1 00:00:10,126 --> 00:00:13,334 Setelah musim sejuk meninggalkan kami, 2 00:00:13,418 --> 00:00:18,459 Chicago bangkit daripada hibernasi untuk meraikan hari paling suci tahun ini. 3 00:00:18,543 --> 00:00:20,459 Hari St. Patrick! 4 00:00:20,543 --> 00:00:24,751 Setiap tahun, sungai kami diwarnakan hijau dan perarakan meriah diadakan! 5 00:00:24,834 --> 00:00:28,293 Anda pasti jumpa saya di kereta berhias Wiski O'Malley. 6 00:00:28,376 --> 00:00:30,584 Inilah kemuncak tahun saya. 7 00:00:30,668 --> 00:00:33,084 Saya tak pernah naik kereta berhias itu. 8 00:00:33,168 --> 00:00:36,209 Penghormatan itu dikhaskan buat Ratu Wiski O'Malley, 9 00:00:36,293 --> 00:00:39,501 gelaran yang dipegang anak jati Chicago, Molly Lahey. 10 00:00:39,584 --> 00:00:41,876 Dia cuma berbahasa Gaelik sampai sembilan tahun. 11 00:00:41,959 --> 00:00:46,793 Tiada penghormatan lebih besar daripada menjadi Ratu Wiski O'Malley. 12 00:00:46,876 --> 00:00:50,084 Apa-apa pun, esok Hari St. Patrick, 13 00:00:50,168 --> 00:00:54,501 dan saya akan berada di kereta berhias itu untuk berpesta sampai pengsan! 14 00:00:54,584 --> 00:00:56,126 Cukup! Berhenti! 15 00:00:56,209 --> 00:01:00,543 Cik Dunbrowski, saya cuma mahu jawapan, bersalah atau tak bersalah. 16 00:01:01,251 --> 00:01:05,209 Kalau mabuk dan bawa skuter Segway curi di Taman Millenium 17 00:01:05,293 --> 00:01:07,293 kemudian merempuh Bean dianggap jenayah. 18 00:01:07,376 --> 00:01:08,668 Itu lima jenayah. 19 00:01:08,751 --> 00:01:13,376 Saya arahkan kamu memakai gelang waras. Hembus nafas setiap kali diminta. 20 00:01:13,459 --> 00:01:16,293 Jika gagal berbuat begitu, kamu akan ditahan dan dipenjarakan. 21 00:01:16,376 --> 00:01:18,001 Pakai selama sebulan. 22 00:01:18,084 --> 00:01:19,209 Sebulan? 23 00:01:19,293 --> 00:01:22,209 Okey, macam saya cakap, esok tak dikira. 24 00:01:22,293 --> 00:01:25,584 - Ada musim besbol, musim panas… - Bermula sekarang. 25 00:01:28,209 --> 00:01:30,876 Tidak! 26 00:01:30,959 --> 00:01:32,959 WRIGLEY FIELD - RUMAH CHICAGO CUBS 27 00:01:39,668 --> 00:01:40,668 PETI NIKMAT DIANE 28 00:01:41,668 --> 00:01:44,668 Tidak! 29 00:01:44,751 --> 00:01:45,709 Kenapa? 30 00:01:45,793 --> 00:01:48,918 Mak cik bengang sebab tak dapat pergi ke perarakan! 31 00:01:49,001 --> 00:01:50,334 Nah, telan kunci ini. 32 00:01:50,418 --> 00:01:53,501 Tak nak. Kunci yang dulu pun belum keluar! 33 00:01:53,584 --> 00:01:56,918 Masa untuk ujian mabuk mengikut arahan mahkamah. 34 00:01:57,001 --> 00:01:58,334 Hembus nafas ke dalam tiub. 35 00:01:58,418 --> 00:02:00,626 Benda bodoh ini mengarah-arah saya! 36 00:02:01,709 --> 00:02:04,626 Kalau tak minum pun, mak cik tetap boleh pergi. 37 00:02:04,709 --> 00:02:09,168 Yalah itu. Sama mengarut macam kata mak cik boleh terbang. 38 00:02:09,251 --> 00:02:13,084 Tolonglah! Mustahil untuk tak mabuk di perarakan itu. 39 00:02:13,168 --> 00:02:15,001 Kalau minum, masuk penjara. 40 00:02:15,084 --> 00:02:17,459 Ya, jadi mak cik nak tarik diri. 41 00:02:17,543 --> 00:02:19,834 Mak cik nak makan kudap-kudap ini 42 00:02:19,918 --> 00:02:22,709 sambil menonton Hill Street Blues bersendirian. 43 00:02:22,793 --> 00:02:26,668 Setidaknya tak perlu bekerja. Saya perlu agih sampel dengan Feather. 44 00:02:26,751 --> 00:02:30,959 Aduhai, dia itu membosankan dan menjengkelkan. 45 00:02:31,043 --> 00:02:33,209 Ya. Dia macam ayah kamu. 46 00:02:33,293 --> 00:02:34,834 Saya tak cakap begitu. 47 00:02:34,918 --> 00:02:36,918 Sebelum itu, boleh ambilkan bir? 48 00:02:37,001 --> 00:02:37,959 Tak boleh minum. 49 00:02:38,043 --> 00:02:39,626 Tak guna! Perasan polis! 50 00:02:43,334 --> 00:02:47,834 Kita perlu tukar kepada susu skim semula. Susu 2% ini terlalu manis. 51 00:02:47,918 --> 00:02:52,168 Dr. Perillo suruh tingkatkan lemak tenusu sehingga ovulasi saya seragam. 52 00:02:52,251 --> 00:02:54,334 Bercakap tentang itu, ini harinya. 53 00:02:54,418 --> 00:02:57,959 Tanda positif, mari ke sini. Anda peserta seterusnya… 54 00:02:58,043 --> 00:02:59,001 - Sudah. - Maaf. 55 00:03:03,084 --> 00:03:07,793 Alamak. Pasti saya berovulasi pada Khamis semasa di pesta Haruman & Snek Rachel. 56 00:03:07,876 --> 00:03:09,168 Suhu badan saya meningkat, 57 00:03:09,251 --> 00:03:13,084 tapi Rachel kata puncanya lilin Ribut Kayu Manisnya. Tolol. 58 00:03:13,168 --> 00:03:14,751 Sayangnya, BonBon. 59 00:03:14,834 --> 00:03:19,126 Maknanya saya boleh bertemu teman golf dalam talian di perarakan itu? 60 00:03:19,209 --> 00:03:21,959 Pergilah. Saya tak perlu awak sampai bulan depan. 61 00:03:22,043 --> 00:03:24,959 Saya tak maksudkan begitu. Saya cuma geram. 62 00:03:25,043 --> 00:03:27,751 Ya? Adakah topi ini buat awak kurang geram? 63 00:03:27,834 --> 00:03:29,543 Tidak, malah sebaliknya. 64 00:03:29,626 --> 00:03:33,376 Okey. Kalau awak perlukan saya, saya dengan "Double Bogies". 65 00:03:39,126 --> 00:03:43,043 Saya rasa awak perlu raba saya, Leftenan Buntz. 66 00:03:43,126 --> 00:03:45,418 Saya nakal… 67 00:03:45,501 --> 00:03:47,918 Kami ada rancangan seram malam ini. 68 00:03:48,001 --> 00:03:52,543 Apa? Tidak! Ada orang rakam Svengoolie dalam pita lucah saya. 69 00:03:59,001 --> 00:04:01,584 - Apa? - Diane! Ini Hank Buckley. 70 00:04:01,668 --> 00:04:03,084 Hank Si Kacak? 71 00:04:03,168 --> 00:04:05,918 Diane, ada kecemasan. 72 00:04:06,001 --> 00:04:11,084 Kami baru dapat tahu Molly Lahey diserang gout dan tak dapat berdiri. 73 00:04:11,168 --> 00:04:14,543 Saya berharap awak boleh ganti tempat dia. 74 00:04:14,626 --> 00:04:17,459 Siapa lagi mampu menghangatkan pesta 75 00:04:17,543 --> 00:04:19,751 sambil gogok arak, bukan? 76 00:04:19,834 --> 00:04:22,668 Saya jadi Ratu Kereta Berhias Wiski O'Malley? 77 00:04:22,751 --> 00:04:25,001 - Hembus nafas ke dalam tiub. - Suara siapa? 78 00:04:25,084 --> 00:04:29,501 Mahkamah punya gelang… Maksud saya, jiran saya! Mak Lang! 79 00:04:29,584 --> 00:04:32,668 Apa kata awak, Diane? Ini yang awak sering idamkan. 80 00:04:32,751 --> 00:04:35,001 HARI ST. PATRICK '86 PERARAKAN TERBESAR CHICAGO 81 00:04:35,084 --> 00:04:37,084 Diulangi. Hembus nafas ke dalam tiub. 82 00:04:37,168 --> 00:04:41,876 Serahkan kepada saya, Hank! Jumpa sekejap lagi, si kacak. 83 00:04:41,959 --> 00:04:44,793 Bar pemulihan arang teraktif! 84 00:04:44,876 --> 00:04:46,668 Sedap dan berkhasiat! 85 00:04:46,751 --> 00:04:48,209 Feather, macam mana? 86 00:04:48,293 --> 00:04:49,751 - Bagus! - Ini teruk! 87 00:04:49,834 --> 00:04:51,584 Itu tak selalu berlaku. 88 00:04:51,668 --> 00:04:54,376 Jujur saya kata, saya tak minat gaya mereka. 89 00:04:54,459 --> 00:04:57,209 Banyak penyelewengan budaya yang berlaku… 90 00:04:57,293 --> 00:04:58,751 Wiski percuma! 91 00:05:00,501 --> 00:05:02,668 Semua orang cuma nak berseronok. 92 00:05:02,751 --> 00:05:05,293 Tahu apa yang seronok? Nutrisi seimbang! 93 00:05:05,834 --> 00:05:09,001 Eh! Lelaki ini terkencing di dalam seluar. 94 00:05:09,543 --> 00:05:10,876 Awak silap, tuan. 95 00:05:10,959 --> 00:05:14,293 Seluar dalam rami saya akan kering dalam beberapa jam. 96 00:05:14,959 --> 00:05:19,209 Tin, awak saja yang tak mabuk. Saya terdesak dan perlukan awak. 97 00:05:19,293 --> 00:05:21,751 Sudah lama saya nantikan hari ini. 98 00:05:21,834 --> 00:05:24,918 Bertahun saya tengok awak musnahkan hidup sendiri. 99 00:05:25,001 --> 00:05:28,543 Saya bincang tentang awak di perjumpaan. Saya sedia membantu. 100 00:05:29,126 --> 00:05:31,918 Bagus! Tolong hembus alat pengesan mabuk ini 101 00:05:32,001 --> 00:05:34,418 supaya saya boleh mabuk dan jadi Ratu Wiski O'Malley. 102 00:05:34,501 --> 00:05:36,834 Ya Tuhan, berikanku kesabaran 103 00:05:36,918 --> 00:05:40,459 untuk tak lempang kawanku ini. 104 00:05:40,543 --> 00:05:42,709 Tina! Saya tak main-main 105 00:05:42,793 --> 00:05:46,209 apabila saya kata ini akan melengkapkan hidup saya. 106 00:05:46,293 --> 00:05:48,918 Itu perkara paling menyedihkan pernah saya dengar. 107 00:05:49,001 --> 00:05:50,959 Saya pernah bercinta dengan ahli silap mata. 108 00:05:54,168 --> 00:05:56,251 Gideon… 109 00:05:56,959 --> 00:06:00,543 Saya tak mahu terlibat dengan permainan kebudak-budakan awak. 110 00:06:01,209 --> 00:06:05,043 Budak. Betullah. Saya boleh tanya anak saya, Mikey. 111 00:06:05,126 --> 00:06:06,376 Terima kasih, Gideon! 112 00:06:06,459 --> 00:06:09,459 Jangan berterima kasih. Itu dianggap bersubahat. 113 00:06:10,709 --> 00:06:13,709 Oh, impianku 114 00:06:15,376 --> 00:06:19,793 Tak seperti yang disangka Tak seperti… 115 00:06:22,251 --> 00:06:23,876 Mark! 116 00:06:23,959 --> 00:06:26,876 Ini sangat menyeronokkan! 117 00:06:26,959 --> 00:06:28,584 Nak bar arang teraktif? 118 00:06:28,668 --> 00:06:30,543 Tak rasa arang pun. 119 00:06:30,626 --> 00:06:33,334 Terry? Betullah awak! 120 00:06:33,418 --> 00:06:35,584 Tidak. Nama dia Feather. 121 00:06:35,668 --> 00:06:37,084 Feather? 122 00:06:37,168 --> 00:06:39,626 Taklah, ini Terry Dookindarf. 123 00:06:39,709 --> 00:06:42,584 Dia dahsyat. Dialah Singa Jalan LaSalle. 124 00:06:43,376 --> 00:06:45,376 Saya bukan Singa itu lagi. 125 00:06:45,459 --> 00:06:47,876 Terry jaguh parti Lembaga Perdagangan. 126 00:06:47,959 --> 00:06:52,168 Dulu dia sedut tiga baris sekali jalan. 127 00:06:52,251 --> 00:06:54,793 - Sedut apa sambil berjalan? - Rambut awak kenapa? 128 00:06:54,876 --> 00:06:55,959 Jangan! 129 00:06:56,959 --> 00:06:58,251 Itu rambut palsu? 130 00:06:58,334 --> 00:07:00,293 Alamak! Minta maaf! 131 00:07:00,376 --> 00:07:02,626 Kami nak ke bar McDougal. Marilah. 132 00:07:02,709 --> 00:07:04,959 Tak boleh. Kami sedang bekerja. 133 00:07:05,043 --> 00:07:06,709 Arang ini rasa macam pantat! 134 00:07:06,793 --> 00:07:09,959 Okey, kita jumpa nanti, Terry. 135 00:07:10,043 --> 00:07:11,459 Maksud awak "Feather". 136 00:07:12,418 --> 00:07:13,459 Itulah fasal. 137 00:07:13,543 --> 00:07:15,918 Tak guna! Saya penipu, Daniel! 138 00:07:16,001 --> 00:07:17,876 Biarkan saja mereka. 139 00:07:17,959 --> 00:07:21,084 Kita semua ada masa silam. Dulu pun saya mengaku lurus. 140 00:07:21,168 --> 00:07:23,459 Dulu saya pandai berseronok. 141 00:07:23,543 --> 00:07:27,626 Tengok sekarang. Saya agihkan arang di perarakan minuman keras. 142 00:07:27,709 --> 00:07:31,709 Feather, awak masih boleh berseronok dan jadi diri awak sekarang. 143 00:07:32,293 --> 00:07:33,793 Betul kata awak! 144 00:07:33,876 --> 00:07:37,084 Lantaklah arang tak guna ini. Memang rasa macam pantat. 145 00:07:37,168 --> 00:07:38,501 Jom minum. 146 00:07:38,584 --> 00:07:40,168 Oh. Okey. Baik. 147 00:07:42,251 --> 00:07:44,251 Terry suka wiski. 148 00:07:44,334 --> 00:07:46,418 Awak nak minum bir? Saya belanja. 149 00:07:46,501 --> 00:07:48,626 Okey, kita nak ke mana? 150 00:07:49,584 --> 00:07:50,959 Saya tahu tempatnya. 151 00:07:53,459 --> 00:07:55,376 Aduhai. 152 00:07:55,459 --> 00:07:58,668 Inilah perasaan orang Mesir semasa temui piramid. 153 00:07:58,751 --> 00:08:00,334 Hai, awak pasti Diane! 154 00:08:00,418 --> 00:08:02,251 Kereta ini akan bergerak tak lama lagi. 155 00:08:02,334 --> 00:08:05,668 Ada tandas mudah alih di atasnya, tapi jangan berak. 156 00:08:05,751 --> 00:08:08,584 Ini gelas istiadat untuk minuman yang pertama. 157 00:08:08,668 --> 00:08:12,626 Bagus! Saya tunggu orang besar saya. Maksud saya, peneman saya. 158 00:08:12,709 --> 00:08:15,043 Mak? Mak! 159 00:08:15,126 --> 00:08:18,293 Mikey, syukurlah! Penyelamat mak. 160 00:08:18,376 --> 00:08:20,126 Saya sedia membantu, mak. 161 00:08:20,209 --> 00:08:22,918 Busuknya! 162 00:08:23,001 --> 00:08:24,709 Kamu minum arak hari ini? 163 00:08:24,793 --> 00:08:28,501 Tak! Tunggu! Mungkin saya masih mabuk sejak malam tadi! 164 00:08:28,584 --> 00:08:32,459 Sedia untuk mulakan perarakan Kereta Berhias O'Malley? 165 00:08:32,543 --> 00:08:34,584 Hembus nafas ke dalam tiub. 166 00:08:35,834 --> 00:08:38,751 Itu dia. Ratu tahun ini. 167 00:08:38,834 --> 00:08:42,251 Saya tak sabar nak selak gaun itu nanti. 168 00:08:42,334 --> 00:08:44,793 Gelinya! Berambus, muka tikus! 169 00:08:44,876 --> 00:08:48,209 Diane, ini saya. Hank Buckley. 170 00:08:53,959 --> 00:08:58,834 Hank Si Kacak? Ya, Tuhan. Apa dah jadi kepada muka dan badan awak? 171 00:08:58,918 --> 00:09:00,126 Awak kemalangan? 172 00:09:00,876 --> 00:09:04,959 Tidaklah. Akhirnya saya tanggalkan pendakap belakang saya. 173 00:09:05,043 --> 00:09:06,959 - Terima kasih kerana perasan. - Ya… 174 00:09:07,043 --> 00:09:12,043 Ada sepuluh blok untuk kita berpesta, kemudian awak akan ditabalkan. 175 00:09:12,126 --> 00:09:15,209 Jika berjalan lancar, saya akan beritahu Molly Lahey 176 00:09:15,293 --> 00:09:18,334 kita ada ratu tetap yang baharu. 177 00:09:19,459 --> 00:09:22,793 Biar betul. Tak sangka itu Hank Si Kacak. 178 00:09:22,876 --> 00:09:26,334 Pasti mak mabuk teruk semasa kami bercumbuan. 179 00:09:26,418 --> 00:09:28,084 Saya tak nak dengar, mak. 180 00:09:28,168 --> 00:09:32,501 Tuan-tuan dan puan-puan, angkat gelas anda dan mari kita mulakan. 181 00:09:34,251 --> 00:09:38,001 Cepat, Mikey. Pergi buat kecoh. Alihkan tumpuan mereka. 182 00:09:38,084 --> 00:09:39,834 Baik, mak. 183 00:09:40,751 --> 00:09:42,793 Maafkan aku, ya Tuhan. 184 00:09:43,959 --> 00:09:48,084 LeBron James ialah pemain bola keranjang terbaik sepanjang masa. 185 00:09:51,251 --> 00:09:53,709 MJ yang terbaik! 186 00:09:53,793 --> 00:09:55,751 Jordan yang terbaik! 187 00:09:55,834 --> 00:09:57,043 Jalan! 188 00:09:57,126 --> 00:09:58,751 Tangkap dia! 189 00:09:59,459 --> 00:10:02,334 Hei! Mari kita berpesta! 190 00:10:05,834 --> 00:10:07,334 Kelakar betul, Feather. 191 00:10:07,418 --> 00:10:09,334 Tak sangka awak datang ke sini. 192 00:10:09,418 --> 00:10:13,168 Awak bergurau? Dahulu ini tempat lepak saya. Cindy! 193 00:10:13,251 --> 00:10:14,876 - Saya Rachel. - Rachel! 194 00:10:14,959 --> 00:10:18,376 Empat Jameson, dua Jager, dan empat Irish Car Bomb. 195 00:10:18,459 --> 00:10:20,501 Banyaknya. 196 00:10:20,584 --> 00:10:22,793 Pembetulan. Itu cuma permulaan. 197 00:10:28,668 --> 00:10:33,001 Terry berseronok sekarang! Hei! Joe Keding masih melepak di sini? 198 00:10:33,084 --> 00:10:34,876 Ya, awak tahulah tempat dia. 199 00:10:34,959 --> 00:10:38,293 Jujur, tadi saya bengang sebab kena bekerja, 200 00:10:38,376 --> 00:10:40,376 tapi ini hebat! 201 00:10:40,459 --> 00:10:44,834 Ya. Apa? Saya nak pergi lalok. Bukan, saya nak kencing. 202 00:10:44,918 --> 00:10:46,876 Okey, saya boleh minum lebih. 203 00:10:51,209 --> 00:10:53,876 Entah kenapa awak tak jawab panggilan, Mark, 204 00:10:53,959 --> 00:10:55,918 tapi ujian tadi positif. 205 00:10:56,001 --> 00:11:00,751 Kita ada masa yang singkat untuk buat S-E-K-S. 206 00:11:00,834 --> 00:11:02,418 Saya akan jumpa awak. 207 00:11:02,501 --> 00:11:04,209 Samalah kita. 208 00:11:04,293 --> 00:11:07,293 Apabila gersang, saya mesti dapatkannya. 209 00:11:08,376 --> 00:11:10,626 Boleh hidupkan radio? 210 00:11:10,709 --> 00:11:12,501 - Bagus! - Selamat Hari St. Patrick! 211 00:11:12,584 --> 00:11:14,251 - Tambah lagi! - Arak! 212 00:11:14,334 --> 00:11:15,584 Minum dengan kami, tuanku! 213 00:11:15,668 --> 00:11:17,543 Jangan umpan saya! 214 00:11:17,626 --> 00:11:19,876 Maksud saya, belum lagi, sayang. 215 00:11:19,959 --> 00:11:21,793 Saya perlu kawal diri, okey? 216 00:11:21,876 --> 00:11:23,793 Semuanya okey, Diane? 217 00:11:23,876 --> 00:11:27,793 Saya pening-pening lalat sebab banyak sangat minum. 218 00:11:27,876 --> 00:11:30,168 Nah. Makan sedikit. 219 00:11:30,251 --> 00:11:33,584 Oh, Tuhan! Saya suka nacho Ireland. 220 00:11:34,876 --> 00:11:39,459 Dagingnya dah basi. Jangan makan nacho itu! 221 00:11:39,543 --> 00:11:41,876 - Saya nak makanlah! - Seluar saya! 222 00:11:42,793 --> 00:11:45,376 Ini sedaplah. Kenapa dengan awak? 223 00:11:45,459 --> 00:11:49,626 Saya tak tahu. Entah kenapa semuanya terasa lain. 224 00:11:50,751 --> 00:11:53,168 Hei, kuatkan muzik. 225 00:11:55,584 --> 00:11:57,168 Ya! 226 00:11:57,251 --> 00:11:58,418 Mari berpesta! 227 00:11:58,501 --> 00:12:00,334 Ayuh, semua! 228 00:12:03,293 --> 00:12:04,918 Menarilah! 229 00:12:05,001 --> 00:12:06,126 Awak dulu! 230 00:12:07,209 --> 00:12:08,459 Awak teruk! 231 00:12:09,584 --> 00:12:12,501 Ya, saya nak ke tandas sekejap. 232 00:12:13,543 --> 00:12:14,876 Hembus nafas ke dalam tiub. 233 00:12:21,293 --> 00:12:24,334 Diane, saya dah kata. Saya tak nak tipu untuk awak. 234 00:12:24,418 --> 00:12:26,501 Saya tak mabuk. Saya waras lagi. 235 00:12:26,584 --> 00:12:27,501 Teruskan bercakap. 236 00:12:27,584 --> 00:12:30,126 Makanan rasa pelik, muka Hank penuh tahi lalat. 237 00:12:30,209 --> 00:12:32,793 Tarian saya kaku macam rambut Zuzana. 238 00:12:35,459 --> 00:12:37,751 Rokok pun rasa tak sedap. 239 00:12:37,834 --> 00:12:41,584 Badan awak dah singkirkan alkohol dan deria awak makin tajam. 240 00:12:41,668 --> 00:12:45,418 Sekarang pukul 11 pagi, jadi, tak pelik pun kalau tak minum. 241 00:12:45,501 --> 00:12:47,751 Ajar saya hidup tanpa mabuk. 242 00:12:47,834 --> 00:12:49,918 Okey. Beritahu saya kedudukan awak. 243 00:12:50,001 --> 00:12:52,418 Saya di tandas mudah alih kereta berhias 244 00:12:52,501 --> 00:12:54,251 sambil hisap gula getah CBD. 245 00:12:54,334 --> 00:12:58,959 Biasanya itu dipanggil "hidup musnah." Dengan awak, saya tak pasti. 246 00:12:59,584 --> 00:13:04,168 Yang peliknya, itu seks terhebat pernah saya alami. 247 00:13:04,251 --> 00:13:07,793 Jadi, sekarang, saya lebih suka zakar kecil. 248 00:13:07,876 --> 00:13:09,001 Hentikan teksi! 249 00:13:09,709 --> 00:13:12,293 Kisah awak terlalu peribadi. 250 00:13:13,626 --> 00:13:16,043 Mark! Syukurlah. Saya berovula… 251 00:13:16,126 --> 00:13:18,959 Apa? Hei, si cantik. 252 00:13:19,543 --> 00:13:20,709 Celaka. 253 00:13:22,543 --> 00:13:23,834 Tak guna! 254 00:13:23,918 --> 00:13:25,209 KEDIAMAN AWAM MCDOUGALS 255 00:13:25,293 --> 00:13:26,209 Dia berpantun! 256 00:13:26,293 --> 00:13:27,834 Semasa umur saya lapan, 257 00:13:27,918 --> 00:13:30,043 mak beri suatu minuman. 258 00:13:30,126 --> 00:13:31,793 Saya tanya, "Ini apa?" 259 00:13:31,876 --> 00:13:33,376 "Guinness," katanya. 260 00:13:33,459 --> 00:13:36,209 Sekali hirup, lengkaplah hidup. 261 00:13:41,501 --> 00:13:44,376 Saya suka dia. Saya mabuk. 262 00:13:44,459 --> 00:13:47,834 Jika arak habis, kita boleh pam perut dia. 263 00:13:47,918 --> 00:13:52,668 Ya! Mari berpantun lagi untuk leprechaun kecil ini. 264 00:13:53,501 --> 00:13:55,626 Apa awak panggil saya? 265 00:13:55,709 --> 00:13:56,959 Oh! Tidak. 266 00:13:57,043 --> 00:13:59,751 Saya tahu awak bukan leprechaun, 267 00:13:59,834 --> 00:14:01,668 tapi awak perlu akuinya. 268 00:14:01,751 --> 00:14:04,751 Pakaian dan tarian awak. 269 00:14:04,834 --> 00:14:05,876 Pantun awak. 270 00:14:05,959 --> 00:14:08,876 Saya nak upah awak untuk berpesta. 271 00:14:08,959 --> 00:14:11,793 Awak siapa? Saya taasub dengan awak. 272 00:14:11,876 --> 00:14:13,543 Nama saya Jim McDougal. 273 00:14:13,626 --> 00:14:18,876 Awak di bar saya, dan tiada seorang pun boleh panggil saya leprechaun. 274 00:14:18,959 --> 00:14:19,793 Aduhai. 275 00:14:21,709 --> 00:14:23,293 Tina. Apa patut saya buat? 276 00:14:23,376 --> 00:14:24,626 Keluar dari situ. 277 00:14:24,709 --> 00:14:26,793 Diane, masa untuk pertabalan. 278 00:14:26,876 --> 00:14:29,584 Tak, saya kencing saja. Sumpah! 279 00:14:29,668 --> 00:14:31,834 Maksud saya di sini. Cepat! 280 00:14:31,918 --> 00:14:35,918 Tentu sekali. Cuma perlu lap elok-elok. 281 00:14:36,001 --> 00:14:39,459 Tina, kalau saya tak minum segelas di depan orang ramai, 282 00:14:39,543 --> 00:14:41,084 maka saya bukanlah ratu. 283 00:14:41,168 --> 00:14:42,793 Ratu sebenar jujur. 284 00:14:42,876 --> 00:14:46,584 Asalkan awak jujur, orang lain tak kisah awak minum atau tak. 285 00:14:46,668 --> 00:14:51,001 Itu tindakan paling berani, dan awak tak pernah berpura-pura. 286 00:14:51,084 --> 00:14:56,418 Jadi, buktikan awak tetap hebat walaupun tak mabuk. 287 00:14:56,501 --> 00:14:58,709 Tina, awaklah kawan sejati saya. 288 00:14:58,793 --> 00:15:02,043 - Jangan kata "sejati." Kata kawan saja. - Baiklah. 289 00:15:04,293 --> 00:15:06,084 Ini bukan kostum. 290 00:15:06,168 --> 00:15:10,876 Pakaian ini diturunkan kepada saya daripada ayah dan datuk saya. 291 00:15:11,793 --> 00:15:15,709 Daniel. Saya perlukan 20 dolar dan kunci dengan alur yang bagus. 292 00:15:15,793 --> 00:15:18,293 Terry Dookindarf! 293 00:15:18,376 --> 00:15:21,834 Berani awak tunjukkan muka di sini setelah sekian lama. 294 00:15:21,918 --> 00:15:24,251 Awak berhutang lapan ribu dolar, 295 00:15:24,334 --> 00:15:26,584 dan hari ini, awak mesti bayar. 296 00:15:26,668 --> 00:15:29,501 - Kita patut pergi. - Daniel, bertenang. Biar saya uruskan. 297 00:15:29,584 --> 00:15:31,751 Pergi mampus, si bangsat ketot. 298 00:15:31,834 --> 00:15:32,959 Ada resit? 299 00:15:33,043 --> 00:15:38,584 - Jika tiada, pergi jahanamlah! - Mari selesaikan dengan cara lama. 300 00:15:38,668 --> 00:15:42,626 Dah lama saya tunggu nak belasah kamu, si ketot. 301 00:15:42,709 --> 00:15:44,293 Bukan kecil, saiz normal. 302 00:15:44,376 --> 00:15:46,709 Bukan saya akan berlawan, tapi anak saya. 303 00:15:46,793 --> 00:15:50,501 Seamus? Dia 13 tahun. Saya akan belasah dia cukup-cukup. 304 00:15:50,584 --> 00:15:52,626 Seamus! 305 00:16:04,251 --> 00:16:05,251 Ya! 306 00:16:10,376 --> 00:16:12,251 BERTUAH 307 00:16:13,334 --> 00:16:15,084 BUNUH - HANCUR- HAPUS - CEDERA - SAKIT 308 00:16:15,168 --> 00:16:17,501 TUMBUKAN IRELAND 309 00:16:17,584 --> 00:16:20,709 Celaka! Dia dah 21 tahun. 310 00:16:20,793 --> 00:16:23,418 Saya terlupa tentang peredaran masa. 311 00:16:25,668 --> 00:16:28,168 Jadi, tanpa berlengah lagi, 312 00:16:28,251 --> 00:16:33,709 mari kita bersulang dan tabalkan Ratu Wiski O'Malley tahun ini. 313 00:16:33,793 --> 00:16:35,876 Senyum lebar dan teguk banyak. 314 00:16:35,959 --> 00:16:37,918 Kemudian, mahkota ini milik awak. 315 00:16:41,043 --> 00:16:42,834 Apa khabar semua? 316 00:16:42,918 --> 00:16:48,959 Ya! Semua orang angkat gelas dan minum untuk O'Malley, 317 00:16:49,043 --> 00:16:51,876 tapi saya takkan buat begitu. 318 00:16:51,959 --> 00:16:53,376 - Apa? - Awak serius? 319 00:16:53,459 --> 00:16:55,793 Jangan salah faham, saya nak kamu minum, 320 00:16:55,876 --> 00:16:58,209 tapi saya tak mabuk. 321 00:16:58,293 --> 00:17:00,084 Biasanya saya bukan begini, 322 00:17:00,168 --> 00:17:02,459 tapi hari ini, inilah diri saya. 323 00:17:02,543 --> 00:17:06,251 Saya okey sebab saya berpuas hati 324 00:17:06,334 --> 00:17:09,959 dan saya tak perlukan alkohol untuk jadi Ratu Wiski. 325 00:17:10,043 --> 00:17:11,168 Betul tak? 326 00:17:14,126 --> 00:17:16,793 Langsung tak betul. Awak teruk, mak cik. 327 00:17:18,168 --> 00:17:20,126 Hei! Wah! Aduhai! 328 00:17:20,209 --> 00:17:23,251 Apabila dia tak minum, saya rasa bersalah nak minum! 329 00:17:24,209 --> 00:17:25,376 BUANG TANDAS 330 00:17:30,668 --> 00:17:32,168 Alamak! 331 00:17:33,251 --> 00:17:36,626 Mak datuk! Mereka kata tak boleh berak di sini! 332 00:17:38,334 --> 00:17:40,043 - Tina! - Hei, macam mana? 333 00:17:41,001 --> 00:17:42,626 - Saya dah jujur. - Bagus. 334 00:17:42,709 --> 00:17:44,751 Mereka humban saya dari kereta berhias. 335 00:17:44,834 --> 00:17:48,418 Namun, awak berjaya. Awak patut rasa seronok. 336 00:17:48,501 --> 00:17:49,793 Saya tak seronok pun. 337 00:17:49,876 --> 00:17:52,418 Jangan campak apa-apa, si tolol mabuk! 338 00:17:52,501 --> 00:17:55,168 Tiada gunanya saya tak mabuk. 339 00:17:55,251 --> 00:17:58,084 Sekarang ini, lebih baik saya minum sampai mabuk. 340 00:17:58,168 --> 00:18:00,459 Hei, awas! 341 00:18:00,543 --> 00:18:02,043 Diane, ingat, 342 00:18:02,584 --> 00:18:04,459 kalau minum, masuk penjara. 343 00:18:06,959 --> 00:18:09,584 Diane? Helo? Diane? 344 00:18:10,251 --> 00:18:11,418 Tak guna. 345 00:18:13,293 --> 00:18:15,418 Kenapa dengan kamu semua? 346 00:18:18,251 --> 00:18:20,668 Ke tepi! 347 00:18:22,834 --> 00:18:24,251 Celaka! 348 00:18:25,668 --> 00:18:26,626 Hati-hati! 349 00:18:27,293 --> 00:18:28,334 Bonnie? 350 00:18:29,168 --> 00:18:30,709 Di sini! 351 00:18:30,793 --> 00:18:34,334 Saya nak cari Mark. Kami perlu beromen. 352 00:18:34,418 --> 00:18:39,168 Ya Tuhan! Semua orang di bandar ini mabuk kecuali saya. 353 00:18:39,251 --> 00:18:40,834 Ini mimpi ngeri! 354 00:18:44,084 --> 00:18:47,001 Maaf. Selamat berpesta. 355 00:18:49,834 --> 00:18:51,626 Wiski percuma! 356 00:18:52,293 --> 00:18:53,626 Hembus nafas ke dalam tiub. 357 00:18:53,709 --> 00:18:55,584 Wiski percuma! 358 00:18:55,668 --> 00:18:57,584 Pergi mampuslah, Encik Roboto. 359 00:18:59,376 --> 00:19:00,959 Awak pasti, Feather? 360 00:19:01,043 --> 00:19:03,043 Lelaki itu nampak menakutkan. 361 00:19:03,126 --> 00:19:05,501 Apa? Dia? Itu otot acah-acah saja. 362 00:19:06,543 --> 00:19:08,168 Itu pula keluli acah-acah. 363 00:19:08,251 --> 00:19:10,459 Okey, saya nak ke tandas lagi. 364 00:19:10,543 --> 00:19:13,959 Pegang ini dan jangan biar pengecut itu lari. 365 00:19:14,043 --> 00:19:18,251 - Masa untuk berlawan. Di mana dia? - Tandas. Dia akan kembali sebentar… 366 00:19:19,126 --> 00:19:20,668 Alamak. 367 00:19:20,751 --> 00:19:23,251 Pengecut. Nampaknya kini giliran awak. 368 00:19:23,334 --> 00:19:24,334 Tunggu. Apa? 369 00:19:24,418 --> 00:19:25,876 Petinju baru! 370 00:19:25,959 --> 00:19:31,959 Petinju baru! 371 00:19:33,168 --> 00:19:37,209 Tuhan, kalau Kau tak nak aku minum, berikan petanda. 372 00:19:38,043 --> 00:19:41,043 Petinju baru! 373 00:19:43,626 --> 00:19:44,584 Apa? 374 00:19:50,543 --> 00:19:52,001 Buat pertaruhan! 375 00:19:52,084 --> 00:19:54,543 Sah-sah budak itu akan kalah. 376 00:19:54,626 --> 00:19:57,418 Tolonglah. Saya tak boleh. Saya tak pernah berlawan 377 00:19:57,501 --> 00:19:59,626 melainkan dalam kelas kombat pentas. 378 00:19:59,709 --> 00:20:00,668 Saya dapat C! 379 00:20:00,751 --> 00:20:04,793 Lain kali, fikir sebelum panggil saya L. 380 00:20:04,876 --> 00:20:06,709 Saya tak panggil awak lesbian. 381 00:20:06,793 --> 00:20:07,709 Leprechaun! 382 00:20:07,793 --> 00:20:10,626 Huruf L biasanya melambangkan lesbian. 383 00:20:10,709 --> 00:20:14,459 Ada sebuah rancangan… Itu tak penting. Hentikannya. 384 00:20:15,376 --> 00:20:16,793 Matilah awak, budak. 385 00:20:16,876 --> 00:20:18,084 Hentikan perlawanan. 386 00:20:18,168 --> 00:20:19,418 Ke tepi. 387 00:20:20,001 --> 00:20:22,959 Mak Cik Diane? Tolong saya! Saya mabuk. 388 00:20:23,043 --> 00:20:24,334 Siapa awak? 389 00:20:24,418 --> 00:20:27,084 Saya mak cik dia dan saya hentikan semua ini. 390 00:20:27,168 --> 00:20:28,876 Tanggalkan sarung tangan itu. 391 00:20:28,959 --> 00:20:30,668 Tak boleh, dah dibalut pita pelekat. 392 00:20:30,751 --> 00:20:32,626 Jangan tanggalkan. Kami dah bertaruh. 393 00:20:32,709 --> 00:20:35,209 Dia perlu berlawan sampai hutang mansuh. 394 00:20:35,834 --> 00:20:40,043 Berhenti, itu bukan pantun sengaja. Saya tak berlimerik sepanjang masa. 395 00:20:40,126 --> 00:20:42,168 Okey, saya dengar yang itu. 396 00:20:42,251 --> 00:20:43,834 Pantun habis di situ. 397 00:20:43,918 --> 00:20:46,001 Bukan begitu, tamat. Dah tamat. 398 00:20:46,084 --> 00:20:47,418 Aduhai, setiap kali… 399 00:20:47,501 --> 00:20:51,793 Tunggu! Apa itu? Bau seperti gas. 400 00:20:52,376 --> 00:20:54,501 Dia nak hentikan perlawanan. Dia menipu. 401 00:20:54,584 --> 00:20:55,959 Taklah! 402 00:20:56,043 --> 00:20:58,709 Awak tak bau sebab awak mabuk. 403 00:20:58,793 --> 00:21:01,876 Ini Hari St. Patrick. Semua orang mabuk! 404 00:21:01,959 --> 00:21:03,293 Kecuali saya. 405 00:21:03,376 --> 00:21:06,168 Sungguh, kita mesti keluar dari sini. 406 00:21:06,251 --> 00:21:08,918 Dia betul. Jarum menunjukkan bahagian merah. 407 00:21:09,001 --> 00:21:10,418 Semua orang lari! 408 00:21:10,501 --> 00:21:13,668 Ayuh, semua, cepat! Tempat ini akan meletup! 409 00:21:18,126 --> 00:21:20,209 Macam mana keadaan kamu? 410 00:21:20,293 --> 00:21:23,668 Saya lapar, tapi saya juga nak muntah. 411 00:21:23,751 --> 00:21:25,959 Ya, bukankah seronok rasanya? 412 00:21:26,876 --> 00:21:27,876 Tina! 413 00:21:27,959 --> 00:21:30,459 Alamak! Saya dah terlambat! 414 00:21:30,543 --> 00:21:33,584 Tak. Ini bukan muntah saya. Saya tak minum. 415 00:21:33,668 --> 00:21:35,001 Semuanya baik belaka. 416 00:21:36,418 --> 00:21:37,709 Alamak! 417 00:21:37,793 --> 00:21:40,501 Oh! Ada tingkat kedua! 418 00:21:40,584 --> 00:21:46,334 Tina, percaya tak? Saya selamatkan mereka sebab saya tak mabuk. 419 00:21:46,418 --> 00:21:48,126 Saya bangga dengan awak. 420 00:21:48,209 --> 00:21:50,418 Saya tak mampu lakukannya tanpa awak. 421 00:21:50,501 --> 00:21:52,168 Selepas gelang ini dibuka, 422 00:21:52,251 --> 00:21:55,043 - saya akan minum demi awak. - Maaf, apa? 423 00:21:55,126 --> 00:21:58,084 Tentulah saya akan minum arak lagi, 424 00:21:58,168 --> 00:22:00,876 tapi sekarang, saya boleh berhenti jika mahu. 425 00:22:02,126 --> 00:22:03,918 Boleh tumpangkan kami pulang? 426 00:22:04,001 --> 00:22:05,834 Ini salah awak, Tina. 427 00:22:05,918 --> 00:22:07,501 Awak punca ini berlaku. 428 00:22:07,584 --> 00:22:08,626 Cepat masuk. 429 00:22:11,293 --> 00:22:13,626 Ya, Mark! 430 00:22:13,709 --> 00:22:16,126 Ya, Mark! 431 00:22:16,209 --> 00:22:19,959 Saya tak sangka Hari St. Patrick paling gila-gila bagi saya 432 00:22:20,043 --> 00:22:22,334 berlangsung waktu saya tak minum. 433 00:22:23,209 --> 00:22:25,918 Kemudian, Daniel dan Feather berbaik. 434 00:22:26,001 --> 00:22:30,251 Feather sedar lebih baik dia kuburkan masa silamnya 435 00:22:30,334 --> 00:22:32,959 dan berikan Daniel dua hari cuti tambahan sebulan 436 00:22:33,043 --> 00:22:34,876 untuk simpan rahsia. 437 00:22:36,043 --> 00:22:39,334 Saya pula, dengan bantuan Tina, 438 00:22:39,418 --> 00:22:43,043 saya dapati saya mampu kawal diri. 439 00:22:43,126 --> 00:22:46,793 Mungkin saya hancurkan satu-satunya peluang menjadi Ratu Wiski, 440 00:22:46,876 --> 00:22:49,251 tapi bukan semua ratu pakai mahkota. 441 00:22:49,751 --> 00:22:52,376 Ada yang pakai gelang. 442 00:22:53,293 --> 00:22:54,959 Berhenti! Tolong berhenti. 443 00:22:55,043 --> 00:22:57,751 Saya langsung tak kenal mereka dan saya tak peduli. 444 00:22:57,834 --> 00:23:00,668 Saya panggil awak untuk tanggalkan gelang. 445 00:23:00,751 --> 00:23:03,209 Apa? Cepatnya sebulan berlalu! 446 00:23:03,293 --> 00:23:04,543 Baru empat hari, 447 00:23:04,626 --> 00:23:07,668 tapi kerana tindakan berani awak di Pub McDougal, 448 00:23:07,751 --> 00:23:10,793 hukuman awak dipendekkan dan langsai. Bailif! 449 00:23:11,459 --> 00:23:12,918 Ya! 450 00:23:15,334 --> 00:23:16,501 Bawa ke luar! 451 00:23:16,584 --> 00:23:17,793 Ayuh! 452 00:23:17,876 --> 00:23:21,793 Kes seterusnya, Bandar Chicago melawan Mark dan Bonnie Whiddington 453 00:23:21,876 --> 00:23:26,543 atas tuduhan mabuk di tempat awam dan melakukan aksi lucah dan seksual. 454 00:23:26,626 --> 00:23:29,626 Oh, Tuhan! Kantoi! 455 00:23:29,709 --> 00:23:32,959 - Hei, si bogel dan lucah! Nak bir? - Keluar! 456 00:24:15,834 --> 00:24:17,751 Terjemahan sari kata oleh Nuri