1 00:00:10,720 --> 00:00:13,480 Berabad lalu, di Afrika Tengah Barat, 2 00:00:15,560 --> 00:00:17,760 di mana kerajaan bangkit dan jatuh, 3 00:00:20,120 --> 00:00:23,040 tinggal seorang wanita yang ditakdirkan untuk memimpin. 4 00:00:23,600 --> 00:00:28,920 Seorang pahlawan, ratu, kuasa yang tiada tandingan. 5 00:00:30,960 --> 00:00:32,200 Namanya... 6 00:00:33,040 --> 00:00:34,040 Njinga. 7 00:00:38,960 --> 00:00:41,880 Kita dilahirkan untuk lari daripada kepupusan. 8 00:00:45,440 --> 00:00:48,040 Dilahirkan dalam era kegelapan, 9 00:00:48,680 --> 00:00:49,840 waktu pertumpahan darah 10 00:00:51,360 --> 00:00:52,680 dan pasir bergerak. 11 00:00:53,480 --> 00:00:56,480 Apabila perhambaan mengancam untuk memusnahkan sebuah benua. 12 00:00:57,680 --> 00:01:00,880 Saya mahu orang Portugis keluar dari tanah saya. 13 00:01:00,880 --> 00:01:02,400 Setiap seorang daripada mereka. 14 00:01:06,760 --> 00:01:11,280 Dia mempertahankan kerajaannya daripada kuasa Eropah. 15 00:01:12,280 --> 00:01:14,120 Njinga! 16 00:01:18,280 --> 00:01:21,640 Bangkit untuk menjadi cahaya kepada rakyatnya. 17 00:01:24,640 --> 00:01:28,600 Legasi Ratu Njinga bergema di seluruh Afrika sehingga hari ini. 18 00:01:30,800 --> 00:01:33,800 Sudah tiba masanya kita mengenali namanya. 19 00:01:34,760 --> 00:01:37,520 Daulat Ratu Njinga! 20 00:01:37,520 --> 00:01:43,520 - Njinga! - Njinga! 21 00:02:21,480 --> 00:02:23,640 - Bersedia? - Tuanku bersedia? 22 00:02:25,800 --> 00:02:28,720 Jangan fikir patik berlembut hanya kerana baginda memerhati. 23 00:02:29,800 --> 00:02:31,120 Beta tak harap pun. 24 00:02:31,120 --> 00:02:32,400 Hei. 25 00:02:37,600 --> 00:02:40,600 {\an8}Puteri Njinga dilahirkan dan dibesarkan 26 00:02:41,080 --> 00:02:43,880 {\an8}ketika ayahnya, Raja, sudah pun bergelut 27 00:02:43,880 --> 00:02:46,360 dalam konflik dengan orang Portugis 28 00:02:46,840 --> 00:02:48,720 yang datang dan menculik rakyat. 29 00:02:53,880 --> 00:02:56,920 {\an8}Orang Portugis sudah berada di Ndongo selama 50 tahun. 30 00:02:57,560 --> 00:02:59,760 Mereka mempunyai dua misi. 31 00:02:59,760 --> 00:03:02,480 Satu, menyuruh rakyat menganut agama Kristian 32 00:03:02,480 --> 00:03:07,440 {\an8}dan satu lagi, meluaskan jajahan Raja Portugal. 33 00:03:07,440 --> 00:03:09,400 EMPAYAR PORTUGIS 1617 34 00:03:09,400 --> 00:03:12,760 Portugis adalah kuasa besar maritim dunia yang pertama 35 00:03:13,440 --> 00:03:15,520 dan mempunyai jajahan di seluruh dunia. 36 00:03:17,120 --> 00:03:18,720 Jajahan terbesarnya ialah Brazil. 37 00:03:20,600 --> 00:03:24,120 Di mana kekayaannya bertambah dengan membina ladang gula yang besar. 38 00:03:25,280 --> 00:03:28,600 Orang Portugis perlukan orang untuk bekerja di ladang ini, 39 00:03:28,600 --> 00:03:33,920 {\an8}jadi orang dari Afrika Barat dan Tengah ditahan untuk menjadi buruh hamba. 40 00:03:43,040 --> 00:03:45,720 Di Ndongo, raja digelar sebagai Ngola. 41 00:03:46,480 --> 00:03:48,680 Ketika ini, dia tertekan 42 00:03:48,680 --> 00:03:50,920 untuk melindungi kerajaannya daripada Portugis. 43 00:03:51,960 --> 00:03:54,280 Dia perlu mempersiapkan anak perempuan sulungnya, Njinga, 44 00:03:54,280 --> 00:03:55,920 untuk peperangan yang bakal berlaku. 45 00:03:58,880 --> 00:04:03,040 Jadi, dia mendedahkannya kepada kemahiran perang, 46 00:04:03,040 --> 00:04:04,080 cara berlawan. 47 00:04:05,400 --> 00:04:08,120 {\an8}Menggunakan tenteranya sebagai latihan. 48 00:05:03,960 --> 00:05:05,480 Seinci ke kiri, tuanku akan pukul patik. 49 00:05:05,480 --> 00:05:06,920 Jangan harap. 50 00:05:11,680 --> 00:05:14,640 Sebagai seorang puteri, Njinga mempunyai pengiring wanita. 51 00:05:14,640 --> 00:05:18,240 Sesetengah daripada mereka teman tentera yang berlatih di sisinya. 52 00:05:18,240 --> 00:05:22,600 Tapi masih luar biasa ketika ini bagi wanita aktif dalam tentera. 53 00:05:23,920 --> 00:05:25,240 Beta terlalu bergantung kepada kamu. 54 00:05:26,120 --> 00:05:27,040 Syukurlah. 55 00:05:30,360 --> 00:05:31,560 Kakanda perlahankan teknik. 56 00:05:33,280 --> 00:05:37,960 Sebab perlumbaan tak selalunya dimenangi oleh yang pantas. 57 00:05:37,960 --> 00:05:39,320 Betul, Ndambi? 58 00:05:41,880 --> 00:05:43,080 Bukankah tuanku perlu berangkat? 59 00:05:43,760 --> 00:05:44,800 Ikut adinda. 60 00:05:53,160 --> 00:05:58,280 Ndongo terletak di Angola, Afrika Tengah Barat. 61 00:05:58,280 --> 00:05:59,720 LAUT ANTLANTIK SELATAN LAUT INDIA 62 00:05:59,720 --> 00:06:06,600 Pada 1617, Ndongo salah satu kerajaan terbesar dan terpenting pada masa ini. 63 00:06:06,600 --> 00:06:10,120 Populasinya kira-kira 100,000 hingga 200,000 orang. 64 00:06:11,040 --> 00:06:13,200 Kerajaan ini berpusat di Kabasa, 65 00:06:13,680 --> 00:06:16,440 ibu kota dan kediaman keluarga diraja. 66 00:06:37,680 --> 00:06:41,400 Ndongo mempunyai masyarakat yang canggih. 67 00:06:43,240 --> 00:06:46,800 Kita cenderung memikirkan benua Afrika 68 00:06:46,800 --> 00:06:49,640 sebagai primitif sebelum orang Eropah tiba. 69 00:06:50,800 --> 00:06:52,440 Itu tak benar. 70 00:06:54,480 --> 00:06:56,240 Ada perdagangan aktif dalam Ndongo. 71 00:06:57,000 --> 00:07:00,760 Ia meluas dari segi wilayah dan kuat dari segi ketenteraan. 72 00:07:00,760 --> 00:07:01,800 Orang tak faham. 73 00:07:01,800 --> 00:07:06,720 Semua fikir perang tentang kelajuan, tapi ketepatan dan keputusan adalah kunci. 74 00:07:06,720 --> 00:07:08,560 Medan perang mesti dibaca. 75 00:07:11,160 --> 00:07:13,800 Funji anak bongsu daripada tiga anak perempuan Raja. 76 00:07:14,280 --> 00:07:17,640 Sebagai puteri raja, mereka dihormati di Kabasa. 77 00:07:17,640 --> 00:07:21,360 Baca medan perang dan setiap butiran adalah penting. 78 00:07:21,360 --> 00:07:24,320 Perlu bersedia untuk menyerang dari kedudukan yang merugikan... 79 00:07:28,240 --> 00:07:30,080 Masih tak nak memperkenalkan diri? 80 00:07:30,640 --> 00:07:32,040 Adinda bukan berani macam kakanda. 81 00:07:34,400 --> 00:07:38,600 Funji, adinda anak raja. Dia bertuah memiliki adinda. 82 00:07:39,440 --> 00:07:41,040 Ayuh, kakanda lewat untuk mesyuarat majlis. 83 00:07:41,040 --> 00:07:43,200 Tolonglah. 84 00:07:45,480 --> 00:07:48,640 Kita akan letakkannya dan pergi. 85 00:07:50,120 --> 00:07:51,240 Terima kasih banyak. 86 00:08:05,080 --> 00:08:09,120 Jika yang paling lemah dalam kerajaan ini uruskan kerajaan kita... 87 00:08:10,320 --> 00:08:12,840 Beginilah struktur masyarakat di Ndongo. 88 00:08:13,800 --> 00:08:15,960 Pemerintah di atas, 89 00:08:15,960 --> 00:08:20,200 kemudian soba, golongan bangsawan di bawah. 90 00:08:21,960 --> 00:08:25,400 Ayah Njinga menghadapi masa sukar 91 00:08:25,400 --> 00:08:28,560 kerana ramai di sekelilingnya bersaing untuk memperoleh kuasa. 92 00:08:30,800 --> 00:08:35,760 Mbande, abang Njinga, seorang yang rumit dan bercita-cita tinggi. 93 00:08:36,440 --> 00:08:40,679 Boleh rasakan dia memang mahu membuktikan dirinya sebagai pemimpin. 94 00:08:41,520 --> 00:08:46,520 Mbande tahu abang tirinya, Kiluanje, 95 00:08:47,080 --> 00:08:52,600 {\an8}yang dijangka menjadi Ngola seterusnya, sebagai anak sulung raja sekarang. 96 00:08:54,360 --> 00:08:58,280 Kita perlu buat strategi. Kita perlu bersatu. 97 00:08:58,760 --> 00:09:01,960 Strategi adalah untuk permainan. Kekuatan adalah untuk peperangan. 98 00:09:03,480 --> 00:09:06,520 Ketika ini, orang Portugis sudah datang. 99 00:09:06,520 --> 00:09:11,160 Mereka mengeksploitasi pembahagian dan persaingan antara soba. 100 00:09:11,720 --> 00:09:14,560 Walaupun ramai soba menyokong ayah Njinga, 101 00:09:15,280 --> 00:09:17,480 ada satu soba di utara, Soba Kavulo, 102 00:09:17,480 --> 00:09:19,720 yang mengetuai pemberontakan terhadap raja. 103 00:09:21,160 --> 00:09:22,160 Tuanku... 104 00:09:23,320 --> 00:09:25,760 kawasan ini dipenuhi orang yang setia kepada pengkhianat itu, 105 00:09:25,760 --> 00:09:26,960 Soba Kavulo. 106 00:09:27,560 --> 00:09:30,240 Laluan Lucalla satu-satunya jalan untuk pahlawan kita. 107 00:09:30,840 --> 00:09:32,360 Mereka akan mengawal gaung. 108 00:09:33,240 --> 00:09:36,040 Mereka akan buka laluan untuk tentera kita yang dikepung 109 00:09:36,040 --> 00:09:37,760 dan menguatkan tentera. 110 00:09:37,760 --> 00:09:39,000 Bagus. 111 00:09:39,000 --> 00:09:40,920 Perang ini akan berakhir dalam masa tiga hari. 112 00:09:40,920 --> 00:09:43,920 Pertarungan akan dimenangi, tapi perang akan berterusan 113 00:09:43,920 --> 00:09:48,040 jika ayahanda tak menemani mereka, bertemu penduduk tempatan, 114 00:09:48,040 --> 00:09:50,720 dan ingatkan sebab ayahanda raja mereka. 115 00:09:52,360 --> 00:09:54,560 Adinda tahu masa kakanda di istana terhad, 116 00:09:55,040 --> 00:09:56,960 tapi kesetiaan kakanda tak patut begitu. 117 00:09:56,960 --> 00:10:01,320 Raja tak perlu ingatkan sesiapa sebab dia raja, kakanda. 118 00:10:03,360 --> 00:10:06,840 Kali ini beta setuju dengan Mbande. Ayahanda tak patut mengetuai pertarungan. 119 00:10:08,280 --> 00:10:12,080 Kesetiaan kakanda tak boleh dipertikaikan, adinda. 120 00:10:13,480 --> 00:10:16,920 Maksud anakanda, jangan abaikan hakikat 121 00:10:16,920 --> 00:10:19,200 yang raja sedang diancam. 122 00:10:19,200 --> 00:10:21,480 Raja sentiasa diancam. 123 00:10:23,120 --> 00:10:26,240 Biar penjaja dan kaki botol mengumpat tentangnya 124 00:10:26,240 --> 00:10:28,200 sementara kita fokus pada masalah terdekat, 125 00:10:29,000 --> 00:10:30,240 Soba Kavulo. 126 00:10:31,000 --> 00:10:32,280 Izinkan patik, tuanku. 127 00:10:33,400 --> 00:10:34,760 Betul kata putera. 128 00:10:34,760 --> 00:10:36,000 Sudah tentu. 129 00:10:36,000 --> 00:10:40,680 Naluri Kiluanje untuk buat apa saja demi melindungi raja 130 00:10:41,640 --> 00:10:42,840 sangat penting. 131 00:10:44,600 --> 00:10:48,440 Di sekeliling Ngola, terdapat pelbagai penasihat 132 00:10:48,440 --> 00:10:51,960 dan salah satu yang paling penting ialah tendala. 133 00:10:52,920 --> 00:10:55,400 Dia hamba yang ditawan. 134 00:10:55,400 --> 00:10:59,160 Di Ndongo, orang yang ditangkap dalam peperangan... 135 00:10:59,920 --> 00:11:03,120 boleh naik ke pangkat tertentu. 136 00:11:05,240 --> 00:11:08,640 Kita berdua sudah lihat banyak peperangan, kawanku. 137 00:11:08,640 --> 00:11:11,320 Ya, sebagai raja dan tawanan. 138 00:11:11,320 --> 00:11:13,040 Kini, sebagai kawan. 139 00:11:13,040 --> 00:11:14,200 Ya. 140 00:11:15,760 --> 00:11:19,960 Hanya orang dungu fikir dia boleh hidup lebih lama daripada mati. 141 00:11:21,400 --> 00:11:23,120 Tapi kita boleh terus mencuba. 142 00:11:31,560 --> 00:11:32,560 Njinga. 143 00:11:37,000 --> 00:11:38,720 Kamu nak tambah apa-apa? 144 00:11:41,920 --> 00:11:46,480 Agaknya kenapa kita asyik kejar orang Portugis dari belakang, 145 00:11:46,480 --> 00:11:48,080 bukannya berdepan dengan mereka? 146 00:11:48,080 --> 00:11:50,920 Njinga, orang Portugis bukan isunya di sini. 147 00:11:50,920 --> 00:11:52,600 Mereka sentiasa menjadi isunya, kakanda. 148 00:11:53,240 --> 00:11:55,440 Kanda rasa siapa yang menyemarakkan api Kavulo? 149 00:11:56,400 --> 00:11:59,920 Kakanda rasa siapa yang buat rakyat kita mempersoalkan raja? 150 00:12:00,560 --> 00:12:03,120 Njinga belajar daripada diplomasi istana 151 00:12:03,120 --> 00:12:05,040 dan politik kawasan yang lebih luas. 152 00:12:05,960 --> 00:12:07,560 Tapi ia dunia yang dikuasai oleh lelaki. 153 00:12:09,080 --> 00:12:12,960 Jadi, kehadirannya boleh menimbulkan kebencian di kalangan abang-abangnya. 154 00:12:14,440 --> 00:12:16,000 Memburu soba ini... 155 00:12:18,120 --> 00:12:20,560 seperti melawan bayang-bayang, 156 00:12:21,320 --> 00:12:22,960 bukan orangnya sendiri. 157 00:12:32,960 --> 00:12:34,680 PELABUHAN LUANDA 158 00:12:34,680 --> 00:12:38,960 {\an8}Orang Portugis memburu tahanan Afrika dengan apa cara sekalipun. 159 00:12:39,560 --> 00:12:42,960 Jadi, mereka berazam untuk mengambil alih kerajaan Ndongo. 160 00:12:43,640 --> 00:12:45,240 NDONGO, SUNGAI BENGO, SUNGAI KWANZA, KABASA, KEPULAUAN KINDONGA 161 00:12:45,240 --> 00:12:48,440 Orang Portugis menetap di Luanda sebagai pangkalan operasi perhambaan 162 00:12:48,920 --> 00:12:53,800 kerana perjalanan dari Luanda ke pantai Brazil lebih pendek 163 00:12:53,800 --> 00:12:57,080 berbanding tempat lain di Afrika Tengah Barat. 164 00:12:57,080 --> 00:12:59,320 BRAZIL, LAUTAN ATLANTIK SELATAN, LUANDA, NDONGO 165 00:12:59,320 --> 00:13:02,280 Jadi, ia menjadi tempat menarik bagi mereka 166 00:13:02,280 --> 00:13:04,440 memulakan operasi perhambaan ganas. 167 00:13:07,120 --> 00:13:12,120 Orang Portugis sentiasa mendahagakan lebih ramai orang. 168 00:13:17,920 --> 00:13:21,160 Mereka tak pernah berpuas hati dengan jumlah orang yang mereka ada. 169 00:13:22,240 --> 00:13:25,280 Ia perdagangan berterusan, jadi mereka perlu terus cambahkannya. 170 00:13:51,200 --> 00:13:53,040 Nenek moyang berkata apa? 171 00:13:59,600 --> 00:14:00,600 Tuanku. 172 00:14:19,680 --> 00:14:22,760 Nganga ialah penasihat kerohanian. 173 00:14:22,760 --> 00:14:26,760 Sebagai ratu Afrika atau raja wanita, 174 00:14:27,600 --> 00:14:31,840 beta perlu kerap berunding dengan penasihat kerohanian 175 00:14:31,840 --> 00:14:36,520 kerana kami tak boleh bercakap hanya dengan suara kami. 176 00:14:37,000 --> 00:14:40,640 Kami mewakili suara nenek moyang. 177 00:14:40,640 --> 00:14:42,760 Jadi raja, Ngola, 178 00:14:42,760 --> 00:14:48,920 sentiasa berunding dengan nganga untuk memastikan keputusan yang dibuat 179 00:14:49,480 --> 00:14:52,240 adalah demi manfaat dan pemupukan 180 00:14:52,240 --> 00:14:54,400 rakyat dan kerajaan. 181 00:15:10,800 --> 00:15:15,920 {\an8}Hari akan berakhir dengan Raja masih di takhtanya. 182 00:15:22,680 --> 00:15:24,880 Nenek moyang telah bersuara. 183 00:15:41,080 --> 00:15:43,400 Njinga bukan saja seorang pahlawan dan diplomat, 184 00:15:43,400 --> 00:15:46,400 tapi ketika ini, dia juga ibu kepada seorang anak lelaki. 185 00:15:52,080 --> 00:15:54,720 Kakanda terlalu sayang anak. 186 00:15:55,480 --> 00:15:56,880 Kakanda tahu. 187 00:16:00,960 --> 00:16:02,760 Kakanda tak sebut tentang mesyuarat majlis. 188 00:16:03,920 --> 00:16:05,120 Apa yang nak disebutkan? 189 00:16:06,280 --> 00:16:09,400 Mereka nak berlawan satu sama lain daripada melawan Portugis. 190 00:16:09,880 --> 00:16:11,920 - Mbande dan Kiluanje? - Siapa lagi? 191 00:16:11,920 --> 00:16:15,360 Mereka sudah biasa berlawan. Mudah bagi mereka. 192 00:16:16,280 --> 00:16:20,480 Orang Portugis api yang berbeza. 193 00:16:20,480 --> 00:16:23,120 Kita perlu cepat membiasakan diri dengan api ini. 194 00:16:24,880 --> 00:16:26,280 Sebelum kita semua dibakar. 195 00:16:27,200 --> 00:16:30,680 Sebaliknya, membahayakan ayahanda untuk apa? 196 00:16:31,600 --> 00:16:36,400 Soba yang lebih suka bersepakat dengan Portugis daripada rakyat sendiri? 197 00:16:38,440 --> 00:16:39,760 Biar dia lakukannya. 198 00:16:40,400 --> 00:16:43,240 Tunggu masa saja sebelum Portugis hapuskannya. 199 00:16:43,720 --> 00:16:44,960 Dia gigit! 200 00:16:47,080 --> 00:16:51,080 Kambu merupakan adik antara Funji dan Njinga. 201 00:16:51,080 --> 00:16:54,400 Boleh rasakan yang dia benar-benar menyokong kakaknya. 202 00:16:54,400 --> 00:16:55,640 Dia dah selesai. 203 00:16:56,400 --> 00:16:57,720 Serahkan. 204 00:16:58,880 --> 00:17:00,080 Bawanya balik. 205 00:17:03,080 --> 00:17:04,080 Dalam masa sejam. 206 00:17:06,320 --> 00:17:07,280 Kambu. 207 00:17:08,440 --> 00:17:09,440 Kambu. 208 00:17:28,800 --> 00:17:33,240 Status Njinga bermakna dia boleh mengumpulkan 209 00:17:33,240 --> 00:17:37,080 sekumpulan gundik yang dia pilih sendiri. 210 00:17:43,800 --> 00:17:50,720 Ada budaya berbeza di Afrika di mana wanita boleh ada pasangan berbeza. 211 00:17:56,560 --> 00:18:00,600 Gundik kegemaran Njinga ialah lelaki bernama Kia Ituxi. 212 00:18:03,800 --> 00:18:06,960 Kia Ituxi ialah ayah kepada anaknya. 213 00:18:07,480 --> 00:18:11,120 Mereka ada hubungan yang istimewa. 214 00:18:12,320 --> 00:18:15,560 Baginya, kehidupan agak baik. 215 00:18:33,240 --> 00:18:37,080 Ayah Njinga diberitahu bahawa salah satu soba telah bangkit menentangnya. 216 00:18:37,840 --> 00:18:41,160 Jadi, dia mahu berangkat dan tunjukkan betapa kuatnya dia. 217 00:18:44,520 --> 00:18:46,120 Izinkan anakanda ikut. 218 00:18:46,720 --> 00:18:48,800 Kamu berada di tempat yang ayahanda perlukan. 219 00:18:52,800 --> 00:18:53,880 Kamu betul. 220 00:18:54,960 --> 00:18:57,520 Orang Portugis menggigit-gigit kita, 221 00:18:58,280 --> 00:19:01,640 menyiat kulit sehingga sampai ke tulang. 222 00:19:02,760 --> 00:19:05,440 Itu juga mereka akan ambil. 223 00:19:05,960 --> 00:19:07,840 Seolah-olah kita tak pernah wujud. 224 00:19:08,880 --> 00:19:09,880 Ia takkan jadi begitu. 225 00:19:13,480 --> 00:19:15,560 Jika kamu di tempat ayahanda, kamu buat apa? 226 00:19:19,400 --> 00:19:21,680 Anakanda akan cari jalan untuk satukan kerajaan. 227 00:19:21,680 --> 00:19:26,560 Guna semua kekuatan untuk halau orang Portugis kembali ke tempat asal dan... 228 00:19:26,560 --> 00:19:28,600 Lagi? Cakap sajalah, anakku. 229 00:19:29,560 --> 00:19:31,160 Anakanda takkan berperang hari ini. 230 00:19:32,640 --> 00:19:34,520 Macamlah ayahanda ada pilihan. 231 00:19:35,800 --> 00:19:38,840 Kamu tak tahu lelaki dan maruah mereka. 232 00:19:40,680 --> 00:19:43,800 Kamu mungkin satu-satunya harapan Ndongo. 233 00:19:45,720 --> 00:19:47,360 Dengan seorang wanita di atas takhta... 234 00:19:48,320 --> 00:19:50,360 mungkin kurang pertumpahan darah. 235 00:19:54,840 --> 00:19:55,840 Air. 236 00:19:57,360 --> 00:19:59,000 Ayahanda tak pernah bawa secukupnya. 237 00:20:09,200 --> 00:20:12,440 Jaga kakanda dan adinda kamu. 238 00:20:25,160 --> 00:20:27,320 Berharap adinda mengikutinya, bukan? 239 00:20:27,320 --> 00:20:28,440 Ya. 240 00:20:29,240 --> 00:20:31,520 - Kakanda? - Tidak. 241 00:20:32,400 --> 00:20:34,960 Dia lebih suka adinda di sisinya, bukan kakanda. 242 00:21:37,040 --> 00:21:39,600 Tuanku? 243 00:21:41,080 --> 00:21:42,560 Tuanku, di mana tuanku? 244 00:21:42,560 --> 00:21:45,640 Ngola? 245 00:21:53,760 --> 00:21:57,920 Kemungkinan besar orangnya sendiri memisahkan raja daripada tenteranya 246 00:21:57,920 --> 00:22:01,240 untuk membunuhnya bagi pihak soba yang menentangnya. 247 00:22:20,480 --> 00:22:23,360 Tidak! 248 00:22:29,480 --> 00:22:33,680 Tanpa ayah Njinga, siapa yang akan memerintah? 249 00:22:36,480 --> 00:22:38,520 Lihat tindakan mereka terhadap raja! 250 00:22:40,520 --> 00:22:43,880 Jika tak boleh percaya orang kita, siapa yang kita boleh percaya? 251 00:22:45,720 --> 00:22:49,160 Nampaknya bahaya bukan di luar seperti yang kakanda ucapkan, 252 00:22:49,720 --> 00:22:51,360 tapi di rumah kita sendiri! 253 00:22:53,880 --> 00:22:54,720 Tendala! 254 00:22:55,720 --> 00:22:57,120 Di mana jeneral? 255 00:22:57,120 --> 00:23:00,320 - Dia tak kembali. - Bawanya kepada beta! 256 00:23:00,880 --> 00:23:05,480 Beta mahu yang bertanggungjawab ditangkap sebelum matahari terbenam! 257 00:23:05,480 --> 00:23:06,680 Tidak, kakanda. 258 00:23:08,280 --> 00:23:09,280 Apa? 259 00:23:12,720 --> 00:23:15,080 Mereka akan sampai ke tuan mereka sekarang. 260 00:23:17,960 --> 00:23:19,240 Biarkan mereka. 261 00:23:22,040 --> 00:23:25,600 Biar mereka rasa selamat, 262 00:23:26,120 --> 00:23:27,000 berkahwin, 263 00:23:28,360 --> 00:23:31,160 meniduri isteri mereka, beranak. 264 00:23:31,960 --> 00:23:33,000 Kemudian, 265 00:23:34,240 --> 00:23:39,240 apabila mereka fikir mereka menang dan nenek moyang bersetuju, 266 00:23:39,240 --> 00:23:44,160 kita akan cari dan bunuh mereka. 267 00:23:45,240 --> 00:23:50,240 Kita akan hapuskan seluruh hidup mereka 268 00:23:51,080 --> 00:23:53,880 sehingga keturunan mereka pupus! 269 00:23:57,800 --> 00:24:02,800 Tendala, sampaikan berita kemangkatan ayahanda beta dan kumpulkan ahli majlis. 270 00:24:26,800 --> 00:24:27,960 Dia tiada di sini. 271 00:24:30,200 --> 00:24:32,360 Memandangkan dia bersama nenek moyang. 272 00:24:36,880 --> 00:24:43,720 Kenapa cakap hari akan berakhir ketika dia masih di atas takhtanya? 273 00:24:46,640 --> 00:24:49,480 Bukankah dia masih di atas takhta? 274 00:24:49,480 --> 00:24:50,960 Kamu faham maksud beta. 275 00:24:59,360 --> 00:25:03,280 "Hanya orang dungu fikir dia boleh hidup lebih lama daripada mati." 276 00:25:04,920 --> 00:25:06,400 Itulah kata-kata ayah tuanku. 277 00:25:07,320 --> 00:25:10,240 Dia faham maksud nenek moyang. 278 00:25:12,640 --> 00:25:16,120 Dia sentiasa faham maksud di sebalik perkataan. 279 00:25:18,040 --> 00:25:20,000 Dia panggil beta harapan Ndongo. 280 00:25:22,320 --> 00:25:23,360 Apa maksudnya? 281 00:25:23,880 --> 00:25:25,120 Aduhai. 282 00:25:26,000 --> 00:25:27,560 Jangan pura-pura tak tahu. 283 00:25:28,880 --> 00:25:30,280 Tuanku terlalu rapat dengannya. 284 00:25:36,000 --> 00:25:37,480 Ia satu hal untuk tahu. 285 00:25:38,720 --> 00:25:40,960 Ia satu hal lain untuk meyakinkan orang lain. 286 00:25:44,200 --> 00:25:47,160 Njinga bersedih, 287 00:25:47,160 --> 00:25:51,280 seperti mana-mana anak kehilangan seorang ayah. 288 00:25:51,800 --> 00:25:56,160 Tapi ini bukan saja kehilangan ayah. Ini kehilangan raja. 289 00:25:57,360 --> 00:25:59,840 Ia menimbulkan banyak persoalan 290 00:26:00,320 --> 00:26:04,480 dan Mbande yang merasakan dialah waris yang sah. 291 00:26:05,960 --> 00:26:11,440 Tapi kerana dia bukan anak kepada isteri utama mendiang Ngola, 292 00:26:11,440 --> 00:26:14,200 tuntutan takhtanya kurang kuat. 293 00:26:15,480 --> 00:26:18,080 Tiada garis pewarisan yang jelas. 294 00:26:18,080 --> 00:26:21,440 Jadi, dia arahkan pembunuhan dari segi politik 295 00:26:21,440 --> 00:26:24,120 untuk hapuskan pesaingnya, 296 00:26:24,960 --> 00:26:26,240 Anak lelaki Kiluanje... 297 00:26:27,840 --> 00:26:29,120 dan semua pewarisnya. 298 00:26:32,760 --> 00:26:34,520 Tak boleh ada ancaman terhadap takhta beta. 299 00:26:48,960 --> 00:26:51,080 Keluar! Kamu tahu kamu di mana? 300 00:27:11,760 --> 00:27:17,200 Anak lelaki Njinga yang masih kecil dibunuh oleh Mbande 301 00:27:17,760 --> 00:27:22,720 kerana dia melihat anak itu sebagai ancaman kepada kuasanya. 302 00:27:41,440 --> 00:27:43,040 Beta buat apa yang patut. 303 00:27:43,960 --> 00:27:45,440 Jadi, kenapa panggil patik? 304 00:27:46,440 --> 00:27:47,720 Kerana beta tak pasti. 305 00:27:48,200 --> 00:27:49,320 Tentang apa? 306 00:27:50,840 --> 00:27:51,960 Takhta? 307 00:27:53,520 --> 00:27:54,960 Atau cara untuk dapatkannya? 308 00:27:57,160 --> 00:28:02,520 Patik tak boleh bebaskan tuanku daripada pilihan tuanku. Tuanku dah pilih. 309 00:28:03,240 --> 00:28:04,760 Tapi biar patik beritahu ini. 310 00:28:06,280 --> 00:28:10,680 Takhta yang stabil tak bermakna tanpa raja yang stabil. 311 00:28:11,640 --> 00:28:12,720 Jadi, carilah tempat tuanku. 312 00:28:17,280 --> 00:28:19,720 Ini saat yang penting bagi Mbande 313 00:28:20,440 --> 00:28:23,520 kerana dia mahu memastikan kedudukannya di atas takhta. 314 00:28:26,040 --> 00:28:28,760 Sebaik saja anda jadi raja, anda bukan orang biasa 315 00:28:28,760 --> 00:28:30,840 yang perlu mematuhi peraturan sosial. 316 00:28:31,920 --> 00:28:35,680 Jadi, membunuh lawan berpotensinya... 317 00:28:37,120 --> 00:28:39,480 dia sudah pun berlagak macam raja. 318 00:28:52,080 --> 00:28:53,200 Kakanda di mana? 319 00:28:56,080 --> 00:28:56,960 Njinga. 320 00:29:00,320 --> 00:29:03,080 Mbande tak bunuh Njinga dan adik-adik perempuannya. 321 00:29:03,800 --> 00:29:05,680 Njinga terkenal 322 00:29:05,680 --> 00:29:09,400 dan mungkin dia rasa boleh menyingkirkan mana-mana pewaris, 323 00:29:09,400 --> 00:29:12,840 tapi juga menjadikan Njinga aset politik bagi dirinya. 324 00:29:14,160 --> 00:29:15,360 Di mana anak kakanda? 325 00:29:20,160 --> 00:29:21,440 Di mana anak kakanda? 326 00:29:22,640 --> 00:29:23,720 Mbande. 327 00:29:27,080 --> 00:29:32,000 Ambilkan kapak perang kakanda. 328 00:29:34,440 --> 00:29:35,720 Pegangnya. 329 00:29:35,720 --> 00:29:36,960 Minum. 330 00:29:38,920 --> 00:29:40,200 Ia akan menenangkan tuanku. 331 00:29:42,120 --> 00:29:44,600 Tidak, beta perlu... 332 00:29:46,000 --> 00:29:48,760 Beta perlu... 333 00:29:48,760 --> 00:29:50,360 Anakku. 334 00:29:51,240 --> 00:29:52,480 Anakku. 335 00:29:52,480 --> 00:29:56,280 Jangan bergerak. Semuanya mengikut kehendak nenek moyang. 336 00:29:56,280 --> 00:29:57,600 Tidak! 337 00:29:58,240 --> 00:30:00,920 Mustahil. 338 00:30:03,240 --> 00:30:06,680 Dia anak beta. 339 00:30:07,480 --> 00:30:09,160 Dia bukan ancaman. 340 00:30:10,320 --> 00:30:14,240 Mbande takut akan potensi anak tuanku. 341 00:30:14,840 --> 00:30:17,000 Adakah nenek moyang pun takut? 342 00:30:18,040 --> 00:30:19,520 Kamu menyebelahi siapa? 343 00:30:20,480 --> 00:30:22,000 Patik tak mempertahankannya. 344 00:30:22,960 --> 00:30:26,200 Patik fikirkan Ndongo, seperti tuanku sepatutnya buat. 345 00:30:27,000 --> 00:30:28,240 Ampunkan adinda. 346 00:30:34,680 --> 00:30:36,160 Jika begitu, biar beta pergi. 347 00:30:38,560 --> 00:30:40,240 Beta tak boleh tinggal di sini. 348 00:30:40,240 --> 00:30:41,320 Tak boleh pergi. 349 00:30:42,000 --> 00:30:43,480 Tuanku ahli keluarga diraja. 350 00:30:43,480 --> 00:30:46,720 Tak boleh bertindak tanpa berunding dengan nenek moyang dulu. 351 00:30:46,720 --> 00:30:53,400 Jika begitu, cakaplah apa yang beta patut buat dengan kesakitan ini. 352 00:30:54,000 --> 00:30:55,480 Cakaplah. 353 00:30:56,440 --> 00:30:58,840 Beta patut buat apa? 354 00:31:01,000 --> 00:31:02,960 Bagaimana jika mereka bunuh beta? 355 00:31:05,120 --> 00:31:06,480 Sebab... 356 00:31:07,560 --> 00:31:09,880 tuanku harapan Ndongo. 357 00:31:10,840 --> 00:31:15,400 Mbande tak tahu, tapi ayahanda tuanku dan nenek moyang kita tahu. 358 00:31:15,400 --> 00:31:17,480 Tiada apa-apa terjadi tanpa kerelaan mereka. 359 00:31:18,960 --> 00:31:20,800 Bersabarlah 360 00:31:20,800 --> 00:31:24,680 dan percayalah semua ini sebahagian daripada rancangan nenek moyang kita. 361 00:31:25,440 --> 00:31:28,640 Nenek moyang minta terlalu banyak. 362 00:31:29,920 --> 00:31:30,880 Mungkin. 363 00:31:31,360 --> 00:31:37,480 Ingatlah kesetiaan tuanku bukan kepada orang yang duduk di takhta... 364 00:31:38,720 --> 00:31:42,120 tapi kepada rakyat Ndongo dan takhta itu sendiri. 365 00:31:43,600 --> 00:31:48,640 Bertahan dan tuanku boleh jadi apa saja. 366 00:32:07,080 --> 00:32:09,880 Semasa enam bulan pertama pemerintahan Mbande, 367 00:32:09,880 --> 00:32:13,120 orang Portugis meningkatkan serangan ke atas rakyatnya. 368 00:32:14,760 --> 00:32:16,600 Sekarang, lihat dua carta ini. 369 00:32:17,760 --> 00:32:18,920 Inilah nisbah... 370 00:32:18,920 --> 00:32:21,960 Ada kepimpinan baharu di kalangan orang Portugis. 371 00:32:21,960 --> 00:32:25,880 Portugis pula menjajah dan menceroboh 372 00:32:25,880 --> 00:32:28,480 lebih jauh ke bahagian tengah Afrika. 373 00:32:31,480 --> 00:32:36,520 Pada dasarnya, Mbande tak mampu mewujudkan perikatan tentera dan politik 374 00:32:36,520 --> 00:32:39,320 yang diperlukan untuk membendung pencerobohan Portugis. 375 00:32:43,160 --> 00:32:45,160 Ceritakan tentang Mbande. 376 00:32:46,440 --> 00:32:51,880 Secara purata, ada 15,000 hamba setahun dari Ndongo. 377 00:32:51,880 --> 00:32:56,480 Kita kehilangan beberapa ratus kerana serangan di pasaran hamba tempatan. 378 00:32:58,160 --> 00:33:00,760 Untuk menangkap lebih ramai orang Mbande, 379 00:33:01,600 --> 00:33:04,280 orang Portugis mendapatkan bantuan sekumpulan pahlawan 380 00:33:04,280 --> 00:33:05,800 dipanggil Imbangala. 381 00:33:09,320 --> 00:33:12,520 Imbangala ialah sekumpulan askar upahan. 382 00:33:14,400 --> 00:33:16,400 Pada dasarnya, mereka diupah. 383 00:33:17,400 --> 00:33:20,000 Mereka dikenali sebagai pahlawan berani. 384 00:33:33,720 --> 00:33:37,800 Ketua-ketua Imbangala yang paling penting, Kasanje, 385 00:33:38,880 --> 00:33:40,320 bersekutu dengan Portugis. 386 00:33:45,360 --> 00:33:47,520 Orang takut kepada mereka, tapi menghormati mereka. 387 00:33:48,000 --> 00:33:52,280 Jadi, semua orang mahu Imbangala menyebelahi mereka atau diupah 388 00:33:52,280 --> 00:33:56,200 kerana mereka tahu jika mereka menyokong, 389 00:33:56,200 --> 00:33:57,800 mungkin anda berpeluang untuk berlawan. 390 00:34:08,720 --> 00:34:11,720 Njinga kehilangan ayah dan anaknya sekali. 391 00:34:11,720 --> 00:34:15,080 Jadi, sebagai manusia, dia pasti agak kecewa. 392 00:34:15,639 --> 00:34:18,760 Namun, dia masih seorang puteri. 393 00:34:19,239 --> 00:34:22,480 Dia masih jelmaan nenek moyang, 394 00:34:23,080 --> 00:34:24,040 jadi... 395 00:34:25,040 --> 00:34:29,120 dia perlu mengetepikan kebenciannya yang ada 396 00:34:29,120 --> 00:34:31,199 terhadap pembunuh anaknya. 397 00:34:36,000 --> 00:34:37,280 Kakanda seru. 398 00:34:38,239 --> 00:34:40,040 Adinda terlepas lagi mesyuarat majlis. 399 00:34:43,560 --> 00:34:46,840 Ampunkan adinda. 400 00:34:49,320 --> 00:34:50,440 Tunjukkan kepadanya. 401 00:34:53,639 --> 00:34:55,600 Saki-baki peninjau kita. 402 00:34:55,600 --> 00:34:56,600 Kasanje. 403 00:34:57,560 --> 00:34:59,080 Hantu dalam Kabus. 404 00:35:01,360 --> 00:35:04,400 Bagaimana Kasanje terus menembusi pertahanan kita? 405 00:35:05,320 --> 00:35:07,880 Hantar beberapa askar ke luar sana dan bawanya kepada beta! 406 00:35:07,880 --> 00:35:11,840 Askar yang tinggal sedang mengawal Kabasa. 407 00:35:14,000 --> 00:35:15,840 Jika begitu, hantarlah mereka. 408 00:35:16,560 --> 00:35:18,640 Dia dilarang menyeberangi Kabasa. 409 00:35:19,600 --> 00:35:22,000 Beta enggan kehilangan lebih daripada apa yang ayahanda hilang! 410 00:35:24,960 --> 00:35:26,520 Jika kakanda kehilangan Kabasa, 411 00:35:27,160 --> 00:35:29,800 kakanda kehilangan lebih banyak daripada ayahanda kita. 412 00:35:30,800 --> 00:35:33,360 Tak bijak mempertaruhkan barisan pertahanan terakhir. 413 00:35:33,920 --> 00:35:36,240 Jadi, apa cadangan adinda? 414 00:35:38,360 --> 00:35:39,280 Njinga! 415 00:35:39,920 --> 00:35:42,440 - Gunalah pahlawan Imbangala. - Apa? 416 00:35:43,000 --> 00:35:45,720 Kakanda takkan letak masa depan Ndongo di tangan pengkhianat itu. 417 00:35:45,720 --> 00:35:48,240 Pengkhianat itu berpecah belah. 418 00:35:48,720 --> 00:35:50,120 Gunalah kelebihan itu. 419 00:35:52,200 --> 00:35:56,240 Siapa yang lebih baik melawan pahlawan Imbangala seperti Kasanje 420 00:35:56,240 --> 00:35:57,840 berbanding Imbangala yang lain? 421 00:35:59,080 --> 00:36:02,240 Imbangala sebenarnya terdiri daripada kumpulan berbeza, 422 00:36:02,240 --> 00:36:05,120 jadi ia tak diketuai oleh orang yang sama. 423 00:36:06,280 --> 00:36:09,480 Ketua-ketua Imbangala tak setia kepada sesiapa. 424 00:36:10,560 --> 00:36:13,080 Mereka akan saling berlawan jika perlu. 425 00:36:16,360 --> 00:36:18,240 Bagaimana kita nak menjinakkan mereka? 426 00:36:18,240 --> 00:36:19,560 Kita tak jinakkan. 427 00:36:19,560 --> 00:36:23,840 Beri mereka senjata, lepaskan mereka dan lengahkan masa untuk berkumpul. 428 00:36:23,840 --> 00:36:27,080 Jika mereka menentang kita? Hantar kita kepada pedagang hamba? 429 00:36:27,080 --> 00:36:29,240 - Mereka takkan buat begitu. - Pasti? 430 00:36:29,240 --> 00:36:30,800 Apa lagi pilihan yang kita ada? 431 00:36:32,760 --> 00:36:34,640 Hantar adinda. Biar adinda yakinkan mereka. 432 00:36:36,360 --> 00:36:38,280 Tidak, ia terlalu berisiko. 433 00:36:39,360 --> 00:36:41,720 Kita akan guna mana-mana orang yang masih ada di Kabasa 434 00:36:41,720 --> 00:36:44,440 untuk menyerang Portugis dan Kasanje! 435 00:36:48,440 --> 00:36:51,240 - Kenapa? - Keputusan kakanda muktamad... 436 00:36:51,240 --> 00:36:53,320 Maksud adinda, anak adinda. 437 00:36:55,400 --> 00:36:56,400 Kenapa? 438 00:36:57,640 --> 00:37:01,520 Jika kakanda bertitah, adinda akan bawanya pergi dari sini. 439 00:37:02,560 --> 00:37:04,640 Supaya kakanda tak rasa terancam. 440 00:37:05,920 --> 00:37:07,480 Tidak bertemunya lagi. 441 00:37:09,400 --> 00:37:11,400 Kenapa tak bertitah, Mbande? 442 00:37:12,080 --> 00:37:15,000 Kenapa kakanda perlu rampas 443 00:37:15,680 --> 00:37:18,080 satu-satunya perkara yang penting bagi adinda di dunia ini? 444 00:37:25,400 --> 00:37:27,320 Raja buat apa yang patut. 445 00:38:07,600 --> 00:38:10,360 Lebih baik kakanda cari Imbangala. 446 00:38:10,880 --> 00:38:12,720 Kakanda khuatir jika kakanda kekal... 447 00:38:14,080 --> 00:38:18,400 Kakanda buat sesuatu kepada raja yang buat nenek moyang murka. 448 00:38:18,400 --> 00:38:20,720 Tapi dia melarang kakanda pergi. 449 00:38:21,360 --> 00:38:22,760 Kakanda tak takut dengannya. 450 00:38:23,760 --> 00:38:25,360 Dia tak boleh bunuh kakanda dua kali. 451 00:38:26,560 --> 00:38:28,000 Dia takkan faham. 452 00:38:28,640 --> 00:38:30,720 Khabarnya kakanda akan berangkat. Ke mana? 453 00:38:31,760 --> 00:38:32,920 Mencari Imbangala. 454 00:38:33,560 --> 00:38:35,280 Bagaimana jika mereka tangkap dan serah kakanda kepada pedagang hamba? 455 00:38:35,280 --> 00:38:36,760 Kakanda sanggup ambil risiko itu. 456 00:38:37,240 --> 00:38:40,120 Jika ia menyelamatkan kita daripada dibunuh 457 00:38:40,120 --> 00:38:42,440 oleh kebodohan Mbande dengan orang Portugis. 458 00:38:42,440 --> 00:38:44,720 Jadi, biarlah Mbande pergi. Ini masalahnya! Dia raja! 459 00:38:44,720 --> 00:38:47,280 Tidak! Lebih baik dia di sini. 460 00:38:47,280 --> 00:38:48,920 Baiklah, biar adinda ikut. 461 00:38:48,920 --> 00:38:50,720 Kakanda perlukan kamu di sini 462 00:38:50,720 --> 00:38:53,920 supaya kamu boleh memerhatikan Mbande. 463 00:38:56,160 --> 00:39:01,080 Berjanjilah kamu akan saling menjaga sehingga kakanda kembali. 464 00:39:01,080 --> 00:39:03,920 Berjanjilah kakanda akan kembali. 465 00:39:06,720 --> 00:39:08,320 Pulanglah dengan selamat. 466 00:39:12,200 --> 00:39:13,800 Kakanda sayang kamu berdua. 467 00:39:15,880 --> 00:39:19,480 Njinga menentang abangnya dan mencari sekutu 468 00:39:19,480 --> 00:39:21,640 dengan ketua Imbangala bernama Kasa. 469 00:39:21,640 --> 00:39:23,760 Dia benar-benar bertindak sendirian. 470 00:39:36,640 --> 00:39:39,040 Kamu mungkin satu-satunya harapan Ndongo. 471 00:40:23,560 --> 00:40:28,480 NDONGO TIMUR WILAYAH IMBANGALA 472 00:40:35,120 --> 00:40:38,200 Njinga mengambil risiko besar dalam mencari Imbangala. 473 00:40:40,040 --> 00:40:41,720 Mereka sentiasa bergerak, 474 00:40:41,720 --> 00:40:45,760 menjarah penempatan dan membunuh sesiapa saja yang menghalang mereka. 475 00:41:06,800 --> 00:41:09,320 Imbangala ada di sini. Keluarkan senjata! 476 00:41:12,240 --> 00:41:13,200 Hati-hati. 477 00:41:16,040 --> 00:41:17,920 Tuanku pasti tentang Imbangala? 478 00:41:17,920 --> 00:41:19,120 Tidak. 479 00:41:20,520 --> 00:41:23,120 Tapi beta lebih percaya mereka daripada orang Portugis. 480 00:41:27,120 --> 00:41:28,680 Mereka potongnya dari belakang. 481 00:41:29,840 --> 00:41:30,840 Memalukan. 482 00:41:32,320 --> 00:41:34,960 - Perang mengenai kehormatan. - Perang mengenai kematian. 483 00:41:35,840 --> 00:41:37,840 Jangan buat silap, Ndambi. 484 00:41:41,080 --> 00:41:42,280 Lihat di sekeliling. 485 00:41:44,560 --> 00:41:47,280 Sudah lama kehormatan meninggalkan medan perang ini. 486 00:41:59,440 --> 00:42:00,760 Semua, di belakang beta! 487 00:42:11,000 --> 00:42:12,240 Imbangala! 488 00:42:13,000 --> 00:42:14,160 Imbangala! 489 00:42:14,680 --> 00:42:16,000 Imbangala! 490 00:42:19,600 --> 00:42:20,560 Tengoklah ini. 491 00:42:21,760 --> 00:42:22,760 Seorang wanita. 492 00:42:24,000 --> 00:42:25,440 Awak siapa? 493 00:42:25,440 --> 00:42:27,880 Orang yang kecewa dengan awak. 494 00:42:28,720 --> 00:42:30,960 Beginikah cara mengalu-alukan tetamu ke tanah awak? 495 00:42:31,920 --> 00:42:34,000 Tetamu bawa hadiah. Awak? 496 00:42:34,640 --> 00:42:36,600 Awak bawa kapak perang. 497 00:42:36,600 --> 00:42:37,880 Awak bawa pahlawan. 498 00:42:39,440 --> 00:42:40,440 Betul. 499 00:42:42,520 --> 00:42:44,040 Lepaskan pahlawan saya. 500 00:42:44,880 --> 00:42:47,640 Simpan kapak itu dan saya beri awak pisau belati untuk bermain. 501 00:42:51,120 --> 00:42:52,360 Jika awak berkeras. 502 00:42:57,880 --> 00:43:00,000 Awak masih belum memperkenalkan diri. 503 00:43:00,000 --> 00:43:00,960 Njinga. 504 00:43:00,960 --> 00:43:05,840 Puteri Ndongo, adik Raja Ngola Mbande. 505 00:43:06,680 --> 00:43:08,200 Awak pasti Kasa. 506 00:43:10,120 --> 00:43:16,280 Ketua Imbangala, Kasa, lebih muda daripada Njinga, tapi dia ada keberanian tentera. 507 00:43:16,280 --> 00:43:18,680 Dia ada sekumpulan pahlawan 508 00:43:18,680 --> 00:43:21,640 yang Njinga percaya akan berkhidmat dengan baik. 509 00:43:22,600 --> 00:43:24,080 Saya ada cadangan untuk awak. 510 00:43:26,040 --> 00:43:29,400 Bawa orang awak dan pergi, puteri. 511 00:43:29,400 --> 00:43:33,000 - Sekarang. - Tidak tanpa apa yang saya mahu. 512 00:43:33,000 --> 00:43:34,720 Apa yang awak mahukan? 513 00:43:34,720 --> 00:43:37,320 Pahlawan awak untuk melawan Kasanje... 514 00:43:38,640 --> 00:43:39,920 dan orang Portugis. 515 00:43:41,200 --> 00:43:42,280 Itu saja? 516 00:43:46,320 --> 00:43:47,560 Sekarang beritahu saya. 517 00:43:49,080 --> 00:43:53,440 Apa yang awak bawa sebagai balasan untuk permintaan besar ini? 518 00:43:54,200 --> 00:43:56,000 - Tiada apa-apa. - Tiada apa-apa? 519 00:43:57,040 --> 00:43:58,280 Tiada apa-apa? 520 00:43:59,160 --> 00:44:01,480 Kenapa saya nak bantu awak tanpa sebab? 521 00:44:02,040 --> 00:44:04,800 Sebab saya tak rugi apa-apa, 522 00:44:06,200 --> 00:44:08,160 jadi saya berbahaya. 523 00:44:16,840 --> 00:44:22,000 Awak tak nampak berbahaya dari sini, Puteri Njinga dari Ndongo. 524 00:44:22,560 --> 00:44:23,400 Yakah? 525 00:44:30,000 --> 00:44:32,440 Awak bersedia untuk berbincang sekarang? 526 00:44:33,640 --> 00:44:36,080 Atau masih mahu saya bermain dengan pisau belati awak? 527 00:45:43,560 --> 00:45:48,560 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Haziqah Hamidun