1 00:00:13,764 --> 00:00:15,933 Ini okey? 2 00:00:17,392 --> 00:00:18,393 Terima kasih. 3 00:00:20,312 --> 00:00:22,940 Saya dah baca artikel tentang kemenangan awak. 4 00:00:22,940 --> 00:00:26,735 Hebat kerana awak dapat kalahkan anak Alexandre Léger. 5 00:00:27,694 --> 00:00:34,117 Malang bagi dia. Media Perancis akan mempersendakan dia. 6 00:00:35,494 --> 00:00:36,995 Tentu memalukan bagi dia. 7 00:00:38,539 --> 00:00:40,332 Awak memang baik kerana risaukan saya, 8 00:00:42,125 --> 00:00:46,922 tapi ia belum berakhir lagi. Ia cuma satu kekalahan. 9 00:00:47,756 --> 00:00:51,552 Saya tak fasih berbahasa Jepun, tapi saya boleh memahaminya. 10 00:01:04,272 --> 00:01:05,649 Ini mengarut. 11 00:01:06,233 --> 00:01:07,234 Saya setuju. 12 00:01:08,986 --> 00:01:11,363 Bapa awak tak pernah bercerita tentang awak. 13 00:01:12,406 --> 00:01:15,617 Saya hanya tahu dia ada anak perempuan semasa di pejabat peguam. 14 00:01:17,744 --> 00:01:18,996 Saya tak terkejut. 15 00:01:19,496 --> 00:01:20,497 Pandang saya. 16 00:01:23,208 --> 00:01:24,585 Kamu boleh berdiri? 17 00:01:29,798 --> 00:01:30,883 Jadi... 18 00:01:32,676 --> 00:01:34,845 awak ada di sini untuk harta warisan itu? 19 00:01:35,846 --> 00:01:37,723 Saya ada di sini untuk harta warisan saya. 20 00:01:40,267 --> 00:01:42,686 Bapa awak tak fikir begitu. 21 00:01:46,773 --> 00:01:48,442 Pandang satu sama lain. 22 00:01:51,486 --> 00:01:52,905 Bapa awak? 23 00:01:53,488 --> 00:01:54,990 Apa pendapat dia tentang ini? 24 00:01:57,284 --> 00:01:59,286 Lebih rapat. 25 00:02:06,752 --> 00:02:07,836 Lebih rapat. 26 00:02:14,426 --> 00:02:15,594 Lebih rapat. 27 00:02:15,594 --> 00:02:17,054 Itu dah cukup, bukan? 28 00:02:17,554 --> 00:02:20,516 Ya. Sedikit saja lagi. 29 00:02:27,856 --> 00:02:30,067 Kamu boleh senyum pada satu sama lain? 30 00:02:38,450 --> 00:02:40,327 Awak mahu teh lagi? 31 00:02:40,327 --> 00:02:41,662 Cukuplah. 32 00:02:42,329 --> 00:02:45,916 Boleh panggil suami saya? 33 00:02:45,916 --> 00:02:47,167 Kami akan terlewat. 34 00:02:48,710 --> 00:02:50,087 Baik. 35 00:03:03,350 --> 00:03:06,395 Rakyat Jepun teruja tentang kemenangan ini 36 00:03:06,395 --> 00:03:10,274 kerana ia menentang pihak lawan dari Perancis, tempat asal wain. 37 00:03:10,274 --> 00:03:13,569 Ia tak mengejutkan bagi Kumpulan Tomine 38 00:03:13,569 --> 00:03:16,363 yang terkenal dengan kecemerlangan... 39 00:03:21,368 --> 00:03:23,537 Dia tiada di bilik dia. 40 00:03:24,746 --> 00:03:29,585 Nampaknya dia tak tidur di sini malam tadi. 41 00:03:44,183 --> 00:03:48,145 Nombor anda dail tak dapat dihubungi. 42 00:03:58,197 --> 00:04:00,073 Dia kata dia mahu beri sendiri pada awak. 43 00:04:03,243 --> 00:04:04,286 Sila ambil. 44 00:04:10,334 --> 00:04:12,294 Saya minta diri. 45 00:05:14,565 --> 00:05:15,691 Honoka. 46 00:05:18,026 --> 00:05:19,027 Honoka. 47 00:05:22,072 --> 00:05:23,365 Awak mahu? 48 00:05:32,833 --> 00:05:34,293 Cantik, bukan? 49 00:05:49,016 --> 00:05:54,855 LADANG ANGGUR CHASSANGRE 1990 50 00:06:04,698 --> 00:06:08,160 Berhenti, Thomas. Layan tetamu kita dengan baik, Thomas. 51 00:06:09,036 --> 00:06:11,371 Maaf, dia biasanya tepati masa, tapi kali ini... 52 00:06:11,371 --> 00:06:14,625 Jangan risau. Itu sifat orang Perancis. 53 00:06:21,798 --> 00:06:23,342 Pakar wain kami dah tiba. 54 00:06:23,926 --> 00:06:26,470 Perkenalkan kawan baik saya dan pakar, Alexandre Léger. 55 00:06:35,437 --> 00:06:36,688 Helo, semua! 56 00:06:36,688 --> 00:06:38,190 Maaf kerana lewat. 57 00:06:39,399 --> 00:06:41,985 Kita mulakan dengan merasa. Okey? 58 00:06:49,910 --> 00:06:51,161 Sila ikut saya. 59 00:06:56,583 --> 00:06:57,709 Dia fikir siapa dirinya? 60 00:07:00,587 --> 00:07:01,964 Ini wain tempatan. 61 00:07:02,798 --> 00:07:03,966 Tahun 1984. 62 00:07:04,967 --> 00:07:07,052 Kamu rasa teksturnya yang lembut. 63 00:07:07,553 --> 00:07:09,471 Ia ada rasa buah dan tanin. 64 00:07:11,223 --> 00:07:14,017 Ia wain yang kompleks, dibuat daripada pelbagai jenis anggur. 65 00:07:15,102 --> 00:07:18,939 Grenache, Syrah, Mourvedre, Cinsault, 66 00:07:19,565 --> 00:07:20,566 Terret noir, 67 00:07:21,066 --> 00:07:22,067 Counoise, 68 00:07:22,776 --> 00:07:24,653 Vaccarese, Muscardin, 69 00:07:24,653 --> 00:07:30,325 Clairette, Piquepoul, Roussanne, Bourboulenc, Picardan. 70 00:07:31,034 --> 00:07:32,160 Sukar, bukan? 71 00:07:44,256 --> 00:07:46,216 Itu wain terbaik awak? 72 00:07:46,216 --> 00:07:48,510 Wain ini agak biasa. 73 00:07:51,013 --> 00:07:52,181 Biasa? 74 00:07:52,890 --> 00:07:54,892 Ini Grand Cru yang ada reputasi baik. 75 00:07:54,892 --> 00:07:56,143 Ia terkenal. 76 00:08:06,320 --> 00:08:08,697 Walaupun pedagang wain belinya, 77 00:08:08,697 --> 00:08:10,032 itu tak bermakna ia wain bagus. 78 00:08:12,242 --> 00:08:13,535 Tentulah tidak. 79 00:08:20,709 --> 00:08:23,754 Saya mahu rasa wain yang ada personaliti 80 00:08:24,296 --> 00:08:26,590 dan tiada di Jepun. Sebab itu kami datang ke sini. 81 00:08:31,053 --> 00:08:32,386 Apa dia kata? 82 00:08:34,681 --> 00:08:40,312 En. Onoyama ucap semoga berjaya. Sukar untuk memuaskan hati Cik Tomine. 83 00:08:49,279 --> 00:08:50,280 Baiklah. 84 00:08:50,948 --> 00:08:52,032 Cabaran diterima. 85 00:09:01,083 --> 00:09:02,584 Betul kata cik. 86 00:09:05,003 --> 00:09:07,422 Dominasi wain mahal sukar dibendung. 87 00:09:07,965 --> 00:09:09,424 Kita bayar untuk labelnya. 88 00:09:16,056 --> 00:09:17,266 Silakan. 89 00:09:17,266 --> 00:09:19,142 Wain ini ada personaliti yang kuat. 90 00:09:20,602 --> 00:09:23,021 Philippe tak jual ini dengan banyak. Sayang sekali. 91 00:09:44,418 --> 00:09:45,669 Itu dia! 92 00:09:51,133 --> 00:09:52,634 Awak mahu ke mana esok? 93 00:09:52,634 --> 00:09:55,470 Cairanne, Ladang Anggur de la Touche Poupeaux. 94 00:09:55,470 --> 00:09:56,597 Awak kenal mereka? 95 00:09:56,597 --> 00:09:57,848 Mengarut. 96 00:09:58,765 --> 00:10:00,517 Awak patut batalkan lawatan awak. 97 00:10:00,517 --> 00:10:03,103 Saya kenal Gerald. Dia akan beri awak rasa wain tak sedap. 98 00:10:04,521 --> 00:10:07,733 Saya boleh perkenalkan pembuat wain lain yang lebih berbakat. 99 00:10:08,233 --> 00:10:11,069 Dia tentu gembira jika awak datang. Terutamanya jika saya hantar awak. 100 00:10:11,904 --> 00:10:15,657 Terima kasih, En. Léger. Awak sangat baik. 101 00:10:16,325 --> 00:10:17,784 Sama-sama. 102 00:10:25,542 --> 00:10:27,169 Sekali lagi, terima kasih, En. Chassangre. 103 00:10:27,169 --> 00:10:28,921 Hari yang tak dapat dilupakan. 104 00:10:28,921 --> 00:10:31,340 - Awak boleh datang lagi. - Terima kasih. 105 00:10:32,007 --> 00:10:33,175 En. Léger? 106 00:10:36,345 --> 00:10:39,848 Universiti saya mahu membuat kursus enologi. 107 00:10:40,349 --> 00:10:43,227 Kami mahu menembusi pasaran antarabangsa. 108 00:10:43,727 --> 00:10:47,272 Hubungi saya jika awak melawat atau datang ke Jepun untuk bekerja. 109 00:10:47,272 --> 00:10:50,150 Awak memang baik, tapi sekarang saya ada rancangan lain. 110 00:10:51,193 --> 00:10:52,861 En. Chassangre? 111 00:10:53,362 --> 00:10:55,572 Saya mahu beli wain istimewa awak. 112 00:10:56,156 --> 00:10:58,033 Wain yang En. Léger beri kami rasa. 113 00:10:59,034 --> 00:11:00,869 Mourvedre Counoise awak. 114 00:11:00,869 --> 00:11:01,995 Dia mahu belinya. 115 00:11:02,538 --> 00:11:04,081 Saya mahu beli 50. 116 00:11:06,041 --> 00:11:09,670 Ya, ada 12 botol dalam sekotak, jadi ia cuma 48 botol. 117 00:11:10,254 --> 00:11:12,798 Ada 12 botol dalam sekotak, tak cukup 50. 118 00:11:12,798 --> 00:11:15,634 Tak. Lima puluh kotak. Ia perlu dihantar ke Jepun. 119 00:11:18,011 --> 00:11:19,805 Penghantarannya tentu mahal. 120 00:11:20,514 --> 00:11:26,270 Cik Tomine ialah satu-satunya waris Syarikat Berlian Tomine. 121 00:11:26,270 --> 00:11:27,855 Mungkin kamu pernah dengarnya? 122 00:11:30,566 --> 00:11:33,151 Kami boleh hantarnya. Tiada masalah. 123 00:11:33,151 --> 00:11:35,654 Kita boleh jemput mereka ke parti malam ini? 124 00:11:35,654 --> 00:11:37,281 Ya. Idea yang bagus. 125 00:11:37,281 --> 00:11:38,615 Tentulah. 126 00:11:38,615 --> 00:11:41,159 Malam ini kami meraikan berakhirnya musim menuai 127 00:11:41,159 --> 00:11:42,536 dan kamu semua dijemput. 128 00:11:45,873 --> 00:11:48,208 - Terima kasih. - Mari ikut kami! 129 00:11:48,208 --> 00:11:50,502 Mari ikut kami, kami akan tunjukkan tarian Perancis. 130 00:12:12,274 --> 00:12:14,318 Muka awak dah merah seperti wain. 131 00:12:14,318 --> 00:12:15,444 Belum lagi. 132 00:12:16,528 --> 00:12:17,905 Parti baru bermula. 133 00:12:50,729 --> 00:12:52,022 Dia cantik. 134 00:12:52,773 --> 00:12:54,066 Seperti pelakon. 135 00:13:27,641 --> 00:13:28,767 Hirokazu. 136 00:13:30,435 --> 00:13:32,855 Awak kawan yang penting bagi saya. 137 00:13:36,024 --> 00:13:37,067 Awak faham? 138 00:13:40,904 --> 00:13:42,072 Maaf. 139 00:13:44,283 --> 00:13:45,325 Saya... 140 00:13:51,123 --> 00:13:53,292 Saya minum terlalu banyak. 141 00:13:55,043 --> 00:13:56,128 Ia takkan berlaku lagi. 142 00:14:17,357 --> 00:14:20,485 Hati-hati, semua! 143 00:14:38,086 --> 00:14:39,713 Perkembangan terbaru 144 00:14:39,713 --> 00:14:43,091 pertandingan mengagumkan di Jepun untuk pewarisan Alexandre Léger. 145 00:14:43,091 --> 00:14:45,010 Pertaruhannya sangat tinggi. 146 00:14:45,010 --> 00:14:46,553 Tempat simpanan wain luar biasa 147 00:14:46,553 --> 00:14:49,556 yang dianggarkan bernilai lebih daripada 120 juta euro. 148 00:14:49,556 --> 00:14:51,683 Alexandre Léger menjadi kaya 149 00:14:51,683 --> 00:14:53,894 dengan mencipta Panduan Léger 20 tahun lalu 150 00:14:53,894 --> 00:14:55,938 yang mengubah dunia enologi... 151 00:15:08,575 --> 00:15:09,576 Ya? 152 00:15:09,576 --> 00:15:10,702 Marianne Léger? 153 00:15:11,537 --> 00:15:13,121 - Ya. - Tandatangan di sini. 154 00:15:24,383 --> 00:15:25,384 Terima kasih. 155 00:15:27,886 --> 00:15:29,179 - Selamat jalan. - Selamat tinggal. 156 00:15:59,084 --> 00:16:00,335 Marianne, 157 00:16:00,335 --> 00:16:03,922 saya mahu awak taburkan abu saya dari tempat tinggi di ladang Philippe. 158 00:16:04,715 --> 00:16:08,051 Maaf kerana tak dapat menyokong awak seperti awak menyokong saya. 159 00:16:08,552 --> 00:16:10,387 Saya tak dapat gembirakan awak. 160 00:16:11,263 --> 00:16:12,806 Itu penyesalan terbesar saya. 161 00:16:48,050 --> 00:16:52,179 Pudina diseduh, buah putih, rempah manis, madu, pastri... 162 00:16:52,179 --> 00:16:55,224 kita tak boleh asingkan dua aroma ini, 163 00:16:55,224 --> 00:16:59,561 kedua-duanya memberi rasa wain manis, 164 00:16:59,561 --> 00:17:01,355 buah atau bunga. 165 00:17:02,064 --> 00:17:04,983 Kita tak bercakap tentang bunga, En. Dupuis. 166 00:17:04,983 --> 00:17:07,986 Semasa saya dengar kata-kata awak, ia seperti kata-kata Lamarquange 167 00:17:07,986 --> 00:17:10,446 yang bercakap tentang peony dalam wain merah 168 00:17:10,446 --> 00:17:11,990 dan buas-buas dalam wain putih. 169 00:17:13,282 --> 00:17:15,661 Saya tak percaya Rollin menjadi juri. 170 00:17:15,661 --> 00:17:17,788 Dia bukan pembuat wain, tapi pembuat duit. 171 00:17:17,788 --> 00:17:19,957 - Awak membesar-besarkan cerita. - Tak. 172 00:17:21,666 --> 00:17:25,462 Dia penipu yang jual wain teruk dia dengan mahal. 173 00:17:25,462 --> 00:17:27,964 Alexandre, jangan anggap diri awak penting. 174 00:17:28,464 --> 00:17:31,885 Pendapat awak tentang dia tak penting. Lupakannya. 175 00:17:32,761 --> 00:17:35,389 Selepas saya tamat belajar, saya akan ajar dia. 176 00:17:36,014 --> 00:17:37,474 Dia yang berlagak? 177 00:17:38,517 --> 00:17:40,227 Jangan masuk perangkap mereka, okey? 178 00:17:41,436 --> 00:17:42,437 Alexandre. 179 00:17:43,856 --> 00:17:45,732 - Tidak. - Terima kasih pada kamu. 180 00:17:48,944 --> 00:17:50,153 Giliran saya. 181 00:17:54,199 --> 00:17:55,909 En. Léger? 182 00:18:06,503 --> 00:18:07,546 Selamat pagi. 183 00:18:09,840 --> 00:18:11,758 En. Léger, kami ucapkan tahniah. 184 00:18:12,259 --> 00:18:15,679 Awak lulus ujian merasa tanpa melihat 185 00:18:16,180 --> 00:18:19,474 dengan mudah sekali. 186 00:18:19,474 --> 00:18:20,726 Terima kasih. 187 00:18:21,393 --> 00:18:23,687 Mari bincang tentang tesis awak, 188 00:18:23,687 --> 00:18:26,190 "Bayangan masa depan wain Perancis." 189 00:18:27,149 --> 00:18:28,192 Kata-kata awak, 190 00:18:28,192 --> 00:18:32,988 "Di Perancis, wain ialah monarki dengan Bordeaux sebagai raja negeri kecil 191 00:18:32,988 --> 00:18:35,532 dan duit sebagai pemerintah mutlak." 192 00:18:37,117 --> 00:18:38,952 Apa awak maksudkan, En. Léger? 193 00:18:42,915 --> 00:18:46,168 Pertama, saya tak anggap semua Bordeaux sama. 194 00:18:47,294 --> 00:18:53,008 Saya cuma mahu beri pendapat saya pada pendekatan yang sudah lapuk. 195 00:18:54,009 --> 00:18:56,637 Selalunya wain sama yang disanjung 196 00:18:57,304 --> 00:19:01,391 walaupun adanya inovasi dan pembuat wain yang mengambil risiko. 197 00:19:01,391 --> 00:19:03,894 Awak ada masalah dengan pembuat wain terkenal, En. Léger? 198 00:19:04,520 --> 00:19:05,938 Dengan wain berprestij? 199 00:19:09,191 --> 00:19:10,692 "Wain berprestij." 200 00:19:11,735 --> 00:19:12,986 Satu persoalan penting. 201 00:19:13,654 --> 00:19:14,947 Kamu tahu, 202 00:19:14,947 --> 00:19:17,824 apabila atlet menang pertandingan penting, dia kembali berlumba 203 00:19:17,824 --> 00:19:19,034 dan berlatih dengan kuat. 204 00:19:19,034 --> 00:19:22,579 Lebih kuat dengan harapan dapat menang pada tahun depan. 205 00:19:22,579 --> 00:19:25,415 Tiada apa-apa yang pasti atau dimenangi lebih awal. 206 00:19:25,415 --> 00:19:27,626 Apabila saya dengar perkataan "berprestij," 207 00:19:27,626 --> 00:19:29,753 ia seperti gelaran bangsawan. 208 00:19:29,753 --> 00:19:34,132 Penghormatan untuk selama-lamanya. Itu tak masuk akal bagi saya. 209 00:19:34,883 --> 00:19:36,468 Tradisi tak masuk akal? 210 00:19:39,596 --> 00:19:42,224 - Saya tak kata begitu. - Itu yang saya dengar. 211 00:19:42,766 --> 00:19:44,309 Kalau tidak, awak perlu jelaskannya. 212 00:19:47,437 --> 00:19:48,772 Awak mahu saya jelaskan? 213 00:19:53,110 --> 00:19:54,486 Apa saya cuba katakan ialah 214 00:19:55,153 --> 00:19:57,656 beberapa pembuat wain yang awak katakan 215 00:19:57,656 --> 00:20:00,617 bergantung kepada kejayaan masa lalu 216 00:20:01,201 --> 00:20:03,245 serta nama "berprestij" mereka 217 00:20:03,245 --> 00:20:05,205 tanpa membuat apa-apa sebagai justifikasi. 218 00:20:05,205 --> 00:20:07,499 Itu memalukan. 219 00:20:08,333 --> 00:20:09,668 Setahu saya, 220 00:20:10,169 --> 00:20:12,004 mereka jurujual label wain tak beradab 221 00:20:12,004 --> 00:20:14,214 dan mereka tak patut ada dalam pasaran wain kita. 222 00:20:17,634 --> 00:20:19,845 Awak mahu sebut namanya? 223 00:20:20,470 --> 00:20:22,931 Tak. Mereka sendiri tahu. 224 00:20:27,269 --> 00:20:28,520 Bedebah! 225 00:20:28,520 --> 00:20:30,564 Ya, betul kata awak. Mereka bedebah. 226 00:20:30,564 --> 00:20:31,815 Awak rasa lebih baik sekarang? 227 00:20:33,483 --> 00:20:34,985 Semuanya dah gagal! Bagaimana sekarang? 228 00:20:37,654 --> 00:20:39,948 Saya buat silap. Semua ini salah saya. 229 00:20:40,616 --> 00:20:41,867 Hei. Berhenti. 230 00:20:42,367 --> 00:20:43,619 Bertenang. 231 00:20:44,244 --> 00:20:46,663 Kita berdua ada di sini. Kita akan fikirkannya. 232 00:20:47,873 --> 00:20:49,166 Hei. 233 00:20:49,666 --> 00:20:50,918 Kita akan fikirkannya. 234 00:20:55,088 --> 00:20:57,674 Profesor Alexandre Léger. 235 00:20:58,258 --> 00:20:59,927 Kursus enologi, bilik 227. 236 00:21:00,928 --> 00:21:02,179 Ayuh. 237 00:21:04,181 --> 00:21:05,807 Bapa awak tentu tak suka ini. 238 00:21:05,807 --> 00:21:08,143 Saya tak peduli tentang pendapat bapa saya. 239 00:21:10,395 --> 00:21:13,106 Saya pensyarah enologi kamu tahun ini. 240 00:21:14,358 --> 00:21:17,778 Jika wain boleh diajar. 241 00:21:19,988 --> 00:21:21,365 Helo, Cik Tomine. 242 00:21:27,704 --> 00:21:31,208 Kami bangga awak ada di universiti ini, En. Léger. 243 00:21:34,086 --> 00:21:35,462 Saya akan mulakan semester pertama 244 00:21:35,462 --> 00:21:40,717 dengan menjelaskan kaitan antara seni dan wain. 245 00:21:42,010 --> 00:21:44,847 Pada pendapat saya, kaitannya sangat mendalam. 246 00:21:47,432 --> 00:21:50,394 Saya mahu teruskan dengan teras subjek ini. 247 00:21:50,394 --> 00:21:51,979 Teori bagus. 248 00:21:52,646 --> 00:21:54,982 Latihan lebih baik. 249 00:22:00,070 --> 00:22:01,697 Wain tak boleh digambarkan dengan kata-kata. 250 00:22:06,827 --> 00:22:08,078 Ia perlu dihidu... 251 00:22:11,415 --> 00:22:12,624 dirasa... 252 00:22:13,834 --> 00:22:15,127 dan alami. 253 00:22:16,336 --> 00:22:20,340 Lupakan pengetahuan awak untuk sementara dan gunakan deria awak. 254 00:22:25,554 --> 00:22:30,017 Perkara paling penting, ia soal kepekaan. 255 00:22:32,686 --> 00:22:33,937 Fikiran terbuka. 256 00:22:43,739 --> 00:22:44,865 Jadi... 257 00:22:47,284 --> 00:22:48,493 siapa mahu merasanya? 258 00:22:53,373 --> 00:22:55,918 Siapa mahu menawarkan diri? 259 00:23:13,352 --> 00:23:15,562 Marilah. Ia bukan seksaan. 260 00:23:15,562 --> 00:23:17,272 Kalau tidak, kamu di kelas yang salah. 261 00:23:19,066 --> 00:23:20,484 En. Léger, 262 00:23:21,068 --> 00:23:23,320 pelajar tak boleh minum alkohol dalam kelas. 263 00:23:23,820 --> 00:23:25,197 Ia boleh timbulkan masalah. 264 00:23:30,410 --> 00:23:31,662 Awak bergurau, bukan? 265 00:23:38,752 --> 00:23:40,337 Kita tinggalkan semuanya 266 00:23:40,337 --> 00:23:42,798 untuk saya mengajar rahib dan tinggal di tempat sempit ini. 267 00:23:43,298 --> 00:23:44,800 Awak bersemangat. Baguslah. 268 00:23:44,800 --> 00:23:46,885 Mereka tak mahu rasa wain! 269 00:23:46,885 --> 00:23:48,512 Apa saya patut buat dengan itu? 270 00:23:49,888 --> 00:23:52,432 Datang ke sini ialah satu kesilapan. Kita tak patut datang. 271 00:23:56,019 --> 00:23:57,271 Saya takkan berjaya. 272 00:23:57,896 --> 00:23:59,231 Ya, awak akan berjaya, Alexandre. 273 00:24:00,315 --> 00:24:02,234 Ia juga sukar untuk saya. 274 00:24:03,277 --> 00:24:06,154 Saya rancang untuk mencari kawan dan mengenali bandar ini. 275 00:24:06,154 --> 00:24:07,489 Kawal diri awak. 276 00:24:07,489 --> 00:24:11,326 Berhenti berkelakuan begini dan bantu saya kemaskan kotak itu, okey? 277 00:24:13,579 --> 00:24:14,580 Ya, saya minta maaf. 278 00:24:15,205 --> 00:24:16,206 Betul kata awak. 279 00:24:24,214 --> 00:24:25,674 Ia cuma perlukan masa. 280 00:24:27,259 --> 00:24:30,679 Awak boleh suruh mereka rasa wain di luar universiti. 281 00:24:32,848 --> 00:24:36,435 Saya jumpa satu bar kecil yang sesuai. 282 00:24:43,108 --> 00:24:46,361 Ini lukisan dari zaman Baroque Itali. 283 00:24:47,613 --> 00:24:49,031 Buah dan Bunga Melur. 284 00:24:50,073 --> 00:24:53,285 Ia dilukis oleh seorang wanita. Fede Galizia. 285 00:24:56,079 --> 00:24:57,539 Ya, Cik Tomine? 286 00:25:02,336 --> 00:25:05,589 En. Léger, ia cantik, tapi apa kaitannya dengan wain? 287 00:25:06,715 --> 00:25:08,050 Awak akan tahu nanti. Percayalah. 288 00:25:10,260 --> 00:25:11,553 Awak akan tahu dalam kelas seterusnya. 289 00:25:13,055 --> 00:25:14,348 Jumpa pada hari Jumaat. 290 00:25:15,015 --> 00:25:18,185 Jangan lupa hantar analisis kamu tentang lukisan Fede Galizia. 291 00:25:31,198 --> 00:25:33,200 Bagi mereka yang berminat, 292 00:25:33,784 --> 00:25:36,662 kita boleh sambung kelas malam ini 293 00:25:37,287 --> 00:25:38,997 di bar wain La Kachetto. 294 00:25:39,623 --> 00:25:40,832 Lapan malam. 295 00:25:42,334 --> 00:25:43,627 Apa dia kata? 296 00:25:43,627 --> 00:25:45,420 Pukul lapan malam di bar wain La Kachetto. 297 00:25:48,465 --> 00:25:51,677 Dia akan mengajar di bar wain La Kachetto. 298 00:25:52,636 --> 00:25:54,638 - Awak mahu pergi? - Ya. 299 00:26:07,150 --> 00:26:08,318 Helo. 300 00:26:08,318 --> 00:26:09,820 Selamat malam, profesor. 301 00:26:10,487 --> 00:26:11,572 Baiklah. 302 00:26:12,322 --> 00:26:13,699 Mari mulakan. 303 00:26:17,911 --> 00:26:19,037 Syabas. 304 00:26:19,705 --> 00:26:20,831 Pertama sekali, 305 00:26:22,249 --> 00:26:24,751 saya mahu latih hidung kamu. 306 00:26:25,294 --> 00:26:29,256 Bau ialah deria paling penting. 307 00:26:30,465 --> 00:26:31,466 Jadi... 308 00:26:40,934 --> 00:26:42,269 Siapa mahu mulakan? 309 00:26:47,649 --> 00:26:48,650 Baiklah. 310 00:26:52,446 --> 00:26:54,531 - Awak perlu bantuan? - Saya okey. 311 00:27:06,043 --> 00:27:07,336 Cik Tomine. 312 00:27:09,421 --> 00:27:10,631 Apa yang awak hidu? 313 00:27:13,967 --> 00:27:15,177 Laici. 314 00:27:21,767 --> 00:27:23,227 Mudah. Halia. 315 00:27:28,524 --> 00:27:30,108 - Selasih. - Hebat. 316 00:27:32,194 --> 00:27:33,403 Ini. 317 00:27:35,239 --> 00:27:36,406 Apa ini? 318 00:27:40,827 --> 00:27:42,412 Bijan panggang. 319 00:27:43,288 --> 00:27:44,748 Hebat. 320 00:27:45,415 --> 00:27:46,625 Syabas. 321 00:27:47,209 --> 00:27:48,961 Empat daripada lima. 322 00:27:50,003 --> 00:27:51,255 Tinggal satu bahan lagi. 323 00:28:04,768 --> 00:28:06,061 Bunga oren. 324 00:28:09,189 --> 00:28:10,232 Itu... 325 00:28:10,816 --> 00:28:12,192 Betul. 326 00:28:12,192 --> 00:28:13,694 Hebat. 327 00:28:22,870 --> 00:28:24,413 Tahniah. 328 00:28:24,413 --> 00:28:26,498 - Terima kasih. - Saya sangat kagum. 329 00:28:28,792 --> 00:28:29,793 Jadi, 330 00:28:30,961 --> 00:28:32,254 siapa seterusnya? 331 00:28:37,509 --> 00:28:39,219 Maaf, saya lewat. 332 00:28:44,933 --> 00:28:45,934 Wau! 333 00:28:46,560 --> 00:28:48,061 Apa semua ini? 334 00:28:48,562 --> 00:28:51,106 Saya mahu jadi Geisha untuk awak. 335 00:28:51,106 --> 00:28:53,942 Kaki saya kebas. Kedudukan ini teruk. 336 00:28:54,484 --> 00:28:56,028 - Awak mabuk? - Sedikit. 337 00:28:56,528 --> 00:28:57,696 Saya terlalu haus. 338 00:28:58,197 --> 00:29:00,199 Saya minum bir Jepun. Awak mahu minum? 339 00:29:00,699 --> 00:29:02,451 Kita ada sesuatu untuk diraikan malam ini. 340 00:29:02,451 --> 00:29:04,661 Rasanya Honoka buat saya suka wain Itali. 341 00:29:04,661 --> 00:29:06,205 Saya tak sangka. 342 00:29:06,205 --> 00:29:08,832 Saya akan ingat wain Barolo itu. 343 00:29:09,374 --> 00:29:10,667 Dia sangat berbakat. 344 00:29:11,877 --> 00:29:14,087 Awak tak mahu tanya saya apa yang kita raikan? 345 00:29:14,671 --> 00:29:17,257 - Awak tak peduli. - Tentulah saya peduli. 346 00:29:17,758 --> 00:29:19,092 Maaf. Beritahu saya. 347 00:29:21,303 --> 00:29:23,388 Saya lulus temu duga di Institut Perancis. 348 00:29:24,973 --> 00:29:28,352 Saya akan uruskan semua acara kebudayaan. 349 00:29:28,352 --> 00:29:29,645 Itu hebat! 350 00:29:30,145 --> 00:29:32,898 - Syabas, sayang. - Awak tahu? 351 00:29:32,898 --> 00:29:36,068 Kita akan bertemu ramai orang. Kita akan keluar dari sini. 352 00:29:37,069 --> 00:29:38,320 Saya bangga dengan awak. 353 00:30:03,929 --> 00:30:06,431 ...1978. 354 00:30:13,856 --> 00:30:16,066 Baiklah, profesor. Giliran awak. 355 00:30:16,066 --> 00:30:17,526 Awak berjanji. 356 00:30:50,475 --> 00:30:56,190 Ini Saint-Emilion Grand Cru: a Couvent des Jacobins 1961. 357 00:31:00,736 --> 00:31:02,321 Awak tak rasanya. 358 00:31:03,614 --> 00:31:04,740 Saya salah? 359 00:31:05,824 --> 00:31:07,075 Tak. 360 00:31:10,746 --> 00:31:12,039 Hebat. 361 00:31:14,124 --> 00:31:15,709 Bagaimana awak tahu dengan pantas? 362 00:31:17,961 --> 00:31:19,546 Ia bukan tentang kepantasan. 363 00:31:21,798 --> 00:31:25,010 Ia tentang mengaturnya di sini. 364 00:31:27,763 --> 00:31:29,014 Awak boleh lakukannya nanti. 365 00:31:32,559 --> 00:31:36,855 Maaf, saya benar-benar harus pergi. Saya harap saya boleh tunggu, tapi... 366 00:31:40,067 --> 00:31:42,736 Profesor? Boleh kita ambil gambar sebelum awak pergi? 367 00:31:43,237 --> 00:31:44,238 Ya. 368 00:31:53,497 --> 00:31:55,082 Senyum! 369 00:31:55,082 --> 00:31:56,583 Hebat. Okey! 370 00:31:56,583 --> 00:31:58,460 Baiklah. Selamat tinggal, semua. 371 00:31:58,460 --> 00:32:00,254 - Selamat jalan. - Terima kasih. 372 00:32:01,630 --> 00:32:03,549 Honoka, boleh saya hantar awak pulang? 373 00:32:03,549 --> 00:32:05,467 Saya mahu tunggu sebentar lagi. 374 00:32:05,467 --> 00:32:07,636 Ia dah lewat dan bapa awak akan risau. 375 00:32:07,636 --> 00:32:08,887 Awak boleh pulang. 376 00:32:09,680 --> 00:32:11,056 Kita jumpa esok. 377 00:32:11,056 --> 00:32:12,391 Siapa seterusnya? 378 00:32:12,391 --> 00:32:16,144 Ya! Giliran saya. Ayuh. Biar saya lakukannya. 379 00:32:54,766 --> 00:32:56,101 Awak lewat. 380 00:32:57,686 --> 00:33:00,022 Itu baju apa? Awak patut berpakaian lebih baik. 381 00:33:00,022 --> 00:33:01,231 Ini gaya selekeh saya. 382 00:33:01,231 --> 00:33:03,901 - Awak tak sukakannya lagi? - Tak. 383 00:33:03,901 --> 00:33:05,986 Mari ikut saya. Saya mahu perkenalkan seseorang. 384 00:33:05,986 --> 00:33:07,571 - Tidak! - Marilah! 385 00:33:15,204 --> 00:33:17,789 Jacques, suami saya, Alexandre. 386 00:33:17,789 --> 00:33:19,750 Alexandre, ini Jacques Fusier. 387 00:33:19,750 --> 00:33:21,168 - Selamat berkenalan. - Selamat malam. 388 00:33:21,168 --> 00:33:24,087 Dia memiliki syarikat penerbitan hebat di Tokyo. 389 00:33:24,087 --> 00:33:25,631 Dia menerbitkan Fusier of Wines. 390 00:33:26,131 --> 00:33:27,674 Marianne banyak bercerita tentang awak. 391 00:33:28,217 --> 00:33:29,510 Isteri awak luar biasa. 392 00:33:30,010 --> 00:33:31,553 - Ya. - Marianne? 393 00:33:32,846 --> 00:33:34,348 Maaf, saya akan biar kamu berbual. 394 00:33:40,521 --> 00:33:41,855 Kenapa awak tinggal di sini? 395 00:33:42,356 --> 00:33:45,442 Disebabkan kualiti cetakan dan kertasnya. 396 00:33:45,442 --> 00:33:48,487 Sukar untuk dapatkan kertas saya mahukan di Perancis 397 00:33:48,987 --> 00:33:50,197 dan isteri saya orang Jepun. 398 00:33:50,197 --> 00:33:51,281 Terima kasih. 399 00:33:52,449 --> 00:33:53,534 Minum... 400 00:33:59,998 --> 00:34:01,416 Ini wain murah apa? 401 00:34:01,416 --> 00:34:02,501 Maaf. 402 00:34:03,335 --> 00:34:06,046 Melampau jika hidangkan ini di kedutaan Perancis. 403 00:34:06,547 --> 00:34:08,465 Jangan minum itu, awak akan sakit. 404 00:34:10,175 --> 00:34:14,346 Saya dengar tentang tesis awak. Awak masih bersikap radikal? 405 00:34:14,346 --> 00:34:17,808 Ya. Masalahnya ialah keangkuhan di Perancis. 406 00:34:18,600 --> 00:34:19,601 Selamat malam. 407 00:34:19,601 --> 00:34:23,355 Kita fikir kita yang terbaik, tapi dunia dah berubah. 408 00:34:23,856 --> 00:34:26,525 Di Australia, Amerika Syarikat dan China tak lama lagi. 409 00:34:27,442 --> 00:34:30,027 Saya rasa wain Afrika Selatan yang sedap baru-baru ini. 410 00:34:30,027 --> 00:34:31,572 Awak mahu tulis tentangnya? 411 00:34:32,072 --> 00:34:33,114 Salah satunya. 412 00:34:33,114 --> 00:34:35,324 Saya mahu beri perspektif baharu kepada pengguna. 413 00:34:38,036 --> 00:34:41,290 Kenapa orang Perancis minum wain 414 00:34:41,290 --> 00:34:43,667 dan sedikit saja yang beli panduan itu? 415 00:34:44,168 --> 00:34:47,920 Termasuk panduan saya? 416 00:34:48,839 --> 00:34:50,047 Saya dah baca sepintas lalu. 417 00:34:51,466 --> 00:34:53,677 Ia fokus pada wain klasik. 418 00:34:53,677 --> 00:34:56,471 Kadangkala ia bagus untuk mengenali wain klasik. 419 00:34:56,471 --> 00:34:58,348 Orang perlukan bantuan, bukan? 420 00:35:00,142 --> 00:35:01,560 Saya tak setuju. 421 00:35:03,896 --> 00:35:06,231 Orang lebih halus dan bijak daripada jangkaan kita. 422 00:35:06,231 --> 00:35:09,526 Deria rasa mereka boleh bertambah baik dan mereka tak patut dianggap dungu. 423 00:35:14,531 --> 00:35:16,158 Saya takkan beri nasihat pada awak 424 00:35:16,158 --> 00:35:18,994 kerana awak takkan terimanya. 425 00:35:19,494 --> 00:35:22,748 Bagaimanapun, ada orang pernah tulis, "drama lelaki pemarah 426 00:35:23,248 --> 00:35:25,959 ialah banyak yang dia mahu katakan, tapi kata-kata dia tak didengari." 427 00:35:26,668 --> 00:35:27,753 Malangnya. 428 00:35:29,963 --> 00:35:33,175 Saya minta diri, selamat malam. Saya perlu kembali ke isteri saya. 429 00:35:50,984 --> 00:35:54,947 Tiba-tiba awak teringat awak ada keluarga? 430 00:35:58,534 --> 00:36:00,035 Saya ada soalan untuk mak. 431 00:36:01,078 --> 00:36:02,079 Apa? 432 00:36:05,624 --> 00:36:07,459 Kenapa mak tak beritahu saya 433 00:36:08,168 --> 00:36:10,462 yang mak kenal Alexandre Léger? 434 00:36:10,963 --> 00:36:12,756 Sebab mak tak kenal dia. 435 00:36:16,760 --> 00:36:18,595 Bagaimana mak mahu jelaskan ini? 436 00:36:24,351 --> 00:36:26,019 Ya, ia dah lama. 437 00:36:26,979 --> 00:36:28,939 Mak sertai dengan bapa awak kerana ingin tahu, 438 00:36:29,523 --> 00:36:32,109 tapi kami tak berminat dengan wain. 439 00:36:33,902 --> 00:36:37,739 Awak pernah nampak mak minum wain? 440 00:36:40,492 --> 00:36:41,618 Tak pernah. 441 00:36:42,119 --> 00:36:43,120 Betul. 442 00:36:43,871 --> 00:36:45,747 Mak boleh beritahu saya 443 00:36:46,248 --> 00:36:48,125 yang mak kenal dia. 444 00:36:50,377 --> 00:36:54,256 Bertemu seseorang tak bermakna kita kenal dia. 445 00:37:06,018 --> 00:37:07,019 Baiklah. 446 00:37:07,519 --> 00:37:08,937 Mak boleh sambung kerja. 447 00:37:13,567 --> 00:37:14,776 Mak mahu tanya, 448 00:37:16,111 --> 00:37:17,571 awak ada nampak bapa awak? 449 00:37:18,572 --> 00:37:19,990 Tak. Kenapa? 450 00:37:21,116 --> 00:37:22,326 Tiada apa-apa. 451 00:38:18,715 --> 00:38:20,050 Saya mahu ke sini. 452 00:38:20,759 --> 00:38:21,969 Saya mahu ke sana. 453 00:38:27,641 --> 00:38:31,311 Deria rasa awak sangat jarang didapati dengan pengalaman yang sedikit. 454 00:38:32,688 --> 00:38:36,859 Ingatan awak tentang rasa luar biasa. Ia bakat semula jadi. 455 00:38:38,443 --> 00:38:39,570 Terima kasih. 456 00:38:41,405 --> 00:38:43,949 - Selamat malam. - Selamat malam. 457 00:39:05,596 --> 00:39:06,722 Hei, awak. 458 00:39:09,391 --> 00:39:10,475 Bangun. 459 00:39:12,311 --> 00:39:13,395 Bangun. 460 00:39:15,981 --> 00:39:17,149 Awak okey? 461 00:39:23,947 --> 00:39:25,157 Awak boleh bangun? 462 00:39:25,157 --> 00:39:27,367 - Ya. - Awak perlu bantuan? 463 00:40:01,109 --> 00:40:02,986 Ada kejadian berlaku semalam. 464 00:40:03,529 --> 00:40:06,031 Selepas kita pulang dari La Kachetto. 465 00:40:09,284 --> 00:40:11,495 Pengarah tahu tentangnya. 466 00:40:15,165 --> 00:40:17,876 Disebabkan kejadian itu, dia akan tamatkan kursus saya. 467 00:40:24,591 --> 00:40:25,676 Malangnya. 468 00:40:27,803 --> 00:40:30,222 Terutamanya bagi pelajar yang sangat berbakat. 469 00:40:34,518 --> 00:40:37,729 Terima kasih di atas kepercayaan kamu dan semoga kamu berjaya. 470 00:41:04,464 --> 00:41:06,842 - Boleh saya duduk? - Ya. 471 00:41:13,807 --> 00:41:15,392 Awak minum apa? 472 00:41:17,936 --> 00:41:21,190 Meursault, Clos de la Barre, Ladang Anggur des Comtes Lafon, 1988. 473 00:41:33,785 --> 00:41:36,121 Saya tak tahu cara untuk beritahu isteri saya. 474 00:41:38,165 --> 00:41:39,583 Ia bukan salah awak. 475 00:41:43,295 --> 00:41:45,047 Kata-kata awak itu memang baik, tapi, 476 00:41:45,797 --> 00:41:48,342 saya patut agak keadaan boleh jadi tak terkawal. 477 00:41:49,801 --> 00:41:51,220 Kamu semua sangat muda. 478 00:42:26,630 --> 00:42:27,965 Awak masih ke sana? 479 00:42:53,073 --> 00:42:54,449 Saya minta maaf. 480 00:43:07,421 --> 00:43:08,422 Hei. 481 00:43:15,012 --> 00:43:17,139 Awak mahu beritahu perkara penting pada saya? 482 00:43:22,394 --> 00:43:24,104 Orang dari universiti hubungi. 483 00:43:26,690 --> 00:43:28,233 Awak bertahan selama tiga bulan, 484 00:43:28,901 --> 00:43:30,611 lebih lama daripada jangkaan saya. 485 00:43:36,575 --> 00:43:38,911 Kursus yang dibatalkan kerana pelajar mabuk, 486 00:43:38,911 --> 00:43:40,412 awak tak rasa itu menyedihkan? 487 00:43:41,872 --> 00:43:44,249 Cara awak tak sesuai dengan orang Jepun... 488 00:43:47,711 --> 00:43:50,547 Saya fikir mungkin saya boleh bekerja bersama Philippe di ladang anggur dia. 489 00:43:51,507 --> 00:43:52,925 Awak mahu kembali ke Avignon? 490 00:43:54,009 --> 00:43:55,177 Saya tak tahu. 491 00:43:56,220 --> 00:43:58,180 Bagaimana dengan pekerjaan saya di pejabat kedutaan? 492 00:43:58,680 --> 00:44:00,057 Saya suka berada di sini. 493 00:44:01,433 --> 00:44:03,393 Tiada apa-apa yang bagus untuk awak di Perancis. 494 00:44:04,269 --> 00:44:06,104 Awak ada peluang di sini, Alexandre. 495 00:44:06,605 --> 00:44:09,483 Sekarang awak ada masa untuk tulis buku panduan awak. 496 00:44:10,817 --> 00:44:13,111 Lagipun, awak tak sesuai mengajar. 497 00:44:13,612 --> 00:44:14,655 Mungkin. 498 00:44:15,405 --> 00:44:17,950 Saya tak boleh bayangkan terkurung di sini sepanjang hari, 499 00:44:17,950 --> 00:44:20,327 menulis tentang wain tanpa bayaran sementara awak bekerja. 500 00:44:21,745 --> 00:44:23,789 Percaya saya, okey? 501 00:44:32,798 --> 00:44:35,175 - Kenapa kita datang ke sini? - Awak akan berterima kasih pada saya. 502 00:44:51,316 --> 00:44:52,317 Marianne! 503 00:44:53,944 --> 00:44:56,154 - Helo. - Helo, Jacques. 504 00:44:56,864 --> 00:44:58,615 - Apa khabar? - Baik, terima kasih. 505 00:45:03,829 --> 00:45:06,081 Awak dah fikirkan semua ini? 506 00:45:06,582 --> 00:45:09,376 Ya, Alexandre terima dua tawaran untuk buku panduan dia, 507 00:45:11,211 --> 00:45:12,421 tapi saya degil. 508 00:45:13,338 --> 00:45:14,673 Saya fikir awak orangnya. 509 00:45:15,174 --> 00:45:16,925 Awak orang yang tepat untuk cetaknya. 510 00:45:18,302 --> 00:45:20,929 Boleh saya baca sedikit? 511 00:45:22,264 --> 00:45:23,515 Tak boleh tanpa bayaran awal. 512 00:45:24,933 --> 00:45:28,520 Awak isteri dan juga ejen dia. 513 00:45:29,396 --> 00:45:30,480 Betul. 514 00:45:33,025 --> 00:45:37,738 Alexandre, awak ada sesuatu yang luar biasa? 515 00:45:40,490 --> 00:45:43,535 Isteri saya tak benarkan saya bercakap kerana selalunya saya terlalu jujur. 516 00:45:45,287 --> 00:45:47,581 Kata-kata yang terlalu jujur boleh rosakkan semuanya. 517 00:45:49,208 --> 00:45:53,712 Ada orang kata sebab itulah kata-kata saya tak didengari. 518 00:45:57,299 --> 00:45:58,884 Saya fikir itu juga kekuatan saya. 519 00:46:00,177 --> 00:46:02,179 Orang mahukan pendapat sebenar tentang wain. 520 00:46:03,055 --> 00:46:05,390 Inventori tanpa kompromi, jujur 521 00:46:05,891 --> 00:46:08,101 yang akan memaksa pembuat wain mengejar kejayaan. 522 00:46:08,894 --> 00:46:10,854 Panduan yang takkan dipersoalkan. 523 00:46:17,027 --> 00:46:20,531 Maaf, tapi dia selalunya begini? 524 00:46:21,532 --> 00:46:23,450 Ya, tapi saya masih cintakan dia. 525 00:46:45,138 --> 00:46:46,557 Saya bawa ini. 526 00:46:48,684 --> 00:46:51,311 Ini alasan kawan sekelas saya, Hirokazu. 527 00:46:52,271 --> 00:46:55,315 Dia terlalu malu untuk berjumpa awak. 528 00:46:57,901 --> 00:46:59,695 Terima kasih. 529 00:47:01,488 --> 00:47:02,489 Saya akan cuba bacanya. 530 00:47:08,161 --> 00:47:09,955 Awak akan kembali ke Perancis? 531 00:47:12,916 --> 00:47:13,917 Tak. 532 00:47:19,131 --> 00:47:20,257 Kenapa awak datang? 533 00:49:16,206 --> 00:49:17,416 Itu bot. 534 00:49:17,416 --> 00:49:18,500 - Di sini? - Ya. 535 00:49:34,933 --> 00:49:36,643 - Kami boleh naik bot? - Ya? 536 00:49:36,643 --> 00:49:38,645 Okey. Terima kasih. 537 00:49:47,571 --> 00:49:48,947 Awak di mana? 538 00:49:50,574 --> 00:49:52,159 Nampaknya fikiran awak melayang. 539 00:49:53,660 --> 00:49:56,663 Tak, maaf. Ia tentang panduan itu. Itu saja. 540 00:49:57,456 --> 00:49:58,999 Ada sebarang kemajuan? 541 00:50:00,584 --> 00:50:02,669 Saya agak lewat. 542 00:50:03,545 --> 00:50:05,255 Jacques dah meminta dua kali. 543 00:50:05,756 --> 00:50:08,175 - Awak mahu saya bacanya? - Tak. 544 00:50:08,800 --> 00:50:10,302 Saya takut dengan pendapat awak. 545 00:50:11,803 --> 00:50:13,639 Awak boleh baca apabila saya sangat gembira. 546 00:50:14,806 --> 00:50:15,891 Okey. 547 00:50:21,146 --> 00:50:22,147 Untuk kita. 548 00:50:22,856 --> 00:50:24,149 Untuk kita. 549 00:50:30,614 --> 00:50:31,865 Awak okey? 550 00:50:32,533 --> 00:50:33,909 Ya, saya okey. 551 00:50:35,118 --> 00:50:38,956 Saya tak patut minum alkohol dalam beberapa bulan seterusnya. 552 00:50:56,473 --> 00:50:57,766 Awak gembira? 553 00:51:00,394 --> 00:51:03,188 Ya, tentulah saya gembira. 554 00:51:19,329 --> 00:51:20,873 - Hei. - Hei. 555 00:51:26,170 --> 00:51:27,796 Lama awak pergi. 556 00:51:30,465 --> 00:51:31,800 Bagaimana dengan peperiksaan awak? 557 00:51:34,344 --> 00:51:35,387 Mudah. 558 00:51:45,939 --> 00:51:47,357 Marianne mengandung. 559 00:51:51,778 --> 00:51:55,115 Kami cuba dapatkan anak di Perancis, tapi kami putus harapan. 560 00:51:55,908 --> 00:51:58,285 Kami sangka ia takkan terjadi, jadi kami berhenti fikirkannya, 561 00:51:58,285 --> 00:51:59,494 tapi ada... 562 00:52:03,415 --> 00:52:05,000 Saya akan mempunyai keluarga. 563 00:52:09,838 --> 00:52:11,673 Honoka, pandang saya. 564 00:52:15,677 --> 00:52:17,721 Awak sangat berharga pada saya. 565 00:53:35,424 --> 00:53:36,592 Honoka. 566 00:53:40,679 --> 00:53:41,847 Honoka! 567 00:53:45,684 --> 00:53:47,102 Apa yang terjadi? 568 00:53:56,069 --> 00:53:57,404 Tolonglah cakap. 569 00:53:59,615 --> 00:54:00,782 Honoka. 570 00:54:07,164 --> 00:54:08,498 Saya mengandung. 571 00:54:40,155 --> 00:54:43,158 {\an8}ENAM BULAN KEMUDIAN 572 00:57:38,500 --> 00:57:39,918 BERDASARKAN MANGA KAMI NO SHIZUKU OLEH TADASHI AGI/SHU OKIMOTO. 573 00:57:57,436 --> 00:57:59,438 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof