1 00:00:12,679 --> 00:00:15,682 MORPHO TEMUI POTENSI HIDUP ANDA 2 00:00:19,937 --> 00:00:21,188 Awak tak boleh rosakkannya. 3 00:00:21,188 --> 00:00:22,731 Siapa cakap saya nak rosakkannya? 4 00:00:23,941 --> 00:00:27,069 Awak tak tahu fikiran saya. Awak tak tahu apa saya nak buat. 5 00:00:27,694 --> 00:00:30,030 Saya boleh tanya awak, apa awak buat dalam kedai 6 00:00:30,030 --> 00:00:32,698 - di tengah malam? - Okey. Saya bekerja. 7 00:00:32,698 --> 00:00:35,369 Kemudian saya tak nak balik, jadi saya cuma melepak. 8 00:00:35,369 --> 00:00:37,079 Saya mahu cuba mesin itu sekali lagi, 9 00:00:37,079 --> 00:00:39,206 tapi saya tersilap masukkan nombor Sosial 10 00:00:39,206 --> 00:00:41,625 dan saya dapat kad dengan keputusan yang sama sekali lagi. 11 00:00:41,625 --> 00:00:43,710 Jadi, saya masukkan nombor yang salah sekali lagi, nombor lain, 12 00:00:43,710 --> 00:00:47,589 dan tak letak cap jari padanya. Saya letak lengan, siku dan wajah saya. 13 00:00:47,589 --> 00:00:50,133 Tak kira apa saya buat, saya tetap dapat keputusan sama, 14 00:00:50,133 --> 00:00:53,178 maksudnya ia tak guna apa yang orang fikir ia gunakan. 15 00:00:53,178 --> 00:00:57,474 Maksudnya semua ini lebih kepada, saya tak nak cakap magis, tapi... 16 00:00:57,474 --> 00:00:58,725 Awak khayal? 17 00:00:58,725 --> 00:01:01,562 Sudah tentu saya khayal. 18 00:01:01,562 --> 00:01:05,022 Tapi tak bermaksud ia tak betul. Awak boleh lihat sendiri. 19 00:01:10,237 --> 00:01:11,905 BERAPAKAH NOMBOR KESELAMATAN SOSIAL ANDA? 20 00:01:16,910 --> 00:01:17,953 SILA BERIKAN CAP JARI ANDA! 21 00:01:26,545 --> 00:01:27,921 POTENSI HIDUP ANDA 22 00:01:34,094 --> 00:01:35,512 Ini yang awak dapat sebelum ini? 23 00:01:36,930 --> 00:01:37,973 Itulah saya. 24 00:01:37,973 --> 00:01:39,057 HANTU 25 00:01:39,057 --> 00:01:41,894 Saya fikir awak dapat "Penari." Awak hantu? 26 00:01:41,894 --> 00:01:43,478 Mungkin. 27 00:01:44,021 --> 00:01:46,398 Saya memang diabaikan di bandar ini sekarang. 28 00:01:46,398 --> 00:01:48,233 Awak juga agak menakutkan. 29 00:01:50,903 --> 00:01:53,322 Jika awak nak bertukar, sebenarnya saya suka tak kelihatan. 30 00:01:53,322 --> 00:01:56,241 - Awak tak kelihatan bagi saya. - Terima kasih. Berbesar hati. 31 00:01:56,241 --> 00:01:59,119 Maksudnya, saya takkan beritahu En. Johnson awak ada di sini. 32 00:02:02,456 --> 00:02:03,457 Terima kasih. 33 00:02:05,125 --> 00:02:07,544 Saya takkan beritahu dia awak nak rosakkan mesin ini, 34 00:02:08,169 --> 00:02:10,964 khususnya sekarang memandangkan kita tahu tentang cap jari dan nombor Sosial. 35 00:02:10,964 --> 00:02:12,049 Lupakan semua itu. 36 00:02:12,049 --> 00:02:14,384 Orang yang percaya akan terus percaya, 37 00:02:14,384 --> 00:02:17,471 dan orang yang tak percaya akan terus anggap ini bukti penipuan. 38 00:02:18,138 --> 00:02:19,765 Awak mula beritahu orang lain yang mesin ini tak berfungsi 39 00:02:19,765 --> 00:02:20,891 seperti yang mereka fikirkan, 40 00:02:22,059 --> 00:02:25,896 ia akan mencetuskan lebih banyak pembahagian dan jadikan awak titik fokus. 41 00:02:26,480 --> 00:02:30,317 Jika En. Johnson tanya tentang cermin yang pecah? 42 00:02:31,109 --> 00:02:33,487 {\an8}Saya akan cakap hantu yang buat. 43 00:02:34,530 --> 00:02:38,534 {\an8}Serius, jika awak cakap apa-apa, saya akan belasah awak. 44 00:03:20,325 --> 00:03:21,702 Selamat petang. 45 00:03:21,702 --> 00:03:23,370 Harap saya tak mengganggu apa-apa. 46 00:03:23,370 --> 00:03:26,206 Saya berehat sekejap daripada rasa gelisah yang teruk 47 00:03:26,206 --> 00:03:28,250 supaya boleh datang dan cakap mak memang teruk. 48 00:03:28,250 --> 00:03:30,419 Ya. Mak bercakap dengan Trina, 49 00:03:30,419 --> 00:03:35,966 beritahu saya berpelukan dengan lelaki bujang dan kononnya jadi orang penting, 50 00:03:35,966 --> 00:03:39,261 seperti malam tadi dan semua yang saya usahakan dengan kerja keras 51 00:03:39,261 --> 00:03:42,514 ada kaitan dengan saya. Cuba untuk dapatkan perhatian atau sesuatu. 52 00:03:43,849 --> 00:03:44,850 GADIS BANGSAWAN! 53 00:03:45,392 --> 00:03:46,226 Okey. 54 00:03:46,226 --> 00:03:48,729 Tapi saya tak minta semua itu, okey? 55 00:03:48,729 --> 00:03:52,566 Saya tak mahukannya sebab saya bukan mak. Jadi mak boleh fikir sesuka hati, 56 00:03:52,566 --> 00:03:55,360 tapi saya takkan biar mak tipu tentang saya pada anak saya 57 00:03:55,360 --> 00:03:59,281 dengan cara sama mak tipu tentang Martha pada saya. 58 00:04:00,157 --> 00:04:02,910 Ya. Mak fikir kami tak pernah bercakap? 59 00:04:02,910 --> 00:04:05,704 Mak beritahu saya Martha tak nak ada anak. 60 00:04:05,704 --> 00:04:08,582 Mak beritahu saya Martha tak nak saya wujud. 61 00:04:08,582 --> 00:04:12,753 Selama ini, mak buat saya rasa semua ini salah saya. 62 00:04:12,753 --> 00:04:14,046 Kamu dah makan tengah hari? 63 00:04:16,089 --> 00:04:17,673 Maaf, apa? 64 00:04:19,801 --> 00:04:21,845 - Tolong jangan ubah topik. - Tak. 65 00:04:23,013 --> 00:04:25,224 Mak nak bawa kamu makan tengah hari supaya kita boleh berbincang. 66 00:04:26,308 --> 00:04:27,351 Dengan betul. 67 00:04:29,394 --> 00:04:34,191 Ya. Ya. Belanja saya makan tengah hari. 68 00:04:36,985 --> 00:04:39,154 {\an8}DEERFIELD - BUKAN PADANG, BUKAN JUGA TEMPAT YANG ADA RUSA 69 00:04:39,154 --> 00:04:41,657 Mak tahu saya yang buat ini, bukan? 70 00:04:42,241 --> 00:04:44,201 Mak lebih rela ada tanduk menanduk punggung mak 71 00:04:44,201 --> 00:04:47,496 berbanding pilih rusa lain yang diperbuat daripada ranting. 72 00:04:54,545 --> 00:04:56,463 - Ayah? - Jangan. Trina. 73 00:04:56,463 --> 00:05:00,217 Sekejap. Ayah bawa potensi peniup wisel ke tahap baru. 74 00:05:13,230 --> 00:05:15,065 - Saya rasa ibu ada hubungan sulit. - Apa? 75 00:05:15,065 --> 00:05:17,526 Saya jumpa ibu dan Giorgio bersama di gondola malam tadi, 76 00:05:17,526 --> 00:05:19,903 berpegangan tangan dan nampak sangat mencurigakan. 77 00:05:20,487 --> 00:05:21,613 Itu... 78 00:05:22,114 --> 00:05:24,783 Trina, ayah pernah lihat Giorgio pegang tangan ibu kamu 79 00:05:24,783 --> 00:05:26,577 dan menciumnya di depan ayah. 80 00:05:26,577 --> 00:05:28,912 - Ia bukan perkara baru. - Ayah tak kisah? 81 00:05:28,912 --> 00:05:31,498 Ayah kisah. Sudah tentu ayah tak selesa tentangnya. 82 00:05:31,498 --> 00:05:33,250 Jadi apa ayah nak buat tentangnya? 83 00:05:34,251 --> 00:05:36,712 - Apa pun, ayah... - Saya rosakkan papan si tak guna itu, 84 00:05:36,712 --> 00:05:38,463 dan dia tak buat apa-apa kepada saya. 85 00:05:41,466 --> 00:05:42,509 Mungkin ayah akan... 86 00:05:43,677 --> 00:05:46,096 mungkin ayah akan rosakkan sesuatu lebih daripada papan tanda. 87 00:05:46,096 --> 00:05:47,055 - Ya. - Betul? 88 00:05:47,055 --> 00:05:50,475 - Ya! - Mungkin ayah akan pukul muka dia. 89 00:05:50,475 --> 00:05:53,562 - Ya! - Atau ada papan tanda lain. 90 00:05:54,146 --> 00:05:57,566 Apa pun, ayah takkan duduk saja di sini dan bertahan dengan perangainya. 91 00:05:57,566 --> 00:06:00,027 - Tidak. - Kamu rasa ayah akan terima saja? 92 00:06:00,027 --> 00:06:01,361 Nampak seperti ayah di sini 93 00:06:01,361 --> 00:06:03,113 - dan main theremin. - Tidak lagi... 94 00:06:03,614 --> 00:06:05,699 - Tidak! - Ayah takkan terima lagi. Tidak. 95 00:06:05,699 --> 00:06:07,743 Sebab ayah kamu takkan diamkan saja! 96 00:06:07,743 --> 00:06:10,120 - Boleh ayah matikannya? - Ia sukar! 97 00:06:10,621 --> 00:06:13,874 Jadikan ia tak berguna apabila alihkan dari permukaan rata. 98 00:06:31,558 --> 00:06:32,935 {\an8}RUMAH BINTANG HANDALAN 99 00:06:44,655 --> 00:06:46,615 Keluar, Giorgio! Kita ada urusan lelaki. 100 00:06:47,824 --> 00:06:49,117 Saya masuk! 101 00:06:52,454 --> 00:06:54,081 Giorgio, keluar! 102 00:06:56,500 --> 00:06:58,544 Bagus. Hei! 103 00:07:01,713 --> 00:07:03,966 Sedia untuk terima habuan awak, si licik tak guna? 104 00:07:14,142 --> 00:07:15,644 Giorgio, awak di mana? 105 00:07:20,858 --> 00:07:22,276 Selamat datang ke Giorgio's. 106 00:07:23,360 --> 00:07:24,486 Giorgio. 107 00:07:25,612 --> 00:07:26,738 D? 108 00:07:27,823 --> 00:07:30,200 Saya tak nak awak lihat saya begini, D. 109 00:07:30,200 --> 00:07:35,581 Saya tak nak awak melihat saya dalam keadaan yang sangat dungu. 110 00:07:35,581 --> 00:07:36,707 Dungu... 111 00:07:37,583 --> 00:07:40,544 - Awak penzina, tak guna. - Betul. 112 00:07:41,378 --> 00:07:42,963 Saya cuba goda isteri awak, D. 113 00:07:42,963 --> 00:07:47,551 Tapi dia tolak saya dan saya faham, okey? Saya faham. 114 00:07:48,302 --> 00:07:50,929 Kenapa nak berminat dengan Giorgio 115 00:07:50,929 --> 00:07:53,974 apabila dah kahwini hebat? 116 00:07:53,974 --> 00:07:56,143 Lebih kepada lelaki yang sihat, tapi, ya. 117 00:07:56,143 --> 00:07:59,438 Apa pun, semuanya okey. Saya akan sendirian selamanya, 118 00:08:00,105 --> 00:08:01,481 dan ia sememangnya tak jadi masalah... 119 00:08:06,320 --> 00:08:07,821 Tidak. 120 00:08:07,821 --> 00:08:10,407 Tak, jangan cakap begitu. 121 00:08:11,074 --> 00:08:13,994 Saya memang dungu dalam mencari cinta. 122 00:08:14,786 --> 00:08:17,247 Orang dungu juga layak dapat cinta. 123 00:08:17,247 --> 00:08:20,584 Tak, saya cuma si dungu botak yang tak matang. 124 00:08:21,793 --> 00:08:24,922 Giorgio, awak ada banyak kualiti yang menarik perhatian. 125 00:08:24,922 --> 00:08:27,799 - Sebutkan lima. - Lima? Oh Tuhan. 126 00:08:27,799 --> 00:08:29,384 Ya, lima. 127 00:08:29,384 --> 00:08:33,179 Awak ada rumah besar yang luas. 128 00:08:34,056 --> 00:08:38,684 Okey, tapi ia bukan tentang saya. Jadikan ia tentang saya, secara khusus. 129 00:08:41,230 --> 00:08:43,982 Awak ada bulu dada yang lebat. 130 00:08:45,192 --> 00:08:47,653 - Terima kasih. - Cita rasa pada wanita awak bagus. 131 00:08:48,820 --> 00:08:49,655 Jelas sekali. 132 00:08:49,655 --> 00:08:51,490 Tengkorak awak juga cantik. 133 00:08:51,490 --> 00:08:52,741 Ia penting. 134 00:08:53,575 --> 00:08:56,954 Dua lagi. 135 00:08:56,954 --> 00:08:58,705 - Banyak lagi, bukan? - Nampak? 136 00:08:59,331 --> 00:09:02,209 Nampak, D? Awak tak boleh fikirkan lima perkara dengan mudah. 137 00:09:02,209 --> 00:09:06,129 Tiada apa saya boleh banggakan, D. Saya orang yang berpura-pura. 138 00:09:06,129 --> 00:09:09,341 Saya jual semua barang, semua barang sukan hebat saya, 139 00:09:09,341 --> 00:09:12,302 termasuk topeng penjaga gol Rangers saya. Sebab apa? 140 00:09:13,220 --> 00:09:16,139 Kenapa? Untuk kagumkan wanita hebat? 141 00:09:16,139 --> 00:09:18,350 Awak faham perasaannya? 142 00:09:18,851 --> 00:09:20,978 Untuk buat semua yang termampu untuk seseorang, 143 00:09:20,978 --> 00:09:24,356 tapi dia masih tak cintakan awak seperti yang awak mahukan? 144 00:09:29,069 --> 00:09:32,614 Giorgio, saya tak tahu cara untuk bantu awak tentangnya... 145 00:09:34,575 --> 00:09:36,577 tapi saya boleh bantu dapatkan topeng awak semula. 146 00:09:38,954 --> 00:09:41,957 Lelaki yang budiman. Awak kawan yang baik, D. 147 00:09:43,000 --> 00:09:44,168 Tak mengapa. 148 00:09:44,168 --> 00:09:47,921 Pakailah rambut palsu awak, okey? Ia akan menceriakan awak, bukan? 149 00:09:48,422 --> 00:09:49,715 Ya. 150 00:09:50,382 --> 00:09:51,592 Tunduk. 151 00:09:52,759 --> 00:09:57,264 - Letakkannya. - Cantik. 152 00:09:59,892 --> 00:10:00,851 Lelaki kacak. 153 00:10:05,939 --> 00:10:08,192 Ingat kali pertama kita masuk ke sini bersama-sama? 154 00:10:08,192 --> 00:10:09,610 Malangnya, tak ingat. 155 00:10:09,610 --> 00:10:11,236 Kamu sepuluh atau 11 tahun. 156 00:10:12,529 --> 00:10:15,741 Semua itu pejabat dan ini Shanghai House. 157 00:10:15,741 --> 00:10:18,911 Ada kolam ikan koi di sini, ada terusan. 158 00:10:19,411 --> 00:10:22,873 - Ingat? Selepas puting beliung? - Saya tak ingat puting beliung. 159 00:10:22,873 --> 00:10:24,833 Tak pernah ada puting beliung. 160 00:10:24,833 --> 00:10:27,127 Semua orang panik, tutup tingkap mereka, 161 00:10:27,127 --> 00:10:32,174 kosongkan barang di kedai runcit Johnson dan ia berlaku 80 kilometer dari sini. 162 00:10:33,717 --> 00:10:35,177 Kamu kecewa. 163 00:10:36,220 --> 00:10:38,597 Berdiri di laman, merenung langit, 164 00:10:38,597 --> 00:10:43,644 tunggu sesuatu mengujakan berlaku, tapi kamu cuma rasa kecewa. 165 00:10:44,686 --> 00:10:49,900 Jadi, mak bawa kamu ke sini untuk makan bebola ayam dan MSG. 166 00:10:49,900 --> 00:10:53,403 Mak cakap nak berbincang, jadi apa sebab mak cerita kisah ini? 167 00:10:53,403 --> 00:10:57,241 Sebabnya adalah kamu bosan tinggal di sini. 168 00:10:58,367 --> 00:11:00,661 Kamu sentiasa bosan dan mahukan lebih lagi. 169 00:11:01,495 --> 00:11:03,664 Semasa kita tinggal di New York dan mak masih menari, 170 00:11:03,664 --> 00:11:05,457 Martha tak faham. 171 00:11:05,457 --> 00:11:07,709 Dia nak kehidupan yang biasa. 172 00:11:08,418 --> 00:11:11,380 Dia nak pindah ke sini, tinggal dekat dengan keluarganya. 173 00:11:12,589 --> 00:11:14,675 Mak tak nak hilang dia, jadi kami berpindah. 174 00:11:16,343 --> 00:11:19,680 Mak tinggalkan kerjaya sebab itu yang kita buat 175 00:11:19,680 --> 00:11:20,848 apabila sayang seseorang. 176 00:11:21,515 --> 00:11:24,309 Kamu lupakan sebahagian diri kamu untuk pastikan mereka gembira. 177 00:11:25,602 --> 00:11:28,438 Tapi mak sangat bosan, Cass. 178 00:11:29,982 --> 00:11:33,110 Jadi, mak bertanding jadi datuk bandar dan Martha tak suka juga. 179 00:11:33,110 --> 00:11:36,321 Mak tak salahkan dia, tapi mak perlukannya. 180 00:11:37,739 --> 00:11:39,491 Mak perlukan sesuatu untuk diri sendiri. 181 00:11:40,075 --> 00:11:41,159 Okey. 182 00:11:41,660 --> 00:11:44,246 Tapi mak tipu saya. Ya. 183 00:11:44,246 --> 00:11:48,208 Mak cakap mak dan Martha berpisah sebab dia tak nak anak. 184 00:11:48,208 --> 00:11:49,751 Dia memang tak nak anak, 185 00:11:49,751 --> 00:11:52,671 sebab itu kamu mungkin perasan dia tak ada anak. 186 00:11:53,255 --> 00:11:54,256 Tapi mak ada anak. 187 00:11:55,799 --> 00:12:01,763 Mak mahukan kamu, sebab itu mak pilih lahirkan kamu pada umur 17 tahun. 188 00:12:02,723 --> 00:12:04,474 Tanpa bantuan daripada ayah kamu, 189 00:12:04,474 --> 00:12:07,102 atau daripada ibu bapa mak yang halau mak dari rumah 190 00:12:07,102 --> 00:12:08,687 dan buat mak besarkan kamu sendirian, 191 00:12:08,687 --> 00:12:12,149 yang mak gembira lakukannya sebab mak seorang ibu yang bagus. 192 00:12:12,149 --> 00:12:14,151 Mak juga sangat baik! 193 00:12:15,068 --> 00:12:17,362 Kamu tak nampak kami sedang berbual? 194 00:12:17,362 --> 00:12:20,616 Jika awak tak matikannya, saya akan terus ganggu awak. 195 00:12:24,870 --> 00:12:25,871 Bagus, mak. 196 00:12:26,455 --> 00:12:30,792 Mak tak harap kamu menyokong mak. Kamu fikir mak musuh kamu. Tak mengapa. 197 00:12:33,128 --> 00:12:36,215 Mak cuma harap tak perlu sentiasa ada persaingan antara kita. 198 00:12:40,302 --> 00:12:41,386 Saya pun sama. 199 00:12:48,477 --> 00:12:52,856 Apa pun, rasanya saya kalahkan mak dalam permainan itu. 200 00:12:56,944 --> 00:13:01,156 Saya terkejut mereka sanggup belanjakan duit untuk topeng penjaga gol. 201 00:13:01,156 --> 00:13:03,367 Banyak yang mereka boleh buat dengan hartanah ini. 202 00:13:03,367 --> 00:13:04,493 {\an8}RUMAH AHLI MATEMATIK 203 00:13:04,493 --> 00:13:07,246 Bukanlah nak menilai, tapi tolonglah. Rumput di tepi? 204 00:13:07,829 --> 00:13:10,874 - Jika sangat pandai matematik... - Hei, Giorgio, rasa awak tiada kelebihan? 205 00:13:10,874 --> 00:13:11,792 Lihatlah. 206 00:13:11,792 --> 00:13:12,876 RUMAH SATU-SATUNYA YANG TERSELAMAT 207 00:13:12,876 --> 00:13:15,587 "Satu-Satunya yang Terselamat." Potensi apakah itu? 208 00:13:15,587 --> 00:13:18,090 - Ia potensi paling teruk. - Apa... 209 00:13:18,090 --> 00:13:21,301 Hei, kawan. Awak ahli matematik? 210 00:13:21,885 --> 00:13:24,513 Tak. Saya Urie, satu-satunya terselamat. 211 00:13:25,180 --> 00:13:28,350 Tapi saya tak tahu akan terselamat dari apa, jadi saya tinggal di bangsal taman 212 00:13:28,350 --> 00:13:29,476 untuk lindungi keluarga. 213 00:13:29,476 --> 00:13:31,520 - Idea yang bagus. - Bijak. 214 00:13:31,520 --> 00:13:35,440 - Nak minum teh dengan saya? - Tawaran yang menarik, Urie. 215 00:13:35,440 --> 00:13:38,318 Saya akan pulangkan topeng secara percuma jika awak masuk dan minum teh bersama. 216 00:13:40,070 --> 00:13:41,655 Itu memang topeng Giorgio, 217 00:13:41,655 --> 00:13:44,825 - dan bangsal itu kecil untuk tiga orang. - Mari minum teh, D. 218 00:13:44,825 --> 00:13:46,827 - Habislah. - Ayuh, D. 219 00:13:46,827 --> 00:13:48,787 - Awak ada teh apa, Urie? - Kamomil. 220 00:13:48,787 --> 00:13:50,581 Kamomil. Ya. 221 00:13:50,581 --> 00:13:53,125 - Kamomil, sukakannya. - Inilah parti. 222 00:13:53,125 --> 00:13:54,209 Ya. 223 00:14:10,976 --> 00:14:13,395 Yahu! 224 00:14:13,395 --> 00:14:16,815 Padan muka. 225 00:14:16,815 --> 00:14:19,026 Maaf, siapa penari profesional? 226 00:14:19,651 --> 00:14:21,778 Betul. Hai, saya penari profesional. 227 00:14:21,778 --> 00:14:23,780 - Ya. - Okey, puan. 228 00:14:23,780 --> 00:14:25,490 - Ya, mak buat kecoh. - Ya. 229 00:14:25,490 --> 00:14:27,534 - Tolonglah! - Nenek okey? 230 00:14:27,534 --> 00:14:29,411 Nenek kamu berpura-pura tercedera. 231 00:14:29,411 --> 00:14:30,954 Tidak. 232 00:14:30,954 --> 00:14:35,209 Ia bukan sebab permainan dungu itu. Ia sebab perkahwinan Pat dan Farid. 233 00:14:35,751 --> 00:14:38,837 Okey, kenapa tak beritahu? 234 00:14:38,837 --> 00:14:40,130 Kenapa cuba main permainan ini... 235 00:14:40,130 --> 00:14:42,508 Mak tak dapat Penari untuk potensi mak. 236 00:14:44,551 --> 00:14:47,387 Tak lama lagi orang mesti nak lihat kad mak. 237 00:14:47,387 --> 00:14:49,306 Itu saja yang orang nak tahu sekarang. 238 00:14:49,806 --> 00:14:51,683 Apabila mereka sedar mak tipu... 239 00:14:53,602 --> 00:14:55,187 mereka takkan undi mak lagi. 240 00:14:55,896 --> 00:14:57,523 Apa maksud mak? 241 00:15:01,443 --> 00:15:02,361 POTENSI HIDUP ANDA 242 00:15:04,154 --> 00:15:06,823 HANTU 243 00:15:12,579 --> 00:15:15,374 Jacob ada kad kosong lagi? 244 00:15:22,881 --> 00:15:25,217 Untuk pengetahuan awak, ini bukan separuh jalan antara 245 00:15:25,217 --> 00:15:27,010 rumah kita dan jalan sepatutnya. 246 00:15:27,010 --> 00:15:30,013 "Jalan sepatutnya"? Awak memang dungu. 247 00:15:30,013 --> 00:15:32,224 Saya bantu awak. Saya rasa awak patut jumpa saya. 248 00:15:32,224 --> 00:15:34,643 - Saya dilarang masuk ke rumah awak. - Ya, senangnya. 249 00:15:38,772 --> 00:15:39,982 Ambil ini. 250 00:15:46,530 --> 00:15:48,490 - Terima kasih sebab buat begini. - Tiada masalah. 251 00:15:52,202 --> 00:15:55,581 Sudah tentu, ya, ini menamatkan transaksi kita, 252 00:15:55,581 --> 00:15:58,333 jadi rasanya saya akan pergi dulu. 253 00:15:59,001 --> 00:16:00,294 Saya pun sama. 254 00:16:04,715 --> 00:16:07,801 Atau kita boleh berdiri di tempat rawak selamanya. 255 00:16:07,801 --> 00:16:10,804 Ia bukan rawak. Jarak rumah kita sama, jadi... 256 00:16:10,804 --> 00:16:12,097 Sebenarnya tidak. 257 00:16:14,224 --> 00:16:16,226 Tapi saya gembira berada di sini dengan awak. 258 00:16:17,728 --> 00:16:19,438 Sebab awak tahu apa yang teruk? 259 00:16:20,022 --> 00:16:21,398 Tak bersama. 260 00:16:22,858 --> 00:16:25,277 Tak, ia memang teruk. 261 00:16:25,277 --> 00:16:28,655 Ia memang tak jadikan semuanya okey. 262 00:16:30,157 --> 00:16:32,034 Saya masih sayangkan awak. 263 00:16:36,705 --> 00:16:38,415 - Ya. - Ya. 264 00:16:38,415 --> 00:16:39,791 Ya. 265 00:16:39,791 --> 00:16:42,586 Ketakutan utama saya adalah kehilangan orang yang saya sayang. 266 00:16:42,586 --> 00:16:44,963 Saya tak nak isteri ada dengan saya, jika sesuatu yang buruk akan berlaku. 267 00:16:44,963 --> 00:16:47,424 Okey, tapi awak tak patut hidup begini, Urie. 268 00:16:47,424 --> 00:16:51,595 Isteri awak terperangkap dalam rumah, buat pecahan sendiri. 269 00:16:51,595 --> 00:16:52,763 Ia tak masuk akal. 270 00:16:52,763 --> 00:16:54,014 Fikir secara logik. 271 00:16:54,640 --> 00:16:58,769 Jika meteor hentam rumah awak, jika awak saja yang terselamat, 272 00:16:58,769 --> 00:17:03,232 awak selamat di bangsal, tapi isteri awak... 273 00:17:04,316 --> 00:17:06,527 Dia akan dihentam oleh serpihan batu. 274 00:17:07,611 --> 00:17:11,281 Saya faham itu dengan ini, tapi bukan dengan ini. 275 00:17:11,281 --> 00:17:13,992 Setiap kali saya keluar, saya rasa nak muntah. 276 00:17:13,992 --> 00:17:16,203 Saya tahu. 277 00:17:16,203 --> 00:17:19,790 Saya akan muntah sebelum perlawanan penting semasa bermain untuk Rangers 278 00:17:19,790 --> 00:17:21,916 dengan topi keledar itu. 279 00:17:21,916 --> 00:17:26,839 Saya beri terlalu banyak tekanan kepada diri sebab saya hidup dalam ketakutan. 280 00:17:26,839 --> 00:17:30,217 Saya rasa seperti perlu jadi bintang handalan hoki 281 00:17:30,217 --> 00:17:32,928 hanya sebab saya ada bakat yang Tuhan berikan, okey? 282 00:17:32,928 --> 00:17:34,888 Tapi sebenarnya, Urie... sebenarnya, 283 00:17:34,888 --> 00:17:36,932 saya tahu sekarang saya patut ikut gerak hati. 284 00:17:36,932 --> 00:17:40,477 Terbang ke Itali, supaya sepatutnya saya yang bersama Cass, bukan D. 285 00:17:40,477 --> 00:17:43,564 Tapi saya nak awak tahu, awak akan jadi pengapit saya. 286 00:17:43,564 --> 00:17:45,065 Apa? Okey. Mari... 287 00:17:45,566 --> 00:17:50,737 Saya tak berada di Itali dengan Cass. Saya bekerja di resort luncur. 288 00:17:50,737 --> 00:17:53,699 Betulkah? Saya tak tahu, D. 289 00:17:53,699 --> 00:17:54,908 Ya, itu... 290 00:17:55,492 --> 00:17:58,120 Itu kali terakhir saya dan Cass berjauhan. 291 00:17:58,871 --> 00:18:01,373 Ia 20 tahun lalu, Big D. 292 00:18:01,373 --> 00:18:03,542 Awak tak pernah sendirian selama 20 tahun? 293 00:18:04,418 --> 00:18:08,755 Saya boleh buat sesuatu sendirian. 294 00:18:10,632 --> 00:18:12,426 Saya pergi tonton wayang sendirian. 295 00:18:12,426 --> 00:18:14,970 Kenapa? Kenapa awak tonton wayang sendirian? 296 00:18:14,970 --> 00:18:16,847 Rasanya, saya... 297 00:18:19,099 --> 00:18:20,434 agak takut juga. 298 00:18:22,269 --> 00:18:25,105 Takut untuk tahu apa akan berlaku jika saya tiada Cass. 299 00:18:26,565 --> 00:18:31,028 Saya habiskan banyak masa fikir tentang apa dia nak daripada saya, 300 00:18:31,028 --> 00:18:33,447 saya tak tahu apa saya nak daripada diri sendiri. 301 00:18:33,447 --> 00:18:35,949 Rasanya seperti kita cuba kawal semua 302 00:18:35,949 --> 00:18:37,618 yang tak dapat dikawal, bukan? 303 00:18:37,618 --> 00:18:41,121 Berbanding terima ketidaktentuan. 304 00:18:41,121 --> 00:18:45,042 Ya. Lihatlah kita, sekumpulan kawan baik yang penakut, 305 00:18:45,542 --> 00:18:46,668 duduk di sini dan minum teh. 306 00:18:46,668 --> 00:18:48,003 Apa yang kita buat? 307 00:18:48,003 --> 00:18:50,214 Saya akan keluar semula, jalani kehidupan saya. 308 00:18:50,214 --> 00:18:52,382 - Ya! - Saya bangga dengan awak. 309 00:18:53,050 --> 00:18:54,343 Kamu nak melepak malam ini? 310 00:18:55,385 --> 00:18:57,930 - Saya nak... - Saya pun sama. 311 00:18:57,930 --> 00:19:04,686 ...tapi saya ada janji untuk hadiri persembahan silap mata. 312 00:19:04,686 --> 00:19:05,854 Bunyinya seperti direka-reka. 313 00:19:05,854 --> 00:19:09,942 Betul. Tapi, tak. Silap mata itu betul. 314 00:19:11,318 --> 00:19:13,862 PANGGUNG WAYANG 315 00:19:13,862 --> 00:19:17,491 MALAM INI! PERSEMBAHAN SILAP MATA MORPHINI YANG HEBAT 316 00:19:17,491 --> 00:19:19,201 Saya tahu. 317 00:19:19,201 --> 00:19:21,328 Saya terkejut dapat tempat letak kereta. 318 00:19:21,328 --> 00:19:24,998 Ini hebat, Izzy. Tak percaya ramai yang datang. 319 00:19:24,998 --> 00:19:28,043 Saya beritahu mereka jika awak ahli silap mata sebenar, 320 00:19:28,043 --> 00:19:30,629 mungkin mereka juga seperti yang ditulis pada kad mereka. 321 00:19:30,629 --> 00:19:31,547 Tiada tekanan. 322 00:19:36,510 --> 00:19:37,719 Okey, jadi. 323 00:19:37,719 --> 00:19:39,721 Bercakap tentang kad... 324 00:19:39,721 --> 00:19:40,806 PENARI 325 00:19:40,806 --> 00:19:43,141 ...jangan cakap saya tak buat apa-apa. 326 00:19:45,060 --> 00:19:46,311 Tapi boleh cakap, "terima kasih." 327 00:19:47,020 --> 00:19:50,232 Atau "terima kasih." Atau "Hei, Cass, kamu sangat baik." 328 00:19:50,232 --> 00:19:53,735 Kamu fikir kamu baik? Lihat ini. 329 00:19:54,444 --> 00:19:56,572 Martha! Di sini. 330 00:19:57,072 --> 00:20:00,909 - Betulkah? Ada pada awak? - Betul, Martha. 331 00:20:02,119 --> 00:20:05,205 - Satu permit untuk satu parit. - Akhirnya. 332 00:20:05,205 --> 00:20:06,999 Rose pasti sangat gembira, 333 00:20:06,999 --> 00:20:09,209 khususnya dia sedang menggali sekarang. 334 00:20:12,588 --> 00:20:18,719 Perkataan "magis" kali pertama muncul pada lewat abad ke-14 335 00:20:18,719 --> 00:20:23,390 untuk menggambarkan seni mempengaruhi atau meramalkan peristiwa, 336 00:20:23,390 --> 00:20:27,895 dan menghasilkan keajaiban guna kuasa semula jadi yang tersembunyi. 337 00:20:27,895 --> 00:20:32,524 Malam ini anda akan menyaksikan keajaiban 338 00:20:32,524 --> 00:20:36,945 Morphini yang Hebat! 339 00:20:51,376 --> 00:20:53,754 Ya, saya suka silap mata. Ayuh. 340 00:21:02,638 --> 00:21:04,014 Ini bukan kad saya. 341 00:21:05,974 --> 00:21:08,810 Paderi, awak pasti awak tahu apa kad awak? 342 00:21:13,524 --> 00:21:15,108 Pilih kad, tuan. 343 00:21:18,320 --> 00:21:20,906 Hafal, kemudian letak di dek. 344 00:21:23,742 --> 00:21:26,119 Saya nak awak tutup mata 345 00:21:26,119 --> 00:21:29,623 dan nikmati bunyi metronom. 346 00:21:35,712 --> 00:21:39,132 Sekarang, ingat suatu tempat. 347 00:21:39,132 --> 00:21:43,303 Tempat sebenar. Tempat tenang. 348 00:21:43,303 --> 00:21:44,680 Sudah? 349 00:21:45,764 --> 00:21:47,558 - Ya. - Awak di mana? 350 00:21:48,141 --> 00:21:49,142 Saya meluncur. 351 00:21:49,726 --> 00:21:50,978 Tolong gambarkan. 352 00:21:52,521 --> 00:21:53,522 Ia bersalji. 353 00:21:54,106 --> 00:21:55,983 Lebih terperinci. 354 00:21:55,983 --> 00:21:59,403 Saya nak awak bayangkan awak benar-benar berada di sana. 355 00:21:59,403 --> 00:22:05,200 Okey. Ya. Saya meluncur. Hari bersalji. 356 00:22:06,493 --> 00:22:08,036 Saya mungkin 20 tahun. 357 00:22:11,456 --> 00:22:13,834 Saya sendirian. 358 00:22:17,379 --> 00:22:19,965 Saya tersilap... 359 00:22:19,965 --> 00:22:22,176 Atau bukit yang salah, atau tak kira apa awak gelarkannya. 360 00:22:22,176 --> 00:22:25,846 Saya sepatutnya di laluan Pemula, tapi saya di Black Diamond. 361 00:22:28,765 --> 00:22:34,897 Saya mula bergerak laju sebab pada asasnya ia begini. 362 00:22:34,897 --> 00:22:40,694 Saya meluncur laju ke bawah gunung. 363 00:22:40,694 --> 00:22:43,989 Saya tak tahu apa yang berlaku, 364 00:22:43,989 --> 00:22:46,700 tapi ia... Oh Tuhan, rasanya, sejujurnya 365 00:22:46,700 --> 00:22:49,578 saya seperti akan mati. 366 00:22:51,455 --> 00:22:55,626 Tapi saya juga rasa bersemangat. 367 00:22:57,794 --> 00:22:59,338 Tutup mata. 368 00:23:00,547 --> 00:23:02,341 Awak di mana? Di mana gunung itu? 369 00:23:02,341 --> 00:23:05,093 Di Kanada. British Columbia. 370 00:23:05,093 --> 00:23:09,056 - Di mana? Khusus. - Ia tempat bernama Whistler. 371 00:23:09,056 --> 00:23:10,766 Apa kad awak? 372 00:23:12,392 --> 00:23:14,144 - "Guru/Peniup Wisel." - Tidak. 373 00:23:14,144 --> 00:23:17,689 Kad awak. Yang awak pilih dari dek. 374 00:23:19,274 --> 00:23:21,902 - Empat lekuk. - Periksa poket awak. 375 00:23:27,449 --> 00:23:28,575 Tujuh sped. 376 00:23:31,870 --> 00:23:33,914 Mungkin itu kad Paderi Reuben. 377 00:23:44,508 --> 00:23:48,595 Untuk helah terakhir saya! "Wanita yang Hilang." 378 00:23:48,595 --> 00:23:49,805 Cassandra Hubbard. 379 00:23:49,805 --> 00:23:54,393 Apabila saya buka pintu keranda ini, awak akan hilang! 380 00:23:55,602 --> 00:23:58,188 Dipersilakan pembantu cantik saya... 381 00:24:02,860 --> 00:24:04,987 yang akan pusingkan keranda 382 00:24:04,987 --> 00:24:09,074 untuk tunjukkan tiada apa yang luar biasa. 383 00:24:09,074 --> 00:24:10,576 - Helo, sayang. - Hai. 384 00:24:10,576 --> 00:24:12,244 - Tahan nafas. - Okey. 385 00:24:24,548 --> 00:24:27,801 Pembantu, tolong buka keranda! 386 00:24:42,357 --> 00:24:44,109 Morphini yang Hebat berterima kasih kepada semua. 387 00:24:44,109 --> 00:24:47,613 Terima kasih kepada sukarelawan yang berani. 388 00:24:49,615 --> 00:24:52,826 Sebenarnya, persembahan belum tamat! 389 00:24:52,826 --> 00:24:54,578 Saya nak buat pengumuman. 390 00:24:57,039 --> 00:24:59,541 Saya akan letak jawatan sebagai datuk bandar Deerfield. 391 00:25:01,001 --> 00:25:03,962 Saya tak boleh teruskan apabila saya khianati kepercayaan kamu 392 00:25:03,962 --> 00:25:08,425 dan menipu tentang kad MORPHO saya. 393 00:25:09,343 --> 00:25:10,427 Kenapa saya tipu? 394 00:25:11,512 --> 00:25:13,639 Sebab saya nampak petandanya. 395 00:25:14,223 --> 00:25:16,934 Sebab saya nampak penduduk bandar ini sangat percaya 396 00:25:16,934 --> 00:25:19,811 pada ramalan mesin ini 397 00:25:19,811 --> 00:25:22,439 berbanding datuk bandar mereka, 398 00:25:22,439 --> 00:25:23,982 dan saya tak salahkan kamu. 399 00:25:24,566 --> 00:25:26,360 Malah, saya cemburu kepada kamu. 400 00:25:26,360 --> 00:25:29,530 Kamu percaya pada mesin ini tanpa mempersoalkan dari mana datangnya, 401 00:25:29,530 --> 00:25:33,700 atau En. Johnson, "pakar ilusi" kita, 402 00:25:33,700 --> 00:25:37,955 apabila dia mendakwa dia tiada di sana apabila mesin itu muncul secara ajaib. 403 00:25:37,955 --> 00:25:40,040 Kamu langsung tiada keraguan 404 00:25:40,040 --> 00:25:43,126 untuk minta pita keselamatan atau sebarang bukti. 405 00:25:43,126 --> 00:25:46,713 Izzy, awak tahu kamera saya tak dipasang. 406 00:25:46,713 --> 00:25:48,340 - Kenapa... - Betul. 407 00:25:48,966 --> 00:25:50,384 Tapi awak cakap Jacob ada di sana. 408 00:25:50,384 --> 00:25:53,595 Mujurlah Jacob tahu semuanya tentang mesin itu. 409 00:25:53,595 --> 00:25:58,016 Dia beritahu saya yang cap jari dan nombor Sosial adalah penipuan. 410 00:25:58,016 --> 00:25:59,184 Itu yang awak cakap? 411 00:25:59,184 --> 00:26:01,436 Tak, tunggu, okey, bukan itu yang saya cuba... 412 00:26:01,436 --> 00:26:03,689 Jacob boleh dapatkan kad kosong daripada mesin, 413 00:26:03,689 --> 00:26:05,482 memandangkan dia dengan murah hati berikan saya satu kad. 414 00:26:05,482 --> 00:26:07,901 Okey, saya tak beri kepada awak, Saya beri kepada Trina. 415 00:26:09,236 --> 00:26:12,155 Saya tahu ia untuk awak. 416 00:26:12,155 --> 00:26:13,824 Saya tak serahkannya terus kepada awak, tapi saya... 417 00:26:13,824 --> 00:26:15,409 Bukan salah awak, Jacob. 418 00:26:15,909 --> 00:26:18,579 Saya tak nak sesiapa salahkan Jacob atau Cass. 419 00:26:18,579 --> 00:26:20,747 Kenapa ada orang nak salahkan Cass? 420 00:26:21,456 --> 00:26:23,083 Sebab buat kad palsu. 421 00:26:23,083 --> 00:26:24,626 Tak guna! 422 00:26:24,626 --> 00:26:26,461 Saya takkan libatkan Cass, 423 00:26:26,461 --> 00:26:28,130 melainkan dia yang sediakan alat itu 424 00:26:28,130 --> 00:26:31,300 untuk buat penipuan yang meyakinkan, nampak? 425 00:26:34,428 --> 00:26:38,265 Apa maksud mak? Saya cuma buatkan satu kad palsu. 426 00:26:38,974 --> 00:26:41,685 Jangan begitu! Dia baru beritahu kamu. 427 00:26:41,685 --> 00:26:43,770 Cass, mak pertahankan kamu, sayang. 428 00:26:44,396 --> 00:26:47,816 Sekarang, saya boleh beri jaminan Cass tak buat lagi semua ini, 429 00:26:47,816 --> 00:26:49,526 dan untuk sekali, saya percaya kad dia, 430 00:26:49,526 --> 00:26:52,362 yang bertulis bangsawan, adalah benar. 431 00:26:53,488 --> 00:26:56,283 Jadi, tiada sesiapa akan persoalkan Dana Potensi 432 00:26:56,283 --> 00:26:59,786 atau keuntungan lain yang dia dapat daripada barang dagangan berkait MORPHO. 433 00:26:59,786 --> 00:27:03,749 Lagipun, bukan Cass saja yang dapat keuntungan daripada semua ini. 434 00:27:03,749 --> 00:27:08,045 Saya tahu Martha dan Rose dapat untung empat kali ganda selepas MORPHO, 435 00:27:08,045 --> 00:27:12,257 dengan orang seperti Jurulatih Eagleson dapat inspirasi hubungan sulit di sana. 436 00:27:13,383 --> 00:27:14,760 Dia juga buat parit. 437 00:27:15,636 --> 00:27:16,720 Biar betul. 438 00:27:16,720 --> 00:27:19,014 Jika Cass buat kad palsu lain, 439 00:27:19,014 --> 00:27:22,017 dia pasti akan buat kad lebih bagus untuk suaminya sendiri. 440 00:27:22,017 --> 00:27:26,021 Dia akan berikan sesuatu seperti, entahlah, Bintang Handalan. 441 00:27:27,022 --> 00:27:29,191 Baiklah. Izzy, cukup. 442 00:27:29,191 --> 00:27:31,860 Betul. Cukuplah, semua. 443 00:27:31,860 --> 00:27:33,529 Kamu tak nampak ia cuma 444 00:27:33,529 --> 00:27:36,365 korban seorang anak untuk ibunya, 445 00:27:36,365 --> 00:27:38,492 supaya saya boleh pura-pura saya ada potensi, 446 00:27:38,492 --> 00:27:40,077 apabila realitinya, saya... 447 00:27:40,077 --> 00:27:41,537 Bagaimana, Cass? 448 00:27:43,080 --> 00:27:45,207 "Penari sandaran yang dimuliakan, 449 00:27:45,207 --> 00:27:47,209 yang pencapaian terbaik dalam hidup adalah 450 00:27:47,209 --> 00:27:51,588 mainkan Swing Number Three dalam muzikal Broadway teruk." 451 00:27:57,177 --> 00:28:00,389 Okey, jangan dengar cakap wanita ini. 452 00:28:00,389 --> 00:28:02,891 Dia tipu tentang semuanya. 453 00:28:02,891 --> 00:28:05,561 Dia cuma nak semuanya kembali normal, 454 00:28:05,561 --> 00:28:08,146 supaya dia boleh ada kuasa semula. Tapi... 455 00:28:08,146 --> 00:28:11,733 Tapi kita tak boleh buat begitu. Tak boleh berundur. Tak boleh. Maaf. 456 00:28:11,733 --> 00:28:13,318 Tak, ia mesin itu. 457 00:28:13,318 --> 00:28:16,572 Mesin MORPHO ada maksud tertentu, bukan? 458 00:28:16,572 --> 00:28:18,240 Saya nampak sekarang. 459 00:28:18,240 --> 00:28:20,826 Saya tak tahu apa maksudnya, tapi ia ada maksud. Jadi... 460 00:28:21,451 --> 00:28:24,079 Sementara kita fikirkannya, kita tak boleh biarkan Izzy... 461 00:28:26,540 --> 00:28:28,166 alih perhatian kita... Tak guna! 462 00:29:14,421 --> 00:29:16,340 BERDASARKAN BUKU YANG DITULIS OLEH M.O. WALSH 463 00:30:30,414 --> 00:30:32,416 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid