1 00:00:07,570 --> 00:00:10,906 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:13,617 --> 00:00:16,037 Sophie watak utama dalam kisah ini. 3 00:00:22,001 --> 00:00:23,919 Tapi selama 23 tahun, 4 00:00:24,003 --> 00:00:27,757 kakak saya sering dilupakan. 5 00:00:31,802 --> 00:00:35,306 Banyak fiksyen jenayah melibatkan pembunuhan ganas wanita. 6 00:00:36,348 --> 00:00:39,226 Lihat saja kulit novel detektif dulu-dulu yang sensasi. 7 00:00:42,104 --> 00:00:45,149 Sophie du Plantier memang sangat cantik. 8 00:00:48,235 --> 00:00:49,945 Tapi dia lebih daripada itu. 9 00:00:53,032 --> 00:00:54,700 Dia suka menyendiri, 10 00:00:54,784 --> 00:00:55,910 bertimbang rasa, 11 00:00:56,410 --> 00:00:57,995 penyair romantik. 12 00:00:59,830 --> 00:01:05,086 Saya rasa bagi dia West Cork ialah tempat untuk berfikir, menulis, membaca. 13 00:01:05,169 --> 00:01:07,004 Dia suka puisi Ireland. 14 00:01:07,088 --> 00:01:11,592 Saya boleh bayangkan dia pakai baju sejuk, minum teh madu dan membaca. 15 00:01:13,302 --> 00:01:16,222 Dengan cahaya rumah api Fastnet di luar. 16 00:01:18,516 --> 00:01:21,894 Memang lumrah manusia untuk cuba memahami misteri 17 00:01:21,977 --> 00:01:24,188 di sebalik kisah buruk ini. 18 00:01:33,864 --> 00:01:35,825 Ini baris puisi saya sendiri. 19 00:01:36,325 --> 00:01:40,037 Banyak bab lain belum diceritakan sebelum kisahnya tamat. 20 00:01:40,913 --> 00:01:44,708 EPISOD 3: KEADILAN 21 00:01:44,792 --> 00:01:49,213 FEBRUARI 1997 7 MINGGU SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 22 00:01:49,296 --> 00:01:52,508 Ian Bailey, wartawan berita ini untuk akhbar tempatan, 23 00:01:52,591 --> 00:01:55,427 telah disoal siasat tentang pembunuhannya dan dibebaskan. 24 00:01:55,511 --> 00:01:58,889 Kini semuanya bergantung pada pengarah pendakwa raya. 25 00:01:58,973 --> 00:02:01,433 Kita perlu tunggu keputusan pengarah. 26 00:02:01,934 --> 00:02:04,895 Tapi awak kata awak tak bunuh Sophie du Plantier 27 00:02:04,979 --> 00:02:06,522 atau terlibat langsung? 28 00:02:06,605 --> 00:02:08,107 Saya tak bunuh dia. 29 00:02:08,190 --> 00:02:10,651 Saya tak tahu pembunuhan itu. Saya tak bersalah. 30 00:02:10,734 --> 00:02:14,321 Saya dalam keadaan terkejut dan Jules dalam keadaan terkejut. 31 00:02:14,405 --> 00:02:17,491 Apabila difikirkan balik, saya rasa kami alami stres pascatrauma. 32 00:02:18,659 --> 00:02:22,997 Minggu selepas itu dan seterusnya, lebih banyak cerita keluar. 33 00:02:23,080 --> 00:02:25,040 Macam-macam cerita diperkatakan. 34 00:02:25,124 --> 00:02:28,252 Semua orang di sini tahu semua kisah dan kejadian ini. 35 00:02:28,335 --> 00:02:30,212 PEREKA BARANG KEMAS DAN PENDUDUK SCHULL 36 00:02:30,296 --> 00:02:31,964 Semua orang bincangkannya. 37 00:02:32,047 --> 00:02:34,925 Semakin lama ia jadi semakin aneh. 38 00:02:35,009 --> 00:02:36,385 IAN BAILEY, KAWAN YANG KASAR 39 00:02:36,468 --> 00:02:39,805 Dia dapat tahu Ian Bailey suka musnahkan artifak agama. 40 00:02:39,889 --> 00:02:43,559 Garda bertanya benarkah dia dilihat pada satu malam yang hujan 41 00:02:43,642 --> 00:02:45,352 dengan seluar dalam dan topi sahaja. 42 00:02:45,436 --> 00:02:48,522 Ada khabar angin dia melolong kepada bulan 43 00:02:48,606 --> 00:02:51,609 dengan membawa "tongkat berfikir En. Bailey". 44 00:02:51,692 --> 00:02:53,777 Dia dilihat berlari dengan seluar dalam saja. 45 00:02:53,861 --> 00:02:57,072 Bailey mengaum dan melolong di luar rumah. 46 00:02:57,156 --> 00:03:01,285 Ini sebulan selepas pembunuhan berlaku pada waktu bulan purnama. 47 00:03:01,368 --> 00:03:04,580 Dia beritahu kami yang dia bercakap dengan bulan. 48 00:03:04,663 --> 00:03:06,957 Dari situlah datangnya perkataan "gila". 49 00:03:07,041 --> 00:03:09,793 Dia melolong kepada bulan dengan tongkatnya di tengah jalan. 50 00:03:09,877 --> 00:03:11,545 Semua ini memang berlaku. 51 00:03:11,629 --> 00:03:14,006 Orang yang ceritakan. Saya rasa ia benar. 52 00:03:14,089 --> 00:03:19,136 Maksud saya, saya tahu orang yang amat yakin ini berlaku. 53 00:03:19,220 --> 00:03:23,599 Ada banyak tuduhan dan teori yang mengarut. 54 00:03:23,682 --> 00:03:25,976 Antaranya, saya melolong kepada bulan. 55 00:03:26,477 --> 00:03:30,564 Pada bulan purnama mereka kata, "Bailey jadi gila. 56 00:03:31,398 --> 00:03:33,734 Dia juga ada tongkat. Tongkat sihir." 57 00:03:33,817 --> 00:03:37,404 Kononnya saya ada tongkat sihir dengan kuasa ajaib. 58 00:03:37,488 --> 00:03:39,907 Kononnya untuk saya buat sihir. 59 00:03:41,242 --> 00:03:46,664 Ada banyak khabar angin dan salah faham dan siapa dalangnya? 60 00:03:47,248 --> 00:03:50,125 Sebagai kawan, saya ceritakan khabar angin itu kepada dia. 61 00:03:52,836 --> 00:03:56,590 Saya pergi ke rumah dia, ketuk pintu. Dia benarkan saya masuk. 62 00:03:57,091 --> 00:04:00,678 Dia duduk. Ada arak merata-rata dan makanan tak berkhasiat. 63 00:04:00,761 --> 00:04:04,682 Dia tawarkan segelas. Saya kata, "Saya kerja. Saya datang nak jumpa awak." 64 00:04:05,266 --> 00:04:09,812 Dia bertenang hingga saya beritahu dia, orang kata dia melolong kepada bulan. 65 00:04:09,895 --> 00:04:13,440 Dia terus mengamuk 66 00:04:13,524 --> 00:04:15,150 dan beralih tempat. 67 00:04:15,234 --> 00:04:17,611 Mukanya berubah jadi pucat. 68 00:04:17,695 --> 00:04:20,614 Dia cengkam benda di belakangnya dan dia terkejut. 69 00:04:20,698 --> 00:04:24,201 Dia kata, "Awak tak guna." Saya kata, "Apa?" 70 00:04:25,202 --> 00:04:26,745 Dia kata, "Awak lihat dia di Spar 71 00:04:26,829 --> 00:04:30,040 sehari sebelum dia dibunuh lalu tertarik kepadanya. 72 00:04:30,124 --> 00:04:32,751 Apabila awak ke rumahnya pada pukul dua pagi, 73 00:04:32,835 --> 00:04:34,753 dia lari menjerit ketakutan. 74 00:04:34,837 --> 00:04:38,299 Awak kejar dan lempar benda ke kepalanya lalu menyesal." 75 00:04:38,382 --> 00:04:39,300 Saya terkejut. 76 00:04:42,469 --> 00:04:44,013 Kenapa dia cakap begitu? 77 00:04:44,513 --> 00:04:47,349 Macam dia gambarkan tindakannya tapi melalui saya. 78 00:04:48,350 --> 00:04:50,060 Saya balik dengan rasa takut. 79 00:04:50,644 --> 00:04:54,648 Saya duduk dengan orang yang berbahaya dan saya rasa takut. 80 00:04:56,358 --> 00:05:00,863 Semasa dia beritahu awak kisah itu, adakah bunyinya macam pengakuan? 81 00:05:00,946 --> 00:05:01,947 Sudah tentu. 82 00:05:02,031 --> 00:05:06,910 Dia juga mengaku dengan cara itu kepada orang lain. 83 00:05:09,371 --> 00:05:10,372 Kami dapat tahu 84 00:05:10,456 --> 00:05:14,793 bahawa dia mengaku kepada beberapa penduduk. 85 00:05:17,087 --> 00:05:18,380 Pada suatu malam 86 00:05:18,464 --> 00:05:20,841 iaitu Malam Tahun Baharu, 87 00:05:20,924 --> 00:05:23,344 pasangan tempatan, Richie dan Rosie Shelley 88 00:05:23,427 --> 00:05:25,554 minum di pub tempatan di Schull… 89 00:05:25,637 --> 00:05:26,889 WARTAWAN SUNDAY INDEPENDENT 90 00:05:26,972 --> 00:05:30,100 …dan berbual dengan Ian Bailey dan Jules Thomas. 91 00:05:30,851 --> 00:05:33,270 Mereka sambung minum di rumah. 92 00:05:33,354 --> 00:05:36,023 Ian mula bercakap tentang pembunuhan itu. 93 00:05:36,106 --> 00:05:37,983 Dia sedih dan mula menangis. 94 00:05:38,067 --> 00:05:38,984 WARTAWAN IRISH TIMES 95 00:05:39,068 --> 00:05:43,238 Biasalah, lepas minum lewat malam, orang akan mula mengarut. 96 00:05:45,199 --> 00:05:48,035 Dia mula menangis dan peluk Richie Shelley 97 00:05:48,118 --> 00:05:51,789 dan berkata, "Saya bunuh dia. Saya melampau." 98 00:05:51,872 --> 00:05:53,791 Mereka lari keluar sambil menjerit. 99 00:05:55,167 --> 00:05:56,210 Mereka lari. 100 00:06:02,132 --> 00:06:03,509 Semua psikik akan kata… 101 00:06:03,592 --> 00:06:05,052 PSIKIK DAN BEKAS PENDUDUK SCHULL 102 00:06:05,135 --> 00:06:07,971 …kalau kita rasa tergerak nak cakap, kita perlu luahkannya. 103 00:06:09,390 --> 00:06:11,767 Ada seorang kawan Jerman adakan parti. 104 00:06:12,267 --> 00:06:15,312 Ian hadir bersama ramai orang lain. 105 00:06:16,772 --> 00:06:20,818 Jarang ada detik apabila semua orang berkumpul begitu. 106 00:06:20,901 --> 00:06:24,029 Dalam dunia saya, tiada istilah kebetulan. 107 00:06:24,113 --> 00:06:26,490 Semua itu telah ditakdirkan. 108 00:06:27,157 --> 00:06:29,243 Saya kata, "Awak bunuh wanita itu." 109 00:06:30,828 --> 00:06:32,704 Sophie yang mahu kata begitu. 110 00:06:34,123 --> 00:06:35,958 Ian Bailey pandang mata saya 111 00:06:36,041 --> 00:06:39,670 dan kata dia tak berniat untuk libatkan semua orang. 112 00:06:40,421 --> 00:06:41,630 Itu yang dia cakap. 113 00:06:44,800 --> 00:06:46,718 Saya kenal Jules sebelum kenal Ian. 114 00:06:47,719 --> 00:06:49,221 Dia jiran saya. 115 00:06:49,304 --> 00:06:51,223 Dia ada tiga anak, 116 00:06:51,306 --> 00:06:52,724 kemudian Ian muncul 117 00:06:52,808 --> 00:06:54,643 beberapa tahun kemudian. 118 00:06:56,687 --> 00:07:00,899 Kami biasa tumpangkan satu sama lain kerana tiada pengangkutan awam. 119 00:07:00,983 --> 00:07:04,111 Anak-anak mereka perlu dihantar pulang dari Lowertown. 120 00:07:04,194 --> 00:07:06,989 Saya selalu hantar mereka pulang. 121 00:07:07,072 --> 00:07:10,492 Jika mereka jemput anak-anak, mereka hantar Malachi balik, 122 00:07:11,535 --> 00:07:12,911 anak sulung saya. 123 00:07:12,995 --> 00:07:15,414 Malachi baru berusia 14 tahun ketika itu. 124 00:07:16,790 --> 00:07:19,168 Dia pergi ke rumah kawan selepas sekolah 125 00:07:19,251 --> 00:07:22,129 dan ternampak Ian di luar Courtyard. 126 00:07:22,212 --> 00:07:24,423 Ian tumpangkan dia balik. 127 00:07:26,091 --> 00:07:29,261 Ian nampak tertekan. 128 00:07:30,304 --> 00:07:32,264 Saya rasa dia minum arak. 129 00:07:34,391 --> 00:07:37,728 Dengan bersopan, Malachi tanya tentang kerja dia. 130 00:07:38,812 --> 00:07:40,522 Dia berpaling dan kata, 131 00:07:40,606 --> 00:07:43,775 "Saya pergi hentak kepalanya dengan batu." 132 00:07:47,613 --> 00:07:49,364 Dia cakap dengan selamba. 133 00:07:49,448 --> 00:07:50,532 Suasana jadi sepi. 134 00:07:50,616 --> 00:07:54,369 Saya rasa Malachi mahu pulang secepat mungkin. 135 00:07:58,332 --> 00:08:00,209 Malachi diam saja malam itu. 136 00:08:00,292 --> 00:08:02,211 Dia tak mahu dimarahi 137 00:08:02,294 --> 00:08:05,047 kerana tumpang kereta orang mabuk. 138 00:08:05,756 --> 00:08:09,384 Tapi keesokan harinya, dia jelaskan perkara yang berlaku. 139 00:08:09,468 --> 00:08:10,802 Saya kata, 140 00:08:10,886 --> 00:08:14,765 "Hal ini terlalu besar untuk kita tangani sendiri." 141 00:08:14,848 --> 00:08:16,642 Kami pergi beri keterangan. 142 00:08:18,268 --> 00:08:20,521 Bagi Garda, itu perkembangan kritikal 143 00:08:20,604 --> 00:08:22,689 dalam siasatan dari perspektif mereka. 144 00:08:23,440 --> 00:08:25,192 Seperti penduduk lain, 145 00:08:25,275 --> 00:08:29,571 kami tak tahu semua bukti yang Garda telah himpunkan. 146 00:08:29,655 --> 00:08:33,325 Saya cuma tahu perkara yang berlaku kepada keluarga saya. 147 00:08:35,202 --> 00:08:36,620 Anda perlu faham, 148 00:08:36,703 --> 00:08:39,289 di tempat itu dan banyak tempat di Ireland, 149 00:08:39,373 --> 00:08:42,209 orang tak suka buka mulut. 150 00:08:42,292 --> 00:08:44,002 DETEKTIF FORENSIK GARDA 151 00:08:44,086 --> 00:08:48,173 Orang yang tahu pun akan rahsiakannya. Tak nak masuk campur. 152 00:08:49,299 --> 00:08:52,177 Bukti datang sedikit demi sedikit 153 00:08:52,261 --> 00:08:56,682 daripada penduduk yang cukup berani untuk beritahu polis. 154 00:08:58,392 --> 00:09:01,436 Malachi sangat keliru dan takut. 155 00:09:02,646 --> 00:09:05,107 Ia menghantuinya bertahun-tahun. 156 00:09:05,899 --> 00:09:07,776 Tak pasti jika orang lain pun sama 157 00:09:07,859 --> 00:09:10,988 tapi saya suka berseloroh sekali-sekala. 158 00:09:11,071 --> 00:09:12,281 Memang mengarut. 159 00:09:12,364 --> 00:09:13,991 Dia gelarkannya "jenaka gelap". 160 00:09:14,074 --> 00:09:15,450 PENGUASA DETEKTIF GARDA 161 00:09:15,534 --> 00:09:19,371 Daripada lima juta penduduk Ireland pada masa itu, 162 00:09:19,454 --> 00:09:22,457 ada seorang saja yang bercakap tentang membunuhnya. 163 00:09:22,958 --> 00:09:24,960 Bolehkah diterima akal 164 00:09:25,502 --> 00:09:30,132 apabila seseorang menangis dan memeluk orang 165 00:09:30,215 --> 00:09:33,468 dan mengaku membunuh tetapi berkata itu jenaka gelap? 166 00:09:35,887 --> 00:09:39,891 Tiada seorang pun yang mendengar pengakuannya itu 167 00:09:39,975 --> 00:09:42,311 mentafsirkannya sebagai jenaka gelap. 168 00:09:43,270 --> 00:09:48,191 23 DISEMBER 1997 SETAHUN SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 169 00:09:49,860 --> 00:09:52,070 Pukul 9 pagi pada awal musim sejuk. 170 00:09:52,154 --> 00:09:55,032 Semenanjung Mizen Head masih gelap. 171 00:09:59,036 --> 00:10:02,414 Georges dan Marguerite Bouniol, ibu bapa Sophie Toscan du Plantier 172 00:10:02,497 --> 00:10:06,209 mengadakan upacara memperingati bersama penduduk tempatan 173 00:10:06,293 --> 00:10:07,544 yang dia amat sayangi. 174 00:10:09,713 --> 00:10:11,715 Sudah beberapa hari rumah di desa ini 175 00:10:11,798 --> 00:10:13,634 diterangi cahaya selepas lama bergelap. 176 00:10:13,717 --> 00:10:16,011 Di sini, setahun yang lalu, 177 00:10:16,094 --> 00:10:18,513 mayat Sophie Toscan du Plantier ditemui. 178 00:10:26,104 --> 00:10:30,025 Saya sangat dilindungi selepas ibu saya mati. 179 00:10:31,234 --> 00:10:35,364 Saya tak jumpa polis Perancis atau Ireland. 180 00:10:35,906 --> 00:10:37,574 Saya tak jumpa wartawan. 181 00:10:38,075 --> 00:10:39,993 ANAK SOPHIE 182 00:10:40,077 --> 00:10:41,620 Saya dijauhkan daripada semua itu. 183 00:10:44,289 --> 00:10:45,832 Saya masih kecil, 184 00:10:46,500 --> 00:10:48,293 saya hanya mangsa. 185 00:10:51,922 --> 00:10:56,218 Selama beberapa hari, minggu, bulan, 186 00:10:56,301 --> 00:11:01,431 polis beritahu keluarga kami, kes ini hampir selesai. 187 00:11:01,515 --> 00:11:03,517 Sedikit saja lagi. 188 00:11:08,438 --> 00:11:11,900 Garda tak henti-henti tambah maklumat kepada fail kes. 189 00:11:11,983 --> 00:11:14,486 Tapi kami tak tahu sangat. 190 00:11:16,613 --> 00:11:19,074 Kami masih dalam keadaan sedih. 191 00:11:19,574 --> 00:11:23,203 Kami rasa keadilan akan ditegakkan 192 00:11:23,286 --> 00:11:27,124 tapi kadangkala kami rasa putus harapan. 193 00:11:29,209 --> 00:11:30,961 Kemudian pada awal Januari, 194 00:11:31,044 --> 00:11:34,506 sekali lagi Garda beritahu keluarga kami 195 00:11:34,589 --> 00:11:37,259 yang kes itu akan diselesaikan tak lama lagi. 196 00:11:39,428 --> 00:11:42,639 27 JANUARI 1998, 13 BULAN SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 197 00:11:42,723 --> 00:11:45,350 Selamat tengah hari. Tajuk utama hari ini. 198 00:11:45,434 --> 00:11:47,018 Seorang lelaki ditahan di West Cork 199 00:11:47,102 --> 00:11:50,605 dalam siasatan pembunuhan wanita Perancis, Sophie du Plantier. 200 00:11:51,690 --> 00:11:55,152 Setahun selepas penahanan pertama, saya ditangkap lagi. 201 00:11:59,406 --> 00:12:01,533 Dia mengaku kepada ramai orang. 202 00:12:02,701 --> 00:12:04,661 Jangan terkejut jika ditangkap. 203 00:12:04,745 --> 00:12:06,747 Mereka kata, "Kami detektif khas. 204 00:12:06,830 --> 00:12:10,625 Kami ahli Biro Siasatan Jenayah Kebangsaan," 205 00:12:10,709 --> 00:12:14,337 iaitu cawangan elit detektif Garda. 206 00:12:14,421 --> 00:12:17,090 - Con, apa cerita? - Saya pun tak tahu. 207 00:12:17,799 --> 00:12:21,094 Mengikut undang-undang Ireland, ada dua tempoh tahanan, 208 00:12:21,178 --> 00:12:22,846 setiap satunya 12 jam. 209 00:12:24,139 --> 00:12:28,935 Garda tak ada peluang ketiga untuk soal siasat suspek. 210 00:12:31,313 --> 00:12:34,733 Pengarah pendakwa raya masih memeriksa fail kes bunuh itu. 211 00:12:35,942 --> 00:12:40,363 DPP ialah pegawai undang-undang yang meneliti siasatan Garda 212 00:12:40,447 --> 00:12:41,782 dan menentukan 213 00:12:41,865 --> 00:12:45,368 jika Garda ada bukti mencukupi untuk membuat pertuduhan. 214 00:12:45,452 --> 00:12:48,580 Dia ditahan bawah Seksyen 4 Akta Keadilan Jenayah 215 00:12:48,663 --> 00:12:50,749 dan boleh ditahan sehingga 12 jam. 216 00:12:54,377 --> 00:12:57,422 Saya bercakap dengan Jules semasa tiba pagi itu. 217 00:12:59,257 --> 00:13:01,092 WARTAWAN RTL DI IRELAND 218 00:13:01,176 --> 00:13:04,221 Saya pergi ke rumahnya, rumah mereka, kerana kami kawan. 219 00:13:05,013 --> 00:13:11,728 Saya tanya dia, "Awak rasa Ian bersalah?" 220 00:13:14,022 --> 00:13:15,565 Dia kata, "Saya tak tahu." 221 00:13:20,111 --> 00:13:22,322 Garda masih menyoal siasat seorang lelaki 222 00:13:22,405 --> 00:13:25,700 berkenaan pembunuhan wanita Perancis, Sophie Toscan du Plantier. 223 00:13:28,203 --> 00:13:29,788 Ada dua Garda 224 00:13:29,871 --> 00:13:32,332 yang kata, "Kita berehat sekarang." 225 00:13:32,833 --> 00:13:34,835 Saya kata, "Saya tak nak berehat." 226 00:13:35,836 --> 00:13:37,921 Mereka kata, "Kami nak berehat daripada awak." 227 00:13:42,133 --> 00:13:45,554 Sekali lagi, saya syak mereka mahu Ian Bailey mengaku. 228 00:13:47,639 --> 00:13:49,975 Ada orang telefon saya. 229 00:13:50,058 --> 00:13:53,812 "Malam ini, Marie-Madeleine, saya ada berita baik untuk awak." 230 00:13:54,938 --> 00:13:57,357 Tapi malam itu tiada berita baik. 231 00:13:57,440 --> 00:13:58,733 DPP menolak. 232 00:14:06,324 --> 00:14:08,118 Dia dibebaskan lagi tanpa dakwaan. 233 00:14:08,910 --> 00:14:10,579 Sebab mereka tak dapat pengakuan 234 00:14:10,662 --> 00:14:13,999 dan bukti yang mereka ada hanyalah bukti ikut keadaan. 235 00:14:15,542 --> 00:14:17,919 Kami semua terkejut. 236 00:14:19,504 --> 00:14:21,381 Kasihan ibu bapa saya. 237 00:14:24,342 --> 00:14:27,679 Di Ireland, keluarga mangsa tak wujud. 238 00:14:28,388 --> 00:14:30,557 Garda mengetuai siasatan 239 00:14:31,641 --> 00:14:35,103 dan kemudian menyerahkan kes itu 240 00:14:36,062 --> 00:14:39,399 kepada pengarah pendakwa raya, DPP. 241 00:14:40,567 --> 00:14:42,360 Tiada apa-apa akan berlaku, 242 00:14:42,444 --> 00:14:45,697 jadi tolong bersurai dengan senyap dan cepat. 243 00:14:46,239 --> 00:14:47,157 Boleh? 244 00:14:47,240 --> 00:14:48,325 Apa tugas dia? 245 00:14:48,408 --> 00:14:50,201 Dia membaca dosir 246 00:14:50,285 --> 00:14:53,622 dan memilih untuk meneruskan dakwaan atau tidak. 247 00:14:53,705 --> 00:14:57,667 Jika tak cukup bukti, 248 00:14:58,501 --> 00:15:00,670 dia takkan buat dakwaan. 249 00:15:01,880 --> 00:15:05,967 Maafkan saya kerana berkasar tapi kadangkala, 250 00:15:06,051 --> 00:15:09,262 Ireland terlalu mengikut telunjuk Bailey. 251 00:15:16,603 --> 00:15:18,146 Selepas dia ditahan, 252 00:15:18,229 --> 00:15:20,857 Ian Bailey melayan media 253 00:15:21,650 --> 00:15:24,361 sehingga menjemput mereka ke rumahnya. 254 00:15:24,945 --> 00:15:27,280 Bersama pasangannya, dia jawab soalan kami 255 00:15:27,364 --> 00:15:29,157 dan menegaskan dia tak bersalah. 256 00:15:29,240 --> 00:15:32,661 Dia melayan pihak media. 257 00:15:33,203 --> 00:15:35,914 Dia bekerjasama sepenuhnya dengan media. 258 00:15:37,290 --> 00:15:40,752 Tak tahulah pihak yang dapat manfaat apabila menipu tentang kami. 259 00:15:40,835 --> 00:15:44,547 Tapi yang saya tahu, polis cuba tuduh saya sebagai pembunuh, 260 00:15:44,631 --> 00:15:46,383 serta pasangan saya, Jules. 261 00:15:46,883 --> 00:15:48,760 Kami tiada kaitan dengannya. 262 00:15:49,427 --> 00:15:50,887 PENDUDUK SCHULL 263 00:15:50,971 --> 00:15:53,431 Itulah kelemahan personalitinya. 264 00:15:54,349 --> 00:15:56,768 Dia mencari perhatian. 265 00:16:00,230 --> 00:16:02,357 Pembunuhan itu berlaku pada Disember 1996. 266 00:16:03,942 --> 00:16:06,069 Tangkapan dibuat pada 1997 dan 1998. 267 00:16:07,195 --> 00:16:10,073 Keadaan sudah tenang. Siasatan masih berjalan. 268 00:16:12,075 --> 00:16:15,745 Kepada dunia luar, tiada apa-apa berlaku selama beberapa tahun. 269 00:16:17,247 --> 00:16:20,875 Tiba-tiba, kisah itu kecoh semula. 270 00:16:22,794 --> 00:16:27,298 Ian Bailey mendakwa hidupnya dimusnahkan oleh artikel tentang Sophie Toscan… 271 00:16:27,382 --> 00:16:29,509 Bailey mendakwa akhbar memfitnahnya 272 00:16:29,592 --> 00:16:32,971 dengan menamakannya sebagai pembunuh Sophie Toscan du Plantier. 273 00:16:33,054 --> 00:16:36,766 Sekali-sekala, ada saja gosip liar yang memburukkan saya 274 00:16:36,850 --> 00:16:37,976 dalam akhbar. 275 00:16:38,560 --> 00:16:42,856 Mesti ada detektif bocorkan cerita kepada kenalan media, 276 00:16:42,939 --> 00:16:45,900 jadi saya ambil tindakan undang-undang. 277 00:16:45,984 --> 00:16:47,402 Demi membersihkan namanya, 278 00:16:47,485 --> 00:16:49,863 dia membuat tuntutan saman fitnah besar-besaran. 279 00:16:49,946 --> 00:16:52,365 DISEMBER 2003 7 TUJUH SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 280 00:16:52,449 --> 00:16:54,868 Hari ini, wartawan Ian Bailey 281 00:16:54,951 --> 00:16:57,579 menyaman tujuh akhbar Ireland dan British 282 00:16:57,662 --> 00:16:59,831 akibat liputan mereka atas kes itu. 283 00:16:59,914 --> 00:17:01,791 Ia dijalankan di mahkamah litar di Cork. 284 00:17:01,875 --> 00:17:04,586 Peguamnya berkata selama hampir tujuh tahun, 285 00:17:04,669 --> 00:17:08,214 En. Bailey dibicarakan oleh media yang berat sebelah 286 00:17:08,298 --> 00:17:10,884 yang berniat jahat terhadap kliennya. 287 00:17:11,468 --> 00:17:15,764 Tetapi kemudian, akhbar memohon untuk mendapatkan fail Garda 288 00:17:16,264 --> 00:17:17,599 dan mereka berjaya. 289 00:17:17,682 --> 00:17:19,893 Itu perkembangan yang amat penting. 290 00:17:20,852 --> 00:17:23,688 Mereka sepina saksi yang beri keterangan kepada Garda. 291 00:17:24,189 --> 00:17:25,899 Orang yang enggan ke mahkamah 292 00:17:25,982 --> 00:17:28,818 tiba-tiba dibawa ke sana. 293 00:17:29,319 --> 00:17:33,239 Saya tonton berita RTÉ dan nampak saksi dari Schull 294 00:17:33,323 --> 00:17:35,492 yang berada di luar mahkamah, 295 00:17:35,575 --> 00:17:37,202 cuba mengelak kamera 296 00:17:37,285 --> 00:17:40,371 kerana tiada orang mahu masuk siaran nasional. 297 00:17:40,455 --> 00:17:42,457 Kami semua berminat dengan kes ini 298 00:17:42,540 --> 00:17:45,585 kerana ia sebahagian daripada sejarah kami. 299 00:17:46,336 --> 00:17:49,255 Kami banyak belajar tentang kes itu dan siasatan Garda. 300 00:17:49,339 --> 00:17:52,342 Itu kali pertama orang awam dapat tahu butiran 301 00:17:52,425 --> 00:17:54,302 siasatan Garda terhadap Ian Bailey. 302 00:17:54,803 --> 00:17:57,722 Keterangan bukti bagi kes ini akan terus dibentangkan 303 00:17:57,806 --> 00:17:59,599 sehingga hujung minggu ini. 304 00:17:59,682 --> 00:18:02,435 Jadi, kami dapat gambaran tentang pertuduhan Garda. 305 00:18:02,519 --> 00:18:05,438 Kebanyakan bukti cuma berdasarkan keadaan 306 00:18:05,522 --> 00:18:07,524 tapi agak terperinci. 307 00:18:09,400 --> 00:18:12,779 Sebelum ini, kami tak dapat akses fail Ireland. 308 00:18:12,862 --> 00:18:18,660 Memang luar biasa apabila semua saksi yang disoal siasat 309 00:18:18,743 --> 00:18:22,956 tampil semasa perbicaraan untuk sebut perkara yang sama. 310 00:18:23,456 --> 00:18:25,166 Bukan mereka yang menipu. 311 00:18:27,210 --> 00:18:29,629 Sebelum ini kami tak tahu punca Bailey jadi suspek. 312 00:18:29,712 --> 00:18:31,756 Kini kami mula faham. 313 00:18:31,840 --> 00:18:34,050 "Sebab itulah dia dituduh." 314 00:18:34,759 --> 00:18:37,595 Walaupun Ian Bailey menyaman akhbar, 315 00:18:37,679 --> 00:18:40,056 kini ia jadi perbicaraan pembunuhan. 316 00:18:40,140 --> 00:18:42,559 Bill Fuller kata En. Bailey beritahu dia, 317 00:18:42,642 --> 00:18:46,020 "Apabila Sophie menjerit lari, awak rasa nak bertindak 318 00:18:46,104 --> 00:18:48,356 sehingga terlanjur membunuh dia." 319 00:18:48,439 --> 00:18:50,817 En. Fuller rasa En. Bailey cuba mengaku… 320 00:18:50,900 --> 00:18:53,611 Malachi Reed mendakwa Ian Bailey menjawab, 321 00:18:53,695 --> 00:18:57,532 "Semuanya okey sebelum saya pergi hentak kepalanya dengan batu." 322 00:18:57,615 --> 00:19:01,035 Dia memeluk Richard Shelley dan berkata, "Saya bunuh dia. 323 00:19:01,119 --> 00:19:02,370 Saya terlanjur." 324 00:19:02,453 --> 00:19:06,374 Peliknya, dia tak sangka perbuatannya itu akan memakan diri. 325 00:19:07,834 --> 00:19:10,670 Bailey terlalu angkuh, 326 00:19:10,753 --> 00:19:12,839 seperti kebiasaannya. 327 00:19:12,922 --> 00:19:16,509 Dia fikir dia boleh untung besar dan tutup mulut pihak media. 328 00:19:17,260 --> 00:19:19,387 Salah satu bukti yang paling menarik 329 00:19:19,470 --> 00:19:21,514 yang timbul semasa kes fitnah ini 330 00:19:21,598 --> 00:19:23,892 ada di Jambatan Kealfadda, 331 00:19:23,975 --> 00:19:25,977 1.5 kilometer dari rumah Sophie. 332 00:19:26,060 --> 00:19:30,106 Pekedai dari Schull beritahu mahkamah yang dia nampak Ian Bailey 333 00:19:30,190 --> 00:19:31,524 pada pukul 3 pagi 334 00:19:31,608 --> 00:19:33,109 pada malam pembunuhan Sophie. 335 00:19:33,193 --> 00:19:35,028 Bagi Garda, Marie Farrell amat penting 336 00:19:35,111 --> 00:19:38,114 kerana dia saja yang nampak Ian tiada di rumah 337 00:19:38,198 --> 00:19:40,617 dan ada di sekitar rumah Sophie. 338 00:19:40,700 --> 00:19:43,453 Marie Farrell memberitahu Garda, dia nampak lelaki 339 00:19:43,536 --> 00:19:46,873 yang dia kenal pasti sebagai Ian Bailey di Jambatan Kealfadda, 340 00:19:46,956 --> 00:19:50,460 1.5 kilometer dari rumah percutian Sophie Toscan du Plantier. 341 00:19:50,543 --> 00:19:53,296 Marie Farrell ialah watak penting 342 00:19:53,796 --> 00:19:55,340 kerana dia nampak Bailey… 343 00:19:55,423 --> 00:19:56,549 SEPUPU SOPHIE 344 00:19:56,633 --> 00:19:59,260 …pada malam pembunuhan di Jambatan Kealfadda. 345 00:19:59,344 --> 00:20:01,137 Dia saksi penting. 346 00:20:01,221 --> 00:20:04,724 Adakah awak 100 peratus pasti Ian Bailey di jambatan itu? 347 00:20:04,807 --> 00:20:06,309 Ya, 110 peratus. 348 00:20:06,392 --> 00:20:09,562 Ian Bailey mengesahkannya apabila dia ke kedai saya. 349 00:20:09,646 --> 00:20:12,398 Dia kata, "Saya tahu awak nampak saya di jambatan." 350 00:20:14,150 --> 00:20:16,569 Dia benar-benar meyakinkan. 351 00:20:16,653 --> 00:20:19,697 Dia sangat tegas dan yakin terhadap kata-katanya 352 00:20:19,781 --> 00:20:21,449 termasuk apabila dia berkata 353 00:20:21,532 --> 00:20:24,160 dia diganggu dan diugut oleh Ian kemudiannya. 354 00:20:24,744 --> 00:20:28,748 Marie Farrell beritahu mahkamah Ian Bailey cuba memaksa dia 355 00:20:28,831 --> 00:20:31,251 menarik balik keterangannya kepada Garda. 356 00:20:31,334 --> 00:20:33,962 Ian kata dia ada maklumat tentang Marie 357 00:20:34,045 --> 00:20:36,381 dan minta dia tukar keterangan. 358 00:20:36,464 --> 00:20:39,384 Marie membuat banyak aduan rasmi kepada Garda 359 00:20:39,467 --> 00:20:44,973 tentang gangguan dan ugutan yang dilakukan 360 00:20:45,056 --> 00:20:47,058 oleh Ian Bailey terhadapnya. 361 00:20:47,141 --> 00:20:48,851 Dia tiba di kedai, 362 00:20:48,935 --> 00:20:52,063 dan dia kata dia tahu saya nampak dia di jambatan 363 00:20:52,563 --> 00:20:55,066 dan dia mahu saya beritahu peguam peguamnya 364 00:20:55,149 --> 00:20:58,403 yang Garda paksa saya ada-adakan cerita tentang dia. 365 00:20:59,445 --> 00:21:01,823 Jika saya buat begitu, dia takkan ganggu saya lagi. 366 00:21:01,906 --> 00:21:04,742 Apabila saya tak berniat nak buat begitu, 367 00:21:04,826 --> 00:21:06,661 dia susahkan hidup saya. 368 00:21:07,704 --> 00:21:09,664 Pada satu tahap, saya fikir, 369 00:21:09,747 --> 00:21:12,250 "Badannya besar. Dia boleh bunuh saya sekelip mata 370 00:21:12,333 --> 00:21:13,876 dan orang takkan tahu." 371 00:21:13,960 --> 00:21:16,087 Kami tunggu kedai aiskrim dibuka. 372 00:21:16,170 --> 00:21:19,215 Dia datang berlari ketakutan. 373 00:21:19,299 --> 00:21:20,591 Kami tanya, "Kenapa?" 374 00:21:20,675 --> 00:21:24,220 Dia kata Bailey letak kereta di depannya 375 00:21:24,304 --> 00:21:25,888 dan berbuat begini. 376 00:21:26,597 --> 00:21:31,269 Dia buat gaya kelar leher jika dia jumpa saya di luar 377 00:21:31,352 --> 00:21:32,562 atau buat begini. 378 00:21:33,229 --> 00:21:36,357 Gangguan itu berlanjutan berbulan-bulan. 379 00:21:36,441 --> 00:21:40,028 Marie risaukan dirinya dan anak-anak. 380 00:21:42,530 --> 00:21:44,115 Saya buat banyak siasatan. 381 00:21:44,198 --> 00:21:47,910 Saya dapati ada saksi dan jiran lain yang dia ugut. 382 00:21:48,745 --> 00:21:51,372 Jadi, tak hairanlah 383 00:21:51,456 --> 00:21:54,375 jika penduduk perempuan di kawasan itu 384 00:21:54,459 --> 00:21:56,085 takut akan Ian Bailey. 385 00:21:57,628 --> 00:22:01,257 Ramai wanita sangat takut akan Ian Bailey. 386 00:22:02,383 --> 00:22:04,552 Ramai wanita cepat-cepat berpindah. 387 00:22:04,635 --> 00:22:07,221 Mereka pergi dan tak kembali. 388 00:22:08,264 --> 00:22:12,268 Ian Bailey meluangkan hari ketiga di kandang saksi Mahkamah Litar Cork. 389 00:22:12,352 --> 00:22:14,354 Ada saja keterangan menggemparkan. 390 00:22:14,437 --> 00:22:17,023 Berita yang kita tulis pada waktu pagi 391 00:22:17,106 --> 00:22:19,442 sudah tak boleh dipakai pada waktu tengah hari. 392 00:22:19,525 --> 00:22:22,987 Pemeriksaan silang Ian Bailey bermula lewat tengah hari ini 393 00:22:23,071 --> 00:22:26,199 dan hampir serta-merta, dia disoal tentang hubungannya 394 00:22:26,282 --> 00:22:30,119 dengan pasangannya, Jules Thomas yang dikatakan bergolak. 395 00:22:30,203 --> 00:22:34,040 Dia membelasah Jules hingga dia hampir buta sebelah mata. 396 00:22:34,999 --> 00:22:38,878 Kawan anak Jules Thomas, Peter Bialecki, memberitahu mahkamah 397 00:22:38,961 --> 00:22:42,048 tentang serangan Ian Bailey terhadap Jules Thomas pada 1996. 398 00:22:42,548 --> 00:22:46,260 Pintu saya diketuk oleh anak Jules, Virginia. 399 00:22:46,344 --> 00:22:49,889 Dia minta saya hantar Jules ke hospital. 400 00:22:51,432 --> 00:22:53,226 Jules duduk di atas katil. 401 00:22:53,309 --> 00:22:54,894 Dia mengerekot. 402 00:22:55,603 --> 00:22:59,816 Mata sebelah sini bengkak dan terbenam. Separuh rambutnya tercabut. 403 00:23:00,316 --> 00:23:04,112 Mukanya dicakar. Bibirnya terkoyak. 404 00:23:09,575 --> 00:23:12,870 Fenella iaitu budak kecil itu memandang saya 405 00:23:13,913 --> 00:23:16,124 dan hingga kini saya tak boleh… 406 00:23:17,708 --> 00:23:19,293 Maaf. Sebentar. 407 00:23:20,044 --> 00:23:22,380 Saya tak tahan lihat air mukanya. 408 00:23:23,756 --> 00:23:25,758 Seperti dia minta tolong. 409 00:23:25,842 --> 00:23:27,343 Tapi saya tak terdaya. 410 00:23:29,095 --> 00:23:32,390 Saya tak pernah rasa selemah itu. 411 00:23:33,599 --> 00:23:35,810 Saya tak dapat bantu budak itu. 412 00:23:40,982 --> 00:23:44,068 Ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka. 413 00:23:45,153 --> 00:23:49,031 Jiran-jiran dah lali melihat dia lebam. 414 00:23:50,450 --> 00:23:54,036 Selepas kali ketiga atau keempat, mereka nampak matanya lebam. 415 00:23:54,120 --> 00:23:57,165 Mereka terkejut dengan keganasan serangan itu. 416 00:23:59,125 --> 00:24:00,793 Paul Gallagher, wakil pihak akhbar, 417 00:24:00,877 --> 00:24:04,172 mendakwa dia menyerang Cik Thomas sekurang-kurangnya lima kali. 418 00:24:07,091 --> 00:24:09,218 Bukannya saya tak mahu ingat semula 419 00:24:09,302 --> 00:24:11,137 tapi itu cerita lama. 420 00:24:13,222 --> 00:24:15,766 Pada masa itu, kami berdua minum arak. 421 00:24:15,850 --> 00:24:19,812 Saya tak sedar perkara yang berlaku tapi dia tarik saya 422 00:24:21,230 --> 00:24:22,940 dan saya tolak dia 423 00:24:23,024 --> 00:24:24,984 lalu dia tercedera. 424 00:24:25,067 --> 00:24:26,611 En. Bailey mengaku 425 00:24:26,694 --> 00:24:30,615 yang beberapa gumpal rambut Cik Thomas tercabut, 426 00:24:30,698 --> 00:24:33,493 matanya lebam dan bengkak sebesar limau gedang, 427 00:24:33,576 --> 00:24:35,703 dan bibirnya terkoyak daripada gusi. 428 00:24:35,786 --> 00:24:37,413 Dia perlukan lapan jahitan. 429 00:24:37,497 --> 00:24:41,125 En. Bailey kata dia minum arak dan hilang kawalan 430 00:24:41,209 --> 00:24:43,669 tapi dia menafikan yang dia ganas. 431 00:24:43,753 --> 00:24:47,882 Saya kata kepada polis tempatan, "Jules takkan buat dakwaan." 432 00:24:47,965 --> 00:24:51,969 Polis itu kata, "Dia mesti buat kerana jika tidak, 433 00:24:52,053 --> 00:24:55,556 lepas ini mungkin lebih teruk atau wanita lain jadi mangsa." 434 00:24:57,975 --> 00:25:00,978 Jika dikira dari pembunuhan Sophie, bila hal ini berlaku? 435 00:25:02,021 --> 00:25:03,814 Enam bulan sebelumnya. 436 00:25:03,898 --> 00:25:04,941 Paling lama. 437 00:25:06,901 --> 00:25:09,111 Saya bertanggungjawab sepenuhnya. 438 00:25:11,197 --> 00:25:14,075 Tapi bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. 439 00:25:14,158 --> 00:25:20,206 Tapi saya bukan nak cuba lepas tangan. 440 00:25:21,332 --> 00:25:26,379 Ian ialah paradoks yang sangat menarik antara malu dengan tak malu. 441 00:25:29,006 --> 00:25:32,260 Hari ini, Hakim Patrick Moran tidak menyebelahi Ian Bailey. 442 00:25:32,343 --> 00:25:34,971 Akhbar tidak menamakan dia sebagai pembunuh 443 00:25:35,054 --> 00:25:39,725 dan Hakim Moran tak teragak-agak menggambarkan dia sebagai lelaki ganas. 444 00:25:39,809 --> 00:25:41,269 Dia kalah. 445 00:25:41,352 --> 00:25:44,480 Dia seperti mensabotaj diri sendiri… 446 00:25:44,564 --> 00:25:46,274 WARTAWAN IRISH TIMES DI PARIS 447 00:25:46,315 --> 00:25:48,818 …apabila memulakan tuntutan ini. 448 00:25:48,901 --> 00:25:52,280 Di Paris, di rumah ibu bapa Sophie Toscan du Plantier, 449 00:25:52,363 --> 00:25:54,532 keluarganya mengalu-alukan keputusan hakim. 450 00:25:56,033 --> 00:25:59,328 Keputusan itu betul. Yang pasti, hakim menegaskan 451 00:25:59,412 --> 00:26:02,331 dia sangat ganas, terutamanya terhadap wanita. 452 00:26:02,415 --> 00:26:04,959 Kami harap dengan adanya testimoni baharu, 453 00:26:05,042 --> 00:26:07,545 DPP akan buat keputusan tak lama lagi 454 00:26:07,628 --> 00:26:09,171 untuk menangkap pembunuh. 455 00:26:10,464 --> 00:26:12,550 Kami serta-merta rasa 456 00:26:12,633 --> 00:26:16,262 dia akan ditangkap dan sesuatu akan berlaku akhirnya. 457 00:26:16,345 --> 00:26:22,310 Kami masih berharap DPP akan meneruskan dengan pendakwaan. 458 00:26:24,645 --> 00:26:27,064 Pengarah pendakwa raya Ireland 459 00:26:27,148 --> 00:26:30,901 tiada rancangan untuk mendakwa Ian Bailey dengan pembunuhan itu. 460 00:26:31,736 --> 00:26:32,778 Bagi saya, 461 00:26:32,862 --> 00:26:36,032 saya terkejut kerana walaupun selepas terdedahnya 462 00:26:36,115 --> 00:26:40,494 semua testimoni dan bukti, dia tak pernah dibicarakan. 463 00:26:41,245 --> 00:26:48,210 Jelas sekali Bailey nampak lebih bersalah daripada sebelum ini. 464 00:26:48,294 --> 00:26:49,879 Tapi tiada apa-apa berlaku. 465 00:27:01,849 --> 00:27:03,476 Sejak kematian ibu saya, 466 00:27:03,976 --> 00:27:10,316 Saya bernasib baik kerana nama saya tidak dilibatkan dalam cerita ini. 467 00:27:15,404 --> 00:27:19,033 Tetapi masa berlalu. 468 00:27:19,116 --> 00:27:22,912 Sekarang dah 23 tahun berlalu, ada dua fasa. 469 00:27:22,995 --> 00:27:29,293 Fasa semasa saya kanak-kanak 470 00:27:29,377 --> 00:27:33,881 yang menderita, menangis, bersedih, 471 00:27:33,964 --> 00:27:37,885 kemudian fasa apabila saya turut berjuang. 472 00:27:38,803 --> 00:27:41,013 PARIS PERANCIS 473 00:27:43,557 --> 00:27:47,978 PERSATUAN PENCARI KEBENARAN TENTANG PEMBUNUHAN SOPHIE TOSCAN DU PLANTIER 474 00:27:50,898 --> 00:27:56,237 Persatuan itu sangat penting bagi saya dalam pencarian kebenaran. 475 00:27:57,780 --> 00:28:03,494 Setiap bulan, kami akan tetap bertemu walaupun sangat sibuk. 476 00:28:08,457 --> 00:28:11,127 Ia ditubuhkan oleh adik nenek saya. 477 00:28:12,169 --> 00:28:16,006 Kami sangat yakin bahawa Polis Ireland iaitu Garda 478 00:28:16,507 --> 00:28:19,260 akan selesaikan kes. "Kami dah jumpa pembunuh itu." 479 00:28:19,343 --> 00:28:20,845 BAPA SAUDARA SOPHIE 480 00:28:20,928 --> 00:28:23,013 Jelas sekali kami salah. 481 00:28:24,348 --> 00:28:26,934 Ketika itu, saya mula beritahu kakak saya, 482 00:28:27,017 --> 00:28:29,895 "Kita mungkin terpaksa tunggu bertahun-tahun tanpa hasil." 483 00:28:29,979 --> 00:28:33,023 Jadi, kami tubuhkan persatuan pada 2007. 484 00:28:33,607 --> 00:28:34,734 Apa yang berlaku? 485 00:28:37,319 --> 00:28:39,155 Awak dah kurus? 486 00:28:39,238 --> 00:28:42,324 Saya tak tahu apa-apa tentang undang-undang jenayah. 487 00:28:42,408 --> 00:28:45,327 Saya belajar tentang perbezaan antara sistem perundangan. 488 00:28:45,995 --> 00:28:51,417 Bolehkah Ireland sabitkan defendan yang tidak hadir? 489 00:28:51,500 --> 00:28:53,961 Sistem Perancis sangat berbeza. 490 00:28:54,044 --> 00:28:58,007 Ia sangat berbeza. Ini memang benar. 491 00:28:58,090 --> 00:29:02,219 Sistem di Ireland yang berdasarkan sistem keadilan British, 492 00:29:02,303 --> 00:29:05,556 kebersalahan perlu dibuktikan melampaui keraguan munasabah. 493 00:29:05,639 --> 00:29:09,977 Di Perancis pula, ia berdasarkan un faisceau de preuves. 494 00:29:10,060 --> 00:29:12,688 Ia bererti jumlah bukti. 495 00:29:14,273 --> 00:29:17,485 Selepas perbicaraan kes fitnah tahun 2003, 496 00:29:17,568 --> 00:29:20,863 kami ada semua keterangan saksi buat kali pertama. 497 00:29:20,946 --> 00:29:24,825 Maka bermulalah perbicaraan undang-undang di Perancis 498 00:29:25,326 --> 00:29:28,579 demi menegakkan kebenaran dan keadilan untuk Sophie. 499 00:29:29,580 --> 00:29:34,752 Semua orang yang kenal ibu saya tahu dia seorang pejuang 500 00:29:34,835 --> 00:29:39,590 dan saya juga akan cuba jadi pejuang. 501 00:29:40,549 --> 00:29:41,675 Yang pasti, 502 00:29:41,759 --> 00:29:45,471 Bailey takkan terlepas selama-lamanya daripada undang-undang. 503 00:29:48,641 --> 00:29:52,436 Kami tubuhkan persatuan pada September 2007 504 00:29:52,520 --> 00:29:56,357 dan siasatan Perancis bermula pada 2008. 505 00:30:02,822 --> 00:30:05,533 Selepas membuat liputan kisah ini selama 24 tahun, 506 00:30:05,616 --> 00:30:08,118 saya sedar setiap kali kita rasa kita tahu kebenarannya, 507 00:30:08,202 --> 00:30:11,956 kita pasti akan dikejutkan lagi. 508 00:30:16,544 --> 00:30:21,423 Ada perkembangan kisah ini yang menggemparkan Ireland dan Perancis. 509 00:30:22,007 --> 00:30:23,759 Saya yakin itu bukan Ian Bailey. 510 00:30:27,680 --> 00:30:30,015 - Awak pasti itu bukan Ian Bailey? - Ya. 511 00:30:30,599 --> 00:30:33,143 Marie Farrell tarik balik keterangannya. 512 00:30:33,227 --> 00:30:34,937 Keterangannya saya tak benar 513 00:30:35,020 --> 00:30:37,273 dan saya mahu tarik balik. 514 00:30:37,898 --> 00:30:39,984 Saksi utama tiba-tiba 515 00:30:40,067 --> 00:30:43,445 menarik diri daripada kes itu. 516 00:30:43,529 --> 00:30:48,325 Marie Farrell mengubah seluruh siasatan. 517 00:30:49,076 --> 00:30:51,453 Dia bersama lelaki yang bukan suaminya. 518 00:30:51,954 --> 00:30:55,499 Jika hal itu terdedah, musnahlah hidup saya 519 00:30:55,583 --> 00:30:57,793 kerana saya fikir perkahwinan saya akan berakhir 520 00:30:57,877 --> 00:31:00,170 walaupun saya tak ada hubungan sulit. 521 00:31:00,754 --> 00:31:02,047 Disebabkan itu, 522 00:31:02,131 --> 00:31:07,386 dia mendakwa polis memaksa dia untuk mengenal pasti suspek utama. 523 00:31:07,469 --> 00:31:09,430 Mereka suruh saya jangan risau, 524 00:31:09,513 --> 00:31:11,640 kononnya saya tak perlu ke mahkamah, 525 00:31:12,141 --> 00:31:14,894 mereka cuma nak saya cakap untuk rekod mereka. 526 00:31:14,977 --> 00:31:16,687 "ITU DIA." 527 00:31:18,522 --> 00:31:21,150 Semasa perbicaraan fitnah, saya percayakan dia. 528 00:31:21,233 --> 00:31:23,444 Dia memberi bukti dengan meyakinkan. 529 00:31:23,527 --> 00:31:25,529 Semasa dia tarik balik keterangan, 530 00:31:25,613 --> 00:31:28,115 saya percayakan dia. Dia masih meyakinkan. 531 00:31:28,198 --> 00:31:30,200 Saya kata saya tarik balik keterangan. 532 00:31:30,284 --> 00:31:34,371 Saya menangis dan beritahu dia, "Cukuplah. Saya tarik balik semuanya. 533 00:31:34,455 --> 00:31:37,499 Saya dah tak sanggup. Saya tak boleh tahan lagi." 534 00:31:38,792 --> 00:31:39,752 Sebenarnya, 535 00:31:41,045 --> 00:31:42,379 saya tak tahu. 536 00:31:44,131 --> 00:31:47,801 Dia tak mengubah ceritanya selama sepuluh tahun. 537 00:31:47,885 --> 00:31:50,179 Saya percaya ceritanya betul. 538 00:31:51,430 --> 00:31:53,265 Kenapa dia tukar cerita? 539 00:31:54,391 --> 00:31:55,476 Apa pendapat awak? 540 00:31:55,559 --> 00:31:57,019 Saya bercakap benar. 541 00:31:57,102 --> 00:32:00,814 Kenapa saya nak cari perhatian seperti ini 542 00:32:00,898 --> 00:32:02,524 jika saya tak cakap benar? 543 00:32:02,608 --> 00:32:05,986 Mungkin awak lakukannya kerana Ian Bailey mengugut 544 00:32:06,070 --> 00:32:07,321 atau menakutkan awak, 545 00:32:07,404 --> 00:32:09,907 seperti bukti yang diberikan di mahkamah 546 00:32:09,990 --> 00:32:11,659 daripada mulut awak sendiri 547 00:32:11,742 --> 00:32:13,327 bahawa awak takut akan dia 548 00:32:13,410 --> 00:32:15,913 dan ini cara untuk hentikan gangguannya. 549 00:32:16,830 --> 00:32:19,917 Tidak, saya tak takut akan Ian Bailey. 550 00:32:21,293 --> 00:32:25,255 Keluarga kami amat menyesal kerana tidak menghalang 551 00:32:25,339 --> 00:32:27,424 ancaman Bailey terhadap Marie Farrell. 552 00:32:28,175 --> 00:32:33,305 Selama bertahun-tahun, dia tinggal sekampung dengan Bailey di Schull 553 00:32:33,389 --> 00:32:35,766 dan dia mengalami tekanan besar. 554 00:32:37,935 --> 00:32:41,438 Kes ini berubah dan Ian Bailey mula bangkit semula. 555 00:32:44,233 --> 00:32:46,235 Bailey teruja. 556 00:32:46,860 --> 00:32:50,322 Bak katanya, "Selamat datang ke pihak yang benar." 557 00:32:52,866 --> 00:32:54,994 Mereka ada saksi di pihak mereka 558 00:32:55,494 --> 00:32:59,331 yang mendakwa Garda korup. 559 00:33:00,708 --> 00:33:03,752 En. Bailey kata dia tidak diberi layanan adil… 560 00:33:03,836 --> 00:33:05,421 PEGUAM IAN BAILEY 2005-KINI 561 00:33:05,504 --> 00:33:07,339 …oleh pihak polis Ireland yang korup. 562 00:33:14,555 --> 00:33:16,473 Adakah siasatan itu korup 563 00:33:16,557 --> 00:33:20,019 dengan niat untuk menganiaya orang yang mereka tahu tak bersalah? 564 00:33:20,102 --> 00:33:23,063 Bagi saya, itu lebih kepada ketidakcekapan, 565 00:33:23,147 --> 00:33:25,482 bukan disengajakan atau berniat jahat. 566 00:33:26,775 --> 00:33:29,486 Malangnya, saya rasa seluruh kegagalan ini 567 00:33:29,570 --> 00:33:33,782 berpunca daripada cara polis mengendalikannya dari awal. 568 00:33:37,995 --> 00:33:41,874 Ada kesilapan besar dari awal 569 00:33:41,957 --> 00:33:46,253 seperti tempat jenayah yang boleh dicerobohi. 570 00:33:48,547 --> 00:33:50,549 Orang bebas berjalan-jalan. 571 00:33:53,052 --> 00:33:56,597 Ada bahan bukti yang hilang seperti pagar. 572 00:33:58,140 --> 00:34:02,728 Pagar besar yang berdarah dari ladang hilang daripada siasatan. 573 00:34:03,395 --> 00:34:06,523 Macam mana benda begitu boleh hilang begitu saja? 574 00:34:08,442 --> 00:34:10,235 Kenapa mereka tak buat kawad cam 575 00:34:10,319 --> 00:34:13,697 selepas Marie Farrell kata dialah lelaki di Jambatan Kealfadda itu? 576 00:34:14,239 --> 00:34:18,410 Itu cuma antara kegagalan Garda yang mereka takkan akui secara umum. 577 00:34:20,245 --> 00:34:22,748 Kami pun tak sempurna macam pasukan polis lain. 578 00:34:23,248 --> 00:34:26,835 Saya tak kata kami tak buat silap tapi… 579 00:34:26,919 --> 00:34:29,880 Saya sumpah tiada korupsi berlaku. 580 00:34:29,963 --> 00:34:31,840 Kami tak cuba aniaya sesiapa. 581 00:34:31,924 --> 00:34:33,509 Kami bekerja dengan telus. 582 00:34:34,718 --> 00:34:37,096 Tiada sesiapa akan jadikan siasatan ini 583 00:34:37,179 --> 00:34:38,889 sebagai contoh siasatan yang bagus. 584 00:34:39,640 --> 00:34:41,850 Tapi walaupun siasatan Garda ada kepincangan, 585 00:34:41,934 --> 00:34:44,728 adakah itu bermaksud dia tak bersalah? 586 00:34:50,859 --> 00:34:54,113 Enam bulan berlalu, kemudian setahun, dua, tiga, empat tahun. 587 00:34:54,196 --> 00:34:57,866 Kami fikir, "Kenapa tiada apa-apa dilakukan? 588 00:34:58,534 --> 00:35:02,955 Saya tak faham punca DPP tak buat dakwaan. 589 00:35:03,038 --> 00:35:05,165 DISEMBER 2011 15 TAHUN SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 590 00:35:05,249 --> 00:35:08,544 Fail rasmi yang baru terbongkar sudah mula muncul. 591 00:35:08,627 --> 00:35:14,466 Sepuluh tahun lalu, pejabat DPP mengatakan Bailey tidak perlu didakwa. 592 00:35:14,550 --> 00:35:18,137 Pada 2011, kami dapat tahu punca DPP membuat kesimpulan 593 00:35:18,220 --> 00:35:21,473 bahawa bukti itu tak cukup untuk mendakwa Ian Bailey. 594 00:35:21,557 --> 00:35:24,434 Dokumen itu mengandungi pendapat Eamonn Barnes, 595 00:35:24,518 --> 00:35:27,437 pengarah pendakwa raya yang membuat keputusan 596 00:35:27,521 --> 00:35:29,064 untuk tidak mendakwa En. Bailey. 597 00:35:29,148 --> 00:35:31,525 Pada pendapatnya, bukti dalam kes itu 598 00:35:31,608 --> 00:35:34,736 terlalu sedikit untuk mendakwa En. Bailey. 599 00:35:34,820 --> 00:35:39,324 En. Barnes berkata siasatan Garda penuh kesilapan dan prejudis 600 00:35:39,408 --> 00:35:40,617 terhadap En. Bailey. 601 00:35:40,701 --> 00:35:44,163 DPP itu memutuskan bahawa ada beberapa kaedah meragukan 602 00:35:44,246 --> 00:35:47,166 yang digunakan oleh Garda semasa siasatan. 603 00:35:50,627 --> 00:35:53,964 Saya sangat kecewa dengan banyak perkara. 604 00:35:55,340 --> 00:35:56,258 Saya polis. 605 00:35:56,341 --> 00:35:59,136 Sebagai polis, kami cuma kumpul bukti yang ada 606 00:35:59,219 --> 00:36:01,638 dan hantar ke pejabat DPP. 607 00:36:01,722 --> 00:36:03,974 Mereka yang buat keputusan. 608 00:36:04,057 --> 00:36:06,476 Kami tak berhak pertikaikan apa-apa 609 00:36:06,560 --> 00:36:09,104 walaupun kami nampak kepincangan mereka 610 00:36:09,188 --> 00:36:11,523 tapi mereka kata kami yang cuai. 611 00:36:11,607 --> 00:36:13,775 CUMA JENAKA GELAP 612 00:36:13,859 --> 00:36:15,569 Kerap kali terjadi 613 00:36:15,652 --> 00:36:18,697 apabila saksi memberi keterangan yang menentang kata Ian, 614 00:36:18,780 --> 00:36:20,991 DPP selalu berpihak kepada Ian. 615 00:36:22,659 --> 00:36:28,457 Dia mempertikaikan kredibiliti setiap saksi. 616 00:36:28,540 --> 00:36:31,168 Orang seperti pasangan Shelley, Malachi Reed. 617 00:36:31,251 --> 00:36:34,630 Baginya, disebabkan mereka tak beri keterangan lebih awal, 618 00:36:34,713 --> 00:36:36,423 mereka tak boleh dipercayai. 619 00:36:37,174 --> 00:36:39,426 Contohnya, Malachi Reed, 14 tahun, 620 00:36:39,509 --> 00:36:42,137 tak beritahu ibunya selepas pulang malam itu. 621 00:36:42,221 --> 00:36:45,807 Dia tunggu keesokan harinya, jadi DPP menolak keterangannya. 622 00:36:45,891 --> 00:36:52,397 Saksi biasa yang tiada sebab untuk menipu. 623 00:36:53,398 --> 00:36:57,361 Manakala tafsirannya tentang kelakuan Ian Bailey sebelum itu… 624 00:36:58,904 --> 00:37:00,864 Bagaimana dia boleh tafsirkannya 625 00:37:00,948 --> 00:37:03,075 sebagai gurauan daripada ayat bertulis? 626 00:37:03,617 --> 00:37:05,786 Yang amat mengejutkan dalam laporan itu 627 00:37:05,869 --> 00:37:10,040 apabila ia menyebut, "Ya, Bailey pernah mengasari wanita 628 00:37:10,123 --> 00:37:13,794 tetapi malangnya, itu perkara biasa." 629 00:37:13,877 --> 00:37:15,128 Macam membela Bailey 630 00:37:15,212 --> 00:37:18,298 dengan mengatakan kekasaran lampaunya terhadap wanita 631 00:37:18,382 --> 00:37:22,010 tak relevan dalam kes wanita yang dibelasah kejam ini. 632 00:37:23,887 --> 00:37:26,306 Kesimpulan di akhir laporan berbunyi, 633 00:37:26,390 --> 00:37:29,393 "Kami percaya tiada alasan yang cukup untuk membicarakannya." 634 00:37:29,893 --> 00:37:32,854 James Hamilton kata tiada bukti yang cukup 635 00:37:32,938 --> 00:37:36,692 untuk mendakwa Ian Bailey dengan pembunuhan Sophie Toscan du Plantier. 636 00:37:36,775 --> 00:37:39,278 Dia kata penyiasat boleh bertindak atas rasa syak 637 00:37:39,361 --> 00:37:41,989 tetapi DPP perlu bertindak atas bukti. 638 00:37:45,158 --> 00:37:47,286 Keluarga Sophie Toscan du Plantier 639 00:37:47,369 --> 00:37:51,039 menubuhkan persatuan untuk mengekalkan tekanan terhadap pihak berkuasa 640 00:37:51,123 --> 00:37:52,874 di Ireland dan Perancis. 641 00:37:52,958 --> 00:37:55,627 Tekanan itu menyebabkan Pesuruhjaya Garda 642 00:37:55,711 --> 00:37:58,547 dan menteri keadilan setuju menyerahkan fail Garda 643 00:37:58,630 --> 00:38:01,300 berkenaan pembunuhan Puan Toscan du Plantier bulan lepas 644 00:38:01,383 --> 00:38:03,176 kepada majistret di Paris 645 00:38:03,260 --> 00:38:06,555 yang menjalankan siasatan sendiri mengikut undang-undang Perancis. 646 00:38:07,889 --> 00:38:11,476 Apabila rakyat Perancis dibunuh di luar negara, 647 00:38:11,560 --> 00:38:15,314 Perancis berhak menjalankan siasatan sendiri 648 00:38:15,397 --> 00:38:20,402 dan selepas itu, mendakwa suspek. 649 00:38:21,028 --> 00:38:24,990 Saya rasa dan saya harap ada pendakwaan dalam kes ini. 650 00:38:25,073 --> 00:38:27,367 Kami berusaha untuk ke arah itu. 651 00:38:28,493 --> 00:38:30,078 Keluarga Perancis itulah 652 00:38:30,162 --> 00:38:33,290 yang asyik mendesak kerajaan Perancis. 653 00:38:33,790 --> 00:38:36,543 "Suruh sistem keadilan Ireland selesaikannya. 654 00:38:36,626 --> 00:38:38,086 Pastikan ada orang dibicarakan." 655 00:38:45,010 --> 00:38:49,389 Saya ada pemacu yang mengandungi semua dokumen utama. 656 00:38:49,473 --> 00:38:50,557 Fail Perancis. 657 00:38:51,600 --> 00:38:53,727 Saya bersimpati dengan keluarganya 658 00:38:54,519 --> 00:38:57,147 tapi saya tak faham 659 00:38:57,230 --> 00:39:01,902 punca mereka begitu meyakini bukti yang kita tunjukkan di negara ini. 660 00:39:01,985 --> 00:39:04,112 Memang meragukan. 661 00:39:04,196 --> 00:39:07,407 Ada konspirasi untuk memesongkan keadilan 662 00:39:07,491 --> 00:39:10,410 dengan menyuruh Marie Farrell membuat kenyataan palsu. 663 00:39:10,911 --> 00:39:14,623 Jadi, saya cuba bersihkan nama saya mengikut undang-undang. 664 00:39:14,706 --> 00:39:18,251 NOVEMBER 2014 18 TAHUN SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 665 00:39:18,335 --> 00:39:20,796 Di tempat ini yang bergelar Riviera Ireland, 666 00:39:20,879 --> 00:39:23,840 mereka menunggu pendedahan selanjutnya. 667 00:39:23,924 --> 00:39:25,801 Ian Bailey menyaman kerajaan 668 00:39:25,884 --> 00:39:29,679 kerana mendakwa dia disalah anggap sebagai suspek pembunuhan itu. 669 00:39:29,763 --> 00:39:31,723 Bailey nak saman kami. 670 00:39:32,474 --> 00:39:34,726 Kebenaran akan sentiasa terdedah. 671 00:39:34,810 --> 00:39:37,437 Lambat-laun, ia akan berlaku. 672 00:39:39,648 --> 00:39:43,735 Juri diberitahu beberapa Garda berpakat untuk membabitkan Ian Bailey 673 00:39:43,819 --> 00:39:46,363 dalam pembunuhan Sophie Toscan du Plantier 674 00:39:46,446 --> 00:39:49,366 dan cuba menyalahkan dia atas jenayah yang dia tak buat. 675 00:39:49,449 --> 00:39:53,787 Kelihatannya seperti Ian Bailey akan menang. 676 00:39:54,704 --> 00:39:58,625 Marie Farrell kata dia datang ke mahkamah tanpa ugutan atau pujukan 677 00:39:58,708 --> 00:40:00,877 dan bersumpah untuk bercakap benar. 678 00:40:00,961 --> 00:40:04,756 Sudah tentulah apabila Marie Farrell masuk ke kandang saksi, 679 00:40:04,840 --> 00:40:07,634 dia dianggap sebagai saksi utama. 680 00:40:07,717 --> 00:40:10,720 Kehadiran Marie Farrell di kandang saksi amat dramatik. 681 00:40:11,221 --> 00:40:13,140 Tapi peguam bela kata 682 00:40:13,223 --> 00:40:16,726 buktinya tak boleh dipercayai dalam banyak perkara. 683 00:40:17,561 --> 00:40:22,149 Kemudian timbullah isu lelaki yang bersamanya 684 00:40:22,774 --> 00:40:25,777 pada malam dia nampak Bailey di Jambatan Kealfadda. 685 00:40:26,361 --> 00:40:30,282 Marie Farrell tak pernah dedahkan identiti lelaki yang bersama dia 686 00:40:30,365 --> 00:40:32,909 pada 23 Disember 1996. 687 00:40:32,993 --> 00:40:34,536 Di kandang saksi hari ini, 688 00:40:34,619 --> 00:40:37,414 dia masih enggan menamakan lelaki yang bersamanya malam itu. 689 00:40:37,497 --> 00:40:39,082 "Saya takkan cakap," katanya. 690 00:40:39,166 --> 00:40:40,417 Apabila didesak lagi, 691 00:40:40,500 --> 00:40:42,502 Marie berkata, 692 00:40:43,086 --> 00:40:46,173 "Saya dah muak. Ini soal hubungan peribadi saya. 693 00:40:46,256 --> 00:40:47,841 Saya sudah tak tahan." 694 00:40:47,924 --> 00:40:51,219 Dia ambil beg dan kot lalu tinggalkan kandang saksi 695 00:40:51,303 --> 00:40:52,804 dan keluar dari mahkamah, 696 00:40:52,888 --> 00:40:56,183 mengejutkan Bailey dan pasukannya. 697 00:40:56,266 --> 00:40:59,394 Tindakan Marie Farrell amat mengejutkan. 698 00:41:01,396 --> 00:41:03,565 Jurukamera RTÉ sangat cekap. 699 00:41:03,648 --> 00:41:05,317 Dia berlari dari depan 700 00:41:05,400 --> 00:41:07,694 dan berjaya merakam Marie keluar dari belakang. 701 00:41:08,195 --> 00:41:10,280 Buttimer terpaksa pujuk dia masuk semula. 702 00:41:11,615 --> 00:41:12,866 Hakim beri amaran. 703 00:41:12,949 --> 00:41:15,702 Dia kata, "Itu kali terakhir awak keluar." 704 00:41:16,453 --> 00:41:18,330 Dia kemudian berkata, 705 00:41:18,413 --> 00:41:21,625 "Awak perlu sebut nama lelaki itu. 706 00:41:21,708 --> 00:41:24,711 Tiada rahsia dalam perbicaraan ini. Sebut nama dia." 707 00:41:25,212 --> 00:41:26,922 Dia namakan seorang lelaki. 708 00:41:27,005 --> 00:41:28,381 Itu satu lagi penipuan. 709 00:41:29,341 --> 00:41:33,345 Dia baru saja menipu mahkamah walaupun mengangkat sumpah. 710 00:41:33,428 --> 00:41:35,096 Peguam Garda dan kerajaan berkata 711 00:41:35,180 --> 00:41:37,974 Marie Farrell sering menukar cerita sejak dulu 712 00:41:38,058 --> 00:41:40,060 sehingga dia tak boleh dipercayai. 713 00:41:41,728 --> 00:41:44,105 Wanita malang itu asyik menipu 714 00:41:44,189 --> 00:41:47,692 sehingga keliru dengan kata-kata sendiri. Dia merepek. 715 00:41:47,776 --> 00:41:50,612 Saksi penting untuk Ian ialah Marie Farrell. 716 00:41:50,695 --> 00:41:52,989 Ia perkara paling penting bagi kesnya 717 00:41:53,073 --> 00:41:54,741 tapi kredibiliti Marie telah musnah, 718 00:41:54,824 --> 00:41:57,702 melemahkan kedudukan Bailey dan kalah kes saman Mahkamah Tinggi. 719 00:41:58,787 --> 00:42:01,039 Ian Bailey keluar dari Mahkamah Tinggi 720 00:42:01,122 --> 00:42:03,208 selepas kalah kes undang-undang yang lama 721 00:42:03,291 --> 00:42:06,169 dan perlu membayar kos jutaan euro. 722 00:42:06,253 --> 00:42:08,213 Saya tak boleh cakap apa-apa. Maaf. 723 00:42:08,296 --> 00:42:10,215 Hakikatnya, 724 00:42:10,840 --> 00:42:12,676 Marie yang datang jumpa polis. 725 00:42:12,759 --> 00:42:16,388 Kami tak cari dia. Itu yang paling penting. 726 00:42:21,601 --> 00:42:23,103 Saya ingat dia dengan jelas. 727 00:42:24,854 --> 00:42:29,442 Malah saya masih ingat Sophie duduk di bar ini. 728 00:42:31,695 --> 00:42:33,280 Dia tenang, 729 00:42:33,363 --> 00:42:34,698 sentiasa duduk senyap. 730 00:42:36,783 --> 00:42:38,368 Tak mengganggu sesiapa. 731 00:42:40,328 --> 00:42:42,080 Awak buat saya terkenang. 732 00:42:43,039 --> 00:42:44,874 Yalah, sudah 24 tahun berlalu. 733 00:42:44,958 --> 00:42:46,960 PEMILIK PUB 734 00:42:47,043 --> 00:42:49,963 Ingatan pun dah pudar. 735 00:42:50,880 --> 00:42:53,466 Susah nak ingat semuanya secara terperinci. 736 00:42:53,550 --> 00:42:56,469 Ada kes saman fitnah, 737 00:42:56,553 --> 00:42:58,638 kes-kes lain di mahkamah. 738 00:42:58,722 --> 00:43:01,141 Ia dikenali sebagai kes Bailey sejak itu 739 00:43:01,224 --> 00:43:04,144 tapi saya rasa tumpuan perlu kembali pada Sophie, 740 00:43:04,227 --> 00:43:08,064 mangsa yang tak bersalah dalam kes yang kejam. 741 00:43:10,275 --> 00:43:12,527 Ketika itu ada banyak persoalan timbul 742 00:43:12,611 --> 00:43:14,863 yang tidak dijawab dengan betul. 743 00:43:16,114 --> 00:43:18,325 Kami semua mencari petunjuk. 744 00:43:18,408 --> 00:43:20,201 ARTIS DAN PENDUDUK SCHULL 745 00:43:20,285 --> 00:43:23,538 Kalaulah kami boleh cari jawapan agar semuanya kembali selamat. 746 00:43:23,622 --> 00:43:26,625 Para penduduk berbincang sesama sendiri. 747 00:43:28,460 --> 00:43:30,587 Ia seperti menyelesaikan teka-teki. 748 00:43:31,713 --> 00:43:37,177 Kami semua cuba memahami semua cebisan maklumat 749 00:43:37,260 --> 00:43:39,262 yang semua orang cuba jalinkan 750 00:43:39,346 --> 00:43:40,889 menjadi cerita 751 00:43:41,473 --> 00:43:43,433 tetapi asyik gagal. 752 00:43:46,895 --> 00:43:50,023 Ada sebabnya Garda tak ambil keterangan orang tertentu 753 00:43:50,106 --> 00:43:52,442 sehingga beberapa minggu, bulan atau tahun kemudian. 754 00:43:54,235 --> 00:43:57,238 Mereka tak sedar maklumat orang itu penting. 755 00:43:57,322 --> 00:43:59,532 CALIFORNIA AMERIKA SYARIKAT 756 00:44:00,241 --> 00:44:03,244 Saya kecewa kerana baru disoal siasat oleh Garda 757 00:44:03,328 --> 00:44:04,704 selepas bertahun-tahun. 758 00:44:04,788 --> 00:44:06,289 TETAMU JULES DAN IAN DISEMBER 1996 759 00:44:06,373 --> 00:44:10,085 Saya berada di rumah suspek 760 00:44:10,168 --> 00:44:12,796 pada hari selepas kejadian itu. 761 00:44:14,130 --> 00:44:18,802 Itu sesuatu yang saya tak boleh padamkan daripada ingatan. 762 00:44:20,595 --> 00:44:24,015 Semasa saya berusia 20 tahun, saya meninggalkan Itali, 763 00:44:24,099 --> 00:44:26,935 berpindah ke Ireland dan bertemu Ginny Thomas. 764 00:44:27,727 --> 00:44:30,814 Dia selalu bercerita tentang keluarganya. 765 00:44:30,897 --> 00:44:33,441 Ibunya, Jules, 766 00:44:33,525 --> 00:44:38,196 dan teman lelakinya, Ian, yang ada reputasi buruk. 767 00:44:39,322 --> 00:44:42,701 Saya menumpang di rumah mereka semasa Krismas. 768 00:44:43,743 --> 00:44:47,372 Semasa dalam perjalanan bas dari Cork ke West Cork, 769 00:44:47,455 --> 00:44:49,541 saya dengar tentang pembunuhan itu. 770 00:44:52,001 --> 00:44:56,047 Sebaik saja saya tiba di sana, saya rasa suasana di sana pelik. 771 00:44:57,799 --> 00:45:01,970 Ian membuat liputan kes itu kerana dia wartawan. 772 00:45:04,431 --> 00:45:07,517 Dia tinggi dan besar dengan personaliti yang menonjol 773 00:45:08,017 --> 00:45:11,813 dan saya ingat lagi tangannya yang bercalar. 774 00:45:15,024 --> 00:45:17,026 Calar itu nampak jelas 775 00:45:17,110 --> 00:45:21,573 dan saya tak rasa ia disebabkan pokok Krismas 776 00:45:21,656 --> 00:45:23,950 atau menyembelih ayam belanda. 777 00:45:24,033 --> 00:45:26,828 Bukannya saya meneliti dia 778 00:45:26,911 --> 00:45:29,038 tapi saya agak yakin untuk berkata 779 00:45:29,122 --> 00:45:33,084 calar itu mungkin akibat terkena duri. 780 00:45:39,299 --> 00:45:41,760 Ketika saya mandi, 781 00:45:44,345 --> 00:45:46,848 ada baldi besar di bilik mandi. 782 00:45:48,641 --> 00:45:52,395 Ada kot gelap yang direndam. 783 00:45:53,730 --> 00:45:55,064 Kainnya berat. 784 00:45:56,024 --> 00:45:57,942 Saya percaya itu kot Ian. 785 00:45:59,944 --> 00:46:02,197 Saya rasa itu sesuatu yang aneh. 786 00:46:02,280 --> 00:46:05,742 Dia basuh pakaian besar yang tak mudah kering 787 00:46:05,825 --> 00:46:08,661 pada tengah-tengah musim sejuk. 788 00:46:10,955 --> 00:46:13,833 Ia penting dan saya ingat dengan jelas 789 00:46:15,210 --> 00:46:16,419 yang hal itu aneh. 790 00:46:24,135 --> 00:46:27,680 Saya masih rasa ada banyak persoalan tentang kes ini 791 00:46:27,764 --> 00:46:30,850 yang belum dia jawab dengan memuaskan. 792 00:46:32,894 --> 00:46:36,022 Ada banyak percanggahan antara ceritanya 793 00:46:36,105 --> 00:46:38,900 dengan keterangan saksi kepada Garda. 794 00:46:40,610 --> 00:46:42,862 Contohnya, adakah dia kenal Sophie? 795 00:46:45,824 --> 00:46:48,034 Awak kenal wanita ini sebelum ini? 796 00:46:48,117 --> 00:46:50,495 Awak pernah jumpa dia? Awak kawan dia? 797 00:46:50,578 --> 00:46:51,704 Awak pernah nampak dia? 798 00:46:52,205 --> 00:46:54,833 Saya tak pernah jumpa dia. Kami tak pernah berkenalan. 799 00:46:54,916 --> 00:46:56,209 Kami tak pernah berbual. 800 00:46:56,292 --> 00:46:58,670 Awak kenal Sophie Toscan du Plantier? 801 00:46:58,753 --> 00:47:01,673 Saya tak kenal dia dari segi tak pernah jumpa dia 802 00:47:01,756 --> 00:47:04,300 tapi ada orang pernah tunjukkan dia kepada saya. 803 00:47:04,384 --> 00:47:05,260 Awak kenal… 804 00:47:06,553 --> 00:47:09,305 Saya tak pernah jumpa dia atau bercakap dengannya. 805 00:47:09,389 --> 00:47:12,976 Saya pernah nampak dia sekali. Jiran saya tunjukkan dia. 806 00:47:17,188 --> 00:47:20,608 Apabila Sophie mati, ia sangat mengejutkan. 807 00:47:21,609 --> 00:47:24,279 Akibatnya, saya tutup semua pintu. 808 00:47:24,362 --> 00:47:27,448 Saya tak baca, dengar atau tonton apa-apa. 809 00:47:28,992 --> 00:47:30,827 Saya tak nak tahu apa-apa. 810 00:47:33,204 --> 00:47:36,749 Ingatan saya hanya kembali kerana kami tubuhkan persatuan, 811 00:47:37,458 --> 00:47:39,627 jadi sudah lama selepas itu. 812 00:47:39,711 --> 00:47:41,963 Cara otak kita berfikir memang pelik. 813 00:47:42,046 --> 00:47:46,801 Tiba-tiba saya teringat "lelaki yang menulis puisi". 814 00:47:49,596 --> 00:47:52,599 Mungkin itu malam pertama dia berada di Ireland. 815 00:47:52,682 --> 00:47:55,602 Beberapa hari sebelum hari jadi saya, dia menelefon saya 816 00:47:55,685 --> 00:47:58,271 dan kami berbual panjang 817 00:47:58,354 --> 00:48:02,442 tentang hidupnya, suaminya, kerjanya, aktivitinya hari itu. 818 00:48:04,944 --> 00:48:08,156 Semasa dia beritahu saya tentang kerjanya, 819 00:48:08,239 --> 00:48:10,450 dia beritahu saya tentang lelaki itu. 820 00:48:11,326 --> 00:48:16,497 Lelaki itu nak jumpa dia untuk bincang tentang projek puisi. 821 00:48:18,041 --> 00:48:19,626 Dia rasa lelaki itu pelik. 822 00:48:20,209 --> 00:48:22,629 Dia rasa perwatakan lelaki itu merisaukan. 823 00:48:23,713 --> 00:48:27,342 Saya kata, "Jangan jumpa dia seorang diri. Jumpa dia di tempat awam." 824 00:48:29,552 --> 00:48:33,222 Ian Bailey kata mereka tak pernah jumpa tetapi ada ramai orang, 825 00:48:33,306 --> 00:48:35,558 sekurang-kurangnya lapan orang 826 00:48:35,642 --> 00:48:39,395 yang menyangkal kenyataan Ian bahawa dia tak kenal Sophie. 827 00:48:40,688 --> 00:48:43,149 PARIS PERANCIS 828 00:48:44,567 --> 00:48:47,528 Mungkin orang yang paling penting ialah Guy Girard, 829 00:48:47,612 --> 00:48:50,239 penerbit filem yang bekerja dengan Sophie 830 00:48:50,323 --> 00:48:52,742 dan bercakap dengannya sebelum dia pergi ke Ireland, 831 00:48:52,825 --> 00:48:54,285 dan Sophie sebut lagi 832 00:48:54,369 --> 00:48:58,331 yang dia akan jumpa penulis lelaki yang tinggal di Schull. 833 00:49:00,208 --> 00:49:04,212 Kisah ini memberi saya tamparan hebat. 834 00:49:04,295 --> 00:49:06,631 SUARA GUY GIRARD PEMBUAT FILEM DAN RAKAN SEKERJA 835 00:49:06,714 --> 00:49:08,841 Ia sangat memberi kesan kepada saya. 836 00:49:10,134 --> 00:49:13,930 Pada malam sebelum dia pergi, 837 00:49:15,848 --> 00:49:19,268 saya sangka dia bercakap tentang seorang pengarah Breton 838 00:49:19,352 --> 00:49:21,813 dengan nama yang agak sama. 839 00:49:22,689 --> 00:49:25,984 Jadi saya kata, "Saya kenal dia. Saya pernah tengok filemnya." 840 00:49:26,067 --> 00:49:28,361 Dia kata, "Tidak, awak tak kenal dia." 841 00:49:28,444 --> 00:49:31,406 "Eoin Bailey jiran saya di Cork." 842 00:49:33,032 --> 00:49:35,952 Dia kata lelaki itu menyara hidup sebagai penulis, 843 00:49:36,035 --> 00:49:38,329 maksudnya dia wartawan atau penyair, 844 00:49:39,455 --> 00:49:44,127 dan dia berminat dengan kisah keganasan rumah tangga. 845 00:49:47,255 --> 00:49:49,882 Sophie kenal Bailey. Bailey kenal Sophie. 846 00:49:51,592 --> 00:49:54,762 Unsur kedua ialah pengakuan Bailey. 847 00:49:55,972 --> 00:50:00,268 Pengakuan Bailey kepada Malachi Reed, kepada orang lain, 848 00:50:00,351 --> 00:50:02,228 "Saya bunuh dia." 849 00:50:02,311 --> 00:50:06,733 Unsur ketiga ialah aktiviti Bailey pada malam pembunuhan. 850 00:50:08,276 --> 00:50:12,363 Dia sendiri mengaku yang dia keluar pada malam pembunuhan itu. 851 00:50:12,947 --> 00:50:14,949 Jadi, Bailey tiada alibi. 852 00:50:15,992 --> 00:50:18,578 Satu lagi unsur pula, 853 00:50:18,661 --> 00:50:21,664 calar dan kesan pada dahinya. 854 00:50:23,499 --> 00:50:26,419 Semua itu sebahagian daripada faisceau de preuves. 855 00:50:26,502 --> 00:50:30,715 Orang Perancis kata ia sebahagian daripada petunjuk. 856 00:50:32,508 --> 00:50:35,386 Apabila ia dikumpulkan, buktinya jelas. 857 00:50:37,388 --> 00:50:39,307 Maka bermulalah situasi 858 00:50:39,390 --> 00:50:44,312 apabila Perancis memulakan perbicaraan tanpa kehadiran Ian Bailey. 859 00:50:45,354 --> 00:50:48,733 Bermulalah perbicaraan yang kami tunggu selama 22, 23 tahun. 860 00:50:49,233 --> 00:50:53,780 MEI 2019 22 TAHUN SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 861 00:50:53,863 --> 00:50:57,116 Esok di Paris, lebih 1,000 kilometer dari sini, 862 00:50:57,200 --> 00:50:59,660 Ian Bailey akan dibicarakan tanpa kehadirannya 863 00:50:59,744 --> 00:51:01,662 mengikut undang-undang Perancis. 864 00:51:01,746 --> 00:51:05,917 Ia tak pernah berlaku dalam hubungan undang-undang Perancis-Ireland. 865 00:51:08,002 --> 00:51:09,504 Sebelum perbicaraan di Perancis, 866 00:51:10,254 --> 00:51:13,257 saya nak pergi ke Ireland dengan pak cik saya, Bertrand, 867 00:51:13,341 --> 00:51:19,055 untuk menjelaskannya kepada masyarakat tempatan. 868 00:51:21,307 --> 00:51:23,184 Mereka perlu tahu 869 00:51:23,851 --> 00:51:28,147 yang saya berjuang untuk menegakkan keadilan demi ibu saya, 870 00:51:29,232 --> 00:51:32,568 untuk membersihkan nama negara mereka. 871 00:51:33,528 --> 00:51:35,822 Saya bacakan ucapan di gereja. 872 00:51:37,448 --> 00:51:41,744 "Ke hadapan kawan-kawan, keluarga dan orang Ireland, 873 00:51:42,912 --> 00:51:44,205 dalam beberapa hari, 874 00:51:44,288 --> 00:51:47,500 perbicaraan lelaki yang dituduh membunuh ibu saya 875 00:51:47,583 --> 00:51:48,960 akan bermula akhirnya. 876 00:51:52,213 --> 00:51:54,715 Ini perbicaraan bagi jenayah 877 00:51:54,799 --> 00:51:59,345 yang langsung tidak melambangkan Ireland." 878 00:52:02,014 --> 00:52:06,978 "Ini perbicaraan jenayah yang kita tak patut hadapi." 879 00:52:14,527 --> 00:52:18,447 Dah bertahun-tahun saya berjuang dengan gigih. 880 00:52:20,533 --> 00:52:22,994 Saya sengsara bertahun-tahun. 881 00:52:23,786 --> 00:52:28,249 Saya yakin selama 15 tahun ini 882 00:52:28,332 --> 00:52:31,252 bahawa semua bukti menunjukkan Bailey bersalah. 883 00:52:31,878 --> 00:52:36,048 Semuanya menunjukkan Bailey yang bersalah. 884 00:52:36,883 --> 00:52:38,092 Tidak syak lagi. 885 00:52:39,218 --> 00:52:42,972 Pierre-Louis Baudey-Vignaud tiba di mahkamah jenayah Paris 886 00:52:43,055 --> 00:52:45,892 untuk perbicaraan lelaki yang dituduh membunuh ibunya 887 00:52:45,975 --> 00:52:47,351 tanpa kehadiran tertuduh. 888 00:52:47,935 --> 00:52:49,270 Tiada juri. 889 00:52:49,353 --> 00:52:52,440 Kes itu akan diadili oleh tiga majistret. 890 00:52:53,441 --> 00:52:54,609 Saya rasa ia pelik. 891 00:52:55,109 --> 00:52:57,987 Saya temu ramah Frank Buttimer sebelum itu 892 00:52:58,070 --> 00:53:00,907 dan saya kata, "Awak nak hantar sesiapa ke sana?" 893 00:53:00,990 --> 00:53:03,451 Dia kata, "Buat apa? Bailey akan didapati bersalah." 894 00:53:03,534 --> 00:53:06,454 Peguam yang mewakili Ian Bailey 895 00:53:06,537 --> 00:53:10,166 hampir sepanjang 23 tahun lalu sejak pembunuhan itu 896 00:53:10,249 --> 00:53:13,461 tidak mengiktiraf tindakan undang-undang itu. 897 00:53:13,544 --> 00:53:15,254 Dia tidak menganggap 898 00:53:15,338 --> 00:53:18,090 tindakan undang-undang itu sah atau adil. 899 00:53:18,174 --> 00:53:20,927 Dia takkan hadir atau menghantar wakil. 900 00:53:22,595 --> 00:53:24,597 Saya takkan mengalah. 901 00:53:28,142 --> 00:53:29,560 Saya takkan biar dia terlepas. 902 00:53:31,979 --> 00:53:35,524 Lebih 30 saksi dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan. 903 00:53:35,608 --> 00:53:40,404 Saya menghadiri perbicaraan dan disoal sebagai saksi. 904 00:53:40,905 --> 00:53:45,034 Ia sangat sukar untuk dilalui, sangat menakutkan. 905 00:53:46,077 --> 00:53:49,789 Saya maklumkan yang Sophie pernah cakap tentang lelaki itu. 906 00:53:50,289 --> 00:53:51,874 Itu yang penting. 907 00:53:53,376 --> 00:53:57,713 Ia sangat menakutkan tapi itu tindakan yang betul. 908 00:53:58,839 --> 00:54:00,800 Saya mainkan peranan saya 909 00:54:00,883 --> 00:54:03,135 dan harapnya, gabungan semua maklumat 910 00:54:03,219 --> 00:54:05,346 akan membawa perubahan. 911 00:54:06,722 --> 00:54:09,517 Keterangan bersumpah saya ialah faktor penting. 912 00:54:11,102 --> 00:54:13,104 Itu yang buat saya rasa 913 00:54:14,689 --> 00:54:17,024 saya buat perkara yang betul 914 00:54:17,108 --> 00:54:20,069 dengan akhirnya menyuarakannya. 915 00:54:21,279 --> 00:54:25,199 Saya rasa keterangan saksi saya dengan semua saksi lain 916 00:54:25,283 --> 00:54:29,203 berguna untuk menentukan keputusan perbicaraan. 917 00:54:30,746 --> 00:54:32,957 Ia mencemaskan tapi saya nak suarakan 918 00:54:33,040 --> 00:54:35,459 perkara yang saya pendam selama 23 tahun. 919 00:54:35,543 --> 00:54:39,547 Kami semua cuma nak pengakhiran yang sewajarnya. 920 00:54:40,464 --> 00:54:44,969 Mereka anggap keterangan Marie Farrell itu sah 921 00:54:45,052 --> 00:54:47,179 walaupun ia ditarik balik olehnya. 922 00:54:47,263 --> 00:54:51,100 Saya rasa pihak Perancis menganggap keterangan awalnya 923 00:54:51,183 --> 00:54:53,561 ialah keterangan sebenar. 924 00:54:56,188 --> 00:54:57,273 Buat kali pertama, 925 00:54:57,356 --> 00:55:00,776 orang luar yang mengadili kes ini. 926 00:55:00,860 --> 00:55:03,529 Semua yang kami bayangkan, hipotesis kami, 927 00:55:04,196 --> 00:55:07,950 dibentangkan oleh hakim yang objektif dan profesional. 928 00:55:08,659 --> 00:55:11,704 Hari terakhir iaitu hari keputusan ialah saat paling dramatik. 929 00:55:18,878 --> 00:55:22,089 Selepas penantian selama 22 tahun, 930 00:55:23,174 --> 00:55:25,176 penderitaan selama 22 tahun, 931 00:55:25,801 --> 00:55:27,511 persoalan selama 22 tahun, 932 00:55:28,637 --> 00:55:31,515 hakim mensabitkan Ian Bailey 933 00:55:31,599 --> 00:55:36,312 yang bunuh ibu saya lebih 22 tahun lalu, dengan hukuman 25 tahun penjara. 934 00:55:36,395 --> 00:55:38,981 En. Bailey didapati bersalah. 935 00:55:44,862 --> 00:55:47,823 Ia sudah terbukti. Dia bunuh ibu saya. 936 00:55:50,618 --> 00:55:51,702 Hakim kata begitu. 937 00:55:56,624 --> 00:55:58,542 Bapa Sophie, Georges, meninggalkan mahkamah 938 00:55:58,626 --> 00:56:02,129 sejurus selepas Ian Bailey disabitkan bersalah 939 00:56:02,213 --> 00:56:06,258 dan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun atas pembunuhan anaknya. 940 00:56:18,896 --> 00:56:22,066 Ia saat yang sangat mengharukan bagi keluarganya. 941 00:56:22,858 --> 00:56:25,403 Ini keputusan yang pertama 942 00:56:26,612 --> 00:56:31,700 dan saya tak rasa Ireland enggan melakukan ekstradisi. 943 00:56:31,784 --> 00:56:34,495 Keadilan perlu ditegakkan. 944 00:56:52,346 --> 00:56:55,558 Ini waran tangkap Eropah yang mendakwa bahawa saya 945 00:56:56,600 --> 00:56:57,685 bersalah melakukan 946 00:56:58,811 --> 00:57:02,064 homisid yang disengajakan dan serangan serius… 947 00:57:02,898 --> 00:57:05,109 terhadap Puan Toscan du Plantier. 948 00:57:05,818 --> 00:57:09,405 Saya berada dalam situasi saya didakwa membunuh 949 00:57:09,905 --> 00:57:12,575 tanpa disoal siasat oleh pihak Perancis. 950 00:57:12,658 --> 00:57:15,661 Ia tak berakhir di sini. Saya akan lawan. 951 00:57:18,038 --> 00:57:22,751 Walaupun saya dihantar ke sana dan meringkuk di penjara Perancis, 952 00:57:22,835 --> 00:57:26,338 mereka cuma berjaya mensabitkan lelaki yang tak bersalah 953 00:57:26,422 --> 00:57:28,299 atas jenayah yang dia tak buat. 954 00:57:28,382 --> 00:57:30,634 OKTOBER 2020 24 TAHUN SELEPAS PEMBUNUHAN SOPHIE 955 00:57:30,718 --> 00:57:33,429 Beberapa jam yang lalu, 956 00:57:33,512 --> 00:57:35,097 Mahkamah Tinggi memutuskan 957 00:57:35,181 --> 00:57:37,725 Ian Bailey tidak boleh diekstradisi ke Perancis 958 00:57:37,808 --> 00:57:40,269 untuk menjalani hukuman penjara 25 tahun. 959 00:57:41,270 --> 00:57:42,605 Apa yang akan berlaku? 960 00:57:44,231 --> 00:57:46,317 Saya tak tahu. 961 00:57:47,193 --> 00:57:49,862 Jika Bailey asyik terlepas, 962 00:57:50,613 --> 00:57:54,533 saya jamin saya akan pastikan dia tidak terlepas lagi. 963 00:57:59,914 --> 00:58:02,583 Dia disabitkan di Perancis. Saya tak faham, 964 00:58:02,666 --> 00:58:05,211 kenapa dia masih bebas di Ireland? 965 00:58:05,836 --> 00:58:08,672 Boleh jelaskan kenapa dia masih bebas? 966 00:58:09,548 --> 00:58:13,302 Saya sedang menulis puisi yang saya cuba hafal. 967 00:58:15,804 --> 00:58:18,891 Kalau saya tulis berulang kali dan lafazkannya, 968 00:58:20,017 --> 00:58:21,352 ia akan melekat. 969 00:58:22,895 --> 00:58:23,812 Dia dah tua. 970 00:58:24,563 --> 00:58:25,731 Dia semakin perlahan. 971 00:58:26,232 --> 00:58:27,900 Banyak yang dia fikir. 972 00:58:27,983 --> 00:58:31,904 Sudah lebih 20 tahun dia menanggung beban itu. 973 00:58:32,863 --> 00:58:34,240 Dia menanggungnya, 974 00:58:34,323 --> 00:58:36,992 sama ada dia bersalah atau tidak. 975 00:58:38,327 --> 00:58:39,912 Jika dia tak bersalah, 976 00:58:39,995 --> 00:58:45,000 dia telah dianiaya selama 23 tahun. 977 00:58:46,835 --> 00:58:50,673 Hidupnya tak mungkin normal. Dia tahu orang mengelak daripada dia. 978 00:58:50,756 --> 00:58:53,300 Dia tahu orang tak bercakap dengan dia. 979 00:58:53,384 --> 00:58:54,510 Itu tak wajar. 980 00:58:54,593 --> 00:58:57,304 Saya rasa personalitinya dihukum. 981 00:59:00,516 --> 00:59:04,186 Di bahagian lain di Ireland, jiran mungkin mengganggu dia 982 00:59:04,270 --> 00:59:06,146 sehingga dia berpindah 983 00:59:06,230 --> 00:59:08,315 tapi dia masih tinggal di sana. 984 00:59:08,399 --> 00:59:13,195 Itu menunjukkan sikap bertolak ansur jiran walaupun selepas pembunuhan itu. 985 00:59:14,029 --> 00:59:16,865 Tapi komuniti itu mengalami trauma yang teruk. 986 00:59:19,618 --> 00:59:21,787 Saya jarang pergi ke pasar 987 00:59:22,288 --> 00:59:23,622 atas sebab yang jelas. 988 00:59:23,706 --> 00:59:25,874 Padahal 20 tahun sudah berlalu. 989 00:59:27,626 --> 00:59:29,587 Saya okey, saya cuma tulis puisi baharu. 990 00:59:30,462 --> 00:59:32,131 Saya tak boleh terima hakikat 991 00:59:32,214 --> 00:59:35,676 yang dia telah mendatangkan banyak penderitaan 992 00:59:35,759 --> 00:59:37,845 tetapi masih 993 00:59:39,513 --> 00:59:41,390 hidup bebas tanpa kerisauan. 994 00:59:43,434 --> 00:59:46,687 Saya tulis puisi ini minggu lepas dan ini draf kedua. 995 00:59:47,646 --> 00:59:49,523 Aku sangka aku mampu tanganinya 996 00:59:50,024 --> 00:59:51,442 Aku sudah lihat semuanya 997 00:59:51,525 --> 00:59:53,360 Tapi sesuatu yang aneh berlaku 998 00:59:53,444 --> 00:59:55,738 Benda yang dikendong jatuh berciciran… 999 00:59:55,821 --> 00:59:58,699 Saya pernah nampak Bailey sekurang-kurangnya dua kali. 1000 00:59:59,742 --> 01:00:01,452 Dia cam saya sekali. 1001 01:00:03,120 --> 01:00:07,791 Dia berjaya yakinkan dirinya sendiri 1002 01:00:08,584 --> 01:00:11,962 tapi saya langsung tak rasa kasihan. 1003 01:00:14,423 --> 01:00:18,969 Saya cuma rasa kosong. 1004 01:00:20,262 --> 01:00:21,263 Tak ada perasaan. 1005 01:00:23,098 --> 01:00:25,726 Saya tak pernah lupakannya 1006 01:00:25,809 --> 01:00:28,312 kerana setiap hari ada saja beritanya. 1007 01:00:28,395 --> 01:00:31,440 Kes mahkamah, tarikh rayuan. 1008 01:00:31,523 --> 01:00:33,359 Ia sebahagian daripada hidup saya. 1009 01:00:34,777 --> 01:00:37,529 Tapi saya kasihani ibu bapanya. 1010 01:00:38,030 --> 01:00:40,157 Bagaimana hidup mereka sejak itu? 1011 01:00:40,824 --> 01:00:42,534 Dia kebanggaan dan kesayangan mereka. 1012 01:00:43,577 --> 01:00:45,537 Harapan mereka musnah. 1013 01:00:46,038 --> 01:00:49,291 Saya geram kerana dia belum mengaku. 1014 01:00:51,085 --> 01:00:54,880 Awak rasa keadilan ditegakkan jika dia mengaku? 1015 01:00:56,965 --> 01:00:58,967 Marguerite yakin dia bersalah. 1016 01:01:00,844 --> 01:01:02,846 Mampukah ia membawa ketenangan? 1017 01:01:03,639 --> 01:01:06,517 Kematian anak kita tak dapat ditebus. 1018 01:01:07,351 --> 01:01:08,352 Mustahil. 1019 01:01:12,773 --> 01:01:15,150 Rumah di Ireland itu satu-satunya tempat 1020 01:01:15,234 --> 01:01:18,570 untuk saya dan ibu saya dan saya masih ke sana sehingga kini. 1021 01:01:26,537 --> 01:01:27,996 Macam pergi jumpa dia. 1022 01:01:32,292 --> 01:01:36,338 Macam pergi tinggal dengannya. 1023 01:01:44,096 --> 01:01:47,474 Saya benar-benar rasa kehadiran ibu di sini. 1024 01:01:49,143 --> 01:01:51,061 Tengok hujan batu itu. 1025 01:01:53,188 --> 01:01:54,606 Dia seolah-olah di sini. 1026 01:01:59,778 --> 01:02:03,323 Ian Bailey menegaskan dia tidak terlibat dalam pembunuhan Sophie. 1027 01:02:03,407 --> 01:02:06,869 Dalam kenyataan umumnya yang terkini, Jules Thomas menyokong dia. 1028 01:02:06,952 --> 01:02:10,539 Pada April 2021, media dimaklumkan dia berpisah dengan Ian Bailey. 1029 01:02:11,206 --> 01:02:13,917 Menurut undang-undang Perancis, Ian Bailey tetap disabitkan 1030 01:02:14,001 --> 01:02:16,295 tetapi berhak dibicarakan semula jika diekstradisi. 1031 01:02:16,378 --> 01:02:18,505 Mahkamah Ireland menolak permohonan ekstradisi 1032 01:02:18,589 --> 01:02:20,841 kerana tidak mengiktiraf undang-undang Perancis 1033 01:02:20,924 --> 01:02:22,301 yang mensabitkan Bailey. 1034 01:03:40,087 --> 01:03:45,092 Terjemahan sari kata oleh Majdi Omar