1 00:00:06,090 --> 00:00:09,886 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:20,229 --> 00:00:21,606 Dengan darah kita berpecah. 3 00:00:24,067 --> 00:00:25,693 Dengan darah kita lahir. 4 00:00:29,489 --> 00:00:31,449 Biarkan api menelan yang lemah… 5 00:00:33,785 --> 00:00:37,789 supaya yang kuat akan kekal. 6 00:00:40,124 --> 00:00:43,961 Penunai Hajat, kabulkan permintaan saya. 7 00:00:45,588 --> 00:00:47,799 Benarkan saya terus tinggal di sini. 8 00:00:52,804 --> 00:00:53,763 Mae? 9 00:00:56,182 --> 00:00:58,392 Kita perlu menyembuhkan luka kita 10 00:00:58,976 --> 00:01:02,730 dan untuk lakukannya kita perlukan ruang yang selamat. 11 00:01:04,065 --> 00:01:07,443 Fernwell ialah antara ruang selamat itu. 12 00:01:07,527 --> 00:01:11,489 Ia sebuah tempat yang cantik di Vermont. 13 00:01:12,156 --> 00:01:14,158 Ada laluan mendaki. 14 00:01:15,326 --> 00:01:17,829 Mereka ada program menunggang kuda. 15 00:01:18,871 --> 00:01:23,793 Mereka pakar dalam bekerja dengan orang seperti awak. 16 00:01:26,087 --> 00:01:27,630 Saya dah bercakap dengan pengarahnya 17 00:01:27,713 --> 00:01:32,343 dan mereka tawarkan awak biasiswa penuh. 18 00:01:33,386 --> 00:01:35,513 Saya akan hantar awak ke sana Isnin ini. 19 00:01:36,848 --> 00:01:41,394 Saya faham perubahan pada mulanya akan mengecewakan, 20 00:01:41,978 --> 00:01:45,439 tapi saya suka lihat perubahan sebagai peluang. 21 00:01:45,523 --> 00:01:51,320 Mae, ini peluang yang baik untuk awak bergerak ke hadapan. 22 00:01:54,240 --> 00:01:55,449 Boleh saya kembali ke sini? 23 00:01:56,576 --> 00:01:59,787 Awak boleh datang melawat. 24 00:01:59,871 --> 00:02:03,875 Tak. Boleh saya tinggal di sini selepas Fernwell, 25 00:02:03,958 --> 00:02:04,959 dengan awak? 26 00:02:07,128 --> 00:02:12,842 Selepas berada di Fernwell, awak takkan 27 00:02:12,925 --> 00:02:14,427 perlukan saya lagi. 28 00:02:28,399 --> 00:02:29,734 Baiklah. 29 00:02:32,778 --> 00:02:35,615 Bagus. Itu… 30 00:02:36,824 --> 00:02:37,950 Baguslah. 31 00:02:38,826 --> 00:02:40,745 Saya masih boleh ke tarian itu? 32 00:02:41,412 --> 00:02:44,207 Saya dicalonkan sebagai Ratu Tuaian. 33 00:02:45,833 --> 00:02:49,587 Ia hujung minggu terakhir saya di sini. 34 00:02:52,298 --> 00:02:55,218 Sudah tentu, Mae. 35 00:02:58,930 --> 00:03:02,058 Jangan halang aku daripada hidup Duduk dan pura-pura sibuk saja 36 00:03:02,141 --> 00:03:04,852 Hidup ini gula-gula Matahari pula bebola mentega 37 00:03:04,936 --> 00:03:10,316 Jangan bawa awan Untuk menghujani perarakanku 38 00:03:10,399 --> 00:03:13,736 Jangan halang aku daripada terbang Kerana aku perlu pergi 39 00:03:13,819 --> 00:03:16,781 Jika seseorang jatuh Itu aku dan bukan kau 40 00:03:16,864 --> 00:03:21,160 Siapa cakap kau dibenarkan Untuk rosakkan rancanganku? 41 00:03:21,244 --> 00:03:23,913 Aku akan bawa pasukanku 42 00:03:23,996 --> 00:03:27,291 Aku akan pukul dram 43 00:03:27,375 --> 00:03:32,630 Jika pukulanku sempurna Giliran kau untuk buat pukulan 44 00:03:32,713 --> 00:03:37,343 Sekurang-kurangnya, aku tak pura-pura Aduhai, Tuan, rasanya aku gagal 45 00:03:37,426 --> 00:03:40,972 Tapi sama ada aku mawar yang sempurna 46 00:03:41,055 --> 00:03:43,891 Atau jagat di hidung dari kulit kehidupan 47 00:03:43,975 --> 00:03:49,105 Bara atau penyejuk mata… 48 00:04:07,373 --> 00:04:08,416 Hebat, Dani! 49 00:04:48,581 --> 00:04:50,666 BERDASARKAN NOVEL DEVIL IN OHIO OLEH DARIA POLATIN 50 00:04:52,043 --> 00:04:54,253 "SAUDARA SEDARAH" 51 00:05:01,344 --> 00:05:02,178 Dani memang hebat. 52 00:05:02,261 --> 00:05:03,262 TEATER JALAN LOGAN 53 00:05:03,346 --> 00:05:05,806 - Ayah terlampau teruja. - Tarian Tuaian itu esok. 54 00:05:05,890 --> 00:05:07,975 - Kamu teruja, Jules? - Sebenarnya, ya. 55 00:05:08,059 --> 00:05:10,853 Jawatankuasa Buku Tahunan minta saya jadi jurugambar rasmi. 56 00:05:10,936 --> 00:05:13,189 Hebat! Mak sangat bangga dengan kamu, Ju-Ju. 57 00:05:13,898 --> 00:05:16,233 Kamu patut lihat ibu kamu sebagai Ratu Tuaian. 58 00:05:16,317 --> 00:05:18,944 - Semua orang asyik renung dia. - Awak Ratu Tuaian? 59 00:05:19,028 --> 00:05:21,238 Saya dan Ayah menari sehingga mereka halau kami. 60 00:05:22,323 --> 00:05:24,116 Mungkin giliran kamu tahun ini, Helen. 61 00:05:24,825 --> 00:05:27,495 Saya dan Helen calon Ratu Tuaian. 62 00:05:28,245 --> 00:05:29,747 Betul. 63 00:05:29,830 --> 00:05:31,832 Apa pun, ia pertandingan populariti. 64 00:05:31,916 --> 00:05:34,126 - Hai! - Bintang kita dah sampai! 65 00:05:34,210 --> 00:05:37,088 Maaf, susah nak tanggalkan solekan ini. 66 00:05:37,171 --> 00:05:40,091 - Dani-Bear, kamu hebat. - Terima kasih, Ayah. 67 00:05:40,174 --> 00:05:41,592 - Kamu hebat. - Terima kasih, Mak. 68 00:05:41,675 --> 00:05:44,929 Okey, mari ambil gambar berkumpulan, okey? 69 00:05:45,012 --> 00:05:48,849 Rapat, semua. Mari lihat jika Mak boleh guna telefon… 70 00:05:48,933 --> 00:05:51,227 - Mak tak buat dengan betul. - Itu salah. 71 00:05:51,310 --> 00:05:54,021 Okey, cuba rapat lagi… 72 00:05:54,105 --> 00:05:54,980 Biar saya ambilkan. 73 00:05:56,857 --> 00:05:57,775 Awak tak kisah? 74 00:06:02,530 --> 00:06:04,615 Sebut keju! 75 00:06:04,698 --> 00:06:06,450 Keju! 76 00:06:06,534 --> 00:06:08,327 Keju. 77 00:06:08,411 --> 00:06:09,453 - Hebat. - Terima kasih, Mae! 78 00:06:09,537 --> 00:06:11,497 Apa saja untuk awak, Suzanne. 79 00:06:11,580 --> 00:06:13,791 - Mari pulang. - Saya suka bunga awak. 80 00:06:13,874 --> 00:06:16,293 - Okey, siapa nak sundae di Clumpies? - Saya! 81 00:06:16,377 --> 00:06:17,753 Ya. 82 00:06:17,837 --> 00:06:19,088 Hilang? 83 00:06:20,464 --> 00:06:21,841 Itu yang ibunya cakap. 84 00:06:22,466 --> 00:06:24,301 Tunggu. Awak bercakap dengan ibu paderi itu? 85 00:06:24,385 --> 00:06:27,638 Kes ini bergantung kepada testimoni Paderi Dressler. 86 00:06:27,721 --> 00:06:30,099 - Dia tak jawab panggilan. - Jadi awak telefon ibunya. 87 00:06:30,182 --> 00:06:32,101 Wanita yang baik. Tinggal di Texas. 88 00:06:33,644 --> 00:06:37,148 Dia cakap tak jumpa James sejak sebelum kebakaran lagi, 89 00:06:37,231 --> 00:06:38,816 sangka dah mati sebab dadah. 90 00:06:38,899 --> 00:06:41,318 Tapi James cakap ibunya ambil gambar pentahbisannya. 91 00:06:42,445 --> 00:06:44,822 Dia tipu saya. Kenapa? 92 00:06:44,905 --> 00:06:46,740 Michaels, mana laporan itu? 93 00:06:48,826 --> 00:06:52,204 Dengar, tak kira apa pun, lebih baik selesaikan kes Dodd segera. 94 00:06:52,788 --> 00:06:54,999 Kapten merungut tentang peruntukan, 95 00:06:55,082 --> 00:06:57,877 dan cakap akan tutup kes tertangguh minggu depan. 96 00:07:05,050 --> 00:07:07,303 - Roti garing. Telur goreng. - Terima kasih. 97 00:07:07,386 --> 00:07:09,680 - Telur hancur, Ju-Ju? - Ya. Terima kasih. 98 00:07:09,763 --> 00:07:12,558 Pekerja Sosial Jerry telefon. Nak saya bantu? 99 00:07:12,641 --> 00:07:16,604 Tak apa, saya akan telefon semula. Ada berita daripada siasatan kebakaran? 100 00:07:16,687 --> 00:07:19,732 Belum lagi. Insurans masih tunggu laporan polis. 101 00:07:20,441 --> 00:07:23,110 - Saya nak pergi sapu daun. - Okey. 102 00:07:25,070 --> 00:07:26,739 Hei, anak-anak, 103 00:07:28,699 --> 00:07:32,912 Mak nak kamu tahu Mak akan hantar Mae ke pusat perlindungan di Vermont 104 00:07:32,995 --> 00:07:35,206 yang rawat kanak-kanak dari latar belakang mencabar. 105 00:07:35,289 --> 00:07:37,041 Dia akan ke sana pada Isnin. 106 00:07:37,124 --> 00:07:40,169 Mak perlu kerjasama kamu beberapa hari lagi sebelum dia pergi. 107 00:07:40,252 --> 00:07:43,130 Kemudian semuanya akan kembali normal. 108 00:07:43,214 --> 00:07:45,758 - Apa saja asalkan dia pergi. - Setuju. 109 00:07:45,841 --> 00:07:46,675 Terima kasih. 110 00:07:47,843 --> 00:07:49,136 Kenapa dengan gaun itu? 111 00:07:49,220 --> 00:07:51,138 Itu gaun Tuaian mak. Mak hantar ke dobi. 112 00:07:51,222 --> 00:07:53,933 Mak fikir mungkin kamu nak pakai malam ini untuk tuah. 113 00:07:54,808 --> 00:07:57,228 Saya dah beli pakaian dari dalam talian. 114 00:07:57,895 --> 00:07:59,021 Jules? 115 00:07:59,104 --> 00:08:02,900 - Isaac dah bantu saya pilih pakaian. - Saya rasa gaun ini cantik. 116 00:08:04,109 --> 00:08:05,569 Terima kasih, Mae. 117 00:08:05,653 --> 00:08:08,531 Beritahu Mak jika kamu ubah fikiran tentang gaun kamu, Helen. 118 00:08:08,614 --> 00:08:10,324 Helen, pelawat. 119 00:08:13,202 --> 00:08:16,163 - Mae, nak telur hancur? - Ya, terima kasih. 120 00:08:17,122 --> 00:08:18,249 Selamat pagi. 121 00:08:25,464 --> 00:08:26,590 - Hei. - Hei. 122 00:08:27,383 --> 00:08:31,178 Awak belum jawab mesej saya. Tarian Tuaian malam ini. 123 00:08:31,262 --> 00:08:32,638 Saya dah beri awak ruang, 124 00:08:32,721 --> 00:08:36,225 tapi saya nak tahu apa masalah kita. 125 00:08:38,227 --> 00:08:39,603 Maaf, Teddy. 126 00:08:40,854 --> 00:08:43,232 Banyak yang saya fikir sejak kebelakangan ini… 127 00:08:43,816 --> 00:08:49,738 tentang universiti, kursus praperubatan, macam-macam lagi. 128 00:08:58,247 --> 00:09:00,833 Sekejap, awak nak berpisah dengan saya? 129 00:09:10,092 --> 00:09:12,428 Awak nak menari dengan siapa apabila menang nanti? 130 00:09:12,511 --> 00:09:14,138 Saya mungkin akan kalah. 131 00:09:15,848 --> 00:09:19,059 Saya juga tak peduli. 132 00:09:20,436 --> 00:09:22,730 Saya ingat awak nak jadi Ratu Tuaian. 133 00:09:24,106 --> 00:09:26,775 Saya sedang fikir apa yang saya mahukan. 134 00:09:28,277 --> 00:09:31,614 Tak adil untuk biar awak tunggu sehingga saya ketahuinya. 135 00:09:46,211 --> 00:09:47,212 Terima kasih. 136 00:09:57,181 --> 00:09:58,223 Jadi, berita baik. 137 00:09:58,307 --> 00:10:01,268 Saya berjaya beli krep sarapan untuk kita sebelum ia habis. 138 00:10:01,352 --> 00:10:03,145 Berita buruk, Wilkins ekori saya lagi. 139 00:10:03,228 --> 00:10:05,856 SYERIF DAERAH AMON 140 00:10:06,482 --> 00:10:08,025 Boleh saya pinjam kereta awak? 141 00:10:14,114 --> 00:10:15,908 Awak nak saya ubah suai untuk awak? 142 00:10:17,534 --> 00:10:19,953 Tak, saya takkan memakainya. 143 00:10:20,579 --> 00:10:21,872 Kenapa? 144 00:10:23,457 --> 00:10:25,000 Tiada apa-apa, saya okey. 145 00:10:25,084 --> 00:10:26,960 Tak salah untuk rasa kecewa, Helen. 146 00:10:29,463 --> 00:10:31,340 Kamu kecewa? Kenapa? 147 00:10:33,717 --> 00:10:38,764 Keadaan tak berjalan lancar dengan Teddy, jadi saya putuskan hubungan. 148 00:10:39,473 --> 00:10:41,100 Oh, Sayang. 149 00:10:41,684 --> 00:10:42,893 Ia perlu berlaku. 150 00:10:42,976 --> 00:10:45,604 Tapi, Mak tahu ia pasti sukar. 151 00:10:45,688 --> 00:10:48,482 Bukan mudah nak buat keputusan begini. 152 00:10:49,608 --> 00:10:53,070 Mak bangga kamu buat sesuatu yang betul untuk diri kamu. 153 00:10:56,240 --> 00:11:00,035 - Satu lagi, tentang universiti… - Mak tahu kamu buat permohonan awal. 154 00:11:00,119 --> 00:11:03,747 Tapi kamu boleh ke universiti lain, tak perlu ke universiti Mak dan Ayah. 155 00:11:03,831 --> 00:11:08,210 Saya ditawarkan latihan pengekodan berbayar musim luruh dan saya nak terima. 156 00:11:10,838 --> 00:11:15,342 Itu mengujakan. Kenapa tak beritahu lebih awal? 157 00:11:15,426 --> 00:11:17,761 Saya tak nak beritahu sebelum betul-betul yakin. 158 00:11:17,845 --> 00:11:21,390 Saya juga risau Mak dan Ayah tak setuju. 159 00:11:21,473 --> 00:11:24,518 Saya tahu kamu nak saya masuk Universiti Negeri Ohio. 160 00:11:25,102 --> 00:11:27,271 Mak cuma nak kamu gembira. 161 00:11:28,313 --> 00:11:32,943 Jika ini yang kamu nak, Mak akan cakap dengan Ayah tentangnya. 162 00:11:34,153 --> 00:11:37,990 Mak cuma berharap kamu beritahu Mak lebih awal. 163 00:11:40,284 --> 00:11:42,995 Mak sibuk sejak kebelakangan ini. 164 00:11:48,125 --> 00:11:49,376 Mak faham. 165 00:11:51,086 --> 00:11:55,340 Mak minta maaf atas masalah disebabkan kehadiran Mae. 166 00:12:00,345 --> 00:12:01,764 Hei, Mak ada untuk kamu. 167 00:12:06,435 --> 00:12:07,603 Terima kasih, Mak. 168 00:12:09,688 --> 00:12:11,231 Chateau Circle. 169 00:12:11,315 --> 00:12:15,235 Kompleks ini ada 36 unit. Pangsapuri contoh di dalam sana. 170 00:12:15,319 --> 00:12:18,989 Semuanya lebih kurang sama, tapi ada yang perlu dicat baru. 171 00:12:19,072 --> 00:12:20,199 Baiklah. 172 00:12:21,533 --> 00:12:22,826 Awak pasti nak lakukannya? 173 00:12:22,910 --> 00:12:25,913 Awak lebih kelayakan untuk urus kompleks pangsapuri. 174 00:12:25,996 --> 00:12:29,124 Saya cuma nak buat sesuatu sebelum tahu rancangan seterusnya. 175 00:12:29,833 --> 00:12:32,377 Okey. Ini dia. 176 00:12:33,837 --> 00:12:35,005 Terima kasih, Cheryl. 177 00:12:36,006 --> 00:12:37,007 Okey. 178 00:12:41,929 --> 00:12:43,138 PANGSAPURI CHATEAU CIRCLE 179 00:12:43,222 --> 00:12:45,224 Saya beli seperti awak selalu pesan, betul? 180 00:12:45,307 --> 00:12:46,683 Betul. Terima kasih. 181 00:12:46,767 --> 00:12:49,603 Ini anak bongsu saya, Dani. Dani, ini Alex. 182 00:12:50,270 --> 00:12:51,271 Hai, Dani. 183 00:12:51,355 --> 00:12:53,273 - Gembira jumpa awak. - Gembira jumpa awak. 184 00:12:56,235 --> 00:12:58,028 Saya tak suka ganggu awak di rumah. 185 00:12:58,111 --> 00:13:02,199 Tapi saya diberi tekanan untuk tutup kes Mae, 186 00:13:02,282 --> 00:13:03,617 bermakna ia takkan selesai. 187 00:13:03,700 --> 00:13:06,161 Tinggal beberapa hari dan saya cuba perspektif lain. 188 00:13:06,245 --> 00:13:09,081 Saya rasa ada saksi. Masih ada peluang tangkap mereka. 189 00:13:10,666 --> 00:13:14,086 Mungkin itu yang terbaik. Mae akan ke pusat perlindungan pada Isnin. 190 00:13:14,169 --> 00:13:17,381 Saya gembira dapat masa untuk fokus semula pada keluarga. 191 00:13:19,007 --> 00:13:19,925 Saya faham. 192 00:13:22,386 --> 00:13:24,179 Jadi, apa perspektif baru itu? 193 00:13:27,516 --> 00:13:29,643 Semasa cari kes yang mungkin libatkan Enoch, 194 00:13:29,726 --> 00:13:31,395 saya jumpa kes tak selesai 195 00:13:31,478 --> 00:13:33,939 yang berlaku waktu pancuran meteor seperti Mae beritahu. 196 00:13:34,022 --> 00:13:36,733 Ada kebakaran di setinggan berhampiran sempadan Daerah Amon. 197 00:13:36,817 --> 00:13:38,610 - Kebakaran? - Ada seorang terselamat. 198 00:13:38,694 --> 00:13:40,737 Ia sukar, tapi saya masih cuba minta dia 199 00:13:40,821 --> 00:13:45,158 - kaitkan kebakaran dengan Syerif Wilkins. - Sekejap. Bila kebakaran itu? 200 00:13:46,201 --> 00:13:48,370 17 November. Sembilan tahun lalu. 201 00:13:48,453 --> 00:13:50,372 Ia malam bulan purnama. 202 00:13:50,455 --> 00:13:51,999 Saya ada tanya Mae 203 00:13:52,082 --> 00:13:54,668 jika dia ingat apa-apa lagi waktu Enoch lari. 204 00:13:54,751 --> 00:13:56,211 Dia ada sebut bulan purnama. 205 00:13:56,795 --> 00:13:59,298 Memandangkan ia mengurangkan tarikh 206 00:13:59,381 --> 00:14:01,508 yang kemungkinan Enoch dimasukkan ke hospital, 207 00:14:01,592 --> 00:14:03,468 saya semak beberapa fail di hospital. 208 00:14:03,552 --> 00:14:08,056 Okey, ini dia. 17 November. Nama pesakit James Dressler. 209 00:14:08,140 --> 00:14:11,518 Itu saksi saya. Dia paderi sekarang. 210 00:14:11,602 --> 00:14:14,730 Ada lecur darjah pertama di kakinya. Jahitan untuk kontusi temporal. 211 00:14:14,813 --> 00:14:16,315 Jahitan untuk kecederaan kepala. 212 00:14:17,065 --> 00:14:19,359 Paderi itu mungkin Enoch. Dia tipu saya. 213 00:14:19,443 --> 00:14:22,112 Dia dah tak jawab panggilan saya. Dia tak percaya polis. 214 00:14:22,195 --> 00:14:23,488 Awak perlu ikut saya. 215 00:14:24,615 --> 00:14:26,825 Tak boleh. Lagipun kita tak tahu 216 00:14:26,909 --> 00:14:29,328 - jika dia akan cakap dengan saya. - Mae bercakap. 217 00:14:30,454 --> 00:14:33,332 Jika awak boleh buat dia bercakap, dia boleh kaitkan Wilkins. 218 00:14:33,874 --> 00:14:36,710 Jika Wilkins ada kes, kita boleh pengaruhi dia dedahkan Malachi. 219 00:14:36,793 --> 00:14:40,923 Ia akan selamatkan Mae daripada terpaksa beri kenyataan menentang keluarganya. 220 00:14:46,178 --> 00:14:48,764 Angkat baik-baik. Latar pentas tak boleh bergerak sendiri. 221 00:14:48,847 --> 00:14:50,349 TARIAN TUAIAN MARI MENARI! 222 00:14:51,725 --> 00:14:53,435 Helo! 223 00:14:55,646 --> 00:14:58,607 Bunga teluki merah yang tak istimewa ini lagi? 224 00:14:58,690 --> 00:15:00,692 Jangan hina bunga kebangsaan Ohio. 225 00:15:00,776 --> 00:15:03,278 Saya harap saya menang pemilihan presiden kelas 226 00:15:03,362 --> 00:15:05,781 supaya boleh tuntut bunga yang lebih baik. 227 00:15:05,864 --> 00:15:09,159 Macam tak percaya si narsisis itu tercalon Ratu Tuaian. 228 00:15:09,242 --> 00:15:10,702 Dia pelajar tahun dua. 229 00:15:10,786 --> 00:15:13,789 Jika menang, dia akan jadi yang pertama sejak tahun 80-an. 230 00:15:13,872 --> 00:15:16,249 Saya tak risau. Helen pasti akan menang. 231 00:15:30,138 --> 00:15:31,139 Helo? 232 00:15:38,897 --> 00:15:39,898 Helo? 233 00:15:50,826 --> 00:15:51,827 Helo? 234 00:16:07,384 --> 00:16:10,846 - Maaf. - Saya ingat awak belum balik. 235 00:16:10,929 --> 00:16:13,932 Maaf. Saya dah mesej dalam perjalanan pulang. 236 00:16:14,016 --> 00:16:16,059 Awak jumpa rumah baru untuk diubah suai? 237 00:16:16,143 --> 00:16:20,022 Tak. Saya dapat kerja. 238 00:16:21,064 --> 00:16:23,817 Saya akan uruskan kompleks pangsapuri untuk Cheryl. 239 00:16:23,900 --> 00:16:28,113 Ia akan beri saya sedikit wang sementara tunggu kes Windemere selesai. 240 00:16:28,780 --> 00:16:30,032 Kemudian, 241 00:16:31,825 --> 00:16:36,329 saya dah fikirkannya dan saya akan kembali jadi kontraktor. 242 00:16:37,539 --> 00:16:43,336 Saya suka bina Windemere, tapi urusan selebihnya tak sesuai untuk saya. 243 00:16:44,004 --> 00:16:46,214 Itu perancangan yang bagus. 244 00:16:47,132 --> 00:16:49,926 Saya sokong apa saja yang awak nak buat, Sayang. 245 00:16:50,635 --> 00:16:51,636 Terima kasih. 246 00:16:54,973 --> 00:16:59,603 Detektif Lopez jumpa mangsa terselamat yang lari daripada kultus Mae. 247 00:16:59,686 --> 00:17:02,564 Dia nak saya ikut dia bercakap dengan lelaki itu hari ini. 248 00:17:02,647 --> 00:17:05,025 Siapa akan hantar Helen dan Jules ke tarian? 249 00:17:05,108 --> 00:17:08,153 Saya dan Dani ada kelas pertahankan diri ayah dan anak. 250 00:17:08,236 --> 00:17:10,447 Detektif Lopez cakap ia tak boleh ditangguh. 251 00:17:10,530 --> 00:17:14,326 Jika boleh yakinkan dia beri kenyataan, kami boleh dakwa ayah Mae 252 00:17:14,409 --> 00:17:16,703 tanpa buat Mae melalui trauma perbicaraan. 253 00:17:16,787 --> 00:17:19,039 Saya faham. Saya tak sabar untuk semua ini selesai. 254 00:17:19,122 --> 00:17:21,124 Saya tahu. Saya pun sama. 255 00:17:21,708 --> 00:17:26,379 Saya akan jemput mereka pulang dari tarian dan bawa mereka ke Clumpies. 256 00:17:26,463 --> 00:17:28,131 Idea yang bagus. 257 00:17:28,215 --> 00:17:29,633 - Sayang awak. - Sayang awak. 258 00:17:30,342 --> 00:17:31,343 Jumpa nanti. 259 00:17:37,099 --> 00:17:38,100 Peter Mathis. 260 00:17:40,227 --> 00:17:41,436 Sekarang? 261 00:17:42,104 --> 00:17:45,065 Okey. Sama ada ini atau semburan rambut keras. Pilihlah. 262 00:17:45,816 --> 00:17:48,235 Okey. Ya. 263 00:17:49,569 --> 00:17:51,404 - Wah! - Cantik. 264 00:17:51,488 --> 00:17:52,906 Ia nampak sangat cantik. 265 00:17:52,989 --> 00:17:56,785 Kakak tahu awak perlu bantuan apabila nampak awak guna pengeriting rambut Mak. 266 00:17:58,829 --> 00:18:00,205 Terima kasih. 267 00:18:01,456 --> 00:18:03,250 Oh, itu Tatiana dan kru STEM. 268 00:18:08,255 --> 00:18:09,422 Bukan. 269 00:18:12,843 --> 00:18:16,221 Oh Tuhan, itu sangat memalukan. 270 00:18:16,304 --> 00:18:18,932 Dia masih tak faham? Saya dah berpisah dengan dia. 271 00:18:20,976 --> 00:18:22,310 Dia datang untuk saya. 272 00:18:25,230 --> 00:18:27,190 Itu gaun ibu saya? 273 00:18:53,300 --> 00:18:57,304 Hai. Saya terima panggilan untuk bertemu Detektif Beechum. 274 00:18:57,387 --> 00:18:58,805 En. Mathis. 275 00:18:58,889 --> 00:19:01,975 - Ya. Ada apa? - Ada beberapa perkara perlu dibincangkan. 276 00:19:02,058 --> 00:19:04,686 Boleh ikut saya? Dia boleh tunggu di sini. 277 00:19:06,313 --> 00:19:09,816 Hei. Ayah pergi sekejap saja. 278 00:19:09,900 --> 00:19:10,901 - Okey? - Okey. 279 00:19:10,984 --> 00:19:11,985 - Kamu tak kisah? - Ya. 280 00:19:12,068 --> 00:19:15,071 - Okey. Ayah akan cepat. - Jumpa nanti. 281 00:19:15,155 --> 00:19:18,074 Hei, Harrison, saya akan dapat waran atau tidak? 282 00:19:27,459 --> 00:19:28,460 Helo, Paderi? 283 00:19:30,086 --> 00:19:32,797 Hai. Apa hajat awak datang ke gereja? 284 00:19:32,881 --> 00:19:37,719 Saya cari seseorang yang saya percaya boleh bantu seorang gadis. 285 00:19:39,054 --> 00:19:41,473 Rasanya awak tahu siapa yang saya cari. 286 00:19:42,432 --> 00:19:43,642 Enoch Walsh? 287 00:19:50,357 --> 00:19:51,524 Saya… 288 00:19:52,317 --> 00:19:53,777 Saya tak kenal. Maaf. 289 00:20:01,243 --> 00:20:04,537 Enoch, tunggu. 290 00:20:06,456 --> 00:20:07,457 Hei, Enoch. 291 00:20:10,168 --> 00:20:11,253 Kita perlu berbincang. 292 00:20:12,796 --> 00:20:14,839 Cheryl Thurmond naikkan harga rumah awak. 293 00:20:14,923 --> 00:20:17,008 Dia cuba dapatkan pembeli. 294 00:20:17,092 --> 00:20:20,345 Awak bakar Windemere supaya tak rugi? 295 00:20:20,428 --> 00:20:24,057 Apa? Tak, saya dah cakap. Ia mungkin usikan Halloween. 296 00:20:24,140 --> 00:20:28,228 Ada kanak-kanak menyelinap dalam rumah itu untuk merokok atau… 297 00:20:28,311 --> 00:20:30,730 Terangkan hubungan awak dengan Patti Myers, 298 00:20:30,814 --> 00:20:34,317 bekas penyelia pinjaman di Bank dan Unit Amanah Daerah Haverford. 299 00:20:35,068 --> 00:20:36,820 Kami alumni sekolah yang sama. 300 00:20:36,903 --> 00:20:40,407 Kami tak rapat atau ada apa-apa hubungan. 301 00:20:40,490 --> 00:20:43,952 Jadi, kenapa dia beri awak lanjutan sedangkan ia bukan prosedur standard? 302 00:20:44,035 --> 00:20:48,206 Saya tak pasti. Mungkin dia cuma nak membantu. 303 00:20:48,290 --> 00:20:51,751 - Dia cuma nak membantu? - Entahlah. Saya… 304 00:20:53,044 --> 00:20:56,464 Dengar, saya layan dia dengan baik di sekolah tinggi. 305 00:20:56,548 --> 00:20:57,590 Dia pakai bres belakang. 306 00:20:57,674 --> 00:21:00,093 Saya rasa dia sukakan saya atau… 307 00:21:00,176 --> 00:21:02,846 Jadi sebab itu dia berikan awak lanjutan tanpa kebenaran? 308 00:21:02,929 --> 00:21:04,139 Tanpa… 309 00:21:05,223 --> 00:21:08,560 Sekejap. Dia dipecat disebabkan itu? 310 00:21:09,394 --> 00:21:10,854 Awak yang patut beritahu saya. 311 00:21:11,730 --> 00:21:15,525 - Awak terlibat dengan apa? - Saya tak terlibat dengan apa-apa. 312 00:21:18,278 --> 00:21:21,698 Rasanya saya tak patut bercakap dengan awak tanpa peguam. Hubungi Jeff Fisk. 313 00:21:23,408 --> 00:21:25,076 Dia berhutang budi dengan saya. 314 00:21:26,411 --> 00:21:28,413 Bagaimana awak berjaya keluar dari Amontown? 315 00:21:29,789 --> 00:21:31,124 Saya putuskan rantaian. 316 00:21:32,000 --> 00:21:33,793 Jadi Wilkins Bersaudara cuba bunuh saya. 317 00:21:35,545 --> 00:21:37,589 Sebab itu awak terlibat dalam kebakaran itu? 318 00:21:40,342 --> 00:21:42,886 Saya Pembawa Cahaya, 319 00:21:43,720 --> 00:21:45,764 instrumen bagi dendam kultus itu. 320 00:21:45,847 --> 00:21:48,433 Kami buat kebakaran guna minyak dibuat daripada khinzir. 321 00:21:48,516 --> 00:21:52,020 Mereka gelarkannya ritual. "Persembahan Untuk Tuhan." 322 00:21:52,103 --> 00:21:55,398 Tapi sebenarnya, ia jenayah yang diselindungkan di sebalik agama. 323 00:21:55,482 --> 00:21:58,610 Saya dalam golongan dalaman, jadi saya nampak kehipokritan mereka. 324 00:21:58,693 --> 00:22:01,863 Awak dengar Malachi beri arahan untuk bakar setinggan itu? 325 00:22:01,946 --> 00:22:05,075 Tiada apa-apa akan berlaku melainkan Malachi arahkan. 326 00:22:06,242 --> 00:22:08,370 Tapi Saudara Wilkins yang bawa saya ke sana. 327 00:22:08,453 --> 00:22:11,289 Dia paksa saya tanda pintu guna darah dengan tanda Digdin. 328 00:22:12,248 --> 00:22:17,128 - Tiga garisan membentuk segi tiga. - Mereka tanda rumah itu sebagai sasaran. 329 00:22:18,171 --> 00:22:20,256 Saya diarah membakarnya sebagai amaran 330 00:22:20,340 --> 00:22:22,467 kepada Michael Calvo yang tanam dadah di tanah kami. 331 00:22:22,550 --> 00:22:25,303 Tapi tiba di rumah itu, saya lihat ada orang di dalam, 332 00:22:25,387 --> 00:22:27,097 beberapa penagih yang pengsan. 333 00:22:27,180 --> 00:22:29,933 Saya jumpa Saudara Wilkins dan cakap saya tak boleh buat. 334 00:22:30,016 --> 00:22:31,643 Ia pasti mengelirukan, 335 00:22:31,726 --> 00:22:36,106 diminta oleh orang yang berkuasa untuk buat sesuatu yang kita rasa salah. 336 00:22:36,981 --> 00:22:37,982 Betul. 337 00:22:39,567 --> 00:22:42,237 Dia pukul kepala saya dan seret saya masuk. 338 00:22:44,114 --> 00:22:45,990 Saya pengsan selepas itu. 339 00:22:46,783 --> 00:22:49,494 Kami faham ia pasti buat awak trauma. 340 00:22:51,746 --> 00:22:55,333 Boleh saya tahu bagaimana awak jadi James Dressler? 341 00:23:01,131 --> 00:23:03,341 RATU TUAIAN 342 00:23:14,018 --> 00:23:15,103 Satu lagi. Okey. 343 00:23:16,980 --> 00:23:18,356 Biar betul? Okey. 344 00:23:21,234 --> 00:23:22,569 Tali leher saya lurus? 345 00:23:25,196 --> 00:23:26,656 - Sut yang bergaya. - Terima kasih. 346 00:23:26,739 --> 00:23:29,159 Ia dari kedai baju terpakai. Tukang jahit saya hebat. 347 00:23:30,618 --> 00:23:33,913 - Dia bawa siapa? - Entahlah. Pelajar junior. 348 00:23:34,497 --> 00:23:35,957 Hei, lihat siapa itu! 349 00:23:37,542 --> 00:23:38,877 - Hei! - Kacaknya awak, Teddy! 350 00:23:39,502 --> 00:23:40,503 Mae! 351 00:23:44,841 --> 00:23:45,675 Ya, Teddy! 352 00:23:45,758 --> 00:23:48,845 Cepat betul Teddy dapat pengganti. 353 00:23:48,928 --> 00:23:51,055 - Cantiknya awak! - Menawan! 354 00:23:54,851 --> 00:23:57,395 - Oh, Tuhan! - Dia sengaja buat begitu? 355 00:24:01,983 --> 00:24:03,651 Awak nampak? 356 00:24:04,235 --> 00:24:08,531 Dia orangnya. Dia yang terpilih. 357 00:24:09,032 --> 00:24:11,367 Dia orangnya. Dia yang terpilih. 358 00:24:12,577 --> 00:24:14,037 Dia yang terpilih. 359 00:24:14,871 --> 00:24:15,997 Dia orangnya. 360 00:24:21,211 --> 00:24:22,462 Awak sangat kuat, Mae! 361 00:24:23,796 --> 00:24:24,839 Kami sayang awak, Mae. 362 00:24:24,923 --> 00:24:26,090 Awak wira saya! 363 00:24:26,174 --> 00:24:28,551 - Kami sayang awak! - Mae! 364 00:24:32,972 --> 00:24:34,557 Undian dah bermula, semua. 365 00:24:34,641 --> 00:24:39,771 Jangan lupa isi kertas undi dan undi Ratu Tuaian kamu! 366 00:24:40,730 --> 00:24:43,650 Masih ingat awak cakap yakin Helen boleh menang? 367 00:24:45,985 --> 00:24:48,488 Perkara seterusnya saya ingat ialah sedar di hospital 368 00:24:48,571 --> 00:24:51,658 dengan konkusi teruk dan melecur di seluruh badan. 369 00:24:51,741 --> 00:24:55,787 Pasti Wilkins sendiri bakar rumah itu dan tinggalkan saya untuk mati. 370 00:24:55,870 --> 00:24:57,539 Jadi, Wilkins yang bakar rumah itu. 371 00:24:57,622 --> 00:24:59,999 Apabila saya sedar di hospital, mereka panggil saya James. 372 00:25:00,083 --> 00:25:01,834 Pasti saya berada berhampiran dompetnya 373 00:25:01,918 --> 00:25:04,879 dan mungkin kami nampak serupa dengan lebam dan lecuran itu. 374 00:25:04,963 --> 00:25:06,506 Mereka fikir saya dia. 375 00:25:06,589 --> 00:25:07,799 Ia keajaiban. 376 00:25:08,591 --> 00:25:12,220 Tuhan sebenar, yang baik dan melindungi, beri saya peluang dan saya ambil. 377 00:25:12,887 --> 00:25:15,557 Saya abdikan hidup untuk sebarkan kata-katanya. 378 00:25:15,640 --> 00:25:18,768 Lagipun, kultus Syaitan takkan cari awak di gereja. 379 00:25:18,851 --> 00:25:20,520 Bagaimana kamu tahu untuk cari saya? 380 00:25:21,479 --> 00:25:23,856 Mae Dodd tinggal dengan saya. 381 00:25:23,940 --> 00:25:28,736 Saya sedang bantu dia. Mereka ukir pentagram di belakangnya. 382 00:25:28,820 --> 00:25:31,531 Jika Malachi tandakan anak sendiri dengan sayap Lucifer, 383 00:25:31,614 --> 00:25:33,324 pasti Sliocht an Diabhail dalam masalah. 384 00:25:33,408 --> 00:25:35,285 Mereka cuma lakukannya apabila ada masalah besar. 385 00:25:35,368 --> 00:25:37,078 Mae cakap dia terpilih 386 00:25:37,161 --> 00:25:41,165 untuk jadi "Isteri Nabi Pertama," seperti Mary Dodd. 387 00:25:41,249 --> 00:25:44,836 Mereka salah seorang biarawati? Wanita berbaju ungu? 388 00:25:44,919 --> 00:25:46,879 Tak, mereka ialah "Rahib Perempuan." 389 00:25:46,963 --> 00:25:49,591 Mereka wanita tak berkahwin yang memenuhi keperluan… 390 00:25:49,674 --> 00:25:51,384 Keperluan komuniti. 391 00:25:51,467 --> 00:25:54,679 Jadi, apa maksud jadi "Isteri Nabi Pertama"? 392 00:25:54,762 --> 00:25:56,806 Apabila Mary Dodd tolak lamaran adik iparnya, 393 00:25:56,889 --> 00:26:00,643 Caleb yang berdendam ukir pentagram di belakang Mary 394 00:26:00,727 --> 00:26:01,853 dan bakarnya hidup-hidup. 395 00:26:01,936 --> 00:26:06,232 Dia abdikan diri dengan berkhidmat untuk Sliocht an Diabhail. 396 00:26:08,776 --> 00:26:12,864 - Sekejap. Mereka bakar Mary hidup-hidup? - Caleb tutup pembunuhannya 397 00:26:12,947 --> 00:26:16,743 dengan mengatakan Mary nak dikorbankan untuk menyelamatkan jemaah, 398 00:26:16,826 --> 00:26:18,494 dan Mary sanggup. 399 00:26:18,578 --> 00:26:22,206 Kultus itu guna cerita Mary untuk kawal pengikut mereka. 400 00:26:22,290 --> 00:26:26,294 Jadi, mereka tandakan Mae untuk bunuh dia? 401 00:26:26,377 --> 00:26:28,463 Mereka korbankan dia untuk tunaikan hajat mereka. 402 00:26:28,546 --> 00:26:29,380 Tak guna! 403 00:26:29,464 --> 00:26:31,799 Mereka adakan ritual ketika bulan purnama, jadi… 404 00:26:31,883 --> 00:26:33,384 - Malam ini. - Mae di mana? 405 00:26:33,468 --> 00:26:35,637 Di Tarian Tuaian. Boleh awak hantar seseorang? 406 00:26:35,720 --> 00:26:37,972 Saya perlu bawa kenyataan bersumpah kepada kapten. 407 00:26:38,056 --> 00:26:40,058 Biar saya pergi. Saya akan telefon selepas jumpa dia. 408 00:27:05,291 --> 00:27:07,168 Hei! Okey! 409 00:27:07,251 --> 00:27:08,586 Oh, ya! 410 00:27:12,715 --> 00:27:14,258 Awak dapat gambar yang hebat? 411 00:27:15,009 --> 00:27:17,136 Saya pasti semua gambar itu cantik. 412 00:27:17,220 --> 00:27:19,889 - Awak jurugambar yang hebat. - Hentikannya. 413 00:27:19,972 --> 00:27:21,849 - Apa? - Cuba buat baik dengan saya. 414 00:27:21,933 --> 00:27:24,227 Saya tahu awak tak peduli untuk jadi kawan saya. 415 00:27:25,061 --> 00:27:27,647 - Jules, saya peduli. - Kawan saling menyokong. 416 00:27:27,730 --> 00:27:30,483 Saya kongsi baju, bilik dan mak saya dengan awak. 417 00:27:31,651 --> 00:27:32,902 Saya buat orang suka awak. 418 00:27:32,985 --> 00:27:36,864 Awak dapat pengikut sebab saya beri gambar saya kepada Sebastian. 419 00:27:36,948 --> 00:27:37,865 Untuk awak. 420 00:27:37,949 --> 00:27:39,867 - Kemudian rampas dia. - Saya tak berniat. 421 00:27:39,951 --> 00:27:41,953 Sebaik sedarinya, saya jauhi dia. 422 00:27:42,036 --> 00:27:43,746 Awak manipulasi semuanya menjadi aneh. 423 00:27:43,830 --> 00:27:45,998 Malah pelajar kolej itu abang awak yang psiko. 424 00:27:46,082 --> 00:27:48,376 - Saya lindungi awak. - Awak lindungi diri sendiri. 425 00:27:49,627 --> 00:27:53,840 Awak buat semuanya tentang awak. Awak berniat atau tak, saya tak tahu. 426 00:27:53,923 --> 00:27:54,924 Tapi… 427 00:27:57,218 --> 00:27:59,053 bukan persahabatan begini yang saya mahu. 428 00:28:03,808 --> 00:28:05,810 Saya harap saya tahu cara jadi kawan awak. 429 00:28:05,893 --> 00:28:07,645 Saya pernah berharap begitu juga. 430 00:28:11,107 --> 00:28:13,192 Awak tak tahu awak bertuah. 431 00:28:13,276 --> 00:28:14,652 Apa? 432 00:28:15,236 --> 00:28:16,946 Awak tak hargai semua yang awak ada. 433 00:28:19,323 --> 00:28:22,201 Hidup, kawan-kawan, keluarga awak. 434 00:28:25,163 --> 00:28:27,290 Awak tak sedar betapa bertuahnya awak. 435 00:28:41,721 --> 00:28:44,932 Hei, ini Jules. Tinggalkan mesej, tapi ingat, privasi itu ilusi. 436 00:28:45,016 --> 00:28:49,520 Jules, cari Mae dan Helen. Tunggu di sana. Mak dalam perjalanan. 437 00:28:59,363 --> 00:29:02,408 Berikan tepukan kepada Ratu Tuaian tahun ini! 438 00:29:05,077 --> 00:29:07,455 Sekejap lagi, kita akan kira undian. 439 00:29:07,538 --> 00:29:13,544 Kemudian, salah seorang senior atau pelajar tahun dua akan jadi Ratu Tuaian! 440 00:29:25,389 --> 00:29:26,474 - Hei. - Hei. 441 00:29:26,557 --> 00:29:28,309 - Nak beredar? - Sudah tentu. 442 00:29:28,392 --> 00:29:29,644 - Ayuh. - Ya. 443 00:29:31,145 --> 00:29:32,396 Senyum, semua. 444 00:29:35,399 --> 00:29:37,276 - Sangat panas di sana. - Ya. 445 00:29:38,277 --> 00:29:40,446 Dah beritahu mak awak tentang latihan industri? 446 00:29:41,030 --> 00:29:44,492 Ya. Dia tak kisah. Dia akan berbincang dengan ayah saya. 447 00:29:45,076 --> 00:29:46,077 Hebat. 448 00:29:51,833 --> 00:29:53,334 Sudi menari dengan saya? 449 00:29:54,001 --> 00:29:57,046 Awak akan terlepas pengumuman Ratu Tuaian. 450 00:29:58,089 --> 00:29:59,131 Awak boleh menang. 451 00:30:00,925 --> 00:30:02,343 Kemenangan itu berertikah? 452 00:30:47,597 --> 00:30:51,559 Sekarang, saat yang kita nantikan. 453 00:30:51,642 --> 00:30:57,273 Ratu Tuaian Sekolah Tinggi Remmingham tahun ini ialah… 454 00:30:58,107 --> 00:31:00,067 - Siapa? - Siapa orangnya? 455 00:31:01,360 --> 00:31:03,195 …Mae Dodd! 456 00:31:07,074 --> 00:31:08,075 Mae! 457 00:31:14,332 --> 00:31:15,374 Tahniah, Mae! 458 00:31:17,710 --> 00:31:21,589 Terima kasih banyak-banyak. 459 00:31:26,761 --> 00:31:27,887 Tidak. 460 00:31:47,698 --> 00:31:48,783 Mae! 461 00:32:04,882 --> 00:32:05,716 Mae! 462 00:32:20,064 --> 00:32:21,315 Mae! 463 00:32:41,460 --> 00:32:43,629 - Hei, kapten ada? - Ya. Angin dia tak baik. 464 00:32:46,716 --> 00:32:47,717 Bukankah itu anak Mathis? 465 00:32:48,509 --> 00:32:50,761 Beechum soal siasat Peter kes penipuan Windemere. 466 00:32:51,721 --> 00:32:53,973 - Mereka di mana? - Bilik soal siasat dua. 467 00:32:55,766 --> 00:32:58,019 Saya okey. Betul. Saya cuma terkejut, 468 00:32:58,102 --> 00:32:59,770 tapi saya okey. 469 00:33:01,731 --> 00:33:05,192 Kami gagal kesan kereta itu, tapi kami akan terus siasat. 470 00:33:05,985 --> 00:33:07,069 Terima kasih. 471 00:33:07,611 --> 00:33:10,114 - Ada sesiapa boleh jemput awak? - Tak perlu. 472 00:33:10,197 --> 00:33:11,657 Saya akan memandu. 473 00:33:12,283 --> 00:33:14,577 Saya lulus Breathalyzer, bukan? 474 00:33:16,746 --> 00:33:18,789 - Ada sesiapa jumpa telefon saya? - Tak. 475 00:33:18,873 --> 00:33:22,126 - Balik rumah dengan selamat, okey? - Baiklah. 476 00:33:23,127 --> 00:33:25,296 Awak tiada bukti. Bukan Mathis pelakunya. 477 00:33:25,379 --> 00:33:28,382 Hartanah dibakar pada hari pembeli kedua beri tawaran rendah. 478 00:33:28,466 --> 00:33:30,468 - Itu bukti awak? - Tak pasti cara Chicago, 479 00:33:30,551 --> 00:33:32,011 tapi di sini kami tak campur urusan orang lain. 480 00:33:32,094 --> 00:33:34,430 Di Chicago, saya tak tahan orang tanpa sebab. 481 00:33:35,973 --> 00:33:38,684 Biar saya teka bahan bakar yang dijumpai di Windemere. 482 00:33:39,477 --> 00:33:40,478 Berasaskan haiwan. 483 00:33:40,561 --> 00:33:42,813 - Bagaimana awak tahu? - Sebab saya ada saksi. 484 00:33:42,897 --> 00:33:45,524 Dia yang lari dari Amontown, tempat kultus Syaitan, 485 00:33:45,608 --> 00:33:49,779 beritahu mereka pekatkan lemak khinzir kepada gliserin untuk buat pemarak api. 486 00:33:49,862 --> 00:33:53,115 Saya jumpa banyak kes tak selesai sejak 1920-an, 487 00:33:53,199 --> 00:33:55,409 yang disyaki guna pemarak api berasas haiwan. 488 00:33:55,493 --> 00:33:57,286 Semua berlaku berdekatan Daerah Amon 489 00:33:57,369 --> 00:33:59,455 kepada mangsa yang lari dari kultus itu. 490 00:33:59,538 --> 00:34:01,332 Mereka balas dendam menggunakan api. 491 00:34:01,415 --> 00:34:04,585 Apa motif mereka bakar Windemere? Apa Peter Mathis dah buat? 492 00:34:04,668 --> 00:34:06,087 Mae anak ketua kultus itu. 493 00:34:06,170 --> 00:34:08,047 Keluarga Mathis melindungi gadis itu. 494 00:34:08,130 --> 00:34:11,550 Dakwaan awak terhadap Mathis langsung tak berasas. 495 00:34:11,634 --> 00:34:12,968 Kenapa awak tahan dia? 496 00:34:17,848 --> 00:34:19,183 Tolong berhati-hati. 497 00:34:20,518 --> 00:34:23,270 Saya rasa orang Daerah Amon itu ada rakan yang berkuasa. 498 00:34:33,614 --> 00:34:35,658 - En. Mathis. Saya Detektif Lopez. - Ya. 499 00:34:35,741 --> 00:34:37,952 Ketua kes Dodd. Saya bantu Suzanne berkaitan Mae. 500 00:34:38,035 --> 00:34:40,204 Okey, Alex. Dengar, saya tiada kaitan dengannya, 501 00:34:40,287 --> 00:34:42,206 - kebakaran itu bukan… - Saya tahu. 502 00:34:42,915 --> 00:34:44,125 Awak boleh balik. 503 00:34:45,417 --> 00:34:47,461 - Betulkah? - Saya tahu bukan awak yang buat. 504 00:34:49,380 --> 00:34:50,589 Awak tahu siapa yang buat? 505 00:34:51,423 --> 00:34:54,343 Orang di tempat Mae ada kaitan dengannya? Atau… 506 00:34:57,429 --> 00:34:58,514 Bercakap dengan isteri awak. 507 00:35:00,641 --> 00:35:02,434 Jaga keluarga awak, okey? 508 00:35:04,854 --> 00:35:05,855 Okey. 509 00:35:08,107 --> 00:35:09,108 Terima kasih. 510 00:35:17,449 --> 00:35:20,244 - Mak, apa yang berlaku? - Jules! Mana Mae? 511 00:35:20,327 --> 00:35:22,163 Dia tiada di sini. Mak okey? 512 00:35:22,246 --> 00:35:24,582 Ya, Mak okey. Dapat mesej Mak? Mana Mae? 513 00:35:24,665 --> 00:35:25,708 Dia menang Ratu Tuaian, 514 00:35:25,791 --> 00:35:28,043 dan mereka beri dia mawar putih. 515 00:35:28,127 --> 00:35:29,420 - Apa? - Saya cari merata tempat. 516 00:35:29,503 --> 00:35:32,214 - Dia tak ada. - Beri telefon kamu. Telefon Mak hilang. 517 00:35:41,891 --> 00:35:45,269 Lopez. Pejabat saya, sekarang. 518 00:35:47,771 --> 00:35:49,773 PEMANGGIL TIDAK DIKENALI 519 00:35:52,234 --> 00:35:53,527 Mereka culik Mae. 520 00:35:53,611 --> 00:35:56,113 Telefon saya hilang, tapi saya akan selamatkan dia. 521 00:35:56,822 --> 00:35:59,491 - Telefon ayah kamu. Suruh dia jemput. - Tak… Tunggu, Mak! 522 00:35:59,575 --> 00:36:02,786 Mak tak boleh biar dia pulang ke sana, okey? Mereka akan cederakan dia. 523 00:36:02,870 --> 00:36:04,496 Telefon polis! Atau tunggu Ayah! 524 00:36:04,580 --> 00:36:08,542 Mak tak boleh tinggalkan dia di sana, Jules. Dia tak selamat, okey? 525 00:36:08,626 --> 00:36:10,336 Mak perlu selamatkan dia. 526 00:36:10,419 --> 00:36:11,795 Mak. 527 00:36:11,879 --> 00:36:14,924 Telefon saja ayah kamu. Semuanya akan okey. 528 00:36:28,687 --> 00:36:30,564 Dengan darah kita berpecah. 529 00:36:31,982 --> 00:36:34,526 Dengan darah kita lahir. 530 00:38:43,030 --> 00:38:48,035 Terjemahan sari kata oleh: Ila Hamid