1 00:01:05,566 --> 00:01:07,401 {\an8}BERDASARKAN BUKU OLEH GARTH RISK HALLBERG 2 00:01:43,478 --> 00:01:46,857 Sam selalu ke sini. Dia sangat meminati muzik. 3 00:01:51,486 --> 00:01:53,530 Bagi Sam, ia umpama agama. 4 00:01:57,534 --> 00:02:01,538 Walaupun sesak, dia sentiasa dapat ke depan. 5 00:02:10,255 --> 00:02:14,510 Dia tak pernah terlepas satu persembahan. Setiap malam lebih menyeronokkan. 6 00:02:37,741 --> 00:02:40,953 Pada malam Hari Merdeka, kugiran Ex Nihilo buat persembahan di sini. 7 00:02:40,953 --> 00:02:42,287 Awak nampak Samantha? 8 00:02:45,999 --> 00:02:51,588 Ya, tapi dia tak masuk pun. Biasanya dia tak begitu. 9 00:02:52,589 --> 00:02:54,550 Tentu dia perlu ke suatu tempat. 10 00:02:54,550 --> 00:02:57,135 Katanya mahu ke pinggir bandar dan akan datang balik. 11 00:02:57,886 --> 00:03:00,556 Tapi saya tak jumpa pun dia. Dia okey? 12 00:03:03,600 --> 00:03:06,812 Adakah Samantha datang sendirian? 13 00:03:06,812 --> 00:03:08,105 Dengan seorang pemuda. 14 00:03:09,523 --> 00:03:11,525 Pemuda itu masuk. Saya tak pasti bila dia beredar. 15 00:03:11,525 --> 00:03:14,611 Lelaki yang pakai jean saiz 28 dan jenis terkencing dalam seluar? 16 00:03:15,195 --> 00:03:16,196 Ya. 17 00:03:16,196 --> 00:03:18,115 Boleh gambarkan rupanya kepada jurulakar? 18 00:03:18,115 --> 00:03:20,075 Tentu awak dah biasakan diri ingat muka orang. 19 00:03:20,075 --> 00:03:21,368 Tapi tak biasa cakap dengan polis. 20 00:03:28,709 --> 00:03:31,795 Datang ke balai polis. Tiada siapa akan tahu. 21 00:04:22,679 --> 00:04:24,973 Hei, Charlie. Awak bangun. 22 00:04:26,892 --> 00:04:28,018 Maksud awak, sedar? 23 00:04:28,894 --> 00:04:31,855 Selepas ditumbuk sampai pengsan oleh teman lelaki awak? 24 00:04:31,855 --> 00:04:34,149 Okey, Sol tak tumbuk kuat pun. 25 00:04:34,149 --> 00:04:36,735 Percayalah. Rasanya, awak cuma penat. 26 00:04:38,862 --> 00:04:41,782 Selain itu, telefon bimbit dan beg duit saya hilang. 27 00:04:44,952 --> 00:04:46,495 Saya diculik? 28 00:04:47,496 --> 00:04:49,164 Okey, hei. Kalau kamu tahan saya sebagai tebusan, 29 00:04:49,164 --> 00:04:50,624 ibu saya tak ada duit. 30 00:04:50,624 --> 00:04:53,669 Ya, kami tahu. Awak bukan "sasaran bernilai tinggi." 31 00:04:54,837 --> 00:04:58,048 Kami cuma nak tanya tentang apa awak nampak malam tadi. 32 00:04:59,591 --> 00:05:02,511 Saya tak nampak apa-apa. 33 00:05:02,511 --> 00:05:04,388 Awak menipu. 34 00:05:04,388 --> 00:05:08,141 Maksud saya, saya nampak... 35 00:05:08,141 --> 00:05:10,477 Saya tak faham dan saya boleh saja lupakannya. 36 00:05:10,477 --> 00:05:13,313 Tak faham? Kenapa awak selinap masuk ke situ? 37 00:05:14,982 --> 00:05:16,859 Letakkan benda itu sekarang. 38 00:05:16,859 --> 00:05:19,736 Sebelum saya rampas dan belasah awak dengannya. 39 00:05:22,948 --> 00:05:27,327 Tapi saya bukan selinap. Saya nak minta bantuan. 40 00:05:29,454 --> 00:05:30,497 Bantuan apa? 41 00:05:33,876 --> 00:05:35,419 Kamu tahu tentang Sam? 42 00:05:36,461 --> 00:05:37,462 Sam kami? 43 00:05:42,050 --> 00:05:44,094 Seorang gadis ditembak di Central Park. 44 00:05:47,139 --> 00:05:48,140 Apa? 45 00:05:49,558 --> 00:05:50,893 Sam ditembak. 46 00:05:50,893 --> 00:05:52,978 Sam okey? 47 00:05:52,978 --> 00:05:55,189 Ya, dia hidup. 48 00:05:57,191 --> 00:05:58,192 Dia dalam keadaan koma. 49 00:05:58,192 --> 00:06:01,695 Tapi saya ada di taman itu. Saya temui dia. 50 00:06:03,572 --> 00:06:04,781 Aduhai, Charlie Man! 51 00:06:06,408 --> 00:06:07,492 Awak nampak apa-apa lagi? 52 00:06:09,286 --> 00:06:10,287 Ya. 53 00:06:10,287 --> 00:06:13,290 Ada seorang lelaki berdiri menghadapnya. 54 00:06:14,374 --> 00:06:16,168 Dia nampak terkejut, tapi... 55 00:06:16,168 --> 00:06:18,754 dia seperti ternampak Sam, bukan cederakannya. 56 00:06:19,338 --> 00:06:20,422 Entahlah. 57 00:06:20,422 --> 00:06:22,633 Saya lari sebab dengar siren polis... 58 00:06:26,428 --> 00:06:27,429 Ada... 59 00:06:30,265 --> 00:06:32,768 ada lubang pada dahi Sam. 60 00:06:33,977 --> 00:06:36,313 Dia berlumuran darah. 61 00:06:37,064 --> 00:06:39,483 Kalaulah saya datang cepat, kalaulah saya... 62 00:06:41,610 --> 00:06:45,739 Tapi saya menari, curi minuman dan berkhayal. 63 00:06:45,739 --> 00:06:48,784 Tapi saya cuma mahukan cerita menarik untuk beritahu dia. 64 00:06:50,827 --> 00:06:52,162 Dia suka cerita menarik. 65 00:06:55,249 --> 00:06:57,000 Kenapa awak datang ke sini? 66 00:06:57,000 --> 00:06:58,752 Saya tak ada tempat lain nak dituju. 67 00:06:58,752 --> 00:07:01,046 Tapi, maksud saya, kamu kenal Sam. 68 00:07:02,548 --> 00:07:03,549 Betul, bukan? 69 00:07:04,049 --> 00:07:07,177 Mungkin kamu tahu sebab dia rancang nak lepak tapi kemudian tergesa-gesa pergi? 70 00:07:07,177 --> 00:07:10,013 Sebab dia tinggalkan saya di kelab itu 71 00:07:10,013 --> 00:07:12,432 kemudian pergi ke tempat kami tak pernah pergi dan ditembak? 72 00:07:13,475 --> 00:07:15,018 Tolonglah, kamu perlu bantu saya. 73 00:07:15,018 --> 00:07:19,773 Saya tak ada kawan lain. Ibu saya akan hukum saya. 74 00:07:19,773 --> 00:07:23,193 Ahli terapi saya pula akan kata saya cuba selamatkan Sam 75 00:07:23,193 --> 00:07:24,903 sebab saya tak dapat selamatkan bapa saya, atau... 76 00:07:24,903 --> 00:07:26,238 Apa jadi dengan bapa awak? 77 00:07:30,951 --> 00:07:31,952 Dia... 78 00:07:33,287 --> 00:07:35,747 Dia mati di Menara Utara. 79 00:07:36,915 --> 00:07:39,084 Aduhai! 80 00:07:49,761 --> 00:07:50,762 Charlie Man? 81 00:07:51,471 --> 00:07:54,433 Awak datang ke tempat yang betul. Kita akan fikir penyelesaian. 82 00:08:10,407 --> 00:08:12,451 Tak sangka saya ikut cakap awak untuk ke sini. 83 00:08:12,451 --> 00:08:14,161 Kita jumpa Bruno. Awak suka Bruno. 84 00:08:15,412 --> 00:08:18,916 Bruno suka diri sendiri. Dia ejen seni saya. 85 00:08:18,916 --> 00:08:21,585 Dia cuma kisah satu perkara saja iaitu seni yang dia boleh jual. 86 00:08:23,253 --> 00:08:24,796 Dia bawa Jenny. 87 00:08:25,797 --> 00:08:27,466 Gadis galeri memang teruk. 88 00:08:27,466 --> 00:08:29,676 Gadis yang puji awak dan kata awak hebat. 89 00:08:29,676 --> 00:08:30,761 Memang teruk. 90 00:08:32,304 --> 00:08:33,722 - Hai. Apa khabar? - Hai. 91 00:08:39,394 --> 00:08:41,355 - Cantik rambut! - Sudahlah. 92 00:08:41,355 --> 00:08:42,648 Awak gayakan sendiri 93 00:08:42,648 --> 00:08:44,149 - atau upah orang? - Sudahlah. 94 00:08:44,149 --> 00:08:46,068 - Tentulah upah pakar. - Pakar. 95 00:08:46,068 --> 00:08:47,861 Awak nak tahu masalah William? 96 00:08:47,861 --> 00:08:49,613 Biar saya jelaskan, Mercer. Okey? 97 00:08:49,613 --> 00:08:52,032 Tak payah. Dia tahu kekurangan saya. 98 00:08:52,616 --> 00:08:54,368 Dia terlalu berbakat. 99 00:08:55,244 --> 00:08:57,120 Tragis betul. 100 00:08:57,120 --> 00:08:58,747 - Sudahlah. - Memang teruk. 101 00:08:58,747 --> 00:09:00,249 Tidak. Betullah. Okey? 102 00:09:00,249 --> 00:09:03,460 Dia ada segalanya tanpa perlu bersusah payah. 103 00:09:03,460 --> 00:09:06,421 Dia dilahirkan kaya. Tak perlu bekerja pun seumur hidup. 104 00:09:06,421 --> 00:09:08,882 Jadi apabila dia bergelut, dia anggapnya sebagai kegagalan, 105 00:09:08,882 --> 00:09:11,051 bukan proses pembelajaran. Faham? 106 00:09:11,051 --> 00:09:12,219 Okey, terapi. 107 00:09:12,219 --> 00:09:13,303 Jangan salahkan dia. 108 00:09:13,303 --> 00:09:16,181 Kugirannya hasilkan satu album, ia membantu menentukan satu generasi. 109 00:09:16,181 --> 00:09:17,766 Kemudian dia tinggalkan muzik untuk melukis 110 00:09:17,766 --> 00:09:20,269 dan pameran pertamanya disiarkan dalam majalah Art Forum. 111 00:09:20,269 --> 00:09:22,771 Ya, setiap pengumpul dari Miami sehingga Beijing 112 00:09:22,771 --> 00:09:23,981 berebut mahukan karyanya. 113 00:09:23,981 --> 00:09:25,607 Tapi ada satu masalah kecil... 114 00:09:25,607 --> 00:09:27,484 Mari dengar. Dia akan sebut. 115 00:09:27,484 --> 00:09:30,112 Mereka tunggu tapi selepas itu, tiada lagi karya seni. 116 00:09:30,112 --> 00:09:33,490 Dalam proses. Karya itu dalam proses. 117 00:09:33,490 --> 00:09:36,243 - Saya cuma perlukan beberapa bulan... - Awak selalu cakap begitu, 118 00:09:36,243 --> 00:09:37,828 jadi ini yang saya katakan kepada para pembeli. 119 00:09:37,828 --> 00:09:40,247 Tapi awak nak tahu? Jika tiada karya, mereka sangka saya penipu. 120 00:09:40,247 --> 00:09:41,331 - Saya... - Sebenarnya, 121 00:09:41,331 --> 00:09:44,126 biasanya saya yang berurusan dengan klien melalui telefon. 122 00:09:44,126 --> 00:09:45,711 Tentu ada sesuatu yang dah siap yang boleh ditunjukkan. 123 00:09:45,711 --> 00:09:50,299 Dia banyak habiskan masa di studio. Dia berjam-jam di studio setiap hari? 124 00:09:50,299 --> 00:09:52,551 Saya memang sedang hasilkan beberapa benda. 125 00:09:52,551 --> 00:09:56,430 Saya ada idea, atau lebih kepada konsep. 126 00:09:56,430 --> 00:10:00,142 Saya tak sabar mahu siapkannya. 127 00:10:00,642 --> 00:10:03,937 Tapi macam saya cakap, saya perlukan lebih banyak masa. 128 00:10:03,937 --> 00:10:06,565 Tidak. Hei, tiada masa lagi, okey? 129 00:10:06,565 --> 00:10:09,693 Tolonglah. William, orang asyik tanya jika awak mati. 130 00:10:09,693 --> 00:10:13,030 Teruknya. Hei! Jika ada banyak permintaan, 131 00:10:13,030 --> 00:10:15,824 - harganya semakin mahal. - Sudah. Dia cuma merendah diri. 132 00:10:15,824 --> 00:10:19,620 Dia tak pernah anggap karyanya bagus. 133 00:10:19,620 --> 00:10:21,830 Okey, biar kami yang tentukan. 134 00:10:21,830 --> 00:10:23,207 Ben. 135 00:10:23,207 --> 00:10:25,834 - Apa maksudnya? Apa awak buat? - Apa? Kita akan beredar. 136 00:10:25,834 --> 00:10:27,461 - Kita nak ke mana? - Kita akan ke studio. 137 00:10:27,461 --> 00:10:30,506 Kami nak tengok apa yang awak sedang hasilkan. 138 00:10:30,506 --> 00:10:32,382 Tapi saya nak minum espreso dulu. 139 00:10:32,382 --> 00:10:34,885 Hei, kami semua menyokong awak. 140 00:10:34,885 --> 00:10:36,178 Okey? Kami sayang awak, William. 141 00:10:36,178 --> 00:10:37,471 - Mahu tambah pesanan? - Tidak. 142 00:10:40,849 --> 00:10:43,435 - Ayuh. Mari pergi. - Pergi. Tahan teksi. 143 00:10:43,435 --> 00:10:45,312 Kita jumpa di luar, okey? Saya nak ke tandas. 144 00:10:45,312 --> 00:10:46,396 Okey. 145 00:10:57,032 --> 00:11:01,954 Ibu saya alami mimpi ngeri, seperti saya mati. 146 00:11:03,163 --> 00:11:05,874 Jadi dia susah nak lepaskan saya walaupun ke sekolah. 147 00:11:09,002 --> 00:11:10,462 Maksudnya, dia benci Sam. 148 00:11:12,089 --> 00:11:14,091 Sebab Sam kenalkan saya kepada dunia baharu. 149 00:11:14,091 --> 00:11:20,180 Dunia Sam, yang tidaklah begitu selamat. 150 00:11:26,270 --> 00:11:29,314 Maksudnya, kejadian ini ialah mimpi ngeri Ramona Weisbarger 151 00:11:30,732 --> 00:11:33,694 tapi ia berlaku kepada Sam. 152 00:11:36,572 --> 00:11:37,823 Sebab saya. 153 00:11:37,823 --> 00:11:39,950 Awak betul-betul sangka awak boleh lindungi dia? 154 00:11:41,034 --> 00:11:43,996 - Tewaskan lelaki bersenjata? - Tidak. Saya... 155 00:11:44,913 --> 00:11:47,666 Saya sanggup ditembak demi dia kalau saya ada di situ. 156 00:11:48,917 --> 00:11:50,127 Rasa bersalah. 157 00:11:51,837 --> 00:11:53,797 Sebab itu awak asyik bawa benda ini. 158 00:11:53,797 --> 00:11:55,382 KITAB BIBLE KJV 159 00:11:55,382 --> 00:11:57,092 Charlie, si Pengutus. 160 00:11:57,676 --> 00:11:59,970 Tidak. Bukan. Saya tak baca pun. 161 00:12:01,221 --> 00:12:03,557 Kalau baca pun, saya mungkin takkan percaya. Tapi... 162 00:12:05,475 --> 00:12:09,146 saya andaikan, dalamnya ada nyatakan tentang pengampunan. 163 00:12:09,730 --> 00:12:11,023 Itu yang awak perlukan sekarang? 164 00:12:13,066 --> 00:12:14,401 Ya, sehingga tak mampu bernafas. 165 00:12:14,985 --> 00:12:18,697 Charlie. Okey, pejam mata. 166 00:12:21,742 --> 00:12:27,164 Bayangkan Samantha. Biarkan bayangannya menyelubungi awak. 167 00:12:31,543 --> 00:12:33,086 Sekarang, buka mata. 168 00:12:35,255 --> 00:12:37,591 Pandang saya. Tepat pada saya. Jangan pandang tempat lain. 169 00:12:38,967 --> 00:12:42,054 Bible kata semua pendosa yang benar-benar bertaubat, 170 00:12:42,721 --> 00:12:46,517 akan diberi belas kasihan dan diampunkan semua dosa. 171 00:12:48,060 --> 00:12:51,063 Walau apa pun kita dah buat atau sebab kita lakukannya. 172 00:12:51,647 --> 00:12:53,524 Itulah undang-undang Tuhan. 173 00:12:55,776 --> 00:12:57,444 Saya bukan paderi. 174 00:12:58,028 --> 00:13:00,531 Saya cuma budak yang fokus semasa kelas agama. 175 00:13:00,531 --> 00:13:03,325 Tapi saya saja yang ada di sini, 176 00:13:03,325 --> 00:13:06,662 maksudnya saya bertanggungjawab mengampunkan awak. 177 00:13:08,622 --> 00:13:13,710 Charlie Weisbarger, saya ampunkan awak. 178 00:13:13,710 --> 00:13:17,422 Awak telah diampunkan. 179 00:13:20,551 --> 00:13:23,512 Hei, budak, nasib yang menimpa Sam bukan salah awak. Faham? 180 00:13:25,347 --> 00:13:26,557 Cakap. 181 00:13:29,268 --> 00:13:32,145 - Nasib yang menimpa Sam bukan salah saya. - Tidak, cakap dengan penuh semangat. 182 00:13:33,814 --> 00:13:35,399 Nasib yang menimpa Sam bukan salah saya. 183 00:13:35,399 --> 00:13:37,442 Berdiri dan jerit. 184 00:13:38,569 --> 00:13:40,612 - Nasib yang menimpa Sam bukan salah saya. - Jerit. 185 00:13:40,612 --> 00:13:42,531 - Nasib yang menimpa Sam bukan salah saya. - Kuat lagi! 186 00:13:42,531 --> 00:13:44,992 Nasib yang menimpa Sam bukan salah saya! 187 00:14:03,302 --> 00:14:05,053 Jelas sekali, ia cuma satu teori. 188 00:14:05,637 --> 00:14:09,516 Ia baru mulakan perjalanan hidupnya dalam bentuk lebih nyata. 189 00:14:10,350 --> 00:14:11,727 Jadi itu papan tanda berhenti? 190 00:14:11,727 --> 00:14:17,774 Dulu ia papan tanda berhenti, tapi kini tidak lagi. 191 00:14:21,403 --> 00:14:23,113 Ayuh. Yo, cuba... 192 00:14:23,697 --> 00:14:29,203 Bayangkan ternampak papan tanda ini di jalan di Bandar Raya New York. 193 00:14:29,203 --> 00:14:30,996 Ya, sebab itu saja tempat 194 00:14:30,996 --> 00:14:33,290 orang ramai akan nampak papan tanda buruk ini. 195 00:14:35,167 --> 00:14:37,544 Ada karya lain, William? 196 00:14:41,089 --> 00:14:43,217 Tiada apa yang lengkap seperti ini. 197 00:14:43,217 --> 00:14:48,388 Lengkap sebagai papan tanda? Saya tak faham, William. 198 00:14:48,388 --> 00:14:50,098 Awak banyak habiskan masa di sini, 199 00:14:50,098 --> 00:14:52,267 tapi ini saja yang ada? 200 00:14:52,267 --> 00:14:54,728 Tolonglah. Mercer, tolonglah. Okey? 201 00:14:54,728 --> 00:14:59,066 Amat jelas dia cuma ke sini untuk berkhayal. 202 00:14:59,066 --> 00:15:01,443 Selain itu, sekarang pun awak tengah khayal, bukan? 203 00:15:01,443 --> 00:15:04,571 Ya. Okey. Awak dah bazirkan masa saya. 204 00:15:05,155 --> 00:15:08,116 Tapi yang lebih teruk, awak bazirkan bakat awak. 205 00:15:10,786 --> 00:15:13,914 Kontroversi, tapi saya agak suka. 206 00:15:27,261 --> 00:15:31,932 Jadi, awak suntik dadah dalam tandas di Odeon? 207 00:15:36,979 --> 00:15:39,523 Sebab saya tak dapat buat semasa di meja makan. 208 00:15:39,523 --> 00:15:41,024 McNally tak suka. 209 00:15:41,567 --> 00:15:43,735 - Awak kata nak berhenti. - Saya akan berhenti. 210 00:15:43,735 --> 00:15:48,448 Percayalah, okey? Hei. Saya memang nak berhenti. Saya akan berhenti. 211 00:15:49,116 --> 00:15:54,121 Saya mahu berhenti bertengkar tentang ini. 212 00:15:55,873 --> 00:15:57,916 Bagaimana kita nak teruskan jika begini? 213 00:16:03,964 --> 00:16:05,424 Mungkin kita tak patut teruskan. 214 00:16:07,509 --> 00:16:10,804 Sikap awak akan menghancurkan awak, William. 215 00:16:12,890 --> 00:16:15,309 Hidup awak akan terhenti 216 00:16:16,852 --> 00:16:18,228 macam papan tanda itu. 217 00:16:38,832 --> 00:16:41,126 Regan, kami tak tahu awak nak datang, sayang. 218 00:16:41,126 --> 00:16:43,420 Cuba rasa telur ini. Sangat gebu. 219 00:16:43,921 --> 00:16:45,214 Saya singgah sekejap saja. 220 00:16:45,923 --> 00:16:49,051 Saya datang sebab fikir lebih baik kalau saya dan ayah 221 00:16:49,051 --> 00:16:50,594 berjalan masuk ke pejabat bersama-sama. 222 00:16:51,762 --> 00:16:53,305 Hari ini tentu mencabar buatnya, 223 00:16:54,181 --> 00:16:57,059 sebab ada orang bocorkan tangkapan sebelum perbicaraan kepada media. 224 00:16:57,059 --> 00:16:59,102 KETUA HAMILTON-SWEENEY GROUP DIDAKWA ATAS PENIPUAN KAWAT 225 00:16:59,102 --> 00:17:00,687 Saya dah baca. Teruk betul. 226 00:17:03,023 --> 00:17:04,691 Saya sangka, orang ramai suka kita. 227 00:17:04,691 --> 00:17:07,277 Mereka suka skandal yang menjatuhkan orang lain. 228 00:17:08,111 --> 00:17:09,404 Hai, sayang. 229 00:17:09,404 --> 00:17:11,031 Hai, ayah. Ayah belum siap. 230 00:17:12,074 --> 00:17:14,034 Amory dan Felicia tak beritahu kamu? 231 00:17:14,034 --> 00:17:17,371 Ayah tak masuk pejabat hari ini. Atau sampai bila-bila. 232 00:17:19,122 --> 00:17:20,999 Saya baru tahu. 233 00:17:20,999 --> 00:17:23,669 Salah saya. Itu syarat untuk bebaskan dia sebelum perbicaraan. 234 00:17:23,669 --> 00:17:27,339 Tidak, saya dah baca perjanjian itu dan ia langsung tak nyatakan tentang dia 235 00:17:27,339 --> 00:17:28,882 tak boleh masuk pejabat. 236 00:17:28,882 --> 00:17:32,553 Ini syarat tambahan sekiranya perjanjian itu dibocorkan, 237 00:17:32,553 --> 00:17:34,763 macam yang berlaku. Media memang teruk. 238 00:17:34,763 --> 00:17:37,307 Kita katalah ia persaraan. Saya dah rancang parti pun. 239 00:17:37,307 --> 00:17:38,517 Parti? 240 00:17:38,517 --> 00:17:43,522 Satu perkara yang lebih penting daripada pembelaan bapa awak ialah kesihatannya. 241 00:17:43,522 --> 00:17:45,399 Dengan cara ini, dia boleh fokus pada kedua-duanya. 242 00:17:45,399 --> 00:17:49,570 Peguam boleh datang bekerja di sini. Di sini lebih privasi dan selesa. 243 00:17:54,324 --> 00:17:56,410 Ayah, ini yang ayah mahu? 244 00:17:56,410 --> 00:17:58,203 Sayang, ini yang semua orang mahu. 245 00:17:58,954 --> 00:18:03,375 Awak bekerja keras mencipta hidup indah yang akhirnya awak dapat nikmati. 246 00:18:03,375 --> 00:18:04,877 Bagi saya, lebih cepat lebih bagus. 247 00:18:06,420 --> 00:18:08,672 Kamu pergilah, sayang. Bekerja seperti biasa. 248 00:18:08,672 --> 00:18:11,717 Ahli lembaga perlu tengok yang kamu boleh memimpin. Tanpa ayah. 249 00:18:11,717 --> 00:18:15,470 Nanti saya hubungi ayah. Sayang ayah. 250 00:18:16,388 --> 00:18:17,639 Ayah pun sayang kamu. 251 00:18:19,474 --> 00:18:22,311 Kalau tak nak beri saya nombornya, tolong hubungi dia. Ini hal penting. 252 00:18:22,311 --> 00:18:24,479 - Sekali lagi, nama saya M... - Mercer. 253 00:18:26,190 --> 00:18:28,650 Maaf, Pn. Lamplighter. Saya tak tahu pula awak kenal dia. 254 00:18:28,650 --> 00:18:30,360 Serius? Kenapa agaknya? 255 00:18:30,944 --> 00:18:32,070 Hei. Saya undi Dinkins. 256 00:18:32,070 --> 00:18:33,363 Okey. 257 00:18:33,363 --> 00:18:36,617 Saya singgah untuk jumpa bapa saya. Apa awak buat di sini? 258 00:18:36,617 --> 00:18:41,205 Saya tak tahu nak cari awak di mana lagi. Ada hal penting. Tentang William. 259 00:18:42,247 --> 00:18:45,834 Kami mahu lakukan sesi campur tangan di pangsapuri malam ini. 260 00:18:45,834 --> 00:18:47,794 Jangan. Dia takkan suka. 261 00:18:47,794 --> 00:18:49,588 Kalau tak suka, dia akan mati. 262 00:18:52,382 --> 00:18:53,383 Keadaannya amat teruk? 263 00:18:55,677 --> 00:18:56,970 Saya tahu dia mahukan bantuan. 264 00:18:57,721 --> 00:18:59,223 Walaupun dia tak mahu minta. 265 00:19:00,474 --> 00:19:03,769 Saya ditugaskan mencari rakan dan ahli keluarga William 266 00:19:03,769 --> 00:19:05,103 yang masih ambil berat tentangnya. 267 00:19:06,188 --> 00:19:08,232 - Okey. - Saya harap, awak antara orang itu. 268 00:19:34,758 --> 00:19:36,176 Sam seorang artis. 269 00:19:36,176 --> 00:19:39,054 Dia gunakan ruang ini sebagai studio atau lokar simpanan, 270 00:19:39,054 --> 00:19:41,640 tapi saya tak pasti jika semua ini penting. 271 00:19:41,640 --> 00:19:43,684 Saya rasa Sam kenal penembaknya. 272 00:19:43,684 --> 00:19:46,937 Kes ini tak terasa seperti satu kebetulan. 273 00:19:48,480 --> 00:19:51,483 Samantha tidak diserang. Barangnya tidak dicuri. 274 00:19:52,818 --> 00:19:57,865 Tembakan pertama tersasar, yang kedua mengena tapi tak membunuhnya. 275 00:19:59,658 --> 00:20:02,619 Memandangkan penembak tak tunggu untuk pastikan dia mati, 276 00:20:02,619 --> 00:20:03,662 mujurlah, 277 00:20:03,662 --> 00:20:07,916 tapi saya terfikir, kejadian ini bersifat peribadi tapi amatur. 278 00:20:09,543 --> 00:20:12,880 Penembak yang ada motif, tapi tak banyak pengalaman. 279 00:20:14,298 --> 00:20:15,299 Malangnya, 280 00:20:15,299 --> 00:20:17,759 kebanyakan bukti fizikal dalam kes ini tak berguna. 281 00:20:17,759 --> 00:20:20,304 Jadi kami perlu cari pelakunya berdasarkan motif. 282 00:20:23,307 --> 00:20:25,225 Maksudnya, kami perlu siasat segalanya tentang anak awak. 283 00:20:26,685 --> 00:20:27,686 Awak ada anak? 284 00:20:31,481 --> 00:20:33,317 Belum lagi. Sedang berusaha. 285 00:20:35,027 --> 00:20:36,445 Jadi awak takkan faham. 286 00:20:38,572 --> 00:20:42,201 Sebaik saja anak lahir, kita buat apa saja yang termampu untuk lindungi mereka, 287 00:20:43,285 --> 00:20:45,537 tapi kejadian begini tetap berlaku. 288 00:20:51,627 --> 00:20:53,086 Beginilah, En. Yeung. 289 00:20:54,713 --> 00:20:57,049 Kejadian ini memang paling sukar untuk awak tempuhi. 290 00:20:57,925 --> 00:21:01,011 Semua orang perlukan sokongan. 291 00:21:01,803 --> 00:21:06,099 Perlukan keyakinan. Bagi saya, saya yakin akan kasih sayang bapa. 292 00:21:06,683 --> 00:21:07,684 Saya yakin dengan awak. 293 00:21:09,102 --> 00:21:11,980 Kami akan cari pelakunya, tapi mustahil tanpa bantuan awak. 294 00:21:12,981 --> 00:21:14,733 Awak lebih kenal Samantha. 295 00:21:18,237 --> 00:21:19,404 Itu kugiran kesukaannya. 296 00:21:27,538 --> 00:21:32,251 Saya dengar, muzik dapat membantu orang yang sedang koma. 297 00:21:33,961 --> 00:21:35,087 Mereka rasa terhubung. 298 00:21:40,300 --> 00:21:41,426 Awak temui telefon bimbit? 299 00:21:42,261 --> 00:21:44,054 Tidak. Dia ada telefon bimbit? 300 00:21:44,847 --> 00:21:47,558 Dia tak beritahu saya nombornya, tapi saya nampak dia guna. 301 00:21:48,141 --> 00:21:50,769 Mungkin ada orang tak nak kami tahu siapa kawan-kawannya. 302 00:21:52,563 --> 00:21:53,605 Awak patut tengok ini. 303 00:21:59,695 --> 00:22:01,613 Dia menggelarnya zine. 304 00:22:04,324 --> 00:22:05,492 Dia selalu hasilkannya. 305 00:22:06,660 --> 00:22:09,663 Dia selalu pergi ke Kinko untuk mencetaknya. 306 00:22:09,663 --> 00:22:13,542 Jika awak mahu kenal anak saya, bacalah. 307 00:22:24,344 --> 00:22:27,347 Jadi bagaimana awak boleh ada di sini? 308 00:22:29,141 --> 00:22:30,809 Mungkin sebab saya suka roller coaster. 309 00:22:33,437 --> 00:22:35,355 Ibu saya mati semasa saya 16 tahun. 310 00:22:36,023 --> 00:22:39,401 Saya tak ada bapa dan tanpa disedari, saya sampai ke utara dari Louisiana. 311 00:22:41,612 --> 00:22:44,948 Kerja mengemas bilik motel dari Memphis, ke Nashville dan Cincinnati. 312 00:22:45,824 --> 00:22:48,577 Kemudian saya terdengar tentang Cedar Point di Sandusky, Ohio. 313 00:22:49,161 --> 00:22:51,955 Saya fikir, taman hiburan yang ada 18 roller coaster bertaraf dunia 314 00:22:51,955 --> 00:22:53,790 dan taman tema air tentu menyeronokkan. 315 00:22:56,543 --> 00:22:57,794 Tapi saya silap. 316 00:22:59,922 --> 00:23:02,174 Saya tak tahu apa awak dengar tentang mengemas bilik motel, Charlie, 317 00:23:02,174 --> 00:23:04,593 tapi ia kerjaya bergaji rendah dan berisiko tinggi. 318 00:23:05,093 --> 00:23:06,845 Saya mampu bertahan sekejap saja. 319 00:23:07,596 --> 00:23:08,931 Kemudian apa jadi? 320 00:23:11,558 --> 00:23:12,809 Kemudian semua berubah. 321 00:23:20,108 --> 00:23:21,109 Jadi... 322 00:23:22,361 --> 00:23:24,404 sebab itu mereka panggil awak Sewer Girl? 323 00:23:24,404 --> 00:23:26,740 Sebab awak tinggal dalam kesusahan, atau... 324 00:23:26,740 --> 00:23:27,824 Tidak. 325 00:23:28,867 --> 00:23:32,287 Bukan, Nicky kata saya terperangkap dalam tahap kesederan yang paling bawah. 326 00:23:33,163 --> 00:23:35,290 Saya masih rasa sentimental apabila tengok gambar haiwan comel, 327 00:23:35,290 --> 00:23:36,667 horoskop saya dan sebagainya. 328 00:23:37,459 --> 00:23:39,378 Dia kata saya boleh pilih nama baharu sebaik saja saya berubah, 329 00:23:39,378 --> 00:23:41,630 tapi entahlah, saya dah biasa. 330 00:23:43,340 --> 00:23:45,259 Okey, maaf, apa masalah Nicky? 331 00:23:45,259 --> 00:23:47,427 Bukankah dia penyanyi utama kugiran yang nyanyikan lagu gubahan? 332 00:23:49,221 --> 00:23:50,514 Awak tak faham, Charlie. 333 00:23:51,306 --> 00:23:55,644 Nanti awak fahamlah. Kugiran ini cuma samaran. 334 00:24:04,319 --> 00:24:05,320 Ikut saya. 335 00:24:08,323 --> 00:24:09,408 Sekarang. 336 00:24:13,370 --> 00:24:14,413 Mari. 337 00:24:27,801 --> 00:24:31,054 Okey. Ini ruang latihan kugiran, tapi kami ubah suai. 338 00:24:31,054 --> 00:24:32,806 Awak tak perlu tahu diubah suai menjadi apa. 339 00:24:33,390 --> 00:24:35,267 Tapi semua peralatan ini perlu disimpan di bawah tanah, 340 00:24:35,267 --> 00:24:37,477 *tingkap perlu ditutup dan karpet perlu dibuang. 341 00:24:39,563 --> 00:24:40,564 Banyaknya karpet. 342 00:24:41,440 --> 00:24:42,524 Jadi, lebih baik mulakan sekarang. 343 00:24:44,943 --> 00:24:46,778 Sekejap. Saya perlu kemas sendiri? 344 00:24:47,821 --> 00:24:49,489 Ini idea Nicky? 345 00:24:51,074 --> 00:24:52,993 Semua yang berlaku di sini ialah idea Nicky. 346 00:26:42,186 --> 00:26:44,313 Hei. Itu untuk saya? 347 00:26:45,147 --> 00:26:47,524 Awak tak patut menyibuk. 348 00:26:58,785 --> 00:27:01,121 BUKTI 349 00:27:05,542 --> 00:27:06,543 PURA-PURA TIDAK KESUNYIAN 350 00:27:08,629 --> 00:27:12,925 Dia budak pelik. Macam anak anjing. Mata suci. Suka senyum. 351 00:27:13,634 --> 00:27:15,010 Ada sedikit jagat. 352 00:27:16,094 --> 00:27:20,682 Rambutnya keriting. Keriting orang kulit putih. Macam mop. 353 00:27:22,643 --> 00:27:23,644 Macam dia? 354 00:27:24,269 --> 00:27:25,395 Dialah orangnya. 355 00:27:25,395 --> 00:27:28,148 Sama. Rupanya macam baka Labradoodle. 356 00:27:28,899 --> 00:27:31,985 Sekejap. Tembakan? Tembakan apa? 357 00:27:31,985 --> 00:27:36,114 Di luar parti. Gadis ditembak di Central Park. 358 00:27:36,949 --> 00:27:38,659 Dia seorang pelajar NYU. 359 00:27:40,202 --> 00:27:42,829 Mercer yang jumpa dia dan selimutinya dengan jaket. 360 00:27:42,829 --> 00:27:45,165 Itu jaket William, sebab Mercer pinjam. 361 00:27:45,749 --> 00:27:48,377 Apabila polis temui dadah, 362 00:27:48,377 --> 00:27:51,255 baru Mercer sedar William masih menagih. 363 00:27:53,715 --> 00:27:55,092 Gadis itu okey? 364 00:27:55,092 --> 00:27:57,094 Awak tahu apa-apa lagi tentang dia? 365 00:27:57,094 --> 00:27:59,096 Dia sedang koma. 366 00:27:59,680 --> 00:28:02,015 Polis juga tak keluarkan apa-apa kenyataan lain. 367 00:28:02,015 --> 00:28:05,936 Saya rasa dia pelajar tahun pertama. Entahlah. 368 00:28:05,936 --> 00:28:07,020 Pelajar tahun pertama. 369 00:28:07,020 --> 00:28:08,856 Tapi apa bezanya, betul tak? 370 00:28:08,856 --> 00:28:10,983 Betul kata awak. Ya, memang tragik. 371 00:28:15,779 --> 00:28:18,323 Oh, Tuhan. Saya gementar. Saya sangat gementar. 372 00:28:18,323 --> 00:28:19,783 Saya faham. 373 00:28:19,783 --> 00:28:21,034 Helo. 374 00:28:21,034 --> 00:28:22,119 Regan, 375 00:28:22,119 --> 00:28:25,122 ada mesyuarat lembaga tergempar. Kita perlu berkumpul di pejabat. 376 00:28:26,039 --> 00:28:28,292 - Malam ini? - Ya. Tak boleh berlengah. 377 00:28:28,292 --> 00:28:29,960 Saya tak dapat datang. Tangguhkan. 378 00:28:30,586 --> 00:28:33,172 Tentu Keith boleh jagakan anak-anak. 379 00:28:33,172 --> 00:28:34,298 Seperti dijangka, 380 00:28:34,298 --> 00:28:37,009 ahli lembaga amat risau tentang dakwaan ke atas Bill. 381 00:28:37,009 --> 00:28:39,344 Kalau begitu, yakinkan mereka yang dia tak bersalah. 382 00:28:39,928 --> 00:28:42,055 - Boleh tolong... - Saya... 383 00:28:42,055 --> 00:28:44,474 - dah cuba sedaya upaya, tapi... - Anak-anak. 384 00:28:44,474 --> 00:28:48,645 Amory, William dalam masalah dan saya perlu ada di sisinya. 385 00:28:48,645 --> 00:28:51,690 William. Saya tak tahu pula kamu berhubung. 386 00:28:51,690 --> 00:28:53,483 Maaf sebab letakkan awak dalam keadaan begini, 387 00:28:53,483 --> 00:28:55,444 terpaksa memilih antara bapa dan adik awak, 388 00:28:55,444 --> 00:28:57,321 tapi kita terdesak. 389 00:28:57,321 --> 00:28:59,031 Saya ada kalau awak perlukan saya. 390 00:28:59,031 --> 00:29:00,282 Selamat tinggal, Amory. 391 00:29:07,080 --> 00:29:09,208 Saya akan ceritakan kalau saya mahu. Okey. 392 00:29:10,292 --> 00:29:11,460 Sayang, kesukaan kamu. 393 00:29:13,003 --> 00:29:14,630 - Salmon. - Okey. 394 00:29:14,630 --> 00:29:17,466 Oh, Tuhan. Saya tak boleh lambat. Saya perlu pergi. 395 00:29:17,466 --> 00:29:19,426 Tapi mak akan makan sekali, bukan? 396 00:29:19,426 --> 00:29:21,970 Tidak. Sayang, mak minta maaf. Mak tak boleh. 397 00:29:21,970 --> 00:29:23,514 Mak cuma datang siapkan makan malam. 398 00:29:23,514 --> 00:29:25,432 Ucap terima kasih kepada mak. 399 00:29:27,518 --> 00:29:31,104 Saya dah kata, Cate. Lupakan saja. Mereka takkan bersama semula. 400 00:29:31,104 --> 00:29:34,358 - Hei, kami tak pasti. - Kami pasti. 401 00:29:35,400 --> 00:29:38,946 Apa-apa pun, tiada apa lebih penting selain keluarga. 402 00:29:39,613 --> 00:29:40,614 Okey? 403 00:29:42,241 --> 00:29:43,242 Mak sayang kamu berdua. 404 00:29:43,951 --> 00:29:45,619 Will, tolonglah makan saja. 405 00:30:04,930 --> 00:30:08,642 Awak nampak sesuatu tadi. Awak suka apa awak nampak? 406 00:30:09,226 --> 00:30:13,605 Saya tak suka dan tak faham. 407 00:30:13,605 --> 00:30:17,776 Awak kekasih Sol, bukan? Jadi awak bersama Nicky juga? 408 00:30:18,735 --> 00:30:22,781 Saya takkan minta maaf sebab tak amalkan pemikiran pinggir bandar naif awak. 409 00:30:22,781 --> 00:30:25,909 Monogami cuma satu alat kapitalis patriarki. 410 00:30:26,660 --> 00:30:30,330 Bunyinya macam sesuatu yang Sam akan cakap, 411 00:30:30,330 --> 00:30:32,499 dan saya pula akan pura-pura faham. 412 00:30:32,499 --> 00:30:33,667 Sam ada kepercayaan. 413 00:30:34,209 --> 00:30:36,044 Percaya pada apa, berasmara dengan ramai orang? 414 00:30:36,545 --> 00:30:39,840 Sebenarnya, Sammy menjaga dirinya. 415 00:30:41,925 --> 00:30:42,926 Untuk apa? 416 00:30:44,845 --> 00:30:47,764 Entahlah. Mungkin untuk awak, Charlie Man. 417 00:30:48,932 --> 00:30:51,059 Hei. Mari sini. 418 00:30:52,269 --> 00:30:55,981 Semasa kita mulakan revolusi ini, kita tahu akan ada akibatnya. 419 00:30:55,981 --> 00:31:00,986 Malam ini, kita raikan pahlawan malang yang sedang bertarung nyawa. 420 00:31:01,612 --> 00:31:03,655 Untuk Sam. Malam ini ditujukan buatnya. 421 00:31:04,948 --> 00:31:06,116 - Untuk Sammy. - Untuk Sam. 422 00:31:06,116 --> 00:31:07,618 - Untuk Sammy. - Sam. 423 00:31:10,078 --> 00:31:13,582 Apa yang untuk Sam? Kita nak buat apa? 424 00:31:17,794 --> 00:31:19,338 Kita tak kenal pun budak ini. 425 00:31:19,922 --> 00:31:23,008 Memanglah dia tiba-tiba jadi kawan kita, 426 00:31:23,008 --> 00:31:24,843 tapi apa sumbangan dia? 427 00:31:24,843 --> 00:31:25,928 Sam suka dia. 428 00:31:25,928 --> 00:31:29,806 Betul? Sam tak beritahu dia apa-apa pun. Jadi, kenapa kita patut beritahu? 429 00:31:30,307 --> 00:31:33,185 Okey, apa saja yang Sam tahu, saya pun nak tahu. 430 00:31:34,394 --> 00:31:37,064 Tumbuk atau kurunglah saya. Suruhlah saya buat kerja. 431 00:31:37,064 --> 00:31:40,943 Apa sajalah. Saya komited. 432 00:31:41,693 --> 00:31:43,695 Alamak! 433 00:31:45,822 --> 00:31:46,823 Dia komited. 434 00:31:48,075 --> 00:31:49,451 Kita tengoklah nanti. 435 00:31:52,120 --> 00:31:54,081 Masa sudah tiba. 436 00:31:56,667 --> 00:31:58,001 Ayuh kita berseronok. 437 00:32:13,058 --> 00:32:15,727 - Tenang. William takkan ketuk pintu. - Okey. 438 00:32:18,730 --> 00:32:19,815 - Hai. - Hei. 439 00:32:20,357 --> 00:32:22,526 Terima kasih datang. 440 00:32:23,777 --> 00:32:27,155 Regan, ini Venus De Nylon. 441 00:32:27,948 --> 00:32:30,409 Hai. Saya kakak William. 442 00:32:30,409 --> 00:32:31,785 Tak tahu pula dia ada kakak. 443 00:32:31,785 --> 00:32:34,079 Venus main papan nada untuk Ex Post Facto. 444 00:32:34,788 --> 00:32:35,873 Saya wakil kugiran. 445 00:32:35,873 --> 00:32:39,376 Ahli lain dalam kugiran asal sama ada lebih teruk daripada Billy, 446 00:32:40,294 --> 00:32:43,255 benci dia atau sudah mati. 447 00:32:43,255 --> 00:32:46,091 Kita yang masih hidup perlu berusaha selagi mampu. 448 00:32:46,091 --> 00:32:47,509 Helo. Hai. 449 00:32:48,260 --> 00:32:49,261 Silakan. 450 00:32:51,680 --> 00:32:53,098 - Jemput duduk. - Terima kasih. 451 00:32:53,765 --> 00:32:54,766 Hei. 452 00:32:55,893 --> 00:32:58,061 Saya cuma nak ucap terima kasih 453 00:32:59,104 --> 00:33:02,316 sebab sentiasa di samping William apabila dia keseorangan. 454 00:33:02,316 --> 00:33:04,902 Tiada masalah. 455 00:33:04,902 --> 00:33:05,986 Jadi semua dah bersedia? 456 00:33:05,986 --> 00:33:08,030 - Ya. - Ya. 457 00:33:08,030 --> 00:33:11,158 Bila-bila masa saja, William akan masuk 458 00:33:11,158 --> 00:33:14,328 dan dia mungkin takkan suka apa yang dia nampak. 459 00:33:14,912 --> 00:33:17,372 Sebab kamu di sini untuk memberitahunya kamu sayang dia. 460 00:33:18,916 --> 00:33:20,626 Perasaan sayang buatkan orang rasa bertanggungjawab. 461 00:33:34,139 --> 00:33:37,100 {\an8}BELUM ADA SUSPEK KES TEMBAKAN DI CENTRAL PARK 462 00:33:41,813 --> 00:33:44,066 Hei, ini Sam. Sila tinggalkan pesanan, 463 00:33:44,066 --> 00:33:46,235 atau anda boleh guna cara lama dan kelui saya. 464 00:33:46,818 --> 00:33:49,821 Peti mel ini sudah penuh dan tidak dapat menerima mesej... 465 00:34:52,259 --> 00:34:55,469 RESTORAN ITALI CICCIARO'S 466 00:35:00,517 --> 00:35:02,769 - Helo. - Hei, Pn. Santos. 467 00:35:02,769 --> 00:35:04,438 Saya harap saya tak terlambat. 468 00:35:31,089 --> 00:35:34,801 Helo, William. Nama saya Earl. 469 00:35:35,636 --> 00:35:37,137 Mereka berkumpul di sini hari ini 470 00:35:37,137 --> 00:35:39,473 sebab mereka takut awak akan mati. 471 00:35:43,977 --> 00:35:45,187 Apa kata awak duduk? 472 00:35:49,358 --> 00:35:50,943 Tidak, Earl. Saya tak nak duduk. 473 00:35:52,194 --> 00:35:55,072 Okey, beginilah. Ini idea saya, William. 474 00:35:55,072 --> 00:35:58,408 Awak boleh marah saya, tapi awak patut marah pada diri awak sendiri. 475 00:35:59,535 --> 00:36:02,704 Sebab ketagihan awak menjejaskan kerjaya awak sebagai artis, 476 00:36:02,704 --> 00:36:05,874 tapi penipuan awak menjejaskan awak sebagai manusia. 477 00:36:05,874 --> 00:36:08,752 Jadi tolong jangan pura-pura awak okey. 478 00:36:09,586 --> 00:36:10,587 Dah habis cakap? 479 00:36:16,385 --> 00:36:20,681 Earl cuma jalankan tugasnya. Saya hargainya. 480 00:36:22,850 --> 00:36:25,686 Tak guna. Maksud saya, Bruno, saya faham. 481 00:36:27,771 --> 00:36:31,149 Saya tak hasilkan apa-apa untuk awak jual, 482 00:36:31,692 --> 00:36:35,487 jadi, saya tak bernilai buat awak. 483 00:36:43,412 --> 00:36:45,122 Tapi awak. 484 00:36:49,334 --> 00:36:50,335 Awak? 485 00:36:52,171 --> 00:36:54,298 Awak betul-betul fikir cara ini akan berkesan? 486 00:36:55,382 --> 00:36:57,050 Dia tak fikir cara ini akan berkesan. 487 00:36:57,050 --> 00:36:59,678 Dia cuma sudah kehabisan idea nak tunjukkan dia ambil berat akan awak. 488 00:37:01,805 --> 00:37:03,849 Awak siapa? 489 00:37:03,849 --> 00:37:06,393 Jangan. Tolong jangan buat begitu. 490 00:37:08,437 --> 00:37:09,855 Saya kagum. 491 00:37:11,857 --> 00:37:13,358 Hei, Reegs. 492 00:37:14,651 --> 00:37:18,906 Sudah 15 tahun, bukan? 493 00:37:18,906 --> 00:37:20,616 Ya. Lebih kuranglah. 494 00:37:23,827 --> 00:37:25,579 Selama itulah tempoh saya ambil untuk cari awak. 495 00:37:27,956 --> 00:37:29,082 Serius? 496 00:37:29,082 --> 00:37:33,504 Jangan begitu. Jangan pergi. Jangan. 497 00:37:35,088 --> 00:37:36,423 Saya rindu awak. 498 00:37:36,423 --> 00:37:39,843 - Oh, Tuhan. - Tidak. Saya amat merindui awak. 499 00:37:39,843 --> 00:37:44,223 - Saya tak boleh terima buat masa ini. - Saya tak pernah berhenti rindu awak. 500 00:37:44,223 --> 00:37:46,058 Tak susah pun nak cari saya. 501 00:37:47,100 --> 00:37:49,520 - Jadi walau apa pun semua ini... - Tidak. 502 00:37:51,271 --> 00:37:54,566 - Dulu saya ahli kugiran. Ada satu album. - Saya tahu. 503 00:37:54,566 --> 00:37:59,112 Saya pernah ada pameran di galeri yang diulas 504 00:37:59,112 --> 00:38:01,615 oleh The New York Times. 505 00:38:05,118 --> 00:38:07,287 Jarak rumah saya tak sampai 20 minit pun dari rumah awak. 506 00:38:08,539 --> 00:38:09,540 Awak boleh jalan kaki. 507 00:38:09,540 --> 00:38:14,628 Saya ada keluarga, dua anak dan pernah berkahwin. Saya ada kerja. Saya... 508 00:38:14,628 --> 00:38:16,129 Saya di situ saja. 509 00:38:16,129 --> 00:38:19,258 - Di tempat awak tinggalkan saya. - Di tempat... 510 00:38:20,050 --> 00:38:21,343 Saya tinggalkan awak. 511 00:38:29,768 --> 00:38:31,603 Saya dah minta awak ikut saya. 512 00:38:34,773 --> 00:38:38,986 Saya merayu awak ikut saya. Saya cuma nak lindungi awak. 513 00:38:39,820 --> 00:38:42,406 Saya mahu ayah kita lindungi awak. 514 00:38:42,406 --> 00:38:46,368 Saya tak tahu nak buat apa. Saya bagai telur di hujung tanduk. 515 00:38:46,368 --> 00:38:48,620 Saya perlu fikirkan cara untuk terus hidup. Saya tak... 516 00:38:49,162 --> 00:38:51,331 - Tahniah, Reegs... - Tolonglah. 517 00:38:51,331 --> 00:38:53,250 ...sebab awak hidup. Awak berjaya. 518 00:38:55,377 --> 00:38:57,296 Tolonglah. 519 00:38:58,338 --> 00:39:02,551 Awak tak perlu buat apa-apa. 520 00:39:03,385 --> 00:39:06,096 Saya sayang awak. 521 00:39:06,096 --> 00:39:07,806 Saya tak kenal mereka, 522 00:39:07,806 --> 00:39:10,684 tapi saya harap awak faham betapa saya sayangkan awak. 523 00:39:11,977 --> 00:39:14,062 Awak tahu ayah sakit? 524 00:39:14,062 --> 00:39:14,980 Ayah? 525 00:39:14,980 --> 00:39:18,233 Awak tahu dia sanggup terima awak kembali dengan tangan terbuka? 526 00:39:18,233 --> 00:39:20,319 Ayah pengecut. 527 00:39:23,989 --> 00:39:26,533 Awak pengecut. 528 00:39:27,117 --> 00:39:31,288 Semua orang di sini pengecut! Okey? 529 00:39:31,288 --> 00:39:34,208 Jadi, awak rasa suntik dadah ialah satu keberanian? 530 00:39:34,875 --> 00:39:36,585 Awak sangka awak hebat, ya? 531 00:39:36,585 --> 00:39:42,090 Nampaknya ada banyak perkara perlu dibincangkan. Kita patut duduk. 532 00:39:42,090 --> 00:39:47,387 Sebenarnya, inilah sebab saya balik. 533 00:39:47,387 --> 00:39:50,599 Saya ingat ia disimpan di sini. Jadi, terima kasih banyak, semua. 534 00:39:50,599 --> 00:39:57,397 William, awak boleh ubah seluruh hidup awak sekarang dengan satu keputusan. 535 00:39:57,397 --> 00:40:01,401 Tolonglah, William. Dengar cakap dia. 536 00:40:01,401 --> 00:40:03,904 - Saya merayu. Awak akan berterima kasih... - Diam! Cukuplah! 537 00:40:03,904 --> 00:40:05,781 Cukuplah. Mercer. 538 00:40:11,370 --> 00:40:17,000 Jadi kalau saya ikut Earl, itu saja cara awak akan sayang saya? 539 00:40:18,043 --> 00:40:19,711 Saya tak nak kasih sayang sebegitu. 540 00:40:21,380 --> 00:40:23,924 Terima kasih saja. Saya tak nak. 541 00:40:44,194 --> 00:40:45,445 Saya minta maaf. 542 00:41:00,043 --> 00:41:01,545 Hei, Tony. Apa khabar? 543 00:41:01,545 --> 00:41:04,173 Hei, saya akan ke Aspen dengan keluarga saya malam ini. 544 00:41:04,173 --> 00:41:06,425 Saya boleh hantar kertas kerja dalam perjalanan nanti. 545 00:41:06,425 --> 00:41:09,720 Ya, terima kasih. Boleh begitu? Dokumen ada pada saya. 546 00:41:10,554 --> 00:41:12,890 Okey. Baiklah, bagus. Okey. Kita jumpa nanti. 547 00:41:37,831 --> 00:41:38,874 Sedang cari sesuatu? 548 00:41:40,209 --> 00:41:41,627 Tentu awak mahukannya semula. 549 00:41:44,546 --> 00:41:45,547 Saya Sam. 550 00:41:51,303 --> 00:41:53,388 - Hei, Sam. - Hai. 551 00:41:59,686 --> 00:42:02,231 KOLEJ KEDIAMAN LANDESMAN 552 00:42:14,117 --> 00:42:15,369 PENGHUNI SAHAJA KAD PELAJAR DIPERLUKAN 553 00:42:33,470 --> 00:42:35,806 Tak patut begini. Mari kita ke tempat lain. 554 00:42:35,806 --> 00:42:38,475 - Tak nak. - Ada Hotel W di Union Square. 555 00:42:38,475 --> 00:42:41,186 Cara ini lebih seronok. Budak lelaki tak dibenarkan masuk selepas pukul 11:00. 556 00:42:41,186 --> 00:42:42,271 - Budak lelaki? - Ya. 557 00:42:42,896 --> 00:42:43,897 Sam. 558 00:43:09,923 --> 00:43:11,175 LINDUNGI HABITATNYA SAYANGI PANDA 559 00:43:11,175 --> 00:43:12,634 Okey. 560 00:43:12,634 --> 00:43:17,139 Minat rakan sebilik awak terhadap panda buatkan keadaan ini semakin pelik. 561 00:43:17,681 --> 00:43:19,808 Dia di Des Moines sepanjang hari cuti, 562 00:43:19,808 --> 00:43:22,728 - jadi awak boleh fokus pada saya. - Okey. 563 00:43:22,728 --> 00:43:24,688 Awak pula? Awak minat apa? 564 00:43:25,189 --> 00:43:27,316 Sebab awak macam tak tidur di sini pun. 565 00:43:28,233 --> 00:43:31,945 Minat awak. Awak tahu mana saya tinggal. 566 00:43:40,245 --> 00:43:41,622 Bercakap tentang itu... 567 00:43:41,622 --> 00:43:42,706 Ya? 568 00:43:42,706 --> 00:43:45,375 Memandangkan saya kenal awak, baru saya sedar saya... 569 00:43:47,669 --> 00:43:51,507 Saya tak begitu kenal awak. Pekerja kewangan dan suami orang. 570 00:43:54,676 --> 00:43:56,553 Bagaimana awak boleh muncul depan saya? 571 00:44:01,391 --> 00:44:03,560 Bukan awak saja ada rahsia. 572 00:44:05,145 --> 00:44:07,773 Saya? Saya mudah diramal. 573 00:44:15,197 --> 00:44:19,034 Itu penipuan terbesar awak pernah katakan. Senang saja nak menipu. 574 00:44:19,868 --> 00:44:23,080 - Beritahu awak bekerja untuk siapa. - Tiada siapa. Bekerja sendiri. 575 00:44:24,122 --> 00:44:25,666 Semua orang perlu laporkan kepada seseorang. 576 00:44:45,894 --> 00:44:47,145 Hai. 577 00:44:47,145 --> 00:44:48,063 Hei. 578 00:44:49,356 --> 00:44:50,357 Itu bilik saya. 579 00:44:50,357 --> 00:44:54,778 Okey. 580 00:44:55,279 --> 00:44:56,613 Peminat panda dari Des Moines. 581 00:44:57,698 --> 00:44:58,991 Saya kawan Samantha. 582 00:44:58,991 --> 00:45:03,704 Saya cuma nak tanya jika awak tahu khabarnya, 583 00:45:03,704 --> 00:45:05,455 atau ada jumpa dia beberapa hari lalu. 584 00:45:05,455 --> 00:45:09,126 Ya, polis pun tanya begitu. 585 00:45:09,126 --> 00:45:10,210 Polis datang ke sini? 586 00:45:11,628 --> 00:45:12,629 Saya... 587 00:45:15,632 --> 00:45:16,633 Hei, boleh saya tanya... 588 00:45:18,677 --> 00:45:21,263 Sam beritahu saya, musim luruh ini dia jadi pelajar senior. 589 00:45:22,389 --> 00:45:26,810 Tidak. Dia baru masuk musim luruh lalu. Dia pelajar tahun satu. 590 00:45:50,375 --> 00:45:52,794 JABATAN POLIS BANDAR RAYA NEW YORK ALI PARSA 591 00:46:02,471 --> 00:46:04,806 Hei, saya lapang tengah hari esok. Okey. 592 00:46:04,806 --> 00:46:08,519 Tim, terima kasih sebab sentiasa menyokong saya. 593 00:46:08,519 --> 00:46:11,897 Terima kasih. Kekal berhubung. Okey, terima kasih. 594 00:46:12,564 --> 00:46:16,527 Regan, bagaimana pertemuan semula dengan William? 595 00:46:17,319 --> 00:46:21,198 Sekejap saja. Nampaknya saya dah terlambat. 596 00:46:21,198 --> 00:46:25,285 Tak lambat pun. Amory datang dan selamatkan keadaan. 597 00:46:25,285 --> 00:46:30,207 Dia pengerusi sementara selagi pengganti bapa awak belum dilantik. 598 00:46:30,207 --> 00:46:33,418 Ahli lembaga sangat puas hati. Akhirnya, kapal stabil semula. 599 00:46:33,418 --> 00:46:35,337 Ya, atau dirampas. 600 00:46:35,337 --> 00:46:39,174 Maksud saya, awak paksa bapa saya bersara 601 00:46:39,174 --> 00:46:42,261 dan tiba-tiba jawatan CEO menjadi milik awak. 602 00:46:42,261 --> 00:46:45,514 Sementara. Selagi belum jumpa pengganti kekal. 603 00:46:46,098 --> 00:46:48,642 Saya kesal pertemuan dengan adik awak tak berjalan lancar. 604 00:46:49,768 --> 00:46:53,522 Tapi saya juga perlukan awak, lebih-lebih lagi sekarang. 605 00:46:54,523 --> 00:46:55,524 Kita saling memerlukan. 606 00:46:56,066 --> 00:46:57,359 Jumpa pagi esok. 607 00:46:58,694 --> 00:46:59,695 Okey. 608 00:47:02,573 --> 00:47:03,574 Jangan. 609 00:47:25,512 --> 00:47:28,015 Ayuh, Pengutus. Mari sini. 610 00:47:28,015 --> 00:47:29,975 - Mari sini. Hei. - Apa? 611 00:47:30,809 --> 00:47:35,981 Ne cede malis. Maksudnya "jangan tunduk kepada kejahatan." 612 00:47:37,191 --> 00:47:39,443 Itu slogan Bronx. Ayuh. 613 00:47:50,746 --> 00:47:52,956 Cantiknya. 614 00:47:57,044 --> 00:47:58,504 Kenapa, Charlie Man? 615 00:48:01,256 --> 00:48:03,550 Saya tak faham apa kita buat di sini. 616 00:48:05,886 --> 00:48:07,930 Sam suka muzik, bukan keganasan. 617 00:48:07,930 --> 00:48:10,265 - Dia tak pernah cederakan orang. - Kami pun. 618 00:48:10,265 --> 00:48:12,768 Jangan risau, Charlie. Bangunan ini tak berpenghuni. 619 00:48:15,812 --> 00:48:17,189 Jadi kenapa? 620 00:48:19,566 --> 00:48:21,527 Sam pun tanya soalan sama macam awak. 621 00:48:22,569 --> 00:48:26,532 Saya cuba yang terbaik menjawabnya. Kami sayang bandar ini. 622 00:48:27,616 --> 00:48:30,285 Kami rasa ia patut jadi milik pemuzik dan artis. 623 00:48:31,453 --> 00:48:33,372 Milik orang kulit hitam dan perang. 624 00:48:34,122 --> 00:48:38,043 Milik si pemimpi, penagih dan penyair. 625 00:48:38,961 --> 00:48:42,673 Tapi ada orang jahat yang cuba merampasnya daripada kami dan... 626 00:48:44,800 --> 00:48:46,176 kami cuma lawan semula. 627 00:48:47,886 --> 00:48:49,096 Dengan membakarnya? 628 00:48:49,096 --> 00:48:50,889 Hei, awak perlu percayakan saya, Pengutus. 629 00:48:52,391 --> 00:48:53,475 Kami ada rancangan. 630 00:48:54,685 --> 00:48:56,895 Rancangan untuk jaga bandar ini demi rakyat 631 00:48:56,895 --> 00:49:00,107 dan hukum si celaka yang mencuri pulau kami. 632 00:49:00,649 --> 00:49:02,651 Kami membina dunia baharu 633 00:49:02,651 --> 00:49:05,529 yang memerlukan dunia lama dihancurkan. 634 00:49:05,529 --> 00:49:09,283 Selain itu, meletupkan sesuatu amat menyeronokkan. 635 00:49:09,283 --> 00:49:13,328 - Sangat menyeronokkan. - Betul. 636 00:49:13,996 --> 00:49:15,831 Kami nyanyikan lagu tentangnya. 637 00:49:21,503 --> 00:49:24,047 Kalau awak sedang fikir, "Apa Sam akan buat?" 638 00:49:24,965 --> 00:49:29,094 Saya rasa kita tahu jawapannya. Sam kawan kami 639 00:49:29,595 --> 00:49:32,097 dan awak takkan tahu hal sebenar tentang kejadian yang menimpanya 640 00:49:32,097 --> 00:49:33,223 kalau awak tak bersama kami. 641 00:49:35,309 --> 00:49:40,647 Ayuh, Charlie. Sertai kami. Tunjuk kehebatan awak kepada Sam. 642 00:49:45,736 --> 00:49:48,238 ...suspek bagi kes tembak pada Hari Kemerdekaan 643 00:49:48,238 --> 00:49:49,323 di Central Park telah dikenal pasti. 644 00:49:49,323 --> 00:49:51,074 NYPD KELUARKAN FOTO SUSPEK KES TEMBAK DI TAMAN 645 00:49:51,074 --> 00:49:55,329 Polis sedang mencari lelaki Kaukasia berusia antara 15 dan 25 tahun. 646 00:49:55,329 --> 00:49:58,498 Ketinggian sederhana, kurus, rambut dan anak mata berwarna gelap. 647 00:49:58,498 --> 00:49:59,833 Sesiapa yang mempunyai maklumat, 648 00:49:59,833 --> 00:50:04,630 sila hubungi NYPD di talian 212-111-TIPS. 649 00:50:04,630 --> 00:50:05,714 Kejadian tembakan di taman itu... 650 00:50:06,423 --> 00:50:08,175 Budak kurus, berambut kembang. 651 00:50:08,175 --> 00:50:10,552 Rambutnya macam bulu anjing poddle. 652 00:50:10,552 --> 00:50:13,514 Dia bukan budak, tapi macam 40-an. 653 00:50:14,014 --> 00:50:17,392 Nampak kaya, kemas, pakai Rolex. 654 00:50:28,070 --> 00:50:29,905 Saya akan ambil rakaman daripada kamera itu. 655 00:50:29,905 --> 00:50:31,949 Kalau bukan budak kurus itu, jadi siapa? 656 00:50:32,991 --> 00:50:33,992 Ikut saya. 657 00:50:34,910 --> 00:50:36,203 - Ya? - Hei. 658 00:50:36,203 --> 00:50:38,372 Ibu kepada remaja dalam gambar itu baru hubungi. 659 00:50:38,372 --> 00:50:40,207 Okey, baiklah. Saya akan ke sana. 660 00:50:51,218 --> 00:50:54,596 Musim panas di Southampton. Banyak betul kenangan indah. 661 00:51:03,939 --> 00:51:05,816 Sesetengah perkara lebih elok dilupakan. 662 00:51:10,737 --> 00:51:12,447 - Ayuh, Charlie. - Ayuh, Pengutus. 663 00:51:12,447 --> 00:51:15,075 - Awak boleh, Charlie. Tarik nafas. - Buat. 664 00:51:15,075 --> 00:51:16,410 - Kami yakin dengan awak. - Ayuh. 665 00:51:16,410 --> 00:51:17,995 - Tak payah fikir. - Ayuh, Pengutus. 666 00:51:17,995 --> 00:51:19,079 Cepat campakkan. 667 00:51:52,863 --> 00:51:54,031 - Kita perlu pergi. - Ayuh. 668 00:51:54,031 --> 00:51:55,115 Okey. 669 00:51:55,115 --> 00:51:56,408 Ayuh, Charlie Man. 670 00:51:57,826 --> 00:51:59,578 Mari, Charlie Man! Mari! 671 00:52:15,135 --> 00:52:16,803 GARISAN POLIS DILARANG MELINTAS 672 00:52:28,982 --> 00:52:29,983 Keith? 673 00:52:34,655 --> 00:52:37,491 Jadi apa yang mustahak sangat sampai tak boleh tunggu pagi esok? 674 00:52:40,869 --> 00:52:42,746 Di sinilah gadis itu ditembak. 675 00:52:42,746 --> 00:52:45,249 Ya, saya nampak polis ketika parti tempoh hari. 676 00:52:47,668 --> 00:52:49,586 Awak minat dengan kes ini? 677 00:52:51,630 --> 00:52:53,799 Saya cuma nak tahu. Maksud saya... 678 00:52:55,759 --> 00:52:57,761 Saya rasa saya kenal dia. 679 00:52:58,929 --> 00:53:03,267 Saya nak tanya jika awak tahu... 680 00:53:05,811 --> 00:53:06,812 jika awak... 681 00:53:10,065 --> 00:53:11,066 jika awak tahu tentang... 682 00:53:11,066 --> 00:53:13,610 Keith, apa yang perlu diketahui tentang seorang gadis 683 00:53:13,610 --> 00:53:17,030 dan suami orang yang dapat harta, 684 00:53:17,030 --> 00:53:21,076 atau kesemua hartanya, disebabkan keluarga isterinya yang baik? 685 00:53:21,076 --> 00:53:26,415 Tak mungkin lelaki begitu jejaskan perniagaan demi kepuasan. 686 00:53:26,415 --> 00:53:28,375 Tidak. Itu tindakan yang bodoh. 687 00:53:28,375 --> 00:53:32,504 Tindakan itu sangat bodoh, malah berbahaya. 688 00:53:34,173 --> 00:53:35,424 Oh, Tuhan, Amory! 689 00:53:42,472 --> 00:53:44,141 Kejadian yang berlaku di sini disebabkan awak? 690 00:53:46,185 --> 00:53:47,311 Tolonglah, Keith. 691 00:53:47,978 --> 00:53:50,731 Awak pun tahu kejadian yang berlaku di sini... 692 00:53:53,817 --> 00:53:55,235 adalah disebabkan awak. 693 00:55:10,519 --> 00:55:12,521 Terjemahan sari kata oleh Hamizah