1 00:00:27,375 --> 00:00:28,333 Helo. 2 00:00:32,541 --> 00:00:33,541 Helo. 3 00:00:36,333 --> 00:00:37,208 Percutian? 4 00:00:38,375 --> 00:00:39,666 Boleh kata begitu. 5 00:00:41,166 --> 00:00:42,166 Dari Berlin? 6 00:00:44,666 --> 00:00:46,625 Tidak. Magdeburg. 7 00:00:48,666 --> 00:00:49,916 Kita pernah berjumpa? 8 00:00:51,583 --> 00:00:54,791 Rasanya tidak. Ini pertama kali saya ke sini. 9 00:00:58,750 --> 00:01:00,875 Kalau begitu, selamat bercuti. 10 00:01:13,750 --> 00:01:16,875 Kita dah jumpa dia. Saya akan beritahu Komrad Menteri. 11 00:01:17,416 --> 00:01:18,583 Bagus. 12 00:01:32,500 --> 00:01:35,458 - Tak guna! - Mike? Tinggikan lagi. 13 00:01:35,541 --> 00:01:38,166 - Saya tak nak terkena serpihan. - Dah tak boleh. 14 00:01:45,416 --> 00:01:46,375 Selamat tinggal. 15 00:01:49,250 --> 00:01:51,041 - Sven? - Tembak! 16 00:01:51,125 --> 00:01:52,541 - Tembak sekarang! - Duduk diam! 17 00:01:59,291 --> 00:02:01,583 - Bedebah! - Tak guna. 18 00:02:10,250 --> 00:02:12,750 Sven! Di belakang awak! 19 00:02:16,666 --> 00:02:18,000 Letakkan senjata! 20 00:02:18,083 --> 00:02:19,000 Apa? 21 00:02:19,083 --> 00:02:20,041 CIA? 22 00:02:20,666 --> 00:02:23,000 Letakkan senjata, En. Mittig! 23 00:02:29,000 --> 00:02:30,000 Uwe! 24 00:02:30,708 --> 00:02:31,833 Kita tangkap dia nanti. 25 00:02:33,125 --> 00:02:34,500 - Tahan dia. - Baik. 26 00:02:34,583 --> 00:02:36,416 - Turunkan mereka. - Baik, puan. 27 00:02:45,625 --> 00:02:46,875 Kita tak berkecai. 28 00:02:55,000 --> 00:02:57,458 Boleh tahan, Encik Petzold. 29 00:02:57,541 --> 00:02:59,083 Boleh tahan. 30 00:03:03,541 --> 00:03:06,166 Saya tahu awak akan datang. Awak tak pandai menipu. 31 00:03:06,250 --> 00:03:07,416 Awak berhutang budi. 32 00:03:08,333 --> 00:03:09,541 Kamu saling kenal? 33 00:03:12,458 --> 00:03:13,750 Apa yang awak nak tahu? 34 00:03:13,833 --> 00:03:17,250 Kami pintas semua komunikasi antara Ludsch dan Moscow. 35 00:03:18,000 --> 00:03:22,666 Setiap kali beg itu disebut, begitu juga nama awak, Kleo Straub. 36 00:03:22,750 --> 00:03:25,791 Nama awak sering disebut. 37 00:03:27,458 --> 00:03:28,875 Awak kuncinya. Kenapa? 38 00:03:28,958 --> 00:03:30,583 Saya tak tahu. 39 00:03:30,666 --> 00:03:32,666 Ayuh! Beritahu apa yang awak tahu. 40 00:03:32,750 --> 00:03:35,625 Hanya kerana saya bukan lagi Stasi, 41 00:03:35,708 --> 00:03:39,166 awak fikir saya akan berjuang bagi pihak kapitalisme awak? 42 00:03:39,250 --> 00:03:41,541 Adakah awak rasa dokumen itu 43 00:03:41,625 --> 00:03:45,166 patut kekal di tangan ideologi yang korup? 44 00:03:45,250 --> 00:03:47,416 Ideologi awak pun sama teruk. 45 00:03:49,666 --> 00:03:53,125 Apa awak nak, Kleo Straub? Saya tak faham awak. 46 00:03:59,000 --> 00:04:00,750 Buat keputusan sendiri? 47 00:04:01,625 --> 00:04:03,958 Berhenti ikut suruhan orang? 48 00:04:05,166 --> 00:04:07,583 Berhenti percaya hanya ada baik dan jahat? 49 00:04:08,583 --> 00:04:12,125 Mungkin dalam dunia lain yang tak ada ideologi awak. 50 00:04:15,083 --> 00:04:16,958 Teruslah kejar saya kalau nak. 51 00:04:18,875 --> 00:04:23,291 Tapi awak takkan dapat apa-apa. Beritahulah koboi awak di Washington. 52 00:04:24,666 --> 00:04:26,041 Mari pergi. 53 00:04:32,041 --> 00:04:33,125 Tak apa. 54 00:04:34,666 --> 00:04:38,208 Dia akan bawa kita kepada dokumen itu. Kita cuma perlu ekori dia. 55 00:04:38,291 --> 00:04:40,208 Kita akan dapat apa kita nak. 56 00:04:44,541 --> 00:04:48,708 - Bagaimana awak tahu lokasi saya? - Kawan lama saya, anggota askar Rusia. 57 00:04:48,791 --> 00:04:51,041 Tapi CIA juga tahu. Maksudnya… 58 00:04:51,125 --> 00:04:54,208 Maksudnya mungkin ada informan dalam kalangan Ludsch. 59 00:04:55,375 --> 00:04:57,500 Jadi, ejen awak boleh dibeli juga? 60 00:04:57,583 --> 00:04:58,625 Betul. 61 00:05:16,916 --> 00:05:19,541 Hei, awak ada kunci atau apa-apa untuk ini? 62 00:05:20,291 --> 00:05:21,375 Tidak. 63 00:05:22,750 --> 00:05:23,666 Kleo. 64 00:05:25,041 --> 00:05:26,291 Mesej untuk awak. 65 00:05:28,041 --> 00:05:28,916 Terima kasih. 66 00:05:30,916 --> 00:05:35,166 "Mesej." Itu surat. Thilo, kenapa awak selalu sangat… 67 00:05:38,708 --> 00:05:40,666 Awak buat dengan baik hari ini. 68 00:05:42,833 --> 00:05:43,666 Terima kasih. 69 00:05:45,041 --> 00:05:46,625 Nampak hebat juga. 70 00:05:50,791 --> 00:05:53,708 KLEO 71 00:06:05,958 --> 00:06:07,000 Kepada Kleo. 72 00:06:07,875 --> 00:06:08,875 Betul cakap awak. 73 00:06:09,875 --> 00:06:13,125 Itulah diri awak dan itu mungkin tak sesuai untuk saya. 74 00:06:13,208 --> 00:06:15,583 Saya tak mahu hidup penuh keganasan dan kematian. 75 00:06:15,666 --> 00:06:18,625 Saya tahu tiada dunia tanpa keganasan dan kematian, 76 00:06:18,708 --> 00:06:21,000 dan saya pengecut jika saya pura-pura tak tahu. 77 00:06:21,083 --> 00:06:25,166 Tapi bukan semua orang boleh jadi berani. Berani macam awak. 78 00:06:26,416 --> 00:06:29,166 Orang macam saya, yang hanya nak hidup bahagia, 79 00:06:29,250 --> 00:06:32,250 mungkin perlu orang macam awak yang berjuang untuk kebahagiaan itu. 80 00:06:33,291 --> 00:06:37,250 Perkara terakhir yang saya mahu ialah awak jadi lemah kerana saya. 81 00:06:37,791 --> 00:06:40,500 Walaupun hidup kita tak sesuai untuk satu sama lain, 82 00:06:40,583 --> 00:06:43,291 saya nak awak tahu yang awak sempurna seadanya. 83 00:06:44,291 --> 00:06:46,291 Saya gembira kita berjumpa lagi, 84 00:06:46,875 --> 00:06:50,250 dan saya harap awak temui kebahagiaan yang awak cari. 85 00:06:51,208 --> 00:06:53,958 Selamanya milik awak, Holger. 86 00:07:07,666 --> 00:07:08,541 Awak sedih? 87 00:07:13,208 --> 00:07:14,041 Ya. 88 00:07:15,125 --> 00:07:16,625 Ya, mungkin agak sedih. 89 00:07:23,916 --> 00:07:24,833 Saya pun. 90 00:07:26,833 --> 00:07:27,916 Kenapa? 91 00:07:28,750 --> 00:07:33,083 Saya selalu fikir rasa kekosongan itu bermakna sesuatu tidak penting. 92 00:07:34,125 --> 00:07:36,500 Bolehkah sesuatu yang tak penting menyakitkan? 93 00:07:39,208 --> 00:07:40,041 Ciana? 94 00:07:42,083 --> 00:07:44,208 Saya sangka kami ditakdirkan bersama. 95 00:07:45,083 --> 00:07:48,583 Dua orang dari bintang yang sama, selama-lamanya. 96 00:07:51,416 --> 00:07:53,083 Kini tiada apa yang tinggal. 97 00:07:53,958 --> 00:07:56,291 Hanya kekosongan yang amat menyakitkan. 98 00:07:59,250 --> 00:08:02,208 Lebih baik bersendirian. Kurang sakit begitu. 99 00:08:07,833 --> 00:08:11,166 Ya. Kita takkan kehilangan jika tak memiliki sesiapa pun. 100 00:08:16,833 --> 00:08:18,291 Tapi itu bermakna 101 00:08:19,000 --> 00:08:21,291 kita perlu bersendirian selamanya. 102 00:08:23,000 --> 00:08:26,791 Kleo, itu bermakna manusia bukan makhluk sosial. 103 00:08:27,416 --> 00:08:30,875 Bahawa planet ini penuh dengan egotis tanpa sebarang perhubungan, 104 00:08:31,708 --> 00:08:33,625 tanpa cinta, tanpa persahabatan. 105 00:08:34,500 --> 00:08:36,000 - Ya. - Tapi bukan begitu. 106 00:08:37,875 --> 00:08:39,250 Awak kawan saya, Kleo. 107 00:08:40,375 --> 00:08:41,750 Saya rasakannya di sini. 108 00:08:45,708 --> 00:08:48,500 Ya. Awak kawan saya, Thilo. 109 00:08:50,166 --> 00:08:51,125 Betul. 110 00:08:51,625 --> 00:08:54,000 Manusia perlu percaya akan cinta. 111 00:08:55,750 --> 00:08:57,458 Jika kita kecewa, 112 00:08:57,958 --> 00:09:00,083 barulah kita boleh sembuh, Kleo. 113 00:09:01,291 --> 00:09:02,208 Cakaplah sesuatu. 114 00:09:03,458 --> 00:09:04,958 - Mungkin betul. - Ya. 115 00:09:05,041 --> 00:09:06,291 - Ya, tidak… - Memang betul. 116 00:09:06,958 --> 00:09:07,958 Ya! 117 00:09:09,166 --> 00:09:11,375 Kita tak boleh tinggalkan kawan. 118 00:09:11,458 --> 00:09:14,833 Orang tersayang juga. Serta harapan dan impian kita. 119 00:09:16,041 --> 00:09:17,958 Itu undang-undang kosmik. 120 00:09:18,708 --> 00:09:20,250 Apa rancangan awak? 121 00:09:21,500 --> 00:09:24,416 Saya perlu jumpa Dopi. Cinta tak boleh mati, Kleo. 122 00:09:50,541 --> 00:09:52,041 Selamat Hari Krismas, Kleo. 123 00:09:52,833 --> 00:09:53,666 Ayah? 124 00:10:08,041 --> 00:10:09,291 Awak okey? 125 00:10:10,541 --> 00:10:13,666 Hei, Kleo? Kita akan buat sesuatu tentang ini? 126 00:10:15,791 --> 00:10:17,958 Kleo, tunggu. Kleo! 127 00:10:18,041 --> 00:10:21,458 Cakaplah dengan saya. Tolonglah. Saya nampak ada sesuatu. 128 00:10:21,541 --> 00:10:24,750 Itu tak mengapa, tapi berkomunikasilah. Tolonglah. 129 00:10:24,833 --> 00:10:26,875 Rumah patung ini hadiah Krismas saya. 130 00:10:27,416 --> 00:10:30,958 Okey, itu hadiah Krismas yang sangat bagus. 131 00:10:31,666 --> 00:10:32,791 Jadi? 132 00:10:48,208 --> 00:10:50,333 Selamat Hari Krismas, Kleo. 133 00:10:50,416 --> 00:10:53,333 - Siapa awak? - Kita dah lama kenal. 134 00:10:58,916 --> 00:11:01,333 Saya bawa hadiah. 135 00:11:01,416 --> 00:11:02,416 Tengoklah. 136 00:11:17,916 --> 00:11:21,000 Nama sasaran ialah Karl-Friedrich Konrad, 137 00:11:21,083 --> 00:11:23,583 dan dia pimpin unit tempur Nazi di Republik Persekutuan. 138 00:11:24,083 --> 00:11:27,750 Perjumpaan rahsia akan diaturkan untuk kamu berdua. 139 00:11:27,833 --> 00:11:32,166 Awak boleh baca maklumat lain tentang proses operasi di sini. 140 00:11:34,333 --> 00:11:35,291 Terima kasih. 141 00:11:36,500 --> 00:11:37,875 Itu saja? 142 00:11:39,250 --> 00:11:40,250 Belum lagi. 143 00:11:42,500 --> 00:11:44,458 - Apa ini? - Bukalah. 144 00:11:47,666 --> 00:11:50,791 Kejohanan Luncur Ais Eropah di Copenhagen? 145 00:11:51,666 --> 00:11:53,708 Itu di negara bukan sosialis. 146 00:11:56,458 --> 00:12:00,916 Jika awak ambil ia sekarang, awak berjanji untuk balik dengan selamat. 147 00:12:01,541 --> 00:12:03,125 Adakah itu arahan? 148 00:12:03,208 --> 00:12:04,375 Itu arahan. 149 00:12:05,416 --> 00:12:09,916 Okey, saya akan cuba yang terbaik. Jika saya kembali dengan selamat? 150 00:12:10,000 --> 00:12:14,458 Kita akan bersorak untuk Kati kita di Copenhagen bersama-sama. 151 00:12:17,625 --> 00:12:18,625 Ini… 152 00:12:20,583 --> 00:12:23,625 mungkin tak profesional, tapi… 153 00:12:32,458 --> 00:12:35,375 - Baiklah. Semoga berjaya, komrad. - Komrad. 154 00:12:36,916 --> 00:12:37,875 Komrad Zhukov? 155 00:12:39,916 --> 00:12:40,916 Helo. 156 00:12:42,000 --> 00:12:45,000 "Izinkan saya melapor! Rahsia besar. 157 00:12:45,083 --> 00:12:50,333 Operasi Ludsch, dirangka oleh Kolonel Jeneral Otto Straub." 158 00:12:50,416 --> 00:12:52,791 Holger, hentikannya. Nanti atuk dengar! 159 00:12:52,875 --> 00:12:54,958 Dia patut simpan ini dengan baik. 160 00:12:55,708 --> 00:13:00,958 "Objektif, pengekalan struktur ketenteraan dan pentadbiran 161 00:13:01,041 --> 00:13:03,208 sekiranya kejatuhan berlaku." 162 00:13:04,958 --> 00:13:07,083 - Bagi sini! - Apa yang saya dapat? 163 00:13:07,166 --> 00:13:10,458 - Penampar di muka. - Penampar? Itu tak cukup. 164 00:13:12,875 --> 00:13:13,791 Telur goreng? 165 00:13:15,250 --> 00:13:16,375 Telur goreng. 166 00:13:18,333 --> 00:13:20,458 Saya mahu ciuman daripada awak. 167 00:13:22,375 --> 00:13:23,375 Baiklah. 168 00:13:53,375 --> 00:13:54,500 Kleo, keluarlah. 169 00:13:57,333 --> 00:13:58,708 Cepat keringkan badan. 170 00:14:04,041 --> 00:14:05,250 Ayah dah balik? 171 00:14:08,583 --> 00:14:12,208 Mak dah cakap, sayang. Ayah takkan balik. 172 00:14:13,000 --> 00:14:14,916 Tapi saya baru nampak dia. 173 00:14:20,333 --> 00:14:21,500 Keretanya rosak. 174 00:14:22,875 --> 00:14:24,000 Di lebuh raya. 175 00:14:25,041 --> 00:14:28,458 Keretanya terbabas. Doktor bergegas ke tempat kejadian. 176 00:14:28,541 --> 00:14:31,166 Tapi mereka tak dapat buat apa-apa. 177 00:14:33,416 --> 00:14:35,750 Apa awak buat di sini, Nikolai? Otto hantar awak? 178 00:14:35,833 --> 00:14:37,416 Saya cuma bawa hadiah. 179 00:14:37,500 --> 00:14:39,750 Saya tak nak awak datang lagi ke sini! 180 00:14:39,833 --> 00:14:42,000 Awak tak boleh halang saya bawa hadiah. 181 00:14:42,083 --> 00:14:44,458 Ambil saja hadiah awak! 182 00:14:44,541 --> 00:14:47,708 Dia betul. Pergi dari sini dan berhenti ganggu hidup kami. 183 00:14:47,791 --> 00:14:49,875 Jangan berani sebut tentang mengganggu! 184 00:15:16,166 --> 00:15:17,333 Kenapa? 185 00:15:21,708 --> 00:15:26,000 - Sven, kita perlu jumpa mak saya. - Okey, bertenang. Awak di mana sekarang? 186 00:15:26,750 --> 00:15:30,083 Ayah saya tak mati dalam kemalangan. Dia ditembak. 187 00:15:30,166 --> 00:15:32,125 Oleh Nikolai Zhukov daripada KGB. 188 00:15:32,208 --> 00:15:34,916 Nikolai Zhukov ini yang ekori saya selama ini. 189 00:15:35,000 --> 00:15:38,000 Dia datang dan pulangkan rantai kuda laut yang dia ambil 190 00:15:38,083 --> 00:15:40,416 semasa saya kecil selepas dia tembak ayah saya. 191 00:15:40,500 --> 00:15:42,291 Mak saya kenal dia. Faham tak? 192 00:15:42,375 --> 00:15:45,500 Okey, jadi kita akan jumpa mak awak sekarang. 193 00:15:45,583 --> 00:15:49,500 - Tak boleh. Kita tak tahu dia di mana. - Macam mana nak cari? 194 00:15:49,583 --> 00:15:52,708 - Hanya Mak Cik Margot boleh tahu. - Kerana? 195 00:15:52,791 --> 00:15:55,666 Sebab Pjotr kata Margot terlibat dalam Ludsch. 196 00:15:55,750 --> 00:15:58,208 - Okey. - Orang-orang Ludsch ialah Stasi. 197 00:15:58,291 --> 00:16:02,250 Firma ada hampir 200,000 orang informan. Tiada sesiapa pun boleh menyorok. 198 00:16:02,333 --> 00:16:04,750 - Ya. - Ludsch boleh aktifkan mereka. 199 00:16:05,291 --> 00:16:07,625 - Siapa tahu semua ini? - Margot Honecker. 200 00:16:07,708 --> 00:16:08,875 - Betul. - Bagus. 201 00:16:08,958 --> 00:16:13,041 Baiklah. Saya tak pasti saya faham segalanya, tapi mari pergi. 202 00:16:14,458 --> 00:16:17,708 Boleh buat sesuatu tentang ini? Ia dah mula… 203 00:16:19,208 --> 00:16:22,458 Apa yang awak buat? Tidak. Kleo, hentikannya. Jangan… 204 00:16:22,541 --> 00:16:25,458 Pasti ada gergaji sebab kita takkan buat begini. 205 00:16:25,541 --> 00:16:26,791 - Berhenti. - Duduk diam. 206 00:16:26,875 --> 00:16:27,833 Cuma… Okey. 207 00:16:28,333 --> 00:16:30,583 - Saya percayakan awak. - Teruskan. 208 00:16:33,500 --> 00:16:34,583 Ayuh. 209 00:16:36,666 --> 00:16:38,166 Kebebasan! 210 00:16:47,583 --> 00:16:50,583 Dopi, hei. Saya ubah fikiran. Saya nak turut serta. 211 00:16:50,666 --> 00:16:52,583 Awak nak tinggalkan sayakah? 212 00:16:53,750 --> 00:16:58,833 Betul. Ciana bukan puteri. Ia menanggalkan jarum pemain rekod saya. 213 00:17:00,083 --> 00:17:01,166 Betul. 214 00:17:01,250 --> 00:17:05,250 Tapi jika rekod masih berputar, kita boleh letak semula jarumnya. 215 00:17:05,333 --> 00:17:06,916 Jantung kita boleh menari. 216 00:17:07,000 --> 00:17:08,416 - Wah. - Ya. 217 00:17:08,500 --> 00:17:09,875 Cinta dan muzik. 218 00:17:10,375 --> 00:17:12,666 - Itulah misinya! - Misi awak. 219 00:17:12,750 --> 00:17:13,625 Tidak, Dopi. 220 00:17:14,375 --> 00:17:15,250 Misi kita. 221 00:17:17,750 --> 00:17:18,625 Wah. 222 00:17:21,083 --> 00:17:23,625 Thilo, jantung awak menari. 223 00:17:24,416 --> 00:17:25,666 Segerak dengan awak. 224 00:17:30,125 --> 00:17:31,083 Hebat. 225 00:17:31,166 --> 00:17:32,291 Tengok ini. 226 00:17:34,041 --> 00:17:37,791 Lagu khas kita. Daripada Sirius B. 227 00:17:49,833 --> 00:17:51,250 Hebat, bukan? 228 00:17:57,666 --> 00:17:59,166 Hebatnya! 229 00:18:15,416 --> 00:18:19,500 Bodoh! Saya sepatutnya dah agak. 230 00:18:19,583 --> 00:18:23,125 - Saya tahu. Saya bodoh! - Kawal diri awak, Uwe! 231 00:18:23,666 --> 00:18:27,208 - Kita hampir mencipta sejarah. - Ya, dan saya gagal! 232 00:18:27,291 --> 00:18:28,375 Mengarut! 233 00:18:28,458 --> 00:18:31,291 Jerman akan bersatu semula dalam Empayar Soviet 234 00:18:31,375 --> 00:18:34,958 dan awak akan terlibat sama dalam kemenangan menentang kapitalisme. 235 00:18:35,666 --> 00:18:38,791 Saya biar dia jatuh ke tangan musuh. Itu sebab untuk singkirkan saya. 236 00:18:38,875 --> 00:18:43,041 Kleo takkan bantu orang Amerika. Kita tahu lokasi ibunya. 237 00:18:43,125 --> 00:18:46,333 - Kita tangkap dia. Kleo akan ikut cakap. - Saya tak akan disingkirkan? 238 00:18:46,416 --> 00:18:49,166 - Mengarut! Kenapa nak singkirkan awak? - Itu… 239 00:18:49,250 --> 00:18:50,416 - Sebab saya… - Uwe! 240 00:18:51,875 --> 00:18:53,875 Organisasi ini perlukan awak. 241 00:18:53,958 --> 00:18:55,833 Saya perlukan awak. 242 00:19:01,916 --> 00:19:02,750 Betulkah? 243 00:19:03,250 --> 00:19:07,875 Ya, sudah tentu. Awak orang saya yang paling setia dan paling penting. 244 00:19:10,375 --> 00:19:11,416 Benarkah? 245 00:19:11,500 --> 00:19:12,500 Ya! 246 00:19:20,625 --> 00:19:22,041 Uwe! 247 00:19:22,750 --> 00:19:23,625 Apa? 248 00:19:29,875 --> 00:19:31,291 Adakah awak cuba… 249 00:19:32,666 --> 00:19:36,375 Apa yang awak ketawakan? Saya serius. Saya fikir… 250 00:19:36,875 --> 00:19:39,500 Ya, baik awak berhenti fikirkan semua itu. 251 00:19:41,791 --> 00:19:43,000 Jangan ketawakan saya. 252 00:19:43,583 --> 00:19:47,375 Erich! Awak tahu tak apa gnome ini baru cuba lakukan? 253 00:19:49,000 --> 00:19:53,458 Jangan ketawakan saya. Saya serahkan seluruh hidup saya untuk sosialisme. 254 00:19:53,541 --> 00:19:56,750 Ya, mungkin kami bergantung pada orang yang salah. Erich! 255 00:19:56,833 --> 00:19:58,875 Dia cuba cium saya! 256 00:20:03,750 --> 00:20:05,875 Jangan ketawakan saya, si jalang! 257 00:20:10,791 --> 00:20:14,666 Jalang! 258 00:20:16,625 --> 00:20:17,708 Margot? 259 00:20:17,791 --> 00:20:19,333 Awak cakap sesuatu? 260 00:20:30,125 --> 00:20:33,041 - Alamak. Tunggu, Kleo. Tidak. - Apa? 261 00:20:33,125 --> 00:20:36,041 Awak tak boleh masuk ke rumah Honecker dengan senapang! 262 00:20:36,125 --> 00:20:37,750 - Kenapa? - Biar betul? 263 00:20:38,500 --> 00:20:41,125 Jika ada masalah dan awak tukar mod pembunuh semula, 264 00:20:41,208 --> 00:20:42,791 seluruh dunia akan buru kita. 265 00:20:42,875 --> 00:20:45,291 - Memang sudah begitu. - Okey, awak betul. 266 00:20:45,375 --> 00:20:50,500 Tapi, tak bolehkah, sekali saja, kita cuba minimakan masalah kita? 267 00:20:53,083 --> 00:20:55,791 Okey, senjata yang satu lagi pasti akan lebih diingati. 268 00:21:16,541 --> 00:21:17,666 Mak Cik Margot? 269 00:21:22,500 --> 00:21:23,750 Tak guna! 270 00:21:30,958 --> 00:21:31,791 Alamak. 271 00:21:33,250 --> 00:21:34,791 Erich Honecker dah mati? 272 00:21:36,083 --> 00:21:37,916 Alamak. Kleo, adakah dia… 273 00:21:47,750 --> 00:21:51,291 Ini masalah serius. Mari pergi dari sini sekarang. Tolonglah. 274 00:21:54,083 --> 00:21:56,333 - Tak guna! - Menyorok. 275 00:21:56,416 --> 00:21:58,458 Apa? Di mana? Tak guna! 276 00:21:59,291 --> 00:22:00,416 Komrad Menteri? 277 00:22:01,666 --> 00:22:02,583 Helo? 278 00:22:10,041 --> 00:22:10,875 Alamak. 279 00:22:28,541 --> 00:22:29,416 Helo? 280 00:22:30,666 --> 00:22:32,125 Ada sesiapa di sini? 281 00:22:34,166 --> 00:22:35,125 Jutta. 282 00:22:36,625 --> 00:22:37,458 Kleo. 283 00:22:39,291 --> 00:22:40,916 Apa yang awak dah buat? 284 00:22:41,000 --> 00:22:43,791 Tak buat apa-apa. Mereka dah mati semasa saya tiba. 285 00:22:44,458 --> 00:22:46,041 Awak ingat saya percaya? 286 00:22:47,458 --> 00:22:50,750 Awak mahu perjanjian itu dan fikir Margot menyimpannya. 287 00:22:50,833 --> 00:22:52,375 Letakkan benda itu. 288 00:22:53,083 --> 00:22:56,333 Mari berbincang, Jutta, seperti yang awak nak buat di Bilik Tamu. 289 00:22:56,416 --> 00:22:59,791 Tak, saya akan laporkan yang awak bunuh Komrad Menteri 290 00:22:59,875 --> 00:23:02,791 dan Komrad Pengerusi Majlis Negara. 291 00:23:03,750 --> 00:23:04,750 Kepada siapa? 292 00:23:05,750 --> 00:23:08,750 Polis? Apa yang awak nak beritahu mereka? 293 00:23:08,833 --> 00:23:10,916 "Helo, ini Jutta daripada Ludsch. 294 00:23:11,000 --> 00:23:14,166 Kami merancang rampasan kuasa, tapi ada hal bodoh terjadi." 295 00:23:14,250 --> 00:23:15,250 Saya tak bodoh! 296 00:23:15,875 --> 00:23:18,625 Letakkan benda itu, kalau tak saya tembak. 297 00:23:18,708 --> 00:23:22,458 Cukup! Berhenti! Tolonglah. Sesiapa pun jangan menembak, okey? 298 00:23:22,541 --> 00:23:24,166 Apa yang awak nak? 299 00:23:24,250 --> 00:23:27,416 Saya mahu awak letakkan pistol dan berhenti buat dia marah. 300 00:23:27,500 --> 00:23:31,958 Saya nak kita semua berbincang seperti manusia yang bertamadun. 301 00:23:32,041 --> 00:23:34,291 Jutta, letakkan pistol itu. 302 00:23:34,375 --> 00:23:37,791 Saya boleh jamin mereka berdua dah mati semasa kami tiba. 303 00:23:37,875 --> 00:23:40,666 - Yalah itu. Saya pun akan cakap begitu. - Okey. 304 00:23:41,833 --> 00:23:47,250 Saya ejen khas daripada CIA. 305 00:23:47,916 --> 00:23:49,750 Letakkan pistol itu. 306 00:23:51,375 --> 00:23:54,750 CIA? Awak bukan. 307 00:23:54,833 --> 00:23:55,708 Betullah. 308 00:23:55,791 --> 00:23:56,666 Bukan. 309 00:23:59,125 --> 00:24:00,500 Bagaimana awak tahu? 310 00:24:01,625 --> 00:24:02,791 Sekejap, tak… 311 00:24:03,666 --> 00:24:07,000 Awak takkan tahu saya tak bekerja untuk CIA, melainkan… 312 00:24:08,791 --> 00:24:11,291 dia bekerja untuk CIA. 313 00:24:11,375 --> 00:24:14,750 Dia informan. Dia beritahu mereka tempat Uwe bersembunyi. 314 00:24:14,833 --> 00:24:15,791 Jutta. 315 00:24:18,125 --> 00:24:22,333 Apa kata anggota Ludsch kalau mereka tahu siapa lagi yang mengupah awak? 316 00:24:23,125 --> 00:24:24,958 Tidak, Kleo. Betul, bukan? 317 00:24:25,583 --> 00:24:26,458 Tolonglah. 318 00:24:27,000 --> 00:24:31,375 Jutta, sejujurnya, tiada orang suka ejen bermuka dua. 319 00:24:31,458 --> 00:24:34,041 Apa yang berlaku di sini? Margot mengesyaki awak. 320 00:24:34,125 --> 00:24:37,083 - Jadi, awak bunuh mereka berdua. Ya? - Apa? 321 00:24:37,166 --> 00:24:40,833 - Awak ada masalah. - Masalah besar. 322 00:24:40,916 --> 00:24:43,333 Tidak. Janganlah buat begini, Kleo. 323 00:24:44,208 --> 00:24:46,000 Saya bercakap benar. 324 00:24:46,083 --> 00:24:49,458 Apabila saya dapat tahu mereka buat perangkap untuk awak, 325 00:24:49,541 --> 00:24:52,666 saya terus beritahu CIA untuk melindungi awak. 326 00:24:52,750 --> 00:24:55,791 Tak, Jutta, orang Amerika bayar awak. Itu sebabnya. 327 00:24:55,875 --> 00:24:57,583 - Mana mak saya? - Boleh kita… 328 00:24:57,666 --> 00:24:59,291 Saya… Apa? 329 00:24:59,375 --> 00:25:03,541 - Pasti awak tahu di mana dia. Jadi? - Kenapa pula saya tahu? 330 00:25:03,625 --> 00:25:06,166 Awak tahu semua perincian operasi tentang saya. 331 00:25:06,250 --> 00:25:09,625 - Jutta, saya tahu cara operasi! - Saya tak boleh beritahu. 332 00:25:10,708 --> 00:25:14,333 Jadi, nampaknya saya perlu laporkan kepada KGB 333 00:25:14,416 --> 00:25:18,000 yang Ludsch ada ejen bermuka dua dan beritahu mereka perbuatan dia. 334 00:25:18,083 --> 00:25:20,125 Berhenti! Tunggu. 335 00:25:20,208 --> 00:25:21,416 Baiklah. 336 00:25:27,083 --> 00:25:28,416 Awak tahu Tasik Krewitz? 337 00:25:30,208 --> 00:25:33,458 Ada kotej desa di situ. Mak awak bersembunyi di sana. 338 00:25:37,541 --> 00:25:39,625 - Awak tahu tempatnya? - Ya. Ayuh. 339 00:25:46,041 --> 00:25:47,041 Tapi… 340 00:25:49,041 --> 00:25:50,958 - Kamu tak boleh pergi sekarang. - Boleh. 341 00:25:51,041 --> 00:25:52,083 Ini bagaimana? 342 00:25:52,166 --> 00:25:54,250 Tahulah awak nanti. Awak tak bodoh. 343 00:25:56,041 --> 00:25:56,958 Tapi… 344 00:26:15,000 --> 00:26:16,291 Komrad Menteri? 345 00:26:24,958 --> 00:26:25,791 Helo? 346 00:26:28,375 --> 00:26:29,583 Ada sesiapa di sini? 347 00:26:33,375 --> 00:26:34,291 Pengkhianat. 348 00:26:59,916 --> 00:27:00,750 Ya. 349 00:27:04,708 --> 00:27:07,416 Komrad Zhukov. Panggilan dari Baikonur. 350 00:27:08,791 --> 00:27:10,208 Beri saya telefon. 351 00:27:19,500 --> 00:27:20,500 Beri ke sini. 352 00:27:26,916 --> 00:27:27,791 Helo. 353 00:27:28,916 --> 00:27:31,416 Saya nak ucapkan selamat berjaya. 354 00:27:32,333 --> 00:27:35,041 Seluruh negara awak, komrad… 355 00:27:35,958 --> 00:27:38,750 Kami amat berbangga dengan awak, komrad. 356 00:27:39,875 --> 00:27:42,875 Masa depan yang cerah menanti awak. 357 00:27:42,958 --> 00:27:44,500 Terima kasih. 358 00:27:49,250 --> 00:27:53,208 Awak akan bawa kemasyhuran dan nama Soviet ke luar angkasa. 359 00:27:53,291 --> 00:27:57,250 Saya dah agak apabila awak putuskan untuk sertai Roskosmos. 360 00:27:58,083 --> 00:28:03,041 Kehebatan negara kita juga dicerminkan dalam sains. 361 00:28:05,208 --> 00:28:06,708 Saya berbesar hati. 362 00:28:06,791 --> 00:28:09,833 Tidak, saya yang berbesar hati, komrad angkasawan. 363 00:28:10,541 --> 00:28:14,041 Semoga awak pulang dengan selamat! 364 00:28:14,125 --> 00:28:17,458 Saya perlukan awak di sisi saya selepas ini. 365 00:28:17,541 --> 00:28:20,875 Terima kasih. Awak boleh harapkan saya. 366 00:29:57,750 --> 00:29:58,833 Komrad Menteri. 367 00:30:45,125 --> 00:30:45,958 Ya? 368 00:30:46,041 --> 00:30:46,875 Helo? 369 00:30:47,958 --> 00:30:48,958 Ya, siapa ini? 370 00:30:49,458 --> 00:30:50,333 Siapa ini? 371 00:30:52,833 --> 00:30:54,708 - Komrad Zhukov? - Ya. 372 00:30:54,791 --> 00:30:56,208 Awak siapa? 373 00:30:56,291 --> 00:30:57,708 Komrad Uwe Mittig. 374 00:30:57,791 --> 00:30:59,791 Adjutan Komrad Honecker. 375 00:31:00,666 --> 00:31:03,125 Panggil Komrad Honecker segera. 376 00:31:09,250 --> 00:31:11,208 Saya tak boleh buat begitu. 377 00:31:13,000 --> 00:31:14,250 Komrad Honecker… 378 00:31:16,583 --> 00:31:17,416 dah mati. 379 00:31:19,208 --> 00:31:23,250 Komrad Pengerusi Majlis Negara juga. Mereka dibunuh. 380 00:31:24,083 --> 00:31:24,916 Oleh… 381 00:31:29,291 --> 00:31:30,750 Pengkhianat yang pengecut. 382 00:31:33,083 --> 00:31:36,708 Kenapa kamu tak dapat kawal keadaan di Berlin? 383 00:31:36,791 --> 00:31:37,708 Begini, 384 00:31:37,791 --> 00:31:40,375 saya rasa kami ada… 385 00:31:40,458 --> 00:31:43,583 Komrad Honecker dah berjanji dengan saya 386 00:31:43,666 --> 00:31:45,916 yang segalanya akan terkawal. 387 00:31:46,000 --> 00:31:49,166 Apa yang saya dapat tahu? Tiada apa-apa yang terkawal! 388 00:31:49,250 --> 00:31:52,166 Kenapa saya belum terima perjanjian itu? 389 00:31:52,250 --> 00:31:54,958 Jika orang Amerika dapatkannya, 390 00:31:55,791 --> 00:31:58,166 habislah kita semua. 391 00:31:58,250 --> 00:32:01,541 Dokumen itu bukan tugas saya. Saya cuma tahu… 392 00:32:01,625 --> 00:32:02,958 Apa yang berlaku? 393 00:32:03,750 --> 00:32:07,875 Saya bersembunyi di bilik air dan dengar semuanya dengan jelas. 394 00:32:09,291 --> 00:32:10,583 Kleo Straub datang. 395 00:32:11,750 --> 00:32:13,291 Dia tembak Komrad Honecker 396 00:32:13,375 --> 00:32:17,208 dan Komrad Pengerusi Majlis Negara secara tiba-tiba. 397 00:32:18,541 --> 00:32:20,791 Komrad Jutta Zielinski datang. 398 00:32:20,875 --> 00:32:23,833 Dia bekerja sebagai informan CIA 399 00:32:23,916 --> 00:32:27,083 dan beritahu Kleo lokasi ibunya. 400 00:32:28,083 --> 00:32:30,083 Kemudian, Kleo bunuh dia juga. 401 00:32:31,791 --> 00:32:32,875 Memang huru-hara. 402 00:32:35,083 --> 00:32:36,458 Saya tak dapat halang. 403 00:32:36,541 --> 00:32:38,791 Percayalah cakap saya, komrad. 404 00:32:40,125 --> 00:32:43,166 - Ibunya berada di mana? - Ya, tuan. 405 00:32:43,250 --> 00:32:45,916 Di Tasik Krewitz. Kleo dalam perjalanan. 406 00:32:47,208 --> 00:32:49,375 - Awak pasti? - Sudah tentu. 407 00:32:50,541 --> 00:32:51,500 Komrad? 408 00:32:51,583 --> 00:32:52,416 Bodoh. 409 00:32:52,500 --> 00:32:53,458 Komrad Zhukov? 410 00:32:56,625 --> 00:33:00,583 Bintang Keamanan 65 bersiap untuk bertindak. 411 00:33:01,083 --> 00:33:05,583 Operasi "Cinta dari Rusia". 412 00:33:07,250 --> 00:33:10,125 Bintang 65 dalam mod tempur. 413 00:33:10,208 --> 00:33:11,666 Koordinat sasaran, 414 00:33:12,541 --> 00:33:16,250 53.28 415 00:33:16,875 --> 00:33:18,291 98 416 00:33:18,375 --> 00:33:19,416 53 417 00:33:19,958 --> 00:33:21,125 koma 418 00:33:21,208 --> 00:33:24,875 13.54 419 00:33:24,958 --> 00:33:26,041 50 420 00:33:26,125 --> 00:33:27,125 18. 421 00:33:29,000 --> 00:33:31,375 Meminta pengesahan akhir arahan. 422 00:33:33,708 --> 00:33:36,125 Penghapusan fizikal. 423 00:33:37,375 --> 00:33:38,458 Arahan diterima. 424 00:33:44,125 --> 00:33:46,666 Dua orang tak dikenali mendekati sasaran. 425 00:33:48,875 --> 00:33:49,833 Baiklah. 426 00:33:51,416 --> 00:33:56,250 Operasi "Cinta dari Rusia" 427 00:33:56,750 --> 00:33:57,833 diluluskan. 428 00:33:59,416 --> 00:34:00,541 Serang 429 00:34:01,750 --> 00:34:03,833 mengikut penilaian sendiri. 430 00:34:03,916 --> 00:34:04,958 Baiklah. 431 00:34:26,041 --> 00:34:27,208 - Yang itu? - Ya. 432 00:34:29,000 --> 00:34:31,125 Jadi, itu pondok awak? 433 00:34:32,833 --> 00:34:35,416 Kami selalu datang bercuti di sini. Dengan ayah. 434 00:34:56,083 --> 00:34:58,125 - Tunggu di sini, Sven. - Baiklah. 435 00:35:06,333 --> 00:35:08,000 Kamu tak patut datang. 436 00:35:08,500 --> 00:35:09,791 Bukan kemalangan kereta. 437 00:35:10,541 --> 00:35:15,083 Ayah dibunuh oleh KGB pada Hari Krismas oleh Nikolai Zhukov. Betul, bukan? 438 00:35:16,125 --> 00:35:18,416 - Bagaimana kamu… - Kenapa mak tipu? 439 00:35:24,750 --> 00:35:25,583 Cakap! 440 00:35:36,375 --> 00:35:39,041 Kamu tahu apa-apa tentang Operasi Ludsch? 441 00:35:39,125 --> 00:35:42,125 Ya. Ia rancangan yang dirangka oleh atuk. 442 00:35:42,208 --> 00:35:43,500 Bukan dia saja. 443 00:35:43,583 --> 00:35:46,666 Otto mencipta Ludsch bersama-sama Nikolai Zhukov. 444 00:35:46,750 --> 00:35:49,166 Dia pegawai KGB yang jaga RDJ ketika itu. 445 00:35:49,666 --> 00:35:53,125 Selepas Nikolai tembak Fabian, Otto melindungi dia. 446 00:35:53,208 --> 00:35:55,083 Mungkin untuk dapat kelebihan. 447 00:35:55,166 --> 00:36:01,000 Stasi buat seolah-olah Fabian terbunuh semasa melintas sempadan secara haram. 448 00:36:03,875 --> 00:36:05,708 Dua hari selepas Fabian ditembak, 449 00:36:05,791 --> 00:36:08,291 tiba-tiba kamu tanya bila ayah akan pulang. 450 00:36:08,791 --> 00:36:11,083 Mak sedar kamu pendam semuanya. 451 00:36:12,541 --> 00:36:15,125 Walaupun ia berlaku di hadapan mata kamu. 452 00:36:17,208 --> 00:36:20,166 Mak tak mahu kamu fikir Fabian meninggalkan kita. 453 00:36:20,250 --> 00:36:21,916 Dia takkan buat begitu. 454 00:36:22,500 --> 00:36:24,750 Sebab itu mak reka cerita itu. 455 00:36:29,375 --> 00:36:30,875 Untuk melindungi kamu. 456 00:36:40,708 --> 00:36:44,958 Nikolai akan buat apa saja untuk dapatkan perjanjian Reagan-Honecker itu. 457 00:36:45,041 --> 00:36:46,708 Jika dia belum dapat. 458 00:36:48,250 --> 00:36:50,041 Tapi kenapa dia bunuh ayah? 459 00:36:51,833 --> 00:36:54,583 Kenapa cuma saya yang boleh dapatkan perjanjian itu? 460 00:36:55,083 --> 00:36:56,750 Kenapa CIA tak boleh buat sendiri? 461 00:36:56,833 --> 00:37:01,875 Kerana mereka tak boleh pergi ke KBG dan ambil sendiri dokumen-dokumen ini. 462 00:37:01,958 --> 00:37:03,500 Tapi kamu boleh. 463 00:37:04,250 --> 00:37:08,541 Sebab ketua KGB sekarang bunuh ayah saya, jadi dia berhutang dengan saya? 464 00:37:09,958 --> 00:37:12,958 Nikolai tak bunuh ayah kamu, Kleo. 465 00:37:13,041 --> 00:37:15,250 Nikolai ayah kamu. 466 00:37:43,083 --> 00:37:44,000 Kleo! 467 00:38:12,000 --> 00:38:12,833 Tak guna. 468 00:38:15,958 --> 00:38:16,791 Kleo. 469 00:38:26,416 --> 00:38:27,375 Kleo! 470 00:38:29,500 --> 00:38:30,333 Kleo! 471 00:39:01,875 --> 00:39:03,375 Sasaran telah dihapuskan. 472 00:39:04,875 --> 00:39:06,625 Orang tak dikenali selamat. 473 00:40:14,875 --> 00:40:15,708 Apa sekarang? 474 00:40:16,541 --> 00:40:18,041 Kita pergi ke Moscow. 475 00:40:24,375 --> 00:40:28,250 LALUAN DRUZHBA REPUBLIK DEMOKRATIK JERMAN 476 00:40:33,666 --> 00:40:34,541 Ya! 477 00:40:43,458 --> 00:40:44,541 Komrad Zhukov. 478 00:40:47,791 --> 00:40:51,125 Saya rasa dah lama awak menunggu ini. 479 00:40:51,791 --> 00:40:54,458 Betul. Akhirnya. 480 00:40:56,250 --> 00:40:58,125 Dari mana awak dapat? 481 00:40:59,500 --> 00:41:01,666 Itu tak penting. 482 00:41:03,416 --> 00:41:04,916 Apa awak nak? 483 00:41:05,000 --> 00:41:08,958 Bantuan, sebagai balasan, awak dapat perjanjian ini. 484 00:41:09,791 --> 00:41:10,625 Bantuan? 485 00:41:11,666 --> 00:41:14,833 Ia satu penghormatan dan juga kepuasan 486 00:41:14,916 --> 00:41:17,833 jika awak benarkan saya membunuh Kleo. 487 00:44:10,000 --> 00:44:14,625 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S