1
00:00:15,200 --> 00:00:18,440
Ayahuasca merupakan
salah satu ciptaan saintifik di Amazon.
2
00:00:20,040 --> 00:00:21,960
Ia bru bayangan hebat
3
00:00:23,440 --> 00:00:27,760
yang penting bagi kerohanian Orang Asli
dan sah di Peru.
4
00:00:29,160 --> 00:00:34,040
Saya sendiri ada banyak pengalaman
dengan ayahuasca dibimbing oleh pawang.
5
00:00:35,880 --> 00:00:39,400
Saya percaya ia digunakan
lebih lama daripada yang disangka,
6
00:00:40,040 --> 00:00:42,720
terutamanya kerana karya seni
yang diilhamkan daripadanya.
7
00:00:45,720 --> 00:00:47,640
Ada bayangan yang luar biasa.
8
00:00:47,720 --> 00:00:49,280
Sembilan daripada sepuluh,
9
00:00:49,360 --> 00:00:51,880
ia disertakan corak-corak geometri.
10
00:00:53,360 --> 00:00:55,400
Selepas bayangan pertama ini,
11
00:00:55,480 --> 00:00:58,920
ramai orang melaporkan
pertemuan dengan makhluk fantastik.
12
00:01:00,360 --> 00:01:05,640
Kadangkala entiti itu
mungkin campuran haiwan dan manusia
13
00:01:05,720 --> 00:01:08,280
iaitu therianthrope daripada bahasa Greek
14
00:01:08,360 --> 00:01:11,160
therion bermaksud "haiwan liar"
dan anthropos, "manusia".
15
00:01:11,240 --> 00:01:13,440
Ini entiti biasa yang ditemui.
16
00:01:14,880 --> 00:01:18,240
Perkara yang menarik minat saya
adalah bukti penggunaan ayahuasca
17
00:01:18,320 --> 00:01:22,680
dan bayangan yang diilhamkannya
boleh ditemui bukan saja di Amazon,
18
00:01:22,760 --> 00:01:26,680
tapi di banyak tapak purba lain
yang saya terokai di Amerika Selatan.
19
00:01:29,280 --> 00:01:33,400
{\an8}Di Cusco, orang Inca guna bru
semasa upacara korban manusia
20
00:01:34,080 --> 00:01:36,960
untuk bantu mangsa cari laluan
ke alam barzakh.
21
00:01:38,360 --> 00:01:41,080
Karya seni bercorak dan penuh figura
22
00:01:41,160 --> 00:01:44,960
sangat menyerupai
seni kontemporari berilhamkan ayahuasca.
23
00:01:46,920 --> 00:01:49,360
{\an8}Di tapak pra-Inca Tiwanaku di Bolivia,
24
00:01:49,960 --> 00:01:53,800
penyelidik kenal pasti objek yang dipegang
patung berusia 1,500 tahun ini
25
00:01:54,720 --> 00:01:57,680
sebagai dulang sedut serbuk halusinogen
26
00:01:59,120 --> 00:02:02,600
dan banyak tembikar Tiwanaku
mempunyai rekaan geometri
27
00:02:02,680 --> 00:02:06,640
dan entiti fantastik, mungkin diilhamkan
oleh bayangan psikedelik.
28
00:02:08,600 --> 00:02:13,000
Kita nampak bayangan sama
dalam seni tradisional Amazon juga.
29
00:02:15,880 --> 00:02:18,400
Saya terfikir, bagi Tucano,
30
00:02:18,920 --> 00:02:21,880
yang kebanyakannya dicat
pada media tak kekal.
31
00:02:23,080 --> 00:02:26,880
Lukisan itu, maloca, rumah komunal.
32
00:02:26,960 --> 00:02:28,840
{\an8}Kita nampak ada kesinambungan di sini.
33
00:02:31,000 --> 00:02:35,360
Ingat mitos asal usul Tucano
yang menceritakan guru hebat,
34
00:02:35,440 --> 00:02:37,800
puteri matahari dan rakan-rakannya?
35
00:02:39,520 --> 00:02:42,200
Menariknya, cerita ini tak tamat
36
00:02:42,280 --> 00:02:45,760
dengan pemergian
wira-wira mistik dan bertamadun itu.
37
00:02:47,800 --> 00:02:49,080
Menurut peribudaya,
38
00:02:49,160 --> 00:02:52,240
selepas memastikan tanah itu
boleh menampung pendatang baru,
39
00:02:52,320 --> 00:02:55,760
makhluk suci membuka saluran komunikasi
40
00:02:55,840 --> 00:02:58,840
untuk diguna oleh manusia
apabila diperlukan.
41
00:02:58,920 --> 00:03:02,880
Saluran itu ialah bru yang kita kenal
hari ini sebagai ayahuasca.
42
00:03:05,560 --> 00:03:09,840
Perkataan ayahuasca bermaksud
"rambat jiwa" dalam Quechua, bahasa Inca.
43
00:03:11,160 --> 00:03:14,240
Namun saya percaya kegunaannya
jauh lebih lama daripada Inca.
44
00:03:14,760 --> 00:03:16,120
Di sinilah isu
45
00:03:16,200 --> 00:03:19,600
seni batu purba ini jadi menarik.
46
00:03:22,040 --> 00:03:26,240
{\an8}Lukisan batu dari tempat tinggal Tucano
masa kini di Amazon,
47
00:03:26,760 --> 00:03:31,200
terokai tema yang sama
dalam semua seni ilham ayahuasca.
48
00:03:32,360 --> 00:03:38,240
Saya perhatikan ada corak
yang sama dan berkait.
49
00:03:38,320 --> 00:03:40,400
Kita nampak makhluk therianthropic,
50
00:03:40,480 --> 00:03:42,920
makhluk sebahagian haiwan,
sebahagian manusia.
51
00:03:43,000 --> 00:03:43,880
Seperti di sini?
52
00:03:45,080 --> 00:03:47,200
Kita nampak corak geometri.
53
00:03:47,720 --> 00:03:49,040
Kita nampak ular.
54
00:03:49,120 --> 00:03:50,880
Bagi saya, ini misteri yang luar biasa
55
00:03:50,960 --> 00:03:54,520
kerana tema yang sama
sering muncul berulang kali.
56
00:03:56,600 --> 00:04:01,480
Namun tak dapat dinafikan imej-imej ini
dicipta pada Zaman Ais yang lalu.
57
00:04:05,600 --> 00:04:10,520
Ini menyarankan ayahuasca
digunakan hampir 13,000 tahun lalu.
58
00:04:10,600 --> 00:04:12,920
Itu kesimpulan logik berdasarkan seni ini.
59
00:04:13,000 --> 00:04:14,200
Tepat sekali.
60
00:04:17,080 --> 00:04:20,400
Jika benar,
implikasinya sangat mengejutkan.
61
00:04:23,560 --> 00:04:26,840
Maksudnya orang Amazon purba itu
mungkin telah mahir
62
00:04:26,920 --> 00:04:29,080
kimia rumit ayahuasca
63
00:04:30,960 --> 00:04:32,560
sejak Zaman Ais.
64
00:04:49,040 --> 00:04:51,640
{\an8}BAB V
65
00:04:55,000 --> 00:04:58,080
Geometri, corak berpilin,
66
00:04:58,920 --> 00:05:02,400
ini antara aspek pengalaman psikedelik
yang paling luar biasa.
67
00:05:04,280 --> 00:05:08,080
Bayangan geometri itu boleh jelaskan
satu lagi misteri yang kami temui
68
00:05:08,160 --> 00:05:11,240
pada permulaan jelajah kami
di benua Amerika.
69
00:05:13,880 --> 00:05:16,640
{\an8}Geoglif besar yang muncul dari hutan
70
00:05:16,720 --> 00:05:19,160
{\an8}sepanjang pinggir barat daya Amazon.
71
00:05:20,880 --> 00:05:24,600
Saya kagum
dengan pengulangan idea geometri,
72
00:05:24,680 --> 00:05:27,680
yang kita temui berulang kali
sama ada seni itu moden,
73
00:05:27,760 --> 00:05:30,480
sama ada ia berusia 13,000 tahun,
kita jumpa di sini.
74
00:05:30,560 --> 00:05:34,080
Saya tertanya-tanya
sama ada tembokan tanah geometri ini
75
00:05:34,160 --> 00:05:36,240
mungkin juga dipengaruhi oleh ayahuasca.
76
00:05:36,320 --> 00:05:40,400
Ya, oleh ayahuasca
atau tumbuhan bayangan lain.
77
00:05:40,480 --> 00:05:42,280
Sebab ada banyak tumbuhan.
78
00:05:42,360 --> 00:05:48,120
Di sebalik setiap budaya,
kita temui sejenis tumbuhan bayangan.
79
00:05:50,560 --> 00:05:57,360
Geoglif itu nampaknya satu penjelmaan
dalam bentuk tiga dimensi
80
00:05:57,440 --> 00:06:01,800
dalam skala besar, jenis bayangan
81
00:06:01,880 --> 00:06:06,280
yang disebabkan oleh penggunaan
bahan seperti ayahuasca,
82
00:06:06,360 --> 00:06:10,040
di mana perkara pertama yang dilihat
merupakan corak geometri.
83
00:06:12,640 --> 00:06:17,200
Saya rasa kita nampak penjelmaan
impuls sama dalam media berbeza.
84
00:06:19,960 --> 00:06:23,920
Jika geoglif di Amazon
diilhamkan oleh pengalaman bayangan,
85
00:06:24,680 --> 00:06:28,800
kita perlu tanya tempat lain
inspirasi itu mungkin dirasai
86
00:06:29,560 --> 00:06:31,560
atas satu sebab ketara.
87
00:06:32,360 --> 00:06:37,200
Apakah ciri persamaan tembokan tanah ini
dengan tembokan tanah geometri
88
00:06:37,280 --> 00:06:40,840
{\an8}di Amerika Utara, di Ohio?
89
00:06:43,160 --> 00:06:46,160
Ia dipanggil
Tembokan Tanah Upacara Hopewell,
90
00:06:46,240 --> 00:06:50,240
dikaitkan dengan tamadun
dikenali sebagai budaya Hopewell
91
00:06:51,040 --> 00:06:55,000
yang berkembang di wilayah Great Lakes
sekitar 2,000 tahun lalu.
92
00:06:55,080 --> 00:06:59,440
Parit dan tambak yang besar
dalam tatasusunan geometri yang tepat.
93
00:07:00,560 --> 00:07:04,000
Kita boleh buat transposisi
tembokan tanah di Amazon
94
00:07:04,080 --> 00:07:07,360
dengan tembokan tanah
di Ohio atau sebaliknya.
95
00:07:09,200 --> 00:07:13,640
Tapi nampaknya ia telah dicipta
oleh budaya yang tak berkait.
96
00:07:14,520 --> 00:07:20,000
Di sinilah saya tak boleh terima
kebetulan sebagai penjelasan.
97
00:07:20,080 --> 00:07:24,000
Saya rasa apabila kita nampak
idea muncul berulang kali
98
00:07:24,080 --> 00:07:26,720
di lokasi geografi yang jauh terpisah…
99
00:07:26,800 --> 00:07:28,560
{\an8}WILAYAH ACRE BRAZIL
OHIO AS
100
00:07:28,640 --> 00:07:31,520
{\an8}…kita melihat pewarisan idea
101
00:07:31,600 --> 00:07:35,880
{\an8}yang diwarisi dan dizahirkan
pada tempoh masa yang berbeza.
102
00:07:35,960 --> 00:07:39,160
{\an8}Tapi ideanya benar-benar kuno,
103
00:07:39,240 --> 00:07:42,360
tak semestinya struktur yang kita lihat.
104
00:07:44,760 --> 00:07:49,160
Tak seperti tembokan tanah di Amazon
di tempat penyelidikan baru bermula,
105
00:07:51,280 --> 00:07:55,080
tembokan tanah di Ohio
telah dikaji selama lebih seabad.
106
00:07:56,000 --> 00:08:00,200
Kita tahu ia lebih daripada sekadar
bentuk geometri yang menarik.
107
00:08:02,840 --> 00:08:06,640
Banyak tembokan tanah Ohio,
termasuk patung ukiran Serpent Mound,
108
00:08:07,240 --> 00:08:11,880
mencirikan penjajaran tepat
solstis dan ekuinoks tertentu.
109
00:08:13,920 --> 00:08:16,160
Namun, dalam sesetengah kes,
110
00:08:16,240 --> 00:08:18,000
ia dibina untuk sejajar
111
00:08:18,080 --> 00:08:21,000
dengan kitaran bulan
yang lebih kompleks juga.
112
00:08:22,600 --> 00:08:26,280
Ia salah satu sifat ingin tahu dunia purba
113
00:08:26,360 --> 00:08:33,200
yang ada minat sangat mendalam
tentang hal ehwal syurga.
114
00:08:35,360 --> 00:08:38,320
Pencapaian pemerhatian astronomi
yang menakjubkan ini
115
00:08:38,400 --> 00:08:41,840
dibuat oleh orang Amerika purba
kira-kira 2,000 tahun lalu,
116
00:08:43,080 --> 00:08:44,400
mungkin lebih awal,
117
00:08:45,960 --> 00:08:49,560
dan juga boleh ditemui di struktur
timbunan Amerika Utara yang lain.
118
00:08:51,120 --> 00:08:54,160
{\an8}Di tapak seperti Cahokia
yang berusia 1,000 tahun…
119
00:08:55,400 --> 00:08:57,840
{\an8}dan Poverty Point berusia 3,000 tahun,
120
00:08:59,160 --> 00:09:02,800
ia dengan sengaja diletakkan
ke utara tapak lain,
121
00:09:03,920 --> 00:09:07,800
{\an8}Lower Jackson Mound
yang wujud sejak 5,000 tahun lalu.
122
00:09:10,040 --> 00:09:12,800
Siapa tahu astronomi yang mungkin dikodkan
123
00:09:12,880 --> 00:09:14,520
menunggu untuk diketahui
124
00:09:14,600 --> 00:09:17,640
di geoglif Amazon yang baru didedahkan?
125
00:09:18,720 --> 00:09:22,000
Kita tahu manusia menetap
di Amerika selama puluhan ribu tahun.
126
00:09:22,080 --> 00:09:25,680
Perlu ada keterbukaan
untuk kemungkinan ada tempoh masa
127
00:09:25,760 --> 00:09:29,280
membangunkan budaya,
pengetahuan sofistikated tentang syurga
128
00:09:29,360 --> 00:09:31,480
dan menzahirkannya melalui monumen.
129
00:09:33,280 --> 00:09:36,600
Mungkinkah maklumat
astronomi terperinci ini jadi bukti
130
00:09:36,680 --> 00:09:39,640
bahawa tamadun Zaman Ais hilang
yang saya cari
131
00:09:39,720 --> 00:09:44,040
meninggalkan legasi idea
di bahagian lain Amerika Utara juga?
132
00:09:53,960 --> 00:09:56,120
Sejauh 1,300 batu dari Ohio…
133
00:10:02,240 --> 00:10:04,720
di sudut barat laut New Mexico,
134
00:10:05,320 --> 00:10:08,360
saya tiba di padang pasir dingin
beraltitud tinggi
135
00:10:08,960 --> 00:10:11,760
diukir oleh mesa dan bukit puncak rata
yang menjulang tinggi.
136
00:10:13,840 --> 00:10:16,680
Badlands di barat daya Amerika Syarikat
137
00:10:16,760 --> 00:10:20,240
memiliki keadaan buruk paling ekstrem
dan pemandangan menakjubkan,
138
00:10:20,840 --> 00:10:22,960
bersilang dengan ngarai purba
139
00:10:23,040 --> 00:10:26,520
dengan cenuram batu pasir hampir menegak
di kedua-dua belah.
140
00:10:30,520 --> 00:10:34,280
Kita mungkin fikir
persekitaran terpencil Badlands ini
141
00:10:34,360 --> 00:10:38,240
tidak sesuai untuk projek pembinaan
berskala besar,
142
00:10:38,320 --> 00:10:40,480
sama ada sekarang atau zaman purba.
143
00:10:41,360 --> 00:10:42,720
Tapi itu silap.
144
00:10:44,280 --> 00:10:48,320
Ngarai ini menempatkan
antara tapak arkeologi yang paling penting
145
00:10:48,400 --> 00:10:49,280
di Amerika Utara.
146
00:10:52,320 --> 00:10:56,200
Puluhan struktur buatan manusia purba
bertaburan berbatu-batu jauhnya
147
00:10:56,280 --> 00:10:57,920
merentasi lantai lembah,
148
00:10:59,080 --> 00:11:01,080
dari kamar-kamar kecil terasing
149
00:11:02,440 --> 00:11:05,440
ke rumah-rumah besar.
150
00:11:07,440 --> 00:11:09,960
Inilah Ngarai Chaco.
151
00:11:10,640 --> 00:11:14,880
NGARAI CHACO
NEW MEXICO
152
00:11:17,280 --> 00:11:19,760
Walaupun lebih seabad penyelidikan,
153
00:11:21,080 --> 00:11:25,880
bangunan purba yang kita lihat
di Ngarai Chaco kekal membingungkan.
154
00:11:26,920 --> 00:11:31,200
Asal usul dan fungsinya
masih hangat didebatkan.
155
00:11:36,680 --> 00:11:40,520
Misteri utama di tengah ngarai…
156
00:11:44,200 --> 00:11:47,480
ialah rumah paling besar antara semua.
157
00:11:52,360 --> 00:11:56,200
Nama tempat ini ialah Pueblo Bonito
bermaksud "bandar yang indah."
158
00:11:59,760 --> 00:12:02,040
Ketinggiannya beberapa tingkat,
159
00:12:03,080 --> 00:12:07,160
ia labirin bilik, koridor,
160
00:12:09,000 --> 00:12:12,720
dan kepungan separa bawah tanah
yang membulat dan sangat luas.
161
00:12:14,760 --> 00:12:18,040
Malah hari ini, berabad-abad
selepas semua kerja itu terhenti,
162
00:12:18,120 --> 00:12:20,000
ia menambat perhatian kita secara paksa.
163
00:12:22,080 --> 00:12:25,600
Pueblo Bonito
ialah projek pembinaan yang besar.
164
00:12:27,520 --> 00:12:29,840
Beratus-ratus bilik telah dipetakan,
165
00:12:32,160 --> 00:12:37,000
banyak yang dibina secara misteri
tanpa jalan keluar atau masuk.
166
00:12:39,880 --> 00:12:42,400
Ahli arkeologi bekerja
di sini berdekad-dekad
167
00:12:42,480 --> 00:12:44,560
dan buat banyak penemuan penting.
168
00:12:45,720 --> 00:12:48,160
Namun, ia masih mengelirukan tafsiran.
169
00:12:52,160 --> 00:12:54,680
Namun satu perkara yang kita pasti,
170
00:12:54,760 --> 00:12:57,880
rupa Pueblo Bonito
pada masa kemuncak kegemilangannya.
171
00:13:01,040 --> 00:13:03,680
Kawasan itu ialah separa bulatan besar
172
00:13:04,320 --> 00:13:07,520
dengan dinding lurus
menghadap lantai ngarai.
173
00:13:08,640 --> 00:13:13,200
Bangunan segi empat tepat
bertindan di lengkungnya, empat tingkat,
174
00:13:15,760 --> 00:13:18,160
mencipta sebanyak 800 bilik,
175
00:13:18,680 --> 00:13:22,400
mengelilingi sebuah plaza
dipisahkan oleh dinding tengah
176
00:13:23,000 --> 00:13:27,320
dengan beberapa struktur bulat
separa bawah tanah di setiap sisi.
177
00:13:30,880 --> 00:13:33,000
Jadi, siapa pembinanya?
178
00:13:33,080 --> 00:13:36,360
Kenapa mereka bersungguh
179
00:13:36,440 --> 00:13:39,200
mencipta bangunan yang luar biasa ini?
180
00:13:43,440 --> 00:13:48,920
{\an8}Nathan Hatfield, secara rasminya
Ketua Pentafsiran Ngarai Chaco,
181
00:13:49,480 --> 00:13:52,160
meluangkan hampir sedekad
mengkaji struktur di sini.
182
00:13:56,240 --> 00:13:58,440
Jelaskan tentang tempat kita berdiri ini.
183
00:13:59,120 --> 00:14:03,200
Struktur ini merupakan
bangunan terbesar di Amerika Utara
184
00:14:03,280 --> 00:14:06,360
hingga pertengahan abad ke-19.
185
00:14:09,440 --> 00:14:12,640
Ahli arkeologi
gagal buat tarikh karbon batu itu.
186
00:14:13,920 --> 00:14:16,960
Namun, guna kaedah pentarikhan
gelang pokok yang sangat tepat
187
00:14:17,040 --> 00:14:18,560
pada alang kayunya,
188
00:14:18,640 --> 00:14:22,080
mereka dapat tentukan
pelbagai fasa pembinaan.
189
00:14:24,080 --> 00:14:26,520
Ia tak dibina dalam satu tempoh masa.
190
00:14:26,600 --> 00:14:29,800
Ini dibina selama beberapa abad.
191
00:14:29,880 --> 00:14:32,680
Jadi, bahagian paling lama Pueblo Bonito,
192
00:14:32,760 --> 00:14:34,880
bilakah tarikh pembinaannya?
193
00:14:34,960 --> 00:14:37,240
Ia dibina sekitar tahun 850.
194
00:14:37,840 --> 00:14:39,720
- Tahun 850 Masihi?
- Ya.
195
00:14:39,800 --> 00:14:40,640
Ya.
196
00:14:41,160 --> 00:14:47,360
Pembinaannya berterusan sekurang-kurangnya
200 tahun, mungkin lebih lama.
197
00:14:48,000 --> 00:14:51,800
Ini sebelum kawasan itu
diduduki oleh orang Pueblo moden…
198
00:14:52,440 --> 00:14:53,880
850 - 1,150 TAHUN LALU
199
00:14:53,960 --> 00:14:56,680
…seperti orang Hopi, Zuni dan Acoma.
200
00:14:56,760 --> 00:14:58,960
850 - 1,150 TAHUN LALU
201
00:14:59,880 --> 00:15:05,040
Pueblo Bonito dibina
oleh leluhur puak Pueblo.
202
00:15:05,120 --> 00:15:06,880
Atas sebab yang kami tak tahu,
203
00:15:06,960 --> 00:15:12,040
mereka pilih Ngarai Chaco
menjadi pusat budaya mereka.
204
00:15:12,840 --> 00:15:17,520
Pueblo Bonito akan jadi bangunan terbesar
205
00:15:17,600 --> 00:15:19,520
di pusat kebudayaan ini.
206
00:15:21,280 --> 00:15:24,600
Pusat kebudayaan berserta Pueblo Bonito,
207
00:15:24,680 --> 00:15:27,360
memiliki lebih sedozen rumah besar lain.
208
00:15:29,400 --> 00:15:34,080
Mengapa mereka bina semua struktur ini
di Ngarai Chaco?
209
00:15:35,760 --> 00:15:39,640
Wujudkah populasi penduduk
yang kekal di sini?
210
00:15:40,280 --> 00:15:46,920
Tidak. Ahli arkeologi tak temui bukti
yang menyokong populasi besar.
211
00:15:49,080 --> 00:15:54,080
Jika rumah-rumah besar ini
tidak dibina untuk menempatkan orang,
212
00:15:54,720 --> 00:15:56,080
apa tujuan ia dibina?
213
00:15:59,600 --> 00:16:04,440
Dalam runtuhan itu, ahli arkeologi temui
lebih 100 pengebumian ritual…
214
00:16:08,440 --> 00:16:12,680
bersama tembikar bercorak geometri
yang menakjubkan
215
00:16:13,880 --> 00:16:19,000
{\an8}dan artifak yang diketahui berasal
dari ratusan, mungkin ribuan batu jauhnya.
216
00:16:19,080 --> 00:16:20,280
{\an8}LOCENG TEMBAGA
MEXICO
217
00:16:20,360 --> 00:16:23,800
{\an8}Kami dapati banyak usaha dibuat
218
00:16:24,840 --> 00:16:27,880
untuk menciptanya sebagai pusat dunia.
219
00:16:31,120 --> 00:16:33,760
Apabila bukti ditemui, jelas menunjukkan
220
00:16:33,840 --> 00:16:36,680
ia merupakan pusat ziarah,
221
00:16:36,760 --> 00:16:39,720
tempat orang datang dari semua arah,
222
00:16:39,800 --> 00:16:42,240
tertarik dengan keajaiban tempat itu.
223
00:16:42,960 --> 00:16:45,720
Jelas sekali ia sejenis tempat suci.
224
00:16:48,880 --> 00:16:51,760
Berdasarkan kesimpulan itu,
struktur bulat yang kita temui
225
00:16:51,840 --> 00:16:55,600
di hampir semua bangunan Chaco
lebih munasabah.
226
00:16:56,800 --> 00:17:00,160
Hopi, keturunan puak Pueblo,
227
00:17:00,240 --> 00:17:02,720
menggelar struktur itu kiva.
228
00:17:03,760 --> 00:17:05,080
Jelaskan tentang kiva.
229
00:17:05,160 --> 00:17:08,320
Apa pemahaman awak
tentang kiva dulu dan sekarang?
230
00:17:08,920 --> 00:17:12,800
Ia dah dipersetujui
bahawa kiva ialah ruang upacara.
231
00:17:12,880 --> 00:17:15,200
Ada ciri-ciri yang agak biasa.
232
00:17:15,720 --> 00:17:17,200
Ada bangku.
233
00:17:17,280 --> 00:17:20,760
Di kiva yang lebih besar,
ada kekubah lantai.
234
00:17:20,840 --> 00:17:24,880
Kebanyakannya sejenis pendiangan kayu api.
235
00:17:26,360 --> 00:17:28,880
Bagi orang Hopi dan Pueblo hari ini,
236
00:17:28,960 --> 00:17:32,760
kiva ialah ruang kerohanian dan politik,
237
00:17:32,840 --> 00:17:35,800
tempat mereka berkumpul
untuk lakukan ritual suci.
238
00:17:35,880 --> 00:17:37,800
Ia tradisi budaya berterusan?
239
00:17:37,880 --> 00:17:40,200
- Ia diguna untuk upacara?
- Ya.
240
00:17:41,120 --> 00:17:43,720
Upacara dulu dan sekarang
241
00:17:43,800 --> 00:17:46,920
disertakan dengan pemakanan
sejenis tembakau istimewa.
242
00:17:49,000 --> 00:17:51,000
{\an8}Utara Chaco di Utah,
243
00:17:51,080 --> 00:17:54,960
ahli arkeologi yang mengkaji
pendiangan purba buatan manusia
244
00:17:55,040 --> 00:17:57,560
temui benih spesies halusinogenik,
245
00:17:58,280 --> 00:17:59,520
tembakau koyote.
246
00:18:00,520 --> 00:18:04,120
Benih itu bertarikh karbon
12,300 tahun lalu,
247
00:18:05,000 --> 00:18:09,080
menunjukkan manusia guna tembakau
di sini sejak Zaman Ais.
248
00:18:09,800 --> 00:18:12,680
Ada kemungkinan tumbuhan halusinogenik
249
00:18:12,760 --> 00:18:17,040
masih diguna beribu-ribu tahun kemudian
dalam upacara di Chaco,
250
00:18:19,520 --> 00:18:22,320
seperti pawang Amazon
menggunakan ayahuasca.
251
00:18:26,000 --> 00:18:29,000
Mungkinkah tradisi pawang ini,
252
00:18:29,080 --> 00:18:31,080
sejarak beribu-ribu batu,
253
00:18:31,600 --> 00:18:34,920
merupakan legasi sistem kepercayaan
tunggal yang lebih purba
254
00:18:35,000 --> 00:18:37,760
yang meninggalkan kesannya
merentasi benua Amerika?
255
00:18:39,440 --> 00:18:42,640
Untuk meneroka misteri kiva
dengan lebih mendalam,
256
00:18:42,720 --> 00:18:47,800
saya menuju ke pinggir ngarai,
0.8 kilometer selatan Pueblo Bonito
257
00:18:49,080 --> 00:18:50,920
ke kiva terbesar,
258
00:18:52,840 --> 00:18:54,080
Casa Rinconada.
259
00:18:57,840 --> 00:19:00,480
Tak seperti kebanyakan kiva Chaco,
260
00:19:00,560 --> 00:19:03,880
Casa Rinconada menonjol
daripada bangunan besar lain.
261
00:19:06,080 --> 00:19:08,040
Di dalam kepungan terbenam,
262
00:19:08,120 --> 00:19:11,160
ambang pintu berbentuk T di dinding,
263
00:19:11,880 --> 00:19:15,520
bukaan yang menghadap hampir sempurna
ke utara dan selatan.
264
00:19:17,640 --> 00:19:21,760
Seperti foto selang masa menunjukkan,
tepat di atas ambang pintu,
265
00:19:21,840 --> 00:19:25,600
langit malam berputar
mengelilingi bintang utara Polaris.
266
00:19:27,920 --> 00:19:31,400
Ada sesuatu yang saya cam
tentang Casa Rinconada.
267
00:19:33,560 --> 00:19:37,120
{\an8}Ia mengingatkan saya kepada
tapak megalitik Göbekli Tepe Zaman Ais
268
00:19:37,200 --> 00:19:38,440
{\an8}jauh di Turkiye.
269
00:19:40,720 --> 00:19:44,360
Di sana, kamar terbenam
berbentuk bulat seperti kiva
270
00:19:45,160 --> 00:19:46,840
mempunyai tiang berbentuk T,
271
00:19:47,360 --> 00:19:50,600
yang juga sejajar
dengan titik tertentu di syurga.
272
00:19:53,200 --> 00:19:55,320
Namun bagaimana struktur purba ini
273
00:19:55,400 --> 00:19:58,880
terpisah jauh oleh geografi dan masa,
274
00:19:59,400 --> 00:20:00,680
ada kaitan?
275
00:20:01,440 --> 00:20:03,320
Saya terdorong buat spekulasi.
276
00:20:04,440 --> 00:20:07,960
Mitos asal usul Hopi memberi petunjuk.
277
00:20:09,200 --> 00:20:12,320
Hopi percaya manusia hidup
di dunia keempat,
278
00:20:12,400 --> 00:20:15,560
ada tiga kemunculan sebelum ini
279
00:20:15,640 --> 00:20:18,080
dari alam bawah tanah.
280
00:20:22,920 --> 00:20:26,880
Menurut legenda Hopi,
selepas mencipta makhluk hidup pertama,
281
00:20:27,440 --> 00:20:30,840
roh matahari mengarahkan utusannya,
Nenek Labah-labah,
282
00:20:31,440 --> 00:20:35,760
untuk membimbing hidupan yang berevolusi
melalui dua dunia pertama.
283
00:20:38,720 --> 00:20:39,920
Di dunia ketiga,
284
00:20:40,000 --> 00:20:43,240
dia mengajar manusia awal
cara menenun dan membuat tembikar,
285
00:20:43,760 --> 00:20:46,120
mengajar tentang kebaikan dan kejahatan.
286
00:20:49,440 --> 00:20:52,000
Namun, ada yang memilih kejahatan.
287
00:20:54,840 --> 00:20:59,440
Roh matahari yang murka arahkan mereka
yang baik hati untuk teruskan hidup.
288
00:21:00,960 --> 00:21:04,640
Mereka diangkat melalui mensiang gergasi
ke lubang di langit.
289
00:21:05,560 --> 00:21:09,040
Nenek Labah-labah bantu mereka
muncul di dunia baru,
290
00:21:09,640 --> 00:21:13,320
dunia keempat, tempat keturunan mereka
masih hidup hari ini.
291
00:21:16,840 --> 00:21:21,640
Hopi menganggap ciri geologi luar biasa
di Grand Canyon sebagai suci.
292
00:21:22,160 --> 00:21:25,360
Mereka percaya ia titik kemunculan mitos.
293
00:21:26,680 --> 00:21:28,320
Mereka memanggilnya sipapu.
294
00:21:29,560 --> 00:21:31,400
Tiada sesiapa dibenarkan hampirinya,
295
00:21:31,480 --> 00:21:34,920
tapi secara simbolik,
ia direplikasi di seluruh dunia Hopi.
296
00:21:38,080 --> 00:21:43,880
Dalam budaya Pueblo, lubang di lantai kiva
juga dikenali sebagai sipapu,
297
00:21:43,960 --> 00:21:49,000
dan inilah tempat asal
orang purba muncul dari dunia lalu
298
00:21:49,080 --> 00:21:53,120
yang telah dimusnahkan
ke dalam dunia yang kita diami hari ini.
299
00:21:54,280 --> 00:21:57,040
Di sinilah saya ingin buat perbandingan
300
00:21:57,120 --> 00:21:59,440
yang mungkin nampak sangat ekstrem.
301
00:21:59,520 --> 00:22:04,080
Saya cuma tertanya-tanya
sama ada ia kembali ke satu masa
302
00:22:04,160 --> 00:22:08,000
apabila manusia perlu berlindung
di bawah tanah.
303
00:22:08,640 --> 00:22:13,360
Kita tahu ada masa begitu
sekitar 12,800 tahun lalu
304
00:22:13,440 --> 00:22:15,400
pada permulaan Younger Dryas.
305
00:22:17,520 --> 00:22:19,320
Walaupun masih diperdebatkan,
306
00:22:19,400 --> 00:22:22,560
ramai saintis percaya
bencana yang menggegar Bumi
307
00:22:22,640 --> 00:22:27,800
dan banjir pada masa itu
disebabkan impak kosmos dan letusan udara
308
00:22:28,480 --> 00:22:30,600
semasa Bumi melalui ruang serpihan
309
00:22:30,680 --> 00:22:32,680
komet yang hancur.
310
00:22:35,680 --> 00:22:38,440
Jika musuh ialah bahaya dari langit,
311
00:22:38,520 --> 00:22:41,960
jika kita melihat impak
komet gergasi yang terpecah,
312
00:22:42,520 --> 00:22:45,000
struktur bawah tanah sangat masuk akal.
313
00:22:45,920 --> 00:22:48,840
Hubungan purba yang mendalam itu
bukan hubungan langsung.
314
00:22:48,920 --> 00:22:51,640
Ia memori tersimpan dalam tradisi lisan
315
00:22:52,200 --> 00:22:55,760
bahawa ada masanya
leluhur kita perlu muncul
316
00:22:55,840 --> 00:22:58,760
dari bawah tanah untuk ke dunia baru
317
00:22:58,840 --> 00:23:03,160
yang telah musnah dalam bencana
dan untuk isi semula dunia baru itu.
318
00:23:06,080 --> 00:23:07,360
Saya nak jelaskan.
319
00:23:07,440 --> 00:23:12,000
Saya tak meragui kiva yang hebat ini
bertarikh 1,000 tahun lalu,
320
00:23:12,080 --> 00:23:14,960
tapi saya syak pembinanya
memaparkan ciri-ciri
321
00:23:15,040 --> 00:23:19,200
legasi pengetahuan dan idea
yang jauh lebih lama.
322
00:23:20,480 --> 00:23:24,200
Seperti idea lain
yang kita lihat berulang kali
323
00:23:24,280 --> 00:23:26,520
di semua tapak purba Amerika ini,
324
00:23:27,320 --> 00:23:30,920
kepentingan ilmu astronomi dan geometri.
325
00:23:34,320 --> 00:23:38,680
Di Pueblo Bonito,
seluruh struktur sejajar sempurna
326
00:23:38,760 --> 00:23:42,840
ke arah kardinal,
utara, selatan, timur dan barat,
327
00:23:43,600 --> 00:23:47,200
menunjukkan pembinanya
faham tempat mereka di planet ini.
328
00:23:48,200 --> 00:23:52,640
Tambahan pula, pada ekuinoks,
sesuatu yang ajaib berlaku.
329
00:23:53,320 --> 00:23:58,240
Matahari terbit dan terbenam sempurna
dengan sebelah barat tembok selatan.
330
00:24:00,480 --> 00:24:02,800
Ia bukan kebetulan rawak.
331
00:24:03,480 --> 00:24:05,080
Ia dirancang dengan baik.
332
00:24:05,680 --> 00:24:08,920
Orang tertarik kerana
333
00:24:09,000 --> 00:24:11,680
ia langit sama
yang kita boleh lihat hari ini.
334
00:24:11,760 --> 00:24:13,680
- Ya.
- Masih boleh nampak penjajaran itu.
335
00:24:16,160 --> 00:24:21,400
Saya dengar ada jawatan paderi matahari
di sini pada masa lalu. Betul?
336
00:24:21,480 --> 00:24:24,880
Paderi matahari ialah pemerhati matahari.
337
00:24:24,960 --> 00:24:27,640
Ada yang bertanggungjawab
dalam seni bina.
338
00:24:27,720 --> 00:24:30,760
Ada yang bertanggungjawab
untuk memerhati langit.
339
00:24:30,840 --> 00:24:31,680
Ya.
340
00:24:33,360 --> 00:24:37,040
Apakah peristiwa cakerawala utama
yang mereka jejaki?
341
00:24:37,120 --> 00:24:41,400
Solstis musim panas, solstis musim sejuk,
ekuinoks, matahari terbit dari timur?
342
00:24:41,480 --> 00:24:43,920
Itu berkaitan dengan pertanian.
343
00:24:44,000 --> 00:24:45,000
Ya.
344
00:24:45,080 --> 00:24:50,720
Ada kalendar landskap
penting untuk kelangsungan hidup.
345
00:24:50,800 --> 00:24:53,640
Hakikat mereka mampu lakukannya
346
00:24:53,720 --> 00:24:56,360
dengan struktur monumental ini,
347
00:24:56,960 --> 00:25:01,800
saya rasa ia bergantung pada
keupayaan mereka memajukan pertanian.
348
00:25:03,720 --> 00:25:07,600
Saya pernah dengar hujah ini,
tapi ada masalah dengan andaian
349
00:25:07,680 --> 00:25:10,560
semua usaha ini
hanya berkaitan dengan pertanian.
350
00:25:13,640 --> 00:25:18,600
Kira-kira 145 kilometer ke utara
Ngarai Chaco, ada rabung batu pasir
351
00:25:19,240 --> 00:25:24,240
dengan dua kemuncak yang dikenali sebagai
Batu Cerobong dan Batu Pengiring.
352
00:25:25,960 --> 00:25:30,640
Kami jumpa rumah besar Chaco berhampiran,
lengkap dengan dua kiva.
353
00:25:31,760 --> 00:25:37,120
Rupa-rupanya seluruh struktur itu
diletakkan di sana
354
00:25:37,200 --> 00:25:39,280
dalam penjajaran yang sangat tepat
355
00:25:39,360 --> 00:25:45,880
untuk membolehkan pemerhatian
kejadian bulan sekali setiap 18.6 tahun
356
00:25:45,960 --> 00:25:48,920
iaitu pegun utara bulan paling ekstrem.
357
00:25:50,320 --> 00:25:52,480
Ketika bulan terbit dan terbenam
358
00:25:52,560 --> 00:25:55,480
mencapai titik paling utara
di langit malam
359
00:25:56,080 --> 00:25:58,960
sebelum terbit dan terbenam
jauh ke selatan
360
00:25:59,040 --> 00:26:01,080
sebagai sebahagian kitaran berulang.
361
00:26:02,520 --> 00:26:07,000
Bulan terbit di antara
Batu Cerobong dan Batu Pengiring
362
00:26:07,080 --> 00:26:09,720
hanya pada masa itu
dan bukan pada masa lain.
363
00:26:11,480 --> 00:26:14,520
Inilah jenis pengetahuan
yang perlu diwariskan
364
00:26:14,600 --> 00:26:16,120
generasi ke generasi.
365
00:26:16,960 --> 00:26:18,760
Kita tak perasan sekali saja
366
00:26:18,840 --> 00:26:21,600
dan bina struktur untuk memperingatinya.
367
00:26:23,880 --> 00:26:27,080
Ini menunjukkan usaha intelektual purba
368
00:26:27,160 --> 00:26:30,280
untuk memahami kosmos
yang mengelilingi kita,
369
00:26:30,360 --> 00:26:34,960
dan kosmos
penuh pergerakan dan perubahan,
370
00:26:35,640 --> 00:26:38,720
dan pemerhatian jangka panjang
pergerakan dan perubahan itu
371
00:26:38,800 --> 00:26:41,360
memerlukan usaha yang berdedikasi,
372
00:26:41,440 --> 00:26:43,520
dalam banyak kes selama beribu-ribu tahun.
373
00:26:46,400 --> 00:26:49,200
Sebaik saja penyelidik
mula mencari penjajaran bulan
374
00:26:49,280 --> 00:26:51,440
di bangunan di Ngarai Chaco,
375
00:26:51,520 --> 00:26:54,080
pelbagai contoh yang luar biasa ditemui.
376
00:26:56,640 --> 00:27:00,960
Apabila bulan tiba pegun selatan ekstrem
pada musim sejuk,
377
00:27:01,040 --> 00:27:03,800
sekali lagi setiap 18.6 tahun,
378
00:27:04,640 --> 00:27:09,080
ia terbit dalam satu garisan melalui
tiga rumah besar sejarak 9.6 kilometer
379
00:27:09,160 --> 00:27:11,160
dengan Pueblo Bonito di tengahnya.
380
00:27:12,160 --> 00:27:15,960
Kira-kira 9.3 tahun kemudian,
pada pertengahan kitaran ini,
381
00:27:16,560 --> 00:27:20,000
bulan musim panas terbit
dalam garisan merentasi struktur besar
382
00:27:20,080 --> 00:27:25,080
{\an8}di timur Pueblo Bonito ke rumah besar
17.7 kilometer ke barat daya,
383
00:27:27,640 --> 00:27:31,720
ketika bulan terbenam yang sama
menyinari sebuah rumah besar,
384
00:27:31,800 --> 00:27:33,880
sekali lagi, melalui Pueblo Bonito,
385
00:27:33,960 --> 00:27:38,560
lebih 27 kilometer di sebalik ngarai
ke satu lagi rumah besar.
386
00:27:40,200 --> 00:27:41,800
Satu perkara yang pasti.
387
00:27:42,320 --> 00:27:47,000
Kitaran bulan 18.6 tahun
tiada pengaruh langsung
388
00:27:47,560 --> 00:27:49,240
dalam pertumbuhan tanaman.
389
00:27:49,320 --> 00:27:53,480
Jadi, kenapa orang Pueblo purba
buat usaha besar
390
00:27:53,560 --> 00:27:55,760
menandakannya dalam seni bina mereka?
391
00:27:56,960 --> 00:28:01,000
Memang ketara
tiada tujuan ekonomi terlibat,
392
00:28:01,080 --> 00:28:05,200
ini tentang meraikan
hubungan itu antara langit dan bumi.
393
00:28:07,400 --> 00:28:11,520
Apa yang jelas sekarang
semua struktur Chaco ini bergabung
394
00:28:11,600 --> 00:28:14,880
untuk membentuk kalendar ritual
terbentang di bumi…
395
00:28:18,480 --> 00:28:21,920
di ngarai yang mungkin telah dipilih
untuk tujuan ini
396
00:28:22,440 --> 00:28:25,120
sebagai wakil Bumi dalam Bima Sakti.
397
00:28:27,760 --> 00:28:32,480
Tapi hubungan dengan kosmos,
langit dan tanah, di atas, di bawah,
398
00:28:33,200 --> 00:28:35,320
yang amat penting dalam budaya Chaco
399
00:28:35,400 --> 00:28:38,520
tidak terhad dengan
kompleks bangunannya yang luas.
400
00:28:42,000 --> 00:28:45,120
Kira-kira lapan kilometer
ke tenggara tengah Chaco,
401
00:28:47,280 --> 00:28:49,320
saya mendaki dari lantai ngarai
402
00:28:51,080 --> 00:28:55,800
untuk mencari sesuatu yang menarik
yang menghiasi dinding ngarai lasak ini.
403
00:28:59,360 --> 00:29:04,240
Karya seni purba diukir pada batu hidup.
404
00:29:09,800 --> 00:29:13,000
Ini rekod berharga, cerita pada batu
405
00:29:13,080 --> 00:29:16,480
yang sentiasa dipinda, diubah dan ditambah
406
00:29:16,560 --> 00:29:19,440
dalam masa entah berapa ribu tahun.
407
00:29:21,680 --> 00:29:24,480
Ada figura manusia
yang kelihatan seperti menari
408
00:29:24,560 --> 00:29:26,560
dan bermain alat muzik.
409
00:29:29,080 --> 00:29:32,800
Bentuk pilin dan lingkaran ular
di sepanjang dinding ngarai,
410
00:29:33,440 --> 00:29:37,640
yang juga memaparkan
makhluk aneh dan bentuk geometri,
411
00:29:37,720 --> 00:29:40,840
sama seperti yang muncul
dalam karya seni Amazon,
412
00:29:40,920 --> 00:29:43,000
mungkin diilhamkan oleh psikedelik.
413
00:29:44,880 --> 00:29:48,320
Di mana-mana bahagian dunia
dan apa pun zaman sejarahnya,
414
00:29:48,400 --> 00:29:51,920
apabila berkaitan seni gua,
petroglif dan seni batu,
415
00:29:52,000 --> 00:29:55,200
kita berterusan jumpa visual sama
416
00:29:55,280 --> 00:29:57,600
yang turut ditemui
dalam pengalaman ayahuasca
417
00:29:57,680 --> 00:29:59,440
dan psikedelik lain diulangi.
418
00:30:02,840 --> 00:30:05,200
Sama seperti unsur-unsur bayangan ini,
419
00:30:05,280 --> 00:30:10,360
seni batu Chaco mencerminkan fokus sama
tentang astronomi dalam seni binanya.
420
00:30:13,320 --> 00:30:16,480
Imej ini telah ditafsirkan
sebagai gerhana,
421
00:30:17,240 --> 00:30:21,320
matahari digelapkan bulan,
sementara koronanya memancar ke luar.
422
00:30:23,600 --> 00:30:25,840
Ini pula supernova,
423
00:30:25,920 --> 00:30:28,880
kini diketahui dapat dilihat
di langit siang
424
00:30:29,480 --> 00:30:33,680
semasa zaman leluhur Pueblo
pada tahun 1054 M.
425
00:30:34,680 --> 00:30:38,600
Kenapa cipta imej begitu
di lokasi yang sukar dicapai
426
00:30:39,120 --> 00:30:41,680
melainkan ada sebab kukuh
untuk buat begitu?
427
00:30:43,160 --> 00:30:48,640
Tanpa motif ekonomi,
strategik atau politik yang jelas,
428
00:30:48,720 --> 00:30:52,280
ini menunjukkan tujuan
yang lebih tinggi pasti terlibat.
429
00:30:53,560 --> 00:30:56,000
Nampaknya semakin jelas
430
00:30:56,080 --> 00:30:59,440
Ngarai Chaco ialah landskap ritual
431
00:30:59,520 --> 00:31:03,880
dan asal usulnya tak boleh dihadkan
kepada seribu tahun lalu,
432
00:31:03,960 --> 00:31:08,360
tapi mesti undur lebih jauh lagi,
mungkin hingga ke Zaman Ais terakhir.
433
00:31:14,000 --> 00:31:18,600
Sepengetahuan awak,
sejauh mana kita boleh jejaki masa lalu
434
00:31:18,680 --> 00:31:21,280
sebarang kehadiran manusia
di Ngarai Chaco?
435
00:31:21,360 --> 00:31:25,880
Mungkin awak dengar baru-baru ini
di Tugu Negara White Sands…
436
00:31:25,960 --> 00:31:28,280
Kesan tapak kaki 23,000 tahun
di White Sands.
437
00:31:28,360 --> 00:31:30,840
- Itu tak jauh dari sini.
- Tak jauh.
438
00:31:30,920 --> 00:31:35,120
Jadi, ada kemungkinan manusia
mungkin berada di Ngarai Chaco,
439
00:31:35,800 --> 00:31:40,680
mungkin 10,000 tahun
sebelum mana-mana bangunan itu dibina.
440
00:31:43,120 --> 00:31:45,080
Rasanya mereka
441
00:31:45,160 --> 00:31:50,280
memerhati landskap dan langit
selama bergenerasi lamanya
442
00:31:50,360 --> 00:31:52,880
- sebelum buat keputusan membina.
- Ya.
443
00:31:57,440 --> 00:31:59,480
Ngarai Chaco memiliki kesan-kesan
444
00:31:59,560 --> 00:32:02,840
budaya ahli astronomi
yang sangat sofistikated.
445
00:32:03,720 --> 00:32:09,000
Fokus mereka pada
kitaran tetap matahari, bulan dan bintang
446
00:32:09,960 --> 00:32:12,360
dan keagungan kosmos yang lebih luas
447
00:32:12,440 --> 00:32:15,320
bukan sekadar sifat aneh mereka.
448
00:32:15,400 --> 00:32:17,480
Ia dikongsi dengan cara sama,
449
00:32:17,560 --> 00:32:22,440
menggunakan simbolisme,
seni, dan penjajaran seni bina yang sama
450
00:32:22,520 --> 00:32:25,560
dengan budaya purba lain di seluruh dunia.
451
00:32:27,680 --> 00:32:31,840
{\an8}Seperti megalitik Kuil Mnajdra
di Malta yang sejajar tepat
452
00:32:31,920 --> 00:32:34,360
{\an8}untuk merekodkan ekuinoks dan solstis.
453
00:32:36,480 --> 00:32:39,560
{\an8}Seperti paksi Kuil Karnak agung di Mesir
454
00:32:39,640 --> 00:32:42,200
{\an8}menyasarkan matahari terbit
solstis musim sejuk.
455
00:32:44,400 --> 00:32:47,480
{\an8}Seperti ketepatan yang menara pusat
456
00:32:47,560 --> 00:32:49,560
{\an8}Angkor Wat di Kemboja
457
00:32:49,640 --> 00:32:52,520
sejajar dengan matahari terbit
pada ekuinoks.
458
00:32:53,480 --> 00:32:57,000
Nampaknya ada
projek seni bina seluruh dunia
459
00:32:57,080 --> 00:33:01,400
untuk menghasilkan semula
harmoni dan arah langit
460
00:33:01,480 --> 00:33:05,280
di monumen atas tanah
untuk bawa syurga ke Bumi.
461
00:33:08,240 --> 00:33:12,680
Namun sejauh mana projek sejagat
manusia ini dilaksanakan?
462
00:33:19,400 --> 00:33:20,360
Ada petunjuk
463
00:33:20,440 --> 00:33:23,880
di salah satu tempat tamadun
paling berjaya di Amerika
464
00:33:26,280 --> 00:33:30,400
yang pernah mendominasi tempat yang kini
selatan Mexico dan Amerika Tengah.
465
00:33:31,560 --> 00:33:32,520
Tamadun Maya.
466
00:33:35,000 --> 00:33:39,080
Bagi saya, tamadun Maya merupakan
antara budaya paling menarik
467
00:33:39,160 --> 00:33:40,480
di dunia purba
468
00:33:41,240 --> 00:33:45,360
dan budaya yang penuh
misteri dan percanggahan.
469
00:33:48,000 --> 00:33:50,640
Ramai keturunan Maya
masih tinggal di sini hari ini
470
00:33:52,440 --> 00:33:56,280
di landskap Chiapas
dan Semenanjung Yucatán yang indah.
471
00:34:00,120 --> 00:34:03,600
Di sini, lama sebelum orang Inca
dan budaya Pueblo di Chaco…
472
00:34:04,040 --> 00:34:05,080
TAMADUN MAYA
473
00:34:05,160 --> 00:34:07,400
…tamadun Maya berkembang maju.
474
00:34:09,200 --> 00:34:13,240
Ia satu budaya yang menzahirkan
kebijaksanaannya dalam pelbagai cara,
475
00:34:14,520 --> 00:34:17,960
terutamanya melalui
pencapaian seni bina mengagumkan.
476
00:34:20,640 --> 00:34:23,520
Dikelilingi hutan hujan
tanah pamah yang tebal,
477
00:34:23,600 --> 00:34:27,400
inilah alam suci orang Maya di Palenque.
478
00:34:40,040 --> 00:34:43,400
Palenque merupakan tempat
yang sangat menakjubkan.
479
00:34:44,240 --> 00:34:46,560
Dengan seni bina
dan kejuruteraan mengagumkan,
480
00:34:46,640 --> 00:34:49,360
ia memiliki semua ciri tapak klasik Maya.
481
00:34:52,400 --> 00:34:53,560
Piramid menjulang tinggi,
482
00:34:55,600 --> 00:34:57,040
gelanggang upacara,
483
00:34:58,240 --> 00:34:59,440
istana tersergam gah
484
00:35:00,840 --> 00:35:04,240
dan kuil dipenuhi imejan menarik.
485
00:35:06,760 --> 00:35:10,000
Mungkin orang Maya terkenal
dengan seni bina hebat,
486
00:35:10,080 --> 00:35:14,040
untuk kompleks piramid menakjubkan
yang mereka cipta,
487
00:35:14,120 --> 00:35:18,920
biasanya piramid bertingkat,
dan keanggunan rekaan yang cantik
488
00:35:19,000 --> 00:35:21,480
serta ketepatan skil kerja yang tinggi.
489
00:35:21,560 --> 00:35:24,880
Itu menunjukkan kita berdepan
dengan budaya maju.
490
00:35:29,720 --> 00:35:35,000
{\an8}Pakar dan pemandu pelancong Maya,
Mildred Lucas Garcia, menumpukan sedekad
491
00:35:35,080 --> 00:35:37,040
untuk lebih memahami Palenque.
492
00:35:38,800 --> 00:35:41,520
Bila kerja-kerja bermula di sini?
493
00:35:41,600 --> 00:35:43,520
Berapa lama tapak ini diduduki?
494
00:35:44,160 --> 00:35:47,600
Yayasan bandar ini bermula
pada tahun 200 SM
495
00:35:47,680 --> 00:35:50,640
dan ditinggalkan pada tahun 900-an Masehi.
496
00:35:50,720 --> 00:35:51,560
Ya.
497
00:35:51,640 --> 00:35:55,080
Apabila saya lihat tapak yang hebat,
piramid besar ini,
498
00:35:55,160 --> 00:35:58,040
dibina dengan indah, direka dengan cantik,
499
00:35:58,120 --> 00:36:01,360
jelas sekali ini hasil kerja
orang yang sangat berskil.
500
00:36:01,440 --> 00:36:04,600
Pasti mereka ada rancangan dari awal.
501
00:36:04,680 --> 00:36:06,400
Bagaimana mereka lakukannya?
502
00:36:06,480 --> 00:36:09,480
Kami tahu ada kuari berdekatan.
503
00:36:09,560 --> 00:36:12,760
Sebab itu mereka buat keputusan
untuk membina bandar di sini
504
00:36:12,840 --> 00:36:15,240
kerana ada banyak sumber semula jadi,
505
00:36:15,320 --> 00:36:17,360
ada banyak batu kapur di kawasan ini,
506
00:36:17,440 --> 00:36:19,440
mereka ada air,
507
00:36:19,520 --> 00:36:23,000
dan kawasan ini sangat strategik
untuk membina bandar.
508
00:36:23,080 --> 00:36:26,720
Tapi cara mereka membinanya,
itu tak diketahui.
509
00:36:26,800 --> 00:36:28,720
- Kami tak tahu.
- Masih misteri.
510
00:36:28,800 --> 00:36:30,480
- Masih misteri.
- Ya.
511
00:36:31,320 --> 00:36:33,800
Kenapa orang Maya bina piramid?
512
00:36:33,880 --> 00:36:36,560
Di Palenque, kita nampak banyak piramid.
513
00:36:37,600 --> 00:36:42,600
Piramid, bukan saja untuk orang Maya,
tapi untuk budaya purba,
514
00:36:42,680 --> 00:36:44,680
melambangkan gunung suci.
515
00:36:45,400 --> 00:36:50,320
Di Palenque, mereka bina struktur besar
untuk mewakili gunung suci ini.
516
00:36:53,680 --> 00:36:57,680
Gunung memainkan peranan penting
dalam sistem kepercayaan orang Maya
517
00:36:57,760 --> 00:36:59,960
sebagai simbol sumber penciptaan.
518
00:37:02,800 --> 00:37:07,160
Tapi nampaknya ada lebih
dalam projek pembinaan epik Maya,
519
00:37:07,240 --> 00:37:09,240
terutamanya di Palenque.
520
00:37:11,480 --> 00:37:14,760
Di Palenque, beberapa bangunan direka
521
00:37:14,840 --> 00:37:17,640
berdasarkan pemerhatian astronomi.
522
00:37:17,720 --> 00:37:18,600
Wah.
523
00:37:19,720 --> 00:37:22,760
Ada tiga bangunan
dikenali sebagai Kumpulan Salib
524
00:37:22,840 --> 00:37:26,600
yang digunakan sebagai
kawasan pemerhatian astronomi.
525
00:37:26,680 --> 00:37:27,560
Ya.
526
00:37:28,560 --> 00:37:32,920
Bangunan ini sejajar sempurna
dengan solstis musim panas
527
00:37:33,000 --> 00:37:35,360
dan ekuinoks musim bunga.
528
00:37:37,720 --> 00:37:41,320
Jelas sekali, ahli astronomi berskil
terlibat dalam penciptaan
529
00:37:41,400 --> 00:37:42,440
seluruh kompleks ini.
530
00:37:42,520 --> 00:37:43,440
Ya, betul.
531
00:37:47,320 --> 00:37:51,440
Namun mengapa mereka bersusah payah
menyelaraskan struktur besar ini
532
00:37:51,520 --> 00:37:53,040
kepada solstis dan ekuinoks?
533
00:37:57,360 --> 00:38:01,360
Dengan penjajaran hebat ini,
ada satu perkara yang jelas.
534
00:38:03,360 --> 00:38:06,600
Jika ingin tahu tentang Palenque,
535
00:38:06,680 --> 00:38:09,040
kita bukan saja perlu lihat
pada seni binanya,
536
00:38:09,120 --> 00:38:11,520
tapi juga langitnya.
537
00:38:20,720 --> 00:38:26,400
Saya datang ke Kuil Matahari
pada saat istimewa, pada hari istimewa,
538
00:38:28,240 --> 00:38:29,840
subuh ekuinoks musim bunga,
539
00:38:31,120 --> 00:38:36,520
apabila matahari terbit tepat di timur
dan terbenam tepat di barat
540
00:38:37,120 --> 00:38:39,680
dalam penzahiran harmoni kosmos.
541
00:38:41,160 --> 00:38:46,200
Di Kuil Matahari ini,
matahari terbit cipta pemandangan unik,
542
00:38:46,760 --> 00:38:49,920
yang masih diraikan hari ini
oleh masyarakat tempatan.
543
00:38:50,880 --> 00:38:54,080
{\an8}Ekuinoks musim bunga penting
544
00:38:54,160 --> 00:38:56,120
{\an8}untuk kerohanian orang Maya.
545
00:38:56,720 --> 00:39:00,560
Di sini merupakan tempat paling penting.
546
00:39:02,760 --> 00:39:05,240
Saya dapat menyaksikannya secara dekat.
547
00:39:34,480 --> 00:39:36,560
{\an8}Terjemahan sari kata oleh J.Bardwin