1 00:00:06,049 --> 00:00:08,968 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:19,353 --> 00:00:22,356 - Okey, awak sedia nak dengar? - Tak, tapi teruskan. 3 00:00:22,940 --> 00:00:26,069 Saya lalu di High Line untuk pergi makan malam, 4 00:00:26,152 --> 00:00:27,612 sambil menikmati alam. 5 00:00:27,695 --> 00:00:29,739 Itu juga jalan pintas rahsia saya. 6 00:00:29,822 --> 00:00:32,784 Tak perlu melalut. Awak di High Line, kemudian? 7 00:00:32,867 --> 00:00:37,288 Saya melintasi kondominium baru yang mewah ini dan fikir, 8 00:00:37,371 --> 00:00:39,749 "Rumah ini untuk orang suka menunjuk." 9 00:00:39,832 --> 00:00:42,794 Macam iklan pelacur pada cermin kedai di Amsterdam. 10 00:00:42,877 --> 00:00:46,255 Saya bukan menilai pelacur. Mereka cuma buat kerja mereka. 11 00:00:46,339 --> 00:00:48,174 - Suzanne! - Baiklah. 12 00:00:48,257 --> 00:00:50,593 Sambil saya berfikir-fikir begitu, 13 00:00:51,094 --> 00:00:53,846 saya nampak Colin di salah satu apartment ini 14 00:00:53,930 --> 00:00:56,390 mengangkut beberapa kotak barang 15 00:00:56,474 --> 00:00:57,975 dengan Tyler. 16 00:01:08,277 --> 00:01:10,238 Colin tinggalkan saya demi Tyler? 17 00:01:10,321 --> 00:01:13,866 Kenapa saya nampak? Saya selalu nampak benda tak sepatutnya. 18 00:01:13,950 --> 00:01:16,619 Semasa naik pengangkutan awam juga sama. 19 00:01:16,702 --> 00:01:21,666 Kecurangan yang sangat klise. Dia separuh umur Colin. 20 00:01:21,749 --> 00:01:24,627 Ya, perkara sama lelaki selalu buat pada wanita. 21 00:01:24,710 --> 00:01:27,380 Siapa sangka lelaki homoseksual juga teruk? 22 00:01:27,463 --> 00:01:29,006 Cuma rambut lebih bergaya. 23 00:01:29,090 --> 00:01:31,634 Tunggu, bagaimana Colin kenal Tyler? 24 00:01:31,717 --> 00:01:32,969 Entah… 25 00:01:35,096 --> 00:01:36,889 - Oh, Tuhan. - Apa? 26 00:01:36,973 --> 00:01:41,435 Mereka jumpa di parti Krismas syarikat kita. Saya perkenalkan mereka. 27 00:01:42,186 --> 00:01:47,608 Kemudian, malam itu, kami lihat akaun Instagram Tyler bersama-sama 28 00:01:47,692 --> 00:01:51,404 sambil ketawakan swafotonya yang dahagakan perhatian. 29 00:01:51,487 --> 00:01:55,783 Nampaknya banyak yang awak berdua perlu bincang di sesi terapi seterusnya. 30 00:01:55,867 --> 00:01:57,827 Kami takkan hadirinya lagi. 31 00:01:58,661 --> 00:02:03,499 Colin mesej cakap tiada apa lagi perlu diperbaiki. Baru saya tahu sebabnya. 32 00:02:03,583 --> 00:02:06,294 Saya bersimpati, sayang. 33 00:02:11,299 --> 00:02:13,134 Apa awak buat? Tunggu, apa… 34 00:02:13,217 --> 00:02:16,095 - Biar dia tahu saya dah tahu. - Jangan. Beri. 35 00:02:16,179 --> 00:02:17,680 - Biar betul? - Beri saya! 36 00:02:17,763 --> 00:02:20,308 Jangan hantar mesej, jangan berkomunikasi. 37 00:02:20,391 --> 00:02:25,479 Awak akan nampak lemah. Tak berkesan pun. Kalau tak, saya dah berkahwin lapan kali. 38 00:02:25,563 --> 00:02:29,150 Begini, saya akan sediakan pembentangan untuk Claire Lewis. 39 00:02:29,734 --> 00:02:32,737 Awak boleh tunjukkan apartmen Jalan Chrystie esok? 40 00:02:32,820 --> 00:02:34,780 Jika tak, saya boleh ganti awak. 41 00:02:34,864 --> 00:02:39,327 Terima kasih, tapi saya perlu bekerja. Kerja dapat kekalkan kewarasan saya. 42 00:02:39,410 --> 00:02:42,788 Baiklah, apa saya cakap ini mungkin kedengaran gila, tapi, 43 00:02:43,539 --> 00:02:45,499 saya percayakan awak dan Colin. 44 00:02:47,418 --> 00:02:48,628 Dia Scorpio, bukan? 45 00:02:48,711 --> 00:02:49,962 Ya, kenapa? 46 00:02:50,046 --> 00:02:54,675 Scorpio tak boleh buat keputusan. Awak tengok saja. Dia akan kembali. 47 00:03:42,056 --> 00:03:45,059 AWAK TINGGALKAN BANYAK BARANG DI SINI 48 00:03:45,142 --> 00:03:50,898 TERMASUK BLACKBERRY YANG MUNGKIN LEBIH TUA DARIPADA TEMAN LELAKI BARU AWAK. 49 00:03:50,982 --> 00:03:56,320 APA KATA SAYA HANTAR KE RUMAH KELAMIN BARU AWAK? 50 00:03:58,239 --> 00:04:04,620 APA KATA SAYA HANTAR KE SARANG CINTA BARU 51 00:04:07,039 --> 00:04:09,667 APA KATA SAYA HANTAR KE RUMAH SEWA AWAK 52 00:04:20,303 --> 00:04:22,305 SIAPA YANG MENONTON NETFLIX? 53 00:05:00,343 --> 00:05:01,427 Tidak. 54 00:05:02,178 --> 00:05:03,721 Tidak! 55 00:05:04,388 --> 00:05:05,931 Tidak! 56 00:05:16,317 --> 00:05:18,486 TUNJUK RUMAH JALAN CHRYSTIE HARI INI 57 00:05:22,990 --> 00:05:24,533 - Michael. - Diane, saya… 58 00:05:24,617 --> 00:05:28,120 Architectural Digest milik Colin masuk peti surat saya lagi. 59 00:05:28,204 --> 00:05:30,164 Nak tahu kenapa saya asyik dapat? 60 00:05:30,247 --> 00:05:32,249 - Kenapa? - Awak tak periksa surat. 61 00:05:32,333 --> 00:05:35,878 NaskahThe Economist milik dia terbiar di belebas peti surat. 62 00:05:35,961 --> 00:05:37,421 Ini ruang umum. 63 00:05:37,505 --> 00:05:40,549 Dia sibuk sangatkah sehingga tak sempat ambil surat? 64 00:05:42,635 --> 00:05:43,469 Saya ambilkan. 65 00:05:43,552 --> 00:05:46,055 Isu bulan lepas ada dalam bilik air saya. 66 00:05:46,639 --> 00:05:47,765 Bergurau saja. 67 00:05:53,562 --> 00:05:55,523 DATANG KE SINI AMBIL SURAT AWAK, 68 00:05:55,606 --> 00:05:57,191 SI PENIPU TAK GUNA. 69 00:05:58,692 --> 00:06:01,612 APA SAYA NAK BUAT DENGAN SURAT AWAK? 70 00:06:01,695 --> 00:06:04,281 SAYA BOLEH HANTARKANNYA KE LEMBAH PENIPU. 71 00:06:07,493 --> 00:06:11,163 SAYA ADA SURAT AWAK. SAYA SANGAT RINDUKAN AWAK… 72 00:06:22,800 --> 00:06:23,801 Michael! 73 00:06:25,803 --> 00:06:27,430 Dah 15 minit kami di sini. 74 00:06:28,556 --> 00:06:31,142 Semuanya okey? Awak menangis? 75 00:06:31,725 --> 00:06:35,146 Tak, saya tak apa-apa. Alahan. Maaf kerana lambat. 76 00:06:36,021 --> 00:06:38,315 Agak biadab, tapi kami tetap tunggu. 77 00:06:39,525 --> 00:06:40,401 Terima kasih. 78 00:06:44,155 --> 00:06:47,366 Ada dua bilik tidur terpisah, dua bilik mandi lengkap, 79 00:06:47,450 --> 00:06:51,620 dengan susun atur garis A, yang mana susun atur terbaik. 80 00:06:52,872 --> 00:06:55,291 Ia dilengkapi tingkap spesifikasi baru, 81 00:06:55,374 --> 00:06:58,335 yang menepati penilaian bangunan baru. 82 00:06:58,419 --> 00:06:59,336 Kenapa pindah? 83 00:06:59,420 --> 00:07:01,714 Keluarga mereka semakin besar, 84 00:07:01,797 --> 00:07:04,675 jadi mereka akan berpindah ke New Jersey. 85 00:07:05,301 --> 00:07:06,510 Sedihnya. 86 00:07:07,511 --> 00:07:10,347 Saya membesar di New Jersey, jadi saya faham. 87 00:07:11,599 --> 00:07:13,142 Awak berdua dari mana? 88 00:07:13,642 --> 00:07:17,104 Kami tinggal asing di Brooklyn. Ini apartmen pertama kami. 89 00:07:19,648 --> 00:07:20,941 Langkah yang besar. 90 00:07:22,151 --> 00:07:25,321 Perasaan yang paling membahagiakan 91 00:07:25,404 --> 00:07:28,824 untuk cari sesuatu yang awak suka dan gelarnya rumah awak. 92 00:07:29,742 --> 00:07:31,994 - Rumahku syurgaku. - Tepat sekali. 93 00:07:32,661 --> 00:07:34,038 Ia patut kekal begitu. 94 00:07:35,831 --> 00:07:37,917 Boleh kami lihat sendirian? 95 00:07:38,000 --> 00:07:39,376 Ya. Ambil masa awak. 96 00:07:43,088 --> 00:07:44,924 Apa khabar suami kacak awak? 97 00:07:47,009 --> 00:07:48,260 Khabar baik. Kenapa? 98 00:07:48,344 --> 00:07:50,804 Saya tanya saja. Awak sangat bertuah. 99 00:07:59,271 --> 00:08:00,523 Janganlah. 100 00:08:03,817 --> 00:08:06,862 Ia belum secara rasminya masuk pasaran. 101 00:08:06,946 --> 00:08:09,281 Jualan hartanah. Keluarga itu nak jual. 102 00:08:09,365 --> 00:08:11,784 - Sebab itu murah. - Ada sesiapa mati? 103 00:08:12,326 --> 00:08:15,329 - Tak, mereka perlu dedahkannya. - Saya takut hantu. 104 00:08:15,412 --> 00:08:20,000 Kalau saya nampak, saya akan jemput mereka ke 105 00:08:21,252 --> 00:08:22,461 teres kita! 106 00:08:23,254 --> 00:08:24,213 Saya tahu! 107 00:08:24,797 --> 00:08:27,633 Saya kira jumlahnya. Jika kita guna wang simpanan 108 00:08:27,716 --> 00:08:29,426 untuk jadikan bayaran muka, 109 00:08:29,510 --> 00:08:31,595 bayaran bulanan kita lebih murah. 110 00:08:33,055 --> 00:08:35,975 Saya boleh adakan parti makan malam dan permainan? 111 00:08:36,058 --> 00:08:37,017 Ya. 112 00:08:37,851 --> 00:08:39,019 Bagus. 113 00:08:49,238 --> 00:08:52,449 Suami awak pasti ada ramai kawan. Kenalkan kepada saya. 114 00:08:57,496 --> 00:08:59,456 Mereka mungkin akan buat tawaran. 115 00:09:00,249 --> 00:09:03,377 Pastikan tawaran mereka dua juta. Kita dah tolak 1.9. 116 00:09:03,460 --> 00:09:05,713 - Bila? - Bulan lepas. Tak perlu duit. 117 00:09:05,796 --> 00:09:08,591 Semua orang perlukan duit. Kecuali awak. 118 00:09:09,091 --> 00:09:11,135 Dengan suami awak yang kaya. 119 00:09:11,218 --> 00:09:15,598 Kami ada akaun bank sendiri. Itu bukan urusan awak. 120 00:09:15,681 --> 00:09:18,517 Kenapa mudah tersentuh? Saya cuma nak berbual. 121 00:09:18,601 --> 00:09:20,436 Ia sangat cantik. 122 00:09:20,936 --> 00:09:23,439 Boleh kami duduk dan rasai suasananya? 123 00:09:23,522 --> 00:09:28,152 Dah tentu. Ambil masa yang awak perlu. Saya akan tunggu di dalam sini. 124 00:09:49,632 --> 00:09:52,509 UNTUK AWAK, KENANGAN 15 DISEMBER 2021 125 00:10:05,981 --> 00:10:07,608 Tak guna! 126 00:10:08,359 --> 00:10:11,487 Mereka suka apartmen ini. Saya akan cuba pujuk mereka. 127 00:10:12,571 --> 00:10:13,614 Saya suka mereka. 128 00:10:14,823 --> 00:10:16,700 Saya harap mereka dapat. 129 00:10:18,202 --> 00:10:21,830 Saya rasa sangsi. Ada masalah dengan apartmen ini? Bising? 130 00:10:21,914 --> 00:10:25,125 Tikus? Bau busuk? Baik awak beritahu saya sekarang. 131 00:10:25,209 --> 00:10:26,752 Tiada apa-apa, betul. 132 00:10:27,628 --> 00:10:29,713 Saya hanya penyokong cinta. 133 00:10:38,180 --> 00:10:39,640 Ini dia perampas Colin. 134 00:10:40,641 --> 00:10:42,142 Comel. Berapa umurnya? 135 00:10:42,226 --> 00:10:46,605 Dia tak comel. Dia jahat. Rambut perang itu nampak macam pewarna. 136 00:10:46,689 --> 00:10:49,983 Bagaimana rupa saya berambut perang? Pasti menyerlah. 137 00:10:51,276 --> 00:10:52,986 Bagaimana awak tahu? 138 00:10:53,070 --> 00:10:56,240 Suzanne nampak mereka pindah ke apartmen baru Colin. 139 00:10:56,323 --> 00:10:58,200 Kenapalah dia beritahu awak? 140 00:10:58,283 --> 00:11:00,411 Dah tentu dia beritahu. Dia nampak. 141 00:11:00,494 --> 00:11:02,413 Itukah lelaki kacak awak benci? 142 00:11:02,913 --> 00:11:04,581 - Saya ikut dia. - Nyahikut. 143 00:11:04,665 --> 00:11:07,710 Ini parti Krismas syarikat. Saya kenalkan mereka. 144 00:11:07,793 --> 00:11:09,712 Kejam. Lakukan hubungan sulit. 145 00:11:09,795 --> 00:11:13,424 Bukan. Dia tinggalkan saya demi Tyler, tapi takut nak mengaku. 146 00:11:13,507 --> 00:11:18,053 Bagus juga Colin bersama lelaki muda. Biar dia nikmati hubungan singkat itu. 147 00:11:18,137 --> 00:11:20,597 Dia akan sedar ada teman lelaki muda 148 00:11:20,681 --> 00:11:24,643 adalah kehidupan dangkal, kosong dan tiada arah. Jangan tersinggung. 149 00:11:24,727 --> 00:11:27,730 Sebenarnya, ia beri kehidupan seks yang hebat. 150 00:11:28,313 --> 00:11:30,566 - Awak ingat seks? - Samar-samar. 151 00:11:31,275 --> 00:11:32,651 Awak tak membantu pun. 152 00:11:32,735 --> 00:11:36,155 Syarikat kami sertai makan malam Pemeliharaan Central Park. 153 00:11:36,238 --> 00:11:40,701 Tyler akan datang. Saya takut saya tertikam pisau stik di lehernya. 154 00:11:40,784 --> 00:11:42,536 Itu fantasi yang bagus, 155 00:11:42,619 --> 00:11:46,582 tapi awak patut bertenang sehingga situasi ini reda. 156 00:11:46,665 --> 00:11:47,499 Yakah? 157 00:11:48,959 --> 00:11:50,794 Awak tak rasa ia dah berakhir? 158 00:11:50,878 --> 00:11:53,672 Tak. Saya tak rasa ia dah berakhir. 159 00:11:53,756 --> 00:11:58,093 Pasangan berpisah dan bersama semula. Macam pasangan Jonathan. 160 00:11:58,177 --> 00:12:01,597 Betul. Mereka berpisah beberapa bulan beberapa tahun lalu 161 00:12:01,680 --> 00:12:03,515 ketika Jonathan bersama Jorge, 162 00:12:03,599 --> 00:12:06,518 ejen pelancongan Mexico yang seiras Ricky Martin. 163 00:12:06,602 --> 00:12:08,604 Hampir pindah ke Puerto Vallarta. 164 00:12:08,687 --> 00:12:10,230 Ingat dia suka tempat itu. 165 00:12:10,314 --> 00:12:14,109 Suka dua minggu. Kemudian macam di quinceañera homoseksual. 166 00:12:14,193 --> 00:12:19,406 Itu cuma hubungan sementara. Dia cuba hubungan itu, dan mereka kembali bersama. 167 00:12:19,490 --> 00:12:20,991 Itu beri saya harapan. 168 00:12:21,074 --> 00:12:23,494 Okey, bunyinya dah macam kisah tauladan. 169 00:12:23,577 --> 00:12:27,706 Tolong jangan ada anak dengan Colin. Saya tiada teman nak keluar makan. 170 00:12:27,790 --> 00:12:31,418 Betul. Kita juga terlalu tua untuk cari kawan baru. 171 00:12:44,223 --> 00:12:45,891 Hei, Jack. Hei, Millie. 172 00:12:50,687 --> 00:12:53,649 Saya bersimpati tentang awak dan Colin. 173 00:12:53,732 --> 00:12:54,775 Apa maksud awak? 174 00:12:55,734 --> 00:12:56,985 Kalian dah berpisah. 175 00:12:58,070 --> 00:13:00,989 - Kenapa awak fikir begitu? - Kotak, beg pakaian. 176 00:13:01,073 --> 00:13:02,616 Trak U-Haul di depan. 177 00:13:03,325 --> 00:13:06,537 Seorang lelaki muda dan kacak bantu dia. 178 00:13:06,620 --> 00:13:10,165 Ia seperti permulaan puisi kegemaran saya, 179 00:13:10,249 --> 00:13:11,708 Kemas Kotak Saya. 180 00:13:12,209 --> 00:13:14,336 Saya masih ada pemain VHS 181 00:13:15,587 --> 00:13:17,089 jika awak nak lihatnya. 182 00:13:17,172 --> 00:13:20,843 Terima kasih. VCR saya dicuri tahun 1992. 183 00:13:21,343 --> 00:13:22,302 Apa pun, 184 00:13:23,136 --> 00:13:24,555 biarlah apa orang kata. 185 00:13:25,055 --> 00:13:27,891 Saya selalu rasa awak yang kacak. 186 00:13:29,685 --> 00:13:30,561 Terima kasih? 187 00:13:33,188 --> 00:13:34,690 Dia ada cakap apa-apa? 188 00:13:34,773 --> 00:13:35,607 Ya. 189 00:13:35,691 --> 00:13:36,775 "Selamat tinggal." 190 00:13:38,026 --> 00:13:40,112 Lelaki memang menyakitkan hati. 191 00:13:51,915 --> 00:13:54,459 Colin akan ambil Wall Street Journal ini 192 00:13:54,543 --> 00:13:56,295 atau dia akan biarkan saja? 193 00:13:56,378 --> 00:13:57,629 Saya akan uruskannya. 194 00:14:08,348 --> 00:14:13,937 - Selamat Hari Pemeliharaan Central Park. - Awak sangat cantik malam ini. 195 00:14:14,438 --> 00:14:16,273 Awak bukan pelanggan saya. 196 00:14:17,107 --> 00:14:19,109 - Mungkin awak perlu ini. - Kenapa? 197 00:14:19,735 --> 00:14:21,737 - Berita baik, buruk. - Buruk. 198 00:14:21,820 --> 00:14:23,488 Tyler duduk di sebelah awak. 199 00:14:23,572 --> 00:14:25,198 Dia bawa kekasih barunya? 200 00:14:25,282 --> 00:14:27,743 Tidak. Dia tak berteman. Sama macam kita. 201 00:14:28,243 --> 00:14:30,579 Berita baik. Claire Lewis ada di sini. 202 00:14:30,662 --> 00:14:31,788 Kalian dah berbual? 203 00:14:31,872 --> 00:14:34,958 Saya mula nak berbual tapi dia hulurkan gelas arak 204 00:14:35,042 --> 00:14:36,710 dan kata, "Saya nak lagi." 205 00:14:36,793 --> 00:14:37,753 Di mana dia? 206 00:14:37,836 --> 00:14:39,880 Di dalam, membida lelongan senyap. 207 00:14:39,963 --> 00:14:43,967 Saya nak bertegur sapa dan cakap kita teruja untuk jual apartmen dia. 208 00:14:44,051 --> 00:14:44,968 Bagus. 209 00:14:46,678 --> 00:14:47,512 Terima kasih. 210 00:14:48,263 --> 00:14:49,890 Tak. Itu untuk Claire. 211 00:14:52,601 --> 00:14:54,478 Claire! Michael Lawson. 212 00:14:54,561 --> 00:14:55,979 Maaf. Saya kenal awak? 213 00:14:56,063 --> 00:14:58,023 Michael Lawson, kawan Stanley? 214 00:14:58,774 --> 00:15:01,568 Ejen hartanah yang datang melawat rumah awak. 215 00:15:02,486 --> 00:15:06,281 Ya. Maafkan saya. Ramai yang datang melawat. 216 00:15:07,032 --> 00:15:09,159 Awak pula pakai tuksedo. 217 00:15:09,826 --> 00:15:11,662 Nampak sama macam lelaki lain. 218 00:15:11,745 --> 00:15:14,915 Nampak lelaki gemuk bertuksedo, saya ingat suami saya. 219 00:15:17,834 --> 00:15:18,794 Membida sesuatu? 220 00:15:19,795 --> 00:15:24,883 Seminggu di Amanyara di Turks dan Caicos. Mungkin saya boleh bawa anak gadis saya. 221 00:15:25,425 --> 00:15:29,054 Tapi dia tak nak dipanggil begitu sebab dia kini bukan binari. 222 00:15:29,137 --> 00:15:32,057 Idea untuk berkongsi bilik dengan anak gadis saya, 223 00:15:32,140 --> 00:15:34,434 maaf, dengan dia, 224 00:15:35,018 --> 00:15:36,853 sebenarnya tak seperti bercuti. 225 00:15:37,604 --> 00:15:42,985 Tapi mungkin saya akan ada cinta baru dalam masa "Tarikh luput setahun. 226 00:15:43,068 --> 00:15:45,278 Tak termasuk sarapan dan pesawat." 227 00:15:45,362 --> 00:15:47,781 - Saya pasti awak boleh. - Ya. 228 00:15:47,864 --> 00:15:50,659 Mungkin juga ia tak mungkin terjadi. 229 00:15:52,327 --> 00:15:54,538 Saya dan rakan kerja saya teruja 230 00:15:54,621 --> 00:15:58,125 untuk tunjuk pembentangan kami sediakan untuk apartmen awak. 231 00:15:59,042 --> 00:16:01,837 Masa awak pasarkannya memang tepat. 232 00:16:01,920 --> 00:16:04,923 Saya memang handal tentukan masa yang tepat. 233 00:16:06,091 --> 00:16:07,467 Sebaik saja dia pergi, 234 00:16:07,551 --> 00:16:11,138 saya tanya suami saya kenapa dia mula cukur bulu kemaluannya? 235 00:16:11,221 --> 00:16:13,682 Dia nak sepadan dengan kepala botaknya? 236 00:16:13,765 --> 00:16:15,183 Awak tahu apa dia cakap? 237 00:16:16,101 --> 00:16:18,562 "Saya gembira awak tanya, Claire. 238 00:16:18,645 --> 00:16:21,231 Masa yang tepat. Saya buat untuk Layla." 239 00:16:22,983 --> 00:16:24,526 Tanyalah, "Siapa Layla?" 240 00:16:26,153 --> 00:16:26,987 Siapa Layla? 241 00:16:27,070 --> 00:16:29,448 Pengajar Pilates dia berusia 25 tahun 242 00:16:29,531 --> 00:16:33,452 yang dia mahu kongsikan separuh lagi masa hidupnya. 243 00:16:33,535 --> 00:16:34,995 Separuh masa lagi! 244 00:16:35,078 --> 00:16:38,957 Sebab lelaki gemuk selalunya hidup sehingga 130 tahun. 245 00:16:43,253 --> 00:16:45,881 - Awak duduk di mana? - Di sana dengan kawan. 246 00:16:46,381 --> 00:16:49,009 Pakar terapi saya cakap saya perlu keluar 247 00:16:49,092 --> 00:16:53,305 walaupun ketika saya keberatan, dan itulah yang saya buat di sini. 248 00:16:53,847 --> 00:16:56,767 Saya gembira awak datang kerana awak nampak hebat 249 00:16:57,601 --> 00:17:03,648 dan awak tak patut sorokkan diri daripada dunia. 250 00:17:03,732 --> 00:17:05,484 Awak dah dapat lawatan itu. 251 00:17:06,777 --> 00:17:09,780 - Saya nak ke meja saya. - Okey. Harap semua lancar. 252 00:17:10,363 --> 00:17:11,907 Jangan lawan bidaan saya. 253 00:17:11,990 --> 00:17:13,366 Saya janji takkan bida. 254 00:17:20,624 --> 00:17:26,254 CLAIRE LEWIS $3000 TYLER HAWKINS $5000 255 00:17:28,215 --> 00:17:29,257 Menjaga bangku, 256 00:17:29,341 --> 00:17:33,303 sediakan jalan berbatu, menderma bunga, membiayai pokok. 257 00:17:33,386 --> 00:17:37,766 Ada banyak cara menyokong taman gemilang milik semua orang New York ini. 258 00:17:37,849 --> 00:17:40,227 Jadi, selamat menjamu selera. 259 00:17:41,978 --> 00:17:45,232 - Nampaknya Tyler tak datang. - Ya, tak mengejutkan. 260 00:17:45,941 --> 00:17:47,692 Dia tak mahu berjumpa saya. 261 00:17:47,776 --> 00:17:50,028 Tapi dia tak boleh mengelak selamanya. 262 00:17:50,112 --> 00:17:54,282 Orang sanggup buat apa saja untuk mengelak konfrontasi. 263 00:17:54,366 --> 00:17:56,660 - Ciri utama sikap narsisistik. - Ya! 264 00:17:56,743 --> 00:18:00,122 Ada yang keluarkan barang dari rumah secara rahsia 265 00:18:00,205 --> 00:18:01,915 sebelum berpisah dengan awak. 266 00:18:06,086 --> 00:18:07,170 Itu pun dia. 267 00:18:09,881 --> 00:18:13,135 Pasti dia nampak saya tapi dia takut nak datang ke sini. 268 00:18:16,138 --> 00:18:18,098 - Tidak. - Apa awak buat? 269 00:18:18,181 --> 00:18:20,392 Saya perlu jumpa dia. Ini mengarut. 270 00:18:20,475 --> 00:18:22,978 - Bukan di sini. Awak agak mabuk. - Lepas. 271 00:18:23,061 --> 00:18:25,272 Jangan bergaduh di majlis amal. 272 00:18:25,355 --> 00:18:26,690 Jangan masuk… 273 00:18:26,773 --> 00:18:28,942 Awak tak pandai lawan! 274 00:18:34,698 --> 00:18:36,616 Tyler. 275 00:18:37,534 --> 00:18:38,451 Helo, Michael. 276 00:18:38,535 --> 00:18:41,746 - Saya nak tahu bila ia bermula. - Bila apa yang mula? 277 00:18:41,830 --> 00:18:44,833 Tolonglah. Awak mengelak bertembung dengan saya. 278 00:18:44,916 --> 00:18:47,294 Awak takut untuk duduk di tempat awak. 279 00:18:47,377 --> 00:18:52,257 Saya duduk dengan mak saya. Dia penganjur majlis ini dan kami ada meja sendiri. 280 00:18:52,340 --> 00:18:57,304 Empire Realty beli meja kerana saya. Sebab itu awak di sini. 281 00:18:57,387 --> 00:18:59,931 Saya tahu apa hubungan awak dan Colin. 282 00:19:00,015 --> 00:19:03,518 Jiran saya nampak awak tolong dia pindah dari bangunan saya. 283 00:19:04,102 --> 00:19:06,897 Saya dah agak perkara ini mungkin jadi janggal. 284 00:19:06,980 --> 00:19:09,441 Janggal? Biar betul? 285 00:19:10,317 --> 00:19:14,613 Awak rosakkan hubungan saya dan awak rasa ia mungkin janggal? 286 00:19:14,696 --> 00:19:18,200 Apa maksud awak? Saya simpati Colin tinggalkan awak, 287 00:19:18,283 --> 00:19:21,578 tapi hubungan kami sekadar ejen hartanah dan pembeli. 288 00:19:22,412 --> 00:19:24,206 Awak ingat saya percaya? 289 00:19:24,289 --> 00:19:27,876 Suzanne nampak awak bersama dia di apartmennya di High Line. 290 00:19:27,959 --> 00:19:30,045 Saya tolong dia pindahkan barang. 291 00:19:30,128 --> 00:19:33,215 Saya beri perkhidmatan itu kepada semua klien saya. 292 00:19:33,298 --> 00:19:35,258 Itu namanya usaha lebih sikit. 293 00:19:35,342 --> 00:19:38,094 Tapi saya tiada hubungan sulit dengan Colin. 294 00:19:40,055 --> 00:19:40,889 Dia dah tua. 295 00:19:41,556 --> 00:19:43,934 Tak begitu tua. Tua sikit daripada saya. 296 00:19:44,017 --> 00:19:45,352 Awak yang lebih muda? 297 00:19:46,978 --> 00:19:50,607 Untuk pengetahuan awak, saya tak nampak tanda ada lelaki lain. 298 00:19:50,690 --> 00:19:54,986 Saya tak rasa dia tinggalkan awak untuk sesiapa. Saya perlu ke meja saya. 299 00:19:55,487 --> 00:19:56,321 Maaf. 300 00:19:58,323 --> 00:20:01,910 Satu lagi. Berhenti ganggu Claire Lewis tentang apartmennya. 301 00:20:02,702 --> 00:20:03,954 Sangat memalukan. 302 00:20:04,037 --> 00:20:07,040 Saya dah beritahu awak, dia kawan mak saya. 303 00:20:07,123 --> 00:20:08,541 Saya akan jadi ejennya. 304 00:20:34,359 --> 00:20:35,193 Bagaimana? 305 00:20:37,654 --> 00:20:39,823 Colin tiada hubungan sulit. 306 00:20:41,449 --> 00:20:45,370 Dia tak tinggalkan saya untuk Tyler atau sesiapa. 307 00:20:46,037 --> 00:20:49,040 Dia cuma nak tinggalkan saya. 308 00:20:51,251 --> 00:20:53,086 Buat saya rasa lebih teruk. 309 00:21:01,970 --> 00:21:04,472 Saya rasa sangat puas beritahu diri saya 310 00:21:04,556 --> 00:21:08,226 Colin tinggalkan saya demi Tyler sebab dia akan nampak dangkal, 311 00:21:08,310 --> 00:21:11,104 tapi Tyler hanya bantu dia melarikan diri 312 00:21:11,187 --> 00:21:13,523 macamlah saya jadikan dia tebusan. 313 00:21:15,066 --> 00:21:17,444 Apa saya nak buat dengan rasa marah ini? 314 00:21:17,527 --> 00:21:20,155 Salurkan rasa itu ke dalam kerja awak. 315 00:21:20,655 --> 00:21:23,992 Tunggu sehingga Claire lihat pembentangan kita sediakan. 316 00:21:24,075 --> 00:21:26,494 Saya tak peduli dia kawan mak Tyler. 317 00:21:26,578 --> 00:21:30,290 Tak mungkin dia amanahkan apartmennya kepada budak penipu itu. 318 00:21:30,373 --> 00:21:32,125 Kita perlu tegas kali ini. 319 00:21:35,253 --> 00:21:36,087 - Sial. - Sial. 320 00:21:37,088 --> 00:21:40,175 "Malangnya, Cik Lewis tak dapat jumpa anda sekarang. 321 00:21:40,258 --> 00:21:42,427 Terima kasih atas kerjasama anda. 322 00:21:42,510 --> 00:21:43,762 Dicatat, tak dibaca." 323 00:21:46,181 --> 00:21:47,265 Kita dipermainkan. 324 00:21:55,273 --> 00:21:56,232 Bukan kali ini. 325 00:22:01,696 --> 00:22:03,406 Maaf. Ada kecemasan. 326 00:22:04,657 --> 00:22:05,909 Jalan 71 Park Avenue. 327 00:22:10,872 --> 00:22:11,706 Claire! 328 00:22:14,834 --> 00:22:15,919 Claire! 329 00:22:16,753 --> 00:22:20,131 Michael, apa saya cakap tentang suara kuat di lobi? 330 00:22:20,924 --> 00:22:21,758 Maafkan saya. 331 00:22:23,259 --> 00:22:24,344 Tak apa, Freddy. 332 00:22:25,762 --> 00:22:28,139 Claire, jangan pilih Tyler sebagai ejen. 333 00:22:28,890 --> 00:22:33,520 Saya akan kerja keras untuk awak dan saya faham apa awak lalui. 334 00:22:33,603 --> 00:22:37,649 Yakah? Awak? Awak faham apa yang saya lalui? 335 00:22:37,732 --> 00:22:40,151 Ya. Saya juga baru ditinggalkan, 336 00:22:40,235 --> 00:22:42,112 selepas 17 tahun. 337 00:22:42,195 --> 00:22:44,114 Saya tak tahu apa berlaku. 338 00:22:44,697 --> 00:22:48,535 Malah, saya masih mencari sedikit alasan atau sebab yang bodoh 339 00:22:48,618 --> 00:22:50,870 untuk buat saya percaya ia tak benar. 340 00:22:50,954 --> 00:22:52,163 Tapi ia benar. 341 00:22:54,249 --> 00:22:58,336 Saya ditinggalkan lelaki yang saya nak habiskan sisa hidup bersamanya. 342 00:22:58,920 --> 00:23:01,464 Michael, saya bersimpati. 343 00:23:02,674 --> 00:23:05,009 Tapi awak rasa itu perkara yang sama? 344 00:23:05,093 --> 00:23:09,806 Awak tahu tak bagaimana rasanya jadi bujang semula untuk wanita sebaya saya? 345 00:23:10,432 --> 00:23:14,811 Awak tahu apa rasanya jadi bujang lagi bagi lelaki homoseksual sebaya saya? 346 00:23:14,894 --> 00:23:16,062 Saya dah tua. 347 00:23:16,646 --> 00:23:17,814 Awak masih comel. 348 00:23:17,897 --> 00:23:19,274 Awak masih cantik! 349 00:23:24,571 --> 00:23:26,906 Tyler ambil 6%. 350 00:23:27,699 --> 00:23:30,034 Boleh awak potong komisen awak? 351 00:23:32,078 --> 00:23:33,621 Ya, jika itu yang perlu. 352 00:23:34,414 --> 00:23:36,040 Mak dia pasti sangat marah. 353 00:23:36,124 --> 00:23:39,711 Ia pasti berbaloi. Saya akan bekerja keras untuk awak 354 00:23:39,794 --> 00:23:42,005 dan kita akan berseronok. 355 00:23:42,088 --> 00:23:45,008 Bagus. Saya perlukan keseronokan. 356 00:23:46,342 --> 00:23:48,553 Tapi, Michael, satu perkara lagi. 357 00:23:49,179 --> 00:23:53,433 Jika awak lelaki, saya tak kisah berapa umur awak atau siapa awak tiduri, 358 00:23:53,516 --> 00:23:54,934 hidup awak lebih mudah. 359 00:23:56,394 --> 00:23:57,562 Mengaku sajalah. 360 00:23:57,645 --> 00:23:58,688 Mengakulah. 361 00:24:00,356 --> 00:24:02,317 Kita perlu bandingkannya, Claire. 362 00:24:04,903 --> 00:24:06,738 Tak sabar untuk itu. 363 00:24:06,821 --> 00:24:10,241 Awak mesti dapatkan saya banyak duit untuk apartment saya. 364 00:25:36,160 --> 00:25:40,957 Terjemahan sari kata oleh Ezzatil Abdul Latib