1 00:00:05,040 --> 00:00:07,960 KAMILAH ARSENAL 2 00:00:08,000 --> 00:00:09,520 Rapat sikit, semua. Mari. 3 00:00:14,800 --> 00:00:17,520 Ini Jumaat malam, semua. Stadium ini penuh. 4 00:00:17,600 --> 00:00:19,840 Keluarga kalian dan penyokong ada di sini, 5 00:00:19,920 --> 00:00:22,600 kalian perlu bangkitkan semangat mereka. 6 00:00:22,680 --> 00:00:26,360 Semua orang perlu memburu, memenangi pertarungan, merebut kembali, 7 00:00:26,440 --> 00:00:28,520 bermain dengan pertahanan ketat. 8 00:00:28,600 --> 00:00:32,080 Kita harus padat, yakin diri dan bertenaga. 9 00:00:32,120 --> 00:00:35,080 Padat dan benar-benar agresif dari mula lagi. 10 00:00:35,120 --> 00:00:37,720 Sepuluh minit pertama, naikkan semangat penonton. 11 00:00:37,760 --> 00:00:41,760 Jadi, awak berdua di dalam kotak, hantaran jauh dan pertahanan tinggi. 12 00:00:41,840 --> 00:00:45,040 Kita perlu menyerang di belakang. Ayuh. Sekali lagi. 13 00:01:21,000 --> 00:01:24,440 Awak mencintai kerja awak. Itulah keghairahan namanya. 14 00:01:25,280 --> 00:01:28,120 Kita harus yakin. Kita harus bertenaga. 15 00:01:29,320 --> 00:01:31,800 Tunjukkan kepada mereka semangat awak. 16 00:01:31,880 --> 00:01:32,840 Jom kita buat. 17 00:01:33,640 --> 00:01:36,120 SEGALANYA ATAU TIADA: ARSENAL 18 00:01:36,200 --> 00:01:38,600 SUARA LATAR OLEH DANIEL KALUUYA 19 00:01:50,560 --> 00:01:55,960 ARSENAL LWN ASTON VILLA STADIUM EMIRATES - 22 OKTOBER 2021 20 00:01:57,560 --> 00:02:00,680 Sembilan minggu dalam liga ini dengan tiga kemenangan, 21 00:02:00,760 --> 00:02:02,920 tiga kekalahan dan dua seri. 22 00:02:03,480 --> 00:02:07,120 Tiada sesiapa boleh menjangka apa-apa daripada pasukan Mikel Arteta. 23 00:02:10,160 --> 00:02:12,560 Minit pertama agak ganas. 24 00:02:15,760 --> 00:02:18,440 Bola terkena tiang, sepakan basikal tersasar. 25 00:02:18,520 --> 00:02:20,720 Saka menendang dengan kaki kiri. 26 00:02:22,440 --> 00:02:24,280 Tendangan sudut oleh Smith Rowe. 27 00:02:24,360 --> 00:02:25,880 Partey, kali ini masuk! 28 00:02:26,000 --> 00:02:30,440 Thomas Partey! Dengan sentuhan, gol pertamanya untuk Arsenal. 29 00:02:36,080 --> 00:02:37,880 Ben White kini meluru ke depan. 30 00:02:38,000 --> 00:02:39,880 Masih mara, Ben White. 31 00:02:40,000 --> 00:02:43,800 Bagus daripada Arsenal. Smith Rowe, Tavares lari bertindan. 32 00:02:45,840 --> 00:02:48,280 Permulaan yang mengujakan oleh Arsenal. 33 00:02:48,760 --> 00:02:53,320 Bek kiri berusia 21 tahun, Nuno Tavares, ialah pemain baru pertama musim ini. 34 00:02:53,400 --> 00:02:56,720 Malam ini kemunculan pertamanya dalam Liga Perdana. 35 00:02:57,000 --> 00:02:59,560 Harap-harap dia ada banyak tenaga, 36 00:02:59,640 --> 00:03:02,160 Tavares banyak berlari di separuh masa pertama. 37 00:03:02,240 --> 00:03:04,360 Ke sebelah kiri dan ke sini semula. 38 00:03:04,440 --> 00:03:05,760 Dia boleh pilih tempatnya. 39 00:03:05,840 --> 00:03:07,920 Cross masuk, Lacazette di bawahnya. 40 00:03:08,000 --> 00:03:10,200 Jatuh ke kaki kiri Bukayo Saka, 41 00:03:10,280 --> 00:03:12,400 cuba menghantarnya kepada Aubameyang! 42 00:03:12,480 --> 00:03:17,200 Cabaran di kawasan penalti, Lacazette tersungkur. Ada penalti. 43 00:03:17,680 --> 00:03:20,680 Pierre-Emerick Aubameyang akan gandakan gol Arsenal. 44 00:03:22,680 --> 00:03:25,640 Diselamatkan oleh Martínez! Aubameyang merembatnya masuk! 45 00:03:26,960 --> 00:03:29,440 Arsenal menggandakan gol mereka. Dua, kosong. 46 00:03:29,520 --> 00:03:30,600 Tavares. 47 00:03:31,160 --> 00:03:33,080 Aubameyang terus bermain dengan baik. 48 00:03:33,160 --> 00:03:36,000 Smith Rowe mungkin keseorangan kali ini. 49 00:03:36,080 --> 00:03:39,800 Smith Rowe masih mara... Melencong, terlanggar tiang, dan masuk! 50 00:03:39,880 --> 00:03:41,920 Arsenal menjadikannya tiga, kosong! 51 00:03:42,000 --> 00:03:43,920 Aston Villa sedang kucar-kacir. 52 00:03:50,120 --> 00:03:53,800 Bailey cuba mengelat, beberapa cabaran dan menjaringkan gol. 53 00:03:53,880 --> 00:03:56,640 Ramsey menjaringkan gol dan tak dapat dihalang. 54 00:03:56,720 --> 00:03:58,560 Ramsdale tak dapat rekod bersih. 55 00:03:59,440 --> 00:04:04,080 Mereka masih takkan menang, tapi rekod bersih dihapuskan. 56 00:04:05,320 --> 00:04:08,880 Wisel akhir sudah berbunyi, tiga markah penting untuk Arsenal, 57 00:04:08,960 --> 00:04:11,440 menang tujuh kali dalam semua perlawanan. 58 00:04:11,520 --> 00:04:13,560 Mereka cukup menyeronokkan malam ini. 59 00:04:13,640 --> 00:04:15,560 -Syabas. -Syabas, semua. 60 00:04:19,680 --> 00:04:22,800 Bedebah sungguh. Seranglah pemain itu. 61 00:04:25,240 --> 00:04:26,240 Pergi mampuslah. 62 00:04:33,200 --> 00:04:34,040 Syabas. 63 00:04:34,120 --> 00:04:35,160 Penatnya. 64 00:04:35,240 --> 00:04:36,920 -Syabas, kawan. -Terima kasih. 65 00:04:37,600 --> 00:04:38,480 Syabas. 66 00:04:38,560 --> 00:04:40,320 Rekod bersih saya tergadai. 67 00:04:40,360 --> 00:04:41,560 -Celaka. -Ya. 68 00:04:51,360 --> 00:04:52,600 Bergembiralah. 69 00:04:52,680 --> 00:04:54,240 Menang itu bukan mudah. 70 00:04:57,680 --> 00:04:59,360 Saya sayangkan pasukan saya. 71 00:04:59,480 --> 00:05:02,640 Saya cukup bangga dengan cara permainan kalian. 72 00:05:02,720 --> 00:05:06,080 Ketangkasan, keazaman kalian terserlah di atas padang, 73 00:05:06,160 --> 00:05:07,680 kualiti permainan kalian. 74 00:05:07,760 --> 00:05:11,680 Masih ada yang perlu diperbaiki, tapi teruskan begitu, 75 00:05:11,760 --> 00:05:13,800 dengan keyakinan dan tenaga itu. 76 00:05:13,920 --> 00:05:17,160 Saya gembira. Melihat kalian bermain sebegitu 77 00:05:17,440 --> 00:05:18,440 amat menggembirakan. 78 00:05:18,520 --> 00:05:21,120 Nuno, perlawanan Liga Perdana pertama awak, 79 00:05:21,200 --> 00:05:24,000 dan bermain sehebat itu, syabas, kawan! 80 00:05:24,080 --> 00:05:26,240 Tenaga awak itu, awak patut meraikannya. 81 00:05:31,440 --> 00:05:35,560 Syabas, semua. Mari kita teruskan. Syabas. 82 00:05:51,600 --> 00:05:52,960 Ya. Karutlah! 83 00:05:54,440 --> 00:05:56,760 PUSAT LATIHAN ARSENAL 84 00:06:00,120 --> 00:06:01,920 Apa kereta buruk ini? 85 00:06:03,240 --> 00:06:05,160 Kawan, inilah kereta terbaik. 86 00:06:06,360 --> 00:06:07,720 Selepas kemenangan itu, 87 00:06:07,800 --> 00:06:11,160 skuad ini perlu bersedia untuk perlawanan di tempat lawan 88 00:06:11,240 --> 00:06:13,840 menentang beberapa pasukan terbesar liga ini. 89 00:06:13,920 --> 00:06:16,080 STESEN UJIAN 90 00:06:16,160 --> 00:06:17,560 Gim, setiap hari sekarang. 91 00:06:20,520 --> 00:06:24,600 Pagi selepas setiap perlawanan, Mikel dan pasukannya bermesyuarat. 92 00:06:24,680 --> 00:06:28,160 Mereka membincangkan taktik serta kesejahteraan para pemain. 93 00:06:28,240 --> 00:06:29,440 Berikan yang terkini. 94 00:06:29,520 --> 00:06:34,120 Terkini daripada perlawanan semalam, kita sedia maklum akan kesengitannya. 95 00:06:34,200 --> 00:06:38,040 Ada yang mengalami kekejangan, tapi dah semakin kurang. 96 00:06:38,120 --> 00:06:42,880 Bagi Laca, inilah usaha pertamanya yang penting dalam perlawanan Liga Perdana 97 00:06:42,960 --> 00:06:45,120 walaupun tak biasa menyertai perlawanan. 98 00:06:45,200 --> 00:06:47,120 Aaron, dia tak apa-apa. 99 00:06:47,560 --> 00:06:48,840 Dia sangat cemerlang. 100 00:06:50,280 --> 00:06:52,480 Dia begitu marah selepas perlawanan. 101 00:06:52,560 --> 00:06:55,840 -Ya, betul katanya. -Ya, memang, tapi saya suka. 102 00:06:56,600 --> 00:06:57,720 Nuno juga, ya? 103 00:06:57,800 --> 00:07:00,040 -Statistiknya cukup luar biasa. -Ya. 104 00:07:00,600 --> 00:07:02,280 Cara perlawanan dimulakan, 105 00:07:02,360 --> 00:07:04,960 terus mengambil tindakan melawan Watkins. 106 00:07:05,040 --> 00:07:08,200 Reaksi seluruh pasukan ini menentukan suasana 107 00:07:08,280 --> 00:07:10,720 dan betapa kita terlibat dalam perlawanan. 108 00:07:10,800 --> 00:07:13,720 Enam belas jaringan, tiada jaringan lawan. 109 00:07:13,800 --> 00:07:15,160 Ini penguasaan total. 110 00:07:15,240 --> 00:07:18,400 Ini bukan secara kebetulan, dan kita harus meneruskannya. 111 00:07:18,480 --> 00:07:20,520 Separuh masa kedua lebih sukar. 112 00:07:20,600 --> 00:07:21,440 Itu saja. 113 00:07:21,520 --> 00:07:22,840 -Okey. -Terima kasih. 114 00:07:27,360 --> 00:07:30,160 -Michael! -Lima minit, ya? Latih tubi? 115 00:07:32,640 --> 00:07:33,560 Ayuh, semua. 116 00:07:43,240 --> 00:07:44,240 Ya! 117 00:07:44,320 --> 00:07:46,040 Pemain baharu, Aaron Ramsdale, 118 00:07:46,120 --> 00:07:49,400 memberi kesan besar dalam enam perlawanan yang disertainya. 119 00:07:49,480 --> 00:07:52,480 Arsenal tak pernah tewas apabila Ramsdale menjaga gol. 120 00:07:52,560 --> 00:07:54,800 Sejak saya berbual di telefon, 121 00:07:54,880 --> 00:07:57,760 dengan dia, kemudian dengan bapanya, 122 00:07:57,840 --> 00:08:00,600 saya cukup tertarik dan berkata, inilah orangnya. 123 00:08:01,080 --> 00:08:03,080 Dia sangat yakin diri, dia... 124 00:08:04,200 --> 00:08:07,760 penuh keghairahan, dia bersifat amat terbuka tentang... 125 00:08:08,880 --> 00:08:11,240 betapa dia berkembang beberapa tahun ini, 126 00:08:11,800 --> 00:08:14,560 betapa dia mahu diiktiraf di kelab ini, 127 00:08:15,120 --> 00:08:18,720 mudah saja, memang jelas dan dia begitu gigih, 128 00:08:18,800 --> 00:08:20,640 seperti yang disaksikan di padang. 129 00:08:20,760 --> 00:08:22,120 Tekanan tinggi. 130 00:08:24,960 --> 00:08:29,080 Dua kelab Aaron sebelum ini diturunkan daripada Liga Perdana. 131 00:08:29,160 --> 00:08:31,400 Menyertai Arsenal satu peningkatan besar. 132 00:08:31,800 --> 00:08:34,760 Apabila bermain untuk kelab besar, kita dapat merasainya 133 00:08:34,880 --> 00:08:36,240 dan saya sangat suka. 134 00:08:36,280 --> 00:08:39,000 Bukan nak kata sayalah yang terbaik di dunia, 135 00:08:39,080 --> 00:08:41,760 tapi itu tetap menjadi cita-cita saya. 136 00:08:44,840 --> 00:08:48,520 Melalui pengalaman saya sejak dua musim yang lepas, 137 00:08:48,880 --> 00:08:52,400 saya tahu betapa sukar mendapat rekod bersih dalam liga ini. 138 00:08:52,480 --> 00:08:55,640 Bukan saya saja yang perlu menghalang bola daripada net 139 00:08:55,760 --> 00:08:57,840 atau bek, ini tugas semua orang. 140 00:08:57,880 --> 00:09:01,240 Perkara utamanya ialah menunjukkan bahawa selama 95 minit, 141 00:09:01,320 --> 00:09:04,360 kami tertumpu kepada matlamat yang sama. 142 00:09:04,440 --> 00:09:05,760 Perlawanan Aston Villa, 143 00:09:05,880 --> 00:09:08,640 lima minit terakhir semasa mereka mendapat gol... 144 00:09:10,440 --> 00:09:14,120 Pada hari lain itu mungkin gol penyama atau menjadi dua-satu, 145 00:09:14,200 --> 00:09:17,200 jadi lima, sepuluh minit terakhir cukup mencemaskan. 146 00:09:21,520 --> 00:09:23,520 Sejak permulaan musim ini, 147 00:09:23,640 --> 00:09:27,640 pertahanan Arsenal telah dibaik pulih dengan kemasukan bakat muda. 148 00:09:27,880 --> 00:09:30,840 Empat daripada lima bek terkini ialah pemain baharu. 149 00:09:30,880 --> 00:09:34,160 Mikel dan stafnya perlu memahami para pemain baharu ini 150 00:09:34,240 --> 00:09:36,480 dan membentuk mereka menjadi unit pertahanan. 151 00:09:36,520 --> 00:09:40,960 Seorang jurulatih Sepanyol terkenal pernah berkata, pemain hanya nombor. 152 00:09:41,840 --> 00:09:45,320 Saya takkan menganggap pemain sekadar nombor. Mereka manusia 153 00:09:45,400 --> 00:09:49,040 dan saya tak tahu selepas 30 tahun dalam kerjaya ini, 154 00:09:49,120 --> 00:09:51,040 mungkin saya akan berubah fikiran. 155 00:09:51,120 --> 00:09:52,440 Sekarang ini tidak. 156 00:09:52,520 --> 00:09:55,040 Saya perlu memahami mereka dari segi emosi, 157 00:09:55,120 --> 00:09:59,120 perihal kehidupan mereka, cara mereka menghadapi cabaran baharu, 158 00:09:59,200 --> 00:10:01,240 negara baharu, kelab baharu. 159 00:10:01,320 --> 00:10:04,080 Namun, ini hubungan dua hala, 160 00:10:04,160 --> 00:10:07,320 jadi orang itu juga perlu sanggup memberi. 161 00:10:07,720 --> 00:10:11,520 TAKLIMAT PERUBATAN PEJABAT PENGURUS 162 00:10:11,600 --> 00:10:14,520 Tiada masalah dengan Mo dan juga Nuno, 163 00:10:14,600 --> 00:10:17,640 Tommy berasa sedikit kesakitan pada pergelangan kaki. 164 00:10:18,480 --> 00:10:23,320 Dengan Nuno, agak sukar mendapatkan maklumat daripadanya. 165 00:10:23,760 --> 00:10:27,520 Kita perlu menghasilkan suasana yang selesa, 166 00:10:27,600 --> 00:10:30,640 supaya dia selesa berbual dan meluahkan perasaannya, 167 00:10:30,760 --> 00:10:32,840 kerana buat masa ini itu tak berlaku. 168 00:10:32,880 --> 00:10:35,640 Dia gigih berlatih dan langsung tak bersungut, 169 00:10:35,760 --> 00:10:38,840 tapi kita perlu memantau pemain kita dengan cara lain. 170 00:10:38,880 --> 00:10:41,320 Betul kata awak, dia sangat pendiam. 171 00:10:41,400 --> 00:10:44,600 Saya akan minta orang kita bekerja khususnya bersama dia. 172 00:10:45,640 --> 00:10:47,760 -Okey, itu saja. -Terima kasih. 173 00:10:48,280 --> 00:10:52,200 Memandangkan bek kiri pilihannya, Kieran Tierney sedang cedera, 174 00:10:52,280 --> 00:10:56,200 Mikel menggunakan Nuno Tavares lebih awal daripada jangkaan. 175 00:10:56,800 --> 00:10:58,360 Awak buat apa semalam? 176 00:10:58,840 --> 00:11:00,880 IKEA bersama ibu saya. 177 00:11:01,160 --> 00:11:02,600 Ibu-ibu amat suka IKEA. 178 00:11:03,560 --> 00:11:05,120 Semua ada di situ. 179 00:11:07,440 --> 00:11:09,920 Semasa kecil saya pergi ke sana sebulan sekali 180 00:11:10,000 --> 00:11:11,800 dan di setiap hentian... 181 00:11:19,080 --> 00:11:22,760 Nuno meninggalkan Portugal untuk menyertai Arsenal empat bulan lalu. 182 00:11:22,840 --> 00:11:26,000 Apa perasaan meninggalkan keluarga di Portugal? Sukar? 183 00:11:26,080 --> 00:11:26,920 NUNO TAVARES PEMAIN PERTAHANAN 184 00:11:27,000 --> 00:11:30,000 Ya, sikit-sikit, tapi saya bertabah demi mereka. 185 00:11:31,120 --> 00:11:36,960 Orang di sini tak sama dengan di Portugal, 186 00:11:37,600 --> 00:11:41,760 jadi saya cuba buat sepenuh hati untuk kelab. 187 00:11:42,720 --> 00:11:47,000 Saya bangga dengan diri sendiri kerana dapat debut di Liga Premier. 188 00:11:47,080 --> 00:11:49,160 Saya menantikan saat itu lagi. 189 00:11:58,320 --> 00:12:04,320 LEICESTER CITY LWN ARSENAL STADIUM KING POWER - 30 OKTOBER 2021 190 00:12:07,120 --> 00:12:08,840 Hari perlawanan dah tiba. 191 00:12:08,920 --> 00:12:12,960 Setengah jam lagi sebelum perlawanan bermula di Stadium King Power. 192 00:12:13,040 --> 00:12:15,480 Kali ini Leicester City melawan Arsenal. 193 00:12:16,000 --> 00:12:20,600 Perlawanan tandang Leicester City takkan mudah bagi pertahanan muda Mikel. 194 00:12:20,680 --> 00:12:24,000 Leicester mempunyai antara penjaring gol terhandal. 195 00:12:24,080 --> 00:12:25,640 Kita memang sangat bangga. 196 00:12:26,640 --> 00:12:27,920 Berkumpul. 197 00:12:28,000 --> 00:12:29,560 Ya, berdiri rapat-rapat. 198 00:12:32,560 --> 00:12:33,920 Ben akan datang. 199 00:12:34,000 --> 00:12:34,960 -Siapa? -Ben. 200 00:12:45,400 --> 00:12:47,560 Ya? Rapatkan diri. 201 00:12:47,800 --> 00:12:49,120 Kita akan buat sesuatu. 202 00:12:49,200 --> 00:12:51,840 Kita akan menyatukan semua tenaga di bilik ini. 203 00:12:51,920 --> 00:12:53,160 Begini caranya. 204 00:12:53,240 --> 00:12:57,240 Apabila disuruh, buat begini, dan saya nak awak menutup mata. 205 00:12:57,320 --> 00:12:59,880 Biar saya beritahu situasi perlawanan ini. 206 00:12:59,960 --> 00:13:03,200 Selepas itu, berpegang tangan dan kita akan buat gelembung 207 00:13:03,280 --> 00:13:05,560 dengan tenaga yang akan dibawa ke sana. 208 00:13:05,640 --> 00:13:07,200 Semua orang faham? 209 00:13:07,280 --> 00:13:08,440 Mula buat begini. 210 00:13:08,840 --> 00:13:11,960 Tutup mata dan saya nak tengok awak, sebagai pasukan, 211 00:13:12,040 --> 00:13:13,920 betapa agresifnya kalian nanti 212 00:13:14,000 --> 00:13:17,280 dalam setiap situasi tegang yang dialami bersama unit awak. 213 00:13:17,360 --> 00:13:21,960 Apabila itu berlaku, awak akan merebut bola, mara ke depan dan habis bertindak. 214 00:13:22,040 --> 00:13:25,040 Jika tidak, apabila bola terlepas, awak akan kembali 215 00:13:25,120 --> 00:13:28,720 dan awak akan merebut bola itu. Kita tak perlu biarkan mereka lari. 216 00:13:28,800 --> 00:13:33,120 Pegang bola itu dengan kejelasan, kebolehan dan kepercayaan sesama kalian, 217 00:13:33,200 --> 00:13:36,920 setiap tindakan, setiap permainan dimainkan sebagai sepasukan. 218 00:13:37,000 --> 00:13:41,040 Beranikan diri, semua, dan bermainlah dengan seronok sesama kalian. 219 00:13:41,120 --> 00:13:42,880 Pegang tangan masing-masing 220 00:13:43,200 --> 00:13:46,520 dan rasainya dalam tubuh awak, siapa diri kita di sini. 221 00:13:46,600 --> 00:13:48,000 Inilah kita! 222 00:13:48,080 --> 00:13:49,520 Berseronoklah bersama. 223 00:13:49,600 --> 00:13:51,840 Mari kita belasah perlawanan ini! 224 00:14:06,320 --> 00:14:08,240 Bukayo Saka, masih mara. 225 00:14:08,320 --> 00:14:09,320 Saka. 226 00:14:09,680 --> 00:14:12,800 Permulaan yang hampir sempurna bagi pasukan Gunners. 227 00:14:16,760 --> 00:14:20,000 Saka masuk ke kawasan bahaya dan dimasukkan oleh Gabriel. 228 00:14:20,080 --> 00:14:22,280 Arsenal mendahului dalam masa lima minit. 229 00:14:28,520 --> 00:14:29,840 Aubameyang dah datang, 230 00:14:29,920 --> 00:14:34,720 merebut bola daripada Daniel Amartey, Aubameyang lagi, terus kepada Schmeichel. 231 00:14:34,800 --> 00:14:37,400 Lacazette menyertai serangan dari tengah. 232 00:14:37,480 --> 00:14:38,800 Lelaki Perancis datang. 233 00:14:39,360 --> 00:14:42,840 Bola dihantar ke dalam kotak dan dijaringkan oleh Smith Rowe! 234 00:14:42,920 --> 00:14:45,000 Arsenal menggandakan matanya. 235 00:14:48,320 --> 00:14:51,400 Arsenal mendahului dua gol dan kemenangan sudah pasti 236 00:14:51,480 --> 00:14:53,200 jika mengekalkan rekod bersih. 237 00:14:53,280 --> 00:14:55,760 Iheanacho akan mencuba nasib. 238 00:15:00,720 --> 00:15:02,120 Tiada faul di situ. 239 00:15:02,200 --> 00:15:07,360 Tendangan percuma untuk Leicester City dalam situasi yang cerah. 240 00:15:11,160 --> 00:15:12,160 Diselamatkan! 241 00:15:12,240 --> 00:15:14,600 Adakah ia masuk... Tidak, atas garisan. 242 00:15:14,680 --> 00:15:17,840 Pertahanan yang hebat oleh Aaron Ramsdale. 243 00:15:23,360 --> 00:15:25,680 Masa sudah tamat di King Power ini 244 00:15:25,760 --> 00:15:28,920 dan pasukan Mikel Arteta menang sekali lagi. 245 00:15:32,400 --> 00:15:36,560 Aaron menghalang semua gol dan pasukannya menang 9 kali berturut-turut. 246 00:15:52,680 --> 00:15:54,680 Saya mahu berkata sesuatu. 247 00:15:54,760 --> 00:15:56,960 Jika Mikel mengizinkannya. Saya... 248 00:15:57,040 --> 00:15:58,000 Silakan. 249 00:15:58,080 --> 00:16:00,400 Okey, semua orang tutup mata. 250 00:16:04,040 --> 00:16:05,960 Buat begini dengan tangan kalian. 251 00:16:06,480 --> 00:16:07,360 Sekarang nyanyi. 252 00:16:07,440 --> 00:16:11,200 Cuti dua hari, cuti dua hari, cuti dua hari 253 00:16:11,680 --> 00:16:14,760 Cuti dua hari, cuti dua hari, cuti dua hari 254 00:16:15,200 --> 00:16:18,000 Cuti dua hari, cuti dua hari, cuti dua hari 255 00:16:18,440 --> 00:16:20,680 Cuti dua hari, cuti dua hari 256 00:16:28,880 --> 00:16:30,000 Syabas! 257 00:16:33,200 --> 00:16:35,080 Ini Arsenal 258 00:16:35,160 --> 00:16:38,760 Keputusan ini disusuli kemenangan satu-kosong melawan Watford. 259 00:16:38,840 --> 00:16:41,160 Turutan kemenangan mereka kini sepuluh. 260 00:16:44,000 --> 00:16:44,840 YAYASAN ARSENAL 261 00:16:49,280 --> 00:16:52,640 Saya rasa musim ini ada naik turunnya, 262 00:16:52,840 --> 00:16:54,640 tapi harapan saya positif. 263 00:16:54,720 --> 00:16:56,800 Kami lebih mahukannya daripada yang lain. 264 00:16:56,880 --> 00:16:58,480 Ada sebab kami mahukannya 265 00:16:58,560 --> 00:17:01,520 dan skuadnya nampak amat menyayangi Arsenal, 266 00:17:01,600 --> 00:17:04,560 mereka mahu mengembalikan kita ke tempat sepatutnya. 267 00:17:05,320 --> 00:17:08,560 Kita boleh nampak betapa Arteta dihormati pemainnya. 268 00:17:08,600 --> 00:17:11,200 Para pemainnya mahu cemerlang demi Mikel. 269 00:17:11,280 --> 00:17:15,080 Mungkin dia memerintah dengan rasa hormat dan juga rasa takut. 270 00:17:18,080 --> 00:17:20,640 KELAB BOLA SEPAK ARSENAL 271 00:17:23,320 --> 00:17:25,520 Awak tahu tentang Thorpe Park, bukan? 272 00:17:26,320 --> 00:17:27,200 Thorpe Park? 273 00:17:27,280 --> 00:17:28,280 Tamankah? 274 00:17:28,320 --> 00:17:30,080 Apa yang ada di situ? 275 00:17:30,200 --> 00:17:32,200 Roller coaster, pagar sesat, permainan, 276 00:17:32,280 --> 00:17:35,400 boleh memenangi hadiah macam patung beruang besar. 277 00:17:35,480 --> 00:17:37,680 -Pasti seronok bersama kekasih awak. -Ya. 278 00:17:37,760 --> 00:17:41,880 Kejayaan di padang mengubah suasana di tempat latihan. 279 00:17:41,960 --> 00:17:43,520 -Awak hafal nombor bapa? -Ya. 280 00:17:43,560 --> 00:17:48,880 Bagaimana awak menghafalnya? Satu persatu atau kumpulan tiga nombor? 281 00:17:48,960 --> 00:17:51,440 Empat pertama, empat kedua dan yang akhir. 282 00:17:51,520 --> 00:17:52,720 Gabungan empat nombor? 283 00:17:52,800 --> 00:17:56,080 Kebanyakan orang menghafal secara bertiga-tiga. 284 00:17:58,680 --> 00:18:00,280 Awak kenal pagar sesat? 285 00:18:00,320 --> 00:18:02,440 -Tak. -Awak tak kenal pagar sesat? 286 00:18:02,520 --> 00:18:04,200 Awak kenal pagar sesat? 287 00:18:04,280 --> 00:18:05,480 -Pagar sesat? -Ya. 288 00:18:05,560 --> 00:18:06,560 Apa ini? 289 00:18:08,400 --> 00:18:10,960 Karl, awak kenal pagar sesat, bukan? Tak? 290 00:18:14,320 --> 00:18:18,040 Jika saya dengar nombor saya dibaca dengan cara berlainan, 291 00:18:18,080 --> 00:18:20,200 -saya takkan mengenalinya. -Ya. 292 00:18:20,560 --> 00:18:23,680 Kerana kita menghafalnya mengikut bunyinya. 293 00:18:23,760 --> 00:18:26,560 Perlawanan kita pun sama, kita bekerja seunit 294 00:18:26,640 --> 00:18:30,320 dan itu lebih mudah difahami. 295 00:18:31,440 --> 00:18:32,640 Memang menarik. 296 00:18:34,640 --> 00:18:37,080 Mikel lebih baik. 297 00:18:37,200 --> 00:18:39,280 Ya. Lebih relaks. 298 00:18:39,320 --> 00:18:40,680 Ya, jauh lebih tenang. 299 00:18:40,760 --> 00:18:44,080 -Dia sangat pandai, belajar setiap hari. -Ya. 300 00:18:45,000 --> 00:18:47,320 Dia nampak lebih kerap menyapa pemain. 301 00:18:49,200 --> 00:18:50,040 Faham? 302 00:18:50,080 --> 00:18:51,280 Saya kata 303 00:18:52,280 --> 00:18:54,800 apabila dia membina hubungan 304 00:18:54,920 --> 00:18:57,280 yang lebih rapat bersama pemainnya, 305 00:18:57,320 --> 00:18:59,640 dia akan maju ke tahap seterusnya kerana 306 00:19:01,160 --> 00:19:05,480 dari segi pemahaman taktik bola sepak, dialah yang terbaik. 307 00:19:05,560 --> 00:19:08,000 Kita perlu menambat hati dan minda mereka. 308 00:19:08,080 --> 00:19:11,720 Kita boleh nampak pasukan ini bersatu dan sama-sama berjuang. 309 00:19:11,800 --> 00:19:14,440 Mereka berbual, bergaul, makan bersama-sama. 310 00:19:14,520 --> 00:19:16,080 Semuanya kerana pengurusnya. 311 00:19:16,160 --> 00:19:18,040 Ya, memang pasti. 312 00:19:23,480 --> 00:19:25,680 Kami mengikuti Arsenal 313 00:19:25,760 --> 00:19:27,000 Helo! 314 00:19:27,720 --> 00:19:32,200 Kieran Tierney datang daripada pasukan Celtic Scotland pada tahun 2019. 315 00:19:32,560 --> 00:19:35,560 Perkara yang paling saya suka ialah membanggakan keluarga. 316 00:19:35,640 --> 00:19:39,280 Itulah yang terbaik, yang tak boleh dibeli dengan duit. 317 00:19:41,320 --> 00:19:44,400 Ibu saya melihat semua bintang terkenal ini di kaca TV, 318 00:19:44,480 --> 00:19:47,280 mereka bukan saja pemain bola malah selebriti. 319 00:19:47,320 --> 00:19:51,880 Apabila saya datang ke sini, dia bimbang kalau-kalau saya akan berubah. 320 00:19:52,480 --> 00:19:55,440 Dah tiga minggu dia tak bermain disebabkan kecederaan. 321 00:19:55,520 --> 00:19:59,720 Staf perubatan menyelia peralihannya kembali ke pasukan pertama. 322 00:19:59,800 --> 00:20:01,240 Lemak badan awak 5%, bukan? 323 00:20:01,320 --> 00:20:02,520 Sekarang dah 7.5. 324 00:20:03,240 --> 00:20:04,080 KT. 325 00:20:04,160 --> 00:20:05,520 -Dok-aldhino. -Hei. 326 00:20:05,560 --> 00:20:06,480 Doktor. 327 00:20:06,880 --> 00:20:08,400 Saya dah godam sistem itu. 328 00:20:08,480 --> 00:20:09,320 Yang mana? 329 00:20:09,760 --> 00:20:11,040 Sistem lemak badan. 330 00:20:11,080 --> 00:20:12,400 Dah mula. 331 00:20:12,480 --> 00:20:13,520 7.5. 332 00:20:13,920 --> 00:20:16,720 Saya kecewa. Apa dah jadi dengan Cadbury's? 333 00:20:16,800 --> 00:20:19,720 -Harga saham Cadbury's dah menjunam. -Ya, memang. 334 00:20:19,800 --> 00:20:21,400 Inilah masa untuk melabur. 335 00:20:21,480 --> 00:20:23,160 Awak dah buat apa-apa untuk itu? 336 00:20:23,560 --> 00:20:24,720 Sikit-sikit. 337 00:20:26,000 --> 00:20:27,720 Dah berhenti makan coklat? 338 00:20:27,800 --> 00:20:28,920 Tidak sama sekali. 339 00:20:29,000 --> 00:20:30,080 Langsung tidak. 340 00:20:31,280 --> 00:20:32,400 Mustahil. 341 00:20:33,320 --> 00:20:35,000 Saya jadi marah. 342 00:20:35,080 --> 00:20:36,320 Memang. Saya setuju. 343 00:20:36,400 --> 00:20:37,720 -Semua baik-baik? -Ya. 344 00:20:37,920 --> 00:20:39,560 -Semua orang sihat? -Ya. 345 00:20:39,680 --> 00:20:43,320 Setelah bermain setiap minggu, kita terfikirkan perlawanan lepas ini, 346 00:20:43,440 --> 00:20:45,400 sentiasa ada tekanan. 347 00:20:45,480 --> 00:20:47,960 Apabila tercedera, tiada tekanan. Anehnya. 348 00:20:48,040 --> 00:20:51,320 Kita tak tahu tempat kita, kita terumbang-ambing. 349 00:20:51,440 --> 00:20:53,240 -Sihat? -Belum pulih sepenuhnya. 350 00:20:53,320 --> 00:20:54,280 Yakah? 351 00:20:54,640 --> 00:20:57,000 Sekarang saya dah boleh berlatih, jadi... 352 00:20:57,080 --> 00:20:58,520 -Sikit saja lagi. -Ya. 353 00:20:58,560 --> 00:20:59,480 Baguslah. 354 00:20:59,720 --> 00:21:03,280 Staf perubatan bermesyuarat untuk membincangkan keadaan Kieran. 355 00:21:04,320 --> 00:21:06,000 Ada orang merungut di katil? 356 00:21:06,080 --> 00:21:09,560 KT memanggil saya tadi, katanya dia mahu berlatih Khamis ini. 357 00:21:09,680 --> 00:21:10,760 Saya pun sama. 358 00:21:10,800 --> 00:21:13,080 Mungkin elok kita berbual dengannya. 359 00:21:13,160 --> 00:21:15,240 Buat masa ini dia perlu pulih dulu. 360 00:21:15,320 --> 00:21:18,320 Dia juga menyebut tentang keadaan mentalnya. 361 00:21:18,440 --> 00:21:21,960 Satu demi satu perlawanan, kita boleh tingkatkan latihannya 362 00:21:22,040 --> 00:21:25,520 dan perlawanan, mendapatkan rentaknya, ini tak wujud lagi. 363 00:21:25,560 --> 00:21:28,440 Haluan kita menghala ke arah yang betul. 364 00:21:30,640 --> 00:21:31,640 Bagus. 365 00:21:39,480 --> 00:21:40,800 Apa khabar, awak? 366 00:21:40,920 --> 00:21:42,800 Awak nak serba sedikit? 367 00:21:42,920 --> 00:21:44,000 Pesanan biasa awak. 368 00:21:44,080 --> 00:21:46,640 Minta yang macam biasa, daging rusa. 369 00:21:46,720 --> 00:21:51,400 Johnny McCullum tukang masak peribadi Kieran sebelum mula bekerja di Arsenal. 370 00:21:52,160 --> 00:21:55,320 Awak tahu berapa harganya untuk dua ketul? £148. 371 00:21:55,400 --> 00:21:56,880 Biar benar. 372 00:21:56,960 --> 00:21:59,200 Itulah daging yang terbaik. 373 00:21:59,280 --> 00:22:01,680 Saya akan bawa sikit untuk anjing saya. 374 00:22:01,760 --> 00:22:02,720 Tepat sekali. 375 00:22:10,880 --> 00:22:13,800 Kieran tinggal bersama Johnny berhampiran tempat latihan. 376 00:22:14,120 --> 00:22:17,680 Kadangkala dia begitu marah jika kita kalah, bukan... 377 00:22:17,760 --> 00:22:21,040 Tapi itu keghairahannya, dia ambil berat tentangnya, 378 00:22:21,120 --> 00:22:22,600 jadi saya tak menghalangnya. 379 00:22:23,040 --> 00:22:24,760 -Johnny dah tahu. -Ya. 380 00:22:24,840 --> 00:22:27,760 Jika saya marah, dia akan letak makanan dan lari. 381 00:22:27,840 --> 00:22:28,960 Ya, betul itu. 382 00:22:29,040 --> 00:22:31,600 Saya membesar di Muirhouse di Motherwell. 383 00:22:31,680 --> 00:22:34,040 Saya dibesarkan dalam keluarga kaum buruh 384 00:22:34,120 --> 00:22:38,080 dan jika kita mahukan sesuatu, kita disuruh berusaha mendapatkannya 385 00:22:38,160 --> 00:22:42,480 dan rasanya daripada itulah datangnya etika kerja saya 386 00:22:42,560 --> 00:22:45,480 serta mentaliti saya, daripada ibu dan bapa saya 387 00:22:45,560 --> 00:22:47,800 kerana segalanya diperoleh melalui usaha. 388 00:22:47,880 --> 00:22:49,920 Ibu saya ada tiga pekerjaan, 389 00:22:50,480 --> 00:22:53,080 sebagai penjaga kantin, tukang cuci di sekolah, 390 00:22:53,160 --> 00:22:57,360 dia bangun tidur pada jam 5:00, 6:00 pagi, 391 00:22:57,840 --> 00:23:01,080 demi menyara hidup kami, hidup saya dan adik saya. 392 00:23:01,640 --> 00:23:05,040 Bagaimana perasaan berpindah ke bandar seperti London? 393 00:23:05,240 --> 00:23:07,800 Pada mulanya agak sukar, saya terkial-kial, 394 00:23:07,880 --> 00:23:10,200 murung dan merindui kampung halaman. 395 00:23:10,280 --> 00:23:12,080 Memang teruk pada mulanya. 396 00:23:12,400 --> 00:23:15,240 Di luar waktu latihan, kami boleh banyak berfikir. 397 00:23:15,320 --> 00:23:19,440 Bukannya keadaan saya sebegitu teruk hinggakan ingin membunuh diri, 398 00:23:19,960 --> 00:23:21,560 tapi ada rakan saya begitu. 399 00:23:21,640 --> 00:23:25,160 Dua atau tiga orang telah membunuh diri, kehilangan nyawa 400 00:23:25,240 --> 00:23:28,440 sedangkan kita bersama mereka dan langsung tak tahu 401 00:23:28,520 --> 00:23:30,440 kerana mereka tak kata apa-apa. 402 00:23:31,000 --> 00:23:34,480 Rasanya saya berasa bertanggungjawab untuk membantu 403 00:23:34,560 --> 00:23:39,520 sebanyak mungkin kerana saya tahu perasaan berada di suatu tempat 404 00:23:39,600 --> 00:23:41,640 dan mengenangkannya kembali, amat sukar. 405 00:23:41,720 --> 00:23:44,560 Ibu dan bapa saya berkata, mujurlah ada Johnny, 406 00:23:44,640 --> 00:23:46,360 kami lega kerana ada Johnny, 407 00:23:46,440 --> 00:23:48,960 bukan hanya kerana dia memasak dan menjaga saya. 408 00:23:49,040 --> 00:23:50,360 Saya berasa emosi. 409 00:23:52,200 --> 00:23:56,000 Saya jarang bercakap, tapi kalau bercakap saya memang jujur. 410 00:24:00,520 --> 00:24:03,520 TEMPAT KITA DI SINI 411 00:24:09,000 --> 00:24:12,080 Saya nak bela anjing, awak kenal jenis cockapoo? 412 00:24:13,400 --> 00:24:14,520 Macam poopy? 413 00:24:14,600 --> 00:24:15,720 -Poopy? -Anjing poodle. 414 00:24:16,000 --> 00:24:17,520 Dia sebut poopy. 415 00:24:17,720 --> 00:24:18,720 Poopy. 416 00:24:18,960 --> 00:24:20,960 Atau dia nak kata puppy? 417 00:24:25,000 --> 00:24:29,200 Perlawanan Arsenal seterusnya bersama Liverpool, petanding kejuaraan. 418 00:24:31,080 --> 00:24:34,160 Kali terakhir Arsenal menang di Anfield dalam liga ini 419 00:24:34,240 --> 00:24:38,160 adalah pada tahun 2012 semasa Mikel bermain dalam pasukan pemula. 420 00:24:39,960 --> 00:24:43,480 Perlawanan ini mungkin memutuskan rantaian kemenangan Arsenal. 421 00:24:45,120 --> 00:24:47,480 Selamat petang, gembira melihat kalian. 422 00:24:47,560 --> 00:24:51,000 Sekarang kita perlu fokus, nanti ada beberapa perlawanan 423 00:24:51,080 --> 00:24:54,280 yang berpengaruh besar terhadap nasib kita musim ini, 424 00:24:54,360 --> 00:24:56,280 dan kita perlu bermula di Anfield. 425 00:24:57,000 --> 00:25:00,920 Perkara paling penting bukan tindakan kita di sini atau di sini, 426 00:25:01,000 --> 00:25:03,240 yang paling penting untuk Anfield, 427 00:25:03,960 --> 00:25:06,160 ialah dari segi emosi 428 00:25:06,360 --> 00:25:09,440 kalian dalam keadaan paling baik untuk bertanding. 429 00:25:09,520 --> 00:25:10,680 TERBAIK DARI SEGI EMOSI 430 00:25:11,200 --> 00:25:13,880 Jadi, kalian perlu memahami Anfield. 431 00:25:13,960 --> 00:25:17,640 Ia amat berbeza berbanding padang lain yang pernah kalian alami 432 00:25:17,720 --> 00:25:18,880 dalam Liga Perdana. 433 00:25:18,960 --> 00:25:21,040 Pertama sekali, apabila pergi ke sana, 434 00:25:21,120 --> 00:25:24,360 "Saya pergi ke Anfield untuk menewaskan mereka." 435 00:25:24,440 --> 00:25:28,120 Saya yakin kita akan pergi ke Anfield dan menewaskan mereka. 436 00:25:39,080 --> 00:25:42,200 Ambil sambungan itu, letakkan di sini. 437 00:25:42,640 --> 00:25:46,760 Mikel mahu menyediakan para pemain untuk suasana tegang di Anfield. 438 00:25:46,840 --> 00:25:50,000 Ramai dalam pasukan ini belum mengalaminya. 439 00:25:50,640 --> 00:25:52,240 Ini antara idea gila saya, 440 00:25:52,320 --> 00:25:55,120 hari ini mereka akan berlatih sambil diiringi 441 00:25:55,200 --> 00:25:56,800 lagu You'll Never Walk Alone. 442 00:25:56,880 --> 00:25:59,200 Itu idea yang bagus, menarik sekali. 443 00:26:00,160 --> 00:26:01,680 Tak sabar melihatnya. 444 00:26:01,920 --> 00:26:05,320 Ada satu perkataan bahasa Sepanyol dalam sukan berbasikal, 445 00:26:05,400 --> 00:26:08,840 apabila pelumba basikal berlumba dan nampak hebat 446 00:26:09,200 --> 00:26:11,320 dan tinggal satu kilometer lagi dia... 447 00:26:11,520 --> 00:26:15,400 Dia nampak tersekat dan tak boleh... Perkataan itu ialah pájara. 448 00:26:16,160 --> 00:26:19,160 Saya pernah mengalaminya di Anfield, 449 00:26:19,240 --> 00:26:24,840 perlawanan sedang berlangsung, tiba-tiba saya hanya boleh nampak baju merah, 450 00:26:24,920 --> 00:26:28,040 perlawanan berjalan di sekeliling dan saya kaku, 451 00:26:28,120 --> 00:26:30,360 dan orang terfikir, "Dia buat apa?" 452 00:26:30,440 --> 00:26:33,640 Saya tak mampu secara emosi mahupun fizikal, 453 00:26:33,720 --> 00:26:36,080 tak terdaya, segalanya begitu pantas. 454 00:26:36,160 --> 00:26:40,520 Saya berasa begitu hanya sekali seumur hidup dan itu berlaku di Anfield. 455 00:26:41,000 --> 00:26:42,000 Kalian! 456 00:26:43,240 --> 00:26:46,440 Dari segi mental, perlawanan itu bermula sekarang. 457 00:26:46,520 --> 00:26:47,520 Okey? 458 00:26:47,600 --> 00:26:49,960 Kita berada di Anfield, ayuh. 459 00:27:02,080 --> 00:27:03,640 Bergerak kiri ke kanan. 460 00:27:03,720 --> 00:27:05,200 Lagi, lagi, lagi! 461 00:27:05,280 --> 00:27:07,200 Apabila penyokong berasa begitu, 462 00:27:07,280 --> 00:27:11,120 mereka turut bermain dalam perlawanan itu bersama pasukan mereka 463 00:27:11,800 --> 00:27:13,000 dan kita merasainya. 464 00:27:13,240 --> 00:27:15,480 Dengan Kieran Tierney sihat sepenuhnya, 465 00:27:15,560 --> 00:27:20,360 Mikel perlu menentukan bek kiri yang paling bersedia untuk bermain di Anfield. 466 00:27:20,840 --> 00:27:21,680 Nuno! 467 00:27:22,400 --> 00:27:24,600 Berikan ruang yang secukupnya untuk diri sendiri. 468 00:27:24,680 --> 00:27:26,880 Sebaik saja awak pergi ke sana, 469 00:27:27,320 --> 00:27:29,640 tengok sama ada itu Chamberlain 470 00:27:29,720 --> 00:27:32,160 atau, siapa namanya, Alexander-Arnold. 471 00:27:44,080 --> 00:27:45,960 Syabas, semua, bagus. 472 00:28:05,560 --> 00:28:09,880 LIVERPOOL LWN ARSENAL STADIUM ANFIELD - 20 NOVEMBER 2021 473 00:28:10,000 --> 00:28:13,480 Pada bulan September, Arsenal berada 15 tangga bawah Liverpool, 474 00:28:13,560 --> 00:28:16,400 tapi jika mereka menang mengejut hari ini, 475 00:28:16,480 --> 00:28:19,120 mereka akan mendahului pasukan Jürgen Klopp. 476 00:28:19,880 --> 00:28:23,920 Saya tak tahu sebabnya, tapi saya yakin tentang perlawanan ini. 477 00:28:25,200 --> 00:28:29,080 Saya rasa dah tiba masanya Arteta menunjukkan kehebatannya. 478 00:28:29,160 --> 00:28:32,440 Saya benar-benar percaya kepadanya. 479 00:28:41,280 --> 00:28:45,120 Dua hari lepas kita dah banyak membincangkan rancangan kita 480 00:28:45,200 --> 00:28:47,760 dari segi taktikal dan teknikal. 481 00:28:47,840 --> 00:28:50,440 Sekarang saya nak beritahu cara kita mesti menang 482 00:28:50,520 --> 00:28:53,400 dan cara kita bertanding dalam perlawanan ini. 483 00:28:53,960 --> 00:28:57,680 Pertama, semasa bertanding, kita perlu begini di atas padang. 484 00:28:57,760 --> 00:29:01,520 Begini. Ini perlu utuh selama 96 minit. 485 00:29:02,920 --> 00:29:05,880 Beberapa hari sebelum, saya memasang muzik 486 00:29:05,960 --> 00:29:08,760 kerana di padang ini, saya agak beremosi 487 00:29:08,840 --> 00:29:11,160 dan biar saya beritahu sebabnya. 488 00:29:11,240 --> 00:29:13,200 Semasa saya memakai baju itu di sana, 489 00:29:13,280 --> 00:29:16,240 saya datang setelah begitu lama tak menang di sini 490 00:29:16,320 --> 00:29:18,480 dan kami menang dua tahun berturut-turut, 491 00:29:19,920 --> 00:29:23,400 tapi pada tahun seterusnya ketika saya bersedia untuk datang, 492 00:29:23,480 --> 00:29:26,600 yakin bahawa kami boleh menang, kalian tahu apa berlaku? 493 00:29:26,680 --> 00:29:28,240 Kami mula ketinggalan. 494 00:29:28,320 --> 00:29:31,280 Kami diserbu dan kalian tahu apa tindakan saya? 495 00:29:31,360 --> 00:29:34,520 Saya menyorok dan berputus asa di padang. 496 00:29:34,960 --> 00:29:37,000 Kami tewas lima satu, saya mengalah. 497 00:29:37,080 --> 00:29:41,480 Saya tak pernah lupa perbuatan saya itu sepanjang kerjaya saya. Tak pernah. 498 00:29:41,560 --> 00:29:46,160 Jangan tinggalkan apa-apa di padang itu kerana itulah sesalan saya. 499 00:29:46,240 --> 00:29:50,200 Saya mengecewakan diri dan pasukan. Saya tak nak kalian melaluinya. 500 00:29:50,280 --> 00:29:52,640 Jadi, keluarlah dan bermainlah dengan berani. 501 00:29:52,720 --> 00:29:54,880 Buatlah macam biasa di padang itu. 502 00:29:54,960 --> 00:29:57,280 Tolong buat begitu untuk saya. Ya? 503 00:30:01,320 --> 00:30:02,240 RAJA EROPAH 504 00:30:13,560 --> 00:30:16,360 Tavares berjaya merebutnya di depan bulatan tengah. 505 00:30:16,440 --> 00:30:19,080 Dia seorang yang menarik, Nuno Tavares. 506 00:30:19,160 --> 00:30:23,080 Dia diberi peluang hari ini dengan Tierney sebagai pemain simpanan, 507 00:30:23,160 --> 00:30:25,280 bukti bahawa dalam perlawanan sebelum ini 508 00:30:25,360 --> 00:30:28,880 dia layak diberi peluang untuk kekal dalam sebelas pemula. 509 00:30:30,360 --> 00:30:33,200 30 minit pembuka dipenuhi pertarungan sengit. 510 00:30:33,880 --> 00:30:35,880 Cross yang cantik ke arah tiang gol 511 00:30:35,960 --> 00:30:38,960 dan Saka cuba menanduk, tapi tak berapa mengena. 512 00:30:39,040 --> 00:30:42,000 Kepada Thiago, kaki kiri, dikutip oleh penjaga gol, 513 00:30:42,080 --> 00:30:44,280 Mané di sana, diselamatkan oleh Ramsdale, 514 00:30:44,360 --> 00:30:47,280 menghalangnya daripada melangkau masuk ke net. 515 00:30:49,480 --> 00:30:51,640 Cabaran lewat daripada Mané, 516 00:30:51,720 --> 00:30:54,040 menyebabkan pasukan Arsenal berdiri. 517 00:30:54,120 --> 00:30:56,480 Nampaknya ada sedikit pertelingkahan. 518 00:30:56,560 --> 00:30:59,960 Arteta dan Klopp sedang bersemuka dengan marah. 519 00:31:00,040 --> 00:31:03,920 Sekarang mereka menghayun tangan sesama mereka dan membengkeng 520 00:31:04,000 --> 00:31:07,440 dan nampak agak marah di garisan tepi. 521 00:31:10,120 --> 00:31:12,480 Lacazette ternampak larian Aubameyang 522 00:31:12,560 --> 00:31:14,160 dan Fabinho datang meluru, 523 00:31:14,240 --> 00:31:17,920 mematikan keadaan sebelum menjadi lebih teruk. 524 00:31:18,000 --> 00:31:20,760 -Dengarlah sorakan penonton. -Mereka menyukainya. 525 00:31:20,840 --> 00:31:24,120 Sepakan percuma Liverpool 15 ela di luar kawasan penalti, 526 00:31:24,200 --> 00:31:25,840 enam minit sebelum separuh masa. 527 00:31:25,920 --> 00:31:29,240 Diajukan kepada Mané yang menanduknya melangkaui Ramsdale. 528 00:31:29,360 --> 00:31:31,400 Liverpool mendahului satu-kosong. 529 00:31:37,360 --> 00:31:40,960 Kalian, kita perlu tumpukan perhatian. Peluang akan muncul. 530 00:31:41,040 --> 00:31:44,040 Kita harus kekal agresif, mengurus perlawanan ini 531 00:31:44,120 --> 00:31:46,120 dengan lebih baik di tengah padang. 532 00:31:46,200 --> 00:31:48,280 Percayalah hingga ke saat akhir. 533 00:31:48,800 --> 00:31:50,280 Bolehkah? Ya? 534 00:31:59,120 --> 00:32:03,200 Arsenal memulakan separuh masa akhir dengan tujuan menyamakan mata. 535 00:32:05,440 --> 00:32:08,680 Tavares membawanya lalu diberi kepada Jota 536 00:32:08,760 --> 00:32:10,960 dan Diogo Jota menyelit di belakang Ramsdale. 537 00:32:11,040 --> 00:32:12,880 Gol untuk Liverpool! 538 00:32:15,040 --> 00:32:17,840 Nuno Tavares menghantar ke belakang 539 00:32:17,920 --> 00:32:21,080 dan Arsenal menerima padahnya. 540 00:32:21,560 --> 00:32:23,880 Tavares membolos daripada penandanya, 541 00:32:23,960 --> 00:32:26,640 tapi bertembung dengan dua pemain Liverpool. 542 00:32:26,720 --> 00:32:30,160 Mané di sebelah kiri, Salah menanti di ruang dalam kawasan, 543 00:32:30,240 --> 00:32:31,560 menemuinya dan... 544 00:32:32,360 --> 00:32:33,200 Gol mudah. 545 00:32:37,360 --> 00:32:38,360 Salah, 546 00:32:39,200 --> 00:32:41,080 Alexander-Arnold... 547 00:32:41,600 --> 00:32:44,080 sentuhan pertama bagi Takumi Minamino... 548 00:32:44,560 --> 00:32:46,800 berjaya menjaringkan gol. 549 00:32:50,400 --> 00:32:52,400 Wisel akhir telah berbunyi. 550 00:32:52,480 --> 00:32:57,440 Liverpool memusnahkan rantaian kemenangan Arsenal dengan penuh gaya. 551 00:33:28,960 --> 00:33:30,160 Kita perlu buat lagi. 552 00:33:31,120 --> 00:33:32,720 Kita tak boleh bermuram. 553 00:33:43,560 --> 00:33:47,120 Kita menang sepuluh perlawanan selepas permulaan yang teruk. 554 00:33:48,160 --> 00:33:51,720 Pada pendapat saya, inilah detik paling mencabar liga ini 555 00:33:52,120 --> 00:33:54,280 dan kita berjaya bertahan selama 45 minit 556 00:33:54,360 --> 00:33:57,400 kerana sepanjang masa kita buat seperti yang diperlukan, 557 00:33:57,480 --> 00:33:59,200 walaupun mereka lebih handal, 558 00:33:59,280 --> 00:34:02,200 dan kita harus menerimanya. Mereka lebih handal. 559 00:34:02,280 --> 00:34:05,360 Tapi pada 20 minit pertama separuh masa kedua... 560 00:34:05,440 --> 00:34:06,600 Kita berkecai. 561 00:34:06,680 --> 00:34:09,160 Saya sedih kerana saya tahu betapa sukarnya 562 00:34:09,240 --> 00:34:13,480 ketinggalan dua-kosong, tiga-kosong, empat-kosong dan terus bermain. 563 00:34:13,560 --> 00:34:16,920 Saya minta satu saja sebelum perlawanan, jangan bersembunyi 564 00:34:17,000 --> 00:34:17,840 dan awak ikut. 565 00:34:17,920 --> 00:34:21,600 Segala kesilapan, percayalah, saya takkan ambil kira. 566 00:34:21,640 --> 00:34:25,000 Ini satu proses pembelajaran dan lumrah bidang ini. 567 00:34:25,080 --> 00:34:28,120 Saya akan mempertahankan kalian, jangan risau. 568 00:34:28,160 --> 00:34:31,520 Ini salah saya, biar saya bertanggungjawab. 569 00:34:31,600 --> 00:34:34,560 Jadi, bangun semula dan kekal bersatu. Isnin nanti, 570 00:34:34,640 --> 00:34:36,920 angkat kepala dan kita ulangi lagi. Okey? 571 00:34:42,800 --> 00:34:45,640 Terfikir juga tentang saat Mikel Arteta pergi 572 00:34:45,760 --> 00:34:48,880 bersemuka dengan Jürgen Klopp dan merangsang penonton. 573 00:34:49,440 --> 00:34:51,200 Itu tindakan naif bagi saya. 574 00:34:51,320 --> 00:34:53,280 -Di Anfield... -Penonton teruja. 575 00:34:53,360 --> 00:34:57,200 ...kita tak patut merangsang penonton dan buat mereka teruja. 576 00:35:07,560 --> 00:35:09,120 Perlawanan demi perlawanan. 577 00:35:09,160 --> 00:35:11,440 Arsenal bangkit semula menentang Newcastle, 578 00:35:11,800 --> 00:35:13,920 tapi Aubameyang gagal menjaringkan gol. 579 00:35:14,000 --> 00:35:15,520 Smith Rowe, diselamatkan! 580 00:35:15,600 --> 00:35:19,400 -Aubameyang! Bagaimana tersasar dari situ? -Bagaimana dia tersasar? 581 00:35:19,480 --> 00:35:23,520 Arsenal berangkat ke Old Trafford lalu tewas melawan pesaing lama mereka. 582 00:35:23,600 --> 00:35:24,920 Cristiano Ronaldo! 583 00:35:28,200 --> 00:35:31,200 Aubameyang ditukarkan dua perlawanan berturut-turut. 584 00:35:31,320 --> 00:35:33,680 Pierre-Emerick Aubameyang pun keluar. 585 00:35:33,800 --> 00:35:35,840 Kurang bertenaga malam ini. 586 00:35:36,160 --> 00:35:39,120 Dia begini sejak beberapa perlawanan baru-baru ini. 587 00:35:39,160 --> 00:35:43,160 Arsenal mula goyah, tewas dua kali dalam tiga perlawanan terakhir, 588 00:35:43,200 --> 00:35:45,080 mereka gagal mengutip mata. 589 00:35:45,160 --> 00:35:47,080 Pesaing mereka makin mara. 590 00:36:06,440 --> 00:36:09,960 Apabila pergi ke Anfield, kita patut pilih pasukan terbaik 591 00:36:10,040 --> 00:36:12,880 dan Kieran Tierney bek kiri terbaik kita. 592 00:36:12,960 --> 00:36:15,520 Saya rasa itu satu kesilapan. 593 00:36:16,120 --> 00:36:19,480 Di Old Trafford, kenapa Arteta mengeluarkan kaptennya? 594 00:36:19,560 --> 00:36:22,680 Kita mula tertanya-tanya sama ada di sebalik tabir, 595 00:36:22,800 --> 00:36:25,840 adakah semuanya baik antara pemain dan pengurusnya? 596 00:36:25,920 --> 00:36:28,800 Antara nasihat paling penting yang Pep berikan, 597 00:36:29,160 --> 00:36:32,440 dia kata inilah kerjaya paling sepi. 598 00:36:32,880 --> 00:36:36,480 Apabila pintu ditutup, hanya tinggal kita dan kebimbangan, 599 00:36:36,560 --> 00:36:40,560 masalah serta keputusan kita. Itu semua akan sentiasa ada. 600 00:36:41,560 --> 00:36:44,400 Saya langsung tak menyesali semua keputusan saya. 601 00:36:44,480 --> 00:36:48,920 Setiap detik sukar menjadikan saya seorang profesional yang lebih baik, 602 00:36:49,000 --> 00:36:52,760 menyediakan saya untuk sesuatu yang bakal mendatang. 603 00:36:52,840 --> 00:36:55,520 Ia satu cabaran dan ini cara saya menanganinya. 604 00:36:55,600 --> 00:36:57,280 Saya mahu berada di sini. 605 00:36:58,160 --> 00:36:59,680 Kalian, mari berkumpul. 606 00:37:03,200 --> 00:37:06,160 Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki 607 00:37:06,200 --> 00:37:08,960 dan salah satu daripadanya ialah hubungan utuh. 608 00:37:09,040 --> 00:37:11,920 Apabila kita mula kurang bersemangat, 609 00:37:12,760 --> 00:37:16,360 perlawanan akan berubah dan saya akan tunjukkan lebih lagi 610 00:37:16,440 --> 00:37:20,360 untuk membuktikan betapa pentingnya dan betapa kuatnya kita 611 00:37:20,440 --> 00:37:23,040 apabila kita dapat mengekalkan semangat tinggi 612 00:37:23,120 --> 00:37:27,440 dengan pemain sedia ada serta cara kita mahu bermain. 613 00:37:27,840 --> 00:37:30,320 Minggu ini, semangat lebih tinggi, 614 00:37:30,400 --> 00:37:33,080 komitmen lebih tinggi dan tingkatkan kualiti. 615 00:37:33,160 --> 00:37:35,160 Inilah masanya untuk buat lebih baik 616 00:37:35,200 --> 00:37:37,880 dan berwaspadalah kerana saya boleh buat perubahan. 617 00:37:37,960 --> 00:37:41,160 Jangan ingat kita akan sentiasa menggunakan pemain sama. 618 00:37:41,280 --> 00:37:44,400 Berusahalah dan cara terbaik bukan melalui kata-kata, 619 00:37:44,480 --> 00:37:47,080 tapi melalui aksi kita di padang minggu ini. 620 00:37:47,320 --> 00:37:48,160 Ayuh. 621 00:37:54,000 --> 00:37:56,440 Ketika pasukannya mula goyah dalam liga ini, 622 00:37:56,520 --> 00:37:57,800 Mikel mahukan kemenangan. 623 00:37:58,360 --> 00:38:01,640 Dia memerhati dengan teliti prestasi pemain semasa latihan 624 00:38:01,760 --> 00:38:05,560 untuk menentukan barisan pemain perlawanan menentang Everton. 625 00:38:06,600 --> 00:38:08,680 Dia nampak tenang buat masa ini. 626 00:38:09,360 --> 00:38:11,040 Dia agak rumit. 627 00:38:11,120 --> 00:38:13,600 Sediakah dia keluar atau bolehkah dia ulanginya? 628 00:38:18,640 --> 00:38:21,040 Saya tahu penyokong menyukai KT. 629 00:38:21,560 --> 00:38:25,800 Saya merasainya, tapi saya akan cuba mempertahankan posisi saya. 630 00:38:25,880 --> 00:38:28,000 Saya bukan melawan Kieran. 631 00:38:28,080 --> 00:38:31,320 Ini soal mendapat tempat bermain untuk Arsenal. 632 00:38:32,120 --> 00:38:35,000 Kieran, dalam dua fasa awal cubaan menjaring, 633 00:38:35,080 --> 00:38:37,600 apabila bola tiba contohnya pada Tommy 634 00:38:38,200 --> 00:38:40,400 kita buat larian tinggi dan mereka datang, 635 00:38:40,480 --> 00:38:42,400 sentiasa perhatikan bahagian dalam. 636 00:38:42,480 --> 00:38:46,200 Liverpool tandang, Newcastle kandang, Man U tandang, 637 00:38:46,320 --> 00:38:48,760 saya cuma pemain simpanan dan ini pertama kali 638 00:38:48,840 --> 00:38:50,520 berlaku pada saya. 639 00:38:51,280 --> 00:38:52,880 Sukar untuk menerimanya. 640 00:38:52,960 --> 00:38:57,000 Hakikatnya, kami berdua pun mahu bermain. Itu lumrah perlawanan ini. 641 00:39:02,080 --> 00:39:03,880 Sesi yang bagus. Syabas, semua. 642 00:39:07,200 --> 00:39:09,160 Tiada lebihan hari ini, semua masuk. 643 00:39:11,280 --> 00:39:15,360 Selepas latihan, Nuno berjumpa dengan Jurulatih Pembangunan Carlos Cuesta 644 00:39:15,440 --> 00:39:17,480 untuk membincangkan prestasinya. 645 00:39:18,160 --> 00:39:19,880 Saya cuma nak memahami sesuatu. 646 00:39:21,680 --> 00:39:23,800 Jika tak faham sesuatu, tolong beritahu. 647 00:39:23,880 --> 00:39:27,080 Saya nak tahu kenapa Nuno, ada kalanya awak di atas sini, 648 00:39:27,160 --> 00:39:29,520 ada kalanya awak di sini, dan ada kalanya hanya di sini. 649 00:39:30,560 --> 00:39:32,480 Saya faham, kita cuma manusia. 650 00:39:32,560 --> 00:39:36,520 Manusia ada hari-hari yang baik dan tak baik. 651 00:39:38,080 --> 00:39:39,560 Saya cuma mahu memahaminya. 652 00:39:40,080 --> 00:39:41,160 Saya tak tahu. 653 00:39:42,280 --> 00:39:46,880 Saya terkenangkan kesilapan saya kerana itu yang 654 00:39:47,400 --> 00:39:51,280 terpahat di minda saya, bukannya kejayaan saya di padang. 655 00:39:51,600 --> 00:39:56,640 Di fikiran saya hanya ada kesilapan saya semasa perlawanan. 656 00:39:57,920 --> 00:39:59,080 Apa maksud awak? 657 00:39:59,160 --> 00:40:00,640 Awak pasti akan buat kesilapan. 658 00:40:00,760 --> 00:40:02,800 Itu perkara biasa, tak perlu risau. 659 00:40:02,880 --> 00:40:05,760 Kita akan perbetulkan supaya tak diulangi lagi. 660 00:40:05,840 --> 00:40:07,880 Mungkin ada kesilapan lain pula. Itu normal. 661 00:40:07,960 --> 00:40:11,640 Awak memiliki segalanya. Awak ada kecerdasan untuk menjadi juara, 662 00:40:11,760 --> 00:40:13,600 dan saya mahu membantu awak. 663 00:40:13,640 --> 00:40:16,360 Nuno, di sini ada ramai orang yang akan membantu awak. 664 00:40:17,320 --> 00:40:21,800 Carlos, dia memahami para pemain kerana dia pun muda. 665 00:40:22,800 --> 00:40:26,080 Dia membantu saya memperbaiki diri. 666 00:40:31,200 --> 00:40:33,680 Setelah tewas dalam dua perlawanan tandang, 667 00:40:33,800 --> 00:40:36,560 mereka bersedia untuk berangkat ke utara lagi. 668 00:40:39,640 --> 00:40:40,560 Bunyi. 669 00:40:40,640 --> 00:40:43,800 Seterusnya ialah Everton, mereka sedang menghadapi kesukaran, 670 00:40:43,880 --> 00:40:46,000 apa pandangan awak tentang itu? 671 00:40:46,080 --> 00:40:48,040 Sebaik saja tewas beberapa perlawanan, 672 00:40:48,120 --> 00:40:51,440 semua orang akan menghadapi tekanan, di sana pun sama. 673 00:40:51,520 --> 00:40:54,680 Selepas permainan melawan United, Thierry Henry, Alan Shearer 674 00:40:55,040 --> 00:40:58,520 berbual tentang perlawanan itu dan menyuarakan kebimbangan 675 00:40:58,600 --> 00:41:01,160 bahawa hubungan awak dengan kapten awak tegang 676 00:41:01,200 --> 00:41:03,600 kerana dia dikeluarkan 15 minit sebelum tamat. 677 00:41:03,640 --> 00:41:07,280 -Adakah sebarang perselisihan? -Percayalah, langsung tiada. 678 00:41:07,360 --> 00:41:10,400 Kata mereka, agak memalukan dia dikeluarkan begitu. 679 00:41:10,480 --> 00:41:12,920 Agaknya Pierre-Emerick tak berasa begitu? 680 00:41:13,000 --> 00:41:16,640 Saya takkan menyifatkan tindakan mengubah pemain sebegitu, 681 00:41:16,680 --> 00:41:19,120 kerana jika tindakan itu memalukan, 682 00:41:19,160 --> 00:41:21,600 bayangkan perasaan semua pemain simpanan. 683 00:41:33,560 --> 00:41:34,520 "APABILA BERMAIN UNTUK EVERTON, LUPAKAN YANG LAIN, YANG LAIN TAK PENTING!" 684 00:41:36,040 --> 00:41:42,040 EVERTON LWN ARSENAL STADIUM GOODISON PARK - 6 DISEMBER 2021 685 00:41:44,120 --> 00:41:46,640 Tierney kembali ke tepi padang, baguslah. 686 00:41:46,760 --> 00:41:49,600 Saya suka Tavares, tapi jelas dia masih mentah. 687 00:41:51,560 --> 00:41:53,600 -Aubameyang di bangku! -Ya, dikeluarkan. 688 00:41:53,640 --> 00:41:55,200 Eloklah, rasanya. 689 00:41:55,320 --> 00:41:56,600 Ya, memang. 690 00:41:59,200 --> 00:42:02,640 Kieran Tierney antara perubahannya, menggantikan Nuno Tavares, 691 00:42:02,760 --> 00:42:06,360 Tierney, yang terlepas enam perlawanan Liga Perdana lalu. 692 00:42:06,800 --> 00:42:10,200 Arsenal, Arsenal, Arsenal! 693 00:42:13,080 --> 00:42:16,960 Kita mesti mendapatkan momentum yang diingini pada awal perlawanan. 694 00:42:17,040 --> 00:42:21,560 Bawa perlawanan ini ke depan. Sepertiga akhir dan kekal di situ. 695 00:42:21,800 --> 00:42:24,560 Di padang ini, kita perlu tunjukkan sesuatu. 696 00:42:24,640 --> 00:42:28,160 Pengalaman saya bersama kalian sejak tiga empat hari ini, 697 00:42:28,280 --> 00:42:30,360 kepaduan dan keserasian kalian, 698 00:42:30,440 --> 00:42:32,080 tunjukkannya di padang. 699 00:42:32,160 --> 00:42:35,160 Kekalkan keserasian, tenaga dan komitmen itu. 700 00:42:35,280 --> 00:42:36,920 Semua orang di sini, 701 00:42:37,000 --> 00:42:39,560 menjadi penting apabila mereka masuk, semuanya. 702 00:42:39,640 --> 00:42:42,000 Mulakan dengan gol yang terbaik. Ayuh! 703 00:42:47,880 --> 00:42:48,880 Ayuh. 704 00:42:48,960 --> 00:42:52,840 Perlawanan Isnin malam di Goodison Park, Everton melawan Arsenal. 705 00:42:57,160 --> 00:42:59,960 Doucouré mengambil bola, berpusing dan menendang, 706 00:43:00,040 --> 00:43:02,680 tetapi hilang imbangan, Everton terlepas peluang. 707 00:43:02,800 --> 00:43:04,880 Richarlison masuk ke kawasan penalti, 708 00:43:04,960 --> 00:43:07,760 Everton baru meningkatkan rentak mereka sedikit. 709 00:43:07,840 --> 00:43:09,920 Pertahanan tersungkur, Gordon menyepak, 710 00:43:10,000 --> 00:43:11,640 ditendang keluar Tomiyasu. 711 00:43:11,760 --> 00:43:15,640 Penyokong Everton gembira menyaksikan semua ini, ini lebih baik. 712 00:43:19,080 --> 00:43:21,120 Permainan yang bagus, Tierney mara. 713 00:43:21,800 --> 00:43:24,480 Bola yang cantik dan mereka berjaya! 714 00:43:25,200 --> 00:43:29,160 Martin Ødegaard, peluang pertama Gunners melalui gerakan yang baik. 715 00:43:29,280 --> 00:43:32,120 Tierney mengambil masa untuk bertapak semula 716 00:43:32,160 --> 00:43:35,320 pada titik yang sesuai dengan tendangan yang cantik. 717 00:43:35,400 --> 00:43:37,880 Arsenal kurang memuaskan separuh masa awal ini, 718 00:43:37,960 --> 00:43:40,320 gol itu di luar larian permainan mereka 719 00:43:40,400 --> 00:43:43,760 dan mereka perlu buat lebih baik di separuh masa akhir 720 00:43:43,840 --> 00:43:46,240 jika mahu kekal mendahului. 721 00:43:48,480 --> 00:43:50,840 Kita sendiri membikin masalah, tolonglah. 722 00:43:50,920 --> 00:43:53,840 Kita cuma bermain pertahanan, cuma pertahanan. 723 00:43:53,920 --> 00:43:56,400 Jadi, kenapa agaknya boleh jadi begini? 724 00:43:57,120 --> 00:43:59,200 Sebaik saja kita menyerang, ada gol. 725 00:43:59,280 --> 00:44:02,720 Perlukah saya bawa setiap seorang ke tepi padang 726 00:44:02,960 --> 00:44:04,160 untuk memberi kalian, 727 00:44:04,240 --> 00:44:05,480 untuk beri reaksi, 728 00:44:05,560 --> 00:44:09,080 dan meminta kalian tunjukkan keinginan bermain pada tahap ini? 729 00:44:09,560 --> 00:44:11,240 Perlukah saya buat begitu? 730 00:44:12,960 --> 00:44:15,880 Kalian sangat-sangat bernasib baik. 731 00:44:18,000 --> 00:44:19,440 Dengan bola tadi 732 00:44:19,520 --> 00:44:22,920 peluang ada di merata tempat, sedarkah kalian? 733 00:44:23,400 --> 00:44:26,160 Saya mahu melihat pasukan yang berubah sikapnya 734 00:44:26,240 --> 00:44:28,400 dan tiba masanya untuk merebut bola, 735 00:44:28,480 --> 00:44:31,200 ambil bola itu dan mainkan. Bukan mempertahan. 736 00:44:31,280 --> 00:44:33,640 Tekanan di blok tinggi, ambil bola dan serang 737 00:44:33,720 --> 00:44:35,400 dan cuba buat kali kedua. 738 00:44:36,040 --> 00:44:37,200 Main! 739 00:44:49,320 --> 00:44:51,720 Masa tinggal lagi sepuluh minit. 740 00:44:52,040 --> 00:44:54,760 Nampaknya Arsenal mungkin menang sipi-sipi. 741 00:44:54,960 --> 00:44:56,640 Malam penting bagi Arsenal, 742 00:44:56,720 --> 00:45:01,040 mereka mungkin perlu satu mata saja lagi untuk masuk ke Liga Juara-Juara. 743 00:45:01,640 --> 00:45:03,120 Terkena palang gol 744 00:45:03,200 --> 00:45:06,880 kemudian melantun kembali, masuk! Richarlison! 745 00:45:07,280 --> 00:45:10,440 Everton satu, Arsenal satu. Gamat suasana, 746 00:45:10,520 --> 00:45:12,760 Goodison Park riuh sepanjang malam ini. 747 00:45:12,840 --> 00:45:15,800 Demarai Gray meluru ke kawasan penalti Arsenal, 748 00:45:15,880 --> 00:45:19,760 terkena palang gol tadi, masuk ke belakang net! 749 00:45:19,840 --> 00:45:21,920 Gol kemenangan perlawanan ini. 750 00:45:22,280 --> 00:45:26,520 Tercicir satu-kosong tadi, kini mereka menang dua-satu! 751 00:45:26,600 --> 00:45:29,080 Wisel akhir telah berbunyi. 752 00:45:41,920 --> 00:45:43,800 Memalukan sungguh. 753 00:45:45,080 --> 00:45:48,080 Sepuluh minit lagi, baling masuk ke sepertiga belakang. 754 00:45:48,160 --> 00:45:50,040 Balinglah jauh, 755 00:45:50,880 --> 00:45:54,400 pertahankan permainan, lurus bendul sangat. 756 00:46:07,320 --> 00:46:10,960 Saya tak mahu menyesal dengan kata-kata saya nanti, 757 00:46:12,120 --> 00:46:13,960 jadi saya tak nak cakap banyak, 758 00:46:14,800 --> 00:46:17,360 tapi reaksi kita di sini dah terlambat. 759 00:46:17,920 --> 00:46:20,240 Di sini dah terlambat, sepatutnya di sana. 760 00:46:31,400 --> 00:46:34,160 SETERUSNYA 761 00:46:34,240 --> 00:46:36,640 Okey, saya perlu mengumumkan sesuatu. 762 00:46:38,240 --> 00:46:42,320 Ekoran isu disiplin yang melibatkan Auba, 763 00:46:43,520 --> 00:46:47,240 kami telah memutuskan bahawa dia bukan lagi kapten kita. 764 00:46:49,040 --> 00:46:51,520 Mikel Arteta didapati positif COVID-19 765 00:46:51,600 --> 00:46:54,240 dan akan terlepas perlawanan dengan Manchester City. 766 00:46:54,320 --> 00:46:57,000 Keluar ke sana dan menangi perlawanan ini! Ayuh! 767 00:46:57,520 --> 00:47:00,440 Saka menendang! Saka menjaringkan gol! 768 00:47:00,840 --> 00:47:02,200 Kad merah dilayangkan. 769 00:47:55,680 --> 00:47:58,360 TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMAIN, JURULATIH DAN STAF KELAB BOLA SEPAK ARSENAL 770 00:47:59,680 --> 00:48:01,680 Terjemahan sari kata oleh Faizah Asma' Mohamed Anuar 771 00:48:01,760 --> 00:48:03,760 Penyelia Kreatif Nur Atiqah Jalaludin