1 00:00:08,334 --> 00:00:12,126 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:53,918 --> 00:00:57,668 Bangunlah, bangunlah 3 00:00:57,751 --> 00:01:01,168 Ayam jantan sudah berkokok 4 00:01:01,668 --> 00:01:08,001 Matahari sudah mula bersinar di jalannya 5 00:01:08,959 --> 00:01:10,251 Komrad Wolf! 6 00:01:12,043 --> 00:01:15,084 Tak guna, Kleo. Apa awak buat di sini? Di mana Anja? 7 00:01:15,168 --> 00:01:19,084 Klinik ginekologi telefon. Sampel air kencingnya hilang. 8 00:01:19,168 --> 00:01:21,584 Dia perlu datang dan berikan yang baru. 9 00:01:21,668 --> 00:01:23,793 Cuai betul pembantu makmal itu. 10 00:01:23,876 --> 00:01:27,251 Lihat, Andi, saya bawakan sesuatu dari Mallorca. 11 00:01:27,334 --> 00:01:30,126 - Ini… - Beritahu saya, apa awak buat? 12 00:01:30,209 --> 00:01:31,751 Maksud awak Wieczorek? 13 00:01:31,834 --> 00:01:32,876 Ya. 14 00:01:32,959 --> 00:01:35,334 Wieczorek dah mati. 15 00:01:36,959 --> 00:01:39,084 Sudah tentu. 16 00:01:40,043 --> 00:01:43,126 Awak faham tak RDJ sudah tiada untuk melindungi awak? 17 00:01:43,209 --> 00:01:47,459 - Awak akan diburu kerana membunuh. - Bertenang. Saya dapat tahu sesuatu. 18 00:01:47,543 --> 00:01:51,876 Semua arahan datang daripada atasan, Menteri Erich Mielke yang keluarkan. 19 00:01:52,459 --> 00:01:53,584 Apa? 20 00:01:54,168 --> 00:01:58,501 - Jadi, Mielke hantar Uwe. - Ya. 21 00:01:58,584 --> 00:02:03,209 Sebab itu saya perlu melawat Mielke juga di penjara Hohenschönhausen. 22 00:02:03,293 --> 00:02:05,834 Saya perlu tahu sebabnya. 23 00:02:07,834 --> 00:02:10,376 Okey, saya akan ikut awak. 24 00:02:15,709 --> 00:02:16,793 Mengarut. 25 00:02:16,876 --> 00:02:19,876 Andi, isteri awak hamil. 26 00:02:19,959 --> 00:02:22,459 Awak akan ada anak. Tinggallah di sini. 27 00:02:22,543 --> 00:02:24,334 Kleo, saya akan ikut awak. 28 00:02:24,418 --> 00:02:27,251 Tidak, "Andrea". Saya akan pergi seorang diri. 29 00:02:28,168 --> 00:02:30,084 "Andreas" dah habis dijual. 30 00:02:51,418 --> 00:02:55,043 Helo, Cik Tukang Paip. Sudah baiki dandang? 31 00:02:55,543 --> 00:02:58,209 Belum, masih belum cukup alat ganti. 32 00:02:58,293 --> 00:03:02,209 Bagusnya jika semuanya berfungsi apabila bayi sudah dilahirkan. 33 00:03:04,126 --> 00:03:07,251 Ia menendang. Rasalah. 34 00:03:10,001 --> 00:03:11,751 Awak ada anak? 35 00:03:12,418 --> 00:03:17,043 Ya, kembar. Rosa dan Karl. Selamat tinggal. 36 00:03:20,709 --> 00:03:21,668 Selamat tinggal. 37 00:03:23,626 --> 00:03:26,668 Gila. Dia memang gila. 38 00:03:27,209 --> 00:03:29,918 Freddy, dia bunuh mereka seorang demi seorang. 39 00:03:30,001 --> 00:03:33,001 Saya tak pernah jumpa wanita seperti dia. 40 00:03:33,084 --> 00:03:35,043 Awak boleh terbunuh di Mallorca. 41 00:03:35,126 --> 00:03:39,168 Tidak. Jika dia nak saya mati, dah lama dia bunuh saya, 42 00:03:39,251 --> 00:03:40,376 tapi dia tak buat. 43 00:03:41,251 --> 00:03:44,126 Lebih baik awak minta maaf kepada Böttger. 44 00:03:44,209 --> 00:03:46,251 - Apa? - "Semua ini mengarut. Maaf." 45 00:03:46,334 --> 00:03:48,626 - Mengarut? Awak jangan mula. - Jadi, apa? 46 00:03:48,709 --> 00:03:52,584 Ia kes yang sangat besar. 47 00:03:52,668 --> 00:03:55,293 Okey, begini. Setiausaha Parti Walter Blum, mati. 48 00:03:55,376 --> 00:03:57,876 Ludger Wieczorek, Kolonel Stasi, mati. 49 00:03:57,959 --> 00:04:02,043 Datuk dia sendiri, Kolonel Jeneral Stasi, hilang. 50 00:04:02,126 --> 00:04:05,293 Dia membunuh orang-orang penting secara sistematik. 51 00:04:06,918 --> 00:04:08,418 Dia takkan dapat yang terpenting. 52 00:04:09,459 --> 00:04:12,126 - Apa maksud awak? - Erich Mielke di dalam penjara. 53 00:04:14,543 --> 00:04:16,876 Freddy, awak sangat genius. 54 00:04:17,876 --> 00:04:21,043 Erich Mielke. Ketua Stasi Erich Mielke. 55 00:04:21,126 --> 00:04:24,293 Dia mangsa seterusnya! Kita perlu beritahu Böttger. 56 00:04:25,334 --> 00:04:27,834 POLIS 57 00:04:31,584 --> 00:04:32,876 - Saya nampak okey? - Teruk. 58 00:04:36,001 --> 00:04:37,959 Mallorca, ya? Sendirian! 59 00:04:38,043 --> 00:04:40,043 En. Böttger, minta maaf, tapi… 60 00:04:40,126 --> 00:04:43,626 Dengar sini. Awak akan dikenakan tindakan disiplin. 61 00:04:43,709 --> 00:04:46,251 Okey, itu wajar. Boleh saya beritahu apa saya jumpa? 62 00:04:46,334 --> 00:04:48,376 Tak boleh. Saya tak berminat. 63 00:04:48,459 --> 00:04:50,959 Awak akan bertugas di pejabat. 64 00:04:51,043 --> 00:04:53,709 Itu akan menjejaskan kerja kami. Kami dapati… 65 00:04:53,793 --> 00:04:56,209 Tidak, awak yang jejaskan kerja awak, 66 00:04:56,293 --> 00:04:58,959 kerja Unit Penipuan, sebab itu tugas awak! 67 00:04:59,043 --> 00:05:01,334 Tolonglah ambil serius tugas awak. 68 00:05:01,418 --> 00:05:05,501 Bila awak nak faham? Apa yang awak tak faham, Petzold? 69 00:05:05,584 --> 00:05:07,043 Saya letak jawatan. 70 00:05:08,084 --> 00:05:10,543 Apa? Awak dah gila, Sven? 71 00:05:10,626 --> 00:05:13,418 Awak akan masuk ke pejabat saya secara dramatik 72 00:05:13,501 --> 00:05:17,376 dan hempas lencana ke atas meja macam filem polis yang teruk, bukan? 73 00:05:17,459 --> 00:05:18,376 Ya. 74 00:05:20,334 --> 00:05:23,418 Tak guna, saya tinggalkannya di rumah hari ini. 75 00:05:24,126 --> 00:05:27,334 Saya akan bawa dan lakukannya esok dan… 76 00:05:27,834 --> 00:05:29,376 Ya, okey. 77 00:05:33,001 --> 00:05:33,959 Saya berhenti. 78 00:05:34,043 --> 00:05:37,459 Kenapa buat begitu? Sekarang apa? 79 00:05:38,376 --> 00:05:39,376 Sekarang… 80 00:05:42,751 --> 00:05:46,626 Sekarang saya akan selamatkan Erich Mielke. 81 00:05:47,626 --> 00:05:48,543 Itu jawapannya. 82 00:05:48,626 --> 00:05:51,668 Apa awak buat? Svenny! 83 00:06:03,793 --> 00:06:04,626 Berlin. 84 00:06:05,376 --> 00:06:06,209 Hari ini, 85 00:06:06,293 --> 00:06:10,168 hospital polis Jerman Timur mengumumkan bekas Menteri Keselamatan Negara 86 00:06:10,251 --> 00:06:13,793 Jeneral yang sudah bersara, Erich Mielke, cukup sihat untuk dipenjarakan 87 00:06:13,876 --> 00:06:16,376 dan dia akan kekal di Penjara Hohenschönhausen, Berlin. 88 00:06:17,084 --> 00:06:18,126 Komrad Menteri? 89 00:06:18,209 --> 00:06:21,293 Pendakwa raya RDJ menuduhnya merosakkan ekonomi negara 90 00:06:21,376 --> 00:06:24,418 dan mendakwanya dengan pengkhianatan atas aktiviti antiperlembagaan. 91 00:06:25,084 --> 00:06:26,543 Sekarang, muzik. 92 00:06:26,626 --> 00:06:28,918 Mungkin sebelah sini. 93 00:06:32,418 --> 00:06:34,501 Ia kari. 94 00:06:36,001 --> 00:06:37,626 Selamat menjamu selera. 95 00:06:37,709 --> 00:06:39,168 Bawalah ia pergi. 96 00:06:40,709 --> 00:06:42,709 Awak pasti, Komrad Menteri? 97 00:06:56,959 --> 00:06:59,043 PERKHIDMATAN PERISIKAN PERSEKUTUAN 98 00:06:59,126 --> 00:07:00,251 Jadi? 99 00:07:00,334 --> 00:07:03,251 - Saya bertaruh 20 dia takkan berjaya. - Saya juga. 100 00:07:07,084 --> 00:07:08,501 Mustahil dia akan berjaya. 101 00:07:12,959 --> 00:07:14,209 Tunjuk kepada mereka. 102 00:07:25,751 --> 00:07:27,126 Terima kasih banyak. 103 00:07:29,418 --> 00:07:30,626 Cik Geike? 104 00:07:31,751 --> 00:07:36,084 - Ketinggian itu kira-kira 1.6 meter. - Okey, tapi dia berlatih setiap petang. 105 00:07:41,043 --> 00:07:43,001 - Cik Geike? - Ya? 106 00:07:45,459 --> 00:07:47,001 Boleh saya bantu? 107 00:07:48,084 --> 00:07:50,793 Itu dia. Saya cuma perlu tahu siapa awak. 108 00:07:50,876 --> 00:07:53,584 Penglihatan saya teruk tanpa kanta. 109 00:07:54,084 --> 00:07:56,376 - Min Sun. - Min. Helo. 110 00:07:57,668 --> 00:07:59,876 Kita bersetuju dengan Anne, bukan? 111 00:08:00,376 --> 00:08:01,459 Ya, Anne. 112 00:08:01,543 --> 00:08:04,459 Jadi, bagaimana? Saya tak banyak masa. 113 00:08:04,543 --> 00:08:06,418 Saya ada banyak kejar nak buat. 114 00:08:10,668 --> 00:08:12,251 Maksud awak "kerja". 115 00:08:12,334 --> 00:08:14,418 Ya, tepat sekali. Kejar. 116 00:08:14,918 --> 00:08:16,209 Jadi? 117 00:08:16,293 --> 00:08:19,084 Kerajaan arahkan kami untuk cari pembunuh Stasi 118 00:08:19,168 --> 00:08:20,918 iaitu pasukan elit rahsia Mielke. 119 00:08:22,209 --> 00:08:24,084 - Yakah? - Saya dapat panggilan semalam 120 00:08:24,168 --> 00:08:26,709 yang awak mungkin berminat. Daripada kontak KGB. 121 00:08:26,793 --> 00:08:27,793 Boleh dipercayai? 122 00:08:27,876 --> 00:08:30,459 Ya, rasanya. Kleo Straub. 123 00:08:30,543 --> 00:08:33,084 Dia dipenjarakan selama tiga tahun dan sudah bebas. 124 00:08:33,168 --> 00:08:35,626 Dia banyak buat kerja kotor untuk Stasi. 125 00:08:35,709 --> 00:08:38,334 Tugas terakhirnya ialah pembunuhan di Big Eden pada 1987. 126 00:08:38,418 --> 00:08:40,668 Punca kematian rasmi mangsa ialah terlebih dos, 127 00:08:40,751 --> 00:08:43,043 tapi kontak saya pasti dia pelakunya. 128 00:08:44,043 --> 00:08:46,584 - Big Eden. - Ia disko di Berlin Barat. 129 00:08:46,668 --> 00:08:48,459 Saya tahu apa itu Big Eden. 130 00:08:48,543 --> 00:08:49,376 Sudah tentu. 131 00:08:50,959 --> 00:08:52,918 Okey, siasatlah. 132 00:08:54,209 --> 00:08:56,209 - Saya? - Ya, awak. 133 00:08:57,084 --> 00:08:58,043 Bersendirian? 134 00:08:59,209 --> 00:09:02,668 Min, awak nak naik pangkat? 135 00:09:02,751 --> 00:09:04,084 Ya. Sudah tentu. 136 00:09:04,168 --> 00:09:05,084 Jadi, buatlah. 137 00:09:10,709 --> 00:09:11,793 Terima kasih, Anne. 138 00:09:38,209 --> 00:09:41,543 Mereka kecoh tentang menteri ini. Awak pasti tak percaya. 139 00:09:41,626 --> 00:09:42,459 Ya. 140 00:09:42,959 --> 00:09:47,418 Awak betul tentang itu, tapi bukannya dia boleh ditangkap semalaman. 141 00:09:47,918 --> 00:09:54,251 Ya. Saya masih fikir tuduhan ke atas Komrad Menteri itu mengarut. 142 00:09:54,334 --> 00:09:56,918 Dia sakit. Dia patut berada di rumah. 143 00:09:57,001 --> 00:09:58,834 Saya rasa ini memalukan. 144 00:09:59,626 --> 00:10:00,793 Tunggu sekejap. 145 00:10:02,626 --> 00:10:04,918 Helo. Gabi Gormen. Saya pengawal penjara yang baru. 146 00:10:05,001 --> 00:10:06,459 Dipindahkan dari Saxony. 147 00:10:06,543 --> 00:10:08,751 Tunggu sekejap. Saya akan ke sana. 148 00:10:09,251 --> 00:10:10,918 Ada orang datang. Tunggu sekejap. 149 00:10:11,584 --> 00:10:13,959 Tidak, saya syif tengah hari minggu ini. 150 00:10:14,043 --> 00:10:18,209 Saya akan telefon awak semula. Ya. 151 00:10:22,501 --> 00:10:24,293 Cik? 152 00:10:26,043 --> 00:10:27,126 Dia pergi ke mana? 153 00:10:44,459 --> 00:10:45,626 Akhirnya. 154 00:10:46,668 --> 00:10:48,918 Kaki saya kebas tidur di belakang. 155 00:10:50,668 --> 00:10:52,293 Kamu lebih kecil daripada kami. 156 00:10:52,793 --> 00:10:57,584 Mielke mangsa seterusnya, tapi nampaknya tak berjaya. 157 00:11:01,543 --> 00:11:03,751 Seseorang perlu melindungi dia. 158 00:11:04,251 --> 00:11:05,626 Saya tahu apa awak fikir. 159 00:11:05,709 --> 00:11:11,334 "Bila lelaki kacak ini akan berhenti ganggu saya?" 160 00:11:12,001 --> 00:11:16,501 Saya dah kata, ia akan berakhir apabila awak dipenjarakan. 161 00:11:19,126 --> 00:11:23,168 Lihat, saya tulis senarai mangsa awak. 162 00:11:23,668 --> 00:11:27,668 Datuk awak, Walter Blum, Ludger Wieczorek dan sekarang, Erich Mielke. 163 00:11:29,209 --> 00:11:34,418 Awak dah merosakkannya. 164 00:11:35,626 --> 00:11:37,626 Pasti awak sangat marah sekarang. 165 00:11:38,418 --> 00:11:40,834 Tahu tak saya dah tak takut dengan awak? 166 00:11:41,793 --> 00:11:44,626 Awak boleh bunuh saya di depan rumah saya, 167 00:11:44,709 --> 00:11:48,043 di Mallorca dan juga di sini sekarang, 168 00:11:49,043 --> 00:11:50,709 tapi awak takkan buat. 169 00:11:53,001 --> 00:11:54,626 Awak suka saya. 170 00:11:56,876 --> 00:11:57,709 Ya. 171 00:12:18,209 --> 00:12:20,168 Itu isyarat untuk saya keluar? 172 00:12:23,293 --> 00:12:24,668 Jumpa lagi, Kleo. 173 00:12:38,376 --> 00:12:40,209 "Sven Petzold." 174 00:12:51,334 --> 00:12:55,501 Laporan misi, Operasi Koboi. Kepada Komrad Menteri Erich Mielke 175 00:12:55,584 --> 00:12:58,043 dan juga Mejar Jeneral Otto Straub. 176 00:12:58,543 --> 00:13:01,168 Pada petang 30 Mac, 2:27 petang, 177 00:13:01,251 --> 00:13:06,334 Komrad Ramona melepaskan enam tembakan terhadap Presiden Amerika Ronald Reagan. 178 00:13:06,418 --> 00:13:08,501 Sasaran cedera parah. 179 00:13:09,001 --> 00:13:10,084 Pada 30 Mac… 180 00:13:10,168 --> 00:13:12,959 "…dilatih sebagai ejen, jadi awak mampu melakukan 181 00:13:13,043 --> 00:13:15,001 tindakan lencongan dalam bahagian operasi." 182 00:13:15,084 --> 00:13:15,959 Ronald Reagan! 183 00:13:17,376 --> 00:13:18,751 "Sasaran telah dihapuskan." 184 00:13:18,834 --> 00:13:20,376 "…orang ramai." 185 00:13:20,459 --> 00:13:23,334 "Pengintipan. Kemusnahan. Pengambilan." 186 00:13:23,959 --> 00:13:25,751 Pengintipan. Kemusnahan. Nama? 187 00:13:28,459 --> 00:13:32,209 Pengambilan. Nama ejen. Nama? Ramona. 188 00:13:33,001 --> 00:13:33,834 Ramona! 189 00:13:35,918 --> 00:13:39,626 Siapa awak? Bagaimana rupa awak, Ramona? 190 00:13:53,001 --> 00:13:56,168 - Saya tak patut mengintip, tapi… - Thilo, apa awak buat? 191 00:13:56,251 --> 00:13:59,043 Saya jumpa fail di bilik bawah tanah. Awak kenal Ramona? 192 00:14:01,001 --> 00:14:05,876 Ya. Mereka kata dia Ejen Keamanan terbaik di RDJ. 193 00:14:07,543 --> 00:14:11,959 Hei, cubaan membunuh Reagan. Mungkin dia terlibat dalam kes Barschel. 194 00:14:12,043 --> 00:14:13,918 Apabila saya kumpulkan maklumat, 195 00:14:14,001 --> 00:14:18,584 Barschel mati di hotel yang dipanggil "Beau Rivage" atau "Pantai yang Indah". 196 00:14:18,668 --> 00:14:22,251 Siapa yang sengaja bina ibu negerinya di tepi sungai? 197 00:14:23,209 --> 00:14:25,334 Tepat sekali, Genghis Khan! 198 00:14:26,584 --> 00:14:28,709 Punca kematiannya juga tidak jelas. 199 00:14:28,793 --> 00:14:30,459 Ada yang kata wabak. 200 00:14:30,543 --> 00:14:34,084 Ada yang kata seorang puteri potong kemaluannya dan dia berdarah sampai mati. 201 00:14:34,168 --> 00:14:37,001 Apa pun, dia tak terjatuh daripada kudanya. 202 00:14:37,084 --> 00:14:38,376 Semua ini bukan kebetulan. 203 00:14:38,876 --> 00:14:42,834 - Di mana Ramona? Bagaimana rupanya? - Tiada siapa tahu rupanya. 204 00:14:44,876 --> 00:14:46,543 Dia sertai KGB. 205 00:14:47,043 --> 00:14:50,334 KGB. 206 00:14:53,751 --> 00:14:55,043 KGB. 207 00:14:59,376 --> 00:15:00,918 Dia cipta AIDS. 208 00:15:05,876 --> 00:15:07,376 Awak juga ejen rahsia. 209 00:15:07,459 --> 00:15:08,876 Saya? Tidak. 210 00:15:09,501 --> 00:15:12,293 - Saya ingat… - Saya pekerja tak rasmi sepenuh masa 211 00:15:12,376 --> 00:15:13,959 Kementerian Keselamatan Negara, 212 00:15:14,043 --> 00:15:18,209 Jabatan Utama Pengintipan, Divisyen 18, pasukan petugas menteri. Dululah. 213 00:15:19,751 --> 00:15:24,543 - Pada dasarnya, pembunuh kontrak Stasi. - Itu pun bagus juga. 214 00:15:29,501 --> 00:15:31,418 Awak tak boleh beritahu sesiapa… 215 00:15:34,043 --> 00:15:36,584 tapi saya dibawa ke Bumi dengan UFO. 216 00:15:37,084 --> 00:15:40,834 Pada tahun 1969. Misi saya adalah bawa muzik tekno ke mari. 217 00:15:40,918 --> 00:15:43,126 Saya boleh balik apabila selesai. 218 00:15:43,209 --> 00:15:45,418 Kembali ke Sirius B dan kepada puteri saya. 219 00:15:47,334 --> 00:15:51,251 Saya pembunuh kontrak macam awak, tapi saya bunuh muzik yang teruk. 220 00:15:53,376 --> 00:15:54,209 Okey. 221 00:15:55,251 --> 00:15:58,834 Letakkan semula. Saya nak buat sarapan. 222 00:15:59,709 --> 00:16:01,334 Nak telur masak atau separuh masak? 223 00:16:01,418 --> 00:16:05,293 Sarapan. Sekarang jam berapa? Separuh masak. 224 00:16:28,459 --> 00:16:31,293 Piotr! 225 00:16:31,793 --> 00:16:33,501 Saya di sini. 226 00:16:35,126 --> 00:16:39,626 Itu dia, hero Perang Besar Patriotik, 227 00:16:39,709 --> 00:16:41,459 kebanggaan Tentera Komunis. 228 00:16:43,001 --> 00:16:44,543 Kebanggaan apa? 229 00:16:45,459 --> 00:16:49,293 Askar mati kelaparan disebabkan Ketenteraan Soviet. 230 00:16:49,376 --> 00:16:52,668 Sekarang semua orang cuba hidup sebaik mungkin. 231 00:16:52,751 --> 00:16:53,709 Amin. 232 00:16:55,043 --> 00:16:57,209 - Dah dapat apa yang saya nak? - Ya. 233 00:17:04,251 --> 00:17:06,043 Terima kasih. 234 00:17:10,043 --> 00:17:11,959 Itu pun bagus juga. 235 00:17:28,209 --> 00:17:29,334 But? 236 00:17:37,751 --> 00:17:38,751 Hai. 237 00:17:39,584 --> 00:17:41,334 Hei, awak okey? 238 00:17:51,501 --> 00:17:52,501 Hei. 239 00:17:58,168 --> 00:18:00,959 Awak marah sebab saya tinggalkan bilik bersepah? 240 00:18:01,584 --> 00:18:04,293 Maaf, saya tukar baju dan pergi bekerja semula. 241 00:18:04,376 --> 00:18:06,543 Mereka teruja dengan maklumat yang saya jumpa… 242 00:18:06,626 --> 00:18:09,959 Saya nampak penyata bank. Saya tahu ia bukan misi rasmi. 243 00:18:15,959 --> 00:18:17,293 Awak mengintip saya? 244 00:18:17,376 --> 00:18:18,959 Saya lihat akaun bersama kita 245 00:18:19,043 --> 00:18:21,584 untuk lihat cukup tak duit untuk belikan anak kita 246 00:18:21,668 --> 00:18:24,084 kasut mahal yang dia minta untuk hari jadinya. 247 00:18:26,959 --> 00:18:28,584 Jenny, okey, boleh tak saya… 248 00:18:28,668 --> 00:18:31,418 Saya ada rakam sesuatu. Saya nak tonton. 249 00:18:32,168 --> 00:18:34,126 Kami nak keluar. Hai, ayah. 250 00:18:35,084 --> 00:18:37,126 Okey, Marki. Jangan lama sangat. 251 00:18:39,501 --> 00:18:40,334 Ayuh. 252 00:18:44,709 --> 00:18:46,959 Mari pergi ke Fischlabor. Malam ini… 253 00:18:47,043 --> 00:18:49,293 - Bawah atau atas? - Atas. Macam biasa. 254 00:18:49,376 --> 00:18:51,584 Saya tak rasa nak pergi ke sana. 255 00:18:51,668 --> 00:18:52,709 Jadi, ke mana? 256 00:18:52,793 --> 00:18:53,709 Bagaimana Far Out? 257 00:18:53,793 --> 00:18:56,084 Far Out? Tak nak, malam ini Malam Kaki Ayam. 258 00:18:58,209 --> 00:19:00,293 Dia tak keluar dengan Jerome lagi? 259 00:19:00,793 --> 00:19:02,459 Budak lelaki dengan… 260 00:19:05,251 --> 00:19:06,209 Jenny. 261 00:19:08,209 --> 00:19:09,126 Jenny. 262 00:19:11,459 --> 00:19:14,418 Jenny, tolonglah. Mari bincangkannya. 263 00:19:14,501 --> 00:19:17,209 Tak nak. Awak asyik menipu saya. 264 00:19:17,293 --> 00:19:20,293 Saya tak asyik menipu awak. 265 00:19:21,001 --> 00:19:23,293 Okey, dengar sini. 266 00:19:25,293 --> 00:19:27,793 Ia bukan misi polis. 267 00:19:27,876 --> 00:19:32,543 Perjalanan ke Mallorca itu bukan urusan rasmi, tapi ia masih kerja. 268 00:19:32,626 --> 00:19:36,209 Itu bukan penipuan. Saya melindungi orang. Itu tugas saya. 269 00:19:36,293 --> 00:19:39,418 Apa patut saya buat? Biar pembunuh Stasi berleluasa? 270 00:19:39,501 --> 00:19:45,293 Semakin banyak saya dapat tahu, semakin saya sedar betapa besar kes ini. 271 00:19:45,376 --> 00:19:46,334 Ia besar, Jenny. 272 00:19:46,418 --> 00:19:48,793 Ini kes terbesar dalam hidup saya. Faham tak? 273 00:19:49,293 --> 00:19:50,709 Saya bercakap dengan Frederick. 274 00:19:51,876 --> 00:19:53,709 Baiklah, jadi awak intip saya. 275 00:19:53,793 --> 00:19:56,418 Buat apa kita berbincang jika awak tak nak dengar… 276 00:19:56,501 --> 00:19:59,959 Awak berhenti? Tanpa tanya saya? Begitu saja? 277 00:20:00,043 --> 00:20:03,543 Tidak, bukan "begitu saja". Saya cuba jelaskan kepada awak. 278 00:20:03,626 --> 00:20:05,084 - Ini untuk ego awak. - Itu… 279 00:20:05,168 --> 00:20:09,084 Awak heret saya, anak awak dan rakan sekerja awak sekali, okey? 280 00:20:09,168 --> 00:20:12,084 Sven, perhubungan bukan begitu. Ia… 281 00:20:12,168 --> 00:20:14,751 - Lupakannya. - Apa? Apa saya buat? 282 00:20:14,834 --> 00:20:17,709 - Saya tak cakap apa-apa. - Awak mengeluh. 283 00:20:17,793 --> 00:20:20,501 Saya selalu mengeluh. Kadangkala sepanjang hari. 284 00:20:20,584 --> 00:20:22,126 Itu keluhan jengkel! 285 00:20:22,209 --> 00:20:24,543 Kenapa awak tak boleh bangga dengan saya? 286 00:20:25,918 --> 00:20:28,251 Bangga saya terlibat dengan kes besar 287 00:20:28,334 --> 00:20:31,584 yang orang lain tak sedar, saya saja. 288 00:20:31,668 --> 00:20:35,209 Kes yang saya sangat yakin sehingga saya letak jawatan. 289 00:20:35,751 --> 00:20:38,293 Saya bersalah tentang duit itu, jadi maaf. 290 00:20:38,376 --> 00:20:42,668 Namun, saya perlu dibenarkan buat keputusan sendiri. 291 00:20:44,209 --> 00:20:47,043 Ya, saya bersendirian di Mallorca dan itu sukar difahami. 292 00:20:47,126 --> 00:20:50,668 Namun, awak tak perlu faham semua yang pasangan awak buat. 293 00:20:50,751 --> 00:20:52,834 Saya tak faham banyak yang awak buat juga. 294 00:20:54,334 --> 00:20:55,168 Contohnya? 295 00:20:55,876 --> 00:20:57,126 Contohnya… 296 00:21:00,876 --> 00:21:03,668 Kelas tarian jaz awak, contohnya. 297 00:21:04,626 --> 00:21:05,459 Kenapa? 298 00:21:09,876 --> 00:21:11,668 Awak memang tak guna. 299 00:21:12,918 --> 00:21:16,668 Jadi, awak rasa itu lebih baik daripada keluhan jengkel? 300 00:21:47,043 --> 00:21:51,418 Si gadis muda itu tidak mengetahui 301 00:21:51,501 --> 00:21:54,084 bahawa nama saya Kleo Straubi. 302 00:22:00,001 --> 00:22:05,293 Salam daripada puteri kek Gugelhupf, tuan menteri. 303 00:22:20,126 --> 00:22:21,001 Sven? 304 00:22:21,543 --> 00:22:23,876 - Ya? - Beri saya kunci kereta itu. 305 00:22:24,376 --> 00:22:25,793 Saya perlu guna kereta. 306 00:22:25,876 --> 00:22:27,459 Ya, tapi itu saya punya. 307 00:22:27,543 --> 00:22:30,126 - Biasanya awak naik basikal. - Jadi? 308 00:22:30,209 --> 00:22:34,376 Mungkin tiba-tiba saya nak ubah rutin saya. Begitu cara di sini, bukan? 309 00:22:34,959 --> 00:22:37,626 Saya mungkin akan memandu ke kelas tarian jaz malam ini. 310 00:22:37,709 --> 00:22:40,001 Biar betul? Ia empat blok dari sini. 311 00:22:40,084 --> 00:22:42,293 Jadi? Bukan saya yang mula buat hal. 312 00:22:42,376 --> 00:22:44,918 Tindakan awak kebudak-budakan. Tolonglah. 313 00:22:51,334 --> 00:22:53,584 Tak guna. Kunci rumah. 314 00:23:01,876 --> 00:23:03,418 Hei, tunggu. Jenny! 315 00:23:14,709 --> 00:23:17,043 Tak sangka awak beritahu Jenny saya berhenti. 316 00:23:17,543 --> 00:23:18,751 Saya cuma risau. 317 00:23:18,834 --> 00:23:21,168 Beritahu dia tak memudahkan keadaan. 318 00:23:23,251 --> 00:23:24,251 Saya bantu awak. 319 00:23:24,334 --> 00:23:27,501 Saya pula? Saya tunggu lama di sini dengan awak macam si bodoh. 320 00:23:27,584 --> 00:23:29,793 Ya, sebab kita… Lupakannya. 321 00:23:31,209 --> 00:23:32,918 Sini lebih bosan daripada arkib. 322 00:23:35,001 --> 00:23:37,501 - Sudah berapa lama lelaki itu di sini? - Lelaki apa? 323 00:23:38,001 --> 00:23:39,626 Lelaki di dalam kereta itu. 324 00:23:40,126 --> 00:23:41,209 Mana saya tahu. 325 00:23:41,876 --> 00:23:43,084 Alamak, dia ada binokular. 326 00:23:43,168 --> 00:23:46,334 - Awak pun sama. - Ya, tapi saya menyiasat. 327 00:23:46,418 --> 00:23:47,918 Tentu dia ekori dia juga. 328 00:23:49,751 --> 00:23:52,084 Dia beredar. Dia beredar, Freddy. 329 00:23:52,168 --> 00:23:54,751 Ya, tapi kita di sini sebab dia, bukan? 330 00:23:55,251 --> 00:23:57,584 Ya, tapi dia… Tak guna. 331 00:23:57,668 --> 00:24:00,084 Okey, ikut dia. Ayuh! 332 00:24:00,168 --> 00:24:01,709 Dia dah belok. Cepat! 333 00:24:47,918 --> 00:24:48,876 Awak nak satu? 334 00:24:58,084 --> 00:25:00,126 Yang lain tak nak main dengan awak? 335 00:25:00,751 --> 00:25:02,334 Budak-budak nakal. 336 00:25:03,043 --> 00:25:04,751 Boleh saya cuba? 337 00:25:04,834 --> 00:25:05,751 Tak boleh. 338 00:25:09,168 --> 00:25:10,709 Saya akan beri kepada awak. 339 00:25:10,793 --> 00:25:12,418 - Yakah? - Ya. 340 00:25:21,959 --> 00:25:25,168 Bangkit dan berjuang, berjuang 341 00:25:25,793 --> 00:25:30,334 Kita dilahirkan untuk berjuang 342 00:25:30,418 --> 00:25:34,168 Bangkit dan berjuang, berjuang 343 00:25:34,251 --> 00:25:38,043 Kami bersedia untuk berjuang 344 00:25:38,126 --> 00:25:44,751 Kami dah berjanji kepada Karl Liebknecht 345 00:25:44,834 --> 00:25:47,001 - Untuk Komrad Menteri. - Sudah tentu. 346 00:25:47,084 --> 00:25:51,584 Kami hulurkan bantuan Kepada Rosa Luxemburg 347 00:25:51,668 --> 00:25:54,709 Saya sedih sebab saya mungkin tak dapat membesar 348 00:25:54,793 --> 00:25:58,209 di Republik Demokratik Jerman, 349 00:25:58,293 --> 00:26:01,251 tapi Komrad Menteri tak patut sedih. 350 00:26:01,334 --> 00:26:04,459 Sebab itu saya buatkan kek dengan ibu saya. 351 00:26:06,709 --> 00:26:08,001 Bersedia. 352 00:26:08,084 --> 00:26:09,459 Sentiasa bersedia. 353 00:26:14,751 --> 00:26:15,793 Komrad Menteri? 354 00:26:23,959 --> 00:26:25,793 Daripada Perintis Muda. 355 00:26:25,876 --> 00:26:27,918 Gadis itu tahu sumbangan awak 356 00:26:28,001 --> 00:26:31,168 untuk negara pekerja dan orang desa, Komrad Menteri. 357 00:26:31,918 --> 00:26:35,001 Saya dah potongkan sebab pisau tak dibenarkan. 358 00:26:35,959 --> 00:26:38,043 Saya juga dah periksa tiada apa di dalamnya. 359 00:26:38,751 --> 00:26:42,168 Awak pun tahu itu peraturannya. 360 00:26:45,043 --> 00:26:47,501 Nikmatinya, Komrad Menteri. 361 00:28:19,584 --> 00:28:23,418 En. Mielke, dengar tak? Denyutan nadi lemah. Beri dia udara segar. 362 00:28:23,501 --> 00:28:25,626 - Dia terbaring kaku di selnya. - Helo? 363 00:28:26,126 --> 00:28:30,584 Nah, doktor. Keputusan makmal. Ujian dah dibuat dengan pantas di penjara. 364 00:28:31,501 --> 00:28:35,001 Tolong beri dopamin. Carbo activatus, 100 mg. Dia diracun. 365 00:28:35,501 --> 00:28:38,126 Buat persiapan tiub pemakanan dan intubasi. 366 00:28:38,209 --> 00:28:40,293 Segera ke unit rawatan rapi. 367 00:28:44,293 --> 00:28:46,418 Nampak agak usang. 368 00:28:55,709 --> 00:28:56,626 Itu dia? 369 00:28:57,251 --> 00:28:58,126 Ya. 370 00:29:05,918 --> 00:29:07,001 Apa yang dia buat? 371 00:29:07,626 --> 00:29:10,251 Saya rasa dia bagi kucing makan. 372 00:29:10,334 --> 00:29:11,751 Kenapa? 373 00:29:11,834 --> 00:29:14,376 Mari sini, kucing. 374 00:29:17,834 --> 00:29:19,168 Kucing. 375 00:29:24,709 --> 00:29:26,834 - Apa dia buat? Dia nak keluar? - Ya. 376 00:29:27,709 --> 00:29:29,001 - Alamak. - Dia ke mari. 377 00:29:29,084 --> 00:29:31,376 - Alamak! - Menyorok. 378 00:29:40,501 --> 00:29:43,209 - Dia dah pergi? - Saya tak rasa dia nampak kita. 379 00:29:43,876 --> 00:29:46,168 Syukurlah. 380 00:29:46,251 --> 00:29:48,834 Baiklah, ini peluang kita. Saya akan masuk. 381 00:29:48,918 --> 00:29:51,709 Awak nak ke mana? Kenapa? Svenny! 382 00:29:55,959 --> 00:29:58,001 Jangan masuk. 383 00:30:14,959 --> 00:30:16,043 Tak guna. 384 00:30:24,543 --> 00:30:25,418 JERMAN BARU 385 00:30:48,209 --> 00:30:49,543 Apa… 386 00:30:58,668 --> 00:30:59,501 Si aneh. 387 00:31:11,293 --> 00:31:14,584 Alamak. 388 00:31:16,709 --> 00:31:17,584 Alamak. 389 00:31:36,084 --> 00:31:36,918 En. Petzold? 390 00:31:37,001 --> 00:31:39,709 Saya tak buat apa-apa. 391 00:31:39,793 --> 00:31:41,751 Saya nak bercakap dengan awak. 392 00:31:41,834 --> 00:31:42,668 Okey. 393 00:31:51,043 --> 00:31:51,876 Siapa awak? 394 00:31:54,668 --> 00:31:56,543 Min Sun. Selamat berkenalan. 395 00:31:58,126 --> 00:31:58,959 BND? 396 00:31:59,043 --> 00:32:00,543 Kami tahu awak ekori dia. 397 00:32:01,043 --> 00:32:02,293 Siapa? 398 00:32:02,376 --> 00:32:03,584 Kleo Straub. 399 00:32:04,209 --> 00:32:05,334 Awak sangat bagus. 400 00:32:06,709 --> 00:32:10,251 Saya betul, bukan? Dia memang pembunuh Stasi. 401 00:32:11,668 --> 00:32:13,459 Kleo Straub ialah ahli… 402 00:32:13,543 --> 00:32:16,334 - Pasukan petugas menteri untuk isu khas. - Ya. 403 00:32:16,418 --> 00:32:19,709 Pasukan pembunuh Stasi. Setakat ini, itu saja kami tahu. 404 00:32:19,793 --> 00:32:22,501 Saya dah agak saya betul! Dia ahli! 405 00:32:25,459 --> 00:32:27,293 Tugas terakhirnya pada 1987. 406 00:32:27,376 --> 00:32:31,376 Di Big Eden. Bukan terlebih dos. Saya tahu! 407 00:32:31,459 --> 00:32:32,501 Jangan menjerit. 408 00:32:32,584 --> 00:32:33,543 Maafkan saya. 409 00:32:34,626 --> 00:32:36,334 - Awak saksi. - Ya. 410 00:32:36,834 --> 00:32:40,543 Saya jumpa mangsa. Saya tahu dia bunuh yang lain. Saya tahu. 411 00:32:41,043 --> 00:32:45,793 Kami mahu awak bantu kami. Terus ekori Kleo Straub dan cari maklumat. 412 00:32:48,084 --> 00:32:50,168 Awak rekrut saya masuk BND? 413 00:32:55,751 --> 00:32:57,168 Telefon saya. 414 00:32:57,251 --> 00:33:00,709 Ya, sudah tentu. 415 00:33:01,251 --> 00:33:04,584 Saya akan telefon sebaik saja… 416 00:33:20,501 --> 00:33:24,626 Nama saya Petzold. Sven Petzold. 417 00:33:27,251 --> 00:33:28,084 Alamak. 418 00:33:34,626 --> 00:33:35,918 Lantaklah. 419 00:33:49,084 --> 00:33:53,043 Hore. 420 00:33:56,584 --> 00:33:57,668 Bangun. 421 00:34:09,043 --> 00:34:10,334 Helo, tuan menteri. 422 00:34:10,834 --> 00:34:12,918 Tak bagus, bukan? 423 00:34:13,793 --> 00:34:15,834 Apabila tak berdaya. 424 00:34:17,501 --> 00:34:18,543 Apa yang berlaku? 425 00:34:18,626 --> 00:34:21,084 Sangat kecil dan lemah. 426 00:34:21,709 --> 00:34:23,043 Apa saya buat di sini? 427 00:34:23,126 --> 00:34:25,584 Awak diracun, kemudian diselamatkan 428 00:34:26,584 --> 00:34:28,543 oleh saya. 429 00:34:34,501 --> 00:34:39,209 Jangan, tuan menteri, jangan tekan penggera! 430 00:34:39,959 --> 00:34:41,293 Tuan menteri. 431 00:34:43,959 --> 00:34:48,834 Saya terima latihan terbaik di negara kita dengan komrad Pasukan Isu Khas, 432 00:34:48,918 --> 00:34:51,876 jadi tak mungkin saya lupa matikan penggera, bukan? 433 00:34:53,501 --> 00:34:56,543 - Kita saling kenal? - Ya, saya rasa begitu. 434 00:34:57,834 --> 00:34:59,126 Saya Kleo Straub. 435 00:35:01,834 --> 00:35:02,668 Kleo? 436 00:35:04,001 --> 00:35:05,251 Cucu Otto. 437 00:35:06,418 --> 00:35:07,334 Kenapa awak datang? 438 00:35:08,418 --> 00:35:12,084 Saya berkhidmat untuk negara seumur hidup dan pada tahun 1987, 439 00:35:12,168 --> 00:35:15,751 saya berjaya hapuskan ketua CIA di Big Eden, Berlin Barat. 440 00:35:15,834 --> 00:35:17,668 Kemudian saya dipenjarakan. 441 00:35:17,751 --> 00:35:19,001 Saya nak tahu kenapa. 442 00:35:20,501 --> 00:35:24,501 Ketua CIA di Berlin Barat tak dihapuskan. 443 00:35:24,584 --> 00:35:25,876 Dia masih hidup. 444 00:35:25,959 --> 00:35:29,209 Saya tak tahu kenapa awak dipenjarakan. Betul. 445 00:35:30,126 --> 00:35:33,918 - Jadi, siapa yang saya bunuh? - Saya betul-betul tak tahu, Kleo. 446 00:35:34,418 --> 00:35:37,501 Ada orang lain yang beri arahan, bukan saya. 447 00:35:39,584 --> 00:35:40,501 Siapa? 448 00:35:44,584 --> 00:35:47,251 Saya tak boleh beritahu awak, Kleo. 449 00:35:51,168 --> 00:35:54,959 Biar saya beritahu awak sesuatu, tuan menteri. 450 00:35:55,584 --> 00:35:58,918 Apabila tembak seseorang, tembaklah betul-betul. 451 00:35:59,001 --> 00:36:00,709 Saya pandai menembak. 452 00:36:04,001 --> 00:36:04,918 Baiklah. 453 00:36:06,751 --> 00:36:10,501 Orang yang arahkan ialah timbalan saya, datuk awak. 454 00:36:12,376 --> 00:36:14,251 Dia ejen kelas pertama. 455 00:36:14,334 --> 00:36:16,251 Jangan tipu! 456 00:36:16,334 --> 00:36:19,626 Buat apa saya nak tipu? Saya tak rugi apa-apa. 457 00:36:19,709 --> 00:36:22,084 Saya dah tua dan sakit. 458 00:36:22,168 --> 00:36:26,043 Semua yang saya usahakan sudah musnah. 459 00:36:26,126 --> 00:36:27,584 Tiada apa lagi! 460 00:36:30,834 --> 00:36:32,501 Saya orang tua. 461 00:36:33,751 --> 00:36:36,001 - Saya ada keluarga. - "Saya ada keluarga." 462 00:36:36,084 --> 00:36:39,209 Saya nak jumpa isteri dan anak-anak saya lagi. 463 00:36:40,334 --> 00:36:41,251 Anjing saya. 464 00:36:43,209 --> 00:36:45,126 Saya beritahu awak kebenaran. 465 00:36:45,209 --> 00:36:48,334 Datuk awak yang beri arahan. 466 00:36:51,084 --> 00:36:53,543 Saya tak pernah berniat untuk sakiti sesiapa. 467 00:36:54,043 --> 00:36:56,168 Saya sayang semua manusia. 468 00:36:58,209 --> 00:36:59,043 Kleo, 469 00:37:00,293 --> 00:37:02,876 saya boleh nampak awak orang yang baik. 470 00:37:03,668 --> 00:37:05,918 Tolonglah, Kleo. Tolonglah. 471 00:37:07,418 --> 00:37:08,918 Berhenti menangis. 472 00:37:09,668 --> 00:37:10,584 Okey. 473 00:37:12,293 --> 00:37:15,459 Namun, jika saya dapat tahu awak menipu, 474 00:37:16,501 --> 00:37:18,709 awak takkan jumpa keluarga awak lagi. 475 00:37:23,543 --> 00:37:24,376 Tolong! 476 00:37:25,709 --> 00:37:32,501 Tolong! Saya diserang! Seorang yang membahayakan masyarakat! 477 00:37:52,126 --> 00:37:54,168 Datuk awak yang beri arahan. 478 00:37:56,334 --> 00:37:58,001 Hai, Kleo. 479 00:37:58,709 --> 00:38:00,834 Saya datuk awak. 480 00:38:01,334 --> 00:38:03,501 Awak kena tabah sekarang. 481 00:38:09,626 --> 00:38:11,209 Atuk mengikut arahan. 482 00:38:13,834 --> 00:38:15,168 Atuk tiada pilihan. 483 00:38:15,793 --> 00:38:17,459 Atuk segalanya bagi saya. 484 00:38:31,168 --> 00:38:33,709 Atuk nak awak baca ini. 485 00:38:34,459 --> 00:38:35,293 Lenin? 486 00:38:45,376 --> 00:38:47,376 Kleo kesayanganku, 487 00:38:48,459 --> 00:38:52,001 banyak keputusan yang atuk perlu buat dalam hidup. 488 00:38:52,501 --> 00:38:56,793 Melepaskan awak ke penjara adalah yang paling sukar. 489 00:38:58,418 --> 00:39:00,918 Ada orang minta awak dihapuskan. 490 00:39:02,418 --> 00:39:04,793 Atuk dapat selamatkan awak daripada itu, 491 00:39:06,834 --> 00:39:08,501 tapi bukan daripada penjara. 492 00:39:09,418 --> 00:39:13,876 Awak hapuskan musuh dari Barat yang ada maklumat 493 00:39:13,959 --> 00:39:18,126 yang boleh menyebabkan kemusnahan RDJ dan seluruh dunia. 494 00:39:20,584 --> 00:39:22,959 Itu tak berlaku kerana awak. 495 00:39:25,418 --> 00:39:27,626 Awak tak buat salah. 496 00:39:33,459 --> 00:39:36,501 Jika awak baca surat ini, 497 00:39:37,834 --> 00:39:39,084 maafkanlah. 498 00:39:41,709 --> 00:39:44,001 Jika tidak, awak takkan pernah tenang. 499 00:39:54,793 --> 00:40:00,418 Bekas Menteri Keselamatan Negara Republik Demokratik Jerman sudah mati. 500 00:40:00,918 --> 00:40:03,959 Dia ditembak oleh penyerang misteri di Hospital Oskar Ziethen, 501 00:40:04,043 --> 00:40:07,501 tempat dia dihantar setelah jantungnya gagal berfungsi 502 00:40:07,584 --> 00:40:12,918 semasa dalam tahanan di Penjara Hohenschönhausen. 503 00:40:13,418 --> 00:40:17,793 Erich Mielke mati akibat kecederaannya. Pembunuhnya sedang diburu. 504 00:40:34,543 --> 00:40:36,918 Menteri, Kleo? Biar betul? 505 00:40:37,418 --> 00:40:39,668 Awak sedar apa maksudnya? 506 00:40:40,418 --> 00:40:42,876 Semua orang mencari awak. Seluruh firma. Semuanya. 507 00:40:42,959 --> 00:40:45,126 Mereka arahkan Uwe mencari awak. 508 00:40:46,584 --> 00:40:47,584 Andi? 509 00:40:50,918 --> 00:40:52,334 Saya bunuh atuk. 510 00:40:53,876 --> 00:40:54,709 Apa? 511 00:40:56,834 --> 00:40:59,626 Saya tahu, saya… 512 00:41:01,376 --> 00:41:03,168 Bertenang. 513 00:41:03,251 --> 00:41:04,251 Saya tak sengaja. 514 00:41:05,751 --> 00:41:08,918 - Bertenang. - Dia nak tembak saya. 515 00:41:09,626 --> 00:41:12,418 - Apa? - Dia tulis surat kepada saya. 516 00:41:13,168 --> 00:41:14,293 Surat apa? 517 00:41:14,376 --> 00:41:16,168 - Dia tulis surat. - Surat apa? 518 00:41:16,251 --> 00:41:18,126 Saya tak boleh bernafas. 519 00:41:18,209 --> 00:41:20,751 - Saya tak boleh bernafas. - Bertenang. 520 00:41:20,834 --> 00:41:21,876 Pandang saya! 521 00:41:26,126 --> 00:41:29,459 Mari sini. 522 00:41:30,376 --> 00:41:31,251 Semuanya akan okey. 523 00:41:32,251 --> 00:41:35,168 Ingat apa yang awak belajar. 524 00:41:37,834 --> 00:41:41,376 Apa isi kandungan surat itu? Pandang saya. 525 00:41:42,293 --> 00:41:43,876 Apa isi kandungannya? 526 00:41:56,334 --> 00:42:00,459 Awak mempertahankan diri, Kleo. Awak tiada pilihan dan dia faham. 527 00:42:00,959 --> 00:42:02,501 Betulkah saya tiada pilihan? 528 00:42:04,084 --> 00:42:07,168 Datuk saya ada pilihan, betul tak? 529 00:42:08,793 --> 00:42:11,001 Kita ada pilihan tak, Andi? 530 00:42:11,834 --> 00:42:16,251 Awak tak boleh bandingkan masa silam dan masa kini. 531 00:42:17,043 --> 00:42:20,584 Awak lebih tahu apa akibat orang yang buat pilihan yang salah. 532 00:42:20,668 --> 00:42:22,209 Orang yang dipanggil pengkhianat. 533 00:42:24,834 --> 00:42:26,834 Kenapa kita berjumpa di sini? 534 00:42:27,959 --> 00:42:29,834 Saya fikir… 535 00:42:32,584 --> 00:42:34,876 dah lama kita tak ke mari. 536 00:42:36,793 --> 00:42:37,959 Saya hamil ketika itu. 537 00:42:38,709 --> 00:42:39,543 Saya tahu. 538 00:42:43,626 --> 00:42:45,334 Saya betul-betul mahu anak itu. 539 00:42:47,834 --> 00:42:48,668 Saya gagal. 540 00:42:50,459 --> 00:42:52,334 Itu juga bukan salah awak. 541 00:43:00,918 --> 00:43:02,709 Kita masih ada satu sama lain. 542 00:43:03,959 --> 00:43:05,168 Saya cintakan awak. 543 00:43:05,834 --> 00:43:08,084 Saya sangat risaukan awak 544 00:43:08,668 --> 00:43:13,918 kerana masih ada orang yang akan buat apa saja untuk mempertahankan masa silam. 545 00:43:14,418 --> 00:43:16,126 Saya boleh dapatkan pasport. 546 00:43:16,626 --> 00:43:20,626 Rumah selamat di Kazakhstan masih wujud. Awak akan selamat di sana. 547 00:43:21,751 --> 00:43:24,001 Saya tak mahu apa-apa terjadi kepada awak. 548 00:43:25,293 --> 00:43:26,793 Tolong pergi esok. 549 00:43:29,876 --> 00:43:31,043 Maaf, saya… 550 00:43:32,168 --> 00:43:34,584 Tak apa. 551 00:43:42,668 --> 00:43:44,543 Awak nak telur dengan sos mustard? 552 00:43:45,709 --> 00:43:47,626 Ayuh. Nak berapa banyak? 553 00:43:48,626 --> 00:43:49,626 Tiga? 554 00:43:50,334 --> 00:43:51,209 Empat? 555 00:43:51,709 --> 00:43:52,959 Lima? 556 00:43:56,043 --> 00:43:57,668 Awak mudah menangis. 557 00:43:59,626 --> 00:44:00,668 Mungkin. 558 00:44:02,251 --> 00:44:03,418 Mungkin juga. 559 00:44:05,459 --> 00:44:06,918 Biar saya ambil telur. 560 00:44:24,126 --> 00:44:28,584 Ketua CIA di Berlin Barat tak dihapuskan. Dia masih hidup. 561 00:44:28,668 --> 00:44:32,126 Awak hapuskan musuh di Barat yang ada maklumat 562 00:44:32,209 --> 00:44:37,209 yang boleh memusnahkan RDJ dan seluruh dunia. 563 00:44:42,376 --> 00:44:43,209 Apa yang berlaku? 564 00:44:43,293 --> 00:44:46,876 Saya perlu tahu siapa yang saya bunuh di Big Eden. 565 00:44:50,001 --> 00:44:51,959 Kita perlukan polis Berlin Barat. 566 00:44:52,043 --> 00:44:54,168 - Kita tiada sesiapa. - Saya ada. 567 00:44:55,959 --> 00:45:00,334 - Bagaimana dengan Kazakhstan? - Tangguhkan dulu. Jangan risau. 568 00:45:42,626 --> 00:45:43,543 Komrad. 569 00:45:43,626 --> 00:45:46,876 Apa itu, Uwe? Sedapkah? 570 00:45:46,959 --> 00:45:48,209 Ini ikan dalam tin. 571 00:45:49,918 --> 00:45:51,043 Mielke dah mati. 572 00:45:51,668 --> 00:45:55,251 Saya fikir saya boleh pujuk Kleo untuk lupakannya, 573 00:45:55,334 --> 00:45:58,418 - tapi dia terus menyiasat. - Awak fikir apa akan terjadi? 574 00:45:58,501 --> 00:46:00,959 - Dia boleh buat apa saja. - Saya tahu, genius. 575 00:46:04,251 --> 00:46:05,418 Nak saya ambil alih? 576 00:46:06,543 --> 00:46:07,376 Ya. 577 00:46:08,084 --> 00:46:10,001 Pastikan dia berhenti menyiasat. 578 00:46:12,918 --> 00:46:14,043 Hei, Andi? 579 00:46:14,918 --> 00:46:16,918 Semua ini tentang apa sebenarnya? 580 00:46:20,709 --> 00:46:21,918 Bedebah. 581 00:49:12,668 --> 00:49:16,168 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S