1 00:00:19,102 --> 00:00:22,356 Mari lihat keistimewaan wain ini. 2 00:00:43,252 --> 00:00:45,796 Campuran Schiava dan Pinot Noir. 3 00:00:46,964 --> 00:00:51,468 Kesegarannya datang daripada tanah batu kapur yang sejuk seperti marmar. 4 00:00:52,803 --> 00:00:53,804 Tapi... 5 00:00:54,638 --> 00:00:55,639 Tapi? 6 00:00:57,850 --> 00:01:01,812 Saya tak rasa pic, kuins atau bunga melur. 7 00:01:03,313 --> 00:01:06,984 Saya tak faham maksud "kaitan" itu. 8 00:01:09,486 --> 00:01:11,071 Saya takkan dapat memahaminya. 9 00:01:12,030 --> 00:01:14,783 Saya tak tahu cara Camille lakukannya. 10 00:01:16,285 --> 00:01:18,078 Sejujurnya, saya agak terkejut. 11 00:01:22,916 --> 00:01:24,960 Dia menakutkan awak? 12 00:01:27,713 --> 00:01:28,714 Ya. 13 00:01:29,673 --> 00:01:32,885 Dia boleh memahami sesuatu yang saya tak faham. 14 00:01:34,845 --> 00:01:38,265 Itu sifat dia. 15 00:01:40,142 --> 00:01:46,940 Awak perlu kosongkan fikiran dan bertenang. 16 00:02:01,788 --> 00:02:02,789 Saya nampak. 17 00:02:04,666 --> 00:02:05,667 Ya. 18 00:02:06,835 --> 00:02:08,419 Kebun pada musim bunga. 19 00:02:09,922 --> 00:02:14,676 Matahari dan banyak bunga. 20 00:02:18,639 --> 00:02:23,936 Pic, kuins dan bunga melur. 21 00:02:26,480 --> 00:02:28,690 Saya angkat batu 22 00:02:30,359 --> 00:02:35,572 dan saya menemui kaitannya. 23 00:02:36,949 --> 00:02:40,327 Hubungan kasih sayang yang tak dapat diputuskan. 24 00:02:41,078 --> 00:02:42,287 Kasih sayang pada ibu bapa, 25 00:02:42,871 --> 00:02:44,498 kasih sayang antara kekasih. 26 00:02:45,165 --> 00:02:49,545 Semua kasih sayang ada di sini. 27 00:02:50,379 --> 00:02:51,421 Ya. 28 00:02:52,881 --> 00:02:54,716 Sudah tentu, ia jelas sekali. 29 00:03:00,764 --> 00:03:02,808 Casa dei Fossati. 30 00:03:06,562 --> 00:03:08,272 Ia tak rumit. 31 00:03:08,272 --> 00:03:09,398 Awak perlu berusaha. 32 00:03:11,400 --> 00:03:12,943 Awak pelik. 33 00:03:30,043 --> 00:03:31,587 - Hei. - Hei. 34 00:03:31,587 --> 00:03:35,048 Syif kami baru tamat dan kami fikir mungkin... 35 00:03:35,549 --> 00:03:39,595 Luca kata awak dihalau dari tempat dia, jadi kami datang. 36 00:03:40,512 --> 00:03:41,638 Masuklah. 37 00:03:43,432 --> 00:03:44,808 - Di belakang. - Okey. 38 00:03:51,940 --> 00:03:53,192 Saya dah tahu semuanya. 39 00:03:55,402 --> 00:03:56,737 Dia sangat teruk. 40 00:03:58,113 --> 00:04:01,408 Dia tentu sangat marah jika tahu saya beritahu awak, tapi... 41 00:04:02,159 --> 00:04:03,327 biarlah. 42 00:04:04,620 --> 00:04:06,371 Bapa saya beritahu ini kepada saya. 43 00:04:06,914 --> 00:04:08,749 Dalam beberapa tahun ini, Luca... 44 00:04:08,749 --> 00:04:12,669 Dia membeli ladang anggur di seluruh dunia dengan harga yang sangat murah. 45 00:04:13,337 --> 00:04:16,757 Apabila ia muncul dalam buku panduan, 46 00:04:17,257 --> 00:04:22,554 nilainya terus meningkat dan pak cik saya dapat banyak keuntungan. 47 00:04:22,554 --> 00:04:25,140 Tunggu, ladang itu muncul dalam buku panduan? 48 00:04:25,140 --> 00:04:29,478 Ya. Pak cik saya memiliki 45 peratus daripada buku panduan itu. 49 00:04:30,479 --> 00:04:32,272 Dia belinya daripada Fusier. 50 00:04:33,315 --> 00:04:35,025 Tiada orang tahu itu. 51 00:04:35,734 --> 00:04:38,529 Dia boleh tentukan wain untuk buku panduan itu. 52 00:04:38,529 --> 00:04:39,613 Ya. 53 00:04:40,113 --> 00:04:41,281 Itu menyalahi undang-undang. 54 00:04:41,949 --> 00:04:45,494 Dia tahu Panduan Léger tanpa seorang Léger... 55 00:04:46,036 --> 00:04:48,872 Ia tak menarik. 56 00:04:50,207 --> 00:04:52,960 Sebab itu dia mahu awak ambil alih, Camille. 57 00:04:53,794 --> 00:04:55,671 Untuk terus dapat keuntungan. 58 00:04:56,505 --> 00:04:57,965 Betul kata Elisabetta. 59 00:05:00,175 --> 00:05:04,054 Panduan itu berbahaya. Ia tak membawa kebaikan kepada sesiapa. 60 00:05:05,514 --> 00:05:06,890 Awak memang patut menolak. 61 00:05:08,684 --> 00:05:10,394 Kenapa awak tak beritahu saya sebelum ini? 62 00:05:11,436 --> 00:05:12,604 Dia pak cik saya. 63 00:05:13,647 --> 00:05:16,358 Dia saja yang bantu saya semasa bapa saya halau saya. 64 00:05:22,072 --> 00:05:23,615 Bagaimana dengan bapa saya? 65 00:05:24,408 --> 00:05:25,617 Dia tahu? 66 00:05:25,617 --> 00:05:27,119 Saya tak tahu. 67 00:05:27,911 --> 00:05:29,162 Saya berjanji. 68 00:05:29,830 --> 00:05:32,291 Saya tak pernah dengar dia berbincang tentang duit dengan Luca. 69 00:05:34,459 --> 00:05:35,544 Okey. 70 00:05:39,506 --> 00:05:40,507 Bagaimanapun, 71 00:05:41,675 --> 00:05:44,136 terima kasih kerana datang. 72 00:05:45,429 --> 00:05:47,556 Mari minum untuk raikan kemenangan awak. 73 00:05:48,140 --> 00:05:49,183 Ya. 74 00:05:50,434 --> 00:05:51,768 Itu bunyi pop. 75 00:05:51,768 --> 00:05:54,688 Ini champagne. Tak mengapa. 76 00:05:57,900 --> 00:05:58,942 Terima kasih. 77 00:06:07,159 --> 00:06:10,662 Saya perlu bertolak esok untuk ujian terakhir saya. 78 00:06:12,873 --> 00:06:14,708 Minum? 79 00:06:14,708 --> 00:06:15,918 Ya. 80 00:06:17,836 --> 00:06:19,922 - Minum! - Minum! 81 00:06:29,097 --> 00:06:30,182 Philippe? 82 00:06:31,433 --> 00:06:32,434 Ya? 83 00:06:32,434 --> 00:06:33,727 Ada orang mahu jumpa awak. 84 00:06:33,727 --> 00:06:35,562 - Apa yang dia mahu? - Saya tak tahu. 85 00:06:35,562 --> 00:06:37,397 Dia mahu bercakap dengan awak saja. 86 00:06:41,151 --> 00:06:42,319 Ada apa? 87 00:06:43,362 --> 00:06:45,364 Awak Philippe Chassangre? 88 00:06:45,948 --> 00:06:46,949 Ya. 89 00:06:48,909 --> 00:06:51,578 Saya ada surat untuk awak daripada En. Léger. 90 00:07:07,678 --> 00:07:09,179 Awak setuju? 91 00:07:10,764 --> 00:07:11,890 Ya. 92 00:07:17,521 --> 00:07:19,940 Dia masih menyusahkan orang walaupun dia dah mati. 93 00:07:21,233 --> 00:07:22,276 Tak guna! 94 00:07:30,450 --> 00:07:33,120 Mak? Apa mak buat di sini? 95 00:07:33,120 --> 00:07:34,872 Jika awak jawab panggilan mak, 96 00:07:34,872 --> 00:07:37,124 mak tak perlu datang ke sini. 97 00:07:39,001 --> 00:07:40,252 Apa yang mak mahu? 98 00:07:44,298 --> 00:07:46,383 Helo, gadis muda. 99 00:07:48,051 --> 00:07:50,387 Awak nampak lebih cantik berbanding di TV. 100 00:07:51,471 --> 00:07:54,308 Rupa awak kurang menjolok mata. 101 00:08:22,669 --> 00:08:25,589 Saya akan biarkan awak bersendirian dengan ibu awak yang menawan. 102 00:08:26,757 --> 00:08:28,342 Saya akan tunggu di luar. 103 00:08:34,306 --> 00:08:36,892 Mak dengar awak kalah dalam ujian kedua hari ini. 104 00:08:39,895 --> 00:08:41,897 Masih ada masa untuk betulkan keadaan. 105 00:08:41,897 --> 00:08:43,315 Ini peluang terakhir awak. 106 00:08:43,315 --> 00:08:44,858 PENERBANGAN TALION KE PARIS TEKSI: 6:00 PAGI 107 00:08:44,858 --> 00:08:46,276 Minta maaf pada datuk awak. 108 00:08:49,780 --> 00:08:50,822 Minta maaf? 109 00:08:52,157 --> 00:08:53,116 Untuk apa? 110 00:08:53,116 --> 00:08:55,577 Supaya keluarga kita boleh kembali seperti biasa. 111 00:08:57,329 --> 00:09:00,165 Mak sayang suami mak? 112 00:09:01,458 --> 00:09:04,795 Mak tak perlu jawab soalan itu. 113 00:09:06,755 --> 00:09:11,885 Mak ada hubungan sulit dengan profesor mak, Alexandre Léger, 114 00:09:11,885 --> 00:09:14,596 semasa mak menjadi pelajar dan mengandung. 115 00:09:15,973 --> 00:09:20,936 Saya tak tahu sama ada dia atau mak yang putuskan hubungan. 116 00:09:21,436 --> 00:09:24,815 Mak mempergunakan kawan mak, 117 00:09:24,815 --> 00:09:27,192 Hirokazu, yang sayangkan mak, untuk mengelak daripada rasa malu. 118 00:09:27,776 --> 00:09:32,614 Saya tak tahu jika mak pernah sayangkan dia 119 00:09:33,532 --> 00:09:34,575 atau saya. 120 00:09:34,575 --> 00:09:35,951 Cukup. 121 00:09:39,621 --> 00:09:41,582 Mak datang untuk bantu awak, 122 00:09:43,083 --> 00:09:44,960 tapi nampaknya awak menolak. 123 00:09:46,086 --> 00:09:48,672 Pangsapuri ini milik mak. 124 00:09:50,340 --> 00:09:52,092 Mak mahu awak keluar. 125 00:09:53,760 --> 00:09:55,554 Awak dengar? 126 00:09:56,972 --> 00:09:58,974 Keluar! 127 00:10:23,624 --> 00:10:25,751 Saya kasihan pada mak. 128 00:10:27,461 --> 00:10:29,338 Saya sakit hati apabila lihat mak. 129 00:10:33,884 --> 00:10:35,469 Satu perkara lagi. 130 00:10:36,470 --> 00:10:38,472 Dia masih hidup. 131 00:10:40,182 --> 00:10:43,393 Rasanya mak tak berminat untuk tahu. 132 00:10:50,108 --> 00:10:51,902 Awak mahu ikut saya? 133 00:10:52,778 --> 00:10:55,948 Tak boleh. Saya perlu bekerja. 134 00:10:55,948 --> 00:10:58,492 Awak patut pergi seorang diri. 135 00:11:03,330 --> 00:11:06,333 Maaf kerana awak perlu hadapi semua ini. 136 00:11:06,875 --> 00:11:09,711 Awak rasa lega selepas meluahkan semuanya? 137 00:11:58,552 --> 00:12:00,762 Wain tak patut diminum seorang diri. 138 00:12:04,641 --> 00:12:05,809 Awak tahu sebabnya? 139 00:12:13,483 --> 00:12:17,154 Jika kita kongsikannya, ia mencipta kaitan. 140 00:12:18,238 --> 00:12:19,323 Hubungan. 141 00:12:20,199 --> 00:12:23,285 Tempat ini, wain ini, kita berdua... 142 00:12:24,661 --> 00:12:27,372 Ia menyatukan kita sepanjang hidup kita. 143 00:12:27,873 --> 00:12:32,461 Selepas 20, 30, 50 tahun... 144 00:12:35,047 --> 00:12:37,925 saat ini akan kekal dalam ingatan kita untuk selamanya. 145 00:12:39,927 --> 00:12:42,304 Untuk saat ini. 146 00:12:43,430 --> 00:12:45,140 Untuk wain ini. 147 00:12:46,433 --> 00:12:47,684 Untuk kita. 148 00:12:49,228 --> 00:12:50,270 Untuk kita. 149 00:14:43,008 --> 00:14:44,718 SAYA DAH TIBA 150 00:14:44,718 --> 00:14:46,887 SAYA AKAN KE PARIS DARI TOKYO 151 00:14:48,722 --> 00:14:50,933 Awak mahu segelas champagne? 152 00:14:50,933 --> 00:14:53,435 Tak, terima kasih. 153 00:14:57,940 --> 00:15:00,150 SEMOGA BERJAYA 154 00:15:18,418 --> 00:15:20,003 Terima kasih kerana terbang bersama kami. 155 00:15:30,013 --> 00:15:32,599 Tuan mahu segelas champagne? 156 00:15:32,599 --> 00:15:34,309 Terima kasih. 157 00:16:03,046 --> 00:16:04,673 Saya mahu minta maaf. 158 00:16:08,135 --> 00:16:10,512 Saya bersikap angkuh. Saya... 159 00:16:10,512 --> 00:16:14,141 Saya mahu tidur. Saya ada ujian untuk dimenangi esok. 160 00:16:50,844 --> 00:16:52,846 - Helo. Sila ke sini. - Helo. 161 00:16:55,140 --> 00:16:56,266 Helo. 162 00:17:05,776 --> 00:17:07,277 Terima kasih. 163 00:17:07,277 --> 00:17:08,862 Dia bawa beg saya ke mana? 164 00:17:08,862 --> 00:17:10,614 Dia akan hantar ke bilik awak. 165 00:17:10,614 --> 00:17:12,699 Ini kunci kamu. Nikmati penginapan kamu. 166 00:17:12,699 --> 00:17:14,367 - Terima kasih. - Sama-sama. 167 00:17:31,468 --> 00:17:32,970 Tingkat tujuh. 168 00:19:00,724 --> 00:19:02,434 ISSEI 169 00:19:29,378 --> 00:19:31,255 - Helo. - Hei. 170 00:19:31,797 --> 00:19:33,966 - Boleh saya tanya sesuatu? - Ya. 171 00:19:33,966 --> 00:19:35,717 Awak pernah nampak lelaki ini? 172 00:19:36,885 --> 00:19:40,013 Dia tinggal di sini selama beberapa hari. 173 00:19:41,014 --> 00:19:42,266 Selepas itu? 174 00:20:30,564 --> 00:20:32,691 Cik Léger, En. Tomine, 175 00:20:33,650 --> 00:20:34,943 sila ikut saya. 176 00:20:38,697 --> 00:20:42,910 Saya mahu beri amaran yang acara seterusnya agak istimewa. 177 00:20:43,827 --> 00:20:48,207 Saya mahu jelaskan yang saya tak bertanggungjawab untuk acara ini. 178 00:20:48,707 --> 00:20:53,128 Saya cuma mengesahkan semuanya dibuat mengikut prosedur. 179 00:20:53,921 --> 00:20:56,924 Saya akan pilih sesuatu yang lebih serius. 180 00:20:57,925 --> 00:20:58,967 Maaf. 181 00:21:00,385 --> 00:21:02,054 - Terima kasih. - Semoga berjaya. 182 00:21:18,153 --> 00:21:20,197 Helo. Biar saya perkenalkan diri. 183 00:21:20,197 --> 00:21:21,532 Saya Benjamin Keller. 184 00:21:21,532 --> 00:21:24,535 Saya seorang wartawan dan saya diminta untuk mengacarakan ujian hari ini. 185 00:21:24,535 --> 00:21:26,662 Ia sangat mengujakan, bukan? 186 00:21:28,747 --> 00:21:31,333 Baik. Siapa Issei? Siapa Camille? 187 00:21:31,959 --> 00:21:33,627 Saya bergurau. Bertenang. 188 00:21:33,627 --> 00:21:35,420 Semuanya akan okey. 189 00:21:35,420 --> 00:21:37,840 Ikut saya. Saya akan bawa kamu ke tempat duduk kamu. 190 00:21:41,844 --> 00:21:43,387 - Saya ada soalan. - Ya? 191 00:21:43,887 --> 00:21:46,306 Ya, saya juga. 192 00:21:47,057 --> 00:21:48,058 Apa semua ini? 193 00:21:48,684 --> 00:21:50,769 Saya tahu. Ia hebat, bukan? 194 00:22:06,201 --> 00:22:07,327 Awak duduk di sini. 195 00:22:08,120 --> 00:22:09,371 Awak duduk di sini. 196 00:22:20,340 --> 00:22:21,550 Helo, semua, 197 00:22:21,550 --> 00:22:23,260 dan selamat datang. 198 00:22:24,386 --> 00:22:28,265 Kita akan menyertai satu acara yang luar biasa. 199 00:22:28,849 --> 00:22:34,146 Ujian penentuan antara Issei Tomine dan Camille Léger. 200 00:22:35,105 --> 00:22:36,231 Pertaruhannya, 201 00:22:36,815 --> 00:22:40,110 harta warisan Alexandre Léger atau secara khususnya, 202 00:22:40,652 --> 00:22:45,616 koleksi wain dia sebanyak 87,000 botol, 203 00:22:46,116 --> 00:22:49,995 tempat simpanan wain paling besar dan paling berprestij di dunia. 204 00:22:55,042 --> 00:22:59,129 Alexandre Léger mencipta tiga pusingan untuk ujian terakhir ini. 205 00:22:59,922 --> 00:23:03,258 Dua ujian diadakan di sini. 206 00:23:03,800 --> 00:23:06,345 Pusingan ketiga diadakan di tempat... 207 00:23:07,095 --> 00:23:08,639 yang lebih tertutup. 208 00:23:09,348 --> 00:23:10,641 Pertama sekali, 209 00:23:11,141 --> 00:23:14,102 saya mahu berterima kasih kepada Syarikat Penerbitan Fusier 210 00:23:14,102 --> 00:23:16,647 yang menganjurkan acara berprestij ini. 211 00:23:16,647 --> 00:23:18,315 Tuan-tuan dan puan-puan, 212 00:23:18,315 --> 00:23:20,609 beri tepukan kepada En. Luca Inglese, 213 00:23:20,609 --> 00:23:24,905 kawan baik Alexandre Léger dan pengarah bersama untuk Panduan Léger. 214 00:23:38,335 --> 00:23:39,336 Helo, semua. 215 00:23:40,921 --> 00:23:45,175 Saya berpeluang untuk bersama Alexandre sehingga dia meninggal dunia. 216 00:23:46,426 --> 00:23:49,346 Dia selalu memikirkan satu soalan. 217 00:23:50,806 --> 00:23:53,892 Siapa akan meneruskannya selepas kematian dia? 218 00:23:54,893 --> 00:23:59,940 Siapa yang layak untuk pastikan ciptaan dia dapat diteruskan? 219 00:24:01,900 --> 00:24:05,028 Dia tak sempat mendapat jawapan sebelum meninggal dunia. 220 00:24:08,949 --> 00:24:10,033 Sebab itu 221 00:24:10,784 --> 00:24:13,871 saya dan Jacques Fusier memikirkan 222 00:24:13,871 --> 00:24:19,334 satu idea yang... tentu akan disukai oleh dia. 223 00:24:20,586 --> 00:24:24,756 Pemenang ujian ini akan menjadi orang terpilih 224 00:24:25,299 --> 00:24:30,095 dan pewaris sah Alexandre bagi kami. 225 00:24:30,804 --> 00:24:34,683 Kami akan memberi pemenang ujian terhebat ini 226 00:24:34,683 --> 00:24:37,186 peluang untuk mengetuai Panduan Léger. 227 00:24:37,769 --> 00:24:41,064 Dia akan menjadi ketua penyunting. 228 00:24:41,064 --> 00:24:44,484 Dia akan berkuasa sepenuhnya. 229 00:24:45,110 --> 00:24:49,990 Kami akan percayakan naluri, bakat dan pilihan dia sepenuhnya. 230 00:24:52,701 --> 00:24:54,578 Jangan lupa, 231 00:24:55,120 --> 00:24:57,873 Panduan Léger bukan saja nama. 232 00:24:58,957 --> 00:25:00,459 Paling utama, 233 00:25:00,459 --> 00:25:02,377 ia sebuah etos. 234 00:25:03,587 --> 00:25:04,922 Terima kasih. 235 00:25:10,260 --> 00:25:12,346 Selain Luca Inglese, 236 00:25:12,346 --> 00:25:16,350 juri istimewa kita terdiri daripada Flor Peres, 237 00:25:16,350 --> 00:25:18,268 cef restoran tiga bintang... 238 00:25:18,268 --> 00:25:19,311 Semoga berjaya. 239 00:25:21,522 --> 00:25:28,320 ...dan Anthony Norton, sommelier terbaik di dunia pada 2019. 240 00:25:32,449 --> 00:25:34,576 Sekarang, untuk pusingan pertama, 241 00:25:34,576 --> 00:25:38,747 kami ada beberapa soalan tentang pengetahuan umum wain. 242 00:25:40,082 --> 00:25:41,375 Sedia? 243 00:25:43,043 --> 00:25:46,964 Jenis anggur mana yang tak dibenarkan dalam Champagne? 244 00:25:47,464 --> 00:25:52,302 Arbanne, Pinot Gris, Pinot Blanc, César. 245 00:25:52,302 --> 00:25:53,762 César. 246 00:25:53,762 --> 00:25:55,764 César ialah jawapan yang betul. 247 00:25:59,601 --> 00:26:01,895 Sekali lagi, dalam Champagne, 248 00:26:01,895 --> 00:26:05,315 berapa kampung yang dikelaskan sebagai premier cru? 249 00:26:05,315 --> 00:26:06,483 Empat puluh dua. 250 00:26:06,483 --> 00:26:07,901 Betul. 251 00:26:09,570 --> 00:26:14,283 Ada 42 premier cru untuk Champagne dan 17 grand cru. 252 00:26:15,033 --> 00:26:20,747 Wain mana menjadi wain terbaik dalam Panduan Léger pertama pada 1993? 253 00:26:20,747 --> 00:26:25,460 Meursault Premier Cru Les Perrières, Ladang Anggur Leroy, 1973. 254 00:26:25,460 --> 00:26:26,628 Betul. 255 00:26:34,261 --> 00:26:38,807 Wain mana dipilih oleh Alexandre yang dihidangkan 256 00:26:38,807 --> 00:26:42,769 di makan malam diplomatik di Élysée bersama canselor Jerman? 257 00:26:42,769 --> 00:26:49,651 Wain Alsace Gewurztraminer Fronholz, Ladang Anggur Ostertag, 1997. 258 00:26:49,651 --> 00:26:50,736 Salah. 259 00:26:57,409 --> 00:26:58,911 Wain Egon Müller... 260 00:26:59,494 --> 00:27:03,123 Scharzhofberger Trockenbeerenauslese, 1991. 261 00:27:03,123 --> 00:27:04,416 Betul. 262 00:27:06,919 --> 00:27:10,839 Lembah Walla Walla terletak di mana? 263 00:27:10,839 --> 00:27:12,466 - Amerika Syarikat. - Betul. 264 00:27:17,262 --> 00:27:22,226 Apakah jenis anggur yang dominan di Barolo? 265 00:27:22,809 --> 00:27:24,770 - Nebbiolo. - Betul. 266 00:27:33,445 --> 00:27:39,952 Apa nama sungai dan tebing sungai mana terletaknya Canon-Fronsac AOP? 267 00:27:41,286 --> 00:27:42,371 Dordogne. 268 00:27:42,913 --> 00:27:44,081 Tebing sungai kanan. 269 00:27:44,831 --> 00:27:46,041 Betul. 270 00:27:54,508 --> 00:28:00,514 Jenis anggur yang mewakili lebih kurang 95 peratus wain terkenal? 271 00:28:01,098 --> 00:28:02,307 Cabernet. 272 00:28:03,141 --> 00:28:04,560 Betul. 273 00:28:11,692 --> 00:28:14,152 Sila ikut saya. Makan tengah hari kamu dah sedia. 274 00:28:25,789 --> 00:28:26,915 Apa ini? 275 00:28:56,528 --> 00:28:58,071 Tahniah. 276 00:28:58,697 --> 00:29:00,991 Awak memang hebat. Sudah tentu. 277 00:29:03,327 --> 00:29:04,369 Terima kasih. 278 00:29:06,622 --> 00:29:09,958 Itu semua teori. Akademik. 279 00:29:11,710 --> 00:29:13,545 Saya tak sabar untuk pusingan seterusnya. 280 00:29:14,254 --> 00:29:15,339 Awak serius? 281 00:29:16,548 --> 00:29:17,883 Kita sangat berbeza. 282 00:29:31,730 --> 00:29:33,774 Maaf tentang semua ini. 283 00:29:34,483 --> 00:29:37,945 Saya ingin memperkenalkan bahagian seterusnya dalam ujian ini. 284 00:29:37,945 --> 00:29:40,906 Ini ialah ujian memadankan makanan dengan wain. 285 00:29:40,906 --> 00:29:44,701 Kamu perlu cari wain yang sesuai dengan setiap hidangan. 286 00:29:44,701 --> 00:29:47,579 Kamu boleh gunakan bilik simpanan wain restoran. 287 00:29:47,579 --> 00:29:49,623 Saya fikirkan hidangan untuk kamu. 288 00:29:49,623 --> 00:29:53,460 Diinspirasikan daripada perjumpaan saya dengan Alexandre Léger selama ini. 289 00:29:54,086 --> 00:29:56,463 Menu ini menggambarkan cita rasa dia. 290 00:30:00,592 --> 00:30:01,802 Hidangan pertama. 291 00:30:01,802 --> 00:30:06,306 Carpaccio kekapis, kaki khinzir, kaper Pantelleria 292 00:30:06,306 --> 00:30:08,016 dengan sos vierge sitrus. 293 00:30:08,016 --> 00:30:09,351 Nikmatilah. 294 00:30:18,944 --> 00:30:19,987 Untuk hidangan pertama, 295 00:30:20,988 --> 00:30:23,407 saya fikir tentang cara hidangan disediakan. 296 00:30:23,949 --> 00:30:26,326 Rasa iodin daripada kekapis mentah 297 00:30:26,326 --> 00:30:28,996 dan lemak khinzir menonjolkan ketakketaraan 298 00:30:28,996 --> 00:30:31,915 antara rasa dari laut dan darat. 299 00:30:32,541 --> 00:30:35,836 Saya bayangkan ladang anggur dari zaman purba Greece. 300 00:30:35,836 --> 00:30:38,088 Pulau Santorini yang cantik. 301 00:30:39,673 --> 00:30:42,384 Saya memilih Assyrtiko, 2015. 302 00:30:49,933 --> 00:30:56,023 Saya penulis berumur 29 tahun yang masih tinggal bersama ibu saya. 303 00:30:56,023 --> 00:30:57,733 Masakan dia... 304 00:30:58,775 --> 00:30:59,776 ringkas. 305 00:31:00,360 --> 00:31:01,862 Terima kasih, mak. 306 00:31:02,487 --> 00:31:04,406 Jadi hidangan yang... 307 00:31:07,034 --> 00:31:13,081 menggabungkan rasa laut dan darat agak pelik bagi saya, ia bercanggah. 308 00:31:13,081 --> 00:31:16,168 Kemudian saya rasa hidangan istimewa ini. 309 00:31:17,419 --> 00:31:20,297 Hidangan ini mencipta keharmonian yang paradoks. 310 00:31:20,297 --> 00:31:22,007 Halus, tapi kuat. 311 00:31:22,007 --> 00:31:25,219 Saya terfikir tentang ladang anggur Georgia yang berusia seribu tahun. 312 00:31:25,928 --> 00:31:29,932 Wain oren yang dihasilkan di sana juga satu paradoks. 313 00:31:29,932 --> 00:31:34,228 Pilihan pertama saya ialah Ramaz Nikoladze, 1998, 314 00:31:34,228 --> 00:31:37,814 daripada anggur jenis Titska dan Tsolikouri. 315 00:31:45,697 --> 00:31:46,782 Camille? 316 00:31:48,617 --> 00:31:49,826 Awak okey? 317 00:31:51,537 --> 00:31:53,121 Ya. Ia sedap. 318 00:31:53,622 --> 00:31:54,623 Rasanya terlalu kuat. 319 00:31:55,290 --> 00:31:57,292 Saya tak biasa dengan makanan begini. 320 00:31:57,960 --> 00:31:59,962 Udang karang mewakili kelazatan. 321 00:32:00,921 --> 00:32:05,175 Krustasea dimasak dengan sedikit perisa perlukan wain putih yang terkenal 322 00:32:05,175 --> 00:32:07,219 untuk menonjolkan rasanya. 323 00:32:08,178 --> 00:32:12,140 Ladang anggur berusia seratus tahun dari daerah Châteauneuf-du-Pape, 324 00:32:12,140 --> 00:32:15,727 Château de Beaucastel, menghasilkan wain seperti itu, 325 00:32:16,436 --> 00:32:19,523 Roussanne Vieilles Vignes, 2005. 326 00:32:20,399 --> 00:32:21,400 Bagi saya... 327 00:32:22,276 --> 00:32:23,944 ini padanan yang sempurna. 328 00:32:32,494 --> 00:32:35,873 Beberapa kenangan saya bersama bapa saya... 329 00:32:36,790 --> 00:32:39,042 ada kaitan dengan makanan dan wain. 330 00:32:39,835 --> 00:32:41,170 Saya ingat 331 00:32:41,170 --> 00:32:43,255 semasa dia masak udang karang, dia akan kata, 332 00:32:43,255 --> 00:32:48,302 "Udang karang berwarna biru, tapi menjadi merah seperti wain merah selepas dimasak." 333 00:32:48,302 --> 00:32:54,433 Saya tanya diri saya, wain merah mana akan menguatkan rasa 334 00:32:54,433 --> 00:32:57,561 udang karang dan tart cendawan porcini? 335 00:32:58,061 --> 00:33:01,773 Saya terfikir tentang jenis anggur Mataro 336 00:33:01,773 --> 00:33:04,526 yang ditemui di kawasan berpasir di California. 337 00:33:05,903 --> 00:33:10,616 Dari daerah San Benito, Sandlands Mataro, 2015. 338 00:33:10,616 --> 00:33:15,454 Sedikit rasa anggur hitam dalam wain ini mengubahnya 339 00:33:15,454 --> 00:33:19,416 menjadi rasa cendawan porcini kering 340 00:33:19,416 --> 00:33:21,376 selepas wain dituang ke botol lain. 341 00:33:22,628 --> 00:33:27,174 Wain itu menggambarkan musim bunga dan musim luruh kepada kita, 342 00:33:28,008 --> 00:33:29,801 musim yang berlalu, 343 00:33:31,428 --> 00:33:32,763 masa yang berlalu. 344 00:33:43,106 --> 00:33:46,151 Pilihan wain yang hebat, En. Tomine. 345 00:33:46,693 --> 00:33:50,364 Awak pula, wain itu luar biasa, 346 00:33:50,364 --> 00:33:55,160 tapi gabungan rasa awak kurang jelas. 347 00:33:55,160 --> 00:33:59,206 Cerita awak tentang warna merah, masa berlalu, 348 00:33:59,790 --> 00:34:01,416 itu tak bermakna bagi saya. 349 00:34:02,251 --> 00:34:04,503 Saya agak kecewa. 350 00:34:19,226 --> 00:34:20,268 Pavlova. 351 00:34:21,728 --> 00:34:22,938 Untuk pencuci mulut ini, 352 00:34:23,522 --> 00:34:25,399 saya cadangkan champagne ros. 353 00:34:25,399 --> 00:34:28,402 Saya memilih Fleur de Miraval. 354 00:34:28,402 --> 00:34:32,155 Ini campuran Chardonnay dari tahun berbeza. 355 00:34:32,656 --> 00:34:36,618 Wain segar dengan rasa buah dari Montagne de Reims, 356 00:34:36,618 --> 00:34:40,455 dengan kitaran baik, berterusan 357 00:34:40,455 --> 00:34:44,418 dan juga wain simpanan berusia lebih 15 tahun. 358 00:34:44,418 --> 00:34:48,005 Rasanya menyegarkan, pedar dan masin... 359 00:35:07,858 --> 00:35:09,026 Giliran awak, Issei. 360 00:35:31,840 --> 00:35:33,258 Awak akan kalah. 361 00:35:36,595 --> 00:35:39,306 Saya tahu sebab awak mahu saya ambil alih panduan itu. 362 00:35:40,933 --> 00:35:42,059 Awak tahu? 363 00:35:42,684 --> 00:35:43,810 Awak tak guna. 364 00:36:04,957 --> 00:36:06,542 Tentulah. 365 00:36:21,223 --> 00:36:22,474 Apa yang mak mahu? 366 00:36:24,726 --> 00:36:27,479 Mak salah kerana menghalang awak berhubung dengan bapa awak. 367 00:36:28,105 --> 00:36:30,357 Ia satu kesilapan. Mak takut akan kehilangan awak, 368 00:36:30,357 --> 00:36:31,441 tapi akhirnya... 369 00:36:33,735 --> 00:36:35,070 Maafkan mak. 370 00:36:36,488 --> 00:36:37,948 Saya perlukan masa. 371 00:36:38,740 --> 00:36:39,825 Baiklah. 372 00:36:42,786 --> 00:36:45,289 Mak dah kesuntukan masa, 373 00:36:45,789 --> 00:36:47,332 menurut kata doktor. 374 00:36:48,750 --> 00:36:49,751 Apa? 375 00:36:50,460 --> 00:36:51,628 Mak? 376 00:36:54,214 --> 00:36:55,340 Mak bergurau! 377 00:36:57,050 --> 00:36:59,720 Mak mahu lihat jika awak masih sayangkan mak. 378 00:36:59,720 --> 00:37:01,346 Itu tak lucu. 379 00:37:04,766 --> 00:37:06,018 Camille, 380 00:37:06,018 --> 00:37:08,353 mak sangat bangga dengan tindakan awak. 381 00:37:09,438 --> 00:37:11,565 Walau apa pun, mak sentiasa ada. 382 00:37:12,399 --> 00:37:14,776 Apa yang awak harapkan, dekat atau jauh, mak sentiasa ada. 383 00:37:15,319 --> 00:37:16,445 Awak anak mak. 384 00:37:48,435 --> 00:37:49,645 Tak mahu! 385 00:37:52,814 --> 00:37:54,149 Saya kata tak mahu! 386 00:37:59,530 --> 00:38:01,406 Melampau. 387 00:38:07,621 --> 00:38:08,830 Apa? 388 00:38:08,830 --> 00:38:11,458 Perjumpaan di depan hotel dalam masa 15 minit, cik. 389 00:38:11,458 --> 00:38:13,168 Bas mini sedang menunggu awak. 390 00:38:13,168 --> 00:38:15,212 Pusingan ketiga akan bermula. 391 00:38:16,630 --> 00:38:17,714 Apa? 392 00:40:00,317 --> 00:40:02,819 Saya tak sangka dapat berjumpa awak segera. 393 00:40:02,819 --> 00:40:04,196 Saya juga. 394 00:40:12,287 --> 00:40:13,789 Saya minta maaf terlebih dahulu. 395 00:40:33,392 --> 00:40:35,227 Ini tempat tinggal kamu. 396 00:40:35,227 --> 00:40:37,521 Kamu akan tinggal di sini semasa ujian berlangsung. 397 00:40:38,438 --> 00:40:40,899 Biasanya ini tempat tinggal pekerja bermusim. 398 00:40:41,525 --> 00:40:43,986 Ada botol misteri di atas meja 399 00:40:44,653 --> 00:40:46,613 yang dipilih oleh Alexandre Léger. 400 00:40:47,114 --> 00:40:50,242 Wain ini berasal dari ladang anggur ini, tapi Philippe 401 00:40:50,242 --> 00:40:53,036 dan Thomas Chassangre tak tahu butirannya. 402 00:40:53,036 --> 00:40:55,247 Mereka tak boleh bantu kamu. 403 00:40:55,873 --> 00:40:59,668 Untuk memastikan mereka tak berat sebelah, 404 00:40:59,668 --> 00:41:03,422 mereka dilarang bercakap dengan kamu 405 00:41:03,422 --> 00:41:04,882 sehingga ujian berakhir. 406 00:41:04,882 --> 00:41:07,843 Kamu akan rasa wain ini, kenal pastinya 407 00:41:07,843 --> 00:41:09,928 dan kamu akan hasilkannya semula. 408 00:41:10,596 --> 00:41:11,597 Bagaimana? 409 00:41:12,097 --> 00:41:15,851 Sehingga 6:00 petang esok, kamu boleh gunakan seluruh tempat ini, 410 00:41:15,851 --> 00:41:17,728 terutamanya tempat membuat wain. 411 00:41:18,562 --> 00:41:23,817 Ladang Chassangre ada menyimpan banyak jenis anggur 412 00:41:23,817 --> 00:41:25,444 yang belum dicampur. 413 00:41:25,444 --> 00:41:28,488 Kamu dibenarkan untuk pilih di antaranya 414 00:41:28,488 --> 00:41:33,493 untuk hasilkan semula wain yang kamu rasa dengan sebaik mungkin. 415 00:41:34,203 --> 00:41:38,207 Wain kamu hasilkan akan dirasa tanpa diketahui butirannya oleh En. Chassangre 416 00:41:38,957 --> 00:41:41,168 yang akan memberi markah untuk kedua-duanya. 417 00:41:41,168 --> 00:41:45,130 Markah ini akan ditambah dengan markah dua ujian di Paris 418 00:41:45,130 --> 00:41:48,592 dan jumlahnya akan diketahui selepas kita pulang ke Jepun. 419 00:41:49,092 --> 00:41:51,887 Pemenangnya akan diketahui waktu itu. 420 00:41:52,888 --> 00:41:54,223 Ada soalan? 421 00:41:56,141 --> 00:41:57,768 Jadi kita boleh bermula. 422 00:42:20,374 --> 00:42:21,708 En. Tomine! 423 00:42:23,293 --> 00:42:25,337 Tempat membuat wain di sebelah sana! 424 00:42:27,005 --> 00:42:28,715 Tomine? 425 00:42:29,883 --> 00:42:32,970 Saya ada pelanggan bernama "Tomine" lama dahulu. 426 00:42:33,554 --> 00:42:37,057 Pemuda itu berasal daripada keluarga Jepun yang hebat. 427 00:42:37,766 --> 00:42:40,269 Maksud saya keluarga yang kaya. 428 00:42:41,144 --> 00:42:42,604 Maaf kerana tanya begini, 429 00:42:42,604 --> 00:42:45,983 tapi awak ada makanan? Saya kelaparan. 430 00:42:47,025 --> 00:42:48,151 Ya, saya ada makanan. 431 00:42:48,151 --> 00:42:49,528 Mari ikut saya. 432 00:43:57,179 --> 00:43:58,263 Saya tahu awak ada di sini. 433 00:44:10,567 --> 00:44:12,945 Saya tahu awak tak boleh bercakap dengan saya, 434 00:44:13,737 --> 00:44:16,156 tapi saya boleh bercakap dengan awak. 435 00:44:19,326 --> 00:44:20,827 Awak kacak. 436 00:44:25,499 --> 00:44:27,125 Saya fikir wain misteri itu ialah 437 00:44:27,125 --> 00:44:28,544 Chateauneuf-du-Pape, 1990. 438 00:44:29,253 --> 00:44:31,880 Jenis anggurnya? Mudah. Ada 13 jenis. 439 00:44:31,880 --> 00:44:36,718 Grenache, Mourvedre, Vaccarese, Terret Noir, Muscardin, Clairette, 440 00:44:36,718 --> 00:44:41,807 Piquepoul, Picardan, Roussanne, Bourboulenc, Syrah, Counoise, Cinsault. 441 00:44:41,807 --> 00:44:44,685 Apa nisbahnya? Jika saya tak guna nisbah yang betul, 442 00:44:44,685 --> 00:44:46,687 ia takkan jadi Cheteauneuf-du-Pape. 443 00:44:47,271 --> 00:44:49,231 Ia seperti persamaan dengan 13 unsur tak diketahui 444 00:44:49,231 --> 00:44:50,482 dan matematik saya teruk. 445 00:44:53,151 --> 00:44:54,987 Saya bercakap seorang diri. Hebat. 446 00:45:45,245 --> 00:45:46,955 Awak salah faham tentang saya. 447 00:45:52,503 --> 00:45:53,587 Wain Itali itu. 448 00:45:54,505 --> 00:45:55,923 Beritahu saya cara awak menemuinya. 449 00:45:58,717 --> 00:46:00,052 Tiga puluh tahun lalu, 450 00:46:00,052 --> 00:46:01,803 ibu bapa saya masih belajar. 451 00:46:02,679 --> 00:46:05,098 Bapa awak mengajar mereka. 452 00:46:07,267 --> 00:46:09,228 Mereka kenalan rapat. 453 00:46:10,479 --> 00:46:13,899 Saya menemui nota lama Alexandre secara kebetulan. 454 00:46:14,608 --> 00:46:16,860 Dia gunakan lukisan Fede Galizia. 455 00:46:18,237 --> 00:46:20,197 Wainnya dah tertulis di sana. 456 00:46:21,657 --> 00:46:23,450 Saya cuma bernasib baik. 457 00:46:24,409 --> 00:46:25,619 Sangat bernasib baik. 458 00:46:28,121 --> 00:46:31,041 Hei, awak tahu jawapannya? 459 00:46:34,837 --> 00:46:37,172 Awak mahu pastikan saya tersilap? 460 00:46:39,299 --> 00:46:42,427 Chateauneuf-du-Pape, 1990. 461 00:46:45,764 --> 00:46:48,642 Awak tentu tahu jawapannya. 462 00:46:49,685 --> 00:46:53,939 Pencapaian awak dalam tempoh yang singkat sangat luar biasa. 463 00:46:54,940 --> 00:46:56,358 Bagaimana awak lakukannya? 464 00:47:04,074 --> 00:47:05,742 Ia bukan usaha saya. 465 00:47:06,535 --> 00:47:07,536 Bakat... 466 00:47:08,036 --> 00:47:11,081 saya datang daripada bapa saya. 467 00:47:13,083 --> 00:47:14,168 Bapa? 468 00:47:15,377 --> 00:47:16,712 Okey. 469 00:47:19,798 --> 00:47:23,051 Saya nampaknya muncul di depan saya. 470 00:47:24,344 --> 00:47:25,762 Sejak saya kecil. 471 00:47:29,016 --> 00:47:30,350 Bau wain? 472 00:47:32,561 --> 00:47:35,022 Jika saya fokus padanya, 473 00:47:35,856 --> 00:47:37,274 saya boleh nampaknya. 474 00:47:39,443 --> 00:47:42,988 Kadangkala ia cuma warna 475 00:47:43,864 --> 00:47:46,241 atau bunyi. 476 00:47:46,992 --> 00:47:48,285 Not muzik. 477 00:47:50,287 --> 00:47:52,915 Tiada apa-apa yang istimewa. Ia naluri. 478 00:47:55,792 --> 00:47:57,127 Bagi saya, 479 00:47:58,170 --> 00:48:00,631 ia bukan naluri. 480 00:48:01,381 --> 00:48:03,759 Semuanya difikirkan dengan teliti, 481 00:48:05,010 --> 00:48:06,178 dipertimbangkan, 482 00:48:06,845 --> 00:48:08,180 dianalisis. 483 00:48:09,890 --> 00:48:13,018 Awak ada kuasa luar biasa. 484 00:48:15,145 --> 00:48:16,271 Yay! 485 00:48:16,271 --> 00:48:17,397 Camille yang luar biasa. 486 00:48:21,735 --> 00:48:22,819 Saya mahu tidur. 487 00:48:23,529 --> 00:48:24,780 Saya penat. 488 00:48:25,864 --> 00:48:27,866 - Kita jumpa esok? - Ya. 489 00:49:42,733 --> 00:49:44,151 BERDASARKAN MANGA KAMI NO SHIZUKU OLEH TADASHI AGI/SHU OKIMOTO. 490 00:50:01,668 --> 00:50:03,670 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof