1 00:00:58,416 --> 00:01:02,416 Saya ingat saya patut lawan kejahatan. Saya ingat itu tujuan saya. 2 00:01:03,000 --> 00:01:05,333 Kenapa kamu mengeluh untuk semuanya? 3 00:01:05,958 --> 00:01:09,083 Sebagai mak, mak rasa kamu lebih selamat di Perancis. 4 00:01:09,166 --> 00:01:10,083 Saya tak faham. 5 00:01:10,583 --> 00:01:13,208 Mak Cik Tera bukannya pemburu puntianak pun. 6 00:01:13,291 --> 00:01:15,833 Saya bukannya akan lebih selamat dengan dia. 7 00:01:15,916 --> 00:01:18,708 Saya patut bersama-sama mak, melawan kejahatan. 8 00:01:22,208 --> 00:01:23,750 Maafkan mak, Richter. 9 00:01:24,708 --> 00:01:27,458 Mak tahu kamu rasa seperti mak halau kamu. 10 00:01:28,500 --> 00:01:30,125 Memang mak halau saya pun. 11 00:01:32,125 --> 00:01:33,708 Maafkan mak, sayang. 12 00:01:34,708 --> 00:01:36,208 Mak tak ada pilihan lain. 13 00:01:37,458 --> 00:01:39,416 Jangan dengar cakap dia, Richter. 14 00:01:39,916 --> 00:01:41,625 Pilihan sentiasa ada. 15 00:01:57,958 --> 00:01:59,541 Julia Belmont. 16 00:02:00,625 --> 00:02:01,458 Akhirnya. 17 00:02:02,833 --> 00:02:03,666 Olrox. 18 00:02:04,875 --> 00:02:06,375 Pergi ke kapal, Richter. 19 00:02:06,458 --> 00:02:07,625 Nanti mak datang. 20 00:02:11,416 --> 00:02:13,250 Awak silap besar. 21 00:02:13,333 --> 00:02:15,375 Mak saya akan kerat awak jadi dua. 22 00:02:17,208 --> 00:02:20,125 Dalam 250 tahun, 23 00:02:20,208 --> 00:02:24,791 awak tahu berapa ramai pemburu puntianak janji nak kerat saya? 24 00:02:24,875 --> 00:02:27,333 Sekarang, Richter. Pergi ke kapal. 25 00:03:14,708 --> 00:03:15,541 Ayuh, mak. 26 00:04:16,958 --> 00:04:17,791 Richter! 27 00:04:36,458 --> 00:04:37,541 Tak guna! 28 00:04:46,000 --> 00:04:47,166 Mak. 29 00:04:58,458 --> 00:04:59,791 Maafkan mak, Richter. 30 00:05:01,041 --> 00:05:02,000 Maafkan mak. 31 00:06:03,458 --> 00:06:05,208 Si kecil Belmont. 32 00:06:10,708 --> 00:06:12,125 Saya faham perasaan itu. 33 00:06:13,916 --> 00:06:16,500 Kesakitan itu. Kebencian itu. 34 00:06:17,291 --> 00:06:21,000 Dendam yang membara dan tak tertanggung. 35 00:06:22,833 --> 00:06:24,291 Awak tahu, 36 00:06:24,791 --> 00:06:28,041 mak awak bunuh seseorang yang saya sayang, 37 00:06:28,125 --> 00:06:30,708 sama seperti awak menyayangi mak awak. 38 00:06:31,375 --> 00:06:33,375 Jadi, dia harus mati. 39 00:06:34,916 --> 00:06:36,875 Saya boleh bunuh awak juga. 40 00:06:38,708 --> 00:06:39,750 Saya akan bunuh. 41 00:06:40,750 --> 00:06:41,750 Satu hari nanti. 42 00:06:43,833 --> 00:06:44,958 Bukan malam ini. 43 00:07:47,666 --> 00:07:50,208 Mereka kata ini aturan semula jadi. 44 00:07:51,750 --> 00:07:55,166 VENDÉE, BARAT PERANCIS SEMBILAN TAHUN KEMUDIAN 45 00:07:55,250 --> 00:07:57,958 Mereka dilahirkan kaya, kami dilahirkan miskin. 46 00:07:58,541 --> 00:08:00,291 Itu cuma ketentuan Tuhan. 47 00:08:04,000 --> 00:08:08,375 Dah jadi aturan semula jadi untuk mereka kaya dengan memeras kami, 48 00:08:08,458 --> 00:08:10,916 mengenakan sewa dan cukai yang melampau. 49 00:08:12,916 --> 00:08:16,125 Mak saya dah bertahun-tahun tak bayar cukai 50 00:08:16,208 --> 00:08:18,250 kerana dia terlalu miskin. 51 00:08:19,916 --> 00:08:22,958 Tak lama lagi mereka akan hantar pembuli. 52 00:08:23,583 --> 00:08:25,791 Kamu tahu sajalah maksud saya. 53 00:08:26,791 --> 00:08:30,208 Mereka fikir ia akan kekal begitu selama-lamanya. 54 00:08:31,250 --> 00:08:34,500 Raja fikir itu haknya untuk menjadi raja, 55 00:08:34,583 --> 00:08:36,583 tapi tahu apa berlaku padanya? 56 00:08:36,666 --> 00:08:38,625 Dia ditahan. 57 00:08:38,708 --> 00:08:43,208 Kerajaan di Paris menggulingkan monarki dan mengisytiharkan sebuah republik. 58 00:08:44,291 --> 00:08:46,375 Usah pedulikan aturan semula jadi. 59 00:08:46,958 --> 00:08:49,875 Tiada lagi raja, tiada lagi bangsawan. 60 00:09:22,583 --> 00:09:25,791 Jangan menjauh. Jangan berpecah. Jangan lari ke hutan. 61 00:10:28,250 --> 00:10:32,541 Awak boleh bunuh saya, Richter Belmont, tapi tiada gunanya. 62 00:10:33,125 --> 00:10:37,041 Sebelum bulan purnama, Penyelamat Puntianak akan muncul, 63 00:10:37,583 --> 00:10:40,291 Pembaham Cahaya, yang akan membaham matahari. 64 00:10:41,041 --> 00:10:46,250 Awak akan menderita dan mati bersama-sama orang yang awak sayang. 65 00:10:47,083 --> 00:10:50,125 Tak masuk akal langsung. 66 00:11:10,416 --> 00:11:14,458 Saya dah cakap ini tempat tak guna untuk mesyuarat revolusi. 67 00:11:14,541 --> 00:11:16,916 Kita perlu mula adakan di bandar ini. 68 00:11:17,000 --> 00:11:18,958 Saya risau orang takkan datang. 69 00:11:19,041 --> 00:11:21,916 Maria, kalau mereka lebih takutkan gosip daripada puntianak, 70 00:11:22,000 --> 00:11:24,666 mungkin mereka tak layak untuk revolusi. 71 00:11:25,458 --> 00:11:27,958 Apa maksud "Penyelamat Puntianak"? 72 00:11:28,041 --> 00:11:30,500 Siapa tahu? Mengarut saja. 73 00:11:30,583 --> 00:11:34,291 Mungkin itu sebabnya ramai puntianak kebelakangan ini. 74 00:11:34,375 --> 00:11:36,125 Mereka kumpul di satu tempat. 75 00:11:36,208 --> 00:11:38,166 Mungkin mereka di istana. 76 00:11:38,833 --> 00:11:42,000 Kalau saya puntianak, saya pun akan ke sana. 77 00:11:42,625 --> 00:11:43,875 Nak pergi periksa? 78 00:11:45,625 --> 00:11:48,166 Jacques, kita minta semua orang ke bandar. 79 00:11:51,083 --> 00:11:53,291 Dia kata, "Pembaham Cahaya". 80 00:11:53,875 --> 00:11:54,875 Macam teruk saja. 81 00:11:55,500 --> 00:11:59,000 Kenapa nak ke sini? Apa yang istimewanya di sini? 82 00:11:59,500 --> 00:12:00,416 Ham dan kacang. 83 00:12:01,041 --> 00:12:03,416 Ham dan kacang tempatan agak sedap, 84 00:12:03,500 --> 00:12:06,208 menjadikan darah tempatan enak dan rasa salai. 85 00:12:06,291 --> 00:12:07,541 Keji sungguh. 86 00:12:14,875 --> 00:12:17,500 Mungkin kita patut bincang dengan Ketua Biarawan. 87 00:12:18,458 --> 00:12:20,708 Saya tahu dia tak sokong Revolusi, 88 00:12:20,791 --> 00:12:23,833 tapi dia bukannya kawan puntianak juga. 89 00:12:24,750 --> 00:12:28,500 Dia ada para askar biarawannya. Kita akan lebih kuat. 90 00:12:29,083 --> 00:12:30,333 Betul cakap awak. 91 00:12:30,416 --> 00:12:31,708 Betul? 92 00:12:31,791 --> 00:12:33,458 Kita cadangkan pakatan sementara. 93 00:12:33,541 --> 00:12:36,833 Mereka tolong kita siasat dan tolong kita berlawan. 94 00:12:36,916 --> 00:12:40,541 Apa? Itu saja? Saya ingat awak akan bermati-matian bantah. 95 00:12:41,583 --> 00:12:44,208 Mungkin jangan beritahu dia tentang burung ajaib. 96 00:12:44,291 --> 00:12:45,916 Dia tahu awak bunuh puntianak. 97 00:12:46,500 --> 00:12:47,916 Saya ada reputasi. 98 00:12:48,000 --> 00:12:51,250 Orang menerimanya kerana ini sesuatu yang berani dan kacak. 99 00:12:51,333 --> 00:12:54,083 Gadis remaja pula nak jelmakan makhluk dari Alam Lain? 100 00:12:54,166 --> 00:12:57,541 Mereka mula membina timbunan kayu yang mudah terbakar. 101 00:12:58,125 --> 00:13:01,208 Tahulah saya jaga mulut. 102 00:13:24,833 --> 00:13:26,916 Hai, Mizrak! Kami perlu bercakap dengan Ketua. 103 00:13:27,500 --> 00:13:29,041 Rasanya dia sedang berdoa. 104 00:13:29,125 --> 00:13:32,750 Saya pasti kalau awak nak berdoa dengannya, dia tak kisah. 105 00:13:32,833 --> 00:13:34,333 Kami bukan datang nak berdoa. 106 00:13:36,875 --> 00:13:40,458 Kami bunuh tiga puntianak malam ini dekat hutan di istana. 107 00:13:41,083 --> 00:13:44,875 Salah seorangnya sebut sesuatu tentang Penyelamat Puntianak. 108 00:14:01,625 --> 00:14:04,791 Mereka kata ada hal penting tentang puntianak. 109 00:14:06,458 --> 00:14:08,416 Dulu susah nak jumpa puntianak. 110 00:14:08,500 --> 00:14:12,125 Beberapa tahun lepas, saya akan bunuh seorang setiap beberapa bulan. 111 00:14:12,208 --> 00:14:14,916 Machecoul berterima kasih untuk itu. 112 00:14:15,000 --> 00:14:16,708 Kali ini tiga dalam satu malam. 113 00:14:17,500 --> 00:14:19,666 Tiga dalam satu malam. 114 00:14:19,750 --> 00:14:22,416 Jadi, ada yang tak kena. Sesuatu yang besar. 115 00:14:22,916 --> 00:14:26,500 Sebelum mati, salah seorang daripada mereka, baik juga dia, 116 00:14:26,583 --> 00:14:28,875 beri amaran yang Penyelamat Puntianak akan muncul. 117 00:14:29,375 --> 00:14:31,791 Pembaham Cahaya kononnya. 118 00:14:33,416 --> 00:14:35,958 Pembaham Cahaya. 119 00:14:36,041 --> 00:14:39,250 Mungkin sebab itu puntianak berkumpul di istana. 120 00:14:39,333 --> 00:14:41,750 Puntianak? Di istana? 121 00:14:41,833 --> 00:14:43,458 Mana lagi mereka nak pergi? 122 00:14:43,958 --> 00:14:46,833 Marquis merupakan tonggak komuniti ini, 123 00:14:47,375 --> 00:14:50,458 seperti keluarganya sebelum dia secara turun-temurun. 124 00:14:50,541 --> 00:14:51,791 Berabad lamanya. 125 00:14:51,875 --> 00:14:56,166 Saya tak percaya dia akan terima puntianak ke komunitinya. 126 00:14:56,250 --> 00:14:58,125 Dia bukan tonggak komuniti ini. 127 00:14:58,208 --> 00:15:00,416 Sebelum Revolusi, dia asyik di mahkamah 128 00:15:00,500 --> 00:15:02,916 dan mungkin dia lupa kami ini wujud, walaupun hartanya 129 00:15:03,000 --> 00:15:06,833 diperoleh daripada kesengsaraan rakyat marhaen di sini. 130 00:15:07,541 --> 00:15:08,625 Aduhai, Maria. 131 00:15:09,291 --> 00:15:15,583 Sedih hati saya dengar awak asyik mengulang kata-kata pemberontakan. 132 00:15:15,666 --> 00:15:18,666 - Pemberontakan… - Tak baik membenci begini. 133 00:15:19,166 --> 00:15:22,041 Benci, cemburu dan berpecah belah. 134 00:15:22,541 --> 00:15:26,375 Ia cuma menyebabkan pertumpahan darah dan penderitaan lebih besar. 135 00:15:26,458 --> 00:15:27,916 Namun, saya doakan awak. 136 00:15:28,416 --> 00:15:30,625 Doa untuk awak juga, Richter Belmont. 137 00:15:31,166 --> 00:15:34,166 Saya tahu betapa banyak kesakitan dalam jiwa awak. 138 00:15:34,666 --> 00:15:37,291 Betapa banyak kesedihan dan kehilangan. 139 00:15:37,791 --> 00:15:39,791 Baiknya awak. 140 00:15:39,875 --> 00:15:41,666 Kami menghargai doa awak. 141 00:15:42,208 --> 00:15:45,875 Kami rasa puntianak berkumpul di istana dan mungkin inilah sebabnya. 142 00:15:46,458 --> 00:15:49,375 Kami boleh cari sendiri, tengok kalau-kalau mereka tak bersalah, 143 00:15:49,458 --> 00:15:53,875 kalau gigi mereka setakat karat saja, tapi kalau awak dapat tolong, bagus juga. 144 00:15:57,208 --> 00:15:59,875 Baiklah. Saya akan cuba cari maklumat. 145 00:16:00,583 --> 00:16:02,125 Saya ada pengintip. 146 00:16:02,875 --> 00:16:05,041 Jangan bertindak terburu-buru. 147 00:16:05,541 --> 00:16:09,666 Marquis takkan suka kita cemarkan nama baiknya, 148 00:16:09,750 --> 00:16:11,208 tapi, sudah tentu, 149 00:16:11,291 --> 00:16:14,416 jika dia sendiri bersubahat, 150 00:16:14,500 --> 00:16:17,666 kita pergi bersama-sama dan hapuskan mereka semua. 151 00:16:18,166 --> 00:16:20,583 Walaupun kita berbeza pendapat, Maria, 152 00:16:21,208 --> 00:16:24,125 kita ada musuh yang sama dalam kejahatan. 153 00:16:26,041 --> 00:16:30,500 Walaupun kejahatan boleh lebih licik daripada yang sering disangka. 154 00:16:35,333 --> 00:16:36,291 Terima kasih. 155 00:16:42,083 --> 00:16:43,500 "Saya ada pengintip." 156 00:16:44,000 --> 00:16:46,541 Pengintip. Pengintip di mana-mana. 157 00:16:47,083 --> 00:16:49,458 Mereka ada di mana-mana, Richter. Seluruh bandar. 158 00:16:49,541 --> 00:16:51,041 Sebab itulah kita ke hutan. 159 00:16:51,916 --> 00:16:54,708 Kita buat perkara yang betul. Bercakap dengan dia. 160 00:16:54,791 --> 00:16:56,500 Awak pun pandai bawa diri. 161 00:16:56,583 --> 00:16:58,833 Awak memang jaga mulut. 162 00:16:58,916 --> 00:17:01,291 Cuma kena tahan ceramah sucinya. 163 00:17:01,375 --> 00:17:03,041 Mungkin awak perlu berlatih. 164 00:17:04,041 --> 00:17:05,416 ANTIK 165 00:17:06,375 --> 00:17:07,916 Pergilah minum kalau mahu. 166 00:17:08,000 --> 00:17:10,458 Kita dah janji pada mak awak nak balik. 167 00:17:10,541 --> 00:17:13,416 - Jadi, kita balik. - Maknanya, awak lapar. 168 00:17:13,500 --> 00:17:16,416 Dia masak makan malam. Takkan saya nak biadab? 169 00:18:15,958 --> 00:18:20,166 Setiap hari, setiap saat di Versailles, 170 00:18:20,250 --> 00:18:24,625 ada sesuatu yang menarik dan menghiburkan untuk dilakukan, 171 00:18:25,958 --> 00:18:29,291 tapi di sini, rakyat marhaen pun… 172 00:18:34,333 --> 00:18:40,666 Kenapa rakyat marhaen di sini buat semuanya, termasuk darah sendiri, 173 00:18:40,750 --> 00:18:42,750 sangat membosankan? 174 00:19:39,166 --> 00:19:41,666 Orang tahu kesusahan hidup di sini. 175 00:19:42,916 --> 00:19:45,333 Namun, mereka mencurigakan Revolusi. 176 00:19:45,416 --> 00:19:49,500 Mereka ditipu tentang semuanya oleh orang yang mereka sangka boleh dipercayai. 177 00:19:50,000 --> 00:19:54,208 Ketua Biarawan baik orangya, Maria. Perkara yang dia katakan bukan penipuan. 178 00:19:54,291 --> 00:19:55,125 Bukan untuk dia. 179 00:19:56,458 --> 00:19:58,916 Awak sendiri cakap orang percayakan dia. 180 00:20:02,000 --> 00:20:03,083 Maafkan mak, Richter. 181 00:20:03,708 --> 00:20:04,916 …berabad percaya Gereja. 182 00:20:05,000 --> 00:20:06,125 Maafkan mak. 183 00:20:07,875 --> 00:20:11,333 Dunia sedang berubah. Di Machecoul pun sama. 184 00:20:11,916 --> 00:20:13,291 Dunia sedang berubah. 185 00:20:13,916 --> 00:20:16,291 Malam ini contohnya. Sebelum serangan puntianak, 186 00:20:16,375 --> 00:20:17,708 orang selalu dengar. 187 00:20:17,791 --> 00:20:19,125 Betul, Richter? 188 00:20:21,375 --> 00:20:22,208 Apa? 189 00:20:22,833 --> 00:20:25,041 Orang mendengar malam ini. 190 00:20:30,083 --> 00:20:31,208 Saya tak dengar. 191 00:20:31,291 --> 00:20:34,875 Kenapa awak bunuh puntianak jika awak tak berminat? 192 00:20:34,958 --> 00:20:37,375 Seronok buat kerja itu. 193 00:20:38,083 --> 00:20:40,333 Dia keluarga Belmont. Berkatilah dia. 194 00:20:41,416 --> 00:20:42,416 Dia ada takdir. 195 00:20:43,500 --> 00:20:44,750 Saya tak percaya takdir. 196 00:20:44,833 --> 00:20:48,333 Awak tak percaya apa-apa. Sebab mereka jahat, Richter. 197 00:20:48,416 --> 00:20:52,125 Puntianak? Jahat? Aduhai! Awak pasti? 198 00:20:52,708 --> 00:20:54,625 Kejahatan perlu dilawan. 199 00:20:58,166 --> 00:21:00,041 Saya percayakan awak dan mak awak. 200 00:21:01,208 --> 00:21:05,041 Saya percaya awak orang paling baik dan berani di dunia. 201 00:21:05,791 --> 00:21:08,916 Jadi, saya tak perlu faham perkara yang awak percaya, 202 00:21:09,000 --> 00:21:11,708 dan saya tak perlu percayakannya pun. 203 00:21:12,708 --> 00:21:14,541 Saya cuma perlu bersama-sama awak. 204 00:21:15,458 --> 00:21:16,291 Sentiasa. 205 00:21:19,916 --> 00:21:21,125 Teruklah awak ini. 206 00:21:36,208 --> 00:21:37,583 Apa ini? 207 00:21:38,375 --> 00:21:40,416 - Awak tahu apa ini? - Tak. 208 00:21:41,500 --> 00:21:45,958 Apa-apa pun, saya pasti ia boleh mati. 209 00:23:31,041 --> 00:23:32,625 Itu makhluk malam? 210 00:23:34,041 --> 00:23:37,875 Entahlah. Saya tak pernah lihat sesuatu seperti itu. 211 00:23:38,583 --> 00:23:39,916 Itu makhluk malam. 212 00:23:40,000 --> 00:23:43,708 Syaitan yang dibuat daripada mayat manusia dan disatukan jiwa dari neraka. 213 00:23:43,791 --> 00:23:45,750 Tiada orang cipta selama bertahun-tahun. 214 00:23:45,833 --> 00:23:46,958 Siapa awak? 215 00:23:47,541 --> 00:23:50,083 Jelas sekali awak penyihir, tapi dari mana awak datang? 216 00:23:50,583 --> 00:23:53,333 Sesiapa pun awak, terima kasih. 217 00:23:54,500 --> 00:23:57,083 Ia tak muncul begitu saja. Seseorang menciptanya. 218 00:23:57,166 --> 00:24:00,958 - Apa maksud awak? Siapa awak? - Itu tentu kerja Pakar Tempa. 219 00:24:02,041 --> 00:24:04,916 Seorang ahli sihir, pengamal ilmu hitam. 220 00:24:05,000 --> 00:24:06,875 Kuasa yang hebat. 221 00:24:07,375 --> 00:24:09,291 Tentu ada Pakar Tempa di sini. 222 00:24:09,375 --> 00:24:11,333 Boleh awak jawab soalan saya? 223 00:24:12,250 --> 00:24:13,666 Nama saya Annette. 224 00:24:13,750 --> 00:24:14,750 Saya Edouard. 225 00:24:15,333 --> 00:24:18,750 Kami dari pulau Saint-Domingue, di Laut Caribbean. 226 00:24:21,541 --> 00:24:24,041 Di seberang laut? 227 00:24:24,125 --> 00:24:26,000 Kami mencari orang bernama Belmont. 228 00:24:26,083 --> 00:24:28,541 Inilah orang yang tak bersyukur itu. 229 00:24:33,125 --> 00:24:36,541 Awak mesti tak tahu apa-apa tentang Penyelamat Puntianak? 230 00:24:37,208 --> 00:24:38,416 Ya. 231 00:24:39,875 --> 00:24:41,291 Sebab itu kami di sini. 232 00:24:50,291 --> 00:24:54,875 NANTES, BARAT PERANCIS 233 00:25:13,291 --> 00:25:17,416 Baguslah awak jumpa saya, Vaublanc, tapi saya boleh cari jalan sendiri. 234 00:25:18,250 --> 00:25:19,208 Apa-apa pun,… 235 00:25:20,458 --> 00:25:22,458 awak boleh beritahu Penyelamat awak… 236 00:25:22,958 --> 00:25:23,791 Saya di sini. 237 00:25:48,791 --> 00:25:50,791 BERDASARKAN SIRI PERMAINAN VIDEO OLEH KONAMI 238 00:27:06,166 --> 00:27:11,125 Terjemahan sari kata oleh Haseenah Musa