1 00:00:24,280 --> 00:00:27,760 Perdagangan hamba semakin berleluasa di Barat Afrika Tengah. 2 00:00:29,000 --> 00:00:33,320 Beribu-ribu orang dihantar dengan kapal ke negara asing, 3 00:00:33,800 --> 00:00:36,920 tak dapat bertemu rumah atau keluarga mereka lagi. 4 00:00:45,640 --> 00:00:49,560 Njinga, Ratu Ndongo, dan kini, Matamba, 5 00:00:49,560 --> 00:00:52,400 akan berjuang bermati-matian mempertahankan kerajaannya. 6 00:00:52,960 --> 00:00:54,560 Jangan biarkan mereka terlepas! 7 00:00:56,120 --> 00:00:58,640 Betul. Teruskan berlari. 8 00:00:59,880 --> 00:01:01,280 Giliran kamu untuk lari. 9 00:01:13,880 --> 00:01:16,120 Tapi kemenangan tak membawa keamanan. 10 00:01:20,240 --> 00:01:24,320 Selepas empat tahun, orang Portugis masih menahan adik-adiknya. 11 00:01:29,440 --> 00:01:31,200 Harga kebebasan mereka 12 00:01:31,200 --> 00:01:35,120 adalah Njinga membenarkan orang Portugis memperdagangkan hamba. 13 00:01:43,680 --> 00:01:45,840 Dia enggan mengalah. 14 00:01:49,880 --> 00:01:52,640 Nampaknya kakanda hidup dengan baik tanpa kami. 15 00:01:55,320 --> 00:01:56,560 Kambu? 16 00:02:04,360 --> 00:02:05,320 Kambu! 17 00:02:25,440 --> 00:02:27,120 Dia utusan gabenor. 18 00:02:29,640 --> 00:02:32,960 Mereka hantarnya bersama adinda dengan pesanan untuk kakanda. 19 00:02:34,000 --> 00:02:35,880 Saya sudah pulangkan adik awak. 20 00:02:35,880 --> 00:02:37,840 Kini, buka pasar hamba kami. 21 00:02:42,080 --> 00:02:45,280 Kamu masih ada adinda beta, Funji. 22 00:02:46,240 --> 00:02:47,880 Selagi dia tak bebas, 23 00:02:47,880 --> 00:02:51,080 takkan ada pasar hamba. 24 00:02:51,080 --> 00:02:56,360 Tiada keamanan tanpa adinda beta. 25 00:02:56,360 --> 00:02:57,760 Keluar! 26 00:03:22,640 --> 00:03:26,280 KUBU MASSANGANO 27 00:03:28,360 --> 00:03:29,680 Oh, Tuhan... 28 00:03:31,480 --> 00:03:33,960 Funji ditahan di kubu Portugis, 29 00:03:33,960 --> 00:03:35,560 Kubu Massangano. 30 00:03:36,120 --> 00:03:37,320 KUBU MASSANGANO 31 00:03:37,320 --> 00:03:38,800 Tapi walaupun ditahan, 32 00:03:38,800 --> 00:03:41,760 {\an8}dia terbukti sebagai aset berharga kepada Njinga. 33 00:03:44,440 --> 00:03:47,480 Pergilah, anakku. Jangan buat dosa lagi. 34 00:03:49,000 --> 00:03:51,920 {\an8}TAHUN KE-12 FUNJI DITAHAN 35 00:03:55,000 --> 00:03:57,120 Saya ada penebusan dosa. 36 00:03:57,120 --> 00:03:58,880 Ini rumah Tuhan. 37 00:03:59,560 --> 00:04:01,360 Benarkannya tebus dosanya. 38 00:04:03,880 --> 00:04:05,080 Cepat. 39 00:04:13,040 --> 00:04:16,480 Ibu Suci, berdoalah untuk kami. 40 00:04:19,360 --> 00:04:20,640 Ibu Suci... 41 00:04:21,760 --> 00:04:22,920 berdoalah untuk kami. 42 00:04:24,560 --> 00:04:25,720 Ibu Suci... 43 00:04:27,360 --> 00:04:28,600 berdoalah untuk kami. 44 00:04:35,920 --> 00:04:38,480 {\an8}Funji ialah pengintip Njinga. 45 00:04:38,480 --> 00:04:40,640 {\an8}Dia meninggalkan nota di dalam gereja 46 00:04:40,640 --> 00:04:42,400 {\an8}yang diambil oleh rangkaian utusan 47 00:04:42,400 --> 00:04:44,000 dan dibawa kepada kakaknya. 48 00:04:47,160 --> 00:04:50,080 KEM PERANG DEMBOS NJINGA 49 00:04:51,480 --> 00:04:53,760 Funji mengesahkan apa yang kita syak. 50 00:04:53,760 --> 00:04:55,920 Portugis dalam masalah besar. 51 00:04:55,920 --> 00:04:58,400 Mereka kehilangan Luanda kepada Belanda. 52 00:04:59,120 --> 00:05:00,920 Ini mungkin bagus untuk kita. 53 00:05:00,920 --> 00:05:02,280 Atau tidak. 54 00:05:02,280 --> 00:05:07,240 Pahlawan Imbangala, Njinga Mona ialah jeneral tertinggi dan setiawannya. 55 00:05:07,720 --> 00:05:10,080 Namanya bermaksud "Anak Njinga", 56 00:05:10,080 --> 00:05:11,760 begitulah Njinga melihatnya. 57 00:05:12,920 --> 00:05:16,120 Musuh kepada musuh beta boleh jadi kawan beta. 58 00:05:18,280 --> 00:05:20,080 Setidaknya kita patut berhubung. 59 00:05:21,040 --> 00:05:24,080 Lihat jika ada kemungkinan untuk pakatan. 60 00:05:27,960 --> 00:05:31,840 Jika leluhur mahukannya, beta akan gunakan Belanda 61 00:05:31,840 --> 00:05:34,680 untuk menjatuhkan Portugis akhirnya. 62 00:05:36,840 --> 00:05:39,000 Pada tahun 1641, Belanda tiba. 63 00:05:39,000 --> 00:05:41,680 Mereka kuasa besar di Atlantik sekarang. 64 00:05:41,680 --> 00:05:43,360 BRAZIL, SELATAN LAUTAN ATLANTIK, NDONGO 65 00:05:43,360 --> 00:05:46,600 Portugis memonopoli perdagangan hamba Afrika 66 00:05:46,600 --> 00:05:48,000 selama lebih seabad. 67 00:05:48,800 --> 00:05:52,200 Tapi kini, Perancis, Britain, Belanda mahu turut serta 68 00:05:52,200 --> 00:05:53,960 dan mereka mahu bahagian mereka. 69 00:05:54,480 --> 00:05:58,240 Keuntungan di sini tak dapat dibayangkan berdasarkan standard kini. 70 00:05:58,240 --> 00:05:59,960 Ekonomi ladang hamba sahaja 71 00:05:59,960 --> 00:06:02,240 memacu kekayaan kerajaan-kerajaan di seluruh Eropah. 72 00:06:02,720 --> 00:06:04,480 {\an8}Semua orang datang ke Afrika 73 00:06:04,480 --> 00:06:09,280 {\an8}untuk menuai emas Hitam, iaitu rakyat, 74 00:06:09,280 --> 00:06:14,640 supaya Amerika dan ekonomi lain boleh dibina dengan buruh percuma. 75 00:06:17,000 --> 00:06:18,120 Bagaimana? 76 00:06:19,280 --> 00:06:22,000 Orang asing baharu ini dibawa untuk berjuang bersama kita atau... 77 00:06:22,000 --> 00:06:24,360 kita masih perlu tidur dengan sebelah mata terbuka? 78 00:06:34,840 --> 00:06:38,080 Hanya setelah seorang wanita tidur dengan dua lelaki, 79 00:06:38,080 --> 00:06:40,840 barulah dia tahu siapa yang dia lebih suka. 80 00:06:41,400 --> 00:06:43,040 Apabila menari dengan pesaing... 81 00:06:44,120 --> 00:06:45,880 jangan tutup mata. 82 00:06:47,120 --> 00:06:50,400 Tuanku mesti jumpa mereka dengan kuasa... 83 00:06:51,280 --> 00:06:52,400 dan kewibawaan. 84 00:06:54,120 --> 00:06:55,360 Di atas takhta beta. 85 00:06:57,280 --> 00:06:58,920 Sebagai raja wanita. 86 00:06:58,920 --> 00:07:00,320 Ya. 87 00:07:06,400 --> 00:07:07,560 Jika begitu, baiklah. 88 00:07:12,440 --> 00:07:16,560 Marilah pastikan orang asing baharu ini tiada keraguan tentang identiti beta. 89 00:07:19,040 --> 00:07:21,160 Ketua yang mereka tak berani abaikan. 90 00:07:31,680 --> 00:07:32,880 Izinkan mereka masuk. 91 00:07:42,560 --> 00:07:44,520 {\an8}Ia titik perubahan besar, sebahagiannya, 92 00:07:44,520 --> 00:07:46,880 {\an8}kerana Njinga mengiktiraf 93 00:07:46,880 --> 00:07:51,240 {\an8}persaingan Eropah mungkin bermanfaat dari segi politik baginya. 94 00:07:57,840 --> 00:07:59,120 Silakan duduk. 95 00:08:03,800 --> 00:08:05,640 Khabarnya kamu menawan Luanda. 96 00:08:06,680 --> 00:08:07,920 Tahniah. 97 00:08:08,480 --> 00:08:09,600 Junjung kasih. 98 00:08:09,600 --> 00:08:12,960 Mungkin kamu mahu wain itu untuk meraikannya. 99 00:08:14,480 --> 00:08:15,760 Tuanku terlalu baik. 100 00:08:16,480 --> 00:08:17,720 Mungkin nanti. 101 00:08:17,720 --> 00:08:19,640 Selepas berbincang tentang urusan. 102 00:08:20,120 --> 00:08:21,440 Selepas kerja. 103 00:08:24,120 --> 00:08:25,840 Orang Belanda memang sangat bijak. 104 00:08:29,520 --> 00:08:32,880 Jadi, kamu dah takluk Luanda. 105 00:08:35,080 --> 00:08:37,320 Apa seterusnya untuk tentera kamu yang menggerunkan? 106 00:08:40,679 --> 00:08:42,880 - Apa maksudnya? - Dengan musuh yang sama, 107 00:08:42,880 --> 00:08:44,240 orang Portugis? 108 00:08:46,440 --> 00:08:48,520 Sejauh mana kamu mahu mereka pergi? 109 00:08:50,960 --> 00:08:53,800 Kami pernah dengar kisah tentang Njinga Agung, 110 00:08:54,320 --> 00:08:57,560 orang Portugis tak pernah tahu tentang persahabatan atau keamanan. 111 00:08:57,560 --> 00:09:00,440 Tanah ini tak pernah kenal persahabatan atau keamanan 112 00:09:00,440 --> 00:09:03,000 sejak Portugis menjejakkan kaki di sini. 113 00:09:04,720 --> 00:09:08,320 Kami manusia yang dilahirkan untuk lari daripada kepupusan. 114 00:09:09,440 --> 00:09:10,960 Jadi, beta nak mereka pergi. 115 00:09:12,080 --> 00:09:13,960 Jadi, kita nak benda yang sama. 116 00:09:15,560 --> 00:09:16,600 Lebih kurang. 117 00:09:20,560 --> 00:09:21,720 "Lebih kurang." 118 00:09:23,600 --> 00:09:26,800 Maksudnya, kami di sini untuk perdagangan, 119 00:09:27,720 --> 00:09:31,920 tapi semua orang tahu Njinga telah menghalang orang Portugis daripada... 120 00:09:32,680 --> 00:09:33,920 Boleh dikatakan... 121 00:09:34,920 --> 00:09:38,560 laluan perdagangan penting ke pasaran utama. 122 00:09:38,560 --> 00:09:40,960 Pasar hamba. 123 00:09:44,960 --> 00:09:49,000 Khabarnya kamu juga menakluki ladang Portugis 124 00:09:49,000 --> 00:09:51,240 dari Amerika ke Gold Coast. 125 00:09:52,520 --> 00:09:53,840 Tanah meminta 126 00:09:54,480 --> 00:09:57,120 rakyat kami membajak. 127 00:09:58,600 --> 00:09:59,600 Betulkah? 128 00:10:04,160 --> 00:10:05,560 Tuanku amat berpengetahuan. 129 00:10:08,280 --> 00:10:11,520 Untuk beta pertimbangkan kemahuan kamu... 130 00:10:14,080 --> 00:10:16,080 Beta perlu peroleh apa yang beta perlukan dulu. 131 00:10:17,640 --> 00:10:20,240 Sudah banyak kali beta berada di sini dengan Portugis. 132 00:10:21,240 --> 00:10:25,400 Janji, sumpah, dimungkiri, tak bernilai... 133 00:10:25,400 --> 00:10:27,240 Kami bukan Portugis. 134 00:10:27,240 --> 00:10:31,440 Tapi keinginan kamu yang tak pernah puas untuk hamba tetap sama. 135 00:10:33,240 --> 00:10:34,680 Tuanku perlukan apa? 136 00:10:34,680 --> 00:10:37,640 Askar dan senjata. Yang paling penting... 137 00:10:39,520 --> 00:10:40,800 pengiktirafan. 138 00:10:41,560 --> 00:10:45,880 Jika beta setuju bekerjasama dengan kamu, 139 00:10:46,840 --> 00:10:50,920 kamu akan mengiktiraf beta sebagai raja wanita. 140 00:10:52,600 --> 00:10:53,960 Bukannya rakyat kamu. 141 00:10:57,320 --> 00:11:00,560 Tapi mungkin itu terlalu banyak kerja... 142 00:11:01,520 --> 00:11:02,600 untuk hari ini. 143 00:11:05,360 --> 00:11:07,680 Mungkin sedikit wain itu sekarang. 144 00:11:08,400 --> 00:11:09,400 Ya? 145 00:11:14,520 --> 00:11:18,440 Kebencian Njinga terhadap orang Portugis tak pernah goyah 146 00:11:18,440 --> 00:11:22,360 dan orang Belanda adalah cara mudah untuk mencabar kuasa mereka. 147 00:11:22,360 --> 00:11:24,840 Orang Belanda berbeza daripada orang Portugis 148 00:11:24,840 --> 00:11:29,040 kerana mereka enggan menakluk kerajaan Ndongo. 149 00:11:39,560 --> 00:11:43,520 Kakanda memang nak biarkan orang Belanda buka pasar hamba? 150 00:11:45,240 --> 00:11:47,320 Kakanda perlu berunding dengan mereka. 151 00:11:48,240 --> 00:11:50,720 Adinda tahu apa yang adinda nampak dalam perjalanan pulang. 152 00:11:51,760 --> 00:11:53,680 Seluruh kampung kosong. 153 00:11:54,840 --> 00:11:57,400 Dikosongkan oleh orang Portugis. 154 00:11:59,680 --> 00:12:01,760 Tiada seorang pun yang hidup. 155 00:12:01,760 --> 00:12:04,080 Seperti tempat hanya roh jahat merayau-rayau. 156 00:12:04,080 --> 00:12:06,480 Adakah itu yang akan berlaku kepada kita semua? 157 00:12:06,480 --> 00:12:07,720 Tentulah tidak, Kambu. 158 00:12:07,720 --> 00:12:09,960 - Kenapa tanya? - Jadi, kenapa kakanda masih 159 00:12:09,960 --> 00:12:12,360 berunding dengan mereka? 160 00:12:12,960 --> 00:12:16,760 Malah sekarang, kita tahu tanpa syak lagi 161 00:12:16,760 --> 00:12:19,120 bahawa mereka mahu apa yang orang Portugis mahu. 162 00:12:19,120 --> 00:12:22,760 Sebab Portugis masih musuh terbesar kita! 163 00:12:24,400 --> 00:12:27,960 Belanda adalah peluang terbaik kita untuk kalahkan mereka! 164 00:12:29,960 --> 00:12:31,920 Untuk jumpa Funji lagi! 165 00:12:34,320 --> 00:12:36,160 Belanda memerlukan kita. 166 00:12:37,000 --> 00:12:38,600 Itu beri kita kelebihan. 167 00:12:40,360 --> 00:12:42,120 Tanpa kelebihan, tiada harapan. 168 00:12:43,880 --> 00:12:45,320 Orang terbaik kita... 169 00:12:46,200 --> 00:12:48,200 akan terus diambil dari tanah kita. 170 00:12:49,920 --> 00:12:52,400 Boleh adinda ingat satu masa... 171 00:12:53,960 --> 00:12:56,440 di mana adinda tak perlu tidur dengan sebelah mata terbuka? 172 00:13:06,920 --> 00:13:07,920 Tidak. 173 00:13:10,040 --> 00:13:13,160 Kita perlu buat apa saja yang perlu 174 00:13:14,240 --> 00:13:16,440 untuk hidup dan berjuang sehari lagi. 175 00:13:20,160 --> 00:13:22,640 Jika Belanda setuju berjuang bersama kita 176 00:13:23,280 --> 00:13:25,960 dan boleh mengiktiraf kakanda sebagai setaraf, 177 00:13:25,960 --> 00:13:29,080 maka kita boleh hapuskan tanah Portugis bersama-sama. 178 00:13:33,080 --> 00:13:34,760 Mereka tak boleh mengabaikan kakanda. 179 00:13:50,480 --> 00:13:53,240 Njinga meneruskan serangannya terhadap orang Portugis. 180 00:13:56,600 --> 00:14:00,120 Dia tinggalkan kesan besar dalam perdagangan hamba rentas Atlantik. 181 00:14:00,960 --> 00:14:02,960 Manakala ketika di puncaknya, 182 00:14:02,960 --> 00:14:04,640 orang Portugis mengeksport 183 00:14:04,640 --> 00:14:08,480 kira-kira 10,000 hingga 13,000 orang hamba setiap tahun, 184 00:14:08,480 --> 00:14:10,480 kini ia jatuh kepada hampir sifar. 185 00:14:10,480 --> 00:14:12,920 Akhirnya, Raja Portugis murka 186 00:14:12,920 --> 00:14:14,360 dengan jumlah kerugiannya, 187 00:14:14,360 --> 00:14:16,160 gabenor baharu dihantar untuk berurusan dengannya. 188 00:14:17,920 --> 00:14:20,040 Namanya Souto-Maior. 189 00:14:21,440 --> 00:14:25,240 Dia menghimpunkan tentera besar pada tahun 1646, 190 00:14:25,240 --> 00:14:27,560 jumlah terbesar yang Njinga pernah hadapi. 191 00:14:30,160 --> 00:14:32,720 Orang Portugis menuju ke kem perang Njinga 192 00:14:32,720 --> 00:14:34,120 di wilayah Dembos. 193 00:14:53,120 --> 00:14:54,320 Ada ramai lagi, tuanku! 194 00:14:54,320 --> 00:14:55,720 Mereka mengepung kita! 195 00:14:55,720 --> 00:14:58,360 Berundur ke dalam hutan! Pergi! 196 00:15:03,520 --> 00:15:07,200 Njinga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan 197 00:15:07,200 --> 00:15:11,160 {\an8}ramai orang termasuk adiknya, Kambu. 198 00:15:18,640 --> 00:15:21,800 Ini bukan cara memasuki kediaman diraja. 199 00:15:21,800 --> 00:15:22,960 Berani kamu? 200 00:15:26,960 --> 00:15:29,360 Tolonglah! Saya... 201 00:15:29,360 --> 00:15:33,440 Tidak! 202 00:15:43,520 --> 00:15:48,600 Apabila orang Portugis dapat tahu Funji mengintip selama ini, 203 00:15:48,600 --> 00:15:50,680 mereka berang. 204 00:15:51,320 --> 00:15:54,840 Jadi, mereka mahu menunjukkan kepada Njinga, 205 00:15:54,840 --> 00:15:57,360 "Awak takkan menang kali ini. 206 00:15:57,360 --> 00:15:59,320 Kami akan hancurkan awak." 207 00:16:40,600 --> 00:16:42,920 Tentera Njinga bergerak lagi 208 00:16:42,920 --> 00:16:47,720 apabila mereka dengar berita tentang penculikan Kambu dan pembunuhan Funji. 209 00:16:58,320 --> 00:17:00,880 Bagaimana kita nak ucap selamat tinggal tanpa jasad? 210 00:17:02,720 --> 00:17:04,920 Bolehkah dia kembali tanpa jasad? 211 00:17:09,160 --> 00:17:11,720 Dia leluhur sekarang. 212 00:17:14,359 --> 00:17:16,119 Kita ada satu lagi roh... 213 00:17:17,359 --> 00:17:21,720 pahlawan diraja yang berani sedang menjaga kita. 214 00:17:26,440 --> 00:17:27,760 Jangan risau. 215 00:17:30,079 --> 00:17:33,680 Tiada apa-apa yang berlaku tanpa kehendak dewa, Njinga. 216 00:17:33,680 --> 00:17:36,160 Bagaimana jika mereka buat Kambu begitu? 217 00:17:37,840 --> 00:17:41,040 Beta tak boleh kehilangannya juga. Tak boleh. 218 00:17:41,880 --> 00:17:43,080 Tak boleh. 219 00:17:46,240 --> 00:17:47,360 Patik tahu... 220 00:17:49,120 --> 00:17:50,320 ia menyakitkan. 221 00:17:52,680 --> 00:17:54,440 Beta tak boleh kehilangannya juga. 222 00:17:58,040 --> 00:17:59,640 Ini adiknya, 223 00:17:59,640 --> 00:18:04,120 dia bertanggungjawab melindungi mereka seumur hidup. 224 00:18:04,120 --> 00:18:06,360 {\an8}Saya bayangkan yang dia rasa amat bersalah 225 00:18:06,360 --> 00:18:10,320 {\an8}kerana tak mampu jaga dan melindunginya. 226 00:18:26,920 --> 00:18:28,880 Jagalah kami, Funji. 227 00:18:35,840 --> 00:18:38,080 Pengorbanan adinda takkan sia-sia. 228 00:18:39,920 --> 00:18:40,920 Dengan kematian Funji, 229 00:18:40,920 --> 00:18:44,160 Njinga amat memerlukan orang Belanda untuk menyelamatkan Kambu 230 00:18:44,160 --> 00:18:46,480 dan mahu mereka menandatangani perjanjian. 231 00:18:47,080 --> 00:18:50,680 Orang Portugis menahan Kambu di Kubu Massangano. 232 00:18:50,680 --> 00:18:54,360 Njinga tak cukup senjata untuk cuba menyelamat seorang diri. 233 00:19:02,240 --> 00:19:05,200 Sebagai sebahagian daripada perjanjian, beta mahu Kubu Massangano, 234 00:19:05,200 --> 00:19:09,600 bermakna beta memerlukan askar, peluru dan senjata Belanda. 235 00:19:09,600 --> 00:19:11,480 Kenapa kubu ini penting bagi tuanku? 236 00:19:12,240 --> 00:19:14,520 Kenapa kubu ini penting? 237 00:19:16,920 --> 00:19:21,640 Massangano kubu terakhir Portugis 238 00:19:21,640 --> 00:19:23,160 dan yang terkuat. 239 00:19:23,760 --> 00:19:28,560 Malah, ia penting dari segi strategi, jika ia jatuh hari ini, 240 00:19:28,560 --> 00:19:31,520 orang Portugis akan tewas, mereka akan lumpuh. 241 00:19:32,800 --> 00:19:36,040 Kenapa ia penting bagi beta? Tidak, tuan. 242 00:19:37,320 --> 00:19:40,720 Ia sepatutnya penting bagi kamu juga, bukan? 243 00:19:40,720 --> 00:19:41,960 Ya, patik faham. 244 00:19:43,880 --> 00:19:47,520 Tapi perjanjian seperti ini dengan... 245 00:19:48,960 --> 00:19:50,760 Raja Wanita Ndongo. 246 00:19:51,280 --> 00:19:53,440 Anggap saja ia rumit. 247 00:19:53,960 --> 00:19:55,200 Ia tak pernah dilakukan. 248 00:19:56,480 --> 00:19:58,440 Maaf, patik tak pasti ia boleh dilakukan. 249 00:19:58,440 --> 00:19:59,680 Maksudnya, ia tak mustahil. 250 00:19:59,680 --> 00:20:02,200 Maksudnya jika boleh, patik tak janji apa-apa, 251 00:20:02,200 --> 00:20:03,560 tapi jika boleh... 252 00:20:05,680 --> 00:20:07,920 Harganya pasti tinggi. 253 00:20:08,400 --> 00:20:09,480 Berapa tinggi? 254 00:20:09,960 --> 00:20:11,400 Kami nak lebih ramai hamba. 255 00:20:12,080 --> 00:20:13,280 Patik sudah cakap apa? 256 00:20:14,080 --> 00:20:16,400 Ular. Semuanya. 257 00:20:24,760 --> 00:20:29,320 Kamu sudah ambil ramai rakyat beta. 258 00:20:29,320 --> 00:20:32,000 Kami nak masuk ke pasaran hamba Portugis 259 00:20:32,560 --> 00:20:34,720 tanpa campur tangan Portugis. 260 00:20:38,240 --> 00:20:41,160 Belanda mahu Njinga membenarkan mereka mengeksploitasi 261 00:20:41,160 --> 00:20:44,680 sistem perhambaan Portugis dari laluan perdagangan ke pasar. 262 00:20:44,680 --> 00:20:47,240 Dia sudah tunjukkan dia boleh halang mereka dengan mudah. 263 00:20:47,240 --> 00:20:49,320 Jadi kini, mereka perlukan kerjasamanya. 264 00:20:50,560 --> 00:20:52,480 Beta mahu ia ditulis, 265 00:20:52,480 --> 00:20:57,480 bermakna kamu mengiktiraf kedudukan beta... 266 00:20:58,560 --> 00:21:02,360 sebagai pemerintah bebas dan sah Ndongo dan Matamba. 267 00:21:04,280 --> 00:21:07,720 Setaraf dan rakan kongsi diraja kamu... 268 00:21:09,280 --> 00:21:13,480 dalam pertarungan menentang Portugis dan di tanah ini. 269 00:21:15,400 --> 00:21:17,520 Seperti yang patik cakap, 270 00:21:18,280 --> 00:21:19,240 ini permintaan besar. 271 00:21:19,720 --> 00:21:22,120 Untuk menyamai harga besar kamu... 272 00:21:23,760 --> 00:21:25,120 seperti yang kamu cakap. 273 00:21:37,800 --> 00:21:41,240 Njinga menandatangani perjanjian rasmi dengan Belanda. 274 00:21:41,240 --> 00:21:44,880 Dia setuju untuk beri mereka separuh daripada tahanan perang, 275 00:21:44,880 --> 00:21:48,640 mereka boleh jadikan hamba dan guna di ladang mereka. 276 00:21:48,640 --> 00:21:51,680 Sebagai balasan, Belanda bersetuju untuk menyokong Njinga 277 00:21:51,680 --> 00:21:54,400 dari segi ketenteraan dan politik. 278 00:21:54,400 --> 00:21:55,840 Ia satu pertukaran. 279 00:21:56,360 --> 00:22:01,400 Bagaimana melindungi orang dalam era perhambaan yang meluas, 280 00:22:01,400 --> 00:22:03,800 di mana perhambaan berlaku di mana-mana? 281 00:22:03,800 --> 00:22:09,600 Di mana keganasan penjajahan menghasilkan sama ada orang yang diperhambakan 282 00:22:09,600 --> 00:22:13,400 atau mereka yang berjaya menentang oleh pakatan mereka 283 00:22:13,400 --> 00:22:15,640 dengan kuasa Eropah yang memperhambakan. 284 00:22:16,960 --> 00:22:19,080 {\an8}Njinga, dengan bantuan tentera Belanda, 285 00:22:19,080 --> 00:22:22,160 {\an8}mula merancang serangan ke atas Kubu Massangano untuk selamatkan Kambu. 286 00:22:22,960 --> 00:22:26,240 Dua minggu kemudian, mereka tinggal sehari sebelum menyerang kubu. 287 00:22:34,400 --> 00:22:35,600 Daulat tuanku. 288 00:22:36,720 --> 00:22:38,960 Daulat. Kenapa kamu datang? 289 00:22:43,720 --> 00:22:44,960 Boleh tinggalkan kami? 290 00:22:52,520 --> 00:22:56,360 Mereka hantar tentera besar dari Lisbon untuk menentang Belanda. 291 00:22:56,360 --> 00:22:58,440 Jadi, rakan Belanda kita perlukan askar mereka semula. 292 00:22:58,440 --> 00:22:59,600 Apa maksud kamu? 293 00:23:00,960 --> 00:23:02,160 Termasuk yang ini? 294 00:23:03,160 --> 00:23:06,720 Setiap seorang daripada mereka untuk mempertahankan Luanda. 295 00:23:08,320 --> 00:23:09,560 Tak boleh tunggukah? 296 00:23:10,560 --> 00:23:13,000 Sehari saja lagi sebelum kita tawan kubu 297 00:23:13,000 --> 00:23:14,400 dan bebaskan Kambu, mereka... 298 00:23:14,400 --> 00:23:16,000 Mereka tak boleh buat begini! 299 00:23:16,800 --> 00:23:18,640 Rasanya tiada pilihan lain. 300 00:23:20,400 --> 00:23:21,920 Menurut kata orang, 301 00:23:21,920 --> 00:23:25,160 terlalu ramai orang Portugis mendarat di Luanda. 302 00:23:27,920 --> 00:23:28,920 Tidak. 303 00:23:29,720 --> 00:23:31,080 Seru Nganga. 304 00:23:31,080 --> 00:23:33,600 Leluhur mesti ada cara lain. 305 00:23:33,600 --> 00:23:38,120 Kita tak boleh begitu dekat hanya untuk melepaskannya. 306 00:23:38,120 --> 00:23:41,440 Dia terlalu jauh. Tiada masa untuk serunya. 307 00:23:44,840 --> 00:23:46,560 Jika begitu, minta mereka beri sehari lagi. 308 00:23:47,600 --> 00:23:48,840 Sehari saja lagi. 309 00:23:49,480 --> 00:23:52,840 Beta sendiri akan turun 310 00:23:52,840 --> 00:23:55,040 dengan askar kita dan mereka untuk berlawan. 311 00:23:55,040 --> 00:23:57,640 Tapi kita berjanji nak bantu mereka. 312 00:23:57,640 --> 00:23:59,520 Ya. Tapi bukan hari ini. 313 00:24:00,280 --> 00:24:01,480 Esok. 314 00:24:03,760 --> 00:24:06,520 Rasanya mereka tiada masa sehingga esok, tuanku. 315 00:24:07,480 --> 00:24:09,320 Jika mereka kehilangan Luanda, 316 00:24:10,320 --> 00:24:14,400 semua yang kita capai hari ini akan hilang! 317 00:24:16,240 --> 00:24:18,440 Mereka perlukan askar mereka semula sekarang. 318 00:24:21,240 --> 00:24:22,920 Kita perlu pilih. 319 00:24:40,280 --> 00:24:41,760 Suruh tentera bergerak. 320 00:24:43,840 --> 00:24:46,640 Tapi sebaik saja semua ini berakhir... 321 00:24:48,880 --> 00:24:52,000 kita kembali selamatkan Kambu seperti yang dijanjikan. 322 00:25:17,240 --> 00:25:19,560 Apabila Njinga akhirnya kembali ke Luanda, 323 00:25:19,560 --> 00:25:23,040 dia nampak kapal Belanda terakhir menghilang di ufuk. 324 00:25:24,160 --> 00:25:26,560 Orang Portugis kembali menguasai kota ini. 325 00:25:27,720 --> 00:25:31,160 Dikecewakan oleh orang Belanda amat menyedihkan Njinga. 326 00:25:31,160 --> 00:25:33,680 Dia sedar tanpa sokongan tentera mereka, 327 00:25:33,680 --> 00:25:36,360 dia berasa lebih sukar mengalahkan Portugis. 328 00:25:42,680 --> 00:25:46,200 Berlawan dengan atau tanpa Belanda bukan isu. 329 00:25:46,200 --> 00:25:50,480 Beta masih lagi duri dalam daging. Tapi kita masih tiada Kambu. 330 00:25:50,480 --> 00:25:53,600 Seolah-olah mereka bertekad berpaut kepadanya walau apa pun kita buat. 331 00:25:53,600 --> 00:25:56,160 Jadi, kita terus berjuang sehingga mereka tiada pilihan. 332 00:25:56,160 --> 00:25:58,520 Tuanku masih kuat seperti semasa menaiki takhta. 333 00:25:58,520 --> 00:26:00,080 Tapi beta bukan abadi, 334 00:26:00,560 --> 00:26:01,920 begitu juga Kambu. 335 00:26:02,760 --> 00:26:06,160 Beta memerlukannya untuk menggantikan beta setelah beta tiada. 336 00:26:10,520 --> 00:26:12,480 Mereka ditemui bersembunyi di dalam gereja. 337 00:26:14,040 --> 00:26:16,880 Beta kenal kamu, bukan? 338 00:26:19,960 --> 00:26:22,600 Kamu buat apa di Wandu, kawan lama? 339 00:26:22,600 --> 00:26:23,760 Kawan? 340 00:26:24,480 --> 00:26:25,800 Kamu bersama Jesuit sekarang? 341 00:26:25,800 --> 00:26:28,440 Mereka bukan Jesuit. Mereka bersama Capuchin. 342 00:26:28,440 --> 00:26:31,200 Apa bezanya? Semua berkhidmat untuk Portugis. 343 00:26:31,200 --> 00:26:34,640 Kami tak berkawan dengan Portugis. Mereka mematuhi Rom. 344 00:26:34,640 --> 00:26:35,880 - Rom? - Bukan Lisbon. 345 00:26:36,760 --> 00:26:38,320 Ya. Kepada Paus. 346 00:26:38,920 --> 00:26:40,480 Semua penganut Katolik mematuhi Paus. 347 00:26:41,640 --> 00:26:43,440 Termasuk Raja Portugal. 348 00:26:44,720 --> 00:26:48,120 Beta tak lupa semua yang kamu ajar semasa pembaptisan beta, bukan? 349 00:26:48,680 --> 00:26:50,480 Syukurlah tak lupa, Ratu Njinga. 350 00:26:51,480 --> 00:26:53,640 Semua penganut Katolik harus mematuhi Paus. 351 00:26:53,640 --> 00:26:57,200 Apa kata kami pancung Paus, bukannya awak? 352 00:26:58,960 --> 00:27:01,400 Memandangkan awak cuma ekor ular 353 00:27:01,400 --> 00:27:02,800 dan dia kepalanya. 354 00:27:03,280 --> 00:27:06,400 Njinga Mona, jangan takutkan tetamu kita. 355 00:27:08,000 --> 00:27:10,160 Tiada hukuman pancung hari ini. 356 00:27:10,760 --> 00:27:12,360 Buat tetamu kita rasa selesa. 357 00:27:13,400 --> 00:27:14,480 Sekarang. 358 00:27:28,560 --> 00:27:29,640 Apa? 359 00:27:30,520 --> 00:27:33,600 Mungkin kita terlalu lama mengejar ekor. 360 00:27:35,720 --> 00:27:38,760 Buat kali pertama, beta rasa Njinga Mona betul. 361 00:27:57,360 --> 00:28:01,960 Dalam masa yang sukar ini, bantuan dan bimbingan-Mu diperlukan. 362 00:28:03,040 --> 00:28:04,160 Amen. 363 00:28:06,760 --> 00:28:08,840 Harap tak mengganggu, kawan lama. 364 00:28:09,640 --> 00:28:12,320 Sudah tentu tidak. 365 00:28:14,200 --> 00:28:15,480 Melihat kamu... 366 00:28:16,600 --> 00:28:19,200 mengingatkan beta kepada pembaptisan beta beberapa bulan lalu. 367 00:28:20,400 --> 00:28:22,520 Ia hari yang dirahmati dan tak dapat dilupakan. 368 00:28:22,520 --> 00:28:24,000 Ia hanyalah kerja. 369 00:28:26,400 --> 00:28:27,640 Beta bergurau. 370 00:28:28,280 --> 00:28:30,120 Ia memang tak dapat dilupakan. 371 00:28:30,960 --> 00:28:32,720 Beta akan berterus terang. 372 00:28:34,520 --> 00:28:39,960 Beta memerlukan pengiktirafan Paus sebagai pemerintah Ndongo yang sah. 373 00:28:42,040 --> 00:28:44,320 Jika dia mengiktiraf beta, 374 00:28:45,160 --> 00:28:47,160 Portugis terpaksa buat yang sama. 375 00:28:48,600 --> 00:28:51,240 Jika tidak, mereka mengingkari Paus. 376 00:28:52,120 --> 00:28:52,960 Mereka tak boleh begitu. 377 00:28:53,520 --> 00:28:56,320 Beta perlukan bantuan kamu dan kawan Capuchin kamu 378 00:28:56,320 --> 00:28:58,360 untuk dapatkan pengesahannya. 379 00:28:59,000 --> 00:29:01,000 - Tak semudah itu. - Beta tahu. 380 00:29:01,640 --> 00:29:02,800 Bagaimana kita nak buat? 381 00:29:04,200 --> 00:29:05,400 Bukti memeluk agama. 382 00:29:06,520 --> 00:29:07,360 Bukan tuanku saja. 383 00:29:08,040 --> 00:29:09,600 Semua penduduk Ndongo. 384 00:29:09,600 --> 00:29:11,520 - Cara tuanku... - Budaya kita. 385 00:29:13,680 --> 00:29:14,920 Beta perlukan Paus. 386 00:29:17,200 --> 00:29:20,560 Beta perlukan bantuan kamu untuk buatnya menyebelahi beta. 387 00:29:21,920 --> 00:29:23,120 Sudikah kamu... 388 00:29:23,880 --> 00:29:26,000 dan kawan Capuchin kamu membantu beta? 389 00:29:31,480 --> 00:29:33,960 Paderi Zelotes bersetuju untuk membantunya. 390 00:29:33,960 --> 00:29:36,640 Jadi, Njinga mula hantar surat kepada Paus. 391 00:29:36,640 --> 00:29:39,960 Dia kata dia bersedia kembali kepada agama Kristian. 392 00:29:39,960 --> 00:29:43,600 Dia juga meminta para mubaligh datang 393 00:29:43,600 --> 00:29:47,120 membaptiskan rakyatnya dan memperkenalkan agama Kristian 394 00:29:47,120 --> 00:29:48,560 ke dalam kerajaannya. 395 00:29:53,080 --> 00:29:55,160 Sementara dia menunggu jawapan daripada Paus, 396 00:29:55,160 --> 00:29:57,640 orang Portugis mengeksploitasi Njinga yang terdesak 397 00:29:57,640 --> 00:29:59,200 untuk dapatkan adiknya balik, Kambu. 398 00:29:59,200 --> 00:30:02,040 Utusan agama dihantar untuk berunding tentang pembebasannya. 399 00:30:04,440 --> 00:30:08,560 Portugis menuntut awak hentikan amalan perang awak 400 00:30:09,960 --> 00:30:12,200 jika mahu jumpa adik awak lagi. 401 00:30:12,200 --> 00:30:14,080 "Amalan perang." 402 00:30:15,400 --> 00:30:16,440 Mengata dulang paku serpih. 403 00:30:18,040 --> 00:30:19,160 Saya cuma minta 404 00:30:20,280 --> 00:30:22,120 awak pulangkan adik saya, 405 00:30:23,320 --> 00:30:24,960 pewaris saya yang sah 406 00:30:25,920 --> 00:30:27,280 dan jangan ganggu kami. 407 00:30:29,080 --> 00:30:32,040 Jika awak buat begitu, takkan ada lagi perang. 408 00:30:33,680 --> 00:30:36,800 Kita perlu hentikan cara hidup orang pagan awak. 409 00:30:38,480 --> 00:30:41,760 Kami perlukan bukti lengkap awak memeluk agama Kristian. 410 00:30:43,600 --> 00:30:46,040 Rakyat awak memeluk agama Kristian juga. 411 00:30:49,360 --> 00:30:50,280 Berani awak? 412 00:30:50,280 --> 00:30:51,680 Biar dia habiskan. 413 00:31:00,960 --> 00:31:01,880 Serta... 414 00:31:04,920 --> 00:31:05,880 Apa lagi? 415 00:31:07,600 --> 00:31:10,960 Gabenor Chichorro juga menuntut 200 orang hamba 416 00:31:11,720 --> 00:31:13,200 sebagai tanda muhibah. 417 00:31:15,680 --> 00:31:19,320 Gereja Katolik bersubahat dalam perdagangan hamba. 418 00:31:19,320 --> 00:31:21,520 Saya rasa kita tak pernah 419 00:31:21,520 --> 00:31:24,920 berbual secara mendalam tentang peranan gereja 420 00:31:24,920 --> 00:31:26,920 dalam perdagangan hamba 421 00:31:26,920 --> 00:31:30,920 dan kekayaan hasil perdagangan hamba yang membina Gereja Katolik. 422 00:31:42,640 --> 00:31:44,440 Supaya saya jelas. 423 00:31:48,760 --> 00:31:50,440 Awak minta kami 424 00:31:51,640 --> 00:31:54,920 berpaling daripada leluhur kami, 425 00:31:56,440 --> 00:31:58,200 buang budaya kami, 426 00:31:59,560 --> 00:32:01,720 apa yang kami tahu sejak lahir 427 00:32:03,240 --> 00:32:04,800 dan untuk apa? 428 00:32:06,360 --> 00:32:07,360 Tuhan... 429 00:32:08,600 --> 00:32:10,640 namanya kami tak boleh sebut, 430 00:32:12,360 --> 00:32:16,080 bahasanya kita tak boleh bertutur? 431 00:32:17,600 --> 00:32:19,600 Tambahan pula, 432 00:32:21,560 --> 00:32:22,600 awak minta... 433 00:32:23,520 --> 00:32:29,120 dua ratus hamba lagi selain daripada beribu-ribu... 434 00:32:31,480 --> 00:32:32,760 beribu-ribu... 435 00:32:33,960 --> 00:32:36,320 hamba yang awak sudah ambil? 436 00:32:41,600 --> 00:32:42,520 Begitukah? 437 00:32:46,440 --> 00:32:49,040 Adakah itu mencukupi? 438 00:32:50,920 --> 00:32:54,800 Christ awak bercakap tentang kasih sayang dan belas kasihan. 439 00:32:54,800 --> 00:32:55,920 Di mana sikap awak? 440 00:33:00,760 --> 00:33:06,280 Saya takkan beri 200 hamba lagi. 441 00:33:06,280 --> 00:33:07,200 Saya... 442 00:33:10,200 --> 00:33:13,800 Kami dah beri secukupnya. 443 00:33:24,760 --> 00:33:28,440 Untuk dapatkan Kambu semula, Njinga bersetuju dengan beberapa syarat Portugis, 444 00:33:28,440 --> 00:33:32,080 tapi dia enggan memenuhi permintaan mereka untuk 200 hamba, 445 00:33:32,080 --> 00:33:33,400 bermakna menafikan mereka 446 00:33:33,400 --> 00:33:36,000 hampir setengah juta dolar nilai duit hari ini. 447 00:33:38,280 --> 00:33:41,000 MATAMBA, DUA TAHUN KEMUDIAN 448 00:33:41,000 --> 00:33:43,640 Bagi meyakinkan Paus untuk mengiktirafnya, 449 00:33:43,640 --> 00:33:46,120 Njinga membina gereja di seluruh kerajaannya 450 00:33:46,120 --> 00:33:48,960 dan mengaturkan pembaptisan beramai-ramai untuk rakyatnya. 451 00:33:48,960 --> 00:33:50,120 Dia di mana? 452 00:33:52,240 --> 00:33:54,160 Dengan beberapa syarat yang dipersetujui, 453 00:33:54,160 --> 00:33:56,240 Portugis membebaskan adiknya, Kambu, 454 00:33:56,880 --> 00:34:01,880 tapi Paus masih belum mengiktirafnya sebagai raja Kristian berdaulat. 455 00:34:05,880 --> 00:34:07,080 Itu pun dia. 456 00:34:32,360 --> 00:34:37,560 Kambu! 457 00:34:45,080 --> 00:34:46,719 Kambu! 458 00:34:47,639 --> 00:34:49,199 Terima kasih, leluhurku. 459 00:34:54,320 --> 00:34:55,880 Lihatlah adinda. 460 00:34:59,760 --> 00:35:01,600 Adinda kecilku. 461 00:35:02,640 --> 00:35:04,560 Siapa yang kakanda panggil kecil? 462 00:35:13,240 --> 00:35:17,160 - Kambu! - Kambu! 463 00:35:17,160 --> 00:35:18,440 Terima kasih. 464 00:35:36,080 --> 00:35:38,400 Ongoyo menari dengan baik. 465 00:35:46,800 --> 00:35:48,720 Kalaulah Funji ada untuk melihatnya. 466 00:35:52,160 --> 00:35:53,240 Ayahanda pun. 467 00:35:54,600 --> 00:35:55,680 Mereka ada. 468 00:35:57,200 --> 00:35:59,520 Leluhur kita sentiasa berjalan bersama kita. 469 00:36:04,680 --> 00:36:06,360 Adinda tahu bukan mudah... 470 00:36:07,160 --> 00:36:08,640 membenarkan semua... 471 00:36:10,320 --> 00:36:13,280 adat Katolik dalam kalangan rakyat kita. 472 00:36:14,080 --> 00:36:15,360 Untuk meyakinkan Paus. 473 00:36:15,360 --> 00:36:16,800 Untuk menjamin keamanan. 474 00:36:18,000 --> 00:36:19,640 Untuk memastikan pewarisan adinda... 475 00:36:22,040 --> 00:36:23,760 dan masa depan rakyat kita. 476 00:36:27,080 --> 00:36:30,040 Kakanda tak buat apa-apa yang tak dibimbing oleh leluhur. 477 00:36:32,280 --> 00:36:34,480 Kakanda tak buat untuk orang kulit putih 478 00:36:35,680 --> 00:36:37,920 walau betapa berkuasanya dia. 479 00:36:39,080 --> 00:36:40,400 Adinda tahu. 480 00:36:46,200 --> 00:36:47,800 Sebab kakanda takkan sentiasa di sini. 481 00:36:49,880 --> 00:36:51,520 Jangan cakap begitu, Njinga. 482 00:36:53,720 --> 00:36:54,960 Apabila kakanda tiada... 483 00:36:58,160 --> 00:37:00,760 ingat semua yang dikorbankan untuk sampai ke sini. 484 00:37:02,520 --> 00:37:04,040 Cuba lindunginya. 485 00:37:12,840 --> 00:37:14,800 Bagaimana jika adinda tak cukup bagus? 486 00:37:16,960 --> 00:37:19,480 Selagi kita berjalan dengan leluhur, 487 00:37:20,600 --> 00:37:22,800 kita sentiasa lebih daripada cukup. 488 00:37:26,680 --> 00:37:28,880 Kita tak pernah keseorangan. 489 00:37:51,120 --> 00:37:53,960 LIMA TAHUN KEMUDIAN 490 00:38:09,080 --> 00:38:11,000 Njinga mengejar Paus 491 00:38:11,000 --> 00:38:14,080 dengan surat demi surat selama sedekad. 492 00:38:22,200 --> 00:38:25,480 Sehinggalah dia menerima surat yang mengesahkannya, 493 00:38:25,480 --> 00:38:30,200 mengakuinya negara Afrika-Kristian 494 00:38:30,200 --> 00:38:33,600 dan Portugis perlu mengiktiraf mereka. 495 00:38:39,040 --> 00:38:40,480 Saya percaya ia aman. 496 00:38:42,560 --> 00:38:43,920 Aman akhirnya. 497 00:38:43,920 --> 00:38:46,880 Sebab pahlawan terhebat pun ada harinya 498 00:38:46,880 --> 00:38:49,640 mereka perlu meletakkan senjata mereka, 499 00:38:50,200 --> 00:38:54,120 sama ada di medan perang, kematian gemilang pahlawan, 500 00:38:54,120 --> 00:38:57,120 atau dalam kesnya, di atas takhtanya, 501 00:38:58,720 --> 00:39:00,040 di mana dia akan mati. 502 00:39:01,600 --> 00:39:05,440 Menjelang akhir hayat Njinga, 503 00:39:06,000 --> 00:39:08,560 perdagangan hamba berkembang pesat. 504 00:39:08,560 --> 00:39:11,160 Sebenarnya, tak banyak negara 505 00:39:11,160 --> 00:39:14,040 tak terlibat dalam perdagangan hamba, 506 00:39:14,040 --> 00:39:17,360 tak menjarah benua Afrika 507 00:39:17,360 --> 00:39:20,440 daripada berjuta-juta orang Afrika yang diperhambakan. 508 00:39:20,440 --> 00:39:23,600 Dia tak boleh melawan semua itu. Dia tak boleh melawan seluruh dunia. 509 00:39:33,760 --> 00:39:36,760 Njinga satu-satunya pemimpin Afrika yang diiktiraf 510 00:39:36,760 --> 00:39:39,800 oleh pemerintah Eropah yang berkuasa sebagai raja wanita. 511 00:39:41,120 --> 00:39:43,080 Njinga ibu kepada sebuah negara. 512 00:39:43,680 --> 00:39:45,160 Tapi dia sayang negaranya 513 00:39:45,160 --> 00:39:47,680 dan untuk itu, dia buat pengorbanan besar. 514 00:39:48,360 --> 00:39:50,800 Tapi pengorbanan itu memastikan 515 00:39:50,800 --> 00:39:53,360 kerajaannya merdeka 516 00:39:53,960 --> 00:39:56,840 sementara Afrika selebihnya telah dirampas oleh imperialisme. 517 00:39:59,360 --> 00:40:01,680 Kisah kami masih perlu diceritakan 518 00:40:01,680 --> 00:40:05,000 kerana kebanyakan masanya, ia tak diceritakan oleh kami. 519 00:40:05,000 --> 00:40:07,200 Ia diceritakan oleh orang lain untuk kami. 520 00:40:07,760 --> 00:40:10,840 {\an8}Sebagai seorang wanita Angola 521 00:40:10,840 --> 00:40:14,960 {\an8}yang berhubung dengan arkib, 522 00:40:14,960 --> 00:40:16,760 saya menemui kisah Njinga 523 00:40:16,760 --> 00:40:20,680 dan sehingga hari ini, saya masih mengingatinya. 524 00:40:22,080 --> 00:40:23,560 Ia beremosi. 525 00:40:28,960 --> 00:40:30,360 Ia penting... 526 00:40:31,880 --> 00:40:34,160 Di Angola 527 00:40:34,840 --> 00:40:36,160 dan dunia... 528 00:40:37,720 --> 00:40:39,200 Njinga masih hidup. 529 00:40:44,040 --> 00:40:48,400 Saya rasa dia mungkin salah seorang pahlawan wanita 530 00:40:48,400 --> 00:40:51,440 dan pemimpin wanita terhebat di dunia ini. 531 00:40:57,600 --> 00:40:59,440 Menjelang akhir hayat Njinga, 532 00:40:59,440 --> 00:41:02,080 segala yang dia perjuangkan menjadi kenyataan. 533 00:41:02,560 --> 00:41:06,320 Dia menjamin kerajaan yang selamat dan merdeka untuk rakyatnya. 534 00:41:07,120 --> 00:41:11,760 Keturunan diraja yang dia korbankan untuk dijaga berterusan 535 00:41:11,760 --> 00:41:14,320 dengan adiknya, Kambu. 536 00:41:14,320 --> 00:41:18,440 Kemudian, tiga lagi raja wanita terus memerintah Matamba. 537 00:41:19,120 --> 00:41:21,120 Seperti kebanyakan tempat di Afrika, 538 00:41:21,120 --> 00:41:24,440 tentera Eropah akhirnya menguasai benua itu. 539 00:41:24,920 --> 00:41:29,880 Ndongo pun jatuh ke tangan Portugis dan dikenali sebagai Angola. 540 00:41:30,520 --> 00:41:34,360 Seperti kebanyakan kisah memburu yang diceritakan oleh pemburu, 541 00:41:34,360 --> 00:41:38,160 kehebatan Njinga berkurangan dan kisahnya disorokkan. 542 00:41:38,160 --> 00:41:39,960 Kemudian, pada tahun 1960-an, 543 00:41:39,960 --> 00:41:43,400 generasi baharu orang Angola yang berjuang untuk kemerdekaan 544 00:41:43,400 --> 00:41:45,960 mengambil semula Njinga sebagai milik mereka, 545 00:41:46,800 --> 00:41:51,240 ikon penentangan, harapan dan revolusioner. 546 00:41:51,240 --> 00:41:54,760 Pahlawan berkuasa dan ratu Afrika 547 00:41:54,760 --> 00:41:57,640 yang kisahnya layak diceritakan. 548 00:42:01,960 --> 00:42:06,560 ENAM JUTA ORANG DIPERHAMBAKAN DIEKSPORT DARI ANGOLA SAHAJA 549 00:42:06,560 --> 00:42:09,160 ANTARA TAHUN 1525 HINGGA 1866 550 00:42:11,920 --> 00:42:15,000 SETELAH LAMA BERJUANG UNTUK KEBEBASAN, 551 00:42:15,000 --> 00:42:19,840 PENJAJAHAN PORTUGIS DI ANGOLA BERAKHIR PADA TAHUN 1975. 552 00:43:26,560 --> 00:43:30,680 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Haziqah Hamidun