1 00:00:06,459 --> 00:00:09,376 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:13,168 --> 00:00:15,959 Oh, Tuhan! Sayang, tak apa. 3 00:00:18,834 --> 00:00:20,959 Awak kena lari daripada dia. 4 00:00:21,751 --> 00:00:24,918 Awak dan anak kita. Janji dengan saya. 5 00:00:26,751 --> 00:00:29,459 Tidak! 6 00:00:35,334 --> 00:00:38,251 Dr. Navarro… 7 00:00:42,251 --> 00:00:43,251 Siapa di sini? 8 00:00:51,334 --> 00:00:52,501 Anak saya? 9 00:00:53,959 --> 00:00:55,709 Biar saya panggilkan doktor. 10 00:00:56,543 --> 00:00:57,668 Beritahu saya. 11 00:01:00,501 --> 00:01:01,501 Maaf. 12 00:01:08,084 --> 00:01:11,834 Kami sangka awak gadis yang hilang itu. Kami telefon keluarga awak. 13 00:01:13,084 --> 00:01:14,876 Mereka beritahu itu kembar awak. 14 00:01:14,959 --> 00:01:17,459 Mereka akan datang. 15 00:01:17,543 --> 00:01:20,376 Awak rehat saja sampai mereka tiba. 16 00:01:41,334 --> 00:01:46,084 Dr. Navarro panggil 312. Dr. Navarro, 312. 17 00:01:52,501 --> 00:01:55,543 Leni, mereka cari saya. Towers dan Payne. 18 00:01:56,293 --> 00:01:58,459 Mereka dapat Dylan. Mereka mahu saya. 19 00:01:58,543 --> 00:02:01,209 Awak yakin itu mereka? Awak ada bukti? 20 00:02:01,293 --> 00:02:02,793 Ya, saya ada bukti. 21 00:02:02,876 --> 00:02:04,793 Awak di mana? 22 00:02:04,876 --> 00:02:06,793 Saya sedang lari. Saya tak selamat. 23 00:02:06,876 --> 00:02:09,959 Saya perlu bantuan awak. Boleh datang ambil saya? 24 00:02:29,543 --> 00:02:30,543 Oh, Tuhan! 25 00:02:31,293 --> 00:02:32,168 Georgia! 26 00:03:00,376 --> 00:03:01,793 BUKTI 27 00:03:01,876 --> 00:03:04,709 Ini ditemui di bawah tempat duduk depan kereta awak. 28 00:03:04,793 --> 00:03:05,709 Apa? 29 00:03:23,084 --> 00:03:25,918 SYERIF DAERAH EASTON 30 00:03:29,376 --> 00:03:32,334 Awak kata Gina perangkap awak. 31 00:03:33,459 --> 00:03:34,293 Ya. 32 00:03:34,376 --> 00:03:37,501 Kenapa dia mahu buat begitu? 33 00:03:37,584 --> 00:03:39,293 Dia tak stabil. 34 00:03:40,001 --> 00:03:43,251 Dia dah lama tak stabil. 35 00:03:43,334 --> 00:03:48,793 Saya perlu motif yang lebih kuat daripada "anginnya suka berubah". 36 00:03:49,584 --> 00:03:51,043 Awak tak rasa pelik 37 00:03:51,126 --> 00:03:56,584 gambar ini muncul daripada sumber tak dikenali 38 00:03:56,668 --> 00:03:59,793 dan pemanggil tanpa nama beritahu awak 39 00:03:59,876 --> 00:04:03,251 mungkin ada bukti di dalam kereta saya? 40 00:04:03,334 --> 00:04:08,334 Suara yang telefon awak lelaki atau wanita? 41 00:04:09,834 --> 00:04:11,418 Awak kenal Gunung Echo. 42 00:04:11,501 --> 00:04:13,043 Orang simpan dendam lama. 43 00:04:13,126 --> 00:04:16,501 Pagar naik dua inci pun mereka marah. 44 00:04:16,584 --> 00:04:18,959 Kebanyakan jenayah yang saya selesaikan 45 00:04:19,043 --> 00:04:22,959 selesai kerana jiran, rakan perniagaan 46 00:04:24,251 --> 00:04:25,251 atau saudara 47 00:04:27,334 --> 00:04:28,543 serahkan seseorang. 48 00:04:28,626 --> 00:04:29,459 Ya. 49 00:04:31,209 --> 00:04:33,501 Jika orang itu Gina, dia memang membantu. 50 00:04:33,584 --> 00:04:34,876 Ya, sangat membantu. 51 00:04:34,959 --> 00:04:40,543 Itu juga bermakna dia ada lebih banyak maklumat 52 00:04:40,626 --> 00:04:42,001 daripada yang dia kongsi. 53 00:04:56,959 --> 00:04:59,043 Gina McCleary, awak ditahan. 54 00:05:00,376 --> 00:05:01,668 Apa? Apa dia cakap? 55 00:05:01,751 --> 00:05:03,668 Dia belum beritahu apa-apa. 56 00:05:03,751 --> 00:05:05,459 Dia cuba salahkan saya, bukan? 57 00:05:05,543 --> 00:05:06,918 Ini bukan berkenaan Dylan. 58 00:05:07,001 --> 00:05:09,209 Ini berkenaan Robert Craghorne 59 00:05:09,293 --> 00:05:13,001 yang mati dalam kebakaran di sebuah gereja tinggal 25 tahun lalu. 60 00:05:13,084 --> 00:05:14,626 Awak ingat? 61 00:05:15,418 --> 00:05:18,501 - Awak ditahan kerana membunuh. - Apa? 62 00:05:32,751 --> 00:05:38,084 Kenapa Leni nak reka sesuatu yang besar begini? 63 00:05:38,168 --> 00:05:39,751 Kamu berdua ada masalah? 64 00:05:40,793 --> 00:05:41,668 Tak juga. 65 00:05:42,334 --> 00:05:45,209 Walaupun dia ada hubungan dengan bekas kekasih awak. 66 00:05:45,293 --> 00:05:46,918 Itu boleh buat saya marah. 67 00:05:47,001 --> 00:05:50,376 Leni tak beritahu saya dia ada hubungan dengan Dylan. 68 00:05:51,084 --> 00:05:56,459 Saya ada hidup yang hebat di Los Angeles bersama suami yang saya cintai. 69 00:05:57,334 --> 00:05:59,251 Masalah Leni ialah masalah dia sendiri. 70 00:06:00,376 --> 00:06:01,584 Ya, saya nampak begitu. 71 00:06:01,668 --> 00:06:04,751 Awak tiada motif kerana awak tak peduli 72 00:06:04,834 --> 00:06:07,001 tentang penjenayah. 73 00:06:07,084 --> 00:06:08,751 - Maaf, Dylan. - Ya. 74 00:06:09,376 --> 00:06:10,959 Saya peduli. 75 00:06:11,043 --> 00:06:12,709 Saya cintakan dia semasa remaja, 76 00:06:13,293 --> 00:06:15,793 tapi sekarang saya dituduh membunuh seseorang 77 00:06:15,876 --> 00:06:18,668 yang saya tak kenal pun, dalam kebakaran lama dulu. 78 00:06:18,751 --> 00:06:22,501 Saya mahu tahu kenapa awak timbulkannya dan kenapa tuduh saya? 79 00:06:23,418 --> 00:06:26,376 Banyak perkara timbul kebelakangan ini. 80 00:06:26,459 --> 00:06:29,001 Ia buat saya fikir. 81 00:06:30,418 --> 00:06:33,918 Kamu semua disoal siasat malam kebakaran itu. 82 00:06:34,793 --> 00:06:37,584 Namun, Dylan lari dan saya kena gugurkan kes. 83 00:06:37,668 --> 00:06:43,126 Saya tak cukup bukti untuk failkan tuduhan atau tangkap dia, tapi ia mencurigakan. 84 00:06:43,793 --> 00:06:47,459 Baru-baru ini, kembar awak hilang. 85 00:06:47,543 --> 00:06:49,459 Macam yang awak boleh bayangkan, 86 00:06:49,543 --> 00:06:56,126 saya teringin nak tahu kaitan semua ini. 87 00:06:56,209 --> 00:07:00,168 Dylan sentiasa tumpuan semua ini. 88 00:07:00,876 --> 00:07:03,251 Bersama awak dan kembar awak. 89 00:07:04,709 --> 00:07:06,709 Mungkin awak boleh bantu saya. 90 00:07:08,084 --> 00:07:11,168 Macam yang saya kata, bukan saya yang bakar. 91 00:07:14,376 --> 00:07:16,043 Saya hadiri parti Halloween. 92 00:07:55,251 --> 00:07:56,084 Siapa itu? 93 00:07:56,876 --> 00:07:58,418 - Nak saya periksa? - Boleh? 94 00:07:58,501 --> 00:07:59,459 Okey. 95 00:08:11,209 --> 00:08:13,209 Api! Tak guna! Ada kebakaran! 96 00:08:13,293 --> 00:08:15,834 Ada kebakaran! Kita kena keluar! 97 00:08:18,918 --> 00:08:21,501 Hei, ada kebakaran! 98 00:08:21,584 --> 00:08:22,959 Pergi! Biar saya ambil. 99 00:08:23,584 --> 00:08:25,168 Ada kebakaran! 100 00:08:26,918 --> 00:08:28,376 - Pergi! - Dylan! 101 00:08:28,459 --> 00:08:30,001 Pergi! Saya ambil dia! 102 00:08:40,959 --> 00:08:41,918 Dylan! 103 00:08:43,876 --> 00:08:45,918 - Dylan! - Gina! 104 00:08:46,001 --> 00:08:47,959 Dylan masih di dalam dan ada orang lain. 105 00:08:48,043 --> 00:08:50,084 Dia takkan apa-apa. Mari! 106 00:09:04,918 --> 00:09:08,751 Gina! Kita kena bertukar. Kita kena bertukar sekarang. 107 00:09:08,834 --> 00:09:10,209 Kenapa? 108 00:09:10,293 --> 00:09:12,043 Polis tak boleh kata kamu bersama. 109 00:09:12,126 --> 00:09:13,459 Saya hadiri parti. 110 00:09:13,543 --> 00:09:16,959 Orang yang ada di gereja itu akan hadapi masalah besar. 111 00:09:17,668 --> 00:09:18,543 Okey? 112 00:09:19,084 --> 00:09:20,834 Saya akan lindungi awak, Gina. 113 00:09:32,459 --> 00:09:36,834 Awak boleh faham sebab saya agak curiga dengan cerita 114 00:09:36,918 --> 00:09:38,918 yang Leni bakar gereja itu. 115 00:09:39,001 --> 00:09:42,418 Satu-satunya orang yang boleh sahkannya telah mati. 116 00:09:42,501 --> 00:09:46,376 Awak ada seseorang yang boleh sokong teori awak? 117 00:09:47,418 --> 00:09:49,584 Biar saya teka. Orang itu ialah Leni. 118 00:09:49,668 --> 00:09:52,751 Leni kata dia tak pernah masuk ke dalam gereja. Tidak. 119 00:09:53,418 --> 00:09:54,751 Awak percayakan dia. 120 00:09:54,834 --> 00:09:56,959 Saya soal kamu berdua malam itu. 121 00:09:57,043 --> 00:10:01,126 Kamu berdua kata hadiri parti sepanjang masa. 122 00:10:01,209 --> 00:10:04,043 Tiada orang boleh cakap sebaliknya. 123 00:10:06,251 --> 00:10:09,459 Itu sangat membantu Leni. Betul? 124 00:10:09,543 --> 00:10:13,168 Saya rasa kamu berdua sudah lama buat semua ini. 125 00:10:13,251 --> 00:10:15,876 Awak buat masalah kemudian lepaskan diri, 126 00:10:15,959 --> 00:10:18,418 guna alasan kembar untuk kelirukan orang. 127 00:10:18,501 --> 00:10:22,709 Awak sentiasa tipu orang untuk kepentingan sendiri, betul? 128 00:10:25,959 --> 00:10:26,793 Mungkin. 129 00:10:28,209 --> 00:10:29,126 Semasa kecil. 130 00:10:29,709 --> 00:10:33,793 Kami dah lama tak lakukannya. Kecuali… 131 00:10:35,251 --> 00:10:38,001 Awak mungkin mahu tanya Leni bagaimana dia miliki 132 00:10:38,084 --> 00:10:40,834 cek bernilai $60,000 133 00:10:40,918 --> 00:10:43,126 yang datang daripada akaun bank saya. 134 00:10:56,584 --> 00:10:57,751 Jadi… 135 00:10:58,959 --> 00:11:03,959 saya telefon Eric daripada bank untuk tanya berkenaan hal ini. 136 00:11:04,584 --> 00:11:06,668 Dia menjengkelkan. 137 00:11:06,751 --> 00:11:08,209 Mungkin hari dah lewat. 138 00:11:08,293 --> 00:11:12,209 Walaupun dah lewat, memorinya masih bagus. 139 00:11:12,293 --> 00:11:16,584 Nampaknya ada kekeliruan berkenaan kehilangan kad pengenalan 140 00:11:16,668 --> 00:11:19,043 yang kemudian muncul. Mengejutkan, 141 00:11:19,126 --> 00:11:21,668 Dylan terlibat. 142 00:11:22,251 --> 00:11:26,376 Saya keliru kerana jika Gina ambil cek itu, 143 00:11:26,459 --> 00:11:30,793 bagaimana awak boleh serahkan kepada Towers? 144 00:11:31,376 --> 00:11:35,334 Dia beri saya cek itu sewaktu parti. 145 00:11:35,418 --> 00:11:36,334 Ya. 146 00:11:37,376 --> 00:11:40,793 Sebagai hadiah kerana dia tahu saya dan Jack ada masalah. 147 00:11:41,626 --> 00:11:43,251 Ketegangan yang awak saksikan, 148 00:11:43,334 --> 00:11:46,209 begitu juga tetamu lain, 149 00:11:46,293 --> 00:11:47,501 berkisar duit ini. 150 00:11:48,501 --> 00:11:50,126 Saya rasa dia cemburu. 151 00:11:51,293 --> 00:11:55,459 Dia berdendam dengan hidup saya dan Jack yang bahagia. 152 00:11:55,543 --> 00:12:00,501 Kalau hidup awak bahagia, kenapa ada hubungan dengan Dylan? 153 00:12:00,584 --> 00:12:03,668 Saya tiada hubungan dengan Dylan. 154 00:12:03,751 --> 00:12:06,043 Saya cuma nak tolong dia bina hidup baharu. 155 00:12:06,126 --> 00:12:10,126 Caranya adalah mencuri ketamin daripada pejabat Jack 156 00:12:10,209 --> 00:12:11,459 untuk dijual? 157 00:12:12,834 --> 00:12:13,959 Saya tak pernah curi. 158 00:12:17,834 --> 00:12:19,084 Lucu sekali. 159 00:12:21,876 --> 00:12:24,459 Tunggu sebentar, ya? 160 00:12:37,168 --> 00:12:38,668 - Apa dah berlaku? - Ayah. 161 00:12:38,751 --> 00:12:40,126 Kenapa kamu di sini? 162 00:12:40,209 --> 00:12:43,168 Dia mainkan saya. Dia mainkan kami berdua. 163 00:12:43,251 --> 00:12:46,001 Ayah tak cakap apa-apa? Ayah tak cakap pasal… 164 00:12:46,084 --> 00:12:47,584 Leni, sayang. 165 00:12:48,376 --> 00:12:52,043 Floss fikir Gina mulakan kebakaran yang membunuh lelaki itu. 166 00:12:52,626 --> 00:12:55,334 Kamu di sini kerana pembunuhan Dylan? 167 00:12:55,918 --> 00:12:59,626 Ini bukan keluarga ayah. Ini bukan anak-anak ayah. 168 00:13:00,668 --> 00:13:02,126 Saya akan betulkannya. 169 00:13:03,126 --> 00:13:04,043 Okey? 170 00:13:11,376 --> 00:13:12,918 Apa pun jadi, ayah sayang kamu. 171 00:13:15,126 --> 00:13:17,251 - Walau apa pun jadi. - Saya tahu. 172 00:13:32,751 --> 00:13:34,376 - Hei. - Hei. 173 00:13:36,709 --> 00:13:37,584 Baiklah. 174 00:13:39,334 --> 00:13:41,251 Awak biar Victor masuk? 175 00:13:41,334 --> 00:13:43,668 Saya biar dia masuk. Dia urus tempat itu. 176 00:13:43,751 --> 00:13:45,168 Dia tahu tentang ketamin itu. 177 00:13:45,751 --> 00:13:47,293 Dia buat Victor tutup mulut. 178 00:13:48,126 --> 00:13:50,751 Ujian dari kabin dah keluar. 179 00:13:50,834 --> 00:13:54,251 Bukan saja ada cap jari, kita juga ada DNA mereka. 180 00:13:54,334 --> 00:13:56,209 Tak mudah, bukan? 181 00:13:56,293 --> 00:13:57,543 Ini masalahnya. 182 00:13:58,293 --> 00:14:01,418 Mereka periksa DNA pada pinggan mangkuk, 183 00:14:01,501 --> 00:14:04,543 tuala hamper… Semua barang sudah lama ada. 184 00:14:04,626 --> 00:14:08,876 Semuanya DNA Dylan dan Gina. 185 00:14:08,959 --> 00:14:10,584 Maksud awak Leni. 186 00:14:11,418 --> 00:14:12,418 Gina. 187 00:14:23,334 --> 00:14:28,459 Paula, awak sudah habis periksa rakaman CCTV? 188 00:14:28,543 --> 00:14:30,709 Belum, kami ada gangguan. 189 00:14:30,793 --> 00:14:33,334 - Buat sekarang. - Kenapa? 190 00:14:33,918 --> 00:14:35,084 Saya ada idea. 191 00:14:41,418 --> 00:14:42,876 Awak kongsi dia? 192 00:14:42,959 --> 00:14:44,959 Apa? Siapa? 193 00:14:45,668 --> 00:14:48,251 Dylan. Awak kongsi dia? 194 00:14:48,334 --> 00:14:49,543 Ya, Tuhan! 195 00:14:49,626 --> 00:14:52,168 Perkara pertama tentang kembar McCleary ialah 196 00:14:52,251 --> 00:14:53,459 mereka kongsi segalanya. 197 00:14:53,543 --> 00:14:54,876 Awak tak kenal kami. 198 00:14:56,043 --> 00:14:59,293 Awak tak tahu kami siapa. Tiada orang tahu. 199 00:14:59,376 --> 00:15:01,084 Fahamkan saya sebab apa 200 00:15:01,168 --> 00:15:02,876 ada cap jari kamu berdua di kabin. 201 00:15:02,959 --> 00:15:04,793 Soalan itu bagus untuk Gina. 202 00:15:04,876 --> 00:15:06,834 Siapa kata dia tak tahu? 203 00:15:06,918 --> 00:15:08,918 Maaf, tapi beginilah, ya? 204 00:15:09,001 --> 00:15:12,168 Saya rasa dia tahu dan dia sudah tak tahan. 205 00:15:12,251 --> 00:15:15,876 Itu satu-satunya perkara yang dia tak boleh kongsi dengan awak. 206 00:15:16,751 --> 00:15:19,876 Atau awak tak boleh kongsi dengan dia. Mana satu, Leni? 207 00:15:19,959 --> 00:15:20,793 Awak reka cerita. 208 00:15:20,876 --> 00:15:24,793 Kembar yang cemburu dengan sejarah keganasan. 209 00:15:24,876 --> 00:15:25,918 Contohnya? 210 00:15:26,001 --> 00:15:29,751 Contohnya Claudia, kebakaran gereja. Kini, ini pula. 211 00:15:29,834 --> 00:15:31,084 Ya Tuhan! 212 00:15:31,168 --> 00:15:34,626 Bergaduh kerana cinta lama dan entah bagaimana dia mati 213 00:15:34,709 --> 00:15:37,584 selepas cubaan rompakan yang mana awak terlibat. 214 00:15:37,668 --> 00:15:39,834 Saya mahu peguam sekarang. 215 00:15:39,918 --> 00:15:41,168 Sudah tentulah. 216 00:15:43,168 --> 00:15:45,626 Syerif, saya mahu jumpa sekejap. 217 00:16:04,918 --> 00:16:05,918 Syabas. 218 00:16:06,793 --> 00:16:08,251 Tahu tak, Gina? 219 00:16:08,334 --> 00:16:11,918 Saya mesra dengan orang. 220 00:16:12,001 --> 00:16:16,168 Mahu tahu kenapa? Orang ada tabiat. 221 00:16:17,043 --> 00:16:22,168 Perkara yang dibuat berulang kali. Diri mereka yang sebenar terserlah. 222 00:16:22,251 --> 00:16:27,043 Apabila ada yang tak kena dan tabiat itu hilang, 223 00:16:27,126 --> 00:16:29,168 saya beri perhatian. 224 00:16:30,126 --> 00:16:34,918 Ini tabiat Leni yang dia tak suka dengar. 225 00:16:35,001 --> 00:16:40,459 Cuma awak mungkin ada pendapat berbeza… 226 00:16:43,793 --> 00:16:46,626 Kamu berdua sudah mengelirukan orang lain 227 00:16:46,709 --> 00:16:48,834 sejak kecil lagi. 228 00:16:48,918 --> 00:16:51,251 Apabila masalah timbul, kamu buat orang keliru 229 00:16:51,334 --> 00:16:53,084 untuk membezakan kamu. 230 00:16:53,626 --> 00:16:57,334 Namun, apabila melibatkan soal hati, 231 00:16:57,418 --> 00:16:59,376 perkara yang bermain dengan perasaan, 232 00:17:00,459 --> 00:17:02,501 semuanya sentiasa menjurus ke arah awak. 233 00:17:03,793 --> 00:17:06,709 Victor kata itu cara ibu kamu bezakan kamu. 234 00:17:08,043 --> 00:17:12,334 Gina kembar yang lebih berperasaan. 235 00:17:34,793 --> 00:17:38,959 Sebuah hospital mendaftarkan seseorang tak dikenali yang keguguran. 236 00:17:40,918 --> 00:17:44,584 Mereka sangka itu Leni, tapi tidak. Orang itu awak. 237 00:17:44,668 --> 00:17:46,418 Anak itu anak Dylan. 238 00:17:47,459 --> 00:17:49,751 Betul? Saya rasa betul. 239 00:17:50,376 --> 00:17:55,168 Dia cinta sejati awak dan anak itu suatu anugerah. 240 00:17:55,251 --> 00:17:57,918 Romantik. Memang tabiat awak. 241 00:17:59,876 --> 00:18:02,459 Cuma tabiat itu tak selari di sini. 242 00:18:03,251 --> 00:18:06,293 Bahagian untuk saya beri tumpuan. 243 00:18:08,168 --> 00:18:09,751 Garis masanya tak kena. 244 00:18:11,251 --> 00:18:13,584 Awak tiba di pekan ini beberapa hari lalu. 245 00:18:14,709 --> 00:18:20,293 Jadi, saya mahu awak berterus-terang. 246 00:18:20,834 --> 00:18:25,334 Apa yang Dylan mahu awak lakukan ketika ini demi dia? 247 00:18:40,751 --> 00:18:42,001 Dia mahu saya pergi. 248 00:18:44,959 --> 00:18:46,209 Jangan menoleh lagi. 249 00:18:48,251 --> 00:18:50,751 Ya, ada tabiat. 250 00:18:52,751 --> 00:18:53,668 Inilah tabiatnya. 251 00:18:55,293 --> 00:18:57,334 Setiap tahun sejak Mattie lahir, 252 00:18:58,418 --> 00:19:03,126 saya dan Leni bertukar kehidupan pada hari jadi kami. 253 00:19:10,793 --> 00:19:12,418 Awak perdayakan saya lagi. 254 00:19:13,709 --> 00:19:16,376 Saya usahakan kes ini sudah 25 tahun. 255 00:19:16,959 --> 00:19:18,834 Kumpul maklumat satu persatu. 256 00:19:20,543 --> 00:19:23,501 Awak fikir saya begitu bodoh? 257 00:19:24,209 --> 00:19:26,793 Saya cuma wanita kulit Hitam kampung 258 00:19:26,876 --> 00:19:28,793 yang tak faham apa-apa. 259 00:19:28,876 --> 00:19:31,584 Sudahlah, Gina! Berhenti mengarut! 260 00:20:02,209 --> 00:20:04,626 Beginilah, syerif. 261 00:20:04,709 --> 00:20:07,959 Awak tak boleh percaya cakap Gina. 262 00:20:08,043 --> 00:20:12,543 Dia bermasalah, bukan? 263 00:20:14,293 --> 00:20:15,584 Kita semua tahu. 264 00:20:16,793 --> 00:20:22,209 Dia akan memanipulasi awak dan buat awak percaya perkara tak benar. 265 00:20:22,793 --> 00:20:24,584 Buat awak buat kerja sia-sia. 266 00:20:24,668 --> 00:20:27,418 Dia pernah lakukannya. 267 00:20:28,626 --> 00:20:30,751 Dia akan ulang lagi. 268 00:20:39,459 --> 00:20:40,334 Nampak? 269 00:20:41,959 --> 00:20:42,876 Aduhai! 270 00:20:46,501 --> 00:20:47,626 Bukan susah sangat. 271 00:20:48,501 --> 00:20:50,293 Kami jalani hidup satu sama lain. 272 00:20:50,376 --> 00:20:54,376 Kami perbodohkan semua orang dengan baik. 273 00:20:55,751 --> 00:20:58,418 Awak tak pasti siapa orang dalam video itu. 274 00:20:58,501 --> 00:21:02,918 Awak tak pasti siapa yang lari ke dalam hutan bersama kuda, 275 00:21:03,001 --> 00:21:04,834 bakar gereja, tolak Claudia 276 00:21:04,918 --> 00:21:07,001 atau bunuh Dylan. 277 00:21:09,459 --> 00:21:12,918 Kerana tiada sesiapa kenal kami. 278 00:21:15,959 --> 00:21:17,001 Melainkan kami. 279 00:21:20,709 --> 00:21:22,584 Kalau apa awak cakap itu betul, 280 00:21:24,334 --> 00:21:29,918 awak sudah melakukan kecurian identiti, penipuan bank, poligami… 281 00:21:30,001 --> 00:21:32,418 Itu baru sedikit. 282 00:21:33,626 --> 00:21:35,918 Apabila awak kata "awak", 283 00:21:37,418 --> 00:21:39,209 awak maksudkan siapa? 284 00:21:40,251 --> 00:21:42,793 Saya tak pasti saya tahu jawapannya. 285 00:21:54,459 --> 00:21:55,584 Awak bebas. 286 00:21:57,626 --> 00:21:59,751 Saya tak boleh tuduh kamu berdua 287 00:21:59,834 --> 00:22:03,709 kalau saya tak tahu siapa antara kamu yang lakukannya. 288 00:22:04,459 --> 00:22:07,626 Dalam kedua-dua kes. Kes Dylan dan kebakaran. 289 00:22:08,876 --> 00:22:11,501 Gina beritahu saya tentang pertukaran itu. 290 00:22:12,126 --> 00:22:15,543 Kamu bertukar kehidupan setiap kali hari jadi. 291 00:22:17,001 --> 00:22:19,626 Buat hidup saya bertambah rumit. 292 00:22:19,709 --> 00:22:23,626 Hidup awak juga. Sekarang, semua orang tahu. 293 00:22:27,709 --> 00:22:28,584 Boleh saya pergi? 294 00:22:29,876 --> 00:22:31,043 Buat masa sekarang. 295 00:22:32,209 --> 00:22:34,459 Awak akan diminta menyerahkan pasport 296 00:22:34,543 --> 00:22:37,293 dan kekal di pekan ini sehingga diberitahu. 297 00:22:38,751 --> 00:22:40,959 Ada suatu ketika 298 00:22:42,418 --> 00:22:44,501 salah seorang daripada kamu buat silap. 299 00:22:45,084 --> 00:22:46,584 Saya akan mencarinya. 300 00:22:46,668 --> 00:22:52,418 Saya tak kisah berapa lama dan apa pun saya perlu buat, saya akan tangkap awak. 301 00:22:59,584 --> 00:23:01,793 Selamat mencari peguam. 302 00:23:20,709 --> 00:23:22,418 Berapa lama lagi, Syerif Floss? 303 00:23:22,501 --> 00:23:24,418 Sudah selesai. Mereka bebas. 304 00:23:24,501 --> 00:23:25,709 Apa sudah berlaku? 305 00:23:25,793 --> 00:23:28,126 Apa kata awak tanya mereka, Victor? 306 00:23:34,876 --> 00:23:37,459 HOTEL RIVERSIDE 307 00:23:37,543 --> 00:23:38,959 Tentu awak rasa lega. 308 00:23:40,418 --> 00:23:41,751 Dapat terus-terang. 309 00:23:43,709 --> 00:23:44,793 Ya. 310 00:23:45,793 --> 00:23:47,168 Saya baca nota awak. 311 00:23:48,293 --> 00:23:49,418 Saya tahu. 312 00:23:50,793 --> 00:23:53,668 Kenapa awak ikut saja selama ini? 313 00:23:55,043 --> 00:23:57,959 Saya ambil masa untuk yakin. 314 00:23:58,043 --> 00:24:03,459 Kemudian, saya sedar itu yang awak perlukan. 315 00:24:03,543 --> 00:24:05,418 Jika saya perlu kongsi awak… 316 00:24:05,501 --> 00:24:09,459 Saya ketepikan perasaan terluka saya, 317 00:24:09,543 --> 00:24:11,751 agar saya faham cara mencintai awak. 318 00:24:12,918 --> 00:24:14,126 Cara mencintai kamu. 319 00:24:16,626 --> 00:24:18,084 Awak cintakan dia juga? 320 00:24:20,251 --> 00:24:21,418 Awak marah? 321 00:24:22,001 --> 00:24:22,834 Tak. 322 00:24:25,126 --> 00:24:27,251 - Awak sentiasa jadi ahli terapi. - Tak. 323 00:24:28,668 --> 00:24:31,209 Saya sentiasa ambil berat tentang awak. 324 00:24:31,834 --> 00:24:34,876 Serta saya sentiasa mahu awak bertemu jalan 325 00:24:34,959 --> 00:24:38,543 menjadi diri awak sendiri. 326 00:24:38,626 --> 00:24:42,168 Saya percaya awak semakin berjaya, betul? 327 00:24:43,168 --> 00:24:46,459 Atau dulu, bersama Dylan. 328 00:24:49,626 --> 00:24:51,876 Saya tak berniat melukakan awak. 329 00:24:51,959 --> 00:24:54,209 Saya tahu. 330 00:24:55,918 --> 00:24:58,168 Tipu kalau saya kata ia tak menyakitkan. 331 00:25:10,293 --> 00:25:11,543 Ia dah berlalu. 332 00:25:16,459 --> 00:25:17,293 Ya. 333 00:25:35,251 --> 00:25:37,251 Apa awak buat di sini? 334 00:25:39,501 --> 00:25:42,001 Awak tak kisah langsung, ya? 335 00:25:42,084 --> 00:25:43,168 Kalau awak beri saya… 336 00:25:43,251 --> 00:25:45,293 Floss akan dapatkan waran geledah. 337 00:25:45,376 --> 00:25:47,626 Dia berminat dengan baju yang awak pakai 338 00:25:47,709 --> 00:25:49,251 pada malam pembunuhan Dylan. 339 00:25:50,251 --> 00:25:52,918 Awak fikir saya sanggup lakukannya? 340 00:25:53,001 --> 00:25:55,918 Leni yang saya kenal dulu, tidak. Tapi, sekarang? 341 00:25:58,084 --> 00:25:59,334 Berapa lama, Leni? 342 00:26:00,751 --> 00:26:03,084 - Berapa kali awak bertukar? - Pentingkah? 343 00:26:03,876 --> 00:26:06,959 Saya buat demi Gina. Tak sangka ia berlarutan begini. 344 00:26:07,043 --> 00:26:07,876 Demi Gina? 345 00:26:09,418 --> 00:26:10,876 Peduli apa tentang Gina? 346 00:26:12,168 --> 00:26:13,209 Saya bagaimana? 347 00:26:14,293 --> 00:26:15,501 Anak awak? 348 00:26:15,584 --> 00:26:18,959 Sanggup awak tinggalkan dia setahun? Bersama kembar awak pula? 349 00:26:19,043 --> 00:26:20,126 Dia sayang Mattie. 350 00:26:20,209 --> 00:26:22,126 Awak khianati segalanya. 351 00:26:22,209 --> 00:26:23,834 Awak musnahkan kehidupan kita 352 00:26:23,918 --> 00:26:26,084 tanpa langsung memikirkan akibatnya. 353 00:26:26,793 --> 00:26:30,251 Sejarah keluarga saya terikat dengan Gunung Echo. 354 00:26:30,334 --> 00:26:34,626 Bagaimana saya mahu keluar di pekan tempat saya membesar tanpa dengar, 355 00:26:34,709 --> 00:26:37,709 "Kasihan Jack. Awak rasa dia betul-betul tak tahu?" 356 00:26:37,793 --> 00:26:39,376 "Dia tahu dan dia suka." 357 00:26:40,584 --> 00:26:42,126 Awak rosakkan reputasi saya, 358 00:26:42,209 --> 00:26:45,209 perniagaan keluarga saya dan masa depan Mattie selamanya! 359 00:26:45,793 --> 00:26:46,709 Untuk apa? 360 00:26:47,459 --> 00:26:48,334 Ayah. 361 00:26:51,709 --> 00:26:53,918 - Kenapa? - Mattie, sayang. 362 00:26:54,001 --> 00:26:55,084 Jangan. 363 00:26:56,001 --> 00:26:58,001 - Jangan berani, ya? - Mak? 364 00:26:58,084 --> 00:27:00,334 Masuk tidur, ya? Kami sedang berbincang. 365 00:27:01,043 --> 00:27:02,001 Bergaduh. 366 00:27:02,084 --> 00:27:03,334 Tak, sayang. 367 00:27:03,418 --> 00:27:06,418 Masuk tidur. Pagi nanti kita jumpa. 368 00:27:07,876 --> 00:27:09,084 Pergilah. 369 00:27:09,709 --> 00:27:10,584 Pergi. 370 00:27:19,584 --> 00:27:21,584 Itu memori terakhir dia dengan awak. 371 00:27:22,543 --> 00:27:24,501 - Jack… - Saya mahu awak jelas. 372 00:27:25,084 --> 00:27:27,418 Jelas. Awak tak dialu-alukan di sini. 373 00:27:28,376 --> 00:27:30,043 Awak takkan dialu-alukan lagi. 374 00:27:31,209 --> 00:27:33,501 Awak tak boleh jauhkan kami. 375 00:27:34,459 --> 00:27:35,418 Tengoklah nanti. 376 00:27:39,501 --> 00:27:40,793 Saya mahu awak pergi. 377 00:28:17,084 --> 00:28:19,709 Biar betul? Apa semua ini? 378 00:28:21,293 --> 00:28:22,293 Hari beli barang. 379 00:28:23,293 --> 00:28:25,251 Saya mahu bantu awak. 380 00:28:25,334 --> 00:28:27,959 Tak payah pura-pura semua okey, ambil hati saya. 381 00:28:28,043 --> 00:28:29,209 Sudah terlambat. 382 00:28:29,293 --> 00:28:32,584 Apa saja awak fikir tentang saya… Apa saja saya dah buat… 383 00:28:33,834 --> 00:28:36,543 Saya tak bunuh Dylan. Saya cintakan dia. 384 00:28:37,501 --> 00:28:39,251 Kami mahu bina hidup baharu. 385 00:28:39,334 --> 00:28:41,834 Tinggalkan saya, ayah dan semua orang? 386 00:28:41,918 --> 00:28:44,626 Baguslah awak cukup tersentuh untuk jelaskannya. 387 00:28:50,251 --> 00:28:51,084 Dengar sini. 388 00:28:52,668 --> 00:28:55,293 Saya akui saya buat silap. 389 00:28:55,376 --> 00:28:57,293 Saya buat masalah besar, 390 00:28:57,376 --> 00:28:59,751 tapi Claudia, saya mohon awak dengar. 391 00:28:59,834 --> 00:29:05,043 Setahun ini ialah tahun perpisahan saya untuk awak. 392 00:29:06,209 --> 00:29:09,543 Saya mahu awak tahu awak mampu hidup sendiri, 393 00:29:09,626 --> 00:29:13,959 jauh daripada kami dan ayah dan semua yang telah berlaku. 394 00:29:14,043 --> 00:29:15,293 Dengan cara saya, 395 00:29:16,001 --> 00:29:19,918 saya cuba jadi lebih lembut dan baik. 396 00:29:22,001 --> 00:29:27,084 Awak yang galakkan saya untuk kejar Beau, betul? Bukan Leni? 397 00:29:28,126 --> 00:29:28,959 Ya. 398 00:29:29,501 --> 00:29:31,334 Kenapa saya patut percaya awak? 399 00:29:31,418 --> 00:29:33,168 Bertahun-tahun awak menipu. 400 00:29:33,251 --> 00:29:35,543 Awak bawa masalah sejak kita kecil. 401 00:29:36,584 --> 00:29:39,834 Awak yang buat saya begini. Awak! 402 00:29:47,876 --> 00:29:49,168 Itu tak betul. 403 00:29:51,043 --> 00:29:52,209 Bukan saya. 404 00:29:54,626 --> 00:29:55,543 Leni yang buat. 405 00:29:58,209 --> 00:30:00,418 Ini saya punya! 406 00:30:00,501 --> 00:30:05,084 Saya punya ada butang berbeza yang mak jahit. Awak tak ada! 407 00:30:05,168 --> 00:30:06,668 Sudahlah! 408 00:30:06,751 --> 00:30:09,834 Sebab itu saya mahu tulis nama kamu. Sudah, ini… 409 00:30:09,918 --> 00:30:10,751 Gina! 410 00:30:16,709 --> 00:30:19,209 Dia akan fikir awak yang buat, Gina. 411 00:30:20,418 --> 00:30:21,834 Tapi awak yang buat, Leni. 412 00:30:22,418 --> 00:30:24,209 Tiada orang akan percaya. 413 00:30:24,918 --> 00:30:27,751 Saya perlu jadi awak buat sementara. 414 00:30:31,251 --> 00:30:33,959 Kami tak mahu orang tahu kami bertukar. 415 00:30:34,751 --> 00:30:37,168 Saya sangka Leni buat untuk lindungi saya. 416 00:30:37,709 --> 00:30:40,084 Apa yang saya tak faham ketika itu, 417 00:30:40,168 --> 00:30:42,626 sepanjang hidup kita, penipuan itu 418 00:30:44,168 --> 00:30:47,084 akan menjadi dinding antara kita. 419 00:30:47,584 --> 00:30:51,251 Jadi? Peduli apa siapa yang tolak saya? 420 00:30:52,168 --> 00:30:53,959 Awak berhak tahu kebenarannya. 421 00:30:54,043 --> 00:30:56,334 Awak simpan rahsia itu selama ini. 422 00:30:56,418 --> 00:30:58,834 Baru sekarang, ketika awak hampir ke penjara, 423 00:30:58,918 --> 00:31:00,376 awak mahu terus-terang. 424 00:31:00,459 --> 00:31:02,709 Pergi matilah, Gina! Pergi mati! 425 00:31:11,918 --> 00:31:12,793 Betul. 426 00:31:15,709 --> 00:31:18,709 Awak tak boleh salahkan Leni untuk itu, bukan? 427 00:31:54,084 --> 00:31:55,168 Hei. 428 00:31:59,043 --> 00:31:59,876 Begini… 429 00:32:00,709 --> 00:32:01,751 Terima kasih datang. 430 00:32:02,626 --> 00:32:03,876 Awak yang mana satu? 431 00:32:04,543 --> 00:32:07,251 Saya tahu. Rambut, baju dan nama. 432 00:32:07,334 --> 00:32:09,709 Semua itu tak penting. 433 00:32:09,793 --> 00:32:12,209 Yang penting dalaman dan orang itu saya. 434 00:32:12,959 --> 00:32:17,001 Saya tak bakar gereja dan bunuh Dylan. 435 00:32:17,084 --> 00:32:18,918 Awak perlu percayakan saya. 436 00:32:19,543 --> 00:32:23,543 Saya mahu percayakan awak. 437 00:32:24,168 --> 00:32:27,084 Saya boleh beritahu awak segalanya. 438 00:32:28,293 --> 00:32:31,793 Saya boleh akui semua penipuan yang saya buat selama ini. 439 00:32:31,876 --> 00:32:34,084 Penipuan kecil yang jadi lebih besar. 440 00:32:34,168 --> 00:32:36,168 Saya boleh beritahu semua orang. 441 00:32:37,418 --> 00:32:39,584 Tapi itu takkan membantu, bukan? 442 00:32:39,668 --> 00:32:41,793 Itu beri orang alasan untuk menilai. 443 00:32:44,334 --> 00:32:45,709 Saya tak mahu berikannya. 444 00:32:47,918 --> 00:32:48,876 Tak boleh. 445 00:32:51,834 --> 00:32:52,793 Jadi… 446 00:32:55,543 --> 00:32:57,001 rahsia kekal rahsia. 447 00:32:57,084 --> 00:32:59,459 Saya tak bunuh sesiapa. 448 00:32:59,543 --> 00:33:00,918 Saya tak pasti, 449 00:33:02,376 --> 00:33:03,834 tapi saya tak rasa awak buat. 450 00:33:05,293 --> 00:33:08,376 Saya tak tahu bagaimana untuk bantu awak. 451 00:33:10,126 --> 00:33:11,668 Tiada orang tahu. 452 00:33:19,334 --> 00:33:20,834 Saya harap awak tak lari 453 00:33:22,626 --> 00:33:24,376 kerana ia tak selesaikan apa-apa. 454 00:33:42,126 --> 00:33:43,001 Ayah. 455 00:33:45,209 --> 00:33:46,376 Ya, saya datang. 456 00:34:03,834 --> 00:34:04,793 Ayah? 457 00:34:06,168 --> 00:34:08,084 Oh, Tuhan! Ayah! 458 00:34:09,209 --> 00:34:11,043 Apa dah jadi? Ayah okey? 459 00:34:11,126 --> 00:34:11,959 Gina… 460 00:34:12,043 --> 00:34:14,876 - Ayah, cakap dengan saya. - Tak boleh. 461 00:34:14,959 --> 00:34:16,668 - Tak boleh. - Cakaplah. 462 00:34:16,751 --> 00:34:18,709 - Saya ada. - Ini kamu? 463 00:34:18,793 --> 00:34:23,043 Saya ada. Duduklah. Saya ada, okey? 464 00:34:24,168 --> 00:34:25,959 Saya mahu telefon 911. 465 00:34:26,043 --> 00:34:27,001 Nanti. 466 00:34:27,626 --> 00:34:30,543 Ayah mahu cakap sesuatu. Kamu kena dengar. 467 00:34:30,626 --> 00:34:32,543 Okey, apa dia? 468 00:34:33,126 --> 00:34:37,126 - Ayah minta maaf. - Apa? 469 00:34:37,209 --> 00:34:39,543 Tak apa, ayah. Semua akan okey. 470 00:34:39,626 --> 00:34:40,918 Ayah tahu itu kamu. 471 00:34:42,918 --> 00:34:44,293 Selama ini. 472 00:34:45,834 --> 00:34:47,834 - Apa? - Ayah patut bantu kamu. 473 00:34:47,918 --> 00:34:50,668 Ayah patut hantar kamu kepada seseorang. 474 00:34:50,751 --> 00:34:53,126 Apa maksud ayah? 475 00:34:53,209 --> 00:34:56,001 Tiada anak patut nampak itu. 476 00:34:57,626 --> 00:35:00,793 Kamu tak sepatutnya ada di situ. 477 00:35:00,876 --> 00:35:02,959 - Ayah tak tahu nak buat apa. - Ayah. 478 00:35:03,043 --> 00:35:04,793 - Ia musnahkan hidup kamu. - Apa? 479 00:35:05,501 --> 00:35:07,626 Tiada apa yang musnahkan hidup saya. 480 00:35:08,543 --> 00:35:10,293 Melihat ibu kamu begitu. 481 00:35:12,084 --> 00:35:14,251 Dia yang mahukannya, faham? 482 00:35:15,334 --> 00:35:18,126 Dia dalam kesakitan. Sebab itu… 483 00:35:19,834 --> 00:35:21,168 Apa, ayah? 484 00:35:28,584 --> 00:35:29,918 Bunga epal. 485 00:35:32,376 --> 00:35:36,709 Ingat tak ada banyak bunga epal? 486 00:35:36,793 --> 00:35:37,793 Ayah. 487 00:35:37,876 --> 00:35:41,043 Musim luruh itu, kita semua 488 00:35:43,001 --> 00:35:44,084 bersama. 489 00:35:46,959 --> 00:35:48,251 - Ayah. - Bunga gugur. 490 00:35:48,834 --> 00:35:50,126 Saya tak faham. 491 00:35:55,168 --> 00:35:56,043 Ayah? 492 00:36:04,168 --> 00:36:05,418 Tolonglah, ayah. 493 00:36:09,543 --> 00:36:10,584 Ayah. 494 00:37:03,959 --> 00:37:04,834 Gina. 495 00:37:09,751 --> 00:37:10,626 Apa? 496 00:37:18,543 --> 00:37:21,543 Dayung dayung sampan 497 00:37:21,626 --> 00:37:26,668 Tidak! Awak patut tunggu saya habis, baru awak mula. 498 00:37:29,084 --> 00:37:30,876 Anak-anak mak buat apa? 499 00:37:31,834 --> 00:37:34,876 Gina, turun daripada riba Leni. Masuk makan malam. 500 00:37:35,418 --> 00:37:38,043 Victor, Claudia! Masa untuk makan! 501 00:37:38,709 --> 00:37:40,834 Pencuci mulut dulu. Saya mahu kek lobak. 502 00:37:40,918 --> 00:37:43,751 Pencuci mulut? Tak boleh, sayang. 503 00:37:44,293 --> 00:37:46,751 - Bagaimana? - Itu peraturan pertama saya. 504 00:38:08,626 --> 00:38:09,543 Dia dah mati. 505 00:38:14,834 --> 00:38:15,876 Dia dah tiada. 506 00:38:17,418 --> 00:38:18,334 Apa? 507 00:38:23,334 --> 00:38:24,334 Ayah. 508 00:38:24,418 --> 00:38:26,001 Awak telefon 911? 509 00:38:26,584 --> 00:38:28,043 - Tidak. - Apa? 510 00:38:28,626 --> 00:38:30,001 Mungkin masih ada masa. 511 00:38:30,084 --> 00:38:33,168 Semua dah tamat. 512 00:38:34,376 --> 00:38:35,834 Tak. 513 00:38:40,793 --> 00:38:42,376 Tak sempat ucap selamat tinggal. 514 00:38:43,084 --> 00:38:44,293 Semua itu tiada. 515 00:38:45,001 --> 00:38:48,293 Dia cakap tentang sesuatu yang dia fikir saya faham, tapi tak. 516 00:38:51,584 --> 00:38:52,459 Okey… 517 00:38:55,418 --> 00:38:59,126 Kita kena telefon ambulans dan pastikan cerita kita betul. 518 00:39:00,834 --> 00:39:01,876 Cerita apa? 519 00:39:01,959 --> 00:39:04,709 Tak boleh ada mayat lain, ramai perhatikan kita. 520 00:39:04,793 --> 00:39:06,626 Kita kena selamatkan diri. 521 00:39:06,709 --> 00:39:07,626 - Tidak! - Kita. 522 00:39:07,709 --> 00:39:10,626 - Cukup! - Kita pernah lakukannya, Gina. 523 00:39:10,709 --> 00:39:12,418 - Kita boleh buat lagi. - Cukup! 524 00:39:15,043 --> 00:39:19,501 Saya tak mahu ada kaitan dengan perbuatan awak! 525 00:39:21,084 --> 00:39:22,418 Awak bunuh Dylan. 526 00:39:25,334 --> 00:39:26,501 Awak takkan sanggup. 527 00:39:28,126 --> 00:39:29,084 Cubalah! 528 00:39:31,668 --> 00:39:33,001 Kenapa awak bunuh dia? 529 00:39:33,584 --> 00:39:34,626 Saya takkan membunuh. 530 00:39:34,709 --> 00:39:38,293 Sudah! Saya ada dengan dia. Dia beritahu saya. 531 00:39:40,293 --> 00:39:41,918 Apa salah dia? 532 00:39:42,001 --> 00:39:44,668 Dia serang saya. 533 00:39:45,543 --> 00:39:49,209 Saya pertahankan diri. Dia bertindak ganas, Gina. 534 00:39:49,293 --> 00:39:51,293 Saya cintakan dia. 535 00:39:55,376 --> 00:39:56,751 Dia baik dengan saya. 536 00:39:59,001 --> 00:40:04,126 Awak tak suka saya bahagia dengan orang lain selain awak… 537 00:40:29,709 --> 00:40:30,918 Ya Tuhan! 538 00:40:36,293 --> 00:40:37,626 - Tidak. - Tak guna. 539 00:40:39,626 --> 00:40:42,334 Rumah ini akan terbakar. Mari keluarkan ayah. 540 00:40:42,418 --> 00:40:45,668 Tak, ini masanya. Kita bersama macam selalu. 541 00:40:47,126 --> 00:40:48,459 Awak tak boleh pergi. 542 00:40:48,543 --> 00:40:49,376 Leni! 543 00:40:49,459 --> 00:40:51,459 Kenapa orang tak faham? 544 00:40:51,543 --> 00:40:55,376 Kenapa awak tak faham saya sayang awak lebih daripada segalanya? 545 00:42:02,418 --> 00:42:07,418 Terjemahan sari kata oleh Nur Atiqah