1 00:00:13,160 --> 00:00:15,360 Apabila kita pergi ke Kuil Bulan, 2 00:00:17,920 --> 00:00:20,680 kita akan jumpa ular di pintu masuk. 3 00:00:23,760 --> 00:00:25,320 Diukir pada dinding batu, 4 00:00:26,280 --> 00:00:30,120 badannya yang berkilauan seolah-olah hidup apabila disentuh. 5 00:00:32,120 --> 00:00:33,080 Bukan mudah. 6 00:00:33,160 --> 00:00:36,600 Menakik batu 7 00:00:36,680 --> 00:00:40,640 dan jadikan bentuk ular timbul. 8 00:00:44,600 --> 00:00:48,520 Jauh ke dalam terowong, lebih banyak bentuk membingungkan muncul, 9 00:00:48,600 --> 00:00:50,760 semuanya diukir daripada batu hidup. 10 00:00:53,320 --> 00:00:56,120 Suasananya unik. 11 00:00:56,920 --> 00:01:01,120 Debu-debu berterbangan dalam cahaya yang bersinar ke bawah 12 00:01:01,200 --> 00:01:03,200 dari lubang di siling 13 00:01:04,120 --> 00:01:09,040 ke struktur yang rata, jelas sekali hasil kerja manusia. 14 00:01:11,080 --> 00:01:15,600 Tiang batu, seperti ular, dibentuk daripada batu itu sendiri, 15 00:01:16,280 --> 00:01:18,000 bercahaya dari ceruk di atas, 16 00:01:18,520 --> 00:01:22,040 memberikan akses kepada cahaya matahari dan bulan. 17 00:01:24,360 --> 00:01:29,200 Dikenali orang tempatan sebagai Kuil Bulan, dan mungkin lebih asli 18 00:01:29,280 --> 00:01:32,760 sebagai Amaru Markawasi, Rumah Ular, 19 00:01:34,000 --> 00:01:36,720 tempat perlindungan berbatu yang menakutkan ini 20 00:01:36,800 --> 00:01:38,840 mempunyai kehadiran yang kuat. 21 00:01:41,560 --> 00:01:45,360 Dipercayai orang Inca gunakan ruang ini untuk upacara kesuburan, 22 00:01:45,440 --> 00:01:48,720 di mana orang tinggalkan persembahan kepada dewi bulan 23 00:01:48,800 --> 00:01:51,440 Mama Quilla, anak perempuan Viracocha. 24 00:01:56,360 --> 00:02:00,080 Suasana senyap, sejuk dan sepi, 25 00:02:00,600 --> 00:02:04,160 semua ini menumpukan minda dengan cara yang pada saya 26 00:02:04,240 --> 00:02:07,960 direka dengan sengaja, bukan tak sengaja dicapai. 27 00:02:11,160 --> 00:02:15,440 Sesiapa yang mengukir kebuk suci ini, nampaknya bukan orang yang sama 28 00:02:15,520 --> 00:02:18,760 yang membina kuil bersalut emas yang gah 29 00:02:18,840 --> 00:02:20,840 yang jadikan Inca terkenal. 30 00:02:24,200 --> 00:02:28,080 Seolah-olah orang Inca bina dinding luar sebagai tanda penghormatan. 31 00:02:28,160 --> 00:02:32,520 Menghormati sesuatu yang mereka jumpa, bukan sesuatu yang mereka cipta. 32 00:02:33,720 --> 00:02:36,320 Adakah kita sedang melihat kerja orang lain, 33 00:02:36,840 --> 00:02:41,480 budaya lama yang faham cara untuk bentuk batu dengan hebat sekali? 34 00:02:59,160 --> 00:03:01,320 {\an8}BAB IV 35 00:03:04,840 --> 00:03:07,640 Saya di lereng bukit di atas Cusco di Peru, 36 00:03:07,720 --> 00:03:11,760 menyiasat kemungkinan teknik kuno untuk membentuk batu 37 00:03:11,840 --> 00:03:13,600 dikenali sebagai Hanan Pacha. 38 00:03:16,040 --> 00:03:22,440 Kita ada misteri pelbagai lapisan dan untuk selesaikan misteri itu, 39 00:03:22,520 --> 00:03:26,160 kita perlu lihat pelbagai gaya seni bina 40 00:03:26,240 --> 00:03:28,880 kadangkala wujud bersama di jalan yang sama. 41 00:03:28,960 --> 00:03:30,400 Di tempat lain di dunia, 42 00:03:30,480 --> 00:03:33,840 ini akan dianggap bukti hasil tangan budaya berbeza. 43 00:03:35,120 --> 00:03:39,480 Di pertengahan antara Kuil Bulan dan megalitik Sacsayhuaman, 44 00:03:40,200 --> 00:03:43,280 terletaknya tapak penting di Lembah Suci 45 00:03:43,360 --> 00:03:47,480 yang menggunakan teknik pembentukan batu kuno yang sama. 46 00:03:49,040 --> 00:03:49,920 Q'enqo. 47 00:03:54,120 --> 00:03:56,880 Ia nama Quechua yang bermaksud "labirin", 48 00:03:58,800 --> 00:04:01,840 dan apabila saya mula meneroka, saya faham sebabnya. 49 00:04:03,480 --> 00:04:06,440 Apabila seseorang meneroka pusatnya, 50 00:04:06,520 --> 00:04:09,720 laluan berliku yang membawa kita melaluinya 51 00:04:09,800 --> 00:04:11,880 dan buat kita berfikir. 52 00:04:15,280 --> 00:04:20,480 Q'enqo ialah tempat di mana seseorang mendapati dirinya sendirian, 53 00:04:21,440 --> 00:04:24,480 dikelilingi oleh suasana mistik yang penuh misteri, 54 00:04:25,000 --> 00:04:27,000 dikelilingi kesunyian. 55 00:04:34,040 --> 00:04:36,480 Ia rangkaian terowong berukir yang rumit, 56 00:04:39,240 --> 00:04:40,960 galeri bawah tanah, 57 00:04:44,080 --> 00:04:49,120 dan sesuatu yang kelihatan seperti altar diukir daripada batuan dasar. 58 00:04:51,000 --> 00:04:53,840 Semuanya membawa ke amfiteater pusat, 59 00:04:56,200 --> 00:04:59,920 di mana Jesus Gamarra sekali lagi akan berkongsi kepakarannya. 60 00:05:02,120 --> 00:05:05,640 Adakah hasil kerja yang kita lihat di Q'enqo Chico 61 00:05:05,720 --> 00:05:07,320 {\an8}dihasilkan oleh orang Inca? 62 00:05:08,400 --> 00:05:10,360 {\an8}Tidak. 63 00:05:10,440 --> 00:05:16,600 Walaupun ada petunjuk kecil kehadiran Inca 64 00:05:17,280 --> 00:05:19,840 seperti batu kecil dan simen lumpur, 65 00:05:19,920 --> 00:05:26,320 ia sentiasa dibina dengan penuh hormat dengan bentuk Hanan Pacha. 66 00:05:26,400 --> 00:05:30,760 Ia dihormati dengan penuh kasih sayang, 67 00:05:30,840 --> 00:05:33,280 dan ia dilakukan dengan mengelilinginya 68 00:05:33,360 --> 00:05:39,320 dengan batu yang disusun yang tepat dan penuh hormat. 69 00:05:41,440 --> 00:05:46,000 Batu arca purba dikelilingi oleh kerja blok asas 70 00:05:46,080 --> 00:05:48,480 seperti saya lihat di luar Tokong Bulan. 71 00:05:50,200 --> 00:05:52,120 Ia gabungan gaya 72 00:05:52,720 --> 00:05:56,000 yang kita jumpa dalam banyak tempat paling suci di Peru. 73 00:05:57,320 --> 00:06:02,640 {\an8}Seperti di Machu Picchu, batu upacara Intihuatana yang diukir licin 74 00:06:04,800 --> 00:06:08,480 yang nampaknya dikelilingi oleh struktur binaan Inca kemudian, 75 00:06:09,560 --> 00:06:12,720 mungkin sebagai tanda penghormatan tempat suci ini. 76 00:06:15,080 --> 00:06:18,040 {\an8}Ini boleh menjelaskannya campuran kerja batu yang kita lihat 77 00:06:18,120 --> 00:06:21,080 {\an8}pada dinding Cusco dan di Sacsayhuaman, 78 00:06:22,080 --> 00:06:26,800 {\an8}yang Jesus Gamarra kenal pasti sebagai blok yang ditambah di atas dan sekeliling 79 00:06:26,880 --> 00:06:30,520 yang mungkin lebih tua daripada batu yang diukir licin itu. 80 00:06:33,640 --> 00:06:36,040 Tak kira waktu blok ini dibentuk, 81 00:06:36,120 --> 00:06:38,120 persoalannya bagaimana? 82 00:06:38,760 --> 00:06:42,880 Mungkinkah kita sedang melihat cap jari teknologi prasejarah yang hilang? 83 00:06:47,000 --> 00:06:51,200 {\an8}Rakan penyelidikan Jesus, Jan Peter de Jong, fikir ada petunjuk 84 00:06:51,280 --> 00:06:55,280 {\an8}di Sacsayhuaman tentang cara batu itu diukir dengan baik. 85 00:07:03,960 --> 00:07:06,800 Jan, awak bawa saya ke terowong yang sempit ini 86 00:07:06,880 --> 00:07:08,320 dengan sisi berkilat. 87 00:07:08,400 --> 00:07:09,640 Apa nama tempat ini? 88 00:07:09,720 --> 00:07:12,120 Mereka gelarnya Chincana Chica. 89 00:07:13,200 --> 00:07:16,280 Maksudnya "tempat seseorang sesat." 90 00:07:17,960 --> 00:07:19,880 Ini batuan asas semula jadi, 91 00:07:19,960 --> 00:07:23,320 tapi jelas sekali terowong adalah hasil kerja manusia. 92 00:07:23,400 --> 00:07:26,760 Adakah itu ciri gaya pembinaan tertua di sini? 93 00:07:26,840 --> 00:07:29,560 Mereka guna batuan asas semula jadi dan membentuknya? 94 00:07:29,640 --> 00:07:32,440 Salah satu ciri gaya Hanan Pacha 95 00:07:32,520 --> 00:07:36,000 ialah batu itu telah diubah suai dengan teknologi acuan. 96 00:07:36,600 --> 00:07:41,160 Awak boleh lihat mereka bekerja dengan batu itu seolah-olah ia lembut 97 00:07:41,680 --> 00:07:44,560 sebab macam-macam benda ditekan ke dalam batu. 98 00:07:44,640 --> 00:07:46,280 Apabila awak kata teknologi acuan, 99 00:07:46,360 --> 00:07:50,280 maksud awak melembutkan batu dan tekan bentuk ke dalam batu? 100 00:07:50,360 --> 00:07:54,120 Kami rasa batu itu lembut pada saat pembinaan. 101 00:07:56,320 --> 00:07:58,440 Tapi bagaimana ia jadi lembut? 102 00:07:59,240 --> 00:08:03,080 Jan percaya dinding terowong ini ialah kunci kepada misteri itu. 103 00:08:05,120 --> 00:08:09,080 Jadi di dalam terowong ini, kita boleh nampak banyak pantulan. 104 00:08:09,720 --> 00:08:12,480 Saya nampak ia bersinar seperti kilauan logam. 105 00:08:12,560 --> 00:08:14,760 Kalau awak sentuh, ia sangat licin. 106 00:08:16,720 --> 00:08:19,040 Kami fikir ia dirawat dengan haba, 107 00:08:19,120 --> 00:08:22,280 dan haba ini mewujudkan lapisan di atas batu, 108 00:08:22,800 --> 00:08:24,960 dan sebab itulah ia berkilat. 109 00:08:27,080 --> 00:08:30,280 Ahli geologi gelar kesan ini sebagai vitrifikasi. 110 00:08:31,440 --> 00:08:33,520 Berapa banyak haba yang digunakan? 111 00:08:33,600 --> 00:08:36,560 Vitrifikasi, ia bermaksud "menjadi kaca," 112 00:08:37,280 --> 00:08:40,440 dan itu bermakna kita perlu, 1,400 darjah Celsius. 113 00:08:41,080 --> 00:08:43,880 Jumlah haba yang besar. 114 00:08:43,960 --> 00:08:45,960 Kami tak tahu cara mereka buat, 115 00:08:46,040 --> 00:08:47,560 tapi kami tahu ini kerja mereka. 116 00:08:52,720 --> 00:08:55,840 Apabila dilihat dengan teliti, kita perlu tanya, 117 00:08:55,920 --> 00:09:00,680 "Adakah haba penjelasan untuk penampilan pelik 118 00:09:00,760 --> 00:09:03,280 megalitik gergasi Sacsayhuaman?" 119 00:09:09,040 --> 00:09:12,720 Orang yang skeptikal akan kata kesan berkilat di dalam terowong 120 00:09:12,800 --> 00:09:16,200 disebabkan orang bergesel pada sisi terowong. 121 00:09:16,280 --> 00:09:17,440 Apa reaksi awak? 122 00:09:17,520 --> 00:09:19,840 Ramai orang kata, "Ya, sudah tentu." 123 00:09:19,920 --> 00:09:24,920 "Ia terhasil akibat orang menyentuh dinding terowong." 124 00:09:25,520 --> 00:09:29,080 Tapi ternyata bumbung dan dinding terowong licin juga. 125 00:09:29,160 --> 00:09:31,960 Jadi, tak logik untuk katakan 126 00:09:32,040 --> 00:09:34,560 mereka sentuh semua bahagian pada masa yang sama. 127 00:09:34,640 --> 00:09:38,280 Bagaimana dengan hujah lain yang ia disebabkan aktiviti gunung berapi? 128 00:09:38,360 --> 00:09:40,280 Tak ada gunung berapi di sini. 129 00:09:40,360 --> 00:09:43,320 - Okey. - Jadi, penjelasan itu tak logik. 130 00:09:45,480 --> 00:09:48,040 Bagi Jan, penjelasan yang sesuai ialah 131 00:09:48,120 --> 00:09:52,520 kita sedang melihat hasil sejenis proses saintifik purba, 132 00:09:52,600 --> 00:09:56,400 yang disempurnakan oleh tamadun sebelum Inca. 133 00:09:59,000 --> 00:10:02,840 Ia telah dilakukan pada masa lalu oleh orang purba. 134 00:10:02,920 --> 00:10:05,840 Kami tak tahu teknologi yang mereka gunakan. 135 00:10:07,800 --> 00:10:09,840 Apabila saya lihat Sacsayhuaman, 136 00:10:09,920 --> 00:10:12,720 saya rasa seperti melihat teknologi yang hilang, 137 00:10:12,800 --> 00:10:15,200 ilmu yang hilang tentang kerja batu, 138 00:10:15,280 --> 00:10:18,280 ilmu yang kita tak kuasai hari ini 139 00:10:18,360 --> 00:10:21,680 yang kita tiada teknologi untuk menghasilkan semula. 140 00:10:26,400 --> 00:10:29,720 Sifat sebenar teknologi itu masih menjadi misteri. 141 00:10:30,760 --> 00:10:33,160 Tapi Jesus Gamarra percaya kepanasan melampau 142 00:10:33,240 --> 00:10:37,080 yang membolehkan batu itu untuk dilembutkan dan dibentuk 143 00:10:37,600 --> 00:10:40,320 juga diperkuat dan mengeras selepas selesai. 144 00:10:43,280 --> 00:10:46,000 Apabila saya lihat sekeliling, walaupun ia purba, 145 00:10:46,080 --> 00:10:48,560 batu-batu itu mempunyai rupa yang sangat moden. 146 00:10:48,640 --> 00:10:52,360 Bagaimana awak faham apa yang kita nampak di depan mata kita? 147 00:10:52,440 --> 00:10:57,760 Hanya bahagian yang telah dikerjakan oleh haba dan acuan 148 00:10:58,360 --> 00:11:01,080 masih terpelihara dan dimusnahkan. 149 00:11:01,160 --> 00:11:05,480 Batu yang selebihnya nampak kasar. 150 00:11:06,000 --> 00:11:11,320 Ada kesan terhakis akibat luluhawa. 151 00:11:14,720 --> 00:11:18,040 Apa penjelasan awak tentang apa yang kita lihat di sini? 152 00:11:18,120 --> 00:11:21,880 Ada banyak misteri yang kita tak boleh jelaskan 153 00:11:21,960 --> 00:11:26,000 sebab ini bahagian sejarah silam yang hebat, 154 00:11:26,480 --> 00:11:28,920 berlaku beribu tahun lalu. 155 00:11:33,080 --> 00:11:36,080 Pada tahap tertentu, kita perlu terima saja 156 00:11:36,160 --> 00:11:41,080 yang kita sedang lihat tugas kejuruteraan yang mustahil. 157 00:11:41,160 --> 00:11:42,960 Mustahil bagi kita. 158 00:11:44,560 --> 00:11:48,280 Ia memerlukan kita berfikiran terbuka 159 00:11:48,360 --> 00:11:52,000 tentang pandangan kita terhadap zaman purba. 160 00:11:54,080 --> 00:11:58,040 Menurut tradisi tempatan direkodkan oleh penakluk Sepanyol, 161 00:11:58,560 --> 00:12:03,560 teknik canggih kerja pembatuan merupakan sebahagian daripada legasi pengetahuan 162 00:12:03,640 --> 00:12:07,080 diturunkan oleh dewa pencipta Andes, Viracocha, 163 00:12:11,000 --> 00:12:14,000 yang akan menyebabkan batu untuk ditelan api, 164 00:12:14,520 --> 00:12:19,760 menjadikan blok besar ringan seperti bulu yang boleh diapungkan ke tempatnya 165 00:12:22,680 --> 00:12:25,480 yang bunyinya seperti teori haba melampau. 166 00:12:28,440 --> 00:12:31,960 Sebab itu saya berminat dalam tradisi Orang Asli 167 00:12:32,040 --> 00:12:36,000 yang bercakap tentang batu dicairkan atau dibentuk bersama. 168 00:12:36,080 --> 00:12:39,440 Mari buka telinga dan mata untuk kemungkinan begitu. 169 00:12:41,360 --> 00:12:44,680 Bukti teknologi yang tak dapat dijelaskan di tempat kerja 170 00:12:44,760 --> 00:12:48,120 boleh ditemui di seluruh tanah tinggi Peru purba. 171 00:12:49,800 --> 00:12:52,880 Tapi mungkinkah ada bukti pencapaian sains purba 172 00:12:52,960 --> 00:12:55,040 di seberang Gunung Andes 173 00:12:56,800 --> 00:13:01,440 yang kita juga terlepas pandang di hutan hujan Amazon? 174 00:13:03,800 --> 00:13:08,840 AMAZON TIMUR LAUT PERU 175 00:13:11,720 --> 00:13:15,840 Hanya kerana kawasan itu tak menarik untuk manusia menginap hari ini 176 00:13:17,000 --> 00:13:20,560 tak bermakna ia tak menarik pada masa lalu. 177 00:13:21,360 --> 00:13:23,600 Siasatan yang sedang dilakukan 178 00:13:23,680 --> 00:13:27,280 mendedahkan bukti yang ada rahsia besar di Amazon. 179 00:13:29,680 --> 00:13:33,280 Kita dah tahu ada bukti kediaman manusia di Amazonia purba 180 00:13:34,080 --> 00:13:37,160 25,000 tahun lalu. 181 00:13:37,880 --> 00:13:39,600 25,000 TAHUN LALU 182 00:13:39,680 --> 00:13:43,200 Ia tiba-tiba membuka tingkap masa yang lebih luas 183 00:13:43,280 --> 00:13:45,080 untuk menempatkan tamadun yang hilang. 184 00:13:46,200 --> 00:13:49,280 Kemungkinan yang kita perlu siasat, 185 00:13:49,360 --> 00:13:53,560 penciptaan tamadun menjadi lebih mendalam dan lebih lama. 186 00:13:59,800 --> 00:14:04,360 Malah, nampaknya orang Eropah pertama yang mengemudi seluruh Amazon 187 00:14:04,960 --> 00:14:06,320 pada tahun 1542 188 00:14:07,520 --> 00:14:09,920 mungkin nampak sekilas keturunan 189 00:14:10,000 --> 00:14:13,400 daripada tamadun itu apabila mereka menyusuri di sini. 190 00:14:16,800 --> 00:14:20,400 Ekspedisi diketuai oleh pengembara Francisco de Orellana 191 00:14:20,480 --> 00:14:23,800 dan ditulis oleh biarawan Dominika, Gaspar de Carvajal. 192 00:14:26,960 --> 00:14:29,160 Jurnal De Carvajal tak menyebut 193 00:14:29,240 --> 00:14:33,120 tentang hutan yang tak berpenghujung dan tak berpenghuni seperti hari ini. 194 00:14:35,960 --> 00:14:39,600 Paderi itu menggambarkan lembangan Amazon penuh dengan bandar 195 00:14:39,680 --> 00:14:42,280 dihuni oleh orang berkemahiran tinggi. 196 00:14:44,440 --> 00:14:48,880 "Satu penempatan," tulisnya, "menganjur sejauh 21 kilometer." 197 00:14:49,920 --> 00:14:52,200 Itu panjang Pulau Manhattan. 198 00:14:55,520 --> 00:14:59,320 Tapi apabila mubaligh Eropah tiba kira-kira seabad kemudian, 199 00:14:59,400 --> 00:15:01,680 mereka tak nampak bandar seperti itu. 200 00:15:03,000 --> 00:15:06,760 Ahli sejarah menolak laporan De Carvajal dan anggapnya fiksyen, 201 00:15:06,840 --> 00:15:11,560 direka untuk kagumkan Raja Sepanyol supaya membiayai lebih banyak ekspedisi. 202 00:15:14,360 --> 00:15:18,000 Tapi tatkala hutan tebal ini mula mendedahkan rahsianya, 203 00:15:18,560 --> 00:15:22,200 nampaknya laporan itu ternyata benar selama ini. 204 00:15:24,040 --> 00:15:28,760 Penemuan terbaru di Amazon menunjukkan memang ada sebuah tamadun purba di sini. 205 00:15:32,200 --> 00:15:37,880 {\an8}Menggunakan LiDAR untuk mengintai kanopi hutan di Bolivia pada tahun 2019, 206 00:15:37,960 --> 00:15:40,160 {\an8}BOLIVIA UTARA 207 00:15:40,240 --> 00:15:42,440 {\an8}ahli arkeologi kagum melihat 208 00:15:42,520 --> 00:15:45,160 struktur dan jalan buatan manusia yang luas. 209 00:15:47,200 --> 00:15:50,800 Hasil kajian baru, kita mendapati ada penempatan besar. 210 00:15:52,240 --> 00:15:56,240 Seperti yang kita tahu, ada tradisi bandar yang hilang di Amazon. 211 00:15:56,920 --> 00:16:00,840 Bandar ialah perkataan yang tepat untuk gambarkan penempatan ini. 212 00:16:02,520 --> 00:16:07,120 Berdasarkan data dan pengetahuan kita tentang kampung-kampung Amazon sedia ada, 213 00:16:07,200 --> 00:16:13,520 para penyelidik mungkin dapat bayangkan rupa penempatan Cotoca. 214 00:16:17,960 --> 00:16:20,400 Bandar ini lebarnya hampir 1.6 kilometer, 215 00:16:21,480 --> 00:16:26,160 sebuah metropolis, dikelilingi terusan dan tambak. 216 00:16:28,440 --> 00:16:33,280 Ada yang mengalir ke teres yang tinggi, mungkin untuk kediaman individu. 217 00:16:36,440 --> 00:16:39,960 Di tengah-tengah bandar terletak bukit piramid yang tinggi, 218 00:16:40,520 --> 00:16:42,280 mungkin pusat upacara. 219 00:16:46,160 --> 00:16:48,760 Bahkan, bandar ini nampaknya dihubungkan 220 00:16:48,840 --> 00:16:53,600 ke sekurang-kurangnya tiga penempatan yang serupa dengan jalan berbatu-batu. 221 00:16:56,160 --> 00:16:59,280 Kita tak ada banyak maklumat tentang penghuni di bandar ini. 222 00:16:59,360 --> 00:17:02,280 Apa yang kita tahu, tersembunyi di bawah kanopi hutan, 223 00:17:02,360 --> 00:17:04,560 adalah ada lebih banyak bandar. 224 00:17:04,640 --> 00:17:05,640 Banyak lagi. 225 00:17:06,080 --> 00:17:07,480 {\an8}LEMBAH UPANO 226 00:17:07,560 --> 00:17:09,960 {\an8}Ahli arkeologi telah mengumpulkan bukti 227 00:17:10,040 --> 00:17:13,680 {\an8}mendedahkan apa yang mereka panggil lembah bandar purba yang hilang 228 00:17:13,760 --> 00:17:15,560 tersembunyi di Amazon Ecuador. 229 00:17:15,640 --> 00:17:17,160 'LEMBAH BANDAR HILANG' DITEMUI 230 00:17:17,240 --> 00:17:20,840 Di barat Amazon, ahli arkeologi baru-baru ini terbongkar 231 00:17:20,920 --> 00:17:24,200 apa yang nampak seperti sekumpulan besar penempatan 232 00:17:24,280 --> 00:17:29,480 dihubungkan dengan jalan raya, kira-kira 2,500 tahun lalu, 233 00:17:30,480 --> 00:17:32,960 seperti geoglif yang saya lihat di Brazil. 234 00:17:34,400 --> 00:17:38,320 Mewujudkan bandar-bandar besar, menghasilkan geoglif Negeri Acre, 235 00:17:38,400 --> 00:17:41,560 ini tak dianggap dalam potensi 236 00:17:41,640 --> 00:17:44,160 penduduk pemburu-pengumpul Amazon, 237 00:17:44,240 --> 00:17:46,000 tapi jelas sekali sebaliknya. 238 00:17:47,840 --> 00:17:51,840 Semakin banyak penempatan purba ini ditemui, 239 00:17:52,760 --> 00:17:56,000 menunjukkan Tamadun Amazon yang meluas, 240 00:17:57,200 --> 00:18:01,080 mungkin menjadi penempatan kepada sejumlah 20 juta orang. 241 00:18:03,920 --> 00:18:07,800 Apa yang kita ketahui sekarang ialah kisah tentang Amazon 242 00:18:07,880 --> 00:18:09,880 bukan seperti yang diberitahu. 243 00:18:11,640 --> 00:18:15,880 Mungkin de Carvajal memang nampak penempatan besar pada tahun 1542. 244 00:18:18,320 --> 00:18:21,720 Jika benar, kenapa orang Eropah yang menyusuri sungai itu 245 00:18:21,800 --> 00:18:24,480 seabad kemudian tak nampak penempatan itu? 246 00:18:28,000 --> 00:18:30,280 Ada penjelasan yang agak suram. 247 00:18:31,760 --> 00:18:34,640 Apabila orang Sepanyol dan Portugis datang ke Amerika, 248 00:18:34,720 --> 00:18:37,640 mereka bawa bersama pelbagai penyakit 249 00:18:37,720 --> 00:18:40,640 yang orang Eropah sudah imun, 250 00:18:40,720 --> 00:18:42,640 tapi bukan orang Amazon. 251 00:18:45,280 --> 00:18:48,400 Mana-mana populasi di sini pasti akan musnah 252 00:18:49,200 --> 00:18:52,960 dan hutan hujan menuntut semula penempatannya. 253 00:18:53,560 --> 00:18:56,080 Tapi kita jumpa lebih banyak bukti tamadun itu 254 00:18:56,680 --> 00:19:00,280 dalam mitos Amazon Barat daripada orang Tucano. 255 00:19:02,040 --> 00:19:05,600 Tucano ada kisah asal usul tentang leluhur mereka 256 00:19:05,680 --> 00:19:09,360 yang dibawa ke kawasan itu sebagai sebahagian daripada misi peradaban 257 00:19:09,440 --> 00:19:14,040 di dalam sampan ular yang bergerak di sepanjang sungai Amazon. 258 00:19:16,680 --> 00:19:18,440 Menurut legenda, 259 00:19:18,520 --> 00:19:22,040 kanu anakonda ini diketuai oleh makhluk roh 260 00:19:22,600 --> 00:19:24,920 dan dimuatkan dengan migran manusia. 261 00:19:28,880 --> 00:19:32,680 Tak lama selepas itu, anak perempuan matahari datang ke Bumi, 262 00:19:33,880 --> 00:19:40,000 membawa hadiah api dan peralatan serta pengetahuan seni dan kraf. 263 00:19:43,320 --> 00:19:48,040 Dia dan rakan-rakan ghaibnya sediakan tanah untuk manusia berkembang 264 00:19:48,920 --> 00:19:51,600 sebelum kembali ke tempat tinggal mereka. 265 00:19:55,720 --> 00:20:00,360 Bunyinya seperti kisah wira yang bertamadun 266 00:20:00,440 --> 00:20:01,840 kepada seluruh dunia 267 00:20:01,920 --> 00:20:05,120 yang saya rasa ia sebahagian daripada corak yang sama. 268 00:20:05,200 --> 00:20:07,120 Tema ini asyik muncul. 269 00:20:08,320 --> 00:20:10,520 Roh yang tiba dengan bot, 270 00:20:12,720 --> 00:20:15,440 seperti Quetzalcoatl dalam tradisi Aztec. 271 00:20:16,920 --> 00:20:19,920 Atau Hotu Atu'a semasa dia mendarat di Rapa Nui. 272 00:20:22,400 --> 00:20:25,360 Atau Viracocha yang muncul dari perairan Tasik Titicaca 273 00:20:25,440 --> 00:20:27,440 selepas keadaan huru-hara. 274 00:20:30,760 --> 00:20:32,600 Mungkinkah anak matahari ini 275 00:20:32,680 --> 00:20:35,840 dan misinya untuk menggalakkan orang menetap di Amazon 276 00:20:36,360 --> 00:20:40,040 ada kaitan dengan tamadun hilang yang saya cari? 277 00:20:45,280 --> 00:20:46,800 Di Andes Peru, 278 00:20:46,880 --> 00:20:50,040 Viracocha kononnya guna keajaiban untuk kerja batu. 279 00:20:51,240 --> 00:20:52,600 Tapi di Amazon, 280 00:20:52,680 --> 00:20:55,120 di mana singkapan batu besar jarang ditemui, 281 00:20:55,720 --> 00:21:00,400 struktur dibina bahan kurang tahan lama seperti kayu dan tanah. 282 00:21:04,120 --> 00:21:07,320 Apa yang kurang jelas ialah cara mereka berjaya jadikan 283 00:21:07,400 --> 00:21:11,040 tempat yang tak sukar didiami menjadi kediaman mereka. 284 00:21:13,600 --> 00:21:16,680 Bagaimana mereka dapat menampung populasi yang besar 285 00:21:17,720 --> 00:21:21,080 di tanah yang dianggap tak subur? 286 00:21:23,520 --> 00:21:27,600 Kalau kita tak faham kebolehan orang Amazon 287 00:21:27,680 --> 00:21:30,120 untuk memberi makan jutaan populasi, 288 00:21:30,200 --> 00:21:35,320 jadi, kita takkan tahu kebenaran tentang kisah manusia secara keseluruhan. 289 00:21:36,800 --> 00:21:41,040 Satu penjelasan boleh ditemui di tengah-tengah Amazon Brazil, 290 00:21:42,320 --> 00:21:43,520 berhampiran Manaus. 291 00:21:45,120 --> 00:21:48,360 Muncul dari bawah Amazon itu sendiri, 292 00:21:48,880 --> 00:21:52,040 rahsia yang lama terpendam, baru-baru ini didedahkan. 293 00:21:52,560 --> 00:21:56,120 Bukti sains purba yang membantu menjelaskan 294 00:21:56,200 --> 00:21:59,800 cara hutan hujan menyokong populasi bandar yang besar. 295 00:22:03,640 --> 00:22:06,480 Angela Araujo ialah ahli arkeologi, 296 00:22:06,560 --> 00:22:09,560 dalam sejarah hubungan kemanusiaan dengan tumbuhan. 297 00:22:14,040 --> 00:22:18,080 Baru-baru ini, dia memfokuskan kajian tentang fenomena misteri. 298 00:22:21,400 --> 00:22:26,440 Biasanya, tanah hutan hujan tidak subur 299 00:22:26,520 --> 00:22:28,520 atau sesuai untuk pertanian. 300 00:22:30,840 --> 00:22:33,760 Tapi di kawasan penempatan, purba dan moden, 301 00:22:33,840 --> 00:22:36,840 saintis telah menemui sesuatu yang menakjubkan, 302 00:22:37,440 --> 00:22:40,080 tompok tanah yang tumbuh semula sendiri 303 00:22:40,160 --> 00:22:43,440 yang dipanggil terra preta atau tanah gelap Amazon. 304 00:22:44,960 --> 00:22:47,880 Di sini ada tanah yang berwarna gelap 305 00:22:47,960 --> 00:22:50,360 dibandingkan dengan tanah di sekelilingnya. 306 00:22:50,440 --> 00:22:53,600 Secara misteri dan aneh, ia mengandungi bakteria, 307 00:22:53,680 --> 00:22:56,400 yang sentiasa membiak dan memperbaharui dirinya 308 00:22:56,480 --> 00:22:58,640 dan memperbaharui kesuburan tanah. 309 00:22:58,720 --> 00:23:00,440 Ia sejenis tanah ajaib. 310 00:23:02,040 --> 00:23:06,200 Tanah berkuasa hebat ini telah ditemui di seluruh Amazon 311 00:23:06,840 --> 00:23:08,960 di mana ada bukti kewujudan manusia. 312 00:23:11,400 --> 00:23:14,600 Saya akan jumpa Angela dekat penempatan purba yang baru ditemui 313 00:23:15,280 --> 00:23:17,560 untuk melihat sendiri tanah gelap itu. 314 00:23:19,360 --> 00:23:24,760 Bila kali awak berminat dengan tanah gelap Amazon? 315 00:23:24,840 --> 00:23:26,080 {\an8}AHLI ARKEOLOGI 316 00:23:26,160 --> 00:23:31,680 {\an8}Sekarang, kami juga guna tanah ini untuk pertanian di wilayah ini. 317 00:23:31,760 --> 00:23:36,000 Tiba-tiba, saya terjumpa satu interaksi 318 00:23:36,080 --> 00:23:39,680 antara masa lalu dan populasi ini. 319 00:23:39,760 --> 00:23:42,760 Saya nak faham sebab dan cara 320 00:23:42,840 --> 00:23:48,000 populasi ini berkait dengan tanah gelap. 321 00:23:48,720 --> 00:23:51,960 Penyelidik telah temui, bercampur dengan unsur organik 322 00:23:52,040 --> 00:23:55,440 dari setiap tompok tak kira usianya, 323 00:23:55,960 --> 00:23:57,880 serpihan seramik kecil, 324 00:23:59,000 --> 00:24:01,880 bukti kukuh bahawa populasi manusia terlibat 325 00:24:01,960 --> 00:24:04,440 dalam menghasilkan tanah istimewa ini. 326 00:24:05,320 --> 00:24:09,920 Kajian telah menemui sampel yang wujud sekurang-kurangnya 7,000 tahun. 327 00:24:13,200 --> 00:24:15,200 Berapa ramai populasi itu? 328 00:24:15,280 --> 00:24:19,240 Saya tak pasti, tapi ada rekod yang menunjukkan 329 00:24:19,320 --> 00:24:23,480 sekurang-kurangnya sekitar tiga juta orang 330 00:24:23,560 --> 00:24:26,640 tinggal di wilayah Alto Rio Negro saja. 331 00:24:27,240 --> 00:24:32,040 Awak rasa orang purba dengan sengaja, bijak, mencipta tanah ini? 332 00:24:32,120 --> 00:24:36,560 Atau mereka tahu keistimewaannya secara tak sengaja? 333 00:24:36,640 --> 00:24:39,000 Saya tak percaya ia sengaja dihasilkan. 334 00:24:39,080 --> 00:24:43,720 Saya percaya apabila ada ramai penduduk 335 00:24:43,800 --> 00:24:49,360 banyak sisa mereput dihasilkan yang membawa manfaat ini. 336 00:24:50,880 --> 00:24:53,520 Tapi ini perdebatan yang tiada kesimpulan. 337 00:24:55,000 --> 00:24:56,960 Saya nampak paradoks di sini. 338 00:24:57,040 --> 00:24:59,520 Di satu pihak, kita kata 339 00:25:00,040 --> 00:25:03,360 ada populasi yang sangat besar di Amazon 340 00:25:03,440 --> 00:25:06,640 dan kehadiran mereka hasilkan produk secara tak sengaja 341 00:25:06,720 --> 00:25:08,720 iaitu tanah hitam. 342 00:25:09,600 --> 00:25:12,840 Tapi sebaliknya, kita kata tanah Amazon semula jadi 343 00:25:12,920 --> 00:25:17,120 tak cukup subur untuk menyokong populasi yang besar. 344 00:25:18,160 --> 00:25:24,680 Mungkinkah tanah hitam itu yang membolehkan wujud populasi besar? 345 00:25:24,760 --> 00:25:28,240 Saya percaya ia tak mustahil 346 00:25:28,320 --> 00:25:32,800 yang mereka sedar kawasan itu produktif, 347 00:25:33,520 --> 00:25:38,400 tapi niat mereka bukan, 348 00:25:38,480 --> 00:25:43,240 "Saya akan buang sisa untuk suburkan tanah dan meningkatkan pengeluaran tanaman." 349 00:25:46,760 --> 00:25:48,280 Penyelidikan diteruskan. 350 00:25:48,960 --> 00:25:52,400 Tapi pada saya, sebab ia rasa seperti disengajakan 351 00:25:52,480 --> 00:25:55,880 ialah terra preta boleh ditemui di seluruh Amazon, 352 00:25:56,480 --> 00:25:59,400 berdekatan dengan penempatan prasejarah. 353 00:26:01,480 --> 00:26:03,960 Kita perlu berfikiran terbuka 354 00:26:04,040 --> 00:26:08,440 tentang pandangan kita tentang kapasiti zaman silam berbanding sekarang. 355 00:26:08,520 --> 00:26:12,040 Kita perlu anggap mereka sebagai pakar persekitaran mereka 356 00:26:12,120 --> 00:26:17,400 yang menjadikan persekitaran itu sesuai untuk mereka selama beribu-ribu tahun. 357 00:26:20,520 --> 00:26:22,920 Memandangkan hutan ini luas, 358 00:26:23,440 --> 00:26:27,360 entah berapa banyak lagi tompok terra preta yang belum ditemui 359 00:26:27,920 --> 00:26:32,680 yang boleh menolak asal usul tanah ajaib ini lebih jauh ke masa lalu. 360 00:26:34,600 --> 00:26:36,320 Usul yang saya sampaikan, 361 00:26:36,400 --> 00:26:39,360 yang dipertikaikan oleh ramai ahli arkeologi, 362 00:26:39,920 --> 00:26:43,600 ialah penempatan dan pengembangan populasi manusia di Amazon 363 00:26:43,680 --> 00:26:45,400 sebenarnya dirancang. 364 00:26:47,920 --> 00:26:51,280 Tapi membina dan menyelenggara penempatan yang luas itu 365 00:26:51,360 --> 00:26:54,680 akan memerlukan sejumlah besar sumber semula jadi. 366 00:26:56,240 --> 00:26:59,280 Bukan hanya tanaman makanan, bahkan sesuatu 367 00:26:59,360 --> 00:27:01,840 yang ada banyak di Amazon. 368 00:27:02,920 --> 00:27:03,800 Balak. 369 00:27:08,520 --> 00:27:12,080 Amazon ternyata keajaiban kepelbagaian semula jadi. 370 00:27:14,440 --> 00:27:19,600 Hari ini, ada lebih kurang 390 bilion pokok di sini, 371 00:27:20,120 --> 00:27:22,680 terdiri daripada 16,000 spesies. 372 00:27:26,280 --> 00:27:29,200 Kalau saya kata sebahagian besar hutan ini 373 00:27:29,280 --> 00:27:32,160 merupakan hasil kempen yang disengajakan 374 00:27:32,240 --> 00:27:35,800 dilakukan oleh manusia beribu tahun lalu? 375 00:27:37,880 --> 00:27:41,200 Bagaimana jika saya kata Amazon mungkin telah dirancang? 376 00:27:50,480 --> 00:27:53,680 Penyelidik telah mengesahkan semasa Zaman Ais, 377 00:27:53,760 --> 00:27:59,880 Amazon bukan hutan tebal, tapi padang rumput yang ditumbuhi pokok. 378 00:28:01,160 --> 00:28:05,760 Mereka anggap planet yang semakin panas menghasilkan hutan hujan yang luas. 379 00:28:06,520 --> 00:28:11,080 Tapi baru-baru ini, ahli arkeobotani membongkar sesuatu yang tak dijangka. 380 00:28:11,160 --> 00:28:12,720 Separuh daripada hutan ini 381 00:28:12,800 --> 00:28:17,240 terdiri daripada 1.4 peratus spesies pokok Amazon yang diketahui, 382 00:28:17,760 --> 00:28:22,760 spesies yang sama, rupanya, yang berguna kepada manusia. 383 00:28:24,680 --> 00:28:27,200 Adakah ini hasil daripada projek jangka panjang 384 00:28:27,280 --> 00:28:29,880 bermula beribu tahun lalu, 385 00:28:29,960 --> 00:28:32,480 projek yang akhirnya akan berkembang 386 00:28:32,560 --> 00:28:36,080 menjadi Tamadun Orang Asli Amazon yang meluas? 387 00:28:38,160 --> 00:28:39,760 Ada satu perkara lagi. 388 00:28:40,280 --> 00:28:43,720 Seperti terra preta, kebanyakan pokok berguna ini ditemui 389 00:28:43,800 --> 00:28:47,240 berdekatan dengan bandar purba Amazon yang baru ditemui. 390 00:28:49,000 --> 00:28:53,520 Berbanding hutan yang berbahaya seperti anggapan orang Barat, 391 00:28:53,600 --> 00:28:55,920 mereka mengubahnya menjadi tanah air untuk berjuta, 392 00:28:56,000 --> 00:28:57,640 menjadikan Amazon taman, 393 00:28:57,720 --> 00:29:00,560 tempat yang memenuhi keperluan manusia. 394 00:29:02,120 --> 00:29:03,400 Pada abad ke-20, 395 00:29:03,480 --> 00:29:08,720 {\an8}kawasan pedalaman Amazonia dianggap belum diterokai. 396 00:29:09,720 --> 00:29:11,560 Manusia tak menyentuhnya. 397 00:29:11,640 --> 00:29:14,840 Sekarang kita tahu banyak pokok yang ada di sini, 398 00:29:14,920 --> 00:29:19,720 Kacang Brazil, banyak pokok palma adalah separa ditanam, 399 00:29:19,800 --> 00:29:22,360 malah ditanam dan menjadi tanaman setempat. 400 00:29:22,440 --> 00:29:26,240 Jadi, pemahaman kita tentang hutan telah berubah. 401 00:29:28,080 --> 00:29:31,320 Ini projek saintifik yang sedang dijalankan di Amazon 402 00:29:31,400 --> 00:29:33,360 untuk masa yang lama. 403 00:29:36,600 --> 00:29:38,040 Tapi, berapa lama? 404 00:29:40,320 --> 00:29:41,760 Apa yang membingungkan 405 00:29:41,840 --> 00:29:44,800 ialah tarikh penanaman pokok paling lama 406 00:29:44,880 --> 00:29:48,440 yang ditemui di Amazon adalah lebih kurang 10,800 tahun lalu. 407 00:29:50,480 --> 00:29:52,440 Itu sekitar penghujung Zaman Ais, 408 00:29:52,520 --> 00:29:56,400 pada masa yang sama kita lihat pengembangan 409 00:29:56,480 --> 00:30:00,160 peradaban manusia dan inovasi di seluruh dunia. 410 00:30:03,200 --> 00:30:06,360 Ini buat kita bertanya, apa lagi yang perlu ditemui 411 00:30:06,440 --> 00:30:09,000 di hutan hujan Amazon yang luas itu. 412 00:30:09,080 --> 00:30:13,240 yang tak sepatutnya ada di sana tapi wujud di sana. 413 00:30:17,840 --> 00:30:21,360 Seperti kita lihat dengan kerja batu maju Peru purba, 414 00:30:21,440 --> 00:30:25,600 projek pertanian yang canggih ini dan penempatan di Amazon 415 00:30:26,240 --> 00:30:28,400 bermula beribu tahun lalu 416 00:30:28,480 --> 00:30:30,760 menunjukkan pencapaian saintifik 417 00:30:30,840 --> 00:30:34,480 yang tak disangka sejak dulu lagi. 418 00:30:37,840 --> 00:30:41,920 Kita perlu rangka semula sepenuhnya pemahaman kita tentang Amazon. 419 00:30:42,000 --> 00:30:46,400 Kita perlu melihatnya sebagai produk kepintaran manusia, inisiatif manusia, 420 00:30:46,480 --> 00:30:49,240 kepintaran manusia dan niat manusia. 421 00:30:50,560 --> 00:30:53,720 Contoh yang paling menakjubkan teknologi Amazon 422 00:30:53,800 --> 00:30:56,680 mungkin juga menunjukkan sumber yang tak dijangka 423 00:30:56,760 --> 00:30:58,560 untuk semua pengetahuan ini. 424 00:31:05,040 --> 00:31:08,040 Saya dah kembali ke Amazon Peru untuk belajar lagi. 425 00:31:09,680 --> 00:31:12,960 {\an8}Ini Iquitos, bandar pelabuhan yang terletak di simpang 426 00:31:13,040 --> 00:31:15,760 sungai besar disambung dengan beberapa anak sungai. 427 00:31:17,040 --> 00:31:18,920 Pelabuhan ini mungkin masih muda, 428 00:31:19,000 --> 00:31:21,960 tapi kawasan ini sudah wujud selama beribu tahun, 429 00:31:23,160 --> 00:31:26,160 menjadi pusat amalan budaya yang mendalam, 430 00:31:26,240 --> 00:31:28,000 penggunaan ayahuasca. 431 00:31:33,240 --> 00:31:36,760 {\an8}Dr. Luis Eduardo Luna ialah ahli antropologi Orang Asli 432 00:31:36,840 --> 00:31:40,720 dan pakar terkemuka tentang ubat berasaskan tumbuhan purba ini. 433 00:31:41,880 --> 00:31:44,640 Saya dah saksikan ramai orang ambil ayahuasca, 434 00:31:44,720 --> 00:31:47,400 dan saya terkejut dengan pengalaman mereka. 435 00:31:47,480 --> 00:31:50,160 Kadangkala perjalanan luar biasa ke alam lain, 436 00:31:50,240 --> 00:31:52,400 kadangkala cuma melihat diri sendiri, 437 00:31:52,480 --> 00:31:55,480 mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka. 438 00:31:55,560 --> 00:31:56,800 Apa yang awak nampak? 439 00:31:56,880 --> 00:31:58,920 Ia mengubah hidup mereka? 440 00:31:59,000 --> 00:32:01,200 Ramai orang tulis surat kepada saya 441 00:32:01,280 --> 00:32:04,400 mengatakan pengalaman itu mengubah hidup mereka, 442 00:32:04,480 --> 00:32:06,600 mengubah perspektif mereka. 443 00:32:08,440 --> 00:32:11,240 Penggunaan ayahuasca kini menjadi popular 444 00:32:11,320 --> 00:32:13,560 dalam masyarakat kontemporari kita. 445 00:32:14,880 --> 00:32:20,240 Tapi bagi orang asli di Amazon, bru ini telah lama memegang kuasa suci. 446 00:32:22,040 --> 00:32:24,440 Ramai Orang Asli kata, 447 00:32:24,520 --> 00:32:27,800 mereka minum ayahuasca untuk faham peraturan masyarakat, 448 00:32:27,880 --> 00:32:30,160 jadi manusia yang lebih baik. 449 00:32:34,200 --> 00:32:39,360 Penyediaan ayahuasca ialah dunia dukun atau pawang. 450 00:32:42,720 --> 00:32:46,640 {\an8}Seperti Don Francisco Montes Shuna daripada puak Kapanawa, 451 00:32:46,720 --> 00:32:47,680 {\an8}PAWANG 452 00:32:47,760 --> 00:32:51,360 {\an8}yang mesti hembus asap daripada spesies tembakau purba 453 00:32:51,440 --> 00:32:54,440 dikenali sebagai Mapacho untuk menyucikan upacara. 454 00:32:57,360 --> 00:33:02,960 Dalam bahasa Capanahua, nama saya ialah Shamorin Kyashi Piary. 455 00:33:03,880 --> 00:33:07,720 Shamorin Kyashi Piary bermaksud "Malaikat Rimba." 456 00:33:19,480 --> 00:33:22,120 Saya datang daripada keturunan pawang. 457 00:33:23,040 --> 00:33:27,120 Saya rasa hubungan dengan semua leluhur saya, 458 00:33:27,600 --> 00:33:32,440 nenek saya, moyang saya, seluruh keluarga. 459 00:33:32,520 --> 00:33:36,040 Kami berhubung dan merasai hubungan itu 460 00:33:36,120 --> 00:33:38,880 dengan semua yang berkaitan dengan Amazonia. 461 00:33:41,120 --> 00:33:43,840 Tatkala kajian berkembang, bukti semakin kukuh 462 00:33:43,920 --> 00:33:46,280 bahawa Ayahuasca ada manfaat kesihatan. 463 00:33:49,400 --> 00:33:53,520 Apabila direbus, akar pokoknya mempunyai sifat penyembuhan yang kuat 464 00:33:53,600 --> 00:33:57,520 kerana kandungan molekul dalam sains dikenali sebagai harmina. 465 00:34:00,320 --> 00:34:03,160 Ada kajian mengatakan neurgenesis. 466 00:34:03,640 --> 00:34:06,840 Harmina akan menghasilkan neuron baru, 467 00:34:06,920 --> 00:34:09,520 malah sel beta baru untuk pankreas. 468 00:34:10,080 --> 00:34:14,440 Mungkin sel baru juga untuk ligamen dan sebagainya. 469 00:34:16,800 --> 00:34:19,280 Harmina mungkin keajaiban perubatan, 470 00:34:21,600 --> 00:34:24,160 tapi ia tak membantu dapat bayangan. 471 00:34:24,680 --> 00:34:28,600 Itu hanya berlaku apabila ia digabungkan dengan daun tumbuhan lain 472 00:34:28,680 --> 00:34:32,800 berasal dari Amazon seperti daun chaliponga ini, 473 00:34:35,240 --> 00:34:39,160 yang mengandungi bahan kimia psikoaktif, merupakan nadi Ayahuasca, 474 00:34:39,680 --> 00:34:42,400 DMT, singkatan untuk dimetiltryptamina. 475 00:34:46,200 --> 00:34:49,920 DMT dianggap salah satu psikedelik paling kuat. 476 00:34:50,520 --> 00:34:53,440 Tapi kajian saintifik mengesahkan ia tak menagihkan 477 00:34:54,880 --> 00:34:57,360 dan boleh mempunyai sifat terapeutik 478 00:34:57,440 --> 00:35:00,280 jika diberikan dalam dos dan keadaan terkawal. 479 00:35:03,840 --> 00:35:07,840 Kita juga tahu apabila dilakukan dengan terapi bercakap, 480 00:35:07,920 --> 00:35:10,520 ia sangat membantu untuk menamatkan 481 00:35:10,600 --> 00:35:12,520 keadaan sukar yang berpanjangan. 482 00:35:16,280 --> 00:35:18,120 Tapi ada satu masalah. 483 00:35:18,720 --> 00:35:20,720 DMT tak aktif secara lisan 484 00:35:21,320 --> 00:35:25,160 kerana enzim dalam usus biasanya musnah apabila bersentuhan. 485 00:35:27,240 --> 00:35:28,200 Di sinilah 486 00:35:28,280 --> 00:35:31,240 sains kepawangan Amazon muncul 487 00:35:31,960 --> 00:35:33,880 dengan penyelesaian yang luar biasa. 488 00:35:35,320 --> 00:35:38,480 Apa yang berlaku ialah Harmina di dalam akar menjalar 489 00:35:38,560 --> 00:35:42,600 akan menghalang kemusnahan DMT di dalam usus, 490 00:35:43,280 --> 00:35:46,080 supaya DMT akan melepasi halangan darah-otak, 491 00:35:46,160 --> 00:35:49,400 masuk ke reseptor di dalam otak. 492 00:35:50,080 --> 00:35:52,920 Itulah yang menghasilkan bayangan, DMT. 493 00:35:54,320 --> 00:35:55,200 Hasilnya? 494 00:35:55,800 --> 00:35:59,280 Daripada berpuluh ribu spesies tumbuhan di Amazon, 495 00:36:00,200 --> 00:36:05,480 hanya gabungan akar menjalar ayahuasca dengan daun tumbuhan yang mengandungi DMT 496 00:36:05,560 --> 00:36:08,880 akan menghasilkan kesan bayangan yang sangat berharga. 497 00:36:12,040 --> 00:36:17,560 Kita ada dua pokok, yang bukan psikoaktif jika sendirian, 498 00:36:17,640 --> 00:36:20,240 tapi ia psikoaktif apabila direbus bersama 499 00:36:20,320 --> 00:36:22,280 untuk menghasilkan bru ayahuasca. 500 00:36:22,800 --> 00:36:24,520 Melalui kaedah cuba-cuba, 501 00:36:24,600 --> 00:36:28,400 mungkin perlukan berkurun atau eksperimen beribu tahun. 502 00:36:30,160 --> 00:36:33,560 Saya rasa kita ada misteri. Bagaimana mereka tahu? 503 00:36:33,640 --> 00:36:36,760 Di situ nampak seperti projek saintifik. 504 00:36:36,840 --> 00:36:38,440 Ya, memang benar. 505 00:36:38,520 --> 00:36:41,280 Ia berdasarkan pengalaman, pemerhatian. 506 00:36:41,360 --> 00:36:44,760 Ia berdasarkan eksperimen berterusan dan sebagainya. 507 00:36:44,840 --> 00:36:46,760 - Selama beribu tahun? - Ya. 508 00:36:49,240 --> 00:36:53,720 Tradisi ini sudah wujud sejak beribu tahun. 509 00:36:55,280 --> 00:36:56,880 Kita tak boleh tentukan. 510 00:36:57,640 --> 00:36:59,200 Dua ribu, tiga ribu tahun… 511 00:37:01,560 --> 00:37:04,480 Kita dapat bukti sains di Amazon, 512 00:37:04,560 --> 00:37:08,480 pengetahuan bahawa pawang Orang Asli telah mengumpul dan menurunkan 513 00:37:08,560 --> 00:37:14,720 selama beberapa generasi, ribuan tahun, tumbuhan dan sifat-sifat tumbuhan 514 00:37:14,800 --> 00:37:18,640 dan cara ia dicampur untuk hasilkan kesan yang diingini. 515 00:37:29,080 --> 00:37:33,320 Semasa upacara ayahuasca, pawang menyeru bayangan itu 516 00:37:33,400 --> 00:37:36,560 dengan menyanyikan ikaro, lagu magis. 517 00:37:43,400 --> 00:37:46,360 Tapi pawang itu cuma ketua upacara. 518 00:37:48,080 --> 00:37:51,120 Pokok itu sendiri dianggap sebagai guru. 519 00:37:53,120 --> 00:37:54,880 Apabila kita minum ayahuasca, 520 00:37:56,120 --> 00:37:59,640 kita perlu sediakan soalan. 521 00:38:00,160 --> 00:38:01,800 Ia akan beri jawapan. 522 00:38:07,600 --> 00:38:10,720 Kuasa psikedelik untuk capai kebijaksanaan lebih mendalam 523 00:38:10,800 --> 00:38:12,480 tak terhad kepada Amazon. 524 00:38:14,040 --> 00:38:18,760 Kita lihatnya dalam budaya paling purba dan dihormati di dunia. 525 00:38:20,600 --> 00:38:24,240 Jelas sekali, sesuatu yang kita gelar psikedelik hari ini 526 00:38:24,320 --> 00:38:26,800 diterima di seluruh dunia purba. 527 00:38:30,040 --> 00:38:35,280 Di Greece Purba, Socrates dan Plato menulis tentang penemuan intelektual 528 00:38:35,360 --> 00:38:38,640 selepas upacara minum bru halusinogenik. 529 00:38:39,800 --> 00:38:43,240 Hieroglif dari Mesir menunjukkan mereka makan kelopak 530 00:38:43,320 --> 00:38:47,440 daripada teratai biru psikoaktif untuk berkomunikasi dengan dewa. 531 00:38:48,600 --> 00:38:51,280 Dalam pengorbanan Veda India purba, 532 00:38:51,360 --> 00:38:53,840 sami yang mahu berhubung dengan dewa 533 00:38:54,400 --> 00:38:57,200 minum campuran ramalan dikenali sebagai soma. 534 00:38:59,360 --> 00:39:03,640 Hakikat kesedaran manusia yang diubah telah diterima 535 00:39:03,720 --> 00:39:05,760 sepanjang prasejarah dan sejarah 536 00:39:05,840 --> 00:39:09,600 beritahu kita ia sangat penting kepada pengalaman manusia. 537 00:39:09,680 --> 00:39:13,160 Saya rasa memang mustahil untuk memahami dunia purba 538 00:39:13,240 --> 00:39:15,160 kecuali kita ambil kira psikedelik. 539 00:39:17,080 --> 00:39:19,760 Awak rasa berapa usia ayahuasca? 540 00:39:19,840 --> 00:39:22,440 Ia telah dieksperimen selama beribu tahun. 541 00:39:22,520 --> 00:39:23,920 Mungkin lebih tua. 542 00:39:24,960 --> 00:39:28,000 - Rasa purba pada saya. - Ya. 543 00:39:28,080 --> 00:39:29,960 Ini misteri yang luar biasa. 544 00:39:32,280 --> 00:39:37,680 Saya percaya sains kompleks ayahuasca lebih lama daripada yang disangka. 545 00:39:38,720 --> 00:39:40,280 Ada bukti mengesahkannya. 546 00:40:12,000 --> 00:40:14,080 {\an8}Terjemahan sari kata oleh J.Bardwin