1 00:00:06,120 --> 00:00:09,360 Bagaimana awak menggambarkan jendela pemindahan Januari? 2 00:00:09,440 --> 00:00:11,520 Aduhai. Ya. 3 00:00:18,720 --> 00:00:20,360 Ini pejabat awak yang lagi satu? 4 00:00:20,400 --> 00:00:24,240 Ya. Jika perlu bekerja di rumah, inilah tempatnya. 5 00:00:25,920 --> 00:00:29,920 Kadangkala telefon saya, pukul 10.00, 11.00, tengah malam, 6 00:00:30,000 --> 00:00:33,120 Amerika, Brazil, di sini dan sebagainya, saya ditelefon 7 00:00:33,200 --> 00:00:35,200 dan saya terpaksa menjawabnya. 8 00:00:36,840 --> 00:00:40,520 Membincangkan sepuluh, 20, 50, 60, 70 juta paun, 9 00:00:41,120 --> 00:00:45,120 merunding perjanjian sebegitu satu tanggungjawab yang besar. 10 00:00:45,680 --> 00:00:46,680 Saya faham. 11 00:00:47,360 --> 00:00:50,240 Situasi tentang Aubameyang sentiasa bergolak. 12 00:00:50,320 --> 00:00:53,000 Aubameyang perlu disuruh pergi 13 00:00:53,080 --> 00:00:56,040 untuk mengurangkan belanja dan menjauhkannya dari kelab. 14 00:00:56,120 --> 00:00:59,800 Situasi dengan Aubameyang di luar rancangan kami. 15 00:00:59,880 --> 00:01:02,000 Musim ini, mungkin ada hal berlaku. 16 00:01:02,080 --> 00:01:04,840 Tak pasti sama ada para penyokong memahaminya. 17 00:01:04,920 --> 00:01:05,720 STADIUM EMIRATES 18 00:01:05,840 --> 00:01:07,400 -Helo, kawan. -Apa khabar? 19 00:01:07,440 --> 00:01:08,400 Edu! Maaf. 20 00:01:09,400 --> 00:01:11,800 -Boleh bergambar? -Ya. Apa khabar? 21 00:01:11,880 --> 00:01:14,200 -Boleh bergambar? -Bagaimana dengan Auba? 22 00:01:14,280 --> 00:01:15,360 Tandatangan sikit. 23 00:01:15,440 --> 00:01:16,840 -Boleh? -Jaga diri. 24 00:01:16,920 --> 00:01:18,120 SELAMAT DATANG KE STADIUM EMIRATES 25 00:01:18,200 --> 00:01:19,880 Memang begitu setiap perlawanan? 26 00:01:20,800 --> 00:01:23,840 Ya, sikit-sikit. Tapi saya suka. 27 00:01:25,280 --> 00:01:28,120 Berkenaan Aubameyang, kami perlu berhati-hati 28 00:01:28,200 --> 00:01:31,640 kerana kemungkinan untuk tersilap langkah agak besar. 29 00:01:43,640 --> 00:01:46,960 Awak suka kerja awak. Itulah keghairahan namanya. 30 00:01:47,920 --> 00:01:50,760 Kita harus yakin. Kita harus bertenaga. 31 00:01:51,920 --> 00:01:54,120 Tunjukkan kepada mereka semangat awak. 32 00:01:54,520 --> 00:01:55,480 Ayuh lakukannya. 33 00:01:56,160 --> 00:01:58,520 SEGALANYA ATAU TIADA: ARSENAL 34 00:01:58,600 --> 00:02:01,360 DIKISAHKAN OLEH DANIEL KALUUYA 35 00:02:03,000 --> 00:02:04,400 JANUARI 2022 36 00:02:04,480 --> 00:02:05,640 PUSAT LATIHAN ARSENAL 37 00:02:05,720 --> 00:02:09,920 Jendela pemindahan Januari dah dibuka. Desas-desus kembali rancak. 38 00:02:10,600 --> 00:02:14,800 Teka-tekinya sekarang adalah nasib Pierre-Emerick Aubameyang. 39 00:02:15,560 --> 00:02:17,160 Kita ada masalah sekarang 40 00:02:17,280 --> 00:02:22,880 iaitu ada seorang pemain yang berasa jauh dari pasukannya, 41 00:02:23,000 --> 00:02:24,880 -tak berpeluang untuk bertanding. -Ya. 42 00:02:25,600 --> 00:02:26,800 Saya tak suka. 43 00:02:28,160 --> 00:02:31,960 Kita tak banyak masa kerana kita patut bermain Ahad ini, 44 00:02:32,040 --> 00:02:34,440 -kita perlu menyelesaikannya. -Saya sedia. 45 00:02:35,720 --> 00:02:38,080 Rancangan Arsenal semasa jendela pemindahan 46 00:02:38,160 --> 00:02:41,240 kini tertumpu kepada masa depan seorang pemain. 47 00:02:42,680 --> 00:02:46,080 Kita perlu bincang dengan Aubameyang dan Mikel. 48 00:02:46,920 --> 00:02:50,160 Dia perlu kembali membantu sehingga musim ini berakhir. 49 00:02:50,240 --> 00:02:52,240 Kita perlu diintegrasikan semula. 50 00:02:52,320 --> 00:02:56,000 Kita perlu bercakap dengan Mikel. Perlu ada perbincangan. 51 00:02:56,080 --> 00:03:00,880 Ya, bukan mudah, tapi kita perlu buat sesuatu. 52 00:03:00,960 --> 00:03:02,640 Bola sepak sukar diduga. 53 00:03:02,720 --> 00:03:05,840 Tapi sedarlah, di bawah sana, hubungan mereka dah putus. 54 00:03:05,920 --> 00:03:07,080 Okey. Saya tahu. 55 00:03:07,680 --> 00:03:10,760 Kami menjangkakan jendela pemindahan ini tak sibuk. 56 00:03:10,840 --> 00:03:14,040 Melihat jumlah yang telah dilaburkan semasa musim panas 57 00:03:14,160 --> 00:03:17,160 serta para pemain yang dibawa masuk, kami berpuas hati. 58 00:03:17,560 --> 00:03:20,600 Memanglah kita ada hal Auba itu, 59 00:03:20,680 --> 00:03:22,920 tapi ini satu cabaran. 60 00:03:25,320 --> 00:03:28,720 Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan 92 gol untuk Arsenal. 61 00:03:29,400 --> 00:03:31,200 Hebat sekali. 62 00:03:33,000 --> 00:03:35,080 Dia tak bermain sejak bulan Disember 63 00:03:35,160 --> 00:03:39,360 setelah dilucutkan jawatan kapten dan disisih daripada latihan pasukan 64 00:03:39,440 --> 00:03:41,200 disebabkan salah laku disiplin. 65 00:03:42,840 --> 00:03:45,680 Peraturan dan disiplin mendatangkan kejelasan, 66 00:03:45,760 --> 00:03:48,840 kerana akhirnya, kepercayaan tak boleh diukur. 67 00:03:48,920 --> 00:03:52,040 Apabila merenung mata seseorang pemain 68 00:03:52,720 --> 00:03:55,040 dan merasai kepercayaan itu dah hilang, 69 00:03:55,120 --> 00:03:59,000 susah untuk kembali seperti sediakala daripada titik itu. 70 00:04:06,200 --> 00:04:09,320 Mikel Arteta tak mahu situasi Aubameyang 71 00:04:09,400 --> 00:04:12,360 mengganggu perhatian para pemainnya yang lain. 72 00:04:14,920 --> 00:04:18,240 Mikel kembali ke Colney setelah seminggu bercuti akibat COVID 73 00:04:18,360 --> 00:04:23,040 untuk mempersiapkan skuadnya untuk beberapa perlawanan penting Januari ini. 74 00:04:25,800 --> 00:04:29,920 Sepuluh hari akan datang, ada empat perlawanan dan tiga pertandingan 75 00:04:30,000 --> 00:04:33,520 yang akan menentukan kesudahan musim ini. 76 00:04:33,600 --> 00:04:35,920 Saya ada banyak masa untuk menonton. 77 00:04:36,040 --> 00:04:38,160 Saya menonton 21 sesi latihan. 78 00:04:38,240 --> 00:04:41,520 Ada beberapa pemain yang berlatih dengan sangat baik. 79 00:04:42,480 --> 00:04:45,800 Ramai pemain yang berlatih dengan baik 80 00:04:46,680 --> 00:04:50,680 dan ada sekumpulan pemain yang datang sekadar menunjuk muka. 81 00:04:54,240 --> 00:04:56,240 Sesi latihan hari Ahad, 82 00:04:56,360 --> 00:05:01,600 kalau saya ada di sini, empat pemain akan disuruh keluar daripada latihan. 83 00:05:02,160 --> 00:05:06,480 Empat. Empat pemain, selepas 15 minit, keluar. 84 00:05:07,320 --> 00:05:10,520 Kita bukan berlatih di taman, kita bukan di tadika 85 00:05:10,600 --> 00:05:12,800 dan kita di sini bukan untuk membuang masa. 86 00:05:12,880 --> 00:05:17,760 Terlalu ramai pemain bergelak ketawa, satu perkara lagi ialah merungut. 87 00:05:18,520 --> 00:05:22,760 Ada penghantaran tak elok, merungut. Penghantaran saya tak elok, salah dia. 88 00:05:22,800 --> 00:05:26,680 Kita semua perlu meningkatkan tahap kita. 89 00:05:26,760 --> 00:05:30,120 Setiap seorang kerana sekarang sama ada masuk atau keluar. 90 00:05:30,200 --> 00:05:32,760 Setiap hari semasa latihan, setiap bola. 91 00:05:33,840 --> 00:05:34,920 Ayuh. 92 00:05:38,840 --> 00:05:40,120 Ayuh! 93 00:05:41,640 --> 00:05:43,240 Keluarnya Auba daripada skuad, 94 00:05:43,320 --> 00:05:47,200 peluang terbuka untuk penyerang berusia 22 tahun, Eddie Nketiah. 95 00:05:47,760 --> 00:05:50,200 Eddie, awak pun terlibat. Mari, Eddie. 96 00:05:51,320 --> 00:05:55,160 Beliau penjaring gol tertinggi England di peringkat bawah 21 tahun. 97 00:05:57,240 --> 00:06:01,720 Untuk Arsenal, Eddie hanya menjaringkan lima gol pada musim ini. 98 00:06:01,800 --> 00:06:04,400 Saya banyak menjaringkan gol untuk pasukan remaja. 99 00:06:04,480 --> 00:06:08,800 Saya menjadi lebih yakin kerana saya tahu saya boleh jika ada peluang. 100 00:06:08,880 --> 00:06:10,120 Bagus, Eddie! 101 00:06:10,880 --> 00:06:13,080 Ini kelab besar dengan pemain hebat. 102 00:06:13,160 --> 00:06:16,320 Ramai saingan di kawasan depan. 103 00:06:16,400 --> 00:06:18,680 Sebagai pemain, kita harus yakin bahawa 104 00:06:18,760 --> 00:06:22,080 kita cukup bagus untuk melaksanakannya jika diberi peluang. 105 00:06:23,000 --> 00:06:25,920 Eddie berjaya memasuki barisan pemain utama minggu ini 106 00:06:26,000 --> 00:06:28,480 seraya Arsenal memulakan cabaran Piala FA. 107 00:06:29,760 --> 00:06:30,920 Para pemain Arsenal, 108 00:06:31,000 --> 00:06:34,640 kali ketiga memenangi piala yang menjadi rebutan ini dalam 14 musim. 109 00:06:35,160 --> 00:06:38,400 Mereka memegang rekod kejohanan dengan 14 kali sebagai juara. 110 00:06:41,760 --> 00:06:42,760 Yang terakhir. 111 00:06:48,000 --> 00:06:51,560 NOTTINGHAM FOREST LWN ARSENAL STADIUM CITY GROUND - 9 JANUARI 2022 112 00:06:51,640 --> 00:06:54,920 Ayuh, semua. Ayuh! 113 00:06:58,080 --> 00:07:00,080 JUARA EROPAH 1979 SELAMAT DATANG KE CITY GROUND 114 00:07:01,160 --> 00:07:04,320 Kita mesti mengejar Piala FA. Itu piala kita. Menang 14 kali. 115 00:07:04,400 --> 00:07:05,520 Kita mesti cuba lagi. 116 00:07:06,000 --> 00:07:09,800 Malam ini, Arsenal melawan Nottingham Forest daripada Kejohanan, 117 00:07:10,320 --> 00:07:11,920 liga di bawah mereka. 118 00:07:12,000 --> 00:07:14,600 Mikel memberi peluang kepada tujuh pemain 119 00:07:14,680 --> 00:07:16,360 yang biasanya bukan pemain utama. 120 00:07:17,840 --> 00:07:22,600 Bukan tugasan mudah di depan 20,000 penyokong tuan rumah yang riuh. 121 00:07:25,960 --> 00:07:28,200 Okey, berkumpul. Mari berkumpul. 122 00:07:28,280 --> 00:07:30,240 Kita memulakan kejohanan baharu, 123 00:07:30,320 --> 00:07:34,280 kejohanan yang sebati dengan sejarah dan DNA kelab kita. 124 00:07:35,000 --> 00:07:38,200 Daripada minit pertama lagi, saya mahu kalian menyerang. 125 00:07:38,280 --> 00:07:41,720 Saya mahu pasukan saya datang ke sini dan menguasai mereka. 126 00:07:41,800 --> 00:07:46,160 Gunakan fizikal awak, niat awak, serta kebolehan awak untuk menang. 127 00:07:46,240 --> 00:07:47,240 Semoga berjaya. 128 00:07:47,320 --> 00:07:48,480 Ayuh! 129 00:07:53,000 --> 00:07:57,360 Ini ujian berat untuk Arsenal. Mereka perlu benar-benar cemerlang. 130 00:07:57,440 --> 00:08:00,800 Tuan rumah kepada Nottingham Forest memulakan perlawanan, 131 00:08:00,880 --> 00:08:02,560 Pusingan Ketiga Piala FA. 132 00:08:05,280 --> 00:08:08,080 Arsenal akan cuba untuk terus mencari kelebihan. 133 00:08:09,000 --> 00:08:11,760 Peluang terbuka, tendangan dibuat, tapi tersasar. 134 00:08:15,720 --> 00:08:19,040 Bola yang kurang kemas oleh Tavares. 135 00:08:19,120 --> 00:08:21,920 Entah apa di fikiran Tavares pada masa itu. 136 00:08:22,520 --> 00:08:24,720 Nketiah cuba membuat jaringan. 137 00:08:24,800 --> 00:08:27,760 Akhirnya jauh dari sasaran. 138 00:08:27,840 --> 00:08:30,760 Arsenal pasti mahu lebih penglibatan daripadanya. 139 00:08:32,000 --> 00:08:35,040 Selepas tiga puluh minit, Mikel membuat pertukaran. 140 00:08:35,760 --> 00:08:38,160 Nuno Tavares orangnya. 141 00:08:38,240 --> 00:08:41,400 Pasti tak puas hati jika menukar pemain separuh masa pertama. 142 00:08:41,480 --> 00:08:44,480 Ya. Sebenarnya, memang betul tindakannya. 143 00:08:45,880 --> 00:08:48,240 Dia sememangnya tak berpuas hati. 144 00:08:50,200 --> 00:08:51,880 Kelajuan Johnson cukup baik. 145 00:08:52,000 --> 00:08:55,760 Arsenal dalam bahaya. Boleh masuk semula. Diselamatkan oleh Leno. 146 00:08:55,880 --> 00:08:58,320 Arsenal goyah di minit-minit terakhir. 147 00:08:58,400 --> 00:09:00,400 Mikel Arteta pasti tak gembira. 148 00:09:01,240 --> 00:09:02,640 Selepas sejam bermain, 149 00:09:02,760 --> 00:09:05,360 Arsenal belum dapat mengenai sasaran. 150 00:09:07,280 --> 00:09:09,840 Bola masuk! Alamak. 151 00:09:10,720 --> 00:09:14,400 Nketiah terlepas peluang. 152 00:09:18,160 --> 00:09:19,280 Gol awal masuk! 153 00:09:22,640 --> 00:09:23,880 Oleh Lewis Grabban. 154 00:09:24,000 --> 00:09:29,400 Menyelinap melepasi pertahanan Arsenal dan memasukkannya dari jarak dekat. 155 00:09:29,520 --> 00:09:31,360 Penyokong Forest menyerbu padang. 156 00:09:35,520 --> 00:09:38,720 Arsenal begitu cuai, melepaskan bola dengan mudah. 157 00:09:38,760 --> 00:09:40,880 Mudah saja, terlalu lambat. 158 00:09:47,200 --> 00:09:49,120 Arsenal cukup mengecewakan. 159 00:09:50,360 --> 00:09:52,120 Wisel terakhir berbunyi. 160 00:09:53,400 --> 00:09:55,600 Kemenangan besar Nottingham Forest. 161 00:09:55,640 --> 00:09:58,480 Arsenal ditendang keluar daripada Piala FA. 162 00:10:08,160 --> 00:10:09,520 Celaka sungguh. 163 00:10:22,320 --> 00:10:24,320 Saya boleh menerima kekalahan. 164 00:10:24,400 --> 00:10:28,640 Cuma saya tak boleh terima tahap sebegini. 165 00:10:28,760 --> 00:10:31,000 Saya tak boleh terima tahap sebegini. 166 00:10:31,080 --> 00:10:34,640 Sikit pun tak boleh. Sikit pun! 167 00:10:35,880 --> 00:10:38,760 Saya tahu sikap kalian, sikap itu tak memadai. 168 00:10:38,880 --> 00:10:42,520 Keberanian untuk berlari tak cukup, kita perlukan lebih lagi. 169 00:10:42,600 --> 00:10:44,280 Ini langsung tak cukup. 170 00:10:44,360 --> 00:10:46,720 -Kalian setuju? -Ya. 171 00:10:46,760 --> 00:10:50,080 Ya? Jadi buatlah betul-betul. Cabarlah diri sendiri. 172 00:10:50,160 --> 00:10:52,440 Itu yang saya katakan semasa latihan. 173 00:10:52,520 --> 00:10:54,760 Kerana saya nampak semasa latihan, 174 00:10:54,880 --> 00:10:57,520 tak mengapa jika kita terlepas bola. 175 00:10:57,880 --> 00:11:01,200 Tak mengapa, saya boleh kejar bola seterusnya. 176 00:11:01,280 --> 00:11:03,680 Tidak! Dalam perlawanan, akibatnya gol! 177 00:11:05,480 --> 00:11:07,800 Apabila tewas bertarung, saya marah. 178 00:11:07,880 --> 00:11:10,560 Apabila tewas perlawanan kecil, saya marah. 179 00:11:11,440 --> 00:11:13,280 Kerana itu standard kita! 180 00:11:13,360 --> 00:11:15,600 Kerana kalian datang ke sini dan tewas. 181 00:11:17,440 --> 00:11:20,160 Langsung tak cukup. Teruk sungguh. 182 00:11:20,240 --> 00:11:21,560 Memang teruk! 183 00:11:24,240 --> 00:11:26,840 Kalau ini cara kita melawan Liverpool, matilah. 184 00:11:44,560 --> 00:11:46,040 Ibu saya tiada hari ini. 185 00:11:46,120 --> 00:11:47,680 -Yakah? -Saya tiada makanan. 186 00:11:47,760 --> 00:11:50,600 -Di mana jurumasak awak? -Dia pergi bercuti. 187 00:11:50,680 --> 00:11:53,120 -Berapa lama dia bercuti? -Sampai esok. 188 00:11:53,200 --> 00:11:55,200 -Okey. -Awak makan apa malam ini? 189 00:11:55,280 --> 00:11:56,520 Mungkin Nandos. 190 00:11:57,040 --> 00:11:58,040 Itu dia. 191 00:11:58,120 --> 00:12:03,840 Untuk dia mungkin dua roti gulung ayam, kentang goreng Peri dengan dua perinaise. 192 00:12:05,000 --> 00:12:06,640 Nak saya tandatangan untuk Auba? 193 00:12:10,880 --> 00:12:14,160 Auba berada 8,000 kilometer dari situ mewakili Gabon 194 00:12:14,960 --> 00:12:16,760 di Piala Negara-Negara Afrika. 195 00:12:19,320 --> 00:12:23,720 Di rumah, Arsenal terkeluar dari Piala FA tanpa sebarang gol. 196 00:12:25,000 --> 00:12:28,400 Ketiadaan bintang penyerang memberi tekanan kepada Mikel 197 00:12:28,480 --> 00:12:30,360 pada titik penting musim ini. 198 00:12:30,440 --> 00:12:34,520 Hubungan antara Mikel Arteta dan Aubameyang amat retak. 199 00:12:34,600 --> 00:12:37,640 Bolehkah diperbaiki, patutkah ia diperbaiki? 200 00:12:37,960 --> 00:12:40,480 Jika masa depan Aubameyang di kelab ini cerah, 201 00:12:40,560 --> 00:12:42,160 dia patutnya dah lama kembali. 202 00:12:42,240 --> 00:12:44,360 Entah apa rancangannya bagi Aubameyang, 203 00:12:44,440 --> 00:12:46,960 kerana jika masalahnya sedalam yang dijangka, 204 00:12:47,040 --> 00:12:49,160 nampaknya tiada pilihan lain. 205 00:12:49,240 --> 00:12:50,960 Mikel bertemu dengan Tim Lewis, 206 00:12:51,040 --> 00:12:54,320 antara empat pengarah Arsenal untuk membincangkan Aubameyang. 207 00:12:56,640 --> 00:13:00,440 Dia membuat kesilapan dan awak bertindak dengan setimpal, 208 00:13:00,960 --> 00:13:03,200 dan kedudukan awak cukup jelas. 209 00:13:03,680 --> 00:13:09,520 Banyak bergantung kepada cara kita mengeluarkan Auba, jika boleh. 210 00:13:11,360 --> 00:13:15,640 Dengan Mikel bukan setakat berurusniaga, ini satu hubungan. 211 00:13:16,600 --> 00:13:17,600 Dia pengurusnya. 212 00:13:17,680 --> 00:13:19,040 TIM LEWIS PENGARAH BUKAN EKSEKUTIF 213 00:13:19,760 --> 00:13:23,480 Untuk hal seperti Aubameyang, tugas saya adalah menyokongnya, 214 00:13:24,000 --> 00:13:29,000 mencabarnya, membantunya apabila dia meminta bantuan untuk bertindak. 215 00:13:29,760 --> 00:13:33,160 Saya tak menasihatinya tentang hal bola sepak. Karutlah. 216 00:13:33,520 --> 00:13:35,800 Tiada jawapan betul yang mudah di sini. 217 00:13:35,880 --> 00:13:39,640 Jika berlarutan hingga akhir Januari, semua kelebihan di tangannya. 218 00:13:41,280 --> 00:13:43,120 Saya tahu dia ada banyak tekanan 219 00:13:43,200 --> 00:13:46,160 kerana dia yang berada di mata awam, 220 00:13:46,240 --> 00:13:48,440 menjawab soalan yang ditujukan kepada kami, 221 00:13:48,520 --> 00:13:51,360 tapi ada pasukan yang menyokongnya dari belakang. 222 00:13:54,920 --> 00:13:57,360 Berlalunya hari-hari jendela pemindahan Januari, 223 00:13:57,440 --> 00:14:01,840 masa makin suntuk bagi pihak kelab untuk menentukan masa depan Aubameyang. 224 00:14:01,920 --> 00:14:04,520 Kita perlu tengok semula projek ini, rancangan... 225 00:14:04,600 --> 00:14:07,360 -Ya. -Kita hanya boleh buat perkara tertentu. 226 00:14:10,680 --> 00:14:12,600 -Ada apa-apa perlu dibincangkan? -Ya. 227 00:14:12,680 --> 00:14:13,840 -Atau semuanya? -Ya. 228 00:14:15,080 --> 00:14:16,600 Edu, dalam perbualan semalam, 229 00:14:16,680 --> 00:14:19,680 rasanya awak merumuskan kedudukan kita dengan baik. 230 00:14:19,760 --> 00:14:22,360 -Ya, saya bercakap dengan Rich. -Ya. 231 00:14:23,240 --> 00:14:26,480 Semua rugi, bukan? Semua rugi. 232 00:14:27,040 --> 00:14:31,240 Saya tak rasa ada pasaran untuknya, 233 00:14:31,320 --> 00:14:34,120 sesuatu akan berlaku yang akan mengubah keadaan. 234 00:14:34,200 --> 00:14:37,880 Kita perlu mencari jalan penyelesaian, 235 00:14:37,960 --> 00:14:40,920 kerana masalah ini takkan hilang. 236 00:14:43,640 --> 00:14:46,880 Mikel perlu banyak mengasah dan menguruskan pasukannya, 237 00:14:46,960 --> 00:14:49,040 dan dia patut tertumpu pada itu. 238 00:14:49,120 --> 00:14:52,440 Hal Aubameyang ini memerlukan gabungan tenaga semua orang. 239 00:14:53,920 --> 00:14:59,400 Kita sebagai pihak kelab perlu membincangkan tindakan yang terbaik. 240 00:14:59,880 --> 00:15:04,000 Ini bukan setakat situasi Auba dan Mikel, ini perkara lebih besar. 241 00:15:04,680 --> 00:15:08,560 Kami perlu fokus kepada perlawanan seterusnya dan kitaran ini berulang, 242 00:15:08,640 --> 00:15:10,440 dan apabila mereka mendesak... 243 00:15:11,320 --> 00:15:13,840 Kami tahu reaksi pihak media, 244 00:15:13,920 --> 00:15:17,880 reaksi orang ramai, cara berita ini akan dipaparkan. 245 00:15:19,320 --> 00:15:23,320 Aubameyang bermain di Piala Negara-Negara Afrika. Dia sibuk berpesta. 246 00:15:23,400 --> 00:15:27,920 Awak rasa wajar tindakan awak terhadap Aubameyang 247 00:15:28,000 --> 00:15:30,560 disebabkan kelakuannya yang agak bermasalah? 248 00:15:30,640 --> 00:15:33,640 Keputusan yang saya buat tentulah 249 00:15:33,720 --> 00:15:37,560 sentiasa demi kebaikan kelab ini 250 00:15:37,640 --> 00:15:40,160 dan kerana ingin buat perkara yang betul. 251 00:15:40,240 --> 00:15:43,440 Setakat ini para pemain kami penuh komited. 252 00:15:43,520 --> 00:15:44,840 Terima kasih, semua. 253 00:15:46,600 --> 00:15:50,120 Saya bertekad semasa bersetuju menjadi pengurus, bahawa 254 00:15:50,200 --> 00:15:52,720 saya akan membuka hati terhadap semua pemain, 255 00:15:53,160 --> 00:15:55,360 bermakna kita perlu menerima hakikat 256 00:15:55,440 --> 00:15:58,680 bahawa kita membuka hati, kita mungkin akan terluka. 257 00:16:04,400 --> 00:16:08,200 Pemain yang tahu perasaan bergelumang dalam kontroversi 258 00:16:08,280 --> 00:16:09,360 ialah Granit Xhaka. 259 00:16:11,400 --> 00:16:13,040 Pasukan kami sangat muda. 260 00:16:13,280 --> 00:16:14,120 GRANIT XHAKA PEMAIN TENGAH 261 00:16:14,200 --> 00:16:16,480 Tugas kami adalah menasihati mereka 262 00:16:16,560 --> 00:16:20,600 dan memberitahu tugas ini tak mudah kerana memerlukan banyak usaha. 263 00:16:20,880 --> 00:16:25,480 Saya antara pemain tertua dan umur saya baru 28 tahun. 264 00:16:28,320 --> 00:16:31,600 Orang ingat saya sangat agresif disebabkan cara permainan saya. 265 00:16:32,240 --> 00:16:34,920 Kami dilihat beraksi 90 minit atas padang, 266 00:16:35,000 --> 00:16:40,400 yang kelihatan hanya satu sisi sifat seseorang. 267 00:16:43,760 --> 00:16:47,280 Granit menerima empat kad merah sepanjang bersama Arsenal. 268 00:16:47,360 --> 00:16:48,840 Sejak menyertai kelab ini, 269 00:16:48,920 --> 00:16:52,080 tiada pemain Liga Premier lain yang lebih kerap dibuang padang. 270 00:16:52,160 --> 00:16:54,320 Kad merah untuk Granit Xhaka. 271 00:16:54,400 --> 00:16:56,920 Bukan pertama kali beliau buat begitu. 272 00:16:57,000 --> 00:17:00,720 Beliau kapten kelab ini dua musim yang lalu, tapi tak disukai peminat. 273 00:17:00,800 --> 00:17:03,920 Sekarang, ada penyokong Arsenal yang bertepuk tangan 274 00:17:04,000 --> 00:17:08,200 sambil Granit Xhaka dibuang padang dan reaksinya langsung tak baik. 275 00:17:08,280 --> 00:17:11,040 Seperti Aubameyang, dia dilucutkan jawatan. 276 00:17:11,480 --> 00:17:12,440 Xhaka, biarkan. 277 00:17:12,520 --> 00:17:15,240 Kawan, ada kalanya awak hebat ada kalanya awak... 278 00:17:15,320 --> 00:17:18,200 Diam. Okey. 279 00:17:19,400 --> 00:17:22,720 Ada orang yang suka kita dan ada yang tak suka kita. 280 00:17:22,800 --> 00:17:27,080 Mereka mengkritik kita, mereka menulis kata-kata yang menyakitkan hati. 281 00:17:27,200 --> 00:17:30,080 Orang ingat bola sepak ini demi kereta, rumah, 282 00:17:30,160 --> 00:17:33,520 demi duit dan sebagainya, tapi tak seorang pun antara kami 283 00:17:33,560 --> 00:17:37,200 semasa kecil mula bermain bola sepak kerana mengejar duit. 284 00:17:37,280 --> 00:17:39,760 Kita bermain bola kerana menyukainya. 285 00:17:39,800 --> 00:17:42,800 Orang juga lupa kami juga insan biasa. 286 00:17:42,920 --> 00:17:45,760 Bahagian ini, keluarga ini perlu bersatu hati, 287 00:17:45,800 --> 00:17:49,960 dan kita hanya boleh mengharungi cabaran apabila bersatu hati. 288 00:17:51,440 --> 00:17:53,800 LIVERPOOL LWN ARSENAL STADIUM ANFIELD - 13 JANUARI 2022 289 00:17:53,880 --> 00:17:56,240 Siapa yang akan ke Wembley menentang Chelsea 290 00:17:56,320 --> 00:17:58,640 di perlawanan akhir Februari nanti? 291 00:17:59,760 --> 00:18:01,280 Liverpool pasukan kuat. 292 00:18:01,320 --> 00:18:05,280 Untuk berasa seolah-olah kita semakin baik, mereka perlu ditewaskan. 293 00:18:08,200 --> 00:18:12,480 Malam ini, Arsenal bermain dalam separuh akhir pertandingan kedua, 294 00:18:13,080 --> 00:18:14,560 Piala EFL... 295 00:18:14,680 --> 00:18:17,880 Inilah peluang terakhir mereka untuk memenangi piala musim ini. 296 00:18:18,400 --> 00:18:19,800 Mereka melawan Liverpool. 297 00:18:19,920 --> 00:18:23,000 Dalam pertemuan sebelum ini, Arsenal tewas empat-kosong. 298 00:18:23,080 --> 00:18:25,160 Perlawanan malam ini amat penting. 299 00:18:25,240 --> 00:18:29,320 Prestasi Liverpool sangat baik dan ini cabaran besar bagi Arsenal. 300 00:18:29,800 --> 00:18:33,440 Bagi Mikel, dengan desas-desus masih berlegar tentang Auba 301 00:18:33,520 --> 00:18:36,400 kemenangan pasti membantu mendiamkan pengkritik. 302 00:18:36,880 --> 00:18:39,800 Granit dan Eddie memulakan perlawanan untuk Arsenal. 303 00:18:41,280 --> 00:18:43,320 -Ayuh semua. -Ayuh, mari. 304 00:18:43,400 --> 00:18:48,160 Salurkan tenaga sekarang, bukan kemudian dan sedia. 305 00:18:51,920 --> 00:18:52,880 Berdiri. 306 00:18:56,920 --> 00:18:59,000 Kalian, kita mesti lawan. 307 00:18:59,560 --> 00:19:02,200 Saya mahu memenuhi pasukan ini dengan emosi. 308 00:19:02,280 --> 00:19:05,080 Saya mahu merenung mata awak dan nampak suatu sikap 309 00:19:05,160 --> 00:19:06,760 semangat dan keyakinan. 310 00:19:06,800 --> 00:19:10,040 Saya mahu nampak keberanian semasa mempertahan, 311 00:19:10,080 --> 00:19:13,200 dan semasa bermain, ketenangan dan kualiti. 312 00:19:13,280 --> 00:19:16,280 Melawan mereka, kalian tahu taktiknya, kejar si pelari, 313 00:19:16,320 --> 00:19:19,680 sekat tendangan dan bertahan, kita ada penjaga gol kita. 314 00:19:19,760 --> 00:19:21,200 Ayuh. 315 00:19:22,440 --> 00:19:23,440 Ayuh! 316 00:19:32,880 --> 00:19:34,720 Arsenal memulakan perlawanan. 317 00:19:38,480 --> 00:19:40,720 Aduhai, Ramsdale berjaya menangkapnya, 318 00:19:40,800 --> 00:19:44,160 tapi penjaga gol Arsenal ini hampir dilanda masalah. 319 00:19:45,440 --> 00:19:47,920 Liverpool menguasai perlawanan dari awal. 320 00:19:48,000 --> 00:19:49,400 Itu oleh Minamino. 321 00:19:50,880 --> 00:19:53,720 Liverpool sememangnya rancak menyerang Arsenal. 322 00:19:54,320 --> 00:19:56,720 Liverpool lantas kembali. Robertson. 323 00:20:04,760 --> 00:20:06,520 Kad merah dilayangkan. 324 00:20:07,800 --> 00:20:11,280 Terus mencapai ke poket belakang untuk membuang Granit Xhaka. 325 00:20:12,080 --> 00:20:13,920 Xhaka sekali lagi terkena merah, 326 00:20:14,000 --> 00:20:16,800 kali kelima dalam kerjayanya bersama Arsenal. 327 00:20:16,880 --> 00:20:19,800 Arsenal tinggal sepuluh pemain. 328 00:20:28,560 --> 00:20:29,640 Celaka. 329 00:20:43,800 --> 00:20:46,960 Mikel terpaksa menukar pemain pertahanan. 330 00:20:48,720 --> 00:20:52,000 Perlawanan berakhir bagi Eddie Nketiah, Rob Holding masuk. 331 00:20:52,080 --> 00:20:55,200 Arsenal perlu bertahan habis-habisan. 332 00:20:55,720 --> 00:20:58,320 Inilah ujian sebenar perwatakan mereka. 333 00:21:03,760 --> 00:21:07,520 Minamino. Arsenal berdiri teguh. 334 00:21:08,040 --> 00:21:12,080 Detik-detik akhir separuh masa pertama, mampukah Arsenal bertahan? 335 00:21:19,400 --> 00:21:22,640 Jangan mengalah, terus berlawan. Ayuh. 336 00:21:23,560 --> 00:21:24,560 Okey, dengar sini. 337 00:21:24,680 --> 00:21:27,880 Jika kita berdisiplin dan kita bertahan secara aktif, 338 00:21:27,960 --> 00:21:29,160 kita boleh berjaya. 339 00:21:29,240 --> 00:21:33,160 Disiplin, bermainlah bermati-matian sepertimana yang diperlukan, 340 00:21:33,240 --> 00:21:36,320 yang langsung tak sama dengan kemahuan kita 341 00:21:36,400 --> 00:21:37,560 dan yang telah dilatih, 342 00:21:37,640 --> 00:21:39,920 tapi ini yang diperlukan untuk permainan ini. 343 00:21:40,000 --> 00:21:43,680 Kita tiada jalan lain dan kita perlu selamat hari ini. Okey? 344 00:21:46,440 --> 00:21:47,440 Bersatu hati. 345 00:21:59,440 --> 00:22:02,160 Bolehkah Arsenal bertahan selama 45 minit? 346 00:22:02,760 --> 00:22:06,120 Tendangan dari jauh, yang hampir menjerat Ramsdale. 347 00:22:10,120 --> 00:22:12,280 Pertahanan yang baik oleh Gabriel. 348 00:22:13,720 --> 00:22:16,680 Liverpool tak dapat mematahkan pertahanan Arsenal. 349 00:22:17,800 --> 00:22:20,640 Kekecewaan Liverpool dah mula kelihatan. 350 00:22:21,520 --> 00:22:23,520 Liverpool kesuntukan masa. 351 00:22:23,880 --> 00:22:26,440 Jika Arsenal dapat bertahan seminit saja lagi, 352 00:22:26,520 --> 00:22:27,920 keputusannya amat bermakna. 353 00:22:31,360 --> 00:22:35,360 Minamino! Itulah peluang yang dinanti-nantikan. 354 00:22:38,800 --> 00:22:42,280 Arsenal telah merekod pencapaian yang hebat. 355 00:22:45,200 --> 00:22:51,160 Pertahanan yang cukup mengagumkan dan Arsenal berkedudukan lebih baik 356 00:22:51,240 --> 00:22:54,520 menuju ke pusingan kedua Separuh Akhir Piala EFL. 357 00:22:58,440 --> 00:23:01,240 Ini permainan tandang, tinggal sepuluh pemain. 358 00:23:01,320 --> 00:23:04,360 Saya menyanyi tadi, Kosong-kosong untuk Arsenal, 359 00:23:04,440 --> 00:23:09,000 "Kosong-kosong untuk Arsenal," kerana saya pernah melihat kemenangan 360 00:23:09,080 --> 00:23:12,640 dan berasa kurang bangga berbanding perasaan saya malam ini. 361 00:23:16,760 --> 00:23:20,360 Kalian, tak banyak pasukan yang mampu buat begitu. Tak sama sekali. 362 00:23:30,640 --> 00:23:34,320 Sebelum perlawanan bermula saya kata 363 00:23:34,400 --> 00:23:38,120 saya mahu melihat pasukan yang bermain dengan penuh perasaan 364 00:23:38,200 --> 00:23:39,680 dan bermain dengan berani. 365 00:23:39,760 --> 00:23:42,560 Kadangkala saya meremang melihat kalian bermain. 366 00:23:42,640 --> 00:23:44,560 -Betulkah perkataan itu? -Meremang. 367 00:23:44,640 --> 00:23:45,720 Meremang. 368 00:23:45,800 --> 00:23:48,760 Pencapaian kalian hari ini, bertanding seperti itu, 369 00:23:48,840 --> 00:23:52,160 menunjukkan disiplin, keberanian, semangat 370 00:23:52,240 --> 00:23:55,280 dan apabila rakan kita buat sesuatu di barisan akhir 371 00:23:55,360 --> 00:23:58,520 dan dia dibuang padang, itu masanya kita melindunginya 372 00:23:58,600 --> 00:24:01,920 dan cara kalian melakukannya hari ini cukup mengagumkan. 373 00:24:02,000 --> 00:24:04,200 Saya cukup bangga dengan kalian. Syabas. 374 00:24:09,120 --> 00:24:11,520 Kamilah Arsenal 375 00:24:12,520 --> 00:24:15,160 Penyokong Arsenal pasti gembira dengan keputusan ini, 376 00:24:15,240 --> 00:24:17,960 tapi apabila Xhaka dibuang padang, pengadil betul, 377 00:24:18,040 --> 00:24:19,800 Xhaka salah sekali lagi. 378 00:24:20,160 --> 00:24:22,080 Xhaka pasti kecewa hari ini. 379 00:24:22,160 --> 00:24:24,440 Dia perlu melihat peristiwa ini dan berubah, 380 00:24:24,520 --> 00:24:28,400 jika dia tak mengkaji prestasinya dan kata, "Saya perlu berubah," 381 00:24:28,480 --> 00:24:31,080 rasanya dia tiada harapan di kelab ini. 382 00:24:39,360 --> 00:24:42,600 Selepas perlawanan separuh akhir itu, suasana ceria di Colney. 383 00:25:02,080 --> 00:25:02,920 SELAMAT DATANG KE ARSENAL 384 00:25:03,000 --> 00:25:06,240 Tapi Arsenal tiada gol dalam dua perlawanan berturut-turut. 385 00:25:06,320 --> 00:25:07,320 Terima kasih Piers. 386 00:25:07,840 --> 00:25:10,000 Katanya awak hebat lagi. 387 00:25:10,080 --> 00:25:13,600 Alamak. Auba melawan Thomas hari ini. 388 00:25:13,680 --> 00:25:14,960 Ayuh, Gabon. 389 00:25:15,040 --> 00:25:17,080 Saya harap Auba kembali. 390 00:25:17,160 --> 00:25:18,240 Saya merinduinya. 391 00:25:20,440 --> 00:25:24,520 Di gim, post-mortem kejadian kad merah Granit bermula. 392 00:25:25,080 --> 00:25:28,520 Soalan. Kenapa awak pemain pertahanan terakhir? 393 00:25:28,600 --> 00:25:32,760 Entah. Saya dah kata, orang ini, jika hantarannya baik, boleh dapat gol. 394 00:25:32,840 --> 00:25:35,120 Kawan, kad merah awak salah saya? 395 00:25:35,200 --> 00:25:37,280 Kesan domino bermula dari situ. 396 00:25:38,480 --> 00:25:41,880 Kesan domino bermula daripada pemain di atas. Bukan salah saya. 397 00:25:41,960 --> 00:25:46,760 Jika hantaran awak baik, paling kurang, kita boleh cuba menjaringkan gol. 398 00:25:46,840 --> 00:25:49,920 Jika kita membuat jaringan, penjaga gol menangkis... 399 00:25:50,000 --> 00:25:51,960 Ya, awak akan salahkan pihak lawan. 400 00:25:52,040 --> 00:25:54,960 Mereka masih boleh membuat hantaran, Granit. 401 00:25:55,600 --> 00:25:57,280 Masalahnya di bahagian atas. 402 00:25:57,360 --> 00:25:58,360 Pemain atas padang. 403 00:25:58,440 --> 00:25:59,920 Awak perlu mengawal diri. 404 00:26:00,000 --> 00:26:03,320 Tiga lawan satu? Saya keseorangan dan terpaksa memecut. 405 00:26:03,400 --> 00:26:05,920 -Awak perlu mengawal diri. -Hei, jangan risau. 406 00:26:06,000 --> 00:26:07,760 Biar saya dipersalahkan, tak apa. 407 00:26:07,840 --> 00:26:11,440 Jika saya tak menghalangnya, kita dah ketinggalan satu-kosong. 408 00:26:11,520 --> 00:26:13,640 Jadi, berterima kasihlah kepada Granit. 409 00:26:35,760 --> 00:26:36,720 Hei. 410 00:26:37,000 --> 00:26:38,400 Ada orang mencari awak. 411 00:26:38,480 --> 00:26:39,680 Helo. Hai. 412 00:26:45,240 --> 00:26:49,800 Granit tinggal bersama isterinya, Leonita dan dua anak mereka, Ayana dan Lyneya. 413 00:26:51,040 --> 00:26:51,880 Hai. 414 00:26:52,600 --> 00:26:55,560 Dalam keluarga saya ada abang, ayah. Jadi, ibu saya 415 00:26:55,640 --> 00:26:59,240 seorang saja perempuan dan dia sentiasa cakap, 416 00:26:59,320 --> 00:27:03,080 "Susahnya menjaga anak lelaki." Sekarang dah terbalik. 417 00:27:03,160 --> 00:27:06,960 Ada tiga perempuan di rumah dan segalanya berubah. 418 00:27:07,400 --> 00:27:09,520 -Boleh ayah cium? -Ya. 419 00:27:09,760 --> 00:27:10,800 Sayang kamu. 420 00:27:11,680 --> 00:27:16,360 Kita lebih tenang. Berfikir dua kali sebelum buat sesuatu teringatkan mereka. 421 00:27:21,440 --> 00:27:23,840 Ini, apabila kami bernikah. 422 00:27:24,480 --> 00:27:29,000 Gambar yang kami tak lupakan kerana ini hari istimewa bagi kami. 423 00:27:30,200 --> 00:27:32,880 Di sini saya boleh buat apa-apa saja, tiada gambar, 424 00:27:33,800 --> 00:27:38,400 tiada sesiapa menjerit dari belakang. Tiada sesiapa memburuk-burukkan kita. 425 00:27:38,800 --> 00:27:43,120 Saya tahu tak mudah baginya apabila saya murung atau apabila kami tewas, 426 00:27:43,200 --> 00:27:47,960 tapi dia satu-satunya orang yang saya boleh bercakap secara jujur. 427 00:27:48,320 --> 00:27:51,040 Apabila mereka kalah perlawanan dan dia pulang 428 00:27:51,120 --> 00:27:52,800 dalam keadaan marah, 429 00:27:52,880 --> 00:27:57,640 saya cuba bercakap dengannya sikit dan berkata, 430 00:27:58,160 --> 00:28:01,360 perlawanan seterusnya pasti lebih baik, tapi 431 00:28:01,880 --> 00:28:04,600 apabila orang kata dia tak bersungguh-sungguh, 432 00:28:04,680 --> 00:28:06,960 dia tak tidur semalaman jika mereka tewas. 433 00:28:07,640 --> 00:28:10,080 Kerana saya amat suka berada di padang 434 00:28:10,160 --> 00:28:13,400 kerana keghairahan saya. Saya suka kerja saya. 435 00:28:14,000 --> 00:28:18,160 Di atas mahupun di luar padang, saya amat bangga dengannya. 436 00:28:38,920 --> 00:28:42,160 Auba kembali daripada Piala Negara-Negara Afrika. 437 00:28:44,880 --> 00:28:45,760 Siapa ada? 438 00:28:45,840 --> 00:28:47,120 Helo. Apa khabar? 439 00:28:47,720 --> 00:28:49,280 -Awak okey? -Ya, awak okey? 440 00:28:49,360 --> 00:28:50,600 Semua orang sihat? 441 00:28:50,840 --> 00:28:52,440 Dia masih berlatih seorang diri. 442 00:28:52,520 --> 00:28:55,160 Aubameyang. Semua orang sihat? 443 00:28:55,240 --> 00:28:56,960 -Ya. -Anak-anak baik? 444 00:28:57,040 --> 00:28:58,760 -Ya. -Mereka dah masuk sekolah? 445 00:28:58,840 --> 00:29:00,480 Belum lagi, Isnin nanti. 446 00:29:00,560 --> 00:29:01,920 Ibu awak? Dia sihat? 447 00:29:02,000 --> 00:29:03,840 Ya, dia sihat. 448 00:29:05,600 --> 00:29:07,280 -Terukkah kebelakangan ini? -Ya. 449 00:29:09,880 --> 00:29:10,920 Awak okey, kawan? 450 00:29:11,000 --> 00:29:12,720 Ya, awak? Awak apa khabar? 451 00:29:12,800 --> 00:29:15,520 Sesi hari ini akan menggerakkan semula tubuh awak. 452 00:29:15,600 --> 00:29:18,160 Untuk memastikan semuanya okey dan baik kesannya. 453 00:29:18,240 --> 00:29:20,200 Awak tiada Ahad nanti. 454 00:29:20,280 --> 00:29:23,400 Kita merancang dari situ. Mikel akan bercakap dengan awak. 455 00:29:23,480 --> 00:29:24,480 Baiklah. 456 00:29:26,440 --> 00:29:27,680 Semasa ketiadaannya, 457 00:29:27,760 --> 00:29:31,360 Mikel dan lembaga pengarah telah membuat keputusan muktamad 458 00:29:32,080 --> 00:29:36,920 untuk membolehkan Auba keluar dari kelab semasa jendela pemindahan ini. 459 00:29:37,320 --> 00:29:40,000 PENGURUS 460 00:29:42,000 --> 00:29:46,080 Bilakah awak sedar Auba tak boleh lagi kekal dalam pasukan ini? 461 00:29:46,160 --> 00:29:49,480 Semasa saya merenung matanya dan nampak dan merasainya, 462 00:29:49,560 --> 00:29:52,280 kepercayaan sudah tiada lagi. Semasa itulah. 463 00:29:54,640 --> 00:29:57,840 Ini keputusan yang sukar di pertengahan musim 464 00:29:57,920 --> 00:30:00,040 melibatkan pemain paling penting kelab ini, 465 00:30:00,120 --> 00:30:03,520 dan mereka tak faham kesannya jika pemain itu tiada 466 00:30:03,600 --> 00:30:06,680 terhadap prestasi pasukan. 467 00:30:06,760 --> 00:30:10,520 Tapi jika bahan-bahan ini digabungkan dan masih lagi 468 00:30:10,600 --> 00:30:14,240 jelas keputusannya, terpaksalah kita membuatnya. 469 00:30:16,520 --> 00:30:20,480 Kami amat merindui Auba, perwatakannya, kualitinya di atas padang, 470 00:30:21,280 --> 00:30:24,760 tapi keputusan pengurus harus dihormati. 471 00:30:24,880 --> 00:30:25,760 AARON RAMSDALE PENJAGA GOL 472 00:30:25,840 --> 00:30:29,960 Berita di bilik persalinan itu tak mengejutkan sangat, mujurlah. 473 00:30:32,800 --> 00:30:36,680 Mereka memutuskan untuk mengeluarkannya, Arsenal tak cukup orang. 474 00:30:36,760 --> 00:30:39,840 Melihat jumlah gajinya yang dibayar oleh Arsenal, 475 00:30:39,920 --> 00:30:42,440 ini pasti bukan pemindahan yang mudah. 476 00:30:42,880 --> 00:30:47,360 Gaji Aubameyang dilaporkan sebanyak £350,000 seminggu. 477 00:30:47,800 --> 00:30:51,120 Kini terpulang kepada Edu dan Rich untuk berhenti menggajinya 478 00:30:51,200 --> 00:30:52,960 agar dia bermain di kelab lain. 479 00:30:53,040 --> 00:30:54,360 Kita nak dia buat apa? 480 00:30:54,440 --> 00:30:56,000 -Ada dua pilihan. -Ya. 481 00:30:56,080 --> 00:30:57,960 Pinjamkan, atau tamatkan kontraknya. 482 00:30:58,040 --> 00:31:00,360 Saya tak boleh cuba menjual pemain ini, 483 00:31:00,440 --> 00:31:02,440 tiada sesiapa akan mahu membelinya. 484 00:31:02,520 --> 00:31:04,920 -Umurnya dah 32, 33 tahun. -Mustahil. 485 00:31:05,000 --> 00:31:08,720 Jalan terbaik ialah menamatkan kontraknya. 486 00:31:08,800 --> 00:31:12,800 Jika dia dipinjamkan, itu situasi terburuk bagi kita. 487 00:31:12,880 --> 00:31:17,040 Buat masa ini, ya, kerana kita masih mungkin perlu menanggungnya 488 00:31:17,120 --> 00:31:19,400 musim hadapan, melainkan dia menamatkannya. 489 00:31:19,480 --> 00:31:20,320 Ya. 490 00:31:20,400 --> 00:31:22,480 Ada dua perkara tentang hal Auba ini, 491 00:31:22,560 --> 00:31:26,640 tentulah dia pemain yang bagus, menjaringkan banyak gol, 492 00:31:27,080 --> 00:31:30,320 tapi jika dia tak menyumbangkan tenaga kepada pasukan ini, 493 00:31:30,400 --> 00:31:33,800 lebih baik kita jimat wang gajinya itu dan berunding. 494 00:31:34,360 --> 00:31:38,080 Kontraknya hanya boleh ditamatkan jika dia bersetuju, 495 00:31:38,160 --> 00:31:41,200 kita tamatkan kontrak, awak boleh pergi, okey. 496 00:31:41,960 --> 00:31:43,160 Persetujuan bersama. 497 00:31:44,080 --> 00:31:47,120 Kita tak mahu dia kembali, kita mahu benar-benar putus. 498 00:31:47,200 --> 00:31:49,800 Secara jangka panjang ini lebih baik bagi kelab. 499 00:31:54,000 --> 00:31:57,240 Arsenal mahu menamatkan kontrak Aubameyang, 500 00:31:57,320 --> 00:32:01,320 tapi ini hanya mungkin jika ada kelab lain yang cukup besar 501 00:32:01,400 --> 00:32:05,840 untuk mengambilnya dan membayar gajinya sepanjang musim ini dan musim depan. 502 00:32:11,400 --> 00:32:15,920 Dalam jendela ini, lembaga pengarah Arsenal meluluskan pertukaran lain. 503 00:32:17,160 --> 00:32:21,440 Pemain-pemain lain dibenarkan pergi, termasuk Ainsley Maitland-Niles, 504 00:32:22,400 --> 00:32:23,720 Sead Kolašinac, 505 00:32:25,240 --> 00:32:26,720 Calum Chambers, 506 00:32:28,560 --> 00:32:30,640 dan pemain pertahanan Pablo Marí. 507 00:32:37,560 --> 00:32:41,040 Memang sukar, selepas tiga tahun, tak mudah, 508 00:32:41,640 --> 00:32:43,040 tapi ini lumrah hidup. 509 00:32:43,120 --> 00:32:46,320 Ini saat menyedihkan, tapi saya gembira kerana dapat bermain, 510 00:32:46,400 --> 00:32:48,880 saya akan menghadapi cabaran baru. 511 00:32:49,240 --> 00:32:52,440 Saya mendoakan kejayaan Arsenal dan rakan sepasukan saya. 512 00:32:52,960 --> 00:32:56,000 Apabila seseorang keluar, kita langsung tak tahu apa-apa 513 00:32:56,080 --> 00:32:59,160 dari segi rundingan dan sebagainya, tahu-tahu ada pesanan 514 00:32:59,240 --> 00:33:02,320 dalam grup pasukan berkata, "Semoga berjaya musim ini. 515 00:33:02,400 --> 00:33:06,080 "Saya akan berpindah ke tempat ini. Selamat maju jaya," itu saja. 516 00:33:06,160 --> 00:33:07,160 Jumpa lagi. 517 00:33:07,240 --> 00:33:09,240 Ini bola sepak dan orang berpindah. 518 00:33:11,920 --> 00:33:15,360 Jelas ada pemain yang perlu dipindahkan keluar, 519 00:33:15,440 --> 00:33:17,720 pemain yang tak bermain dalam skuad 520 00:33:17,800 --> 00:33:20,760 dan yang Mikel rasakan perlu keluar bermain, 521 00:33:20,840 --> 00:33:23,080 dan semua orang perlu diset semula. 522 00:33:25,360 --> 00:33:28,720 Skuad Arsenal kita separuh saiznya berbanding musim lalu 523 00:33:30,560 --> 00:33:33,080 dan tiada kemasukan pemain baru. 524 00:33:35,760 --> 00:33:37,360 Mereka perlu buat sesuatu. 525 00:33:37,440 --> 00:33:39,960 Mereka perlu buat sesuatu untuk terus maju 526 00:33:40,040 --> 00:33:42,160 membawa masuk pemain bertaraf tinggi. 527 00:33:45,240 --> 00:33:50,240 Kita tak menjaringkan gol dalam kira-kira 600 minit perlawanan bola sepak. 528 00:33:50,320 --> 00:33:55,200 Mereka perlu merundingkan sesuatu. Mesti. 529 00:33:56,080 --> 00:34:00,600 Kami di permulaan proses ini yang melibatkan beberapa perkembangan. 530 00:34:00,680 --> 00:34:02,040 Skuad ini akan berkembang. 531 00:34:02,120 --> 00:34:03,840 Tapi dari pandangan kami, 532 00:34:03,920 --> 00:34:06,880 jika kita membawa masuk ramai pemain di bulan Januari, 533 00:34:06,960 --> 00:34:08,800 kita ada buat silap sebelum ini. 534 00:34:10,080 --> 00:34:14,440 Tinggal sepuluh hari dalam jendela ini, persetujuan dengan Auba belum ada. 535 00:34:16,960 --> 00:34:21,320 Tiada kelab lain yang mahu mengambilnya secara kekal dan membayar gajinya. 536 00:34:29,280 --> 00:34:30,920 ARSENAL LWN LIVERPOOL STADIUM EMIRATES - 20 JANUARI 2022 537 00:34:31,000 --> 00:34:34,480 Separuh akhir kejohanan dan kedudukan di Wembley menjadi rebutan. 538 00:34:34,560 --> 00:34:37,960 Nasib milik sesiapa saja seraya dua gergasi bola sepak Inggeris 539 00:34:38,040 --> 00:34:43,480 Arsenal dan Liverpool bertarung dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala EFL. 540 00:34:45,440 --> 00:34:49,840 Tak mudah apabila Mikel datang berjumpa untuk bercakap tentang Aubameyang. 541 00:34:49,920 --> 00:34:54,360 Tapi kita harus bersikap wajar dan kata, "Betul katanya. Dia patut disokong." 542 00:34:55,200 --> 00:34:59,280 Liverpool memulakan perlawanan, Stadium Emirates dipenuhi sorakan. 543 00:35:00,040 --> 00:35:05,040 Besar cabarannya membolehkan orang memahami pilihan terbaik untuk kelab ini. 544 00:35:05,960 --> 00:35:08,600 Kerana mereka hanya nampak perlawanan. 545 00:35:09,400 --> 00:35:13,640 Jota melepasi penghalangnya. Peluang terbuka untuk Jota. 546 00:35:15,040 --> 00:35:16,400 Masuk! 547 00:35:16,840 --> 00:35:20,440 Dia macam menendang gerak perlahan dan Ramsdale tersilap langkah 548 00:35:20,520 --> 00:35:23,640 dan Liverpool mendahului perlawanan separuh akhir ini. 549 00:35:26,680 --> 00:35:29,520 Kita perlu melihatnya secara menyeluruh, 550 00:35:30,480 --> 00:35:33,280 pilihan yang terbaik untuk masa depan kelab ini. 551 00:35:33,360 --> 00:35:35,760 Jota mungkin masuk, golnya berjaya. 552 00:35:36,640 --> 00:35:39,480 Dua-kosong untuk Liverpool kerana Diogo Jota. 553 00:35:41,440 --> 00:35:43,440 Arsenal sudah tewas di sini. 554 00:35:43,520 --> 00:35:47,880 Penyokong Arsenal turut merasainya, mereka mula keluar beramai-ramai. 555 00:35:48,800 --> 00:35:52,560 Tiada pemain tengah. Tiada pergerakan semasa jendela pemindahan Januari, 556 00:35:52,640 --> 00:35:54,640 jadi keputusannya tentulah sama saja. 557 00:35:54,760 --> 00:35:56,560 Taktik yang sama, Arsenal yang sama. 558 00:35:56,640 --> 00:35:59,480 Dia perlu buat lebih lagi. Carilah penyerang baru. 559 00:35:59,560 --> 00:36:02,840 Kita tak boleh bergaduh dengan pemain tanpa penggantinya 560 00:36:02,920 --> 00:36:05,880 dan Aubameyang pula terperuk saja di rumah. 561 00:36:06,640 --> 00:36:08,880 Memalukan betul. 562 00:36:08,960 --> 00:36:12,000 STADIUM EMIRATES 563 00:36:12,080 --> 00:36:15,320 Mana-mana penyokong Arsenal pun pasti sedih memikirkan 564 00:36:15,400 --> 00:36:19,600 dah bulan Januari dan tiada piala yang boleh dimenangi musim ini. 565 00:36:20,560 --> 00:36:23,200 Kita nampak tekanan yang dihadapi Mikel Arteta 566 00:36:23,320 --> 00:36:26,080 jika mereka tak berjaya memasuki Liga Juara-juara. 567 00:36:27,200 --> 00:36:31,160 Masih jauh lagi perjalanan untuk menandingi pasukan seperti Liverpool? 568 00:36:31,200 --> 00:36:35,640 Ya, kami memerlukan skuad 20, 22 orang pemadang kawasan jauh yang terbaik 569 00:36:35,680 --> 00:36:39,640 dan itu memerlukan masa. 570 00:36:40,000 --> 00:36:41,400 Awak rasa Aubameyang 571 00:36:41,480 --> 00:36:44,160 akan meninggalkan kelab sebelum jendela ditutup? 572 00:36:44,280 --> 00:36:47,280 Auba tak terpilih lagi untuk perlawanan hari ini. 573 00:36:48,920 --> 00:36:51,960 Tapi masihkah dia pemain Arsenal nanti? 574 00:36:52,680 --> 00:36:56,880 Saya tak tahu sama ada dia akan terpilih untuk perlawanan seterusnya. 575 00:37:21,960 --> 00:37:24,160 Penghujung Januari hampir tiba bagi Arsenal, 576 00:37:24,200 --> 00:37:28,560 dan mereka terkeluar daripada dua kejohanan tanpa sebarang gol. 577 00:37:28,640 --> 00:37:31,640 Kawal bola itu dan ubah rentaknya. 578 00:37:31,680 --> 00:37:32,680 Begitu. 579 00:37:32,800 --> 00:37:36,160 Waktu rehat dalam musim ini membolehkan pemain pulih semula. 580 00:37:36,560 --> 00:37:38,760 Serang dahulu, ya. 581 00:37:39,600 --> 00:37:43,360 Mikel membawa para pemainnya ke Dubai untuk latihan cuaca panas, 582 00:37:44,080 --> 00:37:47,440 tapi memelihara disiplin skuad tetap menjadi keutamaan. 583 00:37:48,400 --> 00:37:52,640 Apa awak patut buat? Biarkan saja? Apa awak patut buat? 584 00:37:56,840 --> 00:37:58,320 -Patut buat apa? -Biarkan. 585 00:37:58,400 --> 00:38:00,200 Biarkan. Tak apa. 586 00:38:00,320 --> 00:38:02,840 Yang berlaku sejak sepuluh tahun lalu, biarkan. 587 00:38:02,920 --> 00:38:05,560 Yang seterusnya pun sama, selepas itu pun sama. 588 00:38:05,640 --> 00:38:08,120 Di Sepanyol ini dipanggil casa Pepe. 589 00:38:08,160 --> 00:38:10,760 Awak tahu maksud casa Pepe? "Rumah Pepe." 590 00:38:10,840 --> 00:38:13,000 Semua orang buat ikut sesuka hati. 591 00:38:13,640 --> 00:38:16,040 Kita perlu tingkatkan tahap kita, ayuh. 592 00:38:16,120 --> 00:38:19,400 Arsenal menghadapi cabaran sukar di minggu-minggu akan datang. 593 00:38:19,480 --> 00:38:20,640 Bagus, Granit. 594 00:38:20,760 --> 00:38:24,400 Kedudukan tempat empat teratas dan kembali ke bola sepak Eropah 595 00:38:24,800 --> 00:38:26,960 kini menjadi tumpuan utama Mikel. 596 00:38:29,080 --> 00:38:32,160 Bola di sini! Cédric, lupakan dia, 597 00:38:32,200 --> 00:38:34,800 beritahu dia, kalau dia pergi, awak pun pergi! 598 00:38:35,680 --> 00:38:36,680 Ayuh. 599 00:38:37,640 --> 00:38:39,360 Sama. Granit, main! 600 00:38:39,440 --> 00:38:40,440 Awak tak apa-apa? 601 00:38:41,160 --> 00:38:43,520 -Kenapa? -Suara awak teruk sangat. 602 00:38:44,520 --> 00:38:46,200 Baik, mari! 603 00:38:47,920 --> 00:38:50,480 Habiskan dengan baik, ayuh. 604 00:38:58,520 --> 00:39:00,400 KELAB BOLA SEPAK ARSENAL 605 00:39:00,480 --> 00:39:03,840 Selamat datang ke 5 Live Sport pada hari tarikh akhir. 606 00:39:04,640 --> 00:39:09,040 Pada hari terakhir jendela pemindahan, tawaran dibuat kepada Auba. 607 00:39:10,400 --> 00:39:13,760 Barcelona, antara kelab terbesar bola sepak dunia, 608 00:39:13,840 --> 00:39:16,480 mahu mengambilnya, tapi hanya sekadar pinjaman. 609 00:39:17,000 --> 00:39:18,600 Tawaran yang bagus untuk Auba 610 00:39:18,920 --> 00:39:21,080 namun pinjaman ini bermakna Arsenal masih 611 00:39:21,160 --> 00:39:23,320 terikat untuk membayar gajinya musim depan. 612 00:39:23,400 --> 00:39:24,200 HARI TARIKH AKHIR 613 00:39:24,760 --> 00:39:28,160 Situasi kami sekarang ialah sesuatu 614 00:39:28,280 --> 00:39:31,360 yang lambat-laun akan menjadi lebih tegang. 615 00:39:31,600 --> 00:39:32,480 BERITA TERBARU 616 00:39:32,560 --> 00:39:37,280 Edu dan Rich ada masa hingga 11.00 malam untuk meyakinkan Barcelona 617 00:39:37,360 --> 00:39:39,320 untuk mengambil Auba secara kekal, 618 00:39:39,760 --> 00:39:42,640 sebaik saja kontraknya bersama Arsenal ditamatkan. 619 00:39:43,320 --> 00:39:46,760 Mari kita selesaikan, Rich, dan berterus terang kepada mereka. 620 00:39:47,760 --> 00:39:49,360 Kita hanya perlu buat panggilan. 621 00:39:49,440 --> 00:39:50,960 Baiklah. Dia di Barcelona. 622 00:39:51,440 --> 00:39:52,600 -Siapa? -Auba. 623 00:39:53,120 --> 00:39:56,640 Saya ada terima twit tentangnya di Lapangan Terbang Barcelona. 624 00:39:56,680 --> 00:39:58,160 Yakah? Okey. 625 00:39:59,160 --> 00:40:00,480 Biar saya tengok dulu. 626 00:40:07,480 --> 00:40:10,640 Tanpa kebenaran Arsenal, Auba telah pergi ke Sepanyol. 627 00:40:16,280 --> 00:40:18,480 Aubameyang sepatutnya buat apa sekarang? 628 00:40:18,560 --> 00:40:20,920 -Berlatih. -Dia sepatutnya berlatih? 629 00:40:23,920 --> 00:40:26,120 Edu memanggil seorang wakilnya. 630 00:40:27,760 --> 00:40:30,760 Hantar dulu kepada kami rancangan kalian, 631 00:40:30,840 --> 00:40:34,080 baru kami tentukan sama ada kami mahu menerimanya 632 00:40:34,160 --> 00:40:37,400 kerana saya tahu pemain itu baru tiba di Barcelona. 633 00:40:37,480 --> 00:40:39,960 Ini hal peribadi bagi Pierre-Emerick. 634 00:40:40,040 --> 00:40:43,800 Dia datang melawat Barcelona. Bapanya tinggal di Barcelona. 635 00:40:43,880 --> 00:40:45,280 Ya, okey. 636 00:40:45,360 --> 00:40:49,320 Jadi, kita sedang hidup di awang-awangan. 637 00:40:49,680 --> 00:40:53,200 Kelab kami menunggu kalian menghantar sesuatu kepada kami 638 00:40:53,320 --> 00:40:56,920 rancangan kalian, jika tak dia perlu kembali ke London. 639 00:40:57,280 --> 00:41:00,840 Kalian mahu kami menghantar emel dengan tawaran lebih baik? 640 00:41:00,920 --> 00:41:05,120 Ya. Tawaran sekarang sangat jauh di bawah jangkaan kami. 641 00:41:05,160 --> 00:41:08,520 -Okey. Selamat tinggal. -Okey. Terima kasih. 642 00:41:09,400 --> 00:41:13,320 Sebenarnya, di mana kita dari segi apa yang akan berlaku hari ini? 643 00:41:13,800 --> 00:41:16,000 Keputusan di tangan mereka sekarang. 644 00:41:17,360 --> 00:41:18,320 Kita tunggu. 645 00:41:21,040 --> 00:41:22,600 HARI TARIKH AKHIR 646 00:41:22,640 --> 00:41:24,520 Pierre-Emerick Aubameyang, 647 00:41:24,600 --> 00:41:27,520 masih belum ada perjanjian kewangan, 648 00:41:27,600 --> 00:41:32,160 tapi rundingan masih berlaku antara Arsenal dan Barcelona. 649 00:41:32,680 --> 00:41:35,320 -Adakah itu mengubah perjanjian? -"Dah bermula." 650 00:41:35,400 --> 00:41:36,400 Ya? 651 00:41:36,480 --> 00:41:38,960 Bak kata Sherlock Holmes. 652 00:41:39,960 --> 00:41:42,320 Menjelang tarikh akhir pemindahan, 653 00:41:42,400 --> 00:41:46,040 Barcelona enggan mengubah tawaran pinjaman mereka. 654 00:41:47,680 --> 00:41:52,160 Aubameyang berada di Sepanyol hari ini untuk berunding dengan Barcelona, 655 00:41:52,200 --> 00:41:56,640 kedua-dua kelab tak dapat mempersetujui bayaran yang perlu dibayar oleh Barcelona. 656 00:41:56,760 --> 00:41:59,000 Nampaknya dia akan kembali ke Arsenal. 657 00:41:59,400 --> 00:42:00,400 Mikel? 658 00:42:01,280 --> 00:42:03,520 Mikel memanggil dari Dubai meminta laporan. 659 00:42:03,880 --> 00:42:08,760 Kami tak berjaya mencapai persetujuan. 660 00:42:08,840 --> 00:42:11,280 Tawaran yang mereka baru hantar sama seperti yang sedia ada. 661 00:42:11,360 --> 00:42:14,360 Kami telah cuba mencari penyelesaian, tapi tak berjaya. 662 00:42:19,600 --> 00:42:22,600 Tiada jawapan daripada Barca. Mereka dah buat tawaran? 663 00:42:23,120 --> 00:42:24,000 Tiada. 664 00:42:26,400 --> 00:42:29,160 Kita sedang menunggu siapa akan mengalah dulu. 665 00:42:29,200 --> 00:42:31,160 -Ya. -Seperti bermain pakau. 666 00:42:38,640 --> 00:42:41,800 Tinggal beberapa jam saja lagi, Barcelona mahu berbincang. 667 00:42:43,680 --> 00:42:45,600 Awak nak telefon, atau saya? 668 00:42:46,360 --> 00:42:50,680 Jika mereka mengambil Auba dan membayar gajinya, bukan meminjamnya, 669 00:42:51,840 --> 00:42:54,160 Arsenal akan menjimat puluhan juta paun. 670 00:42:57,840 --> 00:43:01,040 Okey, Matteo, rasanya kita boleh buat perjanjian, 671 00:43:01,160 --> 00:43:03,360 lebih baik jika kita boleh 672 00:43:03,440 --> 00:43:06,320 bersetuju menamatkan kontrak pemain itu hari ini. 673 00:43:06,400 --> 00:43:10,600 Barcelona akan menawarkan kontrak kepada Pierre-Emerick untuk musim depan, 674 00:43:10,640 --> 00:43:12,840 yang akan menanggung gajinya. 675 00:43:12,920 --> 00:43:15,760 Rancangan kami ialah untuk buat begitu. 676 00:43:15,840 --> 00:43:18,640 Okey. Tahniah kerana rasanya bagi kalian 677 00:43:18,760 --> 00:43:21,560 ini tawaran yang sangat baik. Tahniah. 678 00:43:21,640 --> 00:43:22,640 Terima kasih. 679 00:43:25,120 --> 00:43:27,160 -Masih perlu dilakukan. -Ya. 680 00:43:27,280 --> 00:43:28,160 Selamat tinggal. 681 00:43:29,160 --> 00:43:33,160 Rich dan para peguam Arsenal perlu menamatkan kontrak Aubameyang 682 00:43:33,200 --> 00:43:35,520 dan memfailkan dokumen dengan Liga Premier 683 00:43:35,600 --> 00:43:37,440 sebelum pukul 11.00 malam. 684 00:43:37,880 --> 00:43:39,760 Kita kesuntukan masa. 685 00:43:43,520 --> 00:43:46,080 Hai. Awak dah dapat... 686 00:43:46,160 --> 00:43:47,640 Dia dah tandatangan? 687 00:43:49,960 --> 00:43:52,680 -Menghantarnya sekarang? Baik. Okey. -Akan diterima. 688 00:43:52,760 --> 00:43:55,200 Kami memerlukannya sekarang. 689 00:43:59,080 --> 00:44:02,360 Siap. Kami dah menghantarnya kepada Liga Premier. 690 00:44:02,440 --> 00:44:04,640 Ya, dah dihantar sebelum pukul 11.00, okey? 691 00:44:04,720 --> 00:44:06,480 Semuanya dah ditandatangani. 692 00:44:06,560 --> 00:44:07,560 Selamat tinggal. 693 00:44:08,520 --> 00:44:10,000 -Syabas, semua. -Ya Tuhan! 694 00:44:11,400 --> 00:44:12,720 Syabas, semua. 695 00:44:13,680 --> 00:44:16,040 Selesai pada pukul 10.59. 696 00:44:16,120 --> 00:44:18,200 BARCELONA BERSETUJU MENGAMBIL PIERRE-EMERICK AUBAMEYANG 697 00:44:18,280 --> 00:44:21,320 Pencapaian sebegitu mendatangkan rasa lega, rasa bangga. 698 00:44:21,400 --> 00:44:24,440 Sebaik saja semua orang sedar ini mungkin tak berjaya 699 00:44:24,520 --> 00:44:26,120 fikiran kami jadi lebih fokus. 700 00:44:28,560 --> 00:44:32,840 Di Sepanyol, dunia diperkenalkan kepada pemain terbaharu Barcelona. 701 00:44:32,920 --> 00:44:36,160 Aubameyang menyiarkan ucapan perpisahan kepada penyokong Arsenal. 702 00:44:36,240 --> 00:44:38,600 Cara pemergiannya agak menyedihkan. 703 00:44:38,680 --> 00:44:41,000 Penyokong Arsenal amat berdukacita, 704 00:44:41,080 --> 00:44:45,560 bukan kerana pemergian Aubameyang, tapi Arsenal takkan menggantikannya. 705 00:44:46,000 --> 00:44:49,640 Apakah rancangan sebenarnya? 706 00:44:49,720 --> 00:44:52,080 Arsenal mengambil risiko besar. 707 00:44:52,560 --> 00:44:55,520 Arsenal menjaringkan satu gol tahun ini 708 00:44:55,960 --> 00:44:59,400 dan mereka membiarkan Aubameyang berpindah ke Barcelona 709 00:44:59,480 --> 00:45:01,080 dan belum menggantinya. 710 00:45:01,160 --> 00:45:03,920 Kami percaya ini tindakan yang wajar, 711 00:45:04,000 --> 00:45:06,320 jelas, kami hanya mahu anggota terbaik 712 00:45:06,400 --> 00:45:08,040 dan pemain terbaik di kelab ini. 713 00:45:08,120 --> 00:45:11,080 Saya menghargai sumbangan Auba terhadap kelab ini 714 00:45:11,160 --> 00:45:13,760 dan menganggap peranan saya dalam hubungan ini 715 00:45:13,840 --> 00:45:16,600 sebagai penyelesaian, bukan masalah. 716 00:45:18,560 --> 00:45:21,360 Saya hanya mengenang detik kegemilangan Auba. 717 00:45:24,840 --> 00:45:29,880 Saya tak mahu pengakhirannya begitu kerana Auba patut dapat yang lebih baik, 718 00:45:29,960 --> 00:45:34,320 begitu juga kelab ini, tapi pada pendapat saya, tak mungkin ada jalan lain. 719 00:45:39,800 --> 00:45:42,720 Bulan Januari cukup mencabar bagi Mikel dan Arsenal. 720 00:45:42,800 --> 00:45:44,720 Jangan biarkan mereka sentuh bola itu. 721 00:45:45,320 --> 00:45:47,240 Dah sebulan mereka tanpa gol. 722 00:45:48,000 --> 00:45:51,640 Mikel memerlukan reaksi pemain dalam pertarungan untuk layak 723 00:45:51,720 --> 00:45:53,720 menyertai bola sepak Eropah musim depan. 724 00:45:53,800 --> 00:45:54,720 KELAYAKAN LIGA JUARA-JUARA 725 00:45:57,520 --> 00:46:01,040 Menewaskan Wolves membolehkan mereka mengejar pesaing. 726 00:46:04,360 --> 00:46:07,640 WOLVES LWN ARSENAL STADIUM MOLINEUX - 10 FEBRUARI 2022 727 00:46:07,720 --> 00:46:13,520 Arsenal! 728 00:46:13,600 --> 00:46:16,560 Pertembungan antara dua pasukan yang bercita-cita 729 00:46:16,640 --> 00:46:19,560 menduduki tempat empat teratas, dan pemenang malam ini 730 00:46:19,640 --> 00:46:24,400 semakin hampir seraya Wolves menjadi tuan rumah kepada Arsenal di Liga Premier. 731 00:46:24,480 --> 00:46:27,560 -Red Army! -Red Army! 732 00:46:27,640 --> 00:46:31,000 Sekarang kita hanya boleh mencapai tempat empat teratas. 733 00:46:31,080 --> 00:46:33,880 Ini perlawanan mencabar, tapi kita mesti menang. 734 00:46:35,560 --> 00:46:38,800 -Sedia? -Sedia, ayuh, semua. 735 00:46:38,880 --> 00:46:41,560 Cuba saling bantu-membantu. Bekerjasama. 736 00:46:41,640 --> 00:46:42,680 Ayuh, semua. 737 00:46:44,520 --> 00:46:47,040 Okey, dengar sini. Berkumpul. 738 00:46:49,080 --> 00:46:50,640 Mulakan cepat. 739 00:46:50,720 --> 00:46:53,640 Kuasai mereka dan mainlah sepertimana yang kita mahu, 740 00:46:54,240 --> 00:46:57,200 bertindak agresif dan berani menyerang. 741 00:46:57,280 --> 00:47:01,840 Saya mahu melihat semua orang buat keputusan dan berniat untuk menang. 742 00:47:01,920 --> 00:47:06,120 Bertandinglah kerana mereka akan menerjah, mengejek dan mengganggu kita, 743 00:47:06,200 --> 00:47:07,840 dan mengganggu kita lagi. 744 00:47:07,920 --> 00:47:09,640 Okey, ayuh kita mulakan. 745 00:47:23,920 --> 00:47:26,160 Pasukan Wolves memulakan perlawanan. 746 00:47:27,800 --> 00:47:31,480 Arsenal, tanpa memenangi lima perlawanan, memerlukannya hari ini. 747 00:47:36,160 --> 00:47:37,920 Arsenal menguasai perlawanan. 748 00:47:39,120 --> 00:47:41,840 Hebat permainan Saka dan tendangan oleh White. 749 00:47:45,600 --> 00:47:48,600 Melepasi Lacazette. Itu pun Gabriel! 750 00:47:48,680 --> 00:47:50,760 Arsenal mendahului perlawanan. 751 00:47:53,760 --> 00:47:57,560 Lihatlah betapa Mikel Arteta menyukainya. 752 00:48:00,240 --> 00:48:05,880 Gol Gabriel merupakan gol pertama Arsenal dalam 478 minit perlawanan bola sepak. 753 00:48:09,760 --> 00:48:13,120 Setelah lebih sejam bermain, Wolves dapat melempar ke dalam. 754 00:48:15,120 --> 00:48:17,960 Faul oleh Martinelli terhadap Podence di sana. 755 00:48:18,040 --> 00:48:23,000 Semasa berundur dia faul sekali lagi di depan mata pengadil. 756 00:48:24,600 --> 00:48:29,040 Kad kuning dilayangkan. Dua kad kuning. Martinelli dibuang padang. 757 00:48:29,480 --> 00:48:33,400 Dua kesalahan berlainan dalam permainan yang sama, 758 00:48:33,480 --> 00:48:36,840 itulah yang tak diperlukan oleh Arsenal dan Arteta. 759 00:48:44,040 --> 00:48:45,040 Bedebah betul. 760 00:48:47,680 --> 00:48:51,880 Buat kali kelima musim ini, Arsenal terpaksa bertahan dengan sepuluh anggota. 761 00:48:54,800 --> 00:48:56,400 Tendangan percuma Wolves. 762 00:48:56,480 --> 00:48:58,160 Masuk. 763 00:48:58,520 --> 00:49:00,520 Malang sungguh bagi Arsenal. 764 00:49:00,600 --> 00:49:03,760 Nanti dulu, bendera dinaikkan, dan itu tak dikira. 765 00:49:06,920 --> 00:49:11,000 Jimenez! Arsenal sipi-sipi dapat menangkisnya. 766 00:49:13,240 --> 00:49:15,600 Ini kemenangan besar bagi Arsenal 767 00:49:15,680 --> 00:49:18,640 jika dapat bertahan sekejap saja lagi. 768 00:49:21,000 --> 00:49:23,800 Perlawanan tamat. Kemenangan besar untuk Arsenal. 769 00:49:23,880 --> 00:49:26,040 Arteta sangat gembira. 770 00:49:29,680 --> 00:49:32,440 Satu mata lagi untuk Arsenal menduduki empat teratas. 771 00:49:34,880 --> 00:49:37,080 Tiga mata yang cukup penting. 772 00:50:05,800 --> 00:50:07,080 SETERUSNYA 773 00:50:07,160 --> 00:50:10,640 Aubameyang kini di Barcelona. Apa pendapat awak? 774 00:50:10,720 --> 00:50:14,280 Seorang demi seorang pemain dibiarkan pergi tanpa pengganti. 775 00:50:14,360 --> 00:50:16,480 Lacazette, tersalah perhitungan. 776 00:50:16,560 --> 00:50:18,560 Saya yakin awak akan jaringkan gol. 777 00:50:18,640 --> 00:50:21,440 Di kelab sebesar ini, kita tak boleh goyah. 778 00:50:21,520 --> 00:50:23,920 Jota menyumbatnya masuk, gol untuk Liverpool. 779 00:50:24,400 --> 00:50:26,400 Peluang kecil yang mereka dapat. 780 00:50:27,760 --> 00:50:32,040 Pengurusnya sudah dua tahun, tapi belum nampak sebarang penambahbaikan. 781 00:50:32,760 --> 00:50:38,000 Orang ramai sangat ghairah tentang perkembangan bola sepak. 782 00:50:39,080 --> 00:50:40,400 Mereka benci kita. 783 00:51:32,360 --> 00:51:35,040 TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMAIN, JURULATIH DAN STAF KELAB BOLA SEPAK ARSENAL 784 00:51:36,400 --> 00:51:37,400 Terjemahan sari kata oleh Faizah Asma' Mohamed Anuar 785 00:51:38,440 --> 00:51:40,440 Penyelia Kreatif Nur Atiqah Jalaludin