1 00:00:11,880 --> 00:00:16,760 Njinga, seorang puteri yang jauh dari rumah selama tiga tahun. 2 00:00:17,240 --> 00:00:18,480 Kita perlu buat serentak. 3 00:00:18,480 --> 00:00:21,320 Sebaik saja satu kem terima berita dari kem lain, habislah. 4 00:00:21,320 --> 00:00:23,560 Saya amanahkan awak dan orang awak mengetuai serangan ini. 5 00:00:24,480 --> 00:00:27,160 Menyedari keadaan kerajaannya yang putus harapan, 6 00:00:27,160 --> 00:00:31,200 dia membentuk pakatan dengan ketua Imbangala, Kasa, 7 00:00:31,680 --> 00:00:34,760 menjadikan musuh kepada musuhnya saudara seperjuangan. 8 00:00:41,400 --> 00:00:45,320 Di tanah kelahirannya, Kabasa jatuh ke tangan pesaing. 9 00:00:45,320 --> 00:00:46,880 Jangan sentuhnya! 10 00:00:47,440 --> 00:00:48,400 Hei! 11 00:00:48,400 --> 00:00:50,360 - Funji! - Funji! 12 00:00:50,360 --> 00:00:52,680 - Tuanku perlu pergi. - Apa yang berlaku? 13 00:00:52,680 --> 00:00:54,400 - Kita mesti buat sesuatu! - Kita akan buat! 14 00:00:55,280 --> 00:00:59,120 Tidak! Funji! 15 00:01:01,680 --> 00:01:06,440 Tapi Njinga kekal teguh untuk melakukan apa-apa saja 16 00:01:06,440 --> 00:01:10,519 demi melindungi masa depan dan keselamatan rakyatnya. 17 00:01:11,600 --> 00:01:13,320 Atau mati ketika mencuba. 18 00:01:52,360 --> 00:01:54,120 Semoga nenek moyang kamu mengalu-alukan kepulangan kamu. 19 00:02:26,120 --> 00:02:29,240 Njinga mengusir dirinya sendiri. 20 00:02:29,240 --> 00:02:32,160 Dia telah membentuk pakatan dengan Imbangala. 21 00:02:33,280 --> 00:02:35,680 Dengan mereka, dia telah berjuang menentang Portugis. 22 00:02:37,600 --> 00:02:42,240 {\an8}Njinga bekerjasama dengan Kasa mengganggu laluan perdagangan hamba, 23 00:02:42,240 --> 00:02:48,120 bantu mengambil hamba dari pedalaman Afrika Tengah Barat ke pantai. 24 00:02:50,040 --> 00:02:53,400 Rasanya dia masih patah hati atas kematian anaknya 25 00:02:53,400 --> 00:02:57,280 dan masih berasa geram terhadap abangnya, Mbande. 26 00:02:58,520 --> 00:03:02,400 KEPULAUAN KINDONGA 27 00:03:02,400 --> 00:03:05,600 Tapi kini, Raja Mbande berada dalam situasi terdesak. 28 00:03:07,120 --> 00:03:09,920 {\an8}Ibu kotanya, Kabasa dijajah oleh orang Portugis. 29 00:03:09,920 --> 00:03:12,680 {\an8}Dia dipaksa melarikan diri ke Kepulauan Kindonga. 30 00:03:13,920 --> 00:03:18,360 Kepulauan ini kubu pertahanan yang terletak di tengah-tengah Sungai Kwanza. 31 00:03:18,360 --> 00:03:21,000 KABASA, SUNGAI KWANZA, KEPULAUAN KINDONGA 32 00:03:21,000 --> 00:03:23,640 Kini, dia menyeru Njinga untuk satu perjumpaan. 33 00:03:27,600 --> 00:03:28,800 Di mana pengawalnya? 34 00:03:32,240 --> 00:03:34,160 Tuanku patut maklum... 35 00:03:34,720 --> 00:03:36,880 tiga tahun ini telah mengubahnya. 36 00:03:38,240 --> 00:03:39,400 Beta boleh nampak. 37 00:03:44,240 --> 00:03:45,640 Mari menyeberang. 38 00:04:06,600 --> 00:04:07,840 Kakanda dah buat apa? 39 00:04:09,400 --> 00:04:10,720 Kini, kakanda sudah abadi? 40 00:04:11,760 --> 00:04:13,120 Berjalan di sini tanpa perlindungan. 41 00:04:13,120 --> 00:04:15,280 Bagaimana jika orang Portugis tiba sebelum adinda? 42 00:04:15,280 --> 00:04:16,640 Kakanda tak dengarkah? 43 00:04:17,200 --> 00:04:18,240 Mereka sudah tiba. 44 00:04:19,400 --> 00:04:20,680 Kabasa tumbang. 45 00:04:22,519 --> 00:04:24,440 Kini, kakanda kehilangan lebih banyak daripada ayahanda. 46 00:04:24,440 --> 00:04:25,800 Adinda kita pula? Mana Funji dan Kambu? 47 00:04:25,800 --> 00:04:26,839 Kakanda dah bawa keluar. 48 00:04:33,880 --> 00:04:36,560 - Mustahil ini penamat kita. - Tidak. 49 00:04:38,440 --> 00:04:39,520 Kita masih di sini. 50 00:04:43,880 --> 00:04:45,600 Kenapa Raja menyeru adinda? 51 00:04:49,120 --> 00:04:50,160 Berdamai. 52 00:04:57,160 --> 00:04:59,960 Kakanda mahu adinda buat rundingan damai dengan Portugis. 53 00:05:00,600 --> 00:05:01,600 Apa? 54 00:05:03,320 --> 00:05:05,800 Kejayaan adinda dengan Imbangala sampai kepada kami di Kabasa. 55 00:05:06,960 --> 00:05:08,840 Adinda mengawal huru-hara mereka. 56 00:05:10,120 --> 00:05:12,680 Gunanya untuk memotong talian hubungan Portugis. 57 00:05:12,680 --> 00:05:15,160 Njinga, kemahiran adinda tak dapat dinafikan. 58 00:05:16,800 --> 00:05:19,080 Ini bukti adinda yang terbaik untuk berunding bagi pihak kita. 59 00:05:19,080 --> 00:05:20,280 Sudah lama adinda menentang mereka. 60 00:05:20,280 --> 00:05:21,680 - Kakanda tahu. - Jika adinda tak buat pun, 61 00:05:21,680 --> 00:05:23,960 ini bukan masanya untuk berunding. 62 00:05:23,960 --> 00:05:25,120 Tidak apabila kakanda... 63 00:05:27,160 --> 00:05:29,440 Tidak apabila takhta masih lemah. 64 00:05:30,720 --> 00:05:31,960 Kita mesti terus berjuang. 65 00:05:32,680 --> 00:05:33,600 Njinga. 66 00:05:37,520 --> 00:05:39,840 Kakanda tiada darah lagi untuk ditumpahkan. 67 00:05:43,800 --> 00:05:47,640 Bukan darah kakanda yang ditumpahkan. Darah mereka. 68 00:05:48,920 --> 00:05:52,680 Sehingga kita mengusir pencuri yang membunuh itu dari kerajaan ini. 69 00:05:54,080 --> 00:05:56,280 Tolonglah, Njinga! 70 00:05:56,920 --> 00:05:58,160 Adinda satu-satunya harapan kami! 71 00:06:02,720 --> 00:06:04,560 Kakanda bukan memohon sebagai raja. 72 00:06:09,360 --> 00:06:10,920 Kakanda memohon sebagai keluarga. 73 00:06:17,040 --> 00:06:20,360 Apabila abang Njinga mencari Njinga, 74 00:06:20,360 --> 00:06:24,200 {\an8}dia bukan saja ada abangnya, pembunuh anaknya. 75 00:06:24,200 --> 00:06:25,800 {\an8}Dia ada raja, 76 00:06:25,800 --> 00:06:28,160 {\an8}orang yang duduk di atas takhta rakyatnya. 77 00:06:28,160 --> 00:06:31,160 Dia perlu berkhidmat kepada Mbande. 78 00:06:35,640 --> 00:06:36,600 Hei. 79 00:06:38,520 --> 00:06:44,280 Raja Ndongo tak tunduk kepada sesiapa kecuali nenek moyang. 80 00:07:10,640 --> 00:07:12,240 Kakanda perlukan apa? 81 00:07:16,160 --> 00:07:20,520 Kita mungkin tak dapat bayangkan hari ini, 82 00:07:20,520 --> 00:07:24,520 memikirkan dia masih ada hubungan dengan abangnya. 83 00:07:24,520 --> 00:07:28,520 {\an8}Dia tak percaya abangnya, tapi ini lebih besar daripadanya. 84 00:07:28,520 --> 00:07:31,000 {\an8}Dalam setiap keputusannya, 85 00:07:31,000 --> 00:07:33,040 {\an8}dia berfikir tentang melindungi rakyatnya 86 00:07:33,040 --> 00:07:36,000 dan menghalang seramai orang daripada perdagangan hamba. 87 00:07:37,960 --> 00:07:41,360 Portugis menyerang Kabasa untuk menunjukkan kuasa tentera 88 00:07:41,360 --> 00:07:43,400 serta menakutkan Mbande dan rakyatnya. 89 00:07:43,400 --> 00:07:45,600 Apabila tentera Portugis menuju ke tempat lain, 90 00:07:45,600 --> 00:07:49,200 Mbande dan adiknya dapat pulang ke kota mereka, 91 00:07:49,760 --> 00:07:53,000 tapi mereka tahu pertempuran mereka dengan Portugis masih belum tamat. 92 00:07:55,320 --> 00:07:59,760 Afrika Tengah Barat sedang mengalami pergolakan besar. 93 00:07:59,760 --> 00:08:03,320 Orang Portugis menceroboh kampung, pekan dan kota, 94 00:08:04,200 --> 00:08:08,200 memusnahkan, menjarah dan menghancurkan masyarakat. 95 00:08:10,880 --> 00:08:13,840 Orang Portugis juga membina sebuah kubu di Ambaca, 96 00:08:13,840 --> 00:08:17,400 tapak yang hampir dengan ibu kota Mbande, Kabasa. 97 00:08:17,920 --> 00:08:20,440 Dia tahu mereka boleh menyerang pada bila-bila masa. 98 00:08:22,080 --> 00:08:24,880 Mbande benar-benar keletihan. 99 00:08:24,880 --> 00:08:27,840 Dia tak mempunyai keupayaan tentera untuk melawan Portugis. 100 00:08:27,840 --> 00:08:29,840 Berlaku huru-hara di wilayah itu. 101 00:08:31,680 --> 00:08:35,720 Ini detik penentuan sama ada dia kekal bertakhta 102 00:08:35,720 --> 00:08:37,960 dan mengekalkan kuasa walaupun sedikit. 103 00:08:39,159 --> 00:08:40,720 Kakanda seru kamu berdua ke sini 104 00:08:40,720 --> 00:08:44,799 kerana kakanda perlu maklumkan kakanda sudah berdamai dengan Mbande. 105 00:08:45,360 --> 00:08:46,320 Apa? 106 00:08:46,320 --> 00:08:48,799 Kakanda pun bersetuju mewakilinya jumpa orang Portugis. 107 00:08:48,799 --> 00:08:50,360 Jadi, kita berangkat ke Luanda. 108 00:08:50,920 --> 00:08:53,160 Kenapa biarkan Mbande bersembunyi di belakang kakanda? 109 00:08:53,160 --> 00:08:56,240 - Lagipun, dia raja. - Raja yang kehilangan tempatnya. 110 00:09:06,640 --> 00:09:07,760 Mbande... 111 00:09:08,640 --> 00:09:10,720 Dia bukan dirinya sekarang. 112 00:09:12,480 --> 00:09:17,200 Dia percaya Portugis mahu keamanan, tapi kakanda kenal musuh ini. 113 00:09:17,200 --> 00:09:21,960 Musuh ini licik, kejam dan mahu kita tunduk kepadanya. 114 00:09:21,960 --> 00:09:23,760 Apa kata kita hantar pasukan perang? 115 00:09:24,560 --> 00:09:25,600 Kambu. 116 00:09:26,160 --> 00:09:28,640 Perang takkan dimenangi di medan sehingga ia dimenangi dalam fikiran. 117 00:09:29,440 --> 00:09:30,800 Ayahanda selalu kata begitu. 118 00:09:30,800 --> 00:09:32,160 Ya, betul. 119 00:09:33,680 --> 00:09:34,960 Sebab itulah kakanda nak pergi. 120 00:09:36,440 --> 00:09:39,120 Kakanda nak pandang mata gabenor 121 00:09:39,120 --> 00:09:42,360 apabila dia pulangkan semua yang dia rampas daripada kita. 122 00:09:43,320 --> 00:09:45,000 Kenapa kakanda pasti dia akan buat begitu? 123 00:09:46,040 --> 00:09:47,840 Sebab kakanda takkan berehat sehingga dia buat. 124 00:09:49,720 --> 00:09:52,960 Tugas Njinga merupakan satu cabaran yang menggerunkan, 125 00:09:53,440 --> 00:09:56,720 perwakilan keamanan rasmi terbesar yang pernah dilaksanakan 126 00:09:56,720 --> 00:09:58,800 sejak kedatangan orang Portugis. 127 00:10:00,720 --> 00:10:04,720 Njinga dan sekumpulan pengiring berangkat sejauh 200 batu 128 00:10:04,720 --> 00:10:06,400 dari Kabasa ke Luanda. 129 00:10:06,400 --> 00:10:11,560 KABASA, SUNGAI KWANZA, LUANDA 130 00:10:14,640 --> 00:10:18,840 PELABUHAN LUANDA 131 00:10:43,480 --> 00:10:46,280 Njinga tiba di Luanda dengan rombongan pengiring, 132 00:10:46,280 --> 00:10:52,480 {\an8}mempamerkan keindahan bangsawan Ndongo dan kerabat diraja Ndongo. 133 00:10:55,560 --> 00:10:59,920 Dia bercakap bahasa Portugis. Dia amat berpengetahuan tentang politik. 134 00:10:59,920 --> 00:11:01,880 Dia seorang pemikir strategik. 135 00:11:01,880 --> 00:11:05,720 Dia sesuai menjadi utusan, menunjukkan kepada orang Portugis, 136 00:11:05,720 --> 00:11:09,920 "Kami bangsa yang kuat, agung dan mulia." 137 00:11:12,120 --> 00:11:15,320 Ketika ini, gabenor wilayah ini bernama de Sousa, 138 00:11:15,320 --> 00:11:17,880 bertindak bagi pihak negara Portugis. 139 00:11:17,880 --> 00:11:21,400 Dia berniat meletakkan Njinga di tempatnya. 140 00:11:23,240 --> 00:11:24,920 Dia lebih tua daripada jangkaan saya. 141 00:11:25,400 --> 00:11:27,480 Jangan pandang rendah kepadanya. 142 00:11:28,520 --> 00:11:29,960 Saya tak berniat begitu. 143 00:11:31,400 --> 00:11:34,200 Tiada siapa belum menundukkannya. 144 00:11:38,360 --> 00:11:40,840 Rasanya Portugis tak bersedia 145 00:11:40,840 --> 00:11:43,760 menerima seorang wanita sebagai diplomat. 146 00:11:43,760 --> 00:11:46,240 Rasanya mereka sangka, disebabkan dia seorang wanita, 147 00:11:46,240 --> 00:11:49,240 mereka mungkin boleh memperdaya atau melemahkannya. 148 00:11:49,800 --> 00:11:51,320 {\an8}Walaupun orang Portugis memahami 149 00:11:51,320 --> 00:11:55,440 {\an8}Mbande dan adiknya orang penting di wilayah ini, 150 00:11:55,440 --> 00:11:57,000 ini sebuah kerajaan yang berkuasa. 151 00:11:57,000 --> 00:12:01,200 Buat masa ini, mereka mahu nampak menunjukkan rasa hormat. 152 00:12:02,200 --> 00:12:05,880 Puteri Njinga, saya berbesar hati. 153 00:12:05,880 --> 00:12:07,640 Saya pasti, Gabenor. 154 00:12:08,680 --> 00:12:11,120 Jarang nampak puteri Ndongo, 155 00:12:11,920 --> 00:12:13,320 apatah lagi bertiga. 156 00:12:16,800 --> 00:12:18,920 Kamu tak perlu datang sejauh ini. 157 00:12:18,920 --> 00:12:21,360 Saya boleh hantar utusan membawa syarat-syarat kami. 158 00:12:21,360 --> 00:12:25,120 Utusan di jalan yang berbahaya ini. 159 00:12:26,880 --> 00:12:28,480 Itu tindakan yang tak bijak. 160 00:12:37,560 --> 00:12:41,160 Njinga mahu tiga perkara utama daripada rundingan ini, 161 00:12:41,800 --> 00:12:46,760 bebaskan tahanan Ndongo diperhambakan, perlindungan daripada musuh bersama 162 00:12:46,760 --> 00:12:49,960 dan janji daripada orang Portugis untuk merobohkan kubu Ambaca. 163 00:12:50,440 --> 00:12:54,240 Persoalannya, berapa banyak yang perlu dikorbankan untuk penuhi kemahuannya? 164 00:13:10,240 --> 00:13:11,240 Silakan... 165 00:13:12,360 --> 00:13:13,360 duduk. 166 00:13:15,560 --> 00:13:18,440 Apabila orang Portugis bertemunya buat kali pertama, 167 00:13:18,440 --> 00:13:20,520 mereka cuba memalukannya. 168 00:13:21,040 --> 00:13:22,920 Dia tak diberikan kerusi. 169 00:13:23,600 --> 00:13:24,800 Mereka cuba tunjuk kepadanya 170 00:13:24,800 --> 00:13:28,200 apa saja rundingan yang akan berlaku akan mengikut kehendak mereka. 171 00:13:29,280 --> 00:13:33,800 Tak perlu susahkan diri bagi pihak saya. 172 00:13:35,200 --> 00:13:36,400 Saya sentiasa bersedia. 173 00:13:53,080 --> 00:13:56,640 Ia satu tindakan yang berani dan dia mampu mengatakan, 174 00:13:56,640 --> 00:14:00,040 "Saya takkan benarkan kamu merendahkan taraf saya. 175 00:14:00,040 --> 00:14:03,280 Kita rakan kongsi yang setaraf dalam perbualan ini. 176 00:14:03,760 --> 00:14:06,720 Jika saya perlu cipta kerusi sendiri, saya akan lakukannya." 177 00:14:10,080 --> 00:14:13,480 Saya berharap dapat berbual dengan abang awak, bukannya utusan. 178 00:14:13,960 --> 00:14:17,880 Raja saya mengagihkan tugas mengikut kemahuannya. 179 00:14:18,440 --> 00:14:19,520 Jelas sekali. 180 00:14:20,480 --> 00:14:22,760 Syarat-syarat kami agak mudah. 181 00:14:22,760 --> 00:14:25,080 Raja kami sanggup tawarkan keamanan kepada abang awak 182 00:14:25,080 --> 00:14:27,800 dengan syarat dia mengadakan gencatan senjata, 183 00:14:28,360 --> 00:14:32,800 bantu kami lawan musuh bersama dan pulangkan harta kami. 184 00:14:33,280 --> 00:14:34,480 Harta? 185 00:14:35,440 --> 00:14:36,480 Hamba. 186 00:14:45,880 --> 00:14:49,880 Orang Portugis yang pertama mula menggunakan Afrika 187 00:14:49,880 --> 00:14:53,760 sebagai tempat memperoleh kargo manusia yang diperhambakan. 188 00:14:54,440 --> 00:14:58,400 Njinga sedar mereka kehilangan beribu-ribu orang 189 00:14:58,400 --> 00:15:02,080 kerana keinginan orang Portugis terhadap perdagangan hamba 190 00:15:02,080 --> 00:15:04,720 dan penjajahan di Dunia Baru. 191 00:15:08,160 --> 00:15:12,760 Raja saya percaya persahabatan lebih baik... 192 00:15:13,520 --> 00:15:14,520 untuk semua. 193 00:15:15,920 --> 00:15:18,680 Sudah tentu raja awak percaya pada persahabatan. 194 00:15:18,680 --> 00:15:19,720 Tidak? 195 00:15:20,440 --> 00:15:22,000 Ya, betul. 196 00:15:23,560 --> 00:15:27,760 Raja saya mahu hidup dengan aman bersama orang Portugis, 197 00:15:27,760 --> 00:15:29,920 tapi kami asyik menghadapi masalah. 198 00:15:31,000 --> 00:15:32,280 Kasanje. 199 00:15:34,760 --> 00:15:38,120 Kasanje ialah ketua Imbangala dengan reputasi yang menakutkan. 200 00:15:39,440 --> 00:15:42,360 Dia sukar diramal di sekitar Ndongo. 201 00:15:43,200 --> 00:15:46,280 Dia ancaman kepada Njinga dan Portugis. 202 00:15:48,360 --> 00:15:50,080 Hantu dalam Kabus. 203 00:15:52,000 --> 00:15:53,920 Jadi, awak mengenalinya? 204 00:15:56,160 --> 00:15:58,320 Kami boleh uruskan Kasanje... 205 00:15:59,800 --> 00:16:02,440 asalkan abang awak membayar ufti kepada Raja 206 00:16:02,920 --> 00:16:05,440 untuk menebus semua harta yang kami akan rugi. 207 00:16:07,120 --> 00:16:11,520 Orang Portugis mahu Ndongo membayar ufti tahunan kepada mereka. 208 00:16:11,520 --> 00:16:16,440 Maksudnya, mereka perlu bawa hamba ke Luanda 209 00:16:16,440 --> 00:16:18,360 untuk dibayar kepada kerajaan Portugis. 210 00:16:20,240 --> 00:16:21,280 Gabenor, 211 00:16:21,880 --> 00:16:23,640 kami ada pepatah, 212 00:16:24,160 --> 00:16:29,200 "Orang yang dilahirkan bebas patut kekalkan kebebasannya 213 00:16:30,120 --> 00:16:32,520 dan tak tunduk kepada orang lain." 214 00:16:34,000 --> 00:16:37,960 Ufti hanya boleh dibayar oleh mereka yang telah ditakluki. 215 00:16:38,960 --> 00:16:41,520 Raja Mbande tak pernah ditakluki. 216 00:16:44,360 --> 00:16:48,280 Njinga enggan membayar ufti dalam bentuk manusia, 217 00:16:48,280 --> 00:16:50,720 memberi orang kepada perhambaan, 218 00:16:50,720 --> 00:16:56,880 kerana Njinga percaya ia bertentangan dengan perkara yang dia fikir betul. 219 00:16:56,880 --> 00:17:01,200 Dia tak percaya perhambaan Portugis boleh diterima. 220 00:17:01,680 --> 00:17:07,240 {\an8}Orang Portugis mahu mengenakan syarat-syarat berserah, 221 00:17:07,240 --> 00:17:08,960 menjadikan mereka hamba Portugis. 222 00:17:08,960 --> 00:17:12,599 Dia berkata, pemerintah Ndongo takkan sesekali 223 00:17:12,599 --> 00:17:16,040 menjadi hamba kepada Raja Portugal 224 00:17:16,040 --> 00:17:22,040 kerana Portugal tak menang perang dan tak pernah takluki Ndongo. 225 00:17:34,800 --> 00:17:38,440 Njinga seorang pengendali politik yang sangat bijak. 226 00:17:39,840 --> 00:17:45,160 {\an8}Dia mengambil aspek budaya politik yang asing baginya 227 00:17:45,160 --> 00:17:46,920 {\an8}untuk mendapatkan kemahuannya. 228 00:17:52,440 --> 00:17:56,600 Saya percaya dia memasuki rundingan itu dengan perasaan yang dia boleh menang. 229 00:17:57,200 --> 00:18:00,520 Kapten Cardoso, jika awak terus mengosongkan tanah kami, 230 00:18:01,000 --> 00:18:03,320 raja saya tiada rakyat untuk ditadbir. 231 00:18:03,880 --> 00:18:06,040 Apa gunanya raja tanpa rakyat? 232 00:18:08,600 --> 00:18:11,320 Awak akan jadi sekutu yang hebat. 233 00:18:11,960 --> 00:18:15,680 Kini, saya dan kapten diperlukan di tempat lain. 234 00:18:18,160 --> 00:18:19,280 Tuan puteri. 235 00:18:23,440 --> 00:18:25,960 - Ada perkembangan? - Mereka masih mempermainkan kita. 236 00:18:27,160 --> 00:18:29,280 Cuba memikirkan berapa banyak yang kita sanggup beri 237 00:18:29,280 --> 00:18:31,160 dan berapa banyak yang dia perlu ambil secara paksa. 238 00:18:31,840 --> 00:18:33,160 Apa maksudnya untuk keamanan? 239 00:18:34,400 --> 00:18:35,880 Keamanan belum ditawarkan lagi. 240 00:18:38,360 --> 00:18:40,880 Tapi setidaknya, mereka ingat untuk beri saya kerusi kali ini. 241 00:18:49,320 --> 00:18:52,560 Kadangkala, untuk memahami seorang lelaki... 242 00:18:54,160 --> 00:18:55,720 kita perlu melalui seorang wanita. 243 00:19:00,400 --> 00:19:04,600 Ana da Silva ialah isteri pegawai Portugis terkenal di Luanda. 244 00:19:04,600 --> 00:19:07,360 Seperti kebanyakan orang Portugis, dia penganut Katolik yang taat. 245 00:19:07,360 --> 00:19:11,200 Daripada rekod, kita boleh tahu dia dan Njinga saling menyukai. 246 00:19:12,320 --> 00:19:14,560 Sudah lama awak jauh dari rumah. 247 00:19:15,440 --> 00:19:16,880 Bagaimana anak-anak awak menyesuaikan diri? 248 00:19:18,000 --> 00:19:19,360 Rakyat saya ialah anak-anak saya. 249 00:19:22,200 --> 00:19:24,400 Mereka faham saya berkhidmat untuk mereka ke mana saja saya pergi. 250 00:19:25,400 --> 00:19:26,480 Ya. 251 00:19:28,320 --> 00:19:29,600 Orang awak... 252 00:19:31,400 --> 00:19:34,080 mereka cakap lain, mereka maksudkan lain. 253 00:19:35,040 --> 00:19:36,240 Kenapa? 254 00:19:38,200 --> 00:19:39,360 Rasanya ia bergantung. 255 00:19:39,840 --> 00:19:41,040 Pada apa? 256 00:19:41,040 --> 00:19:43,000 Sama ada mereka percaya awak atau tidak. 257 00:19:44,520 --> 00:19:48,000 Bagi orang saya, maruah lelaki adalah janjinya. 258 00:19:48,720 --> 00:19:50,640 Melainkan dia melanggarnya, awak percayanya. 259 00:19:51,920 --> 00:19:53,600 Di tempat asal saya, 260 00:19:53,600 --> 00:19:57,200 kepercayaan diperoleh melalui khidmat dan perhubungan dengan satu sama lain. 261 00:19:58,320 --> 00:20:01,160 - Percaya terhadap nilai yang sama. - Kami pun sama. 262 00:20:01,720 --> 00:20:03,560 Kepercayaan yang sama terhadap Tuhan kami 263 00:20:04,760 --> 00:20:08,400 dan pembaptisan ke dalam satu keluarga Katolik. 264 00:20:10,720 --> 00:20:11,720 Jadi... 265 00:20:12,480 --> 00:20:14,480 dalam pembaptisan ini, 266 00:20:15,160 --> 00:20:17,640 awak anggap diri awak sama? 267 00:20:18,200 --> 00:20:19,160 Ya. 268 00:20:23,760 --> 00:20:25,200 Orang Portugis 269 00:20:25,200 --> 00:20:28,800 tak membayangkan diri mereka melakukan penaklukan ganas ini 270 00:20:28,800 --> 00:20:30,800 hanya untuk kepentingan diri. 271 00:20:31,720 --> 00:20:34,320 Mereka sangka mereka suruh orang gasar menganut agama Kristian. 272 00:20:34,880 --> 00:20:38,640 Mereka sangka mereka ada alasan agama untuk penaklukan ini. 273 00:20:39,440 --> 00:20:43,160 Mereka percaya jika boleh menukar agama seramai mungkin, 274 00:20:43,160 --> 00:20:47,360 kawalan kerohanian dan politik boleh dikekalkan di wilayah ini, 275 00:20:47,360 --> 00:20:50,280 mereka boleh mendapatkan pengaruh. 276 00:20:55,040 --> 00:20:58,200 Jika tak percaya mereka, kenapa mahu buat pembaptisan? 277 00:20:58,200 --> 00:21:01,760 Sebab kita boleh gunakannya untuk paksa mereka tunaikan janji. 278 00:21:03,280 --> 00:21:05,400 Yakinkan mereka yang kita satu keluarga Katolik yang besar. 279 00:21:05,960 --> 00:21:07,680 Jadi, kenapa teragak-agak? 280 00:21:08,240 --> 00:21:11,880 Kambu, kakanda masih akan terima tangan musuh yang tak dipercayai 281 00:21:12,720 --> 00:21:14,080 tanpa jaminan. 282 00:21:16,200 --> 00:21:18,360 Jadi, kakanda akan ambil risiko. 283 00:21:28,520 --> 00:21:30,080 Adinda tak nak tengok itu lagi. 284 00:21:33,200 --> 00:21:34,280 Adinda mesti tengok. 285 00:21:59,000 --> 00:22:01,680 Orang Portugis mengamalkan perhambaan catel, 286 00:22:01,680 --> 00:22:05,040 satu bentuk eksploitasi yang amat kejam, 287 00:22:05,800 --> 00:22:08,960 ambil seramai orang yang boleh 288 00:22:08,960 --> 00:22:12,120 dan sumbat mereka ke dalam kapal dalam keadaan yang teruk, 289 00:22:12,120 --> 00:22:17,560 kemudian hantar mereka bekerja di ladang tebu atau ladang kopi. 290 00:22:20,400 --> 00:22:22,760 Njinga tahu ia menghampakan rakyatnya 291 00:22:23,320 --> 00:22:25,480 dan mengurangkan bilangan mereka. 292 00:22:26,040 --> 00:22:30,000 Dia melihat beratus-ratus orang ditangkap dan diculik. 293 00:22:30,960 --> 00:22:32,160 Berapa ramai setakat ini? 294 00:22:32,680 --> 00:22:34,800 Adinda tak dapat kira beberapa hari lalu. 295 00:22:35,760 --> 00:22:38,920 Jika kita tak buat sesuatu untuk tamatkan semua ini, 296 00:22:38,920 --> 00:22:40,520 rakyat kita akan pupus. 297 00:22:42,680 --> 00:22:44,160 Ia kehidupan yang sukar. 298 00:22:44,160 --> 00:22:47,240 Jangka hayat antara tujuh hingga lapan tahun. 299 00:22:47,240 --> 00:22:50,880 Bayangkan, tujuh tahun dari saat memasuki Dunia Baru, 300 00:22:50,880 --> 00:22:53,600 jangka hayat kita semakin suntuk. 301 00:22:56,040 --> 00:22:59,440 Ada pasar hamba pada masa itu di Ndongo, 302 00:22:59,440 --> 00:23:03,120 tapi ia dikawal rapi dan diawasi. 303 00:23:03,120 --> 00:23:05,160 Ia bukan sistem perhambaan catel. 304 00:23:05,160 --> 00:23:08,960 Jadi, hamba-hamba di Ndongo tak semestinya harta orang. 305 00:23:08,960 --> 00:23:12,480 Pada dasarnya, mereka ahli unit keluarga. 306 00:23:14,200 --> 00:23:15,360 Ia sangat rumit. 307 00:23:15,360 --> 00:23:18,160 Tiada penyelesaian yang sempurna pada zaman itu 308 00:23:18,160 --> 00:23:20,320 kerana perhambaan begitu endemik. 309 00:23:20,320 --> 00:23:21,720 Ia begitu biasa. 310 00:23:21,720 --> 00:23:25,280 Hampir mustahil untuk mengelak daripada menyertainya. 311 00:23:27,160 --> 00:23:31,480 Ada perbezaan besar antara cara perhambaan difahami 312 00:23:31,480 --> 00:23:34,520 oleh orang Portugis dan orang Ndongo. 313 00:23:35,120 --> 00:23:38,800 Rasanya Njinga percaya dia tak boleh menghalang perhambaan, 314 00:23:38,800 --> 00:23:41,400 tapi saya rasa dia percaya dia boleh membendungnya. 315 00:23:57,160 --> 00:24:02,200 Njinga menggunakan semua alat yang dia ada 316 00:24:02,200 --> 00:24:04,920 untuk menyelamatkan kerajaannya. 317 00:24:06,400 --> 00:24:09,560 Jadi, dia membuat keputusan strategik 318 00:24:10,080 --> 00:24:12,760 dengan harapan memeluk agama Kristian 319 00:24:12,760 --> 00:24:16,240 akan menyelamatkan legasi nenek moyangnya. 320 00:24:26,320 --> 00:24:28,040 Tahniah. 321 00:24:33,840 --> 00:24:38,480 Rasanya kita boleh beritahu Ngola Mbande yang kita ada perjanjian. 322 00:24:39,000 --> 00:24:41,160 - Syarat-syaratnya? - Boleh diterima. 323 00:24:41,640 --> 00:24:44,080 Termasuk kubu di Ambaca? 324 00:24:45,080 --> 00:24:49,240 Seperkara lagi, kami akan lepaskan tawanan Ndongo 325 00:24:49,240 --> 00:24:51,880 supaya abang awak boleh tubuhkan semula kerajaannya. 326 00:24:52,720 --> 00:24:55,960 Apa gunanya raja tanpa rakyat? 327 00:25:00,720 --> 00:25:04,880 Njinga menggunakan diplomasi dan pembaptisannya menjadi bukti. 328 00:25:05,440 --> 00:25:08,480 Portugis akhirnya bersetuju dengan perjanjian damai. 329 00:25:09,040 --> 00:25:12,120 Orang Portugis bersetuju dengan ketiga-tiga tuntutan Njinga. 330 00:25:12,120 --> 00:25:16,800 Mereka kata akan bantu lindungi rakyatnya daripada ketua Imbangala Kasanje. 331 00:25:17,640 --> 00:25:20,480 Mereka setuju keluarkan tentera dari kubu mereka di Ambaca. 332 00:25:21,200 --> 00:25:25,080 Mereka juga setuju kembalikan beberapa orang Ndongo 333 00:25:25,080 --> 00:25:26,920 yang mereka culik dan jadikan hamba. 334 00:25:43,360 --> 00:25:46,600 Njinga kembali ke Ndongo dengan kemenangan 335 00:25:48,000 --> 00:25:51,200 setelah mendapat persetujuan dengan orang Portugis 336 00:25:51,200 --> 00:25:54,040 untuk mengubah Ndongo yang semakin merudum... 337 00:25:54,600 --> 00:25:57,040 - Njinga! - Njinga! 338 00:25:57,040 --> 00:26:01,000 ...yang menjanjikan masa depan lebih baik untuk kerajaan dan rakyatnya. 339 00:26:01,000 --> 00:26:04,120 - Njinga! - Njinga! 340 00:26:04,120 --> 00:26:05,120 Adinda berjaya! 341 00:26:05,120 --> 00:26:17,160 - Njinga! - Njinga! 342 00:26:17,160 --> 00:26:21,760 Rasanya pada ketika ini, Mbande mula sedar 343 00:26:22,320 --> 00:26:26,240 adiknya lebih berkuasa dan berpengaruh daripada jangkaannya. 344 00:26:30,520 --> 00:26:32,360 Mbande kurang keyakinan diri. 345 00:26:34,200 --> 00:26:38,120 Dia juga sedar bahawa Njinga disayangi. 346 00:26:39,360 --> 00:26:44,520 Rasanya dia rasa terpinggir atau disisihkan dalam komuniti. 347 00:26:50,040 --> 00:26:52,920 Dari awal zaman kanak-kanak dan kedewasaannya, 348 00:26:52,920 --> 00:26:55,560 Njinga mengatasi Mbande. 349 00:26:56,520 --> 00:26:59,360 Dia lebih bijak. Dia anak kesayangan ayahnya. 350 00:26:59,360 --> 00:27:03,840 Dia ada bakat semula jadi dalam politik dan diplomasi. 351 00:27:04,560 --> 00:27:08,160 Nampaknya ada persaingan sejak awal lagi. 352 00:27:10,680 --> 00:27:11,720 Kakanda. 353 00:27:15,160 --> 00:27:16,760 Adinda nampak skalanya. 354 00:27:16,760 --> 00:27:19,560 - Apa? - Perdagangan rakyat kita. 355 00:27:22,480 --> 00:27:24,160 - Kakanda tak boleh bayangkan. - Njinga. 356 00:27:24,680 --> 00:27:27,400 - Adinda bawa kemenangan. - Ini tak cukup. 357 00:27:29,480 --> 00:27:31,560 Perjanjian damai tak cukup untuk menghentikan 358 00:27:31,560 --> 00:27:32,920 orang Portugis. 359 00:27:33,640 --> 00:27:34,760 Mbande. 360 00:27:35,800 --> 00:27:36,920 Kakanda. 361 00:27:38,520 --> 00:27:40,800 Ini kemenangan yang tak bermakna. 362 00:27:42,160 --> 00:27:43,480 Keadaan akan bertambah teruk. 363 00:27:45,040 --> 00:27:46,120 Tidak. 364 00:27:49,720 --> 00:27:54,600 Tidak jika adinda jadi pemangku raja sehingga anak kakanda cukup umur. 365 00:27:55,680 --> 00:27:56,800 Apa? 366 00:27:57,360 --> 00:27:59,840 Apabila Njinga kembali, dia yang menjadi tumpuan. 367 00:27:59,840 --> 00:28:02,680 Dia yang terbaik mewakili Ndongo. 368 00:28:02,680 --> 00:28:07,000 Njinga sendiri tahu. Mbande pun tahu. 369 00:28:08,080 --> 00:28:12,200 Kakanda perlu buat sekarang sementara boleh, untuk menjamin masa depan Ndongo. 370 00:28:14,280 --> 00:28:16,880 Mungkin jika kakanda buat lebih awal, kita takkan berada di sini. 371 00:28:19,840 --> 00:28:20,880 Mbande. 372 00:28:22,080 --> 00:28:24,120 Kakanda masih raja. 373 00:28:24,720 --> 00:28:28,480 Sanggup kakanda serahkan takhta sedangkan masih duduk di atasnya? 374 00:28:31,840 --> 00:28:35,000 Apa yang penting ialah kakanda percayakan diri sendiri... 375 00:28:35,920 --> 00:28:37,720 kerana kami percaya kakanda. 376 00:28:40,360 --> 00:28:43,560 Kakanda tak percaya orang lain dengan masa depan Ndongo. 377 00:28:53,680 --> 00:28:54,840 Mari raikannya. 378 00:29:00,960 --> 00:29:04,600 Pada mulanya, nampaknya Mbande betul untuk mempercayai Portugis. 379 00:29:06,600 --> 00:29:10,200 Kedamaian sementara Njinga dengan mereka bertahan selama beberapa bulan. 380 00:29:39,080 --> 00:29:40,360 Kambu! 381 00:29:40,360 --> 00:29:42,080 Biar patik bawa kepada mereka! 382 00:30:02,320 --> 00:30:03,400 Kasanje. 383 00:30:04,080 --> 00:30:06,120 Njinga, kita perlu pergi. 384 00:30:08,440 --> 00:30:11,520 Njinga, kita mesti pergi! 385 00:30:18,280 --> 00:30:22,040 Entah kenapa Kasanje menyerang Kabasa pada masa ini, 386 00:30:22,040 --> 00:30:24,800 tapi kami tahu Imbangala adalah askar upahan yang akan 387 00:30:24,800 --> 00:30:27,760 buat apa saja untuk sesiapa yang bayar mereka dengan setimpal. 388 00:30:27,760 --> 00:30:31,880 Jadi, ada kemungkinan Kasanje bertindak bagi pihak orang lain. 389 00:30:45,080 --> 00:30:47,720 Bagaimana Kasanje... 390 00:30:48,600 --> 00:30:53,080 melepasi pertahanan kita pada waktu malam? 391 00:30:54,280 --> 00:30:58,320 Kejatuhan Kabasa amat mengecewakan Ngola Mbande 392 00:30:58,320 --> 00:31:01,360 dan dia terpaksa melarikan diri ke Kepulauan Kindonga. 393 00:31:01,920 --> 00:31:04,680 Dia terpaksa meninggalkan rakyatnya. 394 00:31:05,320 --> 00:31:08,960 Dia semakin hilang kawalan, bukan saja di tapak kuasa utamanya, 395 00:31:08,960 --> 00:31:12,200 tapi rakyatnya juga mula kurang mempercayainya. 396 00:31:12,800 --> 00:31:15,840 Kamu tahu apa yang dia perlu buat untuk kumpul kuasa sebanyak itu. 397 00:31:17,000 --> 00:31:19,680 Kita perlukan Kabasa semula. Kita perlukan pilihan, berilah pilihan. 398 00:31:19,680 --> 00:31:21,480 Boleh minta bantuan Kasa lagi? 399 00:31:21,480 --> 00:31:23,840 Tidak, tenteranya terlalu kecil untuk menentang Kasanje. 400 00:31:23,840 --> 00:31:25,200 Kita tak boleh buat begitu. 401 00:31:25,200 --> 00:31:26,360 Apa kata kita hubungi... 402 00:31:27,160 --> 00:31:29,200 Mungkin mereka sudi sertai kita. 403 00:31:29,200 --> 00:31:30,320 Ia masih tak cukup. 404 00:31:30,320 --> 00:31:33,800 Dia tahu adiknya ada di sana, bersedia untuk mengambil alih. 405 00:31:33,800 --> 00:31:36,640 Dia juga tahu ada puak dalam kerajaan 406 00:31:36,640 --> 00:31:40,240 yang fikir dia tak layak menjadi pemerintah. 407 00:31:40,240 --> 00:31:42,720 Kita ada penduduk kampung. Mereka mampu... 408 00:31:42,720 --> 00:31:43,960 Bagaimana dengan Portugis? 409 00:31:47,200 --> 00:31:50,800 Mereka nak bantu kita melawan musuh. Mungkin tiba masanya mereka buktikannya. 410 00:31:54,080 --> 00:31:55,440 Mungkin 411 00:31:56,120 --> 00:32:00,360 mereka yang menghantar Kasanje untuk mengusir kita keluar dari Kabasa 412 00:32:00,880 --> 00:32:04,280 supaya kita terpaksa jumpa mereka untuk meminta bantuan. 413 00:32:04,280 --> 00:32:07,760 Supaya mereka boleh ambil semua ufti yang mereka mahu sebagai balasan. 414 00:32:07,760 --> 00:32:10,760 - Kita tiada pilihan lain. - Ya, ada. 415 00:32:11,320 --> 00:32:12,640 Seperti yang kamu cakap tadi. 416 00:32:12,640 --> 00:32:14,240 Kita ada penduduk kampung. 417 00:32:14,240 --> 00:32:16,320 - Congo ada. Mereka berhutang dengan kita. - Baik. 418 00:32:17,040 --> 00:32:18,840 - Jika kita bercakap dengan Congo... - Njinga! 419 00:32:20,040 --> 00:32:22,520 Minta jeneral aturkan pertemuan dengan orang Portugis. 420 00:32:38,240 --> 00:32:40,240 Pada musim sejuk 1623, 421 00:32:40,240 --> 00:32:42,800 orang Portugis menghantar utusan untuk berunding. 422 00:32:43,360 --> 00:32:45,280 Paderi bernama Paderi Baretto. 423 00:32:46,840 --> 00:32:51,320 Pegawai di Luanda sanggup membantu Raja peroleh semula Kabasa 424 00:32:52,400 --> 00:32:56,600 dengan syarat tunduk kepada Raja Portugal dan dibaptiskan. 425 00:32:58,240 --> 00:33:01,320 Tunduk kepada Raja Portugal. 426 00:33:02,760 --> 00:33:08,560 Berani awak datang ke sini dan cuba jadikan kami hamba? 427 00:33:09,200 --> 00:33:12,160 - Saya datang untuk buat tugas Tuhan... - Tutup mulut! 428 00:33:13,200 --> 00:33:15,400 Di hadapan Raja! 429 00:33:16,920 --> 00:33:18,120 Ular. 430 00:33:20,040 --> 00:33:22,240 "Saya datang untuk buat tugas Tuhan." 431 00:33:22,240 --> 00:33:26,080 Itu yang awak beritahu diri sendiri semasa merantai manusia? 432 00:33:31,560 --> 00:33:33,160 Siapa Tuhan... 433 00:33:34,680 --> 00:33:37,960 yang lebihkan orang awak, bukannya orang saya? 434 00:33:40,520 --> 00:33:44,280 Saya patut bunuh kamu semua di Luanda. 435 00:33:44,280 --> 00:33:45,560 Njinga. 436 00:33:55,680 --> 00:33:57,680 - Apa yang diperlukan? - Mbande. 437 00:34:02,000 --> 00:34:05,280 Penyerahan diri awak kepada Christ mesti lengkap. 438 00:34:06,320 --> 00:34:08,400 Maksudnya, tiada lagi cara pagan. 439 00:34:09,600 --> 00:34:10,840 Tiada dewa-dewi palsu. 440 00:34:11,320 --> 00:34:14,400 Tiada berhala, tiada upacara, tiada gundik. 441 00:34:15,120 --> 00:34:16,800 Tiada nganga. 442 00:34:16,800 --> 00:34:19,920 - Perkara tak suci mesti dihapuskan. - Mbande. 443 00:34:19,920 --> 00:34:20,880 Mbande. 444 00:34:23,520 --> 00:34:26,280 Kakandalah hubungan kami dengan nenek moyang. 445 00:34:26,280 --> 00:34:29,360 Jika kakanda tinggalkan mereka, kita akan kalah. 446 00:34:30,000 --> 00:34:31,159 Adinda dibaptiskan. 447 00:34:31,760 --> 00:34:33,440 Nenek moyang tinggalkan adinda? 448 00:34:34,040 --> 00:34:36,440 - Adinda bukan raja. - Betul. 449 00:34:42,480 --> 00:34:44,400 Walaupun dibaptiskan sendiri, 450 00:34:44,400 --> 00:34:48,719 Njinga merasakan permintaan orang Portugis adalah keterlaluan. 451 00:34:49,280 --> 00:34:53,199 Dia melihat Mbande melepaskan kuasanya kepada musuh, 452 00:34:53,199 --> 00:34:55,880 mengabaikan tradisi dan adat resam mereka. 453 00:34:55,880 --> 00:34:57,280 Jika dia bersetuju, 454 00:34:57,280 --> 00:35:00,360 ini satu lagi kelemahannya sebagai raja. 455 00:35:08,840 --> 00:35:10,240 Jika kakanda buat begini... 456 00:35:12,800 --> 00:35:15,920 lebih baik kakanda melepaskan takhta... 457 00:35:17,440 --> 00:35:18,960 dan bekerja di ladang. 458 00:35:40,560 --> 00:35:43,040 Mbande mengabaikan nasihat adiknya. 459 00:35:43,600 --> 00:35:46,760 Dia tiada pilihan lain dan bersetuju untuk dibaptiskan. 460 00:35:47,760 --> 00:35:48,800 Selama beberapa minggu, 461 00:35:48,800 --> 00:35:51,720 dia belajar soal jawab agama daripada Paderi Baretto. 462 00:35:51,720 --> 00:35:52,760 ...di syurga. 463 00:35:52,760 --> 00:35:57,280 Sebab itulah awak perlu berpaling daripada dewa-dewi palsu 464 00:35:57,280 --> 00:35:59,800 dan berhala palsu ini kerana... 465 00:35:59,800 --> 00:36:01,840 Mereka dah langgar perjanjian damai. 466 00:36:03,840 --> 00:36:09,080 Orang Portugis hantar tentera untuk kukuhkan kubu di Ambaca. 467 00:36:09,880 --> 00:36:12,360 Inilah diri mereka. 468 00:36:18,440 --> 00:36:23,320 Beritahu ayah kulit putih awak yang semua ini dah selesai! 469 00:36:24,160 --> 00:36:25,240 Pergi! 470 00:36:29,200 --> 00:36:35,120 Tentulah orang Portugis memungkiri janji mereka. 471 00:36:35,120 --> 00:36:36,640 Bagi Raja, 472 00:36:36,640 --> 00:36:40,360 ini kegagalan kuasa yang membawa bencana. 473 00:36:43,320 --> 00:36:44,600 Kakanda tak boleh buat. 474 00:36:51,240 --> 00:36:52,240 Mengarut. 475 00:36:53,200 --> 00:36:55,160 Nenek moyang kita pernah lalui perkara yang lebih teruk. 476 00:36:57,840 --> 00:36:58,960 Mereka tak pernah. 477 00:37:04,760 --> 00:37:06,160 Kakanda penat, Njinga. 478 00:37:12,680 --> 00:37:15,480 Rasanya tiba masanya kakanda berehat. 479 00:37:18,000 --> 00:37:19,080 Mbande. 480 00:37:20,480 --> 00:37:22,360 Adakah kakanda berkata apa yang adinda fikirkan? 481 00:37:28,040 --> 00:37:32,600 Mbande kecewa dengan apa yang berlaku dengan orang Portugis 482 00:37:32,600 --> 00:37:36,280 dan itu menyebabkannya mengalami kemurungan. 483 00:37:36,840 --> 00:37:39,000 Ini menyebabkannya menghadapi persoalan, 484 00:37:39,000 --> 00:37:41,840 "Mampukah tuanku mempertahankan kerajaan?" 485 00:37:42,320 --> 00:37:47,000 Saya rasa pada dasarnya, dia amat takut. 486 00:37:48,880 --> 00:37:53,520 Mbande memerintah dan menjalani hidup dengan begitu banyak keganasan 487 00:37:53,520 --> 00:37:54,960 sehingga ia memakan diri. 488 00:37:55,920 --> 00:38:01,040 Dia terpaksa tanya diri sendiri soalan sukar tentang keputusannya 489 00:38:01,040 --> 00:38:02,360 dan jika ia berbaloi. 490 00:38:36,440 --> 00:38:37,440 Bagaimana? 491 00:38:50,120 --> 00:38:51,240 Racun. 492 00:38:58,000 --> 00:38:59,320 Siapa lagi yang tahu? 493 00:39:00,800 --> 00:39:01,760 Tiada siapa. 494 00:39:07,680 --> 00:39:10,360 Cara Mbande mati tak jelas. 495 00:39:10,360 --> 00:39:15,720 Ada yang kata dia minum racun dan bunuh diri 496 00:39:15,720 --> 00:39:17,560 kerana kemurungan. 497 00:39:18,120 --> 00:39:21,560 Ada yang membuat spekulasi bahawa Njinga dalang kejadian ini, 498 00:39:22,120 --> 00:39:27,800 Njinga meracuni abangnya atau dalang di sebalik keracunan itu. 499 00:39:28,880 --> 00:39:30,760 Semoga nenek moyang... 500 00:39:31,960 --> 00:39:33,880 mengalu-alukan kepulangan kakanda. 501 00:39:42,080 --> 00:39:43,400 Funji, berjaga-jaga. 502 00:39:44,120 --> 00:39:45,080 Kambu. 503 00:39:46,480 --> 00:39:48,080 Seru Mwene Lumbo. 504 00:39:49,360 --> 00:39:51,440 Suruhnya umumkan kemangkatan Raja. 505 00:39:54,480 --> 00:39:56,080 Kakanda nak ke mana? 506 00:40:00,680 --> 00:40:03,760 Kakanda akan kumpulkan ahli majlis... 507 00:40:06,120 --> 00:40:08,240 dan minta mereka undi ratu baharu. 508 00:40:15,480 --> 00:40:19,800 Njinga bercita-cita tinggi dan dia melihat ini sebagai peluang 509 00:40:20,480 --> 00:40:23,720 menyingkirkan abangnya, supaya abangnya tak lagi terlibat. 510 00:40:24,200 --> 00:40:29,800 Saya takkan terkejut jika Njinga membunuh abangnya 511 00:40:29,800 --> 00:40:34,080 atau mengarahkan abangnya dibunuh atas satu sebab, 512 00:40:34,640 --> 00:40:36,400 Mbande lemah. 513 00:40:36,960 --> 00:40:41,600 Dia tak cukup berani menjadi raja seperti ayahnya. 514 00:40:56,600 --> 00:40:57,640 Ada apa? 515 00:41:00,280 --> 00:41:02,360 Beta tanya diri beta soalan yang sama. 516 00:41:05,600 --> 00:41:08,920 Beta rasa seperti merampas hak orang lain. 517 00:41:11,520 --> 00:41:14,520 - Tuanku diundi sebagai Ratu. - Pemangku Ratu. 518 00:41:16,200 --> 00:41:17,400 Bermakna tiada kuasa. 519 00:41:18,320 --> 00:41:20,640 Beta akan memegang takhta untuk anak Mbande. 520 00:41:21,400 --> 00:41:24,480 Semua tindakan beta akan dicabar 521 00:41:24,480 --> 00:41:27,160 oleh mereka yang tak percaya beta layak menaiki takhta. 522 00:41:27,160 --> 00:41:30,080 Portugis akan guna penentang beta untuk kelebihan mereka. 523 00:41:32,600 --> 00:41:35,640 Beta akan memimpin tanpa sesiapa mengikuti beta. 524 00:41:37,960 --> 00:41:39,520 Seperti wanita yang berjalan-jalan. 525 00:41:44,840 --> 00:41:46,200 Tuanku mahu apa? 526 00:41:50,960 --> 00:41:51,960 Kuasa. 527 00:41:54,680 --> 00:41:58,680 Kuasa yang akan mengubah hidup rakyat beta. 528 00:41:59,640 --> 00:42:02,120 Kuasa yang Portugis tak boleh abaikan. 529 00:42:05,960 --> 00:42:08,360 Kuasa tak diberikan, Njinga. 530 00:42:09,600 --> 00:42:10,920 Ia dirampas. 531 00:42:24,000 --> 00:42:26,760 Apabila Mbande mati, dia meninggalkan seorang waris. 532 00:42:26,760 --> 00:42:28,080 Anak lelaki yang berusia tujuh tahun. 533 00:42:28,080 --> 00:42:31,160 Tapi kerana dia masih muda, Njinga menjadi Pemangku Ratu 534 00:42:31,160 --> 00:42:34,760 sehingga anak itu berusia 18 tahun dan mampu mengambil alih. 535 00:42:36,080 --> 00:42:37,600 Pusingkan pinggul ke arah tujahan. 536 00:42:37,600 --> 00:42:40,880 Anak Mbande dihantar untuk tinggal bersama Kasa, 537 00:42:40,880 --> 00:42:43,720 ketua Imbangala dan sekutu lama Njinga, 538 00:42:43,720 --> 00:42:46,120 di mana dia berlatih untuk menjadi pahlawan. 539 00:42:46,800 --> 00:42:47,800 Pinggul. Bagus. 540 00:42:49,640 --> 00:42:50,960 Kasa. 541 00:42:54,040 --> 00:42:55,280 Puteri Njinga. 542 00:42:56,720 --> 00:42:59,400 Ratu Njinga sekarang. 543 00:43:02,800 --> 00:43:05,280 Njinga perlu cepat adakan pakatan yang kuat. 544 00:43:05,280 --> 00:43:09,400 Kasa yang bertarung bersamanya sebelum ini mungkin berguna baginya. 545 00:43:11,040 --> 00:43:13,440 Sapalah mak cik awak. Pergilah. 546 00:43:14,920 --> 00:43:17,720 Dia pemalu, tapi mampu berlatih dengan baik. 547 00:43:18,240 --> 00:43:20,320 Pergi berlatih. Pergilah. 548 00:43:21,480 --> 00:43:23,240 Saya akan jadikannya pahlawan. 549 00:43:23,800 --> 00:43:27,080 Saya tak risau tentang anak saudara saya. Saya mahu seseorang yang lebih tua. 550 00:43:27,800 --> 00:43:28,800 Seorang suami. 551 00:43:35,360 --> 00:43:36,680 Awak serius. 552 00:43:37,600 --> 00:43:38,960 Saya tak boleh. 553 00:43:39,880 --> 00:43:42,000 Walaupun untuk takhta? 554 00:43:44,160 --> 00:43:45,800 Berapa berat takhta ini? 555 00:43:47,440 --> 00:43:48,400 Amat berat. 556 00:43:49,240 --> 00:43:53,440 Saya akan bina empayar yang lebih besar daripada Congo. 557 00:43:54,360 --> 00:43:56,360 Saya akan jadikan awak rajanya. 558 00:43:57,480 --> 00:44:00,520 Melainkan awak tak nak, saya akan tawarkan kepada Kasanje. 559 00:44:00,520 --> 00:44:02,560 Jangan sebut nama itu di sini. 560 00:44:08,520 --> 00:44:09,600 Kenapa saya? 561 00:44:10,200 --> 00:44:11,920 Awak beri saya tempat perlindungan. 562 00:44:13,200 --> 00:44:15,400 Askar-askar awak membantu saya melawan orang Portugis. 563 00:44:15,880 --> 00:44:17,840 Sudah tentu saya jumpa awak dahulu. 564 00:44:19,360 --> 00:44:21,680 Tapi bercakap sebagai wanita, 565 00:44:22,320 --> 00:44:23,480 awak muda... 566 00:44:24,600 --> 00:44:28,280 sedap mata memandang dengan stamina macam lembu. 567 00:44:30,680 --> 00:44:33,960 Kenapa wanita sebaya awak tahu tentang perkara begitu? 568 00:44:34,640 --> 00:44:35,720 Aduhai, 569 00:44:36,680 --> 00:44:41,280 ada beberapa perkara yang hanya wanita sebaya saya tahu. 570 00:45:02,960 --> 00:45:07,160 Dia memikat Kasa, mempamerkan kasih sayangnya di khalayak ramai, 571 00:45:07,160 --> 00:45:09,560 menggunakan kekayaannya untuk memberi Kasa hadiah. 572 00:45:09,560 --> 00:45:11,760 Kasa bersetuju untuk mengahwininya. 573 00:46:13,760 --> 00:46:16,120 Saya percaya Njinga perlu menjauhkan dirinya 574 00:46:16,120 --> 00:46:17,840 daripada menjadi manusia. 575 00:46:21,920 --> 00:46:24,800 Apa ini? 576 00:46:24,800 --> 00:46:29,400 Apabila anak saudaranya mati, Njinga mengambil alih kuasanya. 577 00:46:30,880 --> 00:46:34,040 Dia bangkit sebagai pemerintah rakyatnya. 578 00:46:34,040 --> 00:46:35,200 Apa ini? 579 00:46:36,240 --> 00:46:37,360 Imbangala! 580 00:46:38,760 --> 00:46:41,520 Njinga! 581 00:47:54,520 --> 00:47:59,520 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Haziqah Hamidun