> 00:13:18,007 Kira-kira sejam atau lebih selepas malam tuan keluar dengan dia. 241 00:13:18,007 --> 00:13:19,008 Tuan sedar itu? 242 00:13:19,008 --> 00:13:20,426 Saya perlukan jawapan. 243 00:13:20,426 --> 00:13:22,178 Ya, macam yang tuan cakap. 244 00:13:22,178 --> 00:13:25,723 Keadaan semakin meruncing dan awak membuang masa saya, Pennyworth. 245 00:13:34,857 --> 00:13:36,150 Ya. 246 00:13:37,068 --> 00:13:38,570 Saya sedang mencari Tony Zito. 247 00:13:38,736 --> 00:13:41,531 Dia tiada di sini, jadi berambus. 248 00:13:45,285 --> 00:13:47,912 Maafkan saya. Saya perlu bercakap dengan Tony. 249 00:13:48,746 --> 00:13:50,206 Nasib awak tak baik. 250 00:13:50,415 --> 00:13:53,501 Tentu Tony buat perkara yang sangat teruk kali ini. 251 00:13:53,501 --> 00:13:56,087 Thorne bawa dia bersembunyi di sebuah rumah perlindungan. 252 00:13:56,087 --> 00:13:57,005 Aduhai. 253 00:13:58,006 --> 00:14:00,091 Awak tahu di mana rumah perlindungan ini? 254 00:14:00,550 --> 00:14:03,261 Kalau saya tahu pun, kenapa saya kena beritahu awak? 255 00:14:03,553 --> 00:14:06,431 Saya pasti saya boleh cipta beberapa alasan. 256 00:14:15,732 --> 00:14:18,192 Harvey Dent. Apa yang dia nak? 257 00:14:28,536 --> 00:14:30,079 Lihat itu. 258 00:14:30,079 --> 00:14:31,956 Saya ada semua kad yang hebat. 259 00:14:33,249 --> 00:14:36,669 Kena kurung dengan dungu macam awak taklah teruk sangat. 260 00:14:37,211 --> 00:14:39,088 Nikmatinya sementara masih ada, Zito. 261 00:14:39,088 --> 00:14:42,258 Hal Dent ini akan lenyap tak lama lagi, awak tak perlu cemas lagi. 262 00:14:43,009 --> 00:14:46,846 Saya patut dipuji kerana mengajar lelaki berlagak bagus itu. 263 00:14:47,639 --> 00:14:49,724 Tunggu. Awak bau itu? 264 00:14:50,391 --> 00:14:51,559 Ada benda terbakar. 265 00:14:54,729 --> 00:14:55,563 Jangan bergerak. 266 00:14:58,691 --> 00:15:00,360 Apa ini? Benda... 267 00:15:11,829 --> 00:15:12,747 Ayuh. 268 00:15:19,837 --> 00:15:20,922 Helo, Tony. 269 00:15:26,678 --> 00:15:28,471 PENERBANGAN GOTHAM 270 00:15:30,890 --> 00:15:31,933 Awak nak ke mana? 271 00:15:33,059 --> 00:15:33,893 Jangan. 272 00:15:38,106 --> 00:15:40,441 - Saya bukan tetamu pertama awak malam ini. - Ya. 273 00:15:40,817 --> 00:15:42,735 Yang terakhir tadi sangat tampan. 274 00:15:42,735 --> 00:15:45,405 Wajahnya seperti dia kalah berlawan dengan motobot. 275 00:15:45,405 --> 00:15:48,366 Dia kejar teman lelaki awak, Tony Zito, bukan? 276 00:15:48,366 --> 00:15:49,534 Bekas teman lelaki. 277 00:15:50,118 --> 00:15:53,079 Harvey Dent beri saya cukup wang untuk tinggalkan bandar ini terus. 278 00:15:53,079 --> 00:15:55,373 Setelah saya beritahu di mana dia boleh jumpa Tony. 279 00:15:55,581 --> 00:15:56,791 Di mana? 280 00:15:57,917 --> 00:15:59,127 Saya tak nak bunuh awak. 281 00:15:59,919 --> 00:16:01,170 Betul, saya tak nak bunuh. 282 00:16:01,879 --> 00:16:04,882 Tapi saya dapat tahu, ada kalanya apa kita nak atau tidak, 283 00:16:05,591 --> 00:16:08,511 tidak selalunya sepadan dengan hikmah yang boleh didapati. 284 00:16:08,511 --> 00:16:09,637 Dent, tolonglah. 285 00:16:11,222 --> 00:16:12,348 Maafkan saya. 286 00:16:12,765 --> 00:16:14,559 Awak nak tahu? Saya percayakan awak. 287 00:16:14,559 --> 00:16:17,937 Tapi walaupun saya nak beri awak satu lagi peluang, 288 00:16:17,937 --> 00:16:20,273 beri peluang kedua kepada orang macam awak 289 00:16:20,982 --> 00:16:22,150 tiada gunanya. 290 00:16:22,150 --> 00:16:23,818 Sebab awak dan yang lain, 291 00:16:24,610 --> 00:16:26,779 awak sebenarnya bukan orang. 292 00:16:27,238 --> 00:16:28,239 Awak kanser. 293 00:16:32,326 --> 00:16:35,663 Semua orang tahu kanser tak boleh dirawat dengan peluang kedua. 294 00:16:36,914 --> 00:16:39,459 Kanser perlu dibuang daripada puncanya. 295 00:16:40,960 --> 00:16:42,044 Tolonglah, Dent. 296 00:16:42,044 --> 00:16:43,629 Awak tak perlu buat begini. 297 00:16:43,880 --> 00:16:46,424 Saya akan bayar awak. Tolonglah. 298 00:16:46,841 --> 00:16:48,760 Tony. 299 00:16:49,469 --> 00:16:51,012 Duit awak tiada gunanya di sini. 300 00:16:51,012 --> 00:16:54,098 Awak tak dapat bayangkan kesakitan dan derita yang telah awak berikan. 301 00:16:55,099 --> 00:16:57,268 - Tapi awak akan rasa. - Tolonglah. 302 00:16:57,935 --> 00:17:00,438 Jangan. Ini angkara Bos Thorne. 303 00:17:00,855 --> 00:17:04,108 Dia paksa saya lakukannya! 304 00:17:04,776 --> 00:17:07,069 Saya tahu, Tony. Tapi awak lakukannya juga. 305 00:17:08,613 --> 00:17:09,447 Kalau nak tahu, 306 00:17:10,490 --> 00:17:12,450 seorang lagi mungkin tak mahu bunuh awak, 307 00:17:12,784 --> 00:17:14,452 tapi saya nak bunuh awak. 308 00:17:23,920 --> 00:17:25,379 Oh, Tuhan. Saya lakukannya. 309 00:17:25,546 --> 00:17:28,424 Saya bunuh mereka. Saya bunuh mereka semua. 310 00:17:31,052 --> 00:17:31,886 Apa? 311 00:18:02,834 --> 00:18:04,418 Panggilan peringatan mesra. 312 00:18:04,418 --> 00:18:09,006 Katanya, Dent benar-benar gila. Sekarang dia mencari awak. 313 00:18:09,006 --> 00:18:11,509 Aduhai. 314 00:18:11,509 --> 00:18:13,636 Kenapa semua orang begitu bimbang? 315 00:18:13,636 --> 00:18:17,431 Sebab dia baru saja bunuh Tony Zito dan mereka yang awak letak bersamanya. 316 00:18:17,431 --> 00:18:22,019 Kemudian dia bakar seluruh tempat itu untuk pastikan mereka semua mati. 317 00:18:22,270 --> 00:18:25,815 Kalau saya jadi awak, saya akan panggil tenaga bantuan sekarang. 318 00:18:30,653 --> 00:18:31,571 Bertenang, tuan. 319 00:18:31,571 --> 00:18:34,866 Tuan mungkin mengalami sedikit konkusi. Tuan perlu rehat. 320 00:18:34,866 --> 00:18:36,909 Tidak semasa Dent sedang mengamuk. 321 00:18:37,368 --> 00:18:38,244 Tapi, tuan... 322 00:18:38,244 --> 00:18:42,290 Jika saya yang jadikan Harvey begini, saya kena hentikan dia. 323 00:18:51,215 --> 00:18:54,135 Jake, Tommy, jaga pintu belakang. 324 00:18:55,511 --> 00:18:57,013 Kamu bertiga, ikut saya. 325 00:18:57,013 --> 00:18:59,473 Saya rasa tiada apa-apa akan berlaku. 326 00:18:59,473 --> 00:19:02,184 Dent tak cukup gila untuk muncul di sini. 327 00:19:02,727 --> 00:19:05,771 Jika si badut itu nak cuba sesuatu, saya dan ayah boleh lawan dia sendiri. 328 00:19:05,771 --> 00:19:07,523 Memang boleh. 329 00:19:07,732 --> 00:19:10,735 Kita dah bersedia. Kru Ernie akan tiba bila-bila masa. 330 00:19:14,530 --> 00:19:15,781 Itu pun Ernie. 331 00:19:19,744 --> 00:19:20,995 Dia tak berhenti. 332 00:19:28,711 --> 00:19:31,589 Jangan risau pasal saya. Bawa anak saya keluar dari sini. 333 00:19:37,553 --> 00:19:39,096 Baiklah, celaka... 334 00:19:40,806 --> 00:19:41,807 Apa... 335 00:19:49,899 --> 00:19:52,193 Dia ada di dalam rumah. Berpecah. 336 00:19:57,740 --> 00:19:59,867 Di balkoni. Tangkap dia. 337 00:20:16,509 --> 00:20:18,552 Dent. Awak di atas sana? 338 00:20:19,470 --> 00:20:21,138 Ia bukan Santa Claus, Rupert. 339 00:20:21,847 --> 00:20:23,474 Apa yang awak mahu, Harvey. 340 00:20:23,474 --> 00:20:26,268 Apa yang saya sentiasa mahukan. Keadilan. 341 00:20:26,477 --> 00:20:28,771 Itu saja yang saya ada, terima kasih kepada awak. 342 00:20:29,021 --> 00:20:33,609 Tiada lagi mahkamah, kempen janji mahupun pita merah. 343 00:20:37,363 --> 00:20:41,867 Kerana sekarang saya hakim, juri dan algojo. 344 00:20:46,872 --> 00:20:47,707 Keadilan. 345 00:20:48,624 --> 00:20:50,543 Awak panggil ini keadilan? 346 00:20:50,543 --> 00:20:52,628 Menerjah ke rumah saya. 347 00:20:52,628 --> 00:20:56,298 Membunuh separuh dozen orang-orang saya. Hampir membunuh anak saya. 348 00:20:57,049 --> 00:21:00,511 Itu tak kedengaran seperti keadilan buat saya, Dent. 349 00:21:00,511 --> 00:21:02,555 - Itu lebih kepada... - Balas dendam? 350 00:21:03,055 --> 00:21:05,182 Ya. Itu juga. 351 00:21:06,017 --> 00:21:06,851 Tidak! 352 00:21:07,435 --> 00:21:08,519 Matthew, tidak! 353 00:21:08,519 --> 00:21:11,981 Jika awak nak bunuh ayah saya, awak kena tewaskan saya dulu. 354 00:21:14,525 --> 00:21:16,318 Beraninya awak. 355 00:21:17,987 --> 00:21:20,698 Mana boleh saya menolak beli satu percuma satu. 356 00:21:35,421 --> 00:21:36,797 Awak patut berterima kasih. 357 00:21:39,675 --> 00:21:41,677 Saya buat banyak untuk bandar ini satu malam... 358 00:21:41,677 --> 00:21:43,846 Saya cuba bantu awak, Dent. Menyerahlah. 359 00:21:43,846 --> 00:21:45,681 Harvey Dent tak pernah menyerah. 360 00:21:45,848 --> 00:21:47,558 Itu bukan sifat saya. 361 00:21:52,354 --> 00:21:53,230 Tidak! 362 00:21:53,230 --> 00:21:55,733 Saya dah dapat dia! 363 00:21:55,733 --> 00:21:58,277 Kenapa awak halang saya? Kenapa... 364 00:22:00,071 --> 00:22:01,155 Awak halang saya. 365 00:22:01,489 --> 00:22:04,033 Syukurlah. Awak halang saya. 366 00:22:04,450 --> 00:22:07,244 Saya tak boleh kawal dia. Awak kena kurung saya. 367 00:22:08,037 --> 00:22:09,789 Tolonglah. 368 00:22:09,789 --> 00:22:11,540 Sebelum dia sakiti orang lain. 369 00:22:33,437 --> 00:22:36,482 - Peguam awak datang. - Saya tiada peguam. 370 00:23:13,853 --> 00:23:15,855 Terjemahan sari kata oleh Shazreena 371 00:23:15,855 --> 00:23:17,940 Penyelia Kreatif Vincent Lim