1 00:00:06,049 --> 00:00:08,968 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,849 --> 00:00:17,226 Hei, Flo-Jo, boleh perlahan sedikit? 3 00:00:18,770 --> 00:00:23,357 Mungkin ini sebabnya saya antara 50 calon lelaki idaman Majalah Manhattan 4 00:00:23,441 --> 00:00:25,109 dan awak bukan. 5 00:00:25,193 --> 00:00:28,154 Entah berapa kali awak nak ulang ayat itu. 6 00:00:29,155 --> 00:00:32,366 Awak datang malam ini? Ada lelaki homoseksual lain. 7 00:00:32,450 --> 00:00:35,036 Awak boleh pikat lelaki bujang idaman awak. 8 00:00:35,119 --> 00:00:36,662 Stanley akan datang juga? 9 00:00:37,371 --> 00:00:38,206 Tidak. 10 00:00:40,041 --> 00:00:43,252 Ini hari Jumaat. Dia akan makan di restoran sendirian. 11 00:00:43,336 --> 00:00:44,420 Ingat tak? 12 00:00:44,504 --> 00:00:48,424 Jika saya mula keluar makan sendirian di restoran pada malam Jumaat 13 00:00:48,508 --> 00:00:51,177 dan kongsi gambar Negroni menyedihkan, 14 00:00:51,260 --> 00:00:53,638 ingatkan saya tentang zakar saya semula. 15 00:00:53,721 --> 00:00:54,555 Baiklah. 16 00:00:54,639 --> 00:00:56,474 Saya nak tanya, 17 00:00:56,557 --> 00:00:59,685 bila pergaduhan mengarut antara kalian akan berakhir? 18 00:00:59,769 --> 00:01:03,314 Apa? Ia bukan mengarut. Dia khianati saya. 19 00:01:03,397 --> 00:01:08,194 Adakah awak akan pergi ke parti Colin seminggu lepas dia tinggalkan saya? 20 00:01:08,277 --> 00:01:09,195 - Tidak! - Jadi… 21 00:01:09,278 --> 00:01:11,781 Tapi hanya kerana saya kawan yang setia. 22 00:01:12,448 --> 00:01:14,075 Stanley agak membosankan. 23 00:01:14,700 --> 00:01:16,744 - Maaf! - Yakah? Awak rasa begitu? 24 00:01:16,828 --> 00:01:19,413 Cukup pasal ini. Pastikan awak datang nanti. 25 00:01:19,497 --> 00:01:22,208 Saya cuba. Saya sibuk dan perlu jumpa mak saya. 26 00:01:22,291 --> 00:01:24,544 Saya nak beritahu dia Colin dah pergi. 27 00:01:25,044 --> 00:01:27,421 Aduhai. Bukankah dia sukakan Colin? 28 00:01:27,505 --> 00:01:30,716 Ya, suka sebab rupa dan duitnya. Dia memang begitu. 29 00:01:31,384 --> 00:01:33,928 Saya berani jamin dia sertai parti itu. 30 00:01:36,055 --> 00:01:37,056 Tunggu. 31 00:01:45,314 --> 00:01:46,941 JALAN 34 TIMUR 32 00:01:51,904 --> 00:01:53,823 Salad itu biasa saja, bukan? 33 00:01:54,907 --> 00:01:59,829 Mengarut betul. The Times beria-ria memuji macam cef itu yang reka semula niçoise. 34 00:01:59,912 --> 00:02:03,332 Semua orang berebut untuk mencubanya, tapi rasanya seperti, 35 00:02:03,833 --> 00:02:08,504 "Boleh tahan! Ia salad tuna. Semua orang, boleh relaks tak?" 36 00:02:09,005 --> 00:02:12,091 "Boleh relaks?" Mak, jangan cakap begitu. Tak sesuai. 37 00:02:12,758 --> 00:02:17,597 Relaks, sayang. Mak tak berniat menyinggung jiwa muda kamu. 38 00:02:18,514 --> 00:02:20,224 Kenapa dengan kamu? 39 00:02:20,308 --> 00:02:24,353 Hari ini kamu asyik jawab sepatah atau kamu buat perangai. 40 00:02:25,688 --> 00:02:26,689 Mak ada salah? 41 00:02:26,772 --> 00:02:28,608 Tak, maaf. Bukan salah mak. 42 00:02:28,691 --> 00:02:32,028 Saya nak beritahu sesuatu tapi tak sangka ia sesukar ini. 43 00:02:34,989 --> 00:02:35,990 Colin dah pergi. 44 00:02:36,616 --> 00:02:37,450 Pergi ke mana? 45 00:02:37,533 --> 00:02:38,492 Tinggalkan saya. 46 00:02:38,576 --> 00:02:39,827 Dia pindah keluar, 47 00:02:39,911 --> 00:02:42,663 ambil barang dia dan minta putus melalui mesej. 48 00:02:42,747 --> 00:02:45,166 Tidak. Tak mungkin. 49 00:02:45,249 --> 00:02:48,044 Kalian nampak bahagia semasa parti hari jadi. 50 00:02:48,127 --> 00:02:49,337 Apa kamu dah buat? 51 00:02:50,087 --> 00:02:50,922 Kamu curang? 52 00:02:51,005 --> 00:02:52,381 Mestilah tidak! 53 00:02:52,465 --> 00:02:54,675 Ini tak masuk akal! Fikir semula. 54 00:02:54,759 --> 00:02:57,678 Kamu buat sesuatu yang buat dia jauh hati? 55 00:02:57,762 --> 00:03:00,848 Tak. Percayalah, saya pun tertanya-tanya soalan sama, 56 00:03:00,932 --> 00:03:04,393 tapi bagus juga jika bukan itu yang mak terfikir dahulu. 57 00:03:04,894 --> 00:03:06,646 Mak, tak perlu jerit begitu… 58 00:03:07,146 --> 00:03:09,106 Michael! Bawah sini! 59 00:03:09,190 --> 00:03:10,024 Mak? 60 00:03:10,983 --> 00:03:12,443 Oh, Tuhan. Mak okey? 61 00:03:12,526 --> 00:03:13,527 Mak masih hidup. 62 00:03:14,654 --> 00:03:17,365 Tapi mak sangat kecewa dengan kamu! 63 00:03:18,324 --> 00:03:19,158 Saya… 64 00:03:23,829 --> 00:03:28,084 - Hospital baru hantar dia balik? - Ya. Dia cedera, tapi dia okey. 65 00:03:28,167 --> 00:03:30,378 Ayah saya ada. Saya lawat dia nanti. 66 00:03:31,128 --> 00:03:35,216 Dapur ini ada ruang sarapan dan pantri, jadi… 67 00:03:38,678 --> 00:03:39,679 Ya Tuhan. 68 00:03:39,762 --> 00:03:41,097 Awal dia balik. 69 00:03:41,806 --> 00:03:45,017 Hati-hati. Dinding tergores, awak jawab dengan Claire. 70 00:03:45,101 --> 00:03:47,520 Saya tak nak cari pasal, terima kasih. 71 00:03:47,603 --> 00:03:49,355 Stanley! Wah! 72 00:03:50,523 --> 00:03:52,942 - Tak sangka jumpa. - Ya, samalah. 73 00:03:54,110 --> 00:03:55,111 Helo, Michael. 74 00:03:55,695 --> 00:03:56,529 Hai. 75 00:03:58,447 --> 00:04:00,992 Claire beli sekeping karya seni Sayre Gomez, 76 00:04:01,075 --> 00:04:03,411 dan saya mahu menyelia pemasangannya. 77 00:04:05,121 --> 00:04:06,247 Silakan. 78 00:04:09,208 --> 00:04:10,876 Dia masih terluka. 79 00:04:10,960 --> 00:04:13,671 Saya tahu, tapi kami dah hampir 50 tahun. 80 00:04:13,754 --> 00:04:16,716 Rasanya awak sambut hari jadi ke-50 dua tahun lalu. 81 00:04:16,799 --> 00:04:19,802 Diamlah, Suzanne. Semua orang tipu tentang umur. 82 00:04:20,469 --> 00:04:22,847 Saya nak lihat lesen memandu awak nanti. 83 00:04:38,070 --> 00:04:41,449 Okey, sudah 20 tahun kita berkawan. 84 00:04:41,532 --> 00:04:43,326 Saya tahu ini sukar bagi awak, 85 00:04:43,409 --> 00:04:45,494 tapi awak memang tak nak bercakap? 86 00:04:45,578 --> 00:04:49,665 Ya. Apabila awak khianati orang, mereka tak mahu bercakap dengan awak. 87 00:04:49,749 --> 00:04:51,083 Okey, takkanlah. 88 00:04:51,167 --> 00:04:54,045 "Khianati" itu agak dramatik. Biar saya jelas… 89 00:04:54,128 --> 00:04:55,880 Saya ada kerja. 90 00:05:04,263 --> 00:05:06,098 Bau minyak wangi yang kuat. 91 00:05:09,060 --> 00:05:10,144 Saya minta maaf. 92 00:05:10,227 --> 00:05:12,521 Tak, bagus. Saya akan telefon semula. 93 00:05:13,105 --> 00:05:14,106 Ada tawaran. 94 00:05:14,190 --> 00:05:16,859 Yakah? Daripada siapa? Tunggu. 95 00:05:16,942 --> 00:05:19,612 Tak penting! Dia melawat rumah minggu lepas. 96 00:05:19,695 --> 00:05:22,782 Harga rendah sedikit, tapi kita boleh pujuk Claire. 97 00:05:22,865 --> 00:05:26,744 Awak rasa? Oh, Tuhan. Saya perlukan ini. Teruja rasanya! 98 00:05:26,827 --> 00:05:28,662 Saya pun! Teruja betul rasanya. 99 00:05:33,751 --> 00:05:36,212 Nampak mesej itu? Dia kata dah nak sampai. 100 00:05:36,295 --> 00:05:38,422 Saya harap dia terima tawaran ini. 101 00:05:38,506 --> 00:05:41,634 Notis kedua bil arak untuk parti Colin. 102 00:05:41,717 --> 00:05:44,678 Bila lihat bil ini, banyaknya tetamu minum alkohol. 103 00:05:44,762 --> 00:05:48,599 Dia patut tolong awak bayar. Beritahu dia awak perlukan duit. 104 00:05:48,682 --> 00:05:50,309 Saya nak minta, percayalah, 105 00:05:50,393 --> 00:05:53,687 tapi macam mana nak minta tanpa dilihat seperti orang yang menyedihkan? 106 00:05:53,771 --> 00:05:56,690 Begini. "Awak nak berpisah? Bayar bahagian awak." 107 00:05:58,943 --> 00:06:00,319 - Hei. - Oh, Tuhan! 108 00:06:00,403 --> 00:06:03,656 Kenapa awak berdua bingkas bangun sebaik saya sampai? 109 00:06:03,739 --> 00:06:06,575 Buat saya teringat waktu saya besarkan anak-anak. 110 00:06:07,159 --> 00:06:13,124 Maaf. Kami cuma teruja sebab kita terima tawaran hebat. 111 00:06:14,583 --> 00:06:16,335 - Rendah sikit, tapi… - Tidak. 112 00:06:17,002 --> 00:06:17,837 Tidak? 113 00:06:17,920 --> 00:06:20,339 Saya takkan terima harga lebih rendah 114 00:06:20,423 --> 00:06:25,052 supaya bekas suami tak sedar diri saya dapat mulakan hidup baru dengan gemuk. 115 00:06:25,136 --> 00:06:27,596 Ya, dia semakin gemuk. 116 00:06:27,680 --> 00:06:30,724 Siapa sangka dia bercinta dengan pengajar Pilates, 117 00:06:30,808 --> 00:06:32,726 tapi jadi semakin gemuk? 118 00:06:32,810 --> 00:06:34,019 - Tapi… - Saya tahu. 119 00:06:34,103 --> 00:06:34,937 Begini. 120 00:06:35,896 --> 00:06:41,277 Saya faham, tapi banyak lawatan dibuat dan ini saja tawaran kita terima. 121 00:06:41,360 --> 00:06:47,241 Harga kita minta juga mungkin agak tinggi untuk apartmen sama di kejiranan ini. 122 00:06:47,324 --> 00:06:49,410 Saya rasa itu mengarut. 123 00:06:50,953 --> 00:06:55,916 Ada banyak lawatan, Claire. Tapi ini saja tawaran yang kita terima. 124 00:06:56,000 --> 00:06:58,919 Ada sebuah apartmen sama dijual pada harga ini. 125 00:06:59,003 --> 00:07:02,173 Okey. Saya faham maksud awak. 126 00:07:02,256 --> 00:07:04,884 Tapi saya tak nak hidup saya bercelaru 127 00:07:04,967 --> 00:07:07,761 apabila pembeli yang tepat datang nanti. 128 00:07:07,845 --> 00:07:10,222 Lagi pun, saya ada masa. 129 00:07:10,723 --> 00:07:12,057 Saya nak ke mana? 130 00:07:12,141 --> 00:07:15,269 Sebenarnya, hujah awak munasabah. 131 00:07:15,352 --> 00:07:17,855 Mungkin awak tak boleh lupa kehidupan lama 132 00:07:17,938 --> 00:07:20,065 sebab sukar bayangkan hidup baru? 133 00:07:20,149 --> 00:07:23,319 Apa kata kami tunjukkan beberapa apartmen 134 00:07:23,402 --> 00:07:29,116 dan beri awak idea betapa hebatnya hidup awak sebaik semua ini berakhir? 135 00:07:29,200 --> 00:07:31,827 Ia boleh bantu awak dari segi emosi. 136 00:07:32,411 --> 00:07:35,122 Saya tak rasa kita sudah cukup rapat. 137 00:07:35,206 --> 00:07:36,248 Saya faham. 138 00:07:36,332 --> 00:07:38,876 Dengan Colin, apabila saya teringat Krismas, 139 00:07:38,959 --> 00:07:41,295 saya benci perlu raikannya tanpa dia. 140 00:07:41,378 --> 00:07:45,424 Tapi saya ingat Colin cuma mahu guna lampu putih pada pokok kami. 141 00:07:45,508 --> 00:07:49,261 Jadi tahun ini, saya nak letak lampu warna-warni yang saya suka. 142 00:07:49,970 --> 00:07:54,141 Maksud saya, apabila saya bayangkan kehidupan yang seronok tanpa dia, 143 00:07:55,017 --> 00:07:56,602 saya rasa lebih baik. 144 00:07:57,478 --> 00:07:59,688 Ya, itu masuk akal. 145 00:07:59,772 --> 00:08:04,401 Okey, jadi kita beri awak permulaan baru. 146 00:08:04,485 --> 00:08:07,905 Tempat yang berbeza tanpa kenangan buruk. 147 00:08:08,948 --> 00:08:10,824 Bagaimana dengan pusat bandar? 148 00:08:10,908 --> 00:08:14,245 Pusat bandar adalah untuk restoran. Bukan untuk kediaman. 149 00:08:14,328 --> 00:08:17,665 Ayuh, Claire, ubahlah. 150 00:08:17,748 --> 00:08:24,630 Saya boleh bayangkan awak di rumah seksi, di pusat bandar, jalani hidup terbaik. 151 00:08:24,713 --> 00:08:26,799 Bukankah seronok dapat bersiar-siar 152 00:08:26,882 --> 00:08:31,220 tanpa perlu teringat kenangan awak bersama bekas suami awak yang gemuk? 153 00:08:33,055 --> 00:08:35,224 Ia kedengaran menyeronokkan. 154 00:08:35,933 --> 00:08:38,727 Ada satu tempat yang saya rasa awak akan suka. 155 00:08:40,020 --> 00:08:42,106 Kita boleh pergi lihat petang ini. 156 00:08:43,190 --> 00:08:46,193 Ya. Saya rasa saya boleh. Saya lapang pukul 5.00. 157 00:08:46,277 --> 00:08:47,111 Baguslah. 158 00:08:48,404 --> 00:08:52,074 - Mari pesan makanan. - Saya tak nak makan di sini. Tak sedap. 159 00:09:00,666 --> 00:09:01,834 Hei, saya datang! 160 00:09:01,917 --> 00:09:03,335 Mak dalam bilik, sayang. 161 00:09:04,003 --> 00:09:04,837 Mike? 162 00:09:05,629 --> 00:09:08,507 - Masuk ke dapur dulu! - Saya nak tengok mak. 163 00:09:08,591 --> 00:09:10,676 Tunggu. Mike. Mikey! 164 00:09:13,971 --> 00:09:16,724 Saya rasa ayah awak nak cakap saya ada di sini. 165 00:09:17,474 --> 00:09:19,768 - Mungkin. Hai. - Hai. 166 00:09:21,061 --> 00:09:21,895 Maaf, Colin. 167 00:09:21,979 --> 00:09:25,482 Kami baru tahu apa yang berlaku dengan kamu berdua hari ini. 168 00:09:27,109 --> 00:09:30,738 Jadi, adakah mak beritahu Colin mak jatuh supaya dia datang? 169 00:09:30,821 --> 00:09:33,324 Tak, dia datang sendiri, terima kasih. 170 00:09:33,407 --> 00:09:35,826 Saya baca dalam mesej keluarga. 171 00:09:37,077 --> 00:09:39,246 Saya nampak gambar salad enak awak. 172 00:09:39,330 --> 00:09:40,914 Rasanya biasa saja. 173 00:09:40,998 --> 00:09:43,292 Saya cuma nak pastikan mak awak okey. 174 00:09:43,375 --> 00:09:47,046 Saya hargainya. Susah-susah saja datang ke sini. 175 00:09:49,798 --> 00:09:52,593 Saya dan Ben juga pernah berpisah buat seketika. 176 00:09:52,676 --> 00:09:54,345 Dia meniduri setiausahanya. 177 00:09:55,095 --> 00:09:56,347 - Tak benar. - Mak. 178 00:09:56,430 --> 00:09:59,975 Jangan cakap begitu. Saya cuma perlukan ruang. 179 00:10:00,059 --> 00:10:02,186 Ya, ruang di celah paha wanita lain. 180 00:10:03,228 --> 00:10:05,147 Tak apa. Kami dah okey sekarang! 181 00:10:05,230 --> 00:10:08,484 Semua ini normal dan awak takkan fikir tentangnya lagi. 182 00:10:10,235 --> 00:10:11,737 Baiklah. Saya balik dulu. 183 00:10:12,780 --> 00:10:14,490 Saya gembira awak okey, Lisa. 184 00:10:17,868 --> 00:10:20,663 - Gembira jumpa awak. - Ya, saya juga. Mungkin. 185 00:10:20,746 --> 00:10:21,622 Belum pasti. 186 00:10:21,705 --> 00:10:23,499 - Datanglah lagi. - Jumpa lagi! 187 00:10:23,582 --> 00:10:26,126 "Saya juga, mungkin?" Apa masalah kamu? 188 00:10:26,210 --> 00:10:29,004 - Saya… - Dia masih ambil berat tentang kamu. 189 00:10:29,088 --> 00:10:32,591 - Kejar dia, betulkannya! - Dia tak cakap punca dia pergi. 190 00:10:32,675 --> 00:10:35,386 Kamu takkan tahu puncanya di sini. Pergi cepat! 191 00:10:37,554 --> 00:10:39,223 Colin? Hei! 192 00:10:39,723 --> 00:10:40,641 Hai. 193 00:10:40,724 --> 00:10:44,353 Saya nak minta maaf tentang apa saya cakap tadi. 194 00:10:45,229 --> 00:10:47,856 - Saya tak tahu beri reaksi. - Ya. Saya juga. 195 00:10:48,565 --> 00:10:49,858 Lega saya dengar. 196 00:10:51,360 --> 00:10:53,445 Terima kasih datang melawat mak. 197 00:10:53,529 --> 00:10:56,490 Sudah tentu. Saya bersama keluarga awak 17 tahun. 198 00:10:57,366 --> 00:10:59,076 Saya sentiasa sayang mereka. 199 00:10:59,159 --> 00:11:01,954 Saya takkan lupa wanita yang nampak saya bogel. 200 00:11:02,037 --> 00:11:03,539 Oh, Tuhan. 201 00:11:03,622 --> 00:11:07,376 Di rumah menyeramkan yang kakak saya sewa di Pantai Jersey. 202 00:11:07,459 --> 00:11:11,296 Saya menggigil fikirkan mak awak tak sengaja masuk ke bilik mandi. 203 00:11:11,380 --> 00:11:14,174 Tak sengaja konon! Dia tahu awak ada di dalam. 204 00:11:16,301 --> 00:11:19,513 Kerja okey? Saya dengar pasaran agak sukar sekarang. 205 00:11:19,596 --> 00:11:20,472 Ya, bolehlah. 206 00:11:21,181 --> 00:11:22,015 Lebih kurang. 207 00:11:22,683 --> 00:11:23,517 Lebih kurang? 208 00:11:24,184 --> 00:11:25,310 Awak perlu apa-apa? 209 00:11:30,566 --> 00:11:34,111 Tidak, saya okey. Saya mungkin dapat jual hartanah mewah. 210 00:11:34,194 --> 00:11:37,030 Baguslah. Saya tak risau. Awak yang terbaik. 211 00:11:40,242 --> 00:11:41,452 Saya pergi dulu. 212 00:11:42,035 --> 00:11:44,955 Anjing saya dah lama terkurung. 213 00:11:45,038 --> 00:11:46,331 Anjing? 214 00:11:46,999 --> 00:11:49,042 Biar betul? Awak bela anjing? 215 00:11:49,126 --> 00:11:52,045 Boleh kita akhirinya pada saat indah tadi? 216 00:11:52,713 --> 00:11:56,759 Jika awak mahu saat indah, jangan beritahu awak baru bela anjing 217 00:11:56,842 --> 00:12:01,597 sedangkan saya dah lama nak bela anjng tapi awak tak mahu. 218 00:12:01,680 --> 00:12:06,018 Awak dah beli kerusi rehat Eames juga atau ia masih klise homoseksual? 219 00:12:06,101 --> 00:12:07,936 Daun ketumbar pula? Dah sedap? 220 00:12:08,020 --> 00:12:10,230 Awak selalu begini, cepat beremosi. 221 00:12:10,314 --> 00:12:13,901 Saya cepat beremosi? Saya masih tak tahu apa jadi pada kita. 222 00:12:13,984 --> 00:12:16,904 Saya tak mahu bertengkar dan diherdik begini. 223 00:12:17,404 --> 00:12:20,532 Saya tak herdik. Saya keliru. 224 00:12:20,616 --> 00:12:22,993 Ini suara saya yang sangat keliru! 225 00:12:24,620 --> 00:12:27,498 Kerusi Eames itu adalah sesuatu yang klasik! 226 00:12:33,837 --> 00:12:35,172 Hei, maaf saya lewat. 227 00:12:35,255 --> 00:12:36,799 Tak apa. Claire di atas. 228 00:12:36,882 --> 00:12:39,384 Dia mahu masa bersendirian di rumah itu. 229 00:12:39,468 --> 00:12:42,471 Sama ada dia tak suka saya atau dia buang air besar. 230 00:12:43,806 --> 00:12:46,517 Kenapa? Awak suka jenaka itu. 231 00:12:46,600 --> 00:12:49,853 Maaf, saya terserempak dengan Colin.  Dia bela anjing. 232 00:12:50,395 --> 00:12:51,855 - Apa? Lepas awak… - Ya. 233 00:12:51,939 --> 00:12:54,733 Dia asyik kata… Saya dah tak suka dia lagi. 234 00:12:54,817 --> 00:12:58,445 Saya tak bencikannya. Pemandangannya cantik. 235 00:12:58,529 --> 00:13:02,032 Ia ada suasana seksi yang saya suka ketika muda dan cantik. 236 00:13:02,115 --> 00:13:03,700 - Tak. - Awak masih cantik. 237 00:13:03,784 --> 00:13:05,327 Cantik bagi lelaki. 238 00:13:05,410 --> 00:13:06,870 Awak faham maksud saya. 239 00:13:06,954 --> 00:13:11,416 Wanita pertengahan usia, janda, pindah ke pusat bandar untuk bergaya? 240 00:13:11,917 --> 00:13:13,460 Itu yang orang akan kata. 241 00:13:13,544 --> 00:13:16,255 Tidak. Apa kata kita teruskan perbualan ini 242 00:13:16,338 --> 00:13:18,924 di parti lelaki bujang idaman Manhattan? 243 00:13:19,007 --> 00:13:22,052 - Dekat saja. - Boleh saya balik dan tukar baju? 244 00:13:22,135 --> 00:13:23,095 - Tidak. - Tidak. 245 00:13:31,228 --> 00:13:32,896 - Terima kasih. - Sekejap. 246 00:13:36,316 --> 00:13:37,484 Ia sikit. 247 00:13:37,568 --> 00:13:39,069 - Sangat sikit. - Tak apa. 248 00:13:39,736 --> 00:13:42,614 Itu Billy. Saya mahu beritahu kita dah sampai. 249 00:13:42,698 --> 00:13:44,324 Tak. Ini… 250 00:13:44,408 --> 00:13:47,786 Ini rancangan awak untuk pujuk saya terima tawaran itu? 251 00:13:48,537 --> 00:13:50,539 Kenalkan saya lelaki bujang. 252 00:13:50,622 --> 00:13:52,791 Tunjukkan saya hidup masih bermakna. 253 00:13:52,875 --> 00:13:55,294 Kami nak awak berseronok, terus berharap. 254 00:13:55,377 --> 00:13:58,547 Sudahlah, kita dah alami semua itu. 255 00:13:58,630 --> 00:14:00,716 Awak boleh teruskan hidup sendiri. 256 00:14:00,799 --> 00:14:05,178 Mujurlah. Mereka bukannya mencari janda dengan usia tertentu. 257 00:14:05,262 --> 00:14:06,388 Saya tahu. 258 00:14:06,471 --> 00:14:10,601 Ada yang mencari, tapi untuk jaga mereka bukan untuk jadi teman hidup. 259 00:14:11,101 --> 00:14:12,978 Awak ada anak? 260 00:14:13,562 --> 00:14:15,772 Pelik. Saya bayangkan awak sendirian. 261 00:14:15,856 --> 00:14:19,276 Bukan dengan cara menyedihkan, tapi berdikari. 262 00:14:20,235 --> 00:14:22,154 Terima kasih kerana jelaskannya. 263 00:14:22,696 --> 00:14:25,490 Saya ada anak lelaki. Kai. Dia berusia 25 tahun. 264 00:14:26,408 --> 00:14:27,242 Suami? 265 00:14:27,743 --> 00:14:31,955 Tak pernah berkahwin. Saya ambil cuti musim panas ke Eropah, 266 00:14:32,039 --> 00:14:33,957 dan saya berseronok di sana. 267 00:14:34,791 --> 00:14:36,293 Terlalu berseronok. 268 00:14:36,376 --> 00:14:37,461 Maksudnya? 269 00:14:39,796 --> 00:14:44,593 Ayah Kai adalah antara tiga lelaki yang saya tak tahu untuk cari pada 1997. 270 00:14:46,011 --> 00:14:47,471 Oh, Tuhan! 271 00:14:48,263 --> 00:14:53,185 - Hidup awak macam filem Mamma Mia. - Cuma hidup saya ada orang kulit Hitam. 272 00:14:56,438 --> 00:14:57,272 Betul. 273 00:14:57,356 --> 00:14:59,149 Itu lebih baik. Terima kasih! 274 00:15:01,443 --> 00:15:03,403 - Hei! - Hei. 275 00:15:04,363 --> 00:15:06,698 Hei, semua, ini Michael. 276 00:15:06,782 --> 00:15:07,866 - Hei. - Hai. 277 00:15:07,950 --> 00:15:09,576 Dia kawan baik saya. 278 00:15:09,660 --> 00:15:13,997 Dia juga baru jadi bujang. Sesiapa yang dapat dia memang bertuah. 279 00:15:14,081 --> 00:15:15,374 Betul. Saya dah cuba. 280 00:15:15,457 --> 00:15:19,544 Lama dahulu, semasa kami muda. Macam kekasih Billy sekarang. 281 00:15:20,462 --> 00:15:22,965 Awak tak cakap yang dia comel dan lucu. 282 00:15:23,048 --> 00:15:28,720 Terus mencuba, okey. Michael, ini Alex. Dia juga dalam senarai lelaki idaman. 283 00:15:29,638 --> 00:15:31,014 Hebat. Tahniah. 284 00:15:31,098 --> 00:15:35,310 Alex kendalikan audio siar tentang perubahan iklim dari sudut LGBTQ. 285 00:15:35,394 --> 00:15:37,187 Namanya Kawalan Pelepasan. 286 00:15:38,647 --> 00:15:39,731 Lucu, bukan? 287 00:15:39,815 --> 00:15:41,692 Ya, memang lucu. 288 00:15:42,234 --> 00:15:44,277 Kenapa awak baru jadi bujang? 289 00:15:44,361 --> 00:15:46,863 Kekasih minta putus pada hari jadinya ke-50 290 00:15:46,947 --> 00:15:49,449 di parti kejutan yang saya masih berhutang. 291 00:15:49,533 --> 00:15:50,951 Aduhai. Biar betul? 292 00:15:51,034 --> 00:15:52,995 Maaf sebab curi dengar. Teruknya. 293 00:15:53,078 --> 00:15:56,415 Ya. Tapi kita tak perlu cakap tentang itu sekarang. 294 00:15:56,498 --> 00:16:01,962 Saya terserempak dengan dia hari ini dan dapat tahu yang dia beli anjing. 295 00:16:02,045 --> 00:16:05,507 Mengarut, bukan? Saya mahu bela anjing, tapi dia tolak. 296 00:16:05,590 --> 00:16:08,844 Kini dah bujang, dia nak balik dan bawa anjing berjalan. 297 00:16:08,927 --> 00:16:10,512 - Oh, Tuhan. - Kejamnya. 298 00:16:11,513 --> 00:16:12,639 Nak teruskannya? 299 00:16:12,723 --> 00:16:14,307 Nak tahu tak, 300 00:16:15,183 --> 00:16:20,022 Pierce Brosnan pernah cuba memikat saya di ruang rehat kelas pertama di Heathrow. 301 00:16:20,105 --> 00:16:22,858 Tapi saya setia entah atas sebab apa. 302 00:16:23,650 --> 00:16:24,943 Awak patut layan dia. 303 00:16:25,027 --> 00:16:26,903 Saya pernah bayangkannya 304 00:16:26,987 --> 00:16:30,365 ketika Jabba si Suami sedang meniduri saya. 305 00:16:30,449 --> 00:16:31,742 Oh, Tuhan! 306 00:16:33,952 --> 00:16:34,870 Saya akui, 307 00:16:35,954 --> 00:16:37,039 ini menyeronokkan. 308 00:16:37,622 --> 00:16:38,707 Ya, menyeronokkan. 309 00:16:39,291 --> 00:16:40,125 Awak kelakar. 310 00:16:41,126 --> 00:16:43,336 Saya ingat awak tak suka saya. 311 00:16:43,837 --> 00:16:48,300 Tak. Saya cuma dingin dengan mereka yang bekerja untuk saya. 312 00:16:49,176 --> 00:16:51,386 Dengan keluarga dan kawan-kawan juga. 313 00:16:53,096 --> 00:16:57,726 Stanley rahsiakan parti makan malam itu dan saya rasa begitu dikhianati. 314 00:16:57,809 --> 00:16:58,935 Sangat dikhianati! 315 00:16:59,019 --> 00:17:00,437 Maaf, itu memang teruk. 316 00:17:00,520 --> 00:17:03,231 Terima kasih. Saya gembira kalian faham. 317 00:17:03,315 --> 00:17:04,483 Ya, sudah tentu. 318 00:17:04,566 --> 00:17:07,277 Tapi awak comel, berkerjaya. Awak akan okey. 319 00:17:07,360 --> 00:17:08,653 Tahu apa awak perlu? 320 00:17:08,737 --> 00:17:10,989 Berhenti fikir dan nikmati hidup awak, 321 00:17:11,073 --> 00:17:14,493 mungkin dengan pasangan  yang tiada STD dan ambil PrEP. 322 00:17:16,244 --> 00:17:17,370 Awak kata pasangan? 323 00:17:17,996 --> 00:17:19,915 Saya ingat awak lelaki bujang. 324 00:17:19,998 --> 00:17:22,667 Tak, saya dan Luis dah lama bersama. 325 00:17:22,751 --> 00:17:24,961 Tapi bujang lebih bagus untuk jenama. 326 00:17:25,045 --> 00:17:27,422 Dia tak kisah, kami boleh bujang sekali. 327 00:17:27,506 --> 00:17:28,465 Apa kata awak? 328 00:17:28,548 --> 00:17:31,051 Mungkin saya dan Alex boleh ubati luka awak 329 00:17:31,134 --> 00:17:33,011 dan buat awak gembira? 330 00:17:33,095 --> 00:17:34,805 Ya. Kami tak mahu awak sedih. 331 00:17:36,932 --> 00:17:38,475 Tunggu. Awak tawarkan saya 332 00:17:39,017 --> 00:17:40,811 seks tiga hala kerana kasihan? 333 00:17:40,894 --> 00:17:43,939 - Kami kasihankan awak. - Jadi, ya, okey. 334 00:17:44,940 --> 00:17:45,774 Tak berminat. 335 00:17:45,857 --> 00:17:48,235 Saya tak mengemis asmara malam ini, 336 00:17:48,318 --> 00:17:52,906 tapi semoga berjaya dan terima kasih. 337 00:17:55,158 --> 00:17:58,161 Saya berada di parti itu di mana mereka berpisah. 338 00:17:58,245 --> 00:17:59,746 Teruk sekali. 339 00:18:00,831 --> 00:18:02,958 Masa yang sukar buat kami semua. 340 00:18:15,804 --> 00:18:17,931 Ambil, hei! 341 00:18:19,641 --> 00:18:22,561 - Awak berdua nampak seronok. - Awak kenal saya. 342 00:18:22,644 --> 00:18:25,313 Dah tiba masa untuk saya balik. 343 00:18:25,397 --> 00:18:27,649 Tapi selamat malam, awak berdua. 344 00:18:28,275 --> 00:18:30,068 Terima kasih banyak. 345 00:18:30,152 --> 00:18:32,904 Saya sangat perlukan malam ini. 346 00:18:33,780 --> 00:18:35,240 - Awak boleh balik? - Ya. 347 00:18:35,323 --> 00:18:36,158 Baiklah. 348 00:18:37,659 --> 00:18:40,745 Awak rasa itu harga terbaik untuk apartmen saya? 349 00:18:40,829 --> 00:18:43,707 Ya. Kami rasa ia tawaran yang bagus. 350 00:18:43,790 --> 00:18:45,375 Betul. Dalam pasaran ini? 351 00:18:45,458 --> 00:18:46,585 Saya faham katanya. 352 00:18:47,169 --> 00:18:51,715 Saya percayakan keputusan awak. Saya akan tandatangan dan uruskannya. 353 00:18:51,798 --> 00:18:53,008 - Betulkah? - Yakah? 354 00:18:53,550 --> 00:18:56,678 Maju ke hadapan, tak guna. 355 00:18:56,761 --> 00:18:57,888 Ya! 356 00:18:57,971 --> 00:19:01,975 - Berjaya! Bagaimana awak buat? - Sayang, awak tahu saya ajaib! 357 00:19:07,397 --> 00:19:12,235 Terima kasih, semua! 358 00:19:15,947 --> 00:19:18,742 - Saya akan kembali sebentar lagi! - Alamak! 359 00:19:19,534 --> 00:19:22,621 Saya rasa ratu drag itu ialah ahli terapi kami. 360 00:19:22,704 --> 00:19:24,706 Aduhai, ini memang ekonomi upah. 361 00:19:28,919 --> 00:19:29,920 Dr. Sweeny. 362 00:19:31,504 --> 00:19:32,881 Helo, Michael. 363 00:19:32,964 --> 00:19:37,928 Awak patut tahu, Colin tinggalkan saya selepas sesi kami dengan awak. 364 00:19:38,011 --> 00:19:42,432 Sesi yang awak kata langkah pertama yang hebat untuk jatuh cinta lagi. 365 00:19:43,767 --> 00:19:46,019 Maaflah awak terluka, Michael. 366 00:19:46,561 --> 00:19:49,272 Tapi saya bukan ahli psikik. Saya ahli terapi. 367 00:19:49,356 --> 00:19:51,566 Mungkin lebih baik sebagai ratu drag. 368 00:19:52,442 --> 00:19:53,360 Penghibur drag, 369 00:19:54,027 --> 00:19:56,488 yang perlu naik ke pentas lagi 15 minit, 370 00:19:56,571 --> 00:20:00,033 jadi, apa kata awak berhenti merungut tentang perpisahan awak? 371 00:20:01,243 --> 00:20:04,704 Profesionalnya cara ahli terapi cakap dengan bekas pesakit. 372 00:20:04,788 --> 00:20:06,998 Tapi saya bukan ahli terapi sekarang. 373 00:20:07,082 --> 00:20:09,501 Saya Cik Komunikasi. 374 00:20:09,584 --> 00:20:12,170 Saya boleh cakap apa saja yang saya nak 375 00:20:12,254 --> 00:20:15,590 apabila awak datang mengkritik kerja saya, 376 00:20:15,674 --> 00:20:18,885 yang mana saya sangat mahir, okey? 377 00:20:18,969 --> 00:20:23,014 Yakah? Sebab awak tak bagus semasa sesi saya dan Colin. 378 00:20:23,598 --> 00:20:26,059 Nak tahu apa terjadi semasa sesi itu? 379 00:20:26,559 --> 00:20:28,520 Awak dengar apa awak nak dengar, 380 00:20:28,603 --> 00:20:33,024 iaitu suara awak yang kuat merungut menyedut semua udara di bilik itu. 381 00:20:33,108 --> 00:20:35,610 Awak langsung tak benarkan dia bercakap. 382 00:20:35,694 --> 00:20:37,654 Mungkin itu masalah awak berdua, 383 00:20:37,737 --> 00:20:39,906 sebab memang bukan saya masalahnya. 384 00:20:40,740 --> 00:20:43,785 Mana Dr. Sweeny? Cik Komunikasi kejam. 385 00:20:43,868 --> 00:20:45,036 Saya belum selesai. 386 00:20:45,537 --> 00:20:49,040 Berhenti cari jawapan. Berhenti cari orang untuk disalahkan. 387 00:20:49,124 --> 00:20:51,126 Dia dah pergi. Lepaskan dia. 388 00:20:51,209 --> 00:20:52,836 Awak mahu cintai seseorang? 389 00:20:52,919 --> 00:20:53,962 Cintai diri awak. 390 00:20:54,045 --> 00:20:56,798 Sayangi mereka yang masih ada dalam hidup awak 391 00:20:56,881 --> 00:21:00,343 dan jangan merungut pada saya lagi, ratu. 392 00:21:12,272 --> 00:21:14,566 - Awak dengar semua itu? - Ya. 393 00:21:15,734 --> 00:21:17,694 - Awak okey? - Tidak. 394 00:21:19,070 --> 00:21:21,656 Saya sudah penat dengan rasa 395 00:21:22,615 --> 00:21:23,450 bersalah. 396 00:21:24,451 --> 00:21:26,953 Entah macam mana saya nak hadapi semua ini. 397 00:21:27,037 --> 00:21:29,205 Dah tentulah. Tiada siapa tahu. 398 00:21:30,790 --> 00:21:33,293 Colin sebahagian daripada hidup kami juga, 399 00:21:33,376 --> 00:21:36,504 dan kami cuba fikirkan cara untuk hidup tanpa dia. 400 00:21:37,756 --> 00:21:40,467 Apa? Awak marahkan saya pula? 401 00:21:40,550 --> 00:21:41,843 Tidak. 402 00:21:42,761 --> 00:21:43,595 Cuma… 403 00:21:45,180 --> 00:21:48,391 Terima kasih kerana masih sudi berada dalam hidup saya. 404 00:21:54,689 --> 00:21:55,732 Saya kena pergi. 405 00:22:18,922 --> 00:22:20,882 Beri kepada lelaki di hujung bar. 406 00:22:20,965 --> 00:22:22,133 Baiklah. 407 00:22:25,929 --> 00:22:27,263 Daripada lelaki itu. 408 00:22:49,411 --> 00:22:51,037 Awak tahu tentang anjing itu? 409 00:22:52,414 --> 00:22:53,248 Maafkan saya. 410 00:22:54,541 --> 00:22:57,043 - Saya tak mahu beritahu awak. - Dah tentu. 411 00:22:57,585 --> 00:22:59,921 Apa pun, soal anjing itu memang mengarut. 412 00:23:00,547 --> 00:23:02,048 Tiba-tiba dia nak anjing? 413 00:23:02,674 --> 00:23:05,343 Saya cuba nak fahami dia, tapi gagal. 414 00:23:05,427 --> 00:23:08,054 Dia macam orang yang berbeza. 415 00:23:08,138 --> 00:23:08,972 Ya. 416 00:23:10,056 --> 00:23:14,018 Tapi saya masih pergi ke parti itu, fikir dengan naifnya saya boleh 417 00:23:14,602 --> 00:23:16,229 cuba memahami apa berlaku. 418 00:23:16,813 --> 00:23:19,649 Cari petunjuk yang boleh jelaskan tingkah laku dia. 419 00:23:21,526 --> 00:23:22,444 Serta sebabnya. 420 00:23:23,695 --> 00:23:24,696 Untuk saya? 421 00:23:25,613 --> 00:23:26,865 Dah tentu untuk awak. 422 00:23:29,951 --> 00:23:32,996 Maafkan saya, Stanley. Saya tak marahkan awak. 423 00:23:33,079 --> 00:23:33,913 Saya tahu. 424 00:23:35,623 --> 00:23:38,501 Saya mungkin takkan dapat jawapan. Saya perlu reda. 425 00:23:40,295 --> 00:23:43,923 Lagipun, saya rasa banyak yang berlaku adalah salah saya. 426 00:23:44,632 --> 00:23:49,095 Saya buat orang menjauh dengan sikap saya yang penuh perasaan. 427 00:23:49,971 --> 00:23:53,475 - Buat orang lain rasa sesak. - Tidak. Jangan cakap begitu. 428 00:23:54,058 --> 00:23:56,019 Jangan salahkan diri awak. 429 00:23:56,102 --> 00:23:58,605 Jangan buat begitu. Tak ada kebaikan pun. 430 00:24:00,231 --> 00:24:01,065 Faham? 431 00:24:03,276 --> 00:24:04,777 Saya bukan penuh perasaan? 432 00:24:05,403 --> 00:24:08,948 Ya, perasaan akan timbul sekali sekala. 433 00:24:10,200 --> 00:24:13,703 Tapi awak seorang yang memang layak dicintai. 434 00:24:14,829 --> 00:24:15,663 Titik. 435 00:24:19,292 --> 00:24:21,711 Terima kasih, sahabat. 436 00:24:23,338 --> 00:24:24,297 Awak minumlah. 437 00:24:25,465 --> 00:24:27,383 - Saya dah minum. - Baiklah. 438 00:24:38,269 --> 00:24:40,271 MAK - RASA SEMAKIN SIHAT! 439 00:24:40,355 --> 00:24:42,398 SUKA GABUNGAN VICODIN DAN WAIN! 440 00:24:42,482 --> 00:24:47,946 COLIN KELUAR DARIPADA PERBUALAN JUMAAT 9.57 441 00:25:52,552 --> 00:25:57,015 Terjemahan sari kata oleh Ezzatil Abdul Latib