1 00:00:12,080 --> 00:00:14,360 Struktur gergasi di Amazon ini… 2 00:00:14,440 --> 00:00:16,000 WILAYAH ACRE BRAZIL 3 00:00:16,080 --> 00:00:18,320 …menunjukkan usaha manusia yang monumental. 4 00:00:21,560 --> 00:00:24,160 Tapi ada berapa jumlahnya? 5 00:00:27,400 --> 00:00:28,480 Apa awak jumpa? 6 00:00:29,440 --> 00:00:31,480 - Nampak pokok-pokok ini? - Ya. 7 00:00:31,560 --> 00:00:34,600 - Sekarang lihat rupa bumi. - Kita asingkannya. 8 00:00:34,680 --> 00:00:35,800 Wah. 9 00:00:35,880 --> 00:00:38,000 - Wah. - Menakjubkan. 10 00:00:42,320 --> 00:00:46,360 Profesor Pärssinen dan pasukannya telah menemui sembilan geoglif baru 11 00:00:46,440 --> 00:00:48,800 yang tersembunyi di bawah kanopi hutan. 12 00:00:54,160 --> 00:00:57,600 Di sini ada oktagon bulat. 13 00:00:58,240 --> 00:01:01,840 Oktagon ini kira-kira 100 meter. 14 00:01:01,920 --> 00:01:03,120 Diameter 100 meter. 15 00:01:03,200 --> 00:01:04,080 Diameter. 16 00:01:04,160 --> 00:01:08,280 Hebat. Tiada sesiapa tahu ia wujud sehingga awak guna LiDAR di udara. 17 00:01:08,360 --> 00:01:09,720 Tiada sesiapa tahu. 18 00:01:09,800 --> 00:01:12,840 Ya. Memang menakjubkan apa yang teknologi boleh dedahkan. 19 00:01:12,920 --> 00:01:15,200 Ayuh ke atas pula dan lihat ciri menarik ini. 20 00:01:18,520 --> 00:01:20,760 Dua bentuk ini hampir bertindih 21 00:01:20,840 --> 00:01:25,640 dan nampak seperti terkait dengan tapak-tapak lain. 22 00:01:27,480 --> 00:01:31,080 Ini jalan dengan tambak di kedua-dua sisi. 23 00:01:31,160 --> 00:01:32,920 - Jalan purba? - Ya, jalan purba. 24 00:01:33,000 --> 00:01:35,360 Menuju ke dataran tambak yang besar. 25 00:01:35,440 --> 00:01:37,120 - Ya. - Menakjubkan. 26 00:01:38,480 --> 00:01:42,480 Jika geoglif ini dibina serentak dengan geoglif berdekatan, 27 00:01:42,560 --> 00:01:46,400 jalan itu menunjukkan tamadun yang teratur berkembang di sini 28 00:01:47,680 --> 00:01:50,400 sekurang-kurangnya 2,500 tahun lalu. 29 00:01:52,440 --> 00:01:56,480 Ada bukti ia mungkin wujud untuk tempoh yang lebih lama. 30 00:01:58,160 --> 00:02:02,760 Kami dapati banyak tapak ini dibina 31 00:02:03,280 --> 00:02:04,840 10,000 tahun lalu. 32 00:02:06,040 --> 00:02:08,240 2,500 TAHUN LALU 33 00:02:08,320 --> 00:02:13,120 Tak pasti jika kita melihat pembinaan semula geoglif lebih lama. 34 00:02:14,000 --> 00:02:17,720 Tapi kita pasti ada manusia di kawasan itu. 35 00:02:17,800 --> 00:02:21,760 Bukti itu dibina lebih 10,000 tahun lalu 36 00:02:21,840 --> 00:02:24,360 dan membawa kita hampir ke penghujung Zaman Ais. 37 00:02:25,840 --> 00:02:27,520 Walau apa pun usianya, 38 00:02:27,600 --> 00:02:30,840 skala pembinaan itu sangat mengagumkan. 39 00:02:32,400 --> 00:02:36,120 Persoalannya, berapa ramai diperlukan untuk pembinaan sebesar ini? 40 00:02:36,880 --> 00:02:39,120 Perlukan ratusan ribu orang. 41 00:02:39,640 --> 00:02:42,160 Ya, ratusan ribu orang. 42 00:02:42,760 --> 00:02:43,720 Hebat. 43 00:02:45,240 --> 00:02:47,480 Profesor Pärsinnen tak mengatakan 44 00:02:47,560 --> 00:02:50,680 semua manusia itu membina geoglif secara fizikal. 45 00:02:51,280 --> 00:02:55,760 Tapi populasi sebesar itu pasti wujud lama di sini 46 00:02:55,840 --> 00:02:59,760 untuk menyara dan menyokong tenaga kerja yang diperlukan. 47 00:03:03,680 --> 00:03:05,960 Dalam beberapa ratus meter geoglif yang diketahui, 48 00:03:06,040 --> 00:03:09,760 pasukan LiDAR kami temui lebih banyak geoglif yang tak diketahui. 49 00:03:09,840 --> 00:03:13,120 Jadi, apa lagi kita boleh temui 50 00:03:13,200 --> 00:03:16,440 jika kita meneroka lebih ratusan batu ke dalam hutan hujan tebal itu? 51 00:03:18,720 --> 00:03:23,320 Ini mengubah pemahaman kita tentang Amazonia. 52 00:03:23,400 --> 00:03:25,280 Kita berdepan dengan fenomena besar 53 00:03:25,360 --> 00:03:28,040 yang bakal mengubah sejarah Amerika 54 00:03:28,120 --> 00:03:30,400 serta sejarah dunia. 55 00:03:46,320 --> 00:03:49,120 {\an8}BAB II 56 00:03:58,680 --> 00:04:03,480 Kita tak boleh menceritakan kisah Amerika 57 00:04:03,560 --> 00:04:08,840 sehingga memiliki pengetahuan lengkap tentang sejarah Amazon, 58 00:04:11,080 --> 00:04:16,080 bukan 1,000 tahun lalu, tapi 10,000 tahun, 20,000 tahun, 30,000 tahun lalu. 59 00:04:18,720 --> 00:04:20,120 Kita perlu terus ke belakang. 60 00:04:20,200 --> 00:04:23,800 Jangan tutup fikiran kepada kemungkinan ini. 61 00:04:27,800 --> 00:04:31,120 Ada bukti menarik tentang sejarah yang lebih mendalam, 62 00:04:31,200 --> 00:04:33,480 1,609 kilometer timur laut Acre. 63 00:04:36,040 --> 00:04:40,120 Saya datang ke Taman Negara Monte Alegre di tebing utara Amazon. 64 00:04:45,280 --> 00:04:49,440 Walaupun kebanyakan lembangan Amazon rata dan diliputi pokok-pokok, 65 00:04:50,960 --> 00:04:55,680 di sini, singkapan batu unik menjulang di atas kanopi. 66 00:04:57,480 --> 00:05:00,960 Ahli arkeologi dan antropologi, Dr. Christopher Davis 67 00:05:01,040 --> 00:05:05,480 bertahun-tahun menyiasat penemuan yang berpotensi mengubah sejarah 68 00:05:05,560 --> 00:05:07,560 di atas salah satu rabung tinggi ini. 69 00:05:13,800 --> 00:05:15,680 Ini Serra do Paituna, 70 00:05:18,080 --> 00:05:19,800 bukit Tasik Blackwater… 71 00:05:23,520 --> 00:05:25,960 batuan terjal menjulang tinggi 72 00:05:26,040 --> 00:05:28,800 dihiasi pelbagai lukisan imej kuno. 73 00:05:39,200 --> 00:05:40,880 Terima kasih kerana tunjuk jalan. 74 00:05:45,520 --> 00:05:50,440 Jelas sekali kita dikelilingi oleh seni hebat ini. 75 00:05:50,520 --> 00:05:53,880 Apa yang buat awak terlibat dalam penyiasatan dan penerokaan ini? 76 00:05:53,960 --> 00:05:57,560 {\an8}Saya mula buat kerja arkeologi sebagai pelajar siswazah. 77 00:05:57,640 --> 00:06:01,000 Saya tak tahu ada seni batu di benua Amerika. 78 00:06:01,800 --> 00:06:03,800 Saya terpesona dengannya. 79 00:06:06,720 --> 00:06:08,960 Imej itu dikenali sebagai piktograf. 80 00:06:13,640 --> 00:06:15,440 Ada yang sangat ringkas. 81 00:06:15,520 --> 00:06:18,040 Mungkin ular menjalar di batu. 82 00:06:19,920 --> 00:06:23,640 Imej lain pula menggambarkan corak geometri lebih kompleks. 83 00:06:26,680 --> 00:06:30,160 Persoalannya, bila imej-imej ini dilukis? 84 00:06:33,800 --> 00:06:35,680 Seni itu tak boleh ditarikhkan. 85 00:06:36,360 --> 00:06:39,280 Jadi, Dr. Davis dan pasukannya mencari bukti lain. 86 00:06:40,960 --> 00:06:43,920 Apa tarikh tapak ini berdasarkan situasi sekarang? 87 00:06:44,000 --> 00:06:46,320 Ia daripada penggalian di belakang sini. 88 00:06:48,120 --> 00:06:52,320 Ada serpihan kayu hangus, kebanyakannya kayu palma, 89 00:06:52,400 --> 00:06:53,800 biji benih hangus. 90 00:06:53,880 --> 00:06:56,440 Kami jumpa bukti kebakaran di belakang sana juga. 91 00:06:58,000 --> 00:07:00,320 Keputusannya memang tak dijangka. 92 00:07:03,040 --> 00:07:05,080 Berdasarkan pentarikhan radiokarbon, 93 00:07:05,160 --> 00:07:09,840 tarikh paling lama kita dapat lebih kurang 13,200 yang lalu. 94 00:07:09,920 --> 00:07:11,280 Menarik. 95 00:07:12,200 --> 00:07:13,760 MASA KINI 96 00:07:13,840 --> 00:07:16,440 Sejak lebih 13,000 tahun lalu… 97 00:07:16,720 --> 00:07:18,160 13,200 TAHUN LALU 98 00:07:18,240 --> 00:07:20,320 …ini merupakan antara karya seni tertua 99 00:07:20,400 --> 00:07:22,840 yang ditemui di seluruh benua Amerika. 100 00:07:28,640 --> 00:07:31,600 Karya seni yang dicipta pada Zaman Ais lalu. 101 00:07:32,880 --> 00:07:36,680 Berdasarkan cerita, seni itu dicipta oleh mereka yang tiba-tiba muncul di sini, 102 00:07:37,360 --> 00:07:39,160 jauh di dalam hutan Amazon. 103 00:07:42,480 --> 00:07:44,800 Kita boleh bayangkan beribu-ribu tahun lalu, 104 00:07:44,880 --> 00:07:46,800 ia pasti lebih terang dan penuh warna. 105 00:07:54,640 --> 00:07:57,640 Imej itu dilukis menggunakan oker merah dan kuning 106 00:07:58,600 --> 00:08:01,720 dan seolah-olah diawet supaya ia bertahan lama. 107 00:08:05,800 --> 00:08:09,720 Saya pernah buat eksperimen, ambil oker dan lukis di atas batu, 108 00:08:09,800 --> 00:08:11,040 dan ia semakin pudar. 109 00:08:11,120 --> 00:08:12,560 Jadi, pasti ada bahan pengikat. 110 00:08:12,640 --> 00:08:15,000 Pasti ada bahan pengikat yang sangat bagus. 111 00:08:15,080 --> 00:08:17,880 Kami syak mereka campurkan dengan damar pokok, 112 00:08:17,960 --> 00:08:22,040 dan damar itu hampir seperti ambar tapi agak lut sinar. 113 00:08:22,120 --> 00:08:25,320 Maknanya pelukis-pelukis ini ada, 114 00:08:25,400 --> 00:08:29,160 pertama sekali, pengalaman untuk melukis dengan cara begini. 115 00:08:29,240 --> 00:08:32,240 Mereka juga ada pengetahuan untuk buat cat itu bertahan lama. 116 00:08:32,320 --> 00:08:37,400 Sudah tentu. Selain itu, ia menunjukkan persediaan dan masa. 117 00:08:40,520 --> 00:08:43,800 Paling menarik bagi saya adalah banyak cap tangan… 118 00:08:48,240 --> 00:08:53,120 hubungan intim manusia digambarkan dengan cap tangan dalam seni batu. 119 00:08:55,000 --> 00:08:59,960 Seolah-olah mereka menyentuh dinding, 120 00:09:00,040 --> 00:09:03,000 dan menerusi dinding, menyentuh kita, 121 00:09:03,080 --> 00:09:04,960 menghantar mesej ke masa depan. 122 00:09:13,080 --> 00:09:16,560 {\an8}Lebih banyak seni Paleolitik ditemui di Amazon Barat. 123 00:09:17,600 --> 00:09:20,360 Seperti mural yang rumit ini di hutan Colombia, 124 00:09:20,440 --> 00:09:25,120 di mana imej 12,600 tahun menggambarkan manusia 125 00:09:25,200 --> 00:09:28,200 bersama imej makhluk Zaman Ais. 126 00:09:31,040 --> 00:09:35,000 {\an8}Kami sedang lihat laporan saksi kewujudan manusia 127 00:09:35,080 --> 00:09:38,040 dengan fauna besar Zaman Ais yang telah lama pupus. 128 00:09:40,360 --> 00:09:44,720 {\an8}Di timur Amazon, lukisan ini menolak tarikh itu 129 00:09:45,600 --> 00:09:48,080 kepada lebih 25,000 tahun lalu. 130 00:09:48,160 --> 00:09:51,120 25,000 TAHUN LALU 131 00:09:51,200 --> 00:09:55,480 Maksudnya, 2,000 tahun sebelum pemburu-pengumpul itu berjalan 132 00:09:55,560 --> 00:09:57,560 di White Sands, New Mexico, 133 00:09:58,440 --> 00:10:02,320 ada manusia lain yang tinggal di hutan Amerika Selatan 134 00:10:02,400 --> 00:10:04,400 mencipta seni seperti ini 135 00:10:04,920 --> 00:10:06,720 dalam jumlah yang banyak. 136 00:10:10,840 --> 00:10:13,280 Ini akan membuka peluang penerokaan 137 00:10:13,360 --> 00:10:17,120 tentang aktiviti mereka di benua Amerika 138 00:10:17,200 --> 00:10:19,280 selama puluhan ribu tahun ini 139 00:10:19,360 --> 00:10:22,920 yang ahli arkeologi sebelum ini tak fikir ada manusia di sana. 140 00:10:26,400 --> 00:10:30,400 Di Serra do Paituna, Dr. Davis pasti akan satu perkara. 141 00:10:32,160 --> 00:10:35,040 Siapa pun mereka dan apa pun aktiviti mereka, 142 00:10:35,560 --> 00:10:38,920 pelukis batu di sini tiba-tiba berhenti melukis. 143 00:10:40,000 --> 00:10:43,120 Orang pertama yang berada di wilayah ini, mereka di sini, 144 00:10:43,200 --> 00:10:46,840 mereka cipta seni dan kira-kira 12,700 tahun lalu, 145 00:10:46,920 --> 00:10:47,840 mereka lenyap. 146 00:10:47,920 --> 00:10:50,560 Adakah kawasan ini ditinggalkan? 147 00:10:50,640 --> 00:10:51,920 Nampaknya begitu. 148 00:10:52,000 --> 00:10:54,080 Agak lama. Selama beribu-ribu tahun. 149 00:10:54,160 --> 00:10:58,960 Bagi saya, 12,700 tahun lalu merupakan tarikh yang sangat penting. 150 00:10:59,040 --> 00:11:00,240 12,700 TAHUN LALU 151 00:11:00,320 --> 00:11:02,880 Sentiasa ada margin kesilapan dalam pentarikhan. 152 00:11:03,400 --> 00:11:08,360 Tapi itu sangat hampir dengan permulaan anomali iklim Younger Dryas. 153 00:11:08,440 --> 00:11:10,680 Saya ingin tahu jika ada kaitan. 154 00:11:13,160 --> 00:11:16,120 Ketika itu, suhu tiba-tiba menjunam. 155 00:11:17,280 --> 00:11:20,800 Pada masa sama, tanpa disangka kebakaran meratah seluruh planet. 156 00:11:22,880 --> 00:11:24,560 Aras laut meningkat. 157 00:11:32,720 --> 00:11:35,800 Kita boleh dengar gema zaman bencana ini… 158 00:11:38,720 --> 00:11:40,800 dalam tradisi lisan Amazonia. 159 00:11:43,840 --> 00:11:47,280 Ada banyak mitos dan legenda tentang bencana purba 160 00:11:47,360 --> 00:11:49,840 yang masih diceritakan di seluruh Amazon. 161 00:11:49,920 --> 00:11:53,120 Ada satu yang saya rasa sangat menarik. 162 00:11:57,680 --> 00:12:03,800 Menurut puak Orang Asli Tiriyó, zaman dulu roh langit beritahu seorang pawang 163 00:12:03,880 --> 00:12:06,480 banjir yang dahsyat akan melanda 164 00:12:06,560 --> 00:12:08,920 sebagai hukuman atas kejahatan rakyat. 165 00:12:10,440 --> 00:12:14,760 Ada yang dengar amaran ini dan melarikan diri ke Gunung Kantani. 166 00:12:18,400 --> 00:12:20,680 Tapi kebanyakan manusia mati dalam bah itu. 167 00:12:22,040 --> 00:12:24,160 Akhirnya, banjir surut, 168 00:12:25,040 --> 00:12:27,760 tinggalkan yang terselamat untuk bermula semula. 169 00:12:33,920 --> 00:12:36,960 Ia tradisi seluruh dunia. Ada zaman kegemilangan. 170 00:12:37,040 --> 00:12:41,040 Dulu manusia hidup secara harmoni bersama-sama. 171 00:12:41,120 --> 00:12:43,960 Tapi entah bagaimana ia jatuh daripada standardnya yang tinggi, 172 00:12:44,040 --> 00:12:47,800 dan dihukum dengan banjir besar atau kemusnahan global 173 00:12:47,880 --> 00:12:49,920 yang menghapuskannya dari muka bumi. 174 00:12:51,520 --> 00:12:56,080 Penyampaian mitos global ini, mustahil hanya satu kebetulan. 175 00:12:57,160 --> 00:13:01,880 Saya percaya kisah lama ini mungkin kenangan terakhir kita 176 00:13:01,960 --> 00:13:05,000 kejadian sangat nyata yang berlaku di seluruh dunia 177 00:13:05,080 --> 00:13:06,920 sekitar penghujung Zaman Ais, 178 00:13:07,000 --> 00:13:09,040 semasa tempoh bencana 179 00:13:09,120 --> 00:13:11,560 yang kami gelar Hari Kiamat Purba. 180 00:13:27,720 --> 00:13:33,800 Semakin banyak bukti menunjukkan serpihan komet terhempas di Bumi. 181 00:13:33,880 --> 00:13:37,600 Hujahnya adalah ada beberapa impak 182 00:13:37,680 --> 00:13:43,560 serpihan komet yang mencetuskan darurat iklim Younger Dryas 183 00:13:43,640 --> 00:13:45,280 12,800 tahun lalu. 184 00:13:53,360 --> 00:13:59,320 Kami sering bertembung dengan idea digelar Hipotesis Impak Younger Dryas. 185 00:14:01,240 --> 00:14:03,640 Di Hemisfera Selatan dan Utara, 186 00:14:04,360 --> 00:14:07,440 {\an8}saintis temui lapisan hitam pusam seperti ini, 187 00:14:07,520 --> 00:14:10,680 {\an8}menunjukkan kesan nanoberlian, platinum dan iridium, 188 00:14:10,760 --> 00:14:14,120 yang mungkin diakibatkan oleh impak kosmik atau letusan udara. 189 00:14:15,360 --> 00:14:18,160 Tapi di Amazon, mungkin wujud bukti lain 190 00:14:18,240 --> 00:14:19,800 terlukis di dinding ini. 191 00:14:25,520 --> 00:14:28,080 Ada beberapa imej komet, 192 00:14:28,160 --> 00:14:30,160 tapi satu panel terutamanya, 193 00:14:30,240 --> 00:14:36,080 ada komet yang menghadap ke atas. 194 00:14:36,160 --> 00:14:38,240 Ekor di bawah, kepala di atas. 195 00:14:38,320 --> 00:14:39,240 Ya. 196 00:14:39,320 --> 00:14:42,440 Di atas imej komet itu ialah imej matahari. 197 00:14:43,880 --> 00:14:47,920 Saya rasa bingung kali pertama melihatnya kerana biasanya kita takkan nampak komet 198 00:14:48,000 --> 00:14:49,520 hingga selepas matahari terbenam. 199 00:14:50,680 --> 00:14:54,240 Kebanyakan komet mudah dibezakan berdasarkan ekornya, 200 00:14:54,880 --> 00:14:59,320 biasanya hanya boleh dilihat di atas matahari terbenam, menjauhinya. 201 00:15:00,400 --> 00:15:05,200 Pastinya mustahil untuk lihat komet di bawah matahari pada waktu siang. 202 00:15:07,880 --> 00:15:11,840 Saya terfikir, bila kita mungkin nampak kepala komet 203 00:15:11,920 --> 00:15:13,880 sebelum matahari terbenam? 204 00:15:13,960 --> 00:15:15,440 Mungkin semasa gerhana. 205 00:15:16,080 --> 00:15:19,760 Jadi, saya mula mencari dalam perisian astronomi, 206 00:15:19,840 --> 00:15:22,600 memang ada gerhana yang berlaku berdepan imej itu 207 00:15:22,680 --> 00:15:25,520 kira-kira 13,027 tahun lalu. 208 00:15:25,600 --> 00:15:26,520 Okey. 209 00:15:26,600 --> 00:15:30,840 Ada komet yang berdekatan matahari. 210 00:15:32,800 --> 00:15:35,360 Jika ada gerhana yang menggelapkan matahari, 211 00:15:35,440 --> 00:15:38,720 mereka mungkin boleh nampak komet ini secara tiba-tiba, 212 00:15:38,800 --> 00:15:41,680 dan ia akan menghadap matahari. 213 00:15:41,760 --> 00:15:43,800 Itu yang kita lihat dalam lukisan itu? 214 00:15:43,880 --> 00:15:45,720 Ya, itu yang ditunjukkannya. 215 00:15:46,320 --> 00:15:50,200 Mungkinkah lukisan ini rekod komet yang ramai percaya pecah, 216 00:15:50,920 --> 00:15:54,960 menghentam Bumi dengan serpihan dan mencetuskan Younger Dryas? 217 00:15:57,840 --> 00:16:01,960 Saya rasa orang purba terima amaran dari langit. 218 00:16:02,040 --> 00:16:05,960 Mereka semakin sedar sesuatu telah berubah di syurga, 219 00:16:06,040 --> 00:16:10,040 dan mungkin mereka melukis tanda-tanda awal kiamat 220 00:16:10,120 --> 00:16:11,120 yang akan datang. 221 00:16:24,760 --> 00:16:29,080 Pemasaan memang tepat apabila manusia meninggalkan singkapan batu ini. 222 00:16:30,560 --> 00:16:32,280 Ahli arkeologi tak suka buat spekulasi 223 00:16:32,360 --> 00:16:33,920 tapi saya nak minta juga. 224 00:16:34,000 --> 00:16:36,200 Awak rasa Younger Dryas ada kaitan dengan 225 00:16:36,280 --> 00:16:37,920 aktiviti yang tiba-tiba berhenti? 226 00:16:38,000 --> 00:16:39,760 Kita tak boleh abaikannya 227 00:16:39,840 --> 00:16:42,440 kerana ia berlaku tepat pada masa itu. 228 00:16:53,960 --> 00:16:56,840 Pada pendapat awak, apa anggapan awak 229 00:16:56,920 --> 00:16:59,400 tentang orang yang mencipta seni ini? 230 00:16:59,480 --> 00:17:01,520 Bagaimana awak membayangkannya? 231 00:17:01,600 --> 00:17:05,360 Sukar untuk dibayangkan kita perlu ada keberanian luar biasa 232 00:17:05,440 --> 00:17:07,280 untuk memasuki persekitaran baru. 233 00:17:07,880 --> 00:17:09,880 Mereka perintis. 234 00:17:12,120 --> 00:17:15,440 Tapi bagaimana perintis ini boleh ke sini? 235 00:17:18,120 --> 00:17:24,040 Pada 2015, saintis yang menyiasat hal itu memaklumkan sesuatu yang mengejut. 236 00:17:25,640 --> 00:17:29,440 Mereka jumpa beberapa ahli puak Orang Asli Amazon 237 00:17:29,520 --> 00:17:32,480 berkongsi penanda DNA tertentu 238 00:17:33,800 --> 00:17:36,880 dengan manusia dari seberang Lautan Pasifik. 239 00:17:39,840 --> 00:17:43,560 Hakikat kita temuinya dalam kalangan puak terpencil di hutan hujan Amazon 240 00:17:43,640 --> 00:17:47,680 dan di Papua New Guinea, Taiwan dan Australia 241 00:17:47,760 --> 00:17:52,680 menunjukkan ada laluan terus 242 00:17:52,760 --> 00:17:54,760 merentasi Lautan Pasifik. 243 00:17:56,000 --> 00:18:00,040 Lebih mengejutkan, tempat ketiadaan penanda DNA ini. 244 00:18:02,000 --> 00:18:07,880 Penanda DNA ini tak dijumpai di mana-mana di Amerika Utara. 245 00:18:08,480 --> 00:18:11,840 Jika Amerika hanya ada penduduk di darat, 246 00:18:11,920 --> 00:18:15,800 kita patut temui penanda DNA ini di Amerika Utara 247 00:18:15,880 --> 00:18:17,520 serta di Amerika Selatan. 248 00:18:18,680 --> 00:18:22,160 Tambahan pula, penanda DNA ini sangat lama, 249 00:18:23,040 --> 00:18:25,720 berusia 10,000 tahun lalu. 250 00:18:26,600 --> 00:18:30,040 {\an8}Tiada sesiapa sepatutnya dapat menyeberangi Lautan Pasifik 251 00:18:30,120 --> 00:18:34,520 dari sini ke sana atau sebaliknya, 10,000 atau 11,000 tahun lalu. 252 00:18:34,600 --> 00:18:38,320 Jika itulah yang berlaku, ia akan mengubah seluruh cerita. 253 00:18:38,920 --> 00:18:41,400 Jika ada satu tempat di Bumi yang mungkin ada petunjuk 254 00:18:41,480 --> 00:18:44,080 tentang orang yang menyeberangi Lautan Pasifik ketika itu… 255 00:18:47,560 --> 00:18:48,760 ia pasti di sini. 256 00:18:52,360 --> 00:18:55,800 Saya datang ke salah satu pulau paling terpencil 257 00:18:58,120 --> 00:19:01,360 3,701 kilometer di barat Amerika Selatan 258 00:19:01,960 --> 00:19:05,520 dan 4,184 kilometer ke timur Tahiti. 259 00:19:07,680 --> 00:19:10,160 Pada hari Ahad Easter, 1722, 260 00:19:10,240 --> 00:19:13,880 penjelajah Belanda terjumpa tanah kecil ini… 261 00:19:14,000 --> 00:19:15,760 LAUTAN PASIFIK 262 00:19:15,840 --> 00:19:18,400 …hilang di tengah Lautan Pasifik. 263 00:19:20,240 --> 00:19:22,920 Jadi, mereka namakannya Pulau Easter. 264 00:19:24,080 --> 00:19:26,920 Tapi mereka terkejut apabila mendapati ia didiami 265 00:19:27,920 --> 00:19:32,320 oleh mereka yang hari ini gelar kediaman mereka sebagai Rapa Nui. 266 00:19:38,480 --> 00:19:40,120 Lihatlah geografi asas. 267 00:19:43,160 --> 00:19:47,040 Ia berada di tengah Lautan Pasifik, 268 00:19:47,120 --> 00:19:51,080 tanah kecil ini. 269 00:19:53,040 --> 00:19:57,240 Jadi, perkara pertama yang luar biasa, 270 00:19:57,320 --> 00:19:59,120 bagaimana orang menjumpainya? 271 00:19:59,200 --> 00:20:03,480 Bagaimana orang boleh bermastautin di Pulau Easter 272 00:20:04,200 --> 00:20:08,000 di Lautan Pasifik yang terbentang luas? 273 00:20:09,960 --> 00:20:13,640 Penanda DNA pan-Pasifik itu meyakinkan saya 274 00:20:13,720 --> 00:20:18,320 yang pulau ini penting dalam usaha saya untuk membina semula cerita 275 00:20:18,400 --> 00:20:20,720 tentang tamadun Zaman Ais yang hilang. 276 00:20:22,400 --> 00:20:23,240 Kenapa? 277 00:20:25,920 --> 00:20:27,280 Disebabkan ini. 278 00:20:29,760 --> 00:20:33,320 Patung megalit gergasi yang menjulang di atas landskap… 279 00:20:37,280 --> 00:20:39,640 yang membuat Rapa Nui terkenal hari ini. 280 00:20:47,360 --> 00:20:48,720 Di seberang Lautan Pasifik, 281 00:20:48,800 --> 00:20:52,800 beberapa pulau mempunyai koleksi struktur megalit luar biasa. 282 00:20:53,320 --> 00:20:57,680 Namun, kebanyakan monumen itu ditemui di sini. 283 00:20:57,760 --> 00:21:00,120 Penduduk pulau ini menggelarnya Moai. 284 00:21:05,600 --> 00:21:08,000 Ada lebih 1,000 monumen ini 285 00:21:10,760 --> 00:21:14,640 di atas batu terpencil yang lebih kecil daripada Washington, DC. 286 00:21:19,120 --> 00:21:23,880 Banyak yang didirikan di sepanjang pantai, menghadap ke pedalaman… 287 00:21:28,200 --> 00:21:30,720 sementara yang lain ditemui secara rawak, 288 00:21:31,800 --> 00:21:35,760 seperti projek besar terbengkalai di pertengahan jalan. 289 00:21:41,480 --> 00:21:46,480 Bagi saya, Pulau Easter merupakan tempat paling ajaib di Bumi. 290 00:21:47,080 --> 00:21:49,680 Patung Moai agung, 291 00:21:49,760 --> 00:21:53,360 patung manusia yang diukir daripada batu gunung berapi lembut. 292 00:21:55,160 --> 00:21:58,040 Ia mencabar kita dengan misteri di sana 293 00:21:58,120 --> 00:21:59,840 yang perlu dijelaskan. 294 00:22:04,280 --> 00:22:07,320 Siapa pengarca patung-patung gergasi ini? 295 00:22:07,400 --> 00:22:09,120 Apa yang mereka cuba capai 296 00:22:09,200 --> 00:22:12,760 dan kenapa curahkan usaha besar untuk mencapainya? 297 00:22:14,520 --> 00:22:16,960 Ini teka-teki yang tiada penyelesaian pasti, 298 00:22:17,040 --> 00:22:20,280 hanya spekulasi yang pernah ditawarkan. 299 00:22:32,280 --> 00:22:35,600 Wujudnya jurang pengetahuan ini diakibatkan oleh kemusnahan 300 00:22:35,680 --> 00:22:37,680 yang dilakukan oleh orang luar. 301 00:22:39,880 --> 00:22:41,640 Pada abad ke-19, 302 00:22:41,720 --> 00:22:44,880 penduduk Rapa Nui berkurangan kepada kumpulan kecil 303 00:22:44,960 --> 00:22:48,120 kerana ditangkap untuk dijadikan hamba dan penyakit. 304 00:22:48,880 --> 00:22:50,440 Segelintir yang terselamat 305 00:22:50,520 --> 00:22:53,680 berlindung di dalam tiub lava bawah tanah seperti ini. 306 00:22:56,760 --> 00:22:59,440 Saya selalu kata, kita spesies yang pelupa, 307 00:22:59,960 --> 00:23:02,880 dan itu memang benar tentang Pulau Easter 308 00:23:02,960 --> 00:23:04,760 kerana sejarahnya yang tragis. 309 00:23:05,640 --> 00:23:11,120 Sebab sejak saat Pulau Easter bertemu budaya Barat, 310 00:23:12,280 --> 00:23:13,480 bencana berlaku. 311 00:23:15,120 --> 00:23:18,320 Orang-orang tua yang menyimpan memori itu 312 00:23:18,400 --> 00:23:20,000 telah dibawa pergi. 313 00:23:20,800 --> 00:23:23,000 Ada hamba kemudian dihantar pulang, 314 00:23:23,880 --> 00:23:26,280 tapi membawa penyakit berbahaya 315 00:23:26,880 --> 00:23:30,480 yang mengakibatkan saki baki penduduk terhapus. 316 00:23:35,320 --> 00:23:38,440 Leo Pakarati ialah penghasil dokumentari Orang Asli 317 00:23:38,520 --> 00:23:42,080 {\an8}dan keluarganya telah memelihara tradisi lisan Rapa Nui 318 00:23:42,160 --> 00:23:43,440 {\an8}sejak turun-temurun. 319 00:23:44,960 --> 00:23:47,760 Dia sedar apa yang hilang 320 00:23:47,840 --> 00:23:50,720 semasa penduduk ditangkap untuk dijadikan hamba. 321 00:23:52,080 --> 00:23:55,320 Satu-satunya memori yang tersimpan tentang asal usul Pulau Easter 322 00:23:55,400 --> 00:23:58,480 ialah memori yang terselamat pada abad ke-19. 323 00:23:59,080 --> 00:24:04,040 Dalam detik bersejarah, cuma ada 111 orang di pulau ini. 324 00:24:04,120 --> 00:24:05,600 Ia bencana besar. 325 00:24:05,680 --> 00:24:07,320 Ia bencana budaya juga 326 00:24:07,400 --> 00:24:10,320 sebab kita perlukan ramai orang untuk simpan pengetahuan. 327 00:24:10,400 --> 00:24:11,920 Sikit orang, sikit pengetahuan. 328 00:24:12,000 --> 00:24:15,960 Kami hilang sebahagian besar sejarah kami. 329 00:24:17,520 --> 00:24:20,840 Namun, di sebalik cabaran yang sukar ini, 330 00:24:20,920 --> 00:24:23,280 Rapa Nui masih mengekalkan memori 331 00:24:23,360 --> 00:24:26,720 berkaitan misteri pulau ini yang paling menarik. 332 00:24:28,120 --> 00:24:30,800 Apa yang dizahirkan oleh tradisi lama tentang Moai. 333 00:24:30,880 --> 00:24:35,120 Nama sebenar Moai ialah "te aringa o te kupuna." 334 00:24:35,200 --> 00:24:37,400 "Wajah leluhur kita." 335 00:24:37,480 --> 00:24:38,560 Itulah namanya. 336 00:24:38,640 --> 00:24:42,640 Ideanya ialah Moai mewakili orang sebenar. 337 00:24:43,120 --> 00:24:46,560 Dalam hidup, orang ini istimewa dan penting. 338 00:24:48,040 --> 00:24:49,880 Menurut cerita rakyat Rapa Nui, 339 00:24:49,960 --> 00:24:53,520 leluhur yang penting ini diperingati melalui Moai 340 00:24:54,280 --> 00:24:57,280 dengan ciri-ciri tersendiri berdasarkan pangkat mereka. 341 00:24:58,000 --> 00:24:59,720 Sesetengah Moai bertelinga pendek. 342 00:24:59,800 --> 00:25:01,800 Sesetengah pula panjang. Kenapa? 343 00:25:01,880 --> 00:25:04,640 Ia menunjukkan perbezaan kelas sosial. 344 00:25:04,720 --> 00:25:08,160 Sesetengah orang ada masa untuk subang panjang. 345 00:25:08,240 --> 00:25:12,280 Kuku mereka juga panjang. Itu aktiviti kelas sosial. 346 00:25:12,360 --> 00:25:15,200 Jari-jari panjang pada Moai, itu sebenarnya kuku? 347 00:25:15,280 --> 00:25:17,080 Jari mereka panjang, 348 00:25:17,160 --> 00:25:20,360 dan sesetengah Moai ada kuku dan lekuk panjang juga. 349 00:25:23,720 --> 00:25:27,920 Saya tak dapat mengelak melihat persamaan 350 00:25:28,000 --> 00:25:30,080 patung yang ditemui di tempat lain. 351 00:25:31,880 --> 00:25:34,640 {\an8}Di pulau Sulawesi, Indonesia, 352 00:25:34,720 --> 00:25:39,720 {\an8}kita dapat lihat patung megalit berusia 4,000 tahun dengan postur sama 353 00:25:40,520 --> 00:25:42,520 {\an8}dengan posisi tangan sama. 354 00:25:46,160 --> 00:25:49,040 {\an8}Walaupun di seberang dunia, di Turkiye, 355 00:25:49,120 --> 00:25:52,960 {\an8}sebuah patung yang dikenali sebagai Urfa Man dari Zaman Ais, 356 00:25:53,040 --> 00:25:57,120 mempunyai gaya yang sama, dengan tangan di depan perut. 357 00:26:00,240 --> 00:26:03,960 {\an8}Begitu juga patung yang turut ditemui di Turkiye, 358 00:26:04,040 --> 00:26:07,240 {\an8}dalam bentuk tiang megalit sepuluh tan iaitu Göbekli Tepe. 359 00:26:08,160 --> 00:26:12,280 Tiang-tiang ini berusia 11,600 tahun. 360 00:26:14,760 --> 00:26:19,520 Adakah persamaan rekaan ini merentasi masa dan ruang, 361 00:26:19,600 --> 00:26:22,400 jadi bukti akan budaya leluhur yang sama, 362 00:26:23,480 --> 00:26:27,360 meninggalkan legasi idea untuk orang lain luahkan? 363 00:26:34,120 --> 00:26:37,760 Tiada rekod yang dapat menjelaskan asal usul imejan itu. 364 00:26:39,760 --> 00:26:42,560 Tapi menurut tradisi lisan Rapa Nui, 365 00:26:42,640 --> 00:26:46,360 Moai, selain menjadi peringatan megalit, 366 00:26:47,080 --> 00:26:50,920 menyalurkan kuasa rohani yang suci daripada leluhur mereka, 367 00:26:52,640 --> 00:26:54,720 tenaga yang dikenali sebagai mana. 368 00:26:57,240 --> 00:26:58,840 Saya nak tahu tentang mana. 369 00:26:58,920 --> 00:27:00,320 Mana sangat penting. 370 00:27:00,400 --> 00:27:01,920 Mana ialah tenaga. 371 00:27:02,000 --> 00:27:03,280 Semua orang memiliki mana. 372 00:27:03,360 --> 00:27:06,640 Setiap batu dan unsur di alam semesta ada mana. 373 00:27:06,720 --> 00:27:10,080 Jadi, Moai dipenuhi kuasa mana? 374 00:27:10,160 --> 00:27:11,920 Ya. Apabila manusia mati, 375 00:27:12,000 --> 00:27:16,160 Moai dibina dengan tujuan untuk menghantar 376 00:27:16,240 --> 00:27:20,920 jiwa, mana, roh si mati ke dalam Moai. 377 00:27:22,440 --> 00:27:26,240 Tapi yang menariknya, mana itu hanya mula mengalir 378 00:27:26,320 --> 00:27:30,400 selepas Moai ditempatkan dan disiapkan. 379 00:27:31,280 --> 00:27:34,680 Pada saat Moai diletakkan di pelantarnya, 380 00:27:34,760 --> 00:27:38,680 leluhur te Puna, ukir lubang untuk mata dulu, 381 00:27:38,760 --> 00:27:42,360 kemudian karang dimasukkan untuk bahagian putih 382 00:27:42,440 --> 00:27:45,800 dan kadangkala obsidian atau batu lain untuk mata. 383 00:27:45,880 --> 00:27:48,080 Pada saat ini, ia bukan lagi Moai. 384 00:27:48,160 --> 00:27:51,360 Tapi Aringa ora o te Tupuna. Wajah leluhur kami yang masih hidup. 385 00:27:51,440 --> 00:27:53,320 - Selepas ia ada mata? - Ya. 386 00:27:53,400 --> 00:27:55,840 Dari pelantar itu, dari Ahu, 387 00:27:55,920 --> 00:27:59,080 Moai memandang ke arah bandar dan melindungi keluarga. 388 00:27:59,160 --> 00:28:00,680 Itulah fungsi Moai. 389 00:28:07,960 --> 00:28:11,240 Jelas sekali, Moai sangat suci kepada Rapa Nui. 390 00:28:12,720 --> 00:28:15,880 Tapi adakah itu bermakna asalnya mereka yang mengukirnya? 391 00:28:18,360 --> 00:28:21,320 Mungkinkah Moai telah berada di sini? 392 00:28:21,840 --> 00:28:25,080 Jika benar, kita perlu fikir semula keseluruhan garis masa 393 00:28:26,480 --> 00:28:28,280 kependudukan Rapa Nui. 394 00:28:29,440 --> 00:28:32,080 Mari pertimbangkan senario alternatif. 395 00:28:32,160 --> 00:28:36,720 Ia pertama kali diterokai oleh sekumpulan kecil, pengemudi sofistikated, 396 00:28:37,320 --> 00:28:40,240 lebih awal daripada zaman prasejarah yang diterima masa kini. 397 00:28:53,440 --> 00:28:55,120 Berdasarkan ujian genetik, 398 00:28:55,200 --> 00:28:56,880 kita tahu orang Rapa Nui 399 00:28:59,200 --> 00:29:02,240 merupakan keturunan pengemudi purba yang hebat, 400 00:29:02,320 --> 00:29:03,760 iaitu orang Polinesia. 401 00:29:05,600 --> 00:29:10,400 Orang Polinesia merupakan pengemudi dan pelaut cekap 402 00:29:10,480 --> 00:29:12,840 dan menetap di banyak bahagian Lautan Pasifik 403 00:29:12,920 --> 00:29:16,480 semasa peluasan Polinesia kira-kira 3,000 tahun lalu. 404 00:29:18,240 --> 00:29:22,240 Pentarikhan karbon manusia paling tua penempatan di sini menunjukkan 405 00:29:22,320 --> 00:29:26,000 Rapa Nui merupakan antara pulau terakhir yang mereka diami 406 00:29:26,080 --> 00:29:28,400 sekitar 1,100 tahun lalu. 407 00:29:31,400 --> 00:29:35,520 Ada kajian baru bahkan mengatakan, orang pertama tiba lebih awal, 408 00:29:35,600 --> 00:29:38,000 sekitar 800 tahun lalu atau kurang. 409 00:29:48,000 --> 00:29:52,480 Namun, cebisan kisah asal yang berbeza, 410 00:29:52,560 --> 00:29:55,160 bercanggah dengan garis masa arkeologi 411 00:29:55,240 --> 00:29:57,240 dikekalkan di sini. 412 00:29:57,920 --> 00:30:00,680 Saya berbesar hati dapat melihat sambutannya. 413 00:30:10,120 --> 00:30:14,320 Tradisi lisan menceritakan tanah air purba bernama Hiva, 414 00:30:14,400 --> 00:30:17,160 pulau besar yang musnah akibat banjir global, 415 00:30:17,240 --> 00:30:19,840 memaksa leluhur mereka melarikan diri. 416 00:30:22,200 --> 00:30:25,960 Menurut kisah ini, raja Hiva, Hutu Matu'a, 417 00:30:26,560 --> 00:30:30,760 diberi amaran bahawa negara pulaunya akan dilanda banjir besar 418 00:30:30,840 --> 00:30:32,440 dan tenggelam selamanya. 419 00:30:37,240 --> 00:30:38,560 Berpandukan bayangan, 420 00:30:38,640 --> 00:30:42,200 dia hantar tujuh orang terpilih menaiki kanu, 421 00:30:44,360 --> 00:30:48,000 menuju ke arah matahari terbit, mencari tempat tinggal baru. 422 00:30:49,760 --> 00:30:54,240 Selepas berminggu-minggu di laut, mereka mendarat di pulau Rapa Nui, 423 00:30:54,320 --> 00:30:58,680 di mana mereka kemudian disertai Hutu Matu'a dan ratusan rakyatnya 424 00:30:58,760 --> 00:31:01,080 untuk membina semula tamadun mereka. 425 00:31:08,280 --> 00:31:11,560 Jadi, ada tradisi banjir besar dan penerokaan, 426 00:31:11,640 --> 00:31:14,480 dan kita perlu tanya, "Adakah kejadian itu berlaku?" 427 00:31:15,680 --> 00:31:18,240 Kita perlu kembali ke penghujung Zaman Ais 428 00:31:19,000 --> 00:31:23,080 untuk rekod banjir sebegitu yang menenggelamkan seluruh daratan. 429 00:31:24,800 --> 00:31:27,680 Nama pulau tenggelam itu, Hiva, 430 00:31:27,760 --> 00:31:31,280 dalam bahasa Rapa Nui bermaksud tanah yang jauh, 431 00:31:31,360 --> 00:31:35,040 menunjukkan ia bukan tanah yang orang Polinesia kenal. 432 00:31:35,680 --> 00:31:42,000 Tapi kedatangan sekumpulan tujuh orang melalui laut selepas bencana besar 433 00:31:42,080 --> 00:31:45,320 {\an8}merupakan tradisi yang ditemui di seluruh dunia purba 434 00:31:45,800 --> 00:31:47,840 {\an8}dari Apkallu di Mesopotamia 435 00:31:49,680 --> 00:31:51,680 {\an8}kepada tujuh pendeta Mesir 436 00:31:52,680 --> 00:31:54,240 {\an8}dan tujuh rishi India. 437 00:31:56,040 --> 00:32:00,080 {\an8}Tradisi begitu sering bercakap tentang sekumpulan kecil mangsa banjir 438 00:32:00,160 --> 00:32:03,760 tiba di tempat yang jauh dalam keadaan huru-hara 439 00:32:03,840 --> 00:32:06,240 dengan misi memulakan semula tamadun. 440 00:32:09,040 --> 00:32:13,560 Kebetulan? Mungkin kisah asal usul ini merupakan kenangan peristiwa sebenar 441 00:32:13,640 --> 00:32:17,080 dialami oleh banyak budaya purba di seluruh dunia? 442 00:32:23,200 --> 00:32:28,160 Yang penting, tiada tarikh dalam legenda Hotu Matu'a dan Hiva. 443 00:32:33,760 --> 00:32:36,480 Ini menimbulkan persoalan dalam fikiran saya 444 00:32:36,560 --> 00:32:38,920 tentang waktu Pulau Easter mula diduduki. 445 00:32:40,440 --> 00:32:43,240 Saya tak mempersoalkan perkembangan Polinesia. 446 00:32:43,320 --> 00:32:47,080 Saya tak mempersoalkan populasi pulau Easter hari ini 447 00:32:47,160 --> 00:32:49,640 ialah populasi Polinesia. 448 00:32:50,480 --> 00:32:53,040 Tapi mungkinkah mereka datang lebih awal dari itu? 449 00:33:05,200 --> 00:33:09,560 Kesimpulannya, Moai sendiri tak dapat bantu kita menjawab soalan ini. 450 00:33:10,880 --> 00:33:12,920 Karakter Moai diukir daripada 451 00:33:13,000 --> 00:33:15,560 sejenis batu lembut dipanggil tuf, 452 00:33:16,400 --> 00:33:19,040 sejenis bentuk abu gunung berapi bertukar menjadi batu. 453 00:33:19,120 --> 00:33:21,400 Ia tak boleh ditarikhkan. 454 00:33:22,920 --> 00:33:24,880 Tanpa bukti secara langsung, 455 00:33:24,960 --> 00:33:27,680 apabila patung megalit ini diukir, 456 00:33:28,680 --> 00:33:31,800 ahli arkeologi bergantung pada pentarikhan bahan organik 457 00:33:31,880 --> 00:33:36,080 tertanam dalam pelantar Ahu, tempat banyak Moai didirikan. 458 00:33:37,640 --> 00:33:38,720 Misalnya, 459 00:33:38,800 --> 00:33:45,080 Ahu Nau Nau ditarikhkan antara 400 hingga 900 tahun. 460 00:33:50,600 --> 00:33:55,080 Ketika itulah para sejarawan percaya penduduk pulau mula mengukir Moai. 461 00:33:57,720 --> 00:33:59,440 Tapi jika itu benar, 462 00:33:59,520 --> 00:34:02,000 bermakna selepas beberapa abad, 463 00:34:02,080 --> 00:34:06,040 hidup sederhana tanpa kesan membina kemahiran yang diperlukan, 464 00:34:07,000 --> 00:34:10,880 orang Rapa Nui tiba-tiba memulakan projek besar ini 465 00:34:12,360 --> 00:34:16,520 yang berterusan hingga beberapa dekad sebelum orang Eropah tiba. 466 00:34:18,640 --> 00:34:20,600 Banyak pelantar agak kasar 467 00:34:20,680 --> 00:34:23,040 dan kurang elok jika dibandingkan dengan patung. 468 00:34:23,120 --> 00:34:25,280 Kita perlu tanya diri sendiri, 469 00:34:25,360 --> 00:34:29,240 adakah pelantar itu seusia patung yang didirikan di atasnya? 470 00:34:29,880 --> 00:34:33,360 Mungkinkah patung-patung itu telah dibina semula 471 00:34:33,440 --> 00:34:35,360 oleh orang yang lewat ke Pulau Easter, 472 00:34:35,440 --> 00:34:38,600 membuatkan kita silap tentang usia patung 473 00:34:38,680 --> 00:34:40,400 berdasarkan pelantarnya? 474 00:34:43,360 --> 00:34:45,400 Lagipun, sepanjang sejarah, 475 00:34:45,480 --> 00:34:50,160 banyak objek yang ada nilai budaya telah dipindahkan dan dipamerkan 476 00:34:50,240 --> 00:34:51,520 dalam suasana baru. 477 00:34:53,800 --> 00:34:57,120 {\an8}Di Venice, empat tetrark Basilika St. Mark 478 00:34:57,200 --> 00:35:02,960 {\an8}sebenarnya diukir di Constantinople 900 tahun sebelum ia ditempatkan di sini. 479 00:35:05,520 --> 00:35:10,120 {\an8}Usia air pancut Renaissance di depan Pantheon Rom tak setua 480 00:35:10,200 --> 00:35:12,760 {\an8}obelisk Mesir purba yang ia tampung. 481 00:35:15,480 --> 00:35:18,760 Banyak patung besar ini dialihkan, dipindahkan 482 00:35:18,840 --> 00:35:20,440 ditempatkan dengan posisi berbeza. 483 00:35:20,520 --> 00:35:23,160 Saya rasa kita perlu kekal terbuka kepada kemungkinan 484 00:35:23,240 --> 00:35:25,480 bahawa patung itu mungkin dah ada di sana 485 00:35:25,560 --> 00:35:28,360 apabila orang Polinesia pertama tiba. 486 00:35:29,680 --> 00:35:33,120 Patung ini diterima oleh peneroka baru 487 00:35:33,200 --> 00:35:35,360 dan diresapkan ke dalam budaya. 488 00:35:37,440 --> 00:35:40,040 Idea ini berdasarkan Ahu Nau Nau 489 00:35:40,560 --> 00:35:44,120 yang guna satu lagi kepala Moai yang sangat lapuk, 490 00:35:44,640 --> 00:35:48,200 sebagai salah satu batu asasnya, dikitar semula untuk tujuan ini. 491 00:35:55,200 --> 00:35:59,240 Satu lagi petunjuk yang Moai mungkin lebih tua daripada yang disangka 492 00:35:59,960 --> 00:36:02,080 boleh ditemui di gunung berapi yang pupus, 493 00:36:02,760 --> 00:36:05,880 di mana hampir semua megalit mula-mula digali dan dibentuk. 494 00:36:10,800 --> 00:36:14,400 Di tenggara pulau ada gunung berapi yang pupus 495 00:36:14,480 --> 00:36:16,120 dipanggil Rano Raraku. 496 00:36:17,480 --> 00:36:19,760 Ia satu ciri dramatik landskap ini. 497 00:36:22,600 --> 00:36:27,840 Di cerunnya ada sisa ratusan Moai yang separuh siap. 498 00:36:29,280 --> 00:36:32,720 Ia benar-benar salah satu tempat paling misteri di dunia. 499 00:36:39,600 --> 00:36:43,000 Hampir 400 Moai berselerak di sekitar gunung berapi… 500 00:36:48,080 --> 00:36:50,080 dalam pelbagai peringkat penyelesaian. 501 00:37:02,560 --> 00:37:05,360 Kebanyakannya tersembul dari aras tanah, 502 00:37:05,440 --> 00:37:08,560 badan tertanam dalam mendapan. 503 00:37:10,840 --> 00:37:17,160 Pemendapan ini mungkin disebabkan tanah runtuh, aliran lumpur atau tsunami. 504 00:37:20,600 --> 00:37:25,480 Walaupun ada yang senget, kebanyakan patung kekal tegak, 505 00:37:25,560 --> 00:37:27,120 tak terjatuh secara rawak, 506 00:37:27,200 --> 00:37:30,240 seperti yang kita jangka jika peristiwa itu puncanya. 507 00:37:32,640 --> 00:37:34,560 Jadi, apa yang berlaku di sini? 508 00:37:36,200 --> 00:37:39,440 Berkurun lamanya, mendapan menyembunyikan bukti. 509 00:37:41,040 --> 00:37:45,760 Sehingga tahun 1914, apabila ahli arkeologi mulakan penggalian. 510 00:37:47,240 --> 00:37:49,000 Seperti dalam gambar ini, 511 00:37:49,080 --> 00:37:53,000 ada Moai lebih daripada hanya kepala dan bahu 512 00:37:53,080 --> 00:37:56,760 dan termasuk seluruh badan tertanam jauh di lereng bukit, 513 00:38:00,120 --> 00:38:04,120 penemuan yang baru didedahkan kepada dunia pada tahun 1950-an 514 00:38:04,200 --> 00:38:07,080 oleh ahli etnografi terkenal, Thor Heyerdahl. 515 00:38:11,200 --> 00:38:13,720 Thor Heyerdahl seorang manusia yang luar biasa. 516 00:38:13,800 --> 00:38:16,680 Saya bertuah dapat jumpa dia lebih daripada sekali. 517 00:38:17,640 --> 00:38:19,840 Dia sanggup mencabar kebiasaan. 518 00:38:19,920 --> 00:38:22,800 Dia yakin ada bahagian yang hilang 519 00:38:22,880 --> 00:38:24,760 dalam kisah silam kita. 520 00:38:24,840 --> 00:38:28,960 Dia cuba tunjuk kepada kita jauh dalam prasejarah, 521 00:38:29,040 --> 00:38:32,120 manusia purba berkebolehan membuat pencapaian 522 00:38:32,200 --> 00:38:35,760 yang kita sangka dilakukan oleh manusia pada zaman lebih maju. 523 00:38:37,560 --> 00:38:40,560 Misalnya, projek pembinaan Moai yang misteri ini. 524 00:38:42,120 --> 00:38:43,240 Ahli arkeologi beritahu 525 00:38:43,320 --> 00:38:47,040 Moai terakhir diukir sekitar 400 tahun lalu. 526 00:38:47,640 --> 00:38:51,320 Tapi nampak tak masuk akal di pulau kecil, 527 00:38:51,880 --> 00:38:55,440 jumlah mendapan yang sangat besar mungkin terkumpul 528 00:38:55,520 --> 00:38:57,960 di sekelilingnya dalam masa yang singkat. 529 00:38:59,880 --> 00:39:03,160 Semua Moai ini tiada bukti pengebumian yang disengajakan. 530 00:39:04,200 --> 00:39:06,280 Jadi, wujudkah penjelasan lain? 531 00:39:09,160 --> 00:39:11,760 Mungkinkah apa yang kita lihat adalah hasil akhir 532 00:39:11,840 --> 00:39:13,560 proses pemendapan 533 00:39:13,640 --> 00:39:17,120 yang ambil masa bukan beratus-ratus, tapi beribu-ribu tahun? 534 00:39:19,640 --> 00:39:21,560 Masalah dengan teori itu? 535 00:39:21,640 --> 00:39:25,320 Tiada bukti penempatan manusia bertarikh sejauh itu. 536 00:39:26,800 --> 00:39:27,840 Mungkinkah ada? 537 00:40:03,960 --> 00:40:06,040 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Jasmine Bardwin