1 00:00:18,810 --> 00:00:23,148 Kadangkala, dalam perniagaan keluarga, kita kena khianati orang tersayang. 2 00:00:24,691 --> 00:00:27,027 Lagipun, teruk sangatkah aku beritahu adik aku 3 00:00:27,110 --> 00:00:28,820 aku nak kerja aku balik? 4 00:00:31,364 --> 00:00:34,325 Aku pun tak pernah kata yang jawatannya kekal. 5 00:00:36,828 --> 00:00:38,621 Dia juga pasti okey saja nanti. 6 00:00:38,705 --> 00:00:40,832 Perempuan zaman sekarang ada banyak… 7 00:00:40,915 --> 00:00:42,792 - Isla nak cakap dengan kau. - Sial! 8 00:00:51,968 --> 00:00:54,471 - Apa halnya ini? - Kita perlu berbincang. 9 00:00:55,346 --> 00:00:58,558 Sandy kena tinggal lagi? Tak perlu bincang tentang itu. 10 00:00:58,641 --> 00:01:00,018 Duduk, abang. 11 00:01:05,690 --> 00:01:06,733 Apa cerita? 12 00:01:08,026 --> 00:01:12,447 Abang seleweng dua juta dolar dan abang masih ambil dadah. 13 00:01:12,530 --> 00:01:15,533 Abang tak boleh jadi presiden Los Angeles Waves. 14 00:01:16,993 --> 00:01:18,620 Kamu merepek apa? 15 00:01:18,703 --> 00:01:19,537 Abang Cam! 16 00:01:20,455 --> 00:01:22,040 Sudahlah. Kami tahu. 17 00:01:25,168 --> 00:01:26,419 Pengkhianat. 18 00:01:27,462 --> 00:01:29,589 Aku akan saman kerana pemecatan tak sah. 19 00:01:29,672 --> 00:01:31,091 Kamu tiada bukti. 20 00:01:31,174 --> 00:01:32,133 Jackie. 21 00:01:32,634 --> 00:01:35,220 Saya buat begini kerana saya nak abang dapatkan bantuan. 22 00:01:38,264 --> 00:01:41,142 Jangan risaulah. Dah sebulan aku guna air kencing kamu. 23 00:01:41,226 --> 00:01:42,268 Tak kantoi pun. 24 00:01:42,352 --> 00:01:44,020 Asalkan kamu tutup mulut. 25 00:01:44,729 --> 00:01:48,108 Kamu rakam aku? 26 00:01:49,067 --> 00:01:50,235 - Bedebah… - Hei! 27 00:01:50,318 --> 00:01:51,486 Tak guna! 28 00:01:51,569 --> 00:01:52,946 Kamu memang nak mati! 29 00:01:53,029 --> 00:01:54,697 Abang Cam! 30 00:01:54,781 --> 00:01:56,199 Aku jamu kamu stik! 31 00:01:56,282 --> 00:01:58,076 - Abang Cam! - Lepaskan! 32 00:01:58,159 --> 00:01:59,119 Sudah! 33 00:01:59,202 --> 00:02:01,079 Jangan sentuh dia. 34 00:02:02,539 --> 00:02:07,418 Kamu tak tahu betapa susahnya jadi yang sulung dalam keluarga ini. 35 00:02:08,169 --> 00:02:10,421 Kamu semua akan jadi kaki dadah 36 00:02:10,505 --> 00:02:13,258 jika kamu kena hadap benda yang aku hadap. 37 00:02:14,050 --> 00:02:15,301 Ayah baik dengan kamu. 38 00:02:15,385 --> 00:02:17,095 Tapi dia layan aku teruk. 39 00:02:17,178 --> 00:02:20,807 Dia serahkan pula pasukan yang dah nak hancur sebelum mati. 40 00:02:20,890 --> 00:02:24,394 Aku masih berjaya dapatkan beberapa kejuaraan 41 00:02:24,477 --> 00:02:26,062 walaupun aku tertekan. 42 00:02:26,729 --> 00:02:27,647 Aku mengaku. 43 00:02:27,730 --> 00:02:33,111 Aku gunakan dadah semula jadi berasaskan koko untuk bantu aku hadapinya. 44 00:02:33,194 --> 00:02:37,407 Mesti susah bagi abang, dan saya simpati atas layanan ayah, 45 00:02:37,490 --> 00:02:39,909 tapi itu tak mengubah keadaan sekarang. 46 00:02:39,993 --> 00:02:42,620 Aku akan berhenti. Aku takkan ulanginya. 47 00:02:42,704 --> 00:02:46,166 Aku akan telefon Rob Lowe, ikut dia mendaki dan ikut programnya. 48 00:02:46,749 --> 00:02:49,210 Orang yang serang Jackie tadi dah tiada. 49 00:02:49,294 --> 00:02:50,837 - Ini Cam baru. - Abang! 50 00:02:50,920 --> 00:02:53,047 Abang curi daripada keluarga abang, 51 00:02:53,131 --> 00:02:57,427 ugut Sandy, dan gunakan Jackie untuk langgar tempoh percubaan abang. 52 00:02:57,510 --> 00:02:59,512 Aku dah beritahu Steven dan ahli lembaga lain 53 00:02:59,596 --> 00:03:00,638 tentang kelakuan abang. 54 00:03:00,722 --> 00:03:02,515 Perjanjian dengan Fleischman terbatal. 55 00:03:02,599 --> 00:03:05,101 Bernie akan uruskan penjualan saham abang kepada kami. 56 00:03:05,185 --> 00:03:08,730 Kalau nak tonton perlawanan, abang boleh tonton dari rumah. 57 00:03:12,942 --> 00:03:16,946 Kamu rela hati kencing di dalam cawan kerana kamu mahukan manfaat. 58 00:03:17,030 --> 00:03:19,616 Kamu pula sorokkan pembayaran itu untuk aku. 59 00:03:20,200 --> 00:03:21,659 Kamu pun sama salah. 60 00:03:21,743 --> 00:03:23,494 Abang, sudah. 61 00:03:23,578 --> 00:03:25,079 Kamu pula bukan kegemaran aku. 62 00:03:25,163 --> 00:03:26,247 Aku di tempat kedua? 63 00:03:26,331 --> 00:03:27,290 Tempat ketiga. 64 00:03:28,791 --> 00:03:32,837 Ayah mesti malu melihat kita sekarang. 65 00:03:40,720 --> 00:03:42,680 Kamu semua memang tak guna. 66 00:03:51,814 --> 00:03:53,274 Mari kita cuba semula. 67 00:03:53,775 --> 00:03:56,527 Sudah sebulan Abang Cam tinggalkan organisasi, 68 00:03:56,611 --> 00:03:58,321 dan semuanya berjalan lancar. 69 00:03:59,239 --> 00:04:00,156 Selancar mana? 70 00:04:00,240 --> 00:04:02,825 Kami sampai ke pusingan akhir. 71 00:04:02,909 --> 00:04:04,202 Betul. 72 00:04:04,285 --> 00:04:06,829 Mula-mula, kami tewaskan Phoenix, 73 00:04:06,913 --> 00:04:08,164 kemudian Houston. 74 00:04:08,748 --> 00:04:11,918 Kami menang tipis menentang Seattle dalam perlawanan akhir konferens, 75 00:04:12,001 --> 00:04:15,797 tapi kami semakin hampir menjadi juara dunia. 76 00:04:15,880 --> 00:04:19,884 Selain itu, kekasih jarak jauh saya berada di bandar ini. 77 00:04:19,968 --> 00:04:22,262 Masalahnya, dia datang kerana 78 00:04:23,263 --> 00:04:25,640 pasukan kami lawan dalam pusingan akhir. 79 00:04:28,351 --> 00:04:32,188 LA lawan Boston, persaingan terhebat dalam bola keranjang. 80 00:04:32,272 --> 00:04:34,190 Saya kena akui, Isla Gordon berjaya. 81 00:04:34,274 --> 00:04:35,650 Saya makin suka Sean. 82 00:04:35,733 --> 00:04:39,320 Malang buat dia, Boston akan belasah LA cukup-cukup. 83 00:04:39,404 --> 00:04:41,281 Boston akan menang tanpa kalah. 84 00:04:41,364 --> 00:04:42,949 Saya tarik balik. Dia masih bodoh. 85 00:04:43,032 --> 00:04:45,493 Jangan dengar cakap dia. Pasukan kau hebat. 86 00:04:45,576 --> 00:04:50,540 - Kau menguasai pusingan playoff. - Entahlah. Chicago buat aku tak keruan. 87 00:04:52,166 --> 00:04:54,419 Itulah persamaan aku dan Chicago. 88 00:04:54,919 --> 00:04:58,172 Adakah bijak untuk jalinkan hubungan dengan lelaki yang tinggal jauh 89 00:04:58,256 --> 00:05:01,592 yang juga jurulatih pasukan yang saya paling tak suka? 90 00:05:01,676 --> 00:05:04,262 Entahlah. Tapi kami setuju untuk nikmati saat ini. 91 00:05:04,762 --> 00:05:06,806 Walaupun malam ini perlawanan pertama. 92 00:05:06,889 --> 00:05:09,267 Okey, kereta aku dalam perjalanan, 93 00:05:09,350 --> 00:05:12,562 dan untuk pastikan tiada saksi, aku tempah kereta tanpa pemandu. 94 00:05:12,645 --> 00:05:14,439 Kereta itu penuh dengan kamera. 95 00:05:15,481 --> 00:05:16,316 Betul juga. 96 00:05:16,399 --> 00:05:21,738 Kita kena bincang tentang hubungan kita memandangkan pusingan akhir dah mula. 97 00:05:21,821 --> 00:05:24,490 Okey, memandangkan kau sangat kuat bersaing, 98 00:05:24,574 --> 00:05:26,534 kita tak patut cakap tentang bola keranjang 99 00:05:26,617 --> 00:05:27,702 hinggalah musim tamat. 100 00:05:27,785 --> 00:05:28,745 Apa? 101 00:05:28,828 --> 00:05:31,289 Kau lagi kuat bersaing. 102 00:05:31,372 --> 00:05:33,708 Sekarang pun kau tengah bersaing. 103 00:05:33,791 --> 00:05:35,460 Ya, dan aku tengah menang. 104 00:05:38,963 --> 00:05:39,839 Okey. 105 00:05:41,591 --> 00:05:42,675 Betul kata kau. 106 00:05:43,968 --> 00:05:46,471 - Jangan cakap tentang bola keranjang. - Setuju. 107 00:05:49,932 --> 00:05:53,269 Aku baru dapat mesej. Kenderaan baru dalam perjalanan. 108 00:05:53,353 --> 00:05:54,771 Lagi 18 minit. 109 00:05:56,105 --> 00:05:57,815 Jadi… 110 00:06:09,619 --> 00:06:13,081 Ini itinerari untuk pencarian bakat kau sebaik saja tamat perlawanan akhir. 111 00:06:13,164 --> 00:06:14,791 Okey. Jebjana? 112 00:06:15,625 --> 00:06:16,501 Ljubljana. 113 00:06:16,584 --> 00:06:19,045 Ljubljana ke Belgrade ke Croatia? 114 00:06:19,128 --> 00:06:21,130 Kau boleh jumpa small forward dari Split itu. 115 00:06:21,214 --> 00:06:24,467 - Marco Kukoc? Bagus. - Catatan ujian fizikalnya luar biasa. 116 00:06:24,550 --> 00:06:25,385 Okey. 117 00:06:25,468 --> 00:06:28,721 Siapa tempah Four Seasons dan Ritz untuk perlawanan kita di Boston? 118 00:06:28,805 --> 00:06:30,056 Melampau betul. 119 00:06:30,139 --> 00:06:31,182 Itu perlawanan akhir. 120 00:06:31,265 --> 00:06:34,143 Kita perlukan hotel untuk isteri dan perempuan simpanan. 121 00:06:34,227 --> 00:06:37,855 Kalau ikutkan, Embassy Suite pun kita kena tempah untuk skandal tempatan. 122 00:06:37,939 --> 00:06:39,982 Kenapa dengan kamu? 123 00:06:40,066 --> 00:06:40,942 Baiklah. 124 00:06:41,484 --> 00:06:44,737 Aku sedang diperhatikan kerana hal Abang Cam. 125 00:06:44,821 --> 00:06:47,031 Perbelanjaan kita tak boleh dipersoalkan lagi. 126 00:06:47,115 --> 00:06:51,160 Okey. Kita dah bincang tentang ini. Kamu buat benda yang betul. Jangan risau. 127 00:06:51,244 --> 00:06:52,662 Kau takut dengan siapa? 128 00:06:52,745 --> 00:06:55,957 Cuma Cam saja yang tahu. Dia takkan dedahkannya, bukan? 129 00:06:56,040 --> 00:06:59,377 Ya. Cuma Abang Cam, aku, dan Aruna. 130 00:06:59,877 --> 00:07:01,045 - Aruna? - Aruna? 131 00:07:01,129 --> 00:07:02,422 Terukkah? 132 00:07:04,632 --> 00:07:06,467 Jurulatih meminta masa rehat. 133 00:07:06,551 --> 00:07:08,678 Perlawanan pertama ini memang sengit. 134 00:07:08,761 --> 00:07:11,639 Boston mendahului LA satu mata, berbaki 10 saat. 135 00:07:11,722 --> 00:07:14,600 - Ada gula-gula getah? - Kau dah habiskan aku punya. 136 00:07:14,684 --> 00:07:16,102 Saya ada. 137 00:07:16,185 --> 00:07:17,979 Anda mungkin di kerusi bertuah. 138 00:07:18,688 --> 00:07:21,482 Saya dah beli penapis udara. Awak boleh tidur di rumah saya. 139 00:07:22,191 --> 00:07:24,610 Dah beritahu Isla awak nak habiskan musim panas di DC? 140 00:07:24,694 --> 00:07:27,613 Belum. Perlawanan sengit. Nanti saya telefon. 141 00:07:28,948 --> 00:07:30,533 - Dah mula. - Jerit "Waves". 142 00:07:30,616 --> 00:07:32,326 Satu, dua, tiga, Waves! 143 00:07:36,038 --> 00:07:36,873 Ayuh, Tommy. 144 00:07:38,374 --> 00:07:40,376 Mari kita lihat rancangan Norm. 145 00:07:40,877 --> 00:07:42,753 Buat pengadang! 146 00:07:44,046 --> 00:07:45,631 Bola akan ke Marcus! 147 00:07:47,008 --> 00:07:50,052 Boston mengawal Marcus, yang terpaksa menghantar kepada Gibbs. 148 00:07:50,136 --> 00:07:52,096 Untuk kemenangan! 149 00:07:52,180 --> 00:07:53,347 Tak masuk. 150 00:07:53,431 --> 00:07:55,433 Boston menang perlawanan pertama. 151 00:07:55,516 --> 00:07:57,643 Jay Brown dapat membaca strateginya. 152 00:07:57,727 --> 00:07:58,853 Bagus. 153 00:07:58,936 --> 00:08:01,814 Nampaknya Winfield cedera. 154 00:08:01,898 --> 00:08:03,024 Kenapa? 155 00:08:14,827 --> 00:08:17,288 Penghantaran ayam pedas untuk Isla. 156 00:08:18,664 --> 00:08:21,042 Saya minta penghantaran tanpa sentuhan. 157 00:08:21,125 --> 00:08:23,544 Mesti ada sentuhan. 158 00:08:34,514 --> 00:08:37,266 Kecederaan meniskus. Sekarang, baru koyak separa. 159 00:08:37,350 --> 00:08:41,103 Tapi kalau dia terus main, kecederaannya boleh jadi lebih teruk. 160 00:08:41,187 --> 00:08:43,814 - Dia dah tak boleh main musim ini? - Aku kena main. 161 00:08:43,898 --> 00:08:45,775 Aku dah agak dia cakap begitu. 162 00:08:45,858 --> 00:08:48,778 Dah berbulan-bulan dia main dengan kecederaan ini. 163 00:08:48,861 --> 00:08:50,655 Aku okey. Aku ada doktor sendiri. 164 00:08:50,738 --> 00:08:53,824 Doktor sendiri? Apa ini? Aku ingat kita kawan. 165 00:08:53,908 --> 00:08:54,742 Aku pun. 166 00:08:55,409 --> 00:08:58,287 Kita ada hubungan kerja yang baik, bukan? 167 00:08:58,371 --> 00:09:01,165 Macam Murtaugh dan Riggs dalam Lethal Weapons. 168 00:09:01,249 --> 00:09:02,750 Kejap. Siapa jadi siapa? 169 00:09:02,833 --> 00:09:04,335 Dia Danny Glover. Aku Mel Gibson. 170 00:09:04,418 --> 00:09:06,963 - Tapi dia yang muda. - Norm, Dr. Haber. 171 00:09:07,797 --> 00:09:08,798 Boleh keluar kejap? 172 00:09:08,881 --> 00:09:09,966 - Baik. - Okey. 173 00:09:13,844 --> 00:09:15,346 Marcus, kamu tak boleh main. 174 00:09:16,264 --> 00:09:17,390 Aku tak setuju. 175 00:09:17,473 --> 00:09:18,307 Maafkan aku, 176 00:09:18,391 --> 00:09:20,893 tapi kamu tak membantu kalau kamu tempang. 177 00:09:24,105 --> 00:09:25,523 Kalau ini peluang terakhir aku? 178 00:09:27,650 --> 00:09:32,655 Mungkin betul, tapi ini mungkin satu-satunya peluang ahli pasukan kamu. 179 00:09:33,447 --> 00:09:36,033 Aku cuma susah bergerak sikit. Dengar sini, Isla… 180 00:09:39,287 --> 00:09:40,913 aku perlu bermain. 181 00:09:43,291 --> 00:09:44,292 Tolonglah. 182 00:09:46,377 --> 00:09:48,004 Aku larang kamu bermain. 183 00:09:48,087 --> 00:09:50,256 Fokus untuk sembuhkan lutut kamu. 184 00:09:50,339 --> 00:09:51,465 Itu arahan. 185 00:09:58,723 --> 00:10:00,891 Waves tewas perlawanan kedua. 186 00:10:00,975 --> 00:10:02,560 Bukan kalah tipis. 187 00:10:02,643 --> 00:10:06,897 Marcus Winfield tidak bermain, malah tiada di arena. 188 00:10:06,981 --> 00:10:11,277 LA akan ke Boston tanpa pemain utama mereka. 189 00:10:13,154 --> 00:10:14,572 Hei, bungkusan untuk Isla. 190 00:10:15,323 --> 00:10:18,117 Makin banyak aku kalah, makin tak comel penyamaran kau. 191 00:10:18,701 --> 00:10:19,660 Masih berkesan tak? 192 00:10:21,579 --> 00:10:22,496 Ya. 193 00:10:24,123 --> 00:10:25,082 Ya. 194 00:10:29,795 --> 00:10:31,589 Aruna, pujaan aku. 195 00:10:32,465 --> 00:10:34,759 Kau apa khabar? 196 00:10:34,842 --> 00:10:36,719 Kau tak ke Boston dengan pasukan? 197 00:10:36,802 --> 00:10:38,346 Berjauhan dengan kawan baik aku? 198 00:10:40,181 --> 00:10:42,308 - Nak charcuterie? - Aku mengandung. 199 00:10:42,391 --> 00:10:43,976 Bakal jadi ibu! 200 00:10:46,354 --> 00:10:50,483 Aku cuma nak selesaikan isu cek pusat pemulihan Cam 201 00:10:50,566 --> 00:10:53,903 dan nak tahu cara yang kau pilih untuk jelaskannya. 202 00:10:53,986 --> 00:10:55,321 Aku tak pilih apa-apa. 203 00:10:55,404 --> 00:10:58,699 Cek itu difailkan secara salah. Aku pun maklumkan kepada kau. 204 00:10:58,783 --> 00:11:03,954 Betul. Tapi memandangkan kita dah bayar balik dan Cam dah tiada, 205 00:11:04,830 --> 00:11:07,792 boleh kita rahsiakan hal ini? 206 00:11:07,875 --> 00:11:09,251 Aku tahu apa kau nak buat. 207 00:11:10,836 --> 00:11:12,880 - Aku akan simpan rahsia kau. - Leganya. 208 00:11:13,631 --> 00:11:14,840 Terima kasih, Aruna. 209 00:11:14,924 --> 00:11:17,051 Melainkan ada orang tanya. Aku tak boleh tipu. 210 00:11:17,134 --> 00:11:18,302 Apa? 211 00:11:18,386 --> 00:11:19,887 Janganlah. Kenapa? 212 00:11:19,970 --> 00:11:21,597 Moral aku tak macam keluarga kau. 213 00:11:22,181 --> 00:11:23,974 Aku pun tak. Aku baik. 214 00:11:24,058 --> 00:11:25,601 Ikut suka kaulah. 215 00:11:32,316 --> 00:11:33,234 Aduhai. 216 00:11:33,317 --> 00:11:36,779 LA tewas perlawanan ketiga pusingan akhir di Boston. 217 00:11:36,862 --> 00:11:38,656 Di mana Marcus Winfield? 218 00:11:38,739 --> 00:11:41,200 - Dah berakhir, Ali. - Belum lagi. 219 00:11:41,283 --> 00:11:44,495 Memang kita ketinggalan 3-0 dan tak pernah ada pasukan dapat bangkit. 220 00:11:44,578 --> 00:11:47,665 Tapi rambut kau masih cantik. 221 00:11:51,460 --> 00:11:53,337 - Apa bendanya… - Jay! 222 00:11:53,421 --> 00:11:55,172 Hei. Gila betullah. 223 00:11:55,256 --> 00:11:57,466 Aku ingat ini bilik aku. 224 00:11:57,550 --> 00:11:59,802 Kau merepek apa? Kau tinggal di bandar ini. 225 00:11:59,885 --> 00:12:02,179 Aku tahu. Memang pelik. Aku… 226 00:12:02,263 --> 00:12:04,432 - Biar betul? - Aku dah tersilap. 227 00:12:04,515 --> 00:12:05,933 Biar betul? 228 00:12:06,016 --> 00:12:07,268 Maafkan aku. Jumpa lagi. 229 00:12:11,772 --> 00:12:16,736 - Ia bermula selepas kami lawan McShay. - Kenapa kau tak beritahu aku? 230 00:12:16,819 --> 00:12:17,778 Kami berbalas mesej, 231 00:12:17,862 --> 00:12:20,781 dan apabila mara ke peringkat akhir, hubungan kami jadi serius. 232 00:12:20,865 --> 00:12:23,159 Jadi, kau berdua berpacaran? 233 00:12:23,242 --> 00:12:25,119 Kami nikmati saja hubungan ini. 234 00:12:26,287 --> 00:12:29,290 Kenapa? Hubungan jarak jauh boleh berjaya. 235 00:12:29,373 --> 00:12:32,418 Aku bukan nak berkasar. Aku tahu kau nak nikmatinya, 236 00:12:32,501 --> 00:12:35,087 tapi sekarang peluang kau untuk menang kejuaraan. 237 00:12:36,589 --> 00:12:38,215 Aku akui masanya tak sesuai. 238 00:12:38,299 --> 00:12:41,135 Juga berbahaya kerana meniduri musuh ketika perang. 239 00:12:41,218 --> 00:12:44,180 Aku tak beri dia strategi kita waktu kami… 240 00:12:44,263 --> 00:12:46,140 Jay tak perlu bantuan pun. 241 00:12:46,223 --> 00:12:48,225 Boston menguasai semua pasukan dalam playoff. 242 00:12:48,309 --> 00:12:49,769 Kecuali Chicago. 243 00:12:49,852 --> 00:12:50,686 Benar. 244 00:12:54,690 --> 00:12:56,734 - Apa? - Panggil Abang Ness. 245 00:13:01,322 --> 00:13:05,159 Boston menang dengan purata sembilan mata setiap perlawanan kecuali dengan Chicago. 246 00:13:05,242 --> 00:13:07,077 Mereka cuma mengatasi Chicago tiga mata. 247 00:13:07,161 --> 00:13:08,871 Dua daripadanya masuk masa tambahan. 248 00:13:09,497 --> 00:13:11,207 Apa lainnya Chicago? 249 00:13:12,082 --> 00:13:15,377 Mereka turunkan pemain kecil. Empat guard, seorang power forward. 250 00:13:15,461 --> 00:13:18,047 Tekanan zon tanpa henti. Itu mengubah corak permainan. 251 00:13:19,006 --> 00:13:20,466 Kita akan guna gaya Chicago. 252 00:13:20,549 --> 00:13:23,010 Serang dari tepi, buat Turner dan Kuman faul, 253 00:13:23,093 --> 00:13:24,220 rampas kelebihan mereka. 254 00:13:25,137 --> 00:13:26,388 Apa pendapat abang? 255 00:13:26,472 --> 00:13:27,932 Gaya Chicago. 256 00:13:29,433 --> 00:13:30,518 Aku suka. 257 00:13:31,560 --> 00:13:35,314 Buat aku teringin nak makan piza juga. Aku akan beritahu jurulatih. 258 00:13:37,733 --> 00:13:39,860 Kenapa kamu tak terfikir tiga perlawanan lepas? 259 00:13:48,035 --> 00:13:48,869 Hei. 260 00:13:48,953 --> 00:13:50,204 Boleh kita bincang. 261 00:13:51,205 --> 00:13:55,709 Aku rasa hubungan kita macam semakin rumit, 262 00:13:55,793 --> 00:13:58,212 dan mungkin kita patut berhenti seketika. 263 00:13:58,295 --> 00:14:00,589 - Ini sebab Ali nampak aku bogel? - Tak. 264 00:14:00,673 --> 00:14:04,051 Aku cuma susah nak fokus. 265 00:14:05,511 --> 00:14:06,887 Fokus atau kalah? 266 00:14:07,388 --> 00:14:10,349 Kau pun akan rasa begitu kalau kau ketinggalan 3-0. 267 00:14:10,432 --> 00:14:13,894 Ya, tapi aku ingat kita dah setuju tak nak cakap tentang bola keranjang. 268 00:14:13,978 --> 00:14:17,940 Ya, kita juga tak berseluar waktu buat keputusan itu. 269 00:14:18,440 --> 00:14:21,569 Boleh tak kita sambung selepas pusingan akhir tamat? 270 00:14:22,736 --> 00:14:23,571 Boleh. 271 00:14:24,488 --> 00:14:25,322 Ya. 272 00:14:26,782 --> 00:14:28,242 Satu lagi perlawanan. 273 00:14:30,953 --> 00:14:32,246 Kau berlagak, ya? 274 00:14:32,746 --> 00:14:34,874 Kita dah jadi pesaing semula. 275 00:14:37,334 --> 00:14:38,919 - Okey. - Okey. 276 00:14:39,420 --> 00:14:41,463 - Selamat berjaya. - Samalah. 277 00:14:52,057 --> 00:14:55,227 LA yang serba kekurangan berjaya elak penyingkiran, 278 00:14:55,311 --> 00:14:58,147 tapi Boston masih mendahului 3-1. 279 00:14:58,230 --> 00:15:00,983 Tengoklah tadi. Gaya Chicago berkesan. 280 00:15:01,066 --> 00:15:05,446 Jay gelabah sepanjang perlawanan. Nampak tak dia tersedak Gatorade tadi? 281 00:15:05,529 --> 00:15:09,909 Seronok tengok mukanya berpeluh-peluh dan sembap macam kita semua. 282 00:15:09,992 --> 00:15:11,493 Ada berita tentang Marcus? 283 00:15:11,577 --> 00:15:13,454 Tak, Ray dan Roy tutup telefon. 284 00:15:13,537 --> 00:15:17,041 Aku tahu dia bengang, tapi dia sepatutnya datang beri sokongan. 285 00:15:17,124 --> 00:15:19,084 Jangan risau. Kita akan cari dia. 286 00:15:19,168 --> 00:15:20,002 Ceria sikit. 287 00:15:20,085 --> 00:15:21,503 - Kakak okey? - Kuat sangat? 288 00:15:22,880 --> 00:15:23,923 Itu gigi kamu? 289 00:15:24,006 --> 00:15:26,884 Kau banyak sangat kunyah gula-gula getah. 290 00:15:26,967 --> 00:15:29,178 Kami akan bawa kakak jumpa doktor gigi di LA. 291 00:15:29,261 --> 00:15:30,638 Jackie, masuk cepat! Pandu! 292 00:15:30,721 --> 00:15:31,722 Biar betul? 293 00:15:31,805 --> 00:15:34,475 Kita sepatutnya balik berasingan. Ini mungkin berjangkit. 294 00:15:36,644 --> 00:15:38,729 Okey, Gene. Duduklah di sini bulan ini. 295 00:15:39,897 --> 00:15:42,483 Biar betul? Aku main-main sajalah. 296 00:15:44,068 --> 00:15:45,945 Hei, semuanya okey? 297 00:15:46,445 --> 00:15:50,616 Tak. Suami aku nak pindah ke Austin untuk jadi "pelawak komediri". 298 00:15:50,699 --> 00:15:53,243 Dia rasa dia berpeluang untuk jadi pembantu Theo Von. 299 00:15:54,328 --> 00:15:55,496 Apa cerita? 300 00:15:56,580 --> 00:15:58,040 Kau patut ikut aku cari bakat. 301 00:15:58,749 --> 00:16:00,668 - Apa? - Kau mahir hal ini. 302 00:16:00,751 --> 00:16:03,963 Kau pandai cari kekurangan dan buat orang nampak lemah. 303 00:16:04,046 --> 00:16:06,090 - Entahlah. - Aku perlu bantuan. 304 00:16:06,173 --> 00:16:07,967 Mereka anggap aku pak cik seronok. 305 00:16:08,842 --> 00:16:10,886 Mereka perlu tahu ada ibu harimau garang. 306 00:16:11,470 --> 00:16:12,471 Ibu harimau cukuplah. 307 00:16:12,554 --> 00:16:13,973 Ibu harimau. 308 00:16:14,056 --> 00:16:15,057 Beginilah. 309 00:16:17,351 --> 00:16:18,352 Aku setuju. 310 00:16:19,061 --> 00:16:20,104 Cantik. 311 00:16:20,604 --> 00:16:23,107 Aku makan pil tidur kali terakhir aku merentas Atlantik, 312 00:16:23,190 --> 00:16:25,859 dan aku merayau-rayau. Tapi masalah itu dah selesai. 313 00:16:25,943 --> 00:16:26,902 Monica! 314 00:16:32,241 --> 00:16:34,952 Isla, awak kena mula flos gigi. 315 00:16:35,035 --> 00:16:37,413 Saya flos. 316 00:16:37,496 --> 00:16:40,249 Saya baru buang salad Cobb daripada mulut awak. 317 00:16:40,749 --> 00:16:41,875 En. McShay! 318 00:16:41,959 --> 00:16:44,670 - Hai. - Seronok dapat tengok gusi awak. 319 00:16:44,753 --> 00:16:47,548 Entah bagaimana, gigi awak nampak makin tersusun. 320 00:16:47,631 --> 00:16:48,549 Genetik. 321 00:16:51,593 --> 00:16:52,428 Hei. 322 00:16:52,511 --> 00:16:54,596 Kau cari gigi untuk pemain hoki kau? 323 00:16:54,680 --> 00:16:57,683 - Dr. Weaver memang doktor gigi aku. - Samalah. 324 00:16:57,766 --> 00:17:01,186 Dia pasangkan pendakap gigi aku waktu aku kecil dan dewasa. 325 00:17:01,270 --> 00:17:02,479 Bukan untuk dibanggakan. 326 00:17:03,605 --> 00:17:04,440 Memang tak. 327 00:17:05,065 --> 00:17:08,027 Aku tak berapa okey. Dah seharian aku tak makan. 328 00:17:08,110 --> 00:17:12,322 Kau beruntung kerana bangunan ini ada restoran terbaik di Los Angeles. 329 00:17:13,449 --> 00:17:14,408 Kau dah okey? 330 00:17:14,491 --> 00:17:17,286 - Paras gula dah normal? - Dulu ini kedai cerut, bukan? 331 00:17:17,369 --> 00:17:19,163 Selepas itu, kedai kek cawan, 332 00:17:19,246 --> 00:17:20,664 kemudian kedai fedora. 333 00:17:21,915 --> 00:17:23,959 Kau masih seronok selepas menang semalam? 334 00:17:24,043 --> 00:17:25,085 Ya. 335 00:17:26,045 --> 00:17:26,879 Kami perlukannya. 336 00:17:26,962 --> 00:17:29,631 Memang bijak tukar strategi. Mereka tak bersedia. 337 00:17:29,715 --> 00:17:30,632 Kau tengok. 338 00:17:30,716 --> 00:17:33,635 Mestilah. Aku dari LA. Aku suka segalanya tentang LA. 339 00:17:33,719 --> 00:17:36,889 Kecuali Lebuh Raya 405. Memang teruk. 340 00:17:36,972 --> 00:17:39,850 - Laluan 110 lagilah teruk. - Memang pun. 341 00:17:39,933 --> 00:17:42,853 Aku suka keluar dari kiri macam orang bodoh. 342 00:17:43,771 --> 00:17:46,815 Nampak tak? Aku dah agak janji temu kita menyeronokkan. 343 00:17:46,899 --> 00:17:48,609 - Ini bukan janji temu. - Bukan? 344 00:17:48,692 --> 00:17:51,320 Tak, ini dua orang berbual di plaza perubatan. 345 00:17:51,904 --> 00:17:52,738 Okey. 346 00:17:52,821 --> 00:17:55,824 - Mari kita keluar makan malam. - Nanti dulu. 347 00:17:55,908 --> 00:17:58,786 Mungkin kita akan terserempak di tempat rawatan kaki. 348 00:18:01,330 --> 00:18:03,707 Dyson buat cubaan tiga mata. Masuk lagi! 349 00:18:03,791 --> 00:18:06,502 Waves bangkit untuk menang perlawanan kelima. 350 00:18:06,585 --> 00:18:09,213 Perlawanan keenam dikuasai Waves. 351 00:18:09,296 --> 00:18:10,672 Travis kepada Tommy. 352 00:18:10,756 --> 00:18:14,635 Waves menang besar di Boston untuk memaksa perlawanan ketujuh. 353 00:18:14,718 --> 00:18:16,386 Kemenangan luar biasa, John. 354 00:18:16,470 --> 00:18:19,473 Mampukah Isla Gordon membawa pulang kejuaraan pertamanya? 355 00:18:19,556 --> 00:18:20,974 Kita akan tahu malam ini. 356 00:18:22,851 --> 00:18:23,977 Jackie! 357 00:18:25,395 --> 00:18:27,523 Ada berita tentang Marcus? 358 00:18:27,606 --> 00:18:29,483 - Tiada. - Tak guna betul. 359 00:18:29,566 --> 00:18:31,902 Saya ambil gula-gula getah kakak. Arahan Dr. Weaver. 360 00:18:31,985 --> 00:18:35,280 Kalau kakak nak mengunyah, ada keju lembut dan oat di bilik rehat. 361 00:18:37,241 --> 00:18:38,117 Terima kasih. 362 00:18:40,160 --> 00:18:41,829 Jackie, duduk sekejap. 363 00:18:45,165 --> 00:18:48,627 Abang Cam banyak salah, tapi dia betul tentang satu benda. 364 00:18:48,710 --> 00:18:50,003 Cukai itu mencuri? 365 00:18:50,087 --> 00:18:50,921 Tak. 366 00:18:51,004 --> 00:18:52,923 Kamu layak dapat lebih banyak peluang. 367 00:18:53,799 --> 00:18:56,218 Kamu nak tak ikut Abang Ness cari bakat di Eropah? 368 00:18:56,301 --> 00:18:58,178 Kakak seriuskah? 369 00:18:58,262 --> 00:19:01,056 - Ya. - Saya memang teringin nak ke Eropah. 370 00:19:01,140 --> 00:19:02,933 Itu benua kegemaran saya. 371 00:19:03,016 --> 00:19:04,101 Baguslah. 372 00:19:06,228 --> 00:19:07,771 Tapi saya terpaksa tolak. 373 00:19:09,231 --> 00:19:12,776 - Betulkah? Kenapa? - Saya dah lama nak bincang dengan kakak. 374 00:19:13,360 --> 00:19:15,320 Sofia kerja praktikal di DC, 375 00:19:15,404 --> 00:19:20,367 dan saya ingat nak ambil cuti untuk lawat dia pada musim panas. 376 00:19:20,450 --> 00:19:22,244 Baguslah. 377 00:19:24,121 --> 00:19:25,914 Apa kamu nak buat waktu di sana? 378 00:19:27,166 --> 00:19:30,252 Tolong dia bersiap pada waktu pagi, kemudian… 379 00:19:31,628 --> 00:19:33,172 Entah. Tunggu dia balik. 380 00:19:33,755 --> 00:19:34,756 Jackie. 381 00:19:36,508 --> 00:19:37,926 Aku ada kawan. 382 00:19:38,427 --> 00:19:42,973 Dia dapat tawaran kerja yang dia impikan di Paris 383 00:19:43,056 --> 00:19:48,854 tapi dia tolak kerana dia nak luangkan musim panas dengan teman lelakinya. 384 00:19:49,605 --> 00:19:52,691 Sebulan kemudian, mereka berpisah. 385 00:19:53,192 --> 00:19:57,738 Dia akan sentiasa dikenali sebagai gadis yang tak pergi ke Paris. 386 00:19:59,406 --> 00:20:01,366 Itu macam LC dalam The Hills. 387 00:20:01,867 --> 00:20:05,245 Memang LC dalam The Hills. Dia kawan aku. Aku sayang dia. 388 00:20:05,329 --> 00:20:08,957 Tapi kamu nak jadi macam LC? 389 00:20:14,213 --> 00:20:16,965 Selamat datang ke perlawanan ketujuh pusingan akhir ABL. 390 00:20:17,049 --> 00:20:20,636 LA lawan Boston. Perlawanan penentuan. 391 00:20:21,345 --> 00:20:23,388 Kau dah sedia? Kau gementar? 392 00:20:24,014 --> 00:20:25,224 Dua-dua pun ya. 393 00:20:27,392 --> 00:20:30,103 Mari kita harungi malam terbaik atau terburuk ini. 394 00:20:45,619 --> 00:20:47,746 - Pasti seronok. - Selamat berjaya. 395 00:20:49,748 --> 00:20:53,669 Daftar untuk kad kredit rasmi Waves dan dapatkan patung mini… 396 00:20:56,213 --> 00:20:58,006 Tak sangka Marcus masih tiada. 397 00:20:58,090 --> 00:21:01,134 Dia boleh benci aku, tapi dia sepatutnya berada di sini. 398 00:21:01,218 --> 00:21:05,389 - Berikan sorakan! - Baiklah, perlawanan dah nak mula. 399 00:21:05,472 --> 00:21:07,391 Perlawanan ketujuh. Dah sedia, Edgar? 400 00:21:07,474 --> 00:21:09,977 Langgar tembok pun saya sedia, John. 401 00:21:10,060 --> 00:21:11,812 Selepas perlawanan nantilah. 402 00:21:11,895 --> 00:21:13,021 Perlawanan bermula. 403 00:21:13,105 --> 00:21:16,984 Boston mendapat bola dan Howard melompat untuk membuat dunk. 404 00:21:17,651 --> 00:21:19,194 Bola Waves. 405 00:21:19,278 --> 00:21:21,488 White mengatur serangan. 406 00:21:22,781 --> 00:21:24,741 Dyson masuk menerima bola. 407 00:21:24,825 --> 00:21:25,909 Tak masuk. 408 00:21:26,410 --> 00:21:30,038 Howard sudah memecut awal dan membuat satu lagi jaringan. 409 00:21:30,122 --> 00:21:31,373 Halang dia. 410 00:21:31,456 --> 00:21:32,416 Dia membelasah kita. 411 00:21:32,499 --> 00:21:35,419 Pasukan Boston yang lebih besar bermula garang. 412 00:21:35,502 --> 00:21:36,670 Ayuh! 413 00:21:37,713 --> 00:21:40,173 - Bola Tommy dirampas. - Balik. 414 00:21:41,425 --> 00:21:42,801 LA ketinggalan 20 mata. 415 00:21:42,884 --> 00:21:45,846 Jay Brown dan Boston berjaya mematahkan strategi baru LA 416 00:21:45,929 --> 00:21:48,015 dengan serangan balas mereka 417 00:21:53,854 --> 00:21:55,689 - Maaf. - Terima kasih. 418 00:21:56,189 --> 00:21:57,190 Itu mai tai? 419 00:21:57,274 --> 00:21:59,026 - Ini PM. - PM? 420 00:21:59,109 --> 00:22:00,027 Pergi Mampus. 421 00:22:00,110 --> 00:22:01,945 - Jackie. - Itulah namanya. 422 00:22:02,029 --> 00:22:04,072 Ya, adik. 423 00:22:04,156 --> 00:22:06,950 Kita patut luangkan masa sehari di Dubrovnik. 424 00:22:07,034 --> 00:22:09,911 Ada budak boleh jaringkan tiga mata dari tengah gelanggang. 425 00:22:09,995 --> 00:22:12,080 Di sana juga pusat udang Eropah Timur. 426 00:22:12,164 --> 00:22:13,915 Kalau ada pantai, aku setuju. 427 00:22:13,999 --> 00:22:16,376 Kau berdua nak pergi kerja atau berbulan madu? 428 00:22:16,877 --> 00:22:18,920 - Apa? - Kau merepek apa, Sandy? 429 00:22:19,004 --> 00:22:22,591 Aku tahu hal Cam buat kau risau, tapi kau teruk apabila mabuk. 430 00:22:22,674 --> 00:22:25,218 Kau kena minum kopi. Gail, boleh bawakan kopi? 431 00:22:25,302 --> 00:22:26,261 Jangan minum dah. 432 00:22:26,345 --> 00:22:28,889 Kopi dan PM, Gail. 433 00:22:29,556 --> 00:22:31,266 Separuh masa kedua dah nak mula, 434 00:22:31,350 --> 00:22:34,603 tapi Waves tanpa Marcus Winfield ketinggalan jauh. 435 00:22:34,686 --> 00:22:35,812 Jay fokus betul. 436 00:22:37,939 --> 00:22:38,982 Baiklah. 437 00:22:39,483 --> 00:22:42,110 Aku tahu nampak macam mustahil, 438 00:22:42,194 --> 00:22:45,280 dan mungkin mustahil, tapi tak bermakna tak mungkin. 439 00:22:45,364 --> 00:22:47,115 Jurulatih, itulah maksudnya. 440 00:22:51,536 --> 00:22:55,082 Memasuki arena, Marcus Winfield! 441 00:22:55,165 --> 00:22:56,917 - Kau ke mana? - China. 442 00:22:57,000 --> 00:22:58,668 Aku baru sampai sejam lepas. 443 00:22:58,752 --> 00:22:59,920 Apa? 444 00:23:00,003 --> 00:23:01,296 Ada makmal di Chengdu. 445 00:23:01,380 --> 00:23:03,799 Ada terapi eksperimen yang tiada di tempat lain. 446 00:23:03,882 --> 00:23:05,634 - Kau boleh main? - Boleh. 447 00:23:05,717 --> 00:23:07,511 - Cantik! - Baiklah. 448 00:23:08,011 --> 00:23:09,179 Satu perkara lagi. 449 00:23:10,472 --> 00:23:15,268 Aku nak cerita tentang malam aku bertemu mendiang isteri aku. 450 00:23:15,352 --> 00:23:17,229 Tarikhnya Oktober 1990. 451 00:23:17,312 --> 00:23:22,943 Aku ingat kerana waktu itu Mak Cik Viv dalam Fresh Prince masih pelakon asal. 452 00:23:23,443 --> 00:23:26,238 Mungkin tahun 1991 kerana aku teringat cerita Roseanne. 453 00:23:26,321 --> 00:23:28,448 - Pokoknya… - Jurulatih, boleh aku cakap? 454 00:23:29,324 --> 00:23:30,617 Biar aku tolong. 455 00:23:31,743 --> 00:23:32,911 Okey. Terima kasih. 456 00:23:32,994 --> 00:23:36,164 Kami semua tahu kau rindukan mendiang isteri kau. 457 00:23:36,248 --> 00:23:38,959 Tapi jika dia melihat sekarang, dia cuma nak satu benda. 458 00:23:39,459 --> 00:23:41,336 Dia nak kita menang perlawanan ini! 459 00:23:43,255 --> 00:23:44,506 Laungkan "Waves"! 460 00:23:44,589 --> 00:23:46,007 - Satu, dua, tiga. - Waves! 461 00:23:47,092 --> 00:23:48,135 Cerita Golden Girls. 462 00:23:48,218 --> 00:23:49,261 Sungguh tak sangka. 463 00:23:49,344 --> 00:23:53,056 Tengoklah. Marcus Winfield akan bermain dalam separuh masa kedua. 464 00:23:53,849 --> 00:23:54,683 Kamu ke mana? 465 00:23:55,183 --> 00:23:58,061 Kau suruh aku sembuhkan lutut. Itu yang aku buat. 466 00:24:01,231 --> 00:24:04,067 Separuh masa kedua dah bermula. 467 00:24:04,151 --> 00:24:07,988 Marcus Winfield dah kembali, dan terus menjaga seluruh gelanggang. 468 00:24:08,864 --> 00:24:11,908 Dia merampas bola daripada Turner. Winfield membuat serangan. 469 00:24:12,784 --> 00:24:14,244 Masuk dan faul! 470 00:24:14,327 --> 00:24:16,163 - Tambah satu! - Apa? 471 00:24:16,246 --> 00:24:17,789 Itu faul keempat Turner. 472 00:24:17,873 --> 00:24:19,499 Waves menyerang lagi. 473 00:24:19,583 --> 00:24:21,251 Tommy White berjaya menembusi. 474 00:24:21,334 --> 00:24:22,461 Jangan beri dia peluang! 475 00:24:22,544 --> 00:24:23,628 Bola kepada Marcus. 476 00:24:24,713 --> 00:24:26,131 Masuk! 477 00:24:26,965 --> 00:24:28,216 Berikan tekanan! 478 00:24:29,342 --> 00:24:31,928 - Bertahan! - LA meneruskan tekanan pertahanan. 479 00:24:32,012 --> 00:24:33,096 Turner mempunyai bola. 480 00:24:33,180 --> 00:24:34,473 Tersasar. 481 00:24:35,390 --> 00:24:38,185 Bola kepada Gibbs. Dihantar kepada Tommy. 482 00:24:38,268 --> 00:24:39,311 Percubaan tiga mata. 483 00:24:39,811 --> 00:24:41,354 Masuk! 484 00:24:42,272 --> 00:24:44,441 Kita kena halang mereka. 485 00:24:45,025 --> 00:24:47,611 Pertahanan LA semakin ketat. 486 00:24:47,694 --> 00:24:48,778 Bola dicuri lagi. 487 00:24:49,362 --> 00:24:51,781 Atkins menghantarnya kepada Edwards. 488 00:24:51,865 --> 00:24:54,034 Slam dunk! 489 00:24:55,035 --> 00:24:56,453 Dia panik. Jay panik. 490 00:24:59,414 --> 00:25:03,376 Berbaki kurang seminit, John. Waves perlu dapatkan mata. 491 00:25:04,878 --> 00:25:05,879 Faul! 492 00:25:05,962 --> 00:25:09,716 Adrian Turner, penjaring utama Boston, terkeluar kerana habis faul. 493 00:25:10,342 --> 00:25:11,468 LA melawan balik. 494 00:25:11,551 --> 00:25:12,636 Tinggal 30 saat. 495 00:25:12,719 --> 00:25:14,513 Waves kini ketinggalan empat mata. 496 00:25:14,596 --> 00:25:15,680 Ayuh! 497 00:25:17,349 --> 00:25:18,183 Jangan leka. 498 00:25:18,266 --> 00:25:19,643 LA memberikan tekanan. 499 00:25:19,726 --> 00:25:21,686 Boston perlu buat jaringan. 500 00:25:21,770 --> 00:25:23,647 - Tak masuk! - Patah balik! 501 00:25:23,730 --> 00:25:26,483 LA perlukan jaringan pantas. Bola dihantar kepada Victor. 502 00:25:26,566 --> 00:25:27,943 Dia menghantar kepada Dyson. 503 00:25:28,026 --> 00:25:29,986 Percubaan tiga mata! 504 00:25:30,070 --> 00:25:31,780 Masuk! 505 00:25:31,863 --> 00:25:33,281 Tinggal satu mata. 506 00:25:33,365 --> 00:25:36,201 Bola milik Boston. Tinggal 10 saat. 507 00:25:36,284 --> 00:25:37,285 LA kena buat faul! 508 00:25:37,369 --> 00:25:40,747 - Hantaran dibuat. Dicuri oleh Marcus! - Rehat sebentar! 509 00:25:40,830 --> 00:25:42,624 Rehat sebentar untuk Waves! 510 00:25:42,707 --> 00:25:45,335 Dia bermain seperti dirasuk. 511 00:25:47,462 --> 00:25:49,214 - Cantik! - Tolonglah Tuhan. 512 00:25:49,297 --> 00:25:52,008 Aku rasa nak muntah. Kau ada bawa beg muntah? 513 00:25:52,092 --> 00:25:53,301 Ya. Vanessa dah guna. 514 00:25:53,385 --> 00:25:55,929 Kamu semua gementar atau kena jangkitan virus? 515 00:25:56,012 --> 00:25:57,764 - Aduhai. - Semuanya kerana stres. 516 00:25:58,265 --> 00:25:59,599 Perlawanan yang hebat. 517 00:25:59,683 --> 00:26:02,143 Inilah detik penentuannya. 518 00:26:02,894 --> 00:26:05,146 Kejuaraan menjadi pertaruhan. 519 00:26:05,230 --> 00:26:07,065 Waves memiliki bola. 520 00:26:07,148 --> 00:26:10,860 Bola dihantar kepada Tommy, yang menghantar kepada Winfield. 521 00:26:10,944 --> 00:26:15,323 Boston tak boleh kepung Marcus kerana penjaring LA makin menjadi-jadi. 522 00:26:15,865 --> 00:26:19,035 Dia mara, tarik semula bola… 523 00:26:21,371 --> 00:26:22,497 mengangkatnya, 524 00:26:23,498 --> 00:26:24,874 untuk kemenangan! 525 00:26:28,128 --> 00:26:30,171 Ayah kena cari shooting guard tiga mata. 526 00:26:30,255 --> 00:26:31,715 Kamu akan bekerja dengan kami. 527 00:26:32,507 --> 00:26:35,635 Aku nak jadikan kamu presiden Waves. 528 00:26:35,719 --> 00:26:37,429 Selesai. Aku akan hantar memonya. 529 00:26:39,723 --> 00:26:43,018 Sentiasa ada playoff lain yang awak akan utamakan melebihi saya. 530 00:26:52,736 --> 00:26:55,196 Masuk! 531 00:26:55,280 --> 00:26:56,489 Waves menang! 532 00:26:57,073 --> 00:26:58,908 Marcus Winfield wira kita! 533 00:26:59,492 --> 00:27:02,954 Pasukan Waves juara dunia! 534 00:27:29,481 --> 00:27:31,066 - Norm! - Hei! 535 00:27:31,149 --> 00:27:32,400 Kau berjaya! 536 00:27:32,984 --> 00:27:33,818 Ya. 537 00:27:34,402 --> 00:27:38,823 Terima kasih kerana percayakan aku. 538 00:27:38,907 --> 00:27:40,742 Apabila Andrea meninggal dunia, 539 00:27:40,825 --> 00:27:45,121 aku sangka aku akan jadi orang tua yang ke trek lumba setiap hari 540 00:27:45,205 --> 00:27:49,376 hinggalah penjaga bangunan jumpa mayat aku di dalam tandas. 541 00:27:49,459 --> 00:27:52,045 Tapi kamu beri aku maruah yang aku perlukan. 542 00:27:52,128 --> 00:27:54,673 Norm, aku sayang kau. 543 00:27:54,756 --> 00:27:56,841 Tapi perbualan itu terlalu berat. 544 00:27:56,925 --> 00:27:58,093 - Okey. - Syabas, Norm. 545 00:27:58,176 --> 00:27:59,010 Kamu pun. 546 00:28:00,804 --> 00:28:02,138 Baiklah. 547 00:28:02,222 --> 00:28:03,139 Kita okey. 548 00:28:05,016 --> 00:28:09,187 - Ya, itulah bahagian yang terbaik… - Champagne! Itu yang terbaik! 549 00:28:09,270 --> 00:28:10,730 Jackie, mari sini! 550 00:28:11,231 --> 00:28:12,315 Tahniah, kakak. 551 00:28:13,024 --> 00:28:15,443 Saya beritahu Sofia saya takkan ke Eropah. 552 00:28:15,527 --> 00:28:18,697 Baguslah! Bagaimana reaksinya? 553 00:28:19,656 --> 00:28:22,951 Tak okey. Tapi saya tak nak jadi gadis yang tak pergi ke Paris. 554 00:28:26,121 --> 00:28:27,414 Ya! 555 00:28:29,249 --> 00:28:32,043 Brielle, boleh kau jadikan aku lelaki paling bertuah di dunia? 556 00:28:32,127 --> 00:28:33,920 Boleh kita buat seks bertiga malam ini? 557 00:28:34,003 --> 00:28:36,047 Dengan si jalang di tepi gelanggang itu? 558 00:28:36,131 --> 00:28:38,341 - Ya. - Aku memang harap kau minta. 559 00:28:41,928 --> 00:28:43,430 Marcus. 560 00:28:44,222 --> 00:28:45,849 - Kita berjaya. - Ya. 561 00:28:46,683 --> 00:28:48,059 Bukan lutut aku yang cedera. 562 00:28:48,143 --> 00:28:51,354 Baguslah. Itu berita baik. 563 00:28:51,438 --> 00:28:52,981 Achilles aku yang cedera. 564 00:28:55,942 --> 00:28:56,776 Apa? 565 00:28:57,902 --> 00:29:00,113 - Kita kena jumpa Dr. Haber… - Nantilah. 566 00:29:01,197 --> 00:29:04,492 Aku tak nak habiskan detik terakhir sebagai pemain di bilik latihan. 567 00:29:11,624 --> 00:29:12,959 Senyum. Kita menang. 568 00:29:16,379 --> 00:29:18,298 Terima kasih, Marcus. 569 00:29:19,716 --> 00:29:20,675 Terima kasih. 570 00:29:22,552 --> 00:29:25,096 Sekarang, tolong aku bangun. 571 00:29:34,397 --> 00:29:35,523 JUARA 2026 572 00:29:45,325 --> 00:29:47,160 137 MESEJ BELUM DIBACA 573 00:29:47,243 --> 00:29:48,828 KRISTEN: OMG! KAU BERJAYA! 574 00:29:48,912 --> 00:29:50,747 LUKE MCSHAY: MESEJ BELUM DIBACA 575 00:29:50,830 --> 00:29:52,957 TAHNIAH KERANA MENANG SUKAN KEDUA KEGEMARAN AKU 576 00:30:20,860 --> 00:30:22,237 Banyak betul dia berpeluh. 577 00:30:22,320 --> 00:30:25,949 Kalau aku tahu aku akan semabuk ini, aku mungkin nak kalah. 578 00:30:26,032 --> 00:30:29,536 Jangan terasa, tapi suara kau menusuk otak aku. 579 00:30:31,663 --> 00:30:33,164 Aduh. 580 00:30:34,582 --> 00:30:35,792 Aku rasa teruk gila. 581 00:30:37,627 --> 00:30:38,628 Apa? 582 00:30:39,128 --> 00:30:40,964 - Alamak. - Apa itu? 583 00:30:41,047 --> 00:30:42,549 Kau pengsan waktu panggang stik. 584 00:30:43,591 --> 00:30:45,844 - Abang kena pergi hospital. - Pasang TV cepat. 585 00:30:46,344 --> 00:30:47,178 Jackie. 586 00:30:47,262 --> 00:30:48,930 Apa bendanya itu? 587 00:30:49,013 --> 00:30:51,891 Francais bola keranjang LA Industry penting bagi bandar ini… 588 00:30:51,975 --> 00:30:54,310 - Apa ini? - …hinggalah ia berpindah. 589 00:30:54,394 --> 00:30:57,522 Tapi hari ini, Industry telah kembali. 590 00:30:57,605 --> 00:31:01,734 Kami akan jadi pasukan bola keranjang terbaik di Los Angeles! 591 00:31:02,360 --> 00:31:03,528 Biar betul? 592 00:31:03,611 --> 00:31:04,529 Apa yang berlaku? 593 00:31:04,612 --> 00:31:07,907 Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Al Fleischman 594 00:31:07,991 --> 00:31:09,742 untuk membeli Industry. 595 00:31:09,826 --> 00:31:14,289 Saya baru saja mengenali Al, tapi dia dah macam keluarga saya. 596 00:31:14,372 --> 00:31:15,582 Biar betul? 597 00:31:15,665 --> 00:31:18,167 Kalau kita nak pasukan bola keranjang terhebat, 598 00:31:18,251 --> 00:31:20,545 kita perlukan jurulatih terhebat. 599 00:31:20,628 --> 00:31:23,590 Kami lakukan segalanya untuk mengambil dia. 600 00:31:23,673 --> 00:31:26,384 Dengan sukacitanya saya memperkenalkan, 601 00:31:26,467 --> 00:31:30,013 ketua jurulatih baru dan pemilik bersama LA Industry, 602 00:31:30,096 --> 00:31:30,930 Jay Brown. 603 00:31:32,348 --> 00:31:33,224 Mari sini. 604 00:31:34,934 --> 00:31:37,478 - Terima kasih, semua. - Ambil gambar. 605 00:31:39,689 --> 00:31:41,357 Bedebah! 606 00:32:47,507 --> 00:32:51,427 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi