1 00:00:12,160 --> 00:00:14,400 Roda sejarah berputar sekali lagi 2 00:00:14,400 --> 00:00:16,240 di Kerajaan Ndongo. 3 00:00:23,720 --> 00:00:25,800 Abang Njinga telah meninggal dunia. 4 00:00:29,600 --> 00:00:32,160 Hubungannya dengan Kasa, pahlawan Imbangala, 5 00:00:32,160 --> 00:00:35,000 telah musnah, perkahwinan mereka dibatalkan. 6 00:00:35,000 --> 00:00:36,800 Njinga! 7 00:00:38,040 --> 00:00:40,920 Akibat mengambil nyawa bakal raja yang muda 8 00:00:40,920 --> 00:00:42,480 pada hari perkahwinan mereka. 9 00:00:45,400 --> 00:00:47,000 Tindakan yang perlu, 10 00:00:47,000 --> 00:00:50,200 untuk ambil alih kuasa dan teruskan rancangannya... 11 00:00:51,840 --> 00:00:56,360 menghalau orang Portugis dari Ndongo selama-lamanya. 12 00:00:58,240 --> 00:01:00,240 Semua hutang telah dibayar. 13 00:01:01,240 --> 00:01:03,240 Kini, tuankulah ratu. 14 00:01:11,880 --> 00:01:15,480 Daulat Ratu Njinga! 15 00:01:32,040 --> 00:01:34,200 - Njinga! - Njinga! 16 00:01:34,200 --> 00:01:36,320 RATU AFRIKA 17 00:01:57,960 --> 00:02:01,840 KEPULAUAN KINDONGA 18 00:02:10,360 --> 00:02:12,760 Pasar nampak berbeza hari ini. 19 00:02:13,720 --> 00:02:15,720 Mereka bukan pedagang biasa, kakanda. 20 00:02:16,600 --> 00:02:18,960 Sekarang pada usia 42 tahun, 21 00:02:18,960 --> 00:02:22,680 {\an8}Njinga ialah ratu. Dia pemerintah kerajaan ini. 22 00:02:22,680 --> 00:02:27,840 {\an8}Akhirnya dia bertanggungjawab atas nasib kerajaannya, Ndongo. 23 00:02:29,920 --> 00:02:31,440 Di Kerajaan Ndongo, 24 00:02:31,440 --> 00:02:34,480 dari pangkalan tenteranya yang selamat di Kepulauan Kindonga, 25 00:02:34,480 --> 00:02:38,840 {\an8}Njinga memerintah dengan adik-adiknya, Kambu dan Funji di sisinya. 26 00:02:38,840 --> 00:02:41,560 Ramai daripada mereka datang kerana seruan kakanda. 27 00:02:43,200 --> 00:02:45,600 Pengintip kata seluruh kampung telah membalas, 28 00:02:46,640 --> 00:02:49,480 hantar orang yang paling berkebolehan kepada kakanda. 29 00:02:50,440 --> 00:02:53,280 Njinga cuba mengembangkan tenteranya 30 00:02:53,280 --> 00:02:55,720 dengan mendekati rakyat dan berkata, 31 00:02:55,720 --> 00:02:57,720 "Biar beta menjadi ratu kamu." 32 00:02:57,720 --> 00:03:01,440 {\an8}Penampilan dirinya sebagai pemerintah yang ingkar 33 00:03:01,440 --> 00:03:03,080 {\an8}menarik perhatian mereka, 34 00:03:03,080 --> 00:03:07,240 terutamanya yang rasa perhambaan dan keganasan Portugis 35 00:03:07,240 --> 00:03:10,200 benar-benar menjejaskan komuniti mereka pada masa itu. 36 00:03:10,200 --> 00:03:14,400 {\an8}Dia bina tempat perlindungan bukan saja untuk rakyatnya, 37 00:03:14,400 --> 00:03:16,040 tapi rakyat puak lain. 38 00:03:23,400 --> 00:03:24,440 Mereka siapa? 39 00:03:26,240 --> 00:03:27,640 Mereka tiba pagi tadi. 40 00:03:28,680 --> 00:03:29,840 Sendiri? 41 00:03:31,200 --> 00:03:33,480 Keluarga mereka dibunuh. 42 00:03:36,320 --> 00:03:38,240 Orang Portugis menyerang kampung mereka. 43 00:03:38,800 --> 00:03:41,880 Mereka yang tak dibunuh dibawa ke Luanda. 44 00:03:43,000 --> 00:03:45,200 Mereka bersembunyi di dalam semak selama tiga hari. 45 00:04:02,920 --> 00:04:04,000 Kamu selamat sekarang. 46 00:04:13,400 --> 00:04:14,520 Kematian berdarah... 47 00:04:15,480 --> 00:04:17,560 terlalu bagus untuk Gabenor Sousa. 48 00:04:17,560 --> 00:04:20,320 Kita masih tak cukup orang untuk hancurkan Sousa. 49 00:04:20,320 --> 00:04:21,560 - Dia tak henti-henti. - Ya. 50 00:04:21,560 --> 00:04:24,560 Terima kasih, Funji. Kakanda tahu sikapnya. Tak perlu ingatkan. 51 00:04:24,560 --> 00:04:27,000 Adinda cuma kata dia ada orang yang... 52 00:04:27,000 --> 00:04:28,200 Manusia. 53 00:04:28,200 --> 00:04:29,480 Bukan dewa. 54 00:04:30,240 --> 00:04:33,400 Walaupun kita tak ramai, kita masih boleh cederakan mereka. 55 00:04:33,400 --> 00:04:34,440 Bagaimana? 56 00:04:35,000 --> 00:04:37,720 Mereka ini kebanyakannya petani, nelayan, bukan askar. 57 00:04:39,480 --> 00:04:41,600 Jadi, menyerah jika adinda berputus asa, Funji. 58 00:04:42,200 --> 00:04:44,200 Njinga, bertimbang rasalah. 59 00:04:44,200 --> 00:04:45,600 Tak boleh. 60 00:04:46,560 --> 00:04:49,280 Adinda mungkin nampak orang awam dan yang tertindas. 61 00:04:49,280 --> 00:04:54,000 Kakanda nampak tentera tempatan yang sedia mempertahankan tanah mereka. 62 00:04:55,760 --> 00:05:00,040 Jangan pandang rendah kemampuan seseorang yang berjuang demi keluarga. 63 00:05:01,720 --> 00:05:03,920 Terutamanya apabila mereka takkan rugi apa-apa. 64 00:05:06,920 --> 00:05:08,640 Jangan terasa dengan kekecewaannya. 65 00:05:10,000 --> 00:05:12,040 Dia bercakap sebagai raja... 66 00:05:13,240 --> 00:05:15,240 dengan beban rakyat di bahunya, 67 00:05:15,760 --> 00:05:17,760 bukan sebagai kakanda kita. 68 00:05:20,240 --> 00:05:21,320 Adinda tahu. 69 00:05:30,080 --> 00:05:34,840 Dia tak percaya perhambaan Portugis dibenarkan 70 00:05:34,840 --> 00:05:37,320 dan rakyatnya boleh ditawan. 71 00:05:37,320 --> 00:05:41,720 Jadi, dia akan guna setiap cara yang ada. 72 00:05:46,200 --> 00:05:48,200 Satu perkara yang Njinga sedar, 73 00:05:48,200 --> 00:05:49,720 dengan bijak ialah 74 00:05:49,720 --> 00:05:52,920 dia mahu orang mempertikaikan tindakan orang Portugis. 75 00:05:54,440 --> 00:05:59,080 Dia menghantar utusannya ke pelbagai wilayah di Ndongo, 76 00:05:59,080 --> 00:06:00,880 dia menggalakkan mereka memberontak 77 00:06:00,880 --> 00:06:03,160 dan menyertainya menentang Portugis. 78 00:06:06,280 --> 00:06:10,160 Hamba di ladang Portugis beramai-ramai melarikan diri. 79 00:06:11,440 --> 00:06:13,320 Askar yang diperhambakan, 80 00:06:13,320 --> 00:06:16,760 sebahagian daripada tentera Portugis telah melarikan diri. 81 00:06:19,320 --> 00:06:22,800 Dalam gerakan yang menunjukkan kehebatan taktiknya, 82 00:06:22,800 --> 00:06:24,520 Njinga menyekat jalan 83 00:06:24,520 --> 00:06:26,400 dan ini mengganggu pasar 84 00:06:26,400 --> 00:06:29,040 peneroka Portugis membeli hamba. 85 00:06:30,640 --> 00:06:33,080 Memusnahkan rangkaian ini menghalang orang Portugis 86 00:06:33,080 --> 00:06:35,560 daripada membawa orang yang dijadikan hamba ke Luanda, 87 00:06:35,560 --> 00:06:40,280 pangkalan Portugis di mana tahanan dibawa ke ladang pantai, 88 00:06:40,280 --> 00:06:43,280 menjadi askar hamba atau dihantar keluar dari Afrika 89 00:06:43,280 --> 00:06:45,520 ke perdagangan hamba rentas Atlantik. 90 00:06:46,200 --> 00:06:49,640 PELABUHAN LUANDA 91 00:06:58,080 --> 00:07:01,400 Di Luanda, gabenor baharu, Fernão de Sousa 92 00:07:01,400 --> 00:07:04,480 berang dengan kerugian besar. 93 00:07:05,040 --> 00:07:07,360 Gabenor baharu itu bukan saja melihat 94 00:07:07,360 --> 00:07:10,200 tenteranya berkurangan, 95 00:07:10,200 --> 00:07:13,280 tapi penglibatannya dalam perdagangan hamba berkurangan 96 00:07:13,280 --> 00:07:15,440 kerana aktiviti Njinga. 97 00:07:28,560 --> 00:07:30,520 Pihak Portugis berang. 98 00:07:30,520 --> 00:07:33,880 Gangguan ini meletakkan Njinga dalam pemerhatian mereka. 99 00:07:35,880 --> 00:07:38,320 Dia tak kelihatan gembira, kakanda. 100 00:07:38,320 --> 00:07:39,400 Bagus. 101 00:07:40,560 --> 00:07:42,720 Jika dia marah, dia tak dapat mengawal keadaan. 102 00:07:47,400 --> 00:07:50,920 Walaupun Portugis mempunyai tentera yang lebih kuat, 103 00:07:50,920 --> 00:07:55,320 mereka masih rasa lebih baik berunding 104 00:07:55,320 --> 00:07:57,840 daripada menggunakan kekerasan 105 00:07:57,840 --> 00:08:00,640 kerana itu mengurangkan jumlah mereka. 106 00:08:12,800 --> 00:08:17,640 Utusan Tuan Yang Terutama, Gabenor de Sousa. 107 00:08:18,480 --> 00:08:20,120 Kamu dialu-alukan. 108 00:08:20,120 --> 00:08:21,280 Saya bawa pesanan. 109 00:08:22,760 --> 00:08:26,000 Saya bawa arahan daripada Gabenor. 110 00:08:27,200 --> 00:08:30,400 Kembalikan hartanya serta-merta. 111 00:08:30,400 --> 00:08:32,400 Harta? Harta apa? 112 00:08:32,400 --> 00:08:33,840 Hamba. 113 00:08:33,840 --> 00:08:35,480 Hamba Portugal... 114 00:08:35,480 --> 00:08:38,480 Awak tahu harta apa yang saya maksudkan, 115 00:08:38,480 --> 00:08:39,799 sejak awak dan... 116 00:08:47,640 --> 00:08:48,799 Teruskan. 117 00:08:51,800 --> 00:08:53,280 Sejak awak dan... 118 00:08:54,040 --> 00:08:55,320 askar-askar awak... 119 00:08:56,320 --> 00:08:59,760 mengganggu setiap pasar hamba dari sini ke Luanda. 120 00:09:00,520 --> 00:09:03,840 Awak ambil harta yang bukan milik awak. 121 00:09:05,040 --> 00:09:07,040 Hamba-hamba itu milik Gabenor. 122 00:09:08,120 --> 00:09:09,560 Sila... 123 00:09:09,560 --> 00:09:13,240 beritahu Gabenor yang saya sudi memulangkan hartanya... 124 00:09:14,240 --> 00:09:15,320 hamba-hambanya. 125 00:09:17,120 --> 00:09:18,200 Bagus. 126 00:09:18,800 --> 00:09:21,200 Saya akan kembali dan beritahu... 127 00:09:21,200 --> 00:09:22,960 Cuma masalahnya... 128 00:09:24,520 --> 00:09:25,760 saya tiada hamba. 129 00:09:26,520 --> 00:09:27,640 Apa? 130 00:09:28,120 --> 00:09:30,440 Saya tiada sebarang hamba. 131 00:09:31,960 --> 00:09:33,880 Apa maksud awak, tiada hamba? 132 00:09:33,880 --> 00:09:36,680 - Mustahil awak jual... - Saya tak pernah ada... 133 00:09:37,360 --> 00:09:38,640 sebarang hamba. 134 00:09:39,600 --> 00:09:40,560 Lihat sekeliling. 135 00:09:42,320 --> 00:09:44,760 {\an8}Kamu nampak hamba di sini? 136 00:09:47,120 --> 00:09:49,800 Jika nampak, cakaplah. 137 00:09:51,320 --> 00:09:54,040 Saya sudi kembalikan mereka kepada Gabenor. 138 00:09:58,640 --> 00:09:59,480 Cakaplah! 139 00:10:05,400 --> 00:10:10,120 Nampak hamba di sini? 140 00:10:14,760 --> 00:10:18,960 Beritahu Gabenor tiada hamba di sini... 141 00:10:20,080 --> 00:10:22,240 di kerajaan saya. 142 00:10:26,480 --> 00:10:29,640 Tolong iringi tetamu kita ke jalan dengan selamat. 143 00:10:31,960 --> 00:10:33,280 Hari hampir gelap. 144 00:10:35,040 --> 00:10:36,880 Kami tak nak kamu sesat. 145 00:10:38,360 --> 00:10:41,880 Menjadi harta orang lain. 146 00:10:42,680 --> 00:10:43,840 Betul? 147 00:10:48,760 --> 00:10:52,640 Kita berdua tahu Gabenor takkan gembira. 148 00:10:59,800 --> 00:11:00,880 Biarlah. 149 00:11:07,760 --> 00:11:10,480 Ini kali pertama dalam berdekad-dekad 150 00:11:10,480 --> 00:11:13,440 Ndongo ada kelebihan menentang Portugis 151 00:11:13,440 --> 00:11:17,040 di mana Ndongo kuasa yang disegani. 152 00:11:21,800 --> 00:11:25,480 PELABUHAN LUANDA 153 00:11:29,360 --> 00:11:30,960 Orang Portugis ketakutan. 154 00:11:31,960 --> 00:11:34,760 Ia menjejaskan Empayar Portugis secara keseluruhan. 155 00:11:36,400 --> 00:11:39,160 Ia bukan saja tentang penaklukan Ndongo. 156 00:11:39,160 --> 00:11:41,480 Ia tentang pemilikan jajahan mereka di Brazil, 157 00:11:41,480 --> 00:11:45,520 pada masa itu merupakan salah satu koloni terkaya di dunia. 158 00:11:45,520 --> 00:11:49,640 Mereka perlukan buruh yang diperhambakan untuk gula, emas putih, 159 00:11:49,640 --> 00:11:54,640 salah satu komoditi yang paling menguntungkan pada abad ke-17. 160 00:11:56,360 --> 00:12:00,680 Tapi kini, perkara yang beri tamparan besar bagi pedagang hamba Portugis, 161 00:12:00,680 --> 00:12:03,720 Njinga bukan saja memenangi hati orang yang diperhambakan, 162 00:12:03,720 --> 00:12:07,640 dia juga membawa kelas bangsawan dipanggil soba bersama. 163 00:12:08,280 --> 00:12:13,160 Orang Portugis menggunakan keganasan politik untuk mewujudkan perikatan 164 00:12:13,160 --> 00:12:15,440 dan supaya orang takut untuk menentang mereka. 165 00:12:16,040 --> 00:12:20,480 Mereka bergantung pada soba, sekutu Afrika untuk hantar hamba 166 00:12:20,480 --> 00:12:25,000 dan disebabkan penentangan Njinga terhadap pemerintahan Portugis, 167 00:12:25,000 --> 00:12:28,840 Soba menafikan penghantaran ufti itu kepada orang Portugis. 168 00:12:33,840 --> 00:12:35,640 Kita tiada sebarang ufti. 169 00:12:36,640 --> 00:12:40,280 Soba terus berduyun-duyun mengikuti Njinga. 170 00:12:41,640 --> 00:12:44,520 Jika berterusan, kita takkan ada hamba untuk diperkatakan. 171 00:12:45,000 --> 00:12:46,400 Sepatutnya... 172 00:12:47,560 --> 00:12:49,040 orang gasar itu... 173 00:12:49,720 --> 00:12:53,200 patut berada di dalam kapal hamba dalam perjalanan ke Salvador 174 00:12:53,680 --> 00:12:56,960 bersama rakan-rakan seperjuangannya, 175 00:12:56,960 --> 00:12:59,960 pencuri tak guna itu! 176 00:13:00,640 --> 00:13:03,680 Njinga tak tahu apa yang akan menimpanya. 177 00:13:04,960 --> 00:13:09,680 Kita akan lepaskan kemarahan Portugal kepada wanita pagan itu 178 00:13:09,680 --> 00:13:12,520 sehingga dia tiada tempat lagi 179 00:13:12,520 --> 00:13:16,520 untuk bersembunyi di tempat yang teruk ini! 180 00:13:18,000 --> 00:13:19,280 Apa saja yang diperlukan. 181 00:13:28,600 --> 00:13:33,920 Njinga membahayakan prospek orang Portugis di rantau ini 182 00:13:33,920 --> 00:13:38,120 sehingga mereka memutuskan untuk menghapuskan masalah, 183 00:13:38,120 --> 00:13:40,160 Njinga serta-merta. 184 00:13:40,160 --> 00:13:43,080 Dia musuh awam nombor satu. 185 00:13:43,080 --> 00:13:45,880 Inilah saat Gabenor Fernão de Sousa 186 00:13:45,880 --> 00:13:49,800 menerima kebenaran daripada Gereja Katolik 187 00:13:50,320 --> 00:13:54,320 untuk melancarkan "perang suci yang adil" menentangnya. 188 00:13:55,280 --> 00:14:00,760 KEPULAUAN KINDONGA 189 00:14:05,320 --> 00:14:08,560 Tuan-tuan, hutan ini dipenuhi orang gasar. 190 00:14:09,120 --> 00:14:10,640 Ganjaran kita dah hampir. 191 00:14:10,640 --> 00:14:12,480 Saya nak kamu masuk dari barat... 192 00:14:13,240 --> 00:14:16,040 dan yang lain, ikut saya dari belakang. 193 00:14:16,960 --> 00:14:18,560 Hari ini, kita ambil hadiah kita. 194 00:14:20,200 --> 00:14:23,600 Orang Portugis memulakan kempen ketenteraan menentang Njinga. 195 00:14:23,600 --> 00:14:25,120 KEPULAUAN KINDONGA 196 00:14:25,120 --> 00:14:28,600 Dalam tempoh dua bulan, mereka menawan kawasannya 197 00:14:28,600 --> 00:14:31,960 dan akhirnya mengelilingi kubunya di Kepulauan Kindonga. 198 00:15:06,560 --> 00:15:08,120 Mereka lebih kuat daripada kita. 199 00:15:11,000 --> 00:15:11,840 Berundur! 200 00:15:12,560 --> 00:15:15,480 Berundur ke semak sekarang! 201 00:15:16,480 --> 00:15:18,440 Portugis tak henti-henti menyerang. 202 00:15:18,440 --> 00:15:21,360 Dia fikir dia boleh halang mereka, tapi sebenarnya tak boleh. 203 00:15:27,880 --> 00:15:30,880 Kuasa senjata Portugis terlalu kuat untuk Njinga. 204 00:15:30,880 --> 00:15:32,600 Dia kehilangan ramai pahlawannya. 205 00:15:34,000 --> 00:15:38,720 Ancaman bagi Njinga dan rakyatnya adalah penghapusan, 206 00:15:38,720 --> 00:15:40,480 kemusnahan sepenuhnya. 207 00:15:56,840 --> 00:15:59,520 Membentuk tempat persembunyian hutan di Kepulauan Kindonga, 208 00:15:59,520 --> 00:16:02,600 Njinga tahu peluang untuk menang adalah tipis. 209 00:16:02,600 --> 00:16:07,200 Dia mesti memutuskan sama ada terus berjuang atau berundur dan bina semula. 210 00:16:08,880 --> 00:16:10,520 De Sousa menambah bilangan tenteranya. 211 00:16:10,520 --> 00:16:12,240 Malah ada khabar angin tentang ganjaran untuk... 212 00:16:12,240 --> 00:16:14,160 Bakul berisi tangan, 213 00:16:14,160 --> 00:16:16,880 hidung dan kepala rakyat beta. 214 00:16:19,520 --> 00:16:20,880 Bahagian badan tuanku juga. 215 00:16:24,080 --> 00:16:26,080 Tindak balas berskala begini 216 00:16:26,760 --> 00:16:28,680 bermakna tuanku musuh yang menggerunkan. 217 00:16:29,560 --> 00:16:32,200 Tindakan mereka lebih kuat daripada kata-kata mereka. 218 00:16:32,200 --> 00:16:33,800 Mereka cakap apa? 219 00:16:37,560 --> 00:16:39,080 Mereka pembunuh yang dahagakan darah, 220 00:16:40,080 --> 00:16:41,840 tamak dan kejam? 221 00:16:42,800 --> 00:16:45,480 Mereka kata tuanku adalah ratu. 222 00:16:46,520 --> 00:16:49,200 Sah, berkuasa, disayangi. 223 00:16:50,440 --> 00:16:52,440 Terlalu bahaya untuk hidup. 224 00:16:52,440 --> 00:16:53,880 Bukankah itu yang tuanku nak? 225 00:16:54,880 --> 00:16:57,120 Supaya mereka tahu dan akui diri tuanku? 226 00:16:58,400 --> 00:16:59,800 Jadi... 227 00:16:59,800 --> 00:17:01,280 hajat tuanku dah tertunai. 228 00:17:01,280 --> 00:17:02,720 Apa yang beta ada... 229 00:17:04,040 --> 00:17:06,280 tentera yang sakit, 230 00:17:07,080 --> 00:17:09,119 lemah dan keletihan. 231 00:17:13,119 --> 00:17:15,359 Beta tahu mereka akan setia hingga ke akhirnya. 232 00:17:16,079 --> 00:17:17,359 Tapi bukan begini. 233 00:17:19,240 --> 00:17:21,640 Tidak apabila Portugis boleh menghidu kelemahan kita. 234 00:17:23,839 --> 00:17:25,640 Nenek moyang kita cakap apa? 235 00:17:26,680 --> 00:17:28,960 Mereka tak boleh bawa kita sejauh ini untuk gagal. 236 00:17:37,720 --> 00:17:39,640 Kita tahu daripada rekod sejarah, 237 00:17:39,640 --> 00:17:43,520 {\an8}dia perlu berundur, tapi dia tak boleh buat begitu tanpa jatuhkan air mukanya. 238 00:17:43,520 --> 00:17:46,840 {\an8}Jadi, dia putuskan untuk berunding dengan nenek moyang, 239 00:17:46,840 --> 00:17:48,560 terutamanya mendiang abangnya. 240 00:17:49,880 --> 00:17:51,400 Ngola Mbande. 241 00:17:52,320 --> 00:17:53,920 Tuanku nampak lebih banyak daripada kami. 242 00:17:55,240 --> 00:17:56,800 Lebih jauh daripada yang kami boleh. 243 00:17:57,840 --> 00:17:59,000 Bimbing kami. 244 00:18:05,160 --> 00:18:06,320 Apa katanya? 245 00:18:07,520 --> 00:18:08,480 Sabar. 246 00:18:16,640 --> 00:18:20,200 Kakanda tuanku kata tuanku perlu hidup untuk berjuang, anakku. 247 00:18:22,960 --> 00:18:28,040 Mereka kata, "Hidup dulu dan berjuang nanti." 248 00:18:39,360 --> 00:18:40,800 Kita tak boleh duduk di sini. 249 00:18:42,640 --> 00:18:44,200 Jika lebih ramai askar datang 250 00:18:44,680 --> 00:18:46,520 dan nenek moyang telah bersetuju... 251 00:18:47,720 --> 00:18:49,120 kita patut berundur... 252 00:18:51,440 --> 00:18:53,560 maka kita kena bertolak malam ini. 253 00:18:54,600 --> 00:18:57,000 Dalam gelap, terlalu bahaya untuk menunggu. 254 00:18:58,840 --> 00:18:59,920 Kejutkan mereka. 255 00:19:01,120 --> 00:19:03,040 Nenek moyang telah bersuara. 256 00:19:03,800 --> 00:19:07,200 Njinga menggunakan kerohaniannya secara strategik 257 00:19:07,200 --> 00:19:10,560 untuk menunjukkan kepada rakyat Ndongo, dikenali sebagai orang Mbundu 258 00:19:10,560 --> 00:19:12,600 bahawa pengetahuan dan kuasa nenek moyangnya 259 00:19:12,600 --> 00:19:15,920 yang memberitahunya keputusan politik dan strategik. 260 00:19:27,080 --> 00:19:30,080 Njinga dan rombongannya melarikan diri. 261 00:19:31,480 --> 00:19:33,560 Dia buat keputusan yang sangat sukar, 262 00:19:33,560 --> 00:19:37,080 meninggalkan adik-adiknya di Kepulauan Kindonga 263 00:19:37,080 --> 00:19:39,400 {\an8}di kem perang demi keselamatan mereka sendiri. 264 00:19:42,640 --> 00:19:45,760 Pada ketika ini, orang Portugis menawan sebahagian besar 265 00:19:45,760 --> 00:19:47,840 kerajaan Njinga, Ndongo. 266 00:19:49,480 --> 00:19:51,040 Demi melindungi rakyatnya, 267 00:19:51,040 --> 00:19:53,200 dia perlu menggunakan diplomasi. 268 00:19:55,800 --> 00:19:57,680 Dia fikir dia siapa? 269 00:20:01,440 --> 00:20:05,240 Pada 1626, Njinga menghantar Mwene Lumbo, 270 00:20:05,240 --> 00:20:08,280 pegawai tertinggi dan diplomat tertinggi kepada Portugis, 271 00:20:08,280 --> 00:20:10,280 untuk cuba buat rundingan damai. 272 00:20:11,120 --> 00:20:13,640 Saya berterima kasih kerana sudi bertemu. 273 00:20:14,280 --> 00:20:16,920 Dengan keizinan awak, izinkan saya memperkenalkan diri. 274 00:20:17,560 --> 00:20:18,920 Saya Mwene Lumbo, 275 00:20:19,880 --> 00:20:22,560 utusan khas bagi Yang Amat Mulia 276 00:20:22,560 --> 00:20:24,240 Ratu Njinga dari Ndongo. 277 00:20:25,400 --> 00:20:29,480 Dia menghantar pegawai tertinggi kerana ini tanda hormat baginya. 278 00:20:29,480 --> 00:20:31,720 Dia berharap dapat membawa Portugis 279 00:20:31,720 --> 00:20:33,480 ke meja rundingan. 280 00:20:34,200 --> 00:20:37,960 Ratu Njinga kirim salam kepada Tuan Yang Terutama. 281 00:20:38,800 --> 00:20:40,320 Dia arahkan saya untuk maklumkan 282 00:20:40,920 --> 00:20:43,160 dia akan buka semula jalan ke pasar... 283 00:20:44,120 --> 00:20:47,120 sebagai balasan mengiktirafnya sebagai ratu. 284 00:20:48,720 --> 00:20:50,040 Kami tawarkan ufti ini... 285 00:20:51,480 --> 00:20:53,720 sebagai tanda muhibah daripada ratu saya. 286 00:20:58,200 --> 00:20:59,440 Dengan janji lebih lagi, 287 00:20:59,920 --> 00:21:03,200 jika kita capai penyelesaian yang dipersetujui bersama. 288 00:21:19,480 --> 00:21:20,880 Sila tunjukkan tetamu kita... 289 00:21:21,920 --> 00:21:26,120 bagaimana rupa penyelesaian yang dipersetujui bersama. 290 00:21:54,920 --> 00:21:56,840 Mereka memenjarakan Mwene Lumbo 291 00:21:56,840 --> 00:21:59,360 dan kemudian, membunuhnya di khalayak ramai. 292 00:22:00,560 --> 00:22:02,960 Tapi pihak Portugis belum selesai lagi. 293 00:22:02,960 --> 00:22:05,160 Portugis akan buat apa saja 294 00:22:05,160 --> 00:22:08,960 untuk memastikan dia tak dapat teruskan misinya. 295 00:22:11,240 --> 00:22:16,240 Jadi, mereka perlu cari kelemahan yang boleh menghakis kuasa Njinga dari dalam. 296 00:22:21,240 --> 00:22:22,360 Tuanku. 297 00:22:24,880 --> 00:22:26,640 Cakap! Apa yang berlaku? 298 00:22:26,640 --> 00:22:29,160 Orang Portugis memusnahkan Kilombo. 299 00:22:31,400 --> 00:22:32,880 Ramai yang terkorban. 300 00:22:33,360 --> 00:22:34,640 Funji, Kambu... 301 00:22:35,600 --> 00:22:37,520 Adinda beta. Mereka pula? 302 00:22:39,000 --> 00:22:40,240 Mereka telah diculik. 303 00:22:45,960 --> 00:22:47,040 Mereka apa? 304 00:23:03,120 --> 00:23:04,200 Tidak. 305 00:23:06,920 --> 00:23:08,360 Tidak, tolonglah. 306 00:23:10,080 --> 00:23:12,360 Nenek moyang, tolonglah. 307 00:23:12,360 --> 00:23:13,640 Tidak. 308 00:23:13,640 --> 00:23:15,920 Tolonglah, jangan. 309 00:23:15,920 --> 00:23:18,880 Adik-adiknya ditangkap dan ditawan 310 00:23:18,880 --> 00:23:21,680 oleh orang Portugis sebagai tawar-menawar. 311 00:23:23,360 --> 00:23:26,640 Adik-adiknya adalah dua hubungan paling rapat dalam hidupnya. 312 00:23:28,200 --> 00:23:29,200 Ia amat menakutkan. 313 00:23:30,640 --> 00:23:32,480 Mereka diculik oleh pihak Portugis, 314 00:23:33,160 --> 00:23:35,480 yang hanya menunjukkan pengabaian ganas 315 00:23:35,480 --> 00:23:37,880 terhadap ramai pemimpin Ndongo terdahulu. 316 00:23:40,280 --> 00:23:41,240 Cukup. 317 00:23:42,120 --> 00:23:43,520 Bangkit, Njinga. 318 00:23:44,840 --> 00:23:47,120 Nenek moyang tuanku mahu tuanku berdiri. 319 00:23:51,520 --> 00:23:52,680 Ya. 320 00:23:52,680 --> 00:23:53,720 Begitulah. 321 00:23:53,720 --> 00:23:55,520 Hatinya hancur luluh, 322 00:23:55,520 --> 00:23:58,800 dia perlu fikir apa yang perlu dilakukan 323 00:23:58,800 --> 00:24:03,600 dan dia juga perlu sedar apa yang dia perlu korbankan 324 00:24:03,600 --> 00:24:05,520 untuk mengambil adik-adiknya semula. 325 00:24:10,360 --> 00:24:12,000 Kita berkhemah di sini malam ini. 326 00:24:15,040 --> 00:24:17,040 Esok, kita akan ke Imbangala. 327 00:24:17,040 --> 00:24:18,440 Kita kembali kepada Kasa? 328 00:24:19,160 --> 00:24:21,600 Tidak, Kasa seorang budak. Beta akan bertemu Ketua Kasanje. 329 00:24:22,600 --> 00:24:24,600 Tuanku, adakah itu tindakan yang wajar? 330 00:24:24,600 --> 00:24:27,040 - Kasanje... - Dia bukan orang yang boleh dipermainkan. 331 00:24:27,040 --> 00:24:28,440 Beta tiada pilihan. 332 00:24:28,440 --> 00:24:30,080 Dia satu-satunya orang... 333 00:24:31,080 --> 00:24:33,400 yang boleh tunaikan keperluan beta... 334 00:24:34,400 --> 00:24:35,880 untuk melawan Portugis. 335 00:24:37,040 --> 00:24:40,120 Tuanku sanggup terima akibatnya? 336 00:24:42,400 --> 00:24:43,440 Ya. 337 00:24:45,480 --> 00:24:49,480 Kita tak hantar kambing untuk lawan singa. 338 00:24:50,680 --> 00:24:53,040 Beta mahu adinda beta semula. 339 00:24:53,040 --> 00:24:55,560 Beta mahu orang Portugis keluar dari tanah beta. 340 00:24:55,560 --> 00:24:58,400 Setiap seorang daripada mereka pergi! 341 00:24:59,960 --> 00:25:04,480 Njinga menjadi lemah selepas tenteranya berkurangan. 342 00:25:04,480 --> 00:25:07,400 Dia perlu membina semula sumber kuasanya. 343 00:25:07,400 --> 00:25:09,400 Dia perlukan orang dan tentera. 344 00:25:09,400 --> 00:25:11,880 Dia mahu seseorang yang boleh membantu 345 00:25:11,880 --> 00:25:16,000 untuk memastikan pihak Portugis tak lagi mampu membunuh 346 00:25:16,000 --> 00:25:17,560 ahli keluarganya yang lain. 347 00:25:18,800 --> 00:25:22,960 Jadi dalam keadaan terdesak, dia mengambil langkah drastik, 348 00:25:22,960 --> 00:25:26,480 cuba bersekutu dengan Kapten Imbangala, Kasanje. 349 00:25:31,520 --> 00:25:36,480 Kasanje ketua orang Imbangala yang paling berkuasa. 350 00:25:36,480 --> 00:25:40,760 Kuasa Kasanje melangkaui kuasa pemerintah Imbangala yang lain. 351 00:25:40,760 --> 00:25:44,000 Dia mempunyai tentera seramai 80,000 orang 352 00:25:44,000 --> 00:25:46,840 dan Njinga tahu dia boleh gunakan. 353 00:25:47,640 --> 00:25:52,280 Kasanje dikatakan amat ganas, kanibal dan berbahaya. 354 00:25:54,240 --> 00:25:58,320 Dia juga musuh lama yang menyerang Ndongo tujuh tahun lalu. 355 00:26:08,240 --> 00:26:12,520 WILAYAH IMBANGALA 356 00:26:14,000 --> 00:26:16,560 Pada ketika ini, Imbangala Kasanje 357 00:26:16,560 --> 00:26:19,840 bercita-cita untuk meninggalkan gaya hidup nomad mereka 358 00:26:19,840 --> 00:26:21,480 untuk menjadi lebih menetap. 359 00:26:21,480 --> 00:26:24,120 Mereka berdua mempunyai sesuatu yang masing-masing mahukan. 360 00:26:24,120 --> 00:26:26,440 Kasanje mempunyai tentera yang dia perlukan, 361 00:26:26,440 --> 00:26:29,080 Njinga tahu cara membina kerajaan untuknya. 362 00:26:31,080 --> 00:26:32,600 Itulah jalan terakhir Njinga. 363 00:26:32,600 --> 00:26:36,040 Jika dia boleh memperoleh sekutu, dia boleh mengukuhkan kuasa 364 00:26:36,040 --> 00:26:39,120 supaya dia menjadi ancaman terbesar di wilayah itu. 365 00:26:39,120 --> 00:26:41,280 Tuanku anak bonda tuanku. 366 00:26:42,360 --> 00:26:43,400 Maksudnya? 367 00:26:44,760 --> 00:26:46,840 Tuanku fikir itu tugas yang mudah, 368 00:26:46,840 --> 00:26:49,040 bersama lelaki berkuasa seperti ayahanda tuanku? 369 00:26:50,320 --> 00:26:52,160 Lebih berkuasa daripada yang ini. 370 00:26:56,320 --> 00:26:57,560 Seru bonda tuanku. 371 00:26:58,440 --> 00:27:02,720 Kini tuanku perlu bersatu dengan roh bonda, bukan ayahanda tuanku. 372 00:27:05,000 --> 00:27:07,280 Dia mungkin Imbangala 373 00:27:08,040 --> 00:27:09,760 yang megah dan gagah, 374 00:27:11,160 --> 00:27:12,520 tapi dia seorang lelaki dulu. 375 00:27:15,320 --> 00:27:18,440 Jadi, beta takkan jumpanya sebagai raja wanita. 376 00:27:19,080 --> 00:27:20,280 Tapi sebagai ratu. 377 00:27:23,440 --> 00:27:25,520 Sebab beta juga seorang wanita dulu. 378 00:27:29,120 --> 00:27:30,280 Buat masa sekarang. 379 00:28:41,840 --> 00:28:43,240 Saya datang... 380 00:28:44,640 --> 00:28:45,680 mencari perlindungan 381 00:28:46,800 --> 00:28:48,160 dan bersekutu 382 00:28:50,480 --> 00:28:55,680 dengan satu-satunya orang dalam kerajaan ini yang memang mampu 383 00:28:55,680 --> 00:28:57,480 mengalahkan Portugis. 384 00:28:58,840 --> 00:29:00,360 Njinga yang agung... 385 00:29:01,760 --> 00:29:04,080 mahukan perlindungan saya daripada pihak Portugis. 386 00:29:06,640 --> 00:29:09,800 Sebagai balasan, saya akan setia berjuang bersama awak. 387 00:29:10,800 --> 00:29:11,880 Dengan apa? 388 00:29:13,640 --> 00:29:14,520 Dengan... 389 00:29:15,560 --> 00:29:16,520 hati. 390 00:29:19,280 --> 00:29:21,680 Apa saja sumber yang 391 00:29:21,680 --> 00:29:25,240 Ketua Kasanje sanggup berikan kepada saya. 392 00:29:27,920 --> 00:29:31,360 Sudah banyak kali saya berjuang bersama Imbangala. 393 00:29:32,560 --> 00:29:35,640 Saya tak pernah mengecewakan. 394 00:29:37,120 --> 00:29:38,600 Awak pandai bercakap. 395 00:29:38,600 --> 00:29:40,600 - Terima kasih. - Tapi kata-kata awak... 396 00:29:41,160 --> 00:29:44,120 tak cukup untuk masuk ke sini. 397 00:29:45,800 --> 00:29:46,960 Apa yang diperlukan? 398 00:29:54,240 --> 00:29:55,640 Saya ada dua syarat. 399 00:29:57,400 --> 00:29:58,720 Pertama, awak jadi isteri saya. 400 00:30:00,480 --> 00:30:03,200 Saya ketua Kilombo ini. 401 00:30:04,720 --> 00:30:07,200 Hanya ada ruang untuk seorang ketua, bukan dua. 402 00:30:07,680 --> 00:30:09,720 Awak takkan layan saya seperti awak layan Kasa. 403 00:30:12,840 --> 00:30:13,960 Kedua? 404 00:30:16,320 --> 00:30:17,440 Buang itu. 405 00:30:19,120 --> 00:30:21,120 Saya enggan lihatnya di tangan awak. 406 00:30:21,120 --> 00:30:24,720 Lambang kuasa awak tiada pengaruh di sini. 407 00:30:26,840 --> 00:30:28,800 Njinga ada barang adat, 408 00:30:29,280 --> 00:30:31,800 seperti kebanyakan raja di Afrika. 409 00:30:32,400 --> 00:30:36,280 Beta ada kalung diraja. Beta ada cokmar diraja. 410 00:30:37,040 --> 00:30:40,560 Njinga ada tali pinggangnya, lunga, 411 00:30:40,560 --> 00:30:44,640 mewakili kuasanya sebagai raja wanita. 412 00:30:47,160 --> 00:30:48,920 Buangnya. 413 00:31:03,240 --> 00:31:07,520 Dia tahu untuk mengukuhkan kedudukan dan mengambil adik-adiknya semula, 414 00:31:07,520 --> 00:31:09,520 dia harus berkorban. 415 00:31:24,800 --> 00:31:27,920 Salah satu strategi yang dia gunakan sepanjang hidupnya 416 00:31:27,920 --> 00:31:29,760 adalah dia akan menyesuaikan diri, 417 00:31:29,760 --> 00:31:34,840 menerima aspek budaya yang asing baginya untuk memperoleh kemahuannya. 418 00:31:34,840 --> 00:31:36,520 Saya rasa itu amat unik 419 00:31:36,520 --> 00:31:37,920 tentang Njinga sebagai ketua. 420 00:31:39,120 --> 00:31:40,760 Awak kata awak mahu berjuang, 421 00:31:42,000 --> 00:31:44,160 memimpin tentera saya. 422 00:31:45,280 --> 00:31:48,480 Awak tak boleh buat begitu tanpa gelaran. 423 00:31:50,520 --> 00:31:53,760 Jadi, saya melantik awak sebagai Ratu Njinga. 424 00:31:55,200 --> 00:31:57,360 Bentara dan Pahlawan Hebat. 425 00:31:58,520 --> 00:31:59,560 Tapi... 426 00:32:01,040 --> 00:32:02,360 Tapi apa? 427 00:32:05,320 --> 00:32:07,480 - Syarat lagi? - Awak amat mengenali saya. 428 00:32:09,000 --> 00:32:12,200 - Kita pasangan yang menggerunkan. - Awak nak apa daripada saya, Kasanje? 429 00:32:12,200 --> 00:32:13,280 Bukan saya saja. 430 00:32:14,560 --> 00:32:15,640 Kita! 431 00:32:26,520 --> 00:32:27,960 Awak mesti angkat Sumpah Darah. 432 00:32:31,000 --> 00:32:32,520 Buktikan awak sebahagian daripada kami. 433 00:32:33,760 --> 00:32:37,480 Buat sekarang dan semua yang saya janjikan akan jadi milik awak. 434 00:32:52,400 --> 00:32:54,440 Dia perlu membuktikan dirinya 435 00:32:54,440 --> 00:32:58,360 berazam untuk benar-benar menjadi Imbangala. 436 00:33:00,320 --> 00:33:03,520 Dia perlu melalui satu istiadat. 437 00:33:06,200 --> 00:33:10,040 Dia kena meminum darah manusia. 438 00:33:16,840 --> 00:33:19,960 Detik itu dalam biografi Njinga 439 00:33:19,960 --> 00:33:22,920 paling dibahaskan dalam rekod sejarah 440 00:33:22,920 --> 00:33:25,040 dan dalam mitologi Njinga. 441 00:33:28,760 --> 00:33:33,720 Sejauh mana dia menjadi kanibal Imbangala? 442 00:33:35,080 --> 00:33:36,840 Adakah dia makan daging manusia? 443 00:33:36,840 --> 00:33:39,720 Adakah dia melakukan korban manusia? 444 00:33:43,040 --> 00:33:45,600 {\an8}Sumber Portugis 445 00:33:45,600 --> 00:33:51,200 {\an8}memburuk-burukkan Imbangala sebagai orang gasar yang kanibal. 446 00:33:51,200 --> 00:33:52,760 Orang Portugis 447 00:33:53,240 --> 00:33:58,600 menggunakan kempen fitnah ini untuk mencemarkan nama baik Njinga. 448 00:33:58,600 --> 00:34:00,280 Pada pendapat saya, 449 00:34:00,280 --> 00:34:03,960 tiada jantung yang dimakan oleh sesiapa. 450 00:34:03,960 --> 00:34:06,320 Njinga tak makan jantung sesiapa. 451 00:34:20,560 --> 00:34:23,000 Selepas menjadi Kapten Imbangala, 452 00:34:23,000 --> 00:34:27,679 Njinga berfikir dan berusaha untuk menakluk. 453 00:34:28,239 --> 00:34:29,159 Apa? 454 00:34:33,600 --> 00:34:34,880 Saya mahu satu perkara lagi. 455 00:34:35,440 --> 00:34:36,480 Lagi? 456 00:34:40,840 --> 00:34:41,760 Pangkalan. 457 00:34:43,120 --> 00:34:45,560 Mahu bercakap tentang perang sekarang? 458 00:34:45,560 --> 00:34:46,600 Ya. 459 00:34:49,520 --> 00:34:51,080 Awak sudah ada pangkalan. 460 00:34:52,520 --> 00:34:54,760 - Di sini. - Saya nak pangkalan sendiri. 461 00:34:56,480 --> 00:35:00,040 Cukup kuat di mana saya boleh merancang dan membina... 462 00:35:01,320 --> 00:35:04,360 menyerang orang Portugis di mana ia paling menyakitkan mereka. 463 00:35:06,040 --> 00:35:08,280 Kenapa saya rasa awak dah tahu lokasinya? 464 00:35:14,000 --> 00:35:17,440 Saya nak Matamba sebagai pangkalan saya. 465 00:35:19,560 --> 00:35:21,200 Jika saya bantu tunaikan kemahuan awak... 466 00:35:22,880 --> 00:35:24,600 saya akan dapat apa? 467 00:35:27,320 --> 00:35:28,920 Awak mahu apa, Kasanje? 468 00:35:31,000 --> 00:35:33,880 Apa yang boleh saya berikan kepada Kasanje yang berkuasa? 469 00:35:33,880 --> 00:35:35,320 Saya mahukan awak. 470 00:35:35,320 --> 00:35:37,240 - Awak sudah ada saya. - Kesetiaan awak. 471 00:35:38,320 --> 00:35:40,200 - Awak ada... - Tidak, Njinga. 472 00:35:41,320 --> 00:35:42,320 Dengar sini. 473 00:35:46,360 --> 00:35:48,160 Awak mahu tamatkan Portugis? 474 00:35:51,760 --> 00:35:53,240 Saya mahu kerajaan saya sendiri. 475 00:35:55,120 --> 00:35:56,760 Kerajaan yang kuat. 476 00:36:04,360 --> 00:36:05,520 Saya mahu... 477 00:36:06,640 --> 00:36:07,880 Percaya saya? 478 00:36:10,080 --> 00:36:11,640 - Saya akan... - Setia. 479 00:36:13,680 --> 00:36:14,600 Sentiasa. 480 00:36:17,600 --> 00:36:19,120 Bolehkah saya percaya awak? 481 00:36:20,840 --> 00:36:21,920 Kasanje... 482 00:36:25,000 --> 00:36:27,120 Saya yang terbaring bogel di atas katil awak. 483 00:36:29,080 --> 00:36:31,000 Saya tak sembunyikan apa-apa. 484 00:36:38,240 --> 00:36:39,400 Beri saya... 485 00:36:40,880 --> 00:36:42,120 beribu-ribu... 486 00:36:43,040 --> 00:36:44,640 orang terkuat awak. 487 00:36:47,320 --> 00:36:50,320 Saya akan berikan awak sebuah kerajaan. 488 00:36:52,720 --> 00:36:54,120 Kita telah bersetuju. 489 00:36:55,760 --> 00:36:57,920 Ratu Matamba saya. 490 00:37:14,440 --> 00:37:17,760 Penaklukan Matamba penting bagi Njinga 491 00:37:17,760 --> 00:37:20,360 dari segi strategi, politik dan ketenteraan. 492 00:37:21,360 --> 00:37:23,960 Ia terletak di sempadan kerajaan Ndongo. 493 00:37:23,960 --> 00:37:26,040 Dari sinilah dia boleh melancarkan serangan 494 00:37:26,040 --> 00:37:28,560 dan mengganggu pihak Portugis. 495 00:37:29,440 --> 00:37:30,760 Bersama orang Kasanje, 496 00:37:30,760 --> 00:37:33,640 dia memulakan penaklukan Matamba selama empat tahun. 497 00:37:33,640 --> 00:37:36,840 Di situlah dia menetapkan dengan kukuh 498 00:37:36,840 --> 00:37:38,640 pangkalan wilayah baharunya. 499 00:37:39,240 --> 00:37:43,280 KERAJAAN MATAMBA 500 00:37:48,560 --> 00:37:50,000 Kini, pada usia 53 tahun, 501 00:37:50,000 --> 00:37:52,480 Njinga mengetuai tentera gabungan, 502 00:37:52,480 --> 00:37:56,080 terdiri daripada ribuan pahlawan Imbangala dan askar Mbundu. 503 00:38:10,080 --> 00:38:13,760 Dia menyerang kerajaan itu dan akhirnya tiba di ibu kota, 504 00:38:13,760 --> 00:38:17,720 tempat kediaman Ratu Matamba. 505 00:38:47,680 --> 00:38:48,520 Tidak! 506 00:38:49,840 --> 00:38:51,400 Kita bukan orang Portugis. 507 00:38:51,960 --> 00:38:54,680 Ini bukan cara kita melayan kerabat diraja. 508 00:38:57,400 --> 00:38:58,880 Walaupun dalam kekalahan. 509 00:39:02,600 --> 00:39:03,640 Beta kata... 510 00:39:07,080 --> 00:39:09,720 Patutkah kita jumpa Kasanje dan selesaikannya sekarang? 511 00:39:10,600 --> 00:39:11,800 Kamu pekakkah? 512 00:39:11,800 --> 00:39:14,800 Pergi sementara masih ada kaki untuk berjalan. 513 00:39:30,600 --> 00:39:32,640 Mereka tak boleh apa-apakan kamu. Jangan takut. 514 00:39:34,240 --> 00:39:35,240 Awak pula? 515 00:39:37,560 --> 00:39:39,000 Patutkah kami takut akan awak? 516 00:40:02,040 --> 00:40:03,480 Kamu diusir. 517 00:40:04,800 --> 00:40:05,960 Tapi jangan risau. 518 00:40:07,400 --> 00:40:09,520 {\an8}Kamu akan selamat di tempat yang saya hantar. 519 00:40:12,120 --> 00:40:16,120 Kamu boleh memerintah di sana bagi pihak saya, tapi tak boleh kembali ke sini 520 00:40:16,120 --> 00:40:17,640 tanpa keizinan saya. 521 00:40:19,160 --> 00:40:21,240 Matamba milik saya sekarang. 522 00:40:22,720 --> 00:40:23,840 Faham? 523 00:40:27,040 --> 00:40:28,160 Baiklah. 524 00:40:28,640 --> 00:40:31,000 - Kami akan pergi... - Anak awak kekal di sini. 525 00:40:32,160 --> 00:40:33,160 Apa? 526 00:40:35,440 --> 00:40:36,560 Dia masih muda. 527 00:40:37,640 --> 00:40:39,320 Masih banyak yang dia perlu belajar. 528 00:40:39,320 --> 00:40:42,240 - Dia tak berguna untuk awak. - Biar saya yang tentukan. 529 00:40:44,480 --> 00:40:45,600 Jangan risau. 530 00:40:46,280 --> 00:40:48,040 Asalkan awak pergi 531 00:40:49,280 --> 00:40:51,280 dan ikut cakap Ratu awak... 532 00:40:53,200 --> 00:40:54,320 dia akan selamat. 533 00:40:56,560 --> 00:40:58,600 - Tunggu. - Saya berjanji. 534 00:41:22,120 --> 00:41:23,440 Ini bukan hal peribadi. 535 00:41:30,480 --> 00:41:31,920 Ia perlu dilakukan. 536 00:41:36,520 --> 00:41:37,920 Awak boleh pergi sekarang. 537 00:41:39,040 --> 00:41:40,160 Tolonglah. 538 00:41:40,680 --> 00:41:42,680 Saya kata pergi! 539 00:41:43,600 --> 00:41:45,360 Saya saja yang dia ada. 540 00:41:45,360 --> 00:41:47,160 Tolonglah. Saya saja yang dia ada! 541 00:41:48,880 --> 00:41:50,400 Tidak! 542 00:41:51,400 --> 00:41:52,480 Tidak! 543 00:41:52,960 --> 00:41:54,560 Mengambil anak Muongo 544 00:41:54,560 --> 00:41:57,720 pasti sukar, tapi pilihan yang perlu bagi Njinga. 545 00:41:57,720 --> 00:42:01,320 Ia akan memastikan Muongo takkan kembali ke Matamba. 546 00:42:04,680 --> 00:42:07,760 Kini, dia ratu kerajaan ini. 547 00:42:07,760 --> 00:42:11,480 Njinga terpaksa membuat pilihan yang amat sukar 548 00:42:11,480 --> 00:42:14,880 untuk memastikan dia menjamin kebebasan 549 00:42:14,880 --> 00:42:16,840 dan kedaulatan rakyatnya. 550 00:42:35,120 --> 00:42:37,560 Njinga telah membuat kemunculan semula yang hebat. 551 00:42:37,560 --> 00:42:41,640 Kini, dia seorang Kapten Imbangala, seorang ratu pahlawan yang digeruni 552 00:42:41,640 --> 00:42:44,720 dan mengetuai tentera seramai 100,000 orang, 553 00:42:44,720 --> 00:42:49,720 tapi adik-adiknya masih di tangan orang Portugis. 554 00:42:50,480 --> 00:42:53,640 Kakanda akan selamatkan kamu tak lama lagi. 555 00:44:07,520 --> 00:44:10,760 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Haziqah Hamidun