1 00:00:06,382 --> 00:00:09,385 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:18,061 --> 00:00:20,772 PELAN KELUARGA: MUDAH ALIH 3 00:00:28,071 --> 00:00:29,363 Tak. 4 00:00:30,740 --> 00:00:33,743 NOMBOR PANGGILAN 5 00:00:49,050 --> 00:00:50,426 1.04 PAGI 6 00:01:14,408 --> 00:01:16,369 Motel TheTides. Ini Tammy. 7 00:01:19,247 --> 00:01:21,707 Helo? Siapa di sana? 8 00:01:36,889 --> 00:01:37,890 Helo. 9 00:01:37,974 --> 00:01:40,017 Ya, ini Nora Brannock. 10 00:01:40,101 --> 00:01:43,396 Saya perlu jumpa awak sekarang. 11 00:01:58,369 --> 00:02:00,788 Apa khabar, Nora? 12 00:02:02,081 --> 00:02:03,040 Tak baik. 13 00:02:04,208 --> 00:02:08,504 Dean tentu dah beritahu awak dia tak tinggal di rumah sekarang. 14 00:02:10,214 --> 00:02:13,217 Gadis dalam video di bilik tidur itu. 15 00:02:13,301 --> 00:02:15,636 Dia kata dia tak kenal gadis itu. 16 00:02:15,720 --> 00:02:17,388 Dia tak tidur dengan gadis itu. 17 00:02:17,930 --> 00:02:19,432 Dia beritahu saya yang sama. 18 00:02:20,725 --> 00:02:21,893 Awak percayakan dia? 19 00:02:23,394 --> 00:02:25,313 Saya pernah percaya. 20 00:02:28,482 --> 00:02:30,318 Tak macam dia. 21 00:02:30,401 --> 00:02:34,113 Sejujurnya, saya sangat suka Dean. 22 00:02:35,698 --> 00:02:36,782 Namun, video itu… 23 00:02:37,742 --> 00:02:40,703 Bilik tidur awak dan gadis 17 tahun bertocang. 24 00:02:40,786 --> 00:02:42,496 Sudah jelas sekali. 25 00:02:44,874 --> 00:02:45,708 Apa? 26 00:02:45,791 --> 00:02:47,460 Perkataan itu. Tocang. 27 00:02:48,753 --> 00:02:49,879 Kenapa dengannya? 28 00:02:49,962 --> 00:02:52,298 Ia terlalu spesifik. 29 00:02:52,924 --> 00:02:56,802 Saya dengar kawan saya Karen menyebutnya di kelab beberapa minggu lalu 30 00:02:56,886 --> 00:02:58,221 dan sekarang awak pula. 31 00:02:58,304 --> 00:03:01,682 Sebelum ini, rasanya sudah 20 tahun saya tak dengar. 32 00:03:01,766 --> 00:03:04,101 Bukan sebab itu awak panggil saya, betul? 33 00:03:06,562 --> 00:03:07,396 Ya. 34 00:03:11,192 --> 00:03:14,654 Saya mahu lihat rekod telefonnya 35 00:03:16,072 --> 00:03:19,158 untuk pastikan jika ada nombor yang saya tak kenal. 36 00:03:19,242 --> 00:03:21,244 Nombornya. Gadis itu. 37 00:03:21,327 --> 00:03:23,412 Telefon bimbitnya tak tunjuk apa-apa. 38 00:03:23,496 --> 00:03:29,043 Saya fikir mungkin dia telefon gadis itu dari rumah. 39 00:03:29,126 --> 00:03:30,378 Guna telefon rumah. 40 00:03:31,963 --> 00:03:33,589 Tapi bukan itu yang saya jumpa. 41 00:03:34,257 --> 00:03:37,718 Masih ingat kami beritahu saya dapat panggilan di motel 42 00:03:37,802 --> 00:03:39,720 ketika saya dan anak-anak saja di sana? 43 00:03:39,804 --> 00:03:40,638 Helo? 44 00:03:42,265 --> 00:03:43,891 Waktunya sekitar pukul 1.00 pagi… 45 00:03:43,975 --> 00:03:44,892 Helo? 46 00:03:44,976 --> 00:03:46,018 Saya ingat. 47 00:03:47,144 --> 00:03:50,773 Saya periksa log panggilan. Itu dia. 48 00:03:50,856 --> 00:03:52,400 Di situ. 49 00:03:52,483 --> 00:03:57,697 Panggilan 1.04 pagi ke motel dari telefon rumah kami. 50 00:04:01,575 --> 00:04:02,994 Gila. 51 00:04:03,869 --> 00:04:08,624 Cik Birch, saya rasa suami saya yang tulis surat-surat itu. 52 00:04:08,708 --> 00:04:10,876 Saya rasa dia takut. 53 00:04:10,960 --> 00:04:12,586 Kami tak mampu beli rumah itu. 54 00:04:12,670 --> 00:04:14,880 Dia nak keluar, tapi tak boleh beritahu. 55 00:04:14,964 --> 00:04:18,092 Dia fikir, "Kalau saya boleh takutkan dia, 56 00:04:18,175 --> 00:04:20,970 pasti dia mahu jual rumah itu." 57 00:04:26,934 --> 00:04:29,437 Itu Dean. Dialah Pemerhati. 58 00:04:46,162 --> 00:04:48,497 Hai! Saya Karen. 59 00:04:48,581 --> 00:04:51,334 Karen Calhoun daripada Darren Dunn Realty. 60 00:04:51,417 --> 00:04:52,835 Boleh kita berbual? 61 00:04:55,171 --> 00:04:57,173 Khabar angin bertebaran. 62 00:04:57,256 --> 00:04:59,800 Saya cuma mahu awak tahu 63 00:04:59,884 --> 00:05:02,678 saya takkan tanya butirannya, okey? 64 00:05:03,846 --> 00:05:06,182 Saya dan suami tak bersedia nak cakap tentangnya. 65 00:05:06,265 --> 00:05:07,266 Faham? 66 00:05:08,601 --> 00:05:11,395 Sebab itu saya kata saya takkan tanya butirannya. 67 00:05:11,479 --> 00:05:12,563 Ya. 68 00:05:13,230 --> 00:05:18,361 Walaupun awak mahu saya tahu apa sebenarnya yang berlaku, 69 00:05:18,444 --> 00:05:20,780 contohnya, siapa mayat-mayat itu… 70 00:05:20,863 --> 00:05:22,990 Saya cuma akan kata, 71 00:05:24,575 --> 00:05:26,660 "Tolonglah, saya tak mahu dengar." 72 00:05:28,287 --> 00:05:29,580 Kami tak nak sebut hal itu. 73 00:05:30,164 --> 00:05:33,000 Ya, betul. 74 00:05:33,834 --> 00:05:35,002 Beginilah. 75 00:05:35,711 --> 00:05:38,381 Saya ejen hartanah. 76 00:05:39,173 --> 00:05:43,260 Saya cuma mahu cakap rumah awak sangat cantik. 77 00:05:43,344 --> 00:05:48,557 Kedudukannya berada betul-betul di seberang tumpuan utama. 78 00:05:48,641 --> 00:05:51,435 Rumah Nora dan Dean sangat menakjubkan. 79 00:05:51,519 --> 00:05:53,396 Semua orang mahu rumah itu. 80 00:05:54,230 --> 00:05:57,066 Apa pun, izinkan saya ambil sedikit masa 81 00:05:57,149 --> 00:06:00,486 untuk ucap tahniah 82 00:06:00,569 --> 00:06:04,990 kerana berjaya menjaga harta ini 83 00:06:05,074 --> 00:06:07,410 kerana saya tahu kamu berdua… 84 00:06:08,285 --> 00:06:11,580 sudah berada pada umur tertentu… 85 00:06:11,664 --> 00:06:14,166 Saya tahu kamu ada kondominium di Florida. 86 00:06:14,708 --> 00:06:15,918 Bagaimana awak tahu? 87 00:06:16,001 --> 00:06:17,753 Awak mungkin sedang berfikir, 88 00:06:17,837 --> 00:06:20,506 "Bilalah kita nak kembangkan sayap 89 00:06:20,589 --> 00:06:22,341 dan pindah ke sana selamanya?" 90 00:06:22,425 --> 00:06:23,551 Mana awak tahu? 91 00:06:25,136 --> 00:06:27,888 Apa yang saya tahu, 92 00:06:28,639 --> 00:06:34,437 rumah awak kini dipanggil hartanah dengan stigma. 93 00:06:34,520 --> 00:06:36,147 Ia disebabkan pembunuhan itu. 94 00:06:36,230 --> 00:06:40,276 Maksudnya nilai rumah awak akan berkurang. 95 00:06:40,359 --> 00:06:41,861 Sehingga 50 peratus. 96 00:06:41,944 --> 00:06:43,654 Apa awak mahu? 97 00:06:46,240 --> 00:06:48,951 Saya mahu jual rumah ini bagi pihak awak. 98 00:06:49,034 --> 00:06:50,119 Kami tak mahu jual. 99 00:06:51,245 --> 00:06:53,998 Awak tak perlu buat begitu. Awak jual kepada saya. 100 00:06:54,582 --> 00:06:56,834 Awak kenal Darren Dunn? 101 00:06:56,917 --> 00:06:58,294 Dia bos saya. 102 00:06:58,377 --> 00:07:01,505 Apa yang kami buat ialah kami bekerjasama 103 00:07:01,589 --> 00:07:05,342 buka syarikat liabiliti terhad. Kemudian, kami beli rumah. 104 00:07:05,426 --> 00:07:07,178 Kami ubah rumah itu. 105 00:07:07,261 --> 00:07:09,805 Orang pun gembira. 106 00:07:10,890 --> 00:07:14,685 Keluarga saya sedang dalam kesusahan. Awak boleh nampak. 107 00:07:14,768 --> 00:07:18,147 Awak tiada empati atau maruah? 108 00:07:18,939 --> 00:07:20,733 Saya dapat apa saya mahu. 109 00:07:40,169 --> 00:07:42,796 Awak bijak kerana datang jumpa saya. 110 00:07:42,880 --> 00:07:45,341 Saya hubungi kenalan saya di biro. 111 00:07:45,424 --> 00:07:47,176 Dia kenal penganalisis tulisan. 112 00:07:47,259 --> 00:07:48,761 Orang kepercayaannya. 113 00:07:48,844 --> 00:07:51,514 Saya tunjukkannya sampul surat ketiga, 114 00:07:51,597 --> 00:07:54,767 gambar dua sampul surat sebelumnya dan sampel tulisan Dean 115 00:07:54,850 --> 00:07:58,479 yang awak beri iaitu kad hari jadi dan Valentine. 116 00:07:58,562 --> 00:08:03,567 Dia cakap itu bukan sampel yang bagus. 117 00:08:04,568 --> 00:08:09,740 Kita ada 30 huruf, lapan nombor, garis condong dan koma. 118 00:08:10,282 --> 00:08:12,660 Tak banyak contoh, bukan? 119 00:08:14,662 --> 00:08:18,457 Dia tak boleh jamin semua surat ini ditulis oleh seorang penulis. 120 00:08:18,541 --> 00:08:19,875 Semuanya mirip, 121 00:08:19,959 --> 00:08:24,463 tapi ada kepelbagaian yang cukup daripada coretan pen antara sampul surat. 122 00:08:25,464 --> 00:08:28,092 Contohnya, dua garisan ini. 123 00:08:28,175 --> 00:08:31,762 Satu coretan ke atas. Satu lagi, ke bawah. 124 00:08:31,845 --> 00:08:36,141 Dia tak boleh pastikan penulis ini ada dua cara menulis garis condong 125 00:08:36,225 --> 00:08:39,395 atau ada orang kedua yang menirunya. 126 00:08:40,354 --> 00:08:43,357 Tapi dia perasan sesuatu. 127 00:08:43,440 --> 00:08:45,067 Sampul surat ketiga. 128 00:08:47,945 --> 00:08:49,530 Nampak huruf K dalam "Brannock"? 129 00:08:50,406 --> 00:08:51,490 Nampak gelung itu? 130 00:08:52,408 --> 00:08:54,368 Katanya, berdasarkan pengalaman, 131 00:08:56,036 --> 00:08:58,872 hanya ada satu dalam sepuluh orang tulis begitu. 132 00:09:00,332 --> 00:09:01,166 Lihat di sini. 133 00:09:02,042 --> 00:09:05,379 Suami awak biasanya tak menulis guna huruf besar, 134 00:09:05,462 --> 00:09:09,883 tapi dia guna semua huruf besar pada Hari Valentine lima tahun lalu. 135 00:09:11,510 --> 00:09:13,887 Ayat terakhir berbunyi, 136 00:09:13,971 --> 00:09:16,348 "Saya cintakan awak, Pn. Brannock." 137 00:09:16,432 --> 00:09:18,350 Lihat huruf K terakhir. 138 00:09:19,768 --> 00:09:22,438 Saya tak dapat desak dia. 139 00:09:22,521 --> 00:09:25,232 Dia asyik cakap ini bukan sampel yang bagus. 140 00:09:26,275 --> 00:09:29,236 Saya tanya pendapat dia 141 00:09:30,404 --> 00:09:33,240 tentang kebarangkalian penulis kad Valentine ini 142 00:09:33,324 --> 00:09:35,451 menulis perkataan pada sampul surat itu. 143 00:09:35,534 --> 00:09:36,452 Apa katanya? 144 00:09:38,162 --> 00:09:41,624 Katanya dia 70 ke 80 peratus pasti orangnya sama. 145 00:09:51,008 --> 00:09:53,677 Kenapa dia buat keluarganya begini? 146 00:09:54,553 --> 00:09:56,013 Ini rumah idamannya. 147 00:09:56,096 --> 00:10:00,726 Dia teruja dengan dapur dan bandar itu. Saya tak paksa dia. 148 00:10:00,809 --> 00:10:02,978 Kami sama-sama teruja. 149 00:10:03,062 --> 00:10:05,272 Mungkin dia mahu senangkan hati awak. 150 00:10:05,356 --> 00:10:10,778 Saya rasa sampai sekarang dia begitu. Sebab itu dia tak dapat mengaku. 151 00:10:10,861 --> 00:10:13,197 Dia sudah pergi terlalu jauh. 152 00:10:14,740 --> 00:10:18,160 Dia sangka dia mampu, tapi sedar sebaliknya. 153 00:10:19,161 --> 00:10:21,538 Malah, saya tahu itu yang berlaku. 154 00:10:22,706 --> 00:10:23,540 Apa? 155 00:10:25,042 --> 00:10:27,419 Saya pergi ke bank yang beri awak pinjaman. 156 00:10:27,503 --> 00:10:29,505 Saya cakap dengan stafnya, tak rasmi. 157 00:10:30,089 --> 00:10:31,840 Kawannya, Steve, 158 00:10:31,924 --> 00:10:34,802 beritahu saya cabaran yang perlu dilalui bersama bosnya 159 00:10:34,885 --> 00:10:36,220 untuk dapatkan rumah itu. 160 00:10:36,887 --> 00:10:42,184 Dean tunaikan semua pelaburan untuk dapat pinjaman itu. 161 00:10:42,267 --> 00:10:45,020 Saham, bon, pencen. 162 00:10:47,398 --> 00:10:52,027 Awak pasti tahu tentang itu, bukan? 163 00:10:52,611 --> 00:10:54,947 Awak perlu tandatangan dokumennya. 164 00:10:55,030 --> 00:10:57,783 Saya… 165 00:10:59,368 --> 00:11:01,412 Ada banyak yang perlu ditandatangani… 166 00:11:01,495 --> 00:11:04,415 Okey. Itu saja. Satu lagi. 167 00:11:04,498 --> 00:11:06,875 …dan saya tak baca perinciannya. 168 00:11:07,376 --> 00:11:08,460 Apa semua ini? 169 00:11:08,544 --> 00:11:11,046 Ini dokumen pencen. 170 00:11:11,964 --> 00:11:14,800 Roth. Tandatangan di sini, parap di situ. 171 00:11:14,883 --> 00:11:16,093 Saya biar dia uruskan. 172 00:11:16,176 --> 00:11:17,010 Ya. 173 00:11:18,470 --> 00:11:22,307 Saya tahu semua wang kami digunakan untuk rumah itu. 174 00:11:22,391 --> 00:11:26,395 Setiap sen wang awak, Nora. 175 00:11:26,478 --> 00:11:27,813 Kecuali kad AMEX awak 176 00:11:27,896 --> 00:11:30,441 dan akaun cek bernilai 10,000. 177 00:11:30,524 --> 00:11:35,988 Apabila awak mahu ubah suai dapur dan ruang bawah tanah, 178 00:11:36,071 --> 00:11:38,157 ditambah pula pinjaman, 179 00:11:38,240 --> 00:11:42,661 awak tiada wang. Dia kembali kepada kawannya, Steve. 180 00:11:43,287 --> 00:11:49,084 Tapi Steve kata, "Mustahil untuk saya luluskan pinjaman kedua. 181 00:11:49,668 --> 00:11:52,379 Tapi ada orang 182 00:11:53,589 --> 00:11:55,090 yang boleh pinjamkan awak wang 183 00:11:55,883 --> 00:11:58,343 asalkan awak bayar balik." 184 00:11:59,970 --> 00:12:01,555 Itu bukan pembiayaan semula. 185 00:12:02,181 --> 00:12:06,477 Itu pinjaman faedah tinggi bernilai 150,000 dolar. 186 00:12:06,560 --> 00:12:08,187 Apa? 187 00:12:09,646 --> 00:12:12,191 Saya faham. Itu jumlah yang banyak. 188 00:12:13,066 --> 00:12:14,359 Okey, nanti dulu. 189 00:12:14,985 --> 00:12:19,323 Ini cuma satu masalah sampai dia jadi rakan kongsi, bukan? 190 00:12:19,865 --> 00:12:20,824 Sayang. 191 00:12:22,659 --> 00:12:24,745 Dean tak diambil sebagai rakan kongsi. 192 00:12:27,956 --> 00:12:29,875 - Bila? - Saya tak tahu. 193 00:12:29,958 --> 00:12:32,669 Dia beritahu Steve beberapa minggu lalu, 194 00:12:32,753 --> 00:12:35,839 tapi Steve tak pasti bila ia berlaku. 195 00:12:36,465 --> 00:12:40,761 Tiba-tiba, bukan saja Dean sedar dia beli rumah di luar kemampuan, 196 00:12:40,844 --> 00:12:44,473 dia kini ada pinjaman berfaedah tinggi daripada orang jahat 197 00:12:44,556 --> 00:12:47,392 yang mustahil untuk dia bayar semula 198 00:12:47,476 --> 00:12:48,852 dalam masa terdekat. 199 00:12:50,187 --> 00:12:51,396 Dia perlu jalan keluar. 200 00:12:55,108 --> 00:12:55,943 Ya. 201 00:12:58,570 --> 00:13:05,035 Saya rasa kesal kita dapat tahu begini. 202 00:13:08,163 --> 00:13:09,957 Tapi saya perlu beritahu, sayang. 203 00:13:10,999 --> 00:13:13,418 Sekarang, kita tahu siapa Pemerhati. 204 00:13:46,493 --> 00:13:47,411 Hei, Andrew. 205 00:13:49,496 --> 00:13:51,164 Awak nak ke mana? 206 00:13:51,290 --> 00:13:52,833 Awak nak ke mana? 207 00:13:52,916 --> 00:13:54,376 Hei! Hei, bedebah! 208 00:13:59,423 --> 00:14:01,133 - Lepaskan saya. - Tak apa! 209 00:14:01,216 --> 00:14:04,094 Semua okey! Kenapa lari daripada saya? 210 00:14:04,177 --> 00:14:05,262 Kenapa kejar saya? 211 00:14:05,345 --> 00:14:07,139 - Sebab awak tipu saya. - Mana ada! 212 00:14:07,222 --> 00:14:08,724 Awak tipu saya. Awak pelakon. 213 00:14:08,807 --> 00:14:11,393 - Awak tak cakap awak pelakon. - Awak tak tanya! 214 00:14:11,476 --> 00:14:13,520 Awak tipu? Awak pernah tinggal di sana? 215 00:14:13,604 --> 00:14:15,355 - Ya, celaka! - Okey. 216 00:14:16,315 --> 00:14:18,191 Bagaimana dengan Mitch dan Mo? 217 00:14:18,275 --> 00:14:20,694 Awak masih rasa mereka ahli kultus darah? 218 00:14:20,777 --> 00:14:21,862 Cerita anak awak pula? 219 00:14:21,945 --> 00:14:24,364 Pergi matilah! Semua cerita saya betul. 220 00:14:24,448 --> 00:14:26,491 Kalau tak percaya, itu masalah awak. 221 00:14:26,575 --> 00:14:29,953 Tapi jauhi saya, gila. 222 00:14:33,957 --> 00:14:34,791 Celaka. 223 00:15:37,437 --> 00:15:38,522 Nora? 224 00:15:39,439 --> 00:15:41,858 Saya tak tahu awak nak datang. Awak patut beritahu. 225 00:15:41,942 --> 00:15:42,859 Hai. 226 00:15:42,943 --> 00:15:43,944 Kenapa? 227 00:15:44,027 --> 00:15:47,447 Tak ada apa-apa. Saya cuma… 228 00:15:48,240 --> 00:15:51,910 Nampaknya hampir semua terjual. 229 00:15:52,786 --> 00:15:54,246 - Duduklah. - Tak sangka. 230 00:15:54,329 --> 00:15:55,622 Biar saya ambilkan air. 231 00:16:07,009 --> 00:16:08,260 Terima kasih. 232 00:16:12,014 --> 00:16:14,641 Saya tak patut tahu, 233 00:16:15,892 --> 00:16:21,314 tapi biasalah orang suka bergosip. 234 00:16:21,398 --> 00:16:23,859 Saya dengar cerita tentang awak dan Dean. 235 00:16:23,942 --> 00:16:28,530 Ya. Setiap perkahwinan ada masalah, bukan? 236 00:16:28,613 --> 00:16:32,117 Saya sangka kami sudah laluinya, tapi tidak sebesar ini. 237 00:16:32,784 --> 00:16:37,122 Boleh saya cakap sesuatu? Pameran ini… 238 00:16:38,248 --> 00:16:41,585 Ia membuka mata kerana ia memberitahu saya, 239 00:16:41,668 --> 00:16:46,757 "Hei, jika awak dan Dean gagal, awak boleh sara keluarga awak." 240 00:16:48,300 --> 00:16:50,385 Berapa ramai artis boleh cakap begitu? 241 00:16:51,636 --> 00:16:52,554 Betul. 242 00:16:53,305 --> 00:16:56,141 Saya mahu awak kembali bulan depan. 243 00:16:57,017 --> 00:16:58,185 Bagaimana? 244 00:17:02,397 --> 00:17:04,775 Ya, tentulah. 245 00:17:05,400 --> 00:17:07,069 Bagus. 246 00:17:32,177 --> 00:17:33,011 Helo? 247 00:17:40,852 --> 00:17:41,895 Saya nampak awak! 248 00:17:51,780 --> 00:17:53,740 Dean! Itu awakkah? 249 00:18:00,122 --> 00:18:00,956 Oh, Tuhan. 250 00:18:01,790 --> 00:18:03,416 Ada orang terkejut. 251 00:18:03,500 --> 00:18:05,335 Apa pepatahnya? 252 00:18:05,418 --> 00:18:07,671 "Wanita yang takut 253 00:18:08,213 --> 00:18:10,757 pasti ada rahsia yang dia simpan." 254 00:18:11,383 --> 00:18:14,386 Maaf. Awak buat saya terkejut. 255 00:18:14,469 --> 00:18:15,846 Tak pasti awak tahu tak, 256 00:18:15,929 --> 00:18:18,473 tapi Mitch dan Mo, jiran awak di seberang sana 257 00:18:18,557 --> 00:18:21,393 tak dibunuh rupanya. 258 00:18:21,476 --> 00:18:23,895 Saya tak tahu saya pergi pengebumian siapa. 259 00:18:23,979 --> 00:18:26,523 Tapi memang ada orang ditembak. 260 00:18:26,606 --> 00:18:31,278 Kita nampak mayat dibawa keluar. Suami saya dengar bunyi tembakan. 261 00:18:31,361 --> 00:18:34,781 Saya rasa suami awak tak boleh dipercayai. 262 00:18:34,865 --> 00:18:35,740 Okey. 263 00:18:36,533 --> 00:18:39,369 Apa yang awak mahu daripada saya? 264 00:18:39,452 --> 00:18:42,414 Saya akan adakan jamuan untuk Mo esok. 265 00:18:42,497 --> 00:18:45,250 Sebagai jiran yang baik. 266 00:18:45,333 --> 00:18:47,919 Jamuan makan cara Yankee. 267 00:18:48,003 --> 00:18:49,713 Awak patut datang. 268 00:18:49,796 --> 00:18:52,090 Pukul 12. Saya tak mahu awak menolak. 269 00:18:53,633 --> 00:18:54,718 - Okey. - Okey. 270 00:18:54,801 --> 00:18:57,762 Boleh bawakan kaserol? Ada resipi? 271 00:18:58,263 --> 00:19:00,015 Saya tak hafal, tapi… 272 00:19:00,098 --> 00:19:01,349 Kalau begitu, ayam Nixon. 273 00:19:02,475 --> 00:19:04,186 Panaskan ketuhar, suhu 220. 274 00:19:04,269 --> 00:19:05,645 Salai ayam tanpa tulang. 275 00:19:05,729 --> 00:19:07,856 Letakkan di dalam dulang kaserol. 276 00:19:07,939 --> 00:19:10,984 Tambah brokoli, satu tin sup cendawan, 277 00:19:11,067 --> 00:19:13,904 tabur keju yang awak mahu di atasnya. 278 00:19:13,987 --> 00:19:16,615 Saya suka keju Cheddar. 279 00:19:16,698 --> 00:19:20,035 Kemudian bakar selama 35 minit. 280 00:19:20,911 --> 00:19:22,454 - Okey. - Boleh? 281 00:19:22,537 --> 00:19:23,788 Ayam Nixon. 282 00:19:24,831 --> 00:19:25,999 Jumpa esok. 283 00:19:28,877 --> 00:19:31,504 Luculah, Pearl. Saya rasa sudah lama 284 00:19:32,505 --> 00:19:36,718 saya tak ke rumah awak. Sudah 20 tahun rasanya? 285 00:19:38,595 --> 00:19:40,847 Keadaannya tak berubah. 286 00:19:41,431 --> 00:19:47,604 Ibu bapa saya beli rumah ini selepas mereka berkahwin pada 1940-an. 287 00:19:47,687 --> 00:19:49,606 Mereka tak pernah hias semula. 288 00:19:50,106 --> 00:19:52,359 Saya pun sama. 289 00:19:52,943 --> 00:19:55,737 Saya mahu kekalkan keadaan asal. 290 00:20:12,796 --> 00:20:15,048 Saya tahu tujuan jamuan ini. 291 00:20:19,552 --> 00:20:22,973 Ketika anak saya sekolah menengah, dia terlibat dengan dadah. 292 00:20:23,556 --> 00:20:26,810 Ia mencetuskan penyakit mental. 293 00:20:26,893 --> 00:20:29,437 Paranoia. Dia dengar suara. 294 00:20:30,105 --> 00:20:31,606 Kami sudah lama tak jumpa dia. 295 00:20:31,690 --> 00:20:34,985 Kami bercakap kali terakhir untuk beritahu tentang kanser saya. 296 00:20:35,068 --> 00:20:37,195 Ia boleh dirawat, 297 00:20:37,279 --> 00:20:40,699 tapi kami tak tahu berapa lama masa yang ada. 298 00:20:41,533 --> 00:20:43,743 Mitch dan saya akan ke Florida. 299 00:20:45,203 --> 00:20:47,580 Namun, semasa kami bercuti, 300 00:20:48,748 --> 00:20:53,211 dia ke pusat perlindungan gelandangan di New Haven dan jumpa dua orang tua 301 00:20:58,466 --> 00:21:03,263 dengan jenis badan yang sama dengan ayahnya dan saya. 302 00:21:05,348 --> 00:21:08,226 Dia bawa mereka ke rumah kami. 303 00:21:09,561 --> 00:21:12,439 Kemudian, dia tembak dan bunuh mereka. 304 00:21:15,483 --> 00:21:16,651 Oh, Tuhan. 305 00:21:17,569 --> 00:21:19,154 Untuk dapatkan wang insurans. 306 00:21:20,280 --> 00:21:22,615 Saya juga patut beritahu ini. 307 00:21:23,575 --> 00:21:26,369 Ada khabar angin mengatakan awak dapat surat ancaman. 308 00:21:27,370 --> 00:21:30,582 Sebaik saja saya dengar, saya terus fikir, 309 00:21:30,665 --> 00:21:32,751 "Oh, tidak. Itu Christopher." 310 00:21:34,127 --> 00:21:39,424 Mo, tak sangka awak cakap begitu kerana selama ini, 311 00:21:40,133 --> 00:21:43,219 saya fikir Jasper yang tulis. 312 00:21:43,970 --> 00:21:47,349 - Biar betul. - Saya tak ada bukti. 313 00:21:47,432 --> 00:21:49,059 Ia cuma gerak hati saya. 314 00:21:49,768 --> 00:21:52,604 Dia sangat sayang rumah itu. 315 00:21:52,687 --> 00:21:55,648 Beberapa minggu lalu, 316 00:21:55,732 --> 00:21:59,652 saya teringat sesuatu yang berlaku lima tahun lalu. 317 00:22:02,447 --> 00:22:04,407 Saya dapat surat. 318 00:22:06,368 --> 00:22:07,577 Suratnya tak panjang. 319 00:22:09,412 --> 00:22:12,123 "Oda untuk rumah," katanya. 320 00:22:12,791 --> 00:22:14,459 Kemudian, ia berbunyi, 321 00:22:16,002 --> 00:22:19,172 "Ke hadapan Cik Winslow, saya suka rumah awak. 322 00:22:19,255 --> 00:22:24,886 Saya suka melihatnya. Saya suka kelainannya. 323 00:22:26,471 --> 00:22:28,640 Rumah awak sungguh istimewa. 324 00:22:29,641 --> 00:22:32,769 Saya gembira awak tidak mengubahnya." 325 00:22:33,561 --> 00:22:35,772 Awak masih ada surat itu? Boleh saya tengok? 326 00:22:35,855 --> 00:22:37,357 Tak, saya dah buang. 327 00:22:38,066 --> 00:22:39,401 Tapi, saya… 328 00:22:39,484 --> 00:22:44,114 Entah kenapa, saya ingat Jasper yang tulis. 329 00:22:44,197 --> 00:22:47,826 Ketika itu kami berbincang untuk cat semula rumah ini. 330 00:22:47,909 --> 00:22:51,371 Saya fikir itu cara dia menolak. 331 00:22:51,454 --> 00:22:53,581 Tulisannya? Nampak macam tulisan dia? 332 00:22:53,665 --> 00:22:55,125 Ia ditaip. 333 00:22:56,000 --> 00:22:59,295 Tapi dia suka ke perpustakaan. Di sana ada mesin taip. 334 00:23:00,255 --> 00:23:04,759 Dia kata dia tak buat, tapi saya asyik terfikir. 335 00:23:13,059 --> 00:23:14,894 Jasper ada di sini? 336 00:23:14,978 --> 00:23:18,773 Tak ada. Dia ada kelas seni di pusat komuniti. 337 00:23:27,907 --> 00:23:29,868 Ada orang lain? 338 00:23:31,453 --> 00:23:33,746 Saya harap itu kekasihnya. 339 00:23:36,332 --> 00:23:40,170 Hanya sebab wanita sudah 50 tahun, tak bermaksud dia tiada keperluan. 340 00:23:41,629 --> 00:23:43,089 Betul, Pearly? 341 00:23:44,674 --> 00:23:46,259 Ya, betul. 342 00:23:53,808 --> 00:23:56,478 MASUKKAN KOD KESELAMATAN MASUK 343 00:24:09,324 --> 00:24:10,158 Mak? 344 00:24:11,826 --> 00:24:13,453 - Maaf… - Boleh kita berbual? 345 00:24:14,412 --> 00:24:15,580 Ya, boleh. 346 00:24:20,543 --> 00:24:21,544 Apa dia, sayang? 347 00:24:22,545 --> 00:24:25,215 Saya tahu saya susahkan ayah. 348 00:24:27,800 --> 00:24:28,927 Saya sedar 349 00:24:30,386 --> 00:24:32,055 setiap kali orang buat saya marah, 350 00:24:32,847 --> 00:24:35,767 saya akan cakap apa saja untuk lukakan dia. 351 00:24:37,310 --> 00:24:38,561 Saya akan buat apa saja. 352 00:24:41,648 --> 00:24:43,358 Walaupun tahu saya akan menyesal. 353 00:24:52,367 --> 00:24:53,368 Tak apa, sayang. 354 00:24:55,370 --> 00:24:56,538 Kita akan atasinya. 355 00:25:04,546 --> 00:25:05,797 Oda untuk rumah. 356 00:25:10,218 --> 00:25:13,263 Jiran kita Pearl, dapat surat lama dahulu. 357 00:25:13,346 --> 00:25:16,099 Itulah tajuknya. Oda untuk Rumah. 358 00:25:16,891 --> 00:25:20,436 Ia sepucuk surat cinta, tapi untuk rumah mereka. 359 00:25:21,396 --> 00:25:23,189 Dia fikir adiknya yang tulis. 360 00:25:23,273 --> 00:25:25,024 Maureen pula 361 00:25:26,442 --> 00:25:28,736 fikir anaknya yang tulis surat itu. 362 00:25:30,321 --> 00:25:31,948 Mak fikir ayah yang tulis. 363 00:25:32,031 --> 00:25:32,949 Tak, mak… 364 00:25:39,122 --> 00:25:40,373 Mak tak percaya itu dia. 365 00:25:59,100 --> 00:26:00,143 Dengar dulu. 366 00:26:03,688 --> 00:26:06,941 Okey, awak kata awak tak tidur dengan gadis itu 367 00:26:07,025 --> 00:26:09,235 - dan saya tak percayakan awak. - Ya. 368 00:26:09,902 --> 00:26:12,113 Saya nak tahu siapa dia. 369 00:26:12,196 --> 00:26:13,990 Jadi, saya tonton rakaman itu 370 00:26:14,073 --> 00:26:16,618 untuk lihat kalau ada plat keretanya 371 00:26:16,701 --> 00:26:18,828 sebab kata-kata awak tak masuk akal. 372 00:26:18,911 --> 00:26:20,079 Lihat ini. 373 00:26:20,163 --> 00:26:22,498 Bukan saja dia tak datang dengan kereta, 374 00:26:22,582 --> 00:26:23,916 dia tak datang langsung. 375 00:26:25,460 --> 00:26:29,422 Saya dah tonton setiap saat rakaman dari setiap sudut 376 00:26:29,505 --> 00:26:32,675 sejak hari saya pasang kamera itu. 377 00:26:32,759 --> 00:26:35,136 Dia tak muncul dalam sebarang rakaman. 378 00:26:36,137 --> 00:26:38,139 Dia cuma muncul di dalam bilik awak. 379 00:26:38,806 --> 00:26:39,891 Apa maksud awak? 380 00:26:40,933 --> 00:26:43,478 Saya tak tahu cara dia masuk rumah awak. 381 00:27:00,620 --> 00:27:01,496 Apa yang berlaku? 382 00:27:02,246 --> 00:27:03,164 Ayah. 383 00:27:08,294 --> 00:27:09,128 Boleh kita cakap? 384 00:27:12,215 --> 00:27:13,049 Hei. 385 00:27:20,765 --> 00:27:21,766 Apa kesimpulannya? 386 00:27:22,517 --> 00:27:25,144 Gadis berbaju corak ceri ialah hantu? 387 00:27:26,813 --> 00:27:28,815 Tak, itu agak melampau, 388 00:27:28,898 --> 00:27:32,026 tapi ada kamera di sekeliling rumah awak, bukan? 389 00:27:32,110 --> 00:27:33,194 Serta di dalam bilik. 390 00:27:33,820 --> 00:27:34,862 Saya dah keluarkan. 391 00:27:35,530 --> 00:27:37,073 - Dia lihat saya buat. - Ya. 392 00:27:39,575 --> 00:27:41,911 Ellie. Kerja rumah. 393 00:27:45,331 --> 00:27:48,793 Tiada rakaman gadis ini masuk ke rumah awak. 394 00:27:48,876 --> 00:27:50,795 Tiada langsung. Dia tak muncul. 395 00:27:50,878 --> 00:27:51,879 Dah periksa lagi? 396 00:27:51,963 --> 00:27:56,300 Pn. Brannock, saya sudah tonton berulang kali. 397 00:27:57,093 --> 00:27:59,595 Sebab ia pelik, bukan? 398 00:27:59,679 --> 00:28:02,223 Sama ada gadis ini terjun ke atas bumbung 399 00:28:02,306 --> 00:28:05,893 dan masuk melalui serombong atau dia sentiasa ada di dalam rumah. 400 00:28:06,686 --> 00:28:07,603 Bersembunyi. 401 00:28:08,479 --> 00:28:12,024 Atau ada jalan masuk lain yang kita tak tahu. 402 00:28:13,526 --> 00:28:15,319 Ini sungguh menyeramkan. 403 00:28:17,029 --> 00:28:19,073 Waktu kali pertama suami awak kata 404 00:28:19,157 --> 00:28:22,243 dia tak kenal gadis itu dan kata itu perangkap, 405 00:28:22,326 --> 00:28:23,411 saya tak percaya. 406 00:28:24,746 --> 00:28:25,580 Kini, percaya. 407 00:28:26,664 --> 00:28:27,707 Kalau membantu. 408 00:28:40,970 --> 00:28:42,388 Boleh beri kami masa? 409 00:28:42,472 --> 00:28:44,056 Ya. 410 00:29:00,364 --> 00:29:02,116 Saya ada soalan. 411 00:29:02,825 --> 00:29:06,621 Kalau awak tipu, saya sumpah, hubungan kita akan berakhir. 412 00:29:07,497 --> 00:29:08,915 Faham? Berakhir. 413 00:29:08,998 --> 00:29:10,291 Saya takkan tipu awak. 414 00:29:11,876 --> 00:29:13,169 Tanyalah apa saja. 415 00:29:18,591 --> 00:29:20,218 Awak tidur dengan dia? 416 00:29:20,301 --> 00:29:21,135 Tak. 417 00:29:22,386 --> 00:29:24,263 Saya tak pernah jumpa dia. 418 00:29:25,515 --> 00:29:28,184 Saya tak tahu cara dia masuk. Saya tak sedar. 419 00:29:29,101 --> 00:29:33,105 Saya tak tahu bagaimana, tapi sumpah saya bercakap benar. 420 00:29:34,982 --> 00:29:35,817 Okey. 421 00:29:39,695 --> 00:29:41,364 Awak yang tulis surat itu? 422 00:29:51,999 --> 00:29:52,875 Jawablah. 423 00:29:52,959 --> 00:29:55,628 Hanya surat terakhir. Maafkan saya. 424 00:29:56,170 --> 00:29:58,256 - Maaf, saya panik. - Oh, Tuhan. 425 00:29:58,339 --> 00:30:02,093 Saya panik. Saya menyesal, tapi saya tak tahu apa nak buat. 426 00:30:03,094 --> 00:30:04,720 Sebab pinjaman itukah? 427 00:30:05,972 --> 00:30:09,684 Kenapa awak tak cakap awak tak berjaya jadi rakan kongsi? 428 00:30:09,767 --> 00:30:10,810 Tak tahu caranya. 429 00:30:11,561 --> 00:30:13,521 Saya tak tahu caranya. Saya terkejut. 430 00:30:13,604 --> 00:30:16,148 Awak perdaya saya serahkan seluruh simpanan. 431 00:30:16,232 --> 00:30:17,775 Wang persaraan kita. 432 00:30:17,859 --> 00:30:19,360 Saya tahu. Maafkan saya. 433 00:30:19,443 --> 00:30:21,028 - Saya tahu ia teruk. - Jangan. 434 00:30:21,112 --> 00:30:23,281 Maafkan saya. Saya tak tahu apa nak buat. 435 00:30:25,324 --> 00:30:27,076 Awak kena percayakan saya. 436 00:30:28,661 --> 00:30:30,746 Saya tak tulis dua surat pertama. 437 00:30:32,164 --> 00:30:33,165 Okey. 438 00:30:36,711 --> 00:30:37,628 Oh, Tuhan. 439 00:30:43,759 --> 00:30:44,594 Nora. 440 00:30:47,471 --> 00:30:49,682 Jangan ceraikan saya sebab ini. 441 00:30:52,143 --> 00:30:53,019 Tolonglah. 442 00:30:59,650 --> 00:31:03,446 Saya tak kata saya nak bercerai. 443 00:31:05,573 --> 00:31:06,949 Saya tak kata sebaliknya. 444 00:31:09,994 --> 00:31:10,995 Ambil kot. 445 00:31:13,414 --> 00:31:15,791 - Nak ke mana? - Jumpa Detektif Chamberland. 446 00:31:15,875 --> 00:31:19,045 Hasil ujian DNA dua surat pertama tentu dah keluar. 447 00:31:19,128 --> 00:31:20,838 Saya rasa dia simpan. 448 00:31:20,922 --> 00:31:23,299 Saya telefon dan kata kalau belum keluar, 449 00:31:23,382 --> 00:31:25,968 saya akan saman mereka. 450 00:31:30,306 --> 00:31:31,682 Cerita lucu. 451 00:31:32,350 --> 00:31:35,561 Rupanya hasil ujian dah keluar beberapa hari lalu. 452 00:31:35,645 --> 00:31:38,981 Maaf, ada si bodoh letakkannya di peti masuk 453 00:31:39,065 --> 00:31:42,401 di bawah katalog yang saya takkan tengok. 454 00:31:42,485 --> 00:31:43,653 Jadi, saya tak nampak. 455 00:31:43,736 --> 00:31:47,740 Perkakasan baik pulih, syarikat pinbal, arked vintaj. 456 00:31:48,282 --> 00:31:49,825 Ia diletakkan di sini. 457 00:31:50,451 --> 00:31:52,286 Sekali lagi, saya memohon maaf. 458 00:31:52,370 --> 00:31:54,330 Awak masih belum buka? 459 00:31:55,081 --> 00:31:57,458 Belum. Saya tunggu kamu berdua sampai. 460 00:32:00,002 --> 00:32:00,962 Itu dia. 461 00:32:03,422 --> 00:32:04,256 Baiklah. 462 00:32:05,591 --> 00:32:06,926 Ini untuk simpanan kamu. 463 00:32:08,427 --> 00:32:09,553 Ini… 464 00:32:11,472 --> 00:32:12,473 Itu dia. 465 00:32:18,980 --> 00:32:22,233 Tidak sepadan dengan sesiapa dalam pangkalan data kami. 466 00:32:24,735 --> 00:32:28,239 Sampel DNA itu tidak mengandungi kromosom Y. 467 00:32:28,322 --> 00:32:32,576 Maknanya, Pemerhati itu seorang wanita. 468 00:32:51,762 --> 00:32:53,014 Ayah dah kembali? 469 00:32:53,848 --> 00:32:55,766 Ayah takkan pergi lagi? 470 00:32:59,520 --> 00:33:00,354 Buat masa ini. 471 00:33:02,940 --> 00:33:05,067 Tak mudah berkahwin dengan ayah. 472 00:33:10,781 --> 00:33:12,158 Saya gembira ayah balik. 473 00:33:27,423 --> 00:33:31,093 Apa kesimpulannya? Siapa suspek wanita kita? 474 00:33:31,844 --> 00:33:36,098 Pearl, Mo, Big Mo dan Tocang. 475 00:33:36,182 --> 00:33:38,851 Andrew fikir Mitch dan Mo yang buat. 476 00:33:38,934 --> 00:33:43,147 Selepas kes bunuh anak mereka, keadaan jadi lebih pelik. 477 00:33:43,230 --> 00:33:45,566 Mo fikir anaknya yang tulis surat itu. 478 00:33:45,649 --> 00:33:48,110 - Tapi ia tak selari dengan bukti DNA. - Ya. 479 00:33:48,694 --> 00:33:51,989 Pearl fikir Jasper yang tulis. 480 00:33:52,073 --> 00:33:53,991 Sekali lagi, tak selari dengan DNA. 481 00:33:54,700 --> 00:33:55,951 Ya, DNA. 482 00:33:56,035 --> 00:33:58,913 Kita patut berhenti fikir pasal DNA. 483 00:33:59,455 --> 00:34:01,749 Saya tak begitu yakin DNA pada sampul surat 484 00:34:01,832 --> 00:34:03,626 sama dengan DNA penulis surat. 485 00:34:03,709 --> 00:34:05,461 - Kenapa pula? - Entahlah. Saya… 486 00:34:06,545 --> 00:34:07,963 Siapa pun penulisnya… 487 00:34:08,047 --> 00:34:10,591 Kesanggupan dia untuk menyusahkan kita… 488 00:34:10,674 --> 00:34:12,676 Kenapa dia tak ambil langkah tambahan 489 00:34:13,594 --> 00:34:16,847 dengan pakai sarung tangan untuk tulis surat itu? 490 00:34:16,931 --> 00:34:21,602 Biar orang lain jilat sampul surat itu. Mak, kakak, teman wanita atau siapa saja. 491 00:34:21,685 --> 00:34:23,395 DNA wanita. 492 00:34:23,479 --> 00:34:25,815 Kita buat kerja sia-sia lagi. 493 00:34:25,898 --> 00:34:28,859 - Kalau saya, saya akan buat begitu. - Tentulah awak tahu. 494 00:34:35,741 --> 00:34:38,077 Okey. Saya layak menerimanya. 495 00:34:39,745 --> 00:34:41,163 Apa maksudnya? 496 00:34:41,247 --> 00:34:42,206 Awak nak cakap 497 00:34:42,706 --> 00:34:45,668 DNA wanita ini takkan bantu kita? 498 00:34:45,751 --> 00:34:46,877 Ya, ia tak membantu. 499 00:34:46,961 --> 00:34:49,213 Ia cuma beritahu saya penulis surat itu 500 00:34:49,296 --> 00:34:51,215 wanita atau kenal seorang wanita 501 00:34:51,298 --> 00:34:55,219 bersamaan seluruh populasi planet ini. 502 00:34:56,470 --> 00:34:57,721 Kita kembali ke asal. 503 00:35:06,313 --> 00:35:10,276 Dia John Graff. Saya jumpa dan bercakap dengan dia. 504 00:35:11,152 --> 00:35:14,321 Tak, awak sangka itu dia. 505 00:35:14,864 --> 00:35:16,282 Ya, di dalam rumah ini. 506 00:35:17,366 --> 00:35:18,284 Rumah yang… 507 00:35:18,909 --> 00:35:21,745 Rumah dia tinggal dulu dan bunuh seluruh keluarganya. 508 00:35:22,329 --> 00:35:24,123 Gadis ini pula muncul 509 00:35:24,206 --> 00:35:25,875 dalam video, memakai baju sama 510 00:35:25,958 --> 00:35:28,627 dengan baju anak Graff ketika dibunuh? Bertocang? 511 00:35:28,711 --> 00:35:30,254 Awak fikir itu kebetulan? 512 00:35:30,337 --> 00:35:35,092 Bukan kebetulan, tapi saya rasa itu tak bermakna dia John Graff. 513 00:35:39,221 --> 00:35:40,306 Dia tak ditangkap. 514 00:35:44,268 --> 00:35:48,564 Dia buang wajahnya daripada semua gambar kerana tak mahu dikenali. 515 00:35:48,647 --> 00:35:50,858 Kenapa dia mahu muncul di tempat 516 00:35:50,941 --> 00:35:53,194 semua orang kenal wajahnya? 517 00:35:54,570 --> 00:35:56,572 Bodoh bunyinya, bukan? 518 00:35:56,655 --> 00:36:00,242 Kenapa dia nak buat begitu? Untuk kacau kita? 519 00:36:00,784 --> 00:36:02,578 Tak masuk akal. 520 00:36:02,661 --> 00:36:04,622 Maaflah, tapi saya tak percaya 521 00:36:04,705 --> 00:36:08,876 gadis 17 tahun dalang di sebalik semua ini. 522 00:36:08,959 --> 00:36:12,463 Panggil saya gila atau seksis, tapi dia bukan Pemerhati. 523 00:36:14,089 --> 00:36:15,341 Ada orang upah dia. 524 00:36:20,095 --> 00:36:21,555 Prinsip parsimoni. 525 00:36:22,139 --> 00:36:24,099 Apa penyelesaian paling mudah? 526 00:36:25,726 --> 00:36:28,312 Apa yang mendorong dia untuk tulis surat itu? 527 00:36:29,021 --> 00:36:30,147 Saya tak tahu. 528 00:36:30,231 --> 00:36:32,358 Awak pernah tulis. Apa tujuan awak? 529 00:36:33,651 --> 00:36:36,111 - Buat awak lepaskan rumah ini? - Betul. 530 00:36:36,195 --> 00:36:39,156 Pelakunya sangat mahukan rumah ini. 531 00:36:39,240 --> 00:36:42,785 Dia sudah lama mahukannya dan dia mahu untuk dirinya. 532 00:36:43,994 --> 00:36:47,581 Hei, seksi. Saya cuma nak sahkan makan tengah hari kita. 533 00:36:47,665 --> 00:36:50,417 Saya cuma ada satu hal saja lagi. 534 00:36:50,501 --> 00:36:53,337 Kemudian, kita jumpa. 535 00:36:54,338 --> 00:36:55,172 Helo? 536 00:36:55,256 --> 00:36:56,548 - Hei, sayang. - Hei. 537 00:36:56,632 --> 00:36:58,092 Saya ada berita baik. 538 00:36:58,175 --> 00:36:59,551 Awak dapat tawaran! 539 00:36:59,635 --> 00:37:02,263 Yakah? Baguslah. 540 00:37:02,346 --> 00:37:03,305 Awak takkan… 541 00:37:03,389 --> 00:37:05,599 Pertama sekali, siapa dia? 542 00:37:05,683 --> 00:37:07,893 Ia sebuah syarikat liabiliti terhad, 543 00:37:07,977 --> 00:37:11,647 tapi itu tak penting sebab tawarannya tunai. 544 00:37:11,730 --> 00:37:13,774 Berapa tawarannya? 545 00:37:13,857 --> 00:37:14,817 Sedia? 546 00:37:14,900 --> 00:37:19,280 1.9 juta dolar, tunai. 547 00:37:19,363 --> 00:37:21,532 Awak patut terima! 548 00:37:21,615 --> 00:37:25,744 Apa? Tak! Kami bayar 3.3 juta. 549 00:37:25,828 --> 00:37:27,788 Kami takkan jual dengan harga 1.9 juta. 550 00:37:27,871 --> 00:37:30,541 Sudahlah. Apa awak mengarut? 551 00:37:31,041 --> 00:37:33,377 Mungkin surat itu puncanya. 552 00:37:33,460 --> 00:37:35,212 Ada orang fikir rumah itu berhantu. 553 00:37:35,296 --> 00:37:38,882 Apa-apa sajalah, tapi teori saya, mungkin pemaju 554 00:37:38,966 --> 00:37:40,134 yang suka tanah itu. 555 00:37:40,217 --> 00:37:44,013 Dia akan robohkan rumah itu dan tabur garam. Kemudian bina semula. 556 00:37:44,096 --> 00:37:48,309 Mana ada orang nak beli rumah ini hanya untuk robohkan. 557 00:37:48,392 --> 00:37:51,603 Saya rasa awak patut pertimbangkannya. 558 00:37:51,687 --> 00:37:54,356 Awak kena bincang dengan Dean dan… 559 00:37:54,440 --> 00:37:58,277 Mungkin kita boleh naikkan kepada dua juta? 560 00:37:58,360 --> 00:38:02,740 Awak patut fikirkan kesihatan emosi awak. 561 00:38:02,823 --> 00:38:04,074 Betul. 562 00:38:04,158 --> 00:38:05,701 Takkan ada tawaran lebih baik. 563 00:38:05,784 --> 00:38:09,121 Saya akan fikirkannya. 564 00:38:09,204 --> 00:38:11,040 Okey. Telefon saya semula. 565 00:38:11,123 --> 00:38:12,666 - Hai. - Hei. 566 00:38:12,750 --> 00:38:13,792 Siapa telefon? 567 00:38:14,460 --> 00:38:16,045 Tak ada apa. Hei. 568 00:38:17,046 --> 00:38:20,507 Saya fikir nak masak malam ini. 569 00:38:21,425 --> 00:38:23,177 Sebab saya pandai memasak. 570 00:38:23,260 --> 00:38:24,720 - Okey. - Boleh? 571 00:38:26,055 --> 00:38:29,850 Boleh beri saya kunci? Saya perlu singgah di kelab. 572 00:38:30,642 --> 00:38:31,477 Ya. 573 00:38:32,728 --> 00:38:35,731 Hai. Saya mahu cakap dengan Kathy di bahagian keahlian. 574 00:38:35,814 --> 00:38:38,400 Saya mahu tanya kenapa keahlian kami dibatalkan? 575 00:38:38,484 --> 00:38:41,445 - Biar saya lihat jika boleh hubungi dia. - Terima kasih. 576 00:39:00,381 --> 00:39:02,466 Saya mahu awak ke sini sekarang juga. 577 00:39:03,050 --> 00:39:05,177 Saya tak tahu. Naik Uber. 578 00:39:06,011 --> 00:39:08,972 Encik, belok kanan. Maaf. 579 00:39:09,807 --> 00:39:12,684 Jadi, dialah lelaki yang Karen tiduri selama ini? 580 00:39:12,768 --> 00:39:14,311 Ya, tentu sekali. 581 00:39:14,395 --> 00:39:16,021 Hal John itu masuk akal sekarang. 582 00:39:16,105 --> 00:39:19,817 Dia ada semua maklumat yang polis cuba tutup. 583 00:39:19,900 --> 00:39:21,193 Sungguh tak disangka. 584 00:39:21,276 --> 00:39:22,903 Ingat lagi dia pernah kata, 585 00:39:22,986 --> 00:39:25,697 "Kami tahu kamu kena kerja keras untuk rumah itu." 586 00:39:26,198 --> 00:39:28,242 Begitulah dia tahu. 587 00:39:28,325 --> 00:39:29,410 Saya datang segera. 588 00:39:32,621 --> 00:39:34,790 Boleh kita beli kereta kedua? 589 00:39:36,375 --> 00:39:39,420 Saya cakap, "Terima kasih." 590 00:39:44,925 --> 00:39:47,678 Hai. Apa kamu berdua buat di sini? 591 00:39:47,761 --> 00:39:49,638 Saya tak tahu kamu pasangan. 592 00:39:49,721 --> 00:39:50,973 Hai. Kami bukan pasangan. 593 00:39:51,056 --> 00:39:56,145 Kami cuma makan tengah hari. 594 00:39:57,312 --> 00:39:59,731 Kami tak tahu pun kamu saling mengenali. 595 00:39:59,815 --> 00:40:02,234 Awak tak pernah sebut pun. Pelik. 596 00:40:02,317 --> 00:40:04,862 Apa semua ini? Awak ke sini ganggu kami. 597 00:40:05,696 --> 00:40:07,489 Awak orangnya. Awaklah Pemerhati. 598 00:40:07,573 --> 00:40:10,284 Atau mungkin kamu berdua. Salah seorang. 599 00:40:10,367 --> 00:40:12,578 Awak tak boleh buat kenyataan begitu. 600 00:40:12,661 --> 00:40:15,914 Siapa pun Pemerhati itu, dia mahu kami keluar dari situ. 601 00:40:15,998 --> 00:40:20,210 Siapa yang suruh saya jual rumah itu sejak kami pindah? Awak. 602 00:40:20,294 --> 00:40:22,754 Awak kata awak ada masalah kewangan. 603 00:40:22,838 --> 00:40:24,465 Sebab itu dia tahu pasal itu. 604 00:40:25,007 --> 00:40:26,884 Awak cakap, "Awak kena kerja keras?" 605 00:40:26,967 --> 00:40:29,553 Itu cuma anggapan. Rumah itu bernilai tiga juta. 606 00:40:29,636 --> 00:40:32,347 Dia cuba yakinkan saya awak ada hubungan sulit. 607 00:40:32,431 --> 00:40:34,099 - Di meja itu. - Apa? 608 00:40:34,183 --> 00:40:35,434 "Gadis bertocang." 609 00:40:35,517 --> 00:40:38,270 Frasa yang aneh beberapa minggu sebelum 610 00:40:38,353 --> 00:40:41,315 gadis bertocang muncul di bilik kami, 611 00:40:41,398 --> 00:40:43,150 baju seperti gadis dibunuh. 612 00:40:43,233 --> 00:40:44,485 Nama dia Pat Graff. 613 00:40:44,568 --> 00:40:47,654 - Ingat sesuatu, detektif? - Tak. 614 00:40:47,738 --> 00:40:48,864 Betul? 615 00:40:48,947 --> 00:40:49,990 Ini gila. 616 00:40:50,073 --> 00:40:51,200 Pengawal! 617 00:40:51,283 --> 00:40:53,285 Ini mengarut. Tak, ini fitnah. 618 00:40:53,368 --> 00:40:56,121 Ya, fitnah. Saya ingat kita kawan. 619 00:40:56,205 --> 00:40:58,081 Saya boleh kehilangan lesen saya. 620 00:40:58,749 --> 00:41:00,918 Awak mahu rumah di luar kemampuan. 621 00:41:01,001 --> 00:41:05,088 Jadi, dia bantu awak ganggu kami supaya kami sanggup jual murah. 622 00:41:05,172 --> 00:41:07,007 Ia hampir berjaya. 623 00:41:07,090 --> 00:41:09,259 Awak mampu dengan harga 1.9 juta, bukan? 624 00:41:09,343 --> 00:41:12,930 Awak buat kami lakukan ubah suai supaya awak boleh tukarkannya. 625 00:41:13,680 --> 00:41:16,934 Beritahu saya. Siapa pemilik syarikat liabiliti terhad itu? Awak? 626 00:41:17,518 --> 00:41:19,102 Dia? Kamu berdua? 627 00:41:19,186 --> 00:41:20,604 Katalog pelik awak. 628 00:41:20,687 --> 00:41:23,899 Apa awak buat dengan katalog pinbal di atas meja itu? 629 00:41:23,982 --> 00:41:27,361 Saya tahu. Mesin pinbal sesuai diletakkan di bilik lelaki. 630 00:41:27,444 --> 00:41:29,404 Okey. Ini sudah… 631 00:41:31,198 --> 00:41:32,741 Ini Detektif Chamberland. 632 00:41:32,824 --> 00:41:35,327 Hantar kereta peronda ke Kelab Westfield. 633 00:41:35,410 --> 00:41:37,871 Awak silap dan awak tahu awak silap, okey? 634 00:41:37,955 --> 00:41:40,707 Mengupah seseorang berlakon jadi pemeriksa bangunan 635 00:41:40,791 --> 00:41:42,960 yang bunuh seluruh keluarganya? 636 00:41:43,043 --> 00:41:45,879 Awak yang syorkan Theodora Birch. Dia juga terlibat? 637 00:41:45,963 --> 00:41:47,965 Maaf, mereka nak makan juga? 638 00:41:48,048 --> 00:41:49,299 Beginilah, ya? 639 00:41:51,009 --> 00:41:54,054 Awak akan terima akibatnya. Semuanya. 640 00:41:54,137 --> 00:41:56,223 Tunggu saman kerana awak tertangkap. 641 00:41:57,015 --> 00:41:58,016 - Tertangkap. - Ya. 642 00:42:00,519 --> 00:42:03,105 Saya patut hubungi kawan saya di Page Six 643 00:42:03,981 --> 00:42:06,650 kerana sudah tiba masa seluruh dunia tahu 644 00:42:06,733 --> 00:42:08,235 apa yang berlaku di rumah awak! 645 00:42:13,657 --> 00:42:16,743 Kita tak boleh hidup begini. Nak gila rasanya. 646 00:42:16,827 --> 00:42:19,413 Saya tahu, tapi semuanya selari. 647 00:42:19,496 --> 00:42:21,498 Bukannya kita cakap benda tak betul. 648 00:42:21,582 --> 00:42:24,293 Mereka cuba buat kita rasa bersalah dan nampak gila 649 00:42:24,376 --> 00:42:27,129 kerana kita betul. 650 00:42:27,212 --> 00:42:30,591 Tapi apa? Apa boleh kita buat? Kita tak ada bukti. 651 00:42:30,674 --> 00:42:33,343 Belum ada, tapi selepas bercakap dengan Theodora? 652 00:42:33,427 --> 00:42:36,597 Kalau Chamberland terlibat, dia juga sama. 653 00:42:38,348 --> 00:42:39,182 Betul? 654 00:42:41,852 --> 00:42:43,687 Ini tak bagus. 655 00:42:45,063 --> 00:42:47,357 Saya tak kenal kita lagi. 656 00:42:48,609 --> 00:42:52,487 Pertama sekali, kita perlu bayar pinjaman. 657 00:42:53,864 --> 00:42:56,575 Kemudian, kita jual rumah ini. 658 00:42:57,326 --> 00:43:01,663 Terima saja tawaran yang datang dan kembalikan hidup kita. 659 00:43:06,168 --> 00:43:07,502 Pameran saya habis dijual. 660 00:43:09,254 --> 00:43:10,297 Kita takkan apa-apa. 661 00:43:10,380 --> 00:43:13,133 Pameran awak habis dijual? 662 00:43:15,969 --> 00:43:18,430 Ya. 663 00:43:20,766 --> 00:43:22,517 Saya jumpa sesuatu. 664 00:43:25,020 --> 00:43:27,064 Ingat mak cerita tentang "Oda untuk Rumah?" 665 00:43:27,147 --> 00:43:29,274 - Surat yang jiran kita dapat? - Ya. 666 00:43:29,358 --> 00:43:32,694 Saya cari di media sosial. Lihat benda pertama muncul. 667 00:43:33,779 --> 00:43:36,657 - Biar betul. - Ada sekumpulan. 668 00:43:36,740 --> 00:43:38,533 Pelajar Sekolah Tinggi Westfield. 669 00:43:38,617 --> 00:43:40,327 Cikgu bahasa Inggeris mereka sama. 670 00:43:40,410 --> 00:43:43,413 Dia beri mereka tugasan ini. Mereka sukakannya. 671 00:43:43,497 --> 00:43:45,123 Apa tugasannya? 672 00:43:45,207 --> 00:43:48,418 Mereka perlu cari rumah yang mereka suka 673 00:43:48,502 --> 00:43:50,921 dan mengkajinya. 674 00:43:51,004 --> 00:43:53,131 Kemudian, tulis surat. Surat cinta. 675 00:43:53,215 --> 00:43:54,925 Gilalah. 676 00:43:55,008 --> 00:43:56,510 Ada orang muat naik tugasan. 677 00:43:57,010 --> 00:44:00,097 "Ke hadapan 89 Hollyhock Ridge. Awak rumah yang indah. 678 00:44:01,181 --> 00:44:04,142 Diuji dan kuat, awak berdiri megah selama 99 tahun. 679 00:44:04,226 --> 00:44:07,104 Mampukah awak bertahan 99 tahun lagi?" 680 00:44:08,105 --> 00:44:12,067 Siapa cikgu mereka dan bila dia mati? 681 00:44:12,150 --> 00:44:14,528 Siapa kata dia dah mati? Dia ahli kumpulan ini. 682 00:44:14,611 --> 00:44:16,988 Namanya Roger Kaplan. Saya cari dia. 683 00:44:17,072 --> 00:44:19,032 Dia tinggal di Westfield, 71 Jalan Oak. 684 00:44:20,534 --> 00:44:22,202 Saya pernah lihat wajah itu. 685 00:44:22,285 --> 00:44:23,578 Apa maksud awak? 686 00:44:23,662 --> 00:44:25,914 Di sini sewaktu rumah terbuka. 687 00:44:27,249 --> 00:44:28,208 Maaf mengganggu. 688 00:44:29,251 --> 00:44:32,504 Ada sesuatu di bawah yang awak tentu mahu lihat. 689 00:44:33,213 --> 00:44:34,047 Udara sejuk. 690 00:44:34,631 --> 00:44:38,135 Datang dari sini. Tak masuk akal. 691 00:44:38,719 --> 00:44:40,846 - Kami buka dinding kering… - Ya? 692 00:44:40,929 --> 00:44:43,557 Saya tak tahu dari mana ia datang. 693 00:44:43,640 --> 00:44:46,393 Bata kukuh. Tiada kebocoran. 694 00:44:46,476 --> 00:44:49,187 Salah seorang pekerja saya jumpa masalahnya. 695 00:44:54,025 --> 00:44:55,026 Tengoklah. 696 00:44:56,987 --> 00:44:58,029 Oh, Tuhan. 697 00:44:58,572 --> 00:44:59,781 Ini terowong. 698 00:45:00,782 --> 00:45:03,118 Ia menuju ke bahagian lain? 699 00:45:03,201 --> 00:45:05,287 - Tak tahu. Kami baru jumpa. - Tidak. 700 00:45:05,370 --> 00:45:09,124 Terowong ini biasa di Timur Laut untuk rumah lama begini. 701 00:45:10,041 --> 00:45:12,836 Ia digunakan untuk buat arak ketika ia diharamkan. 702 00:45:13,545 --> 00:45:15,130 Andrew kata ada terowong. 703 00:45:17,883 --> 00:45:19,593 Lantaklah. Saya nak masuk. 704 00:45:20,677 --> 00:45:22,429 Nanti. Saya nak ikut. 705 00:45:23,305 --> 00:45:24,723 Awak perlu topi keselamatan. 706 00:45:31,521 --> 00:45:32,481 Gila. 707 00:45:33,940 --> 00:45:34,983 Gila. 708 00:45:37,194 --> 00:45:38,904 Sayang, mari patah balik. 709 00:45:40,197 --> 00:45:42,157 Saya tak percaya. 710 00:45:45,827 --> 00:45:46,953 Awak okey? Hati-hati. 711 00:45:47,621 --> 00:45:48,997 Busuklah di sini. 712 00:45:50,624 --> 00:45:52,793 Nanti. Oh, Tuhan. 713 00:45:53,376 --> 00:45:55,378 - Marilah keluar. - Tak apa! 714 00:45:56,922 --> 00:45:58,465 Oh, Tuhan. 715 00:45:59,216 --> 00:46:00,717 Ini tempat apa? 716 00:46:03,053 --> 00:46:03,970 Sekejap. 717 00:46:07,724 --> 00:46:09,267 Tak guna. Helo? 718 00:46:10,393 --> 00:46:11,394 Siapa awak? 719 00:46:13,146 --> 00:46:13,980 Tak guna. 720 00:46:14,064 --> 00:46:15,524 Siapa awak? 721 00:47:46,698 --> 00:47:51,703 Terjemahan sari kata oleh Nur Atiqah