1 00:00:13,520 --> 00:00:16,960 Derbi London Utara semakin dekat. 2 00:00:18,160 --> 00:00:20,920 Lapan hari lagi, Arsenal akan melawan Tottenham. 3 00:00:21,000 --> 00:00:24,120 Ini antara perlawanan bola sepak paling sengit di dunia. 4 00:00:24,200 --> 00:00:26,960 Bagi pemain, ini ujian yang tiada bandingan. 5 00:00:28,920 --> 00:00:32,759 Tapi sebelum boleh fokus kepada itu, mereka perlu menghadapi Burnley. 6 00:00:36,080 --> 00:00:39,040 Selepas kemenangan pertama Liga Perdana musim ini, 7 00:00:39,080 --> 00:00:43,200 Arsenal memulakan perjalanan 740 kilometer pergi balik ke Lancashire. 8 00:00:43,280 --> 00:00:44,760 KELAB BOLA SEPAK BURNLEY 9 00:00:47,800 --> 00:00:50,320 Naratif mengenai Arsenal buat masa ini, 10 00:00:50,400 --> 00:00:54,360 satu perlawanan sahaja pun mampu mengancam kedudukan mereka. 11 00:00:54,440 --> 00:00:55,440 Ya. 12 00:00:57,360 --> 00:01:00,680 BURNLEY LWN ARSENAL STADIUM TURF MOOR - 18 SEPTEMBER 2021 13 00:01:01,960 --> 00:01:04,680 Mikel Arteta masih menghadapi tekanan. 14 00:01:05,880 --> 00:01:08,880 Setakat ini, selepas empat perlawanan dalam liga, 15 00:01:08,960 --> 00:01:10,760 Arsenal hanya mendapat satu gol. 16 00:01:13,760 --> 00:01:15,160 Perlawanan bermula. 17 00:01:20,000 --> 00:01:23,480 Belokan baik oleh Saka, berlari ke arah pertahanan Burnley, 18 00:01:23,560 --> 00:01:27,560 peluang terbuka disebabkan Pépé, yang nampaknya telah tersadung. 19 00:01:42,200 --> 00:01:44,640 Cantik tendangan percuma Ødegaard. 20 00:01:44,720 --> 00:01:46,880 Tiga puluh minit berlalu di Turf Moor. 21 00:01:46,960 --> 00:01:48,759 Arsenal mendahului satu-kosong. 22 00:01:51,920 --> 00:01:55,560 Inilah gol pertama pemain Norway ini sejak kembali ke Arsenal. 23 00:01:58,080 --> 00:01:59,320 Masa telah tamat. 24 00:01:59,400 --> 00:02:01,400 Sepakan Ødegaard meraih tiga mata. 25 00:02:04,480 --> 00:02:07,840 Arsenal semakin meningkat, menang dua kali berturut-turut. 26 00:02:07,920 --> 00:02:09,720 Mereka mula membina momentum. 27 00:02:17,160 --> 00:02:22,120 Sebaik saja perlawanan berakhir, hanya satu perkara bermain di fikiran penyokong. 28 00:02:22,320 --> 00:02:26,160 Takkanlah kita nak kalah di derbi London Utara nanti, bukan? 29 00:02:26,560 --> 00:02:28,720 Tottenham minggu depan ujian besar. 30 00:02:29,400 --> 00:02:33,440 Saya tak optimistik, pada masa yang sama, saya juga tak pesimistik, 31 00:02:33,560 --> 00:02:37,040 tapi begitulah keadaannya menjadi penyokong Arsenal. 32 00:02:40,600 --> 00:02:45,440 Namun, kemenangan itu menanam keyakinan seraya mereka kembali ke London Utara. 33 00:03:00,960 --> 00:03:04,160 Awak mencintai kerja awak. Itulah keghairahan namanya. 34 00:03:05,040 --> 00:03:08,000 Kita harus yakin. Kita harus bertenaga. 35 00:03:09,200 --> 00:03:11,320 Tunjukkan kepada mereka semangat awak. 36 00:03:11,840 --> 00:03:12,800 Jom kita buat. 37 00:03:13,520 --> 00:03:15,880 SEGALANYA ATAU TIADA: ARSENAL 38 00:03:15,960 --> 00:03:18,640 SUARA LATAR OLEH DANIEL KALUUYA 39 00:03:22,280 --> 00:03:28,280 48 JAM SEBELUM DERBI LONDON UTARA 40 00:03:32,040 --> 00:03:34,120 PIERRE-EMERICK AUBAMEYANG PENYERANG 41 00:03:34,200 --> 00:03:36,079 Adakah ramai yang tahu kisahnya? 42 00:03:36,160 --> 00:03:37,880 Tiada sesiapa tahu kisahnya. 43 00:03:37,960 --> 00:03:43,680 Ini kali pertama saya menceritakan sebab saya membuat bentuk bintang ini 44 00:03:44,720 --> 00:03:47,200 setiap kali melawan Tottenham. 45 00:03:49,520 --> 00:03:51,920 Pada tahun 2016, 46 00:03:52,720 --> 00:03:56,840 saya kehilangan datuk saya. Kami melawan Tottenham pada hari itu. 47 00:03:57,960 --> 00:04:02,480 Sebab itulah saya buat bintang ini setiap kali melawan mereka kerana, 48 00:04:03,560 --> 00:04:06,280 pada hari itu, saya menjaringkan dua gol untuknya 49 00:04:06,360 --> 00:04:11,080 dan saya sangat gembira. Sebab itulah mulai hari itu, 50 00:04:11,160 --> 00:04:15,120 saya sentiasa buat sesuatu untuknya dan dialah bintang saya. 51 00:04:17,360 --> 00:04:18,680 Ayah buat bintang? 52 00:04:18,760 --> 00:04:20,120 -Cantik tak? -Sangat. 53 00:04:20,200 --> 00:04:21,200 -Kamu suka? -Ya. 54 00:04:21,240 --> 00:04:23,120 Kamu pun suka? 55 00:04:27,880 --> 00:04:30,440 Bagaimana perasaan menjaringkan gol Ahad ini? 56 00:04:34,800 --> 00:04:39,520 Pasti mengujakan. Harap-harap ia akan berlaku. 57 00:04:40,320 --> 00:04:44,880 Tapi saya tahu perasaan apabila menjaringkan gol. 58 00:04:45,520 --> 00:04:48,440 Saya pernah menjaringkan gol derbi sebagai tuan rumah, 59 00:04:48,520 --> 00:04:52,720 jadi saya tahu perasaannya dan saya cuma menantikannya. 60 00:04:54,760 --> 00:05:00,720 KELAB BOLA SEPAK ARSENAL 61 00:05:09,600 --> 00:05:10,920 Selamat pagi, semua. 62 00:05:11,000 --> 00:05:15,000 Kita akan buat satu latihan ringkas, selepas itu saya terangkan sebabnya. 63 00:05:15,080 --> 00:05:17,640 Kalian akan nampak satu gambar, okey? 64 00:05:17,720 --> 00:05:21,920 Yang kalian perlu buat... Saya akan beri masa 45 saat, 65 00:05:22,240 --> 00:05:26,160 cuba hafal semua gambar yang ada. 66 00:05:26,240 --> 00:05:28,120 Ini bukan satu pertandingan. 67 00:05:28,200 --> 00:05:30,920 Mudah saja, kalau salah, tak apa. 68 00:05:31,000 --> 00:05:32,480 Pépé nampak risau. 69 00:05:34,920 --> 00:05:38,400 Nico, awak risau? Ini bukan peperiksaan. 70 00:05:41,280 --> 00:05:44,720 Mesti ada posisi dan nombornya. Tolong hafal. 71 00:05:48,880 --> 00:05:54,159 Okey, berapa ramai dapat hafal yang ini, 72 00:05:54,240 --> 00:05:58,120 dan berapa ramai dapat hafal bahagian ini? Kieran. 73 00:05:58,200 --> 00:06:00,440 Saya cuba hafal yang sebelah kanan. 74 00:06:00,520 --> 00:06:02,760 -Tapi awak dapat hafal semua? -Tak. 75 00:06:03,160 --> 00:06:04,160 Ben? 76 00:06:04,240 --> 00:06:06,480 Mikel Arteta mahu pasukannya serasi. 77 00:06:07,320 --> 00:06:09,000 Awak tak dapat sebelah ini? 78 00:06:09,080 --> 00:06:13,120 Jadi, gerak hati pemain perlu tahu lokasi masing-masing di atas padang. 79 00:06:13,200 --> 00:06:16,200 -Dapat semua yang sebelah kiri? Sini? -Tak cukup masa. 80 00:06:18,760 --> 00:06:21,480 Okey, bolehkah kita kata, ramai antara kalian 81 00:06:21,560 --> 00:06:25,360 dapat menghafal yang sebelah kanan hampir 100 peratus, 82 00:06:25,440 --> 00:06:29,680 dan kalian terkial-kial nak hafal 30, 40, 50 peratus yang ini? 83 00:06:29,760 --> 00:06:32,320 B, agaknya kenapa kita dapat hafal yang ini? 84 00:06:32,920 --> 00:06:34,800 Kerana itu latihan harian kami. 85 00:06:35,360 --> 00:06:38,640 Jadi, disebabkan kita berlatih begitu, otak kita bagaimana? 86 00:06:38,720 --> 00:06:42,440 Ini disebabkan kita dah belajar sesuatu 87 00:06:43,560 --> 00:06:47,440 dan melihat gambar ini, kita memproses maklumat berdasarkan itu. 88 00:06:47,800 --> 00:06:50,920 Dalam perlawanan, kita tak banyak masa untuk membuat pilihan, 89 00:06:51,000 --> 00:06:54,200 jadi pengajarannya hari ini ialah betapa pentingnya 90 00:06:54,280 --> 00:06:57,640 kita semua tahu segala yang berlaku di atas padang 91 00:06:57,720 --> 00:07:01,040 kerana itu akan memudahkan kita membuat pilihan. 92 00:07:01,480 --> 00:07:03,960 Jadi, dalam serangan atau pertahanan, 93 00:07:04,040 --> 00:07:08,840 jika secara visual tanpa perlu berfikir, kita tahu semua yang sedang berlaku, 94 00:07:08,920 --> 00:07:11,200 setiap gerakan dan gerakan seterusnya 95 00:07:11,280 --> 00:07:14,080 cara semua unit berfungsi dan saling berinteraksi, 96 00:07:14,160 --> 00:07:15,720 itulah sebabnya. 97 00:07:17,360 --> 00:07:19,680 Arsenal menuju ke derbi London Utara 98 00:07:19,760 --> 00:07:23,360 corot di tangga ke-13 dan di bawah Tottenham. 99 00:07:33,720 --> 00:07:35,680 Okey, semua, tolong ke depan. 100 00:07:37,760 --> 00:07:40,320 Kelab ini membina pasukan untuk masa depan, 101 00:07:40,400 --> 00:07:43,520 tapi pengurusnya mahu mereka menunjukkan hasil sekarang. 102 00:07:43,600 --> 00:07:45,000 Senyum lebar. 103 00:07:46,960 --> 00:07:47,960 Senyum lebar-lebar. 104 00:07:48,480 --> 00:07:50,880 Senyum lebar-lebar. Buat gaya gembira. 105 00:07:52,800 --> 00:07:55,360 Pengurusnya yakin dengan pemain-pemain muda ini 106 00:07:55,440 --> 00:07:58,480 kerana dia tahu betapa berbakatnya mereka. 107 00:08:00,400 --> 00:08:02,200 Contohnya Emile Smith Rowe. 108 00:08:07,400 --> 00:08:09,120 Ini dia pada usia 15 tahun. 109 00:08:16,080 --> 00:08:19,920 Dari segi kawalan bola, dia berbakat semula jadi. 110 00:08:26,800 --> 00:08:28,600 Emile, itu jauh lebih baik. 111 00:08:29,320 --> 00:08:32,280 Berikan jarak sekurang-kurangnya satu meter dari garisan, 112 00:08:32,360 --> 00:08:36,000 kalau-kalau awak nak ke tepi. Awak terlalu rapat. 113 00:08:36,760 --> 00:08:41,039 Bagi Emile Smith Rowe, derbi London Utara lebih istimewa. 114 00:08:43,880 --> 00:08:46,080 Saya menyokong Arsenal sejak kecil. 115 00:08:46,440 --> 00:08:47,280 EMILE SMITH ROWE PEMAIN TENGAH 116 00:08:47,360 --> 00:08:51,040 Malangnya, bapa saya penyokong Spurs, jadi suasana di rumah agak toksik. 117 00:08:56,440 --> 00:09:00,320 Memang dia bangga dengan saya, tapi setiap kali saya melawan Spurs, 118 00:09:00,400 --> 00:09:03,880 pasti kami akan mempersendakan satu sama lain. 119 00:09:05,480 --> 00:09:07,960 Apa gambaran pertama awak tentang Emile? 120 00:09:08,480 --> 00:09:11,760 Emile, sangat pemalu, tak suka berhubung mata dengan orang. 121 00:09:12,720 --> 00:09:13,880 Dia berasa... 122 00:09:16,080 --> 00:09:19,360 mungkin agak tak selesa dan tak yakin diri. 123 00:09:20,120 --> 00:09:24,480 Tapi kita boleh nampak kebaikan hatinya dan semuanya ada padanya. 124 00:09:25,400 --> 00:09:27,280 Bakat Emile memang menonjol. 125 00:09:30,960 --> 00:09:34,160 Tapi pihak kelab meminjamkannya untuk membentuk peribadinya. 126 00:09:35,840 --> 00:09:37,760 Semasa meminjamkannya, saya kata, 127 00:09:37,880 --> 00:09:40,440 "Saya takkan tengok perlawanan awak, 128 00:09:40,520 --> 00:09:44,320 "saya cuma nak dengar kata-kata orang tentang awak semasa di sana. 129 00:09:44,760 --> 00:09:48,440 "Cara awak digambarkan sebagai manusia, bukan sebagai pemain. 130 00:09:48,520 --> 00:09:51,520 "Sebagai seorang pemain, awak memang berkebolehan, 131 00:09:51,640 --> 00:09:55,720 "tapi bolehkah awak menanggung tekanan di bilik persalinan dan di luar? 132 00:09:55,760 --> 00:09:59,080 "Saya tak tahu, jadi pergilah ke sana dan latih diri awak." 133 00:09:59,160 --> 00:10:00,840 Dia benar-benar berjaya. 134 00:10:07,520 --> 00:10:10,840 Kini, pada usia 21 tahun dia pemain nombor sepuluh Arsenal. 135 00:10:13,280 --> 00:10:15,080 Ini amat bermakna bagi saya. 136 00:10:15,760 --> 00:10:19,480 Sejak kecil, saya mengidamkan jersi nombor sepuluh ikonik ini. 137 00:10:21,760 --> 00:10:23,640 Penggantungan dah tamat. 138 00:10:24,000 --> 00:10:25,840 Penggantungan saya dah tamat. 139 00:10:26,600 --> 00:10:27,880 Terus masuk? 140 00:10:31,200 --> 00:10:32,760 Awaklah masa depan. 141 00:10:32,880 --> 00:10:33,760 Taklah. 142 00:10:33,840 --> 00:10:36,520 Saya dah kata sejak mula lagi. Awaklah masa depan. 143 00:10:36,640 --> 00:10:38,760 Ini bukan hal masa depan, tapi sekarang. 144 00:10:39,200 --> 00:10:42,640 Bayangkan menjadi nombor 10, dan kapten di masa depan. 145 00:10:47,080 --> 00:10:48,840 Kejar dari kiri ke kanan. 146 00:10:49,520 --> 00:10:52,520 Seorang lagi pemain muda berbakat yang Mikel percaya 147 00:10:52,600 --> 00:10:54,760 ialah Bukayo Saka, berusia 20 tahun. 148 00:10:55,320 --> 00:10:58,000 Ibu bapanya datang ke London dari Nigeria. 149 00:11:02,680 --> 00:11:06,840 Bukayo dimasukkan ke akademi Arsenal pada usia hanya lapan tahun. 150 00:11:12,480 --> 00:11:16,520 Dengan pantas dia jelas menunjukkan bakat luar biasa. 151 00:11:19,920 --> 00:11:22,880 Mungkin satu dalam seratus orang lebih kurang, 152 00:11:22,960 --> 00:11:26,520 budak-budak lepasan akademi masuk ke pasukan pertama. 153 00:11:29,440 --> 00:11:32,480 Pertama kali masuk ke bilik persalinan pasukan pertama, 154 00:11:32,560 --> 00:11:34,880 itulah masanya saya terfikir, 155 00:11:34,960 --> 00:11:39,680 "Okey, saya dah sampai, inilah hidup sebagai pemain pasukan pertama." 156 00:11:42,280 --> 00:11:46,120 Bukayo menambat hati negara ini kerana bermain untuk England. 157 00:11:47,000 --> 00:11:51,840 Pihak media mempersoalkan kegagalannya menjaringkan gol selepas 19 perlawanan. 158 00:11:53,000 --> 00:11:54,280 Mikel, B bagaimana? 159 00:11:54,360 --> 00:11:55,200 B? 160 00:11:55,280 --> 00:11:56,320 Ya, dia okey? 161 00:11:56,400 --> 00:11:57,920 Dia kurang yakin diri. 162 00:11:58,000 --> 00:12:01,080 Kita telah meyakinkan dia tentang pencapaiannya, 163 00:12:01,160 --> 00:12:02,560 dia antara pemain terbaik. 164 00:12:05,560 --> 00:12:07,960 Jika asalnya kita di sini, nak ke mana lagi? 165 00:12:08,040 --> 00:12:09,520 Hanya ada satu arah. 166 00:12:10,520 --> 00:12:13,240 England, maaflah, mereka memang pakar dalam 167 00:12:13,320 --> 00:12:17,560 mengambil seseorang kemudian melumpuhkan keyakinan mereka. 168 00:12:23,400 --> 00:12:28,280 Tugas kita, bermula dengan kelab ini, ialah melindungi mereka sebaik mungkin. 169 00:12:28,360 --> 00:12:31,760 Pada masa yang masa, mendidik mereka, mereka ada tanggungjawab. 170 00:12:31,840 --> 00:12:35,520 Mereka boleh terus berkembang sebagai individu 171 00:12:35,600 --> 00:12:39,240 dan secara profesional, dalam persekitaran kelab kami. 172 00:12:43,400 --> 00:12:46,480 -Bersenam di gim tadi? -Ya, bahagian bawah tubuh. 173 00:12:50,240 --> 00:12:53,240 Setiap detik perlawanan Emile yang lepas dianalisa 174 00:12:53,320 --> 00:12:54,880 dan dia diberi maklum balas. 175 00:12:54,960 --> 00:12:56,200 #9 EMILE DEF - EMILE - MENANGI INI 176 00:12:56,280 --> 00:12:57,600 Apa terjadi di sini? 177 00:12:57,680 --> 00:12:59,480 -Saya cuba merebut bola. -Okey. 178 00:12:59,560 --> 00:13:01,160 Dia hulurkan kakinya. 179 00:13:01,240 --> 00:13:02,800 -Saya terjatuh. -Kuat sikit. 180 00:13:03,560 --> 00:13:04,600 Saya tak dengar. 181 00:13:04,680 --> 00:13:06,360 -Saya cuba merebut bola. -Ya? 182 00:13:06,440 --> 00:13:09,080 -Dia menolak saya ke tepi. -Ya. 183 00:13:09,160 --> 00:13:11,240 -Tapi itulah pertarungannya. -Ya. 184 00:13:11,320 --> 00:13:14,800 Bagi saya, awak perlu memenanginya, ya? 185 00:13:14,880 --> 00:13:18,320 Seperti dalam latihan kita, apabila mempertahankan... 186 00:13:18,400 --> 00:13:22,520 Apabila ada situasi, pertarungan kecil satu lawan satu, semua saat itu, 187 00:13:22,600 --> 00:13:26,920 serta dalam situasi spesifik awak mesti berjaya berebut bola, Emile. 188 00:13:27,000 --> 00:13:30,920 Lebih-lebih lagi kerana awak lebih pantas, ya? 189 00:13:31,000 --> 00:13:34,440 Yang penting awak gunakan tubuh awak dan beranikan diri, 190 00:13:34,520 --> 00:13:36,840 untuk melepaskan bola, untuk berlari, 191 00:13:36,920 --> 00:13:40,280 untuk menjayakan sesuatu kerana awak pemain yang kreatif. 192 00:13:42,440 --> 00:13:46,080 Saya nak awak lebih dalam situasi begitu, ya? 193 00:13:51,360 --> 00:13:54,480 24 JAM SEBELUM PERLAWANAN 194 00:13:54,560 --> 00:13:58,200 PIALA EROPAH PIALA JUARA-JUARA 195 00:13:58,280 --> 00:14:02,000 Orang sangka disebabkan ini hidup yang awak impikan 196 00:14:02,080 --> 00:14:06,840 hidup awak senang, tapi awak menghadapi masalah yang tiada pada orang lain. 197 00:14:06,920 --> 00:14:09,240 Awak hanya perlu bermain, 198 00:14:09,320 --> 00:14:13,120 berseronok, untuk merasai diri sendiri. Awak macam serabut sekarang. 199 00:14:14,120 --> 00:14:16,160 Entahlah. Mungkin saya tersilap. 200 00:14:17,440 --> 00:14:18,280 Awak setuju? 201 00:14:18,360 --> 00:14:19,480 Ya, saya setuju. 202 00:14:19,560 --> 00:14:22,840 Kerana semasa saya paling cemerlang, saya begitu tenang. 203 00:14:22,920 --> 00:14:28,280 Yakin, tak berfikir lebih-lebih, saya cuma bermain dan berseronok. 204 00:14:29,840 --> 00:14:31,760 Ada kisah di sebalik seseorang... 205 00:14:31,840 --> 00:14:33,560 CARLOS CUESTA JURULATIH PERKEMBANGAN INDIVIDU 206 00:14:33,640 --> 00:14:36,400 ...dan sering kali kita, atau masyarakat secara umum, 207 00:14:36,480 --> 00:14:41,360 mengkritik atau menilai tanpa menyedari bahawa seseorang itu sedang berusaha. 208 00:14:42,800 --> 00:14:44,360 Awak nak berada di mana? 209 00:14:44,440 --> 00:14:47,480 Sekarang, hari ini, sehari sebelum derbi. 210 00:14:48,600 --> 00:14:51,120 Awak rasa apa yang diperlukan untuk menang? 211 00:14:51,200 --> 00:14:52,440 Ya, rasanya boleh. 212 00:14:52,520 --> 00:14:55,720 Rasanya pada mulanya, permulaannya agak teruk. 213 00:14:55,800 --> 00:14:57,320 Semua orang pun kecoh, 214 00:14:57,400 --> 00:15:00,440 tapi musim ini tak ditentukan selepas tiga perlawanan. 215 00:15:00,520 --> 00:15:01,480 Ia begitu panjang. 216 00:15:01,560 --> 00:15:04,240 Saya pun rasa begitu, jadi saya rasa tak mengapa. 217 00:15:04,320 --> 00:15:07,080 Dua perlawanan yang perlu dimenangi akan dimenangi, 218 00:15:07,160 --> 00:15:11,200 dan saya rasa semangat kepasukan dan keyakinan kita jauh lebih baik, 219 00:15:11,280 --> 00:15:15,320 dan jika kita memang esok, rasanya akan terus meningkat. 220 00:15:15,400 --> 00:15:17,480 -Awak dah cakap. -Kita tengok nanti. 221 00:15:23,880 --> 00:15:25,480 Kami melawan Spurs Ahad ini. 222 00:15:25,560 --> 00:15:30,120 Kami mahu menang dan langsung tak mahu dikalahkan oleh mereka. 223 00:15:31,000 --> 00:15:31,920 TUKANG GUNTING RAMBUT ARSENAL SENARAI HARGA 224 00:15:32,000 --> 00:15:36,080 Inilah saat dalam hidup saya Arsenal dan Spurs berada di tahap yang sama. 225 00:15:36,160 --> 00:15:37,280 Ini hak bermegah. 226 00:15:37,360 --> 00:15:40,080 Jika menang, memang seronok, tapi jika kalah... 227 00:15:40,160 --> 00:15:42,240 Jika kalah, memang teruk perasaannya. 228 00:15:42,720 --> 00:15:45,560 Dalam perlawanan yang sebegitu penting, 229 00:15:45,640 --> 00:15:48,880 pemain pun merasai ketegangannya, dan ini perkara menakutkan. 230 00:15:49,120 --> 00:15:52,680 Derbi London Utara ialah perlawanan terbesar musim ini. 231 00:15:55,280 --> 00:15:58,080 Bayangkan menjaringkan gol di derbi London Utara. 232 00:15:59,520 --> 00:16:01,200 Pasti sangat seronok. 233 00:16:02,440 --> 00:16:05,360 Minggu yang penting, ya, dengan derbi London Utara? 234 00:16:05,440 --> 00:16:07,960 Sememangnya. Sekarang kami perlu merancang 235 00:16:08,040 --> 00:16:10,280 dan kami tahu kami perlukan hasilnya. 236 00:16:10,360 --> 00:16:14,000 Apakah perasaan bermain di derbi London Utara sebagai tuan rumah? 237 00:16:19,440 --> 00:16:21,920 Derbi London Utara sentiasa sengit. 238 00:16:24,880 --> 00:16:26,320 Seringkali agak ganas. 239 00:16:30,680 --> 00:16:33,720 Ada kalanya, muncul saat-saat cemerlang. 240 00:16:39,560 --> 00:16:40,880 Thierry Henry... 241 00:16:42,440 --> 00:16:45,160 Dia terus mara! Thierry Henry! 242 00:16:46,080 --> 00:16:50,280 Ya Tuhan, menakjubkan! Dia memang menakjubkan! 243 00:16:50,360 --> 00:16:54,200 Thierry Henry mencuri perhatian di London Utara. 244 00:17:06,520 --> 00:17:09,160 Antara masalah mana-mana pasukan Arsenal 245 00:17:09,240 --> 00:17:12,000 ialah dibandingkan dengan legenda masa lalu. 246 00:17:15,040 --> 00:17:17,680 Itu tak adil. Tak adil membandingkan era... 247 00:17:17,760 --> 00:17:18,920 THIERRY HENRY PEMEGANG REKOD PENJARING GOL ARSENAL 248 00:17:19,000 --> 00:17:22,400 ...dan tak adil mengharapkan orang bermain dengan cara sama 249 00:17:22,480 --> 00:17:25,720 dan saya rasa Arsenal sedang berkembang, 250 00:17:25,800 --> 00:17:28,560 tapi di samping itu, tak lupa asal usul kita. 251 00:17:30,080 --> 00:17:32,880 Orang bercakap tentang mengembalikan DNA Arsenal. 252 00:17:32,960 --> 00:17:35,760 DNA Arsenal ialah bertanding untuk menang. 253 00:17:36,640 --> 00:17:39,080 Saya bercakap tentang sikap dan mentaliti 254 00:17:39,160 --> 00:17:43,880 dan cara kita berjalan, berlari, bernafas, berfikir, tidur 255 00:17:43,960 --> 00:17:46,280 dan makan macam pasukan empat teratas. 256 00:17:48,080 --> 00:17:51,560 Bagi saya, Arsenal juga melambangkan 257 00:17:51,640 --> 00:17:54,560 bukan saja semua kemenangan kami sebagai pasukan, 258 00:17:54,640 --> 00:17:56,760 tapi juga kesannya kepada masyarakat. 259 00:17:57,880 --> 00:18:01,040 Ia sentiasa kelab orang ramai, kelab jalanan. 260 00:18:01,080 --> 00:18:06,240 Arsenal antara kelab yang terawal mengambil pemain kulit Hitam, 261 00:18:06,320 --> 00:18:10,920 jadi ia memang mewakili rakyat UK dan suasana London. 262 00:18:12,160 --> 00:18:16,280 Saya harap pihak kelab sedar kita bermain untuk siapa. 263 00:18:16,560 --> 00:18:21,400 Tapi dalam pasukan ini, saya boleh memahami dan menyokong 264 00:18:21,480 --> 00:18:23,880 Bukayo Saka dan Smith Rowe, 265 00:18:23,960 --> 00:18:28,640 kerana saya nampak dah tertulis pada dahi mereka, Kelab Bola Sepak Arsenal. 266 00:18:31,560 --> 00:18:32,800 Awak nampak tadi? 267 00:18:32,920 --> 00:18:34,800 Cara mereka bermain, berjalan, 268 00:18:34,920 --> 00:18:36,720 cara mereka berlari dan bertarung. 269 00:18:36,800 --> 00:18:40,280 Semasa mereka tersasar, semasa menjaringkan gol atau tidak, 270 00:18:40,320 --> 00:18:42,240 memang dah tertulis. 271 00:18:42,800 --> 00:18:45,080 Kelab Bola Sepak Arsenal. 272 00:18:47,560 --> 00:18:52,000 TOTTENHAM HOTSPUR LWN ARSENAL STADIUM EMIRATES - 26 SEPTEMBER 2021 273 00:18:52,680 --> 00:18:58,680 90 MINIT SEBELUM BERMULA 274 00:19:16,280 --> 00:19:19,280 Para pemain memilih muzik di dalam bilik persalinan. 275 00:19:43,920 --> 00:19:47,720 Biasanya, Mikel akan bercakap sejam sebelum perlawanan. 276 00:19:48,880 --> 00:19:51,240 Kemudian sekali lagi sebelum mula. 277 00:20:08,560 --> 00:20:10,760 -Semua dah ada? -Ya, sudah. 278 00:20:21,920 --> 00:20:24,440 Kalian dah bersedia sepenuhnya. Saya yakin. 279 00:20:24,520 --> 00:20:27,760 Saya boleh nampak dan merasainya. Semasa latihan, 280 00:20:27,800 --> 00:20:30,080 saya nampak sikap dan riak wajah kalian. 281 00:20:30,800 --> 00:20:34,280 Ini pandangan saya tentang perlawanan hari ini. 282 00:20:34,320 --> 00:20:37,320 Kalian dah bersedia dari segi fizikal, taktikal, 283 00:20:37,440 --> 00:20:41,560 kalian dah sedia dari segi teknikal, persefahaman antara kalian amat bagus. 284 00:20:41,680 --> 00:20:45,640 Saya nak jelaskan perkara yang amat penting dalam perlawanan ini. 285 00:20:49,680 --> 00:20:52,320 Bermainlah dengan hati yang berani. 286 00:20:57,960 --> 00:21:01,800 Pada masa yang sama, bermainlah dengan otak bergeliga. 287 00:21:01,920 --> 00:21:03,800 Kedua-duanya perlu bekerjasama. 288 00:21:05,440 --> 00:21:07,040 Ini keghairahan awak, 289 00:21:07,960 --> 00:21:11,320 betapa banyak usaha awak curahkan dari lubuk hati awak, 290 00:21:11,400 --> 00:21:15,440 betapa banyak awak membakar semangat dan menumpukan diri kepada perlawanan. 291 00:21:15,520 --> 00:21:17,800 Kita akan diganggu semasa perlawanan, 292 00:21:17,920 --> 00:21:22,400 Højbjerg, Harry Kane, Dele Alli, Dier, kalian sentiasa mengawalnya. 293 00:21:22,480 --> 00:21:26,520 Apabila perlu membuat keputusan, buat secara berperingkat, 294 00:21:26,560 --> 00:21:30,040 kalian tak boleh bermain laju-laju sepanjang masa. 295 00:21:30,400 --> 00:21:32,040 Jika kita buat dua perkara itu, 296 00:21:32,080 --> 00:21:35,920 tinggal satu lagi perkara paling berkuasa dalam perlawanan ini. 297 00:21:38,480 --> 00:21:42,200 Penyokong kita, melihat adanya dua perkara ini... 298 00:21:42,280 --> 00:21:43,200 GHAIRAH - KEJELASAN 299 00:21:43,280 --> 00:21:46,560 ...mereka akan menyokong kalian dan memberi perkara ini. 300 00:21:46,680 --> 00:21:47,560 TENAGA 301 00:21:47,640 --> 00:21:49,920 Saya sendiri pernah mengalaminya. 302 00:21:50,000 --> 00:21:53,000 Sebaik saja tiga perkara ini bergabung dalam perlawanan ini, 303 00:21:53,080 --> 00:21:56,280 kalian akan berasa gagah di atas padang itu, 304 00:21:56,360 --> 00:22:00,200 kalian tak boleh dihalang, kalian kebal dan tak boleh ditandingi. 305 00:22:00,280 --> 00:22:03,520 Ini perlawanan hari ini, yang lain-lain kalian dah tahu. 306 00:22:03,600 --> 00:22:04,560 Ayuh, semua. 307 00:22:15,120 --> 00:22:17,680 Tottenham mendahului liga beberapa minggu lalu, 308 00:22:17,760 --> 00:22:21,720 tapi selepas beberapa kekalahan mereka perlu membuktikan sesuatu. 309 00:22:48,840 --> 00:22:51,120 Ini berita penuh pasukan, Gigi. 310 00:22:51,200 --> 00:22:54,200 Xhaka kembali setelah digantung, satu saja pertukaran. 311 00:22:54,560 --> 00:22:58,720 Mereka berbaris bersama Ramsdale di gol, Tomiyasu, Gabriel, White, 312 00:22:58,800 --> 00:23:00,440 dan Tierney untuk pertahanan. 313 00:23:00,520 --> 00:23:03,320 Xhaka dan Partey akan berada di bahagian tengah, 314 00:23:03,400 --> 00:23:07,480 dengan Smith Rowe, Ødegaard, dan Saka di belakang Aubameyang. 315 00:23:07,800 --> 00:23:10,840 Manakala Tottenham Hotspur membuat tiga pertukaran... 316 00:24:06,160 --> 00:24:11,200 30 MINIT SEBELUM PERLAWANAN 317 00:24:48,280 --> 00:24:50,520 Ayuh, semua. Mari mula pergi. 318 00:25:10,080 --> 00:25:12,560 Kami sayang Arsenal, memang sayang 319 00:25:12,640 --> 00:25:15,000 Kami sayang Arsenal, memang sayang 320 00:25:15,080 --> 00:25:17,040 Kami sayang Arsenal, memang sayang 321 00:25:17,120 --> 00:25:19,360 Oh, Arsenal, kami sayang! 322 00:25:19,440 --> 00:25:21,800 Kami sayang Arsenal, memang sayang 323 00:25:25,480 --> 00:25:30,360 10 MINIT SEBELUM PERLAWANAN 324 00:25:37,080 --> 00:25:38,320 Semua orang dah masuk? 325 00:25:39,880 --> 00:25:41,280 Mari, Stuart. 326 00:25:44,600 --> 00:25:49,440 Selama 30 tahun, dia merakam emosi. 327 00:25:49,520 --> 00:25:52,400 Orang, emosi, dan pasukan. 328 00:25:54,920 --> 00:25:58,000 Saya nak dia ceritakan perasaannya terhadap kalian 329 00:25:58,080 --> 00:26:01,280 kerana dia jumpa kalian hari-hari, dan terhadap kelab kita. 330 00:26:03,080 --> 00:26:04,360 Susahnya. 331 00:26:06,040 --> 00:26:09,640 Ini kelab saya. Saya amat sayang kelab bola sepak ini. 332 00:26:09,720 --> 00:26:11,520 Saya amat sayang kalian semua. 333 00:26:11,960 --> 00:26:15,280 Selama 30 tahun, saya mengambil gambar pemain yang hebat, 334 00:26:15,880 --> 00:26:18,600 pemain bertaraf dunia, pasukan yang hebat. 335 00:26:19,160 --> 00:26:21,720 Melihat kalian semua, ini pasukan yang hebat. 336 00:26:22,120 --> 00:26:25,160 Ini pasukan hebat. Saya penyokong seumur hidup saya. 337 00:26:25,720 --> 00:26:28,000 Kita perlu menang hari ini. 338 00:26:28,080 --> 00:26:30,760 Saya seorang penyokong. Penyokong di luar sana, 339 00:26:31,320 --> 00:26:33,880 sanggup buat apa-apa saja untuk menang hari ini. 340 00:26:34,320 --> 00:26:37,440 Tengok mereka. Kalian keluar dulu, merebut bola dulu, 341 00:26:37,520 --> 00:26:41,200 dengarlah sorakan penonton, mereka pasti akan menyokong kalian. 342 00:26:41,560 --> 00:26:45,200 Menangi setiap rebutan. Apabila menjaringkan gol, lihat muka mereka, 343 00:26:45,280 --> 00:26:48,000 lihat emosinya, betapa kalian disayangi. 344 00:26:48,080 --> 00:26:51,320 Tunjukkanlah kasih sayang kalian terhadap mereka, okey? 345 00:27:11,600 --> 00:27:12,840 Mari kita pergi! 346 00:27:38,800 --> 00:27:40,880 Cabaran yang baik oleh Ben White. 347 00:27:41,560 --> 00:27:44,480 Itulah cabaran yang menentukan suasana perlawanan. 348 00:27:45,000 --> 00:27:47,680 Arsenal lebih cekap antara kedua-dua pasukan. 349 00:27:47,760 --> 00:27:50,760 Ødegaard mara ke depan, Aubameyang mendahuluinya, 350 00:27:50,840 --> 00:27:53,480 mencari Saka, sudut kanan kawasan penalti. 351 00:27:53,560 --> 00:27:56,440 Saka menendangnya kembali, Smith Rowe dah tiba! 352 00:27:58,920 --> 00:28:01,600 Smith Rowe membolehkan Arsenal mendahului! 353 00:28:02,160 --> 00:28:03,800 Permainan baik oleh Arsenal. 354 00:28:05,800 --> 00:28:07,400 Satu-kosong untuk Arsenal. 355 00:28:07,480 --> 00:28:11,200 Satu-kosong untuk Arsenal bunyi sorakan di stadium Emirates. 356 00:28:11,280 --> 00:28:16,680 Satu-kosong untuk Arsenal Satu-kosong untuk Arsenal. 357 00:28:16,760 --> 00:28:20,840 Gabungan Smith Rowe dan Saka cukup mantap. 358 00:28:20,920 --> 00:28:24,960 Smith Rowe, penjaring gol, merempuh ke arah kawasan penalti. 359 00:28:25,040 --> 00:28:26,600 Smith Rowe kepada Aubameyang! 360 00:28:27,320 --> 00:28:29,520 Arsenal meraih gol kedua. 361 00:28:29,600 --> 00:28:31,080 Aubameyang! 362 00:28:42,000 --> 00:28:44,720 Bola dihantar oleh Xhaka kepada Ødegaard, 363 00:28:44,800 --> 00:28:47,120 kepada Smith Rowe, Smith Rowe kepada Saka 364 00:28:47,200 --> 00:28:49,760 untuk merebut peluang yang dibuka oleh Reguilón. 365 00:28:49,840 --> 00:28:52,400 Saka meluru ke depan, tiga lawan dua, 366 00:28:52,480 --> 00:28:55,280 Saka cuba menghantar bola, hanya dia saja. 367 00:28:55,360 --> 00:28:58,160 Kembali kepada Saka dan dia berjaya. 368 00:29:06,000 --> 00:29:08,440 Arsenal benar-benar kuat hari ini. 369 00:29:08,520 --> 00:29:12,000 Ini gol pertama Saka dalam liga ini selepas 20 perlawanan. 370 00:29:23,040 --> 00:29:27,720 SEPARUH MASA ARSENAL 3 - 0 TOTTENHAM 371 00:29:33,720 --> 00:29:35,400 Syabas, semua. Kita buat lagi! 372 00:29:35,480 --> 00:29:37,680 Teruskan, semua. Teruskan. 373 00:29:38,480 --> 00:29:40,880 Ayuh, semua. Bermula sekali lagi. 374 00:29:45,320 --> 00:29:48,760 Pesanan pertama saya, kita perlu bermain separuh masa kedua 375 00:29:48,840 --> 00:29:50,760 dan menaikkan lagi tahapnya. 376 00:29:50,840 --> 00:29:52,960 Kita mampu melakukannya, hapuskan mereka. 377 00:29:53,040 --> 00:29:55,760 Dalam perlawanan begini, kita perlu matikannya. 378 00:29:55,840 --> 00:29:58,560 Itu pesanan saya sejak mula lagi. 379 00:29:58,640 --> 00:30:02,080 Apabila boleh, sebanyak mungkin, pada detik yang sesuai 380 00:30:02,160 --> 00:30:04,800 dengan kesungguhan dan rentak yang ditunjukkan, 381 00:30:04,880 --> 00:30:08,960 merebut dan mengendalikan bola macam kalian buat tadi, 382 00:30:09,040 --> 00:30:11,920 teruskan, kerana mereka akan mencari peluang, 383 00:30:12,000 --> 00:30:13,880 pemain mereka akan diarah ke depan. 384 00:30:13,960 --> 00:30:16,800 B, bagus awak tadi, awak banyak dapat bola kedua. 385 00:30:16,880 --> 00:30:19,960 Inilah kuncinya, kita mesti kekalkan rentak ini. 386 00:30:25,160 --> 00:30:28,640 Saka mengawal bola, cuba membolos dari Skipp. 387 00:30:28,720 --> 00:30:31,560 Smith Rowe, Saka pun ada. 388 00:30:31,640 --> 00:30:34,120 Smith Rowe membelakangi gol, ke Ødegaard, 389 00:30:34,200 --> 00:30:37,160 Arsenal mengancam lagi, menghantar ke Aubameyang. 390 00:30:41,280 --> 00:30:43,760 Bola ke depan, Harry Kane masuk, 391 00:30:43,840 --> 00:30:48,080 Harry Kane, gol, itu tersasar. Bendera juga tak dinaikkan. 392 00:30:51,240 --> 00:30:53,560 Menggelongsor, menghantar kepada Reguilón, 393 00:30:53,640 --> 00:30:56,040 bermain rendah, Son, Son menjaringkan gol. 394 00:31:08,120 --> 00:31:11,680 Terlanggar tiang, diselamatkan oleh Ramsdale. 395 00:31:13,280 --> 00:31:16,480 Sikit lagi. Itu dia, wisel akhir berbunyi. 396 00:31:16,560 --> 00:31:19,960 Mikel Arteta menumbuk langit di Stadium Emirates ini. 397 00:31:20,040 --> 00:31:24,680 Kemenangan yang sewajarnya bagi Arsenal, cemerlang sekali di separuh masa pertama. 398 00:31:31,760 --> 00:31:34,720 Emile, baru 50 perlawanan bersama Arsenal, 399 00:31:34,800 --> 00:31:36,640 prestasi awak cukup hebat. 400 00:31:36,720 --> 00:31:38,120 Adakah ini hari terbaik? 401 00:31:38,200 --> 00:31:41,720 Tentu sekali. Ini mungkin hari terbaik dalam hidup saya, 402 00:31:41,800 --> 00:31:44,640 memenangi derbi London Utara sebagai tuan rumah 403 00:31:44,720 --> 00:31:49,040 dan menjaringkan gol ditonton oleh keluarga saya, seronok sekali. 404 00:31:49,120 --> 00:31:50,880 London Utara berwarna apa? 405 00:31:50,960 --> 00:31:55,160 -Merah. Tolonglah, kawan. -Ayuh. 406 00:31:55,240 --> 00:31:56,960 Merah, warnanya merah! 407 00:31:58,720 --> 00:32:00,760 Inilah yang terbaik. 408 00:32:00,840 --> 00:32:02,640 Kejayaan demi kejayaan. 409 00:32:02,720 --> 00:32:06,400 Kalau suka gelongsor lutut, berbaloi tiket perlawanan ini. 410 00:32:06,480 --> 00:32:11,280 Hari-hari begini menjadikan betapa seronok menyokong pasukan ini. Tak sangka. 411 00:32:14,120 --> 00:32:14,960 Ayuh! 412 00:32:15,040 --> 00:32:17,960 Ayuh, kawan! Ya! 413 00:32:22,600 --> 00:32:26,360 Kita di sini Kita di sini dan ayuh 414 00:32:26,440 --> 00:32:29,320 Naiklah semua Kita akan berangkat 415 00:32:29,400 --> 00:32:31,560 Ayuh 416 00:32:31,640 --> 00:32:34,320 Saka dan Emile Smith Rowe 417 00:32:35,360 --> 00:32:37,080 Semua sekali! 418 00:32:37,160 --> 00:32:40,600 Kita di sini Kita di sini dan ayuh 419 00:32:40,680 --> 00:32:43,920 Naiklah semua Kita akan berangkat 420 00:32:44,000 --> 00:32:46,040 Ayuh 421 00:32:46,360 --> 00:32:48,840 Saka dan Emile Smith Rowe 422 00:32:57,360 --> 00:32:59,480 Ayuh Arsenal! 423 00:33:05,200 --> 00:33:09,200 Ini untuk awak. Semua orang menandatanganinya dan ini untuk awak. 424 00:33:45,320 --> 00:33:47,960 London Utara berwarna merah malam ini. 425 00:33:48,440 --> 00:33:52,040 Arsenal memenangi derbi London Utara ke-204 malam ini. 426 00:33:52,440 --> 00:33:55,600 Inilah kemenangan yang boleh memulakan musim. 427 00:33:56,600 --> 00:33:58,520 Sambil musim ini berterusan, 428 00:33:58,600 --> 00:34:02,600 jelas sekali Arsenal mula memenangi semula hati penyokongnya. 429 00:34:02,680 --> 00:34:06,320 Satu, dua, tiga, empat Saya suka, suka, suka 430 00:34:06,400 --> 00:34:07,560 Saya suka 431 00:34:09,960 --> 00:34:11,719 Ayuh 432 00:34:11,800 --> 00:34:14,880 Saka dan Emile Smith Rowe 433 00:34:14,960 --> 00:34:16,440 Satu, dua, tiga, empat 434 00:34:16,520 --> 00:34:19,960 Saya suka, saya suka, saya suka, saya suka 435 00:34:22,360 --> 00:34:24,080 Ayuh 436 00:34:24,159 --> 00:34:26,880 Saka dan Emile Smith Rowe 437 00:34:27,880 --> 00:34:28,800 SETERUSNYA... 438 00:34:28,880 --> 00:34:31,600 Saya yakin kita akan menewaskan mereka di Anfield. 439 00:34:31,639 --> 00:34:34,280 Nampaknya ada pertengkaran di garisan tepi 440 00:34:34,360 --> 00:34:37,840 dan Arteta dan Klopp seperti nak mula bergaduh. 441 00:34:39,639 --> 00:34:43,400 Diogo Jota menyelit di belakang Ramsdale. 442 00:34:43,480 --> 00:34:45,159 Memalukan betul. 443 00:34:47,000 --> 00:34:50,639 Saya boleh menukarnya, jangan ingat kita akan guna pasukan sama. 444 00:34:51,760 --> 00:34:55,040 -Aubameyang ke bangku. Memang patut. -Eloklah, rasanya. 445 00:34:55,120 --> 00:34:58,920 Terkena palang gol dari sini tadi. Masuk ke belakang net kali ini! 446 00:35:54,880 --> 00:35:57,560 TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMAIN, JURULATIH DAN STAF KELAB BOLA SEPAK ARSENAL 447 00:35:58,880 --> 00:36:00,880 Terjemahan sari kata oleh Faizah Asma' Mohamed Anuar 448 00:36:00,960 --> 00:36:02,960 Penyelia Kreatif