1 00:00:08,334 --> 00:00:12,293 Semalam, satu lagi malam keganasan di pusat kegembiraan dan hiburan, 2 00:00:12,376 --> 00:00:14,334 iaitu arena gusti Daerah Buruh. 3 00:00:14,418 --> 00:00:18,084 Pengkhianat si Dolph Laserhawk, dibantu geng hibrid ganas, 4 00:00:18,168 --> 00:00:20,751 menukarkan malam itu menjadi malam berdarah. 5 00:00:20,834 --> 00:00:23,876 Dalam kejadian mengejutkan, Laserhawk berjaya lari 6 00:00:23,959 --> 00:00:26,376 dengan bantuan warden Supermaxx, 7 00:00:26,459 --> 00:00:30,126 antara bekas tentera terhormat dalam pasukan tentera Eden. 8 00:00:31,084 --> 00:00:35,334 Tapi yakinlah, Niji 6 dan wira Eden yang lain berusaha sedaya-upaya… 9 00:00:35,418 --> 00:00:36,834 Mereka lakukannya. 10 00:00:36,918 --> 00:00:40,376 Saya memang tak sangka. 11 00:00:40,459 --> 00:00:43,043 Mereka gantikan saya. 12 00:00:45,209 --> 00:00:49,626 Tuhanku. Apa saya nak buat? 13 00:00:51,418 --> 00:00:53,918 LEMBAGA PENGARAH 14 00:00:55,501 --> 00:00:59,043 Maaf. Okey, saya dah faham. Saya takkan buat lagi, sumpah. 15 00:00:59,126 --> 00:01:02,043 Jika awak mahu kebenaran, cakap dengan katak itu. 16 00:01:02,959 --> 00:01:06,168 Saya? Apa? Helo? 17 00:01:06,251 --> 00:01:07,334 Apa itu… 18 00:01:07,418 --> 00:01:10,293 Jika awak mahu kebenaran, cakap dengan katak itu. 19 00:01:10,793 --> 00:01:11,793 Apa maksudnya? 20 00:01:11,876 --> 00:01:15,418 Hari ini juga menandakan permulaan perbicaraan Bullfrog, 21 00:01:15,501 --> 00:01:18,334 iaitu rakan jenayah Dolph Laserhawk. 22 00:01:18,418 --> 00:01:21,084 Dia sedang ditahan di mahkamah MegaCity 1… 23 00:01:21,168 --> 00:01:22,543 Cakap dengan katak itu? 24 00:01:24,209 --> 00:01:25,834 Alamak! 25 00:01:59,876 --> 00:02:04,334 Jadi, Eden rancang satu serangan untuk dapatkan semula New Wasteland 26 00:02:04,418 --> 00:02:09,543 dan yang mengejutkan, awak saja harapan saya untuk halang mereka. 27 00:02:09,626 --> 00:02:15,043 Maksud awak, gadis yang khianati bukan saja saya, malah ayahnya sendiri? 28 00:02:16,626 --> 00:02:19,834 Aduhai, awak berani betul, Sarah. 29 00:02:19,918 --> 00:02:23,126 Janganlah begitu. Awak dengar kisah saya, bukan? 30 00:02:23,209 --> 00:02:24,251 Saya masih kecil. 31 00:02:24,334 --> 00:02:28,293 Sejak itu, saya cuba masuk sistem Eden untuk musnahkan dari dalam. 32 00:02:28,376 --> 00:02:31,168 Mereka isytiharkan saya musuh negara. 33 00:02:31,251 --> 00:02:34,293 Ya, satu lagi pengkhianatan. 34 00:02:34,376 --> 00:02:37,376 Itu dah jadi tabiat buruk awak. 35 00:02:37,459 --> 00:02:40,876 Holloway, kita tiada masa. Saya boleh tolong awak. 36 00:02:41,376 --> 00:02:45,668 Saya tahu taktik Eden. Saya ada Laserhawk. Bersama-sama… 37 00:02:45,751 --> 00:02:50,043 Sarah Fisher, saya dengar kisah awak. 38 00:02:50,126 --> 00:02:53,501 Tapi itu cuma pratonton. 39 00:02:54,584 --> 00:02:58,418 Saya patut cabut kepala awak dan hantar mayat awak ke Eden 40 00:02:58,501 --> 00:03:00,043 sebagai tanda muhibah. 41 00:03:00,126 --> 00:03:02,459 Baiklah. Awak rasa apa akan berlaku? 42 00:03:02,543 --> 00:03:05,459 Saya kenal Eden. Saya pernah kerja untuk mereka. 43 00:03:05,543 --> 00:03:06,459 Tepat sekali. 44 00:03:07,959 --> 00:03:10,709 Saya tahu betapa setianya awak kepada Eden. 45 00:03:10,793 --> 00:03:15,168 Bertahun-tahun saya rasai kesakitannya. Kini masa untuk balas dendam. 46 00:03:15,251 --> 00:03:18,501 Kini masanya untuk awak rasa sendiri 47 00:03:19,126 --> 00:03:21,501 kuasa fasiliti VR. 48 00:03:41,376 --> 00:03:45,959 Selamat datang ke perang Wasteland. Awak akan nampak dari mata saya. 49 00:03:46,834 --> 00:03:50,001 Awak akan rasa padahnya akibat melawan Eden. 50 00:03:57,084 --> 00:03:58,001 Fisher? 51 00:04:00,376 --> 00:04:01,459 Fisher! 52 00:04:02,168 --> 00:04:03,418 Di mana saya? 53 00:04:17,126 --> 00:04:18,084 Apa? 54 00:04:50,626 --> 00:04:53,084 Awak datang. Ini margarita awak. 55 00:04:59,376 --> 00:05:02,168 Awak sampai juga akhirnya. 56 00:05:07,209 --> 00:05:08,251 Alex? 57 00:05:08,334 --> 00:05:12,293 MEMUAT… 58 00:05:25,251 --> 00:05:27,418 Apa awak buat, Rayman? 59 00:05:28,918 --> 00:05:30,293 Ayuh. 60 00:05:34,334 --> 00:05:36,626 Tak boleh buat begini. Benarkan saya… 61 00:05:36,709 --> 00:05:39,251 Saya tak perlu buat apa-apa. Duduk dan diam. 62 00:05:39,334 --> 00:05:41,709 Bersalah. Seterusnya. 63 00:05:50,376 --> 00:05:51,251 Berhenti. 64 00:05:52,084 --> 00:05:54,918 Tiada siapa dibenarkan masuk. Arahan Niji 6. 65 00:05:55,001 --> 00:05:57,584 Okey, dengar sini. Tengok! 66 00:06:00,459 --> 00:06:02,543 Cik, saya tiada masa untuk ini. 67 00:06:02,626 --> 00:06:06,043 Saya perlu temu bual pengganas itu sebelum pukul 3 petang. 68 00:06:06,126 --> 00:06:08,459 Awak tahu tak? Perbicaraan itu? Helo? 69 00:06:09,334 --> 00:06:12,293 Saya tak tahu. Saya nak tanya… 70 00:06:12,376 --> 00:06:15,751 Saya baru cakap dengan Red. Ia dijadualkan dalam taklimat pagi ini. 71 00:06:15,834 --> 00:06:19,251 Arahan Lembaga Pengarah. Tapi silakanlah halang. 72 00:06:19,334 --> 00:06:23,418 Lagipun, Red seorang yang baik dan memahami, bukan? 73 00:06:25,501 --> 00:06:28,626 Okey, tolonglah, Rayman, jangan beritahu sesiapa. 74 00:06:29,459 --> 00:06:30,668 Kamu jangan risau. 75 00:06:32,876 --> 00:06:35,584 Wah. Rayman memang baik. 76 00:07:11,376 --> 00:07:12,251 Ayah? 77 00:07:21,126 --> 00:07:21,959 Ayah! 78 00:07:36,126 --> 00:07:37,876 Jangan! 79 00:07:41,709 --> 00:07:43,209 Jangan! 80 00:07:51,043 --> 00:07:52,543 Ayah! 81 00:07:53,126 --> 00:07:54,001 Ayah! 82 00:07:55,793 --> 00:07:56,626 Tolong jangan. 83 00:08:22,293 --> 00:08:24,001 Sedapnya. Nak sedikit? 84 00:08:24,084 --> 00:08:26,959 Tunggu. Tropika atau oren? 85 00:08:30,793 --> 00:08:34,334 Okey. Saya terima mesej pelik pagi tadi. 86 00:08:34,418 --> 00:08:37,209 "Jika mahu kebenaran, cakap dengan katak itu." 87 00:08:37,293 --> 00:08:39,501 Siapa hantar? Awakkah? Apa maksudnya? 88 00:08:39,584 --> 00:08:41,251 Taklah, tidak sama sekali. 89 00:08:41,334 --> 00:08:44,334 Tapi saya tak sibuk, jadi kita boleh berbual. 90 00:08:44,418 --> 00:08:47,168 Walaupun dengan personaliti kegemaran Eden. 91 00:08:47,668 --> 00:08:49,501 Saya tonton awak sejak berudu lagi. 92 00:08:49,584 --> 00:08:51,251 Awak tentu tahu sesuatu. 93 00:08:51,334 --> 00:08:53,918 Semasa dalam TV hari itu, saya mungkin melampau. 94 00:08:54,001 --> 00:08:57,376 Tapi mereka pecat saya kerana tak ikut skrip sekejap? 95 00:08:57,459 --> 00:08:59,168 Takkanlah berakhir begitu saja? 96 00:08:59,251 --> 00:09:03,001 Tentu ada sesuatu yang awak boleh buat. Ini tak adil! 97 00:09:03,793 --> 00:09:05,709 Tak adil. Betul. 98 00:09:06,543 --> 00:09:10,709 Itu yang saya fikir ketika polis kamu tembak kawan saya, Pey'j. 99 00:09:10,793 --> 00:09:13,834 Kamu pengganas. Awak ingat apa akan jadi? 100 00:09:13,918 --> 00:09:15,876 Biar saya tanya awak pula. 101 00:09:15,959 --> 00:09:19,376 Awak ingat apa akan jadi dengan melawat pengganas keji? 102 00:09:19,459 --> 00:09:20,293 Betul. 103 00:09:21,418 --> 00:09:23,334 Ini memang silap. Saya patut pergi. 104 00:09:25,459 --> 00:09:27,501 Awak memang patut marah. 105 00:09:28,543 --> 00:09:30,376 Saya tonton awak pada hari itu. 106 00:09:30,459 --> 00:09:34,709 Antara semua penipuan yang awak sebut tentang kami, tentang segalanya, 107 00:09:34,793 --> 00:09:36,626 ada satu perkara yang benar, 108 00:09:36,709 --> 00:09:39,209 sebab itu mereka hukum awak, bukan? 109 00:09:40,668 --> 00:09:41,543 Jadi… 110 00:09:42,543 --> 00:09:44,209 Tropika atau oren? 111 00:09:45,418 --> 00:09:49,334 MEMUAT… 112 00:09:51,251 --> 00:09:52,293 Awak dah mati. 113 00:09:54,334 --> 00:09:55,293 Saya bunuh awak. 114 00:09:55,376 --> 00:09:57,918 Itulah keindahan tempat ini. 115 00:09:58,001 --> 00:10:00,834 Langit sentiasa biru, sehingga kita ubah fikiran. 116 00:10:00,918 --> 00:10:05,043 Mereka hanya hidangkan margarita dengan limau Mexico. Itu bonus. 117 00:10:05,126 --> 00:10:09,293 Selain itu, kematian hanya satu pilihan. 118 00:10:10,793 --> 00:10:12,043 Biar benar? 119 00:10:13,334 --> 00:10:14,418 Ini bukan nyata. 120 00:10:14,501 --> 00:10:15,751 Betul. 121 00:10:21,459 --> 00:10:24,126 Selamat datang ke mimpi awak, Laserhawk. 122 00:10:28,959 --> 00:10:29,959 Mimpi saya? 123 00:10:36,876 --> 00:10:38,709 Ini idea awak tentang rasuah? 124 00:10:39,793 --> 00:10:42,126 Ini bukan idea saya, Laserhawk. 125 00:10:42,209 --> 00:10:45,834 VR hanya beri awak apa yang awak mahukan, 126 00:10:45,918 --> 00:10:51,168 hidup yang bebas daripada kitaran kemarahan, penderitaan dan dendam. 127 00:10:51,251 --> 00:10:54,459 Hidup yang aman. Tiada siapa nak dikhianati. 128 00:11:00,793 --> 00:11:04,584 Hei, semua, nak main? Kami tak cukup dua pemain. 129 00:11:04,668 --> 00:11:05,918 - Ya. - Jade. 130 00:11:06,001 --> 00:11:11,043 Bagus. Dolph, nak main? Saya akan kalahkan awak. 131 00:11:11,834 --> 00:11:13,043 Ayuh, sayang. 132 00:11:13,126 --> 00:11:16,043 Ya. Ayuh. Bila kali terakhir awak berseronok? 133 00:11:16,126 --> 00:11:17,209 Betul kata mereka. 134 00:11:18,918 --> 00:11:21,251 Saya rasa awak patut berehat. 135 00:11:31,668 --> 00:11:32,543 Aduhai. 136 00:11:41,501 --> 00:11:44,001 Semasa saya sebaya awak, 137 00:11:44,084 --> 00:11:47,459 saya fikir biasiswa akan mengubah segalanya. 138 00:11:49,168 --> 00:11:51,959 Orang yang tak tahu apa-apa mudah percaya apa saja. 139 00:11:52,043 --> 00:11:54,668 Saya percaya diploma boleh merapatkan jurang 140 00:11:54,751 --> 00:11:57,584 antara taraf hidup mereka dengan saya. 141 00:11:58,209 --> 00:12:02,501 Hakikatnya, makhluk asing kotor akan kekal jadi makhluk asing kotor. 142 00:12:02,584 --> 00:12:07,959 Sehinggalah Eden mula berubah, menjanjikan cara baru… 143 00:12:08,043 --> 00:12:12,084 Tak perlulah jual propaganda Eden lagi. 144 00:12:12,168 --> 00:12:15,459 - Terutamanya kepada saya. - Saya tak jual apa-apa. 145 00:12:15,543 --> 00:12:18,043 Eden yang bantu saya hingga berjaya begini. 146 00:12:18,126 --> 00:12:21,626 Tanpa Eden, saya tiada apa-apa. Eden selamatkan hidup saya! 147 00:12:23,293 --> 00:12:25,168 Awak mempertahankan diri. 148 00:12:25,251 --> 00:12:28,584 Tapi Eden buang awak, seperti kami semua. 149 00:12:29,084 --> 00:12:31,251 Nanti, awak pun digelar pengganas. 150 00:12:31,334 --> 00:12:34,793 Saya bukan pengganas. Kenapa Eden nak buat begitu? 151 00:12:36,126 --> 00:12:39,543 Mesti seronok tinggal dalam buih sendiri. 152 00:12:40,043 --> 00:12:41,751 Bercakap tentang buih. 153 00:12:41,834 --> 00:12:44,501 Saya rasa saya faham apa yang awak cari. 154 00:12:44,584 --> 00:12:45,418 Yakah? 155 00:12:45,501 --> 00:12:47,876 Tapi saya takut awak tak suka. 156 00:12:55,418 --> 00:12:56,418 Apa? 157 00:12:58,459 --> 00:13:01,001 Satu lagi hari yang indah di Eden. 158 00:13:01,084 --> 00:13:06,501 Disebabkan pendapatan asas sejagat, kemiskinan kini menurun kepada 1%. 159 00:13:06,584 --> 00:13:07,668 Tuhanku. 160 00:13:07,751 --> 00:13:09,959 Negara ini diawasi besar-besaran. 161 00:13:10,043 --> 00:13:12,334 Jika tak ikut peraturan, kita akan disenyapkan. 162 00:13:12,418 --> 00:13:14,959 Dia memang dramatik? 163 00:13:15,043 --> 00:13:19,834 Rakyat, anda boleh tidur lena kerana polis Eden sentiasa berjaga. 164 00:13:19,918 --> 00:13:22,209 - Mustahil. - Saya kanak-kanak Rayman! 165 00:13:24,293 --> 00:13:25,293 Tidak. 166 00:13:26,043 --> 00:13:28,584 - Mereka budak-budak. - Eden selamat untuk semua. 167 00:13:28,668 --> 00:13:31,251 - Untuk manusia dan hibrid. - Tidak! 168 00:13:31,334 --> 00:13:34,793 Nanti Rayman perlu tanggung akibat daripada perbuatannya. 169 00:13:34,876 --> 00:13:38,168 Rakyat akan jadi hakim, juri dan penjatuh hukum. 170 00:13:44,293 --> 00:13:47,084 Apa saya dah buat? Saya memang keji! 171 00:13:47,168 --> 00:13:51,001 Orang akan percaya apa-apa apabila kebenaran terlalu pahit untuk ditelan. 172 00:13:51,084 --> 00:13:54,376 Eden perlukan wajah mesra untuk sampaikan propaganda. 173 00:13:55,084 --> 00:13:57,751 Mereka guna saya? 174 00:13:57,834 --> 00:14:00,668 Mereka tipu untuk jaga kepentingan mereka. 175 00:14:00,751 --> 00:14:03,459 Sesiapa yang membantah akan didiamkan. 176 00:14:04,043 --> 00:14:07,501 Awak patut berhati-hati. 177 00:14:07,584 --> 00:14:10,876 Berhati-hati? Kenapa? Adakah saya dalam bahaya? 178 00:14:12,001 --> 00:14:15,001 Rupa-rupanya, awak di sini. 179 00:14:16,876 --> 00:14:22,043 Saya cari awak di merata-rata tempat, makhluk asing yang hina. 180 00:14:26,501 --> 00:14:27,751 Jangan bangun! 181 00:14:31,251 --> 00:14:32,584 Awak pengecut. 182 00:14:32,668 --> 00:14:36,334 Diamlah. Ayuh bergerak. Kami akan bawa awak ke mahkamah. 183 00:14:36,418 --> 00:14:38,876 Sejarah memihak kepada mereka yang adil. 184 00:14:38,959 --> 00:14:41,334 Mari kita lihat, okey? 185 00:14:43,876 --> 00:14:44,751 Alamak! 186 00:14:48,626 --> 00:14:50,126 Di mana dia? 187 00:14:51,876 --> 00:14:52,709 Tak guna! 188 00:15:05,209 --> 00:15:07,001 Saya rindukan suasana begini. 189 00:15:07,084 --> 00:15:09,293 Ya, saya juga. 190 00:15:10,959 --> 00:15:12,001 Awak tahu… 191 00:15:13,543 --> 00:15:15,084 Saya cuma mahu ini saja. 192 00:15:16,834 --> 00:15:18,751 Saya cuma nak awak, kita berdua. 193 00:15:19,918 --> 00:15:20,876 Begini. 194 00:15:23,584 --> 00:15:25,293 Tapi awak rosakkannya. 195 00:15:25,376 --> 00:15:27,793 Saya tahu. Maafkan saya. 196 00:15:30,251 --> 00:15:32,126 Saya sangat marah. 197 00:15:33,418 --> 00:15:36,334 Saya fikir jika bunuh awak, keadaan jadi lebih baik. 198 00:15:36,418 --> 00:15:37,834 Rupanya tidak. 199 00:15:38,793 --> 00:15:40,251 Keadaan jadi sebaliknya. 200 00:15:42,668 --> 00:15:44,709 Saya patut dengar cakap dia. 201 00:15:45,876 --> 00:15:46,876 Siapa? 202 00:15:50,084 --> 00:15:53,793 Pembunuh paling aneh pernah saya jumpa dalam hidup saya. 203 00:15:56,501 --> 00:15:57,709 Juga yang paling baik. 204 00:16:00,043 --> 00:16:03,709 Dia kata, "Hati-hati memilih haluan balas dendam." 205 00:16:05,334 --> 00:16:08,251 Kata-kata yang bijak. Di mana dia sekarang? 206 00:16:11,251 --> 00:16:12,084 Saya tak tahu. 207 00:16:13,876 --> 00:16:15,834 Saya cuma rasa dia dah… 208 00:16:16,751 --> 00:16:17,626 Mati? 209 00:16:18,418 --> 00:16:22,501 Mungkin. Atau mungkin katak itu perlukan awak. 210 00:16:24,751 --> 00:16:25,626 Saya… 211 00:16:31,834 --> 00:16:33,751 Saya perlu kembali ke MegaCity. 212 00:16:34,418 --> 00:16:36,084 Dan tinggalkan semua ini? 213 00:16:38,251 --> 00:16:40,834 Saya sangka awak dah tiada apa-apa di sana. 214 00:16:43,043 --> 00:16:43,959 Ya. 215 00:16:44,793 --> 00:16:46,834 Saya tiada apa-apa. 216 00:16:47,376 --> 00:16:49,043 Tapi ini bukan tentang saya. 217 00:16:50,876 --> 00:16:52,584 Saya tinggalkan seseorang. 218 00:16:59,376 --> 00:17:00,876 Aduhai, Laserhawk. 219 00:17:02,709 --> 00:17:04,501 Awak cakap seperti dia. 220 00:17:05,043 --> 00:17:06,959 Seperti Sam Fisher. 221 00:17:07,043 --> 00:17:09,834 Dia sentiasa percaya pada orang. 222 00:17:10,876 --> 00:17:12,709 Termasuk anak perempuannya yang gila. 223 00:17:13,584 --> 00:17:16,001 Dulu saya fikir macam awak, Holloway. 224 00:17:18,459 --> 00:17:20,584 Tapi kita semua ada masalah sendiri. 225 00:17:21,876 --> 00:17:23,709 Sarah Fisher pun sama. 226 00:17:25,334 --> 00:17:27,251 Dia pasang bom di kepala saya, 227 00:17:27,334 --> 00:17:28,959 tapi sebenarnya, 228 00:17:29,043 --> 00:17:31,084 saya rasa dia baik. 229 00:17:36,209 --> 00:17:39,918 Perjalanan awak masih jauh, Laserhawk. 230 00:17:40,876 --> 00:17:43,459 Semoga awak jumpa apa yang dicari. 231 00:17:45,584 --> 00:17:47,084 Selangkah demi selangkah. 232 00:17:48,501 --> 00:17:49,376 Betul. 233 00:17:51,459 --> 00:17:53,293 Selangkah demi selangkah. 234 00:18:20,501 --> 00:18:22,543 Semoga berjaya, Fisher. 235 00:19:06,251 --> 00:19:07,709 Ini bukan nyata. 236 00:19:08,709 --> 00:19:10,668 - Ini… - Ya, ini yang berlaku. 237 00:19:10,751 --> 00:19:12,668 Inilah realiti yang kita cipta. 238 00:19:14,834 --> 00:19:16,918 Jadi, Sarah. 239 00:19:17,001 --> 00:19:19,668 Kenapa awak nak datang ke sini? 240 00:19:20,668 --> 00:19:22,543 Cakap dan saya bunuh awak cepat. 241 00:19:22,626 --> 00:19:24,084 Saya dah cakap perkara sebenar! 242 00:19:24,168 --> 00:19:27,001 Tipu! Saya tak percaya. 243 00:19:27,918 --> 00:19:29,459 Mestilah awak tak percaya. 244 00:19:30,418 --> 00:19:31,959 Awak takkan percaya. 245 00:19:33,251 --> 00:19:36,668 Kini awak boleh seksa saya. Awak boleh bunuh saya. 246 00:19:37,168 --> 00:19:39,459 Tak apa. Saya patut kena begitu. 247 00:19:41,168 --> 00:19:43,709 Tapi percayalah apabila saya kata… 248 00:19:45,543 --> 00:19:47,834 Maaf atas perbuatan saya kepada awak. 249 00:19:53,459 --> 00:19:54,418 Maaf. 250 00:20:12,543 --> 00:20:15,834 Baiklah, Sarah Fisher. 251 00:20:16,668 --> 00:20:19,501 Saya tak sabar nak tengok awak menderita 252 00:20:19,584 --> 00:20:23,543 sama macam saya dan ayah awak menderita kerana awak, 253 00:20:23,626 --> 00:20:26,751 sehingga saya bosan dan tembak kepala awak. 254 00:20:38,959 --> 00:20:40,459 Kenapa awak ubah fikiran? 255 00:20:40,543 --> 00:20:44,626 Ada askar siber tertentu yang percaya pada awak 256 00:20:44,709 --> 00:20:50,293 lalu buat saya sedar yang orang boleh berubah. 257 00:20:51,584 --> 00:20:52,459 Laserhawk? 258 00:20:53,084 --> 00:20:58,126 Ya. Dia sedang menuju ke MegaCity untuk selamatkan kataknya. 259 00:20:58,709 --> 00:21:00,043 Dia lelaki yang baik. 260 00:21:00,793 --> 00:21:01,709 Ya. 261 00:21:01,793 --> 00:21:06,126 Sarah, jika akhirnya awak bercakap benar, 262 00:21:06,209 --> 00:21:10,334 jika tentera Eden dalam perjalanan untuk ambil semula fasiliti VR, 263 00:21:11,959 --> 00:21:14,168 maknanya kita ada kerja untuk dibuat. 264 00:21:19,209 --> 00:21:20,626 Ya, betul. 265 00:21:22,751 --> 00:21:24,793 Saya ada kerja yang belum selesai. 266 00:21:25,668 --> 00:21:27,126 Apa? 267 00:21:29,043 --> 00:21:29,876 Virus? 268 00:21:31,293 --> 00:21:32,251 Celaka! 269 00:21:41,501 --> 00:21:46,293 Awak patut lebih hati-hati apabila sambungkan VR berharga awak. 270 00:21:46,376 --> 00:21:48,168 Seperti kata pepatah, 271 00:21:48,251 --> 00:21:53,459 pisang takkan berbuah dua kali. 272 00:22:53,418 --> 00:22:55,418 Terjemahan sari kata oleh MMA